Mos Sk Lubuk Sireh
-
Upload
ibnu-ishak -
Category
Documents
-
view
267 -
download
0
Transcript of Mos Sk Lubuk Sireh
-
8/2/2019 Mos Sk Lubuk Sireh
1/30
SKLS/MOS/JQAF/JAN/12
1
I. SUASANA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI 1 :
NAMA SEKOLAH :
PERKARA CATATAN
Bilangan MuridKeseluruhan
386 Orang
BilanganBilik Darjah
13 Buah
Saiz Kelas7.23m x 9m
(L) (P)Jumlah Murid Dalam
Kelas25 Orang
Bilangan Guru
31 Orang
16(L)
15(P)
ALAMATSekolah Kebangsaan Lubuk Sireh, KM 2, Jalan
Padang Besar (U), 02100 Padang Besar, Perlis.
KEDUDUKANNYA BANDAR
LUAR BANDAR
-
8/2/2019 Mos Sk Lubuk Sireh
2/30
SKLS/MOS/JQAF/JAN/12
2
AKTIVITI 2
SUSUNAN BILIK DARJAH
KELAS 5 CEMERLANG
PAPAM
KELAS 6 CEMERLANG
PAPAN PUTIHPAPAN KENYATAAN PAPAN KENYATAAN
PINTU
LCD
MEJA
GURU
PAPAN HITAMPAPAN KENYATAAN PAPAN KENYATAAN
PAPAN KENYATAAN
MEJA
GURUPINTU
PINTU
SKRIN LCD
SKRIN LCD
PINTU
-
8/2/2019 Mos Sk Lubuk Sireh
3/30
SKLS/MOS/JQAF/JAN/12
3
1. Nyatakan bagaimana alat hasil pengajaran dan pembelajarandiletakkan di kelas dan bagaimana ianya digunakan ?
KELAS 5 CEMERLANG
BIL ALATAN LOKASI PENGGUNAAN
1. Carta Di belakang kelas Selepas sesi penerangan
2. Kad huruf Di hadapan papan hitam Ketika sesi penerangan
3. QuranDi hadapan kelas dalamalmari
Semasa proses P&P
4. Gambar Di setiap sudut kelasSelepas sesi peneranganguru
5. Buku aktiviti Di atas meja murid Ketika pelajar memahamisesi pembelajaran
6. Screen LCDBahagian atas papanhitam
Ketika sesi peneranganguru
KELAS 6 CEMERLANG
BIL ALATAN LOKASI PENGGUNAAN
1. Kad huruf Di hadapan kelas Selepas sesi penerangan2. Kad kalimah Di hadapan kelas Semasa penerangan
3. Screen LCDDi bahagian atas papanhitam
Semasa penerangan
4. Carta Di belakang kelas selepas sesi penerangan
5. Kad huruf Di hadapan meja guru Ketika sesi penerangan
6. Majalah Di belakang kelas Selepas penerangan guru
7. Gambar Di setiap sudut kelas Selepas sesi penerangan
8. Buku Aktiviti Di atas meja murid Ketika pelajar memahamisesi penerangan
2. Apakah bahan yang boleh digunakan oleh murid apabila merekamemerlukan?
- Bahan-bahan bercetak seperti gambar,kad suku kata, kad perkataan
dilekatkan di papan kenyataan Sebagai bahan pengajaran bilik darjah
dipamerkan untuk dijadikan bahan bacaan tambahan disamping menjadi
-
8/2/2019 Mos Sk Lubuk Sireh
4/30
SKLS/MOS/JQAF/JAN/12
4
ransangan murid untuk menjalankan aktiviti tambahan sama ada
dengan tanpa pengawasan guru.
- Bahan elektronik seperti LCD yang digunakan di bawah kawalan guru di
waktu pengajaran dan pembelajaran.
- Sebagai bahan ransangan untuk aktiviti pembelajaran seterusnya.
3. Sejauh mana pergerakan murid dibenarkan?
KELAS 5 CEMERLANG KELAS 6 CEMERLANG
Murid tidak dibenarkan bergerakmelainkan dengan keizinan guru.
Murid tidak dibenarkan bergerakmelainkan dengan keizinan guru
Murid juga diminta ke hadapan untukmenjawab soalan dan menjadi contohuntuk pemahaman murid yang lainserta diri mereka.
Murid diminta ke hadapan danmemberi jawapan di papan hitam
4. Kenalpasti caramana murid diletakkan dalam kumpulan :
KELAS 5 CEMERLANG KELAS 6 CEMERLANG
Sebahagian murid disusun mengikutbilik darjah tradisi dan bilik darjahKBSR .
Sebahagian murid disusun mengikutbilik darjah tradisi dan bilik darjahKBSR .
Tidak diasingkan antara murid yanglemah dan tidak lemah, merekadigabungkan dalam susunan darjahKBSR.
Tidak diasingkan antara murid yanglemah dan tidak lemah, merekadigabungkan dalam susunan darjahKBSR.
5. Apakah perbezaan yang terdapat pada kedua-dua kelas ?
Perbezaan yang terdapat pada kedua-dua kelas ialah:
Pemilihan bahan pengajaran dan pembelajaran.
Penyusunan alat pembelajaran.
Perbezaan corak penyusunan fizikal.
Cara penyampaian guru itu sendiri.
