Nota Forex
-
Upload
shykin2000 -
Category
Documents
-
view
109 -
download
23
description
Transcript of Nota Forex
-
KELAS FOREX 27/9/2014
Sunday, September 21, 14
-
FOREX (Foreign Exchange) atau yang lebih dikenal dengan urus niagamatawang merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi yangmemperdagangkan mata wang suatu negara terhadap mata wang negaralainnya yang melibatkan pasar-pasar wang utama di dunia selama 24 jamsecara berterusan.Pergerakan pasar Forex bermula dari pasar New Zealand & Australia yang,terus ke pasar Asia iaitu Jepun Singapura & Hongkong, ke pasar Eropahiaitu Jerman sampai ke pasar Amerika.. Dalam perkembangan sejarahnya,bank Pusat milik negara-negara dengan cadangan mata wang asing yangterbesar sekalipun dapat dikalahkan oleh kekuatan pasar forex yang bebas.Menurut kajian BIS (Bank International for Settlement bank sentral dunia), yangdilakukan pada akhir tahun 2004, nilai transaksi pasar forex mencapai lebihdari USD$1,4 Trilliun per hari. Dengan demikian, prospek untuk melabur diperdagangan forex adalah sangat bagus.FOREX juga telah menjadi alternatif yang paling popular keranaa ROI(Return On Investment ) serta profit yang akan di jana melebihi rata-rataperdagangan lain pada umumnya (biasanya rata-rata return berkisar lebihdari 5% 10% per bulannya, bahkan boleh mencapai lebih dari 100% perbulannya untuk professional trader). Akibat pergerakan yang cepat tersebut,maka FOREX juga mempunyai resiko tinggi apabila andatidak mempunyai pengetahuan yang cukup sertapengurusan kewangan yang baik.
Maksud Forex
Sunday, September 21, 14
-
Forex di trade melalui pair contohnya euro/usd.Euro=base manakal usd =quote.Bermaksud anda perlu jual usd untuk beli euro.Ada 8 jenis matawang dalam forexiaitu:
Tak perlu analisis semua mata wang,list matawang di atas dah terlebih cukup.Ada 3 kategori MAJOR PAIR:
Paling famous sebab senang untuk buat keuntungan.Base dan quote ada matawang usd.
Contoh euro/usd, gbp/usd, aud/usd, usd/jpy, usd/chfMINOR PAIR:
Ada usd juga dalam base dan quote tapi tak begitu famous.Contoh usd/zar(south african rand),
usd/czk(czech koruna)
CROSS PAIR:
Pair yang tak mempunya usd sebagai base dan quote.GBP/JPY,EURO/JPY dan sebagainya.Tidak digalakkan kerana sukar
dijangka.
Sunday, September 21, 14
-
PIPS
ISTILAH FOREX
Bermaksud nilai perpuluhan terkecil.1 pips bersamaan dengan 0.0001.Bagi pairs yang ada JPY, 1 pips
bersamaan 0.01.Contoh:
Nilai euro/usd dari 1.0800 jatuh ke 1.0500.Maksudnya disini harga tersebut telah turun sebanyak 300 pips.
(1.0800-1.0500 = 0.0300 @ 300 pips)
BUY DAN SELL
Buy jika anda jangka price akan naik.
Sell jika anda jangka price akan turun.
SPREADHarga caj yang dikenakan dari broker terhadap pelabur.Jika broker meletakkan 3 pips.Pelabur set target
buy profit pada 1.3445.Maka profit akan close pada 1.3448.
STOP LOSS
Paras harga maksimum yang sanggup anda tanggung kerugian
TARGET PROFIT
Paras harga yang anda letak untuk kadar keuntungan.Selalu nya melebihi dari paras stop loss.TP>SL
Sunday, September 21, 14
-
PENDING ORDER
Ada dua jenis PO iaitu limit order dan stop order.
Limit order : tempahan buy limit dibawah harga semasa dan sell limit di atas harga semasa
Stop order : tempahan buy stop diatas harga semasa dan sell stop di bawah harga semasa
Contoh,harga semasa EURO/USD adalah 1.4879.Anda boleh tempah buy stop di atas harga semasa.Bila rate
semasa telah mencapai harga buy stop anda tadi,maka entry adalah telah dibuka.Begitu juga sebaliknya untuk sell
MARGIN
Deposit yang perlu dibayar pada broker,tapi deposit ini akan dipulangkan semula setelah close position
EQUITY
Balance + floating profit atau loss
MARGIN CALL @ MCKerugian 100% bila equity = margin
LEVERAGEPengganda.Jika anda ingin buy usd10,000,anda tak perlu modal sehingga banyak itu.Tapi cukup dengan
usd100 dengan leverage 100:1.Makna leverage 100:1 adalah anda hanya perlu menyediakan
1% sahaja modal (1/100) selainnya 99% dipinjamkan oleh broker
TIME FRAMEPenunjuk harga untuk OHLC dalam sesuat julat masa.Didalam teknik saya,hanya fokuskan pada TF H4,D1 dan W1
Sunday, September 21, 14
-
HARI YANG TIDAK ELOK UNTUK TRADEIsnin dan jumaat.Isnin adalah harga dibuka semula selepas weekend dan pergerakan chart masih tidak stabil.
