MOTIF IBAN DALAM PENGAPLIKASIAN SENI TAMPAK … Iban dalam pengaplikasian seni... · dalam hidup...
Transcript of MOTIF IBAN DALAM PENGAPLIKASIAN SENI TAMPAK … Iban dalam pengaplikasian seni... · dalam hidup...
·, .
MOTIF IBAN DALAM PENGAPLIKASIAN SENI TAMPAK DI MALAYSIA
Devourie Gail @ Lorita AlP Jeros
•
PL Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian 5304 (Seni Halus)G4 2007G138 2007
,.... i'usat h..nloma[ MalOumat AkaaemlA
PKHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIVERSITl MALAYSIA SARAWA¥. UNIMAS Q4 00 KOla SamarahaJa
11111111111111111 HII IIII 1000191643
MOTIF IBAN DALAM PENGAPLIKASIAN SENI TAMPAK DI MALAYSIA
DEVOURIE GAIL @ LORITA AlP JEROS
Projek ini merupakan satu keperluan untuk Ijazah Sarjami Muda Seni Gunaan dengan kepujian Seni Halus
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK
2007
I
UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK
mDUL:
SESI PENGAJIAN : 2QQl
Saya. DEVOURIE GAIL @ LORITA NP JEROS
Mengaku membenarkan tesis/laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
I. Tesis/Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak. 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak
dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaj. 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik,Universiti Malaysia Sarawak
dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan T empatan.
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara instituisi pengajian tinggi.
5. * sila tandakan D
(mengand ungi maklumat yang berdarjah SULITD keselamatan atau kepentingan seperti termaktub
di dalam AKT A RAHSIA RASMI 1972) TERHADD (mengandungi maklumat terhad yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan dimana TIDAK TERHAD D penyelidikan dijalankan)
(Devo _ ie G il @ Lorita NP Jeros Tarikh: Alamat tetap: No.84, Kg Jambu. Bt.27 Jalan Padawan, 94200 Sarawak.
Projek bertajuk 'Motif Iban dalam pengaplikasian seni tampak di Malaysia' telah disediakan oleh Devourie Gail @ lorita AlP Jeros dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Seni Halus.
Diterima untuk diperiksa oleh:
(Zulkarnain Zainal Abidin)
Dite ima untuk diperiksa oleh:
Ketua Penyelaras Program Penyelia I Pensyarah Seni Halus
Tarikh:
Penghargaan
Syukur dan pujian bagi Tuhan yang senantiasa memberi limpah kurniaNya sehingga
saya selesai menyiapkan penulisan saya ini pada masa yang ditetapkan. Pertama sekali saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Yakup Mohd Rafee selaku pensyarah
dan penyelia saya yang sentiasa memberi bimbingan dan ilmu yang tidak ternilai. Ribuan
terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah Seni Halus yang mengajar saya selama tiga tahun
di Unimas iaitu Encik Zulkamain, Encik Wan Jamarul Imran, Encik Awangko dan tidak lupa
juga Encik Anuar Ayob diatas segala tunjuk ajar dan inspirasi kalian. Kepada juruteknik
juruteknik En. Jeremy, En. Pian, En. Lembad, dan En. Lincoln terima kasih kerana sentiasa
membantu saya.
Teristimewa buat ibu tersayang, Puan Rose diatas pengorbanan dan sumber kekuatan
kepada saya selama ini. Tidak lupa juga kepada mak Puan Helen Mehong dan bapa Encik
Freddy Kuigoh yang sentiasa memberi dorongan dan nasihat selama pengajian saya di
Unimas. Buat adik-adikku yang best! Don Henley, Doretty, Don Juan dan Desyntha, anda
semualah penghibur dan pelawak sejatiku. Buat semua rakan-rakan Program Seni Halus
04/07, terima kasih diatas sokongan dan bantuan kalian selama berada di Unimas. Semoga
persahabatan yang terjalin selama ini akan berkekalan dan menjadi memori yang terindah
dalam hidup kita. Semoga Tuhan memberkati anda semua. Shallom.