-
8/2/2019 Mos Sk Lubuk Sireh
5/30
SKLS/MOS/JQAF/JAN/12
5
6. Apakah yang membuatkan ianya berbeza ?
a. Kuasa pemilihan bahan pengajaran dan pembelajaran terletak padaguru.
b. Tahap umur murid yang berbeza.
c. Suasana persekitaran seperti corak penyusunan fizikal mempengaruhimurid.
d. Kawalan kelas yang berkesan dari guru memudahkan prosespengajaran dan pembelajaran.
AKTIVITI 3
PERATURAN DAN DISIPLIN SEKOLAH
Di antara peraturan sekolah dan bilik darjah ialah:
A. PAKAIAN SEKOLAH
MURID LELAKI
1. BAJU KEMEJA BERWARNA PUTIH
Berlengan panjang, jika tidak dilipat mestilah dibutangkan hingga
ke pergelangan tangan.
Jika dilipat mestilah dilipat dengan lebar 2 inci dan melepasi siku.
Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar.
Dilekatkan lencana sekolah pada poket sebelah kiri baju sertatanda nama.
2. SELUAR PANJANG BERWARNA BIRU GELAP
Panjang seluar hingga ke buku lali.
Lebar kaki seluar tidak melebihi 6 inci.
Digalakkan memakai tali pinggang.
-
8/2/2019 Mos Sk Lubuk Sireh
6/30
SKLS/MOS/JQAF/JAN/12
6
3. STOKIN BERWARNA PUTIH
Melepasi buku lali.
4. KASUT BERWARNA PUTIH
MURID PEREMPUAN
1. BAJU KURUNG BERWARNA PUTIH
Labuh baju melepasi lutut
2. TUBUNG KEPALA BERWARNA PUTIH
Dilekatkan lencana sekolah pada sebelah kiri tudung dan tanda
nama.
3. KAIN BERWARNA BIRU GELAP
Labuh kain mestilah melepasi buku lali.
4. STOKIN BERWARNA PUTIH
Melepasi buku lali
5. KASUT BERWARNA PUTIH
B. PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI
MURID LELAKI
1. T-SHIRT
Digalakkan memakai baju berwarna putih
2. TRACK BOTTOM
Digalakkan berwarna biru gelap atau hitam.
3. STOKIN BERWARNA PUTIH
4. KASUT BERWARNA PUTIH
-
8/2/2019 Mos Sk Lubuk Sireh
7/30
SKLS/MOS/JQAF/JAN/12
7
MURID PEREMPUAN
1. TUDUNG KEPALA BERWARNA PUTIH
2. T-SHIRT BERLENGAN PANJANG
Digalakkan berwarna putih.
3. TRACK BOTTOM
Digalakkan berwarna biru gelap atau hitam.
4. STOKIN BERWARNA PUTIH
5. KASUT BERWARNA PUTIH
C. PAKAIAN AKTIVITI UNIT BERUNIFOM DAN PERSATUAN
Mengikut pasukan unifom dan persatuan masing-masing.
D. RAMBUT
1. Murid lelaki dikehendaki memotong rambut supaya sentiasa pendek.
2. Bahagian tepi tidak mencecah telinga.
3. Bahagian belakang tidak mencecah kolar baju.
4. Bahagian atas tidak melebihi 4 inci.
5. Digalakkan memotong mengikut 4-2-1.
E. MASA PERSEKOLAHAN
1. Loceng sekolah dibunyikan pada jam 7.35 pagi.
2. Kelas akan bermula pada jam 7.40 pagi.
3. Waktu rehat untuk tahap satu pada jam 9.40 pagi hingga jam 10.10
pagi.
4. Waktu rehat untuk tahap dua pada jam 10.10 pagi hingga jam 10.30
pagi.
-
8/2/2019 Mos Sk Lubuk Sireh
8/30
SKLS/MOS/JQAF/JAN/12
8
5. Pada hari Isnin dan Selasa murid tahap satu pulang jam 1.10 petang
manakala murid tahap dua pada jam 1.40 petang.
6. Pada hari Rabu dan Khamis murid tahap satu pulang jam 12.40 tengah
hari manakala murid tahap pada jam 1.10 petang.
7. Hari jumaat semua tahap pulang pada jam 12.10 tengah hari.
F. WAKTU AKTIVITI KO-KURIKULUM
1. Ditetapkan pada waktu petang
2. Hari-harinya akan ditetapkan oleh guru penasihat masing-masing.
G. KEHADIRAN
1. Semua murid dikehendaki hadir ke sekolah pada setiap hari Isnin hingga
Jumaat kecuali hari cuti.
2. Murid yang tidak dapat hadir ke sekolah dengan sebab-sebab tertentu
mestilah menulis surat kepada pihak sekolah.
H. MASA PEMBELAJARAN
Murid dikehendaki berada di dalam bilik darjah yang ditetapkan semasa
sesi pembelajaran kecuali waktu rehat.
I. MASA REHAT
Murid dikehendaki makan di kantin sekolah.
J. PERGERAKAN MURID SEMASA DI SEKOLAH
Murid dikehendaki beratur dalam satu barisan semasa bergerak dari
satu tempat ke satu tempat lain dalam kawasan sekolah.
K. PENGGUNAAN BILIK KHAS1. Murid mestilah menunggu arahan guru sebelum memasuki bilik khas.
-
8/2/2019 Mos Sk Lubuk Sireh
9/30
SKLS/MOS/JQAF/JAN/12
9
2. Murid mestilah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan semasa
berada di dalam bilik khas.
