Monolog Dalaman 100 Hari

133
Monolog Dalaman 100 Hari Monolog 1 ~ Al=Takwir Monolog 2 ~ Cantiknya Wanita Monolog 3 ~ Sebuah Kepercayaan Monolog 4 ~ Pendosa Monolog 5 ~ Sebuah Kemaafan Monolog 6 ~ Choice Monolog 7 ~ Terima Kasih Allah Monolog 8 ~ Selembut Hatimu Rasulullah Monolog 9 ~ Doa Monolog 10 ~ Al-Ghashiyah Monolog 11 ~ Keindahan Syurga Monolog 12 ~ Ragam Kehidupan Monolog 13 ~ Siti Khadijah Binti Khuwailid Monolog 14 ~ Solat Dhuha Monolog 15 ~ Bercerita Monolog 16 ~ Jika Tuhanmu Nertanya Monolog 17 ~ Realiti Monolog18 ~ Masa Monolog 19 ~ Malam Pertama Monolog 20 ~ Al-Qari`ah Monolog 21 ~ Pakaian Monolog 22 ~ Nafsu

description

Puisi

Transcript of Monolog Dalaman 100 Hari

Monolog Dalaman 100 HariMonolog 1 ~ Al=TakwirMonolog 2 ~ Cantiknya WanitaMonolog 3 ~ Sebuah KepercayaanMonolog 4 ~ PendosaMonolog 5 ~ Sebuah KemaafanMonolog 6 ~ ChoiceMonolog 7 ~ Terima Kasih AllahMonolog 8 ~ Selembut Hatimu RasulullahMonolog 9 ~ DoaMonolog 10 ~ Al-GhashiyahMonolog 11 ~ Keindahan SyurgaMonolog 12 ~ Ragam KehidupanMonolog 13 ~ Siti Khadijah Binti KhuwailidMonolog 14 ~ Solat DhuhaMonolog 15 ~ BerceritaMonolog 16 ~ Jika Tuhanmu NertanyaMonolog 17 ~ RealitiMonolog18 ~ MasaMonolog 19 ~ Malam Pertama Monolog 20 ~ Al-Qari`ahMonolog 21 ~ PakaianMonolog 22 ~ NafsuMonolog 23 ~ Pesanan Luqman Al-HakimMonolog 24 ~ SyaitanMonolog 25 ~ Harapan Dan KembaliMonolog 26 ~ HatiMonolog 27 ~ Ilmuan IslamMonolog 28 ~ TahajjudMonolog 29 ~ 20 Manusia Pertama Dalam IslamMonolog 30 ~ Al-ZalzalahMonolog 31 ~ Dimana Dia DihatikuMonolog 32 ~ Sebuah KematianMonolog 33 ~ Bila TibaMonolog 34 ~ MasyitahMonolog 35 ~ Bahaya MulutMonolog 36 ~ Dajjal al-MasihMonolog 37 ~ Doa TahajjudMonolog 38 ~ Sinopsis KematianMonolog 39 ~ KhusyukMonolog 40 ~ Al-HumazahMonolog 41 ~ Auratmu LelakiMonolog 42 ~ Sahabat AkhiratMonolog 43 ~ Jaga Makhotamu WanitaMonolog 44 ~ Solat QadaMonolog 45 ~ HijrahMonolog 46 ~ CintaMonolog 47 ~ DarjatMonolog 48 ~ ImanMonolog 49 ~ Indahnya KematianMonolog 50 ~ Al-Ma`unMonolog 51 ~ Adat Dan SyariatMonolog 52 ~ PalestinMonolog 53 ~ KosongMonolog 54 ~ Harapan Dan Kembali 2.0Monolog 55 ~ Tujuh KalimahMonolog 56 ~ FitnahMonolog 57 ~ DerhakaMonolog 58 ~ Hamzah R.A.Monolog 59 ~ SumayyahMonolog 60 ~ Al-MasadMonolog 61 ~ Bilal Bin RabahMonolog 62 ~ BerkawanMonolog 63 ~ Bersangka BaikMonolog 64 ~ Engkau Yang DuluMonolog 65 ~ Si Peninggal SolatMonolog 66 ~ Peringkat SolatMonolog 67 ~ Tanda KecilMonolog 68 ~ Rahsia WanitaMonolog 69 ~ Subuh TerakhirMonolog 70 ~ Al-`AlaqMonolog 71 ~ Azab KuburMonolog 72 ~ SelawatMonolog 73 ~ Hutang Monolog 74 ~ SolatkuMonolog 75 ~ Jaga Aib RakanMonolog 76 ~ Islam Sekadar Di ICMonolog 77 ~ IstiqomahMonolog 78 ~ Bacaan SolatMonolog 79 ~ MenangisMonolog 80 ~ Al-FalaqMonolog 81 ~ 12 BarisanMonolog 82 ~ HatiMonolog 83 ~ Fakta Al-QuranMonolog 84 ~ DosaMonolog 85 ~ HidupMonolog 86 ~ MasjidMonolog 87 ~ Fitrah KehidupanMonolog 88 ~ Rabiatul AdawiyahMonolog 89 ~ Tanda BesarMonolog 90 ~ Al`AsrMonolog 91 ~ Dosa 2.0Monolog 92 ~ Valentine DayMonolog 93 ~ Bila Tuhan BerbicaraMonolog 94 ~ 7 PintuMonolog 95 ~ NikmatMonolog 96 ~ Mama BabaMonolog 97 ~ Iman Tidak Boleh DiwarisiMonolog 98 ~ Ilmu TajwidMonolog 99 ~ Kehancuran DuniaMonolog 100 ~ Al-Fill

Monolog 1 Al-TakwirApabila matahari digulung.Dan apabila bintang-bintang berjatuhan.Dan apabila gunung-ganang dihancurkan.Dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak terurus). Dan bila binatang-binatang liar dikumpulkan.Dan apabila lautan dipanaskan.Dan apabila roh-roh dipertemukan (dengan tubuhnya)Dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikuburkan hidup-hidup ditanya.Kerana dosa apa dia dibunuh ?Dan apabila lembaran-lembaran (cacatan amal) telah dibuka lebar-lebar.Dan apabila langit dilenyapkan.Dan apabila neraka Jahim dinyalakan.Dan apabila syurga didekatkan.Setiap jiwa akan mengetahui apa yang dikerjakannya.Aku bersumpah demi bintang-bintang.Yang beredar dan yang tetap pada tempatnya.Demi malam apabila telah larut.Dan demi subuh apabila fajar telah menyising.Sesungguhnya al-Quran itu benar firman Allah dibawa oleh utusan yang mulia (Jibril).Yang memiliki kekuatan, memiliki kedudukan yang tinggi disisi Allah yang memiliki Arasy.Yang disana (di alam malaikat) ditaati dan dipercayai.Dan temanmu (Muhammad) itulah bukan orang gila.Dan sesungguhnya dia (Muhammad) telah melihatnya (Jibril) di ufuk yang terang.Dan dia (Muhammad) bukanlah seorang yang kikir (enggan) untuk menerangkan yang ghaib.Dan (al-Quran) itu bukanlah perkataan syaitan yang terkutuk.Maka kemanakah kamu akan pergi ?Al-Quran itu tidak lain adalah peringatan bagi seluruh alam.Bagi sesiapa di antara kamu yang mengkendaki menempuh jalan yang lurusDan kamu tidak akan mengkendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan seluruh alam.

Monolog 2 Cantiknya WanitaDuhai wanitaKau dijadikan Allah ada kecantikkannya yang tersendiriTapi, kenapa kau selalu merungut dan mengeluh Cuba hargai pemberian-Nya, syukuri nikmat yang dibagiKerana setiap kejadian itu ada kebaikkannya yang tersendiri.Janganlah kau cuba mengubah kecantikan yang diberiCuba terima dan bermuhasabah diri dahuluJangan kita fikir nak cantik di mata manusia sahajaTetapi, di hadapan Allah bagaimana pula ?Buruk atau cantik ?Wanita kenapa kau terlalu taksub dengan kecantikan yang kau adaIya, aku tahu wanita fitrahnya suka kecantikkanTapi, kau tahukan kecantikan itu hanya sementara ?Hanya pinjaman sahaja ? Dan iya akan kembali kepada AllahJangan takut kehilangan kecantikan kauTetapi, takutlah kehilangan Allah dalam hidup Jangan kita bertuankan kecantikanIya takkan kemana, percayalah...Allah selalu bersamamu.

Monolog 3 - Sebuah KepercayaanJangan biarkan kepercayaan yang manusia berikan musnah begitu sahajaKau tahu akibatnya apabila sebuah kepercayaan musnah ?Kepercayaan ini ibarat cermin dan apabila cermin itu mula rentakDan apabila nak dicantumkan balik pasti ada kesan-kesan retaknyaBegitulah jugalah sebuah kepercayaan yang diberikan akan mula pudarAdakah kau mahu begitu ? Manusia mula membenci kau ?Peganglah kepercayaan yang.manusia berikan dengan sebaik mungkinKau akan mendapat manfaatnya di situJangan pernah sekali kau musnahkan kepercayaan orangApabila kamu melakukan sekali, padahnya seumur hidup kauSakit bukan ? Merana bukan ?Kalau sudah tahu akibatnya mengapa buat ?Fikirkan balik tindakan kau itu.

Monolog 4 PendosaManusia sering melakukan dosa, tidak kira waktuSetiap saat, minit, jam, hari bahkan bulan dan tahunSehinggakan mungkin buku amalan menimbun dengan dosa.Dosa melebihi pahalakah setiap tahun ?Terasa berat kaki melangkah nak tunjuk dekat hadapan Allah nanti.Terasa malu teramat sangat sebab dosa menimbun bagai gunung.Ini ke buku amalan yang kita nak bawa menghadap Allah ?Ini ke dosa aku selama hidup dekat dunia ?Penuh dengan cacatan dosa dan noda semuannya, mengalahkan iblisMacam mana keadaan kita ketika melalui titian sirat ni ?Berjalan atau berlari atapun seperti kilat memancar.Bagaimana keadaan kita dibangkit ?Sakit kepala memikirkanKematian semakin laju menghampiri !Mana bekalan ? Mana amalan ? Mana pahala ?Mana? Mana? Apa yang kita buat kat dunia ini ?

Adakah kita gagal menjadi khalifah-Nya ?Lalaikah ? Kita mudah lupakah ?Kematian sangat sangat menghampiri kita.Dekat sangat, mungkin sebentar lagi.Mati.

Monolog 5 Sebuah KemaafanApa yang ada pada sebuah kemaafan ?Bila hati disakiti, bolehkah lahir sebuah kemaafan untuknya ?Bolehkah ? Dan jawapan aku boleh !Itu yang membezakan kau sebenarnya.Iya, aku tahu betapa susahnya hendak meluahkan satu perkataan itu.Bila marah menguasai diri dan bila mana hati dan akal dikuasai nafsuKau akan nampak yang buruk sahaja tentang dirinyaKau lupa yang dia pernah berbuat baik kepada engkauBagaikan dia salah 100 % dan engkau pulak 100 % betul ?Aduh ! Kenapa kau berfikiran begituSalah ! Salah ! Salah ! Ubahlah !Bila hati disakiti jangan terus jatuhkan hukuman pada diaDia juga manusia yang sering melakukan kesalahan dan akan lakukan kesalahan.Ambil masa untuk fikirkan balik dan aku tahu yang kau juga tahuSetiap perkara yang berlaku ada hikmahnyakanBiasakan diri untuk belajar memaafkan dia.Jika tidak, kau setiap masa akan sakit hati dan terfikir-fikirJadinya kau harus belajar dan belajar memaafkan dia.Ambil suatu masa untuk meminta maafJangan malu ! Tidak kira kita betul atau salah.Iya tidak sama sekali akan menjatuhkan harga diri kita Malah di pandang mulia Allah.Moga Allah pandang usaha kecil kita ini.

Monolog 6 - ChoiceNeraka,Tempat itu panas sekaliMungkin 100 kali panas dunia ?Ataupun mungkin 1 000 000 kali panas dunia ?Tapi aku pelik dengan mereka semuaKenapa mereka bagaikan berlumba-lumba untuk ke neraka ?Tidak tahukah mereka bagaimana keseraman neraka itu ?Tapi mereka tetap jugak hendak duduk disana.Seronok sangat agaknya tinggal ditempat macam itu Pelik.Syurga,Tempat yang paling seronok sekali.Mungkin 1000 kali lebih seronok dari dunia.Ataupun mungkin 1 000 000 kali lebih seronok dari dunia.Tapi ramai taknak ke sana.Tidak seronok agaknya masuk ke syurga.Katanya susah nak masuk ke syurga ?Lagi senang nak dapatkan neraka berbanding syurga.Perlakuan manusia di dunia akhir zaman, sungguhkan menakutkan.Nauzubillah, semoga Allah lindungi kita.

