mod.gov.mymod.gov.my/images/mindef/header_utama/laporan_tahunan/laporan-tahunan... · 2 LAPORAN...
Transcript of mod.gov.mymod.gov.my/images/mindef/header_utama/laporan_tahunan/laporan-tahunan... · 2 LAPORAN...
2018
LAP
OR
AN
TAH
UN
AN
2018 KE
ME
NTE
RIA
N P
ER
TAH
AN
AN
MA
LAYS
IA
KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIAJalan Padang Tembak,50634 Kuala Lumpur,MALAYSIA.
www.mod.gov.my
(603) 2059 8400
(603) 2691 1757
@KementerianPertahanan
@MINDEFMalaysia
2018
2 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
© Kementerian Pertahanan Malaysia. Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara, baik elektronik, fotokopi, mekanik, mahupun lain-lain, mana-mana bahagian, ilustrasi atau kandungan buku ini sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit.
Diterbitkan oleh:Unit Komunikasi Strategik, Kementerian Pertahanan Malaysia, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur, MALAYSIA.Tel: 03-2071 4008 Faks: 03-2691 1757
Pejabat Menteri Pertahanan m/s 15
Unit Komunikasi Strategik m/s 38 Bahagian Pembangunan m/s 58
Pejabat Ketua Setiausaha m/s 26
3
PerutusanYB Menteri Pertahanan 4YB Timbalan Menteri Pertahanan 5Jeneral Panglima Angkatan 6 Tentera Ketua Setiausaha Kementerian 7
PertahananKementerian Pertahanan 8
MAKLUMAT KORPORATCarta Organisasi Kementerian 10 Pertahanan MalaysiaStruktur Organisasi Angkatan 12 Tentera MalaysiaStruktur Organisasi Markas 13 Angkatan Tentera Malaysia Pejabat Menteri Pertahanan 14Pejabat Timbalan Menteri 16
Pertahanan Sektor Ketua Setiausaha 18Sektor Pembangunan 19Sektor Dasar 19Sektor Pengurusan 20Agensi di Bawah Kementerian 21Kelab & Persatuan Berdaftar 21Alamat Agensi & Jabatan 22
SEKTOR KETUA SETIAUSAHAPejabat Ketua Setiausaha 26Bahagian Audit Dalam dan 28 Siasatan Am (BADSA)Bahagian Undang-Undang 34Jabatan Ketua Hakim Peguam 36Unit Komunikasi Strategik 38Urusetia Majlis Angkatan 44 Tentera Kementerian Pertahanan 48 Cawangan Sabah Kementerian Pertahanan 51 Cawangan SarawakUnit Integriti 53
ANGKATAN TENTERA MALAYSIAOrganisasi ATM 130Pertukaran Pucuk Pimpinan 131Pengurusan Dalam Negara 134Cawangan Integriti ATM 150Sukan ATM 154Badan Kebajikan Keluarga 160
Angkatan Tentera (BAKAT)
KELAB & PERSATUAN BERDAFTAR
PUSPANITA Cawangan 166 Kementerian Pertahanan
Kelab Kakitangan Awam 168 Kementerian Pertahanan
(KAKEP)
PENCAPAIAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
Anugerah Kecemerlangan 172 BPSMKecemerlangan dan 173
Penganugerahan ATM
SEKTOR PEMBANGUNANBahagian Pembangunan 58Bahagian Perolehan 62Penguasa Katalog ATM 65 (MAFCA)
SEKTOR DASARBahagian Dasar dan 70 Perancangan Strategik Bahagian Industri Pertahanan 76Depot Simpanan Pertahanan 80 (DSP)
SEKTOR PENGURUSANBahagian Pengurusan Sumber 84
Manusia Bahagian Pengurusan Maklumat 92Bahagian Akaun 96Bahagian Kewangan 99Bahagian Khidmat Pengurusan 102
AGENSI DI BAWAH KEMENTERIANInstitut Penyelidikan Sains & 106 Teknologi Pertahanan (STRIDE)Jabatan Hal Ehwal Veteran 111 ATM (JHEV ATM)Perbadanan Hal Ehwal Bekas 118
Angkatan Tentera (PERHEBAT) Institut Pertahanan dan 124
Keselamatan Malaysia (MiDAS)
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia m/s 84
Bahagian Pengurusan Maklumat m/s 92
JHEV m/s 111
ATM m/s 130
STRIDE m/s 106
L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
4 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
PerutusanYB Menteri Pertahanan
Alhamdulillah, saya merafakkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, tahun 2018 telah menjadi tahun yang sangat bermakna bagi seluruh rakyat Malaysia dan warga Kementerian Pertahanan khasnya.
Sejak saya menerajui Kementerian Pertahanan bermula Mei 2018 lalu, pelbagai dasar dan inisiatif yang kita rancang khususnya dalam usaha memastikan tahap keselamatan dan pertahanan negara terus berada pada tahap tertinggi bukan sahaja disambut baik oleh semua pihak malah berjalan lancar mengikut objektif yang disasarkan.
Saya percaya, kesemua ini tidak mungkin mampu dikecapi, jika tidak kerana iltizam dan komitmen semua pihak yang sentiasa bekerja sebagai satu pasukan, demi memastikan Kementerian Pertahanan terus cemerlang dalam menjalankan fungsinya.
Pun begitu, saya berharap agar kita tidak terlalu cepat berpuas hati. Sebaliknya, kita mesti kekal fokus dan tingkatkan prestasi agar tahun 2019 sekali lagi menjadi tahun yang sarat dengan kejayaan.
Pelbagai lagi inisiatif serta perancangan sedang dan akan kita laksanakan. Antaranya, memastikan kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus terbela menerusi inisiatif membaik pulih dan membina lebih banyak Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT).
Selain itu, kita juga telah mengaktifkan Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) bertujuan mengkaji secara terperinci inisiatif yang berpotensi dilaksanakan demi membela
kebajikan veteran ATM. Pada masa yang sama, kebajikan warga awam Kementerian Pertahanan juga tidak akan sesekali dipinggirkan.
Serentak itu, kita turut akan membangunkan Kertas Putih Pertahanan (KPP) bagi melaksanakan pelbagai bentuk penambahbaikan dan menyatakan niat serta hala tuju pertahanan negara.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan juga akan terus memberi fokus terhadap usaha mempelopori perdamaian di Laut China Selatan serta meningkatkan kerjasama pertahanan dengan lebih banyak negara khususnya ASEAN dan negara-negara lain.
Perancangan ini hanyalah sebahagian. Pelbagai lagi inisiatif akan kita laksanakan pada tahun 2019. Sebagai Menteri Pertahanan, saya sendiri akan memantau rapat agar kesemua perancangan ini bukan sahaja dilaksanakan dengan teratur tetapi juga telus dan berintegriti.
Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerja keras sepanjang tahun 2018. Marilah kita doakan, semoga segala urusan kita demi agama, bangsa dan negara bagi tahun 2019 juga sentiasa dipermudahkan.
In sha Allah.
Tuan Haji Mohammad bin SabuMenteri Pertahanan Malaysia
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
5
PerutusanYB Timbalan Menteri Pertahanan
Setiap tahun, takwim Kementerian Pertahanan sudah tentu sentiasa padat dengan pelbagai perancangan dan aktiviti penting. Bermula dari usaha meningkatkan tahap kecekapan pengurusan setiap unit di bawah Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui penganjuran pelbagai kursus dan latihan, sehinggalah usaha memelihara keselamatan serta keamanan negara melalui pelbagai inisiatif, kesemuanya dilaksanakan dengan teliti serta bersungguh-sungguh.
Salah satu inisiatif utama yang telah diusahakan oleh Kementerian Pertahanan adalah penyediaan Kertas Putih Pertahanan untuk menggariskan satu hala tuju yang jelas bagi pertahanan negara, buat kali pertama dalam sejarah negara kita. Sukacita untuk saya maklumkan bahawa usaha untuk menyediakan KPP ini berjalan dengan lancar dan berlandaskan beberapa konsep penting, seperti pendekatan pertahanan menyeluruh (HANRUH), “Whole of Nation” dan keterbukaan. Dokumen KPP akan bersifat terbuka, yakni seluruh rakyat Malaysia boleh membaca dan menelaah kandungannya untuk kefahaman diri sendiri. Dalam ini, Kementerian Pertahanan turut menjalankan secara serentak program libat urus awam untuk meningkatkan tahap kefahaman rakyat Malaysia kepada isu-isu pertahanan serta menerima maklum balas dan pandangan rakyat tentang isu-isu tersebut.
Sesungguhnya, MINDEF dan ATM perlu lebih gigih menjadi satu pemangkin untuk perubahan. Sebagai satu kementerian yang besar, inisiatif-inisiatif yang diambil
oleh MINDEF dan ATM akan membawa impak yang besar kepada negara dan kerajaan. Antaranya, industri pertahanan negara perlu dilihat sebagai satu sektor ekonomi yang mampu memangkin perkembangan dan pembangunan negara. Negara kita sudah mempunyai modal insan yang mencukupi untuk menceburi perkembangan ini; saya cukup teruja dengan keluaran produk pada Hari Inovasi MINDEF 2018, di mana sudah jelas terbukti bahawa warga ATM mempunyai daya inovasi tersendiri. Saya harap pada tahun yang akan datang kita akan dapat mempergiatkan lagi penggunaan dan pemasaran produk-produk dan proses-proses ini.
Justeru, saya amat berbangga dan menghargai kerja keras semua pihak yang saling membantu serta menyumbang idea dan masa dalam tempoh tahun 2018. Di bawah pimpinan Menteri Pertahanan Saudara Tuan Haji Mohamad bin Sabu, saya yakin Kementerian Pertahanan akan lebih cemerlang pada tahun 2019. Tahniah dan selamat berusaha!
Tahniah semua!
Senator Liew Chin TongTimbalan Menteri Pertahanan Malaysia
Salam Sejahtera
L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
6 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
PerutusanJeneral Panglima Angkatan Tentera
Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur saya tawadukkan ke hadrat Allah SWT, kerana atas ketentuan kuasa kudrat dan iradat-Nya jua, maka ATM telah melakar pelbagai siri kejayaan dan menyaksikan kesinambungan evolusi yang amat memberangsangkan sepanjang tahun 2018.
85 tahun sejak penubuhannya pada 1 Mac 1933, ATM terus mengorak langkah dalam mendepani dinamika cabaran landskap dunia semasa demi melunaskan amanah besar yang dipikul. Segala kejayaan yang dicapai adalah bertitik tolak dari kesepaduan komitmen ketiga-tiga cabang perkhidmatan Darat, Laut dan Udara, dipacu oleh gabungan jitu bersama-sama rakan awam Kementerian Pertahanan, dengan sokongan Kerajaan Malaysia serta rakyat seluruhnya. Dalam memastikan kebitaraan serta kematangan ATM kekal lestari, pewujudan persekitaran kerja yang menjunjung tinggi sumpah taat setia kepada Raja dan Negara, semangat ukhuwah serta keterangkuman amat dititik beratkan.
Penzahiran kecemerlangan ATM perlu dan akan melalui pelbagai proses perekayasaan serta penambahbaikan seiring dengan perkembangan dan tuntutan semasa. Sebagai respon terhadap perkembangan ini, barisan kepimpinan ATM komited dalam meneruskan kesinambungan usaha perencanaan fasa modenisasi menyeluruh melalui pelan Fourth Dimension Malaysian Armed Forces (4D-MAF). Dalam hal yang sama, ATM memberikan penekanan secara komprehensif demi memperkukuhkan sinergi dan merapatkan jurang di antara komponen pembangunan insan, latihan, logistik, peralatan dan sebagainya. Dengan mandat yang diberikan, ATM yakin bahawa pihak Kerajaan
dan Kementerian Pertahanan akan terus memberikan sokongan terhadap pelan pembangunan berasaskan keupayaan yang dirangka oleh ATM mengikut keutamaan.
ATM tidak akan sekali-kali berkompromi dalam memelihara kedaulatan dan melindungi kepentingan strategik negara. Usaha ini diperkemaskan lagi dengan pembangunan Kertas Putih Pertahanan yang diterajui oleh Kementerian Pertahanan dan ATM. Arah tujunya adalah jelas yakni sebagai dokumen pernyataan dasar peringkat tertinggi yang menetapkan rancangan jangka panjang aspek pertahanan dan keselamatan negara.
Sesungguhnya lakaran kejayaan ATM sepanjang tahun 2018 tidak mungkin tercapai tanpa kerjasama, sokongan serta usaha gigih yang telah diberikan oleh semua pihak. Justeru itu, saya bagi pihak seluruh warga ATM ingin menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima atas segala bentuk sokongan padu yang telah dihulurkan. Semoga semua usaha ke arah mengekalkan kecemerlangan Kementerian Pertahanan, ATM dan Negara akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin Ya Rabbil Alamin.
Sekian dan salam hormat.
“ATM Benteng Pertahanan Negara”
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli Bin Haji Zainal Abidin
Panglima Angkatan Tentera
7
PerutusanKetua Setiausaha Kementerian Pertahanan
Terlebih dahulu, saya amat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan keizinan-Nya, Kementerian Pertahanan sekali lagi berupaya mengekalkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2018.
Sesungguhnya, ia bukanlah satu pencapaian yang diperolehi dengan mudah. Namun berkat usaha, keinginan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi antara seluruh warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), setiap agenda kita telah mampu direalisasikan dengan tersusun serta mengikut perancangan.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Saya amat berharap agar kita semua dapat mengekalkan prestasi masing-masing di samping menanam azam dan tekad untuk menggapai lebih banyak kejayaan pada tahun 2019.
Ini kerana, tahun 2019 pastinya menjadi satu lagi tahun yang amat mencabar dan padat dengan lebih banyak perancangan.
Ini termasuklah membangunkan Kertas Putih Pertahanan (KPP), melaksanakan inisiatif-inisiatif di bawah Majlis Veteran Kebangsaan (MVK), serta pelbagai lagi inisiatif demi memelihara keamanan dan keselamatan negara serta kebajikan warga Kementerian Pertahanan dan ATM.Justeru, marilah kita sama-sama berdoa, semoga segala usaha kita akan sentiasa diberkati serta dipermudahkan oleh Yang Maha Esa. In sha Allah.
Terima kasih.
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Dato’ Halimi bin Abdul ManafKetua Setiausaha Kementerian
Pertahanan
8 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Kementerian Pertahanan telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957 dan memulakan operasi rasminya di sebuah bangunan yang terletak di Brockman Road (sekarang Jalan Dato’ Onn), Kuala Lumpur. Bangunan ini turut menempatkan pejabat Menteri Pertahanan yang pertama iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussien yang berkhidmat dari 31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970.
Bangunan Kementerian Pertahanan yang pertama telah dibina oleh Kerajaan Persekutuan dengan kos bernilai RM122,000.00 dan telah dirasmikan oleh Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussein pada 18 Mac 1960. Bangunan yang dibina di Jalan Padang Tembak ini juga menempatkan pejabat. Kementerian Pertahanan
diterajui oleh Menteri Pertahanan dan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri. Organisasi Kementerian Pertahanan pula mengandungi dua perkhidmatan utama iaitu Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh Ketua Setiausaha manakala Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera.
KementerianPertahanan
MAKLUMAT KORPORAT
10 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
CartaOrganisasiKementerian Pertahanan Malaysia
Dikemaskini sehingga 31 Disember 2018
MENTERIYB TUAN HAJI MOHAMAD BIN SABU
KETUA SETIAUSAHAPTD TURUS II
YBHG. DATO' HALIMI BIN ABD MANAF
TIMBALAN MENTERIYB SENATOR TUAN LIEW CHIN TONG
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA(PEMBANGUNAN)
PTD UTAMA APN. MASTURA BINTI AHMAD MUSTAFA
BAHAGIAN PEMBANGUNANPTD UTAMA B
YBHG. DATO' PARANG ABAI @ THOMAS
BAHAGIAN PEROLEHANPTD UTAMA C
EN. WAN KOZIL BIN WAN AHMAD
PENGUASA KATALOG ATM(MAFCA)
LT KOLONEL ZA22KOSONG
BAHAGIAN AUDIT DALAM DANSIASATAN AM (BADSA)
JURUAUDIT KHAS CYBHG. DATO' CHE MOHD SHUKRI
BIN CHE HASSAN
JABATAN KETUA HAKIM PEGUAMPEGAWAI UNDANG-UNDANG L54
EN. SHAHRIZAT BIN ISMAIL
BAHAGIAN UNDANG-UNDANGPEGAWAI UNDANG-UNDANG L54
PN. RUSITA BINTI MD LAZIM
UNIT INTEGRITIPTD M54
PN. CHITRA A/P SUBRAMANIAM
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA(DASAR)
PTD UTAMA BEN. AHMAD NADZRI BIN
MOHD HASSAN
BAHAGIAN DASAR DAN PERANCANGAN STRATEGIK
PTD UTAMA CKOSONG
BAHAGIAN INDUSTRIPERTAHANANPTD UTAMA C
EN. WAN MOHD ASRAF BIN WAN SALLEH
DEPOT SIMPANAN PERTAHANAN54 (TERBUKA)
EN. KHAIRIM SHAHRIL BIN MAT KHALID
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
PTD UTAMA CEN. MAZLAN ABD MUTALIB
BAHAGIAN PENGURUSANMAKLUMATPTM KHAS C
PN. KHAIRIAH BINTI AHMAD
BAHAGIAN KEWANGANPTD UTAMA C
EN. MANIAM A/L ARUMUGAM
BAHAGIAN AKAUNAKAUNTAN UTAMA C
PN. NORAINI BINTI HAJI ALIAS
BAHAGIAN KHIDMATPENGURUSAN
PTD M54YM TENGKU MUHAMAD BIN
TENGKU ABDULLAH
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA(PENGURUSAN)PTD UTAMA B
DR. KARMINDER SINGH DHILLON
UNIT KOMUNIKASI STRATEGIK54 (TERBUKA)
EN. MOHD NAZRI BIN ABDULLAH
UNIT KPI52 (TERBUKA)
KOSONG
URUS SETIA MAJLIS ANGKATAN TENTERAPTD M52
EN. S RIZUAN BIN SAIDI
INSTITUT PERTAHANAN & KESELAMATANMALAYSIA (MiDAS)
LT JENERAL UTAMA BLT JEN DATO' SUHAIMI BIN HJ MOHD ZUKI
INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI (STRIDE)UTAMA B (TERBUKA)
DR. MOHMAD ASRI BIN ABD GHANI
JABATAN HAL EHWAL VETERAN (JHEV)
UTAMA C (TERBUKA)MEJ JEN DATO' DZULKARNAIN BIN AHMAD
PEJABAT KEMENTERIAN PERTAHANAN CAWANGAN NEGERI SARAWAK
PTD M52PN. NORISAL BINTI SAILI
PEJABAT KEMENTERIAN PERTAHANANCAWANGAN NEGERI SABAH
PTD M52PN. SITI ROBANI BINTI YUSOF
PANGLIMA ANGKATAN TENTERAJENERAL TURUS I
JEN TAN SRI DATO’ SERI PANGLIMA HJ ZULKIFLIBIN HJ ZAINAL ABIDIN
PANGLIMA TENTERA DARATJENERAL UTAMA A
JEN DATO' SERI PANGLIMA HJ AHMADHASBULLAH BIN HJ MOHD NAWAWI
PANGLIMA TENTERA LAUTLAKSAMANA UTAMA A
LAKSAMANA DATUK MOHD REZA BINMOHD SANY
PANGLIMA TENTERA UDARAJENERAL UTAMA A
JEN TAN SRI DATO' SRI HAJI AFFENDIBIN BUANG TUDM
PANGLIMA ANGKATAN BERSAMALEFTENAN JENERAL UTAMA B
LAKSAMANA MADYA DATO’ SYEDZAHIRUDDIN PUTRA BIN SYED OSMAN
KETUA PENGARAH PERISIKANPERTAHANAN
LEFTENAN JENERAL UTAMA BLT JEN DATO' SHEIKH MOKHSIN BIN
SHEIKH HASSAN
KETUA STAF MARKAS ATMLEFTENAN JENERAL UTAMA B
LT JEN DATO' KAMALRUZAMAN BINMOHD OTHMAN TUDM
11M A K L U M AT KO R P O R AT
Dikemaskini sehingga 31 Disember 2018
MENTERIYB TUAN HAJI MOHAMAD BIN SABU
KETUA SETIAUSAHAPTD TURUS II
YBHG. DATO' HALIMI BIN ABD MANAF
TIMBALAN MENTERIYB SENATOR TUAN LIEW CHIN TONG
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA(PEMBANGUNAN)
PTD UTAMA APN. MASTURA BINTI AHMAD MUSTAFA
BAHAGIAN PEMBANGUNANPTD UTAMA B
YBHG. DATO' PARANG ABAI @ THOMAS
BAHAGIAN PEROLEHANPTD UTAMA C
EN. WAN KOZIL BIN WAN AHMAD
PENGUASA KATALOG ATM(MAFCA)
LT KOLONEL ZA22KOSONG
BAHAGIAN AUDIT DALAM DANSIASATAN AM (BADSA)
JURUAUDIT KHAS CYBHG. DATO' CHE MOHD SHUKRI
BIN CHE HASSAN
JABATAN KETUA HAKIM PEGUAMPEGAWAI UNDANG-UNDANG L54
EN. SHAHRIZAT BIN ISMAIL
BAHAGIAN UNDANG-UNDANGPEGAWAI UNDANG-UNDANG L54
PN. RUSITA BINTI MD LAZIM
UNIT INTEGRITIPTD M54
PN. CHITRA A/P SUBRAMANIAM
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA(DASAR)
PTD UTAMA BEN. AHMAD NADZRI BIN
MOHD HASSAN
BAHAGIAN DASAR DAN PERANCANGAN STRATEGIK
PTD UTAMA CKOSONG
BAHAGIAN INDUSTRIPERTAHANANPTD UTAMA C
EN. WAN MOHD ASRAF BIN WAN SALLEH
DEPOT SIMPANAN PERTAHANAN54 (TERBUKA)
EN. KHAIRIM SHAHRIL BIN MAT KHALID
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
PTD UTAMA CEN. MAZLAN ABD MUTALIB
BAHAGIAN PENGURUSANMAKLUMATPTM KHAS C
PN. KHAIRIAH BINTI AHMAD
BAHAGIAN KEWANGANPTD UTAMA C
EN. MANIAM A/L ARUMUGAM
BAHAGIAN AKAUNAKAUNTAN UTAMA C
PN. NORAINI BINTI HAJI ALIAS
BAHAGIAN KHIDMATPENGURUSAN
PTD M54YM TENGKU MUHAMAD BIN
TENGKU ABDULLAH
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA(PENGURUSAN)PTD UTAMA B
DR. KARMINDER SINGH DHILLON
UNIT KOMUNIKASI STRATEGIK54 (TERBUKA)
EN. MOHD NAZRI BIN ABDULLAH
UNIT KPI52 (TERBUKA)
KOSONG
URUS SETIA MAJLIS ANGKATAN TENTERAPTD M52
EN. S RIZUAN BIN SAIDI
INSTITUT PERTAHANAN & KESELAMATANMALAYSIA (MiDAS)
LT JENERAL UTAMA BLT JEN DATO' SUHAIMI BIN HJ MOHD ZUKI
INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI (STRIDE)UTAMA B (TERBUKA)
DR. MOHMAD ASRI BIN ABD GHANI
JABATAN HAL EHWAL VETERAN (JHEV)
UTAMA C (TERBUKA)MEJ JEN DATO' DZULKARNAIN BIN AHMAD
PEJABAT KEMENTERIAN PERTAHANAN CAWANGAN NEGERI SARAWAK
PTD M52PN. NORISAL BINTI SAILI
PEJABAT KEMENTERIAN PERTAHANANCAWANGAN NEGERI SABAH
PTD M52PN. SITI ROBANI BINTI YUSOF
PANGLIMA ANGKATAN TENTERAJENERAL TURUS I
JEN TAN SRI DATO’ SERI PANGLIMA HJ ZULKIFLIBIN HJ ZAINAL ABIDIN
PANGLIMA TENTERA DARATJENERAL UTAMA A
JEN DATO' SERI PANGLIMA HJ AHMADHASBULLAH BIN HJ MOHD NAWAWI
PANGLIMA TENTERA LAUTLAKSAMANA UTAMA A
LAKSAMANA DATUK MOHD REZA BINMOHD SANY
PANGLIMA TENTERA UDARAJENERAL UTAMA A
JEN TAN SRI DATO' SRI HAJI AFFENDIBIN BUANG TUDM
PANGLIMA ANGKATAN BERSAMALEFTENAN JENERAL UTAMA B
LAKSAMANA MADYA DATO’ SYEDZAHIRUDDIN PUTRA BIN SYED OSMAN
KETUA PENGARAH PERISIKANPERTAHANAN
LEFTENAN JENERAL UTAMA BLT JEN DATO' SHEIKH MOKHSIN BIN
SHEIKH HASSAN
KETUA STAF MARKAS ATMLEFTENAN JENERAL UTAMA B
LT JEN DATO' KAMALRUZAMAN BINMOHD OTHMAN TUDM
12 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
StrukturOrganisasiAngkatan Tentera Malaysia
PANGLIMA ANGKATAN TENTERA
JEN TAN SRI DATO’ SERI PANGLIMAHJ ZULKIFLI BIN HJ ZAINAL ABIDIN
KETUA STAFF MARKAS ATM
LT JEN DATO' KAMALRUZAMAN BINMOHD OTHMAN TUDM
PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA
LAKSAMANA MADYA DATO’ SYEDZAHIRUDDIN PUTRA BIN SYED OSMAN
KETUA PENGARAH PERISIKAN PERTAHANAN
LT JEN DATO' SHEIKH MOKHSIN BINSHEIKH HASSAN
PANGLIMA TENTERA UDARA
JEN TAN SRI DATO' SRI HAJI AFFENDIBIN BUANG TUDM
PANGLIMA TENTERA LAUT
LAKSAMANA DATUK MOHD REZA BINMOHD SANY
PANGLIMA TENTERA DARAT
JEN DATO' SERI PANGLIMA HJ AHMADHASBULLAH BIN HJ MOHD NAWAWI
13
StrukturOrganisasiMarkas Angkatan Tentera Malaysia
M A K L U M AT KO R P O R AT
LT JEN DATO' KAMALRUZAMAN BIN MOHD OTHMAN TUDMKETUA STAF MARKAS ATM (KS MK ATM)
KETUA STAFF MARKAS ATM
SEKRETARIAT MK ATM
INSPEKTORAT JENERAL
BAHAGIANPERKHIDMATAN
ANGGOTA
BAHAGIAN OPERASI DAN LATIHANPERTAHANAN
BAHAGIAN LOGISTIK
PERTAHANAN
BAHAGIAN PERANCANGANPERTAHANAN
BAHAGIAN KOMUNIKASIDAN ELEKTRONIK
PERTAHANAN
BAHAGIAN PERKHIDMATANKEJURUTERAAN
PERTAHANAN
BAHAGIANPERKHIDMATAN
KESIHATAN
14 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Pejabat MenteriPertahanan
Pejabat Menteri Pertahanan adalah gabungan staf tentera dan awam yang merupakan nadi yang bertanggungjawab untuk mengkoordinasikan segala keperluan yang berhubung rapat dengan ketiga-tiga perkhidmatan dan juga agensi-agensi luar KEMENTAH yang merangkumi semua hal-hal pentadbiran, dasar, arahan dan keselamatan.
YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu memulakan tugas sebagai Menteri Pertahanan pada 21 Mei 2018
OBJEKTIFMelindungi Dan Mempertahankan
Kepentingan-Kepentingan Negara Yang Menjadi Teras Kepada Kedaulatan, Keutuhan
Wilayah Dan Kesejahteraan Ekonomi
VISI
PENERAJU PERTAHANAN NEGARA YANG BERWIBAWA
15M A K L U M AT KO R P O R AT
MENTERI PERTAHANAN MALAYSIAYB TUAN HAJI MOHAMAD BIN SABU
SETIAUSAHA SULITKANAN
(GRED 54)
PA YB MENTERI
PEMBANTU KHASSUSK
SETIAUSAHA GRED N19
PEMANDU RASMI SETIAUSAHA
POLITIK
PT (P/O) GRED N19
GRED 41
GRED 29
JURUFOTO
PO GRED N14
PEMANDU RASMIMENTERI 1
PEMANDU RASMIMENTERI 2
PENASIHATKETENTERAAN 2
PEGAWAIKOORDINASI
PEGAWAIPERHUBUNGAN
KETUA KERANI
SETIAUSAHA POLITIK
PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS
(GRED 54)
PENASIHATKETENTERAAN 1
PEGAWAI TUGAS-TUGAS 2 KHAS
(GRED 54)
SETIAUSAHASULIT
(GRED 41)
SETIAUSAHAAKHBAR
(GRED 54)
16 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Timbalan Menteri Pertahanan adalah dilantik dari kalangan ahli Dewan Rakyat/Dewan Negara bagi membantu Menteri Pertahanan melaksanakan tugas-tugas dan fungsi-fungsi berkaitan Kementerian Pertahanan. Bagi melicinkan lagi urusan berkaitan, Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan turut dibantu oleh pegawai-pegawai yang dilantik bagi melaksanakan urusan pentadbiran yang melibatkan urusan kerja rasmi seharian Timbalan Menteri.
Pejabat TimbalanMenteri Pertahanan
Tugas-tugas pejabat Timbalan Menteri merangkumi urusan pentadbiran, perantara dengan pegawai Kementerian, menyelaras nota mesyuarat, menyelaras kunjungan hormat tetamu, menyelaras majlis rasmi, dan melayani orang ramai yang berurusan dengan Timbalan Menteri.
TIMBALAN MENTERI PERTAHANANYB SENATOR LIEW CHING TONG
STAFF AWAM STAF TENTERA
PEMBANTU KHAS/SETIAUSAHA PEJABATPUAN ROSSILA BINTI AB WAHAB
SETIAUSAHA SULIT KANANEN. KHAIRUL ANNUAR BIN MOHD YUNOS
PENASIHAT KETENTERAANKOL ABDUL RAHMAN BIN A. WAHAB
PEMBANTU KETENTERAAN ILT KOL MOHD GHAZI BIN HASSAN
PEMBANTU KETENTERAAN IILT KOL MURAD BIN MAHMUD TUDM
KETUA KERANI TENTERAPWII MUHAMMAD AZRUL BIN ARIF JOHARI
PENOLONG KETUA KERANI TENTERASSJN MD HAZRUL BIN MD JALAINI
SETIAUSAHA SULITPN. CHUNG HOSANNA
PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHASCIK KWEK AI WEI
PEGAWAI KHAS MEDIACIK OOI CHOONG HAN
PEGAWAI TUGAS KHASEN. NIK MOHAMED RASHID BIN NIK ZURIN
PEMBANTU TADBIR/OPERASISITI NOR HIDAYAH BINTI ABDUL RAHMAN
PEMBANTU OPERASIMUHAMAD SAIFUL AZLAH BIN YACOB
PEMANDU AWAMAS’ARI BIN IDRIS
KONSTABEL POLIS/LKPL/KPLKPL FIRMY ANAK SUJIE
STAF TUGAS AM TENTERABM PWP KAMARUZAMAN
BIN MOHAMAD
KERANI AM TENTERAKPL FAZLI BIN ABD AZIZ
PENGAWAL PERIBADI TENTERALKPL MOHAMAD SHAHIDAN
BIN ABU BAKAR
PEMBANTU AM TENTERAKPL NOOR HAYATI BINTICHE MOHAMAD HADZIR
PEMANDU TENTERA1. KPL MOHD AMRUL HISAM BIN MOHD PANDI
2. KPL DANIEL ANAK MARAYANG3. KPL MUHAMAD FIKRI BIN NOR
17
Lawatan Timbalan Menteri Pertahanan menziarahi keluarga Kpl Abdul Malik bin Edris di Batu Caves pada 21 November 2018
YB Senator Liew Chin Tong memulakan tugas sebagai Timbalan Menteri Pertahanan pada 18 Julai 2018
Sambutan ulang tahun ke-96 perayaan Hari Kemenangan Republik Turki pada 29 Ogos 2018 di Hotel Ritz Carlton.
Lawatan Timbalan Menteri Pertahanan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju pada 6 Ogos 2018
Hari Terbuka TUDM di Pangkalan Udara Kuching Sarawak pada 27 Oktober 2018.
M A K L U M AT KO R P O R AT
18 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
BAHAGIAN AUDIT DALAM & SIASATAN AM
Bahagian Audit Dalam & Siasatan Am (BADSA) bertanggung jawab dalam membantu pihak pengurusan menentukan semua program dan aktiviti Kementerian Pertahanan dan agensi-agensi di bawahnya dilaksanakan dengan cekap, ekonomi dan berkesan melalui penilaian bebas, objektif dan menepati masa.
BAHAGIAN UNDANG-UNDANG
Bahagian Undang-Undang bertanggungjawab terhadap perkara-perkara perundangan yang berkaitan dengan Kementerian Pertahanan Malaysia – Memberikan nasihat perundangan kepada Kementerian Pertahanan dan menjalankan fungsi atau peranan Peguam Negara di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
JABATAN KETUA HAKIM PEGUAM
Menasihati Majlis Angkatan Tentera, pegawai pengesah dan pihak berkuasa ulang kaji tentang keesahan dapatan dan hukuman Mahkamah Tentera.
UNIT KOMUNIKASI STRATEGIK
Unit Komunikasi Strategik bertanggungjawab dalam perancangan dan pelaksanaan pelan media, publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar dan aktiviti majlis rasmi Kementerian. Meningkatkan imej Kementerian Pertahanan melalui pelbagai medium komunikasi seperti bahan penerbitan rasmi, video, fotografi, elemen promosi & publisiti serta pengurusan khidmat pelanggan dan aduan yang profesional.
URUSETIA MAJLIS ANGKATAN TENTERA (UMAT)
UMAT bertanggungjawab mengenai pemerintahan, tatatertib dan pentadbiran Angkatan Tentera serta semua perkara lain yang berkaitan dengan Angkatan Tentera kecuali perkara yang berkaitan dengan kegunaan operasi.
KEMENTERIAN PERTAHANAN CAWANGAN SABAH
MinDef Sabah berperanan dalam melaksanakan beberapa hal ehwal kakitangan awam di Sabah yang berada di bawah MinDef meliputi semua perkara berikut: -
• Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Kewangan• Akaun & Aset, Perolehan dan Penyelenggaraan,
Pentadbiran• Projek Pembangunan & Pengurusan Tanah dan
Kebajikan dan• Penghargaan serta lain-lain aktiviti
KEMENTERIAN PERTAHANAN CAWANGAN SARAWAK
MinDef Sarawak secara amnya lebih fokus mengenai pengurusan Kementerian Pertahanan berkaitan hal pengurusan Sumber Manusia, Kewangan serta memberikan khidmat sokongan kepada pasukan Angkatan Tentera Malaysia di negeri Sarawak.
UNIT INTEGRITI
Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan, memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam Jabatan, mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi dan memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil. Unit ini juga memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa serta melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.
Sektor KetuaSetiausaha
19
BAHAGIAN PEMBANGUNAN
Menyediakan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Kementerian Pertahanan dan Agensi-agensi di bawahnya. Menyediakan anggaran belanjawan pembangunan serta mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan projek projek yang diluluskan supaya selaras dengan skop serta mengikut jadual.
BAHAGIAN PEROLEHAN
Peranan utama Bahagian Perolehan adalah menyelaras dan menguruskan perolehan secara sebut harga, tender dan rundingan terus bagi peralatan, kelengkapan dan perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan berlandaskan peraturan perolehan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia - konsep Best Value For Money.
PENGUASA KATALOG ATM
MAFCA berfungsi bagi menyelaras dan mengamalkan sistem kodifikasi, mewujud dan menjaga fail induk data kodifikasi, mengkoordinasikan pertukaran data-data katalog dengan NATO dan Negara-negara luar, mengawal dan memberi kod pengilang dan pembekal tempatan & menganjurkan kursus-kursus katalog.
BAHAGIAN DASAR & PERANCANGAN STRATEGIK
Bahagian ini bertanggungjawab meneraju Dasar Pertahanan Negara (DPN) dan mengendalikan isu-isu keselamatan serta menguruskan kerjasama pertahanan dua hala dan pelbagai hala Kementerian Pertahanan.
BAHAGIAN INDUSTRI PERTAHANAN
Mengurus dan memantau dasar dan hala tuju industri pertahanan negara, program pembangunan industri pertahanan dan menerusi khidmat nasihat kepada pemegang amanah di dalam dan luar negara mengenai industri pertahanan tempatan serta lain-lain yang berkenaan.
DEPOT SIMPANAN PERTAHANAN
DSP menyimpan serta menyelenggara Stok Bantuan Kemanusiaan selain menyediakan ruang penyimpanan barangan agensi-agensi lain termasuk UN-WFP dan JLKN.
SektorPembangunan
SektorDasar
M A K L U M AT KO R P O R AT
20 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BPSM berfungsi untuk menyediakan perkhidmatan kepada bahagian-bahagian di Kementerian dan Jabatan/Agensi dalam aspek pembangunan organisasi, pengurusan kakitangan dan pembangunan sumber manusia bagi mencapai visi dan misi Kementerian Pertahanan.
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT
Memperkasakan infrastruktur ICT secara menyeluruh dan bersepadu, membangun dan memperkukuhkan aplikasi perniagaan teras. Memastikan program ICT selaras dengan Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) MinDef, menggubal, menguatkuasa dan menilai semula dasar serta prosedur ICT MinDef sejajar dengan dasar ICT kerajaan semasa, mengukuhkan keselamatan perlindungan aset ICT serta mengamalkan teras budaya kerja cemerlang dan berintegriti, membangunkan keupayaan organisasi ICT yang kompeten.
BAHAGIAN KEWANGAN
Bahagian Kewangan memainkan peranan untuk memastikan bajet mengurus kementerian disediakan dan diuruskan mengikut keperluan dan keutamaan menerusi sistem pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan. Bahagian ini juga perlu memastikan pengurusan kewangan yang ditetapkan ke arah mencapai Zero Financial Mismanagement.
BAHAGIAN AKAUN
Peranan Bahagian Akaun ialah memberi khidmat perundingan dari segi latihan, pelaksanaan, naziran, audit terimaan dan khidmat nasihat, menguruskan urusan semakan dan bayaran termasuk pengurusan cek/EFT, mengurus operasi sistem dan segala urusan yang berkaitan gaji, menguruskan operasi dari segi penyelenggaraan akaun, pengurusan terimaan, panjar, dana, amanah dan deposit serta akaun subsidiari. Menguruskan prestasi pembayaran bil setiap Pusat Tanggungjawab di bawah Kementerian dan mengendalikan urusan pembacaan meter dan pengeluaran bil utiliti kepada penghuni-penghuni Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan premis-premis sewaan bagi bekalan utiliti yang telah dibayar secara pukal oleh Kementerian bagi tujuan kutipan balik.
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) bertanggungjawab menyediakan khidmat sokongan yang cekap dan berkesan kepada semua warga awam dan tentera yang bertugas di Wisma Pertahanan.
SektorPengurusan
21
INSTITUT SAINS & TEKNOLOGI PERTAHANAN (STRIDE)
STRIDE bertanggungjawab melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) pertahanan serta perkhidmatan teknikal Sains dan Teknologi (S&T) kepada Kementerian Pertahanan khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi keselamatan.
JABATAN HAL EHWAL VETERAN (JHEV)
Menggubal dasar bagi melindungi kepentingan di samping mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan kebajikan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), merancang dan melaksanakan Skim Bantuan Kebajikan & Pendidikan JHEV seperti bantuan sara hidup, persekolahan, peralatan pesakit, bantuan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi & bantuan bencana alam serta lain-lain yang berkenaan dengan urusan veteran ATM.
PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA (PERHEBAT)
Fungsi utama PERHEBAT adalah menjalankan dan menguruskan aktiviti berhubung dengan program latihan bagi Kakitangan Bersara dan Kakitangan Akan Bersara, mengadakan kemudahan latihan dan mengawal serta mengawasi pelaksanaan program latihan itu.
INSTITUT PERTAHANAN & KESELAMATAN MALAYSIA (MiDAS)
MiDAS bertanggungjawab kepada Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan dengan mempelopori hal ehwal pertahanan dan keselamatan melalui penyelidikan dan perkongsian pengetahuan. Selain itu MiDAS juga berperanan sebagai institusi strategi di bawah saluran Track 2 ASEAN.
KELAB KAKITANGAN AWAM KEMENTERIAN PERTAHANAN (KAKEP)
Sebuah Persatuan Kakitangan Awam yang berdaftar dan bertujuan untuk memajukan aktiviti sosial, kebudayaan, rekreasi, keagamaan dan sukan di kalangan kakitangan awam di Kementerian Pertahanan selain mengeratkan silaturahim sesama ahli. Memberi peluang kepada semua ahli untuk menyertai pelbagai aktiviti luar serta menggalakkan gaya hidup sihat serta menyediakan pelbagai kemudahan kepada ahli khususnya berkenaan hal kebajikan.
PERSATUAN SURI DAN ANGGOTA WANITA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (PUSPANITA)
Objektif penubuhannya adalah untuk merapatkan perhubungan muhibah serta menyatupadukan isteri-isteri dan anggota-anggota perkhidmatan awam di semua peringkat perkhidmatan.
Agensi di Bawah Kementerian
Kelab & Persatuan Berdaftar
M A K L U M AT KO R P O R AT
22 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA (MINDEF)Kementerian Pertahanan Malaysia, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur.
03 – 2059 8400 Kementerian Pertahanan Malaysia 03 – 2691 1757 mindefmalaysia
[email protected] @MINDEFMalaysia www.mod.gov.my
MARKAS ATM (MK ATM)Markas Angkatan Tentera Malaysia, Wisma Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur.
03 – 2059 8133 Markas Angkatan Tentera Malaysia 03 – 2059 8397 mks.atm [email protected] @MarkasATM www.mafhq.mil.my
Markas TDM (MKTD)Tentera Darat Malaysia, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur.
03 – 2059 8400 Tentera Darat Malaysia 03 – 2694 1419 tenteradarat
[email protected] @TenteraDarat army.mod.gov.my
Markas TLDM (MTL)Markas Tentera Laut, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur.
03 – 2059 8400 Tentera Laut Diraja Malaysia 03 – 2691 5897 tldm_rasmi [email protected] @tldm_rasmi www.navy.mil.my
Markas TUDM (MTU)Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur.
03 – 2071 4077/5130 (Bhg. Perhubungan Awam) Tentera Udara Diraja Malaysia 03 – 2681 2412/2413 (Bhg. Pengambilan/Kerjaya) tudm_rasmi
03 – 2692 5975 @airforcenextgen [email protected] www.airforce.mil.my
Alamat Agensi & Jabatan
23
JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM (JHEV)Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, 301 Medan Tuanku, Jalan Tunku Abdul Rahman, 50802 Kuala Lumpur.
03 – 2050 8000 JHEV ATM 03 – 2691 7564 @MYJHEVATM [email protected] www.jhev.gov.my
INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS & TEKNOLOGI PERTAHANAN (STRIDE)Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE), Kompleks Induk STRIDE, Taman Bukit Mewah Fasa 9, 43000 Kajang, Selangor.
03 – 8732 4400 Institut Penyelidikan Sains dan 03 – 8733 5979 Teknologi Pertahanan [email protected] stridemindef www.stride.gov.my @STRIDEMINDEF
PERHEBATKompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh, Peti Surat 65, 47000 Sungai Buloh, Selangor.
03 – 6156 9412 Perbadanan Hal Ehwal Bekas 03 – 6157 0075 Angkatan Tentera [email protected] @PERHEBAT1 www.perhebat.com.my
INSTITUT PERTAHANAN & KESELAMATAN MALAYSIA (MiDAS)Malaysia Institute of Defence and Security, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur.
03 – 2059 8019/8020 Midas Malaysia 03 – 2071 5636 midas.malaysia [email protected] midas.mod.gov.my
M A K L U M AT KO R P O R AT
2018
SEKTOR KETUA SETIAUSAHA
26 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Ketua Setiausaha adalah Eksekutif Utama Kementerian dan Pegawai Pengawal yang bertanggungjawab mencapai matlamat dan objektif kementerian melalui proses dan tindakan pentadbiran.
Tugas Pejabat Ketua Setiausaha adalah untuk menguruskan pentadbiran Pejabat Ketua Setiausaha
serta merancang dan menyelaras jadual harian Ketua Setiausaha.
Selain itu, pejabat Ketua Setiausaha turut berperanan dengan memastikan keputusan dari mesyuarat-mesyuarat yang dihadiri/dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha disampaikan kepada pihak yang berkaitan.
PejabatKetua Setiausaha
12 Oktober 2018 - Lawatan KSU ke Depot Simpanan Pertahanan (DSP), Sg. Buloh
10 - 13 Julai 2018 - Asean Defence Senior Officials' Meeting di Singapura
KETUA SETIAUSAHAPTD GRED UTAMA TURUS III
PEMBANTU KHAS/PEMBANTUSETIAUSAHA PEJABAT
N29/N32/N36
PEMBANTU KETENTERAANKETUA SETIAUSAHALT KOL Z 22 / M 48
PENYELIA DOKUMEN SJN Z6/N29
PEMANDU PEJABATSSJN Z8/N32
PEMANDU MAZ4/N22
PEGAWAI KHASKETUA SETIAUSAHA
PTD GRED M48)
KETUA PEMBANTU TADBIR
N 22
PEMBANTUOPERASI
N11
PEMANDU KETUASETIAUSAHA
H11
PEMBANTU TADBIR(P/O)N19
PEGAWAI KHAS IIKETUA SETIAUSAHA
PTD GRED M 41
PEMBANTU TADBIR(P/O)N19
PEMBANTU TADBIR(P/O)N19
27S E K T O R K E T U A S E T I A U S A H A
9 Oktober 2018 - Perjumpaan KSU bersama Pegawai Tadbir Diplomatik yang baru melapor diri bertugas di MinDef
Pertandingan menembak di Kem Terendak bersama Ketua Setia Usaha pada 05 OKT 2018
Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) pada 19 September 2018
20 - 25 September 2018 - Lawatan Kerja KSU ke Lubnan
28 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Bahagian Audit Dalam dan Siasatan Am (BADSA) telah diwujudkan pada tahun 1962 melalui Mesyuarat ke-59 Majlis Angkatan Tentera (MAT). Pekeliling Perbendaharaan Bil.2 Tahun 1979 mengarahkan agar Unit Audit Dalam diwujudkan di setiap kementerian/jabatan secara rasmi dengan skop dan tanggungjawab yang lebih jelas.