Jumaat adalah hari pengambilan untung profit jadi arah chart tidak menentu
WAKTU TERBAIK UNTUK TRADE
Hari selasa hingga khamis.Biasa pada waktu aktif 3 petang sehingga 12 malam.Hari ketika JPY,EURO/Uk US/CANADA sedang
dibuka.Mengikut kajian volume trading adalah tertinggi mengikut pertindihan time zone ini
JENIS CHARTAda 3 jenis chart iaitu line chart,bar chart dan candlestick chart.Untuk intai peluang entry,cara terbaik adalah
berpandukan candlestick chart.Cara saya,line chart hanya digunakan untuk melukis garisan SNR sahaja.
linechart barchart candlestick chart
Sunday, September 21, 14
-
MAKLUMAT TENTANG ASAS CANDLESTICK
Candlestick ni yang akan anda lihat pada candlestick chart.Namun,apakah maknanya?
OHLC bermaksud open,high,low dan close
open = Harga price open
High = Harga tertinggi yang pernah dicapai oleh candlestick
Low = Harga terendah yang pernah dicapai oleh candlestic
Close =Harga penutup
Body adalah jarak antara harga open dan harga close.Makin panjang body,makin besar kuasanya.
Shadow adalah jarak open/close dengan high/low.Semakin panjang shadow,semakin tinggi rejection.Shadow diatas bermaksud
buyer keluar ambil profit lalu sellers masuk.Begitu juga sebaliknya dengan shadow dibawah.Semakin panjang shadow dibawah,
,menunjukkan bahawa akan berlaku reversa dengan jumlah buyers yang masuk
Sunday, September 21, 14
-
CARA MEMBACA TIME FRAME
H1
Satu candlestick adalah berdasarkan setiap satu jam.Contoh bulatan,
candlestick tu adalah untuk dari jam 2 petang hingga 3 petang
H4
Satu candlestick adalah berdasarkan setiap 4 jam.Contoh bulatan,
candlestick tu adalah untuk dari jam 12 tengahari hingga 4 petang
D1
Satu candlestick adalah berdasarkan setiap sehari.Contoh bulatan,
candlestick tu adalah untuk hari khamis contohnya.Next candlestick adalah hari berikutnya
Sunday, September 21, 14
-
ASAS YANG PERLU TAHU UNTUK TRADE FOREX
Hanya 3 cara basic sahaja yang sudah cukup untuk memberikan pulangan lumayan.Kebanyakan orang lebih memilih
untuk belajar bermacam teknik dan menggunakan indicator tapi akhirnya hanya memberikan keuntungan yang sekejap.
Bila tiap kali loss,apa yang perlu dibuat akhirnya?BACK TO THE BASIC!Ini lah satu satu caranya untuk kita bertahan
lama di dalam forex.Jangan jadi rama-rama yang hinggap sana sini tanpa skill teknik yang tetap yang merugikan anda.
Jadi didalam pembelajaran kali ini,hanya 3 cara sahaja sudah memadai.LUKISAN SNR,LUKISAN TRENDLINE,CANDLESTICK
REVERSAL PATTERN
LUKISAN SNR
Lukisan SNR hanya boleh dilakukan dengan menggunakan line chart.Support bermaksud lantai atau harga terendah,resistance
bermaksud siling atau bumbung atau harga tertinggi.Cara melukis snr adalah berpandukan u-turn yang berlaku didalam graph.
Sunday, September 21, 14
-
LUKISAN TRENDLINE
Lukisan trendline hanya boleh dilakukan pada line chart dan adjust di candlestick chart.Cara melukisnya hanya dengan melakukan sambungan
antara titik tertinggi.Contoh chart tengah uptrend,sambungkan sahaja low terendah untuk mencapai satu garisan panjang.
Contohnya seperti ini:
sambungkan antara titik terendah
untuk membentuk satu garisanAdjust kedudukan menggunakan candlestick chart
garis atas kalau downtrend
Sunday, September 21, 14
-
CANDLESTICK REVERSAL PATTERN
Kalau nak hujan,ada guruh atau mendung.Betul?Begitu jugalah chart di forex.Sebelum berlakunya reversal,
akan berlakunya tanda-tanda yang uptrend akan bertukar jadi downtrend.Apakah tandanya?Ini adalah simbol-simbol
akan berlakunya reversal.Tak perlu hafal kesemuanya,yang penting untuk anda adalah untuk memahami nya.Percaya lah
forex itu mudah dan tak perlu tahu kesemuanya untuk berjaya
Sunday, September 21, 14
-
pinbar
hanging man
BEOB
Disinilah berlakunya reversal bila terbentuknya candlestick reversal pattern.Harus di ingat,tidak lah harus
dihafal kesemuanya,yang penting adalah untuk memahaminya
Sunday, September 21, 14
-
CARA INTAI ENTRY
Cara terbaik memasukkan entry adalah melalui tempahan pending order.Bagi saya,ini adalah cara yang paling selamat
dan tepat.Tapi saya lebih gemar memilih stop order berbanding limit order kerana stop order lebih menjanjikan pulanga
yang lebih lumayan.Bagaimana untuk masukkan entry anda?Mudah sahaja.
