Muzik Dan Nyanyian (Group)
-
Upload
halizan-ishak -
Category
Documents
-
view
142 -
download
12
description
Transcript of Muzik Dan Nyanyian (Group)
Pengenalan
Muzik boleh menghilangkan perasaan yang tertekan, ketakutan, kekeliruan, kurangnya
konsep kendiri dan sebagainya. Program Pendidikan Muzik yang baik boleh dikaitkan
dengan pembelajaran kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran dengan mencapai
perkara yang terkandung dalam setiap pembelajaran. Perkara-perkara tersebut adalah
kemahiran mengetahui, kemahiran berfikir, kemahiran melaksana dan kemahiran untuk
mencipta. Ini akan menjadikan seseorang yang mempunyai semua kemahiran ini lebih
kreatif, inovatif, berpengetahuan dan intelektual. (Rozaimah Mohamed : 1997 )
Muzik terapi merupakan satu bidang profesional yang menggunakan muzik untuk
pemulihan, pemeliharaan, dan peningkatan taraf kesihatan mental dan fizikal.
Perubahan dari segi kognitif, sosial, dan emosi dapat dicapai dengan teknik-teknik
muzik tertentu.
Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi
bergetar pada tahap-tahap berbeza.Tenaga yang serupa juga wujud dalam
tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar
seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai
ubat yang memulihkan.
Menurut Blair, Jones & Simpson (1991), murid yang lembam memerlukan bantuan
untuk mencari bahan yang agak mudah dan menyeronokkan supaya kemahiran
membaca bertambah pada kadar yang biasa baginya. Banyak kajian lepas telah
dikendalikan untuk menguji keberkesanan muzik terhadap perkembangan mental
kanak-kanak.
Menurut dapatan kajian yang dijalankan oleh Elisabeth (2005), keberhasilan
pembelajaran bahasa sangat dipengaruhi oleh kemampuan seorang guru dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menyenangkan
kanak-kanak. Seseorang kanak-kanak dikatakan suka menyanyi dan bergerak.
Justeru, lagu dan aktiviti pergerakan adalah salah satu pendekatan yang efektif dalam
1
pembelajaran bahasa. Kanak-kanak menjadi lebih senang dan mudah memahami
melalui aktiviti nyanyian.
Definisi terapi
Definisi terapi mengikut kamus perubatan Mosby (2001) ialah rawatan pemulihan ke
atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu
kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.
Definisi terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang
murid untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran.
Definisi muzik dan nyanyian
Menurut Dr. Sharol Lai Sujak (2008), terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan
moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk
pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan tarak kesihatan mental dan fizikal.
Menurut Campbell 1995, Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek
pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada
bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen bunyi.
Definisi Terapi muzik oleh The American Music Therapy Association (Peters, 2000)
ialah ‘a planned, goal-directed process of interaction and intervention, based on
assessment and evaluation of individual clients’ specific needs, strengths, and
weaknesses, in which music or music-based experiences (e.g; singing, playing
musical instruments, moving or listening to music, creating or discussing songs and
music) are specifically prescribed to be used by specially trained personnel (music
therapists or those they train and supervise) to influence positive changes in an
individual’s condition, skills, thoughts, feelings or behaviors”
Ada kajian menunjukkan bahawa muzik klasik karya Mozart boleh diguna untuk
mengurangkan penderitaan pesakit dan meredakan tekanan.* Terapi muzik boleh
2
digunakan dalam rawatan pesakit yang mengalami trauma, gangguan emosi, terencat
akal, ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS.Sumber: Berita Harian, 19 Mac 2008.
Konsep
Apakah itu muzik dan nyanyian ? Sebenarnya kedua perkara ini tidak sama. Muzik ialah
seni bunyi dan nyanyian ialah seni suara iaitu secara mudah muzik ialah bunyi-bunyian
yang menghiburkan dan terhasil dari alatan atau dari satu komponan yang diatur
menghasilkan irama yang merdu.
Muzik terhasil apabila rangkaian bunyi yang diorganisasikan dengan betul. Ia bukan
sahaja meliputi setiap muzik yang telah diciptakan manusia seperti nyanyian rakyat,
simfoni, alatan muzik, vokal, elektronik, rock, balada dan sebagainya tetapi ia juga
meliputi aktiviti seperti menyanyi, mendengar, menganalisis dan mencipta. Muzik terdiri
dari notasi-notasi muzik mengikut nilainya. Muzik bukan hanya mengandungi
komponen-komponen muzik seperti melodi dan irama yang ditetapkan, malah ianya
juga boleh dikatkan dengan pelbagai kaedah samada bahasa, matematik dan sosial.
