MOS - Rentang Talian Atas 11kv
description
Transcript of MOS - Rentang Talian Atas 11kv
DASA ELEKTRIK SDN. BHD.
INSTALLATION AND COMMISSIONING OF OVERHEAD 33KV 3 X 150MM2 AERIAL BUNDLE CABLE (ABC) FROM PPU PADANG MENORA TO
MINI PPU KG SELAMAT, FOR TNB DISTRIBUTION, PULAU PINANG.
METHOD OF STATEMENT FOR LAY OVER HEAD CABLE 33KV ABC 3 X 150MM
Ref: DASA/TNB/001
Status Date Description Originator Submitted Date
Date of PDEApproval
Rev. 0 02.02.15 ELECTRICAL M.FADLI B. DERAMAN
02.02.15
METHOD OF STATEMENT
1.0 OBJEKTIF
Menerangkan tatacara kerja merentang kabel talian atas 11kV mengikut
speksifikasi Tenaga Nasional Berhad.
2.0 SKOP KERJA
Skop kerja melibatkan kerja-kerja merentang kabel tiga bahagian berikut :
a) Merentang kabel talian atas ABC 33kV
b) Menegang kabel talian atas ABC 33kV
c) Membuat pengujian penebatan kabel
3.0 RUJUKAN
a) TNB ILSAS
4.0 DEFINASI
NIL
5.0 TANGUNGJAWAB
Jurutera dan Penyelia Tapak
6.0 PERALATAN
a) Jack Cable b) HV ABC Roller
c) Backhoe d) Come Along Tong
e) Drum Cable f) Rachetg) Cable Sock i) Winchj) Dead End Clamp
7.0 MATERIAL
a) Tali b) HV ABC Cable
7.0 PERSIAPAN KERJA
a) Melakukan lawatan tapak bersama pihak perunding dan TNB
b) Memastikan semua eksesori tiang telah lengkap dipasang dengan kemas
c) Membuat pengujian penebatan terhadap HV ABC kabel yang hendak di
rentang.
8.0 LANGKAH-LANGKAH MELAKUKAN KERJA-KERJA
a) Kerja untuk merentang kabel bertebat diudara dimulakan dengan
menentukan kedudukan drum kabel supaya dapat digerakkan dalam keadaan
bebas dan ditempatkan samada pada tiang tamatan atau pembahagian (
Untuk memudahkan kabel ditarik kedudukan drum di letakkan di kawasan
tanah yang mempunyai kecerunan yang lebih tinggi). Kedudukan kabel
terkeluar dari garisan lurus tiang sekurang-kurangnya 1meter dan
dijarakkan dari kedudukan tiang sehingga 8-9 meter.
b) Seterusnya kabel bertebat dikeluarkan dari bahagian atas drum. Hujung
kabel tersebut dikejapkan dengan menggunakan sarung kabel “cable
stocking” berserta tali dan dilarikan ke atas tiang menerusi takal “HV ABC
Roller”.
b) Kabel bertebat diudara seterusnya ditarik hingga ke tiang seterusnya dan
dimasukkan ke dalam “HV ABC Roller” yang dipasang pada tiang
Rajah 1.0
Rajah 1.1
tersebut. Ulangan kerja ini akan dilakukan pada tiang-tiang seterusnya
sehinggalah ke tiang kedua terakhir.
c) Semasa kerja dilaksanakan pemerhatian perlu diambil supaya kabel tidak
bergesel dengan permukaan bumi atau sebarang objek yang kasar, tajam
atau keras bagi menjamin penebatan pada kabel tidak rosak.
d) Pengawalan terhadap kelajuan putaran “Backhoe Winch” dam Drum kabel
perlu diberi perhatian semasa kerja-kerja merentang kabel dilakukan.
e) Pada span terakhir, pemasangan penetap tamatan perlu dilakukan pada
dawai penggantung kabel bertebat (panjang perlu ditentukan bergantung
pada keperluan sesuatu pemasangan) dan seterusnya tali dimasukkan ke
dalam takal dan ditarik sehingga penetap tamatan dapat dimasukkan ke
dalam penyangkuk.
f) Bahagian kabel yang dierat oleh kabel “stocking” boleh dipotong dan
hujung pengali-pengalir kabel tersebut dimasukkan dengan tiub pemati
hujung ( contoh pada tiang tamatan).
Rajah 1.2
g) Peringkat akhir dalam kerja-kerja merentang kabel bertebat diudara adalah
dengan membuat daya tarikan pada kabel yang terdapat dibahagian drum
kabel. Come along clamp boleh diipasang pada dawai penggantung dan
seterusnya daya tarikan pada kabel dilakukan mengikut tegangan yang
dikehendaki.
h) Tegangan kabel boleh dilakukan juga dengan pemasangan pull-lift, come
along clamp dan dawai anduh dipasang pada kabel seperti gambarajah dan
seterusnya kabel ditarik tegang menerusi pull-lift ketegangan yang
dikehendaki.
Rajah 1.3
Rajah 1.4
i) Setelah tegangan kabel diperolehi,pengukuran kedudukan penetap tamatan
pada kabel dan dipasang. Untuk memasukkan penetap tamatan kedalam
penyangkuk, kabel perlu ditegang,biasanya lebih sedikit daripada keadaan
tegangan awal dengan tujuan untuk memudahkan penetap tamatan dipasang
pada penyangkuk.
j) Setelah penetap tamatan dipasang pada “Dead End Bracket”,semua
peralatan set tegangan boleh dibuka.
k) Pemasangan pencengkam gantungan blehlah dilakukan pada tiang-tiang
disepanjang talian tersebut,dimulai dengan tiang “Main Line” bersudut dan
diikuti dengan tiang “Main Line” terus sehingga siap.
Rajah 1.5
LAMPIRAN :
Pemasangan Kabel HV ABC
Rajah 1.6
Trailer Kabel
Swivel Joint
Stoking Kabel
Cable Roller
Winch