lsi kandungan
Pengesahan
Abstrak
Abstract
Bab 1 :Latar belakang kajian
1.1 Pendahuluan
1.2 Istilah seni
1.3 Hipotesis
1.3 Metodologi kajian
1.4 Pennasalahan kajian
1.5 Objektif kajian
1.6 Kajian lepas
1.7 Kepentingan kajian
1.8 Skop kajian
Bab 2: Anatisa masyarakat
2.1 Latar belakang masyarakat Iban
2.2 Kepercayaan dalam masyarakat Iban
2.3 Motif masyarakat Iban dan siknifikasinya
Bab 3: Motif Iban dalam konteks Seni tampak Malaysia
3.1 Kajian motif Iban dalam konteks tatabahasa tampak
3.1.1 Bentuk
3.1.2 Teknik
l' ' at Kllidmal MaKlUmat ~~~ U 'IVERSlTl MALAYSIA S
O,i<()f) KC!l2 Sumafi1!1an
Muka surat
2
3
3
4
4
5
6
6
7
9
11-15
16
16
17
3.1.3 Komposisi 18
3.1.4 Warn a 18
3.1.5 Keseimbangan 19-20
Bab 4: Penerapan motif iban dalam konteks Seni tampak Malaysia 21
4.0 Penerapan motiflban dalam konteks seni tampak di Malaysia 19
4.1 Contoh artis 22-24
Bab 5: Penyataan karya
5.1 Pengenalan 25
5.2 'Shot' Imej-imej yang diambil 26
5.3 Pengolahan bahan 27
5.4 Langkah kerja 28
5.5 Kesimpulan 29
Bibliografi 30-31
Abstract
This research studies on the application oj lban community and also its function
especially in their traditional instruments such as 'Pua Kumbu', 'liang', and Terabai '. These
motives are considered as their appreciation towards natural enviroment and beliefs. The
motives are been used in ritual as a way to show their gratitude and preserving their cultural
heritage. The result ojthis research will be transJorm into ideas Jor my final year project.
Bab 1
1.0 Latar belakang kajian
1.1 Pendahuluan.
Menurut kurator Balai Seni lukis Sabah dalam katalog pameran 'Pola-Pola dan warna
Sabah' Puan Wan Azilindah (2006) berpendapat bahawa seni kraftangan dikatakan bersifat
'Anonymous' iaitu tidak diketahui siapakah orang pertama yang menjadi perintis dalam seni
yang bersifat konvensional yang memerlukan ketekunan serta kemahiran seni yang tinggi ini.
Secara umumnya, seni tradisional ini ibarat lambang atau simbol yang menjadi identiti
sesuatu suku kaum ataupun etnik. Hal ini kerana reka bentuk atau motif adalah berlainan
diantara sesuatu suku kaum dengan suku kaum yang lain. Skop kajian adalah hanya
merangkumi kajian terhadap penggunaan motif dalam pua kumbu serta signifikasinya
terhadap masyarakat Iban yang masih meneruskan tradisi membuat pua kumbu di sekitar Sri
Aman terutamanya di kawasan Lubuk Antu. Menurut William Morris( 1979) dalam bukunya
yang bertajuk 'The Art of People' menyatakan bahawa;
'Art made by people and/or the people, as a happiness to the maker and the user'.
Motif ataupun simbol setiap suku kaum ini adalah sinonim dengan budaya, amalan dan
tatacara hidup mereka. Menurut pengukir tempatan masyarakat Iban iaitu Encik Augustine
Anggat Ganjing (1991) menyatakan bahawa masyarakat Iban percaya asal-usul ukiran dan
motif masyarakat Iban adalah berasal daripada dewa-dewa mereka yang tinggl di satu tempat
yang bernama Panggau Libau.
