Nota Lengkap PSK 3101
-
Upload
shuhadamdisa -
Category
Documents
-
view
60 -
download
0
Transcript of Nota Lengkap PSK 3101
MARYAM BINTI NORAZAN
NOTA RINGKAS PSK
BAB 1,2 RASIONAL, MATLAMAT DAN
OBJEKTIF PSK
PENGERTIAN SIVIK:
Hubungan individu dengan masyarakat
di sekelilingnya.
( Kementerian Pelajaran Malaysia)
Ilmu tatarakyat , hak, perasaan
tanggungjawab seseorang
terhadap masyarakatnya.
(Kamus Dewan Edisi Empat)
PENGERTIAN KEWARGANEGARAAN:
Perihal warganegara (rakyat sesebuah
negara yang terdiri daripada orang asli
yang telah diterima menjadi rakyat
mengikut undang-undang)
(Kamus Dewan Edisi Empat)
TAKRIFAN DEFINISI:
Merujuk kepada bagaimana hubungan
individu dengan masyarakat di
sekelilingnya dan negaranya.
KONSEP PENTING PSK:
• Kemahiran Sosial
• Memahami masyarakat
• Sosialisasi politik
• Sejarah negara
• Sistem kerajaan dan
perundangan
TUJUAN AM:
• Warganegara bertanggungjawab
• Mengamalkan dan menghayati
amalan sivik
• Memberi sumbangan dalam
amalan demokrasi negara
• Memahami peranan dan
tanggungjawabnya
OBJEKTIF PENGETAHUAN:
• Mengenal pasti tingkah laku
yang boleh menyumbang
terhadap pembangunan watak
yang mulia.
• Menerangkan peranan dan
tanggungjawab ke arah
pembinaan keluarga yang
bahagia.
• Menjelaskan kepentingan hidup
bersama secara harmoni.
• Memahami pelbagai agama,
tradisi dan budaya masyarakat
Malaysia.
• Menerangkan sistem kerajaan
Malaysia dan sumbangan
pemimpi negara.
• Mengenal pasti cabaran dan
ancaman dalam masyarakat.
OBJEKTIF KEMAHIRAN:
Menguruskan diri dengan baik
dan bertanggungjawab.
• Mengamalkan kesederhanaan
dalam tingkah laku.
• Berinteraksi secara sopan
dengan anggota keluarga, rakan
dan masyarakat.
• Menangani konflik diri, keluarga
dan rakan.
• Belajar hidup bersama untuk
kesejahteraan diri dan
masyarakat.
• Menyertai aktiviti masyarakat
untuk kebaikan bersama.
• Membuat keputusan yang bijak
dengan mengambil kira
kepentingan diri dan orang lain.
OBJEKTIF NILAI:
Mempunyai keyakinan terhadap
kebolehan diri.
• Menghargai sumbangan ibu
bapa dan anggota keluarga.
• Menghormati kaum dan budaya
lain.
• Menyayangi alam sekitar.
• Menunjukkan semangat
kekitaan.
• Menghormati pemimpin dan
menghargai jasa mereka.
• Menunjukkan perasaan bangga
dan cinta akan negara.
BAB 2 PERSPEKTIF DIRI DAN DUNIA
LUAR, KONSEP GOOD CITIZEN
KONSEP GOOD CITIZEN
Sebuah masyarakat yang hidup dalam
keadaan damai, sejahtera, tenteram,
selamat dan mempunyai apresiasi yang
besar terhadap adanya perbezaan masa,
budaya, gender dan falsafah politik.
Juga bermaksud sebagai masyarakat
madani atau civil society di mana
merupakan satu sistem sosial yang
subur yang diasaskan kepada prinsip
moral yang menjamin keseimbangan
antara kebebasan individu dengan
kestabilan masyarakat
CIRI2 GOOD CITIZEN:
1) Taat setia kpd Negara
2) Sanggup bekorban utk Negara
3) Memberi sumbangan kpd
Negara
4) Cinta akn Negara
5) Bersedia berkhidmat utk Negara
BERBEZA MENGIKUT MASA:
Sebelum masihi ----Selepas masihi--- Abad 21
Mengikut definisi kamus dewan: masa
merujuk kepada jangka masa tertentu
Konsep good citizen berubah mengikut
peredaran masa berlalu. Hal ini dapat
dilihat pada rangka rajah sebelum
masihi, selepas masihi sehinggalah saat
hari ini iaitu abad ke 21. Ciri-ciri bagi
seorang good citizen telah berubah
sepanjang tempoh masa ini.
PERSAMAAN CIRI2 GOOD CITIZEN
SEBELUM MASIHI VS ABAD 21
PERBEZAAN:
BERBEZA BUDAYA:
Budaya pelbagai tidak
menghalang pembangunan
masyarakat yang harmoni.
Menekankan konsep,
menghormati budaya dalam
sesuatu masyarakat, memahami,
dan menerima budaya lain.
Ada budaya mengatakan
sesuatu tingkah laku seperti
memakai kasut dalam rumah
adalah tidak salah dan ada yang
mengatakan ia salah, oleh itu
memahami perspektif budaya
masing-masing adalah penting.
BERBEZA GENDER:
Perbezaan gender sebenarnya
sangat membantu dalam
pembinaan masyarakat yang
mantap.
Perbezaan gender akan
membawa pada perbezaan
pemikiran antara satu gender
dengan gender yang satunya.
Menghormati antara satu sama
lain, bertukar pendapat dan
saling memerlukan membawa
pada pembinaan masyarakat
yang aman dan makmur tanpa
sebarang penindasan.
BERBEZA POLITIK:
1. Politik adalah usaha yang
ditempuh warga negara untuk
mewujudkan kebaikan bersama
(teori klasik Aristotle)
2. Politik adalah hal yang
berkaitan dengan
penyelenggaraan pemerintahan
dan negara.
3. Politik adalah perkara yang
diarahkan untuk mendapatkan
dan mempertahankan
kekuasaan di masyarakat.
POLITIK ISLAM:
• Beriman kepada Tuhan
• Menjalani kehidupan
berasaskan ajaran Al-Quran dan
al-Sunnah
• Pemilihan ketua : kaedah
musyawarah
• Kewajiban Manusia – Khalifah (
wakil Tuhan untuk menjaga
alam)
POLITIK BARAT:
• Mementingkan pembangunan
lahiriah berbanding dengan
rohani
• Pemilihan ketua: Demokrasi/
Autokrasi
• Kewajiban Manusia – insan yang
serata dengan tugas dan
tanggungjawab masing-masing.
