NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti...
Transcript of NO TAJUK fileSebagai contoh, baca semula isi kandungan fail ... Anda juga boleh merancang aktiviti...
NO TAJUK
1 Realistik!
2 Gunakan Waktu Perjalanan Sebaik-baiknya
3 Aturkan Mesyuarat yang Produktif
4 Beri Ganjaran untuk Kejayaan Kecil
5 Amalkan Gaya Hidup Sihat
6 Cari Persekitaran yang Produktif
7 Masa Membaca yang Memberi Impak
8 Mewakilkan Tugasan, Membuang yang Tidak
Perlu
9 Produktiviti Adalah Mengenai Fokus & Tenaga,
Bukan Masa
10 Ostrich Problem
11 Pastikan Perkara Remeh Berada Pada Tahap
Minimum
12 Tangani Orang yang Suka Mengganggu
13 Tentukan Nilai & Matlamat Dengan Jelas
14 Ketahui Risiko yang Diambil
15 Dapatkan Sokongan Dari Mentor
Realistik!1
“Elakkan diri daripada terlalu
menyibukkan diri dalam
masalah-masalah kecil yang
boleh menghalang anda
daripada mencapai matlamat
anda.”
KEMBALI KE UTAMA
Realistik!
Jangan gunakan masa yang terlalu banyak untuk
tugas yang anda suka lakukan, dan
memperuntukkan masa yang sedikit untuk tugas
yang anda kurang suka melakukannya.
Hal ini kerana tugas-tugas itu dilakukan mengikut
jadual yang realistik, bukannya kehendak anda.
Jadi, buat tarikh mula dan tarikh siap untuk setiap
tugasan anda.
Ingat hasil yang bakal anda dapat daripada kerja
keras anda.
Jangan menjerumuskan diri ke dalam tugas yang
tidak ada kepentingan dan faedah.
Elakkan diri daripada terlalu menyibukkan diri
dalam masalah-masalah kecil yang boleh
menghalang anda daripada mencapai matlamat
anda.
Jangan mengaturkan mesyuarat atau sesuatu urus
niaga hampir dengan waktu makan tengah hari
melainkan yang ianya memang diaturkan sekali
dengan makan tengah hari.
1
Realistik!
Hal ini untuk mengelakkan dari hilang fokus ketika
mesyuarat kerana memikirkan makan tengah hari.
Elakkan juga membuat mesyuarat atau pertemuan
urus niaga pada waktu lewat petang atau selepas
makan tengah hari kerana terdapat sesetengah
orang yang konsentrasinya akan hilang atau
menjadi lambat pada waktu itu.
Atau dalam erti kata lain, buat pertimbangan
masa orang lain sebaik-baiknya sebelum anda
ingin mengatur sesuatu mesyuarat atau pertemuan
urus niaga dan pastikan anda memaklumkan
kepada staf di pejabat akan waktu anda pulang
semula ke pejabat dan di mana anda boleh dicari
atau dihubungi sepanjang anda berada di luar.
1
Gunakan WaktuPerjalanan Sebaik-baiknya
2
“Sekiranya anda memandu
sendiri ke tempat kerja, gunakan
laluan yang paling pendek dan
menjimatkan masa agar anda
mempunyai masa yang lebih
untuk melakukan perkara yang
penting.”
KEMBALI KE UTAMA
Gunakan WaktuPerjalanan Sebaik-baiknya
Jika anda menaiki pengangkutan awam untuk ke
tempat kerja, anda boleh merancang pelbagai
perkara sepanjang hari tersebut.
Sebagai contoh, baca semula isi kandungan fail
yang bakal dihantar kepada bos anda pada hari
itu.
Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang
hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi
mesyuarat yang bakal dihadiri.
Pastikan anda mempunyai satu fail travel yang
kukuh dan keras dan hanya isikan dokumen-
dokumen yang diperlukan pada hari itu.
Fail keras tersebut juga boleh digunakan sebagai
alas untuk mengisi borang atau menulis nota-nota
penting yang terbit di minda.
Boleh juga menggunakan perakam kecil untuk
merakam nota-nota atau idea-idea tersebut.
Selain itu, gunakan masa tersebut untuk
mendengar bahan-bahan rakaman yang
produktif.
2
Gunakan WaktuPerjalanan Sebaik-baiknya
Sekiranya anda memandu sendiri ke tempat kerja,
gunakan laluan yang paling pendek dan
menjimatkan masa agar anda mempunyai masa
yang lebih untuk melakukan perkara yang penting.
