Modul Seni 4
Transcript of Modul Seni 4
TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL
OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan pengertian pendidikan seni visual pada peringkat sekolah rendah;
2. menjelaskan matlamat pendidikan seni visual pada peringkat sekolah rendah;
3. menjelaskan objektif pendidikan seni visual pada peringkat sekolah rendah;
4. menerangkan pandangan tokoh-tokoh barat tentang seni visual; dan
5. menerangkan pandangan tokoh Timur dan Islam tentang seni visual.
PENGENALAN
Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik,
seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah lebih menegaskan
kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini
menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan
konsepsi murid. Dengan ini, murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi
kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama
nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu
menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Murid dilatih
untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek
gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan
mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan
ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi
ilmu yang diperolehi bersama.
Apakah yang anda fahamkan tentang seni visual?
Seni visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni
lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan
diri.
1
Rajah 1.1 Sumber: http://images.google.com/images
GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK
2
1.1 PENGERTIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Rajah 1.2: Pelajar sekolah rendah
Sumber http://www.chungwa.edu.bn/images/enrolment/primary/pri_indexpic2.jpg
Dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah, anda patut lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan
karya seni dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Dalam proses ini, anda boleh
menyentuh mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi,
imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, murid anda dapat mengamalkan pertimbangan seni visual,
meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan
membawa bersama nilai yang disebutkan.
Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu:
a. menggambar;
b. membuat rekaan dan corak;
c. membentuk dan membuat binaan; dan
d. kraf tradisional.
Anda boleh melatih murid anda untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada
aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid anda dapat menerap penghayatan
warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian, terutamanya dalam meningkatkan nilai
hidup. Murid anda akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan
menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.
1.2 MATLAMAT PENDIDIKAN SENI VISUAL
3
Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia
yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.
Kandungan kurikulum berupaya membantu murid anda meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,
menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaaan.
1.3 OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL
Selepas melalui Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid anda seharusnya dapat:
1. menunjukkan penghargaan terhadap keindahan alam ciptaan Tuhan;
2. memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual;
3. meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual
yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya;
4. menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan
produk seni visual yang berkualiti;
5. membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual;
6. menunjukkan nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain;
7. menunjukkan penghargaan terhadap sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks
perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa;
8. menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya;
9. menunjukkan kesedaran dan penghargaan terhadap suasana seni dalam persekitaran dan kaitan dengan
keselesaan hidup; dan
10.menunjukkan semangat bina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.
1.4 PANDANGAN TOKOH-TOKOH BARAT TENTANG SENI VISUAL
Mari kita menghayati pendapat dari tokoh-tokoh barat berikut:
Plato
Aristotle
Pestalozzi
Herbert Read
Frank Cizek
John Dewey
Walter Gropius
Efland dan Chapman
Lansing
June McFee
Feldman
ACTIVITY
Semasa membaca mengenai pendapat setiap tokoh di bawah ini, cuba anda catatkan penekaan dan sudut
pandangan dalam petikan itu.
4
a. Plato (427/428 Sebelum Masehi – 347 Sebelum Masehi)
Sumber: http://www.ironorchid.com/clipart/person/plato.html
Pada pendapat Plato: • lukisan adalah tiga kali terpisah dari kebenaran; • seni dan pendidikan perlu
dipandukan kepada kebenaran, kebaikan, kesempurnaan, kesejahteraan dan keindahan; • seni
dibincang dengan kaitannya dengan perlakuan, akhlak, nilai dan moral untuk membawa
kesejahteraan; dan • seni dapat mencipta sesuatu persekitaran berkebudayaan dan meningkatkan
perpaduan. Pada zaman itu, konsep seni telah dikaitkan dengan ilmu pengetahuan, kebaikan atau nilai
moral, kesejahteraan dan keindahan.
5
Rajah1.3: Bidang seni kini
Plato telah membincangkan lukisan dengan konsep imitasinya, dan puisi dengan konsep ilhamnya. Plato
membandingkan lukisan dengan kebenaran. Pada beliau, pelukis yang melukis gambar objek meniru objek
yang dibuat oleh tukang pembuat. Tukang pembuat objek itu pula meniru ideanya atau konsepnya
mengenai objek itu. Idea atau konsep objek tukang pembuat itu pula meniru konsep sebenar objek itu yang
diberi oleh tuhan. Maka lukisan adalah tiga kali terpisah dari kebenaran. (Pendapat ini telah menyebabkan
ramai memandang rendah kepada seni lukis. Bagaimanapun pendapat ini telah membawa pelajar
teragongnya iaitu Aristotle kepada konsep baru mengenai lukisan). Mengikut Plato, walaupun cerita dalam
puisi adalah tidak benar, penonton juga dapat mengikut sehingga menangis. Ini adalah sebab pembaca
puisi mendapatkan ilham dari dewa dan dengan itu dapat memainkan perasaan semasa membaca puisi.
Maka puisi itu bukan ilmu mengenai kebenaran.
b. Aristotle (384 Sebelum Masehi – 322 Sebelum Masehi)
Sumber: http://clendening.kumc.edu/dc/pc/a.html
Pada pendapat Aristotle: • pelukis sebenarnya tidak meniru benda alam tetapi memberi stuktur
bentuk yang universal kepada benda alam; dan • pembaca puisi sebenarnya tidak mendapat ilham dari
dewa tetapi mencapai kartasis dengan stuktur bentuk dalam cerita puisi itu.
Pelukis pokok tidak meniru pokok tetapi menberi stuktur bentuk yang universal kepada pokok.
Dengan stuktur bentuk universal itu kita dapat mengenali pokok. Maka seni itu adalah baik. Dengan
stuktur bentuk dalam puisi itu, kita dapat melahirkan perasaan mengenai cerita dalam puisi itu. Maka
seni boleh digunakan untuk membina budaya yang baik. Aristotle memberi penekanan kepada bentuk
dan stuktur sesuatu hasil atau karya.
6
c. Pestalozzi (1746 – 1827)
Sumber: http://www.weltchronik.de/bio/cethegus/p/pestalozzi.html
Pada pendapat Pestalozzi, semua kanak-kanak sepatutnya diberi peluang belajar seni sama ada
berbakat seni atau tidak. Caranya adalah seperti belajar tulisan dan geometri dan tidak beza dari mata
pelajaran lain. Konsep ini memberi penekanan kepada kepentingan aktiviti mata dan
tangan tetapi tidak pada keistimewaan seni yang membezakannya sebagai satu disiplin tersendiri.
Pestalozzi juga percaya bahawa kerja tangan atau kraftangan mestilah juga diajar dengan menekankan
konsep pendidikan sepanjang hayat (“life-long”) terhadap aktiviti-aktiviti bercorak praktikal.
d Herbert Read
Sumber: http://www.weltchronik.de/bio/cethegus/p/herbetread.html
7
Herbert Read banyak menulis mengenai Pendidikan Seni. Buku terkenalnya adalah
seperti “Education Through Art” dan “History of Moden Art”. Beliau telah menyentuh tentang
kedua-duanya keindahan dan kemanusiaan. Menurut beliau, seni adalah penghasilan rupa dan
bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kedamaian estetik. Seni sebagai alat untuk
mendidik seseorang merupakan penyataan klasik beliau. Beliau selalunya mengemukan 3 perkara
penting dalam seni seperti berikut:
o ekspresi diri dan komunikasi;
o pemerhatian dan pengetahuan konsep melalui aktiviti tampak; dan
o apresiasi dan tindakbalas individu terhadap hasil kerja orang lain.
Beliau memberi pengertian baru kepada konsep pengucapan diri dalam seni lukis moden dengan
hujahan terkenalnya mengenai “Moden Art is as old as man”. Beliau juga mendapati terdapat
persamaan seni lukis kanak-kanak yang datang dari bahagian dunia yang berlainan. Beliau menulis
mengenai peningkatan ketenteraman sedunia melalui persefahaman antara bangsa dengan
konsep Global Art. Seperti pendapat Yunani awal, Read berpendapat bahawa seni boleh digunakan
untuk menyatupadukan semua negara. Seni boleh menjadi alat bantu dalam perpaduan manusia.
Konsep ini memberi penekanan kepada pendidikan dan pembentukan diri.
ACTIVITY
Kalau anda berminat, bincangkan mengenai kesan berantai di mana perpaduan membawa ke
kemakmuran, kemakmuran membawa ke perkembangan ilmu seni dan seterusnya. Tahukah anda
bagaimana kedudukan batik hari ini boleh menjadi alat perpaduan antarabangsa?
e Frank Cizek (1865 – 1946)
8
Sumber: http://www.aeiou.at/aeiou.encyclop.data.images.c/c505882a.jpg
Konsep pendidikan seni Frank Cizek pula berkaitan dengan peranan ekspresi bebas dalam
pendidikan. Cizek berpendapat bahawa kanak-kanak memiliki daya kreativiti yang tinggi dan
memerlukan suatu kaedah untuk meluahkan ekspresi diri. Oleh yang demikian kanak-kanak perlu
diberi ruang untuk melukis bagi menyatakan apa yang mereka lihat dari pandangan mereka sendiri.
Berbeza dari orang dewasa, kanak-kanak mempunyai impuls kreatif yang tersendiri dan haruslah
digalakkan untuk memajukan keindividualan sendiri mengikut kemampuannya. Kanak-kanak perlu
dibebaskan dari kongkongan peraturan lukisan orang dewasa supaya tidak hilangkreativiti dan
sifat keperibadian diri. Cizek mencadangkan agar kreativiti kanak-kanak seharusnya dibiarkan
mengembang mengikut kemahuan mereka sendiri. Apabila mencapai tahap tertentu, kanak-kanak
boleh didedahkan dengan tatabahasa visual seperti unsur-unsur dan prinsip-prinsip seni sebagai suatu
pengukuhan. Cizek menyeru untuk membebaskan kanak-kanak dari nilai-nilai yang dipaksakan dari
kaca mata orang dewasa. Keperluan asasi kanak-kanak dipentingkan dan kanak-kanak dikatakan
adalah suci dan tulen seperti kertas putih. Apabila kanak-kanak menggunakan imaginasi dan
ekspresi diri, wujudlah suasana gembira dan suka riang. Minat belajar dan minat untuk
memajukan diri meningkat. Maka kanak-kanak sedia untuk belajar dan ingin hendak belajar.
Kenyataan ini juga telah membawa ke perkembangan cabang terapeutik seni, cabang kraf untuk
kanak-kanak bermasalah dan seni untuk menyokong pembelajaran mata pelajaran lain.
Sebagai guru, anda perlu menghadapi cabaran baru dan masalah bagaimana mencetuskan cara untuk
memajukan imaginasi kanak-kanak. Banyak masa dan tenaga diperlukan untuk mengkaji dan
mendekati kanak-kanak.
ACTIVITY
Adakah ini bermaksud guru boleh mengambil kesempatan untuk biar murid membuat apa sahaja sesuka hati?
Mengapa?
f. John Dewey (1859 – 1952)
9
Sumber: http://www.bealt.barnard.columbia.edu.amcw.images.html
Dewey membawa konsep bahawa aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak-kanak.
Fungsi Pendidikan Seni adalah untuk memimpin kanak-kanak ke arah suatu fahaman tentang seni
sebagai cara penyusunan pengalaman. Pendidikan adalah satu proses untuk mengembangkan
kecerdasan manusia. Sekolah seharusnya memberi kanak-kanak kebebasan untuk perkembangan
fizikal, emosi dan intelektual (kecerdasan fikiran) melalui seni.
g. Walter Gropius (1883 – 1969)
Sumber: http://www.anxo.org/artigos/050600.html
Walter Gropius berpendapat bahawa Seni Visual seharusnya berfungsi dalam memberi faedah kepada
kehidupan seharian, bukan untuk menyatakan hasrat diri sahaja. Gropius telah memberi kepentingan
prinsip asas reka ke barangan seharian keluaran industri dengan menyatukan seni, pertukangan, sains
10
dan teknologi. Prinsip rekaan dan nilai estetik telah dibawa ke barangan seharian seperti kerusi, meja,
lampu, alat perkakas elektrik, kenderaan, bangunan dan lain-lain lagi dengan memberi pertimbangan
khas terhadap bentuk dan bahan. Konsep seni ini memperkembangkan senireka, seni komersial dan
seni dalam kehidupan seharian.
F Efland dan Chapman
Efland dan Chapman berpendapat bahawa:
o seni adalah untuk masyarakat kerana seni berasaskan kepada kehendak dan perubahan dalam
keperluan ahli masyarakat; dan
o seni sangat bermakna jika kreativiti menjadi unsur yang diutamakan dan masyarakat
menitikberatkan imaginasi yang direalitikan. Efland juga berpendapat bahawa teori seni
seharusnya dipadankan dengan teori pendidikan yang melibatkan “nature of art” di
gabungkan dengan “the nature of knowledge” disamping “the value and process of
teaching”.
G Lansing
Lansing berpendapat bahawa seni dapat mengembangkan potensi pemikiran, sikap dan psikomotor. Oleh
itu, seni akan membantu seseorang itu membesar dengan kekuatan otak kiri (hoki) dan otak kanan
(hoka).
H June McFee
Sumber: http://aad.uoregon.edu/FCKeditor/cffm/custom/images/aad/research/mcfee.gif
11
McFee menekankan lebih kepada kesenian dan individu serta seni dalam masyarakat warisan budaya sesuatu
kaum. Bertitik tolak daripada aspek budaya inilah seni akan diterus dan dikembangkan.
Feldman
Feldman membuat pernyataan yang hampir sama dengan McFee yang menekankan bahawa seni dan
kebudayaan itu menjadi tunjang pembangunan seni kepada manusia.
1.4.1 Membina Konsep Kendiri Berdasarkan Konsep Seni Visual Barat
a. Pendidikan Seni Visual seharusnya membantu dan membentuk daya kreativiti pelajar.
b. Ia suatu proses untuk mengekspresikan imaginasi dan luahan perasaan dalam Seni Visual. Melalui
pelbagai teknik yang mereka pelajari, pelajar mula mengukuhkan sikap kendiri mereka.
c. Seni seharusnya membantu dan menyedarkan pelajar terhadap warisan budaya mereka.
d. Menghargai dan memulihara seni merupakan pertimbangan yang paling ideal untuk memartabatkan
seni visual secara global.
e. Menghargai dan menyedari semata-mata juga tidak mencukupi kerana melalui kesedaran ini murid-
murid seharusnya semakin kreatif dan produktif.
f. Jauh lebih penting diperingkat global, ia membentuk sikap JERI seperti yang dinyatakan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menjadi tunjang utama dalam pemupukan dan pembinaan insan
yang literal mengenai Pendidikan Seni Visual.
g. 1.5 PANDANGAN TOKOH TIMUR DAN ISLAM TENTANG SENI VISUAL
12
Rajah 1.4: Seni Islam
Sumber: photos1.blogger.com/img/11/1288/1024/abstrak.jpgl
1.5.1 Muslim
Muslim dalam Kitab Al-Iman menyatakan bahawa apabila orang yang mempunyai ilmu seni bertemu dengan
objek alam semulajadi, akan dapat mencipta suatu karya atau sekurang-kurangnya dapat menghargai objek
tersebut.
Mengikut pandangan Islam, Allah adalah yang maha berkuasa, maha esa dan maha indah. Segala seni perlu
dikaitkan dengan kebaikan. Akhlak dalam ajaran agama adalah penting. Al-Ghazali menulis mengenai
keindahan cinta pada tuhan dan keindahan berada di sisi tuhan. Tokoh lain yang terkenal adalah seperti Sidi
Ghazali, Ibnu Khaldun dan Yusof al Qardawi.
ACTIVITY
Cuba anda cari maklumat lanjut mengenai pandangan Islam terhadap seni dari sumber yang bertauliah.
1.5.2 Membandingkan Pandangan Al-Ghazali dengan Sidi Ghazalba dari Perspektif Islam
a. Al-Ghazali Menurut Al-Gahzali:
o seni bersandarkan daripada Allah kepada Allah;
13
o seni menuju kepada “Al-Falah“, untuk keredaan Allah dan menghindarkan perkara-perkara
yang dilarang oleh Allah; dan
o seni dijadikan sebagai pemangkin untuk ketaqwaan. Melalui karya seni, sifat tawaduk akan
lebih tertampil dan lebih beriman kepada Allah.
b. Sidi Ghazalba Menurut Sidi Ghazalba:
o seni tidak ekses (melampaui batas-batas kesusilaan);
o seni untuk Islam, bertunjangkan dari Allah untuk Allah;
o keindahan yang dihasilkan dari ilham seni seniman bertunjangkan kepada “mardatillah “; dan
o seni membentuk peribadi muslim ke arah yang lebih mantap dan beriman.
1.6 SEJARAH PENDIDIK SENI VISUAL
Jadual 1.1: Perkembangan Seni Visual Barat
Zaman / Abad Tokoh-tokoh Media yang
Digunakan
Hal Benda yang
Dipaparkan
Zaman Yunani Polygnotos
Protogenes
Zeuxis
Apelles
fresko
mozek
adat istiadat
agama
Zaman ‘Renaissance’
(abad ke-14 - abad ke-
16)
Leonardo Da
Vinci
Albrecht Durer
fresko
cat
tempera
cat minyak
cat air
kitab suci
agamaKristian
potret
peperangan
(abad ke-19 - abad ke-
20) Gaya baru:
abstrak dan semi
abstrak
Paul Cezanne
Vincent Van
Gough
Henri Matisse
Pablo Picasso
Salvador Dali
Jackson
Pollock
Roy
Lichtenstein
Victor de
Vasarely
cat minyak
cat enamel
cat
aluminium
cat campuran
alam benda
pemandangan
lanskap
kegiatan manusia
konsep karyaan
secara tidak
diduga melalui
eksperimen
14
Carl Andre
Has Haacke
Tahukah anda bahawa seni visual berbentuk catan bermula pada zaman Yunani dengan menggunakan media
fresko atau mozek? Hal benda yang dipaparkan ialah peristiwa yang berkaitan dengan adat istiadat dan agama.
Pelukis-pelukisnya terdiri daripada Polygnotos, Protogenes, Zeuxis dan Apelles.
Seni visual seterusnya mengalami zaman kemuncaknya di Eropah pada abad ke-14 hingga abad ke-16. Zaman
kemuncak ini berlaku pada Zaman ‘Renaissance’ atau Zaman Pembaharuan. Media yang digunakan terdiri
daripada fresko, cat tempera, cat minyak dan cat air. Hal benda yang diperkatakan berkisar mengenai kitab suci,
agama Kristian, potret dan peperangan. Pelukis-pelukis yang terkenal pada zaman itu ialah Leonardo Da Vinci
(Itali 1452 – 1519) dan Albrecht Durer (Jerman 1471 – 1528)
Pada abad ke-19 hingga abad ke-20 pula, muncul catan gaya baru iaitu semi abstrak dan abstrak. Pada masa
ini media yang digunakan terdiri daripada cat minyak, cat enamel, cat aluminium dan cat campuran. Hal benda
yang ditampilkan berkaitan dengan alam benda, pemandangan, lanskap, kegiatan manusia dan konsep karyaan
secara tidak diduga melalui eksperimen. Gaya catan ketika itu dipengaruhi oleh aliran ‘isme’ seperti
Impresionisme, Ekspresionisme, Ekpresionisme Abstrak, Kiubisme, Seni Pop, Seni Op, Seni Minimal dan Seni
Konseptual. Pelukis-pelukis yang terlibat terdiri daripada Paul Cezanne, Vincent Van Gough, Henri Matisse,
Pablo Picasso, Salvador Dali, Jackson Pollock, Roy Lichtenstein, Victor de Vasarely, Carl Andre dan Has
Haacke.
Jadual 1.2: Perkembangan Seni Visual Malaysia
Perkembangan Seni Visual Malaysia
1930-an – 1940-an Perkembangan seni visual bermula.
Pendekatan kaedah seni catan easel.
Tema keindahan alam tempatan dan aktiviti
masyarakat.
1950-an Berlaku pertembungan stail Timur dan Barat.
Hal benda seni potret yang realistik, unsur-unsur
budaya, kesenian tradisi, seni abstrak dan semi
abstrak.
15
1960-an Pertembungan stail Timur dan Barat lebih
berkembang dan berdaya saing lagi.
1970-an Menampilkan banyak lagi sumbangan kerana
munculnya pelukis-pelukis berpendidikan Barat
yang mendokong isme-isme barat.
1980-an – 1990-an Perkembangan seni memuncak dan lebih meluas.
Kebangkitan seni Islam mempengaruhi peluasan
seni visual.
Perkembangan seni visual di Malaysia menyerlah bermula pada tahun 1930-an hingga 1940-an yang
memperkenalkan pendekatan kaedah seni catan easel dengan mengambil tema keindahan alam tempatan dan
aktiviti masyarakat. Pada tahun 1950-an, berlaku pertembungan stail Timur dan Barat yang menggunakan hal
benda seni potret yang realistik, unsur-unsur budaya, kesenian tradisi, seni abstrak dan semi abstrak. Menjelang
tahun 1960-an situasi ini menjadi lebih berkembang dan berdaya saing lagi. Era 1970-an menampilkan banyak
lagi sumbangan kerana munculnya pelukis-pelukis berpendidikan Barat yang mendokong isme-isme barat
seperti Ekspresionisme, Ekspresionisme Abstrak, Minimal, Pop, Op Dan Realisme. Akhirnya menjelang tahun
1980-an hingga 1990-an, perkembangan seni memuncak dan lebih meluas. Kebangkitan seni Islam
mempengaruhi terhadap peluasan seni ini di instiusi pengajian tinggi.
1.7 PERANAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
16
Rajah 1.5
Sumber: http://www.icfdn.org/events/cryland/gallery/images/ch
Seringkali masyarakat merasa risau dan takut anak-anak mereka tidak mengenal huruf atau nombor sebagai asas
membaca, menulis dan mengira. Namun, mereka juga seharusnya bimbang kalau anak-anak mereka tidak dapat
melibatkan dan menguasai asas pengamatan tampak menerusi aktiviti seni. Ini akan menghalang kanak-kanak
itu daripada menerima pengalaman tampak yang boleh didapati menerusi interaksi deria tampak melalui simbol-
simbol tampak di sekeliling mereka. Pendidikan Seni Visual berupaya untuk mengembangkan naluri ingin tahu
secara eksplorasi menerusi deria. Pemikiran kreatif dan kritis akan terus dijana melalui ekspresi diri mereka.
Menurut Bersoon (1982), galakan yang diberi kepada kanak-kanak menggunakan deria dan respon emosinya
dalam memperolehi pengalaman yang disediakan menerusi kegiatan seni akan meningkatkan keupayaan kanak-
kanak dalam membuat pengamatan dan penaksiran.
Dalam situasi lain, Eisner (1980) mendapati bahawa kanak-kanak sering berhadapan dengan masalah
menggunakan kemampuannya dalam membuat huraian dan seterusnya cuba membina suatu konsep yang
sempurna. Fenomena ini terjadi ketika kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran dan tanggapan
seterusnya melahirkan konsep. Ini adalah keupayaan yang amat diperlukan dalam proses kehidupan mereka.
Feldman (1976) mendapati bahawa melalui Pendidikan Seni Visual, kanak-kanak dapat meningkatkan
kesedaran tentang berlakunya perubahan-perubahan nilai manusia dari masa ke semasa.
17
Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat
lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam pengamatan dan memperkayakan pengetahuannya tentang
perbezaan-perbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberi pendedahan
kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.
Akhir sekali, Fuller dan Pribble (1982) dan Ross (1983), mendapati kanak-kanak boleh belajar dengan baik
dalam melahirkan lukisan-lukisan kartun yang berunsur politik. Contoh ini dapat membuktikan kemampuan
kanak-kanak di dalam membuat keputusan sesuatu karikatur yang sesuai untuk sesuatu idea secara tampak dan
menentukan bagaimana melakar sifat-sifat fizikal imej karikatur dalam usaha melahirkan pendapatnya.
ACTIVITY
Kalau anda minat, carilah maklumat lanjut mengenai sekolah seni. Apakah kelebihannya berbanding dengan
sekolah biasa?
RUMUSAN
Dalam topik ini, anda telah didedahkan kepada ruang lingkup dan pandangan tokoh-tokoh mengenai Pendidikan
Seni Visual. Walaupun ruang lingkup ini meluas dan global sifatnya, kita perlu menumpukan tasawwur
Pendidikan Seni Visual sekolah rendah berpandukan Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah Kementerian Pelajaran.
Anda juga seharusnya dapat mengenal pasti bidang-bidang kemahiran pendidikan seni visual yang diajar di
sekolah rendah disamping menyerap maklumat dan input-input yang seharusnya disogok kepada pelajar-pelajar
sekolah rendah. Memahami Sukatan Pelajaran dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah memudahkan
persediaan anda menjadi bakal guru pendidikan seni visual sekolah rendah yang mantap.
GLOSARI
Al- Falah — Jalan Allah
Ekses — Melampaui batas/norma/susila
Ekspresi — Luahan idea/perasaan/sentiman
Estetik — Kecantikan
Imaginasi — Gambaran/kerangka imej
Inovatif — Mengubahsuai kepada yang lebih baik dan menarik
Intuisi — Gerak hati, rasa qalbu
18
Inventif — Merekacipta, merekabentuk, cari dapatan baru
Isme — Aliran/fahaman
Karaktor — Kartun berwatakkan manusia
Mardatillah — Diredhai Allah
Persepsi — Tanggapan/pegertian yang tajam
Persuasive — Meyakinkan
Representatif — Penyataan semula/gambaran semula/penampilan semula
Tawaduk — Merendah diri
Universal — Sejagat, umum
UJIAN 1
Apakah yang anda faham mengenai nilai-nilai estitik? Dengan memilih satu produk dalam pendidikan seni
visual, huraikan bagaimana nilai-nilai estetika dapat diaplikasi dengan berkesan.
UJIAN 2
Berdasarkan pengurusan grafik di bawah ini cari persamaan dan perbezaan di antara konsep seni Barat dan seni
Islam/Timur
KONSEP SENI TIMUR/ BARAT
PERSAMAAN
1
2
3
4
5
6
19
PERBEZAAN
BARAT TIMUR
1 1
2 2
3 3
4 4
5 5
TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENGENALAN
Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR boleh dilaksana untuk
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang
kreatif dan bersistematik dapat menentukan keberkesanan pembelajaran ke tahap yang optima. Dalam
merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesas seseorang guru perlu cekap memilih
strategi yang bersesuaian dengan suasana pembelajaran. Oleh itu, beliau haruslah mempunyai pengetahuan
tentang pelbagai pendekatan bagi merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan kondusif
bagi mencapai objektif yang hendak disasarkan.
OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR remaja;
2. membanding bezakan setiap satu strategi dalam pengajaran dan pembelajaran; dan
3. menunjukkan proses pelaksanaan strategi pengajaran dan pembelajaran dengan contoh aktiviti
pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK
20
2.1 Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
2.1.1 Pengenalan
Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual mengandungi bidang-bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran; dan
aktiviti pembelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan untuk diikuti oleh guru semasa
menjalankan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dalam sukatan pelajaran, pengetahuan kemahiran dan
nilai dibahagikan kepada unit kecil dan dijelmakan ke dalam aktiviti pembelajaran untuk mencapai objektif
yang dihasratkan.
2.1.2 Hasil Pembelajaran
21
Berikut adalah hasil pembelajaran sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual:
Pada akhir sub topik ini anda dapat:
i. Menjelaskan matlamat dan objektif Pendidikan Seni Visual KBSR;
ii. Menerangkan bidang-bidang kegiatan yang terkandung dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni
Visual KBSR dan mencerakinkan aktiviti untuk setiap bidang mengikut bidang kegiatan, jenis teknik
dan kandungan penghasilan;
iii. Membanding beza hasil pembelajaran untuk aktiviti pembelajaran yang berlainan yang disediakan
dalam Huraian Sukatan Pelajaran KBSR;
iv. Mengagihkan bidang dan jenis kegiatan mengikut semester; dan
v. Menyenaraikan perkara yang perlu diberi perhatian untuk menyediakan hasil pembelajaran yang
khusus.
2.1.3 Kandungan
Berpandu kepada Falsafah Pendidikan Negara, Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah
disediakan mengikut:
matlamat;
objektif;
organisasi kurikulum; dan
kandungan.
2.1.4 Matlamat
Berpandu kepada Falsafah Pendidikan Negara, Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah
disediakan mengikut:
“Matlamat Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang
harmonis, kritis, kreatif dan proaktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual. Kandungan kurikulum berupaya
membantu pelajar meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,
keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat
dam negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan”.
2.1.5 Objektif
ACTIVITY
Cuba anda senaraikan sepuluh objektif yang terkandung dalam Sukatan Pendidikan Seni Visual di sekolah
rendah.
Anda telah mengenali Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) semasa mengikut pelajaran Major anda dan Ilmu
Pendidikan. Adakah anda masih ingat FPK dan perkara berikut?
22
Rajah 2.1
ACTIVITY
Rujuk kepada FPK dan cuba senaraikan perkara yang anda belajar dalam konsep pendidikan seni visual yang
boleh dihubungkaitkan dengan hasrat FPK, matlamat dan objektif mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di
sekolah rendah.
ACTIVITY
Dengan menggunakan peta minda, terangkan bagaimana anda dapat memupuk nilai-nilai tersebut dalam diri
anda dan murid-murid.
2.1.6 Organisasi Kurikulum
Organisasi kurikulum merangkumi 4 aspek utama seperti berikut:
a. pemerhatian secara aktif;
b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan;
c. apresiasi Seni Visual secara mudah; dan
d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.
Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu:
(i) pemerhatian
(ii) penerokaan
(iii) penghasilan (pembuatan)
(iv) apresiasi dan perlanjutan
Kita dapat lihat bahawa aspek (b) dan (c) di atas boleh dibandingkan dengan aspek (ii) dan (iii) dalam model
Chapman. Manakala aspek (iv) dalam model Chapman boleh dibandingkan dengan aspek (c) dan di atas.
23
a. Pemerhatian yang Aktif
Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi kepada
perkara berikut:
o pengetahuan sedia ada murid;
o benda yang konkrit;
o minat, kecenderongan dan latar belakang murid;
o bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan
o mencetus idea dan imaginasi.
b. Interaksi yang Kritis dan Kreatif dengan Bahan
Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan
sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti, anda perlu beri perhatian kepada perkara
berikut:
(i) penerokaan
o aktiviti kecil mudah ringkas;
o cuba mencuba, suaikenal dengan bahan;
o penemuan oleh murid sendiri, uji menguji;
o mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain;
o bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba;
o aktif melibatkan pelbagai kecerdasan; dan
o menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik.
(ii) penghasilan / membuat
o penggunaan alat bahan dan teknik;
o tatacara, langkah dan proses membuat;
o amalan tertib kerja;
o keselamatan semasa bekerja; dan
o penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil.
c. Apresiasi
Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis utama aktiviti Apresiasi.
Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap
pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:
o aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton,
rupabentuk dan bentuk;
o aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda;
24
o aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik;
o penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya;
o perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan
o penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan.
d. Menghargai Nilai Baik dalam Semua Aspek Kehidupan
o nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara lain di dalam kegiatan;
o nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara lain di luar kegiatan dalam
kehidupan seharian;
o tindakan susulan;
o mencintai alam kehidupan;
o nilai patriotisme dan nilai murni lain;
o kemahiran perlakuan, pengetahuan budaya dan perkembangan persepsi yang terkandung
dalam 4 aspek dalam organisasi kandungan tersebut dihuraikan secara lebih terperinci dalam
Huraian Sukatan Pelajaran; dan
o Kritikan seni: huraian, analisis, interpretasi, dan penilaian.
2.1.7 Bidang Kegiatan, Jenis Kegiatan dan Isi Kandungan Bidang
Bidang-bidang kegiatan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah seperti berikut:
Menggambar
Membuat corak dan rekaan
Membentuk dan membuat binaan
Mengenal kraf tradisional
Setiap bidang itu mengandungi jenis aktiviti dan kandungan bidangnya. Setiap jenis aktiviti melibatkan pelbagai
alat, bahan dan teknik. Setiap kandungan bidang pula boleh dipecahkan kepada tajuk-tajuk yang sesuai dengan
tahap, minat, latar belakang dan kecederungan murid.
ACTIVITY
Bolehkah anda tunjukkan bahagian ini dengan satu rajah Pengurusan Grafik?
ACTIVITY
25
Terangkan bagaimanakah rajah di bawah ini membantu anda.
Bidang Jenis Kandungan Tajuk
1 Menggambar Kola
j
Keluarga Saya dan kakak saya menyiram bunga di halaman bunga.
i. Misalnya, kanak-kanak diberikan objek belon dan bola. Mereka
dapat menyatakan persamaan objek tersebut iaitu berbentuk bulat.
Mereka juga dapat memberikan perbezaan antara objek tersebut
iaitu seperti saiz, warna, lembut atau keras
2.2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (P&P PSV) KBSR
2.2.1 Pengenalan
Pelbagai strategi P&P PSV KBSR boleh dilaksana untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan bersistematik dapat menentukan
keberkesanan pembelajaran ke tahap yang optima. Dalam merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan, anda perlu cekap memilih strategi yang bersesuaian dengan suasana pembelajaran. Oleh itu,
anda haruslah mempunyai pengetahuan tentang pelbagai pendekatan bagi merancang strategi pengajaran dan
pembelajaran yang menarik dan kondusif bagi mencapai objektif yang hendak dicapai.
Di antara strategi-strategi yang boleh anda gunakan adalah seperti berikut:
26
Rajah 2.2
Rujukan: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001)
Sudahkah anda dapat buku yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum? Adakah anda sedang
berkongsi salinan buku-buku tersebut bersama rakan anda?
Anda telah mempelajari strategi-strategi ini dalam ilmu pendidikan dan mata pelajaran major anda. Kita akan
lihat bagaimana strategi ini digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV).
Pada akhir sub topik ini anda seharusnya dapat:
i. mengenali dan menjelaskan strategi-strategi P&P PSV KBSR remaja;
ii. membanding bezakan setiap satu strategi;
iii. menunjukkan proses pelaksanaan strategi P&P dengan contoh aktiviti pembelajaran Pendidikan Seni
Visual; dan
iv. mengaplikasi strategi di dalam perancangan P&P PSV KBSR.
2.2.2 Konstruktivisme
27
a. Pengertian
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep
secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia
ada untuk membina pengetahuan baru. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang
interaksi mereka dengan objek dan idea.
Pembelajaran secara Konstruktivisme menggalakkan pelajar mencipta penyelesaian mereka sendiri
bertolak daripada teori pembelajaran behaviorisme kepada kognitivisme dan seterusnya
konstruktivisme.
Pembelajaran ini menggalakkan pelajar mencari idea, buat kajian, yakin diri dan dapat berinteraksi
dan proses inkuiri akan terhasil.
Rujukan: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembelajaran secara Konstruktivisme.
Imbas kembali tajuk ini yang anda pelajarai dalam ilmu Pendidikan dan Major anda berkenaan
dengan perkara berikut:
o huraian mengenai apakah itu konstruktivisme oleh McBien & Brandt, (1997), Briner. M,
(1999), dan Brooks & Brooks (1993);
o ciri pembelajaran secara konstruktivisme;
o kelebihan pembelajaran secara konstruktivisme;
o peranan murid dan guru serta cabaran dalam kelas konstruktivis; dan
o perbandingan pembelajaran secara tradisional dan konstruktivisme.
Cuba anda sediakan isi penting untuk perkara tersebut:
Kita akan membincangkan contoh bagaimana strategi ini boleh dilaksanakan dalam P&P PSV. Terlebih dahulu,
mari kita mengenalpasti ciri-ciri konstruktivisme semasa kita aplikasikan 4 aspek utama organisasi kandungan
menggunakan model pelajaran Chapman. (rujuk sub topik 2.1.6 Organisasi Rekaan)
(i) pemerhatian
28
(ii) penerokaan
(iii) penghasilan (pembuatan)
(iv) apresiasi dan perlanjutan
Dalam rajah A dan B, perhatikan senarai perkara berikut:
A. Perkara yang diberi perhatian dalam pelaksanaan strategi model pelajaran Chapman (rujuk sub
topik 2.1.6).
B. Perkara yang diberi perhatian dalam strategi konstrutivisme.
Bolehkah anda meneroka dan tambah pada senarai itu?
Rajah A Rajah B
Aspek Pemerhatian
o melibatkan sensitiviti deria
o pengetahuan sedia ada murid
o benda yang konkrit
o minat, kecenderongan dan latar belakang
murid
o bahan, bunyi, pergerakan dan aksi
o mencetus idea dan imaginasi
o pengetahuan sedia ada
o membina pengetahuan baru
o interaksi dengan objek dan idea
o mencari idea, buat kajian
o berinteraksi dengan bahan dan idea
o proses inkuiri
o refleksi tentang interaksi mereka dengan objek
dan idea
Aspek Penerokaan
o ………….
o cuba-mencuba, suaikenal dengan bahan
o penemuan oleh murid sendiri, uji menguji
o mencari alternatif, variasi dan kemungkinan
lain
o aktif melibatkan pelbagai kecergasan
Aspek Penghasilan/Membuat:
o penggunaan alat bahan dan teknik
o ………….
o penyampaian kandungan subjek, idea, hal benda
dengan bentuk hasil
29
Aspek Apresiasi
o ………..
o perasaan, penghargaan dan refleksi diri
o tindakan susulan
o ………..
Cuba anda catatkan perkara yang menunjukkan bahawa pelajar:
o tidak menerima pengetahuan secara pasif dari guru tetapi dapat membina pengetahuan baru
dari pengetahuan sedia ada.
o menyesuaikan dan menguji pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada interaksi yang
aktif dengan bahan dan objek yang ada dalam pengetahuan sedia ada.
o menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya secocok dengan apa yang mereka telah bentuk
supaya dapat menerangkan maklumat baru.
o membentuk peraturan melalui refleksi terhadap interaksi dan ujikaji yang dialami.
ACTIVITY
Adakah anda juga sentiasa membina pengetahuan baru secara ini? Cuba berkongsi pengalaman anda dengan
rakan anda.
Adakah anda boleh jimatkan masa dengan menggunakan cara belajar topik ini untuk belajar topik-topik
seterusnya?
Rumusan
Kita akan mengingat kembali bahawa pendekatan konstruktivisme mengajar kita untuk menyusun satu
tanggapan dan konsep serta pengetahuan baru jika dirancang dan disusun dengan teliti. Ini sesuai dengan
pandangan Hilda Taba bahawa kerja yang dilakukan sendiri akan menguatkan Struktur Minda manusia. Struktur
berkait dengan Kognitif, Ingatan dan Luahan Semula (‘Memory and Retention’), Pemikiran Bercapah,
Pemikiran Bertumpu dan Penilaian
30
2.2.3 Teori Kecerdasan Pelbagai
a. Pengertian
Teori Kecerdasan Pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dalam kajiannya
Howard Gardner mendapati ‘seven ways of knowing, perceiving and understanding life’. Beliau telah
membuat kajian terhadap pelbagai masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan istimewa, juga
kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa.
Teori Kecerdasan Pelbagai berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi konsep
kecerdasan yang relevan dalam pendidikan hari ini. Ianya dirumuskan sebagai:
o kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar;
o kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan; dan
o kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam
lingkungan sesuatu budaya.
31
Rajah 2.3 Rujukan: PPK,
Kementerian Pendidikan Malaysia
(2001), Aplikasi Kecerdasan
Pelbagai dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
ACTIVITY
Murid meniru aksi pekerja menyusun bata di atas tembuk yang tinggi dan yang rendah..
Murid menggayakan aksi seperti sedang memandu kenderaan.
Murid meniru bunyi kenderaan bergerak.
Murid menggayakan aksi seperti sedang berjalan dalam air banjir.
Murid meniru muzik dalam iklan.
Murid menyebut ejaan untuk nama objek.
Murid membandingkan panjang objek dengan panjang jarinya.
Murid membilang bulatan yang telah dilukis.
Dua orang murid bersama-sama menggayakan pergerakan diri di atas jongkang-jongkit.
Untuk setiap contoh di atas, cuba anda catatkan kecerdasan yang terlibat. Terangkan bagaimana
contoh itu boleh digunakan dalam pelajaran dalam PSV. Kelaskan pengetahuan, kemahiran dan
nilai (PKN) itu.
Rumusan
Kesemua lapan kecerdasan dimiliki oleh semua individu tetapi tahapnya adalah berbeza. Oleh sebab itu, sebagai
guru, anda boleh memupuk kecerdasan tersebut dalam diri anda dan juga dalam pelajar-pelajar anda.
ACTIVITY
Ingat! Anda patut cabut isi penting dan kemudian dapatkan contoh sedia ada PSV dari sekolah. Teliti dan pilih
contoh mengikut bidang kegiatan. Kenal pasti bagaimana isi penting boleh dikaitkan dengan contoh. Kongsi
pengalaman anda bersama guru, rakan dan tutor.
2.2.4 Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT)
32
Sumber: http://www.childrenhospitalschool.leicester.sch.uk
a. Pengertian
Teknologi Komunikasi dan Maklumat atau ICT mestilah dilihat sebagai satu alat tambahan kepada
Pengajaran dan Pembelajaran atau Teknologi Pengajaran yang berkesan berbantukan penggunaan
ICT.
Penggunaan ICT dalam seni mampu menghasilkan kerja seni yang diberi nilai tambah, bermutu dalam
komunikasi visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk menggantikan penggunaan media.
Rujukan : PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Penggunaan Teknologi dan Komunikasi
(ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
b. Rumusan
Dalam Pendidikan Seni Visual, ICT merujuk kepasa kemampuan teknologi itu sendiri. Ia berfungsi
sebagai satu alat kemahiran yang memberi sokongan kepada pelajar, guru, panitia serta organisasi sekolah
bagi menyempurnakan tugas serta kewajipan yang ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran serta
salah satu kaedah melaksanakan kegiatan Seni Visual yang terancang dan menarik.
2.2.5 Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)
a. Pengertian
Pembelajari Akses Kendiri (PAK) adalah satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang
memusatkan kepada pelajar.
33
Pelajar belajar sendiri dengan menggunakan akses di bawah pengawasan dan bimbingan anda sebagai
guru. Anda perlu menyediakan aktiviti pembelajaran yang sesuai mengikut minat dan keperluan
pelajar. Pembelajaran ini lebih fleksibel, tanpa tekanan dan pelajar dapat belajar secara persendirian
atau kumpulan mengikut kadar kemampuan pelajar. Rujukan : PPK, Kementerian Pendidikan
Malaysia (2001), Pembelajaran Akses Kendiri
Rujukan : PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembelajaran Akses Kendiri
b. Rumusan
Untuk mempastikan keberkesanan program PAK, anda perlu sentiasa mempertingkatkan kualiti dan
mempelbagaikan bahan untuk menarik minat pelajar menggunakan bahan-bahan di pusat PAK. Anda,
sebagai guru, mesti memastikan bahan di pusat PAK adalah mencabar dan menarik untuk ketekalan
penggunaan pusat PAK.
2.2.6 Pembelajaran Masteri
a. Pengertian
Pembelajaran Masteri adalah pendekatan dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan
pelajar; iaitu memastikan pelajar faham apa yang diajar dahulu sebelum berpindah ke unit yang baru.
Sekiranya pelajar belum faham, aktiviti pemulihan diperlukan. Pelajar yang sudah memahaminya,
diteruskan dengan aktiviti pengayaan. Hasil pembelajaran perlu ditentukan, aktiviti pengajaran perlu
menarik, keupayaan pelajar dinilai semasa aktiviti pembelajaran.
Rujukan : PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembelajaran Masteri
b. Rumusan
Pembelajaran Masteri boleh dirumuskan sebagai suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi
memastikan semua pelajar menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit
pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan
peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
2.2.7 Kajian Masa Depan
a. Pengertian
34
Kajian Masa Depan dapat menyedarkan dan merangsang minda berfikir apa yang akan berlaku
berdasarkan ramalan, imaginasi dan kreativiti yang didasarkan kepada sejarah.
Untuk mencapainya pelajar diajar berfikir untuk meramal yang didasarkan kepada nilai positif.
Rajah 2.5 Rujukan: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001),
Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan
b. Rumusan
Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan merupakan satu cara untuk memperolehi gambaran
tentang masa depan dengan mengkaji sejarah atau apa yang telah berlaku dan sedang berlaku.
Seterusnya membuat pertimbangan tentang apa yang akan berlaku.
2.2.8 Pembelajaran Secara Kontekstual
a. Pengertian
35
Pembelajaran Secara Kontekstual adalah kaedah pembelajaran yang mengabungkan isi kandungan
dengan pengalaman individu dan masyarakat dalam kehidupan harian.
Ia menyediakan pembelajaran secara konkrik yang melibatkan aktiviti ‘hands on’ dan ‘mind on’.
Rajah 2.6 Rujukan: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001),
Pembelajarn secara kontekstual.
b. Rumusan
Mengikut teori Pembelajaran Kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila pelajar dapat
memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda
seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubungkait yang bermakna dan
36
relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian
aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan. Teori ini
menggalakkan pendidikan memilik atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi
pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan
hasil pembelajaran yang dihasratkan.
2.2.9 Pembelajaran Secara Kontekstual
a. Pengertian
Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman
terhadap sesuatu serta dapat menyelesaikan masalah.
Kemahiran berfikir dibahagikan kepada dua iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran
berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis adalah kebolehan untuk menilai
kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Manakala kemahiran berfikir secara kreatif
kebolehan kita mencerna dan menghasilkan idea asli yang bersifat generatif.
37
Rajah 27 Rujukan: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001),
Kemahiran berfikir Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
b. Rumusan
Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai satu proses menggunakan minda sama ada untuk
mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau
menyelesaikan masalah.
c. Refleksi
Adakah anda dapat jimatkan masa dengan menggunakan cara belajar seperti yang dicadangkan dalam
bahagian Konstruktivisme untuk belajar topic-topik tersebut? Mengapa? Bagaimana? Apakah
tindakan susulan anda? Adakah cadangan itu membantu meningkatkan keberkesanan belajar anda?
Mengapa? Bagaimana? Apakah tindakan susulan anda?
2.3 PENGUJIAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
38
2.3.1 Konsep Pengujian dan Penilaian
Pengujian bermaksud “memperoleh maklumat dengan cara yang objektif dan bersistem”.
Misalnya, anda meminta murid-murid anda mengisi maklumat peribadi untuk melihat minat atau hobi serta
kebolehan murid-murid anda. Dengan cara yang sedemikian mudahlah anda untuk mengkategorikan pelbagai
minat dan kebolehan pelajar melalui rekod peribadi murid.
Pengujian biasanya melibatkan pengukuran. Pengukuran tidak semestinya melibatkan maklumat dalam bentuk
nombor. Walau bagaimanapun, dalam bilik darjah, pengukuran biasanya melibatkan pemberian markah kepada
maklumat yang diperoleh. Menurut Stevens (1951) pengukuran ialah pemberian angka kepada objek atau
peristiwa mengikut kriteria tertentu dengan menggunakan satu skala yang ditetapkan. Tegasnya pengukuran
merupakan cara menggunakan nombor untuk mewakili maklumat yang diperoleh dengan ringkas dan mudah.
Pentingnya dalam pengujian dan pengukuran bahawa maklumat yang diperoleh itu benar atau sah. Pengguna
ujian hendaklah menentukan jenis maklumat yang diperlukannya. Tugas penggubal ujian ialah untuk
membekalkan ujian yang dapat memberikan maklumat yang diperlukan itu. Jadi, pertama sekali, seorang guru
Pendidikan Seni haruslah jelas akan tujuan menguji dalam bilik darjah. Tugas kedua ialah untuk mendapat suatu
ujian yang dapat memenuhi kriteria pelajar dari kemahirannya.
Penilaian boleh ditakrifkan sebagai proses memperoleh maklumat secara bersistem dalam usaha membuat
keputusan tentang tindakan susulan yang wajar. Jadi tugas menilai merangkumi tugas menguji dan mengukur.
Anda sebagai guru Pendidikan Seni Visual perlu menguji dan mengukur kemahiran pelajar sebelum anda dapat
membuat penilaian. Secara mudahnya, pengujian akan menjadi asas yang terawal, diikuti dengan pengukuran
dan akhirnya penilaian. Penilaian merupakan aspek yang terpenting dalam sesuatu pengukuran. Terserahlah
kepada anda sebagai guru Pendidikan Seni Visual untuk membuat tafsiran penilaian anda. Ia boleh ditafsir
dalam bentuk markah, gred, prestasi dan kriteria lain asalkan menepati sasaran dan tujuan penilaian.
(a) Tujuan Pengujian dalam Pendidikan Seni Visual
Tujuan pengujian dalam Pendidikan Seni Visual adalah untuk:
i. memperoleh maklum balas tentang proses pengajaran dan pembelajaran;
ii. memasukkan murid dalam kumpulan tertentu mengikut kriteria yang sesuai bagi sesuatu tujuan
termasuk mewakili sekolah untuk pertandingan Pendidikan Seni Visual;
iii. memilih murid untuk tugas tertentu;
iv. mengkategorikan murid-murid;
v. menggerakkan atau memotivasikan pembelajaran; dan
vi. menyelidik atau menyiasat pembelajaran dan pembelajaran di kalangan
39
2.3.2 Penilaian Formatif dan Sumatif
Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian yang mengukur kemajuan murid, iaitu ujian yang dijalankan
dalam bilik darjah dari masa ke semasa untuk mengenalpasti kejayaan dan kegagalan pelajar. Penilaian ini
merujuk kepada sesi soal jawab yang dikendalikan dalam bilik darjah, kuiz, lembaran kerja seni, menggambar,
mencorak, membentuk binaan dan kraf. Cara pengujian ini tidak formal. Namun begitu ujian formatif ini boleh
dilakukan secara formal, biasanya di dalam bentuk ujian bulanan. Maklumat yang diperolehi akan membantu
guru menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran terutama sekali aktiviti pemulihan pelajar lemah.
Penilaian sumatif merupakan penilaian yang dijalankan pada akhir tahun sesuatu kursus bagi tujuan
menggred. Antara contoh penilaian sumatif ialah Peperiksaan semester-semester di universiti-universiti atau
institusi pengajian, UPSR, PMR, SPM dan STPM.
2.3.3 Penilaian Berasaskan Sekolah
Penilaian ini berkait rapat dengan strategi pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini menunjukkan reaksi
pelajar yang membawa kepada pencapaian untuk mencapai matlamat yang disasarkan dalam KBSR. Alat-alat
dan bahan-bahan ujian dibina oleh sekumpulan guru di sesuatu daerah dengan bimbingan pegawai Jabatan
Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Dalam sebutan yang lain, penilaian berasaskan sekolah (PKBS)
ini diselaras secara berpusat. Sekaligus pencapaian yang disasarkan akan menjurus kepada matlamat dan
objektifnya. Proses pemusatan mengikut daerah ini mengambil kira kesesuaian atau keserasian keperluan pelajar
disamping aras pemikiran pelajar. Penekanan terhadap perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor
dapat diimplementasi dengan terancang.
PKBS dikendali melalui tiga cara iaitu:
pemerhatian,
lisan,
bertulis dan amali.
Penilaian PKBS dikendalikan secara formatif dan sumatif. Apapun jenis penilaian yang akan dikendalikan,
penekanan pembinaan individu murid dari konteks jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) menjadi pilihan
utamanya. Akhir penilaian PKBS ini akan dapat merumus kekuatan dan kelemahan murid dari segi kognitif,
afektif dan psikomotor. Apakah tindakan seterusnya? Kajian tindakan untuk meminimakan kelemahan pelajar
dilakukan dan di atasi untuk proses peningkatan dari masa ke semasa. Penilaian PKBS Pendidikan Seni Visual
menekankan kaedah pemerhatian bagi tujuan penilaian afektif dan pentaksiran hasil kerja bagi menilaian
kognitif dan psikomotor.
2.3.4 Peranan Guru Pendidikan Seni Dalam PKBS
Peranan Guru Pendidikan Seni Dalam PKBS adalah untuk:
40
i. mengemaskini maklumat pelajar dalam pencapaian Pendidikan Seni Visual sepanjang persekolahan
sehingga tahun enam;
ii. membuat laporan pencapaian untuk tindakan susulan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual;
iii. memperinci maklumat pencapaian aspek kognitif, afektif dan psikomotor;
iv. memastikan alat dan bahan untuk penilaian PKBS diperolehi daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan
Pejabat Pelajaran Negeri;
v. meneruskan penilaian bulanan, semester dan memenuhi keperluan rekod profil dan rekod prestasi;
vi. melakukan penilaian secara formal dan tidak formal; dan
vii. menggunakan penilaian formatif yang dikumpulkan untuk menghasilkan penilaian sumatif pada jangka
panjang.
2.3.5 Penilaian Portfolio
Zaman / Abad Tokoh-tokoh Media yang
Digunakan
Hal Benda yang Dipaparkan
Zaman Yunani Polygnotos
Protogenes
Zeuxis
Apelles
fresko
mozek
adat istiadat
agama
Zaman ‘Renaissance’
(abad ke-14 - abad
ke-16)
Leonardo Da
Vinci
Albrecht Durer
fresko
cat tempera
cat minyak
cat air
kitab suci
agama Kristian
potret
peperangan
(abad ke-19 - abad
ke- 20) Gaya baru:
abstrak dan semi
abstrak
Paul Cezanne
Vincent Van
Gough
Henri Matisse
Pablo Picasso
Salvador Dali
Jackson Pollock
Roy Lichtenstein
Victor de
Vasarely
Carl Andre
Has Haacke
cat minyak
cat enamel
cat
aluminium
cat
campuran
alam benda
pemandangan
lanskap
kegiatan manusia
konsep karyaan secara
tidak diduga melalui
eksperimen
41
Portfolio merupakan himpunan atau koleksi hasil kerja pelajar, maklumat pelajar, pengetahuan pelajar, intelek
dan kebolehan menyelesaikan masalah pelajar.