INDIVIDU DAN MASYARAKAT YG
SENTIASA BERINTERAKSI:
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
(PSK):
Galakkan murid menyertai
secara aktif dan interaktif dalam
proses pembelajaran
Memberi peluang kepada murid
berinteraksi dan melibatkan diri
dalam proses memperolehi
pengetahuan, kemahiran serta
nilai sivik dan
kewarganegaraan.Dalam kata
lain, dengan menggunakan
pendekatan penyertaan murid
secara aktif dan interaktif dalam
PSK.
PSK membentuk minda dan
pemikiran masyarakat.
Antaranya, melahirkan anggota
masyarakat yang bersatu padu
dan patriotik akan lebih
memahami dari segi tradisi,
keagamaan, kebudayaan serta
etnik-etnik masyarakat Malaysia
yang mempunyai kepelbagaian.
PSK memupuk nilai hidup
tolong-menolong semasa
mengatasi cabaran dan dugaan
yang berlaku dan mengambil
tindakan yang wajar.
Berperanan dalam menjalinkan
rangkaian kemasyarakatan yang
erat dan memainkan
tanggungjawab sebagai rakyat
Mewujudkan masyarakat yang
demokrasi persamaan taraf
tanpa mengira agama, bangsa
dan budaya di samping
melahirkan insan yang
berakhlak mulia dan bersifat
patriotisme
MAKSUD DIRI DAN ORANG LAIN:
Individu mempunyai peranan
dalam memartabatkan
Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, antaranya
ialah mencapai konsep kendiri
iaitu menghuraikan tentang
perkembangan diri ke arah
kecemerlangan yang meliputi
aspek :
Identiti dan wawasan diri,
sifat- sifat peribadi mulia,
kebolehan membuat keputusan,
pemilihan kerjaya sepanjang hayat.
mencapai kecemerlangan diri
dengan mengamalkan budaya ilmu
untuk kemajuan diri.
berinteraksi dengan orang lain
secara hormat dan sopan
berkongsi dengan rakan-
rakantentang ciri-ciri perwatakan
terpuji.
AGEN PERUBAHAN:
PSK merujuk bagaimana sesuatu
institusi menjadi agen
perubahan dalam menbentuk
individu yang mempunyai
identiti diri yang cemerlang.
Sekolah merupakan agen
perubahan yang meliputi
Komponen nilai sivik yang
terdiri daripada nilai murni
yang perlu untuk melahirkan
insan yang berakhlak mulia dan
warganegara yang
bertanggungjawab.
Selain itu, merangkumi
toleransi, menghormati hak
orang lain, adil, saksama,
patriotisme dan integriti.
KAWALAN SOSIAL:
Belajar hidup bersama untuk
kesejahteraan diri dan
masyarakat.
Menyertai aktiviti masyarakat
untuk kebaikan bersama.
Membuat keputusan yang bijak
dengan mengambil kira
kepentingan diri dan orang.
Mendisiplinkan diri dalam
mencapai wawasan diri dan
negara.
Menjalankan tanggungjawab
sebagai anggota keluarga untuk
melahirkan keluargayang
bahagia.
Berinteraksi dengan anggota
masyarakat pelbagai kaum
untuk mewujudkanperpaduan
negara.
Menangani konflik diri, keluarga
dan masyarakat
KONSTRUK SOSIAL:
Negara mempunyai suatu
bentuk khusus dari komponen
dasar yang di dalamnya suatu
sistem yang integrasi.
Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan yan
dilaksanakan di dalam negara,
penting bukan sahaja kerana
fungsi kebajikan dan
sosialisasinya iaitu di mana
kanak –kanak dididik untuk
menjadi insan yang berjaya dan
mengenali budaya serta alam
sekeliling.
INDIVIDU DAN NEGARA:
Memahami pelbagai agama,
tradisi dan budaya masyarakat
Malaysia untuk mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu.
Menjelaskan usaha kerajaan
untuk melahirkan masyarakat
yang progresif dinamik dan
patriotik.
Menghuraikan peranan dan
tanggungjawab warganegara
terhadap pembangunan negara
BAB 3 DOMAIN PSK
1) Sivil
2) Politik
3) Sosio-ekonomi
4) Budaya
1-Sivil:
Konsep sivil:
Sivil sebagai sesuatu perkara
yang berkaitan dengan orang
awam atau orang biasa,
berkaitan dengan rakyat sebagai
orang perseorangan. (Kamus
Dewan edisi Empat)
Konsep Demokratik:
Demokrasi lahir daripada
perjuangan berasaskan
pemilihan rakyat. Terdapat dua corak
pemerintahan
negara demokrasi :
Raja berpelembagaan
Sistem republik
Republik adalah sebuah bentuk
kerajaan, di mana beberapa
orang atau bahagian masyarakat
mempertahankan kawalan
tertinggi kerajaan, dan di mana
ketua negara bukan seorang
raja. Perkataan "republik"
berasal dari frasa Latin res
publica, yang boleh
diterjemahkan sebagai "urusan
awam".
Raja berperlembagaan adalah
sejenis kerajaan yang
ditubuhkan di bawah sistem
berperlembagaan yang
mengiktiraf Raja sebagai ketua
negara.
Raja berperlembagaan yang
moden biasanya menggunakan
konsep trias politica, atau politik
tiga serangkai. Ini bermaksud
Raja adalah hanya ketua
simbolik di dalam rangkai
eksekutif dan kuasanya adalah
terhad oleh perlembagaan
negara. Apabila seorang Raja
mempunyai kuasa
pemerintahan yang penuh ia
dipanggil monarki mutlak atau
absolute monarchy.
Malaysia telah mengamalkan
sistem pemerintahan Demokrasi
Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan sejak (1957).
Demokrasi Berparlimen
bermaksud:-
Rakyat melibatkan diri
dalam sistem
pemerintahan negara.
Raja-Raja Melayu
menjadi lambing taat
setia rakyat.
Rakyat berpeluang
membentuk kerajaan.
Rakyat bebas memilih
perwakilan.Mereka
berhak menyokong,
mengekalkan atau
menukarkan kerajaan
yang sedia ada melalui
pilihan raya.
Nilai Asas Masyarakat:
Nilai adalah sesuatu tanggapan
yang menentukan perkara baik
dan buruk. Nilai-nilai murni
merupakan asas kepada
pembentukan kehidupan
bermasyarakat.
Nilai murni ini bersifat sejagat
iaitu dapat diterima oleh
segenap lapisan masyarakat
selaras dengan budaya setiap
kaum.
Agama – Malaysia terdiri dari
penduduknya yang berbagai
keturunan dan menganuti
berbagai agama, khususnya
agama Islam, Buddha, Hindu,
Tao dan Nasrani (Kristian), di
samping lain-lain sistem
kepercayaan yang diamalkan
oleh berbagai kumpulan etnik
yang terdapat di negara ini. – Di
bawah Perlembagaan
Persekutuan, Islam adalah
agama rasmi di Malaysia,
sementara agama-agama lain
boleh diamalkan dengan aman
dan bebas.