Selain memandu sendiri, anda juga boleh
mempertimbangkan untuk menggunakan kaedah
berkongsi kereta (carpool).
Penggunaan kaedah ini bukanlah menjimatkan
masa perjalanan anda, namun ianya boleh
menjimatkan masa bekerja anda.
Dengan menggunakan kaedah ini, anda boleh
berbual-bual tentang hal kerja dengan teman-
teman sepejabat dan sekaligus anda tidak perlu
menggunakan waktu kerja anda untuk berbual-
bual tentang hal ini lagi.
2
Aturkan Mesyuaratyang Produktif3
“Mesyuarat yang berkesan
adalah sekitar kurang daripada 1
jam. Jika perlu lebih dari 1 jam,
jangan melebihi dari 90 minit.”
KEMBALI KE UTAMA
Aturkan Mesyuaratyang Produktif
Rancang mesyuarat anda untuk mengelakkan
sindrom MEGO (My Eyes Glaze Over) iaitu insiden
mata semakin layu disebabkan masa yang terlalu
lama diambil untuk mesyuarat tersebut.
Mesyuarat yang berkesan adalah sekitar kurang
daripada 1 jam. Jika perlu lebih dari 1 jam, jangan
melebihi dari 90 minit.
Pastikan tujuan mesyuarat tersebut jelas dan lebih
spesifik. Tulis agenda untuk perkara yang lebih
penting dahulu.
Pastikan ianya mempunyai masa mula dan masa
akhir agar ianya tidak berlarutan lama dan
tindakan yang tepat dan bersesuaian sudah
diambil untuk agenda tersebut.
Sebelum itu, staf yang bertanggungjawab untuk
membentangkan sesuatu agenda tersebut
hendaklah diberi masa yang cukup agar
penyediaan rapi boleh dibuat sebelum mesyuarat.
Pastikan anda mengehadkan bilangan kehadiran
ke mesyuarat tersebut. Lagi sedikit lagi baik
Lantik seseorang untuk menulis minit-minit
mesyuarat tersebut.
3
Aturkan Mesyuaratyang Produktif
Kongsikan apa yang telah dibincangkan dan
tindakan yang diambil agar setiap staf yang hadir
pada mesyuarat tersebut boleh membuat
tindakan susulan untuk tugas tersebut.
Bawa kalendar setiap kali anda menghadiri
mesyuarat walaupun kita tidak pasti sama ada kita
memerlukannya atau tidak.
Ini untuk mengelakkan jadual anda bertindih
dengan agenda tersebut dan perlu memaklumkan
kepada staf jika berlaku perubahan dalam jadual
kelak.
Sebelum anda menangguhkan sesuatu mesyuarat,
buat semakan pantas dan ringkas untuk tugas-
tugas yang perlu dilakukan kepada staf-staf yang
hadir.
Sebagai contoh,
“Laila akan jumpa Encik Rahim untuk buat
kepastian harga esok.
Ain pula akan siapkan laporan itu paling lewat lusa.
Kamal pula akan menghubungi kesemua nama
dalam senarai itu pada hari Jumaat.”
Dengan cara ini, staf-staf akan lebih fokus dan jelas
dengan matlamat dan tugasan yang perlu dibuat.
3
Beri Ganjaran untukKejayaan-KejayaanKecil
4
“Setiap kali anda berjaya
menyiapkan satu tugasan kecil
itu, beli hadiah untuk diri anda
sendiri. Ini boleh menjadi
pembakar semangat untuk diri
anda.”
KEMBALI KE UTAMA
Beri Ganjaran untukKejayaan-KejayaanKecil
Apabila anda menerima projek besar, anda boleh
pecahkan ia kepada beberapa tugas kecil dan
berikan tarikh akhir setiap tugas tersebut.
Setiap kali anda berjaya menyiapkan satu tugasan
kecil itu, beli hadiah untuk diri anda sendiri.
Ini boleh menjadi pembakar semangat untuk diri
anda.
Namun begitu, tak perlu hadiah yang mahal-
mahal. Cukup sekadar hadiah kecil yang anda
sangat sukai dan boleh membantu kerja anda.
Sebagai contoh, alat tulis atau sebuah buku. Atau
boleh juga raikan kejayaan itu dengan mengambil
sedikit masa untuk membawa diri sendiri ke tempat
yang anda ingin pergi. Ingat!