Bahagian Audit Dalam dan Siasatan Am (BADSA)
FUNGSI BADSA
i. Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman Kementerian Pertahanan Malaysia serta jabatan dan agensi di bawahnya.
ii. Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa.
iii. Mengkaji aktiviti organisasi supaya dapat diuruskan secara berhemah, cekap dan berkesan.
iv. Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari kehilangan, penipuan dan penyelewengan.
v. Memberi nasihat/pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT.
vi. Menjalankan fungsi audit di Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian yang tiada Unit Audit Dalam selaras dengan Surat Pekeliling Am Bil.3 Tahun 1998.
vii. Melaporkan semua penemuan audit kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan mengambil tindakan susulan ke atas isu-isu yang dibangkitkan.
viii. Menyediakan Rancangan Audit Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan Ketua Setiausaha Kementerian.
ix. Membentangkan Laporan Audit Dalam di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit Peringkat Kementerian
x. Menjadi Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Audit Peringkat Kementerian.
xi. Membantu pihak pengurusan menentukan semua program dan aktiviti Kementerian Pertahanan dan agensi di bawahnya dilaksanakan dengan berhemah, cekap dan berkesan (value for money).
29
PERKHIDMATAN UTAMA
MENINGKATKAN INDEKS AKAUNTABILITI KEMENTERIAN
Pada tahun 2018, Kementerian Pertahanan telah diberi penarafan empat bintang oleh Jabatan Audit Negara dalam Pengurusan Kewangan. Dalam usaha untuk meningkatkan Indeks Akauntabiliti Kementerian, BADSA melaksanakan Pengauditan Kewangan (secara manual) dan pemantauan ke atas jawapan pengauditan pengurusan kewangan berdasarkan Accountability Index Monitoring System (AIMS). Strategi yang dilaksanakan bagi Pengauditan Pengurusan Kewangan adalah dengan melaksanakan pengauditan secara ulangan atau pusingan bagi semua jabatan/bahagian/cawangan/Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang terdapat di Kementerian. Berasaskan sumber manusia yang sedia ada, jangka masa pusingan pengauditan adalah di antara tiga tahun bagi setiap jabatan/bahagian/cawangan/PTJ.
a. Pengauditan Pengurusan Kewangan Pengauditan Pengurusan kewangan dilaksanakan
bagi membantu PTJ mematuhi peraturan kewangan, memantapkan sistem dan prosedur, mencapai objektif zero financial mismanagement, meningkatkan pencapaian bintang Accountability Index (AI) Jabatan Audit Negara serta mengekalkan pencapaian lima bintang SSR MAMPU.
b. Pengesahan ke atas Jawapan Pengauditan Pengurusan Kewangan (secara Online) Berdasarkan AIMS
Accountability Index Monitoring System (AIMS) merupakan satu sistem yang dibangunkan bagi membantu Kementerian Pertahanan memantau dan menilai prestasi pengurusan kewangan di setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) secara online. Sistem ini dibangunkan dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM).
Pengauditan Pengurusan Kewangan Berdasarkan AIMS merupakan satu sistem kawalan dalaman yang berkesan untuk pengurusan kewangan dengan menggunakan pendekatan self-assessment bagi mewujudkan kesedaran, integriti dan akauntabiliti dalam kalangan PTJ supaya sentiasa mengamalkan tadbir urus kewangan yang baik.
Pada tahun 2018, pengauditan berdasarkan AIMS telah dilaksanakan terhadap 109 PTJ. Soalan AIMS adalah berdasarkan Garis Panduan Pengauditan
Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti (GPAI) Jabatan Audit Negara dan Garis Panduan Pengauditan Audit Dalam (GPPAD) Perbendaharaan Malaysia yang berkuat kuasa.
PELAKSANAAN URUS TADBIR BERLANDASKAN VALUE FOR MONEY
a. Pengauditan Prestasi BADSA melaksanakan Pengauditan Prestasi
terhadap aktiviti Kementerian Pertahanan bagi menentukan program atau aktiviti yang telah dirancang dilaksanakan dan dipantau dengan teratur serta mencapai objektif yang ditetapkan. Pengauditan ini mengguna pakai Standard Pengauditan International Organisation of Supreme Audit Institutions (INTOSAI) bagi menentukan sama ada jabatan/bahagian/cawangan/PTJ menggunakan sumber secara ekonomi, cekap dan berkesan.
b. Penampilan Audit Penampilan Audit bertujuan untuk mewujudkan
kesedaran terhadap pematuhan peraturan kewangan semasa di PTJ yang kurang kerap dilawati. Semakan dijalankan terhadap borang hasil dikawal, hasil, wang awam, harta awam dan barang berharga yang disimpan oleh pejabat/agensi kerajaan supaya diuruskan mengikut peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa serta wujud pematuhan kepada Arahan Perbendaharaan/Perkhidmatan terhadap aktiviti dan operasi kementerian/jabatan/PPP/ PTJ/PK.
MEMBERI KHIDMAT NASIHAT KEPADA AUDITEE
Pemahaman dan pengetahuan berkaitan dengan peraturan kewangan yang berkuat kuasa menjadi tumpuan utama BADSA untuk meningkatkan kecemerlangan pengurusan dan akauntabiliti Kementerian Pertahanan. Bagi menjayakan hasrat, usaha konsultasi dilaksanakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Audit yang akan dilaksanakan sebanyak empat kali setahun dan menyediakan penceramah jemputan dalam kursus anjuran Kementerian, PTJ atau agensi bagi berkongsi pengetahuan serta pengalaman.
1
2
3
S E K T O R K E T U A S E T I A U S A H A
30 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
PRESTASI
RANCANGAN AUDIT TAHUNAN
Pada tahun 2018, BADSA telah merancang untuk melaksanakan sebanyak 161 pengauditan melibatkan pengauditan pengurusan kewangan, pengauditan pengurusan kewangan berdasarkan Accountability Index Monitaring System (AIMS), pengauditan prestasi aktiviti/program dan penampilan audit di Pejabat Penasihat Pertahanan. Pencapaian BADSA secara keseluruhan adalah sebanyak 96.89%.
Bilangan pengauditan yang tinggi dilaksanakan adalah pengauditan pengurusan kewangan berdasarkan AIMS iaitu 69.87%, diikuti oleh pengurusan kewangan (23.08%) dan kajian audit prestasi (7.05%), manakala pengauditan penampilan Audit di PPP tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2018 kerana kekangan peruntukan.
PENGAUDITAN PENGURUSAN KEWANGAN
Pelaksanaan pengauditan pengurusan kewangan adalah bertujuan untuk memastikan Jabatan/Bahagian/PTJ mematuhi tujuh (7) aspek kawalan dalaman iaitu Kawalan Pengurusan, Bajet, Terimaan, Perbelanjaan, Perolehan, Pengurusan Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah dan Deposit serta Pengurusan Aset dan Stor. Pada tahun 2018, pengauditan ini dilaksanakan di 36 PTJ. Hasil dari pengauditan tersebut mendapati bilangan penemuan audit bagi enam (6) kawalan iaitu Kawalan Pengurusan, Kawalan Bajet, Kawalan Terimaan, Kawalan Perolehan, Pengurusan Wang Amanah dan Pengurusan Aset dan Stor telah menurun. Perbandingan penemuan Audit bagi tahun 2016 sehingga 2018 adalah seperti berikut:
PENCAPAIAN PENGAUDITAN
Bil Jenis Pengauditan Rancang Laksana % Pencapaian
1 Pengurusan Kewangan
36 36 100
2 Pengurusan Kewangan Berdasarkan AIMS
109 109 100
3 Kajian Audit Prestasi 11 11 100
4 Penampilan Audit di PPP
5 0 0
Jumlah 161 156 96.89
31
Secara keseluruhannya pengurusan kewangan di peringkat PTJ Kementerian boleh dipertingkatkan lagi melalui pelaksanaan seperti berikut:
i. Mengambil tindakan segera terhadap isu-isu yang dibangkitkan dalam pemerhatian Audit ini;
ii. Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan peraturan-peraturan yang terlibat dengan pengurusan kewangan dipatuhi sepenuhnya.
iii. Menjalankan pemeriksaan dalaman secara mengejut selaras AP308 terhadap rekod kewangan dan aset secara berterusan.
iv. Memastikan pegawai yang terlibat dalam pengurusan kewangan diberi kursus/latihan yang berkaitan dengan bidang tugas bagi meningkatkan kecekapan dan kompetensi pegawai.
PENGAUDITAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN ACCOUNTABILITY INDEX MONITORING SYSTEM (AIMS)
Pengauditan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Accountability Index Monitoring System (AIMS) telah dilaksanakan kepada kesemua 109 Pusat Tanggungjawab (PTJ) mulai 3 hingga 12 Julai 2018. Skop pengauditan adalah dari bulan Januari hingga Disember 2017. BADSA telah melaksanakan pengesahan jawapan AIMS ke atas semua PTJ mulai 16 Julai hingga 12 Oktober 2018 bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas terhadap pengurusan kewangan di PTJ. Markah penalti dikenakan ke atas PTJ bagi setiap ketidakpatuhan yang dikesan.
Mulai tahun 2018, penarafan sehingga lima (5) Bintang telah diperkenalkan selaras dengan penarafan lima (5) Bintang oleh Jabatan Audit Negara. Perbandingan penarafan bintang berdasarkan markah bagi tahun 2017 dan 2018 adalah seperti berikut:
Perbandingan Penarafan Bintang Berdasarkan Markah Bagi Tahun 2017 Dan 2018
2017 2018
Markah Bintang Markah Bintang
95 - 100 95 - 100
85 - 94.9 85 - 94.9
65 - 84.975 - 84.9
65 - 74.9
<= 64.9 <= 64.9
Secara keseluruhannya, prestasi AIMS bagi tahun 2018 adalah kekal di tahap yang baik walaupun terdapat sedikit penurunan dari segi bilangan PTJ yang mendapat markah 95% dan ke atas (5 Bintang) iaitu 96 PTJ berjaya mendapat markah 95% dan ke atas bagi tahun 2018 berbanding 101 PTJ bagi tahun 2017. Daripada jumlah 96 PTJ yang mendapat penarafan 5 Bintang, sebanyak 21 PTJ mendapat markah 100%. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
Perbandingan Prestasi AIMS Bagi Tahun 2017 Dan 2018
Bintang Bil. PTJTahun 2017
Bil. PTJTahun 2018
101 96
7 12
0 1
0 0
0 0
Jumlah PTJ 108 109
Prestasi AIMS bagi keseluruhan PTJ menunjukkan Kementerian Pertahanan masih berada di tahap baik dengan mengekalkan bilangan PTJ dan peratusan yang masih tinggi mendapat markah 95% dan ke atas (5 Bintang) iaitu 96 PTJ (88.1%). Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
Prestasi AIMS Bagi Tahun 2014 Hingga 2018
Bintang 2014 2015 2016 2017 2018
85(80.2%)
87(82.1%)
90(84.1%)
101(93.5%)
96(88.1%)
20 18 13 7 12
1 1 4 01
0
0 0 0 0 0
Jumlah PTJ 106 106 107 108 109
S E K T O R K E T U A S E T I A U S A H A
32 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Prestasi AIMS Bagi Tahun 2014 Hingga 2018
Taklimat AIMS Kepada 109 PTJ Pada 28 Jun 2018di Auditorium, MinDef
PENGAUDITAN PRESTASI
Pada tahun 2018, sebanyak 10 kajian telah dilaksanakan terdiri dari jabatan/bahagian/PTJ dalam pengurusan perolehan, pengurusan program/aktiviti dan projek pembangunan. Pengauditan dilakukan merangkumi penilaian terhadap pencapaian matlamat yang ditetapkan, penggunaan sumber secara berhemat, cekap dan berkesan serta memberikan cadangan penambahbaikan berasaskan peraturan, perundangan, arahan, dasar dan matlamat yang hendak dicapai oleh kerajaan. Senarai tajuk kajian adalah seperti berikut:
Bil Tajuk Kajian Audit
1 Kajian Audit Terhadap Pembinaan Pusat Pertahanan Udara (SOC3) Di Gunung Ngili, Sarawak
2 Kajian Audit Terhadap Projek Perumahan Tentera Darat Pangkalan Hulu, Perak (215 Unit)
3 Kajian Audit Terhadap Pengurusan Perolehan Kenderaan Perisai Beroda 8 X 8
Bil Tajuk Kajian Audit
4 Kajian Audit Terhadap Pengurusan Penyenggaraan Kapal Selam, Teluk Sepanggar, Sabah
5 Kajian Audit Terhadap Perolehan Membekal, Menghantar Dan Mentauliah Sistem Pertahanan Udara Starstreak Untuk ATM
6 Kajian Audit Terhadap Pengurusan Perolehan 4 Pesawat Airbus A400m di TUDM
7 Kajian Audit Terhadap Pengurusan Rumah Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (RKAT) di ATM
8 Kajian Audit Terhadap Pengurusan Perkhidmatan Cater Udara ATM Termasuk Sewaan Khas Pesawat Bagi Pergerakan Troops
9 Kajian Audit Terhadap Perkhidmatan Sewaan Pesawat Latihan Helikopter EC 120B TUDM
10 Kajian Audit Terhadap Pembangunan Rumah Angkatan Tentera Kelas G Di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, Kota Bahru, Kelantan (384 Unit)
11 Kajian Audit Terhadap Perkhidmatan Sewaan Bas PLKN(*Laporan tidak dikemukakan kerana status JLKN telah dibubarkan pada bulan Ogos 2018 dan PLKN diletakkan sebagai satu program di bawah KBS)
Antara isu-isu yang ketara yang dibangkitkan hasil dari pengauditan ini adalah berkaitan dengan waran peruntukan kecil (WPK) digunakan untuk tujuan lain, syarat kontrak tidak dipatuhi, kualiti pembinaan yang kurang memuaskan, kelewatan pembekalan, kontrak penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) belum disediakan, program pengukuhan ekonomi (PPE) dan program offset belum diwujudkan dan pemantauan yang kurang berkesan.
Kerja Lapangan Audit Bagi Kajian Audit Terhadap Pengurusan Penyenggaraan Kapal Selam, Teluk Sepanggar, Sabah
33
JAWATANKUASA AUDIT
Jawatankuasa Audit ditubuhkan untuk memantap dan mempertingkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam melalui tadbir urus yang terbaik dengan membincangkan isu-isu hasil daripada temuan Audit dibincang dan syor penambahbaikan yang perlu diambil oleh pihak pengurusan. Pihak pengurusan perlu memberikan perhatian yang serius terhadap isu-isu yang dibincangkan dan mengambil tindakan penambahbaikan, pencegahan atau punitif. Pada tahun 2018, Jawatankuasa Audit Kementerian Pertahanan, telah membincangkan sebanyak 51 isu. Sebanyak 31 atau 60.78% berjaya diselesaikan manakala 20 isu masih dalam tindakan. Antara isu-isu material yang telah diambil tindakan adalah berkaitan pembayaran tidak wajar bagi lebihan bayaran tuntutan tiket penerbangan dan penginapan telah berjaya dikutip balik sebanyak RM94,077.77. Manakala tindakan rampasan bon pelaksanaan bernilai RM448,051.49 telah dibuat terhadap pembayaran tidak wajar melibatkan pembayaran terhadap aset peralatan perubatan yang tidak diselenggara. Isu denda lewat bekal alat ganti turut diambil tindakan dan bayaran
berjumlah RM1,179,527.34 berjaya dikutip. Selain itu, isu peruntukan penyelenggaran Rumah Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (RKAT) telah diambil tindakan dan berjaya menerima kelulusan Perbendaharaan sebanyak RM50 juta (di bawah peruntukan Belanja Pembangunan Bajet 2019 bagi Projek Naik Taraf dan Penambahbaikan Kuarters).
PELAKSANAAN MESYUARAT JKA TAHUN 2018
Sebanyak empat siri Mesyuarat Jawatankuasa Audit telah diadakan pada tahun 2018
Bil Mesyuarat Tarikh Dilaksanakan Pengerusi
1 Bil. 1/2018 01 Mac 2018Ketua
Setiausaha Kementerian Pertahanan
2 Bil. 2/2018 29 Jun 2018
3 Bil. 3/2018 6 September 2018
4 Bil. 4/2018 5 Disember 2018
Mesyuarat Jawatankuasa Audit Bil. 4/2018
S E K T O R K E T U A S E T I A U S A H A
34 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Bahagian Undang-Undang terdiri daripada tujuh perjawatan pegawai undang-undang dengan 13 perjawatan kakitangan sokongan yang diketuai oleh Penasihat Undang-Undang Gred L54.
Bahagian Undang-Undang
FUNGSI
• Memberi nasihat undang-undang berkaitan sesuatu isu termasuklah tafsiran dan implikasi sesuatu undang-undang, perjanjian atau apa-apa instrumen perundangan yang melibatkan Kementerian Pertahanan
• Menyemak dokumen perjanjian, kontrak, memorandum persefahaman (MoU) atau apa-apa dokumen perundangan yang melibatkan Kementerian Pertahanan
• Mewakili Kerajaan umumnya dan Kementerian Pertahanan khususnya dalam apa-apa prosiding guaman sivil
• Menggubal apa-apa perundangan utama dan perundangan subsidiari selaras dengan keperluan dan keputusan dasar Kementerian Pertahanan
PERKHIDMATAN UTAMA
• Bahagian Undang-Undang bertanggungjawab terhadap perkara-perkara perundangan yang berkaitan dengan Kementerian Pertahanan Malaysia
• Memberikan nasihat perundangan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia dalam menjalankan fungsi atau peranan Peguam Negara di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan
• Antara skop utama perkhidmatan perundangan yang diberikan ialah:
PERKARA-PERKARA NASIHAT
Meliputi penyediaan pandangan undang-undang, nasihat perundangan, penyediaan dan semakan dokumen perjanjian atau memorandum persefahaman dan lain-lain
1
35
PERKARA-PERKARAGUBALAN
Meliputi penggubalan dan semakan dokumen-dokumen perundangan serta membuat pindaan terhadap:
i. Perundangan utama;ii. Perundangan subsidiari; daniii. Lain-lain instrumen perundangan yang diwartakan
atau Pemberitahuan Kerajaan.
GUAMAN SIVIL
Meliputi tindakan-tindakan guaman dalam mewakili Kerajaan Malaysia dalam apa-apa kuasa tindakan oleh dan bagi pihak Kerajaan atau terhadap Kerajaan.
AKTIVITI TAHUN 2018
Kursus Motivasi dan Pemantapan Integriti Siri II telah dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Undang-Undang dan Jabatan Ketua Hakim Peguam pada 10 hingga 11 Mei 2018 di Kementerian Pertahanan. Kursus ini bertujuan:
• Memberikan hala tuju yang jelas dan bimbingan serta penghayatan kepada semua pegawai dan kakitangan mengenai prinsip integriti agar dapat memantapkan perkhidmatan perundangan di Kementerian Pertahanan
• Menerapkan nilai-nilai murni dan etika kerja yang positif dalam perkhidmatan perundangan di Kementerian Pertahanan
• Mempraktikkan integriti dalam penyampaian perkhidmatan perundangan di Kementerian Pertahanan
• Meningkatkan motivasi diri peserta.
PENCAPAIAN UTAMA SEPANJANG TAHUN 2018
a. Sepanjang tahun 2018, Bahagian Undang-Undang telah menyediakan dan memuktamadkan pelbagai semakan terhadap draf dokumen Kontrak Perolehan dan Pembangunan di samping menyemak instrumen perundangan di dalam dan luar Negara.
b. Pada tahun 2018, sebanyak 1381 semakan draf Kontrak telah diterima dan sebanyak 972 telah diselesaikan mengikut tempoh piagam pelanggan
yang ditetapkan iaitu 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan arahan dengan syarat maklumat adalah lengkap dan sempurna.
c. Pada 21 Disember 2018, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan tuntutan Kerajaan Malaysia (Kementerian Pertahanan) terhadap KCSB Konsortium Sdn. Bhd. akibat kegagalan Syarikat tersebut untuk mematuhi kontrak di bawah Perjanjian Tripartite Privitisation Agreement for the Design and Contruction of the Skudai Army Camp. Mahkamah telah memberikan penghakiman berjumlah sebanyak RM193,702,616.24 dan Liquidated and Ascertained Damages (LAD) yang terkumpul sebanyak RM79,800,369.90 beserta faedah pada kadar 5% setahun dikira dari tarikh 7 April 2017 sehingga penyelesaian serta kos sebanyak RM80,000.00.
d. Selain itu, Bahagian Undang-Undang sedang dalam perbicaraan bagi menuntut denda lewat berjumlah RM2,359,246.70 daripada Syarikat Forthstep Sdn. Bhd. akibat kegagalan melaksanakan obligasi (Final Acceptance Test) dalam tempoh kontrak. Kes tersebut sedang dalam peringkat hujahan.
e. Pada 24 Oktober 2018, Bahagian Undang-Undang melalui Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah memeterai Penghakiman Persetujuan antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat Goldfields Sdn. Bhd. bagi tuntutan denda lewat membekal pesanan bagi Kontrak Perolehan Membekal Dan Menghantar 30 Unit AGL40MM Day Optical Sight Kepada Tentera Darat berjumlah sebanyak RM100,700.00.
f. Pada 17 Julai 2018, Bahagian Undang-Undang telah memfailkan Writ Saman dan Penyataan Tuntutan di Mahkamah Tinggi Di Kuala Lumpur bagi tuntutan ganti rugi denda lewat sebanyak RM2,756,250.00 kerana Syarikat tersebut telah lewat membekal dan gagal melaksanakan perkhidmatan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan di bawah Kontrak.
2
3
S E K T O R K E T U A S E T I A U S A H A
36 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Jabatan Ketua Hakim Peguam adalah salah satu bahagian yang diletakkan di bawah pentadbiran Ketua Setiausaha. Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Hakim Peguam dan dibantu oleh seorang Hakim Peguam serta tiga orang kakitangan sokongan.
Jabatan Ketua Hakim Peguam
FUNGSI
• Menasihati Majlis Angkatan Tentera, pegawai pengesah dan pihak berkuasa ulang kaji tentang kesahan dapatan dan hukuman Mahkamah Tentera
• Menasihatkan Majlis Angkatan Tentera dan pegawai Angkatan Tentera mengenai apa-apa perkara lain yang dirujukkan kepadanya dari semasa ke semasa
• Melantik orang yang mempunyai pengalaman undang-undang untuk bertindak sebagai Hakim Peguam dalam Mahkamah Tentera.
• Sebagai Hakim Peguam dalam memastikan Mahkamah Tentera mendapat nasihat perundangan yang tepat berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkaitan
Merujuk kepada Minit Mesyuarat MAT ke-566 bertarikh pada 6 Ogos 2018 telah memutuskan bahawa kehadiran Ketua Hakim Peguam di dalam setiap Mesyuarat MAT bagi tujuan menasihati dari segi perundangan amat diperlukan selaras dengan keputusan Mesyuarat MAT ke-354 bertarikh 10 Disember 1996. Oleh itu, Urusetia MAT bertanggungjawab memajukan surat jemputan kehadiran kepada Ketua Hakim Peguam bagi setiap Mesyuarat MAT.
