Mohd Nazir SENI 2013
-
Upload
saleh-ahmad -
Category
Documents
-
view
154 -
download
0
description
Transcript of Mohd Nazir SENI 2013
HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN JANUARI -2013-
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
JANUARI 2013
HBAE 2103
CORAK DAN REKAAN
NAMA : MOHD NAZIR BIN ISMAIL
NO. MATRIKULASI : 811114035711001
NO. KAD PENGNEALAN : 811114035711
NO. TELEFON : 0123540767
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : PETALING JAYA
1 | P a g e
HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN JANUARI -2013-
SOALAN TUGASAN /ASSIGNMENT QUESTION
Peranan guru Pendidikan Seni penting dalam menentukan pencapaian, aspirasi dan matlamat
sekolah seiring dengan matlamat terhadap pembentukan pelajar yang celik seni dan
menghargai budaya warisan bangsa. Tujuan membuat corak dan rekaan dalam kursus ini
dapat membentuk perlakuan, persepsi dan pengetahuan budaya murid selaras dengan
matlamat tersebut.
Teliti kenyataan di atas dan huraikan bagaimana perlakuan, persepsi dan pengetahuan budaya
murid dapat anda kesan dalam satu aktiviti membuat corak kepada 4 atau 5 orang murid yang
sebaya umurnya. Komunikasi dengan pelajar, pemerhatian yang dibuat dan corak yang
dihasilkan menjadi sumber rujukan yang menjelaskan jawapan anda. (Corak rekaan murid
dihantar bersama dengan tugasan)
Rujuk Panduan Rubriks yang disertakan untuk mendapatkan tugasan yang baik dan kewa-
jaran markah penilaian yang diberikan.
[Jumlah: 40 markah]
2 | P a g e
HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN JANUARI -2013-
ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN
1.1 Peranan guru pendidikan seni di sekolah
1.2 Pengetahuan seni dan psikologi kanak-kanak
4-6
7-8
2.0 PERLAKUAN SENI,PERSEPSI SENI DAN PENGETAHUAN BUDAYA. 8-11
3.0 CORAK DAN REKAAN KANAK-KANAK3.1 Jenis-jenis corak3.2 Sorotan Kajian
12-1516-20
4.0 KESIMPULAN21-23
5.0 RUJUKAN 24-24
3 | P a g e
HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN JANUARI -2013-
1.0 Pengenalan
1.1 Peranan Guru Pendidikan Seni Visual Di Sekolah
Pendidikan Seni Visual mempunyai dinamik untuk membentuk dan mencorak jati diri
pelajar agar menjadi individu yang berdisiplin kerana mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
itu sendiri mengandungi falsafah dan nilai yang sangat dekat di hati. Pendapat ini dapat
disokong dengan pernyataan Mohd Johari Ab. Hamid (2004: 33) dalam bukunya yang
berjudul ‘Falsafah dan Kritikan Seni’ iaitu :
‘Sama ada disedari atau tidak, Pendidikan Seni Visual sudah disemai kepada semua generasi
sejak dari awal kanak-kanak lagi sehingga ke peringkat dewasa. Seni bukan sahaja mengajar
manusia menghayati keindahan, kecantikan atau sebagainya tetapi memupuk nilai-nilai
estetika dan nilai-nilai kemuliaan dalam diri manusia.Seni harus dilihat sebagai subjek
yang mampu ‘mengubati’ permasalahan yang berlaku dalam jiwa manusia’.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1452-1453), mendefinisikan seni dengan
cakupan yang luas iaitu karya (sajak, lukisan, muzik, dan lain-lain) yang dicipta dengan bakat
(kecekapan) atau hasil daripada sesuatu ciptaan. Selain itu, seni juga ditakrif sebagai
kebolehan mencipta sesuatu (lukisan, ukiran dan lain-lain) yang indah-indah. Istilah seni
visual digunakan untuk merujuk kepada karya-karya indah yang dapat dinikmati atau dihayati
oleh deria penglihatan. Chang Hon Woon (2008:) iaitu seorang guru siswazah yang mengajar
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ada menerangkan secara ringkas tentang pengertian
seni visual atau dikenali juga sebagai seni tampak dalam buku beliau yang berjudul ‘Teori
Seni Visual Edisi Kedua’ iaitu
‘Seni visual atau seni tampak merupakan salah satu daripada cabang seni. Seni visual terdiri
daripada karya dua dimensi (lukisan, catan, cetakan, seni grafik) dan karya tiga dimensi
(arca, anyaman, tembikar), yang lazimnya dihayati serta dinikmati oleh deria penglihatan.’