Bahasa Rasmi – Bahasa rasmi
yang digunakan di negara ini
ialah Bahasa Malaysia (Bahasa
Melayu) namun, bahasa- bahasa
berbagai kaum dan suku kaum
yang lain adalah bebas
digunakan seperti bahasa Cina
dan Tamil. – Bahasa Inggeris
merupakan bahasa kedua dan
digunakan dengan meluasnya di
bidang-bidang perdagangan dan
perindustrian.
Festival Dan Perayaan –
Masyarakat majmuk menjadikan
kebudayaan negara ini lebih
berwarna- warni. Penduduknya
yang berbilang kaum
menyambut pelbagai perayaan
sepanjang tahun. – Setiap kali
perayaan, semua rakyat tanpa
mengira keturunan, turut serta
memeriahkan suasana dengan
kunjung- mengunjungi antara
satu sama lain.
KONSEP DEMOKRASI DAN
MASYARAKAT:
Konsep:
Kebebasan bersuara adalah kebebasan
untuk bersuara tanpa batas atau
penapisan.
Hak kebebasan bersuara
diiktiraf sebagai hak asasi
manusia di dalam Perkara 19
Perisytiharan Hak Asasi
Manusia Sejagat. Diiktiraf dalam
undang-undang hak asasi
manusia dalam Perjanjian
Antarabangsa mengenai Hak-
hak Sivil dan Politikal (ICCPR).
ICCPR mengiktiraf hak
kebebasan bersuara sebagai
"hak mendapatkan pendapat
tanpa gangguan. Kesemua
manusia akan mempunyai hak
untuk menyatakan pendapat“.
Hak mendapatkan kebebasan
bersuara dan penyataan
pendapat:-
Perkara 19 Perjanjian
Antarabangsa mengenai Hak Sivil
dan Politikal.
Perkara 10 Konvensyen
Eropah mengenai Hak
Asasi
Manusia.
Perkara 13 Konvensyen
Amerika mengenai Hak
Asasi
Manusia.
Perkara 9 Piagam Afrika
mengenai Hak Asasi
Manusia dan
Rakyat.
Tiga Bentuk Kebebasan
Bersuara ialah hak
mencari maklumat dan
idea, hak mendapatkan
maklumat dan idea, hak
menyebarkan maklumat
dan idea.
Piawaian antarabangsa,
perantauan dan negara -
termasuk sebarang
medium,termasuk
pertuturan, penulisan,
pencetakan, atau melalui
Internetdan bentuk
kesenian. Perlindungan
kebebasan bersuara
sebagai hak tidak
termasuk hanya
kandungan, tetapi jenis
medium penyataan.
Pengehadan kebebasan
bersuara:-
Kebebasan bersuara bukan hak
mutlak..
Sistem perundangan dan
masyarakat secara
keseluruhannya mengiktiraf
pengehadan pada kebebasan
bersuara, terutama apabila hak
ini berkonflik dengan nilai atau
hak lain..
Menggunakan kebebasan
bersuara selalu dalam konteks
nilai yang bercanggah.
Pengehadan pada kebebasan
bersuara mungkin berasal
daripada "prinsip padah" atau
"prinsip menyinggung
(perasaan)"
POLITIK
Konsep:-
Dari segi bahasa, menurut orang
Athen, politik berasal daripada
perkataan polish yang
bermaksud bandar. Bagi orang
Athens, dunia ini adalah
wilayah mereka sahaja.
Plato (427-347 S.M)
dan Aristotle (384-322 S.M)
adalah orang yang terawal yang
menggunakan istilah politik
dalam buku mereka iaitu Politea
dan Politica.
Menurut Ahmad Atory Hussain
(1998:1) dalam bukunya
berjudulDari Berantakan
Menuju Pembangunan Politik
Melayu 1990 ± 2000, politik
ialah berhubung dengan
pemerintahan, cara-cara
memperoleh kuasa dalam
semua organisasi manusia yang
formal dan tidak formal dalam
sesebuah masyarakat kampung,
negeri, negara atau
antarabangsa.
HAK UNTUK MENGUNDI:
Seperti yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan
setiap warganegara Malaysia
berkelayakan untuk mengundi
jika :-
i. telah mencapai umur 21
tahun;
ii. hendaklah bermastautin
dalam dalam suatu
bahagian pilihanraya
tersebut; dan
iii. mendaftar untuk
menjadi pengundi di
sesuatu kawasan
tersebut.
Jika syarat ini dapat dipenuhi,
maka warganegara tersebut
layak untuk mengundi dalam
sesuatu pilihanraya bagi Dewan
Rakyat atau Dewan Negeri di
kawasan yang telah didaftarkan.
Perlembagaan telah
menetapkan bahawa Pilihan
RayaUmum akan diadakan
setiap 5 tahun.
Pada penghujung tempoh lima
tahun ini, Parlimen dengan
sendirinya dibubarkan dan
dalam masa 60 hari dari tarikh
pembubaran Parlimen,
Pilihanraya Umum bagi memilih
wakil-wakil untuk Dewan
Rakyat hendaklah diadakan, dan
Parlimen dipanggil
bermesyuarat pada suatu tarikh
yang tidak lewat daripada 120
hari dari tarikh
pembubarannya.Untuk
memastikan perjalanan bagi
setiap pilihan raya
umumberjalan dengan lancar,
Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia (SPR) telah
ditubuhkan.
Memberikan hak kepada rakyat
untuk memilih pemimpin yang
difikirkanmampu menjaga hak
dan masa depan mereka.
Sebagai contoh,pilihanraya di
Amerika Syarikat 1856.
PENGLIBATAN DALAM POLITIK
Politik merupakan satu kegiatan
manusia yang telah lama
diwujudkan. Setiap golongan
masyarakat perlukan organisasi
untuk menggerakkan komuniti
mereka. Seorang ketua dilantik
bagi menjadi pemimpin mereka.
Maka, lahirlah gelaran seperti
raja, sultan, khalifah, maharaja
dan sebagainya.
Dalam sejarah Islam,
perkembangan politik ini mula
berkembangsejak penghijrahan
Nabi Muhammad ke Madinah.
Piagam Madinah - menjadi asas
kepada pembentukkan Madinah
yang terdiri daripada pelbagai
suku dan agama. Menurut
piagam ini, setiap rakyat
mempunyai hak yang sama rata
walaupun mereka berlainan
jantina,agama dan bangsa. Hal
ini dapat membantu kepada
kestabilan politiksesebuah
negara jika terdapat pegangan
dan asas yang baik.
Di Malaysia, terdapat 30 parti
politik yang telah mendaftar
dengan SPR. 30 parti ini
merangkumi parti
pembangkang dan parti yang
memerintah.