r
1.2 Istilah seni
a) Motif
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) edisi keempat, motif membawa
maksud sesuatu yang menjadi dasar atau corak pada lukisan. Manakala berdasarkan
rujukan dari Glosari Seni Lukis (1993) pula menyatakan bahawa motif merupakan
tema atau corak yang berulangan dalam karya seseorang pelukis. Namun menurut
Edward Smith (1993) pula berpendapat bahawa; 'Motif is a distinct or separable
element in design ofa painting, sculpture, building orpattern '.
b) Seni
Takrifan seni menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) menyatakan bahawa
seni adalah karya (sajak, lukisan dan muzik) yang dicipta dengan bakat, kecekapan,
hasil daripada sesuatu ciptaan.
c) Simbol
berdasarkan Glosari Seni Lukis (1993) juga menyatakan bahawa simbol membawa
maksud tanda yang digunakan untuk melambangkan sesuatu atau seseorang. Selain
itu, simbol juga bermaksud memaparkan sesuatu makna disebalik simbol tertentu.
1.3 Hipotesis
• Motif dalam masyarakat Iban banyak dipengaruhi oleh semangat serta
kepercayaan mereka terhadap kejadian alam sekeliling dan kejadian alamo
• Motif masyarakat Iban banyak menceritakan tentang alam sekeliling pada masa
dahulu dan banyak persamaan dengan kaum lain di Sarawak.
2
l I L
,.....
• Motiflban mampu diaplikasikan dalam pelbagai kedah dan teknik untuk
penghasilan karya oleh artis.
1.4 Metodologi kajian
Kaedah kajian yang dijalankan adalah lebih kepada kajian kaedah kualiatatif iaitu
kaedah mengumpul data dari buku-buku kajian lepas yang mempunyai pautan tentang sejarah
masyarakat Iban terutamanya dari aspek kesenian. Kajian kualitatif menurut Loftland &
Loftland (1984) adalah;
'It involves method ofdata collecting and analyst that are nonqualitatif'
Kaedah kajian yang dijaIankan adalah lebih menjurus kepada kaedah rujukan melalui bahan
bahan rujukan yang berkaitan dengan penyelidikan di Pusat Khidmat Kemajuan Akedemik
(PKMA) Unimas dan di Dewan Bahasa dan Pustaka bahagian Kuching.
1.5 Permasalahan kajian
• Masalah pengkaji semasa menjalankan kajian ini adalah kurangnya
pendedahan serta penaplikasian motif-motif tempatan dan motif masyarakat
etnik Iban dan khasnya kurang dipraktikkan dalam seni kontemporari di
Malaysia.
• Selain itu, masyarakat juga kurang kesedaran terhadap nilai-nilai estetika,
siknifikasi serta naratif disebalik motif-motif yang digunakan dalam ukiran
mahupun Pua Kumbu.
3
L I
I
r
l
• Individu yang mahir membuat ukiran dan menenun 'Pua kumbu' semakin
kurang kerana generasi muda kurang berminat malahan kurang menyedari nilai
estetika motif kaum mereka.
1.6 Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah pengkaji ingin memperkayakan lagi kajian yang pernah
dilakukan oleh pengkaji yang lebih terdahulu mengenai fungsi serta elemen seni yang terdapat
dalam motif masyarakat Iban serta peranannya sebagai penceritaan tentang kepercayaan
masyarakat Iban. Selain itu, pengkaji juga ingin melihat kesesuaian reka corak dalam motif
yang boleh diterapkan keatas medium-medium baru dalam konteks seni visual.
1.7 Kajian lepas
• Chin, Lucas & M, Valerie (1991) Sarawak Cultural Legacy a living tradition.
Society Atelier Sarawak. Eagle Trading Sdn. Bhd. Kuching.
Buku ini mengkaji tentang cara hidup, pantang larang, dan alat-alat kesenian
dan masyarakat etnik di Sarawak. Melalui buku ini, pengkaji dapat mengkaji
dengan lebih mendalam tentang persamaan dan perbezaan cara pengolahan dan
bentuk motif diantara masyarakat Iban dengan kaum etnik lain seperti Kayan,
Melanau dan sebagainya.
4
I
,......