Bahan portfolio pelajar menggambarkan amalan pelajar, proses pembelajarannya serta sikap dan nilai terhadap
kerja. Penilaian portfolio merupakan satu cara atau kaedah menilai pelajar secara bersistem, menggambarkan
penguasaan kemahiran dalam konteks jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
Penilaian berportfolio ini telah dilaksanakan di sebahagian besar negara-negara Eropah termasuk Amerika
Syarikat. Satu projek di Universiti Stanford menunjukkan bahawa porfolio ini membawa kesan yang amat
memberangsangkan untuk menilai pelajar. Penilaian yang demikian dianggap amat adil dan memperuntuk masa
yang mencukupi kepada pelajar untuk menyiapkannya. Di Malaysia, penilaian portfolio ini diperkenalkan di
maktab-maktab perguruan untuk menilai guru pelatih. Penilaian berportfolio ini amat wajar untuk
diimplimentasi di sekolah-sekolah kerana amat relevan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
menekankan konsep JERI seperti yang disebut di atas.
Portfolio merupakan satu bekas atau fail yang diisi dengan berbagai-bagai jenis dokumen, sketsa, penjanaan
idea, pemeraman idea secara lakaran atau illustrasi, nota-nota dan refleksi pembelajaran. Menurut Paulson dan
Meyer (1991), portfolio ialah satu koleksi bahan terpilih yang dapat menunjukkan daya usaha, kemajuan dan
pencapaian seseorang pelajar dalam satu atau lebih bidang pelajaran.
Portfolio dalam Pendidikan Seni Visual menampilkan beberapa ciri yang tertentu. Ia merupakan satu fail kerja
yang dibina secara berterusan dan beransur-ansur mengikut keperluan semasa dalam proses pembelajaran.
Koleksi perkembangan pembelajaran pelajar dirancang secara bersistem dengan menunjukkan adanya rujukan
buku dan tokoh seni. Akhirnya, anda sebagai guru Pendidikan Seni Visual yang menilai portfolio pelajar akan
dapat melihat usahanya, kemajuan pembelajaranya dan pencapaian secara menyeluruh dan pencapaian spesifik.
RUMUSAN
Anda seharusnya telah mengenal dan memahami secara mendalam isi kandungan sukatan pelajaran KBSR
Pendidikan Seni visual bagi tujuan persediaan menyusun atur perancangan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual sekolah rendah. Secara sekuennya, empat bidang yang terdiri daripada menggambar,
membuat rekaan dan corak, membina dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional perlu diatur susunan
perancangannya sehingga tamatnya satu tahun pengajaran dapat diagih secara saksama dan seimbang. Bagi
setiap topik pengajaran, pilih strategi yang sesuai dalam pengajaran pembelajaran dan beberapa strategi
mungkin akan diapilkasikan dalam satu topik selagi mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat
dilakukan. Akhirnya buat penilaian. Anda boleh memilih penilaian secara formatif atau sumatif . Apa pun
penilaian yang anda lakukan, objektifnya ialah untuk mengukur keupayaan murid dan guru dalam pengajaran
dan pembelajaran tadi.
42
GLOSARI
Alternatif — Pilihan
Analogi — Persamaan
Apresiasi — Penghargaan
Behaviorisme — Fahaman dari teori tingkah laku
Hipotesis — Andaian
Inferens — Kesimpulan
Imaginasi — Kerangka idea
Kendiri — Kenali diri
Kognitivisme — Fahaman dari teori pemikiran
Konstruktivisme — Pengukuhan, pembinaan konsep
Manipulasi — Mengendali dengan cekap
Variasi — Pelbagai
UJIAN 1
Berdasarkan maklumat yang anda perolehi daripada modul ini, beri contoh aktiviti P&P yang menggunakan 2
strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk satu bidang kegiatan. Jelaskan jenis kegiatan dan
kandungan yang anda pilih.
UJIAN 2
Cuba laksanakan aktiviti dalam Ujian 1 di atas di bilik darjah. Apakah perasaan anda? Buatlah perbandingan
kelebihan dan kelemahan penggunaan strategi P&P dalam bentuk pengurusan grafik.
Tahniah! Anda telah berjaya melaksanakan aktiviti yang menggunakan strategi P&P dalam bilik darjah. Anda
43
juga telah berjaya membuat refleksi pengajaran. Sila kumpulkan semua hasilan kerja untuk dibincang bersama
semasa pertemuan tutorial.
TOPIK 3 BIDANG KEGIATAN MENGGAMBAR
PENGENALAN
Tahukah anda apa itu menggambar? Apakah yang anda bayangkan apabila mendengar perkataan
‘menggambar’? Adakah ia bermaksud mengambil gambar dengan menggunakan kamera? Menggambar itu
bermaksud untuk membuat atau menghasilkan gambar. Mari kita tinjau dengan lebih lanjut dalam topik ini.
Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual KBSR. Sub tajuk ini disediakan untuk membina pengetahuan dan kemahiran
menggambar melalui penggunaan pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. Melalui asas-asas
menggambar, anda seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis aktiviti menggambar. Sub tajuk ini juga
disediakan untuk anda memperolehi pengetahuan dan kemahiran mengenai media, proses dan teknik
menggambar.
OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan asas-asas menggambar
2. mengenalpasti berbagai jenis aktiviti menggambar; dan
3. menghasilkan lima jenis hasil menggambar yang menggunakan pelbagai alat, bahan, teknik dan proses.
GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK
44
3.1 ASAS – ASAS MENGGAMBAR
ACTIVITY
Cuba anda perhatikan rajah-rajah di bawah ini:
45
Bincangkan perbezaan Rajah P dan Rajah Q.
Garisan dalam Rajah Q menggambarkan seekor arnab. Dalam kegiatan menggambar, kandungan sesuatu subjek
atau hal benda dapat dikenali. Misalnya, kita dapat mengenali apa yang digambar itu ialah kucing atau bunga
atau rumah dan sebagainya. Hasil menggambar menampakkan gubahan gambar seperti objek-objek,
pemandangan, situasi dan lain-lain lagi.
Rajah 3.2 Sumber: http://www.mikepizzuto.com/past_art_r.htm
Di sekolah rendah kandungan subjek atau hal benda itu boleh disesuaikan dengan pengalaman sedia ada kanak-
kanak dan pengalaman belajar kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran untuk merangsangkan dan
meningkatkan pembelajaran.
Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan
gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Ini membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek
psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi kanak-kanak.
Semasa menggambar, kanak-kanak dapat mengalami pengalaman langsung dengan derianya mengenai subjek
atau hal benda yang digambarkan. Ini membantunya dalam memahami sesuatu idea dan menghubungkaitkan
antara satu idea dengan idea yang lain atau dengan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran. Kanak-kanak
dapat membina idea baru dari benda konkrit.
46
Aktiviti menggambar mudah direka bentuk supaya sesuai dengan perkembangan fizikal, mental, sosial, emosi,
intelek dan estetik. Penyampaian kandungan subjek atau hal banda melalui berbagai alat, bahan, teknik dan cara
pengolahan membuka peluang untuk kanak-kanak membuat hubungkaitan yang bermakna, mengembangkan
imaginasi, fantasi, kreativiti dan ekspresi diri kanak-kanak. Kita akan membincangkan ini dengan lebih lanjut
dalam topik-topik kemudian nanti.
3.2 ALAT DAN BAHAN
ACTIVITY
Apakah alat dan bahan yang boleh digunakan untuk kegiatan menggambar? Cuba anda senaraikan alat dan
bahan yang pernah anda gunakan untuk menggambar.
Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar. Contohnya ialah seperti pensel, pensel
warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel, krayon, kertas warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus.
Media untuk menggambar terdiri daripada dua jenis – media kering dan media basah. Contoh media kering
adalah seperti pensel, pen, pensel warna, krayon, arang lilin dan ‘comte’. Media basah terdiri daripada cat air,
cat poster, cat minyak dan cat akrilik.
Rajah 3.3
Permukaan untuk catan adalah seperti kertas, kad, papan, tikar, kanvas dan lain-lain lagi. Alat-alatan dan
perkakas lain adalah seperti palet, kain pengelap, bekas berus, ‘easel’ atau kekuda dan alat ‘masking’.
47
3.3 TEKNIK-TEKNIK MENGGAMBAR
Terdapat berbagai-bagai jenis teknik menggambar. Antaranya adalah seperti yang berikut:
a. Lukisan
b. Catan
c. Kolaj
d. Montaj
e. Cetakan
f. Resis
g. Gosokan
h. Stensilan
i. Percikan
j. Gurisan
k. Capan
l. Mozek
a. Teknik Lukisan
Kita telah terangkan mengenai lukisan dan teknik lukisan di subjek 1.1
b. Teknik Catan
Rajah 3.4 : Contoh karya catan
Sumber: http://202.71.102.238/~artgall/html/saksi.html
Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah cara menghasilkan karya
dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain
lagi. Berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di
atas sesuatu permukaan. Selalunya, sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi berbagai kesan
kepada kandungan dan penyampaian gambar.
48
ACTIVITI
Cuba and dapatkan contoh-contoh seperti yang dihasilkan oleh tiga orang berikut:
a. Ali menggunakan berus ‘Bristle’ untuk menempelkan cat yang tebal dan pekat di atas
kertas dengan pergerakan tangan yang cepat dan stroke pendek yang berulang-ulangan.
Jalinan yang kasar dan gagah dihasilkan.
b. Ahmad menggunakan berus basuhan untuk menyapukan warna lutsinar lapis demi lapis
selepas warna kering. Kesan lutsinar dan separuh lutsinar dihasilkan.
c. Aini mengecatkan warna secara tidak bercampur. Warna yang berlainan dicatkan secara
titik bertitik bersebelahan satu sama lain. Hasilnya terdapat kesan warna pecahan.
Jenis berus dan cara memanipulasikan berus itu boleh memainkan peranan penting kepada si
pelukis dan kesan hasil gambarnya.
ACTIVITI
Cuba anda cari apakah jenis berus yang dicadangkan oleh para pendidikan seni seperti Viktor Lowenfeld kepada
kanak-kanak prasekolah, tahap 1 dan 2? Mengapa?
c. Teknik Kolaj
Rajah 3.5 : Contoh karya kolaj
Sumber: http://www.nitaleland.com/project/magazine.collageproct.htm
Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan-
bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu
49
permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan
yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian
gambar.
ACTIVITI
Cuba anda dapatkan contoh-contoh seperti yang berikut:
a. Lalita menyusun dan menampal lidi yang sama panjang dan sama arah untuk
menggambarkan dinding rumah. Beliau menyusun dan menampal lidi yang panjang dan
pendek untuk menggambarkan rupa bentuk segitiga bumbung rumah.
b. Ali menampalkan kapas yang bersifat lembut dan putih untuk menggambarkan awan.
Kertas plastik yang lutsinar digunting berlengkong dan ditampal untuk menggambarkan air
sungai.
c. Swee Eng mengoyakkan dan menampalkan span pencuci periuk yang berwarna hijau untuk
menggambarkan rumput.
Ketiga-tiga orang itu telah menghubungkaitkan ciri bahan dengan ciri benda. Membuat
hubungkaitan adalah kemahiran berfikir. Mereka perlu membuat perbandingan, membuat
pilihan dan membuat keputusan bahan apa patut digunakan untuk benda apa. Mereka
membandingkan rupa bentuk, warna, sifat benda dan jalinan.
d. Teknik Cetakan
50
Rajah 3.6 : Contoh cetakan
Sumber: http://www.icr.com.au/~danaj/printing.jpg
Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Pada asasnya cetakan menggunakan
sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin. Terdapat berbagai-bagai jenis cara cetakan.
Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan
disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Contoh bahan cetakan
lain adalah seperti cetakan lino, ‘strawboard’ dan ‘polyfoam’. Gambar boleh diukir di permukaan
lino, papan ‘strawboard’ atau ‘polyfoam’. Kemudian, bahan warna disapukan di atas permukaan dan
dicetak atas kertas. Polyfoam adalah bahan yang mudah diukir. Cara gambar diukir dan sifat bahan
yang diukir itu akan memberi kesan yang berlainan. Misalnya, sifat garisan yang keras akan ketara
pada blok kayu dan sifat jalinan yang bertitik-titik pada ‘polyfoam’.
'polyfoam’ 'linoleum’
Rajah 37 : Bahan cetakan: ‘polyfoam’ dan ‘linoleum’
Sumber: http://www.dickblick.com/categories/block printing/html
51
e. Teknik Resis
Rajah 3.8 : Batik
Sumber: http://www.nymfaeum.nl/temp/images/batik.jpg
Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain. Contohnya jika anda
menggunakan warna air bersama warna lilin; atau warna air bersama ‘cow gum’. Warna air tidak akan
bercampur dengan warna lilin ataupun ‘cow gum’. Dengan teknik ini, anda boleh menggunakan lilin
cair ataupun pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memandamkan sesuatu kawasan
permukaan melukis seperti kertas. Warna air boleh disapukan di atasnya. Di kawasan yang tidak
berlilin, warna air akan diserap. Di kawasan yang berlilin, warna air tidak akan diserap. Lilin menolak
warna air itu. Maka terdapat dua kawasan dengan dua jenis kesan. Kadang-kadang titik-titik warna air
sahaja yang tertinggal di atas permukaan lilin dan memberi sesuatu jalinan. Krayon juga boleh
digunakan di peringkat sekolah rendah. Kesan yang lembut atau kasar akan terhasil di sempadan
penemuan lilin atau krayon dan warna air terpulang kepada jenis lilin atau krayon yang digunakan.
Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis.
52
f. Teknik Gosokan
Rajah 3.9 : Teknik gosokan
Sumber:http://sanford_artadventures.com/create/trythistexturerubbing.html
Anda boleh menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletak di atas sesuatu
permukaan yang kasar, misalnya atas objek dengan jalinan yang berlainan. Jalinan di atas objek akan
memberi kesan kepada hasil gosokan. Anda boleh memilih berbagai jalinan yang berlainan dan
susunkannya untuk mendapat gambar yang menarik.
ACTIVITI
Cuba anda dapatkan contoh gambar seperti yang dihasilkan oleh Ali dengan cara berikut:
a. Ali melukis seekor katak. Ali meletakkan kertas di atas kulit pokok. Beliau menggosokan
kawasan badan katak dengan kulit pokok di bawah kertas. Hasilnya jalinan badan ini
berbintik-bintik seperti kulit pokok yang kasar itu.
Dalam aktiviti ini Ali sebenarnya juga menghubungkaitkan dua perkara iaitu kulit katak dan kulit pokok.
Membuat hubungkaitan adalah salah satu daripada kemahiran berfikir. Ali perlu membuat pemerhatian dan
membandingbeza.
53
g. Teknik Stensilan
Rajah 3.10 : Alat stensil
Sumbe
r:http://www.janway.com/stencils.html
Rajah 3.11 : Karya stensil
Sumbe
r:http://www.monterosello.it/Corsi/stencil.html
Untuk teknik stensil, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya
meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu atas stensil yang
diletakan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan
diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang
dihasilkan.
Teknik Percikan
Rajah 3.12 : Karya teknik percikan
Sumber:http://www.apfs.org.uk/apfsresources.php?choice=4
Bahan warna boleh dipercik dari sesuatu alat. Misalnya warna air boleh dipercik dari berus. Hasilnya
ialah jalinan bertitik-titik. Sesuatu objek atau kertas yang berubah bentuk boleh digunakan untuk
menghalang percikan itu ke permukaan kertas. Objek atau kertas berubah bentuk itu boleh diubah
kedudukannya supaya kesan tindihan berlaku apabila warna kedua dipercikan.
54
Rajah 3.13 : Teknik percikan
Sumber:http://wgby.org/local programs/watercolor/tips/oil paint.html
ACTIVITI
Cuba anda dapatkan berbagai contoh gambar yang dihasilkan dengan teknik percikan.
h. Teknik Gurisan
Rajah 3.14 : Karya teknik gurisan
Sumber:http://www.kidsdomain.com/craft/crayon1.html
Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk
mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu
dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat
yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastic boleh digunakan untuk menguris pada krayon tebal
55
itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai
kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.
i. Teknik Capan
Rajah 3.15 : Contoh teknik capan menggunakan ubi kentang
Sumber:http://www.funology.com/boredombusters/bb026.htm
Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategori cetakan. Teknik capan ialah cara
untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan
dicat ke atas sesuatu permukaan. Anda boleh menghasilkan berbagai rupa bentuk dengan menggunakan
berbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semula jadi
(sayuran, cengkerang). Jalinan berbagai bahan itu akan memberi berbagai kesan jalinan pada hasil capan.
56
j. Teknik Mozek
Rajah 3.16 : Contoh karya teknik mozek
Sumber:http://www.mosaicart.info/
Teknik mozek ialah cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah bahan-bahan seperti
kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik
dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara
tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang
ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.
3.4 PERSEMBAHAN HASIL KARYA
57
3.4.1 Ekspresi Diri
Rajah 3.17 : Contoh karya teknik mozek
Sumber:http://www.mosaicart.info/
LATIHAN
Perhatikan ciri-ciri yang wujud dalam lukisan dalam kerja menggambar yang anda hasilkan, kemudian jawab
soalan yang berikut:
a. Nyatakan alat dan media yang digunakan dalam menghasilkan gambar tadi.
b. Apakah teknik yang digunakan dalam kerja menggambar yang anda buat tadi?;
c. Bagaimana penggunaan garisan dan ruang mengambil peranan dalam lengkap-melengkapi imej
gambar sehingga terhasilnya gambar yang menarik?
Anda boleh mengikuti panduan berikut untuk mengekspresikan diri dengan lebih baik dalam penghasilan karya.
1. Pilih objek atau susunan objek yang sesuai dan menarik.
2. Tentukan sudut pandangan, komposisi, perspektif, ton, bentuk dan pencahayaan yang terlibat.
3. Pilih media yang sesuai dengan pilihan kertas.
4. Lakarkan garisan datar titik lenyap.
5. Bahagikan ruang tertentu bagi objek-objek dalam lukisan.
6. Lukis lakaran kasar objek-objek.
7. Gunakan teknik yang sesuai untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk dan ruang serta bayang (chiarascuro).
8. Perincikan bahagian-bahagian objek yang dijadikan fokus supaya membentuk jalinan dan ton yang berkesan.
58
3.4.2 Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik
Pada abad ke-17 dan ke-18, pensel dan arang merupakan media yang amat dominan dan digemari oleh pelukis-
pelukis agung. Manakala dewasa ini pen, berus dan dakwat adalah alat atau bahan yang popular di kalangan
pelukis.
Anda boleh mengikuti panduan berikut untuk mempertingkatkan kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan
teknik dalam penghasilan karya.
1. Anda perlu memahami dan mengetahui alat, bahan dan teknik kerana ia adalah asas yang paling
penting dalam kerja menggambar. Maklumat ini memudahkan proses mengekspresi diri dalam
penghasilan karya.
2. Anda perlu membuat tinjauan, pemerhatian atau melihat kerja melukis oleh tokoh-tokoh kerana ia amat
membantu dalam kerja menggambar.
3. Pastikan anda telah mengeksplorasikan alat dan bahan mengikut teknik yang berkaitan dengan jenis
gambar yang bakal dibuat sebelum menggambar.
4. Anda perlu menguasai kefahaman dalam beberapa kriteria di bawah untuk mendapatkan sentuhan
gambar yang amat menarik dan bermakna:
o asas seni reka;
o perspektif;
o teknik memilih sudut pandangan; dan
o teknik mengukur objek mengikut kadar.
5. Anda perlu menguasai dan mengaplikasikan kemahiran ilusi menggambar untuk mempraktikkan
penguasaan di atas dengan lebih mudah dan berkesan.
6. Anda perlu memilih sudut pandangan serta aspek-aspek pecahan ruang yang sesuai dalam kerja
menggambar.
7. Anda perlu mendapatkan ukuran yang tepat kerana ia menjadi kriteria penting dan menarik dalam kerja
menggambar.
59
3.4.3 Apresiasi dalam Bidang Menggambar
Anda boleh bertanyakan soalan-soalan dan mengikuti panduan berikut untuk lebih menghargai sesuatu karya.
1. Apakah hasilan karya yang anda buat yang menepati unsur-unsur seni reka seperti yang diterangkan
dalam 3.4.2?
2. Sejauh manakah unsur-unsur seni reka tadi dapat diselaraskan dengan prinsip-prinsip rekaan dalam
konteks menggambar?
3. Bagaimanakah penggunaan alat dan media dapat mewujudkan suasana gambar yang menepati nilai
estetika dan etika?
4. Kaji dari segi teknik yang dipilih. Adakah teknik yang digunakan tepat dan betul berasaskan alat dan
bahan yang diaplikasikan?
5. Lihat dari segi tema dan konsep. Berdasarkan tajuk karya, bagaimanakah ianya memenuhi hasilan
karya yang berjaya? Kalau tidak berjaya, apakah saranan anda untuk mempertingkatkan kualitinya?
6. Rumus dari dapatan secara keseluruhan. Berjayakah pelukis itu menampilkan hal benda (subject
matter) seperti yang ingin diutarakan berdasarkan tema dan konsepnya? Jika ya, beri ulasan. Jika
tidak, beri maklumat sokongan untuk mempertingkatkan lagi kualiti karya.
7. Adakah pelukis berjaya membawa mesejnya? Dari perhatian anda, sejauh manakah mesej ini berjaya
ditampilkan?
8. Akhirnya, adakah alat dan bahan yang digunakan itu menggambarkan suatu penemuan baru dari segi
teknik dan konsep? Adakah pelukis ini masih terikut-ikut gayaan atau stail pelukis-pelukis yang sedia
ada?
RUMUSAN
Menggambar dianggap suatu bidang yang asasi dalam memulakan sesuatu karya samada dalam
mencorak, membentuk dan membuat binaan serta kraf. Mendalami bidang menggambar bermakna juga
bahawa anda akan mendalami pelbagai teknik, kaedah, alat dan bahan yang diperlukan sehingga
terhasilnya gambar. Kehebatan sesuatu karya juga seringkali dikaitkan dengan kebolehan kita merangka
dan melakar sebelum mengaplikasikan kepada objek yang sebenar. Mengetahui secara mendalam bidang
menggambar membolehkan sesorang individu banyak mengekspresikan penemuan-penemuan baru yang
akhirnya dapat menjelmakan banyak hasilan-hasilan menggambar yang menarik.
60
GLOSARI
Chiarascuro — Terang gelap
Comte — Kapur lukis
Dominan — Dikuasai, terbanyak, dimonopoli
Impasto — Penggunaan warna terus daripada tiub
Lut sinar— Telus cahaya, bolos cahaya
Mood — Perasaan si pemerhati/ pembuat
Mozek — Tampalan empat segi tak kira saiz
Resis — Kalis air
Stroke — Sapuan kuas
UJIAN 1
Apresiasi dalam bidang menggambar. Lihat gambar di bawah dan jawab pernyataan-pernyataan yang berikut.
Rajah 3.18:”Aku dan duniaku”. Catan ini menggunkan media cat air menggunakan teknik glazing
61
i. Apakah hasilan karya yang dibuat menepati unsur-unsur seni reka seperti yang diterangkan dalam
3.4.2?
ii. Sejauhmanakah unsur-unsur seni reka tadi dapat diselaraskan dengan prinsip-prinsip rekaan dalam
konteks menggambar?
iii. Bagaimana penggunaan alat dan media dapat mewujudkan suasana gambar yang menepati nilai
estetika dan etika?
iv. Kaji dari segi teknik yang dipilih. Adakah teknik tepat dan betul berasaskan alat dan bahan yang
diaplikasikan?
v. Lihat dari segi tema dan konsep. Berdasarkan tajuk karya, bagaimana ianya memenuhi hasilan karya
yang berjaya. Kalau tidak berjaya, apakah saranan anda untuk mempertingkatkan kualitinya.
vi. Rumus dari dapatan secara keseluruhan. Berjayakah pelukis itu menampilkan hal benda (subject
matter) seperti yang ingin diutarakan berdasarkan tema dan konsepnya? Jika ya, beri ulasan. Jika
tidak, beri maklumat sokongan untuk mempertingkatkan lagi kualiti karya.
vii. Adalah pelukis berjaya membawa mesejnya? Dari perhatian anda, sejauh manakah mesej ini berjaya
ditampilkan.
viii. Akhirnya, apakah alat dan bahan yang digunakan itu menggambarkan suatu penemuan baru dari segi
teknik dan konsep? Apakah pelukis ini maseh terikut-ikut gayaan atau stail pelukis-pelukis yang
sedia ada?
TOPIK 4 BIDANG REKAAN DAN CORAK
OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan apa itu corak;
2. mengenalpasti 13 jenis susunan corak; dan
3. enjelaskan teknik, alat dan bahan, proses dan hasil sesuatu penghasilan corak.
PENGENALAN
Cuba anda perhatikan benda-benda di sekeliling anda sekarang. Bolehkah anda mengenalpasti apa-apa corak?
Perhatikan dengan teliti kain baju anda, permaidani anda ataupun tali jam tangan anda. Adakah ia satu corak?
62
Rajah 4.1: Corak oleh M.C. Escher
Sumbe: http://www.mcescher.com/
Dalam bidang kegiatan ini, anda akan memberi peluang kepada murid anda memahami pelbagai cara untuk
menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga
dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.
GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK
63
4.1 APA ITU CORAK?
Garisan dalam Rajah Q menggambarkan seekor arnab. Dalam kegiatan menggambar, kandungan sesuatu subjek
atau hal benda dapat dikenali. Misalnya, kita dapat mengenali apa yang digambar itu ialah kucing atau bunga
atau rumah dan sebagainya. Hasil menggambar menampakkan gubahan gambar seperti objek-objek,
pemandangan, situasi dan lain-lain lagi.
Rajah 4.2 M.C. Escher tentang karyanya
Sumber: http://www.mcescher.com/
Salah satu sebab M.C. Escher, artis grafik Belanda menjadi terkenal adalah kerana kebolehannya menghasilkan
corak yang menarik sekali. Cuba anda perhati dengan teliti kain baju anda. Adakah anda boleh mengecam
struktur susunan ulangan pada cetakan ataupun pada jalinan kain itu? Itulah yang dimaksudkan corak.
Anda boleh menghasilkan corak melalui pelbagai teknik dan cara seperti yang anda akan perhatikan nanti.
Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa
ini boleh diperhatikan di alam sekeliling kita seperti:
alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan;
bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting;
geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat;
abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka; dan
rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.