Nyanyian pula ialah dari seni suara manusia yang keluar dari mulut dengan mempunyai
pengertian dan kata-kata seperti sajak, syair atau lagu yang membawa mesej tertentu
disamping dipersembahkan dengan mengawal irama suara dan nada tinggi rendah
supaya menghasilkan tidak hanya lagu itu dinyanyikan untuk menyampaikan
maksudnya sebaliknya juga turut mengutamakan kesedapan dan kemerduan
penyampaian sesuatu lagu itu.
Nyanyian dapat membantu kanak-kanak memperkembangkan perbendaharaan kata
dan pemahaman bahasa. Ini adalah kerana secara semulajadinya, nyanyian adalah
multimodal dimana ia merangsang mata, telinga dan otot yang seiring dengan minda.
Kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan dalam satu sensori, masih dapat terlibat
dalam muzik menggunakan deria-deria lain.
3
Kesimpulannya pengajaran dan pembelajaran serta pengalaman muzik dan nyanyian
perlu dipelbagaikan. Kepelbagaian ini termasuklah memberi peluang kepada murid-
murid mengambil bahagian dan kemahiran mendengar. Melalui muzik dan nyanyian
murid-murid pendidikan khas dapat keseronokkan, luahan perasaan, keseimbangan
emosi, konsep diri yang positif, menghargai seni muzik dan kemahiran muzik.
Sejarah Terapi MuzikLagu dan irama tidak dapat dipisahkan. Begitulah juga dengan manusia dan muzik.
Nyanyian dan muzik boleh mengubah sikap ke arah pencapaian peradaban yang
bererti di samping mempunyai kekuasaan tersendiri hingga boleh menukar emosi
menjadi terharu, sedih, pilu dan menangis. Ini menunjukkan bahawa nyanyian dan
muzik sangat rapat hubungannya dengan jiwa manusia. Oleh itu, kesenian ini perlu
dikawal dan diberi perhatian supaya tidak merosakkan jiwa dan moral manusia. Islam
dari segi falsafahnya menyatakan nyanyian dan muzik haruslah bertujuan ke
arah pembentukan peribadi dan sebagai tali penghubung ke arah taqwa kepada Allah.
Islam tidak mengizinkan nyanyian dan muzik yang melalaikan manusia dari kewajiban
terhadap Allah. Seni yang merosakkan adalah seni sesat yang hukumnya haram dan
patut dijauhi.
Negara Arab selatan merupakan antara negara yang tertua yang mana di dalamnya
masih lagi bergema sebahagian daripada kebudayaan-kebudayaan lama. Muzik dan
puisi berkembang walaupun tiada penulis-penulis yang menulis tentang perkembangan
ini secara khusus dan terperinci. Al-Isfahani mengatakan bahawa raja Tubba’ yang
terakhir iaitu ‘Als ibn Zaid merupakan orang pertama yang menyanyi di Yaman. Lagu-
lagu sebelum Islam di Yaman muncul pada abad ke 19 iaitu ketika zaman Al-Mas’udi
yang banyak terpengaruh dengan petikan-petikan puisi ibn Khurdadhbih. Rakyat
Yaman pada ketika itu diperkenalkan dengan dua jenis muzik iaitu Himyari dan Hanafi.
Muzik Himyari merupakan muzik yang berbentuk klasik. Antara alat muzik yang
digunakan adalah kebanyakannya berasal dari selatan Arab. Antaranya ialah seperti
mi’zaf dan kus (dram kawah). Sehingga kini, orang-orang Arab di Hijaz mengakui
bahawa muzik Arab yang terbaik dan sebenar ialah berasal dari Yaman kerana
Hadrami Mintrels seorang artis terkenal yang juga berasal dari Yaman. Di ‘Ukaz iaitu
4
salah sebuah negeri di Hijaz, ramai penyajak dan seniman yang mengembara ke
seluruh pelusuk semenanjung Arab untuk mencari ilmu pengetahuan dalam bidang
kesenian. Dalam masa yang sama terdapat bacaan dan nyanyian daripada mu’allaqat
yang terkenal. Pada zaman Bani ‘Amaliq, seniwati-seniwati legenda telah dipanggil
semula bagi memeriahkan lagi bidang kesenian pada ketika itu. Ahli muzik dari Al-Hijaz
didapati berkebolehan dalam pelbagai bidang. Antara alat muzik yang digunakan
adalah seperti mizhar, mi’zafa (alat muzik bertali), qussaba (seruling), mizmar dan duff
(rebana).
