MPSP Qr Billhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2572-mpsp-qr...Piagam Pelanggan yang berkaitan...
Transcript of MPSP Qr Billhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2572-mpsp-qr...Piagam Pelanggan yang berkaitan...
-
MPSP Qr Bill
Anugerah Inovasi
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Tahun 2019
(Kategori Inovasi ICT)
-
MPSP Qr Bill
Jabatan Perbendaharaan MPSP Page 2
ISI KANDUNGAN
BAB KANDUNGAN MUKA SURAT
BAB SATU
PENGENALAN a. Penerangan Mengenai Jabatan
i. Latar Belakang Jabatan Perbendaharaan MPSP
ii. Piagam Pelanggan
iii. Objektif Jabatan Perbendaharaan
b. PENGENALAN INOVASI MPSP Qr BILL
4
5
6
7 - 10
BAB DUA
IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN 12 - 17
BAB TIGA
IMPAK INOVASI 19
BAB EMPAT
ELEMEN INOVASI
i. Inovatif / Kreativiti
ii. Keberkesanan
iii. Signifikan
iv. Replicability
21
22
22
23
BAB LIMA
PENGIKTIRAFAN YANG DITERIMA 25
BAB ENAM
PENUTUP 27
-
MPSP Qr Bill
Jabatan Perbendaharaan MPSP Page 3
BAB SATU: PENGENALAN
-
MPSP Qr Bill
Jabatan Perbendaharaan MPSP Page 4
1. PENGENALAN
a. PENERANGAN MENGENAI JABATAN / BAHAGIAN / UNIT i. LATAR BELAKANG JABATAN PERBENDAHARAAN
MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI (MPSP) Jabatan Perbendaharaan adalah jabatan yang bertanggungjawab
mengawal semua urusan berkaitan kewangan Majlis merangkumi data
kutipan hasil Majlis dan mengawal perbelanjaan Majlis iaitu dengan
memastikan sumber-sumber pendapatan majlis dibelanjakan ke arah
untuk meningkatkan keselesaan hidup pembayar cukai. Selain daripada
itu, jabatan ini juga bertindak sebagai penasihat dalam hal-hal berkaitan
kewangan.
Jabatan Perbendaharaam terbahagi kepada 3 bahagian yang
mengandungi 7 unit iaitu Bahagian Akaun, Bahagian Hasil dan
Bahagian Bayaran dan tambahan satu unit iaitu Unit Pentadbiran.
Jabatan Perbendaharaan diterajui oleh Pengarah Perbendaharaan, tiga
(3) orang Penolong Pengarah Kanan, sembilan (9) orang Penolong
Akauntan dan seorang (1) orang Penolong Pegawai Tadbir. Bilangan
keseluruhan kakitangan Jabatan Perbendaharaan adalah seramai 83
orang.
Fungsi Bahagian adalah seperti berikut:- i. Bahagian Hasil
• Kawalan keseluruhan data cukai taksiran
• Menyelaras pelaksanaan penguakuasaan tunggakan
cukai taksiran selaras dengan peruntukan Akta Kerajaan
Tempatan 1976 (AKTA 171)
• Menangani masalah aduan berkaitan cukai taksiran
-
MPSP Qr Bill
Jabatan Perbendaharaan MPSP Page 5
ii. Bahagian Perakaunan • Penyediakan Penyata Kewangan mengikut tempoh masa
yang telah ditetapkan dalam Akta Kerajaan Tempatan
1976 (AKTA 171)
• Mengurus Aliran Tunai Majlis
• Merekod rekod kutipan hasil MPSP
iii. Bahagian Bayaran
• Menyediakan Bajet Tahunan Majlis
• Mengurus pembayaran mengikut tempoh yang telah
ditetapkan
• Mengurus pembayaran emolumen dan elaun kepada
kakitangan dan Ahli Majlis MPSP
iv. Unit Pentadbiran
• Urus selia urusan pentadbiran Jabatan Perbendaharaan
Bagi penyertaan Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri 2019, Bahagian
Hasil Jabatan Perbendaharaan telah mengambil bahagian dengan
mengetengahkan inovasi “MPSP Qr Bill” bagi menambahbaik perkhidmatan pembayaran cukai taksiran kepada pelanggan.
ii. Piagam Pelanggan yang berkaitan
Bil cukai taksiran dan tanah akan dikeluarkan dalam bulan Disember /
Januari bagi setengah tahun pertama dan bulan Julai bagi setengah
tahun kedua tiap-tiap tahun. Kaedah konvensional masih dikekalkan
iaitu bil cukai taksiran dicetak dan dihantar kepada pemilik premis
secara pos. Pemilik premis juga boleh menyemak dan membuat
bayaran melalui laman web MPSP.
