Muhamad Zaizi Bin Omar ( Kemahiran Tumpuan Dalam Sains )Bbr36903
-
Upload
zaizi-boy-syafiq -
Category
Documents
-
view
29 -
download
4
description
Transcript of Muhamad Zaizi Bin Omar ( Kemahiran Tumpuan Dalam Sains )Bbr36903
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIAKEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS
BBR 36903UNTUK PERHATIAN :
(EN. GHAZALLY BIN SPAHAT)SAINS SEKSYEN 1
NAMA PELAJAR :
KEMALANGAN TIDAK BERBAU
1
BIL NAMA NO. MATRIK
1MUHAMAD ZAIZI BIN OMARI/C : 800116-03-5463
DB100312
Kemalangan boleh didefinisikan sebagai kejadian ataupun malapetaka atau
kecelakaan yang berlaku secara tidak sengaja. Bagi kemalangan contohnya
kemalangan jalan raya, kemalangan tercucuk benda tajam dan sebagainya.
Kemalangan adalah perkataan yang diambil daripada asas kata malang. Saraan
tambahan " untuk " ... dan ... "an" menunjukkan nasib malang yang berlaku atau
serangan .
Secara teknikal, "kemalangan" tidak termasuk dalam acara kerana satu
kesilapan yang berlaku, sebagai contoh jika kita cuai dan gagal mengambil langkah
untuk berjaga-jaga . Jika peristiwa diketahui berlaku akibat daripada kecuaian, ia
bukanlah dipanggil sebagai suatu "kebetulan" di atas pentas, dan orang yang cuai akan
bertanggungjawab atas kerosakan dan kecederaan orang lain. Dalam " kemalangan "
sebenar , tiada sesiapapun yang boleh dipersalahkan, kerana peristiwa-peristiwa yang
tidak dijangka atau berlaku kebarangkalian yang sangat rendah. Sebagai contoh,
seorang seorang pemandu yang terlibat dengan kemalangan jalan raya akan
menyebabkan kesan yang buruk kepada pengguna jalan raya yang lain.
Dalam menyiapkan tugasan saya untuk semesta ini, saya telah memilih isu
tentang kemalangan jalan raya memandangkan isu ini semakin bertambah buruk dan
kadar kematian semakin meningkat dari sehari ke sehari. Hal ini akan memberikan
impak yang besar kepada kemajuan sesebuah negara terutamanya negara kita
Malaysia yang sedang membangun dengan pesat.
2
FAKTOR – FAKTOR KEMALANGAN JALAN RAYA
Sebab pertama berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandi itu
sendiri. Kebanyakan kes kemalangan jalan raya berlaku disebabkan sikap pemandi
yang tidak mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan. Kebanyakan pemandi
cenderung untuk memandu laju iaitu melebihi had laju yang telah ditetapkan oleh
kerajaaan. Terdapat juga pemandi yang melanggarlampu isyarat merah di
persimpangan jalan dan memberhentikan kenderaan di tempat yang dilarang. Sikap
negatif pemaandu ini bukan sahaja menyusahkan dirinya apabila berlaku kemalangan,
malah dia juga turut menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.
Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik turut menjadi
penyebab. Kenderaan yang hendak digunakan di jalan raya mestilah diselenggara
sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Kebanyakan kos kemalangan berlaku
disebabkan system brek yang gagal berfungsi dengan baik. Terdapat juga kemalangan
berlaku disebabkan tayar kenderaan meletup akibat daripada tayar tersebut rosak atau
anginnya yang berlebihan. Oleh itu, pengguna jalan raya perlu memperuntukkan
sejumlah wang untuk menyelenggara kenderaan mereka.
Sebab seterusnya berlaku kemalangan jalan raya ialah keadaan jalan raya
yang kurang memuaskan. Jalan raya yang kurang baik membuatkan pemandi
kenderaan terpaksa memberikan sepenuh perhaatianapabila melalui jalan tersebut.
Selain daripada itu juga, pemandu kenderaan itu juga mesti lebih berhati-hati apabila
3
melalui jalan tersebut pada waktu malam. Antara ciri-ciri jalan raya yang kurang baik
ialah terdapat banyak selekoh tajam, jalannya yang tidak rata serta berlubang. Oleh itu,
pemandi kenderaan mestilah mematuhi had laju yang telah ditetapkan apabila melalui
jalan yang berbahaya.
Faktor cuaca juga boleh menjadi penyebab kepada berlakunya kemalangan
jalan raya. Di Malaysia, kejadian hujan sering menyebabkan jalan raya basah dan licin.
Dalam keadaan yang sedemikian, kemalangan jalan raya banyak berlaku khususnya di
lebuh raya . Ini adalah kerana pemandi tidak simpat membrek apabila kenderaan di
hadapan tiba-tiba memperlaahankan kenderaannya. Hujan yang turun juga boleh
menyebabkan pemandangan pemandi kabur dan terhad. Sememangnya pengguna
jalan raya mestilah berhati-hati apabila memandu dalam keadaan cuaca yang hujan
dan jalan yang licin.
Faktor kurangnya pemantauan daripada pihak yang berkuasa juga boleh
menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku. Pihak berkuasa seperti pihak polis
hendaklah selalu membuat pemaantauan di tempat-tempat yang dikenalpasti sering
berlaku kemalangan. Tindakan yang amat tegas perlu dikenakan kepada pesalah-
pesalah trafik tanpa membezakan pangkat dan derjat. Contoh tempat-tempat yang
perlu dipantau ialah jalan berbukit, di garisan berkembar dan kawasan lampu isyarat.