64
4.2 SUSUNAN CORAK
Terdapat pelbagai jenis susunan corak, antaranya adalah:
Penuh
Turun Separa
Berulang
Orgee
Batu-bata
Berpusat
Sendeng
Berombak
Bertindih
Jidar
Bertimbul
Berjalur
Cerminan
65
Rajah 4.3 Corak Bebas
Turun separa Orgee Batu-bata
Rajah 4.4
ACTIVITI
Carilah maklumat lanjut tentang susunan corak yang diberi di atas. Cuba anda cari contoh-contoh corak dan
kelaskan mengikut jenis susunan corak yang diberi.
LAMAN WEB
Untuk maklumat lanjut tentang susunan corak pergilah ke laman web berikut:
http://www.mmwindowtoart.com/foundations/pattern1.html
4.3 TEKNIK, ALAT DAN BAHAN, PROSES DAN HASIL (PRODUK)
66
Teknik menghasilkan corak terbahagi kepada dua jenis iaitu:
Corak Tidak Terancang Corak Terancang
Anda boleh menghasilkan corak tidak terancang dengan
cara:
Pualaman
Tiupan
Titisan
Ikatan dan celupan
Renjisan dan percikan
Anda boleh menghasilkan corak terancang
dengan cara:
Lukisan
Catan
Cetakan
Capan
Lipatan dan guntingan
Resis
Kolaj
Kaligrafi
(a) Corak Tidak Terancang
Bi
l
Teknik Alat dan Bahan Proses Hasil
1 Pualaman Kertas, cat kilat, air dan
besen.
Isikan cat kilat ke dalam air dalam
takungan dan tekapkan kertas.
Mengikut
kreativiti.
2 Tiupan ‘Straw’, warna air dan
kertas katrid.
Sedut warna air dan tiupkan pada
permukaan kertas.
Mengikut
kreativiti.
3 Titisan Lilin, warna dan kertas. Titiskan cairan lilin ke atas kertas untuk
meninggalkan kesan.
Mengikut
kreativiti.
4 Ikatan dan
celupan
Kain, tisu dan warna batik. Ikatkan tisu atau kain dan celup dalam
warna.
Mengikut
kreativiti.
5 Renjisan dan
percikan
Warna air dan kertas
warna.
Renjiskan campuran warna ke atas
kertas.
Mengikut
kreativiti.
67
(b) Corak Terancang
Bil Teknik Alat dan Bahan Proses Hasil
1 Lukisan Warna air dan kertas. Lukis dengan teknik warna air atau
poster.
Mengikut
kreativiti.
2 Catan Cat minyak dan kanvas
atau kertas.
Lukis dengan teknik cat minyak. Mengikut
kreativiti.
3 Cetakan Papan lino dan lino ‘ink’. Lakar dan ukir papan lino. Gelek
dengan warna, lalu pindahkan imej pada
permukaan kertas.
Mengikut
kreativiti.
4 Capan Media alam semulajadi
(bawang, kentang, bender
dll.).
Warnakan permukaan objek dan
cetakkannya di atas kertas.
Mengikut
kreativiti.
5 Lipatan dan
guntingan
Kertas warna dan kertas
lukisan.
Lipat dan guntingkan mengikut corak
yang dikehendaki..
Mengikut
kreativiti.
6 Resis Lilin, air, warna dan
kertas lukisan.
Lakarkan imej pada kertas dengan lilin
dan warnakan.
Mengikut
kreativiti.
7 Kolaj Kertas warna atau bahan
terbuang.
Tampal bahan di atas kertas dan
menjadikannya gubahan imej.
Mengikut
kreativiti.
8 Kaligrafi Kertas warna atau warna
air/poster.
Lukiskan corak bermotifkan huruf dan
warnakan.
Mengikut
kreativiti.
68
4.3.1 Contoh-contoh Proses Rekaan Corak
(a) Teknik Tiupan
(b) Lipatan dan Guntingan
69
RUMUSAN
Bidang rekaan dan corak ini membolehkan murid anda mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan
kehidupan seharian. Topik ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan
70
corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid anda membuat rekaan corak tidak terancang, corak
terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu
proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan
lakonan.
Menerusi kegiatan yang telah anda jalankan, anda patut dapat memahami, mengenalpasti, mengkaji, dan
mengaplikasi kepelbagaian ragam rekaan corak dalam alam, persekitaran, kehidupan serta kegunaanya.
GLOSARI
Eksperimenatsi — Percubaan, kaji uji
Eksplorasi — Penerokaan
Jidar — Hiasan tepi
Kontemporari — Masa kini
Kaligrafi— Seni tulisan
Pualaman — Corak bebas dari kesan warna minyak ke atas permukaan air
UJIAN 1
Huraikan:
a. Bagaimana kegiatan membuat rekaan corak boleh dijalankan secara berkesan?
b. Tiga cara bagaimana penggunaan bidang rekaan corak boleh meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah
UJIAN 2
71
Eksperimentasi dan Eksplorasi Teknik, Alat, Bahan, Motif dan Susunan Motif. Sila kemukakan sampel karya
dengan aplikasi teknik, alat, bahan, motif dan susunan motif rekaan corak mengikut kesesuaian dan
kepelbagaian ragam dan fungsinya.
Teknik
Alat/bahan
Motif
Susunan motif
Teknik
Alat/bahan
Motif
Susunan motif
TOPIK 5 BIDANG KEGIATAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan konsep membentuk dan membuat binaan dalam konteks
penghasilan karya tiga dimensi;
2. membanding beza konsep karya dua dimensi dan tiga dimensi;
3. menjelaskan jenis-jenis karya yang bersifat tiga dimensi untuk pengajaran
dan pembelajaran sekolah rendah KBSR
4. menjelaskan teknik, alat dan bahan di dalam penghasilan tiga dimensi
dalam konteks membina dan membentuk; dan
5. membina dan membentuk karya seni dalam konteks Pendidikan Seni
Visual KBSR seperti yang diterangkan.
72
PENGENALAN
Rajah 5.1: Kapal kertas
Sumbe: http://www.tavoosmag.com/photo/470-1.jpg/
Rajah 5.2: Kapal terbang kertas
Sumbe:http://www.pchelp.net/PaperAirplanes/plane3/
Pada zaman kanak-kanak anda dahulu, anda pasti pernah melihat atau bermain dengan kapal ataupun kapal
terbang yang dihasilkan dengan lipatan kertas. Ini merupakan satu jenis kegiatan membentuk yang anda
mungkin pelajari sebelum masuk ke alam persekolahan.
Dalam topik ini, anda akan mengetahui tentang bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan yang murid
anda akan pelajari. Topik ini akan menjelaskan tentang aktiviti-aktiviti membentuk yang ditujukan kepada
pelajar sekolah rendah seperti menghasilkan arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, model, diorama, boneka,
topeng dan origami. Disini anda akan lihat bagaimana teknik, alat dan bahan, tema ditentukan dan juga tentang
persembahan hasil kerja.
GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK
73
5.1 PENGERTIAN AKTIVITI
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang,
struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila
mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga
mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang
kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni.
Bidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9 aktiviti seperti berikut:
(a) Arca timbul
(b) Arca asemblaj
(c) Arca mobail
(d) Arca stabail
(e) Model
(f) Diorama
(g) Boneka
(h) Topeng
74
(i) Origami
Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar membuat rujukan kepada objek
sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna.
Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam
pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
ACTIVITI
Secara teliti dan ilmiah, mengapakah catan dikatakan objek dua dimensi sedangkan arca adalah objek tiga
dimensi?
5.2 ALAT, BAHAN DAN TEKNIK PENGHASILAN
Telitilah bahan, alat, teknik penghasilan dan contoh 9 jenis aktiviti membentuk dan membuat binaan berikut:
a. Timbul
Bahan / Alat Teknik Penghasilan dan
Peralatan yang Berkaitan
Contoh
Kepingan kayu,
plaster of Paris’,
batu, kayu, plastik,
kertas lumat,
‘papier-mache’ dan
tanah liat. Pahat,
penukul, alat
pengukir, pengikis,
kikir pari, kertas
pasir dll.
Bentuk tiga dimensi
tersembul keluar dari
permukaan dua dimensi
yang rata atau dipahat
keluar yang akhirnya
menonjolkan objek ke
permukaan. Ia boleh di buat
secara:
o acuan
o tampalan
o asemblaj
o binaan
“Still Life With Musical Instruments” oleh Jacques
Lipchitz” (1891-1973)
Sumber:http://www.jacqueslipchitz.com/art.php
75
b. Asemblaj
Bahan / Alat Teknik Penghasilan dan
Peralatan yang Berkaitan
Contoh
Kayu, logam,
batu , simen,
bongkah-
bongkah, ‘spare-
part’ kenderaan,
bahan kutipan,
besi dan
sebagainya.
Bahagian atau komponen
yang berlainan yang
dicantum dan menjadi satu
kesatuan objek dan menjadi
satu konsep bermakna.
Teknik hasilan:
o kimpalan
o binaan
o cantuman skru/ paku
o gam
“Bicycle Wheel” oleh Marcel Duchamp (1887–
1968), Perancis.
Sumber:http://www.beatmuseum.org/duchamp
76
/bicycle.html
c. Mobail
Bahan / Alat Teknik Penghasilan
dan Peralatan yang
Berkaitan
Contoh
Besi, dawai,
kertas, tali-
temali, kepingan
logam dan
kadbod.
Bahagian-bahagian
dicantum untuk
membentuk satu
kesatuan. Digantung
untuk menjadikan objek
bergerak, berputar atau
berombak.
Teknik yang digunakan:
o kimpalan
o gam
o skru
o ikatan
“Horizontal Spines” oleh Alexander Calder, 1942
Sumber:http://purecontemporary.blogs.com/behind_
77
the_curtains /art_accessories/index.html
d. Stabail
Bahan / Alat Teknik Penghasilan
dan Peralatan yang
Berkaitan
Contoh
Simen, kepingan
logam, plastik, ‘spare-
parts’ kenderaan, besi,
logam, papan dan
sebagainya..
Bahan kutipan
dicantumkan untuk
membentuk satu
kesatuan objek dan
dipasang tapak yang
stabil.
Teknik yang digunakan:
o kimpalan
o skru
o ikatan
o acuan
o binaan“Homage New York: A Self Construction and
78
Self Destroying Work of Art” oleh Jean Tinguely
1925-1991.
Sumber
:http://www.medienkunstnetz.de/works
/homage-to-new-york/images/1/
e. Model
Bahan / Alat Teknik Penghasilan dan
Peralatan yang
Berkaitan
Contoh
79
Kertas tebal, loyang,
gangsa, ‘plywood’, zink,
akar kayu, papan dan
sebagainya.
Bentuk yang digubah
untuk tujuan membuat
sesuatu objek konkrit.
Contohnya model buah-
buahan.
Teknik yang digunakan:
o gam
o kimpalan
o skru
o acuan
“Woman’s head” oleh Pablo Picasso, 1909
Sumber:
http://www.metmuseum.org/toah/hd/pica/
ho_1996.403.6.htm
f. Diorama
Bahan / Alat Teknik Penghasilan
dan Peralatan yang
Contoh
80
Berkaitan
‘Plywood’,
papan, zink,
cermin
lutsinar,
patung,
karangan laut,
dan
sebagainya.
Gubahan himpunan
objek konkrit yang
bertemakan sesuatu
cerita, maklumat,
fenomena atau
peristiwa.Teknik yang
digunakan
o cantuman
o gam
o kimpalan
Model-model yang di pamerkan di muzium-muzium untuk
sesuatu tema.
Sumber:
http://home.earthlink.net/~grleone
/diorama.htm
g. Boneka
Bahan / Alat Teknik Penghasilan dan Contoh
81
Peralatan yang Berkaitan
Tekstil, span,
plastik, tali, cat
spray dan
warna.
Model yang mewatakkan figura
manusia, binatang, buah-buahan,
serangga dan lain-lain.
Teknik yang digunakan:
o jahitan
o gam
o kimpalan
o skru
Boneka watak Puteri Sri Lanka
Sumber:
http://www.liverpoolmuseums.org.uk/wml/
exhibitions/ puppetworlds/PuppetsLinks.asp
h. Topeng
82
Bahan / Alat Teknik Penghasilan dan
Peralatan yang
Berkaitan
Contoh
‘Papier mache’,
plastik, kertas
surat khabar,
habuk papan,
gam, piring
plastik dan
sebagainya..
Mewatakkan semula imej
manusia, binatang atau
unggas dalam konteks
menampilkan semula
kerangka yang boleh
dipakai atau diserkup.
Teknik yang digunakan:
o gam
o cantuman
o kimpalan
Topeng yang dibuat daripada ‘papier mache'.
Sumber:
http://www.princetonol.com/groups/iad/lessons
/middle/Larry-mask.htm
i. Origami
Bahan / Alat Teknik Penghasilan Contoh
83
dan Peralatan yang
Berkaitan
Kertas, tekstil,
gunting, pisau
NT, gam dan
tali.
Objek konkrit yang
dibentuk melalui
lipatan atau konsep
topologi.
Teknik yang
digunakan:
o
o lipatan
o golongan
Pelbagai contoh origami.
Sumber:
http://www.ipsd.org/Uploads/DEC1_6th%20
grade%20-%20origami.jpg
5.2.1 Aplikasi Alat, Bahan dan Teknik
Rajah 5.3
Sumber : http://www.sandhands.com/library/sculplog/1998/cat98p14/98p14.jpg
Mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam bidang membentuk dan membuat binaan berkaitan dengan proses
yang mesti dilakukan dalam menjadikan objek itu bersifat tiga dimensi. Menjelmakan objek konkrit tiga dimensi
84
ini akan mengambil kira bagaimana untuk menstrukturkan reka bentuk disamping memerhati dan meneliti sfera-
sfera objek yang akan dibuat. Seterusnya menentukan rangka dan rupa bentuk melalui pertimbangan
permukaan-permukaan yang terlibat, ketinggian, kelebaran, berat dan garis luar objek. Pada kebiasaannya,
sesuatu bentuk konkrit akan di asaskan berdasarkan bentuk-bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini
kepada objek realiti.
5.3 MENENTUKAN TEMA ATAU HAL BENDA
Walau apapun yang anda hasilkan dalam bidang membentuk dan membuat binaan ini, perkara-perkara berikut
akan menjadi tema atau hal benda yang penting.
(a) Alam Semulajadi dan Objek Persekitaran
Rajah 5.4 Flora dan fauna alam semulajadi
Sumber: http://www.tribuneindia.com/2002/20020915/spectrum/travel.htm
Anda boleh menjadikan objek-objek alam semulajadi ciptaan Tuhan sebagai sumber utama menghasil karya.
Objek yang berupa flora dan fauna menjadi sumber idea dan ilham untuk menghasil produk seni. Daripada
objek persekitaran pula, anda boleh lihat objek buatan manusia terutamanya objek domestik seperti cawan,
piring, pinggan senduk, pisau, meja dan sebagainya. Kesemuanya menjadi tema atau hal subjek dimana
peringkat seterusnya akan melihat dinamik bentuk (‘form’), kualiti objek, ciri-ciri organik, keunikan, integrasi
alam dan kehidupan di samping mengambil kira garisan, ruang, warna, jalinan, rupa dan bentuk.
(b) Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis
85
Rajah 5.5 Karya imaginasi
Sumber: http://www.innovationtools.com/Articles/EnterpriseDetails.asp?a=164
Pengalaman hidup banyak memberi kesan dan pengaruh terhadap minda yang akhirnya menzahirkan ilham atau
idea mencipta. Perasaan takut, misteri, sedih dan sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau
pelukis. Menurut Sigmund Freud dan Paul Jean Satre, teori-teori imaginasi berupaya mencipta sesuatu objek
atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran status-quo pelukis. Imaginasi ini akan memandu arah si pelajar
atau si pelukis ke arah yang lebih kreatif dan melampaui batas-batas kebiasaan dalam berkarya. Menurut Frued
lagi, perasaan dalaman inilah yang menjadi motivasi atau penggerak minda dalam berkarya.
(c) Aliran dan Tema Sejagat
Rajah 5.6 Wau bulan
Sumber: http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm
Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkan kekerapan manusia mengambil
hal subjek yang sering diperkatakan. Contohnya, membuat wau lazimnya dikaitkan dengan unsur kosmos seperti
bulan, matahari bintang dan sebagainya. Dari idea yang berbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya
mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. Dalam konteks yang lebih besar, jelmaan perasaan
dalam berkarya mengguna alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mengwujudkan satu kekaguman.
Wujudnya ‘Non-objective Art’, ‘Minimal Art’ misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani, mencabar
dan sanggup menerima rintangan.
(d) Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian
86
Rajah 5.7 Jambatan Pulau Pinang
Sumber:http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/montage/7_wonders/html/png_b.htm
Ciptaan cawan, sudu, senduk, periuk dan alat-alat domestik yang lain merupakan asas ciptaan dalam bidang
membentuk dan membuat binaan. Pada bidang yang lebih besar, manusia mencipta dan membuat kipas, basikal,
kereta, keretapi malah jambatan dan objek-objek gunaan lain yang mewatakkan keperluan asas sebuah
masyarakat dan negara. Idea datang dari soal desakan untuk mengguna disamping mengatasi sebarang kesulitan
mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrit yang dapat memanfaatkan manusia si pencipta
itu sendiri. Semakin aktif dan proaktif seseorang manusia itu mencipta objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti
ciptaan dan lebih tinggi nilai estetikanya.
ACTIVITI
Cuba anda cari contoh-contoh objek yang menunjukkan perkara-perkara berikut sebagai tema atau hal subjek:
a. alam semulajadi dan objek persekitaran;
b. perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis;
c. aliran dan tema sejagat; dan
d. keperluan dan pengalaman hidup harian.
5.4 PERKEMBANGAN DAN PENGHALUSAN IDEA
a. Pemerhatian dan Kajian Visual
Perkembangan dan penghalusan idea boleh berlaku dari kesedaran kualiti tampak yang tinggi. Cara
ini dilakukan melalui kajian yang terperinci mengenai alam dan fenomenanya. Menurut Frank Barron
dan Irvin Child, seseorang artis mempunyai keupayaan tinggi untuk melihat, memerhati, mentafsir
dan mengurus maklumat visual berbanding dengan seseorang bukan artis. Norman Meier (1930) pula
mengatakan bahawa artis boleh menyelesaikan pelbagai kemahiran kemahiran seni. Begitu juga
mengikut J.P. Guilford, artis dapat menyesuaikan diri dan menggunakan media biasa.
87
b. Perubahan Cara Bekerja
Mengikut cara ini, jika selama ini seseorang artis menggunakan kaedah bertumpu, dia seharusnya
mengubah kepada kaedah bercapah untuk mendapatkan kelainan cara. Kaedah percubaan yang tidak
putus-putus akan mencernakan lebih banyak idea dan akhirnya menjana dapatan yang lebih unik dan
berketerampilan.
c. Penerokaan Simbol dan Makna
Megikut cara ini, pelukis tidak seharusnya duduk diam. Dia harus cuba dan terus mencuba.
Penerokaan yang tidak henti-henti akan menemukan dapatan yang lebih kreatif dan bermakna.
Amalan penyelesaian masalah, penemuan dapatan baru akan lebih memaknakan lagi hasilan.
ACTIVITI
Cuba anda bincangkan soalan-soalan berikut:
a. Bagaimanakah rupa bentuk sesuatu tembikar itu boleh dipertingkatkan dan seterusnya dapat
menawan pasaran antarabangsa?
b. Apakah kriteria-kriteria estetika yang diingini oleh masyarakat umum?
c. Bolehkah bentuk-bentuk tembikar dalam konteks dimensi baru dijadikan asas untuk menawan
pengguna dan seterusnya menawan pengguna?
5.5 PENENTUAN ALAT DAN BAHAN
Selain daripada alatan dan bahan yang telah dinyatakan dalam bahagian 5.2 di atas, terdapat beberapa
pertimbangan lain yang perlu dan penting untuk aktiviti membentuk dan membuat binaan, antaranya:
1. bahan terbuang yang diguna pakai semula;
2. benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang, kulit siput dan
sebagainya;
3. benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak-kotak, tisu, gam dan sebagainya; dan
4. bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerusi yang patah, papan yang telah
terendam dan banyak lagi benda-benda lain.
Rajah 5.8
88
Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar anda membuat rujukan kepada
objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti ada fungsi dan makna.
Bagaimanakah cara ini dapat dilakukan? Anda boleh:
1. memerhati, mengenali dan memahami bentuk dan ruang objek;
2. memerhati dan menyentuh bentuk benda alam dan benda buatan manusia;
3. memerhati dan menyatakan perbezaan dan persamaan sifat bahan melalui deria pendengaran;
4. memerhati pelbagai jenis bentuk barangan buatan manusia untuk kegunaan harian, permainan dan
peragaan; dan
5. memerhati dan memahami bahawa sesuatu objek itu memenuhi ruang sebenar.
5.6 CARA MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Tahukah anda bagaimana cara-cara membentuk dan membuat sesuatu binaan? Anda boleh:
1. mengenalpasti bahagian-bahagian yang terdapt dalam sesuatu binaan;
2. mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek;
3. mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan;
4. menggunakan alat dan bahan pengolahan reka bentuk;
5. menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi pergerakan;
6. menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan;
7. membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar;
8. memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan;
9. berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olahan bahan,
unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan;
10.menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan kesannya;
11.menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan; dan
12.mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan mengikut fungsi.
5.7 PERSEMBAHAN HASIL KERJA
89
a. Ekspresi Diri
Sesuatu persembahan yang dikatakan cemerlang dari segi penampilan kualitatif dan kuantitatif
mempunyai ciri-ciri yang berikut:
1. Bentuk binaan menepati tema dan tajuk.
2. Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan.
3. Jika arca yang dihasilkan, pastikan ia kuat, kukuh dan selamat.
4. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu
komposisi gubahan yang artistik dan strategik.
5. Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak tulen.
6. Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan
kesatuan yang menarik.
7. Untuk arca yang menggunakan tapak, pastikan ia kuat, selamat dan kukuh.
8. Asli, unik dan berketerampilan dari segi dapatan.
b. Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik
Kemahiran-kemahiran seperti di atas akan merujuk kepada beberapa kriteria penghasilan. Secara yang
paling asas ia berkaitan dengan:
1. Kesesuaian tajuk, tema dan teknik yang dikaitkan dengan pemilihan alat dan bahan.
2. Membuat ‘thumbnail print’ sebagai tindakan mengawal dan mengawas urusan membuat.
Segala lakaran ini mengambil kira dari segi kesesuaian objek .
3. Sesuatu perkembangan (‘progress’) kerja dikawal selia mengikut keperluan bahan dan alat
yang menjadikan urutan kerja berjalan lancar dan terancang.
4. Pilih teknik membuat. Bagi teknik topeng misalnya, kaedah tampalan mungkin dianggap
paling dominan dan sesuai. Lakukan pemeringkatan penghasilan topeng ini dengan teliti dan
teratur.
5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib. Bagi penggunaan pahat dalam konteks
menghasil arca luakan berasaskan kayu perlu diawasi dari cara memegang, pilihan saiz
pahat, arah pergerakan mata pahat disamping kekuatan dan kadaran pukulan berbantukan
tukul kayu.
6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering kali diaplikasikan untuk
mendapatkan tekstur yang licin dan menarik.
7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik-manik seringkali
menjadi pilihan untuk dijadikan kemasan akhir produk. Pilih keserasian bahan penyudah atau
bahan kemasan untuk penampilan yang anggun.
8. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat.
90
c. Apresiasi Secara Mudah
Berpandukan gambar-gambar yang ditampilkan cuba fikirkan beberapa persoalan-persoalan di bawah
ini dalam proses membuat topeng.
1. Tajuk dan tema yang sesuai.
2. Alat dan bahan yang sesuai dalam proses membentuk.
3. Proses stailisasi, menambahbaikan dan adaptasi.
4. Pilihan reka bentuk warna dan padanan imej.
5. Kesesuaian secara keseluruhan.
Rajah 5.9
91
Rajah 5.10
RUMUSAN
Membentuk dan membuat binaan merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan jisim atau isipadu
objek, reka bentuk dari setiap posisi dan lokasi serta fungsinya. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan
untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pelukis.
Menstruktur objek tiga dimensi dalam konteks membentuk dan membuat binaan tidak boleh diambil remeh. Ia
mesti diolah dengan sebegitu teliti dan rapi kerana kekuatan struktur akan mempengaruhi terhadap keteguhan
dan ketepatan hasil dapatan. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri
kekuatan reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan tajuk binaan. Alatan-alatan yang berupa mesin
berkuasa letrik seperti pengisar kertas untuk membuat ‘papier mache’, mesin untuk menggaul ‘papier mache’,
mesin perata dan mesin penyembur cat mungkin diperlukan untuk menghasilkan dapatan yang baik dan
bermakna. Seterusnya, pilihan lokasi yang relevan dengan objek seni perlu dipertimbangkan. Mobail perlu
digantung, stabail statik dan perlukan tapak yang mantap, diorama dikotakkan pada cermin atau perspek yang
lutsinar dan origami perlukan penampilan ruang hias yang bertutup seperti almari cermin. Akhirnya, apabila
penampilannya berlaku dalam situasi yang relevan, karya akan kelihatan cantik dan menarik.
92
GLOSARI
Asemblaj — Gabungan pelbagai objek
‘Papier mache’ — Serbuk kertas (selalunya kertas surat khabar)
Mobail— Arca yang digantung, boleh bergerak
Perspek — Kepingan plastik yang lutsinar
Origami— Seni lipatan kertas
Topeng serkup — Topeng selungkup/dimasukkan terus di kepala
‘Tumbnail print'— Lakaran kecil sebagai penjanaan idea
UJIAN 1
Huraikan:
a. Bagaimana kegiatan membuat rekaan corak boleh dijalankan secara berkesan?
b. Tiga cara bagaimana penggunaan bidang rekaan corak boleh meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah
UJIAN 2
Eksperimentasi dan Eksplorasi Teknik, Alat, Bahan, Motif dan Susunan Motif. Sila kemukakan sampel karya
dengan aplikasi teknik, alat, bahan, motif dan susunan motif rekaan corak mengikut kesesuaian dan
kepelbagaian ragam dan fungsinya.
93
Teknik
Alat/bahan
Motif
Susunan motif
Teknik
Alat/bahan
Motif
Susunan motif
TOPIK 6 BIDANG KEGIATAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL
OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan maksud kraf tradisional dan memberi 8 jenis kraf
tradisional;
2. menjelaskan maksud alat permainan; dan alat, bahan dan proses yang
digunakan untuk menghasilkan alat permainan wau dan gasing;
3. menjelaskan maksud alat pertahanan diri dan memberi contoh-contohnya;
4. menjelaskan maksud batik; dan alat, bahan dan proses yang digunakan
untuk menghasilkan batik;
5. menjelaskan maksud seni tekat; dan alat, bahan dan proses yang
digunakan untuk menyulam;
6. menjelaskan maksud tembikar; dan alat, bahan dan proses yang
digunakan untuk menghasilkan tembikar;
7. menjelaskan maksud seni anyaman; dan alat, bahan dan proses yang
digunakan untuk menghasilkan anyaman; dan
94
8. menjelaskan maksud seni ukiran; dan alat, bahan dan proses yang
digunakan untuk menghasilkan seni ukiran.