-
MPSP Qr Bill
Jabatan Perbendaharaan MPSP Page 6
iii. Objektif Jabatan Perbendaharaan
“Seberang Perai Bandar Aspirasi Masa Hadapan” merupakan tagline
MPSP ke arah menjadikan Seberang Perai Resilient, Inklusif, Hijau,
Kompetitif dan Bandar Pintar Dipacu oleh Teknologi.
Jabatan Perbendaharaan turut seiring dengan hasrat ini dengan
memastikan kewangan diurus dengan cekap dan berkesan disamping
memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti selari dan seiring
dengan perkembangan teknologi masa kini.
Selaras dengan cita-cita tersebut, Jabatan telah melaksanakan
tranformasi ke arah memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada
Warga Seberang Perai dengan menggunakan teknologi terkini dalam
pengeluaran serta pembayaran bil cukai taksiran dengan
memperkenalkan “MPSP QR Bill”.
-
MPSP Qr Bill
Jabatan Perbendaharaan MPSP Page 7
b. PENGENALAN INOVASI “MPSP QR BILL” Tujuan Projek Inovasi
“MPSP Qr Bill” merupakan inovasi Bahagian Hasil, Jabatan Perbendaharaan yang memperkenalkan fungsi imbas dan bayar bagi tujuan semakan dan pembayaran cukai taksiran MPSP secara online,
selari dengan hasrat MPSP untuk menjadi Bandaraya Rendah Karbon
Serta Bandaraya Pintar Menjelang 2022.
MPSP Qr Bill ini dipaparkan disetiap bil yang diterima samada melalui
pos atau emel bagi yang telah mengemaskini maklumat alamat emel
dengan Bahagian Hasil, Jabatan Perbendaharaan.
Objektif inovasi ini diwujudkan adalah:-
i. Pembayar cukai boleh menggunakan aplikasi ini (perkhidmatan
kerajaan) dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa yang
dikehendaki.
ii. Memudahkan urusan semakan dan pembayaran cukai taksiran
yang mana ianya menjimat masa, kos dan mudah digunakan.
iii. Pembayar cukai akan mendapat maklumat terkini info bil cukai
taksiran
iv. Memanfaatkan keupayaan teknologi aplikasi mudah alih yeng
terkini dengan optimum.
ii. Proses dan Tempoh Pelaksanaan Projek Inovasi
Inovasi MPSP QR BILL telah mula dilaksanakan pada bulan Oktober
2018 secara soft launch. Ianya bertujuan bagi mengenalpasti masalah
serta penambahbaikan yang perlu diambil tindakan bagi memastikan
kelancaran penggunaan kepada rakyat pada masa hadapan. Tempoh
percubaan ini mengambil masa 3 bulan. Inovasi ini telah dilancarkan
secara rasmi oleh Yang Dipertua MPSP, YBhg. Dato’ Sr Haji Rozali Bin
Haji Mohamud pada 24 Januari 2019 selepas Mesyuarat Majlis Penuh
Bulan Januari 2019.
-
MPSP Qr Bill
Jabatan Perbendaharaan MPSP Page 8
iii. Peringkat Pelaksanaan
Jun 2018 – September
2018
1. Sesi brainstorming antara Bahagian
Hasil dan Vendor Sistem
2. Prototaip untuk sesi percubaan fungsi
3. Ujicuba
System Change:
1. Link ke web dan MPSPPay
2. Testing Generate SMS dan Emel
Pemakluman.
Oktober 2018 Soft Launch
November 2018 –
Disember 2018
Penambahbaikan
1 Januari 2019 Sistem mula beroperasi dan orang awam
boleh mula menggunakan MPSP Qr Bill
24 Januari 2019 Pelancaran secara rasmi oleh Yang
Dipertua MPSP, YBhg. Dato’ Sr Haji Rozali
Bin Haji Mohamud dan Sistem
iv. Implikasi Kewangan
Tiada kos tambahan ke atas pembangunan serta penambahbaikan
sistem yang dikenakan bagi mewujudkan fungsi Qr code ini.
Namun terdapat satu (1) kos tambahan yang terlibat iaitu sms credit
bagi tujuan penghantaran sms pemakluman transaksi bayaran berjaya
kepada pembayar cukai. Kos yang terlibat adalah RM0.12 / sms.