Hadiah itu mesti diberikan segera kepada diri
sendiri kerana jika bertangguh, kemungkinan besar
anda tidak akan melakukannya.
4
Amalkan Gaya Hidup Sihat5
“Sebelum tidur, tulis senarai perkara
yang anda ingin buat dan letakkan
bersebelahan tempat tidur anda
kerana dengan cara ini, ianya
sedikit sebanyak dapat
mengurangkan kebimbangan anda
akan terlupa akan perkara yang
ingin dilakukan.”
KEMBALI KE UTAMA
Amalkan Gaya Hidup Sihat
Individu yang bertenaga dan bersemangat akan
mudah mendapat pencapaian lebih dalam kerja
yang mereka lakukan.
Tingkatkan tenaga anda dengan meminum air, jus,
atau bahan air yang lain mengikut keperluan
tubuh badan.
Makan secara sihat dengan memastikan terdapat
protein (contohnya daging ayam), vitamin
(contohnya sayur-sayuran), dan karbohidrat
(contohnya nasi) dalam setiap hidangan kita.
Kurangkan kafein dan gula dalam hidangan anda.
Untuk mendapatkan semula tenaga, basuhlah
muka dan tangan anda dengan kerap.
Pastikan waktu tidur anda mencukupi iaitu 6-8 jam
sehari.
Sebelum tidur, tulis senarai perkara yang anda
ingin buat dan letakkan bersebelahan tempat tidur
anda kerana dengan cara ini, ianya sedikit
sebanyak dapat mengurangkan kebimbangan
anda akan terlupa akan perkara yang ingin
dilakukan.
5
Amalkan Gaya Hidup Sihat
Jangan sesekali tinggalkan makan pagi. Makanlah
sedikit walaupun hanya segelas susu.
Elakkan hidangan terlalu berat ketika makan
tengah hari.
Ambil sekadar cukup untuk menambah tenaga
kerana jika berlebihan, ianya boleh mengundang
rasa mengantuk dan letih.
Bersenam 3 kali seminggu untuk mencergaskan
badan dan mencerdaskan otak.
Ingat! Jangan sesekali tidur semula setelah anda
boleh bangun secara natural, iaitu tidak
menggunakan jam loceng.
Relakskan diri anda dengan mengamalkan teknik
bernfas atau teknik-teknik meditasi yang lain.
(Sebagai Muslim, bersolat dan khusyuk sudah
cukup)
5
Cari Persekitaranyang Produktif6
“Jika anda sedang berusaha
menyiapkan satu tugas yang
sukar, buatlah di tempat baru
seperti di perpustakaan,
bahagian ruang pejabat yang
lain, atau di rumah.”
KEMBALI KE UTAMA
Cari Persekitaranyang Produktif
Cari tempat yang senyap untuk membuat kerja.
Jika anda sedang berusaha menyiapkan satu
tugas yang sukar, buatlah di tempat baru seperti di
perpustakaan, bahagian ruang pejabat yang lain,
atau di rumah.
Ketika di meja kerja, tutup segala bunyi yang boleh
mengganggu seperti bunyi mesej masuk,
panggilan, mel suara, atau televisyen, serta jangan
semak atau belek apa-apa barang yang tidak
ada kaitan dengan tugas anda sehingga anda
menyiapkan tugasan anda.
Pergi ke tempat kerja lebih awal.
Waktu awal pagi adalah waktu yang terbaik untuk
menyiapkan tugas yang anda tidak dapat lakukan
pada waktu lain kerana terlalu banyak gangguan.
Ianya merupakan satu perkara yang sangat
menakjubkan jika anda dapati berapa banyak
kerja anda yang dapat disiapkan dalam masa 5
jam seminggu pada awal pagi itu.
6
Masa Membacayang MemberiImpak
7
“Membaca dengan pantas akan
membolehkan anda menguasai
skil membaca dan mencari kata
kunci yang betul untuk diserap
masuk ke dalam minda.”
KEMBALI KE UTAMA
Masa Membacayang MemberiImpak
Apabila anda berserabut dengan perkara-perkara
yang banyak memerlukan mata anda untuk
membaca, berikan keutamaan untuk setiap
perkara itu.
Pertamanya, anda perlu membaca item-item
yang kritikal untuk kerja anda pada hari itu terlebih
dahulu.