AKTIVITI DAN PENGLIBATAN JKHP
Lawatan KHP ke Mahkamah Tentera di Port Dickson,Negeri Sembilan
KHP Mempengerusikan Bengkel Draf Peraturan-Peraturan Angkatan Tetap (Gaji & Elaun) Bertempat di Bay View Melaka
Bil Aktiviti Pencapaian
1 Mengeluarkan Sijil Lantikan Hakim Peguam bagi setiap kes Pendaftaran 14 kes yang melibatkan pelantikan Hakim Peguam bagi tahun 2018
2 Memberi nasihat undang-undang kepada Majlis Tertinggi, Majlis Angkatan Tentera, Lembaga No.1, 2 dan 3, pegawai-pegawai ATM, pegawai pengesah dan pihak berkuasa ulang kaji mengenai isu perundangan dan keesahan keputusan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkmah Tentera.
Sebanyak 2,085 nasihat dan pandangan undang-undang telah diberi sepanjang tahun 2018.
37
Pelantikan Hakim Peguam oleh Ketua Hakim Peguam
KHP Mempengerusikan Mesyuarat Sesi Libat Urus Bagi Membincangkan Draf Akta Perkhidmatan Awam
Bengkel Draf Peraturan Angkatan Tetap di Port Dickson
S E K T O R K E T U A S E T I A U S A H A
38 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
SEKSYEN PERHUBUNGAN AWAM
Seksyen Perhubungan Awam adalah merupakan sebuah sel yang bertanggungjawab dalam mengkoordinasikan segalas aspek liputan media yang melibatkan Kementerian Pertahanan serta agensi-agensi di bawahnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia.
Selain itu, Seksyen Perhubungan Awam juga mempunyai peranan seperti berikut:
• Memastikan teks ucapan, talking points, kenyataan akhbar, serta maklumat yang disampaikan kepada pihak media adalah benar dan tepat serta
mempunyai nilai berita yang tinggi. • Merancang konsep plan media, persiapan lokasi
sidang akhbar dan lain-lain keperluan yang berkait dengan keperluan media.
• Mengkoordinasikan Mesyuarat Pusat Komunikasi Strategik (PKS) yang diadakan enam kali setahun melibatkan semua Pegawai Perhubungan Awam/Perhubungan Raya dan Pegawai Media Sosial daripada Kementerian, ATM dan semua agensi di bawah Kementerian Pertahanan.
• Menjalankan pelbagai aktiviti dan promosi Kementerian Pertahanan termasuklah melibatkan wawancara media elektronik, penerbitan sisipan, lintas langsung dan lain-lain.
Unit Komunikasi Strategik
Unit Komunikasi Strategik bertanggungjawab dalam perancangan dan pelaksanaan pelan media, publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar dan aktiviti majlis rasmi Kementerian. Meningkatkan imej Kementerian Pertahanan melalui pelbagai medium komunikasi seperti bahan penerbitan rasmi, video, fotografi, elemen promosi & publisiti serta pengurusan khidmat pelanggan dan aduan yang profesional.
39
Diantara program besar yang dilaksanakan oleh Seksyen Perhubungan Awam adalah penganjuran Defense Services Asia (DSA 2018) atau Pameran Pertahanan Asia yang diadakan pada 16 hingga 19 April 2018 di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur. Seksyen ini telah diberi tanggungjawab sepenuhnya dalam menguruskan media dalam dan luar negara serta mengendalikan ‘Media Centre DSA 18’.
Jumlah acara/aktiviti/majlis yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2018 adalah seperti berikut:
Penyelarasan Media
Pendaftaran Media
S E K T O R K E T U A S E T I A U S A H A
40 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
SEL PUBLISITI DAN PROMOSI
Sel Publisiti dan Promosi merupakan sebuah sel yang ditempatkan di bawah Seksyen Perhubungan Awam. Antara tugas utama Sel ini adalah melibatkan program-program promosi ke arah mencapai objektif Unit Komunikasi Strategik dan sekali gus membangunkan imej Kementerian Pertahanan. Di samping itu, sel ini juga bertanggungjawab dalam merakam acara/program rasmi dalam bentuk foto dan video yang dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan serta Angkatan Tentera Malaysia sebagai bahan rujukan. Dalam usaha mempromosi dan meningkatkan imej Kementerian Pertahanan, sel ini bertanggungjawab dalam mengawal selia medium-medium promosi seperti TV Info dan Radio MinDef. Sepanjang 2018, sel ini telah membuat liputan dalam pelbagai acara utama Kementerian Pertahanan yang melibatkan Menteri Pertahanan, Timbalan Menteri Pertahanan, Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.
Sel Publisiti dan Promosi juga bertanggungjawab dalam menerbitkan video pendek, video teaser dan sebagainya yang melibatkan acara-acara besar Kementerian Pertahanan untuk tayangan di media sosial, stesen-stesen TV tempatan dan sebagainya. Antara video pendek yang dihasilkan ialah:
1. Video Konvokesyen PERHEBAT2. Video LIMA 20193. Video Mengarak Panji-Panji SPBYDPA4. Video Hari Sukan Negara5. Video Sambutan Hari Pahlawan 6. Video Op Te Auraki 7. Video Kempen Tabung Pahlawan8. Video Penganugerahan Pingat PJM
Kaedah Sebaran Maklumat Pencapaian Tahun 2017
Pencapaian Tahun 2018 Sasaran
Penerbitan Video Promo Trailer 24 35 20
Penerbitan Video Klip 245 275 150
Penyebaran hebahan TV info MinDef 360 559 300
41
SEL PENERBITAN KORPORAT
Sel Penerbitan Korporat bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal berkaitan penerbitan dan pengedaran bahan terbitan Kementerian. Antara tanggungjawab sel ini adalah menguruskan hal-hal seperti berikut:
• Penerbitan Buku Menguruskan penerbitan Buku Laporan Tahunan
Kementerian Pertahanan dan buletin PATRIOT Kementerian Pertahanan setiap tahun.
• Keratan Akhbar Menyediakan keratan akhbar utama untuk rujukan.
• Bahan Rujukan Menyediakan bahan-bahan untuk rujukan yang
diperlukan oleh MinDef dan ATM.
• Gambar Poster Membekalkan gambar poster Menteri Pertahanan,
Timbalan Menteri Pertahanan dan Ketua Setiausaha Kementerian kepada bahagian/cawangan di Kementerian Pertahanan dan ATM.
• E-Media MinDef Menguruskan program sistem pendigitalan keratan
akhbar berkaitan Kementerian Pertahanan dan ATM
Sel Penerbitan Korporat juga bertanggungjawab dalam pemantauan dan mengumpulkan berita-berita yang berkaitan dengan Kementerian Pertahanan dan ATM melalui pemantauan harian pada akhbar-akhbar tempatan seperti berikut :-
a) The Starb) Malay Mailc) The Sund) Utusan Malaysiae) Berita Harianf) Harian Metrog) Sinar Harianh) Kosmoi) News Straits Times
Tahun 2017 2018
Keratan Akhbar 5032 4183
S E K T O R K E T U A S E T I A U S A H A
42 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
SEKSYEN MEDIA SOSIAL
Terdiri daripada tiga sel iaitu Sel Liputan, Sel Kreatif dan Sel Analisis. Secara amnya, seksyen media sosial diwujudkan sebagai satu platform untuk berkomunikasi dan berinteraksi di antara Pihak Kementerian, Stakeholders dan masyarakat.
PENCAPAIAN AKAUN MEDIA SOSIAL KEMENTERIAN PERTAHANAN
Seksyen Media Sosial Unit Komunikasi Strategik bertanggungjawab untuk mengemas kini akaun media sosial Kementerian Pertahanan Malaysia.
Kementerian Jumlah Pengikut
Kementerian Kesihatan Malaysia 977,585
Kementerian Pendidikan Malaysia 638,459
Kementerian Pertahanan Malaysia(Tempat ke-3 di antara
Kementerian di Malaysia)589,923
589,923 jumlah “Followers” (31 Disember 2018)589,085 jumlah “Like” (31 Disember 2018)
Kementerian Jumlah Pengikut
Kementerian Dalam Negeri 341k
Kementerian Pertahanan Malaysia(Tempat ke-2 di antara
Kementerian di Malaysia)43.08k
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri 38.1k
43,082 pengikut (31 Disember 2018)Sebanyak 2655 tweets pada 2018
Kementerian Jumlah Pengikut
Kementerian Kesihatan Malaysia 11,5398
Kementerian Belia dan Sukan 64,591
Kementerian Pertahanan Malaysia(Tempat ke-3 di antara
Kementerian di Malaysia)62,358
62,358 pengikut (31 Disember 2018)
PORTAL (WEBSITE) KEMENTERIAN PERTAHANAN
1
2
3
4
43
SEKSYEN KHIDMAT PELANGGAN
Seksyen Khidmat Pelanggan diketuai oleh Encik Hadi Fazli bin Rusli sebagai Ketua Khidmat Pelanggan yang mempunyai tiga sel di bawah seliaannya; Sel Aduan, Sel Balai Pengawal & Sel Ibu Sawat dan mempunyai 37 penjawatan.
Seksyen Khidmat Pelanggan bertanggungjawab untuk menjadi urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pelanggan dan Aduan, mengelolakan Hari Bersama Pelanggan Kementerian Pertahanan dan menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan Kementerian Pertahanan.
"Be the reason someone smiles today" adalah salah satu cogan kata tidak rasmi yang bertepatan dengan seksyen ini kerana ia adalah barisan hadapan yang mengalu-alukan pelanggan ke Kementerian Pertahanan. Oleh itu, adalah penting untuk mendapatkan maklumbalas daripada pelanggan dengan menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan Kementerian Pertahanan.
Syor dan cadangan daripada pelanggan akan diangkat kepada pihak pengurusan agar Kementerian boleh mengekalkan kecemerlangan pengurusan pelanggan Kementerian. Berikut adalah kajian yang dijalankan pada tahun 2018:
Program Hari Bertemu Pelanggan pada 25 Oktober 2018 di Kem Desa Pahlawan, Kelantan
201692.87%
2017Siri 1 - 99.28%Siri 2 - 94.63%
2018Siri 1 - 90.7%
Siri 2/2018 93.9%
INDEKS KEPUASAN PELANGGAN
S E K T O R K E T U A S E T I A U S A H A
44 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Urusetia Majlis Angkatan Tentera
Majlis Angkatan Tentera (MAT) ditubuhkan di bawah Perkara 137(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa “Maka hendaklah ada suatu Majlis Angkatan Tentera yang hendaklah bertanggungjawab di bawah kuasa am Yang di-Pertuan Agong bagi pemerintahan, tatatertib dan pentadbiran angkatan tentera, dan segala perkara lain yang berhubung dengannya selain perkara yang berhubung dengan penggunaan angkatan tentera bagi maksud operasi"
Berdiri Dari Kiri: Kpl Mohd Faizal bin Mansor, SSjn Mohd Sharunizam bin Samion, Kpl U Ahmad Faihazrul bin Ab Bakar, Sjn Mohd Khairul Anuar bin Mohd Lazim, PW II Nor Hasnah binti Suruki, Nor Aziah binti Abdullah, Amsirun bin Basirun, Khairul Aizat bin Yahya, Mohd Faizol bin Mohd NohDuduk: S Rizuan bin Saidi, Lt Kol Abu Hasan Assha’ari bin Kamis @ Shaffiee
Selain itu, MAT juga melaksanakan tanggungjawab yang telah diperuntukkan di bawah Akta Angkatan Tentera 1972 antara lainnya seperti berikut:
a. Membuat peraturan mengenai pencen dan perkara berkaitan dengan pegawai tentera
b. Membuat peraturan berkenaan gaji, elaun dan lain-lain emolumen bagi pegawai dan askar Angkatan Tetap (dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong)
c. Membuat peraturan berkaitan dengan Pasukan Sukarela dan Pasukan Simpanan
d. Menjalankan kuasa berkaitan dengan urusan tatatertib dan menjadi Lembaga Rayuan
URUSETIA MAJLIS ANGKATAN TENTERA
Di dalam menjalankan fungsinya dengan lebih berkesan dan teratur, MAT dibantu oleh Urusetia Majlis Angkatan Tentera (UMAT). UMAT yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) bertanggungjawab menyedia dan menyelaraskan keseluruhan keperluan Mesyuarat MAT meliputi aspek-aspek berikut:
a. Merancang dan menjadi urus setia Mesyuarat MATb. Meneliti Kertas Kerja Ahli dan Kertas Kerja Lembaga
yang akan dibentangkan di dalam Mesyuarat MAT
45
dan seterusnya mendapatkan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
c. Menyediakan taklimat kepada Pengerusi dan Setiausaha Mesyuarat MAT
d. Mengawal selia penggunaan rangkaian sistem komputer Generic Office Environment-Sekretariat Majlis Angkatan Tentera (GOE-SMAT) semasa mesyuarat berlangsung
e. Menguruskan arkib dan rekod Mesyuarat MATf. Sebagai focal point dan pusat rujukan dalam
memberikan khidmat bimbingan dan runding cara prosedur penyediaan kertas kerja Mesyuarat MAT
KEAHLIAN MAJLIS ANGKATAN TENTERA
Ahli-ahli Mesyuarat MAT adalah seperti berikut:
i. Menteri Pertahanan (Pengerusi) ii. Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan
(Setiausaha)iii. Panglima Angkatan Tentera iv. Wakil Raja-Raja
v. Panglima Tentera Daratvi. Panglima Tentera Laut vii. Panglima Tentera Udara viii. Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
(Pembangunan), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
ix. Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysiax. Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota xi. Ketua Hakim Peguam
PELANTIKAN DAN PERTUKARAN AHLI MESYUARAT
Pada tahun 2018 terdapat 11 pelantikan baru dan pertukaran seperti berikut:
i. Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertahanan menggantikan Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berkuat kuasa mulai 15 Mei 2018
ii. Dato’ Halimi bin Abd Manaf, Ketua Setiausaha menggantikan Dato’ Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi berkuat kuasa mulai 1 Jun 2018
Duduk Dari Kiri: YBhg. Dato' Mohtar bin Mohd Abd Rahman (Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam [Pembangunan]), YBhg. Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin (Panglima Tentera Laut), YBhg. Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad (Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja), YBhg. Dato' Halimi bin Abd Manaf (Ketua Setiausaha), YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu (Menteri Pertahanan), YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin (Panglima Angkatan Tentera), YBhg. Jeneral Dato' Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi (Panglima Tentera Darat), YBhg. Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang (Panglima Tentera Udara). Barisan Belakang Dari Kiri: Encik S Rizuan bin Saidi (Ketua Penolong Setiausaha, Urusetia Majlis Angkatan Tentera), YBhg. Mejar Jeneral Datuk Wira Zamrose bin Mohd Zain (Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota), YBhg. Leftenan Jeneral Dato' Abu Muslim bin Ismail (Ketua Staf Markas ATM), Yang Arif Tuan Shahrizat bin Ismail (Ketua Hakim Peguam), Leftenan Kolonel Abu Hasan Assha’ari bin Kamis @ Shaffiee (Pegawai Staf, Urusetia Majlis Angkatan Tentera).
S E K T O R K E T U A S E T I A U S A H A
46 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
iii. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Panglima Angkatan Tentera menggantikan YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor berkuat kuasa mulai 20 Jun 2018
iv. Datuk Dr. Rosslina bin Ahmad Mokhtar, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) menggantikan Dato’ Mohtar bin Mohd Abd Rahman berkuat kuasa mulai 22 Oktober 2018
v. Jeneral Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi, Panglima Tentera Darat menggantikan Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple bin Hj Kassim berkuat kuasa mulai 3 September 2018
vi. Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany, Panglima Tentera Laut menggantikan Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin berkuat kuasa mulai 30 November 2018
vii. Leftenan Jeneral Dato’ Abu Muslim bin Ismail, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia
menggantikan Leftenan Jeneral Dato’ Abdul Halim bin Hj Jalal berkuat kuasa mulai 30 April 2018
viii. Leftenan Jeneral Dato’ Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia menggantikan Leftenan Jeneral Dato’ Abu Muslim bin Ismail berkuat kuasa mulai 3 Oktober 2018
ix. Mejar Jeneral Dato’ Hj Azlan bin Abd Rahman, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota menggantikan Mejar Jeneral Datuk Wira Zamrose bin Mohd Zain berkuat kuasa mulai 30 Oktober 2018
x. Encik Shahrizat bin Ismail, Ketua Hakim Peguam menggantikan Encik Mazelan bin Jamaludin berkuat kuasa mulai 14 Mei 2018
xi. Leftenan Kolonel Abu Hasan Assha’ari bin Kamis @ Shaffiee, Pegawai Staf, Urusetia Majlis Angkatan Tentera menggantikan Leftenan Kolonel Ahmad Hafizal bin Hashim berkuat kuasa mulai 4 Januari 2018
MESYUARAT MAJLIS ANGKATAN TENTERA
PELAKSANAAN MESYUARAT
Bagi tahun 2018, Mesyuarat MAT telah bersidang sebanyak sembilan kali seperti dalam jadual berikut:
Bil Mesyuarat Pengerusi
1 MAT 562 17 Januari 2018
2 MAT 563 13 Mac 2018
3 MAT 564 31 Mei 2018
4 MAT 565 5 Julai 2018
5 MAT 566 6 Ogos 2018
6 MAT 567 7 September 2018
7 MAT 568 19 September 2018
8 MAT 569 29 Oktober 2018
9 MAT 570 10 Disember 2018
KERTAS KERJA LEMBAGA, KERTAS KERJA AHLI DAN PERINTAH MAJLIS ANGKATAN TENTERA
Sepanjang tahun 2018, sebanyak 889 Kertas Kerja Lembaga, Kertas Kerja Ahli dan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) telah dibentangkan mengikut pecahan terperinci seperti berikut:
47
Bil Perkara-Perkara Jumlah
1 KERTAS KERJA LEMBAGA TERTINGGI, NO.1, 2 DAN 3 PEMILIHAN PEGAWAI-PEGAWAI ANGKATAN TENTERA
Angkatan Tetap
Persaraan/Melanjutkan Tempoh Persaraan 338
Tamat Tauliah Jangka Pendek (TJP) 28
Kenaikan Pangkat/Khas Untuk Penyandang (KUP) 142
Penganugerahan Tauliah Tetap/Tauliah Jangka Pendek (TJP) 22
Menyambung Tauliah Jangka Pendek (TJP) 25
PembatalanTauliah/Membersarakan Pegawai 16
Pelantikan Penasihat dan Penolong Penasihat Pertahanan 8
Menghadiri Kursus/Pengajian Tinggi di Luar Negara 59
Pinjaman Pegawai (Secondment) 68
Pertukaran Kor dan Cawangan 7
Pelantikan dan Pembatalan & Penurunan Pegawai Kadet 35
Latihan Pegawai Kadet di Luar Negara 7
Cuti Tanpa Gaji 5
Kenaikan Gred Gaji 6
Askar Wataniah
Kenaikan Pangkat 7
Menyambung Tempoh Tauliah 32
Penganugerahan Tauliah 13
Penganugerahan Tauliah (Kehormat) 7
Pembatalan Tauliah (Kehormat) 24
Penyerapan/Kerahan 9
2 KERTAS KERJA AHLI/PMAT 31
JUMLAH KESELURUHAN 889
Sepanjang tahun 2018, sebanyak enam PMAT telah dibentangkan dan diluluskan seperti berikut:
Bil PMAT Perkara
1 PMAT 1/2009
(B)
Pindaan Kedua Kepada Perintah Majlis Angkatan Tentera Bilangan 1 Tahun 2009 - Terma dan Syarat Pelantikan dan Pentauliahan Pegawai Angkatan Tetap Angkatan Tentera Malaysia
2 PMAT 4/2008
(B)
Pindaan Kedua Kepada Perintah Majlis Angkatan Tentera Bilangan 4 Tahun 2008 (B) Berkenaan Pertukaran Epaulette Pangkat Pakaian Istiadat dan Mess Kit Bekas Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
3 PMAT 6/2009
(B)
Pindaan Kedua Kepada Perintah Majlis Angkatan Tentera Bilangan 6 Tahun 2009 (B) Berkaitan Garis Panduan Pinjaman (Secondment) Anggota Angkatan Tentera Malaysia
4 PMAT 1/2018 Peraturan Kenaikan Pangkat Pemangku dan Pemberian Pangkat Lokal
5 PMAT 2/2018
Penambahbaikan Laluan Kerjaya Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi di Dalam Angkatan Tentera Malaysia
6 PMAT 3/2018
Pelantikan Pihak Berkuasa Yang Layak (PBYL) Bagi Maksud Peraturan 61 Kepada Peraturan-Peraturan Angkatan Tentera (Terma-Terma Perkhidmatan Bagi Angkatan Tetap (2013)
S E K T O R K E T U A S E T I A U S A H A
48 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Kementerian Pertahanan Cawangan Sabah
Kementerian Pertahanan Malaysia Cawangan Sabah atau lebih dikenali dengan MinDef Sabah beroperasi di Blok C Bangunan KWSP, Kota Kinabalu, Sabah dengan perjawatan seramai 22 orang dan diketuai oleh Pengarah berjawatan Pegawai Tadbir & Diplomatik Gred Gred 52.
PERANAN DAN FUNGSI
Secara amnya, MinDef Sabah memainkan peranan yang utama dalam menyokong fungsi Kementerian Pertahanan Malaysia secara keseluruhan di Sabah di dalam aspek seperti berikut:
PERKHIDMATAN DAN PENTADBIRAN
• Menguruskan hal-hal pengurusan sumber manusia 790 kakitangan (pengisian sehingga 31 Disember 2018 : 609 perjawatan)
• Menguruskan hal-hal kewangan• Menguruskan hal-hal pentadbiran• Penghubung bagi hal-hal berkaitan pembangunan
dan penyelenggaraan• Menguruskan perolehan dan sebut harga• Menyelaraskan pengurusan ICT• Melaksanakan naziran pentadbiran/ perkhidmatan
di PTA unit-unit ATM• Mengurus tugas-tugas perhubungan awam• Mengurus aset dan pelupusan• Melaksanakan program inovasi jabatan
KEWANGAN
• Menyediakan anggaran belanjawan tahunan• Mengurus hal-hal kewangan dan akaun• Menjadi Pusat Bayaran bagi PTJ-PTJ lain• Mengurus pembayaran gaji, elaun dan tuntutan• Mengeluarkan Waran Perjalanan Udara• Memproses pengeluaran LPO• Mengurus penerimaan hasil dan deposit• Mengurus sewaan bangunan/pejabat• Mengurus penjualan dokumen tender• Menyelaras teguran agensi pemeriksa
TERIMAAN HASIL DAN DEPOSIT CAGARAN
Terimaan Hasil dari jualan borang tender, jualan barang-barang pelupusan, bayaran sewa bangunan dan bayaran-bayaran balik adalah sebanyak RM274,176.94.
Baki Deposit Cagaran yang masih dalam pegangan PTJ MinDef Cawangan Sabah adalah berjumlah RM 11,990.00.