Monolog 7 - Terima Kasih AllahTerima Kasih Allah,Atas nikmat Islam yang Engkau berikan.Terima Kasih Allah,Kerana mengutuskan Nabi Muhammad kepada kami.Terima Kasih Allah,Kerana Islam berjaya diluaskan sehingga aku dilahirkan dalam Islam.Terima Kasih Allah,Kerana mengurniakan keluarga yang hendak memahami Islam.Terima Kasih Allah,Kerana Engkau bagi hidayah kepada kami.Terima Kasih Allah,Kerana Engkau bagi kami sahabat akhirat.Terima Kasih Allah,Kerana dapat mempelajari ilmu-MuTerima Kasih Allah,Kerana menjaga aib kami.Terima Kasih Allah,Kerana bagi kami dosa pahalaTerima Kasih Allah,Kerana menunjukkan kami jalan IslamTerima Kasih Allah,Kerana menjadikan kami orang yang bersyukur.

Terima Kasih Allah,Kerana letakkan kami dekat dengan para Alim UlamakTerima Kasih Allah,Kerana memberi kami syafaat di akhirat nanti.Terima Kasih Allah,Kerana memberi kami jiran-jiran yang bertimbang rasa.Terima Kasih Allah,Untuk Segalanya.Terlampau banyak sebenarnya yang hendak kami ucapkan.Kalau ditulis kami pasti tidak muat seluruh alam ini.Terima Kasih Allah,Kerana memberi apa yang kami pinta,Jadikan kami orang bersyukur dengan nikmat-Mu tidak lebih dan tidak kurang.

Monolog 8 Selembut Hatimu RasulullahWahai kekasih Allah,Kami umat akhir zaman ini tidak pernah bersua muka denganmuKami tidak pernah mendengar suaramuKami tidak pernah melihat bagaimana gambaran wajahmuKami tidak pernah melihat bagaimana perlakuaanmuKami tidak pernah melihat bagaimana Engkau merindui umatmuTapi kami tidak pernah kecewaKami tahu mengenaimu, kisah hidupmu, ranjau kehidupanmu melalui al-Quran.Apabila kami membacanya, kami merinduimu.Engkau di utuskan untuk kami, umat akhir zamanTerlalu banyak dugaan untukmu sehingga akhir nafasmuItu semua hanya untuk kami, umat akhir zamanTapi kebanyakkan kami kurang mensyukuri nikmat itu, Ya RasulullahMaafkan kami wahai nabi Allah,Kami leka dan alpa di dunia ini, tapi diakhirat sana Engkau jualah penolong kami, pembantu kami, penyelamat kami, hero kami.Terima kasih Ya Rasulullah.Hatimu lembut bak sutera, Engkau berpenat lelah memperjuangkan IslamTapi, kami umat akhir zaman menghancurkanya, maafkan kamiEngkau selalu dikeji, dihina, dihentam, dimaki tapi Engkau tetap teruskan perjuanganmuBagimu Islam itu tidak mati walaupun semua orang memulaukanmu.Baktimu tidak terhitung oleh kami, umat akhir zaman.Kisahmu sungguh menyentuh hati kami, membuatkan kami jatuh cinta walaupun kita tidak pernah bersua.Walaupun Engkau sudah tiada, sunnahmu menjadi panduan kamiMoga kami diberi syafaatmu di akhirat sanaMoga kami berada di kalanganmuMoga kami dapat bertemu denganmu, melihat wajahmu.Terima kasih Ya Rasulullah kerana mendoakan kami.Kami amat merinduimu, Ya nabi Allah.

Monolog 9 - DoaMinta apa sahaja yang tersinggah dihatiMinta sahaja kepada Tuhanmu, jangan malu, jaangan seganJangan minta yang kecik-kecil, minta yang besar-besarJangan meremehkan kekuatan doaDoa itu senjata umat mukminDengan doalah manusia boleh ada itu dan iniDengan doalah manusia boleh hidup senang-lenangDengan doalah iya mampu mengubah hidup sesorang manusia dengan izin-NyaMulakan doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada baginda dan diakhiri dengan pujian.Fahami apa yang diminta dan makna serta isinyaMintalah yang baik untuk seisi dunia Teruskan istiqomah dalam memohon doaJangan hari ini minta lain, esok minta lainPercaya kepada Yang Pemberi RezekiMoga Allah memperkenankan doamuInsyallah.

Monolog 10 Al-GhashiyahSudahkah sampai kepadamu berita tentang hari kiamat ?Pada hari itu banyak wajah tertunduk hina.Kerana mereka bekerja keras lagi kepayahan.Mereka memasuki api yang sangat panas ( neraka).Diberi minum dari sumber mata air yang sangat panas.Tidak ada makanan bagi mereka selain dari pohon yang berduri.Yang tidak mengemukkan dan tidak menghilangkan lapar.Pada hari itu banyak pula wajah yang berseri-seri.Mereka senang kerana usahanya sendiri.Mereka dalam syurga yang tinggi.Di sana tidak mendengar perkataan yang tidak berguna.Disana ada mata air yang mengalir.Di sana ada pelamin-pelamin yang ditinggikan.Dan gelas-gelas yang tersedia.Dan bantal-bantal sandaran yang tersusun.Dan permaidani-permaidani yang terhampar.Maka tidakkah mereka memerhatikan unta, bagaimana ia dicipta ?Dan langit, bagaimana ditinggikan ?Dan gunung-ganang, bagaimana ditegakkan ?Dan bumi, bagaimana dihamparkan ?Maka berikanlah peringatan kerana sesungguhnya kamu (Muhammad) hanyalah pemberi peringatan.Kamu bukanlah orang berkuasa keatas mereka.Kecuali jika ada orang yang berpaling atau kafir.Maka Allah akan mengazabkan dengan azab yang besar.Sesungguhnya kepada Kamilah mereka kembali.Kemudian sesungguhnya Kamilah membuat perhitungan ke atas mereka.

Monolog 11 Keindahan SyurgaWahai manusia,Tidak terujakah engkau dengan khabar gembira tentang syurga ?Tidakkah engkau rasai bagaimana gambaran nikmatnya berada disyurgaSemuanya ada, yang haram jadi halal, dan tiada duka menyelebungiSyurga itu luasnya seluas langit dan bumi, bayangkan betapa luasnya syurgaDi dalam syurga udaranya nyaman tidak panas membakar tidak pula sejuk mengigitHarum baunya syurga dapat dicium dari jarak 100 tahun perjalananSungai-sungai di syurga memancar dari bawah-bawah bukit dan mempunyai pelbagai rasaSyurga itu bertingkat-tingkat dan setiap tingkat berbeza-bezaJarak antara satu tingkat yang lain adalah seperti jarak langit dan bumiTaman-taman di syurga luar biasa indah dan nikmatnya yang belum pernah terlihat oleh manusiaTaman di syurga dicipta Allah daripada perak dan emasPohon-pohon disyurga rimbun menghijau serta beraneka jenis bungaDemi Allah, iyanya adalah tempat berkilau kemilau dan berbau semerbak Di sana, mereka makan dan bersenang-senang, tertawa dan tidak pernah menangisDi sana, mereka tidak berpindah-randah, sentiasa hidup dan tidak pernah matiDi sana, terdapat kesenangan abadi, mereka dapat melihat wajah sang penciptanyaBidadari ciptaan-Nya sungguh mempesona kecantikkannya, tiada kekurangan walau sedikitpunHingga mata tidak akan berpaling sedikitpun, kerana terpesona dengan kecantikkannyaInila tempat orang-orang yang dianugerahi kenikmatan syurgaBerbahagialah wahai penghuni syurga.

Monolog 12 Ragam KehidupanDosa Jangan di Tambah,Amal Jangan di Tolak, Cinta Jangan di Bahagi, Hidup hanya satu kali.

Gugur Bunga kerana layuGugur Iman kerana NafsuGugur Cinta kerana Cemburu

Tertawa kerana BahagiaMenangis kerana DeritaBertaubat kerana DosaBeribadah kerana Takwa

Hidup tanpa Cinta pasti HampaHidup gila Harta pasti CelakaHidup penuh Dosa akan ke NerakaHidup Bersyukur dengan apa adanya Insya Allah akan Bahagia

Monolog 13 Siti Khadijah Binti KhuwailidSiti Khadijah, dikau srikandi Islam pertamaDikau wanita pertama memeluk Islam, tika Islam baru bermulaEngkau wanita terhormat lagi dihormati dan dipandang tinggiRasul keseorangan dikaulah peneman setiaTika Rasul tersisih dikaulah memilihnya, tika Dia ketakutan dikau menteteramkannyaKerana Islam dan iman dikau sanggup berkorbanAgung jasamu tidak ternilai, sanggup berjuang harta dan nyawaPemergianmu ditangisi suami, hingga kini tiada penggantiSiti Khadijah namamu seindah orangnyaQudwah hasanah tauladan ummahIndah jalan hidupmu bertemu AllahJika teman seperti KhadijahMasih ada lagi

Monolog 14 Solat DhuhaSolat Dhuha ?Apa itu solat dhuha ?Solat Dhuha ialah solat sunat dua rakaat yang dilakukan selepas terbit matahari sampai sebelum waktu zohorHukumnya ialah sunat muakkad ( sunat yang dituntut)Solat yang boleh dianggap rasa terima kasih seseorang hamba kepada penciptanya atas segala nikmat yang diberikan-NyaSolat Dhuha juga selalu dilaksanakan oleh Rasulullah Telah berkata Abu Hurairah, kekasih saya ( Rasulullah) telah berwasiat tiga perkara kepadaku iaitu puasa tiga hari tiap-tiap bulan, solat dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur ( HR. Bukhari Muslim)Iya, aku mengaku solat dhuha paling kurang manusia lakukan kerana waktunya berada disaat-saat waktu bekerjaTapi bagi manusia yang inginkan fadhilatnya, mereka akan mencari waktu dan ruangMungkin bagi sesetengah manusia tidak pernah atau tidak biasa melakukannya kerana itu bukan rutin harian merekaCuba cari ruang, paling kurang lima minit untuk menunaikannyaJika belum pernah buat, cuba untuk kali pertamaJika sedang buat, sentiasa istiqomahSolat Dhuha itu ibarat magnet menarik rezeki kurnian AllahRasulullah bersabda, Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menjauhkan kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat (HR. at-Tirmidzi)Amal yang sedikit dan istiqomah itu lebih baik dari amal yang banyak tapi jarang-jarangLakukan kerana Allah, bukan kerana terdesak.

Monolog 15 BerceritaBercerita sana, bercerita siniEntah betul, entah tidakBaik zip mulut, daripada menabur fitnahSuka menjaja dosa kemana sahajaTanpa memikirkan syurga dan nerakaCelakalah engkau wahai si pengumpat dan pencelaAl-Quran dirumah kena dibuka bukan disimpanBaca ayat-ayat Tuhanmu, biar kau mengertiBetapa berat azab untukmu si pengumpatNeraka sedang menantimuBertaubat selagi ada waktuSyurga juga sedang menanti.

Monolog 16 Jika Tuhanmu BertanyaJika Tuhanmu bertanyaTidak malukah kau bermaksiat pada-Ku ?Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-KuDan datang pada-Ku dengan penuh dosa.Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang ?Dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku.Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan dari semasa ke semasa.Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati.Dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan.Seolah-olah aku ini telah dijamin untuk hidup selamanya.Seakan mati tidak akan menemuiku.Dan telah datang kepadaku sakaratul maut yang ngeri.Siapa sekarang yang mampu melindungiku ?Aku melihat pada wajah-wajahApakah ada daripada mereka yang akan menebusku ?Akan ku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini ?Maka bagaimana akan ku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku ?Celakanya aku !Apakah aku tidak mendengar ayat-ayat Allah yang menyeruku ?Adakah aku tidak dengar apa yang telah diberitakan didalam surah Qaaf dan Yaasin ?Adakah aku tidak mendengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dan kiamat ?Adakah aku tidak dengar panggilan ajal maut, menyeru dan menjemputku ?Seorang hamba datang bertaubat, siapakah yang dapat melindunginyaMelainkan Tuhan yang mana luas pengampunan dan yang membimbingku pada kebenaran.Aku telah datang kepada-Mu maka kasihanilah daku dan beratkan timbangan (kebaikan) ku.Dan ringankan (percepatkan) hisabku kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban.

Monolog 17 RealitiRealiti tidak sehebat dramaDrama berulang kali tengok pun bolehTapi realiti kau kena tempuh susah senangnyaKalau drama balik-balik kesusahan yang samaTapi reality setiap hari berbeza, nak tak nak kau kena hadapKalau penat boleh berhenti rehat, itulah dramaTapi realiti, kalau lambat kau ketinggalanDalam drama semua manusia adalah samaTapi kalau realiti setiap manusia berbeza perwatakanHidup di dunia ini bukan drama, tapi realiti Realiti yang boleh buat manusia pecah kepalaItulah realiti

Monolog 18 MasaMasa, berlalu dengan pantasSedar atau tidak esok status kita berubahSedar atau tidak esok mungkin kita tiada di duniaSedar atau tidak esok bakal merubah masa depanSedar atau tidak esok penentu segalanyaSedar atau tidak esok kita bakal kehilanganAllah sudah lama berfirman, yang sesungguhnya manusia dalam kerugianKecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaranMemang betul, manusia memang tidak pandai mengurus masaMasa yang diberi dibiar begitu, meninggalkan manusiaKita tiada pintu ke mana sahaja untuk berpatah balikKita tiada laci doreamon untuk melihat masa laluYang ada hanyalah masa hadapan yang penuh ujianJika kau pandai menguruskan masaMasa akan mengekorimu, bukannya kau mengekori masaMasa itu umpama emasJika emas yang mahal tidak kau pakai, tidak kau gunakan fungsinya pasti ia akan pudarBegitu juga masa, jika kau hendak menunggu kiamat menjelma baru nak bertaubat, memang kau kehabisan masa.Dengarlah manusia, masa telah lama meninggalkanmu sebelum engkau meninggalkannya.Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian.