(Chang Hon Woon, 2008)
Dalam konteks ini, peranan dan tanggungjawab guru Seni Pendidikan Visual (PSV)
boleh dikatakan lebih menyerlah dibandingkan dengan guru-guru yang mengajar mata
4 | P a g e
HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN JANUARI -2013-
pelajaran lain. Dalam usaha menggerakkan pelajar menghasilkan karya-karya seni visual,
guru PSV sebenarnya perlu terlebih dahulu mengenal pasti minat pelajar kerana kecintaan
mereka kepada sesuatu adalah motivasi utama untuk pelajar.
Sekalipun pelajar tidak berminat dengan mata pelajaran PSV, mereka tidak harus terus
dimarahi apatah lagi dihukum. Sebaliknya, guru PSV perlu bijak dan kreatif dalam menarik
minat pelajar untuk menghasilkan karya seni yang berkait rapat dengan minat atau kecintaan
mereka. Pelajar tidak perlu dipaksa atau digesa agar mereka tidak berasa tertekan atau
terkongkong. Memadailah andai guru dapat mengenal pasti minat mereka sebagai permulaan.
Berdasarkan pengetahuan guru PSV tentang minat pelajar, guru PSV perlu bijak dan
kreatif dalam mengolah set induksi sesebuah pelajaran. Set induksi seperti yang difahamkan
oleh Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Maskon (2010: 112) dalam buku
mereka yang berjudul ‘Budaya dan Pembelajaran’ merujuk kepada beberapa minit pertama
suatu perkara itu diperkenalkan kepada para pelajar dengan tujuan menarik perhatian dan
menimbulkan minat mereka terhadap isi pengajaran. Lantas, kejayaan pertama yang penting
bagi guru PSV terletak pada set induksi yang pelbagai dan berkesan. Guru PSV boleh
menayangkan klip video, memperdengarkan lagu, memperlihatkan gambar, menyediakan
kuiz atau permainan, membuat persembahan dan sebagainya. Tentulah bahan yang digunakan
sebagai set induksi perlu berhubungan rapat dengan minat pelajar dan berkaitan dengan isi
pelajaran.
Pengetahuan guru PSV tentang Teori Kecerdasan Pelbagai yang dipelopori oleh
Howard Gardner pasti akan membantu guru yang mempunyai khalayak yang ramai dan
berbeza-beza minat dan kecerdasan. Set induksi yang menarik tentulah perlu menggabungkan
beberapa perkara yang diminati pelajar dan beberapa kecerdasan yang dimiliki pelajar.
Lachlan E.D. Crawford (2002: 2) dalam artikel beliau yang berjudul ‘Towards an Ability
Driven Education System in Singapore: Problems and Opportunities’ memaparkan lapan
dimensi kecerdasan iaitu kecerdasan verbal linguistik, kecerdasan logik matematik,
kecerdasan visual ruang, kecerdasan kinestetik, kecerdasan muzik, kecerdasan interpersonal,
kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan naturalis.
Isi pelajaran yang disampaikan oleh guru PSV hendaklah memperkayakan lagi minda
dan emosi pelajar dengan ilmu, pengetahuan dan pengalaman bermula daripada yang mudah
5 | P a g e
HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN JANUARI -2013-
kepada yang lebih kompleks bersesuaian dengan keupayaan pelajar. Dalam proses pengajaran
dan pembelajaran ini, hubungan dua hala antara guru PSV dan pelajar haruslah berlaku agar
minat murid yang telah berjaya ditarik melalui set induksi dapat dikekalkan.
Dalam proses menyampaikan isi pelajaran, kemahiran guru dalam berinteraksi amat perlu dan
sebaik-baiknya, proses ini seharusnya berpusatkan pelajar dan bukan guru semata-mata.