Parti pemerintah merupakan
Barisan Nasional yang terdiri
daripada parti-parti komponen
yang mewakili kaum-kaum di
Malaysia. Antara parti utamanya
ialah UMNO, MIC dan MCA.
Bagi partipembangkang pula, ia
telah menubuhkan satu pakatan
iaitu PakatanRakyat yang terdiri
daripada PAS, PKR dan DAP.
Barisan kerajaan ini diketuai
oleh Dato’ Sri Najib bin Tun
Abdul Razak daripada UMNO
manakala barisan pembangkang
pula diketuai oleh Dato' Seri
Anwar Ibrahim daripada PKR.
Parti-parti politik ini wujud
melalui semangat untuk
membela kaum masing-masing.
Sebagai contoh UMNO
diwujudkan bagi membela nasib
kaum Melayu sekaligus
mewakili kaum Melayu. MIC
pula bagi orang India dan begitu
juga parti MCA untuk membela
kaum Cina dinegara ini. Oleh itu,
dapatlah disimpulkan bahawa
kewujudan parti politik di
Malaysia bertujuan untuk
membela nasib kaum masing-
masing agar hak mereka tidak
ditindas oleh kaum majoriti.
SOSIOEKONOMI:
1) Hak untuk keselamatan sosial
2) Hak untuk bekerja
3) Hubungan individu dengan alam
pekerjaan dan kepenggunaan
KONSEP:
- Sosioekonomi ialah perkara-
perkara yang berkaitan dengan,
melibatkan unsur-unsur atau
faktor-faktor kemasyarakatan
dan ekonomi (Kamus Dewan
edisi keempat).
- Sosioekonomi merupakan kajian
hubungan di antara aktiviti
ekonomi dan kehidupan sosial.
1) HAK UTK KESELAMATAN
SOSIAL:
Sistem keselamatan negara : polis,
tentera, dan sebagainya.
Penggubalan undang-undang bagi
setiap kes jenayah.
Fungsi mahkamah sebagai medan
menghakimi keadilan dan
menjatuhkan hukuman.
Akta Keselamatan Sosial Pekerja,
1969
2) HAK UNTUK BEKERJA:
- Akta pekerja diwujudkan
(hubungan antara majikan dan
pekerja dikawal oleh undang-
undang buruh).
* Statut-statut buruh di Malaysia
adalah seperti berikut:
• Akta Pekerjaan, 1955 (Pindaan
1989)
• Akta Kesatuan Sekerja, 1959
(Pindaan 1989)
• Akta Perhubungan Perusahaan,
1957 (pindaan 1980, 1989).
• Akta Keselamatan Sosial
Pekerja, 1969.
• Akta Kilang dan Jentera, 1967.
• Akta (pekerjaan) Kanak-kanak
dan Orang Muda, 1966.
- Akta Pekerjaan menetapkan
jumlah maksimum bagi seseorang
pekerja itu bekerja. Ini tidak
bermakna akta melarang majikan
dan pekerja daripada menyetujui
jumlah jam bekerja asalkan tidak
melebihi jumlah jam maksimum
yang ditetapkan oleh Akta kerana
dipercayai pekerja sebagai manusia
biasa sudah tentu tidak mampu
bekerja tanpa had. Pekerja tidak
dibenarkan bekerja:
• lebih dari 5 jam berterusan
tanpa rehat tidak kurang dari 30
minit. (Bagi yang bekerja selama
8 jam, tempoh rehat sementara
ialah tidak kurang dari 45
minit);
• lebih dari 8 jam sehari;
• lebih dari 10 jam sehari bagi
tempoh yang terputus-putus;
• lebih dari 48 jam seminggu
• (Majikan boleh meningkatkan
jumlah jam bekerja kepada 12
jam tetapi tidak boleh melebihi
48 jam seminggu)
- Setiap pekerja berhak mendapat
cuti tahunan. Sungguhpun begitu,
jangka masa cuti tahunan tidaklah
tetap; ia berubah mengikut jangka
masa perkhidmatan seseorang
pekerja itu berkhidmat dengan
majikannya :
• Mengikut seksyen 60(E), pekerja
berhak mendapat cuti tahunan
bergaji bagi setiap dua belas
bulan perkhidmatan yang
berterusan di bawah majikan
yang sama:
• 8 hari jika jangka masa
perkhidmatannya kurang dari 2
tahun;
• 12 hari jika jangka masa
perkhidmatannya ialah antara 2
hingga 5 tahun;
• 16 hari jika jangka masa
perkhidmatannya lebih dari 5
tahun.
• Wanita dan lelaki diberi hak
sama rata dalam memilih
pekerjaan serta peluang yang
sama untuk menjawat sebarang
jawatan mengikut kelayakan
yang telah ditetapkan.
3) HUBUNGAN INDIVIDU DGN
ALAM PEKERJAAN DAN
KEPENGGUNAAN:
Adanya etika pekerjaan yang
perlu dipatuhi oleh para pekerja.
Segala infrastruktur dan
kemudahan yang disediakan
hendaklah digunakan dengan
cara yang berhemah.
BUDAYA:
KONSEP:
- Sesuatu yang dibawa atau
dikerjakan oleh manusia.
- Dalam bahasa
Inggeris, kebudayaan disebut
sebagai culture, yang berasal
daripada perkataan Latin
‘colore’ yang bermaksud
menanam atau mengerjakan.
- Peradaban, kemajuan fikiran,
akal budi (cara berfikir,
berkelakuan, dan sebagainya).
Kamus Dewan edisi keempat.
KEPELBAGAIAN BUDAYA DLM MSY:
- Malaysia
: sebuah negara yang berbilang
kaum.
: pelbagai kebudayaan (agama,
bahasa, perayaan, adat, makanan,
tarian, dll).
- Kebudayaan Melayu:
* berteraskan ajaran agama Islam
* menyambut perayaan Aidilfitri
dan Aidiladha
* bahasa Melayu
* utamakan nilai- nilai sopan
santun, kesederhanaan
* keindahan dan keharmonian hidup
antara ahli keluarga
* jiran tetangga dan masyarakat
* baju kurung dan baju Melayu
- Kebudayaan Cina :
* agama Buddha / Kristian
* perayaan Tahun Baru Cina
* bahasa Cina, Mandarin
* baju ceongsam dan samfu
- Kebudayaan India :
* agama Hindu / Kristian
* perayaan Deepavali
* bahasa Tamil
* baju sari dan doti
- Budaya-budaya lain.
* Etnik di Sabah dan Sarawak.
KETERBUKAAN DLM MENERIMA
BUDAYA LAIN:
- Sikap tolak ansur antara kaum
menjadi pegangan.
- Semua bentuk kebudayaan serta
agama-agama lain perlu sentiasa
dihormati.
- Mengadakan rumah terbuka
pada setiap kali musim
perayaan semua kaum.