PENGENALAN
Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan
kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun
mengikut kaum masing-masing.
GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK
6.1 PENGERTIAN AKTIVITI
Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan
kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun
mengikut kaum masing-masing.
Kraf tradisional terdiri daripada 8 jenis, iaitu:
(a) Alat Domestik
95
(b) Alat Permainan
(c) Alat Pertahanan Diri
(d) Batik
(e) Seni Tekat
(f) Tembikar
(g) Seni Anyaman
(h) Seni Ukiran Kayu
6.2 ALAT DOMESTIK
Alat domestik merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk memberi kemudahan dan digunakan
sebagai peralatan harian kepada masyarakat tradisional pada ketika itu.
6.2.1 Alat dan Bahan
Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan alat domestik berikut:
(a) Alat : senduk
Bahan : tempurung
96
Rajah 6.1
Sumber: http://www.tmnetmall.com.my/prodCatMgt/prodItemDetDisp.asp?
ProductID=2839&ProductType=4200&catgID=22
(b) Alat : kukur kelapa
Bahan : besi, kayu
Rajah 6.2
Sumber: http://www.tsu.ac.th/ists/EN/museum-01.htm
(c) Alat : tenggala
Bahan : kayu
Rajah 6.3
Sumber: http://malaysiana.pnm.my/Alat%20Tradisonal/Petani_tenggala.htm
6.2.2 Teknik Penghasilan
97
Teknik-teknik untuk menghasilkan alat domestik di atas ialah teknik luakan, teknik asemble dan teknik ukir.
Apakah contoh alat domestik lain yang boleh and fikirkan yang merupakan kraf tradisional?
6.3 ALAT PERMAINAN
Alat permainan disini bermaksud alat permainan tradisi yang kebiasaannya di mainkan untuk mengisi masa
lapang selepas kerja-kerja menuai padi.
Contoh-contoh alat permainan kraf tradisional adalah wau dan gasing.
6.3.1 Wau
Rajah 6.4 Wau Bulan
Sumber:http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm
Wau adalah salah satu permainan tradisi yang dimainkan untuk mengisi lapang. Kebiasaannya wau dimainkan
selepas menuai padi. Sehingga kini wau masih di mainkan di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis,
Pahang, Selangor dan Johor.
98
Tahukah anda bahawa sejarah permainan wau bermula sejak 3000 tahun lalu dan muncul di Negara China? Di
Malaysia, permainan ini diperkenalkan sejak zaman pemerintahan Empayar Melaka.
Terdapat pelbagai nama wau di negara kita termasuklah Wau Barat, Wau Bayan, Wau Bulan, Wau Burung,
Wau Ikan, Wau Helang, Wau Kucing, Wau Merak, Wau Jala Budi, Wau Katak, Wau Puyuh, Wau Sewah, Wau
Payang dan banyak lagi nama yang kebanyakan dikenali di daerah masing-masing di tanah air.
(a) Alat dan Bahan
Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan alat permainan wau
Alat Bahan
Pisau raut, parang dan gunting. Buluh, kertas, benang, gam dan kertas warna untuk corak.
(b) Proses Membuat Wau
Mari kita teliti proses untuk menghasilkan alat permainan wau.
Proses Penerangan
1. Proses memilih buluh Buluh, kertas, benang, gam dan kertas warna untuk corak.
2. Meraut buluh Meraut buluh adalah proses yang memerlukan ketelitian. Bahagian kulit buluh
tidak dibuang semasa meraut. Kemudian, bilah-bilah buluh di layur pada api
sebelum dilentur
3. Membentuk rangka Membentuk rangka memerlukan kemahiran. Biasanya buluh betung di jadikan
tulang kerana ianya kuat. Pada masa kini buluh perlu ditimbang untuk
imbangan yang betul. Untuk membuat sayap dan ekor, gunakan buluh yang
mudah dilentur. Benang yang baik digunakan untuk mengikat agar ianya tahan.
4. Proses menampal
kertas dan corak padan
rangka
Kertas ditampal pada rangka wau mengikut saiz. Kertas adalah daripada jenis
yang ringan. Kertas warna digunakan untuk membuat warna sebagai hiasan.
Corak untuk motif adalah berdasarkan flora dan fauna.
99
Rajah 6.5: Gasing
Sumber:http://www.sandstrum.com/malaysian-large.jpg
Gasing merupakan jenis permainan tradisi yang popular di negara ini. Gasing dimainkan oleh masyarakat
melayu sejak zaman dahulu lagi. Gasing jenis tradisional adalah jenis gasing yang dimainkan oleh masyarakat
melayu sejak zaman dahulu lagi. Permainan ini merupakan permainan untuk mengisi masa lapang.
Kebiasaannya permainan ini di lakukan selepas mereka selesai menuai padi dan juga selepas selesai berkebun.
Permainan gasing juga boleh merapatkan persahabatan di antara masyarakat kampung. Oleh sebab itu
permainan gasing dikatakan sebagai permainan masyarakat.
(a) Jenis-jenis Gasing
Terdapat berbagai nama dan pelbagai bentuk gasing termasuklah Gasing Lang Laut, Gasing Leper, Gasing Uri
dan Gasing Piring. Gasing juga mempunyai bahagian-bahagian yang tertentu seperti Paksi, Temin, Turap Labu,
Bahu, Leher, Kepala dan Patak. Terdapat tiga jenis gasing seperti Gasing Pangkah, Gasing Pemusing dan
Gasing Hiasan.
(b) Alat dan Bahan
Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan alat permainan gasing.
Alat Bahan
Pembaris, kertas kaca, sesiku, pengarit, tolok luar, jangka
lukis, ragum, kikir, berus kikir, gandin, kakak tua, apit,
pemutar skru, tukul, gerudi, pelayar, gunting, pahat, andas,
Buluh, kertas, benang, gam dan kertas warna untuk corak.
100
kapak, pelarik, gergaji dsb.
(c) Proses Membuat Gasing
Mari kita teliti proses untuk menghasilkan alat permainan gasing.
Proses Penerangan
1. Memilih kayu Kayu perlu dipilih daripada jenis yang bermutu untuk menjaga kualiti
gasing agar tidak pecah. Pemilihan kayu ini untuk menjaga ketahanan,
kekuatan, kekerasan dan keliatan.
2.Proses Membakal Kayu dikerat dan dipotong mirip bentuk kun agar senang apabila proses
melarik.
3. Proses melarik Proses ini dilakukan untuk membulatkan,meratakan,menyamakan ddan
melicinkan gasing. Kerja-kerja melarik dilakukan dengan menggunakan
alat pelarik.
4. Proses simpai Simpai ialah lingkaran logam yang dipasang pada badan gasing, terutama
pada bahagian bahu, labu dan patak gasing.
6.4 ALAT PERTAHANAN DIRI
Alat untuk mempertahankan diri dipanggil senjata. Senjata adalah alat keperluan manusia di zaman purba.
Senjata digunakan untuk memburu dan juga untuk mempertahankan diri.
Perubahan masa menyebabkan bentuk senjata berubah mengikut keperluan. Masyarakat melayu tradisional
terutama di zaman kerajaan Melayu Melaka hingga kini masih menggunakan senjata seperti Keris, Pedang,
Tombak, Tumbuk Lada, Lawi Ayam, Rencong Aceh, Sewar, Badik, Beladau, Jembiah Lading, Lembing dan
Sumpit. Keris adalah senjata penting dalam masyarakat dan budaya melayu. Ketampanan seseorang lelaki itu
tidak lengkap jikalau tidak menyelitkan keris di pinggang. Keris juga merupakan simbol kelakian Melayu.
101
Rajah 6.6 Keris
Sumber: http://ltc.smm.org/buzz/museum/object/2003_06_java_keris
Jenis-jenis keris yang boleh didapati adalah seperti Keris Jawa, Keris Semenanjung, Keris Sumatra, Keris Petani
atau Pekaka, Keris Bali, Keris Sundang, Keris Majapahit, Keris Bugis dan Keris Picit. Keris pada masa kini
masih digunakan untuk upacara-upacara tertentu seperti majlis persandingan, perubatan dan keris menjadi
lambang kebesaran institusi diraja.
6.5 BATIK
Batik merupakan sejenis kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mewarnakan kain.
Rajah 6.7 Batik
102
Sumber : http://www.balibocraft.com/crafts/batik.html
Batik terkenal di seluruh gugusan kepulauan Melayu dan dianggap bidang kraf tangan tradisional yang unggul.
Batik tradisi dan moden mempunyai corak yang sesuai dengan cita rasa dan perkembangan kesenian Malaysia.
Kini perusahaan batik telah berkembang dengan pesatnya dan menjadi industri kampung yang utama terutama
di negeri Terengganu dan Kelantan.
Batik tulis, batik lukis dan batik canting merupakan kaedah membuat batik yang kini diminati ramai. Pada
peringkat awal kaedah ini hanya digunakan untuk menghasilkan batik untuk hiasan dinding. Pada tahun 1970-an
teknik ini telah diterapkan dalam kaedah membuat skaf, kain selendang dan baju kurung. Kini penggunaannya
telah diperluaskan dalam bentuk dimensi baru. Batik semakin digemari oleh peminat fesyen kerana corak batik
dapat dipadankan mengikut peredaran zaman.
6.5.1 Alat dan Bahan
Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan batik.
Alat Bahan
Canting, pemidang kayu, berus, dapur atau plat
pemanas, periuk dan bekas besar.
Kain putih, campuran lilin, pewarna, pemati warna, debu
soda dan pelembut kain/ fabrik.
6.5.2 Proses Membuat
Mari kita teliti proses untuk menghasilkan batik.
1. Kain yang telah dibasuh (untuk membuang kanji) dikeringkan dan diregangkan pada pemidang kayu.
2. Motif dan corak dilakar dengan menggunakan pensil.
3. Bahan campuran lilin dipanaskan dengan suhu yang sederhana (lilin parafin 60% + damar 40%).
4. Canting yang berisi lilin panas (cair) digunakan untuk melakar di atas permukaan fabrik.
5. Bahan warna disapu pada motif.
6. Fabrik dibiarkan sehingga kering, kemudian disapu dengan pemati warna (sodium silikat) dan
dibiarkan selama 8-12 jam atau direndam dalan cecair yang sama dengan tempoh yang sama ditempat
yang terlindung.
7. Fabrik yang telah dimatikan warna dibasuh dengan air ‘lalu’ atau air mengalir.
8. Fabrik seterusnya direbus di dalam air panas yang telah dicampur dengan sedikit debu soda (soda ash)
sehingga lilin tanggal.
9. Fabrik dicuci dan dibilas dengan menggunakan air biasa sebelum dijemur sehingga kering.
103
Rajah 6.8: Proses membatik
LAMAN WEB
Anda boleh rujuk kepada laman web berikut untuk maklumat lebih lanjut tentang batik:
http://malaysiana.pnm.my/04/0402batik.htm
6.6 SENI TEKAT
Seni tekat termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang ke atas kain dasar jenis
baldu.
104
Rajah 6.9: Tekatan
Sumber: http://malaysiana.pnm.my/04/0409tekat.htm
Ia juga dikenali dengan nama suji timbul iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji, tetapi suji sering dikaitkan
dengan sulaman benang sutera.
Sama ada ditekat, disulam atau disuji, ragam hiasnya semua dibentuk dalam keadaan timbul dari permukaan
dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur.
Asal-usul dan perkembangan seni tekat secara langsung dikaitkan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga
raja-raja atau istana. Seni tekat diperkenalkan pada kurun ke-15, iaitu di zaman kesultanan Melayu Melaka.
Pada masa tersebut seni tekat dipakai oleh keturunan Baba Melaka. Mereka banyak menggunakan seni tekat ini
pada pakaian. Negeri seperti Perak, Johor, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan merupakan negeri yang
banyak mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas.
6.6.1 Alat dan bahan
Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan seni tekat.
Alat Bahan
Pemidang kayu berkaki dan cuban. Benang emas, benang putih, kain dasar baldu, kertas tebal, gam
dan rotan saga.
6.6.2 Proses Menyulam
Mari kita teliti proses menyulan untuk menghasilkan seni tekat.
Proses Penerangan
1. Proses penciptaan Dimulakan dengan menyiapkan pemidang dengan meregang kain putih, kemudian
diikuti dengan menyediakan mempulur atau isi tekat dari kertas atau rotan sega.
Setelah persiapan ini selesai barulah proses menyulam atau penciptaan tekat
dimulakan.
105
2. Persiapan
pemidang
Penggunaan pemidang berkaki atau tidak, dimulakan dengan meregangkan kain
putih di atasnya. Bahagian pinggir atau tepi kain putih yang berukuran panjang
persegi dimasukkan batang pinang yang telah dihaluskan. Cara ini dilakukan
untuk membuat telinga kain. Melalui bahagian ini, kain putih diikatkan ke bingkai
pemidang. Dengan cara ini kain menjadi tegang. Di atas kain putih ini kain baldu
sebagai dasar dilekatkan dengan menyambat kasar.
3. Membentuk
mempulur
Mempulur atau tempulur ialah isi tekat untuk motif dan ragam hias. Bentuk motif
dilukis di atas beberapa helai kertas yang telah dilekat tindih (enam hingga lapan
helai). Kemudian bentuk motif dipotong dan diasingkan dari kepingan kertas.
Potongan-potongan mempulur inilah yang dilekatkan di atas kain dasar tekat
sebelum proses menyulam benang emas dimulakan.
4. Menyulam Benang emas dari cuban merentasi bahagian batang mempulur dari titik A ke titik
B. Di titik A benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui
jarum yang sedang matanya. Jarum yang sederhana matanya disesuaikan dengan
lebar batang mempulur.
LAMAN WEB
Anda boleh rujuk kepada laman web berikut untuk maklumat lebih lanjut tentang seni tekat:
http://malaysiana.pnm.my/04/0409tekat.htm
6.7 TEMBIKAR
Tembikar adalah hasil barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat, dibentuk dan dibakar.
106
Rajah 6.10: Labu Gelugur
Sumber: http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/labu/jenis.html#
Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu berdasarkan penemuan barang tembikar lama
seperti di Gua Cha, Kelantan dan di Sungai Perak.
Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia. Hampir semua tembikar yang
dihasilkan mempunyai ciri-ciri kegunaan harian. Beberapa buah negeri di Malaysia menghasilkan tembikar.
Barangan tembikar yang dihasilkan adalah berbeza dari segi bentuk, corak, dan teknik pembuatan kerana
dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat. Bentuk tembikar tersebut hanya mempunyai persamaan
dari segi susunan motif, ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah, dengan permukaan berwarna coklat,
hitam dan kelabu gelap. Tembikar tradisi Melayu menjadi lambang kesenian negara dan kini menjadi koleksi
yang membanggakan.
6.7.1 Kawasan Perusahaan Tembikar
1. Kampung Sayong, Kuala Kangsar, Perak.
2. Lenggong, Grik, Perak.
3. Bukit Gantang, Taiping, Perak.
4. Pulau Tiga, Parit, Perak.
5. Kampung Alur Merah, Kedah.
6. Sungai Dua, Seberang Prai, Pulau Pinang.
7. Sungai Puyu, Seberang Prai, Pulau Pinang.
8. Kampung Periuk, Tumpat, Kelantan.
9. Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan.
107
10. Kampung Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang.
11. Kuching, Sarawak.
6.7.2 Alat dan Bahan
Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan tembikar.
Alat Bahan
Pisau, penggelek, papan golek, span, gergaji kecil, pengayak, dawai pemotong,
kayu pengukur, angkup luar, pinggan, kayu pembentuk, batu sungai, pengguris
dan berus.
Tanah liat
Rajah 6.11: Peralatan Tembikar
108
6.7.3 Proses
Mari kita teliti proses untuk menghasilkan tembikar.
1. Tanah liat dijemur dan dikeringkan sebelum ditumbuk menjadi debu. Ayak debu tanah liat untuk
mengasingkan batu-batu kecil dan sampah sarap yang terdapat di dalam tanah.
2. Campur debu tanah dengan air dan kacau. Simpan di dalam pasu selama tiga hari.
3. Tanah liat akan mendap. Uli menjadi liut dan lembut.
4. Tembikar boleh dibentuk mengikut kehendak sendiri. Pinggan digunakan untuk proses penyambungan
tanah liat yang digelungkan.
5. Bentuk tembikar dari bawah ke atas, tahap demi tahap.
6. Semasa membentuk permukaan, tanah liat ditekan dengan kayu di sebelah dalamnya ditahan dengan
tangan. Ini bertujuan untuk menguatkan tembikar.
7. Pisau buluh pula digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar. Tekan dan gerakkan bahagian mata
pisau dari bawah ke atas.
8. Tapak atau kaki tembikar dibuat secara berasingan. Cantuman bahagian badan dan kepala tembikar
siap dibuat semasa tanah liat masih dalam keadaan separuh siap (‘leather hard’).
9. Ragam hias dibuat dengan menggunakan penepek berukir.
10. Tembikar yang siap dibuat akan dijemur sebelum dibakar.
11. Tembikar dikeras secara tanur dedah iaitu dilakukan secara salai
12. Tembikar yang telah siap disalai dimasukkan ke dalam timbunan sekam.
13. Damar disapu di bahagian bawah tembikar bagi mengelakkan tiris.
Rajah 6.12: Aktiviti menghasilkan labu sayong
Sumber: http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/labu/aktiviti.html
109
6.7.4 Teknik Pembuatan
Berikut adalah teknik-teknik yang digunakan untuk membuat tembikar:
(a) Teknik picitan
(b) Teknik lengkaran
(c) Teknik kepingan
(d) Teknik Lempar Alin
6.7.5 Jenis Tembikar Tradisional (Labu Sayong)
Berikut adalah teknik-teknik yang digunakan untuk membuat tembikar:
(a) Labu Gondol atau Labu Air
(b) Labu Kepayang atau Labu Pucung
(c) Labu Gelugur
(d) Labu Tanah
(e) Labu Panai
(f) Labu Kepap
(g) Labu Tela
(h) Labu Leper atau Labu Bocong
6.7.6 Reka Bentuk Tembikar Tradisional
Reka bentuk tembikar dari luar tidak mempengaruhi teknik pembentukan dan penciptaan tembikar orang
Melayu. Teknik pembentukan dan penciptaan orang Melayu tetap pada tahap teknologi primitif. Dengan teknik
yang serba sederhana, tembikar dibakar dalam suhu biasa tanpa ukuran tertentu. Tukang Melayu dapat
melahirkan ciptaan yang unik terutama dari segi rupa bentuk labu dan ragam hias yang mempunyai nilai dan
ciri-ciri tersendiri.
Dari segi bentuk, tembikar yang dikumpul di muzium khususnya di Muzium Negara dan Muzium Taiping telah
dapat dikesan tentang kepandaian orang Melayu membentuk dan mencipta, iaitu perkembangan daya fikiran
serta tingkat kebudayaan. Walaupun rupa bentuk tembikar yang dicipta itu sederhana tetapi ianya penuh dengan
nilai-nilai estetika.
LAMAN WEB
Anda boleh rujuk kepada laman-laman web berikut untuk maklumat lebih lanjut tentang tembikar:
http://malaysiana.pnm.my/04/0410tembikar1_pengenalan.htm
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/labu/labu.html
110
6.8 SENI ANYAMAN
Rajah 6.13: Anyaman
Sumber: http://palimpsest.lss.wisc.edu/~emraffer/175a.htm
Anyaman merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuang, bilah buluh, rotan, lidi, bertam,
paku-pakis ribu-ribu atau bahan-bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik
selang-seli helaian antara satu sama lain.
Seni anyaman adalah seni kraf tangan yang muncul dan berkembang tanpa pengaruh luar. Proses anyaman
adalah berbeza mengikut bahan asas yang digunakan.
6.8.1 Alat dan Bahan
Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan seni anyaman
Alat Bahan
Parang, alat jangka, pelurut, tempayan, besen, periuk,
penyisip dan pisau kecil.
Pandan, mengkuang, daun nipah, buluh, paku-pakis,
daun serdang, rotan, rumput-rampai dan lidi.
111
6.8.2 Cara Memproses Daun
Mari kita teliti cara memproses daun untuk menghasilkan seni anyaman.
Proses Penerangan
1. Melayur daun
pandan atau
mengkuang
Daun dilayur di atas api sehingga kekuning-kuningan supaya daun menjadi lembut
dan tahan lebih lama.
2 .Menjangka daun Alat jangka ialah sisir kayu atau buluh yang bermata tajam. Jangka digunakan
untuk membelah daun menjadi bilah-bilah mengikut lebar yang dikehendaki.
3. Melurut Daun dianginkan selama lebih kurang satu jam. Daun kemudiannya dilurut dengan
menggunakan pelurut. Daun dilurut bagi tujuan melembutkan bilah-bilah daun
untuk mengelakkanya daripada bergulung.
4. Merendam Daun diikat menjadi tongkol-tongkol sebelum direndam. Tongkol-tongkol
direndam selama dua hari dua malam untuk melunturkan warna asal daun yang
hijau itu. Air rendaman ditukar dua kali sehari. Tongkol daun kemudiannya dibuka
untuk dicuci dan dijemur sehingga kering. Daun akan bertukar warna menjadi
warna putih pasir.
5 .Pewarnaan daun
cara tradisional
a. kuning – kunyit
b. jingga dan merah – buah kesumber India
c. biru tua dan biru – daun mengkudu
d. hitam – buah pokok arang
e. hijau – daun bemban
6.Proses mencelup
warna
a. Panaskan air bersih sehingga mendidih.
b. Masukkan bahan pewarna.
c. Masukkan daun yang telah diikat dan biarkan selama lebih kurang
setengah jam.
d. Daun dikeluarkan dan cuci dengan air bersih.
e. Buka ikatan daun dan jemur di tempat yang teduh sehingga kering
f. Dilurut daun sekali lagi sehingga lembut.
112
6.8.3 Teknik dan Proses Anyaman
Rajah 6.14: Proses menganyam
Sumber: http://malaysiana.pnm.my/04/0401anyam3_pandan2.htm
Mari kita teliti proses anyaman.
Proses Penerangan
1. Lagang Proses ini juga dikenali sebagai proses menaja. Lagang merupakan tulang sesuatu ciptaan
anyaman. Ukuran panjang tikar bergantung kepada ukuran lagangnya. Setiap bilah daun
dibentuk seperti huruf V di tengahnya, iaitu tempat anyaman dimulakan.
2. Mengayam Proses ini melibatkan tiga langkah. Anyaman tengah dilakukan di tengah atau badan sesuatu
anyaman di mana daun diselang –selikan secara menegak dan melintang dengan sehelai di
atas dan sehelai lagi di bawah. Mengepai merupakan proses mematikan tepi anyaman tikar
supaya tidak terburai. Anyaman sudut disebut juga sebagai anyaman bucu.
3 .Pepeh atau
lepih
Turut dikenali sebagai anyaman mati pada tepi tikar untuk mengakhiri kerja anyaman. Boleh
juga dianyam secara berasingan dan kemudian dijahit pada barangan yang dikehendaki.
4. Sisip Proses ini dilakukan bagi mengelakkan anyaman daripada terburai. Alat penyisip digunakan.
Alat ini biasanya diperbuat daripada buluh. Hujung lebihan daun direncongkan untuk
memudahkan kerja sisipan.
5. Kerat Pisau kecil yang tajam digunakan untuk memotong lebihan bilah anyaman bagi tujuan
kemasan.
113
6.8.4 Kelarai
Kelarai ialah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman yang melalui proses tranformasi idea daripada alam
semulajadi. Anyaman yang tidak berkelarai disebut anyaman biasa atau ghadas. Anyaman yang lengkap harus
dihiasi dengan kelarai. Dua jenis warna yang kontra digunakan bagi menunjukkan kesan. Pembikinan kelarai
adalah dirancang dengan menggunakan mata atau langkah yang betul dan tepat. Kelarai ini dilakukan serentak
dengan proses anyaman. Kelarai mempunyai nama- nama yang tersendiri termasuk:
(a) Kelarai berakar
(b) Kelarai beras patah
(c) Kelarai bunga cengkeh
(d) Kelarai tampuk manggis
(e) Kelarai bunga mempelas
(f) Kelarai anak ikan
(g) Kelarai kepala lalat
(h) Kelarai mata punai
(i) Kelarai sisik kelah
(j) Kelarai tapak harimau
6.8.5 Tokoh-tokoh Penting
(a) Hjh. Minah Bt. Mohammed (Terengganu)
(b) Cik Limah Bt. Mamat (Kelantan)
(c) Dayang Asiah Bt. Awang Husin (Sabah)
(d) Esah Bt. Said (Kelantan)
(f) Cik Siah Bt. Jumaat (Terengganu)
(g) Hjh. Asiah Bt .Saleh (Terengganu)
LAMAN WEB
Anda boleh rujuk kepada laman web berikut untuk maklumat lebih lanjut tentang seni anyaman:
http://malaysiana.pnm.my/04/0401anyam1_sejarah.htm
114
6.9 SENI UKIRAN KAYU
Rajah 6.15: Mengukir
Sumber: http://malaysiana.pnm.my/04/0412ukir_kayu.htm
Seni ukiran kayu merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan untuk menghiasi rumah
kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat pada zaman dahulu. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai
hasil kreativiti orang Melayu dalam bentuk tampak dan mendapat tempat yang istimewa di kalangan masyarakat
di negara ini. Seni ukiran Melayu yang unik ini diperlihatkan melalui ukiran pada istana, masjid, rumah, makam,
kepala sampan, perabot, senjata dan peralatan untuk kegunaan harian. Bangunan-bangunan lama yang masih
mengekalkan seni ukiran sehingga hari ini telah menjadi bahan rujukan generasi masa kini.
6.9.1 Fungsi Ukiran
Seni ukiran kayu berfungsi sebagai hiasan di bahagian-bahagian bangunan, alat kelengkapan dapur, perabot
serta peralatan rumah. Contoh bahagian-bahagian bangunan:
(a) pintu
(b) siling
(c) dinding
(d) tebar layar
(e) cucuran atap
(f) ambang tingkap
(g) dinding separuh tingkap
(h) katil
115
(i) kerusi
(j) almari
6.9.2 Jenis Kayu untuk Ukiran
(a) cengal
(b) merbau
(c) nyatoh
(d) jelutung
(e) berlian
(f) jati
(g) sena
6.9.3 Alat dan Bahan
Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan seni ukiran kayu.
Alat Bahan
Gergaji tangan, cetar, pahat, pisau, kikir, ketam, pengikis, daun mempelas, berus, berus syelek. Kayu
6.9.4 Teknik Mengukir
Mari kita teliti 2 teknik mengukir.
Teknik Penerangan
1. Bunga timbul Dibuat tidak menembusi bahagian belakang dan boleh menggunakan silat atau tidak.
Tidak dapat berfungsi sebagai alat mengaliran udara tradisional. Mempunyai reka
bentuk yang indah dan halus seni kraf tangannya.