Monolog 19 Malam PertamaPernahkah kau melihat kuburan?Pernahkah kau melihat gelapnya kubur?Pernahkah kau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?Pernahkah kau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?Pernah kau terfikir bagaimana suasana malam pertama dikubur ?Sedarkah kau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?Sesuatu yang sukar digambarkan keadaan suasananya yang bagaimanaKalau kau tahu keadaan sebenarnya dalam kubur, pasti kau tidak akan berani mendekat. Kau akan mendapati sebuah rumah yang diliputi rasa resah dan nanah yang mengalir didalamnya Binatang tanah akan mengerumuni mayat sehingga berubah baunya. Kain kafan pun terkoyak rapuh, padahal sebelumnya beraroma harumAdakah malam pertama kau dikubur penuh nikmat atau sengsara ?Dan apa yang telah kau persiapkan untuk malam tersebutKerana malam itu ramai para alim ulamak menangis memikirkannyaJikalau kau dapat merasai sebetunya bagaimana suasananyaPasti kau akan meninggalkan dunia dan ketenangan pun menghilang darimuSemuanya bergantung bagaimana cara hidup kau di duniaJika baik maka, cantiklah kubur kau terhiasJika buruk maka, celakalah kau didalamnyaKetika itu kau akan mengetahui bagaimana sambutan kubur terhadapmuBersiap sedia dengan segala kemungkinanDasyhatnya seksaan alam kubur tidak pernah terfikir kauKau diberi waktu untuk memperbetulkanBukan, menempah seksaan malaikatNauzubillah min zalik.Monolog 20 Al-QariahHari kiamat.Apa hari kiamat itu ?Dan tahukah kamu apakah hari Kiamat itu ?Pada hari itu manusia seperti kupu-kupu yang berterbangan.Dan gunung-ganang seperti bulu yang dihambur-hamburkan.Maka ada pun orang yang berat timbangan kebaikannya.Maka dia dalam kehidupan yang memuaskan (senang).Dan ada pun orang yang ringan timbangan kebaikannya.Maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah.Dan tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu ?Iaitu api yang sangat panas.

Monolog 21 PakaianKenapa perlu beli pakaian yang terjolok mata ?Murah sangat ke pakaian macam itu ?Kebanyakkannya yang mahalkan ?Tanamlah perasaan malu itu dalam diri supaya menjadi benteng yang kukuh dengan godaan syaitan. Apa yang aku perhatikan,Kebanyakkan dari kalian mampu untuk membeli pakaian yang indah di pandang mataTapi sayang,Kalian mudah diperdaya syaitan.Kalian gagal untuk mempertahankannya dan biarkan diri dikuasainyaTapi aku hendak ingatkan kalian, seksaan Allah sangat pedih dan maha dasyhatTersangatlah pedih bagi mereka yang melanggar perintah-Nya.Api dunia sudah engkau rasaiApi neraka belum engkau rasai ?Jangan membiarkan pakaianmu di dunia menjadi bahan bakar kulitmu di nerakaOh, sungguh kasian rasanya apabila pengakhiran hidup sebegituMoga Allah tunjukkan jalan.

Monolog 22 NafsuWahai manusia Kenapa hendak di ikutkan sangat nafsu itu ?Kau sudah tahu akibatnya bukan ?Aku pasti kau tahu.Tapi kenapa kau turutinya jugak ?Kita hidup ini hanya sementara bukan selamanyaMengapa perlu buat perkara yang sedemikian ?Kau tahu bukan Tuhan pasti murka ?Tetapkan hati, teguhkan pendirianJangan mudah lentok, jangan mudah cairKau mampu lawan, tepis ! Tepis !Tetapan Allah sebagai yang satuPasti kelak nafsu sudah tidak kau hiraukan.

Monolog 23 Pesanan Luqman Al-Hakim Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawadduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah.

Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi lebih berat lagi dari semua itu bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimu saja yang layak menjadi utusan.

Hai anakku, apabila engkau mempunyi dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, maka pilihlah untuk menziarahi orang yang mati kerana ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanyalah mengingatkanmu kepada kesenangan duniawi sahaja.

Hai anakku, janganlah engkau terus menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah terus memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

Hai anakku, bukanlah satu kebaikaan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api,walaupun sudah banyak dan rasa tak mampu untuk dipikul tapi ia masih mahu menambahnya.

Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Apabila dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambilnya sebagai kawan. Bila tidak demikian maka berhati-hatilah.

Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarlah dia yang mengharapkan sesuatu daripadamu.

Jadikanlah dirimu sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian dalam setiap tingkah lakumu atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riak yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

Monolog 24 SyaitanMusuh terang lagi nyata kepada manusiaWalaupun tidak dapat dilihat tapi kita sudah tahu bagaimana perangainyaSuka menjadi batu api dalam setiap perbuatan manusiaDalam sejarah kewujudan dunia, syaitanlah makhluk pertama yang menderhaka kepada TuhanDan yang sentiasa menyesatkan manusia sehingga hari kiamatDia yang meniupkan perasaan was-was dalam diri manusiaSupaya manusia sentiasa tidak tetap hatinya kepada AllahDia yang menjadikan perkara buruk kelihatan baikDia yang akan melalaikan manusia daripada mengingati AllahDia yang menyesatkan manusia sehingga mensyirikkan AllahBila objektifnya tercapai, dia tinggalkan manusia terkontang-kantingBegitulah tugasnya sehingga selesaiJika dia tidak berjaya, maka berterusan iya mengoda manusiaSebab itu kebanyakkan hari ini manusia berperangai syaitanKerana syaitan telah melahirkan ramai pengikutnyaMaka bergembira syaitan dan iblis serta pengikutnyaBerjaya mengoda umat Nabi Muhammad.

Monolog 25 Harapan Dan KembaliKetika jiwa merasa kecewa dan kesalMengenangkan dosa-dosa yang dilakukanKetika harapan dirasakan tiada lagiMaka kembalilah kepada AllahBila-bila masa sahajaSiapa sahaja insan itu, dimana saja ia beradaBangsa apa dia, keturunan apa diaSiapa ibu bapa dia, siapa sahaja datuk nenek diaJika dia ingin kembali dengan Allah, maka tidak pernah ada halanganJanganlah mereka berputus asa dengan rahmat AllahJanganlah mereka kecewa dengan rahmat AllahAllah akan ampun segala dosanya kerana Allah itu maha pemgampunKetika diri tiada tempat untuk meluahkan, melepaskan segala resah dijiwaMaka kembalilah kepada Allah, luahkan kepada-NyaJangan membuka aibmu kepada orang lainLuahkan iya terus kepada Allah, teruskan perbaiki diriDi dalam Islam seluas-luas pintu adalah pintu taubatJika dosamu dari bumi sampai ke langit, walau banyak manapunKemudian kau pohon istighfar, kau pohon keampunanMaka pasti Tuhan akan ampunkan kauKerana hamba-Nya tahu,dia ada Tuhan yang boleh ampunkan dosanya Jika kau betul-betul taubat, sungguh-sungguh pohon keampunan, tapi tergelincir lagiMaka pohonlah doa lagi, mohon keampunan nescaya pasti Allah ampunkanSesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang.

Monolog 26 HatiKetika hati ditimpa sakit yang berpanjanganMaka bersabarlah hati, bersabarlah selagi kau mampuBersabarlah selagi kau tidak menyakiti hati lainJangan biarkan iya merebak, kerana padahnya burukKatakan pada hati sabarlahAllah suka pada hati yang sabar.Ketika hati dirundung resah dan kecewaMaka, sejukkan hati dengan ayat-ayat AllahBerkatalah kepada hati tenanglah kau dengan firman TuhanmuJanganlah kau cepat melatah mengahadapi ragam manusiaKerana ragam manusia ini tidak pernah mati.Jika didunia hatimu sering disakitiMaka katakan pada hati, sabarlah duhai hatiBiarkah hati ini sakit daripada membiarkan hati-hati lain meranaTenanglah kau hati dalam diri ini, setenang air dilautanJangan biarkan api marak mendekatimuKelak terbakar binasa.

Monolog 27 Ilmuan IslamManusia era globalisasi,Kurang mengenali para cendekiawan IslamKerana, mereka kurang pendedahanMereka banyak disogok dengan hedonism baratPara sainstis dan ilmuan Islam telah mmpelopori setiap cabang ilmu diduniaAl-Khawarizmi ilmuan matematik, geografiAl-Kindi pakar dalam astronomi, falsafahIbnu Khaldun seorang pemikir, ahli sosiologi dan ekonomiAl-Farghani pakar dalam astronomiSheikh Tahir Jalaluddin dikenali sebagai ahli FalakHamka seorang ulamak, juga ahli agama, falsafah, politik dan kesusasteraanAl-Razi pakar dalam perubatan, kimiaIbnu Sina kehebatan beliau dalam bidang perubatan dan falsafahAl-Farabi adalah sainstis terkemuka IslamAl-Haitham pakar dalam optik moden, falsafah dan astronomiAl-Qabishi pakar dalam astrologiIbnu Baitulah seorang ilmuan dalam bidang pelayaran, agama dan bahasaMereka ini pembangung dunia islam dalam pelbagai bidangMengapa kita perlu agungkan dunia barat ?Sedangkan mereka pun merujuk kepada cendekiawan IslamHayatilah kisah para ilmuan IslamMereka adalah sebenar-benar guru.

Monolog 28 TahajjudDi persetiga malam, kau bangun Diatas sejadah kau menangis memikirkan dosa yang lepasDosa yang berkurun lamanyaWalaupun disiang hari kau penat dengan duniaTapi malam hari kau tetap mempersembahkan diri kepada sang penciptaMenangis hiba, mengenang dosa untuk hari seterusnyaDan kau terus dan terus berdoaYa Tuhan, ampuni segala dosaku yang kecil mahpun besar, yang terang lagi tersembunyiEngkau penciptaku, lagi Engkau maha pengampun, Engkau maha pemurahYa Allah izinkan aku mati dalam husnul khatimah, Ya Allah izinkan aku mati dalam beriman, Ya Allah terimalah solatku, ibadahku, amalankuYa Allah izinkan aku dapat melihat-Mu di syurga nanti, Ya Allah izinkan aku dapat bersama dengan Nabi Muhammad SAWYa Allah pandang aku dengan penuh kasih dan sayangYa Allah jangan Engkau bagi aku sesat dengan duniaYa Allah jauhkan aku daripada perasaan riak, ujub dan takburYa Allah jadikan aku hamba-Mu yang taatYa Allah izinkan aku dapat menyebut nama-Mu ketika sakaratulmautAmin, Ya AllahBerterusan kau memohon doa dari sang penciptaMengharap keredhaan-Nya sepanjang hayat.

Monolog 29 20 Manusia Pertama Dalam IslamManusia yang pertama menulis Bismillah ialah Nabi Sulaiman A.S.Manusia yang pertama minum air zamzam ialah Nabi Ismail A.S.Manusia yang pertama berkhatan ialah Nabi Ibrahim A.S.Manusia yang pertama dipanggil Allah pada hari kiamat ialah Nabi Adam A.S.Manusia yang pertama dibangkitkan pada hari kiamat ialah Nabi Muhammad S.A.WManusia yang pertama mengunakan tarikh hijrah ialah Umar bin Al-KhattabManusia yang pertama menjadi khalifah ialah Abu Bakar As SiddiqManusia yang pertama yang syahid dari kalangan lelaki ialah Al-Harith bin Abi Halah R.A.Manusia yang pertama yang syahid dari kalangan wanita ialah Sumayyah binti Khabbat R.A.Manusia yang pertama beriman dengan Nabi Muhammad ialah Khadijah binti Khuwailid R.A.Manusia yang pertama mengasaskan usul fiqh ialah Imam Syafie RahimallahManusia yang pertama masuk ke syurga ialah Nabi Muhammad S.A.W.Manusia yang pertama digelar Al-Muqry ialah Musab bin Umair R.A.Manusia yang pertama membina perpustakaan awam ialah Harun Ar-Rasyid RahimallahManusia yang pertama membina penjara dalam Islam ialah Ali bin Abi ThalibManusia yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad ialah Ibban bin Othman bin Affan R.A.Manusia yang pertama membuat mimbar masjid Nabi saw ialah Tamin Ad-dary R.A.Manusia yang pertama menyusukan Nabi saw ialah Thuwaibah RahimallahManusia yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah ialah Saad bin Abi Waqqas R.A.Manusia yang pertama menjadi muazzin melaungankan azan ialah Bilal bin Rabah R.A.

Monolog 30 Al-ZalzalahApabila bumi digoncangkan dengaan gocangan yang dasyat.Dan bumi telah mengeluarkan beban berat yang dikandungnya.Dan manusia bertanya apa yang terjadi kepada bumi ini ?Pada hari itu bumi menyampaikan beritanya.Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan yang demikian itu padanya.Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok-kelompok, untuk diperlihatkan kepada mereka balasan semua perbuatannya.Maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat balasannya.Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat balasannya.