- Setiap kali perayaan, semua
rakyat tanpa mengira kaum,
turut memeriahkan suasana
dengan kunjung-mengunjungi
antara satu sama lain.
- Semua kaum menggunakan
kemudahan infrastruktur yang
sama ( sekolah, dewan, taman
perumahan, dll )
KESEDARAN TENTANG WARISAN
BUDAYA:
- Industri berkaitan kebudayaan,
kesenian dan warisan
digalakkan dalam pembangunan
ekonomi negara. Contohnya :
kraf tangan.
- Penubuhan Taman Budaya
sebagai tempat untuk
memperkenalkan aktiviti
kesenian dan kebudayaan,
anjurkan program latihan dan
bina upaya untuk memupuk
bakat dalam seni
persembahan(ASWARA, dll)
- Menganjurkan seminar, bengkel
dan aktiviti-aktiviti kesenian
dan kebudayaan.
BAB 3.2 PERKAITAN DOMAIN DGN
MATLAMAT DAN DASAR2 AM
KERAJAAN
CABARAN DAN HALA TUJU
NEGARA:
- EKONOMI
- POLITIK
CABARAN:
• Prospek pertumbuhan ekonomi
negara kita menjadi lembap.
Kita tersekat dalam perangkap
pendapatan sederhana - kita
tidak tergolong dalam kalangan
ekonomi global berpencapaian
unggul.
• Dengan perubahan yang berlaku
pada persekitaran luar,
kebanyakan dasar dan strategi
yang kita gunakan untuk
mencapai kedudukan
pembangunan yang sedia ada
pada masa sekarang tidak
mampu untuk membawa kita ke
peringkat seterusnya.
• Malah pertumbuhan ekonomi
kita ini dicapai dengan
menanggung kos alam sekitar
yang besar dan juga tidak
memanfaatkan semua lapisan
masyarakat.
MODEL EKONOMI BARU:
TUJUAN:
• MEB akan menjadi pemangkin
untuk membebaskan potensi
pertumbuhan Malaysia.
• PTE dibentuk untuk
mengerakkan Malaysia ke
hadapan, keluar daripada
keadaan lembap sekarang
supaya dapat menjadi ekonomi
berpendapatan tinggi yang
terangkum dan mampan
MATLAMAT:
• "Program Transformasi
Ekonomi: Hala Tuju untuk
Malaysia” telah dilancarkan oleh
YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin
Tun Abdul Razak, Perdana
Menteri Malaysia, pada 25
Oktober 2010.
MATLAMAT:
• Mentransformasikan Malaysia
ke arah sebuah negara
berpendapatan tinggi menjelang
2020, pendapatan negara kasar
(PNK) per kapita Malaysia dari
lebih kurang US$6,700 atau
RM23,700 pada 2009 ke lebih
daripada US$15,000 atau
RM48,000 pada 2020.
PROGRAM TRANSFORMASI
EKONOMI:
• Pelaksanaan perubahan mantap
pada sektor dan bidang tertentu
ekonomi.
• 12 NKEA telah dipilih dan
makmal telah ditubuhkan untuk
setiap bagi mengenal pasti
inisiatif dan projek tertentu
yang akan memacu transformasi
ekonomi.
• 12 buah makmal tersebut
melibatkan wakilwakil daripada
sektor swasta dan
perkhidmatan awam dengan
PEMANDU
BIDANG EKONOMI UTAMA NEGARA
(NKEA):
1- Minyak Gas & Tenaga
2- Minyak sawit
3- Perkhidmatan kewangan
4- Pelancongan
5- Pendidikan
6- Pertanian
POLITIK DAN KERAJAAN DI MALAYSIA:
PENGENALAN:
• Malaysia mengamalkan sistem
demokrasi berparlimen di
bawah pentadbiran raja
berperlembagaan. Malaysia
diketuai oleh Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong
yang dipilih daripada sembilan
sultan negeri Melayu untuk
berkhidmat selama lima tahun
sebagai Ketua Negara dan
Pemerintah Tertinggi Angkatan
Tentera
KEADAAN POLITIK DI MALAYSIA:
• Malaysia mengamalkan sistem
politik berbilang parti:
# UMNO,
#MCA (Persatuan Cina Malaysia)
# MIC (Kongres India Malaysia)
# PKR
CABARAN POLITIK DI MALAYSIA:
• Perbalahan antara parti-parti
politik
• Menghulur bantuan kepada
bangsa yang terpinggir bukan
dilihat sebagai sebuah amanah
tetapi sekadar propaganda
politik dan pembinaan imej
untuk diperaga.
• Memilih pemimpin yang
bertangungjawab
• Menyatupadukan rakyat
Malaysia
HALA TUJU DLM BIDANG POLITIK:
• Politik baru menuntut ketelusan
dan keadilan yang
mementingkan rakyat
• Memajukan ekonomi negara
• Keamanan negara dapat
dipelihara
PELAN INTEGRITI NASIONAL
PENGENALAN:
Berasaskan prinsip
Perlembagaan Persekutuan
Malaysia.
Menyerap falsafah dan prinsip
Rukun Negara.
Dilancarkan pada 23 April 2004
oleh PM Malaysia ke-5 Y.A.Bhg
Tun Abdullah Hj Ahmad
Abdullah.
Selaras dengan cabaran 2020
MATLAMAT:
Memantapkan amalan integriti
dalam kalangan rakyat.
Membasmi rasuah di setiap
lapisan masyarakat
OBJEKTIF UMUM:
Merealisasikan Wawasan 2020
OBJEKTIF KHUSUS:
Memberikan hala tuju &
bimbingan dalam pelbagai
sektor. –Membina masyarakat
Meningkatkan kesedaran,
komitmen dan kerjasama
pelbagai sektor. – Tingkat
integriti.
Menggalakkan semangat
bertanggungjawab dalam
kalangan masyarakat.
Menyumbang kepada usaha
pengukuhan asas moral
masyarakat dan negara
Meningkatkan daya saing dalam
usaha menangani cabaran abad
ke-21
KONSEP:
Sebuah pelan induk yang
bertujuan memberikan hala tuju
serta bimbingan kpd semua
komponen/sektor masyarakat &
negara.
Merupakan satu gagasan yang
dicetuskan oleh pucuk pimpinan
dgn sokongan padu rakyat
pelbagai kaum.
Mengkoordinasi usaha semua
komponen & sektor dalam
usaha memantapkan integriti.
VISI:
Selaras dengan cabaran ke-4
Wawasan 2020
MISI:
Melaksanakan objektif, strategi
dan program peningkatan etika
dan integriti warga Malaysia
dalam semua aspek kehidupan.
FALSAFAH:
Digubal dgn merangkumi
semangat & prinsip
Perlembagaan Persekutuan,
Rukun Negara dan Wawasan
2020.