Membaca dengan pantas akan membolehkan
anda menguasai skil membaca dan mencari kata
kunci yang betul untuk diserap masuk ke dalam
minda.
Seterusnya, dalam memastikan anda sentiasa tahu
perkembangan semasa, baca melalui internet
sebagai cara mudah dan cepat untuk
mengetahui apa yang berlaku di sekeliling anda.
Jika masa membaca anda yang senyap adalah
ketika waktu makan tengah hari, bawa sandwich
ke meja kerja atau duduk di bawah pokok dan
ambil masa itu untuk membaca dengan selesa
dan senyap.
Bawa bahan bacaan anda apabila anda mahu
ke mesyuarat, temu janji, atau urusan tugas. Anda
boleh menggunakan masa menunggu itu untuk
membaca.
7
MewakilkanTugasan, MembuangTidak Perlu
8
“Seorang penulis bernama Jay
Baer menyarankan agar kita
mewakilkan sekurang-kurangnya
15% daripada jumlah tugasan
kita.”
KEMBALI KE UTAMA
MewakilkanTugasan, MembuangTidak Perlu
Tim Harvard telah menjalankan satu eksperimen
tentang produktiviti terhadap staf-stafnya untuk
menganalisis tugas-tugas yang dibuat berdasarkan
3 soalan ini:
1. Bolehkah mereka menganggap tugas itu
sebagai tidak perlu langsung?
2. Bolehkah mereka mewakilkan tugas tersebut
kepada staf bawahan yang cekap?
3. Jika mereka perlu membuat tugas tersebut,
adakah mereka akan mengkaji untuk
mewujudkan solusi yang lebih efisien
berbanding sekarang?
Dengan mengikuti program ini, staf-staf tersebut
berjaya mengurangkan masa secara purata “6
jam di meja kerja” dan “2 jam masa mesyuarat”
setiap minggu.
Seorang CEO yang selalu mewakilkan tugas-
tugasnya kepada staf bawah yang cekap dan
boleh dipercayai akan mendapat lebih tenaga
dan produktiviti serta mengurangkan stres.
8
MewakilkanTugasan, MembuangTidak Perlu
Dengan mengambil sumber luar untuk melakukan
kerja-kerja mudah dapat menjimatkan banyak
masa dan tenaga mental untuk mereka fokus
terhadap matlamat dan projek yang memberi
pulangan yang lebih besar.
Seorang penulis bernama Jay Baer menyarankan
agar kita mewakilkan sekurang-kurangnya 15%
daripada jumlah tugasan kita.
8
Produktiviti adalahMengenai Fokus & Tenaga Bukan Masa
9
“Mengambil masa yang pendek
dengan kerap untuk berehat seperti
minum air, makan snek berkhasiat, dan
senaman ringan mampu untuk
mengembalikan semula tenaga kita
yang sekaligus meningkatkan produktiviti
kerja kita.”
KEMBALI KE UTAMA
Produktiviti adalahMengenai Fokus & Tenaga Bukan Masa
Menghabiskan masa dengan kerja tidak menjamin
hasil yang lebih baik.
Dengan mengekalkan tenaga di tahap
maksimum, ianya boleh mambantu ke arah
produktiviti.
Orang yang berjaya sentiasa akan mengehadkan
keupayaan tubuh badan mereka.
Mereka tahu, kerja jika dilakukan 24 jam sehari pun
tetap tidak akan habis kerana urusan kerja tiada
penamatnya.
Apabila melakukan sesuatu tugas, berusaha
sehabis boleh untuk menyiapkannya dan
tinggalkan yang selebihnya untuk disiapkan pada
hari yang lain.
Dengan mengatasi tanggungjawab kerja secara
konsisten, kita boleh menjalani kehidupan normal
dan boleh menjaga diri sendiri dan keluarga tanpa
perlu rasa bersalah.
Setiap manusia akan melakukan dua jenis tugas,
iaitu tugas rutin dan tugas kerja.
Dalam hal ini, tugas rutin hendaklah diutamakan
terlebih dahulu kerana ianya mempengaruhi tugas
kerja.
9
Produktiviti adalahMengenai Fokus & Tenaga Bukan Masa
Dalam hal ini, tugas rutin hendaklah diutamakan
terlebih dahulu kerana ianya mempengaruhi tugas
kerja.
Contoh mudah tugas rutin adalah makan.