Monolog 31 Dimana Dia DihatikuSiapa Dia dihati kau ?Ditangga keberapa kau letakkan Dia ?Sewaktu kau sakit nama Dia yang kau sebutSewaktu kau susah nama Dia yang kau sebutSewaktu kau hilang arah nama Dia yang kau sebutSewaktu kau dipulaukan orang nama Dia kau sebutSewaktu kau sakaratul maut nama Dia yang kau sebutTapi bilamana senang datang menjengah nama Dia kau lupaBilamana rezeki datang melimpah nama Dia kau lupaBilamana sudah berjaya nama Dia kau lupaHidup manusia bagaikan rodaKadang-kadang berada diatas, kadang-kadang dibawahTapi Dia tidak pernah melupakan kau tidak kira bagaimana keadaan kauDia selalu dekat dengan kau, dekat sangatDia selalu memerhatikan kau 24 jamDimana letaknya Dia dihati kauSudah lupakah kau kepada penciptamu ?Yang menghidup dan mematikan kauYang pemberi rezeki kepada kauManusia memang begitu mudah pelupa kepada pemberiTangan yang memberi lebih baik daripada yang menerimaKerana pemberi tidak akan lupa kepada penerimanyaBegitulahlah Dia kepada kau.Dia berikan apa sahaja yang kau minta mengikut kesesuaian kau.Dia tidak lokek dalam memberi, tapi manusia kurang mengenang budiTidak pernah mensyukuri nikmat-NyaTerima kasih Allah.Monolog 32 Sebuah KematianKematian yang bagaimana kau inginkan ?Husnul khotimah atau suul khotimahKetika malaikat maut datang menjengah, apakah yang sedang kau buatKetika malaikat maut datang menyabut nyawa, apakah kau boleh memberhentikannyaKetahuilah manusia, yang malaikat maut senantiasa memerhatiTidak kira kau sedang solat atau tidakTidak kira kau sedang berbuat maksiat atau tidakTidak kira kau tengah berjudi atau tidakTidak kira kau tengah melihat video lucahTidak kira kau sedang berzina mata, telinga atau tidakBila tiba masanya, nyawa kau melayangJadilah kau manusia tanpa jasadAmalan kau sudah tiada guna, yang tinggal hanyalah amalan terdahuluMenangislah, meraunglah, berteriaklah, menjeritlah dan tiada siapa yang mendengarApa yang mereka masih hidup tahu hanyalah kau telah mati meninggalkan namaTibalah masa kau untuk dimandikan, dikafankan dan dikebumikanBertemulah kau dengan para malaikat penjaga kuburBersiap sedia dengan apa yang akan berlaku di alam kuburKetika tujuh langkah manusia meninggalkan kau, maka bermula kehidupan kau di alam kuburMenanti apakah yang akan disoal para malaikatHiduplah kau di alam sana dengan tenang jika al-Quran dan Hadis dijadikan peganganHiduplah kau dia alam sana dengan resah jika al-Quran dan Hadis dibuat mainan duniaSemoga Allah menerima amalan hamba-Nya

Monolog 33 Bila TibaSaat bila tiba nafas dihujung helaBicara terkunci, nafas terhentiMati akan pasti tiba juaSejauh mana kau lari, sejauh mana kau sembunyiBila tiba waktu, ajal pasti menjemputKetika nafas terakhir berhentiJantung tidak lagi berdayaHanya mampu menangis tanpa suaraBila tiba saat berganti duniaBersediakah kau menjawab segala pertanyaannyaMati mati pasti akan tiba juaKetika kau sedar atau tidakBila tiba waktu, pasti segalanya akan berakhirBerakhir dengan sendiriBila tiba.

Monolog 34 MasyitahKisahmu meruntun jiwa, wahai MasyitahKuburmu harum mewangi seharum kasturiHanya kerana menyebut nama Tuhanmu, kau diseksaTapi itu tidak melemahkan imanmuKau tidak gentar dengan seksa dunia kerana mendambakan syurgaAir yang mendidih, tidak mengetarkan imanmuDiantara keimanan dan kekufuran menjadi pilihanKau pilih akhirat berbanding duniaMaka matilah kau didalam air yang mendidih itu bersama keluargamuTapi kematianmu menjanjikan syurgaIndah kisahmu menjadi tauladan ummahMenyusuri perjalanan hidupmu buat penguat ujian.Damailah disana wahai Masyitah, wanita penghulu syurga.

Monolog 35 Bahaya MulutBegitulah adat manusia,Bila mulut terbuka, pasti ada perkara yang ingin disampaikanBila hati tidak puas hati pasti mulut akan melepaskanBegitulah ragam manusia,Bila lama simpan dalam hati akan jadi nanahMaka cara terbaik, mulut melepaskanMaka hati pun sihat, nanah pun hilangBegitulah lumrah manusiaBila akal nak mengkritik, mulut yang berkataBaru puas hati kerana dapat mengataMaka berdendamlah setiap manusiaBegitulah kehidupan manusia,Bila semua perkara dilepaskan oleh mulutMaka jadilah perang dunia ketigaAntara manusia kerana mulutMaka binasalah perhubungan baikYang baik diburuk-burukkanBegitulah manusia akhir zamanKerana mulut, semua boleh ke nerakaKerana mulut, semua boleh ke syurgaKerana mulut, semua boleh mati.

Monolog 36 Dajjal al-MasihWujud sudah sekian lamanya,Dialah adalah manusia berketurunan Yahudi,Manusia yang ditangguhkan ajalnya sehingga hari kiamatMata kirinya buta dan mempunyai rambut yang kerinting serta mempunyai syurga dan neraka, Syurganya adalah neraka dan nerakanya adalah syurgaTertulis didahinya tulisan Kafir (Kaf-Fa-Ra) yang dapat dibaca oleh semua.Fitnah paling besar yang akan berlaku pada akhir zamanBilakah Dajjal akan muncul ?Munculnya pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama.Untuk empat puluh hari lamanya dan bukan empat puluh hari waktu biasaTapi, hari pertamanya sama dengan setahunHari keduanya sama dengan sebulanHari ketiganya sama dengan semingguDan, hari kempat dan berikutnya sama dengan hari biasa kitaDiberi peluang oleh Allah untuk menguji umat akhir zamanTipu dayanya amat dashyat, hanya orang yang beriman sahaja dapat melawanPada hari itu kuasanya seperti TuhanRamai manusia akan terpedaya dengan terutama kaum wanitaDia akan memperlihat kehebatannya sehingga manusia mengaku dia Tuhan.Ujian ketika itu amatlah tidak tertanggung oleh manusiaDiantara syurga dan neraka menjadi pilihanJika neraka dipilih maka bermaharajalelalah si DajjalPada ketika itu, berkuasalah si Dajjal terhadap duniaMaka bergembiralah para syaitan dan iblis meraikan rakannya.Kedatangannya semakin hampirMonolog 37 Doa TahajjudYa Allah, untuk-Mu segala puji-pujian, Engkaulah pencipta langit dan bumi dan apa-apa yang ada di dalamnya. Untuk-Mu segala puji-pujian, Engkaulah empunya langit dan bumi serta sekalian isinya. Untuk-Mu segala pujian,Engkaulah penyinar langit dan bumi dan mereka yang di dalamnya. Untuk-Mu segala pijian, Engkaulah yang benar, janji-Mu segala benar, berjumpa dengan-Mu kelak adalah benar,Kata-kata-Mu adalah benar dan Muhammad saw itu benar dan hari kiamat itu benar.Ya Allah, Kepada-Mu aku berserah, dan terhadap-Mu aku beriman, Dan kepada-Mu aku bertawakkal dan kepada-Mu aku akan kembali,Dan dengan-Mu aku berpegang teguh dan berdasarkan hukum-Mu aku bertindak.Kerana itu, ampunilah segala dosaku yang lalu dan yang akan datang, Begitu juga yang kusembunyikan mahupun yang kulakukan secara terang-terangan. Engkau Tuhan yang awal dan Engkau Tuhan yang akhir (kekal), Tiada Tuhan Yang Disembah melainkan Engkau dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kehendak Allah.

Monolog 38 - Sinopsis KematianDiberi tanda supaya manusia bersiap sediaMenempuh alam yang lain yang penuh likuAntara sedar atau tidak sahaja kitaPada 100 hari sebelum kematian, Seluruh tubuh akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigilPada 40 hari sebelum kamatian,Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyutPada 7 hari sebelum kematian,Diuji dengan sesuatu musibah penyakit akan mengidam sesuatu atau selera makan bertambahPada 3 hari sebelum kematian,Terasa denyutan dibahagian tengah dahi iaitu diantara dahi kiri dan kananPada 1 hari sebelum kematian,Merasa denyutan dikawasan ubun-ubunTanda akhir,Merasakan satu keadaansejuk di bahagian pusat dan akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik kebahagian halkum.Maka, berakhirlah kehidupannya diduniaTelah selesailah tanggungjawabnya diduniaWallahu alam.

Monolog 39 KhusyukPerkara yang paling susah dilakukan ketika solatKerana apa ? Kerana dunia selalu terbayang didepan mataDunia tidak terlepas dari ingatan walaupun diri tengah menghadap penciptaMasalah dunia tidak akan pernah selesai walaupun telah selesaiAsyik terbayang masalah dunia yang akan datang pulakMana pernah, setiap kali solat dunia terlepasKadang-kadang sampai terbawa-bawa ke dalam mimpiSungguh takut manusia, kalau dunia terlepasLalaikah manusia sehingga solat tidak khusyuk ?Iya, mereka lalai dalam menghayati solatGagal menyempurnakan apa sepatut disempurnakanKhusyuk dalam solat sangat pentingTakkan nak solat sambal lewa, asalkan solat sudahlahMacam itu rupaya perangai hamba dengan pencipta-NyaAsalkan sudah solat, maka selesailah tanggungjawab ?Begitulah umat manusia, bila bersangkut-paut bab ibadah sambil lewaKalau bab hiburan, nombor satu ! Celakalah bagi mereka yang solat tapi lalai dalam menyempurnakannya.

Monolog 40 Al-HumazahCelakalah bagi setiap pengumpat dan pencela.Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya.Dia (manusia) mengira bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya.Sekali-kali tidak ! Pasti dia kan dilemparkan ke dalam neraka Hutamah.Iaitu api (azab) Allah yang dinyalakan.Yang (membakar) sampai ke hati.Sesungguhnya, api itu ditutup rapat atas diri mereka.Sedang mereka itu diikat pada tiang-tiang yang panjang.

Monolog 41 Auratmu LelakiAuratmu lelaki paling mudah dijaga, tapi tidak terjagaDari pusat hingga ke lutut, kawasan yang perlu kau tutupiTapi kawasan itu sering kau langgari, biarkan ia terdedahLebih indah jika mengikut syariatkan ?Ada sebab kenapa iya disyariatkan begituBukan untuk mainan atau gurau senda TuhanmuJangan kau cepat melatah, membantah larangan-Nya, kelak kau binasaTidak susah hendak tutupi, hanya melabukan seluarmu hingga ke bawah lututTapi kau selalu membebankan dirimu dengan dosa yang bertimbunIyanya nampak senang, tapi itulah yang paling susah kau jagaGunalah pelbagai cara sekalipun, untuk kau tutupiAsalkan ia tidak ternampak oleh yag lainKelak dosa kau berkurang.

Monolog 42 Sahabat AkhiratCarilah sahabat akhirat, bukan sahabat duniaCarilah sahabat akhirat ketika engkau hidup, sentiasa ada untukmuCarilah sahabat akhirat ketika engkau mati, boleh baca firman Allah untukmuCarilah sahabat akhirat ketika engkau tiada, sentiasa mendoakanmuBukan sahabat dunia yang ada ketika di dunia sahajaBila engkau pandang dia, engkau teringat TuhanmuItulah sahabat akhirat yang engkau cariHidup bahagialah engkau di kelilingi sahabat akhiratGurau sendanya tidak menyakitkan hatiKata-katanya setiasa menghibur hatiLuhur budinya terpikat di hatiSahabat dunia senang dicari, tapi sahabat akhirat paling susah dijumpaiKadang-kadang ada, kadang-kadang tiada , satu dalam sepuluhEratnya silaturahim tidak akan terpisah, menjaga antara satu sama lainWalaupun jauh tapi dekat dihatiSyurga didamkan, neraka ditolak ketepiSemoga kita berkumpul bersama sahabat akhirat di syurga kelak.Love you, sahabat akhirat

Monolog 43 - Jaga Mahkotamu WanitaDuhai wanita di luar sana,Dengarlah isi hatiku tentang auratmuYang seringkali membuatkan aku dan yang lain beristigfarTapi itu tidak bermakna kau boleh terus membangga membuka aurat sesuka hati.Tidak kesiankah kau dengan manusia yang bernama lelaki ?Wahai wanita, tidakkah timbul perasaan segan dalam hatimuTerutama segan kepada Allah, penciptamu ?Kau seringkali katakan yang hidayah belum sampai ?Tidakkah kau baca kitab Tuhanmu ? Ianya sudah turun sejak 1400 tahun yang lalu !Bertahun-tahun lamanya.Dan azabnya sangat pedih, pernah terkena minyak panas atau tangan melucur terkena air panas ?Sakitkan? Tapi, di neraka sana mungkin 10000 kali lebih daripada itu.Tidakkah kau menyedarinya wahai wanita,Kau tahu bukan kelebihan menutup aurat ?Kau tetap cantik menawan kalau menutupnya, malah lebih cantik daripada sebelumnyaBukan itu sahaja, kehormatanmu juga terturut terjagaLelaki juga akan pandang kau dengan penuh rasa hormatSebab apa ? Sebab kau memang bukan sebarangan wanita.Dan jangan biarkan lelaki diluar sana, memandangmu dengan perasaan ghairahMalukan ? kau wanita yang sudah diangkat tinggi darjatnya.Seharusnya jangan pulak kau merendahkannya kembali.Hargailah usaha dan penat lelah Baginda ( Nabi Muhammad ) .Semoga kita mendapat syafaatnya di akhirat sana.