Kepentingan Terapi Muzik dan NyanyianBagi sesetengah individu terapi muzik merupakan sesuatu yang kurang menyenangkan
tetapi ia sebenarnya berguna untuk meredakan tekanan akibat kekangan waktu kerja,
tersepit dalam pergolakan hidup berumahtangga, tekanan hidup atau stres
menghadapi peperiksaan. Ia adalah alternatif rawatan moden dan satu bidang
profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan
peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal.
Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi mampu dicapai melalui teknik muzik
tertentu. Pakar terapi muzik terlatih yang ada di seluruh dunia seramai 6,000 hingga
10,000 telah bersedia memberi perkhidmatan kepada masyarakat terutamanya yang
menghadapi trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser, juga
AIDS. Muzik bukan sekadar hiburan tetapi turut mempunyai peranan penting dalam
kehidupan mengikut sejarah kebudayaan Islam. Al-Farabi telah menghasilkan sebuah
buku dan teori mengenai muzik dan ia dijadikan rujukan Barat sehingga sekarang.
Begitu juga barisan ulama termasuk Dr Yusuf al-Qaradawi dikatakan pernah
mengaitkan muzik dengan naluri dan perasaan seseorang sehingga membentuk bakat,
perasaan dan keperibadian. Antara matlamat utama terapi muzik ini adalah untuk
memulihkan kekuatan fizikal, menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia
menanggung kesakitan akibat rawatan, memberi sokongan emosi kepada pesakit dan
keluarga, serta memberi peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan
fikiran.
5
Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai
kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka. Sebagai seorang guru,
kita seharusnya memikirkan bahawa mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai
strategi dan seterusnya kreatif dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini
melalui pembelajaran mereka serta menjalani kehidupan secara optimum. Pengajaran
dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu menggunakan kepelbagaian teknik
yang bersesuaian berserta penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran
yang ada dan perlu mereka capai (Yasmin, 2000;Khatijah & Yasmin 2006). Ini
bertujuan mendidik dan membantu kanak-kanak ini melalui perkembangan mental,
kestabilan emosi, integrasi sosial dan kemahiran motor mereka.
Kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai masalah tingkah laku, masalah
pengamatan, masalah motor, sosialisasi dan masalah emosi. Bagi membantu kanak-
kanak ini mencapai potensi yang maksimum sesuai dengan keupayaan mereka, antara
yang boleh dijalankan oleh guru-guru ialah terapi muzik. Di antara kepentingan terapi
Muzik dan Nyanyian bagi murid-murid pendidikan khas ialah dapat meningkatkan
kemahiran berkomunikasi. Melalui muzik ini mereka akan meransang pertuturan
mereka dengan berlatih bercakap mengikut lirik-lirik lagu yang disediakan. Secara tidak
langsung mereka akan dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Selain daripada
itu, melalui terapi muzik ini mereka akan dapat meningkatkan kemahiran berkaitan
dengan akademik, kognitif dan vokasional. Melalui terapi muzik ini juga mereka dapat
meningkatkan kemahiran melibatkan psikomotor, kemahiran bersosial dan emosi.
Muzik adalah sesuatu yang menghiburkan. Mereka akan dapat meningkatkan
keyakinan diri, luahan emosi dan interaksi sosial melalui terapi muzik ini. Dengan
bimbingan guru mereka akan lebih berkeyakinan dan berinteraksi sosial sesama
mereka dan masyarakat sekitar. Secara keseluruhannya, guru-guru perlu didedahkan
kepada pelbagai aktiviti terapi bagi memantapkan penyampaian pengajaran
dan pembelajaran murid-murid berkeperluan khas. Aktiviti-aktiviti terapi boleh dijalankan
di sekolah atau di luar premis sekolah secara kumpulan atau individu
bagi meningkatkan keupayaan kognitif, efektif, psikomotor dan sosial kanak-kanak
berkeperluan khas.