Bayangkan jika kita tidak makan dan hanya
bekerja sepanjang hari, sudah tentu badan tidak
akan bertenaga sekaligus memberi kesan negatif
kepada tenaga badan untuk membuat kerja.
Keupayaan otak untuk memproses data secara
efisien akan terputus-putus sepanjang hari,
daripada keadaan bertenaga kepada keletihan
setiap 90 minit.
Mengambil masa yang pendek dengan kerap
untuk berehat seperti minum air, makan snek
berkhasiat, dan senaman ringan mampu untuk
mengembalikan semula tenaga kita yang sekaligus
meningkatkan produktiviti kerja kita.
Orang yang berjaya akan sentiasa membina
tenaga dan fokus bagi memastikan setiap minit
adalah benar-benar memberi kesan kepada tugas
mereka.
9
Ostrich Problem10
“Mengambil masa yang pendek
dengan kerap untuk berehat seperti
minum air, makan snek berkhasiat,
dan senaman ringan mampu untuk
mengembalikan semula tenaga kita
yang sekaligus meningkatkan
produktiviti kerja kita.”
KEMBALI KE UTAMA
Ostrich Problem
“The Ostrich Problem” adalah kecenderungan
yang meluas bagi orang yang ingin mengelak
daripada mengetahui maklumat mengenai
kemajuan dan perkembangan tugas mereka
dalam mencapai matlamat.
Apakah masalah utama? Tidak mahu mengesan
sebarang kemajuan atau perkembangan. Sebagai
contoh:
Melakukan rutin latihan fizikal, tetapi tidak mahu
mengetahui berapa banyak berat badan yang
berjaya diturunkan.
Penulis, berasakan sudah lambat daripada jadual
yang ditetapkan, tetapi mengelak untuk
memeriksa jika ia benar-benar terjadi
Pelatih di gim, berasakan yang mereka tidak
kehilangan berat badan, tetapi memilih untuk
tidak mengetahui dengan pasti.
10
Ostrich Problem
Diantara punca-punca ‘Ostrich Problem’ adalah:
Didorong oleh rasa takut
Berasa takut untuk mengesahkan apa yang
disyaki, maka keadaan akan menjadi lebih teruk
Berasa selesa dengan keadaan semasa – sangat
suka untuk menipu diri sendiri bahawa tiada
keperluan untuk berubah (elak untuk memantau
perkembangan).
Sebagai contoh:
Pergi ke gimnasium dua kali seminggu – apabila
melihat diri sendiri sebagai seorang yang sihat dan
aktif, ia membuatkan anda takut untuk memeriksa
kesihatan badan dan jantung.
Mengetahui maklum balas yang mengecewakan –
Perasaan kecewa yang dirasai adalah dua kali
ganda daripada kegembiraan jika berlaku
sebaliknya .
10
Ostrich Problem
Langkah-Langkah yang boleh diambil ialah:
Maklum balas yang dipercayai – Ambil peluang
untuk mengambil tindakan yang sewajarnya
(buat satu jadual latihan yang baru)
Lakukan perkembangan secara berjadual
Sebagai contoh,
Pemeriksaan ke atas kardiovaskular dan berat
badan boleh mengetahui sama ada latihan fizikal
yang dilakukan bersesuaian atau tidak
Pesakit yang memantau perkembangan
penyakitnya – boleh mengetahui rutin latihan yang
betul
Penulis yang mengetahui sudah terlambat dari
jadual – Mula melakukan penulisan satu jam lebih
awal setiap hari untuk memastikan ianya dapat
disiapkan mengikut jadual
10
Ostrich Problem
Ingatkan diri untuk tidak mementingkan
kesempurnaan – Tidak mengapa jika berterabur
pada mulanya kerana ianya adalah sebahagian
daripada proses
Minta teman sekerja untuk memberikan maklum
balas atas kerja yang dilakukan
Buat satu sistem maklum balas automatik
Sentiasa mengetahui maklumat perkembangan
secara berjadual dan konsisten (kerana mereka
sentiasa ingin memantau hanya apabila dalam
mood yang baik)
Belajar untuk memaafkan diri sendiri kerana tidak
memantau lebih awal
‘Ostrich Problem’ berpunca kekecewaan yang
bersifat sementara disebabkan oleh maklum balas
yang negatif adalah tidak ada apa-apa jika
dibandingkan dengan kekecewaan apabila
semuanya sudah musnah.
