Munakahat Dan Perubatan

5
Penamaan Anak Tak Sah Taraf (Anak Luar Nikah) • Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-1 yang bersidang pada 28 - 29 Jan 1981 telah membincangkan Penamaan Anak Tak Sah Taraf (Anak Luar Nikah). Muzakarah telah memutuskan baUYhawa anak zina atau anak di luar nikah (anak tak sah taraf) sama ada diikuti dengan perkah77winan kedua pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah.

description

Munakahat Dan Perubatan

Transcript of Munakahat Dan Perubatan

Page 1: Munakahat Dan Perubatan

Penamaan Anak Tak Sah Taraf (Anak Luar Nikah)• Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-1 yang bersidang pada 28 - 29 Jan 1981 telah membincangkan Penamaan Anak Tak Sah Taraf (Anak Luar Nikah). Muzakarah telah memutuskan baUYhawa anak zina atau anak di luar nikah (anak tak sah taraf) sama ada diikuti dengan perkah77winan kedua pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah.

Page 2: Munakahat Dan Perubatan

Suami Isteri Bukan Berugama Islam Kemudian Salah Seorang Daripadanya Memeluk Ugama Islam

• Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-10 yang bersidang pada 30 April 1975 telah membincangkan Suami Isteri Bukan Berugama Islam Kemudian Salah Seorang Daripadanya Memeluk Ugama Islam. Persidangan telah memutuskan bahawa:

• Nikah pasangan suami isteri yang bukan beragama Islam akan terputus jika salah seorang daripadanya memeluk agama Islam tetapi jika yang seorang lagi memeluk agama Islam juga dalam masa iddah itu maka kekal nikah mereka.

• Dalam keadaan di mana salah seorang daripada pasangan suami isteri yang bukan beragama Islam memeluk agama Islam maka hendaklah diberi penerangan kepada mereka mengenai terpisahnya yang akan berlaku (tertalak) jika seorang lagi tidak memeluk agama Islam dan hendaklah dinasihat dan dipujuk yang seorang lagi itu dengan hikmah supaya ia memeluk agama Islam juga.

Page 3: Munakahat Dan Perubatan

Perubatan

Hukum Pendermaan Jasad Si Mati Untuk Tujuan Penyelidikan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-105 yang bersidang pada 3-5 Februari 2014 telah membincangkan mengenai Hukum Pendermaan Jasad Si Mati Untuk Tujuan Penyelidikan. Muzakarah telah memutuskan: Setelah meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Malaya dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan. Muzakarah juga menegaskan bahawa hukum asal pendermaan jasad atau mayat manusia adalah haram kerana Islam amat menitikberatkan penghormatan ke atas jasad manusia sama ada sewaktu mereka masih hidup ataupun selepas mati. Terdapat banyak nas-nas syarak berhubung dengannya, antaranya suruhan tajhiz al-mayyit seperti mandi, kafan, solat dan pengkebumian, larangan mencincang jasad mayat dan sebagainya.

Page 4: Munakahat Dan Perubatan

• Muzakarah berpandangan bahawa dalam konteks Malaysia, pendermaan jasad atau mayat orang Islam dan keperluan penggunaan jasad si mati untuk tujuan penyelidikan masih belum berada pada tahap mendesak. Keperluan terhadap penggunaan mayat untuk tujuan penyelidikan masih boleh dipenuhi dengan kaedah-kaedah alternatif yang ada. Selagi mana kaedah alternatif boleh dikemukakan sebagai jalan keluar, maka ia menjadi pilihan yang mesti diambil tanpa perlu mengharuskan pendermaan jasad atau mayat orang Islam.

Page 5: Munakahat Dan Perubatan

4. Sehubungan itu, selaras dengan penegasan syarak tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pendermaan jasad atau mayat orang Islam untuk tujuan penyelidikan adalah haram dan tidak dibenarkan berdasarkan hujah berikut:(i) Prinsip kemuliaan mayat dan kewajipan menghormatinya perlu diikuti sebagaimana kaedah:

التحريم العرض في األصلMaksudnya: Asal kepada perkara yang melibatkan maruah dan kehormatan adalah diharamkan

Kaedah ini bersandarkan kepada sebuah hadis Nabi SAW:ف�ي ذ�ا ه� ك�م� ي�و�م� ة� م� ر� ك�ح� ام� ر� ح� ب�ي�ن�ك�م� ك�م� اض� ع�ر�

أ� و� ال�ك�م� و� م�أ� و� اء�ك�م� د�م� إ�ن' ف�

ذ�ا ه� ب�ل�د�ك�م� ف�ي ذ�ا ه� ر�ك�م� ه� ش�Maksudnya: Darah-darah kamu, harta-harta kamu, dan kehormatan kamu di antara sesama kamu haram seperti mana haramnya hari kamu ini, bulan kamu ini, di negeri kamu ini. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim) (ii) Kehormatan mayat merupakan suatu tuntutan dan pendermaannya adalah menceroboh prinsip penghormatan tersebut.(iii) Keperluan penggunaan jasad atau mayat orang Islam untuk tujuan penyelidikan belum berada pada tahap mendesak atau dharurah kerana keperluan tersebut masih boleh dipenuhi dengan kaedah-kaedah alternatif yang ada.