Perkara Peruntukan Perbelanjaan %
Tuntutan RM 912,091.83 RM 866,383.94 94.98
Bil-bil Pejabat RM 29,340.00 RM 27,375.91 93.3
Sewaan RM 2,524,586.27 RM 2,506,137.89 99.26
Senggaraan RM 112,816.16 RM 89,139.66 79.01
Rangsum ATM RM 4,336,000.00 RM 4,334,568.59 99.96
Gaji/Elaun RM 13,659,012.00 RM 14,267,920.35 104.45
Perkhidmatan Ikhtisas & Perkhidmatan yang dibeli RM 66,166.00 RM 62,201.99 94
JLKN RM 148,911.79 RM 146,084.10 98.1
Harta Modal RM 33,770.00 RM 17,520.00 51.88
Utiliti RM 23,035,000.00 RM 24,337,184.75 105.65
JUMLAH RM 44,857,694.05 RM 46,654,517.18 104
49
PEMERIKSAAN DAN PELUPUSAN ASET
Lembaga Pemeriksaan Pasukan (LPP 1) telah bersidang sebanyak 20 kali dengan nilai aset yang dilupuskan sebanyak RM 3,601,716.51 manakala Lembaga Pemeriksaan Pasukan (LPP 2) telah bersidang sebanyak dua kali dan aset dilupuskan bernilai RM 5,856,098.00
PENCAPAIAN UTAMA
• Mendapat lima bintang dalam Pengurusan Kewangan Berdasarkan Accountability Index Monitoring System (AIMS) Bagi Tahun 2018
• Pencapaian Cemerlang dengan markah 96.80% dalam Pengauditan Dalaman EKSA dan Pertandingan Pejabat Terbaik bagi siri 1/2018
• Mencapai 100% kehadiran tiga hari berkursus bagi semua kakitangan awam di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan
• Mencapai 100% Pembayaran Bil dan Tuntutan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan lengkap
• Penganjuran Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang bagi Tahun 2017 dan Jasamu Dikenang 2018 pada 2 Mei 2018
AKTIVITI
Tarikh Program/Aktiviti Tempat
20 – 22 Februari 2018
Lawatan Pemantauan Sewaan ke Tawau, Sandakan dan Semporna Sabah
Tawau, Sandakan dan Semporna
21 Februari 2018 Meyuarat Perhubungan Ketua-Ketua Jabatan/Badan Berkanun Persekutuan Sabah Bil.1/2018
Four Point Hotel, Sandakan
2 Mac 2018 Program Penyerahan Sumbangan Amal Kelab KAKEP dan MinDef Sabah kepada YDKMM
Dewan Mini Awam MinDef Sabah, Kem Lok Kawi
3 Mac 2018 Perasmian Penutupan Program Latihan Khidmat Negara Siri 15 Tahun 2018
Kem PLKN Bawah Bayu, Tuaran
11 Mac 2018 Sesi Minum Pagi dan Ramah Mesra KSU bersama Kakitangan Awam MinDef Sabah
Bilik Latihan, MinDef Sabah
19–20 April 2018 Kursus Pengacaraan Majlis Bilik Latihan, Jabatan Hal Ehwal Veteran Sabah
2 Mei 2018 Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 dan Jasamu Dikenang 2018
The Pacific Sutera Hotel, Kota Kinabalu
14 Mei 2018 Seminar Promosi Kesihatan di Tempat Kerja Auditorium, KPKPS Sabah
5 Julai 2018 Sambutan Hari Raya MinDef Sabah bersama Pegawai Tadbir Awam dan Majlis Bersama Jabatan
Bilik Latihan, MinDef Sabah
13 Julai 2018 Majlis Sambutan Hari Raya Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP) Sabah
Dewan Sri Putatan, Putatan
31 Julai 2018 Bengkel Peningkatan Kreativiti di Tempat Kerja Bilik Latihan, Mindef Sabah
16 Ogos 2018 Mesyuarat Perhubungan Ketua-Ketua Jabatan/Badan Berkanun Persekutuan Sabah Bil.3/2018
Wisma Kejora, Pangkalan TLDM Sepanggar
30 Ogos 2018 Bengkel Pengukuhan Jabatan Horizon Hotel, Kota Kinabalu
16 September 2018
Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2018 di Kota Kinabalu Sabah
Padang Merdeka, Kota Kinabalu
17 September 2018
Majlis Perjumpaan Bersama KSU dan Mesyuarat Bersama PTA dan MBJ Sabah
Bilik Mesyuarat UPKAT, Kem Lok Kawi
S E K T O R K E T U A S E T I A U S A H A
50 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Tarikh Program/Aktiviti Tempat
19–20 September 2018
Kursus Psikologi dan Minda Beretika Promenade Hotel, Tawau
29 September 2018
Sabah Statsrun 2018 Sempena Hari Statistik Negara Tahun 2018 Padang Merdeka, Kota Kinabalu
7–9 November 2018
Kursus MyPortfolio MINDEF SABAH Bilik Mesyuarat Rafflesia, MinDef Sabah
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 dan Jasamau Dikenang 2018
Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2018 di Kota Kinabalu Sabah
Majlis Perjumpaan Bersama KSU dan Mesyuarat Bersama PTA dan MBJ Sabah
51
Kementerian Pertahanan Cawangan Sarawak
PERANAN DAN FUNGSI
Fungsi utama MinDef Sarawak pada asalnya adalah untuk melaksanakan tugas-tugas Pengurusan Sumber Manusia kakitangan awam yang ditempatkan di formasi-formasi ATM di seluruh Sarawak. Ia meliputi urusan perkhidmatan, emolumen, pencen serta kebajikan kakitangan awam MinDef di pasukan. Namun, fungsi MinDef Sarawak telah diperluaskan di mana MinDef Sarawak juga telah dipertanggungjawabkan untuk mewakili Kementerian dalam menguruskan beberapa bidang kritikal di Sarawak. Terdapat dua buah Unit yang bertanggungjawab di MinDef Cawangan Sarawak iaitu:
1. Unit Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran2. Unit Pengurusan Sumber Manusia
PRESTASI TAHUN 2018
Perjumpaan Bersama Pegawai Tadbir Awam Dan Kakitangan Awam di Unit ATM Sekitar Kuching Dan Kota Samarahan
Sesi perjumpaan bersama kakitangan dan Pegawai Tadbir Awam yang melibatkan unit ATM sekitar Kuching dan Kota Samarahan telah diadakan pada 6 hingga 7 Februari 2018. Sebanyak 13 unit ATM terlibat di dalam sesi perjumpaan tersebut.
Program Latihan MinDef Cawangan Sarawak Tahun 2018
Siri Latihan di Pejabat MinDef Sarawak dilaksanakan dengan menggunakan dua bentuk modul iaitu Fungsional dan Pengukuhan dan bersumberkan peruntukan dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pertahanan. Berikut merupakan Program Latihan yang diadakan sepanjang tahun 2018.
Bil Kursus/Seminar Sasaran Jenis Program
1 Kursus Pembantu Tadbir Gred N19
42 Fungsional
2 Kursus Kecemerlangan Diri Gred 11
42 Fungsional
3 Kursus Transformasi di Tempat Kerja
80 Pengukuhan
4 Seminar Wacana Ilmu “Kesihatan Asas Kecemerlangan”
60Pengukuhan
5 Kursus Pengacara Majlis 35 Fungsional
Pegawai Tadbir Awam turut berinisiatif dalam melaksanakan aktiviti dan sesi perjumpaan yang melibatkan kakitangan awam di unit masing-masing. Berdasarkan kehadiran kakitangan bagi Program Latihan 2018, tahap kehadiran adalah 100% yang melibatkan sasaran 539 kakitangan awam.
Perjumpaan Staf Awam di Markas 1 Divisyen pada 6 Februari 2018. Kursus Kecemerlangan Diri Gred 11 di Dewan Kelulut, KPAMS pada 26 Mac 2018
S E K T O R K E T U A S E T I A U S A H A
52 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2017 Dan Jasamu Dikenang Tahun 2018
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2017 dan Jasamu Dikenang Tahun 2018 telah diadakan di Imperial Hotel, Kuching pada 8 April 2018. Seramai 62 orang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang terdiri dari 21 unit ATM dan lima unit Jabatan Latihan Khidmat Negara serta 19 orang penerima Jasamu Dikenang Tahun 2018. Majlis ini adalah untuk menghargai khidmat bakti dan setia warga MinDef di negeri Sarawak.
MinDef Cawangan Sarawak berperanan membantu Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dalam menyediakan tempat dan persiapan acara.
Mesyuarat Pengurusan Dan Mesyuarat Bersama Jabatan
Mesyuarat ini adalah medium bagi penyampaian amanat, percambahan idea dan perhimpunan Pegawai Tadbir Awam dan Pegawai Tentera bersama-sama Pejabat MinDef Sarawak.
Mesyuarat Pengurusan Dan MBJ Tarikh
Siri 1/2018 26 Mac 2018
Siri 2/2018 24 Julai 2018
Siri 3/2018 8 Oktober 2018
Siri 4/2018 20 Disember 2018
Jawatan Kuasa Pengurusan Aset Dan Kewangan (JKPAK)
Jawatan Kuasa ini diadakan sebagai wadah bagi mengurus kewangan yang cekap berdasarkan peruntukan yang telah diluluskan dan menentukan prestasi perbelanjaan bagi program yang terlibat serta menyemak keperluan-keperluan bagi tujuan kewangan pada masa depan.
Siri Mesyuarat JKPAK Tarikh
Siri 1/2018 6 April 2018
Siri 2/2018 6 Julai 2018
Siri 3/2018 5 Oktober 2018
Siri 4/2018 16 Januari 2019
Prestasi Kewangan Tahun 2018
Peruntukan diterima : RM2,201,386.00Peruntukan ditarik : RM 181,000.00Peruntukan 2018 : RM 2,020,386.00Perbelanjaan 2018 : RM 1,994,797.99
Berdasarkan statistik dalam tempoh 14 hari, 2866 bil (85.96%) yang disempurnakan proses pembayaran dalam tempoh kurang 7 hari manakala 46 bil (8.92%) diproses pembayaran dalam tempoh 8 hingga 14 hari.
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Tahun 2018 Pada 8 April 2018
53
UnitIntegriti
Unit Integriti ditubuhkan di Kementerian Pertahanan sebagai salah satu usaha kawalan dalaman serta bertindak sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti. Unit Integriti juga berperanan untuk memantapkan integriti di kalangan penjawat awam bagi menjunjung dan menegakkan prinsip integriti serta akauntabiliti ke arah mencapai sistem penyampaian awam yang cemerlang.
Unit Integriti bertanggungjawab melaksanakan enam fungsi teras seperti berikut:
1. Tadbir Urus Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.
2. Pengukuhan Integriti Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan
pelaksanaan integriti dalam Jabatan.
3. Pengesanan dan Pengesahan Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku
jenayah serta pelanggaran tata kelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.
Melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab.
4. Pengurusan Aduan Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua
aduan/maklumat mengenai salah laku jenayah serta pelanggaran tata kelakuan dan etika Jabatan.
5. Pematuhan Memastikan pematuhan terhadap undang-undang
dan peraturan yang berkuatkuasa.
6. Tatatertib Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.
S E K T O R K E T U A S E T I A U S A H A
54 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
PENCAPAIAN TAHUN 2018
PEMATUHAN INTEGRITI
Bengkel Jawatankuasa Kerja Kawalan dan Pematuhan (JKKP) telah diadakan oleh Seksyen Pematuhan pada 25 hingga 27 Jun 2018 di Wisma Perwira, ATM. Bengkel ini telah dianjurkan bagi memenuhi objektif-objektif berikut:
• Mengenal pasti dan membincangkan punca-punca kepada isu-isu pengurusan kewangan yang dibangkitkan di dalam Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun, Jawatankuasa Audit dan Laporan Ketua Audit Negara
• Menyenaraikan dan memahami kekangan yang dihadapi oleh Bahagian-bahagian dalam Kementerian Pertahanan yang terlibat dalam melaksanakan tadbir urus kewangan yang berkesan
• Membangunkan mekanisme terbaik yang dapat membantu menyelesaikan isu pengurusan kewangan secara kolaboratif
Terdapat beberapa program yang telah dilaksanakan sepanjang sesi penganjuran bengkel ini, iaitu merangkumi:
• Sesi Wacana Ilmu oleh penceramah jemputan daripada Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN), Jabatan Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara.
• Sesi Perbincangan Kajian Kes Audit Dalaman dan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 dan 2016 oleh peserta bengkel; dan
• Sesi Pembentangan Hasil Perbincangan Kajian Kes Audit Dalaman dan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 dan 2016 oleh peserta bengkel.
Berdasarkan program-program yang dilaksanakan, bengkel ini telah berjaya mengupas dan membincangkan sebanyak 45 isu yang berkaitan. Isu-isu berbangkit tersebut telah dibuat pengkelasan kategori iaitu kelemahan pengurusan kontrak, pembayaran tidak wajar, kelemahan pemantauan dan kelemahan kontraktor. Menyusuli itu, terdapat pelbagai cadangan penambahbaikan yang telah dikenal pasti oleh peserta-peserta Bengkel JKKP yang memerlukan penelitian selanjutnya dan seterusnya diimplementasi di peringkat Kementerian secara menyeluruh.
TATATERTIB
Kementerian Pertahanan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membendung masalah disiplin dalam kalangan pegawai sepanjang tahun 2018. Laporan kes selesai berkaitan tatakelakuan yang diterima oleh Unit Integriti mengikut tahun adalah seperti berikut:
Jenis Kes 2016 2017 2018
Tidak Hadir Tanpa Cuti 82 56 58
Tidak Hadir Tanpa Cuti & Tatakelakuan
20 9 12
Tatakelakuan 3 0 1
Mahkamah/Selain Dadah 1 1 4
Mahkamah/Dadah 4 4 7
Jumlah 110 70 82
Berikut pula adalah jenis-jenis hukuman tatatertib yang telah dijatuhkan sepanjang tahun 2018:
Jenis Hukuman 2016 2017 2018
Amaran 79 38 51
Denda 6 0 0
Lucut Hak Emolumen 76 37 47
Tangguh Pergerakan Gaji 47 25 23
Turun Gaji 15 10 7
Turun Pangkat 0 0 0
Buang Kerja 31 32 23
Jumlah 254 142 151
Ketua Unit menyerahkan cenderahati kepada Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff, Ketua Pengarah Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara
(JITN) sebagai tanda penghargaan.
55
PENGUKUHAN INTEGRITI
Bagi memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi, Unit Integriti telah melaksanakan pelbagai siri program sepanjang tahun 2018 melalui Program Kursus Bina Insan (KBI), Program Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA) dan Penerapan Nilai-Nilai Islam (PNI), Wacana Ilmu, Hari Kebesaran Islam, Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran serta Kursus Pengurusan Jenazah.
Walaupun melalui fasa sukar dengan pengurangan bajet kewangan di bahagian - bahagian di kementerian, penganjuran bersasar masih dapat dilaksanakan dan penglibatan dan penyertaan dari warga Kementerian Pertahanan amat menggalakkan. Berikut merupakan perbezaan tahun 2017 dan 2018 bagi program-program yang telah dijalankan oleh Unit Integriti:
Bil Program 2017 2018
1 Kursus Bina Insan 3 Siri 2 Siri
2 Program Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA) dan Penerapan Nilai Islam (PNI)
14 siri 10 siri
3 Wacana Ilmu 1 siri 2 siri
4 Program Kebesaran Islam 2 Siri 2 Siri
5 Program Integriti 3 Siri 1 Siri
Jumlah Peserta 3935 orang
2033 orang
Senarai Program yang telah dilaksanakan oleh Unit Integriti
Pada tahun 2018, Unit Integriti juga turut menganjurkan program bersama dengan Bahagian-bahagian di Kementerian menggunakan pendekatan National Blue Ocean Strategy (NBOS) seperti:
Bil Program Tarikh Kerjasama Dengan
1 Bengkel Jawatankuasa Kerja Kawalan dan Pematuhan
25-27 Jun 2018
Wisma Perwira, IIM,
JPA
2 Majlis Sambutan Hari Inovasi 2018
13 November
2018
Bhg. Dasar dan
Perancangan Strategik
Kementah.
3 Program Tadarus Al-Quran Peringkat Kementerian Pertahanan
25 Mei 2018- 15 Jun 2018
PUSPANITA, KAKEP, PKPAI MinDef
4 Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Kementerian
7 Jun 2018
PUSPANITA, KAKEP, PKPAI MinDef
5 Majlis Penghayatan Ibadah Qurban Peringkat Kementerian Pertahanan 1440H
23 Ogos 2018
KAKEP, PKPAI MinDef
6 Kursus Pengurusan Jenazah Peringkat Kementerian Pertahanan
23 Oktober
2018
PUSPANITA, KAKEP, PKPAI MinDef
7 Program Maulidur Rasul Peringkat Kementerian Pertahanan
20 Disember
2018
KAKEP MinDef
Senarai Program yang telah dilaksanakan bersama Bahagian di Kementerian
S E K T O R K E T U A S E T I A U S A H A
56 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Pemantapan Integriti
Program Tadarus Dan Khatam Al-Quran
SEKTOR PEMBANGUNAN
58 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Bahagian Pembangunan
Bahagian Pembangunan berperanan untuk merancang, menyelaras, melaksana dan memantau projek-projek pembangunan infrastruktur untuk ATM secara berkesan selaras dengan Dasar Pertahanan Negara. Bahagian ini juga turut menguruskan perolehan perunding dan bukan perunding (perkhidmatan memotong rumput, mencuci bangunan, bilik air dan tandas, housekeeping, kawalan serangga dan anai-anai) untuk kegunaan ATM dan awam.
FUNGSI
• Menyediakan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Kementerian Pertahanan dan Agensi-agensi dibawahnya• Menyediakan Anggaran Belanjawan Pembangunan (DE)• Mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan projek-projek yang diluluskan supaya selaras dengan skop
serta mengikut jadual
BAHAGIANPEMBANGUNAN
Melaksana serta
menguruskan segala perolehan infra dan
perkhidmatan daripada Markas
Tentera Darat
Melaksanakan serta menguruskan
segala perolehan infra dan perkhidmatan daripada Markas Angkatan Tentera Malaysia dan juga agensi/jabatan/bahagian awam
Melaksana serta
menguruskan segala perolehan infra dan
perkhidmatan daripada Markas
Tentera Laut
Bertindak sebagai Agensi Pelaksana bagi
projek-projek yang dilaksanakan oleh Bahagian
Pembangunan serta memberikan perkhidmatan teknikal termasuk
memberi nasihat, pandangan, teguran dan ulasan terhadap reka bentuk, spesifikasi serta lukisan
dalam semua aspek kejuruteraan untuk projek
pembangunan ATM
Menyediakan dan menguruskan
anggaran Perbelanjaan Pembangunan tahunan dan
menyediakan rancangan peruntukan Rolling Plan serta bertanggungjawab meneliti, mengkaji dan menguruskan cadangan penswastaan dan Public Private Partnership (PPP) ygn dikemukakan
oleh sektor swasta
Melaksanakan tugas-tugas
pentadbiran dan pengurusan,
penyelidikan dasar perolehan serta urus setia
mesyuarat- mesyuarat utama Bahagian Pembangunan
Melaksana serta
menguruskan segala perolehan infra dan
perkhidmatan daripada Markas
Tentera Udara
Menguruskan pembayaran
projek-projek pembinaan dan
kelengkapan ATM serta segala pembayaran bagi tuntutan rasmi pegawai & kakitangan di Bahagian
Pembangunan
Melaksana serta
menguruskan segala perolehan bagi
pembangunan dan sewaan Rumah
Keluarga Angkatan Tentera (RKAT)
Mengurus, mengawal dan
menguatkuasakan hal-hal berkaitan
hartanah (tanah dan bangunan) milik
Kementerian
UNIT DARAT
UNIT LAUT
UNIT UDARA
UNIT PERUMAHAN
UNIT
B
ELANJAWAN & PENSWASTAAN
UNIT AWAM/3KHIDMATUNIT
SEK
RETARIAT, PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN
UNIT PENGURUSAN TANAH
UNIT PENGURUSAN KEWANGAN
UNIT TEKNIKAL
59
PENCAPAIAN TAHUN 2018
Sepanjang tahun 2018, Bahagian Pembangunan telah memproses sebanyak 128 perolehan dengan pecahan seperti berikut:
AGIHAN BELANJA PEMBANGUNAN (DEVELOPMENT EXPENDITURE) - (INFRA DAN KELENGKAPAN)
Kementerian Pertahanan telah diperuntukkan sejumlah RM3,088,408,529.00 sebagai peruntukan di bawah Belanja Pembangunan bagi tahun 2018.
Agihan Peruntukan Belanja Pembangunan (DE) Bagi Infra dan
Kelengkapan Tahun 2018
PRESTASI BELANJA PEMBANGUNAN (DEVELOPMENT EXPENDITURE) - (INFRA DAN KELENGKAPAN)
Daripada jumlah peruntukan Belanja Pembangunan (DE) sebanyak RM3,088,408,529.00 bagi tahun 2018 tersebut, Kementerian telah berjaya membelanjakan 99.92% iaitu berjumlah RM3,085,991,375.60. Butiran perbelanjaan bagi tujuan pembayaran projek infra adalah sebanyak RM154,387,130.99 (99.74%) dan bagi bayaran projek kelengkapan pula adalah RM2,931,604,244.61 atau (99.99%).
Prestasi Belanja Pembangunan Bagi Infra dan Kelengkapan Tahun 2018
Jumlah keseluruhan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bermula 2016 - 2020, adalah sebanyak RM15,600,000,000.00 dan sehingga 31 Disember 2018, Kementerian Pertahanan telah membelanjakan RM10,011,719,224.30 atau 64.18% daripada peruntukan yang disediakan.
Pecahan Peruntukan di bawah RMK-11 mengikut tahun
Perbandingan Peruntukan - Perbelanjaan di bawah RMK-11 bagi tahun 2016 hingga 2018
S E K T O R P E M B A N G U N A N
60 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
PROJEK SIAP 2018
PEMBINAAN JAMBATAN PEJALAN KAKI SEPANJANG 200 METER
Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Awam Swasta (JKAS) Khas - Program Pembangunan Infrastruktur Berskala Kecil di Negeri Sarawak di bawah NBOS yang diadakan pada 19 Mei 2016 telah bersetuju meluluskan pembinaan jambatan pejalan kaki bagi menggantikan titi kayu sedia ada yang merupakan satu-satunya jalan perhubungan darat di antara Kampung Muhibbah dan Kampung Pinggan Jaya di Kuching, Sarawak. Titi kayu tersebut telah mengalami kerosakan yang teruk dan membahayakan pengguna jambatan tersebut terutamanya kepada pelajar sekolah yang berulang alik dari Kampung Pinggan Jaya ke sekolah yang terletak di Kampung Muhibbah. Selain itu, titi kayu ini juga berperanan untuk menampung beban sambungan paip bekalan air ke Kampung Muhibbah.
Projek ini telah dilaksanakan dengan kos yang diluluskan sebanyak RM4.6 juta dan dimulakan pada 14 September 2017. Projek telah disiapkan pada 23 November 2018 dengan tempoh tanggungan kecacatan akan berakhir pada tahun 2020.