Sbg pelan yg selaras dgn aspirasi
rakyat & dilaksanakan utk
kesejahteraan mereka.
Kesinambungan &
penterjemahan falsafah, prinsip
& matlamat yg hendak dicapai
dalam Perlembagaan
Persekutuan & Rukun Negara.
Sebuah pelan induk yg
bertujuan memberikan hala tuju
serta bimbingan kpd semua
komponen/sektor masyarakat &
negara.
Suatu gagasan yg dicetuskan
oleh pucuk pimpinan dgn
sokongan padu rakyat pelbagai
kaum.
Mengkoordinasi usaha semua
komponen & sektor dlm
gerakan pemantapan integriti.
TEKAD INTEGRITI:
5 SASARAN
1. Kurangkan gejala rasuah,
penyelewengan & salah guna
kuasa secara berkesan
2. Tingkatkan kecekapan dalam
sistem penyampaian
perkhidmatan awam & atasi
karenah biokrasi.
3. Tingkat tadbir urus korporat &
etika perniagaan.
4. Mantapkan institusi keluarga &
komuniti.
5. Tingkat kualiti hidup &
kesejahteraan masyarakat.
PERANAN:
Mengendalikan penyelidikan
berkaitan integriti institusi &
masyarakat.
Menganjurkan persidangan.
Menghimpun pendapat pelbagai
sektor tentang kemajuan &
halangan kpd integriti.
Terbit & edar bahan-bahan
Mengemukakan perakuan dasar
bg tingkat integriti & etika.
Bangunkan pengakalan data
tentang integriti
Berikan khidmat nasihat bg
tingkat integriti
PELAN TINDAKAN:
8 KOMPONEN
1. Keluarga
2. Komuniti
3. Masyarakat sivil
4. Agama
5. Ekonomi
6. Sosiobudaya
7. Politik
8. Pentadbiran
FAKTOR PENENTU:
Kepimpinan berteladan
Dasar yg utuh & matlamat yg
jelas
Pendidikan berterusan &
berulang
Komunikasi berkesan
Persekitaran budaya yg
kondusif
Kerjasama jentera politik &
pentadbiran
Kerangka perundangan
berkesan & kehakiman bebas.
Kecukupan & kecekapaan
sumber
Kesedian individu utk berubah
KESIMPULAN:
Penghayatan & penterjemahan
falsafah, prinsip & objektif PIN
oleh pelbagai sektor masyarakt
& negara sudah pasti akan
menjadi suatu kekuatan bg
mengubah wajah masyarakat &
negara Malaysia.
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN:
PENGENALAN:
• Digubal pada 1971 kerana sejak
merdeka tiada kemajuan ke arah
mewujudkan kebudayaan
kebangsaan.
• Hal ini disebabkan kesedaran
yang rendah dan kefahaman
mengenai kebudayaan,
kepentingan politik yg
menekankan kebudayaan kaum
sahaja dan penekanan yang
lebih kepada kemajuan
ekonomi.
DEFINISI KEBUDAYAAN:
• Merupakan keseluruhan cara
hidup manusia iaitu meliputi
bidang-bidang fikiran/idea,
kebendaan (seperti
senibina,pakaian, makanan dan
perabot), kesenian (seperti
lakonan dan ukiran) dan nilai
dan norma (seperti undang-
undang, adat resam, upacara,
nilai agama dan kesopanan)
3 PRINSIP:
1. BERTERASKAN KEPADA
KEBUDAYAAN RAKYAT ASAL
RANTAU INI
Menurut prinsip ini, kebudayaan
kebangsaan Malaysia hendaklah
berteraskan kebudayaan rakyat
setempat rantau ini.
“Rantau” membawa maksud alam
Melayu, yakni warisan tradisi
kebudayaan Kepulauan Melayu yang
sebahagian besar suku bangsanya
terdiri daripada orang Melayu, Bugis,
Jawa, Iban, Minang, Murut, Kadazan dan
lain-lain lagi.
Merekalah yang dimaksudkan
sebagai rakyat asal rantau ini.
2. UNSUR-UNSUR KEBUDAYAAN
LAIN
Prinsip ini memberi pengakuan
bahawa unsur-unsur kebudayaan kaum
lain yang sesuai dan wajar memanglah
telah lama diamalkan.Masyarakat
pribumi telah banyak menerima unsur-
unsur ini sejak zaman-berzaman.
Kemasukan unsur-unsur ini ke
dalam kebudayaan tempatan kaum
pribumi terjadi melalui pelbagai proses
seperti asimilasi, difusi, evolusi dan
akulturasi.
Sebagai contoh, proses asimilasi
wujud hasil daripada kekerapan
perhubungan dan pertembungan di
antara kebudayaan dan bahasa dari
negera China, India dan Eropah. Begitu
juga terdapat pengaruh bahasa Sanskrit,
Portugis, China, Inggeris dan lain-lain
dalam bahasa Melayu tempatan
3. ISLAM MENJADI UNSUR
PENTING DALAM
PEMBENTUKAN KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN
Meletakkan Islam sebagai unsur
penting dalam kebudayaan kebangsaan
memang kena pada tempatnya.
Hal ini kerana Islam merupakan
agama Persekutuan yang telah lama
tersurat dan diterima oleh
Perlembagaan.
Pelaksanaan prinsip pertama dan
kedua dalam pembentukan kebudayaan
kebangsaan perlulah disesuaikan
dengan agama Islam.
Segala unsur budaya yang mewarisi
pelbagai warisan budaya rakyat
tidaklah menjadi status kebudayaan
kebangsann secara automatis.
Ia haruslah terlebih dahulu
disesuaikan dengan ciri-ciri atau nilai
universal Islam.
Selaras dengan kehendak
kebudayaan kebangsaanlah, kerajaan
telah berusaha untuk menerapkan nilai-
nilai Islam.
OBJEKTIF:
1. Mengukuhkan perpaduan
bangsa dan negara melalui
kebudayaan
2. Memupuk dan memelihara
keperibadian kebangsaan yang
tumbuh daripada kebudayaan
kebangsaan
3. Memperkaya dan
mempertingkatkan kualiti
kehidupan kemanusiaan dan
kerohanian yang seimbang
dengan pembangunan sosio-
ekonomi.
STRATEGI DAN PELAKSANAAN
OBJEKTIF DICAPAI MELALUI STRATEGI
BERIKUT:
1. Pemulihan dan pemuliharaan
dan pembangunan kebudayaan
ke arah menguatkan asas-asas
kebudayaan kebangsaan melalui
usahasama penyelidikan,
pembangunan, pendidikan,
pengembangan dan
perhubungan budaya.
2. Meningkat dan mengukuhkan
kepimpinan budaya melalui
usaha-usaha membimbing dan
melatih peminat, mendokong
dan mengerak kebudayaan
seluas-luasnya sebagai jentera
pembangunan yang berkesan.