• Ong, Edric (1999) Pua; Iban Weaving OfSarawak. Society Atelier Sarawak
Buku hasil kajian Edric Ong ini lebih fokus kepada cara penghasilan 'Pua
Kumbu' serta pantang larangnya. Buku ini banyak membantu dari segi maksud
dan signifikasi pemilihan sesuatu motif yang ditenun pada "pua Kumbu'.
• Haddon, Alfred C & Laura E (1936) Iban or Sea Dayak Fabrics and Their
Patterns. University Press. Cambridge
Buku ini merupakan buku kajian terawal tentang motif dan corak bagi pua
kumbu dan ukiran masyarakat Iban yang kini turut disimpan di Universiti of
Cambridge, London. Bahan yang diperolehi dari buku ini amat berharga kerana
hasil kajian ini didapati daripada kajian penulis buku terhadap masyarakat Iban
yang belum diganggu oleh kemodenan serta masih mengamalkan gaya hidup
tradisional pada tahun 1930-an.
1.8 Kepentingan kajian
Kepentingan yang mgm disampaikan pengkaji adalah ingin mengenalpasti unsur
unsur elemen dan prinsip seni yang dapat dicetuskan dalam penghasilan motif -motif dalam
masyarakat Iban di Sarawak. Selain itu, pengkaji juga ingin membuat perbandingan
kepercayaan masyarakat dahulu dan kini mengenai signifikasi motif-motif tersebut terhadap
kehidupan harian mereka. Kepentingan lain adalah pengkaji ingin mengkaji motif-motif
masyarakat Iban dari sudut tatabahasa seni tampak seperti penggunaan warna, bentuk,
komposisi tekstur selain penggunaan elemen garisan halus dan tebal. Pengkaji juga ingin
engkaji serba sedikit tentang penerapan motif-motif etnik di Sarawak yang digunakan
sebagai 'Subjek Matter' atau subjek utama karya mereka.
5
l I
r
1.9 Skop kajian
Skop kajian adalah hanya tertumpu kepada signifikasi sesuatu simbol atau motifdalam
masyarakat Iban yang terdapat pada alatan tradisional mereka seperti 'terabai', 'lIang' dan
'Pua kumbu'. Kajian juga akan menjurus terhadap penggunaan imej motif Iban dalam
penyampaian seni tampak.
6
l
Bab 2
2.0 Analisa masyarakat
2.1 Latarbelakang masyarakat
IBAN SETTLEMEHT IN SARAWAK 80 for. 1800 .,. 1800-1850 :t!J 1850-1900 .. 1900-19£1 ..
MlUS
BORNEO
Illustrasi I : Peta petempatan masyarakat Iban di Sarawak.
Menurut Peter Kedit iaitu ahli Etnologi Mizium Sarawak, masyarakat Iban berhijrah
dari timur Kepulauan Borneo ke Sarawak pada pertengahan abad 16. berdasarkan lagenda
masyarakat Iban mereka berasal dari Kapuas yang terletak di Kalimantan, Indonesia. Mereka
berhijrah dengan melalui laluan sungai besar utama yang bermula dari Lubok Antu yang
bersempadan dengan Kalimantan dan menuju ke utara dan selatan Sarawak. Berdasarkan
tempat per inggahan yang akhirnya menjadi tempat petempatan mereka, mereka berkembang
dan membentuk kawasan mereka sendiri sehingga wujud gelaran bagi komuniti mereka
dasarkan kawasan. Contohnya mereka lebih gemar mengelarkan diri mereka •Karni
Saribas' jika petempatan mereka di kawasan Saribas berbanding mengelarkan diri mereka
7
r
'Kami Iban' . Kini masyarakat Iban merupakan suku kaum yang paling ramai di Sarawak
dengan jumJah 600,000 orang yang direkodkan dari bancian tahun 2004 dan masyarakat Iban
menduduki hampir semua bahagian di Sarawak.