Monolog 44 Solat QadaKadang-kadang kita sebagai seorang muslim terlupa atau sengaja meninggalkan solat.Itu sudah menjadi kebiasaan , jika persekitaran kita juga orang yang suka tidak solat.Mengapa boleh jadi begitu, berat sangat ke nak solat ?Mungkin kita hanya menunggu masa untuk ajal datang menjemputMasih sempat ke untuk kumpul amalan ? itu semua kerja Allah.Tugas kita sekarang adalah solat dan mengumpulkan pahala.Tapi sebelum itu, sudahkah kita laksanakan solat qada ?Bagaimana hendak laksanakan ? `Aku tidak pernah lakukannya sebelum ini.` Banyak sangat aku tinggal solatTidak mengapa kita usahakan perlahan-lahanJangan usaha banyak-banyak sekaligus dan akhirnya entah nanti kemana solat qada itu ?Kita mula dengan sikit-sikit dulu, kita rancang bagimana hendak lakukanPertama, kita senaraikan sebab utama kita kena solat qada.Terlupa atau sengaja tinggal solat.Kedua, kita senaraikan sebab-sebab lain kita kena QADA.Sewaktu kedatangan haid yang tidak pasti (bagi perempuan) dan solat yang kita rasa tidak sah.Ketiga, kita kena istiqomah melakukannya.Kita mungkin boleh usahakan 5 rakaat sehari ( subuh dan maghrib).Buat sikit-sikit dahulu dan kena cari masa untuk melakukannya.Doa, Usaha, Tawakal, Allah pasti menolong.

Monolog 45 HijrahSatu keperluan yang perlu dilakukan oleh seseorangKenapa pulak perlu hijrah ?Perlulah sayangku, Siapa hendak masuk syurga kenalah berubah kearah lebih baikJangan berada ditakuk yang lama, syurga Allah itu mahalBerubahlah kearah yang baikKearah yang Allah sayang bukan benciKenapa kita perlu mencari kemurkaan-Nya ?Sedangkan kita tahu hidup ini tidak lamaHanya sebentar sahaja dan rugi kalau menghadap-Nya dalam keadaan yang penuh dosaHijrah ini banyak makna bagi lain orang.Hijrah dari free hair ke bertudungHijrah dari tidak solat kepada solat lima waktuHijrah dari tidak menutup aurat kepada menutup auratHijrah dari kaki judi ke kaki masjidHijrah dari pencinta wanita kepada pencinta penciptaIstiqomah dalam berhijrahPasti Allah menolong kita.

Monolog 46 - CintaWahai manusia,Aku tahu cinta itu fitrahAku juga tahu manusia fitrahnya hendak disayangi dan menyayangiTapi jangan pernah sekali kau salah gunakanJangan kau mempersiakan hidupmuDengan lafazkan kata cinta pada yang belum halalJangan mudah kau terperangkap dengan kata manisnyaItu semua dusta belakaWalaupun kau kenal dia selama 20 tahun sekalipunKau tidak akan kenal dia !Yang kau kenal hanyalah lakonannyaBuang masa sahaja nak kenal dulu sebelum nikah.Kau hanya akan mengenal seorang pacar bukan seorang suami/isteriSebab semasa berkasih yang kau cari cumalah keindahan-keindahan, keseronokan, bukan keredhaan.Jangan bazirkan waktumu, air matamu, akal fikiranmu, kewanganmu, dan rasa sakit hatimuHanya untuk mereka yang belum halal buat kau.

Monolog 47 - DarjatDarjatmu telah di angkatTinggi dan setingginya oleh AllahApakah kau tidak bersyukur, wahai wanita ?Tapi, kau selalu menayang !Apakah kau sudah tidak sayang ?Kau kata, kau sayang ayahmu, kau sayang abangmu, kau sayang adikmu lelakimu,Tapi apa buktinya ? Kau penipu !Kau terus membiarkan lelaki durjana diluar sana melihat perhiasanmu.Apakah kau tidak takut kepada azab-Nya ?Kau selalu bilang belum dapat hidayah ?Kau tahukan hidayah Allah sudah datang 1400 tahun yang duluTapi kau ingkar, kau dustakan kenyataan ituKembali sebelum terlambatKembalilah syurga sedang menantimu.

Monolog 48 - ImanPernah bertanya kepada iman tidak ?Bukan manusia yang bernama imanTapi iman didalam diriApa khabar iman di dada sekarang ?Turun atau naik atau sama sahaja dari dulu ?Aku tahu bila namanya manusia, iman pasti akan turun dan naikKerana kita bukan malaikat yang imannya tidak naik dan tidak pula turunDan kita bukan seperti para Nabi yang imannya sentiasa naikKita hanya manusia biasa yang imannya sentiasa berbolak-balikApa yang harus kau buat supaya iman di dada sentiasa ada ?Ikutilah perintah-NyaJauhi larangan-NyaSimple.

Monolog 49 Indahnya KematianBetulkah kematian itu suatu yang indah ?Jikalau betul indah ? Kenapa ramai takut mati ?Kenapa mereka takut mati ?Sebab ada azab kubur menanti kah ?Atau malaikat munkar dan nankir yang menakutkan ?Atau dosa yang bersepah-sepah itu ?Atau ada sebab lain ?Bagaimana boleh jadi sedemikian ?Bila mana dunia di lebihkan, akhirat dijauhiBila mana nafsu menguasai diriBila mana langgar perintah TuhanBila mana duit mengaburi mataBila mana Allah dan Rasul dilupakanBila mana al-Quran berhabukBila mana Alif ba ta tidak kenalBila mana maksiat berleluasaBila mana hutang keliling pinggang giantBila mana tabung masjib tidak tahuBila mana masjid/surau tidak dikunjungiBila mana semua ini terjadi maka indahnya kematian menjadi seramBukankah begitu keadaan kematian yang di ingini ?Seram seperti masuk rumah hantuTapi lebih menyeramkan azab kubur bukan ?

Monolog 50 Al-MaunTahukah kamu orang yang mendustakan agama ?Mereka itulah orang yang mengherdik anak yatim.Dan tidak mendorong memberi makan orang miskinMaka celakalah orang yang solat.Iaitu orang melalai terhadap solatnya.Yang berbuat riyak.Dan enggan memberi bantuan.

Monolog 51 Adat Dan SyariatAdat yang didahulukan dengan syariat ada lebih muliaKerana niat tidak menghalalkan caraSelagi mana adat bertentangan syariat, wajib kau jauhi.Kadang-kadang manusia terlepas pandang, kerana ia sudah menjadi kebiasaanSudah menjadi kelaziman bersalaman dengan sanak saudara ketika berjumpakan ?Tanpa mengira mahram atau bukan mahramJangan disebabkan adat kau menjadi seorang yang melanggar hukum-NyaMenjadikan kau seorang yang taqlid tanpa ilmu, tanpa yakin, tanpa jazzam, dan tanpa buktiMenjadikan kau seorang yang mengikut perbuatan orang lain membuta tuliHukum-Nya kau tolak ketepi, kerana adat menjadi kutamaanSyariat-Nya kau mempersoal, itu tidak boleh, ini tidak bolehLalu mahu jadi apa kau mempersoalkan kata-NyaDerhaka kepada pencipta-MuLalu bagaimana di padang masyhar kelakHidup di dunia bertuankan adatHidup di akhirat bertuankan dosa.

Monolog 52 PalestinPalestinBumi dan tanah rahmat bagi umat IslamDi tanah ini telah terbina Masjidil Aqsa, masjid ketiga paling muliaDi tanah ini juga menjadi rebutan dua pihak, Islam dan YahudiDi tanah ini juga telah menjadikan ramai palestina menderita angkara ZionisPeperangan bukanlah fenomena baru, rakyatnya mati saban hariDemi mempertahankan maruah, mereka terpaksa bangkit menentangYang akhirnya membawa kepada kematianAdakah ini yang kita mahukan ?Membiarkan lebih ramai umat Islam ditindas begitu sahajaMembiarkan Zionis menginjak-injak Masjidil-AqsaBangun manusia,Kau terlampau lena dalam tidurKau terlampau selesa dengan keamanan yang adaLantas, saudara seislammu disana dirobek maruahnyaDibunuh tanpa ada rasa kemanusian, masjidmu dikotoriLalu, apa yang kau lakukan untuk membantunya ?Atau sekadar melihat sahaja ?Bangkitlah dari tidur yang lena, bantulah pelestin.

Monolog 53 KosongDi suatu malam yang dinginHati mula terdetik, akal memproses dan mulut memulakan bicaraKenapa hidup sehari-harian terasa benar kosong ?Seperti lagu najwa latif, kosong kosong kosongAktiviti seharian bagaikan roda, berpusing-pusing tanpa hentiTanpa sedar asyik aktiviti yang sama sahaja berlakuWalaupun begitu masaku tetap terisiTetapi kekosongan itu tetap masih terasaBagaikan ada yang tidak kena dengan rohaniAku mula mencari cari dan mencariHampir berminggu-minggu aku kebuntuan memikirkanTapi, bila diri terjaga diwaktu malam yang larutBagai terdengar seseorang merintih kepada pencipta-NyaAku hanya mendengar dan dengar dan dengarSehingga tidak sedar aku juga turut menitiskan airmataAllah rupanya yang aku cari sudah jumpaRupanya aku tidak pernah bangun untuk bertahajjudSekadar terjaga dan kemudian sambung tidur lagiAku jarang merintih tentang dosa-dosakuBagaimana aku mensyukuri nikmat siang dan malam-NyaBagaimana aku lupa untuk mengabdikan diri di waktu malamKerana seharian siang aku kadang-kadang seakan lupa diri-NyaAllah bangunkan aku ketika lena malamBangunkan aku

Monolog 54 Harapan Dan Kembali 2.0Jika kau nak kembali kepada TuhanTuhan tidak pernah tanya, bapa kau siapa, mak kau siap, datuk kau dulu siapaTak Tuhan tidak akan tanya, Tuhan tidak kisah siapa kau duluMaka kembalilah kepada Tuhanmu, bertaubatlahJika jatuh lagi untuk kali ke 100 pun, tetaplah bangkit bangun dan berdoaManusia yang tampil menetang Nabi pun Tuhan ampunkan dosanyaInikan pula manusia jalanan, jika dia nak balik kepada Islam,Tidak akan pernah ada halangan antara dia dan Tuhan, tidak ada sama sekaliKau doalah kepada Allah dalam keadaan yakin kau akan diterimaKerana Allah tidak akan pernah menerima doa daripada hati yang lalai dan alpaAllah menyahut doa orang yang berdoa kepada-Nya, maka hendaklah kau menyahut seruan-NyaSemua doa menjelma, melainkan hamba itu tidak berdoa bersungguh-sungguhKita sering lupa dan alpa, bahawa Allah lebih tahu apa yang diperlukan hamba-NyaBila Allah memperkenankan sesuatu hajat itu, Dia memperkenankan dalam pelbagai rupaKadang-kadang manusia selalu minta wang, tapi sebenarnya dia bukan nak wangTapi dia nak kebahagian, tapi dia sangka dengan adanya wang, ada bahagiaTapi Allah tidak bagi wang sebanyak mana yang dia minta, tapi Allah bagi kebahagianTapi kebanyakkan hamba-Nya menyangka apa yang dia minta tak sampai-sampai lagiTapi tidak sebahagian besar hayat kau telah kau kecapi nikmat ituTeruskan mengharap dengan TuhanmuKerana manusia berhubung terus dengan Tuhan, tiada halanganIblis minta untuk terus hidup sampai kiamat, Tuhan kabulkan, padahal derhaka betul iblisTakkan hamba-Nya yang solat dan doa, Dia tak bagi, tentu Dia bagiYakinlah dengan Tuhanmu dan bersyukurlah wahai diri

Monolog 55 Tujuh KalimahKetika memulakan sesuatu perkara baik, Maka sebutlah `Bismillahirrahmannirahim`Ketika sesudah habis sesuatu perkara baik, Maka sebutlah ` Alhamdulillah`Ketika tersalah atau terbuat sesuatu perkara yang buruk, Maka sebutlah `Astagfirrullah`Ketika ingin melakukan perkara akan datang atau berjanji, Maka sebutlah ` Insyallah`Ketika tidak dapat melakukan sesuatu yang berat atau melihat sesuatu yang buruk,Maka sebutlah ` Lahaulawalaquataillahbillah`Ketika menghadapi musibah atau melihat kematian,Maka sebutlah, ` Innalillah`Ketika keseorangan atau tiada kerja yang hendak dilakukan,Maka sebutlah ` Laailaahaillallah`

Monolog 56 FitnahKerana kedegilan hati dan mulut, amalan binasaKerana ikutkan nafsu, syaitan bergembiraDan perlu ke nak sebarkan berita tanpa buktiPerlu ke wahai manusia ?Puas ke ikut rasa hati itu untuk menyebarkan fitnahPuas ke wahai manusia ?Puas yang hanya seketika, tidak tahan lamakan ?Esok-esok sakit balik hati ituTuhan sudah banyak kali pesan, jangan sebarkan fitnahIni mesti kes kurang buka al-QuranBuka tapi tidak baca maknanyaDalam surah al-Hujurat ayat 12, surah al-Baqarah ayat 193 dan ayat 217Semuanya sudah Allah nyatakan sejak 1400 tahun duluTapi, biasalah manusia degil dengan kebodohannya sendiriKurang berfikir asyik bertindak melulu sahajaOrang bagi nasihat sikit, mulalah fikir bukan-bukanMacam manalah hendak masuk syurga kalau sifat mazmumah adaBuang perlahan-lahan, bukan seronok pun cerita keburukkan orang niSudahlah bazir masa, dosa bertambah, syaitan bergembira, pahala entah kemana.Sibuk dok buka aib orang, aib sendiri tercelaPergi cari pekerjaan yang boleh bagi syurga bukan neraka.