-
MPSP Qr Bill
Jabatan Perbendaharaan MPSP Page 9
v. Kaedah Pencetusan Idea
i. Idea untuk membangunkan inovasi “MPSP Qr Bill” dilaksana
secara in-house melalui sesi percambahan fikiran di antara
Penolong Pengarah Kanan dan ketua unit di dalam Bahagian
Hasil Jabatan Perbendaharaan, manakala koding Qr dibuat
secara oleh pihak vendor SMART ELITS (Sistem Cukai Taksiran
MPSP).
ii. Idea ini telah dibentangkan kepada Pengarah Perbendaharaan
dan mendapat persetujuan untuk dilaksanakan.
iii. Inovasi ini diwujudkan juga bagi memudahkan pemilik premis
untuk membayar cukai dengan mudah dan cepat serta pada
masa yang telah ditetapkan.
vi. Kategori Inovasi
MPSP Qr Bill merupakan Inovasi Kategori Anugerah Inovasi ICT.
Inovasi MPSP QR Bill adalah inovasi Penyampaian Perkhidmatan dan
merupakan inovasi penambahbaikan. Inovasi penambahbaikan
bermaksud Jabatan telah menambahbaik fungsi cetakan bil salinan
pada laman web serta mewujudkan Qr Code untuk pengguna terus
mengimbas bagi tujuan membuat pembayaran secara digital
-
MPSP Qr Bill
Jabatan Perbendaharaan MPSP Page 10
vii. Indikator Inovasi Inovasi ini memenuhi kriteria berikut:
Kriteria Penjelasan
Measureable Inovasi ini dalam diukur dari aspek bilangan transaksi
yang berlaku menggunakan MPSP Qr Bill manakana
prestasi kutipan dapat dipantau oleh pegawai melalui
janaan laporan
Informative MPSP Qr Bill akan memaparkan penyata cukai terkini
pemilik premis dan pemilik juga boleh melihat secara
terperinci penyata berkenaan. Bil cukai juga boleh
dimuat turun secara dalam talian.
Cost Effective Pembangunan sistem tiada memandangkan ianya
dibuat secara in house dengan vendor sistem Smart
Elits. MPSP hanya menanggung kos sms bagi tujuan
pemakluman transaksi berjaya kepada pembayar cukai.
Forward
Looking
Inovasi ini mampu untuk ditambahbaik di masa hadapan
dengan ciri-ciri yang lebih baik serta dalam
diintegrasikan dengan sistem-sistem dalaman jabatan
lain yang memerlukan data cukai taksiran.
viii. Maklumbalas Pelanggan Dan Mekanisme Maklumbalas Pelanggan
Serta Hebahan Jabatan Perbendaharaan telah membuat hebahan melalui video montaj
di Facebook MPSP, Whatapps serta hebahan melalui media cetak
semasa sesi pelancaran oleh Yang Dipertua MPSP pada 24 Januari
2019.
Maklumbalas secara juga diperolehi daripada pengguna melalui
temuramah secara terus dengan pembayar cukai semasa program-
program berkaitan cukai diadakan di dalam dan luar MPSP
-
MPSP Qr Bill
Jabatan Perbendaharaan MPSP Page 11
BAB DUA: IMPAK SEBELUM DAN
SELEPAS INOVASI DIHASILKAN
-
MPSP Qr Bill
Jabatan Perbendaharaan MPSP Page 12
2. IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN a. IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI
i. SEBELUM INOVASI
• Untuk urusan bayaran bil secara online, pemilik perlu tahu nombor
akaun sebelum boleh membuat bayaran
• Proses pembayaran yang lebih panjang dimana pemilik premis perlu
menghubungi MPSP terlebih dahulu untuk mendapatkan nombor
akaun sebelum boleh membuat bayaran secara online
• Pemilik memilih untuk membayar secara konvensional iaitu hadir ke
kaunter MPSP untuk membuat bayaran.