Guru harus membuka ruang dan peluang kepada pelajar untuk melaksanakan sesuatu kerja
seni berdasarkan minat dan kreativiti mereka.Guru PSV tidak harus menjadikan kerja seni
sebagai alat untuk menghukum atau mendenda. Di samping melibatkan pelajar dalam
interaksi dan aktiviti yang dijalankan, galakan dan pujian hendaklah diberikan kepada pelajar
agar mereka rasa dihargai. Perkara ini adalah peneguhan positif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Andai kata, pelajar menimbulkan masalah dan menggugat disiplin dalam
kelas, guru PSV tidak harus menghukum pelajar serta-merta apatah lagi mendenda mereka
dengan menyuruh mereka menghasilkan karya-karya seni.
Guru PSV hendaklah berkelakuan matang, tenang dan profesional dalam menghadapi
cabaran ini. Peneguhan positif hendaklah diberi melalui teguran dan dendaan yang tidak
bertujuan membalas dendam atau memalukan pelajar kerana tentunya perkara ini akan
semakin memburukkan keadaan dan menjejas emosi pelajar. Bak kata pepatah Melayu,
‘Marah itu parah’. Lantas, guru PSV perlu bijak mengurus emosi terlebih dahulu agar tidak
membina jurang dengan pelajar. Bahan-bahan pengajaran dan pelajaran seperti klip video
yang lucu, lagu yang menghiburkan, lukisan yang mengagumkan dan lain-lain dapat
dimanfaatkan untuk merehatkan minda dan menenangkan emosi pelajar serta guru selagi
bahan-bahan itu mempunyai nilai dan unsur pengajaran.
Sebagai kesimpulan, mata pelajaran PSV sebenarnya mampu membentuk individu-
individu yang terbina emosi, jasmani, rohani dan intelek mereka kerana pelbagai kemahiran
dapat diasah melalui mata pelajaran ini. Peranan dan tanggungjawab guru PSV untuk
melahirkan individu-individu yang berdisiplin dan berbakat dapat dilaksanakan dengan baik
dan berkesan andai guru PSV terlebih dahulu peka terhadap minat dan bakat pelajar agar
potensi mereka dapat digilap. Antara perkara paling penting, guru PSV perlu bijak mengen-
dalikan emosi diri sendiri dan emosi pelajar agar mereka sentiasa diberi galakan dan teguran
positif kerana perkara itu lebih berkesan sedangkan hukuman dan dendaan tanpa hikmah
mampu mematahkan semangat pelajar dalam melaksanakan kerja-kerja seni.
6 | P a g e
HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN JANUARI -2013-
1.2 Pengetahuan Seni dan Psikologi Kanak-kanak.
Bagi proses pembelajaran di sekolah untuk mengembangkan kreativiti murid-murid.
Selain menggalakkan penjanaan idea, mata pelajaran ini banyak memberi peluang dan
kebebasan kepada murid untuk melakukan eksplorasi dan percubaan bagi menghasilkan
sesuatu karya yang baik. Dalam hal ini, pemupukan pemikiran kreatif perlu disemai semenjak
kanak-kanak lagi. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta
berkembang mengikut fitrah semulajadi proses tumbesaran mereka.
Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan
merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus
berkembang bersama kanak-kanak. Penghasilan karya terutama lukisan oleh kanak-kanak
mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi
orang dewasa, seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan,namun bagi
kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld,1975).
Hasil seni kanak-kanak adalah satu kaedah yang sangat unik untuk menyelami perasaan
selain melihat dan menguji keupayaan kognitif mereka. Karya seni kanak-kanak adalah
bersifat peribadi dan tersendiri. Kanak-kanak dan kreativiti memang tidak dapat dipisahkan.
Kanak- kanak dilahirkan dengan kebolehan dan keupayaan yang berbeza. Kreativiti yang
terdapat di dalam diri kanak-kanak adalah bersifat semulajadi. Tetapi bakat dan kreativiti
yang tidak diberi galakan dan bimbingan yang sewajarnya dapat dilupuskan dengan begitu
sahaja.
Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Pernyataan ini
disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan
perasaan ingin tahu. Oleh itu, salah satu daripada tanggungjawab guru pendidikan seni adalah
memupuk daya kreativiti di kalangan murid-murid ( Md Nasir Iberahim& Hassan,
2003).
7 | P a g e
HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN JANUARI -2013-
Victor Lowenfeld-menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui
empat komponen utama iaitu ;
kelancaran - secara spontan serta pantas
fleksibel - mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan
kepekaan - Penggunaan deria pancaindera seperti melihat,
merasa,mendengar,menghidu,dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya
sebagai proses pengamatan dan merekod.