3. Kategori bilik khas :
Makmal Sains
Pusat Sumber Sekolah
Bilik Muzik
Bilik Tayangan
Bilik Self Access Centre
Bilik Pemulihan
Bilik Kemahiran Hidup
L. PENGGUNAAN BILIK AIR
1. Semasa sesi pembelajaran sedang berjalan hanya DUA orang murid
sahaja dibenarkan keluar ke bilik air pada sesuatu masa.
2. Murid dikehendaki memakai kad keluar kelas.
3. Murid mestilah memastikan bilik air bersih selepas digunakam.
M. PENGGUNAAN PADANG SEKOLAH1. Hanya digunakan untuk aktiviti pembelajaran pendidikan jasmani atau
latihan pasukan sekolah di sebelah pagi.
2. Murid mestilah bersama guru semasa berada di padang sekolah.
3. Untuk aktiviti lain mestilah dengan arahan guru.
N. PENGGUNAAN KELAS / BILIK DARJAH
1. Digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
2. Kelas mestilah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.
3. Pastikan kerusi dan meja sentiasa disusun dengan kemas dan teratur.
4. Papan hitam mestilah sentiasa bersih jika tidak digunakan.
5. Murid tidak dibenarkan menulis di papan hitam kecuali dengan arahan
guru.
6. Murid tidak dibenarkan duduk di kerusi dan meja guru.
7. Pastikan suis lampu dan kipas ditutup jika tidak digunakan.8. Tidak dibenarkan bermain di kelas.
-
8/2/2019 Mos Sk Lubuk Sireh
10/30
SKLS/MOS/JQAF/JAN/12
10
9. Tidak dibenarkan bising di dalam kelas.
O. PENGGUNAAN KENDERAAN / TEMPAT LETAK KENDERAAN
1. Murid yang berbasikal hendaklah meletakkannya di tempat meletak
basikal yang disediakan.
2. Pastikan basikal disusun dengan baik.
3. Murid tidak dibenarkan menunggang sebarang kenderaan semasa
berada di dalam kawasan sekolah sama ada waktu pagi, petang atau
malam.
4. Murid tidak dibenarkan meletak kenderaan di tempat meletak kenderaan
guru dan kakitangan sekolah.
P. PENGGUNAAN BILIK ALATAN SUKAN, PENDIDIKAN JASMANI
DAN PERSALINAN
1. Alatan Sukan atau Pendidikan Jasmani hanya boleh diambil oleh guru
dengan bantuan murid.
2. Guru mestilah mencatat setiap penggunaan alatan di dalam buku rekod
penggunaan yang disediakan.
3. Alatan yang telah digunakan mestilah disimpan dan disusun semula di
tempat asal dengan kemas dan teratur.
4. Sebarang kerosakan alatan mestilah dilaporkan kepada guru yang
berkenaan.
5. Penggunaan bilik persalinan adalah mengikut jantina. Murid lelaki di bilik
lelaki dan begitulah murid perempuan.
6. Bilik persalinan mestilah dibersihkan semasa dan selepas digunakan.
7. Murid tidak dibenarkan menyalin pakaian basah di dalam bilik
persalinan.
Q. KAWASAN LARANGAN
1. Murid dilarangan memasuki kawasan larangan tanpa kebenaran Guru,
Guru Penolong Kanan, Guru Besar atau kakitangan sekolah.
-
8/2/2019 Mos Sk Lubuk Sireh
11/30
SKLS/MOS/JQAF/JAN/12
11
2. Murid juga dilarang memasuki kawasa larangan semasa ketiadaan
orang dalam kawasan tersebut walaupun dengan arahan dan kebenaran
.
3. Kategori kawasan larangan ialah :
Bilik Guru
Pejabat Sekolah
Bilik Penolong Kanan
Bilik ABM
Bilik KO-KO / Setiausaha Sukan
Kedai Sekolah
Stor Pekerja
Bilik Cetak
Stor Sukan
Bahagian dalam kantin / ruangan guru dan kakitangan makan.
Stor kantin / dapur kantin.
Nota : Menurut Penolong Kanan HEM SKLS, buku displin ini sedang
dikemaskini dan akan dibawa ke Jawatankuasa Displin Sekolah untuk
diluluskan.
Apakah cara yang digunakan supaya murid tahu akan peraturan-
peraturan tersebut?
Para waris murid tahun satu diberi taklimat pada hari pertama
menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
Setiap murid dibekalkan dengan buku peraturan dan disiplin
murid.
Maklumat tentang peraturan dan disiplin sekolah juga diletakkan
di papan kenyataan sekolah.
Guru sentiasa memberi peringatan tentang peraturan dan disiplin
murid setiap kali perhimpunan rasmi sekolah.
Guru memberitahu murid secara individu.
Khidmat pengawas sekolah digunakan bagi memaklumkan
tentang peraturan dan disiplin sekolah.
-
8/2/2019 Mos Sk Lubuk Sireh
12/30
SKLS/MOS/JQAF/JAN/12
12
5. Buat pemerhatian bagaimana ianya ditangani di sekolah.
Murid yang melanggar peraturan kali pertama akan diberi
peringatan secara individu oleh guru kelas atau guru
matapelajaran terlibat.
Sekiranya, kesalahan masih lagi berterusan, murid tersebut akan
dihantar kepada guru disiplin, sekiranya masih lagi bermasalah
murid akan dibawa ke bilik kaunseling dan diberi peringatan
dengan bantuan guru kaunseling.