2. Papan tebuk Ukiran jenis ini dibuat pada papan yang ditebuk. Bentuk ukiran yang sering
digunakan adalah awan larat, silang, huruf dan reka corak yang terdapat pada
bahagian lambar, selasar, bahagian atas pintu dan juga dinding. Dapat berfungsi
sebagai alat pengaliran udara secara tradisional. Terdapat dua jenis papan tebuk
iaitu, papan tebuk silat dan papan tebuk tidak silat.
116
6.9.5 Proses Mengukir
1. Pilih kayu mengikut kematangan serta urat yang cukup pejal.
2. Belah kayu dan biarkan kering.
3. Kayu yang suddah cukup kering dibelah dan diketam.
4. Corak bunga ditekap pada permukaan kayu.
5. Ukiran timbul – bahagian yang hendak dibuang, ditebuk dengan menggunakan pahat. Ukiran tebuk –
bahagian yang hendak dibuang, gerudi digunakan.
6. Ratakan bahagian dasar.
7. Membuat ukiran silat.
8. Corak diukir dengan menggunakan pisau wali.
9. Licinkan ukiran dengan menggunakan kikir pari.
10.Proses melicinkan ukiran diulang dengan menggunakan daun mempelas dan dikuti dengan daun lalang
kering.
11.Gunakan kiwi kayu, varnis atau syelek bagi tujuan kemasan.
6.9.6 Aplikasi Ukiran Kayu
1. Istana Kenangan di Bukit Candan, Kuala Kangsar, Perak.
2. Istana Balai Besar Kedah
3. Istana Tengku Nik yang kini dikenali sebagai Muzium Induk Negeri Terengganu
4. Istana Sri Menanti Negeri Sembilan
5. asjid Kampung Keling, Melaka.
6. umah-rumah kayu di Perlis, Melaka dan Johor.
7. stana Jahar, Kelantan.
8. umah Pak Ali Gombak Selangor.
117
Rajah 6.16: : Istana Kenangan, Perak
Sumber: http://www.cuti.com.my/Sub/Perak/guide_royalmuz.htm
6.9.7 Motif Ukiran
1. Itik Pulang Petang
2. Badak Mudik
3. Kepala Cicak
4. Unduk-Unduk
5. Kosmos
6. Geomerti
7. Kaligrafi
8. Flora
6.9.8 Jenis-jenis Silat
1. Silat Belah Rotan
2. Silat Minangkabau
3. Silat Serong
4. Silat Leper
5. Silat Dada Tuma
118
LAMAN WEB
Anda boleh rujuk kepada laman web berikut untuk maklumat lebih lanjut tentang seni ukiran kayu:
http://malaysiana.pnm.my/04/0412ukir_kayu.htm
RUMUSAN
Menerusi kegiatan dan kajian yang dilakukan, topik ini dapat memberi kefahaman kepada kita tentang betapa
pentingnya kraf tradisional diperkenalkan kepada generasi sekarang. Pendedahan kandungan topik, teknik, alat
dan bahan ini juga dapat memperjelaskan bagaimana kraftangan Melayu tradisional dihasilkan. Mempelajari dan
memartabatkan kraf ini bermakna kita memelihara dan menjaga kepentingan kraf tradisional dalam kehidupan
masyarakat Melayu yang semakin tergugat oleh arus pemodernan yang menipiskan kekebalan warisan budaya
ini.
GLOSARI
Terap hitam— Blok kayu yang berukir timbul
Parang rosak — Motif hiasan yang sentiasa menyerong
Tepi gigi — Bahagian birai atas dan bawah kain sarung
Kampit — Beg yang dianyam menggunakan daun pandan
Lekar — Anyaman dari lidi atau rotan
Mengepa — Proses mematikan tepi anyaman
Sepuh — Lapisan nipis yang bergemerlap dan lut sinar
Mendiang — Proses pemanasan atau pengeringan tembikar
Silat — Gaya ukiran
Limar — Kain tenunan daripada benang sutera halus
Pelayang — Alat yang diguna untuk menggulung benang
119
UJIAN 1
Batik tulis adalah sebahagian daripada kraf tradisional yang telah diusahakan oleh masyarakat Melayu sejak
dahulu hingga masa kini dan mempunyai disiplin yang perlu dipatuhi.
Huraikan proses penyediaan batik tulis dengan disiplin-disiplin yang telah dipelajari
UJIAN 2
Seni Ukiran banyak di terapkan di dalam seni bina masyarakat Melayu.
Huraikan dan jelaskan LIMA (5) bahagian di mana ukiran diterapkan di dalam seni bina masyarakat Melayu.
TOPIK 7 PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN MENGAJAR
OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menulis format persediaan mengajar untuk perancangan tahunan,
penggal, mingguan dan harian;
2. menyediakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan;
3. menerangkan konsep pendekatan, strategi, kaedah dan teknik; dan
4. membezakan ciri-ciri strategi pengajaran dan pembelajaran pemusatan
guru, murid dan bahan.
PENGENALAN
Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berpusatkan pelajar dengan mengadakan
aktiviti interaksi lisan yang merangsangkan pemikiran dan imaginasi pelajar serta menyakinkannya untuk
berkomunikasi secara rasional dan logik. Aktiviti seni yang dijalankan mestilah sesuai dengan minat, keperluan
dan kebolehan pelajar, mengembangkan daya kreatif serta menajamkan daya pengamatan dan ekspresinya.
Perkembangan diri individu secara menyeluruh dan bersepadu termasuk penyerapan nilai-nilai murni
120
masyarakat hendaklah diberi keutamaan di dalam setiap pelajaran Pendidikan Seni Visual. Ianya juga sebagai
panduan kepada guru-guru Pendidikan Seni Visual untuk mengajar mata pelajaran ini dengan lebih sempurna
dan berkesan, perhatian yang sewajarnya hendaklah diberikan kepada aspek-aspek yang berikut.
GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK
7.1 PERSEDIAAN RANCANGAN TAHUNAN DAN SEMESTER
7.1.1 Kepentingan Rancangan Tahunan dan Semester
Proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berpusatkan pelajar dengan
mengadakan aktiviti interaksi lisan yang merangsangkan pemikiran dan imaginasi pelajar serta meyakinkannya
untuk berkomunikasi secara rasional dan logik. Aktiviti seni yang dijalankan mestilah sesuai dengan minat,
keperluan dan kebolehan pelajar, mengembangkan daya kreatif serta menajamkan daya pengamatan dan
diskriminasinya. Perkembangan diri individu secara menyeluruh dan bersepadu termasuk penyerapan nilai-nilai
murni masyarakat hendaklah diberi keutamaan di dalam setiap pelajaran Pendidikan Seni.
Ianya juga sebagai panduan kepada guru-guru seni untuk mengajar mata pelajaran ini dengan lebih sempurna
dan berkesan. Anda perlu memberi perhatian yang sewajarnya kepada aspek-aspek yang berikut:
(a) rancangan pengajaran;
(b) persediaan guru dan pelajar;
(c) kaedah pengajaran;
121
(d) pengelolaan pelajaran;
(e) teknik penyoalan;
(f) penyertaan pelajar;
(g) pemupukan nilai estetik dan etika;
(h) penyerapan nilai-nilai murni masyarakat; dan
(i) penilaian kemajuan pelajar.
7.1.2 Tujuan Rancangan Pengajaran
Tujuan rancangan pengajaran adalah supaya anda sebagai guru, dapat membuat persediaan yang rapi agar dapat
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan memberi tumpuan kepada:
(a) perkembangan pelajaran yang berperingkat-peringkat;
(b) kesinambungan rancangan pengajaran;
(c) kesinambungan jenis aktiviti;
(d) perkembangan daya kreatif pelajar;
(e) kepelbagaian bahan-bahan seni;
(f) penyesuaian alat/bahan;
(g) kesinambungan gerak kerja individu/kumpulan; dan
(h) aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah.
7.1.3 Format Rancangan Tahunan dan Semester
Setiap guru perlu mempunyai Sukatan Pelajaran semasa untuk rujukan bila-bila perlu. Huraian Sukatan
Pelajaran bolehlah dirujuk semasa menyediakan rancangan pelajaran.
(a) Rancangan Tahunan dan Semester
(i) Berdasarkan Sukatan pelajaran dan huraian yang dibahagikan mengikut penggal, perkara-perkara yang
perlu dinyatakan ialah:
Kegiatan/Bidang
Jenis Aktiviti
Isi Kandungan
Kemahiran
Bahan/Alat
Catatan
(ii) Rancangan Penggal yang disediakan perlulah merangkumi aspek-aspek:
Bidang Melukis dan Menggambar
Mereka dan Mencorak
122
Membentuk dan Membina
Mengenali Kraf Tradisional
(iii) Rancangan penggal yang disediakan mestilah mengikut peringkat perkembangan dan seboleh-bolehnya
mempunyai kaitan di antara tajuk yang dirancang.
Penggal............. Tahun.............
Kegiatan/Bidang Jenis Aktiviti Isi andungan Kemahiran Bahan/Alat Catatan
Rajah 7.1: Contoh Rancangan Penggal/Tahunan
(b) Rancangan Mingguan
(i) Rancangan mingguan adalah perincian daripada rancangan penggal yang mana rancangan ini menunjukkan
kesinambungan dan perkembangan pelajaran dari seminggu ke seminggu.
(ii) Perkara-perkara berikut perlu dicatatkan dalam rancangan mingguan:
Mata Pelajaran
Tahun
Kemahiran
Isi kandungan
Aktiviti
Alatan
123
Minggu Ke .............
Mata Pelajaran Tahun Kemahiran Isi Kandungan Aktiviti Alatan
Rajah 7.2: Contoh Rancangan Mingguan
(c) Rancangan Harian
(i) Rancangan harian perlu disediakan dengan jelas dan tepat. Catatan-catatan yang memperlihatkan urutan,
menyatakan objektif, aktiviti dan strategi pengajaran menjadi fokus utama catatan.
(ii) Objektif pelajaran yang dipilih bersesuaian dengan kebolehan pelajar. Unsur-unsur nilai yang hendak
diserapkan juga dinyatakan dengan jelas dan sebaik-baiknya mempunyai kaitan dengan tajuk.
(iii) Rancangan harian menggambarkan perkembangan pelajaran sebelumnya. Kesinambungan di antara tajuk
diambil kira sebeberapa yang boleh.
(iv) Rancangan harian hendaklah mengambil kira perbezaan kebolehan pelajar di antara kelas dan tahun yang
sama.
(v) Perkara-perkara berikut perlu dicatatkan dalam (rancangan harian):
Bidang
Tajuk
Objektif
Kemahiran
Aktiviti
Alat/bahan
124
Nilai Murni
Mata Pelajaran :
Tahun :
Bil. Pelajar :
Bidang Kegiatan :
Tajuk :
Isi Kandungan :
Kemahiran :
Objektif :
Aktiviti :
Alat/Bahan :
Persediaan Guru/Murid :
Strategi :
(Jadual Perlaksanaan)
Per/Langkah Isi Kandungan Aktiviti P&P/ Strategi BBM/Catatan
Set Induksi
Perkembangan:
Langkah I
Langkah IILangkah III
Kemuncak
Apresiasi/
Rumusan/Penutup
Rajah 7.3: Format Rancangan Harian
7.2 PERSEDIAAN MENGAJAR
a. Menulis Hasil Pembelajaran
Setelah mengikuti segala aktiviti Pendidikan Seni secara menyeluruh, murid-murid anda diharapkan
boleh atau dapat mengenal, membeza, membuat dan menilai segala aspek yang berkaitan dengan
bidang seni di peringkat asas.
125
Tiga faktor hasil pembelajaran yang harus anda gabungkan selari ialah:
i. unsur-unsur seni (garisan, bentuk, rupa, warna, jalinan dan ruang);
ii. kegiatan yang dicadangkan (melukis dan membuat gambar, membuat rekaan dan corak,
membentuk dan membuat binaan dan memperkenalkan kraf tradisional); dan
iii. kemahiran-kemahiran yang dicadangkan adalah kemahiran perlakuan, pengetahuan budaya
dan persepsi.
b. Kemahiran-kemahiran
Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan merupakan satu prosedur untuk memupuk perlakuan yang positif,
pengetahuan budaya serta perkembangan persepsi.
Kemahiran-kemahiran yang dibentuk ialah:
i. kemahiran perlakuan;
ii. pengetahuan budaya; dan
iii. perkembangan persepsi / pengamatan.
c. Kegiatan/Bidang
Empat jenis kegiatan yang dirancangkan untuk peringkat ini ialah:
i. melukis dan membuat gambar;
ii. membuat rekaan dan mencorak;
iii. membentuk dan membuat binaan; dan
iv. memperkenalkan kraf tradisional.
d. Jenis
Terdapat 18 jenis aktiviti yang disarankan untuk membantu menyalurkan kemahiran-kemahiran dalam
Pendidikan Seni. (rujuk Huraian Sukatan Pelajaran).
e. Kandungan
Kandungan ialah isi atau motif yang dapat dikaitkan ke dalam program pembelajaran Pendidikan
Seni. Aspek inilah yang menentukan penyerapan dan hubungan nilai-nilai kepekaan murid terhadap
alam sekeliling mereka.
f. Teknik Pengajaran dan Pembelajaran
126
Masa untuk Pendidikan Seni ialah 60 minit seminggu. Dalam lingkungan masa yang terhad, pada
jangkaan umum tentu membangkitkan beberapa masalah, namun demikian teknik pengajaran dan
pembelajaran dalam KBSR boleh menghapuskan sebahagian besar masalah tersebut.
Contoh Teknik Gabungjalin Pendidikan Seni dan Bahasa
Kegiatan : Membentuk dan Membuat Binaan
Jenis aktiviti : Topeng
Kandungan : Bentuk haiwan
Tajuk : Saya ada memelihara ……..(kucing, ayam, burung dan lain-lain)
Objektif: Mengenal rupa/nama beraneka jenis haiwan peliharaan (pengamatan).
: Melukis mengikut sifat semula jadi sesuatu benda (kemahiran perlakuan).
Alatan : kertas, krayon atau pensel, gam dan gunting.
Cara Pengelolaan (a) Berbual darihal binatang peliharaan di rumah.
(b) Mengenal beraneka jenis binatang peliharaan daripada gambar-gambar carta yang ada kaitan.
(c) Mengenal rupabentuk simbol binatang-binatang yang mudah dikenal.
(d) Aktiviti membentuk.
(e) Menghias/mengubahsuai lebih menarik.
g. Isu dan Kesan dari Pengajaran dan Pembelajaran Tadi
Hasil Pembelajaran dapat dicapai dimana penggabung jalinan dapat dilakukan bukan sahaja di bidang
pelajaran Bahasa, Seni, Muzik, Manusia dan Alam Sekitar bahkan juga merupakan satu langkah
utama dalam memberi kemahiran asas KBSR dan 3M.
Kemahiran secara lisan seperti bercerita, bertutur dengan baik akan dapat diperolehi dan pada akhir
pelajaran situasi lakonan boleh diadakan. Murid mengajuk karektor binatang yang direka dengan
memakai topeng yang berkaitan. Lebih menarik lagi kalau diberi peluang murid-murid menyanyi
sambil menggayakan watak-watak binatang yang dicipta.
h. Persediaan Guru
Di samping perancangan penggal, mingguan dan harian, anda sebagai guru hendaklah:
127
(i) mempunyai pengetahuan serta kemahiran terhadap topik/tajuk dan kaedah pengajaran yang
sesuai;
(ii) sentiasa bersedia dengan alat bahan pelajaran yang hendak digunakan;
(iii) memperolehi berbagai jenis alat bantu mengajar yang sesuai;
(iv) sentiasa peka dan memahami tentang keperluan dan masalah pelajar; dan
(v) menentukan tempat yang sesuai untuk pengajaran.
i. Persediaan Pelajar
Dalam proses pembelajaran, pelajar seharusnya bersedia dengan:
(i) alat-alat dan bahan-bahan yang akan digunakan dalam proses pembelajaran;
(ii) membuat kajian dan rujukan yang diarahkan sebelum pelajaran yang diarahkan serta
menyediakan soalan-soalan, idea-idea yang sesuai; dan
(iii) buku-buku skrap, catatan, sampul lukisan dan buku lakaran.
7.2.1 Memilih Strategi dan Merancang Aktiviti
Pengajaran secara kelas dengan hanya menitikberatkan satu aktiviti, satu tajuk dan satu jenis bahan adalah satu
cara pendekatan biasa. Ini kerana cara ini tidak mengambil berat tentang perbezaan mental seseorang dan
kemahuan individu. Pendidikan seni berkeupayaan meneroka sifat kreatif yang sedia ada pada kanak-kanak dari
hasil aktiviti-aktiviti yang menarik, yang boleh menimbulkan perasaan gembira dan juga yang mencabar
imaginasi kanak-kanak, cenderung untuk mencuba lagi membuat sesuatu aktiviti. Salah satu cara pendekatan
yang lebih mencabar kreativiti kanak-kanak ialah dengan berinteraksi dalam kumpulan.
a. Cara kumpulan boleh di jalankan dengan:
i. mempelbagaikan aktiviti dan bahan untuk satu satu tajuk;
ii. mempelbagaikan kegunaan bahan dalam satu jenis aktiviti;
iii. mempelbagaikan jenis aktiviti untuk satu jenis bahan dan tajuk; atau
iv. mempelbagaikan tajuk untuk satu aktiviti.
b. Beberapa faktor penting yang anda perlu sedari di dalam merancang program pendekatan
secara kumpulan adalah seperti berikut
i. Objektif pelajaran dan pembelajaran tepat, jelas dan dapat diukur prestasinya sebagai hasil
satu unit keseluruhannya.
ii. Tidak terlalu banyak kemahiran yang hendak disalurkan di dalam aktiviti yang dirancangkan.
Sesuaikan kemahiran-kemahiran perlakuan yang sama untuk beberapa aktiviti yang
ditetapkan.
iii. Tentukan cukup masa untuk mengendalikan program pendekatan cara kumpulan.
128
(
iv. Adakan kemudahan dan kelengkapan yang cukup untuk kanak-kanak. Alat tidak cukup
semestinya dibeli, bahan-bahan kutipan dan gantian lebih menghidupkan lagi suasana
pembelajaran.
v. Rancangkan aktiviti yang mudah atau senang tetapi menarik dan berkesan.
c. Contoh-contoh Cara Mempelbagaikan Aktiviti-aktiviti dalam Pengajaran
Contoh A – Mempelbagaikan aktiviti dan bahan untuk satu tajuk.
1. Melukis dan Mengambar
a. Tajuk : Hari Kebangsaan
b. Pelbagai aktiviti atas tajuk yang sama.
(i) Lukisan
(ii) Catan
(iii) Kolaj
(iv) Resis
2. Membuat Rekaan dan Corak
a. Tajuk : Corak Kain Ibu Saya
b. Pelbagai aktiviti.
(i) Lukisan
(ii) Catan
(iii) Lipatan dan guntingan
(iv) Kolaj
3. Membentuk dan Membuat Binaan
a. Tajuk : Haiwan Jinak
b. Pelbagai aktiviti.
(i) Lipatan dan guntingan
(ii) Anyaman
(iii) Assemblaj
4. Memperkenalkan Kraf Tradisional
a. Tajuk : Seni Ukiran
b. Pelbagai aktiviti.
129
(i) Lukisan
(ii) Catan
(iii) Gurisan dan tekanan
(iv) Ukiran bermotif mudah
d. Contoh B – Mempelbagaikan kegunaan bahan dalam satu jenis aktiviti.
a. Aktiviti : Membentuk - Topeng
b. Bahan-bahan yang berlainan:
(i) Kelongsong kertas
(ii) Plastic
(iii) Stokin
(iv) Sampul surat
(v) Kotak
Contoh C – Mempelbagaikan jenis aktiviti untuk satu jenis bahan dan tajuk.
3. (a) Bahan : Biji getah atau biji kelapa sawit.
(b) Tajuk : Alat Perhiasan
(c) Aktiviti :
(i) membuat mobail / bidai
(ii) kalung / rantai
(iii) tali pinggang
(iv) tanjak / ikat kepala
4. (a) Bahan : Biji getah dan biji kelapa sawit
(b) Tajuk : Alam Haiwan (Serangga)
(c) Aktiviti :
(i) Membentuk Semut
(ii) Membentuk Labah-Labah
(iii) Membentuk Rama-Rama
(iv) Membentuk Nyamuk
Contoh D – Mempelbagaikan tajuk untuk satu aktiviti.
(a) Aktiviti : Menggambar - Catan
(b) Kandungan pelajaran : Keluarga
(c) Tajuk-tajuk berkaitan :
(i) Saya Bantu Ayah Basuh Kereta
(ii) Bermain Bola di Hadapan Rumah Dengan Abang
130
(iii) Di Dusun Buah-Buahan
7.2.2 Memilih Kaedah dan Teknik Pengajaran
Kejayaan sesuatu pelajaran Pendidikan Seni banyak bergantung kepada seorang guru yang penuh komitmen,
serta kreatif dan sentiasa ingin menambah pengetahuan serta dapat pula memilih kaedah dan teknik pengajaran
yang wajar bagi pengajarannya.
Pemilihan kaedah dan teknik pengajaran Pendidikan Seni hendaklah sesuai dengan objektif dan isi kandungan
pelajaran, pengetahuan dan pengalaman serta minat pelajar dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang
tersedia. Pelbagai kaedah yang boleh digunakan termasuklah kaedah inkuiri penemuan, penerangan dan
demonstrasi, projek individu/kumpulan, lawatan/kegiatan di luar bilik darjah, tayangan bahan-bahan
visual.
Teknik pula seperti nyanyian, bercerita, puisi, kuiz, lakonan, simulasi dan sebagainya. Teknik-teknik ini
memberi peluang kepada murid mengasahkan kemahiran-kemahiran berikut seperti memerhati, mengumpul
maklumat, membuat analisa, menyoal, merumus, melukis, menjalankan eksplorasi, menilai dan membuat
rujukan.
Kaedah dan teknik yang dipilih hendaklah berpusatkan pelajar dan haruslah dipelbagaikan supaya pelajar
dapat menyertai proses pengajaran dan pembelajaran dengan aktif dan merangsangkan pelajar. Ianya perlu
sesuai untuk sesuatu tajuk pelajaran, keadaan kelas, kebolehan dan minat pelajar, alat dan bahan yang ada serta
kecenderungan guru.
7.2.3 Diskripsi Beberapa Kaedah Pengajaran
a. Kaedah Inkuiri-Penemuan
i. Kaedah inkuiri-penemuan adalah paling sesuai pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni
khususnya untuk aktiviti-aktiviti pembelajaran berkaitan dengan ke empat-empat bidang
dalam sukatan pelajaran. Kaedah inkuiri-penemuan melibatkan pelakjar secara aktif dalam
proses mengingat kembali, memerhati dan mendengan, menyoal, menyiasat serta
mengumpul dan mengelaskan maklumat, mengkaji, melakar, menyelidik, menganalisis,
membanding serta menaakul. Proses-proses yang sedemikian tentunya dapat meningkatkan
daya pemikiran daya kreativiti dan pemahaman pelajar.
ii. Pengajaran dan pembelajaran secara inkuiri penemuan boleh dirancang dan dilaksanakan bagi
individu atau kumpulan bersesuaian dengan objektif dan aktiviti pelajaran yang telah
ditentukan. Kaedah tersebut adalah sesuai untuk aktiviti yang dijalankan di dalam atau di
luar bilik darjah.
131
iii. Antara faedah-faedah kaedah inkuiri penemuan bagi pelajar termasuklah:
pelajar mempelajari sesuatu dengan bimbingan dan tunjuk ajar guru yang minimum,;
hasil-hasil dari kajian dan penerokaan adalah melalui usaha pelajar sendiri;
pelajar mempelajari cara-cara untuk mendapatkan/mengumpul sesuatu yang
diperlukan;
proses inkuiri-penemuan menajamkan deria pelajar khususnya deria penglihatan dan
perasaan;
pendedahan pelajar kepada pelbagai jenis bahan sumber pembelajaran; dan
latihan dalam proses mengesan dan menyelesaikan masalah.
iv. Persediaan dan perancangan anda sebagai guru hendaklah teliti sebelum pelajar diberi sesuatu
aktiviti yang dijalankan. Anda hendaklah menentukan jenis aktiviti dan langkah-langkah
untuk menjalankannya. Anda perlu memberitahu pelajar anda tentang sumber-sumber yang
diperlu dirujuk.
b. Kaedah Penerangan dan Demonstrasi
Kaedah penerangan dan demonstrasi atau tunjuk cara merupakan kaedah yang seringkali dilakukan
oleh guru seni. Kaedah tersebut lebih berpusatkan guru dan penyampaian isi kandungan pelajaran
adalah melalui penerangan alat/bahan dan atau tunjuk ajar sesuatu teknik menghasilkan 2D dan 3D.
Namun begitu, penyertaan pelajar adalah digalakkan di dalam interaksi lisan dan demonstrasi.
c. Kaedah Projek Individu/Kumpulan
Kaedah projek individu/kumpulan adalah sesuai untuk sesuatu jenis aktiviti yang dirancang dan
mengambil masa yang lebih panjang. Pelajar dikehendaki mengumpulkan bahan-bahan yang perlu
untuk aktiviti projek. Kaedah tersebut adalah sesuai untuk kedua-dua jenis aktiviti 2D dan 3D.
d. Lawatan/Kegiatan di Luar Bilik Darjah
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni khususnya aspek asas senireka, lawatan
dan kegiatan di luar bilik darjah adalah kaedah yang sesuai digunakan. Kaedah tersebut adalah paling
sesuai apabila kajian-kajian penerokaan perlu dijalankan dengan menggunakan bahan-bahan dari alam
sekitar. Kaedah ini juga boleh digabungkan dengan kaedah inkuiri-penemuan pada masa-masa
tertentu.
e. Tayangan Bahan-bahan Visual
132
Tayangan bahan-bahan visual seperti lutsinar OHP dan gambar-gambar slaid adalah satu kaedah yang
dapat memberi motivasi serta menimbulkan perasaan ingin tahu dikalangan pelajar. Tayangan bahan-
bahan visual itu menghidupkan pelajaran di dalam bilik darjah sambil menajamkan fokus pemerhatian
pelajar.
Penerangan konsep-konsep lebih berkesan jika dibantu dengan teknik tayangan bahan-bahan visual.
Guru-guru seni hendaklah berusaha mengadakan koleksi bahan tersebut untuk memudahkan
penyampaian pelajaran mereka serta mewujudkan motivasi di kalangan pelajar.
7.3 MENYEDIAKAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG SESUAI DENGAN ISI
PELAJARAN
Sebagai guru Pendidikan Seni yang berkesan, anda haruslah bijak dalam membuat pemilihan sumber atau alat
bantuan mengajar pengajaran dan pembelajaran, penghasilan dan penggunaan sumber bahan pengajaran dan
pembelajaran.