PEMBINAAN TIGA BUAH JAMBATAN BAILEY DI LUSONG LAKU, BELAGA, SARAWAK – PROJEK JIWA MURNI
Projek Pembinaan Tiga Buah Jambatan Bailey di Lusong Laku, Belaga, Sarawak dilaksanakan melalui kaedah Jiwa Murni dengan peruntukan sebanyak RM14.95 juta yang diluluskan pada tahun 2017. Tiga buah jambatan tersebut adalah:
• Jambatan Sungai Keluan• Jambatan Sungai Lekuan 1• Jambatan Sungai Lekuan 2
Projek Jiwa Murni di Negeri Sarawak ini dilaksanakan oleh Rejimen Askar Jurutera DiRaja (RAJD), Markas Tentera Darat dan pihak swasta iaitu kontraktor yang dilantik. Dimulakan pada 19 Disember 2017, projek ini telah disiapkan dengan jayanya pada 19 Jun 2018. Tempoh tanggungan kecacatan bagi projek ini akan tamat pada tahun 2020.
Dengan pembinaan tiga buah jambatan ini, penduduk di kawasan Lusong Laku yang dianggarkan berjumlah 2000 orang kini dapat menerima manfaatnya.
Jambatan Sungai Keluan
61
LAWATAN KERJA KE TAPAK PROJEK OLEH TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN
LAWATAN KERJA KE TAPAK PROJEK OLEH KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERTAHANAN
Kem Tentera Darat, Bera, Pahang pada 17 Disember 2018
Kompleks Markas Angkatan Bersama di Sungai Panching, Kuantan, Pahang pada 17 Disember 2018
Pembinaan Jambatan Pejalan Kaki dari Kampung Muhibbah ke Kampung Pinggan Jaya, Kuching, Sarawak pada 4 Disember 2018
Pembinaan Dewan Serbaguna di Maktab Tentera Diraja (MTD), Sg. Besi pada 20 Julai 2018
S E K T O R P E M B A N G U N A N
62 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Bahagian Perolehan
Bahagian Perolehan adalah bertanggungjawab menyelaras dan menguruskan perolehan secara sebut harga, tender dan rundingan terus bagi peralatan, kelengkapan dan perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan berlandaskan peraturan perolehan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Bahagian Perolehan juga perlu memastikan setiap perolehan dibuat dengan baik serta mendapat keperluan dengan konsep Best Value for Money.
Bahagian Perolehan diterajui oleh seorang Setiausaha Bahagian, PTD Gred JUSA C dengan 170 perjawatan yang terdiri daripada pegawai/kakitangan awam dan ATM dari pelbagai skim perkhidmatan dan gred jawatan.
Bahagian Perolehan terdiri daripada dua sektor utama yang dipecahkan kepada lapan unit dan satu cawangan teknikal. Fungsi-fungsi setiap unit/cawangan di Bahagian Perolehan adalah seperti berikut:
Unit Fungsi
UnitPerolehan 1
Melaksanakan perolehan senjata, peluru, kenderaan, stor teknikal dan peralatan-peralatan darat
UnitPerolehan 2
Melaksanakan perolehan kapal, alat ganti dan penyelenggaraan kapal serta peralatan berkaitan dengan laut
UnitPerolehan 3
Melaksanakan perolehan kapal terbang, alat ganti dan penyelenggaraan kapal terbang serta peralatan berkaitan dengan udara
UnitPerolehan 4
Melaksanakan perolehan rangsum pukal, ubat-ubatan, peralatan perubatan, pakaian dan aksesori
UnitPerolehan 5
Melaksanakan perolehan berkaitan peralatan komunikasi, ICT, sistem komputer, peralatan pejabat, mesin woksyop, barangan besi/bukan besi, bahan percetakan, perabot dan peralatan berek
UnitPerolehan 6
Melaksanakan perolehan berkaitan perkhidmatan dan penyewaan
UnitPerolehan 7
Melaksanakan penyelidikan dasar perolehan serta urus setia mesyuarat lembaga tender dan sebut harga
UnitPerolehan 8
Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan kewangan Bahagian Perolehan
Cawangan Teknik dan
Pemeriksaan (CT&P)
Melaksanakan pemeriksaan teknikal dan kualiti barang yang telah dibuat perolehan
PENCAPAIAN TAHUN 2018
Bilangan perolehan tahun 2018 yang telah diproses pada 1 Januari hingga 31 Disember 2018 adalah sebanyak 327 mengikut pecahan seperti berikut;
Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan (Perolehan) yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2018 adalah seperti berikut;
Mesyuarat Tarikh
Bilangan 2 Tahun 2018 8 Mac 2018
Bilangan 4 Tahun 2018 24 April 2018
Bilangan 6 Tahun 2018 11 Jun 2018
Bilangan 8 Tahun 2018 30 Ogos 2018
Bilangan 10 Tahun 2018 9 November 2018
Bilangan 12 Tahun 2018 19 Disember 2018
Bagi tempoh Januari hingga 31 Disember 2018 adalah sebanyak 60 siri mesyuarat Lembaga Perolehan dan Sebut Harga telah diadakan. Bilangan mesyuarat mengikut bulan adalah seperti berikut:
63
Kutipan Denda Pecah Kontrak sehingga 31 Disember 2018 adalah seperti berikut:
RANGKUMAN AKTIVITI 2018 BAHAGIAN PEROLEHAN
• Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA18) bertempat di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur pada 16 hingga 19 April 2018.
• Final Acceptance Test bagi Kapal Latihan Teguh Samudera, Lumut pada 7 hingga 11 Januari 2018.
• Majlis Aku Janji Bajet 2018 pada 9 Januari 2018 di Wisma Perwira.
• Lawatan Kilang Rangsum Tempur Secara Total (RBTK) ATM pada 17 Januari 2018 di Nilai, Negeri Sembilan.
• Lawatan Menteri Pertahanan ke Institut Perubatan dan Pangkalan Udara Subang pada 12 Januari 2018.
• Pre Delivery Inspection (PDI) bagi kontrak Steel Cartridge High Explosive Incendiary (HEI) dan HEI Trace pada 15 hingga 19 Januari 2018 di Korea Selatan.
• Perjumpaan bersama SUB Perolehan dan Majlis Ikrar Integriti pada 26 Januari 2018 di Wisma Pertahanan.
• A Night With Tok Tom sempena kenaikan pangkat dan perpisahan YBhg. Dato’ Thomas pada 26 Januari 2018 di Wisma Perwira.
• Jemputan menghadiri Singapore Airshow pada 5 hingga 7 Februari 2018 di Singapura.
• Retreat Hala Tuju di Awana Genting pada 13 hingga 14 Februari 2018.
• Photo Booth DSA 2018 Bahagian Perolehan.• Pre-Delivery Inspection (PDI) RDS 7.62MM 4B1T
pada 27 Januari hingga 4 Februari 2018 bertempat di Dulliken, Switzerland.
• Pre-Delivery Inspection (PDI) RPG-7 SUB Calibre System pada 5 hingga 9 Mac 2018 bertempat Kazanlak, Bulgaria.
S E K T O R P E M B A N G U N A N
64 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
• Pre-Delivery Inspection (PDI) Mortar Anti Personnel And Anti-Material (MAPAM) pada 23 hingga 31 Ogos 2018 di Switzerland.
• Taklimat dan Pembentangan Serta Lawatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan Dan Kewangan Kerajaan (JSTUPKK) Berkaitan Kontrak Penyelenggaraan Kapal Selam Dan Pembinaan Markas Kapal Selam pada 27 September 2018 di Sepanggar, Sabah.
• Lawatan TKSU(P) dan Mesyuarat Kemajuan Kerja Kementerian Pertahanan ke Projek LCS TLDM 11 Oktober 2018.
• Upacara Keel Laying LMS 1 dan First Steel Cutting LMS 2 pada 23 Oktober 2018 di Wuchang, China.
• Lawatan Pemantauan Kontrak Rangsum dan Gas Perusahaan pada 12 April 2018 di Stor Rangsum dan Stor Gas Perusahaan, PU Subang.
• Taklimat Tender serta Lawatan Pemantauan Kontrak Rangsum dan Gas Perusahaan pada 2 April 2018 di Depot Bantuan Barat, Pangkalan TLDM Lumut.
• Taklimat Tender serta Lawatan Pemantauan Kontrak Rangsum dan Gas Perusahaan pada 22 hingga 23 April 2018 di Kem Batu 10 Kuantan dan Kem 9 RRD Mentakab.
• Pre-Delveiry Inspection (PDI) bagi Perolehan Radar S Band pada 22 hingga 27 April 2018 di Enfield, UK.
• Mesyuarat Kemajuan Kerja Bagi Perolehan Sistem Pengawasan Bawah Air pada 7 Ogos 2018 di Markas Armada Timur, Kota Kinabalu, Sabah.
• Mesyuarat Tapak Bagi Perolehan MATRA 5 pada 22 November 2018.
• Taklimat tender Perkhidmatan Penyediaan Sajian Untuk Krew TUDM pada 22 November 2018 di Tawau, Sabah .
• Lawatan Tapak Pameran Maritim LIMA 2019 di Pulau Langkawi pada 13 Disember 2018.
• Perkhidmatan Penyelenggaraan, Pembaikan dan Pembekalan Alat Ganti Bulk Fuel Installation (BFI) Untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 15 Mei 2018.
• Lawatan kerja di projek-projek pada 3 hingga 5 September 2018 di Tawau, Sabah.
• Majlis Ramah Mesra Sektor Pembangunan pada 14 Disember 2018 bertempat di Dewan Seroja Kementerian Pertahanan.
65
Penguasa KatalogATM (MAFCA)
FUNGSI DAN PERANAN
• Pengurusan, pembangunan dan penyeragaman sistem kodifikasi nasional
• Merancang, memantau serta menyelenggara sistem kodifikasi NATO
• Mengkoordinasikan pertukaran data-data katalog dengan negara peserta sistem kodifikasi NATO
• Mengawal selia pendaftaran NATO Commercial and Government Entity (NCAGE) kepada pembekal dan pengilang tempatan
• Membangunkan serta melaksanakan program latihan berasaskan sistem kodifikasi NATO.
PERKHIDMATAN UTAMA
KODIFIKASI PERALATAN
Pada tahun 2018, Bahagian Pengenalan Barang MAFCA telah melaksanakan kodifikasi ke atas 247,506 baris alatan untuk perkhidmatan Darat, Laut dan Udara.
MALAYSIA SEBAGAI NEGARA TIER 2 KEPADA PENGILANG/PEMBEKAL (NCAGE).
MAFCA sebagai badan Penguasa Katalog Negara telah menaiktaraf Malaysia di tahap TIER 2 bersama dengan 14 negara lain. Hal ini bermakna keupayaan MAFCA kini terbukti dapat memenuhi kehendak dan keperluan C/135 dan Negara-negara NATO kepada pengilang dan pembekal tempatan dalam pemberian Kod NCAGE. Antara kelebihan sebagai TIER 2 adalah:
i. Strategi pemasaran dalam membentuk pengiklanan mudah.
ii. Keupayaan mempromosi produk buatan tempatan ke peringkat antarabangsa.
iii. Pertukaran data dengan Negara perserta NCS.iv. Boleh mewujudkan NSN (34) Malaysia.v. Boleh mewujudkan NCAGE Code (Kod Pengilang/
Pembekal).vi. Ahli tetap dalam Mesyuarat/Persidangan Teknikal
(Panel-A) dan Main Group AC/135.
PENDAFTARAN NCAGE
MAFCA mempunyai maklumat berkaitan pembekal dan pengilang yang disimpan di dalam pangkalan data NMCRL sebagai rujukan pengguna Negara NATO, TIER2 dan TIER1. Rujukan ini membolehkan pengguna dari NCS mengetahui organisasi mana yang membekalkan produk dan menyediakan perkhidmatan. Jadual 1 menunjukkan pendaftaran dan kemaskini Kod NCAGE dari tahun 2016 hingga 2018 bagi mencapai kualiti data yang ditetapkan oleh pihak NATO. Sehingga kini sebanyak 94 Syarikat pembekal dan pengilang tempatan yang telah didaftarkan di dalam pangkalan data NATO Master Catalogue of References for Logistic (NMCRL).
Organisasi 2016 2017 2018
Pendaftaran 62 30 22
Kemaskini 18 34 72
Jumlah 80 64 94
Pendaftaran dan kemaskini Kod NCAGE dari tahun 2016-2018
Pengarah MAFCA bersama Pegawai serta Anggota dan Kakitangan Awam
Pecahan Kodifikasi Peralatan Mengikut Perkhidmatan Darat, Laut dan Udara bagi tahun 2018
S E K T O R P E M B A N G U N A N
66 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
MESYUARAT DAN KURSUS LUAR NEGARA
i. Mesyuarat Main Group AC/135 ke-114 Ianya merupakan mesyuarat wajib yang diadakan
dua kali setahun. Bagi tahun ini, MAFCA hanya menghadiri sekali sahaja iaitu yang diadakan di Rotterdam, Netherland pada 20 hingga 22 November 2018. Ianya dihadiri oleh Pengarah MAFCA iaitu Lt. Kol. Hayazi bin Ghazalee TUDM. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh semua pengarah bagi 63 negara yang terlibat.
ii. Mesyuarat Panel A ke-131 Merupakan platform khusus bagi membincangkan
secara teknikal dan telah diadakan di NSPA Capellen, Luxembourg pada 6 hingga 9 Mac 2018. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pegawai BPB (Udara) iaitu Kapt. Muhammad Abu Hanifah bin Haniff TUDM. Kursus ini turut dihadiri oleh semua Bahagian Teknikal daripada 63 negara yang terlibat.
iii. Kursus, NATO Basic Codification Telah diadakan pada 16 hingga 25 Oktober 2018 di
Center Identification Material Department (CIMD) Rennes, France. Dihadiri oleh Kapt. Muhammad Abu Hanifah bin Haniff TUDM. Merupakan perolehan awal kepada sistem baru yang akan digunakan oleh pihak NATO. Sistem kodifikasi NATO yang wajib dihadiri dua kali setahun oleh setiap Bahagian Teknikal NCB daripada 63 buah negara yang terlibat.
iv. Kursus Codifier Training Kursus kepakaran ini merupakan latihan intensif
bersama pakar-pakar katalog luar negara seperti UK, Austria dan Belanda. PIhak ESG selaku pembekal sistem NCORE-NG menyediakan kursus kepakaran tersebut dan program latihan diadakan selama lima hari iaitu pada 16 hingga 20 Julai 2018 di ESG Furstenfeldbruck, Germany. Wakil MAFCA yang terlibat adalah Mej. Shahidzuan (Ketua Bahagian BPB), Kapt. Hazwanie (Peg BPB Darat).
KURSUS ANJURAN MAFCA.
Pihak MAFCA telah berjaya menganjurkan beberapa kursus yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti kodifikasi anggota yang terlibat di dalam ATM. Kursus-kursus ini melibatkan anggota tentera daripada tiga perkhidmatan. Kursus tersebut ialah:
i. Kursus Pengenalan Sistem Katalog (Pegawai) Siri 27/2018.
ii. Kursus Pengenalan Sistem Katalog (LLP) Siri 30/2018.
iii. Kursus Indoktrinasi Sistem Katalog (LLP) Siri 52/2018
iv. Kursus Pengurusan Sistem Katalog (Pegawai) Siri 37/2018.
v. Program Training and Competency Instruction (TCI) NCORE Siri 02/2018 pada 18 hingga 21 September 2018.
67
PERLAKSANAAN EYEBALLING
Proses Eyeballing adalah salah satu proses bagi mengenal pasti NATO Stock Number bagi sesuatu peralatan. Pada 16 sehingga 19 Oktober 2018, MAFCA telah melaksanakan proses kodifikasi alatan sebanyak 344 baris alatan di Pusat Latihan Pusat Khas (PULPAK), Kem Sungai Udang, Melaka.
PENGIKTIRAFAN BAGI TAHUN 2018
PENGIKTIRAFAN EKSA
Pemeriksaan Audit Dalaman Program EKSA MINDEF Siri 1/2018 telah diadakan pada 16 Mac 2018. Keputusan purata pemarkahan keseluruhan yang diperolehi oleh MAFCA adalah sebanyak 99.49%. Manakala Pemeriksaan Audit EKSA MAMPU daripada Kementerian Pertahanan telah diadakan pada 7 Ogos 2018.
Keputusan purata pemarkahan keseluruhan yang diperolehi oleh MAFCA adalah sebanyak 97.8% yang membolehkan MAFCA berada di kedudukan pertama di Peringkat Kementerian Pertahanan selama tiga siri berturut-turut. Pengarah MAFCA telah menerima sijil EKSA semasa Majlis Ramah Mesra bersama TKSU Pembangunan pada 14 Disember 2018.
Pelaksanaan Proses Eyeballing di PULPAK, Kem Sungai Udang, Melaka pada
16 sehingga 19 Oktober 2018
Pengarah MAFCA menerima Sijil Pengiktirafan
EKSA Peringkat Kementerian Pertahanan pada 14 Disember 2018.
Sijil Penghargaan EKSA Peringkat Kementerian Pertahanan Tahun 2018.
S E K T O R P E M B A N G U N A N
68 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
PENGIKTIRAFAN MS ISO 9001: 2015 TAHUN 2018
MAFCA juga telah mengekalkan Persijilan ISO 9001:2015 dengan cemerlang untuk skop “Pengurusan Pelanggan”. Tim Audit Pemantauan MS ISO 9001:2015 telah melakukan pengauditan di MAFCA pada 13 hingga 14 Mac 2018 yang diketuai oleh Dato’ A. Aziz bin Mat, daripada Syarikat Intertek Sdn. Bhd.
Sijil Pengiktirafan MS ISO 9001: 2015, tahun 2018
SEKTOR DASAR
70 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik
Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (BDPS) merupakan satu bahagian yang mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar di Kementerian Pertahanan. Bahagian ini terbahagi kepada dua cawangan iaitu Cawangan Dasar dan Hubungan Antarabangsa dan Cawangan Perancangan Strategik.
PERANAN
• Mengurus hal ehwal antarabangsa seperti kerjasama pertahanan• Mengendalikan isu-isu keselamatan, organisasi antarabangsa/tempatan serta meneraju Dasar Pertahanan Negara
(DPN)• Merancang, menggubal, menyelaras serta memantau pelaksanaan dasar-dasar strategik sejajar dengan matlamat
dan sasaran kementerian• Mengendali program-program inovasi, kualiti, urus setia Parlimen, urus setia Kabinet, dan urus setia Mesyuarat
Peringkat Tertinggi di Kementerian Pertahanan
PRESTASI TAHUN 2018CAWANGAN DASAR DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA
HUBUNGAN PERTAHANAN DUA HALA
Secara keseluruhan, terdapat 144 aktiviti antarabangsa melibatkan Menteri, Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan bagi tahun 2018. Rumusan program adalah seperti berikut:
Jadual 1 : Jenis aktiviti antarabangsa
Desks D1 D2 D3 D4 D5 JumlahKunjungan Hormat/Pertemuan Dua Hala 16 6 22 23 67
Mesyuarat 29 9 3 3 44
Lawatan Kerja - 5 3 1 9
Seminar/Forum - - - - -
Jumlah 45 24 20 28 27
Jadual 2 : Negara dua hala yang paling aktif berhubung dengan Malaysia di peringkat tertinggi bagi tahun 2018
D2 D3 D4 D5Australia – 13 Bangladesh – 7 Amerika Syarikat – 5
China – 4 India – 4 Russia – 4
Jepun – 3 Arab Saudi – 4 Canada – 4
Pakistan – 3 Perancis – 3
Kazakhstan – 3 United Kingdom – 3
Lubnan – 3 Norway – 2
UAE – 2 Ukraine – 2
Yaman – 2 Italy – 2
Belanda – 1
Poland – 1
24 20 28 27
71
MESYUARAT MENTERI-MENTERI PERTAHANAN ASEAN KE-12
Singapura selaku Pengerusi Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN telah menganjurkan beberapa siri mesyuarat melibatkan Negara-Negara ASEAN dan Rakan Dialog. Malaysia adalah sebagai sebahagian daripada ahli ASEAN yang telah menyertai mesyuarat-mesyuarat seperti berikut:
MESYUARAT 12TH ASEAN DEFENCE MINISTERS’ MEETING (12TH ADMM) DAN 5TH ADMM-PLUS, 18-20 OKTOBER 2018, SINGAPURA
YB Menteri Pertahanan telah menghadiri mesyuarat 12th ASEAN Defence Ministers’ Meeting (12th ADMM) dan 5th ADMM-Plus yang telah berlangsung pada 18 hingga 20 Oktober 2018 di Shangri-La Hotel, Singapura.
ADMM dan ADMM-Plus merupakan platform bagi membincangkan isu-isu keselamatan dan pertahanan serantau dan antarabangsa di samping membina kepercayaan dan keyakinan di antara negara-negara ahli.
Selain mesyuarat 12th ADMM dan 5th ADMM-Plus, YB Menteri Pertahanan juga telah menghadiri tiga mesyuarat ASEAN+1 Defence Ministers’ Informal Meeting, iaitu ASEAN – United States Defence Ministers’ Informal Meeting, ASEAN – China Defence Ministers’ Informal Meeting dan ASEAN – Japan Defence Ministers’ Informal Meeting.
YB Menteri Pertahanan telah membentangkan dokumen Terms of Reference for the Military Representative to the ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on Disaster Management (AHA Centre) for the ASEAN Militaries Ready Group on Humanitarian Assistance and Disaster Relief (AMRG on HADR) bagi membolehkan penempatan wakil tentera di ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on Disaster Management (AHA Centre), Jakarta untuk urusan penyaluran maklumat dan bantuan penyelarasan bagi pasukan AMRG on HADR semasa berlaku bencana di rantau ini.
AMRG on HADR merupakan inisiatif yang dicadangkan oleh Malaysia iaitu pembentukan satu pasukan gabungan tentera-tentera negara ASEAN yang bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa bagi memberikan bantuan kemanusiaan yang cepat kepada negara-negara ahli ASEAN yang dilanda bencana besar.
Di samping itu, sesi pertemuan dua hala juga telah diadakan antara YB Menteri Pertahanan dengan rakan sejawatnya bagi membincangkan isu-isu kerjasama pertahanan antara negara. Sebanyak lapan sesi pertemuan telah diadakan, iaitu dengan Australia, Brunei Darussalam, India, Indonesia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Isu Dibincangkan dan Faedahnya Kepada Negara
Sebagai salah sebuah negara anggota ASEAN, Malaysia memberikan perhatian yang tinggi dalam usaha menjamin keamanan dan kemajuan serantau serta menjalin hubungan pertahanan yang rapat dengan anggota-anggota ASEAN yang lain. Dalam masa yang sama juga, Malaysia menyedari kepentingan untuk menjalinkan hubungan pertahanan dengan negara-negara di luar rantau ini khususnya Asia-Pasifik dan juga negara-negara Timur Tengah serta di benua Eropah. Hubungan pertahanan luar Malaysia dengan negara-negara tersebut adalah berasaskan kepada kepentingan
Mesyuarat 5th ASEAN Defence Ministers’ Meeting Plus (5th ADMM-Plus) yang dihadiri kesemua 10 Menteri Pertahanan negara ahli ASEAN dan 8 Menteri Pertahanan negara rakan dialog ASEAN
(Amerika Syarikat, Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan, New Zealand dan Rusia)
Pertemuan dua hala dengan HE Gen Prawit Wongsuwan, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Thailand
S E K T O R DA S A R
72 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
ekonomi yang sedang pesat membangun. Justeru itu, kestabilan dan kemakmuran sama ada ASEAN dan juga di Asia Pasifik memberi faedah kepada Malaysia.