Apabila pelajar tersebut terlalu degil, pihak sekolah dengan
tanggungjawab Penolong kanan Hal Ehwal Murid akan bertindak
terhadap situasi tersebut.
Murid yang melanggar peraturan secara berterusan akan
dihukum dan didenda di khalayak ramai sebagai pengajaran
kepada murid-murid lain.
Sekiranya tidak berlaku apa-apa perubahan, murid tersebut akan
dihadapkan ke pihak atasan iaitu Guru Besar untuk mengambil
langkah terakhir.
II. KEMAHIRAN MENGAJAR DAN PENGURUSAN
AKTIVITI 4
PENGAJARAN YANG DIBUAT PEMERHATIAN
Umur Murid : 11 & 12 Tahun
1. Bagaimanakah murid memberi tumpuan?
Guru (A)
a. Tumpuan murid-murid kepada guru berlaku dalam keadaan
sehala. Ini kerana penyusunan bilik darjah tersebut menggunakanpendekatan pemusatan guru .
-
8/2/2019 Mos Sk Lubuk Sireh
13/30
SKLS/MOS/JQAF/JAN/12
13
b. Guru mengajak murid sama-sama mengikuti apa yang dituturkanoleh guru.
c. Murid-murid dapat memberikan tumpuan yang baik.
Guru (B)
a. Tumpuan murid-murid kepada guru berlaku dalam keadaansehala. Ini kerana penyusunan bilik darjah tersebut menggunakanpendekatan pemusatan guru.
b. Guru bersoal balas dan jawab dengan murid-murid, dengan itumurid memberikan tumpuan yang sewajarnya.
c. Murid-murid dapat memberikan tumpuan yang baik.
2. Bagaimanakah penglibatan murid dalam perbincangan?
i. Penglibatan secara Kelas : Guru meminta murid melakukan sesuatu
perkara secara kelas seperti membaca atau meneybut sesuatu hurufatau perkataan.
ii. Penglibatan secara kumpulan : Penglibatan murid secara kumpulan juga memberi satu impak yang positif kepada murid lain di dalampembelajaran.
iii. Penglibatan secara individu : Setelah murid didedahkanpembelajarannya secara kelas dan kumpulan, kini murid itu sendirisecara individu membaca atau menyebut sesuatu perkara yang diajaroleh guru.
3. Bagaimanakah guru memberikan penekanan dalam pengajaran?
i. Guru memulakan bacaan atau sebutan huruf kemudian diikuti olehmurid.
ii. Guru mengulangi bacaan atau sebutan huruf berulang kali.
iii. Guru meminta murid membaca atau menyebut sesuatu perkara secarakelas, kumpulan dan individu.
4. Adakah sesuatu arahan itu diberi dengan jelas?Terangkan.
i. Guru menggunakan bahasa yang bersesuaian dengan tahappemikiran murid.
ii. Menggunakan suara yang lantang supaya murid-murid dapatmendengar dengan jelas.
iii. Guru mengulangi setiap arahan yang diberikan.
-
8/2/2019 Mos Sk Lubuk Sireh
14/30
SKLS/MOS/JQAF/JAN/12
14
5. Bagaimanakah arahan diberikan kepada murid supaya menjalankantugas dengan efektif?
i. Sekiranya guru menghendaki murid membaca, arahan diberikan
secara kelas dahulu dan seterusnya secara kumpulan dan individu.
ii. Jika guru mengarahkan muridnya supaya menulis, guru menulis dipapan hitam untuk mempermudahkan murid.
iii. Guru membaca sesuatu pelajaran terlebih dahulu sebelummengarahkan murid membacanya.
6. Bagaimanakah cara guru mengendalikan masalah disiplin dankeadaan, semasa murid telah siap tugasan / tidak ada tugasan?
i. Guru meminta murid mengulangi bacaan yang dipelajari samadasecara kelas, kumpulan atau individu.
ii. Guru mengadakan aktiviti berkaitan pelajaran yang boleh menarikminat dan tumpuan murid.
iii. Guru melaksanakan latih tubi samada menyuruh murid membaca ataumenyebut sesuatu huruf dan perkataan yang telah diajar.
7. Bagaimanakah guru menguruskan murid dari satu aktiviti kepadaaktiviti yang lain?
i. Di awal pengajaran guru menerangkan dan menjelaskan sesuatupelajaran kepada murid.
ii. Setelah sesuatu pelajaran dijelaskan dan diterangkan kepada murid,guru menjalankan aktiviti secara latih tubi samada bacaan atausebutan sesuatu perkataan.
iii. Aktiviti akhir ialah latihan menulis atau mewarna.
8. Bagaimanakah guru mengendalikan murid supaya menyiapkantugasan yang diberi?
i. Sekiranya tugasan yang diberi kepada murid adalah latihan menulis,maka guru harus memberi tunjuk ajar terlebih dahulu di dalam bukutulis untuk permudahkan murid.
ii. Guru memantau tugasan yang diberi dari semasa ke semasa.
-
8/2/2019 Mos Sk Lubuk Sireh
15/30
SKLS/MOS/JQAF/JAN/12
15
iii. Guru memuji murid yang dapat menghabiskan tugasan yang diberi,perkara ini dapat memberi menarik perhatian kepada murid lain untukmenyiapkan tugasan dengan cepat.