Sebelum menganut agama kristian selepas zaman pemerintahan Rajah Brooke,
kehidupan masyarakat Iban lebih menjurus kepada tiga aspek;
• bersifat mental-budaya at au 'mental-culture' iaitu mereka mempunyat
kepercayaan, pantang-larang, erti kehidupan serta juga mempunyai falsafah dan
konsep psikologi tentang kehidupan mereka.
• Budaya berhemah-tinggi atau 'Behavioral culture' iaitu bagaimana mereka
mengurus komuniti mereka yang hidup bersama dengan sejarah dan kepercayaan
yang sarna. Menjaga tatatertib sesama mereka dan bagaimana mereka menampung
kehidupan mereka.
• Budaya kebendaan atau 'material culture' iaitu hasil kerja tangan mereka seperti
parang, pua kumbu, kraftangan serta alatan untuk kegunaan harian mereka.
1.1 Kepercayaan dalam masyarakat Iban
Masyarakat Iban mempunyai kepercayaan yang kuat serta ritual yang tertentu bagi
menghormati segala yang ada disekeliling mereka terutamanya yang berkaitan dengan
kehidupan harian seperti aktiviti bercucuk tanam. Menurut Edric Ong (1999) mengatakan
bahawa;
8
_L________ ~~~~ ~________________________________________________________
'The Iban live in the world live in the world oftree, animal and insects: they share the same
enviroment ofjungle life with non-humans. Their daily interaction with their natural
surroundings therefore influenced their world view and their believe '.
Masyarakat Iban menganggap kehidupan adalah sesuatu proses yang berulang bagi
menseimbangkan kewujudan alam sarna ada fenomena alam biasa mahupun alam ghaib.
Mereka juga percaya bahawa semua objek mempunyai roh atau semangatnya dan semangat
itulah yang harus dihormati melalui ritual yang diadakan. Sebelun kedatangan agama kristian
di Borneo, masyarakat Iban percaya terdapatnya semangat yang dipanggil 'Petara'. Mereka
juga mempunyai tiga tuhan yang dipanggil 'Selampandai' yang mencipta manusia ,
'Simpulang Gana' iaitu tuhan tanah yang menjaga kesuburan dan akhir sekali 'Singalang
Burong' yang merupakan tuhan yang tertinggi bagi masyarakat Iban. Masyarakat Iban juga
percaya bahawa semangat dan manusia mempunyai hubungan yang amat rapat dan seimbang.
Hubungan ini perlu dipelihara oleh manusia dengan mengikut adat yang diturunkan oleh
tuhan mereka agar keseimbangan dua dunia ini sentiasa seimbang. Kepercayaan lain yang
penting bagi masyarakat Iban adalah mereka percaya bahawa setiap objek atau benda hidup
mempunyai dua bahagian iaitu bahagian pertama adalah semangat atau 'roh' dan bahagian
kedua adalah 'tuboh' atau tubuh badan. Menurut paderi William Howell;
'The Dyak revelation is communicated by means ofdreams or visions, they therefore consider
dreams as oracles from the gods; they read they dream and pretend to understand them as we
do the holy writ. In all their pursuits they are guided by their dreams will be dealt with in a
separate chapter '.
9
Melalui penyataan ini jelas menunjukkan bahawa motif-motif yang dihasilkan juga
dipeturunkan melalui mimpi kerana mengikut pantang larang, para penenun 'Pua kumbu '
harus mendapat kebenaran daripada nenek moyang melalui mimpi terIebih dahulu sebelum
kerja-kerja menenun bentuk manusia boleh digunakan. Setelah memperoleh kebenaran maka
penenun juga dikehendaki mempelajari ilmu pendinding diri kerana jika tidak penenun boleh
kehilangan kemah iran beliau ataupun jatuh sakit. Augustine Anggat Ganjing (1991)
menyatakan bahawa kepercayaan suku kaum Iban juga mengatakan bahawa orang yang tidak
berpangkat atau miskin dilarang menghias bilik mereka dengan ukiran yang berkedudukan
tinggi seperti ukiran naga, manusia, harimau, ataupun ukiran hantu gergasi. Menurut beliau
lagi, jika sesiapa yang melanggar larangan ini akan mengalami pelbagai ancaman musuh.