Keberkesanan penghasilan, pemilihan dan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran dengan baik ini
akan dapat membantu guru dalam menentukan tahap pencapaian secara kolaboratif dan koperatif.
Guru Pendidikan Seni perlu menentukan dan mengenalpasti sumber pengajaran dan pembelajaran mengikut
pertimbangan peringkat pengutaraan tampak kanak-kanak dan ini akan dapat mengaplikasikan pertimbangan
asas untuk menggunakan bahan sumber atau alat bantuan mengajar secara lebih berkesan.
ACTIVITI
Cuba fikirkan bersama persoalan-persoalan seperti:
i. Apakah yang dimaksudkan dengan sumber pengajaran?
ii. Senaraikan jenis-jenis sumber-sumber pengajaran yang sesuai digunakan di dalam bilik darjah.
iii. Apakah ciri-ciri sumber pengajaran yang baik?
7.3.1 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
(a) Bahan Dua Dimensi dan Tiga Dimensi
i. Bahan Bergambar
Contoh: Lukisan, gambar, majalah, gambar foto, kalendar, suratkhabar, carta langkah (yang
mempunyai keterangan lakaran urutan langkah.)
133
Sumber:
http://ww
w.furcon.
de/album
Rajah 7.4
Sumber
:http://ww
w.buffy.nu
Sumbe
r:http://
www.schatzistr
easure.com
/cabyssinian.ht
ml
i. Bahan Maujud
Contoh: Bahan yang sebenarnya seperti buah-buahan, dan semua yang berkaitan dengan alam
semulajadi dan alam benda
Rajah 7.5
(b) Bahan yang Boleh Menjelaskan Konsep Berdasarkan Pengalaman Sedia Ada Murid
Contoh: kreativiti murid, imaginasi, pengalaman masa lalu, pemikiran kritis dan kreatif dan peristiwa yang
pernah di lalui.
(c) Penggunaan Teknologi
Contoh: OHP, slaid, televisyen, radio, komputer (internet).
134
Rajah 7.6
RUMUSAN
Walau apapun kaedah yang dipilih dalam pengajaran dan pembelajaran KBSR, murid seharusnya menjadi
tumpuan pembelajaran. Oleh yang demikian anda sebagai guru, seharusnya arif mengendalikan kelas dan
berupaya memilih teknik (cara) penyampaian pelajaran yang sesuai dengan taraf kebolehan murid, tajuk-tajuk
pelajaran, masa, ruang serta bahan pengajaran dan pembelajaran.
GLOSARI
Logik — Secara akal dan pemikiran apa yang dilihat sahaja
Estetik— Nilai-nilai keindahan
Interaks — Perhubungan komunikasi
Teknik — Cara
135
Maujud— Objek/bahan yang nyata
Alternatif — Pilihan
Visual— Tampak
Inkuiri — Hasil penemuan
Eksploras — Pelbagaikan, penerokaan
Etika— Prinsip
Menaaku — Hasil pemikiran
Akses kendiri— Kajian hasil secara individu/sendiri
Masteri — Mahir, pakar
UJIAN 1
Secara berkumpulan tidak lebih dari empat orang, hasilkan satu Perancangan Tahunan untuk tahap satu dan
tahap dua yang merangkumi ke empat-empat bidang yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni
Sekolah Rendah.
UJIAN 2
Hasilkan satu Rancangan Harian yang mengandungi objektif, strategi, kaedah, teknik dan lengkap dengan alat
bantuan mengajar.
136
TOPIK 8 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO
PENGENALAN
Sebelum anda muncul sebagai seorang guru yang berketrampilan, amalan pengajaran dan pembelajaran yang
betul dan berkesan perlu dilakukan. Ia bukan sekadar dirancang tetapi juga dipraktikkan di empat penjuru bilik
darjah dan di hadapan murid dengan menggunakan strategi, teknik dan kaedah yang betul. Amalan mempraktik
dan merancang dalam pengajaran dan pembelajaran perlu disuaikan dengan situasi pelajar, aras pemikiran
pelajar dan strategi yang dapat menepati objektifnya. Pengajaran mikro merujuk kepada satu-satu proses atau
kaedah tetapi bagi pengajaran makro melibatkan fizikal bilik darjah dan sejumlah pelajarnya sekali. Ia perlu
diperincikan mengikut langkah atau perkembangan satu persatu.
OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan bagaimana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah melibatkan perancangan, strategi, alat
bantu mengajar dan kaedah yang sesuai;
2. menjelaskan bagaimana pelbagai strategi boleh diaplikasikan di dalam pelbagai situasi dan bahan pengajaran;
3. menjelaskan bagaimana perancangan yang jitu dan tepat perlu untuk mencapai objek pengajaran dan
pembelajaran;
4. menjelaskan bagaimana perancangan yang betul akan dapat menyempurnakan agihan bidang secara saksama bagi
satu tahun pengajaran; dan
5. mengaplikasi secara betul perancangan pengajaran bagi bakal seorang guru permulaan.
GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK
137
8.1 MEMBUAT RANCANGAN HARIAN
8.1.1 Pengenalan
Perancangan pelajaran harian dibuat untuk memudahkan perlaksanaan sesuatu pengajaran dan
pembelajaran bagi sesuatu tempoh waktu tertentu, misalnya untuk satu waktu pengajaran, satu minggu atau
satu semester. Jika tempoh jangkaan pengajaran itu hanya melibatkan satu jam, maka perancangan pengajaran
ini mestilah disuaikan dengan tempoh satu jam itu. Begitulah seterusnya, pengajaran mungkin menjadi agak
panjang kerana melibatkan sesuatu projek atau satu pengajaran yang berfasa. Cara membuat rancangan ini
dilakukan dengan melihat beberapa penelitian antaranya:
138
Rancangan harian perlu disediakan dengan jelas dan tepat. Catatan-catatan yang
memperlihatkan urutan, penyataan objektif, aktiviti dan strategi pengajaran menjadi fokus utama
catatan.
Objektif pelajaran yang dipilih bersesuaian dengan kebolehan pelajar. Unsur-unsur nilai yang
hendak diserap juga dinyatakan dengan jelas dan sebaik-baiknya mempunyai kaitan tajuk.
Rancangan harian menggambarkan perkembangan pelajaran sebelumnya. Kesinambungan di antara
tajuk diambil kira seberapa yang boleh.
Rancangan harian hendaklah mengambil kira perbezaan kebolehan pelajar di antara kelas dalam
darjah yang sama.
Catatan dalam rancangan harian menunjukkan dengan jelas tentang bahan pelajaran dan pembelajaran
yang akan digunakan.
Perkara-perkara berikut perlu dicatat dalam rancangan harian:
(i) Tajuk
(ii) Objektif
(iii) Kemahiran
(iv) Nilai murni
8.1.3 Penyampaian
Bahagian kedua dalam komponen rancangan pelajaran harian ini melibatkan penulisan langkah-langkah
pengajaran yang disusun mengikut turutan berdasarkan prinsip pengajaran dan pembelajaran. Penyampaian
pelajaran akan berkembang berasaskan kepada prinsip-prinsip:
(a) Senang kepada susah
(b) Dekat kepada yang jauh
(c) Konkrit kepada abstrak
(d) Sudah diketahui kepada yang belum diketahui
Dalam perkembangan penyampaian ini guru akan mencatatkan apakah kandungan atau isi penting yang perlu
dimasukkan, strategi, kaedah dan aktiviti yang sesuai, masa dan alat bantu mengajar yang sesuai. Juga
ditekankan ialah perkara lain seperti penyerapan nilai murni, unsur kesepaduan, pengukuhan, penggunaan
bahasa dan suara. Di bahagian ini guru mengamalkan segala teori dan prinsip pedagogi yang telah dipelajari
untuk menghasilkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Di dalam perkembangan yang seterusnya, langkah-langkah pengajaran akan diteliti satu demi satu untuk
mendapatkan pertalian yang sebenar-benar sekuen berasaskan masa dan kesinambungan isi pelalajaran yang
terancang.
Isi pelajaran yang akan diajar berdasarkan isi yang telah ditetapkan di bahagian awal hendaklah ditulis dengan
terang dan jelas untuk memastikan bahawa isi pelajaran ini tidak tercicir atau tertinggal. Ia seharusnya dirujuk
139
bersaskan kepada objektif tingkahlaku pelajar serta bidang kemahiran yang ingin diterapkan dari masa ke
semasa. Dengan ini guru akan dapat membawa satu kaedah yang terancang dan disertai pula dengan carta
langkah yang telah disediakan oleh guru. Sebaiknya dalam produk seni, demonstrasi guru perlu dibuat untuk
menunjukkan urutan hasilan dan kemahiran yang ingin diterap dalam pengajaran tersebut.
Bagi satu isi yang besar atau projek, pecahkan beberapa langkah atau perkembangan untuk mendapatkan satu
aliran perkembangan pemikiran dan kemahiran yang sentiasa sekuen dengan isi pelajaran. Bagi tujuan
pengajaran Pendidikan Seni Visual, bahagian ini merupakan bahagian paling utama dan mengambil masa yang
terbanyak. Ini disebabkan kerana perkembangan pelajaran akan disertai dengan perkembangan aktiviti
menghasil produk atau ingatan.
8.1.4 Kemuncak
Setelah selesai menyampai melalui proses menerang, mendemonstrasi, memandu pelajar dalam penguasaan
kemahiran dan pembelajarannya, pelajar seterusnya menyudahkan produk atau hasilan seninya. Situasi ini
berlaku sehingga tiga per empat waktu pengajaran dan ketika ini guru perlu menilai pencapaian objektif
pengajarannya. Salah satu caranya ialah dengan meminta murid menunjukkan hasilan kerja atau karya menerang
semula apa yang telah difahami oleh murid. Guru boleh membuat soalan-soalan yang menguji mengenai
kefahaman intipati pelajaran yang dipelajari. Peringkat penilaian (‘appraisal’) ini sebenarnya mengukur
keupayaan dan kebolehan pelajar serta merefleks keberkesanan pengajaran guru. Kemuncak atau ‘appraisal’ ini
diwujudkan untuk mengukur penguasaan dan kemahiran pelajar. Justeru itu kemuncak merupakan suatu
bahagian penting sebelum penutup dalam pengajaran guru. Bahagian kemuncak amat perlu kerana ia:
(a) mengukur pencapaian pelajar;
(b) mengukur kecekapan guru;
(c) mengukur pencapaian objektif tingkahlaku pelajar;
(d) adalah tindakan susulan sebelum ditamatkan; dan
(e) adalah refleksi guru terhadap penguasaan ilmu dan kemahiran terhadap pelajarnya.
8.1.5 Penutup
Penutup merupakan komponen yang terakhir dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni Visual. Jika
subjek lain hanya melibatkan tiga komponen, Pendidikan Seni Visual memasukkan kemuncak bagi
memperkukuhkan lagi penguasaan kognitif, psikomotor dan afektif. Pada peringkat penutup ini terangkum di
dalamnya kesimpulan dan jenis-jenisnya, penilaian, tugasan susulan dan ulasan kendiri. Terdapat dua jenis
kesimpulan yang didominasikan dalam pengajaran iaitu:
(a) Kesimpulan Kognitif
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru biasanya melakukan tiga perkara tersebut:
140
memberitahu pelajar apa yang akan diajar;
menyampaikan ilmu dan kemahiran; dan
merumus dapatan pengajaran.
Apapun yang penting dalam rumus kognitif ini ialah penguasaan secara total isi pelajaran dan kemahiran yang
seharusnya dikuasai oleh pelajar.
(b) Kesimpulan Sosial
Ia merumuskan mengenai sikap pelajar, psikologi pelajar, kehadiran pelajar dan komitmen pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran guru tadi. Apakah yang dirasai oleh pelajar di akhir pengajaran guru tadi? Adakah
pelajar merasa puas dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru? Adakah murid telah merasakan pengisian
ilmu dari pengajaran dan pembelajaran guru? Adakah guru merasa puas bahawa hasilan pelajar membawa
output yang menggembirakan?
Biarpun begitu, guru juga harus merumus kekuatan dan kelemahan dalam pencapaian pelajar. Guru seterusnya
mengukuhkan semula pemahaman pelajar melalui peneguhan istilah, rumus kemahiran dan rumus nilai yang
diterap di sepanjang pengajaran dan pembelajaran.
ACTIVITI
Bagi satu pengajaran dan pembelajaran di bawah tajuk pualaman, apakah pertimbangan-pertimbangan yang
anda ambil untuk mengukur kefahaman pelajar di peringkat kemuncak dan penutup?
1. ______________________________________________________________________________
2.______________________________________________________________________________
3.______________________________________________________________________________
8.2 MENGGUNAKAN ALAT BANTU MENGAJAR YANG SESUAI
Pemilihan pelbagai alat bantu mengajar yang sesuai dan relevan dengan perancangan pengajaran dan
pembelajaran dapat memperkukuhkan pemahaman dan pengalaman tampak kepada pelajar. Pemahaman
secara ‘first-hand’ dan bersifat konkrit dalam mindanya menjadikan suatu input yang bermakna dan pelajar akan
teransang ke arah penguasaan ilmu secara bersistem. Guru yang mengajar akan lebih mudah untuk mengurus
dan memandu arah pengajaran mengikut aturan perkembangan pelajaran yang dirancang. Peneguhan input
kepada pelajar berbantu alatan guru yang digunakan akan menghasilkan sesi pengajaran dan pembelajaran tidak
membosankan.
141
8.2.1 Pemilihan dan Pengunaan Alatan Mengajar
Anda haruslah memilih dan menggunakan alatan mengajar yang:
berkaitan dengan tajuk pelajaran;
sesuai dengan jenis aktiviti yang dirancangkan;
sesuai dengan saiz kumpulan yang diajar (kumpulan besar, kecil atau individu);
sesuai dengan lokasi pengajaran dan pembelajaran, seringkali dikaitkan dengan kedudukan di studio
seni;
melibatkan deria yang berkaitan; dan
sesuai dengan latar belakang belajar.
8.2.2 Koleksi Pengunaan Alat Bantu Mengajar Pendidikan Seni Visual
a. Hasil kerja pelajar yang baik yang boleh dijadikan koleksi contoh untuk asas senireka, organisasi
rekaan, pemahaman dan penghargaan.
b. Hasil kutipan benda maujud yang terdapat di persekitaran seperti kulit kerang, kayu hanyut,
dedaunan, buah-buahan dan sebagainya yang akan dijadikan sebagai asas kajian pembelajaran
Pendidikan Seni Visual.
c. Keratan-keratan dari akhbar dan majalah boleh dijadikan bahan buku skrap dan carta untuk
digunakan sebagai bahan kajian, penjanaan idea dan perbincangan mengenai “subject matter” dalam
pengajaran dan pembelajaran.
d. Koleksi gambar slaid yang meliputi berbagai aspek Pendidikan Seni Visual termasuk hasil karya
pelukis-pelukis terkenal tempatan, antarabangsa, pemandangan dan situasi luar biasa yang boleh
meransang dan menjadi pemangkin minda pelajar untuk menguasai maklumat pembelajaran.
Pelajar akan melihat mood gambar sebagai input pemahaman mengenai hal benda yang akan
diperkatan.
142
e. Koleksi transparensi ‘overhead projector’ (OHP) bagi menerangkan konsep serta langkah-langkah
dalam aspek asas senireka dan organisasi rekaan dalam memperteguhkan lagi kefahaman dalam
penguasaan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
f. Filem bergerak dan pita video boleh dipinjam dari Jabatan Filem Negara Malaysia, perpustakaan,
Bahagian Teknologi Pendidikan dan perbadanan tertentu untuk mendapatkan bahan sokongan dalam
menghidupkan situasi pengajaran dan pembelajaran.
g. Muzik juga dapat menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran kerana ‘mood’ belajar dan
mengajar boleh dibentuk melalui lagu-lagu latar, disamping menjadikan bilik darjah tidak terlalu
sunyi dan dapat menyuntik semangat pelajar untuk belajar. Penggunaan perakam kaset, perakam
vedeo yang diselang-selikan dengan audio visual amat memberangsangkan dalam pembelajaran.
h. Bagi membantu dan menggalakkan pelajar membuat kajian, risalah-risalah mengenai beberapa
aspek seni perlu diperolehi dan disimpan atau dipamerkan di Pusat Sumber Sekolah atau bilik seni.
Selain daripada itu buku-buku rujukan, buku panduan khas, istilah dan sukatan pelajaran perlu
dibekalkan untuk mempertingkatkan prestasi guru-guru Pendidikan Seni Visual.
i. Kontemporari ini, penggunaan peralatan dalam bidang teknologi maklumat telah digunakan secara
global dan meluas. Penguasaan penggunaan komputer misalnya telah menjadi suatu agenda besar
dalam dunia pendidikan. Lebih dari itu, pengajaran pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang
berbantukan perisian-perisian komputer mempermudah dan mempercepat urusan memproses dapatan
dalam produk komputer.
ACTIVITI
Klasifikasikan strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di bawah ini:
Pemusatan Guru Pemusatan Alat/ Bahan Pemusatan Murid
Demonstrasi Projek
143
Syarahan Inkuiri penemuan
Pengajaran berkumpulan Perbincangan
Pengajaran mikro Penyoalan
Bercerita Penyelesaian masalah
Pengajaran keseluruhan kelas Simulasi
Main peranan
Sumbangsaran
Kumpulan
8.2.3 Tujuan Pengunaan Alat Bantu yang Sesuai dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual
a. Menentukan pendekatan objektif pelajaran dapat dicapai, mudah dan terancang.
b. Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan mengikut pecahan, perkara dan
langkah-langkah
c. Memberi maklumat secara ‘first-hand’ kepada pelajar yang membolehkan pelajar menaakul maklumat
dan pemahaman dengan lebih mudah.
d. Penggunaan masa yang lebih terancang berdasarkan pemilihan alat dan bahan yang disuaikan mengikut
langkah dan perkembangan.
e. Guru mendapat suatu kelegaan dari urusan menyampai dan menerang kerana penggunaan alat dan
bahan membolehkan guru mengatur strategi yang lebih terurus dan terancang.
f. Pengagihan alat dan bahan pengajaran dapat digunakan sebagai kaedah untuk membuat pertimbangan-
pertimbangan tertentu dalam menukar strategi atau menukar teknik terutamanya apabila berlakunya
masalah dalam penguasaan pemahaman pelajar..
g. Penggunaan alat dan bahan menjadikan pengurusan kelas lebih terancang kerana pemusatan
pembelajaran berlaku ke atasnya.
h. Penggunaan alat dan bahan juga menjadikan penguasaan kemahiran manipulatif dapat diawasi dan
dipertingkatkan dari masa ke semasa.
i. Penggunaan alat dan bahan memudahkan untuk urusan penilaian. Samada ia dinilai secara formatif
atau sumatif, produk seni visual mereka jelas menampilkan penguasaan pembelajaran yang di pelajari.
j. Penyerapan nilai murni berlaku melalui penggunaan alat dan bahan yang digunakan dan pada jangka
panjang pemantapan afektif akan berlaku.
k. Perkara yang lebih penting dan bermakna dari penggunaan alat dan bahan ialah pemantapan domain
kognitif, psikomotor dan afektif yang berlaku dari aktiviti Pendidikan Seni Visual.
144
ACTIVITI
Bagaimanakah penggunaan alat dan bahan dalam penghasilan ukiran kayu Melayu dapat mempertingkatkan
domain kognitif, psikomotor dan afektif pelajar? Cuba anda bincangkan.
8.3 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PENYAMPAIAN
Kemahiran penyampaian yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran menjadikan guru lebih bersedia
dan merasakan bahawa bidang tugasnya bukan suatu desakan atau tekanan. Ia merupakan suatu penguasaan
dalam menganalisis, membuat sintesis dan membuat penilaian terhadap bidang atau tajuk yang akan diajar.
Seseorang guru seharusnya merancang situasi dan bahan pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid agar
dia berupaya meningkatkan kualiti pengajarannya. Seterusnya, strategi penyampaian pengajaran guru perlu
disuaikan dengan aras pelajar, persekitaran dan objektif pelajaran. Strategi ini lazimnya mengambil kira
penguasaan kognitif, iaitu aras pengetahuan, kefahaman, penggunaan, analisis, sintesis dan penilaian. Tahap
pemikiran pelajar boleh ditentukan dengan penggunaan jenis-jenis soalan mengukur kemahiran berfikir seperti
menggunakan pelajaran pemikiran CoRT (Cognitive Research Trust). Kemahiran pengajaran ini merangkumi
teknik-teknik seperti PMI (Plus, Minus, Interesting), APC (Alternative, Possibilities, Choices) dan C & S
(Consequence and Sequence). Antara kemahiran penyampaian yang dapat diaplikasi dengan berkesan dalam
pengajaran pembelajaran Pendidikan Seni Visual ialah:
a. Membuat generalisasi mengenai isi kandungan pelajaran.
b. Menyenaraikan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam sesuatu bidang atau tajuk yang bakal
diajar dan dikuasai oleh pelajar.
c. Membuat hukum biasaan terutamanya dalam sesuatu kaedah mengajar yang disenangi oleh pelajar.
Ajar dari mudah kepada susah.
d. Bersikap proaktif dalam menjalankan tugas atau peranan dan hindarkan retroaktif yang menggugat
kelancaran penyampaian pengajaran. Watak guru menampilkan sesuatu yang disenangi dan ceria..
e. Membina konsep mudah di kalangan pelajar terhadap isi pelajaran yang bakal dikuasai. Gunakan
formula tertentu untuk mudah difahami dan ditaakul.
f. Menekankan teknik pengajaran berpusatkan pelajar. Lebih banyak peranan yang dimainkan oleh
pelajar lebih baik dan berkesan.
8.3.1 Kemahiran Penyampaian Set Induksi
Pada peringkat set induksi, guru hendaklah berbincang, bercerita, bersoal jawab dengan pelajar tentang tajuk
serta perkara-perkara yang berkaitan. Guru haruslah mengaitkan tajuk dengan minat, pengetahuan dan
pengalaman pelajar dalam kehidupan sehariannya. Aktiviti-aktiviti lisan yang dijalankan perlulah melibatkan
pelajar secara aktif. Satu aspek yang penting lagi ialah alat-alat bantu mengajar seperti bahan siap, contoh-
145
contoh gambar, benda-benda maujud dan bahan-bahan semulajadi eloklah digunakan supaya penyampaian akan
lebih berkesan.
8.3.2 Kemahiran dalam Teknik Penyoalan
Kemahiran guru menyoal dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni adalah satu faktor utama yang
mendorong peningkatan daya intelek pelajar. Justeru itu, seorang guru Pendidikan Seni Visual hendaklah
berkemahiran membentuk soalan-soalan yang bermutu tinggi untuk mencabar dan mengembangkan daya
pemikiran pelajar. Beliau harus juga mahir mengemukan soalan-soalannya dengan berbagai teknik yang
memberi peluang kepada semua pelajar untuk menjawab mengikut kebolehan masing-masing. Sambil menyoal,
beliau juga mengetahui bagaimana memberi bimbingan yang sewajarnya ke arah menemui jawapan atau
menyelesaikan sesuatu masalah berkaitan dengan tajuk pelajaran, pengetahuan dan pengalaman pelajar. Dalam
aktiviti bersoal jawab, anda sebagai guru Pendidikan Seni Visual harus ingat menimbang perkara-perkara yang
berikut:
a. Pelajar harus mudah memahami soalan-soalan.
b. Kemukakan soalan sebelum meminta individu memberi jawapan.
c. Beri masa untuk pelajar berfikir.
d. Beri peluang menjawab kepada setiap pelajar.
e. Beri bimbingan yang sewajarnya untuk menjawab soalan.
f. Beri soalan lebih mudah kepada pelajar lambat untuk membina keyakinan.
g. Beri pujian atau komen positif terhadap jawapan baik sebagai galakan dan pengukuhan.
h. Galakkan pelajar untuk mengemukakan soalan.
i. Elakkan soalan-soalan yang hanya memerlukan jawapan ‘YA’ atau ‘TIDAK’.
j. Kemukakan soalan-soalan bercapah yang mencungkil pemikiran pelajar seperti soalan-soalan
mengingat kembali, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
8.3.3 Penilaian Kendiri dan Refleksi
a. Definisi Penilaian kendiri
Satu proses yang bersistem bagi menentukan objektif pengajaran oleh diri sendiri telah dicapai.
Menurut Rowntree, penilaian kendiri merupakan satu proses mendapat dan mentafsir maklumat
tentang pengetahuan, kemahiran-kemahiran dan sikap seseorang. Penilaian kendiri tidak harus dilihat
sebagai proses memberi markah atau gred semata-mata kerana cara ini sekadar menjalankan
146
pengukuran. Secara ringkasnya pengukuran merupakan suatu cara untuk menghuraikan kuantitatif
sedangkan penilaian menghuraikan kuantitatif, kualitatif dan pertimbangan nilai. Salah satu prinsip
utama dalam penilaian kendiri ialah mentaktifkan sejelas mungkin mengenai tujuan penilaian itu
dibuat. Objektif-objektif penilaian kendiri sepatutnya dicatatkan dalam sinopsis atau rangka kerja
yang dirancang oleh seseorang guru. Kerangka ini penting untuk mendapatkan gambaran yang jelas
tentang apakah perubahan-perubahan yang akan berlaku dari segi pengetahuan, sikap dan kemahiran
yang seharusnya berlaku sehingga akhir pelajaran. Bagi kebanyakan pengajar atau guru, penilaian
kendiri hanya berasaskan kepada isi pelajaran yang diajar. Isi pelajaran memang tidak dinafikan
penting tetapi mengukur sejauh mana pelajar memahami konsep-konsep yang menguasai kemahiran-
kemahiran dan teknik-teknik menjadi kriteria yang lebih penting kerana pembelajaran dalam
Pendidikan Seni Visual menekankan pembinaan JERI (jasmani, emosi, rohani dan intelek). Sebab itu
penilaian kendiri menekankan kepada pemusatan diri pelajar atau guru (student-centred / teacher-
centred) dan bukannya mata pelajaran (subject-centred).
b. Refleksi
Menurut Michael J. Wallace (1991) dalam bukunya ‘Training Foreign Language Teachers: A
Reflective Approach’, refleksi ialah proses merenung kembali pengetahuan dan pengalaman yang
relevan untuk membantu kita menilai sesuatu masalah profesional supaya dapat menghadapi atau
menyelesaikannya. Renungan boleh dibuat sebelum, semasa atau selepas masalah itu berlaku.
Rajah 8.1
c.
Menurut model di atas, seorang guru memerlukan kedua-dua teori dan pengalaman. Yang pentingnya,
guru itu menerima peluang yang mencukupi untuk menjalani latihan praktikal atau praktikum.
Refleksi berlaku dengan melibatkan perkara-perkara berikut:
o Menilai amalan bilik darjah dan mengenalpasti masalah atau perkara yang merisaukan kita
dalam bilik darjah.
o Mempertimbangkan faktor yang berkenaan dengan masalah itu.