Monolog 57 DerhakaKenapa mesti dilawan seorang ibu dan ayah itu, wahai anak ?Kenapa sering disakiti perasaan ibu dan ayah itu, wahai anak ?Kenapa harus dilemparkan kata nista kepada ibu dan ayah itu, wahai anak ?Kenapa diletakkan mereka di jalanan, wahai anak ?Jika kau lakukan semua itu, iya tidak akan mengubah status mereka ialah ibubapamuTapi kenapa mesti kau lakukan semua itu ?Iya, aku tahu kadang-kadang perasaan marah memang akan datang tanpa dipintaDatang silih berganti dengan bengang dan benciIya , aku juga tahu kadang-kadang mulut terlepas kata padahal diri tidak bermaksudTapi bila difikirkan balik, seorang anak tidak boleh buat macam iniIni bukan perangai anak terhadap orang tua merekaIslam sangat menjaga adab terhadap ibubapaBahkan untuk berkata `ah` terhadap mereka pun tidak boleh Inikan pula bila mereka menangis kerana perbuatan anaknyaTidak cium bau syurga seorang anak jika derhaka kepada ibu dan ayahnyaAllah akan tunjukkan azab didunia lagi jika dosanya terhadap orang tua adaDi dunia Allah sudah tunjukkan azab bagaimana pula di padang masyhar ?Wallahu a`lam

Monolog 58 Hamzah R.A.Dalam ramai umat yang gugur, satu jasad tubuhnya hancurTubuhnya dikerat, hati dan jantungnya dilapahSetelah dikenal pasti dia, Hamzah perisai NabiGugurnya di medan perang, biar Islam terus terselamatSanggup berkorban jiwa dan raga demi AllahDia digelar Assadullah, ` Singa Allah `Saidina Hamzah AssadullahDikaulah perisai RasulullahBiarpun dikau tewas di perang UhudAda syurga tetap menantimu.

Monolog 59 Sumayyah SumayyahDikau wanita lambang wanita solehahKeluargamu golongan pertama memeluk IslamWalaupun ketika itu kaum musyrikin mengancam untuk membunuh sesiapa yang memeluk IslamTapi, dikau tidak gentar, kerana memiliki iman yang teguhApabila pengislamanmu tersebar, keluargamu diseksaDikau diberi pilihan untuk memilih iman atau kekufuranTapi, hatimu tetap menegaskan yang dikau beriman kepada Allah Sabarlah keluarga Yasir, disediakan syurga untukmu disanaKeluargamu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah mentariKaki dan tanganmu diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci punWalaupun terpaksa mengorban nyawa, dikau tegah memilih syurgaLalu tombak tajam menikam, lalu jasad tidak lagi bernyawaNamun iman didadamu sedikit tidak berubahSumayyah, kisahmu mengoncang dunia mencipta sejarah

Monolog 60 Al-MasadBinasalah kedua tangan Abu Lahab, dan sesungguhnya dia akan binasa.Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang dia usahakan.Dia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.Dan begitu juga binasalah isterinya, pembawa kayu bakar.Di lehernya ada tali dari sabut yang dipintal.

Monolog 61 Bilal Bin RabahDikau seorang muazzin yang terkenal di zaman RasulullahSuaramu merdu bila melaungkan azanBerita dikau masuk Islam, telah diketahui tuanmuDikau diseksa, didera ditengah padang pasirDibawah keterikkan panas matahari yang membakarDikau dipukul, agar kembali ke agama asalTapi keimananmu menebal, tanpa henti menyebut `Ahad! Ahad!`Nama Tuhanmu sentiasa dihatiAntara syurga dan neraka, dikau lebih memilih syurgaNamun, seksaan untukmu tidak pernah terhentiMereka memakaimu sehelai baju besi dan kakimu dirantai Dikau sesak nafas akibat batu yang menghimpapmuAzab yang diterima tidak terperi sakitnyaTetapi dikau tetap menyebut `Ahad! Ahad!`Dikau dibebaskan oleh Abu Bakar, bila berita penyiksaan sampai ke pengetahuannyaDan akhirnya dikau menjadi sahabat baik Baginda.Pengakhiran kisah hidupmu menjadi sejarah.

Monolog 62 BerkawanManusia, ingin sekali aku sampaikanJangan memilih dalam berkawanJangan disebabkan kau bertudung labuh atau pelajar agama atau anak orang kaya atau pandaiKau hanya berkawan dalam kalangan kau sahajaKenapa pula perlu begitu ?Kenapa pandang rendah kepada mereka yang free hair, pakaian ketat, miskin, kurang pandai dan sosial ?Sampai bila mahu berdakwah dikalangan kau sahaja ?Keluarlah dari kelompok zon selesa ituBukalah luas akal dakwahmu, jangan memilih dalam berkawanMereka juga manusia yang perlukan bimbinganTetapi kenapa kau pulaukan mereka ?Terkontang-kanting, mereka mengejar hidayah Allah ?Ajaklah mereka sekali, menuju syurga AllahKerana syurga Allah itu luas.

Monolog 63 - Bersangka BaikWahai hamba AllahTetapkan hati kau untuk bersangka baikHilangkan segala noda hitam di dalam hati ituBila betul-betul ada bukti di depan mata barulah kau mula bertindakJikalau tidak ada, maka lebih baik kau berdiam diriJangan mengambil keputusan terburu-buru, buruk padahnyaKadang-kadang apa yang kita lihat itu semua boleh jadi tipu belakaKerana apa ? Kerana kadang-kadang mata boleh menipuKadang-kadang hati pun juga boleh menipuApakah kau tidak sedari selama ini ?Jangan di ikutkan kata hati, kelak engkau tahu padahnya nantiBuatlah keputusan bila kau betul dalam keadaan yang tenangTidak marah dan tidak pula geram

Sekalipun mereka berbuat kejahatan di depan mata kau sendiriTetaplah bersangka baik, buanglah sifat bersangka buruk dalam diriAku tahu susah, kerana aku pun mengalaminyaUsaha tetap usaha, jangan biarkan hati kau hitam bagai arangSebab hendak masuk syurga Allah bukan senang kena ada ujianHadapi ujian itu, buang titik hitam itu.

Monolog 64 Engkau yang duluSiapa engkau yang dulu ?Engkau dahulu seorang peminum arakEngkau dahulu seorang penzinaEngkau dahulu seorang munafikEngkau dahulu seorang pemutar belitEngkau dahulu seorang kawan makan kawanEngkau dahulu seorang penagih dadahEngkau dahulu seorang pengedar dadahEngkau dahulu seorang pembunuhEngkau dahulu seorang pengumpatEngkau dahulu seorang tidak solatEngkau dahulu seorang derhaka kepada ibubapaEngkau dahulu seorang riak,ujub dan takburTidak kira dahulu siapa engkau, jika sekali engkau bertaubat bersungguh-sungguhNescaya, Allah akan pandang engkau yang sekarang bukan dahulu.Engkau tahu itu tandanya ? Allah tidak mahu engkau tergelincir lagiAllah sayangkan engkau sebab itu Dia tarik engkauAllah selalu bersama hamba-Nya, cuma hamba-Nya tidak bersama-NyaAllah tidak pernah rugi, tapi manusia memang selalu berada dalam kerugianBila penyesalan itu berada setelah nafas sudah tiada, baru engkau mengalami kerugian yang melampau.Jika engkau sudah bertaubat, fikirkan masa depan engkauMasa belakang engkau minta Tuhan ampunkan.Supaya nanti tidak menjadi suatu kesesalan sewaktu menerima buku cacatan amalan.Tangan kiri atau tangan kanan ? Engkau yang tentukan.Monolog 65 Si Peninggal SolatSemua manusia tahu solat itu wajibSemua manusia tahu solat itu tiang agamaSemua manusia tahu azab meninggalkan solatSemua manusia tahu kalau tinggal solat kena gantiSemua manusia tahu solat mencegah daripada maksiatSemua manusia tahu jika tinggal dengan sengaja, itu berdosaSemua manusia tahu itu ini tentang solatTapi tidak semua manusia menunaikkan solat.Mereka hanya cuma tahu, tapi tidak tahu melakukanIya betul, mereka hanya tahu sahajaMasuk telinga kiri keluar telinga kanan, bagaikan mencurah air ke daun keladiDunia akhir zaman sudah datangTiupan sangkala akan berlaku, dunia akan akan musnahTiada guna taubatmu, tiada guna air matamu, tiada guna launganmuWaktu itu termenunglah wahai si peninggal solatBersiap sedia bertemu AllahBersiap sedia bertemu para malaikatBersiap sedia dengan timbanganmuBersiap sedia dengan titian siratBersiap sedia dengan buku amalanmuBersiap sedia dengan azab neraka Bersiap sedia disoal dihadapan bukan billion malah infinityBersiap sedia dengan aibmu yang Allah simpan di duniaBersiap sedia dengan kesedihan Rasulullah Allah pasti murka kerana kau sudah mungkir janji dengan-Nya.Monolog 66 Peringkat SolatKau solat ?Berapa waktu ?Berapa kali sehari ?Bukan itu yang ingin dipersoalkanTapi, jenis peringkat solat yang bagaimanakah kau lakukan ?Peringkat pertama, solat yang menjadi ikut-ikutanOrang yang solat secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut orang.Peringkat kedua, solat main ikut seleraMereka ini sekejap solat sekejap tidak, kalau ada masa dan mood baik maka solatlah dia.Peringkat ketiga, solat yang lalaiOrang yang solat, ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tidak khusyuk di dalam solatnya. Peringkat keempat, solat awamGolongan yang solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, tapi tak dihayati dalam solat itu.Peringkat kelima,solat orang yang lalaiGolongan ini seperti main tarik tali didalam solatnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Peringkat keenam, solat para solihinMereka yang solat, tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya dan khusyuk.Peringkat ketujuh, solat para muqarabbinMereka solat tapi tidak mengingati dunia didalam solatnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan solat itu.Peringkat kelapan, solat para siddiqinIbadah solat itu dijiwai didalam solat malahan ia dapat mempengaruhi diluar kerana mereka yakin solat punca penyelesaian masalah.Diperingkat keberapa solat kita ?Monolog 67 Tanda KecilDisaat manusia berada dilena yang panjangAkhirnya telah hampir selesai ataupun telah selesai tanda kecil kiamatSedar atau tidak sedar, manusia tetap berada ditakuk yang lamaWalaupun tanda kecil telah selesai dan menunggu tanda besar kiamat pulaPenaklukan Baitulmuqaddis, zina bermaharajalela.Bermaharajalela alat muzik, menghias masjid & membanggakannya.Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.Ramai orang soleh meninggal dunia, orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Bulan sabit kelihatan besar, banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.Bila tanda kiamat kecil sudah selesai, maka tanda kiamat besar tibaBila mana semuanya telah selesai, tibalah kiamat sebenarDan kalian ketika itu seperti keldai yang terpinga-pinga.Maka, ambilah peringatan.