6
Peralatan Terapi Muzik
Peralatan muzik di dalam artikel ini dibahagikan kepada 3 iatu alat muzik tradisional,alat muzik moden
dan alat muzik alternatif.
Skop maklumat alat muzik tradisional ini amatlah terbatas, ianya masih terdapat
masa kini dan terus diterima pakai oleh bangsa di Malaysia. Secara amnya selain
daripada digunakan untuk menghasilkan berbagai jenis muzik, alat alat
muzik ini merupakan bahan estetika yang penting dalam masyarakat. Ia
digunakan sebagai alat penyebar maklumat, lambang budaya bangsa, alat ritual
yang dapat menghubungkan manusia dengan alam luar biasa(magis) selain dari
fungsi utama sebagai alat hiburan.
Terdapat lima kategori Alat Muzik Tradisional
Alat muzik kordofon
Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya
getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik rebab, sape dan lain-lain tergolong
dalam kategori ini.
7
Alat muzik membranofon
Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit
atau membrane yang ditegang dan dipalu.Berbagai jenis alat gendang dan rebana
Melayu tergolong dalam kategori membranofon. Kebiasaannya digunakan di dalam
menghasilkan lagu-lagu rakyat.
Alat muzik erofon
Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara. Dalam
masyarakat pribumi Malaysia,terdapat beberapa jenis alat muzik erofon seperti serunai,
seruling, nafiri, seruling hidung dan lain lain yang sejenis.
8
Alat muzik Idiofon
Idiofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindakbalas pada
rangka badan yang bergema. Contoh alat muzik idiofon pribumi Malaysia ialah
kumpulan gong dan jenis-jenisnya. Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat muzik
'metallophone', yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron dan gendir dalam
ensemble gamelan
Alat muzik Erofon
Erofon bebas adalah suatu alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara
dengan car meniupnya, penjenisan alat adalah berbeza dari erofon. Ianya diperbuat
dari pelbagai bentuk yang berbeza dan diperbuat dari bahan yang bersifat sementara
seperti daun-daun kayu, daun kelapa dan sebagainya. Penghasilan bunyi tidak
mengikut kod muzik yang ditetapkan dan bukan untuk tujuan dipermainkan bersama
alat muzik yang lain.
Alat- Alat Muzik Moden
Alat- alat muzik moden adalah alat yang dibuat atau dimodifikasi untuk tujuan
menghasilkan muzik. Alat-alat muzik terdiri daripada empat jenis iaitu;
1) Alat muzik tiup- bunyinya dihasilkan oleh peniupan,
9
Saksofon Trombon Klarinet
2) Alat muzik bertali- menghasilkan bunyi melalui pemetikan,
Gitar Biola
3) Alat muzik tekan- menghasilkan bunyi melalui penekanan,
.
Papan kekunci Midi Piano
4) Alat muzik perkusi- menghasilkan bunyi melalui pemukulan
Drum Bass drum
10
Alat muzik alternatif
Alat-alat muzik alternatif merupakan alat yang direkacipta dari bahan- bahan terbuang
yang diibaratkan sebagai sampah dan tidak berguna mampu mengeluarkan alunan
muzik yang indah . Baldi lama, tong sampah yang pecah, botol kaca, kuali buruk, bekas
hiasan plastik yang kemik dan botol air mineral biasanya dilonggokkan di luar kediaman
atau kedai untuk dikutip oleh pengumpul bahan terbuang atau kitar semula. Tetapi
percayakah anda bahawa bahan terbuang yang diibaratkan sebagai sampah dan tidak
berguna ini mampu mengeluarkan alunan muzik yang indah didengari halwa telinga.
Alat muzik alternatif juga boleh direka dari tumbuhan sepertialat muzik diatas telah
dicipta oleh En Rahim yang dinamakan “KELUN".Inilah alat muzik ketuk yang saya
namakan KELUN yang berasal dari gabungan perkataan ketuk beralun.
Cara PelaksanaanSebelum memulakan aktiviti muzik dan nyanyian guru pendidikan khas perlu
menyediakan perancangan awal yang rapi yang menarik minat,memenuhi ruang dan
11
masa yang mencapai objektif pengajaran juga menekankan penggunaan alatan atau
sebaliknya. Di antara cara pelaksanaan aktiviti yang boleh digunakan ialah :
Memperkenalkan peralatan muzik
Murid diperkenalkan peralatan muzik yang terdiri dari peralatan tradisonal melayu dan
muzik barat. Peralatan muzik tradisional melayu boleh dikategorikan dalam alat muzik
yang digesek,dipalu,ditiup dan digoncang. manakala muzik barat pula alat muzik
perkusi tidak berpic,tiup dan bras juga bertali.