Pemantauan yang dijalankansecara berterusan akan menjadikan pengguna jalan raya
akan lebih berhemah ketika berada di jalan raya dan ini secara tidak langsung boleh
mengelakkan kecelakaan.
4
KEMALANGAN DI LEBUH RAYA SENAI DESARU
( KEROSAKAN JALAN RAYA )
5
Tarikh : 27 Oktober 2013 (21.45 Mlm)
Lokasi : KM 53.3 (Lebuh Raya Senai Desaru)
Spesifikasi Kamera : Samsung GALAXY NOTE II (Model GT-N7100)
Resolution 1280 x 720
Tajuk Foto : Lebuh Raya Usang
Gambar Dan Lokasi Tempat Kejadian.
6
Gambar Sebelum Baik Pulih.
7
Gambar Selepas Baik Pulih.
Berdasarkan gambar yang telah disertakan pada halaman sebelum ini, dapat
dijelaskan bahawa kejadian kemalangan ini telah berlaku diKM 53.3 Lebuh Raya Senai
8
Desaru akibat daripada keadaan jalan raya yang rosak teruk selepas hujan. Seperti
yang telah kita semua ketahui, lebuh raya merupakan satu laluan yang dibina untuk
menyambungakan dari saatu destinasi ke destinasi seterusnya. Sangat mustahil
anadainya keadaan lebuh raya seperti sedemikian rupa dengan keadaaan jalannya
yang berlubang dan amat tidak berkualiti sedangkan para pengguna di kenakan
bayaran tol yang tinggi. Banyak aduan telah dihantar kepada pihak yang berwajib,
namun keadaan jalan masih lagi berada di taahap yang tidak memuaskan. Bayangkan
di sesetengah laluan kita hanya boleh memandu dengan kelajuan 50 -60 kmj sahaja
walhal laluan ini merupakan sebuah lebuh raya yang menghubungkan pusat
pelancongan yang terkenal di Malaysia. Kesimpulannya walaupun jua kita berada di
jalan raya dan memandu, keselamatan haruslah dititik beratkan. Ini adalah kerana
kemalangan ini sukar untuk diramal dan ia boleh berlaku tanpa disengajakan dan boleh
membawa maut,
Foto di atas diambil selepas kejadian. Sebanyak 15 buah kenderaan yang
terlibat dan hal ini telah diambil tindakan oleh pihak yang berwajib walaupun misi
bantuan lambat tiba. Kejadian ini telah dirujuk kepada pihak yang berwajib dan segala
tuntutan ganti rugi telah di lekukan. Pihak berwajib mengakui akan kelemahan dan
kekurangannya dan berjanji akan menaiktarafkan lagi kualiti lebuh raya Senai Desaru
ini.
9
Rim kereta yang rosak amat tidak sesuai untuk diguna pakai dalam pemanduan .
Ini adalah kerana ia akan mendatangkan keburukan kepada pemandu dan penumpang
serta pengguna jalan raya yang lain. Rim yang bengkok akan menyebabkan tayar akan
mudah pecah dan rosak sekaligus akan menyebabkan sesebuah kereta tersebut akan
hilang kawalan dan kemalangan akan berlaku. Menggunakan rim yang bengkok juga
akan menyebabkan tayar akan mudah rosak atau bunganya akan mudah haus dan ini
akan mengakibatkan kereta akan mudah terbabas jika pemanduan dilakukan pada
waktu hujan atau banjir. Rim yang retak juga boleh mendatangkan keburukan kepada
kita di mana berkemungkinan rim ini aakan pecah jika sesebuah kereta tersebut
terlanggar lubang atau bonggol yang tinggi. Situasi yang dialami oleh saya dalam
menangani hal ini adalah telah membuat tuntutan ganti rugi ke atas barangan yang
telah rosak di mana saya telah menghantar sport rim kereta yang bengkok ini ke
bengkel untuk dibaik pulih. Alhamdulillah, sport rim kereta saya dapat dibetulkan dan
boleh digunakan seperti biasa.
Secara keseluruhannya, kemalangan boleh berlaku tanpa mengira waktu dan
masa dan tidak kira di mana kita berada. Sama ada kesilapan yang dilakukan oleh kita
sendiri dalam pemanduan atau pun sebaliknya. Selain daripada itu juga penggunaan
barangan yang sudah rosak adalah boleh mendatangkan ancaman dan bahaya kepada
diri kita sendiri dan orang lain. Ini terutamanya dalam menggunakan barangan atau alat
ganti untuk kenderaan kita. Walaupun sesuatu barangan tersebut masih boleh
digunapakai lagi untuk kenderaan kita, namun ia tidak dapat menjamin keselamatan
pengguna.
10
RUJUKAN :
1. http://www.jomria.com/2013/04/punca-punca-berlaku-kemalangan-jalan.html
2. http://pmrbest.blogspot.com/2009/11/karangan-1punca-punca-kemalangan-jalan.html
3. http://abihulwa.blogspot.com/2012/08/isu-sosial-faktor-faktor-penyebab.html
4. http://www.e22.com.my/
5. http://www.llm.gov.my/pengurusan_kualiti_alam_sekitar.aspx
11