2.2 Motif masyarakat Iban dan siknifikasinya.
(a) Motifukiran
Menurut Augustine Anggat Ganjing (1991) menyatakan bahawa beberapa lagenda
kaumdayak mengatakan mereka mengukir atas kehendak 'Betara' ataupun tuhan. Masyarakat
lban tidak mempunyai system tulisan sendiri. Oleh itu, ukiran merupakan satu cara yang
menggambarkan identity suku kaum mereka. Mereka membuat ukiran pada sarung, tangkai
parang, perisai 'Terabai', pengayuh, perahu, kain songket dan 'Pua kumbu ' . Ukiran Iban
kepada empat bahgian iaitu pohon, batang, pucuk dan daun dan kesemuanya ini dipanggil
'bunga ukir'. Ukiran boleh berasakan berbagai-bagai jenis binatang, burung, manusia, naga,
ataupun gergasi.
10
Motif Nama Ciri
Kelok lemiding
Kelok keatas bertakik tiga
Kelokpaku kelindu
Mempunyai bentuk yang dinamik, alunan garisan berpintal yang menarik dan terdapat titik lenyap pada hujung motif.
Bentuk motif ini ban yak bermain dengan ruang selain bentuk organik yang unik dan terdapat garisan bergerigi pada tengah motif.
Bentuk motif yang dinamik dan mempunyai kekuatan garisan berpintal yang menarik.
Berbentuk duri dan Cunggit tumbuh diantara motif
daun dan dahan uk iran.
Terdapat tujuh jenis cunggit yang biasa digunakan dalam penghasilan motif.
11
(b) Motif PUa kumbu
Berdasarkan kajian oleh Edric Ong (1999), motif masyarakat Iban terutamanya
dari segi motif 'Pua Kumbu' terbahagi kepada dua iaitu 'Anthropomorphs' yang merupakan
motif 'Engkaramba' yang berbentuk badan manusia bermaksud semangat yang menjaga
tanaman serta individu dalam masyarakat Iban. Jenis yang kedua pula adalah motif
'Zoomorphs' yang merupakan motif yang berbentuk binatang dan ianya terbahagi kepada
duajenis binatang iaitu Vertebrata dan Invertebrata.
Motif Nama / maksud Ciri
1. Zoomorphs
1 (a) Vertebrata 8uaya (8aya)
Dikenali sebagai Dewa Pulang Gana yang merupakan penjaga kepada tanaman terutamanya padi,
Mempunyai bentuk simetri dan alunan pada bahagian ekor serta mempunyai nilai titik kecil dan besar pada badan yang seakanakan mempunyai tekstur yang mengerutu.
8urung ( 8urong)
Dikenali sebagai Dewa Singalang Burong yang merupakan tuhan yang tertinggi dalam masyarakat Iban.
Berbentuk simetri dan mempunyai alunan lingkaran yang menyerupal kepak burung yang sedang terbang.
Berbentuk simetri selain mempunyai
Melambangkan
Aji buah bangkit
gerigi bentuk 'KeUng' yang tersebut. garisan yang merupakan dewa berulangan peperangan. Ia membentuk satu melambangkan. Motif alunan yang harmoni tersebut adalah pada bentuk buah aji merupakan seekor tupai tersebut. yang dilitupi oleh buah bangkit
(b) Invertebrata
Bentuk yang jugaKatak (Engkeramba simetri tetapi Engkatak) mempunyal
kepelbagaianDewi Salampandai gabungan bentuk merupakan semangat garisan seperti wanita yang garisan bergerigi, menentukkan jantina dan beralun. seseorang bayi yang akan dilahirkan. Ia juga menjaga ibu selepas bersalin.
Biawak (Engkarong)
Walaupun agak Biawak juga simetri tetapi ia merupakan binatang mempunyalyang disanjungi seperti bentuk fom yang buaya dalam dinamik serta masyarakat Iban. Motif mempunyalbiawak biasanya banyak ruang ditenun diatas kain Pua serta alunan yang besar dan lebar. garisan yang
beralun menampakkan bentuk yang dinamik.