Guru mendemonstrasi alat muzik
Guru sebagai fasilitator dan pemudahcara berperanan mendemonstrasi cara
mengunakan peralatan samada diketuk,ditup atau dipalu kepada murid. Guru perlu
menunjukkan satu persatu peralatan tersebut. Murid diberi peluang mencuba
menggunkan peralatan selepas guru menunjukcara.
Aktiviti warming up yang sesuai
Murid digalakkan membuat warming up ringkas dan selamat sebelum melakukan aktiviti
antaranya mengangangkat tangan ke atas, rengangan jari-jari tangan sekiranya guru
merancang mengadakan latihan kompang .
Teknik bermain dengan betul
Murid perlu ditunjukkan teknik bermain alat yang muzik dengan betul untuk
mengelakkan kerosakan pada alatan. teknik memegang alat muzik dan menggunakan
alatan samada di palu,dipetik atau ditiup.
Postur badan yang betul
Murid juga perlu diterangkan kedudukan postur badan yang betul semasa memegang
peralatan untuk menggelakan ketidakselesaan kepada murid.
Membunyikan pola/corak ritma
Guru mendemostransi corak/pola ritma yang sesuai dan menarik.
12
Memainkan pola/corak ritma
Selepas guru menunjukkan corak/pola ritma, murid belajar memainkan alat muzik
dengan bimbingan guru.
Bermain mengikut giliran
Murid diingatkan supaya bermain alat muzik secara bergilir-gilir. Mereka perlu bersabar
menunggu giliran dan jangan berebut-rebut.
Membuat gerakan yang sesuai
Murid digalakkan membuat gerakan yang sesuai mengikut alunan muzik yang
dimainkan supaya mereka berasa gembira seronok dan belajar menghayati muzik di
samping dapat meluahkan perasaan sambil tersenyum,ketawa dan sebagainya.
Masalah dalam perlaksanaan.
Dalam kehidupan seharian, semua orang terdedah dengan bunyi-bunyian irama dan
lagu, samada ianya untuk menghilangkan rasa bosan, menjadi hobi atau sudah menjadi
tabiat manusia sejak kecil lagi. Kalau di negara kita ini , program realiti mana yang
tidak mendapat sambutan, berduyun-duyun yang akan mengisi borang untuk menyertai
program realiti yang berasaskan hiburan iaitu muzik dan nyanyian. Sudah pasti ada
banyak sebab yang mendorong keinginan mereka untuk menyertainya
Muzik boleh didefinisikan sebagai kumpulan nada yang dihasilkan oleh gabungan
bunyi-bunyian daripada alat-alat yang disusun serta mengandungi irama dan harmoni.
Muzik merentasi sempadan negara, bangsa dan budaya. Muzik sebagai satu wahana
komunikasi mampu mengumpulkan pendengar daripada pelbagai bangsa, budaya,
agama dan negara. Nyanyian dan muzik mampu menukar tingkah-laku seseorang iaitu
ia mampu menukar emosi seseorang menjadi tenang, pilu, hiba, menangis, bermotivasi
13
atau ke tahap yang tidak boleh dikawal akhlaknya. Ianya mempunyai kaitan yang rapat
dengan jiwa seseorang
Mendengar muzik boleh merawat seketika jiwa dan seterusnya mampu memberi tenaga
kepada si pendengar. Namun demikian, tidak lah ia boleh dibuat secara berlebih-
lebihan kerana di sebalik kebaikan tersebut muzik dan nyanyian juga menimbulkan
masalah dan kemungkinan akan menimbulkan situasi yang tidak baik .
Apabila dikaji secara teliti niat dan tujuan sesuatu muzik atau nyanyian dibuat akan
menimbulkan masalah dan kesan sesuatu muzik atau nyanyian itu kepada
pendengarnya.Ianya dari segi isi Kandungan lagu atau nyanyian tersebut, cara
perlakuan dan pelaksanaan muzik atau nyanyian itu .Begitu juga keadaan waktu muzik
atau nyanyian itu dilaksanakan.