Keaslian –mencari idea baru yang asli.
2.0 Perlakuan seni, persepsi seni dan pengetahuan budaya.
Dewasa ini kanak-kanak sering terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber
maklumat. Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi impak yang besar dalam
perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka terutamanya
yang dikenali sebagai pelajar pintar cerdas. Pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang
luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak
pintar cerdas. Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi
yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan.
Dalam situasi ini saya telah memilih pelajar-pelajar dari kelas Tahun 5 Dedikasi untuk
menghasilkan corak dan rekaan masing-masing. Sebanyak empat orang pelajar yang saya
pilih untuk dijadikan bahan kajian saya.
Reka corak didefinisikan sebagai suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat memenuhi
keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif. Corak terancang dan tidak terancang
mewujudkan kesan tampak yang berbeza tetapi memerlukan kemahiran, kesedaran dan
pengetahuan seni untuk menghasilkannya. Didalam menghasilkan atau mencipta reka
corak.Ia melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip
rekaan. Reka corak dapat dikesan dan didapati dalam seni bina, hiasan dalaman, lanskap, kraf
dan sebagainya.
8 | P a g e
HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN JANUARI -2013-
Tujuan membuat corak dan rekaan dari sudut perlakuan individu dapat dikesan dan
diamati dari banyak aspek dan kategori.Dalam hal ini,dari sudut pemilihan serta kesesuaian
warna diambil kira untuk tujuan-tujuan tertentu.Penghasilan corak juga dapat membezakan
dan mengenal pelbagai bentuk asas di dalam sesebuah hasil kerja individu berikut.Dalam
menghasilkan kerja seni juga dapatan serta pemilihan benda atau objek yang diguna pakai
untuk dijadikan bahan bagi penghasilan gubahan seni mereka.
Melukis,mengolah,memilih,mengenal serta mengubahsuai mengikut sifat semulajadi
sesuatu benda menjadi kepakaran dari segi perlakuan dalam menghasilkan karya.Selain dari
mengatur corak pereka atau pengkarya seni dapat mencipta sesuatu karya yang
digemari.Penerokaan dan eksperimentasi serta penjiwaan motif dan warna dapat diamati
dalam menghasilkan sesuatu kerja seni atau corak.Walhal dari segi pengamatan dan
pengkhayalan fantasi dapat meningkatkan daya koordinasi mata dan tangan yang baik
seterusnya dapat melatih kebiasaan mencipta hasil karya seni untuk mencipta dengan teratur
dan dapat memberi penumpuan secara lebih halusi lagi terhadap ciptaan.
Pendidikan berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran kreatif. Pendidikan Seni
dalam Kurukulum Bersepadu Sekolah Menengah, bermaksud seni tampak yang bertujuan
melahirkan warganegara berbudaya, khususnya individu yang kreatif, berpengetahuan dalam
bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta dan peka terhadap ciri estetik.
Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik, daya kreatif pelajar melalui
penjanaan daya intuisi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan
kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar.
Pelajar yang mengikuti program Pendidikan Seni akan menjadi lebih peka dan perasa,
bersikap sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan
dalam mengendalikan kehidupan. Pendidikan Seni juga mampu meningkatkan kualiti berfikir
. Pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Seni melalui penjanaan idea, penerokaan unsur,
inkuiri, integrasi maklumat serta idea, pengolahan simbol nyata atau abstrak dan melihat
sesuatu dari pelbagai perspektif, menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak
secara rasional dan fleksibel.
9 | P a g e
HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN JANUARI -2013-
Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh
dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Pelajar yang didedahkan dengan Pen-
didikan Seni berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata
pelajaran lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kefa-
haman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan
berjela. Peta minda yang digrafikkan secara mudah lebih berkesan untuk menyatakan sesuatu
konsep atau penerangan yang sukar. Prinsip dalam Pendidikan Seni berupaya memenuhi tun-
tutan dalam masalah ini.