13
Bab3
3.0 Motif Iban dalam konteks Seni Tampak Malaysia
3.1 Kajian motif Iban dalam Konteks tatabahasa tampak.
Menurut Glosari Seni lukis Dewan Bahasa dan Pustaka (1993), motif ditakrifkan sebagai
tema atau corak yang berulangan dalam karya seseorang pdukis (pengkarya) manakala
simbol pula adalah tanda yang digunakan untuk melambangkan sesuatu atau seseorang.
Ketelitian para pengkarya sarna ada penenun, pengukir mahupun artis adalah melihat pada
persekitaran seperti motif 'Kelindu' dan juga motif 'Chunggit' merupakan cetusan idea
dalam penyampaian seni pada hari ini. Pemilihan objek persekitaran ini juga telah diterima
pakai melalui konvensi dan akhirnya motif-motif yang dipilih berfungsi sebagai simbol dalam
karya dan masyarakat.
3.1.1 Bentuk
Motif 'Pua Kumbu' Iban pad a amnya adalah berbentuk geometri dan bersegi kerana
cara penenunan yang berpetak. Dari segi bent uk pula adalah simetrikal kerana mereka
lebih tertumpu kepada motif'Antromorph' dan 'Zoomorps' yang merupakan bentuk
manusia dan haiwan atau serangga yang pada sifatnya memang berbentuk simetri.
Namun bagi motif ukiran pula, ia lebih berbentuk organik, kompleks dan dinamik.
Penggunaan uk iran motif terabai mempunyai struktur yang ditentukan oleh
pengukimya seperti kelok J, W, C dan 0 yang merangkumi corak mulut dan juga
mata.
14
I I I Itl lldl M3JlILlI1tat AkaOeJ UNI ERSITI MALAYSIA SARAW
Q4100 ma Samarahaa
3.1.2 Teknik
Dari segi teknik pembuatan pula, motif ukiran biasanya diukir pada objek-objek
keras seperti kayu, batu, tembikar dan buluh yang biasanya untuk kegunaan harian
seperti yang ditunjukkan pada illustrasi 1. selain itu, ukiran juga biasanya dicacah
diatas badan kaum lelaki untuk dijadikan tatu. Manakala bagi motif 'pua kumbu' pula
ia ditenun dengan menggunakan pemidang tenun yang dipanggil 'Tumpoh' ( lihat
illustrasi 2) serta kayu kecil yang dipanggil 'Jengkuan'
Illustrasi 1 : Motif yang dihasilkan melaui teknik ukiran pqada seramik.
/ Tendal
Jangkuang
----,.,;---.-
, Rotan karap
Sengkabit
Illustrasi 2: Tumpoh dan Jengkuan
15
3.1.3 Komposisi
Pengisian ruang pada hulu parang 'lIang' juga dipraktikkan kerana ukiran pacat
yang digunakan hendaklah mempunyai keseimbangan dimana sebelah kiri mesti
menyamai sebelah kanan. Komposisi ini adalah penting bagi mewujudkan
keseimbangan pada hulu 'lIang' agar parang tersebut tidak mudah terlepas dari
gengaman tangan ketika digunakan ( lihat illustrasi 3 ). Ini jelas menunjukkan bahawa
motif yang digunakan oleh masyarakat Iban amat mementingkan komposisi kerana ia
adalah penting dari segi pengunaannya.
Illustrasi 3: Rulu parang 'lIang"
3.1.4 Wama
Pemilihan warna juga memainkan peranan penting pada terabai. Kebanyakan yang
digunakan pada terabai menggunakan warna merah yang bertujuan untuk menakutkan
musuh dan tanda keberanian kepada pemiliknya. Kebanyakkan warna yang
diaplikasikan pada 'Pua kumbu', terabai dan parang 'liang' menggunakan warna
wama monokrom seperti cokelat tanah, merah kundang dan kuning. Pada zaman
16