3. Mewujudkan komunikasi yang
berkesan ke arah kesedaran
kebangsaan, kenegaraan dan
nasionalisma malaysia
4. Memenuhi keperluan sosio-
budaya.
5. Meninggikan taraf dan mutu
kesenian.
KEPENTINGANNYA:
• Penting dalam proses
pembangunan dimana
keperibadian Malaysia harus
dipupuk dalam usaha-usaha
meningkatkan pembangunan
sosio-ekonomi dan politik.
• Usaha ini memerlukan
perancangan yang rapi supaya
dapat melahirkan cara hidup
bersifat kemanusiaan.
TUJUAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN:
1. Perpaduan Negara
Tujuan ini dapat dilihat dari aspek
keseluruhan penduduk yang berbilang
kaum dan keturunan di negara ini.
Masyarakat majmuk Malaysia perlu
dipupuk dengan nilai-nilai yang dapt
dikongsi bersama.
Nilai-nilai budaya yang suci ini akan
membawa kepada titik-titik persamaan
dalam kehidupan masyarakat.
2. Membentuk keperibadian atau
identiti Malaysia.
Tujuan ini sangat wajar kerana
setelah lebih 45 tahun merdeka,
masyarakat Malaysia masih belum
mempunyai satu identiti kukuh.
Semangat sayangkan bangsa, tanah
air dan sebagainya masih kabur.
Sikap dan imej penduduk Malaysia
haruslah dapat dikenalkan di kalangan
antarabangsa.
3. Meningkatkan kualiti kehidupan
kemanusiaan dan kerohanian
yang seimbang dengan
pembangunan sosioekonomi
dan politik.
Jika dua tujuan di atas tercapai,
barulah kualiti kehidupan boleh
meningkat.
Keadaan ini memberi peluang
kepada setiap kaum di Malaysia
mengecapi pembangunan sosioekonomi
dan politik yang seimbang.
PENCAPAIAN DAN MASALAH DASAR
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN:
• Pelbagai usaha dijalankan untuk
mencapai matlamat dasar ini
• Dalam mewujudkan satu
Kebudayaan Nasional, proses
penyerapan dan penerimaannya
perlu mengambil masa yang
lama.
• Identiti kewarganegaraan dan
seni budaya jelas terlihat dalam
perayaan-peayaan rasmi dan
tidak rasmi
Contohnya penggunaan Bahasa
Melayu di peringkat sekolah rendah dan
menengah
Rancangan-rancangan televisyen
yang pelbagai
PENCAPAIAN DAN MASALAH:
• Usaha terhadap dasar ini adalah
sukar.
• Antara kelemahannya ialah
perkembangan sosio-ekonomi
yang membawa kepada
pencemaran bahasa, seni bina
bangunan yang tidak
melambangkan kebudayaan
negara, dan sikap penduduk yg
tidak menitikberat unsur-unsur
budaya
• Sokongan secara langsung dan
tidak langsung diperlukan dari
semua pihak
PENUTUP:
• Penggubalan dan pelaksanaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
adalah perlu bagi negara
Malaysia yang sedang
membangun dan yang
mempunyai penduduk berbilang
kaum yang mengamalkan
budaya yang berbeza.
• Pelaksanaannya adalah rumit
dan tidak dapat dicapai dalam
masa yang singkat.
• Kesedaran dan kefahaman yang
luas akan dapat tercapainya
hasrat dan cita-cita pelaksanaan
dasar ini kerana dengan
keinsafan itu sahaja Kebudayaan
Kebangsaan akan dapat
dibezakan dengan kebudayaan
kesukuan atau kebudayaan
kaum.
• Kebudayaan yang dipupuk itu
akan mencirikan sifat-sifat
persamaan yang melampaui
batas-batas suku kaum dan
memperlihatkan keperibadian
kebangsaan Malaysia itu sendiri
sebagai sebuah negara yang
merdeka dan bermaruah.
DASAR SOSIAL NEGARA (DSN)
LATAR BELAKAN DSN:
• 1990an - Perbincangan isu-isu
sosial dan keperluan satu dasar
sosial negara
• 1996 -Penubuhan Jawatankuasa
Kabinet Bagi Membanteras
Masalah Sosial (JKMMS)
• 1998 - JPPN membincangkan
perlunya ada DSN
- UPE minta KPNPM menggubal
DSN
• 1999 - KPNPM menganjurkan
bengkel DSN
- Pelantikan Pakar runding
PINTAS
• 2002 - Pakar runding PINTAS
menghasilkan draf DSN
- Pasukan Petugas Khas di
KPNPM
- DSN, jentera pelaksanaan dan
pendekatan dibentangkan kepada
JKMMS
• 2003 - DSN diluluskan oleh
Jemaah Menteri (19 Februari)
- DSN dilancarkan secara rasmi
(19 Ogos)
PENGENALAN:
Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu
dasar pembangunan sosial yang
berteraskan nilai-nilai murni dan
peningkatan keupayaan insan bagi
mencapai kesepaduan dan kestabilan
sosial, ketahanan nasional dan
kesejahteraan hidup masyarakat
Malaysia yang maju dan mantap.
MATLAMAT:
Mewujudkan sebuah masyarakat
Malaysia yang maju dan mantap dengan
setiap anggota masyarakat berpeluang
untuk memperkembangkan potensi diri
secara optimum di dalam persekitaran
sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri
bersatu padu, berdaya tahan,
demokratik, bermoral, bertoleransi,
progresif, penyayang, adil dan saksama
selaras dengan matlamat wawasan
2020.
OBJEKTIF UMUM:
Menjamin setiap individu, keluarga dan
komuniti tanpa mengira kumpulan
etnik,agama,budaya,gender dan
fahaman politik serta wilayah dapat
menyertai dan memberi sumbangan
kepada arus pembangunan negara serta
menikmati kesejahteraan hidup secara
berterusan.
OBJEKTIF KHUSUS:
Selaras dengan penyataan matlamat dan
objektif umum,
Dasar Sosial Negara menggariskan
empat objektif khusus
yang saling melengkapi dengan
menerapkan nilai-nilai
murni di setiap peringkat
pelaksanaannya:
- Memastikan keperluan asas
individu, keluarga dan
masyarakat dipenuhi;
- Membangun dan
memperkasakan insan
sepanjang hayat;
- Memperkukuh dan
membangunkan sistem
sokongan sosial dan
perkhidmatan sosial; dan
- Menjana sinergi multisektor.
STRATEGI OBJEKTIF 1:
1. Mewujudkan pelbagai peluang
dan kemudahan agar setiap
individu, keluarga dan
masyarakat dapat menikmati
keperluan asas kehidupan dan
menyertai arus pembangunan
negara.