Pendidikan Seni juga selari dengan konsep pembelajaran seumur hidup yang dikatakan
sebagai salah satu syarat untuk menghadapi dunia abad ke-21. Pendidikan Seni merupakan
satu disiplin yang mengaplikasikan ilmu dengan kemahiran. Pelajar belajar melalui tindakan
membuat (learning by doing), yang kemudiannya kelak dapat dilanjutkan kepada learning to
be dan learning to live together, apabila tiba masanya untuk berada dalam masyarakat dan
pasaran kerja. Asas ini dibina dalam pengajaran Pendidikan Seni terutamanya dalam mem-
bentuk pemikiran tinggi.
Sebagai contoh awal, proses mereka bentuk dalam Pendidikan Seni, melibatkan pela-
jar melalui beberapa proses berfikir dan bertindak seperti : Pengenalpastian masalah
Menentukan keperluan, lakaran situasi atau masalah. Penjelasan tentang perkara utama dan
limitasi serta persolan yang sepatutnya dapat dijelaskan. Kajian dan Penyelidikan
Aspek persekitaran, ergonomik, masa, faktor keselamatan, kekuatan, bentuk, bahan, kos dan
pembuatan serta pelbagai sumber.
Idea dan cara penyelesaian – dilakukan secara lakaran beberapa idea dan penyelesa-
iannya. Perkembangan – memperincikan idea bersama lakaran dan huraian. Bekerja dengan
idea yang telah dikenal pasti bagaimana bahagian-bahagian dipasang (kalau ia model).
Mungkin carta aktiviti atau carta produksi diperlukan pada peringkat ini. Foto atau lakaran
visual yang menampakkan pelbagai persepsi juga boleh membayangkan kegiatan seterusnya
menjadi lebih jelas.
10 | P a g e
HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN JANUARI -2013-
Apabila melihat proses mereka bentuk yang disenaraikan, nyatalah bahawa Pen-
didikan Seni mementingkan aplikasi ilmu dengan kemahiran. Dalam proses tersebut juga, in-
ovasi teknologi yang merangkumi tiga tahap digabungkan. Gabungan tersebut ialah idea yang
kreatif, aplikasi secara praktikal dan penerimaannya terhadap masyarakat. Ini dikaitkan den-
gan maksud kreatif yang menekankan sesuatu yang unik, baru dan bermakna, dalam konteks
norma kita sendiri.
Melalui informasi teknologi dalam Pendidikan Seni, idea yang banyak dapat di-
lahirkan dan pelbagai. Ini akan membantu pelajar menghasilkan ciptaan terbaru dengan mu-
dah, tepat, cepat, dan menarik. Namun, sebagai suatu disiplin yang mengutamakan daya
imaginasi dan kreativiti ketika pembentukan konsep dalam minda, yang harus dijelmakan
dalam bentuk visual secara manual, pelajar tidaklah diketepikan ilmu untuk mendapatkan
kemahiran tertentu dan sebaliknya hanya menggunakan teknologi moden seperti komputer
melakukan segala-galanya. Komputer, dalam hal ini adalah sebagai tool atau kadang-kadang
sebagai tutor bagi memudahkan cara melaksanakan kegiatan Pendidikan Seni. Banyak pakar
yang berpendapat bahawa pendidikan yang berkesan sepatutnya dilakukan secara bersepadu,
sama ada dengan memenuhi tuntutan pelajar melalui ikutan, analisis logik, kemahiran men-
gaplikasi ilmu seni, dan sebagainya.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mengarah kepada suasana riang dan ria
serta mengundang minat pelajar akan membangkitkan semangat ingin melakukan sebarang
kegiatan pembelajaran dengan baik. Penyelesaian masalah merupakan satu kaedah yang
berkesan dalam Pendidikan Seni kerana ia bukan sahaja melibatkan tingkah laku ingin tahu
pelajar tetapi juga berkait dengan perasaan pelajar yang menjurus kepada Learning is fun.
Konsep pengajaran bersepadu dalam Pendidikan Seni telah diperjelaskan dalam
Sukatan Pelajaran yang dapat disimpulkan bahawa ia merangkumi domain yang dihasrat se-
cara bersepadu melalui pendekatan yang terancang.
Pendekatan yang terancang dan terarah ini berteraskan objektif pencapaian iaitu, ek-
spresi kreatif, penggubahan, penghasilan dan persembahan, persepsi estetik, pertimbangan es-
tetik, warisan budaya kraf, dan seni tampak. Justeru, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
terkandung hasrat murni di dalamnya dapat direalisasikan melalui subjek Pendidikan Seni.