Isu Dibincangkan 2018 Faedah Kepada Malaysia
Fokus: Kepentingan Negara
Kawasan utama (wilayah daratan, perairan wilayah dan ruang angkasa)
Kedaulatan dan keutuhan wilayah negara dapat dipertahankan dari pencerobohan dan ancaman luar
Kawasan ekonomi luar pesisir
Perlindungan kepada sumber perikanan, minyak mentah dan gas asli
Laluan strategik perairan dan ruang udara
Menjamin rangkaian perhubungan dan keutuhan wilayah
Fokus: Perspektif strategik serantau
Peranan kuasa besar Menjamin kestabilan dan keamanan di rantau Asia Pasifik
Konflik serantau Meningkatkan imej negara dalam menyokong usaha-usaha perdamaian
Fokus: Isu isu keselamatan bukan tradisional
Anti - keganasan Mencegah ancaman-ancaman bukan ketenteraan atau ancaman asimetrik
Anti - pelanunan Menyumbang kepada keselamatan perairan
Keselamatan dalam negeri
Membantu keamanan dalam negara
Keselamatan Siber Mencegah ancaman-ancaman siber dari dalam dan luar negara
Fokus: Peningkatan Keupayaan ATM
Latihan dan Eksesais Meningkatkan tahap profesionalisme ATM
Perolehan Aset Pertahanan
Menjamin keupayaan dan kesiagaan ATM
Industri Pertahanan Menyokong keupayaan dan kesiagaan ATM serta menyumbang ke arah ekonomi negara
LAWATAN DARIPADA KETUA NEGARA DAN MENTERI PERTAHANAN ANTARABANGSA
Bagi tahun 2018, Kementerian Pertahanan telah menerima lawatan daripada dua Ketua Negara dan tiga orang Menteri Pertahanan Antarabangsa. Ini menunjukkan bahawa Kementerian Pertahanan telah berjaya meletakkan Malaysia di mata dunia. Senarai lawatan adalah seperti di bawah:
Lawatan Ketua Negara
1 Tuan Yang Terutama Narenda ModiPerdana Menteri India
31 Mei 2018
2 Tuan Yang Terutama Imran KhanPerdana Menteri Pakistan
21 Nov 2018
Lawatan Ketua Negara
1 Puan Yang Terutama Florence ParlyMenteri Angkatan Tentera Perancis
29 Jan 2018
2 Tuan Yang Terutama Gavin WilliamsonSetiausaha Pertahanan United Kingdom
31 Mei 2018
3 Puan Yang Terutama Senator Marise PayneMenteri Pertahanan Australia
25 Jun 2018
Malaysia-Australia High Level Committee on Defence Cooperation
Menteri Pertahanan Malaysia, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu dan Menteri Pertahanan Australia, The Honourable Senator Marise Payne buat julung kalinya telah mempengerusikan secara bersama mesyuarat Malaysia - Australia High Level Committee on Defence Cooperation (HLC) di Pengkalan Udara TUDM Butterworth, Pulau Pinang pada 25 Jun 2018.
Mesyuarat ini merupakan mesyuarat tertinggi bagi peringkat hubungan dua hala kerjasama pertahanan kedua-dua negara. Hubungan sedia ada yang telah terjalin sekian lama dapat diperkukuhkan lagi dengan penganjuran mesyuarat tahunan ini yang diadakan secara bergilir. Selain itu, mesyuarat ini lebih bermakna memandangkan ianya diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-60 tahun kehadiran tentera Australia di Butterworth, Pulau Pinang. Kedua-dua negara berpuas hati dengan kemajuan kerjasama di bawah Program Pertahanan Bersama Malaysia-Australia (MAJDP) dan merancang pelbagai program untuk mengukuhkan hubungan pertahanan dua hala pada masa hadapan.
1
73
Lawatan Kerja YB Menteri Pertahanan ke Jepun
Menteri Pertahanan telah mengadakan Lawatan Kerja ke Jepun pada 8 hingga 12 September 2018. Menteri Pertahanan telah menyampaikan ucapan bertajuk “Defence Cooperation of the New Mahathir Administration” di 10th Japan-ASEAN Defense Vice-Ministrial Forum serta menandatangani Memorandum Between the Government of Malaysia and the Ministry of Defense of Japan on Defence Cooperation and Exchange serta mesyuarat dua hala kerjasama pertahanan di antara delegasi Malaysia dan Jepun. Memorandum tersebut telah ditandatangani oleh YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu dan Menteri Pertahanan Jepun, The Honourable Itsunori Onodera pada 11 September 2018.
Memorandum yang ditandatangani akan membuka jalan kepada kerjasama pertahanan dua hala yang lebih erat di antara Malaysia – Jepun. Kerjasama ini adalah bersesuaian dengan dengan Dasar Pandang Ke Timur yang telah dimulakan oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. Semasa mesyuarat dua hala kerjasama pertahanan selepas majlis menandatangani memorandum tersebut, kedua-dua menteri pertahanan telah melahirkan rasa gembira dengan perjanjian yang ditandatangani dan komited untuk meneroka kerjasama yang lebih erat terutamanya di dalam bidang pertahanan.
Lawatan Kerja YB Menteri Pertahanan ke China
Menteri Pertahanan menghadiri The 8th Xiangshan Forum dari 24 hingga 26 Oktober 2018 yang bertemakan “Building the New Type of Security Partnership of Equality, Mutual Trust and Win-win Cooperation” anjuran Persatuan Sains Ketenteraan China dan Kementerian Pertahanan Nasional RRC di Beijing, RRC. Semasa forum tersebut, Menteri Pertahanan akan diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan bertajuk “Terrorism Threats and Countermeasures”.
Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia mengadakan pertemuan dan mesyuarat dua hala dengan Menteri Pertahanan Nasional RRC dan Naib Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat, RRC. Selain itu, YB Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera akan turut menghadiri upacara Keel Laying LMS 1 dan First Steel Cutting LMS 2 di Wuhan, RRC pada 23 Oktober 2018 bagi memenuhi jemputan daripada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd.
Lawatan Rasmi YB Timbalan Menteri Pertahanan ke Australia
YB Timbalan Menteri Pertahanan telah mengadakan Lawatan Rasmi ke Australia pada 8 hingga 14 Oktober 2018. Semasa lawatan tersebut, YB Timbalan Menteri Pertahanan telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Timbalan Menteri Pertahanan Australia, Senator David Fawcett. Selain itu, YB Timbalan Menteri Pertahanan juga menghadiri Program Australian National University 2018 dan menyampaikan ucaptama bertajuk Game Changer in Pakatan Harapan’s Victory. YB Timbalan Menteri juga mengadakan perbincangan dengan pihak Kementerian Pertahanan Australia berhubung usaha Kementerian Pertahanan Malaysia untuk membangunkan Kertas Putih Pertahanan. Kunjungan YB Timbalan Menteri Pertahanan telah mengukuhkan lagi kerjasama erat di dalam bidang pertahanan di antara kedua-dua negara.
Op Te Auraki
Pelaksanaan Operasi Te Auraki oleh Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama pihak New Zealand Defence Force (NZDF) telah berjalan pada 1 Julai hingga 20 Ogos 2018. Tujuan operasi ini adalah untuk membawa pulang rangka anggota tentera New Zealand yang dikebumikan di luar negara antara tahun 1955 hingga 1971 dengan perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan New Zealand. Perancangan ini melibatkan projek membawa pulang sebanyak 28 rangka anggota Tentera New Zealand.
Majlis penghantaran pulang rangka-rangka anggota tentera New Zealand ini telah diadakan pada 20 Ogos 2018 dengan dihadiri oleh YB Menteri Pertahanan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera di Kompleks Bunga Raya, KLIA. Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan New Zealand bersama ahli keluarga tentera New Zealand yang terkorban telah hadir untuk menyambut kepulangan rangka-rangka mayat tersebut yang turut diiringi oleh delegasi dari Malaysia. Perdana Menteri New Zealand, The Honourable Jacinda Ardern semasa ucapannya telah merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Malaysia di atas bantuan yang diberikan bagi membantu hasrat kerajaan New Zealand untuk membawa pulang rangka-rangka tentera yang telah terkorban di luar negara.
2
3
4
5
S E K T O R DA S A R
74 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Lawatan Menteri Pertahanan ke Lubnan
YB Menteri Pertahanan telah mengadakan Lawatan Rasmi ke Lubnan pada 20 hingga 24 Jun 2018. Mengiringi beliau ke Lubnan adalah Panglima Angkatan Tentera, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan Penglima Angkatan Bersama. Lawatan dimulai dengan kunjungan hormat kepada Menteri Pertahanan Lubnan diikuti lawatan ke Kem Marakah di mana batalion Malaysia menjalankan tugas di bawah panji United Nations (United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL). Beliau telah menyerahkan sembilan buah Armoured Personel Carrier (APC) Guardian untuk kegunaan MALBATT 850-5.
Bantuan Kemanusiaan kepada Pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh
Malaysia telah menghantar tiga bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di Cox’s Bazar termasuk pembinaan Hospital Medan Malaysia untuk memberikan rawatan dan bekalan perubatan kepada pelarian Rohingya di sana. Usaha Malaysia ini turut disokong oleh kerajaan Bangladesh, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Brunei dalam bentuk barangan dan aset.
YB Menteri Pertahanan juga telah melakukan lawatan kerja ke Cox Bazar pada 12 hingga 13 Julai 2018 yang turut disertai oleh Timbalan Ketua Setiausaha Dasar, Panglima Angkatan Bersama dan beberapa pegawai kanan. YB Menteri Pertahanan telah memulakan lawatan dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Sheikh Hassina Wazed Perdana Menteri Bangladesh selaku Menteri Pertahanan Bangladesh. Seterusnya, YB Menteri Pertahanan telah mengadakan lawatan ke kem-kem pelarian Rohingya di Balukali sebelum melawat Hospital Medan Malaysia. Hospital Medan Malaysia turut menerima sumbangan sistem rawatan air sumbangan daripada Kerajaan Brunei Darussalam.
Malaysia India Defence Cooperation Meeting (MIDCOM), 20-22 November 2018
Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada Malaysia-India Defence Cooperation Meeting (MIDCOM) yang telah diadakan di Kuala Lumpur. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan bersama Setiausaha Pertahanan Kementerian Pertahanan India. Mesyuarat telah membincangkan pelbagai isu berkaitan potensi kerjasama ketenteraan antara Malaysia dan India.
Selepas mesyuarat berkenaan kedua-dua buah negara telah menandatangani Perjanjian Persefahaman untuk Kerjasama dalam United Nations Peace Keeping Operations. Perjanjian ini akan memberi laluan kerjasama yang lebih komprehensif dalam bidang peace keeping operations dibawah panji United Nations.
CAWANGAN PERANCANGAN STRATEGIK
PELAN STRATEGIK 5 TAHUN (2016 – 2020)
Pada tahun 2018, Cawangan Perancangan Strategik (CPS) telah melaksanakan beberapa siri perbincangan bagi tujuan pengemaskinian, pemurnian dan penambahan data Pelan Strategik 5 Tahun (PS5T) 2016-2020. Hebahan maklumat kepada warga Kementerian juga telah dijayakan melalui poster digital di dalam portal dan e-mel Kementerian Pertahanan.
Antara pindaan utama yang telah dilaksana bagi tahun 2018 adalah seperti berikut:
a. Penyelarasan outcome Kementerian PS5T dan Outcome Based Budgeting (OBB) iaitu ‘Kedaulatan Negara yang Terpelihara’
b. Pemansuhan Teras 4 iaitu, ‘Memperkasakan Patriotisme Dalam Kalangan Rakyat Malaysia’ selari dengan pemindahan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) ke Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
c. Penglibatan lapan bahagian baharu dalam Perancangan 2019 di dalam dokumen PS5T iaitu Bahagian Akaun, Unit Integriti, Jabatan Ketua Hakim Peguam, BADSA, Urus Setia Majlis Angkatan Tentera, Pejabat Penasihat Undang-Undang, MIDAS, Bahagian Kewangan dan Depot Simpanan Pertahanan.
Dalam masa sama, aktiviti-aktiviti lain antaranya yang melibatkan penyelarasan laporan suku tahunan telah dilaksanakan mengikut perancangan.
OUTCOME BASED BUDGETING (OBB)
Sepanjang tahun 2018, Unit Penyelidikan dan Pengurusan Strategik (UPPS) di bawah Cawangan Perancangan Strategik (CPS) telah melaksanakan beberapa siri perbincangan, mesyuarat serta bengkel seperti yang telah dirancang sebagai usaha untuk menambahbaik dan mengemaskini Data Kerangka Keberhasilan Prestasi
6
7
8
75
bagi Outcome Based Budgeting (OBB) Kementerian Pertahanan.
Antaranya adalah Mesyuarat bagi membincangkan Laporan Bajet Program dan Prestasi Kementerian Pertahanan untuk anggaran perbelanjaan persekutuan bagi tahun 2019 berdasarkan struktur baharu bersama wakil dari Kementerian Kewangan. Laporan tersebut telah mendapat kelulusan dan ditandatangani oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan serta Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.
Selain itu juga, satu Bengkel Pemahaman Outcome Based Budgeting (OBB) Kementerian Pertahanan telah diadakan pada 27 hingga 29 Ogos 2018 bertempat di Wisma Pertahanan dengan menjemput Ketua Unit Pengurusan Prestasi dari Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan sebagai penceramah. Bengkel selama tiga hari ini telah dihadiri oleh seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada wakil dan penyelaras program serta aktiviti di bawah OBB. Antara pengisian utama bengkel adalah berkenaan Pelaksanaan OBB di Kementerian Pertahanan dan Panduan Pengisian Laporan Pemantauan OBB melalui system Myresult.
PENCAPAIAN INOVASI
Bagi menjadikan MinDef sebagai sebuah agensi peneraju pertahanan negara yang mantap dan berdaya saing usaha-usaha pembudayaan inovasi sentiasa diberi keutamaan oleh Pengurusan Tertinggi MinDef. Usaha-usaha berterusan sentiasa dilaksanakan oleh MinDef bagi meningkatkan budaya inovasi dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lebih inovatif dan berkesan untuk memenuhi ekspektasi pelanggan semasa. Namun, kejayaan setiap projek Inovasi bergantung kepada penglibatan keseluruhan warga MinDef tanpa mengira pangkat, mahupun status. Secara keseluruhannya, warga MinDef perlu sentiasa memperkasakan landskap inovasi dengan merangsang inspirasi dalam menjana idea baru dan mengembang bakat sedia ada serta mengeksplotasi kemampuan kreativiti dan inovatif modal insan MinDef ke peringkat optimum.
Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Kementerian Pertahanan Tahun 2018 telah diadakan pada 19 hingga 20 September 2018. Pertandingan berlangsung di Auditorium Wisma Pertahanan dan Bilik Taklimat Tingkat 5, Wisma Pertahanan. Penyertaan melibatkan seluruh pasukan dari bahagian dan jabatan di bawah Kementerian Pertahanan dari seluruh negara. Jumlah penyertaan adalah sebanyak 58 kumpulan KIK.
Peserta bengkel sedang membentangkan hasil perbincangan sepanjang bengkel.
S E K T O R DA S A R
76 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Bahagian IndustriPertahanan 2018
PERANAN
Sektor industri pertahanan merupakan salah satu komponen di bawah industri strategik yang mempunyai potensi besar untuk menjana ekonomi sesebuah negara, mengambil kira skopnya yang amat luas meliputi bidang aeroangkasa, maritim, persenjataan, automotif, dan barangan gunasama ketenteraan. Antara peranan dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Bahagian Industri Pertahanan adalah:
• Mengurus dan melaksanakan keurusetiaan induk bagi dua pameran pertahanan antarabangsa iaitu Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition (LIMA) dan Defence Services Asia (DSA)
• Mengurus dan memantau dasar dan hala tuju industri pertahanan negara, program pembangunan industri pertahanan menerusi khidmat nasihat kepada stakeholders di dalam dan luar negara mengenai industri pertahanan tempatan
• Pemudah cara bagi kontrak penswastaan dan memantau program/aktiviti penswastaan dan badan berkanun Kementeri Pertahanan
• Keurusetiaan Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia (MIDES)
• Merancang, menentu dan memantau pelaksanaan Program Offset dan Program Pengukuhan Ekonomi (PPE) melalui Industry Collaboration Programme (ICP) MinDef bersama Kementerian Kewangan bagi program Darat, Laut, Udara dan Markas ATM
• Merancang dan mengendalikan program dua hala industri pertahanan di peringkat antarabangsa (bilateral & multilateral)
• Memantau aktiviti ke arah memperkasakan Ekonomi Bumiputera di peringkat Kementerian Pertahanan
DASAR DAN PEMBANGUNAN INDUSTRI PERTAHANAN
Sepanjang tahun 2018, aktiviti yang telah dijalankan oleh Unit Dasar dan Pembangunan Industri Pertahanan adalah seperti berikut:
1. Mengaudit 24 syarikat industri pertahanan tempatan yang ingin menyertai dan memperbaharui keahlian sebagai ahli Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia (MIDES)
2. Menyertai 2 pameran antarabangsa• Mendirikan Pavilion Malaysia di Pameran Asian
Defense & Security (ADAS) 2018 pada 26 hingga 28 September 2018 di World Trade Center Metro Manila, Philippines
• Mendirikan Pavillion Malaysia di Indo Defence 2018 Expo & Forum pada 7 hingga 10 November 2018 di Jakarta International Expo Kemayoran, Indonesia
3. Satu Mesyuarat Tahunan MIDES yang telah dipengerusikan oleh YB Menteri Pertahanan
4. Mengadakan lima pertemuan bersama agensi berkaitan Blueprint Dasar Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia (DESIB)• Malaysian Industry-Government Group for High
Technology (MIGHT)• Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri Malaysia
5. Mengadakan satu pertemuan bersama agensi berkaitan penambahbaikkan borang SCORE
Unit Dasar dan Pembangunan Industri Pertahanan mengekalkan tugas dan tanggungjawab sebagai sekretariat induk Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia (MIDES) di bawah Kementerian Pertahanan selain bertanggungjawab menerbitkan Blueprint Dasar Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia.
DUA HALA INDUSTRI PERTAHANAN
Platform dua hala industri pertahanan di peringkat antarabangsa (bilateral dan multilateral) digunakan untuk mempromosi produk dan perkhidmatan industri pertahanan tempatan, membangkitkan isu-isu berkaitan peluang perkongsian pintar, peluang menjadi sebahagian daripada rantaian pembekalan antarabangsa, mendapatkan teknologi pertahanan serta peluang perkongsian ilmu dalam bidang industri pertahanan dan teknologi “dual-use” serta latihan dalam bidang industri pertahanan. Sepanjang tahun 2018, Bahagian Industri Pertahanan telah berjaya menganjur dan menyertai pelbagai program dua hala industri pertahanan antaranya:
77
Aktiviti Dua Hala Tarikh Tempat
Malaysia - Amerika Syarikat 2nd Malaysia-US Symposium
12 Februari 2018 Wisma Perwira, KL
Malaysia – UAEMalaysia – UAE Interactive Session telah dianjurkan semasa pameran DSA 2018
17 April 2018 MITEC, Kuala Lumpur
Malaysia – Jepun Agreement Concerning the Transfer of Defence Equipment and Technology antara Malaysia dan Jepun telah berjaya ditandatangani semasa DSA 2018
18 April 2018 MITEC, Kuala Lumpur
Malaysia – Korea Republik BIP dan DAPA Korea telah menganjur bersama Malaysia-Korea Bilateral Defence Industry Cooperation Networking Event semasa DSA 2018
18 April 2018 MITEC, Kuala Lumpur
Malaysia – United Kingdom4th Malaysia-UK Defence Industry Working Group Meeting
23 Julai 2018 Whitehall, United Kingdom
Malaysia – Philippines Mesyuarat 8th Combined Committee on Defence Cooperation (CCDC) Malaysia-Philippines
2 Oktober 2018 Pullman Hotel, Johor Bahru
Malaysia – IndiaMalaysia telah menganjurkan mesyuarat 9th Malaysia-India Joint Sub Committee on Defence Science, Technology and Industry (JSCDSTIC)
21 November 2018 Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur
Malaysia - Turki Lawatan Kerja Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamed bin Sabu
15 hingga 20 Disember 2018
Ankara, Turkey
Mesyuarat yang berlangsung telah menjadi platform bagi meneruskan perbincangan mengenai perkara-perkara berbangkit daripada mesyuarat lepas serta membolehkan negara terlibat meneroka keupayaan sedia ada, terutamanya untuk memperkasakan lagi industri pertahanan tempatan. Rentetan daripada mesyuarat tersebut, banyak peluang telah dibuka kepada industri pertahanan tempatan dalam menghasilkan kerjasama industri serta memperkenalkan pembangunan keupayaan sekali gus membuktikan kebolehan industri tempatan di persada dunia.
Program-program dua hala industri pertahanan yang dilaksanakan pada 2018 berjaya mengukuhkan hubungan kerjasama yang sedia terjalin antara Malaysia dan rakan-rakan strategik. Kementerian Pertahanan melalui program-program tersebut, juga mendapat peluang untuk melihat kemahiran dan kepakaran industri pertahanan rakan-rakan strategiknya yang berkemampuan menghasilkan peralatan pertahanan berteknologi tinggi yang kompetetif.