Pokok utama yang menjadi masalah apabila terapi muzik dan nyanyian ini dilaksanakan
ialah perkara yang diterangkan di atas menjadi sebab dan punca halal atau haramnya
kepada terapi muzik dan nyanyian tersebut.
Berdasarkan kajian para ulamak dan hasil telitian menurut hujah dan dalil yang
diperbahaskan sekian lama oleh fuqaha Islam beberapa perkara di bawahs menjadi
sebab dan punca halal atau haramnya muzik dan nyanyian.
Niat dan Tujuan sesuatu muzik dan nyanyian itu dibuat.
Sesuatu matlamat atau tujuan itu menjadi pokok dan urusan penting serta penentuan
penerimaan atau penolakannya. Muzik atau nyanyian tidak terkecuali dari perlu diteliti
menurut tujuan dan matlamat dilakukannya.
Di sebut dalam hadith baginda salallahualaihiwasalam yang diriwayatkan dari Umar ibn
Khatab ra :
نوى ما امريء لكل وانما بالنيات االعمال انما
14
“ Sesungguhnya setiap amal itu dengan niat, dan bagi amalnya (balasan pada amalnya)
dengan apa yang diniatkan” (Hadith Sahih, Muttafaqun Alaih –Disepakati oleh Bukhari
no. 41 & Muslim no.158).
Sesuatu perbuatan itu tidaklah sia-sia dilakukan melainkan pasti wujud tujuan dan
matlamat. Dalam soal muzik dan nyanyian maka ia terbahagi kepada dua keadaan :
a) Tanpa mempunyai tujuan dan niat b) Mempunyai tujuan dan niat
Muzik atau nyanyian yang dilakukan tanpa tujuan dan niat, seperti perbuatan secara
fitrah dan semulajadi atau kebiasaan manusia seperti nyanyian kegembiraan dan
semangat atau nyanyian kesedihan maka hal ini tidaklah menjadi pertikaian kecuali
dalam beberapa keadaan yang menjadikan ia haram seperti memainkan muzik dan
nyanyian kesedihan ketika kematian.Maka oleh itu ianya tidak dibolehkan menjadi
terapi kepada individu walupun murid berkeperluan khas.
Demikianlah dengan nyanyian dan muzik, maka hukum nyanyian dan muzik itu
ditentukan dengan melihat kepada kesannya kepada umat Islam apakah ia membawa
kebaikan dan kerosakan.
Kadar keburukan muzik dan nyanyian dinilaikan berdasar kepada akibat kesan buruk
yang dibawa olehnya Dalam hal ini maka para fuqaha, melihat kesan nyanyian dan
muzik yang buruk kepada hati dan jiwa manusia disebabkan hati merupakan perkara
asas dalam kehidupan dan jiwa manusia selain dari nyawa dan akal.
Hati ibarat jiwa dan nyawa manakala akal ialah keilmuan dari hasil pengalaman yang
menentukan baik dan buruk namun sekalipun hebat akal manusia ia tetap tidak
sepenting peranan hati.
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Ketahuilah bahwa dalam tubuh ini
terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh ini. Dan sebaliknya
apabila ia rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.” (HR. Bukhari 1/126 dan 4/290-Al
Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).
15
Melihat kepada hadith di atas, bahawa hati itu penting dan menjadi asas kebaikan dan
kejahatan manusia, dalam soal penentuan hukum muzik dan nyanyian maka sejauh
manakah muzik dan nyanyian itu mempengaruhi hati manusia dan apakah kepada
kebaikan dan keburukan maka di situlah letaknya bahawa muzik dan nyanyian juga
menimbulkan masalah dan keburukan kepada pendengarnya.
Nyanyian dan Muzik sebagai masalah alat yang melalaikan
Para ulama banyak yang mengharamkan lagu dan nyanyian apabila mereka menemui
ia melalaikan dan melekakan manusia.Hujah ini ialah benar dan tidak dapat di tolak.
Iaitu sekiranya di dapati nyanyian itu atau sesuatu muzik itu melalaikan dan
mempengaruhi minda dan jiwa seseorang misalnya menjadi lebih ekstrim dan buruk
atau mempengaruhi peribadinya kepada kejahatan maka
nyanyian dan muzik itu tidak syak lagi ialah haram.