10
Pastikan PerkaraRemeh Berada di Tahap Minimum
11
“Permudahkan cara kerja anda,
sama ada di pejabat, mahupun di
rumah. Jangan letakkan barang-
barang yang tidak perlu di hadapan
mata anda.”
KEMBALI KE UTAMA
Pastikan PerkaraRemeh Berada di Tahap Minimum
Permudahkan cara kerja anda, sama ada di pejabat,
mahupun di rumah.
Jangan letakkan barang-barang yang tidak perlu di
hadapan mata anda.
Sebagai contoh, jika anda sudah membaca satu
artikel itu, buangkan terus atau jika ingin simpan,
simpan terus di tempatnya yang jauh dari pandangan
mata anda.
Apabila terdapat artikel yang berada di atas meja
atau di dalam laci anda melebihi 2 minggu tanpa
anda membacanya, buangkan terus kerana
kemungkinan anda memang tidak akan
membacanya.
Buat kerja rumah anda dengan cara paling mudah,
jangan rumitkan.
Matlamat anda adalah kerja itu siap. Untuk lebih
menyenangkan, siapkan kerja rumah yang patut
dibuat malam itu juga seperti contoh membasuh
pinggan, supaya pagi esok perasaan anda tidak
terganggu apabila melihat sinki yang kemas dan
bersih.
Jika anda terlalu sibuk untuk membuat kerja rumah,
upah agensi atau seseorang untuk melakukannya.
11
Pastikan PerkaraRemeh Berada di Tahap Minimum
Buat senarai nama orang atau agensi yang boleh
membuatkan hidup anda menjadi lebih mudah
atau lebih sihat.
Sebagai contoh, tukang jahit, tukang baiki
komputer, doktor, atau sesiapa sahaja. Pastikan
senarai ini selalu dikemas kini dan senang dirujuk
dan diakses.
11
Tangani Orang yang Suka Mengganggu12
“Jika anda membiarkan mereka
mengganggu anda, selepas ini
mereka akan terus menggangguanda lagi dan lagi.”
KEMBALI KE UTAMA
Tangani Orang yang Suka Mengganggu
Bergantung kepada personaliti anda, anda
mungkin mengalami kesukaran untuk menolak
rakan-rakan sekerja yang suka berbual-bual
kosong atau lebih kepada bergosip.
Tetapi, anda kena ingat! Jika anda membiarkan
mereka mengganggu anda, selepas ini mereka
akan terus mengganggu anda lagi dan lagi.
Segera pintas kata-kata mereka jika mereka
memberi tanda untuk berbual-bual kosong
dengan anda dengan memberi amaran awal
yang menunjukkan anda tidak boleh diganggu
pada satu-satu waktu.
Jika perlu, gantungkan tanda “Do not disturb” di
pintu pejabat anda atau pergi ke ruangan pejabat
yang lain untuk membuat kerja.
Namun begitu, jika ini masih berlaku, jangan
biarkan mereka berasa selesa dengan keadaan
itu.
Anda harus menolak mereka dengan cara baik
seperti anda bangun berdiri dan jangan tawarkan
mereka kerusi untuk duduk.
Jangan biarkan mereka mencuri masa anda.
12
Tangani Orang yang Suka Mengganggu
Namun, jika mereka masih tidak mengerti yang
anda tidak bersedia untuk berbual-bual dengan
mereka, buat kerja anda sahaja, tidak perlu
memandang mereka, kerana isyarat itu sudah
sangat jelas bahawa anda sangat sibuk ketika ini
dan tidak mahu melayan sesiapa.
Begitu juga dengan panggilan telefon atau emel
masuk, jangan layan, siapkan kerja anda.
12
Tentukan Nilai & Matlamat denganJelas
13
“Dengan memecahkan semua
impian kepada beberapa tugas kecil
dan tersusun, anda membuat peta
jalan kerja yang nyata.”
KEMBALI KE UTAMA
Tentukan Nilai & Matlamat denganJelas
Selalunya, kita akan mendengar pertanyaan yang biasa didengar,
“Di mana kamu lihat diri kamu dalam tempoh lima tahun?”, walaupun ianya kedengaran lapuk, tetapi ia adalah titik permulaan yang bagus untukmenilai di mana anda dan apa yang anda inginjadi.
Apa yang anda ingin capai tahun ini?
Bulan ini?
Dengan memecahkan semua impian kepadabeberapa tugas kecil dan tersusun, andamembuat peta jalan kerja yang nyata.