2. Memastikan setiap individu
mendapat hak untuk kelangsungan
hidup, perlindungan, perkembangan
dan penyertaan serta dapat menikmati
keperluan asas sepanjang hayat, tidak
terpinggir dan tersisih daripada arus
pembangunan.
3. Memastikan keperluan hidup yang
holistik menjadi teras kehidupan setiap
individu, keluarga dan komuniti.
STRATEGI OBJEKTIF 2:
1. Menjamin hak janin atau
kandungan untuk hidup dan
berkembang dalam keadaan
selamat dan sihat tanpa
diganggu oleh ancaman dan
eksploitasi.
2. Mengiktiraf dan memupuk keupayaan
setiap bayi dan kanak-kanak berfikir
dan berperasaan serta dilindungi
daripada dilabel, didiskriminasi dan
dijadikan mangsa oleh anggota
masyarakat.
3. Menentukan setiap bayi dan kanak-
kanak di peringkat awal (2-6 tahun)
mendapat peluang meneroka
persekitaran untuk menentukan
perkembangan sel-sel otak secara
maksimum. Ia juga bagi membantu
pembinaan tubuh,peningkatan
keyakinan diri serta perkembangan
identiti kendiri yang sihat di dalam satu
suasana dan jalinan perhubungan yang
positif dalam keluarga dan komuniti.
4. Memastikan setiap kanak-kanak
menerima pendidikan wajib peringkat
sekolah rendah yang mendidik
kemahiran sosial dan disiplin diri serta
rangsangan minda melalui kurikulum
yang meningkatkan kemahiran berfikir.
5. Menentukan setiap remaja (13-18
tahun) diberikan pengiktirafan,
penghormatan, peluang serta
bimbingan untuk mengenali hak-hak
dan tanggungjawab dan mengamalkan
peranan tertentu dalam keluarga,
sekolah dan komuniti sebagai
persediaan untuk memainkan peranan
sebagai seorang dewasa sepenuhnya
kelak.
6. Menentukan setiap individu yang
sudah menjangkau umur melebihi 18
tahun, yang mula mencapai taraf
berdikari dalam aspek ekonomi
tertentu, diberi sokongan, bimbingan,
pengetahuan dan kemahiran untuk
membuat keputusan
STRATEGI OBJEKTIF 3:
1. Membangunkan setiap keluarga
untuk berfungsi sebagai satu
pasukan yang saling menyokong
dalam memainkan peranan serta
tanggungjawab supaya setiap ahli
keluarga berkembang dengan
optimum mengikut keunikan dan
potensi setiap individu.
2. Mengiktiraf identiti, kepentingan
dan keperluan pelbagai kelompok
etnik dalam masyarakat Malaysia
untuk mewujudkan sikap toleran
dan saling membantu di dalam dan
di antara kaum yang berbeza.
3 Mengiktiraf kelompok
keagamaan sebagai kelompok sosial
yang mengamalkan sistem nilai dan
cara hidup tersendiri selaras dengan
Perlembagaan Negara, menghormati
sistem nilai dan cara hidup penganut
agama lain serta menggalakkan
interaksi dan saling memahami antara
penganut pelbagai agama.
4 Memberikan peluang kepada
semua anggota masyarakat untuk
mencapai kecemerlangan melalui
sistem pendidikan yang fleksibel,
inovatif,relevan dan dinikmati oleh
semua anggota masyarakat sepanjang
hayat mereka.
5. Memastikan sesebuah
organisasi atau agensi menyediakan
keperluan asas sosial serta memberikan
sokongan dan bimbingan kepada
kakitangannya sebagai satu
tanggungjawab asas.
6. Menentukan supaya organisasi
atau agensi yang memberikan khidmat
sosial mementingkan kakitangan yang
dilengkapi dengan kemahiran sosial dan
teknologi terkini serta yang berhubung
langsung dengan kumpulan
sasar.
7. Menggalakkan setiap organisasi
atau agensi, di semua peringkat dan
sektor menggubal dan melaksanakan
dasar di peringkat organisasi sebagai
panduan bagi menentukan
perkembangan sosial yang optimum
untuk
kakitangan dan kumpulan
sasarnya.
8. Menggalakkan sesebuah
komuniti, sama ada di dalam bandar
atau luar bandar supaya bekerjasama
dan saling membantu menyediakan
berbagai-bagai perkhidmatan untuk
memenuhi keperluan anggotanya dan
mendirikan sistem amaran awal untuk
mengenal pasti gejala sosial.
STRATEGI OBJEKTIF 4:
1. Menggalakkan setiap organisasi
atau agensi di peringkat
persekutuan, negeri, daerah dan
komuniti di sektor awam,
swasta dan sukarela untuk
melakukan kajian dari semasa
ke semasa ke atas struktur dan
fungsi masing-masing bagi
menentukan kemampuan
pencapaian matlamat
pembangunan sosial.
2. Mewujudkan mekanisma
Perancangan Sosial yang bertaraf agensi
pusat di peringkat persekutuan, negeri
dan daerah untuk merancang,
melaksana, memantau, menyelaras dan
menilai keberkesanan perancangan dan
pelaksanaan perkhidmatan sosial dalam
masyarakat.
3. Meningkat dan mengukuhkan
peranan dan fungsi bahagian
pembangunan sosial di semua peringkat
pentadbiran negeri, bahagian/ daerah
dan komuniti.
4. Menggalakkan Pihak Berkuasa
Tempatan mewujudkan program dan
kemudahan sosial yang terancang dan
lengkap supaya selaras dengan
pembangunan fizikal dan ekonomi yang
pesat.
5. Meningkatkan taraf dan
memperluaskan peranan kepimpinan di
peringkat akar umbi dalam
perancangan, pelaksanaan dan
pemantauan pembangunan sosial.
6. Memastikan setiap wakil rakyat
memainkan peranan dalam
pembangunan sosial dan memberikan
perkhidmatan berkesan kepada anggota
masyarakat tanpa mengira perbezaan
ideologi atau parti politik.
PENUTUP:
• Dasar Sosial Negara merupakan
dasar payung yang merangkumi
falsafah dan pelbagai dasar
pembangunan sosial negara.
• Dasar ini memberi hala tuju
kepada perancangan dan
pelaksanaan program
pembangunan sosial tersebut.
Pelaksanaan dasar ini akan
menjadi suatu agenda utama
kerajaan untuk mewujudkan
sebuah masyarakat Malaysia
yang maju menurut acuannya
sendiri.
• Pelaksanaan Dasar Sosial
Negara perlu dipantau bagi
memastikan kecekapan dan
keberkesanan pencapaian
pembangunan sosial.
• Kejayaannya bergantung pada
komitmen, sokongan dan
kerjasama sektor awam,swasta
dan sukarela.