Kaedah Biasa Orang
Awam Membayar
Cukai Taksiran
Selepas Menerima
Bil
-
MPSP Qr Bill
Jabatan Perbendaharaan MPSP Page 13
CARTA ALIR PROSES PEMBAYARAN BIL SECARA ONLINE SEBELUM QR BILL DIPERKENALKAN
CARTA ALIR PROSES KERJA
1. Orang awam terima bil & ingin bayar secara online
2. Masuk ke laman web mpsp http://www.mpsp.gov.my. Pilih butang bil cukai taksiran dari senarai perkhidmatan online dan masukkan nombor akaun
Cetak bil
bayar
3. Tekan butang cari. Bil boleh dicetak dengan memilih cetak bil setangah/ satu tahun
4. Untuk bayaran, pilih butang bayar setengah / satu tahun. Bayaran boleh menggunakan Kad Kredit (master / visa) atau MEPS FPX
5. Setelah bayaran disempurnakan, resit boleh dicetak dilaman web tersebut
6. Paparan status bayaran akan dikemaskini serta merta di laman web
T tak ok
Ok
7. Kemaskini data. Data bermasalah, akan dirujuk kembali ke bank untuk tindakan
8. Data bayaran akan dikemaskini ke lejar pemlik keesokan harinya setelah maklumat diterima dari bank.
MULA
Rujuk bank
http://www.mpsp.gov.my/
-
MPSP Qr Bill
Jabatan Perbendaharaan MPSP Page 14
ii. SELEPAS INOVASI
• Maklumat diterima lebih tepat dan pantas
• Lebih mesra pengguna
• Ini membantu mempercepatkan proses kerja
• Mengurangkan aduan awam
• Pengumpulan data e-mel dan nombor telefon yang akan digunakan
untuk pengeluaran bil secara elektronik dan ianya selaras dengan
hasrat MPSP untuk menjadikan Seberang Perai Bandaraya Rendah
kabon
• QR bill yang dicetak boleh digunakan secara berterusan bagi urusan
bayaran bil dimasa hadapan kerana ianya akan disambungkan terus
ke pengkalan data terkini cukai taksiran.
-
MPSP Qr Bill
Jabatan Perbendaharaan MPSP Page 15
CARTA ALIR TERPERINCI PROSES PEMBAYARAN BIL SECARA ONLINE SELEPAS QR BILL DIPERKENALKAN
CARTA ALIR PROSES KERJA
1. Orang awam terima bil & ingin bayar secara online
2. Scan QR Code (imbas & bayar) yang disediakan atas bil & akan link terus ke https://online.mpsp.gov.my/cukaipintu.asp? 01060046254 (nombor akaun yg discan)
3. Klik link dan ia akan terus ke mpsp cukai online
4. Paparan pemakluman implementasi bil secara elektronik (Emel & sms). Pemilik diminta kemaskini emel dan nombor telefon (Hanya setahun sekali sahaja)
5. Plih bayaran semasa atau bayaran setahun. Kalau satu akaun sahaja, pilih bayar tapi kalau beberapa akaun, perlu kembali ke bakul bayaran untuk tambah akaun
6. Pilihan cara bayaran a. Kad kredit / kad debit b. FPX - Perbankan Internet
7. Kad Kredit / Kad Debit – Klik dan terus ke menu untuk pilih jenis kad Master @ Visa
FPX - Perbankan Internet – pemilik hanya boleh
memilih bank yang disenaraikan dan teruskan mengikut prosedur perbankan internet bank tersebut
8. Kad Kredit / Kad Debit – Masukkan nombor kad dan
“expiry date” juga 3 digit security kod - Klik bayar
9. Dapatkan TAC code dari bank dan masukkan apabila ianya diperolehi - teruskan
10. Cetak resit. Butang untuk cetak semula resit juga disediakan sekiranya ada keperluan. Pemakluman secara sms dan emel akan dihantar kepada pembayar cukai sebaik sahaja selesai pembayaran berjaya