Contohnya chart tengah uptrend,tiba tiba muncul reversal pattern di bulatan sebelah,
kemungkinan reversal akan berlaku.Jika anda target hendak sell.Bagaimana cara
hendak melakukan sell stop?Caranya mudah.Letak sell stop 10 pips dibawah low
candlestick reversal pattern itu tadi.Stop loss letak 10 pips diatas high cs reversal
pattern.Target profit hendaklah 2 kali ganda atau lebih dari nilai stop loss anda.Andai
harga semasa telah trigger point yang anda sell stop tadi,maka entry anda telah dibuka
dan hanya tunggu sahaja price cecah target profit anda.Andai chart tidak cecah sell stop
anda,dan chart terus naik walaupun muncul cs reversal pattern.ANDA TIDAK RUGI APA-
APA kerana price tidak trigger point sell stop anda.Mudah kan?
Namun begitu,cara yang lebih baik untuk memasukkan entry adalah dengan menggabungkan
teknik-teknik tadi.Lukisan SNR,Trendline dan juga reversal pattern.Gabungan ini lebih mantap
jika ingin dilakukan sebelum entry.Bagaimana caranya?
Sunday, September 21, 14
-
CARA GABUNGAN
Time Frame W1 = Benda pertama yang anda perlu lihat adalah chart di time frame w1.Pastikan dahulu sama ada
chart downtrend atau uptrend.Jika anda pasti chart akan uptrend,cara seterusnya adalah dengan melihat
chart di D1Time Frame D1 = Setelah anda pastikan chart sedang uptrend di w1.Tapi setelah diteliti di D1,chart pula tengah downtrend.Jadi
apa caranya?mudah.Jika w1 uptrend d1 pon uptrend,maka ikutlah uptrend sebab itu adalah bonus.Jika w1 uptrend
D1 downtrend,maka kesimpulannya ikutlah chart di D1.Pilih downtrend sebab chart di D1 lebih tepat.
1)Pertama sekali tukar candlestick chart ke line chart.Lukiskan garisan SNR anda
2)Selepas itu,boleh lukis garisan trendline untuk mengukuhkan hujah anda,tapi selalunya SNR sudah
memadai
3)Tukar chart kembali ke candlestick chart dan adjust kedudukan mengikut open close yang betul
Time Frame H4 = Setelah selesai di D1,buka timeframe H4.Tukarkan kembali ke line chart untuk melukis garisan SNR.
Setelah itu tukar kembali ke cs chart untuk adjust kedudukan yang betol. Sekarang tinggal lah masa
untuk memasukkan entry anda.Sedikit tips,bawa bertenang dan bersabar.Digalakkan untuk semua hanya
memasukkan entry bila mana terjadinya cs reversal pattern di kawasan SNR.Jika berlakunya rejection
dikawan SNR,apa lagi,pasang saja lah pukat anda.Jika mengena,rezeki anda.Cara yang lebih baik
adalah dengan memasukkan pukat secara stop order.Setiap kali ingin memasukkan entry,masukkan sajalah
mengikut 10 pips dibawah low kalau sell dan 10 pips di atas high kalau buy.Stop loss jangan dilupa.
Sunday, September 21, 14
-
KESIMPULAN
Mudahkan?Bagi yang baru,mungkin tidak dapat tangkap lagi.Tapi jangan mengeluh.Sesi demo depan mata
akan saya lakukan pada kelas nanti.Bagi yang dah sedia ada ilmu forex,mungkin secara tak langsung sudah
memahami bagaimana cara nya saya menjana keuntungan yang berterusan.Saya tak kata saya dah berjaya,
tapi untuk pengetahuan,tips ini lah yang mengeluarkan saya dari segala belenggu hutang dan bekerja di bawah orang.
Saya mengharapkan yang datang ke kelas saya nanti hendak lah kosongkan fikiran anda.Tinggalkan lah segala
ilmu yang anda telah belajar selama ini,kalau betul ilmu anda itu dah bantu anda jana profit.Mustahil anda datang ke
kelas saya bukan?Cara ini adalah cara paling selamat dan boleh membuat keuntungan secara berterusan dan
constant.Tapi harus diingat,Forex ini bukan lah skim cepat kaya!Apa pon,niat hendaklah betul dan sejajar dengan cita-cita.
InsyaAllah saya mendoakan yang terbaik untuk anda dan mengharapkan dapat melahirkan jutawan di bawah pendidikan saya.
AMIN!
Sunday, September 21, 14