9. Bagaimanakah guru menamatkan pengajarannya?
i. Sekiranya tugasan yang diberikan tidak dapat disiapkan, gurumengarahkan murid menyiapkannya di rumah.
ii. Guru sekali lagi mengulangi pengajarannya secara latih tubi.
iii. Sebelum guru meninggalkan kelas, guru mengucapkan terima kasihdan diikuti oleh murid dan seterusnya bacaan doa beramai-ramai.
AKTIVITI 5
KEMAHIRAN PROFESIONAL DAN KEMAHIRAN MENGAJAR
BIL PERKARA BERKESANKURANG
BERKESANTIDAK
BERKESAN
1. Penggunaan soalan
2. Memberi penerangan
3.Pergerakan penyampaian dalam
pengajaran
-
8/2/2019 Mos Sk Lubuk Sireh
16/30
SKLS/MOS/JQAF/JAN/12
16
4. Penggunaan alatan
5. Respons kepada kerja murid
6.Penggunaan suara dan eyecontact
7. Pergerakan badan
(1) Penggunaan soalan
Dari sudut penggunaan soalan, beliau lebih banyak menggunakan soalan
yang ringkas tetapi tepat dan padat.
Soalan diajukan secara umum dan semua murid akan menjawabnya. Guru
memberi jawapan setelah mendengar semua jawapan.
(2) Memberi penerangan
Ketika memberi penerangan kepada murid, beliau akan menggunakan
bahasa yang lebih mudah, ringkas dan difahami.
Memberi penerangan dengan contoh-contoh tertentu, dilakonkan oleh
murid-murid sekiranya diperlukan, serta menggunakan gambar rajah.
Penerangan yang diberikan tidak terkeluar dari skop perbincangan.
(3) Pergerakan penyampaian dalam pengajaran
Dari segi pegerakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, beliau lebih
banyak bergerak terutamanya ketika memberi latihan kepada murid-murid.
Beliau berbuat demikian kerana ingin menarik minat murid untuk mengikuti
sesi pembelajaran dan sebagai salah satu cara untuk memahami murid.
Menggunakan bahasa badan
(4) Penggunaan alatan
Antara alatan yang digunakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
ialah
Kad imbasan.
Papan hitam.
Gambar. Buku teks.
-
8/2/2019 Mos Sk Lubuk Sireh
17/30
SKLS/MOS/JQAF/JAN/12
17
Buku kerja.
Buku latihan.
(5) Respon kepada kerja murid
Guru akan memeriksa setiap kerja yang diberikan oleh murid dan
memperbetulkan sekiranya ada kesalahan.
Murid yang berjaya menjawab dengan betul akan dipanggil dan diberi
pujian, tepukan serta hadiah.
Murid yang lemah juga dipanggil dan dibimbing oleh guru supaya mereka
tidak merasa tersisih dan tidak dihargai.
(6) Penggunaan suara dan eye contact
Suara :
Suara guru agak kuat dan sebutan jelas.
Disebut secara berulang kali.
Eye contact :
Tidak tertumpu kepada satu arah sahaja.
Ketika bertanya kening dikerutkan dan mata dikecilkan.
Kening diangkat dan mata dibesarkan apabila menerangkan sesuatu.
(7) Pergerakan badan
Guru membuat pergerakan sesuai dengan apa yang disampaikan.
Menunjukkan gaya suatu perbuatan sesuai dan difahami. Contohnya
perbuatan tidur : tangan diletakkan di pipi, senyap : jari diletakkan di mulut.
AKTIVITI 6
Terangkan dengan ringkas apakah kekuatan dan kelemahan, persamaandan kelainan yang terdapat dalam dua situasi tersebut. Nyatakan apayang anda dapat pelajari daripadanya.
-
8/2/2019 Mos Sk Lubuk Sireh
18/30
SKLS/MOS/JQAF/JAN/12
18
1. Kekuatan dan kelemahan :
Kekuatan Kelemahan
Pengalaman mengajar Kurang berpengalaman
Kemahiran guru mengawal kelasTidak dapat mengawal kelas denganbaik
Mempunyai kreativiti yang tersendiriTidak dapat menarik minat muriduntuk memberi tumpuan kepadapembelajaran
2. Persamaan dan kelainan :
Persamaan Kelainan
Penggunaan Alatan BantuanMengajar
Pergerakan badan gaya gurumenyampaikan pengajarannya.
Respons kepada kerja muridPergerakan penyampaian dalampengajaran
Penggunaan soalanPenggunaan suara dan eyecontact
3. Pengajaran yang dipelajari :
i. Setiap guru perlu mempunyai kemahiran dan strategi pengajaran yangtersendiri.
ii. Kreativiti guru juga penting bagi memastikan setiap murid dapatmengikuti pengajaran dengan berkesan.
iii. Sekolah sebagai sebuah institusi penyebaran ilmu dan pusatpembangunan ummah perlu dilengkapkan dengan pelbagai kemudahanbagi mempertingkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran.
III. KEMUDAHAN FIZIKAL DAN PERALATAN
BILBENTUK
KEMUDAHAN/ALATANADA/TIADA CADANGAN
1. Makmal TeknologiMaklumat dan Komputer
(ICT)
AdaWujudkan juruteknik komputertetap di makmal.