MULA
Perbankan Internet
Kad kredit/ debit
1
https://online.mpsp.gov.my/
-
MPSP Qr Bill
Jabatan Perbendaharaan MPSP Page 16
1. Paparan status bayaran akan dikemaskini serta
merta di laman web
2. Kemaskini data. Data bermasalah, akan dirujuk kembali ke bank untuk tindakan
3. Data bayaran akan dikemaskini ke lejar pemlik keesokan harinya setelah maklumat diterima dari bank.
Kaedah Penggunaan “MPSP QR Bill” adalah seperti berikut:-
Rujuk bank
1
PASTIKAN TELEFON PINTAR ANDA MEMPUNYAI FUNGSI PENGIMBAS QR CODE. SEKIRANYA TIADA, SILA DOWNLOAD APLIKASI BERKENAAN DI PLAY STORE / APPLE STORE
IMBAS QR CODE YANG TERDAPAT PADA BIL CUKAI TAKSIRAN
SILA KEMASKINI NO.TELEFON SERTA ALAMAT EMEL UNTUK TUJUAN PENGHANTARAN KOD TAC SERTA BAGI PENGHANTARAN NOTIFIKASI PENGESAHAN URUSNIAGA YANG BERJAYA
SETELAH SELESAI, KLIK TERUSKAN UNTUK MELAKUKAN PEMBAYARAN
PENYATA JUMLAH PERLU DIBAYAR AKAN DIPAPARKAN. KLIK BAYAR
PILIH MOD PEMBAYARAN SAMADA KAD KREDIT, KAD DEBIT ATAU FPX (ONLINE BANKING). TERUSKAN MENGIKUT ARAHAN PEMBAYARAN SEHINGGA SELESAI
PROSES BAYARAN SELESAI. MAKLUMAT TRANSAKSI YANG BERJAYA AKAN DIHANTAR
KEPADA PEMBAYAR CUKAI MELALUI SMS ATAU EMEL YANG TELAH DIDAFTARKAN.
-
MPSP Qr Bill
Jabatan Perbendaharaan MPSP Page 17
PERBANDINGAN MELALUI INFOGRAFIK
PERBEZAAN ANTARA KAEDAH PEMBAYARAN SECARA BIASA DENGAN KAEDAH BAYARAN SECARA DALAM TALIAN MELALU MPSP QR BILL
-
MPSP Qr Bill
Jabatan Perbendaharaan MPSP Page 18
BAB TIGA: IMPAK INOVASI
-
MPSP Qr Bill
Jabatan Perbendaharaan MPSP Page 19
3. IMPAK INOVASI
Melalui MPSP Qr Bill ianya memberi impak langsung kepada kesemua pembayar
cukai iaitu pemilik premis harta berkadar di seluruh Seberang Perai samada
agensi, orang awam serta pemilik perniagaan dan syarikat.
Kumpulan sasar bagi MPSP Qr Bill adalah kesemua pemilik premis di seluruh
Seberang Perai yang merupakan pembayar cukai. Mengikut rekod sehingga 2 Mei
2019, jumlah bilangan harta berkadar adalah sebanyak 328,462 akaun.
Dengan keberkesanan MPSP Qr Bill, ianya dapat memberikan perkhidmatan yang
cepat, tepat dan menjimatkan masa kepada stakeholder untuk membuat bayaran
cukai taksiran.
-
MPSP Qr Bill
Jabatan Perbendaharaan MPSP Page 20
BAB EMPAT: ELEMEN INOVASI
-
MPSP Qr Bill
Jabatan Perbendaharaan MPSP Page 21
4. ELEMEN INOVASI i. Inovatif / Kreativiti
MPSP Qr Bill merupakan elemen baru yang ditambahbaik ke dalam
penyampaian perkhidmatan MPSP kepada orang awam. Ia merupakan
pemudahcara kepada orang awam untuk berurusan dengan MPSP. Ianya
juga selaras dengan kemudahan teknologi terkini yang mana ianya
merupakan salah satu ciri Bandaraya Pintar
Dengan menggunakan MPSP QR Bill, pemilik premis hanya perlu scan
QR Code (Imbas dan Bayar) yang disediakan di atas bil cukai taksiran. Ia
kemudiannya akan terus disambungkan ke link di laman web mpsp di
www.mpsp.gov.my tanpa perlu memasukkan nombor akaun seperti
sebelumnya. Ini akan meminimakan kemasukkan nombor akaun yang
salah yang mana ini akan menyebabkan data tidak dapat dikemaskini dan
menjadi “reject”. Sekiranya masalah data reject ini tidak dapat
diselesaikan dalam masa terrdekat, ia terpaksa dimasukkan ke akaun
amanah sehingga pemilik premis membuat aduan. Berdasarkan aduan
dan bukti-bukti nyata, baharulah kaun pemilik akan dikemaskini.
http://www.mpsp.gov.my/
-
MPSP Qr Bill
Jabatan Perbendaharaan MPSP Page 22
ii. Keberkesanan
MPSP Qr Bill dapat meningkatkan tahap kepuasan khususnya pembayar
cukai dalam penggunaan perkhidmatan kerajaan melalui perkhidmatan
yang disediakan ini.
MPSP Qr Bill juga memberikan kemudahan kepada pembayar cukai untuk
membayar dengan lebih mudah disamping MPSP dapat memperolehi hasil
kutipan cukai. Berikut adalah rekod kutipan cukai taksiran melalui aplikasi
MPSP Qr Bill.