Monolog 68 Rahsia WanitaBermula terjadi perbicaraan antara Allah dan Malaikat-Nya mengenai makhluk ciptaan-Nya yang bergelar WANITA. Sesungguhnya ALLAH SWT memerlukan waktu yang cukup untuk menciptakan wanita padahal boleh saja Allah menyatakan Kun, Fayakun jadilah, maka jadi tetapi Allah Maha Bijaksana, memberikan pelajaran dan pengajaran kepada manusia bahawa apa pun yang hendak dibuat harus tersedia waktu dan masa yang cukup dan perlu proses kejadiannya. Malaikat menghadap Allah dan bertanya : Ya Allah, mengapa memerlukan waktu untuk menciptakan wanita ini..? maka Allah menjawab: Apakah kamu memperhatikan seluruh keistimewaan dan seluruh sifat yang ada pada ciptaan-Ku ini? Ciptaan ini harus memiliki lebih dari 200 organ yang selalu bergerak agar bisa menjalankan semua tugasnya. Ciptaan ini kelak harus mampu melayani suaminya, menjaga harta keluarga dan menjadi ratu di rumah tinggalnya. Ciptaan ini kelak harus mampu membuat enak segala macam makanan yang dihidangkan. Dia harus kuat mengandung anak dan sanggup melahirkan berkali-kali. Dia harus memberikan cinta yang bisa menyembuhkan rasa sakit. Dia harus bisa melakukan segala sesuatu hanya dengan 2 tangannya. Malaikat terkejut dan berkata : Hanya dengan 2 tangan 2 tangan! ini adalah hal yang mustahil.. Allah terus melanjutkan ciptaan-Nya. Lalu kepada malaikat, Allah berfirman : Tunggulah sampai besok aku akan menyelesaikan semuanya. Tunggulah sebentar ! Ciptaan ini akan segera selesai. Dia ini akan selalu dekat dengan Aku. Dia bisa menyembuhkan dirinya saat jatuh sakit. Dia bisa bekerja sepanjang hari dan malam Malaikat mendekati wanita yang sudah tercipta dan memegangnya, lalu bertanya kepada Allah : Ya Allah, Engkau jadikan wanita ini sangat lembut! Allah menjawab : Ya, sesungguhnya dia sangat lembut, tetapi Aku jadikan dia sangat kuat. Kamu tidak bisa menggambarkan sampai dimana kekuatannya, dia mampu menanggung beban dan menahan diri untuk bersabar. Malaikat bertanya: Apakah dia bisa berpikir? Allah menjawab : Tidak hanya berpikir, dia pandai mengambil hati dan pandai berbicara, dia bisa berdialog dan juga bisa berdebat.Malaikat memegang pipi wanita itu dan merasa asing, kemudian bertanya kepada Allah :Ya Allah mengapa pipinya ranum dan berkilau..? Allah menjawab : Pipi itu bukan semata ranum dan berkilau. Di situ tersimpan air mata dan di situ terletak banyak beban berat. Malaikat bertanya : Kenapa mengalirkan air mata? Allah menjawab : Air mata adalah satu-satunya cara melepaskan beban. Mengalirnya air mata adalah cara untuk mengungkapkan kesedihan, ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta, kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagian dan segala macam rasa yang ada dalam dirinya Apabila Allah mencintai hamba-Nya, maka Dia akan mengujinya karena senang dengan keluhan (air mata) nya. Al-Hadits Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk. Dan sungguh bagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah yang paling atasnya. Bila engkau ingin meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau ingin bersenang-senang dengannya, engkau bisa bersenang-senang namun padanya ada kebengkokan.Wallahu a`lam

Monolog 69 Subuh TerakhirSuasana sejuk mencucuk-cucuk tubuhkuPeluh dingin membasahi badanTerasa bagaikan masa sudah terlalu hampirhampirAdakah ini hari terakhirku diduniaMeninggalkan amalan yang semedikian rupaAdakah akan datang malaikat maut menjemputkuDimana dia ? Dimana dia ?Kekiri dan kekanan aku mencari,Sehingga penat leher aku berpusingSusana sejuk kian mencengkam, tapi itu tidak menghilangkan resahkuYa Tuhan, adakah masaku telah tiba ?Ya Tuhan, apakah tiada masa lagi aku untuk berubah ?Adakah in subuh terakhirku ?Menghadap-Mu dengan penuh nodaAirmata kian laju turun bagaikan sungai yang derasMenangis teresak-esak, tiada siapa mendengarYang kedengaran hanyalah, esak tangisku tenggelam dengan kebisingan cengkerikPerasaan takut kian menyesak dadaKetepuk dada berkali-kali sakit sakitAllah Allah Allah AllahJika ini pengakhiranku, aku terimaBiarlah aku menghadapmu dengan subuh yang terakhirSubuh kian melabuh tirai dengan perginya seorang Hamba-NyaSelamat tinggal

Monolog 70 Al -`AlaqBacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan.Dia telah mencipta manusia dari segumpal darah.Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena.Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.Sekali-kali tidak ! Sesungguhnya, manusia itu benar-benar melampui batas.Apabila melihat dirinya serba cukup.Sesungguhnya, hanya kepada Tuhanmu tempat kembalimu.Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang.Seorang hamba ketika melaksanakan solat.Bagaimana pendapatmu jika dia (yang dilarang solat itu) berada diatas kebenaran.Atau dia menyuruh bertakwa (kepada Allah) ?Bagaimana pendapatmu jika dia ( orang yang melarang) itu mendustakan dan berpaling ?Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala perbuatannya).Sekali-kali tidak ! Sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian), nescaya Kami tarik ubun-ubunnya.(Iaitu) ubun-ubun orang yang berdusta dan derhaka.Maka biarlah dia memanggil golongannya (untuk menolongnya).Kelak Kami akan memanggil malaikat Zabaniyah (penyeksa orang yang berdosa).Ingatlah ! Jangan kamu patuh kepadanya dan sujudlah serta dekatkan dirimu dengan Allah.

Monolog 71 Azab KuburDashsyatnya azab kubur belum kita rasaiTapi ramai manusia sudah menunjuk cirri-ciri nak merasainyaAzab kubur hanya intro sebelum menempuh azab nerakaBila sudai rasai azab kubur, azab neraka bagaimana pulak ?Lebih kurang 300 ayat menyatakan tentang kematian dan kehidupan selepas matiTapi manusia, kurang membaca kitab Tuhan-NyaMungkin mereka lebih selesa untuk merasainya sendiri ?Bila mana pertanyaan munkar dan nakir tidak bisa dijawabBagaimana pula pukulan munkar dan nankir ?Yang pasti pukulannya bukan macam cikgu pukul murid !Belum habis dengan siksaan itu, ditambah pula dengan fitnah kubur.Bertambah masalah didalam kubur, bagaimana mahu selesaikannya ?Jawapannya sudah ada didunia sejak 1400 tahun dahulu.Cuma manusia sahaja yang ketegaq ! Tidak mahu ambil portBila dah merasai azab kubur baru terhegeh- hegeh, nak meraung bagaiHey manusia ! Waktu itu tiada guna lagi, nak tak nak kena hadapItulah waktu didunia sombong dengan kebenaranOrang ajak ke syurga, kau sibuk nak ke nerakaSekarang ini ada masa lagi, berubahlahTidak boleh banyak, buat sikit-sikit duluSemoga Allah lindungi kita daripada azab kubur mahupun azab nerakaAminn.

Monolog 72 SelawatKelebihannya sungguh luar biasa bagi siapa yang mengamalkanyaApatah lagi sekarang pelbagai selawat boleh diamalkanTidak kira selawat kepada Allah ataupun Rasul-NyaSudah tentu selawat keatas Nabi SAW sangat dituntutFirman Allah dalam al-Quran, Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi; wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkan salam baginya ( surah al-Ahzab | 33:56)Setiap kebaikan itu ada balasan baiknyaJika kau berselawat sudah tentu ada kelebihannyaMengapa menafikan kelebihan itu ?Antara kelebihannya mendapat keampunan Allah, Tidak mahukah kau, manusia ? Mendapat pengampunan TuhanmuMendapat syafaat Rasulullah SAW, bagaikan satu nikmat tidak terkataBerada berdekatan dengan Rasulullah, apatah lagi perasaannyaSabda Rasulullah SAW, barangsiapa berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda.(HR Muslim)Allah pasti akan hapuskan dosa-dosa kecilmu, kerana Allah tidak lokek dalam memberiSetiap penyakit ada penawarnya, maka berselawatlahJika hadapi kesukaran hidup, maka berselawatlahJika mahu kemurnian hati dan jiwa, maka berselawatlahJika sedang berdukacita, maka berselawatlahRasulullah mendengar setiap selawat yang diucapkan umatnyaJangan sampai Rasulullah tidak mahu pandang kita kerana kurangnya berselawatMulakan hidup kau dengan selawat.

Monolog 73 HutangHutang keliling pinggangPerkara yang dipandang ringan manusia yang beragama IslamBila aktiviti berhutang sudah menjadi asas kehidupan manusiaYang miskin boleh kaya, yang kaya terus kaya rayaHutang menimbun, Along kejar boleh lari dan sembunyiTapi bila mati, azab Allah menanti bila mana hutang tidak dijelaskanKalau nak pinjam itu berpada-pada, ikut kemampuanNampak sikit orang lain pegang duit banyak, kita ikut sama nak duit banyakTapi bila bab langsaikan hutang, semua menyorok dalam rumah Allah sudah terang panjang lebar bab hutang dalam surah al-Baqarah ayat 282Pergi balik rumah, buka al-Quran dan bacaSebelum mati kena wajib selesaikan hutang piutangTidak kisahlah sehinggit ke dua hinggit kita berhutangHutang tetap hutang, melainkan si peminjam halalkanBiar mati meninggalkan nama, jangan mati meninggalkan hutangWallahu a`lam

Monolog 74 - SolatkuWahai penghuni dunia,Sudahkah kau melihat balik solatmu ?Kau tidak tahu apa yang hendak dilihat balik ?Mari sini kita kongsikan ilmu Allah bersama.Pertama ialah wuduk,Sudah sempurnakah wuduk kita Sudah betulkah cara kita mengambilnya, terutama pada bahagian wajib Jangan yang sunat dikata wajib, jangan yang wajib dikata sunat.Kedua ialah syarat syarat sah solat,Beragama Islam, baligh, suci dari hadas kecil dan hadas besarSuci seluruh anggota badan, pakaian dan tempat., menutup aurat, telah masuk waktu solat Menghadap kearah kiblat, mengetahui mana yang termasuk rukun dan mana yang sunat.Ketiga ialah perkara yang membatalkan solat,Berkata-kata dengan sengaja, perbuatan yang banyak dan berturut-turut.Berhadas kecil atau besar, terkena najis pada badan, pakaian atau tempat solat.Membuka aurat dengan sengaja, berubah niat, berpaling daripada menghadap kiblat.Keempat ialah rukun solatBerdiri bagi yang mampu (Fi'li), niat (Qalbi),

Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama) (Qauli), membaca surah Al-Fatihah (Qauli),

Rukuk dengan tama'ninah (Fi'li), iktidal dengan tama'ninah (Fi'li),

Sujud dengan tama'ninah (Fi'li), duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah (Fi'li),

Duduk Tasyahhud akhir (Fi'li), membaca bacaan Tasyahhud Akhir (Qauli),

Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir (Qauli),

Mengucapkan salam yang pertama (Qauli) dan tertib (Qalbi).Sukanya aku ingatkan kepada kau, berhati-hati terhadap rukun QauliRukun Qauli dalam solat adalah wajib berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri Tidak boleh berbisik atau baca didalam hati atau baca tapi ada huruf yang tidak didengari.Ibarat rukun qauli ini kena sempurna ! Tidak boleh salah pun.Sebab itu bab solat kita dituntut untuk belajar sampai matiUlang semula bacaan-bacaan dalam solat daripada orang sempurna solatnya.Belajar dan belajar sampai ke liang lahad.Jangan malu bertanya.

* Qauli - perkataan* Qalbi - Hati* Fi`li perbuatan

Monolog 75 - Jaga Aib RakanManusia, jangan kau sebarkan aib rakanmu.Sebagai contohnya, jangan sebarkan gambar rakanmu yang tidak menutup aurat dengan sempurna.Kesian kau dan dia, dua-dua terpalit dosa.Cuba bayangkan, gambar yang kau post atau update bukan dilihat oleh seorang malah beribu-ribu manusiaKau bayangkan lagi, berapa dosa yang kau dan dia dapat dalam masa satu hari ?Bukan hanya satu dosa tapi mungkin beribu dosaDengan dosa yang banyak ke kau mahu masuk ke syurga ?Dengan dosa yang banyak ke kau mahu berjumpa dengan Rasullulah ? Minta syafaat ?Selagi kau tidak padam selagi itu kau dan dia terpalit dosa.Mahukah, berjumpa dengan Allah dengan timbangan yang berat dengan dosa ?Memang nampak biasa pada pandangan mata kau.Atau kau berfikir kenapa harus aku menjaga aurat dia ? Sedangkan dia tidak menjaganya ?Itulah fungsi rakan, menutup aib atau kelemahan rakannya.Tutuplah aib manusia lain insyallah Allah akan tutup aib kita.Mati tidak menunggu kita, malaikat maut selalu memerhatikan kita.Kalau Allah kata jadilah, maka jadilah ia. Kun Fayakun.Perhatikan gambar itu dulu sebelum post atau update.Wallahua'alam

Monolog 76 - Islam Sekadar Di ICBetulkah kita ini sebenarnya Islam, atau hanya sekadar di IC sahaja ?Ramai marah bila dikata `kau hanya Islam diatas IC. `Betulkan tahu pula kau marah !Tapi apa yang kau buat sehingga digelar Islam sekadar di IC ?Kau tidak praktikkan Islam sebenarnya !Kau hanya selesa Islam di IC berbanding Islam dalam diri engkau.Kau banyak melakukkan perkara syaitan, lebih daripada syaitan melakukan kerjanya.Ibarat engkau menyenangkan kerjannya, terimalah kenyataan kau dan syaitan tiada beza !Marah ? Itu bukan urusan aku.Jangan suatu hari nanti di atas IC tiada langsung menunjukkan kita ini Islam lagiJangan kita jauh dari Islam walau sedikitpun dan jika sekali kau terbabas,Bangkitlah ! Bangunlah ! Jangan putus asa ! Masih ramai memerlukan kau !Berbuatlah kebaikan sehingga mati.Jadi manusia yang sentiasa diingati kebaikkannya oleh penduduk bumi dan langit.Jangan bahagia di dunia tapi akhirat sengsara.Bersusahlah dahulu di dunia bersenanglah di akhirat.Dunia tempat kau berpenat, supaya nanti di syurga kau dapat berehat.Dunia ini akan tamat tidak lama lagi, tiada siapa tahu kecuali Allah.Selagi masa masih ada berbuatlah kebaikkan walaupun sekecil zarah, tetap dicatat oleh malaikat.Mungkin kebaikkan yang kecil itu dapat menolong kau antara syurga dan neraka.Kita hanya merancang Allah jualah penentu segalanya.Moga kau dan aku dibawah rahmatnya.