Seperti dalam terapi snoezelen, penggunaan muzik yang bersifat heavy metal sewaktu
terapi ini dilakukan kepada kanak-kanak untuk memberi stimulasi atau rangsangan
pada kesemua pancaindera mereka sasaran tersebut tidak akan berjaya jika muzik
yang digunakan bersifat keras dan mempunyai nada muzik yang mengganggu jiwa.Ini
akan menimbulkan kesan negatif kepada murid pendidikan khas.
Secara kesimpulan apabila bebicara berkaitan dengan agama maka jika sesuatu muzik
dan lagu itu melalaikan maka hukumnya ialah haram dan berdosa kerana sesuatu yang
melalaikan itu bererti melupakan manusia dari tanggungjawabnya sebagai hamba dan
kewajipan syariat
Namun hakikat realitinya hari ini semua muzik membawa keburukan dan kelalaian dan
kefasikan dan kerosakan. Sehingga seorang penyanyi boleh merosakkan pelbagai
generasi dengan hanya bermodal satu atau dua buah lagu sahaja.
Isi Kandungan nyanyian atau muzik tersebut
16
Di antara penyebab dan punca pengharaman dan penghalalan sesuatu perkara seperti
muzik dan nyanyian ini ialah isi kandungannya yang perlu diteliti apakah ia mengisi
kebaikan atau kejahatan.
Cara perlakuan dan pelaksanaan muzik atau nyanyian itu
Perlakuan dan pelaksanaan muzik atau nyanyian itu juga menentukan apakah ia halal
atau haram ataupun tidak sesuai untuk dilaksanakan dalam sesi terapi. Ini kerana jika
sesuatu nyanyian itu dinyanyikan dengan merentak-rentak badan sambil berjoget dan
mengerakkan badan maka hukumnya ialah haram. Demikian juga jika dinyanyikan
sambil berjoget dan menimbulkan ransangan seksual syahwat maka juga haram.Begitu
jugalah jika ianya dinyanyikan dan dilaksanakan kepada murid pendidikan khas tanpa
kawalan ianya juga menimbulkan masalah kerana jika tanpa kawalan akan berlaku
perebutan antara sesama murid untuk mendengar atau memegang alat muzik
tersebut.Ini akan menimbulkan suasana yang tanpa kawalan dan menjadikan murid
tidak berdisiplin.
Keadaan waktu muzik atau nyanyian itu dilakukan
Keadaan dan masa perlakuan muzik dan nyanyian itu juga menjadi ukuran kerana
dibolehkan nyanyian itu secara syariat pada waktu khas seperti waktu perkahwinan
dengan tidak melampaui batas dan melanggar hukum syarak tetapi jika disebaliknya
iaitu dilaksanakan dengan berlebihan dan melanggar syariat dan batas – batas
masyarakat maka ianya tidak berjaya menjadi sesi terapi kepada murid pendidikan
khas.
Selain daripada itu penggunaan alat muzik seperti dram , genderang ataupun piano,
biola, dan mandolin maka jika pada sesi terapi dijalankan alat-alat tersebut mestilah
mencukupi dengan bilangan murid kerana jika bilangan tidak cukup maka masalah
akan timbul kepada murid ,di mana berlaku perebutan pemilikan alatan tersebut.
17
CadanganKanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai
kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka. Sebagai pendidik, guru-guru
seharusnya memikirkan bahawa mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai
strategi dan seterusnya kreatif dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini
melalui pembelajaran mereka serta menjalani kehidupan secara optimum .
Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu menggunakan kepelbagaian
teknik yang bersesuaian. Ini bertujuan mendidik dan membantu kanak-kanak ini
melalui perkembangan mental, kestabilan emosi, integrasi sosial dan kemahiran
motor mereka.
Oleh itu dalam menangani masalah muzik dan nyanyian dalam terapi murid
berkeperluan khas Terdapat beberapa langkah yang perlu diberi perhatian semasa
mengajar murid bermasalah pembelajaran bemain alat muzik.
Antaranya alatan dan bilangan alat muzik mestilah mencukupi dengan bilangan
murid.Sesi terapi yang dijalankan oleh guru mestilah mempunyai tenaga guru yang
lebih untuk mengawasi murid berkeperluan sewaktu sesi dijalankan .