Kutipan Hasil MPSP QR Bill (Tarikh Cetakan: 06/05/2019)
Bulan / Tahun Bilangan data Jumlah (RM)
5/2019 11 2,279.50
4/2019 199 48,479.60
3/2019 123 64,746.80
2/2019 348 82,300.55
1/2019 52 23,059.85
Jumlah 733 220,866.30
iii. Signifikan MPSP Qr Bill merupakan aplikasi yang mesra pengguna dan mudah
digunakan (user friendly) di mana pembayar cukai dapat mengakses
maklumat cukai masing-masing dengan hanya mengimbas kod Qr yang
telah disediakan di bil cukai masing-masing. Kod Qr yang disediakan boleh
disimpan dan boleh diimbas semula pada bila-bila masa dan maklumat
terkini bil cukai akan dipaparkan. Sekiranya bil cukai taksiran tidak diterima
atau hilang, pengguna boleh memuat turun bil cukai salinan di laman web
MPSP.
-
MPSP Qr Bill
Jabatan Perbendaharaan MPSP Page 23
Pembayar cukai juga dapat menjimatkan masa serta kos bahan api
sekiranya transaksi bayaran dibuat secara dalam talian menggunakan
MPSP Qr Bill.
iv. Replicability Idea inovasi MPSP Qr Bill boleh di adaptasi dan digunapakai oleh jabatan
dalaman, agensi-agensi dan pihak lain secara terus atau dengan
diubahsuai mengikut keperluan agensi masing-masing.
Secara amnya kaedah ini amat berkesan sebagai satu kaedah yang
mudah untuk membuat bayaran secara dalam talian bagi lain-lain kategori
hasil mengikut jabatan masing-masing.
-
MPSP Qr Bill
Jabatan Perbendaharaan MPSP Page 24
BAB LIMA: PENGIKTIRAFAN YANG DITERIMA
5. PENGIKTIRAFAN YANG DITERIMA
-
MPSP Qr Bill
Jabatan Perbendaharaan MPSP Page 25
Berikut antara pengiktirafan yang pernah diterima oleh Jabatan
Perbendaharaan bagi penglibatan di dalam Inovasi di peringkat negeri dan
kebangsaan:
a. PBT yang keempat di Malaysia dan PBT pertama di utara Semenanjung
Malaysia yang memperolehi persijilan SAGA Tahun 2017
b. Sijil Bersih Penyata Kewangan bagi 16 Tahun berturut-turut
c. Johan Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan Peringkat Negeri Pulau
Pinang Tahun 2010 dan 2011
d. Anugerah Khas Anugerah Inovasi Pengurusasn Kewangan Peringkat
Negeri Pulau Pinang Tahun 2014, 2015 dan 2016
e. Top 8, Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan Peringkat KPKT (Salah
satu inovasi yang diketengahkan adalah Ai-Kad)
f. Tiga (3) Agensi Terbaik Anugerah Inovasi Peringkat Kebangsaan Tahun
2010 dan 2011
-
MPSP Qr Bill
Jabatan Perbendaharaan MPSP Page 26
BAB ENAM: PENUTUP
-
MPSP Qr Bill
Jabatan Perbendaharaan MPSP Page 27
6. PENUTUP
Secara kesimpulannya dengan wujudnya MPSP Qr Bill ini, pembayar cukai dapat menggunakan kaedah pembayaran ini dengan lebih mudah serta cekap dan
dapat membuat bayaran cukai pada masa yang telah ditetapkan. MPSP Qr Bill
merupakan:
1. Inovasi serta perkhidmatan yang mudah digunakan 2. Pengurusan Hasil Kutipan Cukai yang lebih efisien 3. Dapat mengoptimumkan sumber tenaga selari dengan hasrat untuk
mewujudkan Cyber Counter
4. MPSP Qr Bill merupakan alternatif medium pembayaran 5. Masa menunggu dan beratur dikaunter dapat dijimatkan 6. Inovasi dalam mengurangkan serta dapat mengelakkan kesilapan
Melalui pembudayaan inovasi sebegini, MPSP akan dapat meningkatkan tahap
kualiti dan komitmen kepada penduduk Seberang Perai dan sentiasa bergerak maju
ke hadapan demi meningkatkan prestasi MPSP ke arah matlamat menjadikan
Seberang Perai Resilient, Inklusif, Hijau, Kompetitif dan Bandar Pintar Dipacu oleh
Teknologi.
MPSP Qr bILL CoverLaporan AIKN 2019Kutipan Hasil MPSP QR Bill (Tarikh Cetakan: 06/05/2019)