2. Pusat Sumber Sekolah
-
8/2/2019 Mos Sk Lubuk Sireh
19/30
SKLS/MOS/JQAF/JAN/12
19
Ada Lebih banyak buku jawi danbahasa arab perlu disediakanuntuk rujukan murid
3. Bilik Khas j-QAFAda
Perlu ditambah alat bantubelajar.
4. SurauAda
Ditambah kemudahan sepertirehal dan sejadah sertaditingkatkan keceriaan.
5. Bilik Mesyuarat Ada Memuaskan
6.Bengkel Kemahiran
HidupAda
Ditingkatkan penggunaan danperlu lebih tersusun
7.Makmal Sains
Ada
Perlu ditambah alat bahan bantu
mengajar berkaitan dengan
alatan sains yang lebih menarik
dan ditingkatkan keselamatan.
8. Pavilion Ada Ditingkatkan kebersihan
9. Bilik PemulihanAda Memuaskan
10.Bilik SPBT
Ada
Perlu diubah dari segi keceriaan
dan susunan bilik tersebutkerana bilik tersebut kelihatansuram.Perlu ditambah bilangan bukuteks.
11. Kantin Ada Memuaskan
14. Bilik Kaunseling Ada Memuaskan
-
8/2/2019 Mos Sk Lubuk Sireh
20/30
SKLS/MOS/JQAF/JAN/12
20
15. Bilik Muzik Ada
Pihak sekolah perlu
memperbanyakkan lagi peralatan
muzik.
16.Bilik Guru
AdaPerlu ditingkatkan lagi keceriaan
dan ditambah kemudahan.
17. Tapak Perhimpunan &
Astaka
Ada Memuaskan
18.Internet
Ada Memuaskan
19.Bilik Fotostat
Ada Memuaskan
20. Parkir Basikal Ada Memuaskan
21.
-
8/2/2019 Mos Sk Lubuk Sireh
21/30
SKLS/MOS/JQAF/JAN/12
21
TUGASAN:
Apakah Faktor-Faktor Yang Boleh Menyumbang Kepada PengajaranBerkesan Dan Seterusnya Mendorong Murid Untuk Belajar Dengan
Baik?
Pelaksanaan projek Jawi, Quran, Arab dan Fardhu Ain (j-QAF) yang bermula
pada tahun 2005 mempunyai matlamat untuk membantu murid secara
menyeluruh, yang meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi
termasuk juga bakat dan nilai sosial. Di samping itu, teras j-QAF setiap murid
dianggap berbeza di antara satu sama lain dari segi pengalaman, tingkah laku,
amalan, kecenderungan, bakat dan kebolehan. Berdasarkan matlamat ini, guru
hendaklah mengadakan aktiviti-aktiviti tambahan bagi murid-murid cerdas dan
aktiviti-aktiviti alternatif bagi murid-murid yang menghadapi masalah atau
kesukaran belajar. Oleh itu, bagi melaksanakan teknik pengajaran berkesan,
terdapat tiga kompenan utama yang perlu diberi perhatian iaitu peranan guru,
pelajar dan juga suasana pembelajaran di sekolah tersebut.
Faktor utama yang boleh menyumbang kepada pembelajaran yang
berkesan ialah guru mesti tahu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai
sebagai guru yang cemerlang dan dedikasi. Antara peranan guru ialah
merancang segala aktiviti pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan
melaksanakannya dalam bilik darjah. Setiap guru mesti merancang terlebih
dahulu topik yang akan diajar dengan merujuk kepada buku panduan guru,
buku teks dan juga sumber-sumber lain yang berkaitan dengannya supaya
guru menguasai topik yang akan diajar. Peranan guru juga ialah bertindak
sebagai fasilitator pembelajaran dengan membimbing murid-murid supaya
-
8/2/2019 Mos Sk Lubuk Sireh
22/30
SKLS/MOS/JQAF/JAN/12
22
mereka berusaha belajar sama ada secara individu atau secara berkumpulan.
Di samping itu, guru juga berperanan sebagai pemeriksa dan penilai seperti
memeriksa buku kerja murid, kertas ujian dan peperiksaan, menilai prestasi
murid serta mengenal pasti kelemahan dalam pembelajaran mereka dan
berdasarkan punca kelemahan. Ini penting kerana guru dapat merancang
aktiviti pemulihan untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran.
Sikap guru juga penting dalam menyumbangkan pengajaran yang
berkesan. Antara sikap yang perlu ada dalam diri setiap guru ialah
bertanggungjawab, yakin, sabar, berkepimpinan dan kemahiran berkomunikasi.
Hubungan dua hala mesti wujud di antara seorang guru dengan murid-
muridnya. Dalam konteks ini, kemahiran berkomunikasi adalah penting.
Komunikasi dalam konteks sekolah ialah proses bagaimana guru berkongsi
pengalaman dengan murid-muridnya dan begitu juga sebaliknya. Setiap guru
mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang tersendiri. Dalam
berkomunikasi seseorang guru akan menyampaikan mesej yang tertentu sama
ada mesej lisan atau bukan lisan. Mesej ialah istilah lain untuk isi atau
kandungan dalam berkomunikasi. Mesej lisan pula ialah apa-apa yang
diucapkan dengan menggunakan kata-kata dan mesej, manakala mesej bukan
lisan ialah cara seseorang berdiri, gerak geri tangan dan sebagainya.