11 | P a g e
HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN JANUARI -2013-
Dalam aspek pengetahuan budaya pelajar atau pengkarya seni dapat mengenal dan mem-
buat corak-corak tradisoinal yang mudah.Disamping mengenal.pelajar juga dapat membuat
atau mengubahsuai serta menggunakan unsur-unsur corak kraf tradisional.Hal ini dapat
dikaitkan dengan atau pada alat kegunaan harian mereka.Akhirnya penglibatan dalam peng-
hasilan karya corak dan rekaan ini secara tidak langsung dapat menghargai,mengembangkan
dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.
3.0 Corak dan Rekaan kanak-kanak
Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu
corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh
terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang.
3.1 Jenis-Jenis Corak
Motif ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri
daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik.
Rajah 1:Motif Flora Dan Fauna
12 | P a g e
HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN JANUARI -2013-
Rajah 2: Motif Geometrikal
Rajah 3: Motif Organik
Corak Tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama
tertentu yang berunsur tradisi.Diantara nama-nama yang kita kenali adalah corak bunga
buluh,corak pucuk rebung dan juga corak bunga kiambang.
13 | P a g e
HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN JANUARI -2013-
Rajah 4: Corak Bunga Buluh
Rajah 5: Corak Pucuk Rebung
Rajah 6: Corak Bunga Kiambang
14 | P a g e
HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN JANUARI -2013-
Corak Terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam
susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan,
termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.Dalam hal ini pelbagai teknik
dan cara untuk menghasilkan corak tidak terancang.Antaranya adalah corak teknik
resis,anyaman dan juga menggunakan garisan grid.
Corak Tidak Terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh
dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya.
Rajah 7: Teknik Resis
Rajah 8: Teknik Anyaman
15 | P a g e
HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN JANUARI -2013-
3.2 Sorotan kajian
Dalam sorotan kajian ini saya telah menjalankan kajian ke atas pelajar tahun 5
sebanyak 4 orang. Saya telah memilih untuk melakar corak bertajuk bunga raya dengan
menggunakan teknik resis. Tujuannya adalah untuk menunjukkan bunga raya adalah bunga
kebangsaan kita yang mempunyai lima kelopak dan melambangkan lima prinsip Rukun
Negara kita.
Bunga raya juga mempunyai kepentingannya yang tersendiri dalam kehidupan harian
manusia terutamanya masyarakat melayu yang menggunakan daun bunga raya untuk
mengubati penyakit-penyakit tertentu. Warna juga memainkan peranan yang penting dalam
menghasilkan corak bunga raya. Warna merah pada kelopak melambangkan kekuatan dan
keberanian masyarakat di Malaysia. Warna putih melambangkan kesucian.
Teori persepsi pula menyatakan bahawa kanak-kanak melukis dari apa yang dilihat.
Menurut beliau proses pengamatan atau persepsi bermula dengan pandangan kanak –kanak
terhadap lukisan yang dihasilkan.Tetapi kanak-kanak dan orang dewasa berbeza dari segi
persepsi mereka. Teori "Haptic & Visual", orientasi ruang adalah "biogenic factor" dan tidak
diperbaiki oleh pengalaman. Dipercayai bahawa kanak-kanak "haptic" bergantung kepada
emosi bagi mengorientasi kepada dunia manakala kanak-kanak "visual" memanfaatkan apa
yang terdapat di persekitaran visual mereka.
Keempat-empat orang pelajar menghasilkan lukisan yang bertajuk “Bunga Raya”
dengan menggunakan teknik resis. Hasil karya keempat-empat pelajar adalah berbeza
mengikut kreativiti masing-masing dan juga persepsi serta perlakuan seni kanak-kanak
tersebut.
16 | P a g e
HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN JANUARI -2013-
HASIL KARYA MURID 1.