147
o Merenung kembali pengetahuan dan pengalaman relevan yang mungkin dapat membantu
dalam menghadapi masalah.
o Menimbulkan satu atau lebih cara untuk menghadapi masalah itu. Tujuan utama refleksi ialah
membantu guru pelatih menilai situasi pengajaran-pembelajaran dari masa ke semasa. Guru
digalakkan menilai diri sendiri, pelajarnya serta keadaan bilik darjah untuk membantu
menentukan:
o sumber yang ada pada dirinya;
o perubahan yang perlu diwujudkan sama ada pada dirinya atau pada pelajarnya dan bilik
darjah; dan
o amalan bilik darjah yang boleh dikekalkan.
d. Refleksi dalam Pengajaran
Pengajaran bermula dengan perancangan yang rapi. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan
berbagai model yang difikirkan sesuai. Contoh model pengajaran Glaser dan Sim adalah seperti
berikut:
148
Rajah 8.2 : Model Pengajaran Glaser
a. Menulis objektif pembelajaran tersebut.
b. Memilih isi kandungan yang tepat dan sesuai dengan objektif.
c. Menyusun atau memeringkatkan isi kandungan yang dipilih.
d. Menentukan kaedah mengajar.
e. Merancang dan menyediakan bahan pengajaran-pembelajaran.
f. Memilih aktiviti pembelajaran yang sesuai dan membuat persiapan untuknya.
ACTIVITI
Bagaimanakah anda boleh melakukan refleksi dalam tiga situasi berikut?
a. Konferensi prapengajaran
b. Sesi pengajaran
c. Konferensi pospengajaran
RUMUSAN
Memantapkan ilmu perguruan melalui penerapan ilmu dalam pembelajaran (‘content knowledge’) dan ilmu
dalam pengajaran (‘pedagogical knowledge’) merupakan satu proses yang perlu dilakukan dengan teliti dan
berhati-hati. Ia perlu dilakukan secara seimbang agar penyerapan ilmu ke dalam minda pelajar berlaku secara
terancang dan tersusun. Kefahaman yang mendalam dalam memilih strategi, kaedah, input pembelajaran dan
inferens mestilah melihat realiti pelanggan iaitu anak didik yang sedang diajar. Penggunaan alat bantu mengajar
yang efisyen dan relevan dengan keperluan pengajaran memudahkan lagi proses penerimaan pelajar dalam
konteks pembelajaran. Wujudkan suasana pembelajaran yang terapeutik, selesa dan iklim bilik darjah yang
boleh merangsang pembelajaran. Ciri kelas yang kondusif perlu difikirkan oleh guru dan pihak pengurusan.
Dalam sebarang situasi, guru perlu membuat refleksi kendiri. Dari amalan yang biasa, refleksi berlaku dalam
tiga situasi: sebelum pengajaran, semasa pengajaran dan selepas pengajaran. Apapun yang terhasil dari refleksi
ini, ia menjurus kepada penghayatan sebagai seorang guru yang berkesan di samping membuat
penambahbaikan.
GLOSARI
Terapeutik — Damai, indah, menarik atau nyaman
149
Kondusif— Tenteram
Refleksi — Muhasabah
Kuantitatif — Berkaitan dengan jumlah
Kualitatif — Berkaitan dengan mutu
First hand — Pertama dalam serba serbi
Subject-matter — Hal benda
Sekuen — Berurutan, berterusan, kesinambungan
Pedagogi — Ilmu mengajar kanak-kanak
Andragogi — Ilmu mengajar dewasa
UJIAN 1
Bagaimanakah penggunaan alat dan bahan dalam penghasilan ukiran kayu Melayu dapat mempertingkatkan
domain kognitif, psikomotor dan afektif pelajar?
UJIAN 2
Bagaimanakah anda melakukan refleksi dalam tiga situasi yang berikut?
1. konferens prapengajaran;
2. sesi pengajaran; dan
3. konferens pospengajaran.
150
TOPIK 9 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
PENGENALAN
“Art appreciation is not always black and white. You get out of art what you're willing to put in. Art is a
relationship and requires that you work at it.”
Richard Nilsen, The Arizona Republic, July 2, 2006
Sumber: http://www.azcentral.com/arizonarepublic/ae/articles/0702heard0702.html
Ianya juga sebagai satu penghargaaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh
juga dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan
aspek-aspek afektif.
Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan “logical operation,such as defining, valuing, and
explaining”. Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumnya, para pendidik seni
beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan
karya seni sahaja. Munurut Chapman(1978), “If treat art as if it were only a matter of learning facts and
mastering technique, we deny its value and character”.
Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajar-pelajar dapat memahami adat,
tradisi dan nilai sesuatu masyarakat. Macfee (1961) menegaskan bahawa “…every culture, differences in value
and belief are expressed through language and art forms such as dress, architecture an decoration…”.
Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan,
lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan di sentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan
penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks
ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang di perlukan.
OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan maksud apresiasi dan kritikan seni dan objektifnya;
151
2. menjelaskan tujuan apresiasi dan kritikan seni;
3. menjelaskan dua pendekatan apresiasi dan kritikan seni;
4. menjelaskan lima kaedah melihat seni;
5. menjelaskan proses apresiasi seni;
6. menjelaskan aspek nilai melalui apresiasi seni; dan
7. memberi satu contoh kritikan seni
GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK
9.1 PENGENALAN KEPADA APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
9.1.1 Definisi
Apresiasi bolehlah di definisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-
hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema
dan hal benda serta gaya dan stail tertentu mereka.
Semuanya ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif.
Ianya juga sebagai satu penghargaaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh
juga dikatakan sebagai pembentukkan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan
aspek-aspek afektif.
152
Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan
‘Logical operation’ such as defining, valuing, and explaining.
Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumnya, para pendidik seni beranggapan
Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja.
Menurut Chapman(1978),
“If treat art as if it were only a matter of learning facts an mastering technique, we deny its value and
character”.
Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajar-pelajar dapat memahami adat,
tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.
Macfee(1961) menegaskan bahawa
“…every culture, differences in value and belief are expressed through language an art forms such as dress,
architecture an decoration…”
Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan,
cetakan dipandang; sementara arca dan binaan disentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan
bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini
pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang di perlukan.
9.1.2 Objektif Apresiasi
Objektif apresiasi adalah untuk:
(a) memahami dan bertindak terhadap aspek seni;
(b) mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan;
(c) menghasilkan karya (produk seni);
(d) memahami seni dan hubungannya; dan
(e) membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni.
9.2 Tujuan Apresiasi dan Kritikan Seni
Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan
nilai-nilai sosio-budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri
dan hasil sendiri dengan hasil-hasil seni lain berdasarkan persepsi visual.
153
Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-
kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni.
9.3 Pendekatan Apresiasi dan Kritikan Seni
Mengikut John A. Michael dalam bukunya ‘Art and Adolescense’ ada dua pendekatan dalam Apresiasi
Seni iaitu:
(a) Pendekatan secara logik
(b) Pendekatan secara psikologi
(a) Pendekatan Secara Logik
Pendekatan ini adalah yang berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak
berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut.
Cadangan aktiviti pendekatan secara logik:
1. Secara Penerangan Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media,
proses, nilai-nilai astetika serta pengaruh.
2. Secara Pemerhatian Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan menyusun
gambar-gambar.
3. Secara Perbandingan Analisa, penilaian, perbandinan antara satu dengan yang lain serta
menimbulkan kesedaran.
4.Secara Penghasilan Membuat mengikut gaya artis/stail, menimbulkan kefahaman
masalah nilai-nilai khas, kepuasan, menghubungkan diri dengan
pelukis/pandai tukang, gaya konsep dan zaman.
ACTIVITI
Cuba anda jalankan satu aktiviti pendekatan secara logik dengan menggunakan satu contoh karya seni murid
anda. Catitkan pendekatan anda untuk semua empat cara yang diberi di atas.
(b) Pendekatan Secara Psikologi
Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi
dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuatu karya seni.
Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini akan
lebih realistic dan dapat menerima ‘response’ dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah
terhadap bahan serta alat yang digunakan.
Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi:
154
1. Secara perbincangan dan perbandingan.
2. Secara proses inkuiri penemuan (discovery).
3 Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni. 4. Secara menyediakan setting/set induksi.
5 Secara membesarkan gambar.
6 Secara mengolah bahan-bahan sebenar.
7. Secara aktiviti permainan seni.
8. Secara lawatan/pameran.
9. Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran.
ACTIVITI
Cuba anda jalankan satu aktiviti pendekatan secara psikologi dengan menggunakan satu contoh karya seni
murid anda. Catitkan pendekatan anda untuk semua cara yang diberi di atas.
9.4 KAEDAH MELIHAT SENI
Kaedah-kaedah melihat seni terdiri daripada kaedah:
(a) Hedonistik
(b) Kontekstualistik
(c) Organistik
(d) Normistik
(e) Elektik
a. Kaedah Hedonistik
Kaedah ini hanya satu luahan perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan perasaan, gemar,
menarik dan benci.
Penilaian dibuat secara serta merta iaitu:
o suka / tidak.
o tertarik / tidak
o pernyataan spontan
Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah ini tidak
diterjemahkan oleh otak (pemikiran) cuma berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur
bilangan sebenar dan terdapat pelbagai citarasa.
155
b. Kaedah Konstekstualistik
Kaedah ini lebih praktikal di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman
serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan.
Lebih merujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan,
interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya. Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap
dalam pengamatan karya, kefahaman konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu
pendekatan yang menarik oleh pemerhati.
c. Kaedah Organistik
Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu system yang teratur dan terancang.
Penilaian di buat serata melihat konteks seni secara harmoni, menyentuh intuisi dan menyenangkan.
Penekanan kriteria kepada aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya.
Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur
seni, imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian.
d. Kaedah Normistik
Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan
budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsur
sensasi. Contohnya lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai
akhlak.
Kaedah ini menolak peradaban moden dimana pelukis telah melampaui batas yang dibenar dalam
budaya dan agama.
e. Kaedah Elektik
Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistik, ianya adalah gabungan persepsi penilai seni
tentang tanggapan positif dan negatif. Kriteria penilaian menekankan unsur asas prinsip, struktur
organisasi dan alat dan bahan.
Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada aspek kronologinya. Wajaran
hanya secara baik, sederhana dan kurang baik.
9.5 PROSES APRESIASI SENI
Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai proses apresiasi.
Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti aprisiasi seni, berasaskan kepada proses
persepsi dan intelektual melalui empat tahap:
(a) Menggambarkan (‘description’)
156
(b) Menganalisa (‘analysis’)
(c) Tafsiran (‘interpretation’)
(d) Penilaian (‘evaluation’)
a. Menggambarkan
Mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa,
jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur.
b. Menganalisa
(i) Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, prinsip dan struktur.
(ii) Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana.
(iii) Menghuraikan stail sesuatu karya.
c. Tafsiran
(i) Mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol, unsur-unsur
seni, prinsip, struktur corak dan bahan.
(iI) Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan
makna tersebut.
d. Penilaian
(i) Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan,
teknik dan fungsi.
(ii) Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya (‘significance’) dari segi individu, sosial,
keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya.
Proses apresiasi seni akan lebih mudah dan bermakna sekiranya pelajar telah dilengkapi dengan pengetahuan
mengenai seni dan persepsi yang tajam. Apakah pengetahuan seni yang diperlukan?
(a) Pengetahuan asas senireka dan prinsip-prinsip seni.
(b) Pengetahuan mengenai jenis seni, teknik, proses, alat dan bahan.
(c) Sejarah seni.
(d) Stail sesuatu zaman, budaya, aliran, kumpulan atau individu.
(e) Maklumat mengenai pelukis dan pandai tukang.
9.6 ASPEK NILAI MELALUI APRESIASI SENI
Ianya akan dapat menanam dan memupuk nilai-nilai murni seperti saling faham memahami, ramah mesra,
menghargai hasilan seni, sayang kepada alam sekeliling, cinta kepada negara, kebersihan dan kesabaran, tekun,
157
kesungguhan, berterima kasih, boleh membuat pertimbangan, peka pada isu-isu sosial dalam masyarakat,
bersemangat patriotik, berusaha dan produktif serta berfikiran positif.
Butiran Bidang
Bidang Objektif
Seni dalam Kehidupan a. Memahami tentang kepelbagaiaan kegunaan dan kesan seni
dalam kegiatan ekonomi, pendidikan dan budaya;
b. membincangkan isu berhubung dengan pengaruh teknologi
dalam penghasilan barangan seni;
c. memahami peranan seni dalam mempertingkatkan aspek
estetik dalam persekitaran dan kehidupan serta kerjaya; dan
d. mempertingkatkan pengetahuan tetang aspek budaya dan nilai
dalam hasil seni.
Seni dalam Komunikasi (Seni Halus) a. Mengenalpasti cara mesej disampaikan melalui lukisan, catan,
arca, cetakan dan sebagainya.
Reka Bentuk Rumah Tradisional a. Memahami beberapa ciri yang mencerminkan budaya
tempatan pada reka bentuk rumah di negara ini.
Perkembangan Seni dalam Budaya
Kebangsaan
a. Menambah pengetahuan dan penghargaan tentang:
i. sejarah perkembangan seni dalam negara;
ii. keistimewaan ciri-ciri estetik dan fungsi;
iii. sumbangan dalam konteks warisan budaya; dan
iv. sumbangan institusi, kumpulan dan tokoh terhadap
perkembangan seni serta budaya.
b. Membolehkan pelajar mempunyai daya kritikan yang lebih
rasional tentang seni budaya kebangsaan.
Hasil Seni Rakyat:
Peralatan
a. Mengetahui keistimewaan keris dari sudut estetik dan fungsi;
b. mengetahui peranan keris dalam konteks budaya Melayu;
c. memahami jenis seni tekat dari aspek estetiknya dalam
158
Kraf tekat
Tenunan
Bangunan
Alat permainan
konteks budaya kebangsaan;
d. memahami jenis seni tenunan dari aspek estetiknya dalam
konteks budaya kebangsaan; dan
e. memahami reka bentuk, fungsi dan makna rumah tradisional
dan alat permaian.
Perkembangan Seni Lukis Moden
Malaysia
a) Meningkatkan pengetahuan daya kritikan dan penghargaan tentang:
i. sejarah perkembangan seni lukis dan perkembangan seni
dalam negara;
ii. keistimewaan ciri estetik dan fungsi;
iii. sumbangan dalam konteks warisan budaya; dan
iv. sumbangan institusi, kumpulan dan tokoh terhadap
perkembangan seni dan budaya.
Seni Dalam Budaya Lain: Kraf Dan
Seni Halus
a. Menyedari beberapa aspek persamaan dan kelainan kraf tanah
air dengan kraf luar negara.
b. Memperkembangkan pengetahuan dan penghargaan tentang:
i. hasil karya seni halus dalam budaya lain dari segi
persamaan dan kelainannya; dan
ii. gerakan seni halus dalam budaya lain dari segi
persamaan dan kelainannya dengan seni halus
tempatan.
9.7 CONTOH KRITIKAN SENI
159
Rajah 9.1
Tajuk
Tahun
Media
Saiz
Lokasi
: Pantai Timur 1
: 1978
: Warna Fabrik
: 123 cm x 80 cm
: Balai Seni Lukis Negara
(a) Menggambar (‘Description’)
Warna Penggunaan warna yang cerah dan menarik antara warna neutral menambahkan
nilai estetik karya ini. Semangat kaum nelayan diperkuatkan dengan penggunaan
warna jingga, kuning, oren, dan merah nyala..
Garisan Berfokus kepada yang dilukis untuk mewujudkan “outline”.
Ruang Objek dilukis memenuhi ruang.
Rupa Menggunakan objek atau figura untuk mewujudkan pergerakan (‘movement’).
Dilukis dengan aksi yang berbeza.
Prinsip Rekaan Penegasan – dari aspek garisan, rupa, warna dan ruang yang dapat difokuskan dan
menjadi tumpuan oleh pemerhati.
Imbangan Memanfaatkan figura manusia sebagai imbangan.
Kesatuan Idea yang sama dan menyeluruh.
160
(b) Menganalisa (‘Analyse’)
Subjek Manusia
Unsur-unsur seni 1. Warna
2. Rupa
3. Bentuk
Prinsip Rekaan 1. Penegasan
2. Keseimbangan
3. Bentuk
Kualiti Ekspresif 1. Mood – tolong-menolong.
2. Suasana – harmoni dan aman.
Bahan / Teknik /
Kaedah
Menggunakan pastel pada kanvas tanpa memberi fokus pada ton.
(c) Tafsiran (‘Interpretation’)
Makna / Mesej Masyarakat kampung
Subjek Manusia
Simbol Perpaduan
Unsur-unsur Seni Warna, rupa dan bentuk.
Prinsip Rekaan Penegasan, keseimbangan dan kesatuan.
Metafora/Analogi
bagi menjelaskan
makna
Lebih menggambarkan kepada kehidupan rakyat Malaysia yang harmoni dan
mempunyai semangat kerjasama dalam kehidupan harian.
(d) Penilaian (‘Evaluation’)
Kriteria
161
Keaslian Berdasarkan kepada pengalaman.
Gubahan Berdasarkan alam serta budaya masyarakat setempat di dalam kehidupan
seharian mereka.
Teknik Hasil daripada persepsi beliau, beliau telah mengadaptasikan pengalaman beliau
untuk mengolah dalam bentuk fabrik.
Fungsi Menyedarkan masyarakat dengan budaya hidup yang harus ada untuk
mewujudkan suasana harmoni.
RUMUSAN
Apresiasi Seni dalam Pendidikan Seni harus dilihat sebagai satu bidang ilmu yang dapat memperkayakan
pengalaman kesenian pelajar. Perancangan yang teratur dan perlaksanaanya yang berkesan di bilik darjah, dapat
membantu meningkatkan kesedaran pelajar terhadap alat dan bahan, teknik, dan proses, rekabentuk serta fungsi
hasil seni dalam kehidupan. Kajian karya seni dalam dan luar negeri dapat meningkatkan lagi penghargaan
terhadap karya seni tempatan dan pandai tukang.
GLOSARI
Stail — Gaya
Kognitif — Daya pemikiran
Persepsi — Pengamatan
Pemikiran intelek — Pemikiran tinggi
Holistik— Menyeluruh
Kronologi— Urutan
162
Ekspresif— Luahan perasaan
Metafora — Ibarat/kiasan
Analogi — Persamaan ‘Significance’ — Keertiaannya
UJIAN 1
Apakah yang dimaksudkan dengan Apriasiasi Seni dalam Pendidikan Seni dan mengapa ianya penting dalam
pengajaran Pendidikan Seni?
UJIAN 2
Berdasarkan salah satu contoh hasil karya di bawah, buatkan satu analisa bagi membuat perbandingan antara
salah satu hasil seni tempatan. Penekanan harus diberikan kepada kriteria, persamaan dan kelainannya
berdasarkan empat-empat proses aprisiasi seni.
Rajah 9.2: Istana Kenangan, Kuala Kangsar, Perak. Ketika istana ini
mula-mula dibina ia tidak menggunakan sebarang paku.
Kini menjadi muzium Diraja Perak
163
Rajah 9.3: Sebuah wakaf di Kg. Berangan Tumpat, Kelantan
Rajah 9.4: Ukiran kayu, Kelantan kurun ke-19
164
Rajah 9.5: Ukiran kayu, Kelantan kurun ke-19
165
Rajah 9.6: Ukiran kayu, Kelantan kurun ke-19
Rajah 9.7: Pinggan dengan hiasan berupa ayat-ayat suci al-Quran, Dinasti Ming kurun ke-16.
166
Rajah 9.8
TOPIK 10 PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan bagaimana menguruskan bilik pendidikan seni visual;
2. menggambarkan keadaan bilik seni yang sesuai dengan menggunakan
pelan bilik;
3. menjelaskan bagaimana mengendalikan buku stok dan senarai inventori
bilik pendidikan seni visual;
4. menjelaskan bagaimana menjana iklim bilik pendidikan seni visual yang
kondusif dari aspek fizikal, emosi dan sosial;
5. menyenaraikan prosedur pengurusan alat dan bahan pendidikan seni; dan
167
6. menghasilkan contoh borang penyimpanan stok.
PENGENALAN
Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru
Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan
keadaan dan suasana yang sesuai dlam Bilik Seni.
GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK
168
10.1 PENGURUSAN BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL
169
Rajah 10.1: Kelas Pendidikan Seni
Sumber: http://bi-lingual.com/School/virtualtourgyoshu.htm
Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada
pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, anda
hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk
dipamerkan dalam bilik seni. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti:
unsur seni;
menggambar / melukis;
warna;
lukisan alam semulajadi;
seni huruf dan sebagainya.
Di dalam pengurusan bilik seni, anda harus beri aspek-aspek berikut perhatian yang sewajarnya:
keselamatan;
kebersihan;
susunan perabot;
pameran hasil kerja;
kelengkapan bilik seni;
pengagihan tugas;
pengumpulan alat / bahan; dan
jadual waktu penggunaan bilik seni.
170
Pengurusan bilik seni haruslah melibatkan pelajar dengan tujuan untuk memupuk sikap bertanggungjawab dan
berdisiplin.
10.1.1 Pelan Bilik Pendidikan Seni Visual
Contoh pelan bilik khas seni (illustrasi) berikut merupakan cadangan menunjukkan keadaan sebuah bilik seni
yang sesuai.
Rajah 10.2: Contoh pelan Bilik Seni
171
Rajah 10.3: Bilik Seni saiz bilik darjah
10.1.2 Buku Stok dan Senarai Inventori
Pengendalian buku stok merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni dan
menjadi tanggungjawab guru kanan mata pelajaran Pendidikan Seni untuk menguruskannya dengan sempurna
dan kemaskini. Perkara-perkara yang anda perlu beri perhatian adalah seperti berikut:
172
a. Semua alat/bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku Stok rasmi sepertimana yang
dikehendaki oleh pihak Audit. Butir-butir yang terdapat dalam ruang-ruang buku stok hendaklah diisi
dengan lengkap dan kemaskini.
b. Dua buah buku stok boleh digunakan. Sebuah buku untuk mencatatkan butir-butir alat/bahan
kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat/bahan habis guna. Setiap jenis alat/bahan
yang diperolehi patut dicatatkan dalam halaman secara berasingan. Dengan berbuat demikian, maka
ianya memudahkan semakan stok pada akhir tahun yang berkenaan.
c. Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Sebarang kerosakan, kehilangan atau
kecurian alat/bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah.
10.1.3 Iklim Bilik Pendidikan Seni Visual dari Aspek Fizikal, Emosi dan Sosial
Iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual sama ada di bilik seni
ataupun di sebuah bilik darjah biasa, merangkumi keadaan fizikal dan suasana pembelajaran yang sesuai dan
kondusif untuk sesuatu pelajaran.
a. Aspek Fizikal
Sumber: http://www.brookfieldschool.co.uk/images/Art/art_room.jpg
b. Dari aspek fizikal, guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah atau bilik seni
adalah bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan. Sudut
173
seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar perlu ada dan diuruskan dengan menarik dan
kemaskini. Ianya dapat dilakukan dengan cara-cara berikut:
i. Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan.
ii. Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta, gambar, rak
pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.<
iii. Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi keselesaan
kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan.
iv. Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan cahaya masuk dan udara
beredar bebas dalam studio. Keadaaan cahaya dan udara studio yang cukup dapat
membangkitkan suasana yang segar dan membawa keselesaan kepada murid.
v. Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah pula dapat meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.
c. Aspek Sosial
Rajah 10.5: Murid berinteraksi
Sumber: http://www.blackrockps.vic.edu.au/about_brps/Tour_art.html
d. Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid,
khasnya dalam bilik darjah. Murid yang dapat berinteraksi dalam pembelajarannya akan mudah
menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan melalui sosiometri dalam penguasaan berinteraksi dalam
sesuatu kumpulan dan disinilah proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Aspek emosi ini
akan dapat:
174
(i) menarik minat murid, masyarakat dan guru-guru;
(ii) berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan inovatif;
(iii) mewujudkan suasana interaksi sesama murid;
(iv) memudahkan komunikasi antara guru dan murid; dan
(v) menggalakkan pendedahan kepada kepelbagaian budaya.
e. Aspek Emosi
Rajah 10.6: Guru mengajar kelas seni
Sumber: http://dragons1.k12.ar.us/dragons/WCOBBWEB/art%20class.jpg
f. Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini
akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya
mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan
oleh guru yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta
menjalankan tugas dengan adil, bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak
memilih kasih. Anda boleh mewujudkan suasana ‘rapport’ dan disenangi oleh murid dengan:
(i) memenuhi kehendak fisiologi iaitu memuaskan deria;
(ii) memenuhi kehendak mental, untuk keperluan berfikir;
175
(iii) membentuk suasana yang meransang kreativiti; dan
(iv) menghasilkan suasana persekitaran yang memberi keyakinan untuk berkarya.
10.2 PENGURUSAN ALAT DAN BAHAN SERTA BAHAN RUJUKAN
10.2.2 Contoh Borang Penyimpanan Stok
(a) Borang Storu Peralatan Kekal
Bil. Item ( Peralatan Kekal ) Bil.
Unit
Tarikh Masuk Tarikh
Lupus
1 Meja guru 2 12/5/03 2/12/03
2 Kerusi guru 2 12/5/03
3 Almari kayu 4 12/5/03 8/10/03
4
Jumlah
Item:__
Catatan:
Rajah 10.7: Contoh borang stor untuk peralatan kekal
(b) Borang Stok untuk Peralatan Tidak Kekal
Bil. Item ( Peralatan Kekal ) Bil.
Unit
Tarikh Masuk Tarikh
Lupus
1 Berus lukisan (keras- saiz 4) 32
dozen
10/3/01 2/12/03
2 Kertas lukisan (½ imperior) 20
dozen
12/3/01 8/10/03
3
Jumlah
Item:__
Catatan:
Rajah 10.8: Contoh borang stor untuk peralatan tidak kekal
RUMUSAN
Studio atau bilik seni amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran seni. Ia seberapa boleh
diasingkan atau dijarakkan daripada kebisingan kantin, padang dan pejabat. Situasi teraputik ini jelas
menunjukkan kepada kita bahawa ketenangan dan kejauhan dari kebisingan tadi dapat mewujudkan mood atau
176
suasana pembelajaran yang memberangsangkan dan menarik minat. Sebagai guru Pendidikan Seni, anda boleh
berusaha untuk mewujudkan iklim studio Pendidikan Seni yang dapat meningkatkan lagi kreativiti pembelajaran
dan pengajaran.
GLOSARI
Inventori — Stok kawalan alatan
Rapor — Mesra dan peramah
Spesifikasi — Mengikut ciri atau pengkhususan
Futuristik — Masa hadapan
Fisiologi — Keperluan diri
UJIAN 1
Anda dikehendaki mencadangkan satu pelan bilik Pendidikan Seni Visual yang kondusif.
UJIAN 2
Sila hasilkan sebuah buku stok yang sesuai bagi mengawal peralatan dan perabot bilik Pendidikan Seni Visual.
177
178