Sesi terapi yang dijalankan mestilah terancang di mana guru mesti memperkenalkan
peralatan muzik dengan guru membuat demonstrasi terlebih dahulu.Aktiviti warming
up yang sesuai serta teknik bermain yang betul perlu ada kepada setiap guru.Bermain
alat muzik tersebut perlu mengikut giliran serta membuat pergerakan yang sesuai
secara keseluruhan.Ini bermakna guru mestilah mahir dan pakar dalam menggunakan
alat muzik dan dalam bidang nyanyian.
Dari segi pemilihan lagu sebaiknya gunalah muzik yang sedap dii alunan
teliga.Perdedengarkan bunyi-bunyi alam seperti unggas, air terjun dan pantai sebagai
18
contohnya.Ini berupaya mencetuskan respons fisiologikal dalam badan pendengar,
seterusnya menyeimbangkan fungsi tubuh badan kembali kepada normal
PenutupKanak-kanak berkeperluan khas yang datang kesekolah kadang-kadang mempunyai
masalah tingkah laku, masalah pengamatan, masalah motor, sosialisasi dan masalah
emosi.Bagi membantu kanak-kanak ini mencapai potensi yang maksimum sesuai
dengan keupayaan mereka, antara yang boleh dijalankan oleh guru-guru ialah terapi
muzik dan nyanyian.
Dalam konteks Pendidikan Khas, terapi merupakan kaedah bagi membantu individu
yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan kognitif, emosi, sosial dan
psikomotor mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Terapi Muzik dan nyanyian mempunyai keupayaan tersendiri dalam mempengaruhi
bahagian-bahagian otak tertentu. Dalam terapi ini, muzik bertindak dengan
mempengaruhi bahagian otak yang mengawal emosi, seterusnya mengurangkan
ketegangan dan meningkatkan ketenangan.
Muzik dan pergerakan adalah elemen penting yang perlu ada dalam aktiviti dan
program murid bekerluan khas.Pembelajaran dan pengajaran serta pengalaman muzik
dan nyanyian perlu dipelbagaikan. Kepelbagaian ini termasuklah memberi peluang
kepada kanak-kanak mengambil bahagian dan kemahiran mendengar.
Melalui muzik, kanak-kanak dapat keseronokkan, luahan perasaan, keseimbangan
emosi, konsep diri yang positif, menghargai seni muzik dan kemahiran muzik. Selain
daripada muzik , nyanyian juga adalah satu cara bukan lisan dalam mengetahui dan
membolehkan murid-murid menyatakan idea tanpa mengira keupayaan lisan mereka.
Pada masa yang sama, nyanyian dapat membantu kanak-kanak memperkembangkan
perbendaharaan kata dan pemahaman bahasa. Ini adalah kerana secara
19
semulajadinya, nyanyian adalah multimodal, dimana ia merangsang mata, telinga dan
otot yang seiring dengan minda. Kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan dalam
satu sensori, masih boleh terlibat dalam muzik dengan
menggunakan deria lain
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran nyanyian di kelas bermasalah
pembelajaran, nyanyian pada kebiasaannya adalah dihasilkan dan dipelajari dalam
kumpulan dan juga secara individu. Ini adalah lebih tepat untuk program terapi muzik .
Nyanyian sebagai satu seni yang kronologikal, dimana ia adalah dipelajari mengikut
urutan serta mencabar minda untuk mengenalpasti bentuk dan merentasi masa, yang
mana merupakan satu kemahiran yang kerap diperlukan untuk perkembangan kanak-
kanak yang menghadapi masalah ingatan dan masalah lain.
Melalui pendekatan terapi nyanyian juga didapati bahawa murid mempunyai ingatan
yang lebih baik terhadap bunyi sebutan suku kata, di mana murid dapat menyebut
dengan tepat sesetengah suku kata. Dalam mempelajari mana-mana bahasa
pertuturan, faktor kebolehan mendengar menghalang seseorang itu mengajuk atau
meniru bunyi-bunyi sesuatu bahasa yang dipelajari.
Ramai daripada kalangan kita tidak dapat bertutur dalam bahasa yang tidak pernah kita
dengar kerana tidak pernah mendengar bunyi bahasa berkenaan. Oleh itu kaedah
Oral-Auditory adalah terapi sangat berkesan untuk kanak-kanak bermasalah
pendengaran mempelajari bahasa dengan lebih berjaya melalui interaksi yang
berterusan dan konsisten dengan bantuan dan sokongan persekitaran ahli keluarga
selain daripada murid bermasalah pembelajaran.
20