17 | P a g e
NAMA MURID : AINA SYAZWANI BT AMRI
KELAS : 5 DEDIKASI
TAJUK : BUNGA RAYA
TEKNIK : RESIS
HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN JANUARI -2013-
HASIL KARYA MURID 2
18 | P a g e
NAMA MURID : SEIW LING CHING
KELAS : 5 DEDIKASI
TAJUK : BUNGA RAYA
TEKNIK : RESIS
HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN JANUARI -2013-
HASIL KARYA MURID 3
19 | P a g e
NAMA MURID : MOHD ARIF BIN ZAMRI
KELAS : 5 DEDIKASI
TAJUK : BUNGA RAYA
TEKNIK : RESIS
HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN JANUARI -2013-
HASIL KARYA MURID 4
20 | P a g e
NAMA MURID : QASEH AMANDA BT LUQMAN
KELAS : 5 DEDIKASI
TAJUK : BUNGA RAYA
TEKNIK : RESIS
HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN JANUARI -2013-
4.0 Kesimpulan
Dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah, guru patut lebih menegaskan kegiatan
dalam proses penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan
kritikan. Dalam proses ini, anda boleh menyentuh mengenai perasaan estetik dan daya
kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.
Dengan ini, murid anda dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi
kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan
membawa bersama nilai yang disebutkan.
Ini selaras dengan Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk
membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik
yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya
membantu murid anda meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke
arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaaan.
Menurut June McFee dalam bukunya bertajuk 'Preparation for Art', menyatakan seni
adalah sebahagian dari kebudayaan sesuatu masyarakat kerana ianya adalah jelmaan daripada
beberapa bahagian nilai, sikap dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat. Secara langsung
kenyataan ini melambangkan bahawa seni merupakan cerminan budaya dalam sesebuah
masyarakat. Tanpa budaya mesyarakat itu tidak kukuh dan tidak mengandungi nilai tamadun.
Menurut Sidi Ghazalba dalam bukunya bertajuk Pandangan Islam Tentang Kese-
nian menyatakan bahawa sesuatu kebudayaan ialah cara berfikir dan cara merasa, yang
menyatakan diri dalam seluruh selompok manusia yang membentuk masyarakat, dalam sesu-
atu ruang dan sesuatu waktu. Takrif ini dapat diringkaskan bahawa kebudayaan itu adalah
cara berfikir dan cara menikmati dalam kehiduapan. Jelasnya ialah 'Cara hidup'.
Menurut Herbert Read dalam bukunya 'The Meaning of Art', menyatakan Seni itu adalah
penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Yang dimaksudkan dengan 'menyenangkan'
adalah kesenangan estetik (aesthetic pleasure).
Oleh yang demikian, mengapa ada dikalangan masyarakat meragui mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual?. Pendidikan Seni Visual lebih menjurus untuk melahirkan peruba-
han individu kepada nilai murni dengan memupuk diri dalam pengalaman estetik dan mem-
bentuk emosi yang seimbang. Beberapa kenyataan ini akan menguatkan hujah bahawa pent-
ingnya Pendidikan Seni Visual dalam merealisasikan perubahan tingkahlaku manusia dalam
dunia pendidikan.
21 | P a g e
HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN JANUARI -2013-
Kepentingan Kurikulum Pendidikan Seni Visual
22 | P a g e
HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN JANUARI -2013-
23 | P a g e
HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN JANUARI -2013-
5.0 RUJUKAN
1) Chang Hon Woon. (2008). Teori Seni Visual Edisi Kedua. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
2) Chua Tee Teo. (2002). Helping Bored Children: The Dawn of Spiritual Intelligence.
Review of Educational Research and Advances for Classroom Teachers, 21 (1), 25-
33.
3) Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4) Lachlan E.D. Crawford. (2002). Towards an Ability-Driven Education System
inSingapore: Problems and Opportunities. Review of Educational Research and
Advances for Classroom Teachers, 21 (1), 1-12.
5) Mohd Johari Ab. Hamid. (2004). Falsafah dan Kritikan Seni. Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
6) Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Maskon. (2010). Budaya dan
Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
7) Siri Pelangi Fokus Pendidikan Seni ( Teori Seni ) SPM,Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.
8) Buku Sumber Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah.2003.Kuala Lumpur:Pusat perkembangan Kurikulum,
9) Hassan M.Ghazali ( 2000 ).Pendidikan Seni Tingkatan 4 dan 5.Kuala
Lumpur:Penerbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd.,”Motif-motif Etnik Malaysia” Kraftangan
Malaysia Bahagian Daya Cipta.
10) Siti Zaiton Ismail ( 1986 ),Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi,Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.
24 | P a g e
HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN JANUARI -2013-
25 | P a g e