Anda juga boleh mengembang lagi skil sedia adaatau membesarkan kedudukan semasa anda.
13
Ketahui Risikoyang Diambil14
“Proses bereksperimen ini boleh
menjadi sesuatu yang tidak
menyenangkan, kerana ia memaksa
anda untuk mengakui ketakutan
anda sendiri dan menolaknya ke
tepi.”
KEMBALI KE UTAMA
Ketahui Risikoyang Diambil
Risiko yang diambil adalah berdasarkan oleh
latihan yang konsisten, dan pengurangan
halangan berpotensi yang timbul apabila motivasi
semakin berkurang.
Anda perlu mula mempertimbangkan setiap risiko
dan peluang sebagai salah satu cara untuk
mengembangkan skil sedia ada dan
pertimbangkan bagaimana risiko akan
membolehkan anda untuk mencapai matlamat
jangka panjang.
Anda mesti mencipta peluang-peluang ini,
sebagai contoh, menghantar emel kepada wanita
yang memberi inspirasi kepada anda, atau
menghantar permohonan kerja yang diimpikan
walaupun anda tahu anda tidak berkelayakan.
Proses bereksperimen ini boleh menjadi sesuatu
yang tidak menyenangkan, kerana ia memaksa
anda untuk mengakui ketakutan anda sendiri dan
menolaknya ke tepi.
14
Ketahui Risikoyang Diambil
Walau apapun pilihan anda, pastikan anda
mempunyai pandangan yang jelas tentang tugas
anda.
Jika ada yang mengganggu momentum kerja
anda, lihat semula semua daya usaha yang anda
dah taburkan untuk menyiapkan tugas itu.
Ini boleh membantu anda mendapatkan
semangat anda semula.
14
Dapatkan Sokongandari Mentor15
“Minta pandangan atau kisah
mereka tentang laluan kerjaya
mereka supaya ianya menjadi
pencetus inspirasi atau idea dalam
mengembangkan lagi kerjaya
anda.”
KEMBALI KE UTAMA
Dapatkan Sokongandari Mentor
Mencari mentor boleh menjadi satu jalan yang selamat untuk bertanyakan soalan, menerokaidea-idea baru, dan mendapat galakan untukkeluar dari zon selesa.
Bengkel profesional atau persidangan bolehmenjadi tempat untuk berkenalan dan berkongsipandangan dengan mentor yang mempunyaibidang yang sama dengan anda.
Berbicara dengan mentor yang anda hormati dankagumi dalam komuniti anda, tanpa mengirasama ada anda berdua dalam bidang yang samaatau tidak.
Malah, anda boleh kumpulkan mentor-mentor inidan buat satu kumpulan anda sendiri.
Minta pandangan atau kisah mereka tentanglaluan kerjaya mereka supaya ianya menjadipencetus inspirasi atau idea dalammengembangkan lagi kerjaya anda.
15
IKLANRuangan selepas ini adalah iklan.
Terima Kasih atas kesudian membaca nota kecil ini.
Semoga ia memberi manfaat dan membawakan kebaikan.
Yusry Yusopp
Zusuff Kan
START-LAH!
“KeberanianMemulakan
Sesuatuyang
Bermakna”
“Kami adalah sebuah gerakan pendidikan yang
percaya, melalui ilmu pengetahuan dan keberanian
untuk menggerakkan satu usaha kecil akan menjadikan
negara Malaysia kita menjadi lebih baik.
Kami percaya kita boleh menjadi pengkritik tetap.
Namun, kita mesti juga menggalas sedikit
tanggungjawab kecil.
Jika tuan-tuan berminat berkolaborasi bersama kami
dengan 'mencipta nilai' bersama-sama bagi mendidik
‘warga Lembah Kelang’ agar berani memulakan
sesuatu yang memberi makna sama ada kepada
dirinya, keluarga, komuniti atau Malaysia.
Kami gembira mengusahakannya bersama-sama.
ZUSUFF KAN / YUSRY YUSOPP
PENGASAS BERSAMA START-LAH!
Startlah Innovation PLT
LLP0010638-LGN
MANIFESTO START-LAH!
SENARAI AKTIVITI:
Sebarang pertanyaan, hubungi:
Yusry Yusopp016 359 5290 (whatsapp/sms/telefon)
E-Mel: [email protected]
FB: www.facebook.com/yusryyusopp2