Monolog 77 IstiqomahAku tahu payahnya hendak istiqomahIya, memerlukan kesabaran yang tinggiIya, memerlukan tahap keimanan yang cukupTapi itulah yang dikatakan ujian duniaHendak seribu daya taknak seribu dalihTahan godaan syaitan !Tahan godaan nafsu !Tahan godaan manusia !Jangan disebabkan kau lemah rohaniKau tidak kuat dan akhirnya kau robohKau kembali pada yang lamaAyuhlah istiqomah kawanJangan melihat kebelakang lagi, majulah ke hadapanIblis pasti menangis melihat kau, kerana berjaya mematahkan helahnyaLihat kehadapan, kerana syurga sedang menanti kau.

Monolog 78 Bacaan SolatPernah atau tidak sekali sahaja dalam hidup kita terfikir untuk betulkan bacaan al-Fatihah ?Bukan sahaja al-Fatihah, tapi takbiratulihram, tahiyat akhir, selawat dan memberi salam.Pernah atau tidak ? Atau kita main baca sahaja ?Tidak pernahkah kita berfikir betul ke bacaan dalam solat aku selama ini ?Dan pernah tidak kita fikir bagaimana nak membetulkannya ?Kau tahukan, bacaan al-Fatihah, takbiratulihram, tahiyat akhir, selawat dan memberi salam adalah bacaan wajib dalam solat.Kalau semua itu, kita pun tidak betul, bagaimana dengan solat kita ?Habis selama ini, sah atau tidak solat kita ? bagaimana pahala solat kita ?Menangis memikirkannya, terkedu dan terdiam kita seketika.Tiada guna belajar sampai phd tapi kalau bab solat FAIL ! SeiringkanlahTakkan nak menghadap Allah dengan solat tidak sempurna Tolong jangan ambil ringan bab-bab solat.Kerana itu perkara pertama yang akan ditanya AllahBelajar untuk memperbetulkannya.

Monolog 79 MenangisApa yang kau tahu tentang menangis dalam solat ?Pernah kau bertanya dengan diri sendiri ?Kenapa para alim ulamak boleh menangis dalam solat mereka ?Kenapa mereka menangis ?Kenapa aku tidak pernah menangis ?Mereka jugak sama manusia macam akuTapi kadang-kadang mereka menangisAku ? entahlah bilalahBila aku fikirkan, mungkin ini salah aku.Kurang memahami makna bacaan solatAku yang hanya tahu baca tapi tidak tahu erti bacaanya.Kita manusia yang lalai dan rugi dalam merenung rahmat Tuhan.Kita boleh menghafal pelbagai lagu, tapi gagal dalam menghafal erti bacaan solat.Kita manusia hanya mahu disuap sahaja tidak mahu mencari.Kita selalu gagal dalam memberi yang terbaik kepada sang pencipta.Bila gagal seorang manusia, jangan salahkan ibubapanyaTapi tengoklah solatnya. Semuanya bermula dari solat.Kita semua tahu solat itu tiang agama.Kita semua boleh berfikir kalau satu tiang tiada apa akan terjadi kan ?Kita semua boleh berfikir dengan baik, malah lebih baik daripada haiwan.Perelokkan solatmu,Nanti bila ditanya Allah, kita sudah ada jawapannya.

Monolog 80 Al-FalaqKatakanlah Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh.Daripada kejahatan makhluk-Nya.Dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap-gelita.Dan daripada kejahatan wanita-wnita tukang sihir yang menghembuskan pada simpulannya.Dan kejahatan daripda orang yang dengki apabila dia dengki

Monolog 81 12 BarisanSiapakah mereka di 12 barisan ?Apakah yang mereka buat ketika didunia sampai menjadi 12 barisan ?Bila dibangkitkan di padang masyhar dibarisan yang manakah kita ?Siapakah kau barisan pertama ?Mereka bangkit dalam keadaan tanpa tangan dan kaki kerana menyakiti hati jirannya.Siapakah kau barisan kedua ?Mereka bangkit dengan muka berbentuk babi hitam kerana melewatkan, melalaikan, meremehkan solat, membuat dosa, mengumpat, mendedahkan aurat, dan melakukan kemungkaran.Siapakah kau bari ketiga ?Perutnya seperti gunung penuh dengan ular dan kala jengking seperti keldai kerana enggan mengeluarkan zakat dan kedekut membelanjakan harta ke jalan Allah.Siapakah kau barisan keempat ?Mulut mereka mengalirkan darah kerana berdusta dalam jual beli dan mengaut untung.Siapakah kau barisan kelima ?Dibangkitkan dalam keadaan angin bertiup, baunya lebih busuk daripada bangkai manusia kerana tidak takut kepada Allah, menyembunyikan kejahatan dirinya.Siapakah kau barisan keenam ?Tengkorak dan tengkuk mereka putus kerana menjadi saksi palsu, mengada-adakan cerita sehingga orang lain terhukum.Siapakah kau barisan ketujuh ?Bangun dalam keadaan tidak berlidah dan dari mulut keluar nanah dan darah kerana enggan menjadi saksi yang adil menyatakan kemungkaranSiapakah kau barisan kelapan ?Bangkit dalam keadaan terbalik kaki ketas tangan kebawah kerana melakukan zina tanpa sempat taubat.

Siapakah kau barisan kesembilan ?Bangkit dari kubur dengan muka hitam, mata dan perutnya penuh dengan api kerana mereka memakan harta anak yatim dengan cara aniaya.Siapakah kau barisan kesepuluh ?Bangkit dengan tubuh mereka penuh dengan penyakit kusta dan belak kerana derhaka kepada orang tua.Siapakah kau barisan kesebelas ?Bangkit dalam keadaan buta hati dan mata, giginya seperti tanduk lembu jantan, bibirnya melebar hingga ke dada, lidah menjulur hingga ke paha, perut mereka mengeluarkan kotoran kerana meminum arak.Siapakah kau barisan keduabelas ?Bangkit dalam keadaan wajah berseri-seri laksana bulan purnama, melalui titian sirat seperti kilat menyambar kerana mereka adalah orang beramal soleh dan berbuat kebaikkan serta menjauhi kemungkaran.Begitulah dasyat keadaan manusia dipadang masyharDalam ramai begitu ramai manusia, hanya sedikit mendapat rahmat-NyaDan ramai menerima penderitaanSemoga Allah memberi perlindungan kepada kita.

Monolog 82 Hati Kadang-kadang hati ini susah di dugaBila perasaan marah datang, hati ikut sama marahBila perasaan gembira datang, hati ikut sama gembiraHati dan perasaan sering seiringTapi kadang-kadang hati selalu memberontakHati selalu ikut nafsuBila nafsu memuncak, hati pun ikut sama naikHati dan nafsu sering berkawan baikHati dan akal juga berkawan baikHati dan akal sering bekerjasama kalau nafsu tidak ikut samaTapi, hati dan akal juga sering bercanggah kalau nafsu adaHati dan akal tidak boleh berkawan dengan nafsu, iya ibarat musuh ketatBegitu jugalah manusiaBilamana hati dan akal ingin melakukan benda baik, nafsu akan cuba menghalangHalang dan terus menghalang sehingga manusia itu bosan dengan kerjanyaHati manusia bagaikan roda, jika tidak dikawal, nafsu akan ikut sama dan akal tidak dapat menghalang.Bila hati ikut nafsu, akal tidak dapat berfungsiJadinya manusia harus berhati-hati kerana nafsu tidak boleh berkawan baik dengan hati dan akalTapi hati tidak selalunya dapat bersama akal kerana, hati mudah cair dengan godaan.Moga Allah pelihara perasaan, hati, nafsu dan akal kitaAmin.

Monolog 83 Fakta Al-QuranSebuah kitab yang diturunkan di bulan ramadhan pada Nabi MuhammadNama lain bagi Al-Quran ialah Al-Furqaan, Al-Kitaab, Al-Zikr dan Al-HudaPertama kali diturunkan adalah di Gua Hira, MakkahTempoh Al-Quran turun selama 22 tahun 2 bulan 22 hari secara beransur-ansurAl-Quran mengandungi 6236 ayat iaitu 4475 ayat diturunkan di Makkah dan 1761 ayat di MadinahAl-Quran mengandungi 30 juzukJumlah surah yang diturunkan di Makkah sebanyak 86 surahJumlah surah yang diturunkan di Madinah sebanyak 28 surahPerkataan Allah disebut di dalam Al-Quran sebanyak 2698 kaliAl-Quran menekan mengenai solat sebanyak 700 kaliManusia pertama yang mengira ayat-ayat Al-Quran adalah Saidatina Aisyah r.aNama nabi yang paling banyak disebut adalah Nabi Musa a.sSurah terpanjang ialah Surah Al-Baqarah dan surah terpendek adalah Surah Al-KautharSurah Al-Anaam ayat 124 adalah ayat dimana ada dua perkataan Allah terletak bersebelahanPerkataan Al-Quran diulang-ulang sebanyak 68 kali dalam Al-QuranPerkataan Syaitan dan Malaikat disebut sebanyak 88 kaliBismillahirahmannirahim ditulis mengunakan 19 huruf Allah menyebut lelaki dan perempuan sebanyak 23 kaliBila dikaji Al-Quran ini, bagaikan terkelu manusiaSungguh hebat penciptakuTerima kasih Allah.

Monolog 84 DosaBila fikirkan hari ini, sebanyak mana dosa yang aku kumpulLebih banyak pahala atau dosa yang aku kumpulBelum ditambah dengan dosa semalamBelum ditambah dengan dosa kemarinBelum ditambah dengan dosa semalam punya semalam punya semalamBelum ditambah dengan dosa yang akan datangSetinggi bukit uhudkah ? atau setinggi gunung HimalayaBagaimana pula dengan dosa-dosa aku yang selama aku hidupMungkin gunung pun tidak mampu untuk menanggungnya lagiTapi Tuhan maha pengampunSetinggi mana dosa engkau, sebanyak mana mana dosa engkauDengarlah manusia, Tuhanmu itu Maha PengampunEngkau hamba-Nya yang Dia kasihiEngkau hamba-Nya yang Dia limpahkan nikmatEngkau hamba-Nya yang Dia ciptaDengarlah manusia, Tuhanmu itu Maha PengampunPanggillah nama Tuhanmu, sebutlah nama DiaDia sentiasa dekat denganmu, walaupun kau jauh dari-NyaSebutlah nama-Nya, kau akan rasai kehadiran-NyaAllah Allah Allah Allah

Monolog 85 HidupHidup di dunia ini jangan sombongHidup di dunia ini jangan bongkakHidup di dunia ini jangan anggap hukum Allah tidak wujudHidup di dunia ini jangan fikir syurga dan neraka tidak adaHidup di dunia jangan fikir kau tidak melalui azab kuburHidup di dunia ini jangan fikir kau tidak melalui titian siratHidup di dunia ini jangan kau fikir tidak dapat balasan duniaHidup di dunia ini jangan kau fikir dosa pahala tidak pernah wujudHidup di dunia ini jangan kau fikir akan selamat selamanyaHidup di dunia ini jangan fikir Tuhan tidak memerhatikan kauKiranya, hidup di dunia ini hanya tempat persinggahan sementara menunggu bagaimana kubur siap dihias.Banyak ular ke kubur ? atau banyak kala jengking ? atau banyak air ? ataupun kubur kita bau wangi ?Semunya boleh ditentukan di dunia lagi. Bagaimana hidup kita di dunia, begitulah kita di kubur nanti.Bagaimana kita corakkan hidup di dunia, begitulah pengakhiran hidup kita.Jika buruk pengakhiran kau, maka bersiap sedialahJika baik pengakhiran kau, maka bergembiralah .Jika datang penyesalan di akhir sisa hidup kau, maka bertaubatlahBetter late than never, Tuhan Maha Pengampun.Kau merintih keampunan, insyallah Tuhan ampunkan.Jangan malu dengan manusia, tapi, malulah dengan Tuhan.Jangan pernah putus asa meminta keampunan.

Monolog 86 MasjidRamai yang bangga dengan masjid kerana reka bentuk uniknyaRamai yang bangga dengan masjid kerana banyak dibinaTapi sayang, seribu kali sayangBerapa kerat sahaja yang solat subuh di masjidBerapa kerat sahaja yang solat zohor di masjidBerapa kerat sahaja yang sol