Kemahiran berkomunikasi boleh merangsang emosi positif seseorang, dapat
menjalin hubungan yang baik dan juga dapat meningkatkan estim diri pelajar,
kerana dengan cara berkomunikasi mereka boleh berasa diri diperlukan,
dihargai dan penting kepada orang lain. Perasaan tersebut adalah asas estim
-
8/2/2019 Mos Sk Lubuk Sireh
23/30
SKLS/MOS/JQAF/JAN/12
23
diri yang sihat. Secara tidak langsung dapat menghasilkan suasana
pembelajaran yang ceria dan efektif.
Antara faktor yang memberi kesan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) ialah keadaan persekitaran sesebuah sekolah dan bilik
darjah. Ini termasuklah kebersihan kawasan sekolah, susunan bilik darjah,
susun atur alatan dan murid-murid di dalam bilik darjah, keceriaan kawasan
sekolah dan bilik darjah. Hal ini penting kerana secara psikologi dapat
mempengaruhi minda murid untuk belajar dalam suasana yang positif. Jumlah
murid dalam bilik darjah juga mempengaruhi kerana guru akan mempunyai
perhatian yang lebih terhadap seseorang murid jika jumlahnya semakin
berkurangan. Pergerakan murid juga dihadkan bagi mengelakkan gangguan
ketika sesi P&P. Di samping itu, kedudukan seseorang murid dalam kumpulan
yang telah diatur oleh guru juga memberi kesan dalam proses P&P.
Kelengkapan peralatan dan kemudahan fizikal yang telah disediakan
oleh pihak sekolah perlu bagi mendapatkan hasil seperti yang dikehendaki
kerana peralatan yang tidak lengkap akan menyulitkan murid-murid untuk
menerima pelajaran dan guru untuk mencurahkan ilmunya. Makmal Teknologi
Maklumat dan Komputer (ICT) contohnya dapat membantu murid
mendapatkan maklumat-maklumat tambahan selain apa yang terdapat dalam
buku teks dan apa yang diajar oleh guru. Di samping itu, murid-murid juga
dapat mempelajari dan mendalami tentang penggunaan komputer dan
teknologi maklumat kerana ia merupakan satu keperluan pada zaman
globalisasi ini. Guru pula dapat menyampaikan pengajaran yang lebih menarik
-
8/2/2019 Mos Sk Lubuk Sireh
24/30
SKLS/MOS/JQAF/JAN/12
24
dan berkesan jika menggunakan alatan elektronik seperti LCD Projector.
Konsep yang ceria dan ringkas digunakan di dalam CD untuk membantu
proses P&P tampak menarik. Perpustakaan juga penting bagi sesebuah
sekolah kerana di situ murid-murid dapat mempelbagaikan bahan bacaan
ilmiah yang berkaitan dengan pelajaran dan menggunakan bahan-bahan yang
ada sebagai rujukan.
Kefahaman yang jelas tentang peraturan sekolah juga boleh membantu
mewujudkan satu suasana yang aman. Setiap murid dan warga sekolah terikat
dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, dan mesti dipatuhi oleh
setiap pelajar serta akan didenda atau dihukum sekiranya melanggar peraturan
yang telah ditetapkan. Peraturan-peraturan sekolah menjadi asas kepada
kecemerlangan sesebuah sekolah dan menjadi tempat rujuk kepada warga
sekolah. Peraturan di dalam kelas dan sekolah menjadikan murid-murid lebih
berdisiplin yang secara tidak langsung dapat membantu proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) dalam suasana yang teratur dan terkawal. Semua
murid dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran jika tiada masalah
disiplin yang berlaku.
Di samping sikap dan peranan guru, pengajaran berkesan juga berkait
rapat dengan kemahiran dan pengalaman seseorang guru itu menguruskan
bilik darjah atau kawalan kelas, cara penyampaian, penerangan, penggunaan
soalan dan cara memberi semangat dan galakan. Pengawalan kelas adalah
penting kerana menentukan kejayaan ataupun kegagalan P&P di dalam bilik
darjah. Jika seseorang guru tidak dapat mengawal kelas, maka P&P adalah
-
8/2/2019 Mos Sk Lubuk Sireh
25/30
SKLS/MOS/JQAF/JAN/12
25
gagal kerana murid berada dalam keadaan tidak terkawal. Dari aspek
penggunaan soalan, seorang guru yang bijak akan mempelbagaikan bentuk
soalan. Ada ketika dia akan menggunakan soalan tertumpu dan adakalanya
soalan bercapah. Cara soalan diajukan juga memberi kesan pada murid.
Soalan yang diajukan secara umum lebih sesuai dalam sesi P&P kerana ia
akan merangsang minda murid untuk menggunakan apa yang mereka pelajari.
Guru akan menerima pelbagai jawapan dari mereka berdasarkan apa yang
mereka faham. Selepas guru mendengar semua jawapan mereka, barulah
diterangkan jawapan yang sebenar dan jawapan itu hendaklah ringkas, jelas
dan padat. Gaya, intonasi, pergerakan badan dan gerakan mata juga
merupakan kemahiran yang patut ada pada guru supaya apa yang sampaikan
mudah difahami dan diterima oleh murid. Gaya penyampaian mestilah sesuai
dengan apa yang diucapkan, gerakan tangan mengikut apa yang dimaksudkan
dan intonasi sesuai mengikut ayat yang diucapkan.
Bagaimanapun ia masih bergantung kepada persedian, perancangan,
strategi pengajaran dan hubungan dengan murid. Murid akan merasa bosan
dan hilang tumpuan jika sesuatu aktiviti mengambil masa yang terlalu lama.
Maka, seseorang guru perlu membuat perancangan yang boleh menarik minat
murid untuk mengikuti setiap aktiviti dari awal sampai akhir. Kemahiran guru
diperlukan ketika memulakan sesi P&P di mana mereka perlu menarik
tumpuan murid sama ada dengan menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM)
seperti kad imbasan, atau aktiviti-aktiviti yang menarik seperti nyanyian,
permainan, kuiz yang membuatkan murid-murid itu seronok dan tidak
merasakannya sebagai satu yang sukar dan membebankan. Kepelbagaian
-
8/2/2019 Mos Sk Lubuk Sireh
26/30
SKLS/MOS/JQAF/JAN/12
26
alatan dan aktiviti yang dijalankan oleh guru dengan menggunakan Alat Bantu
Mengajar (ABM) seperti kad imbasan, nyanyian, permainan, kuiz dan
sebagainya turut menyumbang kepada pengajaran yang berkesan.
Alat Bantu Mengajar (ABM) juga adalah penting dalam membantu
keberkesanan P&P. Permainan kad imbasan merupakan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran sebutan huruf jawi (Hijaiyyah) yang mengandungi unsur
main bermain yang menyeronokkan, bersahaja dan bermakna. Aktiviti ini
dijalankan dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti guru bagi
mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih berkesan. Melalui permainan ini,
kemahiran mengenal huruf hijaiyyah dapat dipertingkatkan sama ada melalui
kemahiran mendengar, menyebut, membaca dan menulis. Selain itu,
permainan ini juga dapat membantu mengekalkan minat belajar dan
menggalakkan murid terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dengan ini, pengetahuan yang diterima oleh murid akan berkekalan dan tidak
membosankan. Dalam aktiviti permainan ini, murid-murid dapat berinteraksi
antara satu sama lain melalui pergaulan dalam kumpulan, bersoal jawab
dengan guru dan seterusnya membantu murid yang lemah. Secara tidak
langsung, permainan ini dapat merangsang dan melatih murid-murid supaya
dapat mengenal huruf hijaiyyah dengan membandingkan huruf-huruf yang
hampir sama seperti perbezaan pada bentuk, tulisan dan titik yang terdapat
pada huruf-huruf tersebut.
Seperti yang dinyatakan di atas, nyanyian juga merupakan salah satu
faktor yang menyumbang ke arah pengajaran dan pembelajaran secara
-
8/2/2019 Mos Sk Lubuk Sireh
27/30
SKLS/MOS/JQAF/JAN/12
27
berkesan. Hal ini bersesuaian dengan situasi murid-murid yang sukakan dan
meminati dunia hiburan. Justeru itu, nyanyian dapat dibentuk dengan
menggabung jalinkan isi pelajaran dengan irama asal sesebuah lagu. Irama
yang sering didengari memudahkan penerimaan murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Contoh lagu yang boleh diketengahkan di sini
seperti Rasa Sayang Jawi, Lagu Tanya Sama Hati, Aci-aci Buka Pintu, Bahtera
Merdeka dan lain-lain lagi.
Sebagai kesimpulannya, dapat diringkaskan disini bahawa pembelajaran &
pengajaran (P&P) akan lebih memberi kesan sekiranya cara dan aktiviti
dipelbagaikan. Hal ini bertujuan menarik minat murid-murid agar lebih
meminati, bersemangat serta dapat memberi tumpuan dengan apa yang diajar.
Disamping itu suasana dan keceriaan bilik darjah atau tempat belajar juga
memainkan peranannya yang penting terutamanya dari aspek kebersihan bagi
menjamin udara yang bersih dan kecergasan murid. Hal ini penting kerana
dapat mempengaruhi psikologi murid-murid. Guru juga perlulah lebih peka
terhadap minat para pelajarnya supaya dapat mengikut rentak cara
penerimaan mereka dengan mengetengahkkan beberapa corak-corak
permainan. Oleh itu, tidak mustahil untuk merealisasikan hasrat kerajaan unuk
melahirkan pelajar sifar buta al-Quran, jawi dan Bahasa Arab, yang
didedahkan seawal dari sekolah rendah lagi serta pelajar yang seimbang dari
segi intelek, rohani dan jasmani. Seterusnya dapat membentuk masyarakat
yang berilmu serta mempunyai pegangan agama yang teguh untuk mencorak
generasi yang akan datang.
-
8/2/2019 Mos Sk Lubuk Sireh
28/30
SKLS/MOS/JQAF/JAN/12
28
Galeri Album
GERBANG SK TAMAN JELUTONG PONDOK KESELAMATAN
PEJABAT SKTJ BANGUNAN SEKOLAH
-
8/2/2019 Mos Sk Lubuk Sireh
29/30
SKLS/MOS/JQAF/JAN/12
29
DATARAN PERHIMPUNAN PEMANDANGAN CANTIK
SUASANA P&P TERATAK MINDA
BILIK DISIPLIN & KAUNSLING BILIK j- QAF
PERPUSTAKAAN MAKMAL SAINS
-
8/2/2019 Mos Sk Lubuk Sireh
30/30
SKLS/MOS/JQAF/JAN/12
MAKMAL KOMPUTER BILIK TETAMU
KAFETARIA PADANG PERMAINAN