PENGANJURAN PAMERAN PERTAHANAN ANTARABANGSA
Penglibatan Bahagian Industri Pertahanan sebagai urus setia induk pameran pertahanan antarabangsa di dalam Negara seperti Defence Services Asia (DSA) melibatkan jumlah pengaliran wang yang besar dengan pelbagai aktiviti yang koordinasi di peringkat nasional dan antarabangsa yang dapat menjana ekonomi negara menerusi pelaksanaan yang sistematik dan terancang. Penglibatan Kementerian Pertahanan dalam penganjuran pameran pertahanan antarabangsa seperti ini dapat merancakkan networking, kolaborasi dan kerjasama antara syarikat tempatan dan pemain industri utama dunia. Selain itu, teknologi pertahanan terkini dapat diperkenalkan kepada pengguna dan pemain industri serta mempromosi keupayaan syarikat tempatan di pasaran global. Pameran ini merupakan platform terbaik dalam industri pertahanan dengan mengumpulkan kesemua teknologi terkini di seluruh dunia dalam suatu masa dan secara tidak langsung dapat menjimatkan kos untuk menjelajah ke negara-negara pengeluar utama. Selepas 30 tahun, Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia yang sering diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah berlangsung di lokasi yang lebih
S E K T O R DA S A R
78 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
besar dan strategik pada tahun 2018. Kementerian Pertahanan telah berjaya mengajurkan Pameran Defence Services Asia 2018 (DSA 2018) dengan penglibatan bersama Kementerian Dalam Negeri sebagai urus setia National Security Asia (NATSEC ASIA) pada 16 hingga 19 April 2018 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur. Pameran DSA dan NATSEC Asia 2018 buat pertama kalinya penglibatan Kementerian Dalam Negeri telah menjadikan platform baharu itu untuk mengupas mengenai usaha memerangi keganasan, pengurusan bencana, bantuan kemanusiaan, pertahanan dan keselamatan siber. Sejak dilancarkan pada 1998, penganjuran DSA kini diiktiraf sebagai antara lima Pameran Pertahanan dan Keselamatan terbaik di dunia. DSA dan NATSEC Asia 2018 telah mencatat kejayaan yang membanggakan dengan penyertaan 1,500 pempamer daripada 60 buah negara. Lebih 350 tetamu kerajaan daripada 45 buah negara turut hadir. DSA dan NATSEC Asia 2018 juga telah mencatatkan 45,000 jumlah pengunjung secara keseluruhannya. Berikut merupakan fakta DSA 2018:
KEJAYAAN PAMERAN ANTARABANGSA DSA 2018 BERBANDING DSA 2016
Perkara DSA 2016
DSA 2018
Peratusan Pencapaian
Negara 60 60
100%
Syarikat Pempamer Tempatan dan Antarabangsa
1,200 1,500
Pelawat Perdagangan
42,465 45,000
Space Rental Value (41,500 sq.m)
(43,000 sq.m)
79
PROGRAM OFFSET DAN PROGRAM PENGUKUHAN EKONOMI (PPE) KEMENTERIAN PERTAHANAN
Sepanjang tahun 2018, impak yang terhasil melalui Program Offset dan Program Pengukuhan Ekonomi (PPE) antaranya dari segi peningkatan ekonomi dengan membuka peluang pekerjaan khususnya dalam sektor swasta, program pemindahan teknologi hasil daripada perkongsian pintar dengan syarikat pembekal utama (OEM) dan peningkatan taraf pendidikan melalui usaha sama institusi pendidikan tempatan dan luar negara adalah berdasarkan implimentasi berikut:
• Memperkasa dan membangunkan industri pertahanan negara bagi menyokong Angkatan Tentera Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan Negara
• Meningkatkan produktiviti dan daya saing industri pertahanan tempatan melalui kerjasama erat dengan pemain industri antarabangsa dan industri tempatan
• “Regional Hub” untuk produk pertahanan, “Maintenance, Repair and Operation” MRO dan “Global Supply Chain”
• Pembangunan teknologi dan keupayaan sumber manusia
• Pembangunan ekonomi Negara melalui kandungan tempatan dan sub kontrak kerja
• Pemasaran antarabangsa
• Menggalakkan pelabur asing dan domestik melalui kerjasama bilateral dan multilateral
Pada tahun 2018, sebanyak lapan pelepasan obligasi (credit claim) telah dimuktamadkan di bawah Program Offset Kenderaan Berperisai Beroda AV-8, Offset Helicopter EC 725, Offset Littoral Combat Ship, Offset Vishorad, Offset Sewaan Satelit, Offset Sukhoi, Offset Submarine dan Combat Net Radio. Selain itu, sebanyak empat Mesyuarat Jawatankuasa Offset yang diadakan pada bulan Januari, Jun, Oktober dan November telah memuktamadkan sebanyak 10 Projek Offset dan PPE seperti di bawah program seperti Perolehan Littoral Mission Ship (LMS), Kenderaan Berperisai Beroda AV-4, Naval Strike Missile Surface to Surface Missiles For Littoral Combat Ship (LCS), Surface to Air Missile, A400M dan Meriam 105mm Pack Howitzer.
S E K T O R DA S A R
SUPPLYCHAIN
KANDUNGANTEMPATAN
TRANSFER OFTECHNOLOGY
LATIHAN DANRESEARCH &
DEVELOPMENT(R&D)
80 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Depot Simpanan Pertahanan (DSP)
Depot Simpanan Pertahanan (DSP) ditubuhkan selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 di mana pihak ATM menyedari betapa perlunya stok simpanan kenderaan dan peralatan sekiranya berlaku darurat.
Sehubungan dengan itu pada tahun 1971, Perbendaharaan Malaysia telah meluluskan peruntukan sejumlah RM10 juta bagi pembinaan bangunan DSP dan RM130 juta untuk membuat perolehan “Mobilisasi & Emergency Reserve Stocks”
Pada 27 Mac 1975, Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-162 telah bersetuju supaya DSP diletakkan di bawah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan. Pada Jun 1977, Jawatankuasa Tertinggi Angkatan Tentera telah menetapkan supaya DSP hendaklah menyimpan Stok Simpanan Darurat bagi melengkapi kekuatan dua Kumpulan Briged seramai 6,000 anggota tentera darat.
FUNGSI UTAMA DSP
a. Penyimpanan dan Penyelenggaraan Stok Simpanan Pertahanan (SSP)
b. Penyimpanan dan Penyelenggaraan Stok Bantuan Kemanusiaan (SBK)
c. Penubuhan dan Pengoperasian Depot Tindakbalas Kemanusiaan Negara (DTBKN)
d. Penggunaan ruang penyimpanan oleh agensi lain seperti United Nation Humanitarian Response Depot (UNHRD), Bahagian Akaun, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).
PRESTASI DAN AKTIVITI DSP SEPANJANG TAHUN 2018
Depot Tindak Balas Kemanusian Negara (DTBKN)
DTBKN diwujudkan atas keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Februari 2017 melalui kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Kementerian Pertahanan menggunakan gudang dan fasiliti DSP. DTBKN berfungsi sebagai pusat sehenti (One stop centre) untuk menyimpan stok bekalan makanan dan barang keperluan asas serta aset tindak balas bencana dalam negara.
A
Warga Kerja DSP 2018
81
Pada tahun 2018, nilai stok bantuan kemanusiaan yang disimpan di DTBKN berjumlah lebih kurang RM1 juta dan terdapat 24 kali pengeluaran stok bantuan kemanusiaan yang diagihkan ke depot dan stor negeri milik Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di seluruh negara.
Beberapa aktiviti di DTBKN telah dilaksanakan sepanjang tahun 2018 adalah seperti berikut:
Bil Program Tarikh Tempat
1 Majlis Penyerahan Gudang DTBKN oleh JKR kepada NADMA
25 Januari 2018
Gudang A, D & J
DSP
2 Lawatan Ketua Pengarah NADMA YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Jailani bin Mohamed Yunus
13 Mac 2018
Gudang A, D & J
DSP
3 Humanitarian Supply Chain Management Training
13 hingga 15 Mac 2018
UNHRD Kuala
Lumpur
4 Penghantaran barang-barang bagi Misi Cox Bazar, Bangladesh.
10 Julai 2018
TUDM Subang
5 Emergency Logistics Task Force Training
1 hingga 3 Ogos 2018
UNHRD Kuala
Lumpur
6 Lawatan Ketua Pengarah NADMA YBhg. Dato’ Mohtar bin Mohd Abd Rahman
17 Oktober
2018
Gudang A, D & J
DSP
Lawatan Ketua Setiausaha
Pada 12 Oktober 2018, YBhg. Ketua Setiausaha, Dato’ Halimi bin Abd Manaf telah membuat lawatan kerja dan diberi taklimat berkenaan dengan isu semasa di DSP termasuk proses penyimpanan aset dan stok DTBKN serta proses penerimaan aset dan stok dari 64 buah Kem PLKN bagi tujuan penyimpanan sementara di DSP.
B
Emergency Logistics Task Force Training
Lawatan Ketua Setiausaha
S E K T O R DA S A R
Kursus dan Latihan
DSP telah menganjurkan beberapa siri program Wacana Ilmu, bengkel dan kursus bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran warga DSP seperti berikut:
Bil Program Tarikh Tempat
1 Wacana Minda: Penyalahgunaan Dadah dan Program Saringan Urin oleh AADK
29 Mac 2018
Dewan Bestari, DSP
2 Wacana Minda : Kemenangan hati setelah Aidilfitri
28 Jun 2018
Dewan Bestari, DSP
3 Kursus Pengurusan Keselamatan Perlindungan Jabatan
24 hingga 26 Julai
2018
MARDI, Cameron
Highlands, Pahang
4 Seminar Psikologi Kesihatan Mental
16 Ogos 2018
Bilik Dahlia, DSP
Bil Program Tarikh Tempat
5 Wacana Minda: Integriti Teras Kemerdekaan
19 September
2018
Dewan bestari, DSP
6 Lawatan ke Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM
23 Oktober
2018
SPRM Putrajaya
C
Kursus Pengurusan Keselamatan dan Perlindungan Jabatan
Majlis Penyerahan Gudang
Pada 25 Januari 2018, Majlis penyerahan gudang DTBKN oleh Jabatan Kerja Raya telah dilaksanakan di Dewan Bestari DSP.
D
SEKTOR PENGURUSAN
84 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Bahagian PengurusanSumber Manusia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) merupakan satu bahagian yang menyediakan perkhidmatan dalam aspek pembangunan organisasi, pengurusan kakitangan dan pembangunan sumber manusia. Sepanjang tahun 2018, BPSM telah melestarikan perkhidmatan utamanya seperti merancang dan menguruskan urusan pelantikan, persaraan, gaji, elaun serta urusan pengambilan kakitangan awam Kementerian Pertahanan. BPSM juga memastikan keperluan perjawatan ATM dan awam serta merancang tugas naziran dan menentukan analisa keperluan jawatan Kementerian Pertahanan.
Selain itu, BPSM juga berperanan dalam menentukan keperluan ATM ke atas syarat-syarat, dasar dan peraturan meliputi aspek gaji, elaun, kemudahan pencen, faedah-faedah lain, skim, pengajian tinggi dan Tabung Amanah Perwira Pertahanan Negara (TAPPN), merancang dan menentukan latihan kakitangan awam serta menentukan urusan kewangan Pusat Tanggungjawab (PTJ).
CAWANGAN PERJAWATAN
PENGUKUHAN PERJAWATAN MINDEF
Sepanjang tahun 2018, Kementerian telah menerima 23 waran perjawatan berdasarkan beberapa Kertas
Cadangan Perjawatan yang diluluskan oleh Agensi Pusat iaitu Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Aktiviti Cawangan Perjawatan
Cawangan Perjawatan (CP) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia juga telah melaksanakan Audit Perjawatan di Markas/Unit/Pasukan dari 30 Julai sehingga 25 Oktober 2018. Audit ini dijalankan untuk mengenal pasti beberapa isu-isu yang melibatkan hal perjawatan dan perkhidmatan. Audit perjawatan 2018 telah dilaksanakan di tempat-tempat berikut:
85
Program Terlibat Tarikh Lokasi
Program 1:Pentadbiran Pertahanan
30 Julai 2018 Depot Simpanan Pertahanan
Program 2:Bantuan Bersama
9 Oktober 2018
25 Oktober 2018
Markas Angkatan Bersama
Bahagian Staf Perisikan Pertahanan
Program 3:Pertahanan Darat
2 Oktober 2018 91 Depot Pusat Kor Ordnans
Diraja
Program 4:Pertahanan Maritim
16 Oktober 2018 Pusat Hidrografi Nasional
Program 5:Pertahanan Ruang Udara
24 Oktober 2018 Pangkalan Udara Kuala
LumpurJadual : Audit Perjawatan 2018
Cawangan Perjawatan juga telah mengadakan Bengkel Deskripsi Tugas (Job Description - JD) Kementerian Pertahanan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 4 hingga 5 Julai 2018. Inisiatif ini merupakan salah satu mekanisme baharu yang memberi nilai tambah dalam aspek perancangan dan pengurusan sumber manusia sektor awam ke arah peningkatan produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam. Bengkel ini telah dijayakan dengan wakil-wakil daripada Bahagian Pembangunan Organisasi, JPA dan 82 orang peserta daripada Jabatan/Bahagian/Unit telah terlibat dengan bengkel yang diadakan di Wisma Perwira ATM ini.
Mesyuarat Kerja Penyelarasan Data Perjawatan Entiti Terkecil (Awam) telah diadakan pada 28 November 2018 di Bangunan ZETRO. Antara tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memastikan data perjawatan adalah selaras khususnya antara pengurus sumber manusia di setiap program di Kementerian Pertahanan. Seramai 60 orang peserta iaitu daripada BPSM (Cawangan Perjawatan dan Cawangan Khidmat Awam) bersama-sama wakil Markas Perkhidmatan terlibat dengan mesyuarat kerja ini.
CAWANGAN KHIDMAT TENTERA
Cawangan Khidmat Tentera bertanggungjawab menyelaras dan memantau urusan skim perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk gaji, elaun, peminjaman dan pencen. Selain itu, cawangan ini juga berperanan menguruskan permohonan bagi pembayaran balik pembelian telefon dan caj bulanan penggunaan telefon pegawai ATM, permohonan biasiswa skim pengajian tinggi ATM serta pembelian kereta rasmi pegawai ATM. Di samping itu juga, Cawangan Khidmat Tentera merupakan penyelaras kepada Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) yang dipengerusikan olah YB Menteri Pertahanan. Berikut adalah aktiviti dan pencapaian Cawangan Khidmat Tentera bagi tahun 2018:
MELAKSANAKAN MESYUARAT PERATURAN-PERATURAN ANGKATAN TETAP (GAJI DAN ELAUN)
Mesyuarat Peraturan-Peraturan Angkatan Tetap (Gaji dan Elaun) telah diadakan bertujuan untuk menyelaras draf Peraturan-Peraturan Angkatan Tetap (Gaji dan Elaun) yang akan menjadi rujukan bagi perkhidmatan ATM. Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Arif Ketua Hakim Peguam dan turut dihadiri oleh wakil dari Bahagian Undang-Undang, Cawangan Tenaga Kerja, Jabatan Arah Perundangan dan wakil dari ketiga-tiga perkhidmatan.
Bengkel Deskripsi Tugas (Job Description - JD) Kementerian Pertahanan pada 4 hingga 5 Julai 2018 di Wisma Perwira ATM
S E K T O R P E N G U R U S A N
86 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Mesyuarat Tarikh Lokasi
Siri 1/2018 9 – 11 Julai 2018 Wisma Pertahanan
Siri 2/2018 27 – 29 Ogos 2018
Pusat Pengaman Malaysia, Port
Dickson
Siri 3/2018 22 – 25 Oktober 2018
Bayview Hotel, Melaka
MELAKSANAKAN MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA LEMBAGA PENGURUS TABUNG AMANAH PERWIRA DAN PERTAHANAN NEGARA (TAPPN).
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Lembaga Pengurus Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) telah diadakan pada 13 Mac 2018 dan 14 Ogos 2018 di Bilik Mesyuarat BPSM, Wisma Pertahanan. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit berhubung pengurusan tabung dan membincangkan beberapa cadangan untuk diangkat kepada Mesyuarat Lembaga Pengurus TAPPN yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian BPSM dan turut dihadiri oleh wakil dari Amanah Raya Berhad dan agensi benefisiari TAPPN yang terlibat.
MELAKSANAKAN BENGKEL MYPORTFOLIO: PANDUAN KERJA SEKTOR AWAM PERINGKAT KEMENTERIAN PERTAHANAN
Bengkel Pelaksanaan myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam Peringkat Kementerian Pertahanan telah diadakan di Wisma Perwira pada 20 dan 21 September 2018. Pelaksanaan bengkel ini adalah bagi memberi pendedahan dan pemahaman kepada warga Kementerian Pertahanan berhubung Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil.4 Tahun 2018 yang menjadi rujukan dalam penyediaan dokumen berkaitan prosedur, proses kerja dan tanggungjawab dalam menjalankan tugas yang lebih teratur, serta merekod maklumat pewujudan sesuatu jawatan. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan agensi kerajaan dan secara tidak langsung mengurangkan berlakunya kesilapan dalam pelaksanaan tugas. Bengkel ini dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Bahagian BPSM dan dihadiri oleh wakil dari setiap bahagian di Kementerian Pertahanan.
CAWANGAN KHIDMAT AWAM (CKA)
Cawangan ini menguruskan perkara-perkara perkhidmatan bagi semua pegawai awam termasuk lantikan kontrak dan Pekerja Sambilan Harian di Kementerian Pertahanan. Perkara-perkara perkhidmatan yang dimaksudkan termasuklah urusan pengambilan, pelantikan, penempatan dan pertukaran, gaji, elaun dan kemudahan, Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) dan urusan persaraan. Selain itu, CKA turut menguruskan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Anugerah Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PPT) dan Anugerah Pekerja Contoh. Cawangan ini juga menjadi urus setia bagi penganjuran Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan Peringkat Kementerian.
Pengerusi dan ahli Mesyuarat Peraturan-Peraturan Angkatan Tetap (Gaji dan Elaun) siri 3/2018 di Bayview Hotel, Melaka
Penyerahan sijil penyertaan kepada wakil Bahagian
Pengerusi dan ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Lembaga Pengurus TAPPN
87
Temuduga bagi jawatan Pembantu Penyediaan Makanan N19 pada 22 – 23 Oktober 2018 di Kota Bharu, Kelantan
Menerima kunjungan Naziran MBJ daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
CAWANGAN PENGURUSAN PSIKOLOGI (CPPs)
Sepanjang tahun 2018, Cawangan Pengurusan Psikologi (CPPs), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pertahanan Malaysia telah berjaya melaksanakan tanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan psikologi berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan. Cawangan Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia berperanan sebagai penyedia kepada perkhidmatan psikologi yang menjadi teras kepada aspek pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia, selaras dengan visi dan misi Kementerian Pertahanan Malaysia.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2018
Intervensi
Pada tahun 2018, CPPs telah melaksanakan sebanyak 2204 sesi bimbingan dan kaunseling melibatkan seramai 2,168 penjawat awam MinDef yang merangkumi sesi kaunseling individu, kelompok, keluarga dan juga krisis. Di antara permasalahan yang dikenalpasti adalah melibatkan persoalan kerjaya, peribadi, kesihatan, prestasi kerja dan juga aspek pembangunan kendiri. Sesi kaunseling dan bimbingan ini dijalankan oleh pegawai psikologi dan ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) MinDef.
Program Psikopendidikan
Disamping menjalankan intervensi kaunseling kepada kakitangan yang memerlukan, CPPs juga menjalankan program-program psikopendidikan yang merangkumi program berbentuk pembangunan, pencegahan dan pemulihan personel. Sepanjang tahun 2018 CPPs telah berjaya melaksanakan 41 program dengan penyertaan sebanyak 4,378 orang kakitangan awam MinDef, berbanding 34 program yang dirancang. Berikut adalah pecahan terperinci program psikopendidikan yang dijalankan oleh CPPs.
Penyelidikan Psikologi
Disamping menjalankan intervensi kaunseling dan program psikopendidikan kepada kakitangan yang memerlukan, CPPs juga menjalankan tiga siri kajian sepanjang tahun 2018. Antara kajian yang dilaksanakan adalah Kajian keberkesanan Program Psikologi, Kajian Tinjauan Persepsi Penjawat Awam Mindef Terhadap Pentadbiran Negara dan Impak Pelaksanaan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Kajian-kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bagi mencetuskan aspirasi budaya kerja kelas pertama di kalangan penjawat awam MinDef dan seterusnya membantu dalam memacu kecemerlangan MinDef sebagai kementerian yang bertaraf lima bintang.
Secara keseluruhannya pada tahun 2018, Cawangan Pengurusan Psikologi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah melaksanakan semua aktiviti mengikut perancangan dan mencapai objektif program.
S E K T O R P E N G U R U S A N
88 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Program Lawatan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah dilaksanakan pada 25 Julai 2018 bertempat di Kuarters Awam Pangkalan Udara Kuantan.
Program Seminar Psikologi Kementerian Pertahanan Tahun 2018 telah dilaksanakan pada 10 Oktober 2018 bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan
Program Anjuran Cawangan Pengurusan PsikologiBahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pertahanan Tahun 2018
Bil ProgramRancang LaksanaBil Siri Bil Siri
1 Bengkel Motivasi Kerja 4 4
2 Program kecemerlangan Diri & Kerjaya 4 4
3 Program Peningkatan Kemahiran Kaunseling 4 4
4 Program Turun padang Psikologi 1 1
5 Klinik Kaunseling dan Lawatan Psikologi 13 16
6 Program Pasca AKRAB 4 4
7 Program Pementoran 2 2
8 Seminar Psikologi 1 1
9 Program Psynnova 1 1
10 Program AKRAB Care Tiada 1
11 Program Berdomisil Holistik Dalam Dunia Baru Tiada 1
12 Program Pengurusan Psikologi Diri & Organisasi Tiada 1
13 Program Pengurusan Psikologi Dalam Diri & Kerjaya Tiada 1
Jumlah Keseluruhan 34 41
89
UNIT URUS SETIA DAN KEWANGAN (UUK)
Unit ini bertindak sebagai urus setia kepada bahagian dalam semua aspek pentadbiran dan juga merupakan penyelaras mesyuarat Sektor Pengurusan, EKSA, MS ISO dan lain-lain yang melibatkan Bahagian di MinDef. Selain itu, unit ini juga berperanan dalam mengurus dan mengendalikan Pusat Tanggungjawab (PTJ) Bahagian dalam semua aspek kewangan dan juga menguruskan peruntukan latihan awam Kementerian serta menguruskan perkara logistik, kebajikan dan keselamatan Bahagian. Antara pencapaian, anugerah, pengiktirafan dan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh unit ini adalah seperti berikut:
Menyelaras Jemputan Tetamu Dalam Negara Dan ASEAN Sempena Pameran Antarabangsa Defense Service Asia (DSA) 2018
Semasa Pameran Antarabangsa DSA 2018 yang berlangsung pada 16 hingga 19 April 2018, pihak UUK BPSM telah bertindak sebagai Sekretariat Tetamu Dalam Negara yang menyelaras keperluan logistik, penginapan serta jamuan kepada jemputan yang hadir.
A
Petugas dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia semasa pameran DSA 2018
S E K T O R P E N G U R U S A N
CAWANGAN LATIHAN
PRESTASI DAN PELAKSANAAN KURSUS/LATIHAN
Sepanjang tahun 2018, sebanyak 108 kursus telah dilaksanakan melibatkan seramai 10,219 orang terdiri daripada pegawai awam di semua Bahagian/Jabatan/Markas/Briged di seluruh negara. Berdasarkan jumlah tersebut, 1,782 orang atau 100% (dari Jabatan/Bahagian) dan 8,437 orang atau 100% (dari Markas/Briged) telah mencapai prestasi tiga hari latihan.
Kementerian Pertahanan
Jumlah Penjawat Awam ≥ 3 Hari % < 3 Hari % Tidak
Berkursus %
Jabatan/Bahagian 1,782 1,782 100% 0 0% 0 0%
Markas/Briged 8,437 8,437 100% 0 0% 0 0%
Jumlah Keseluruhan 10,219 10,219 100% 0 0% 0 0%
Prestasi Kehadiran Latihan Kementerian
Kursus English For The Public Sector di Bilik Latihan, Bangunan ZETRO pada 25 - 27 Julai 2018
Kursus Pra Persaraan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTURA), Sungai Petani pada 2 – 5 Oktober 2018
90 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Menyelaras Kontinjen Hari Pekerja
Sambutan Hari Pekerja peringkat kebangsaan telah disambut pada 1 Mei 2018 di Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur. Sambutan ini telah dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja dalam Perkhidmatan Awam dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia. Kontinjen MinDef telah diwakili oleh 40 orang termasuk 10 pegawai kanan yang terdiri daripada ahli Majlis Pengurusan Tertinggi Kementerian.
Menyelaras Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dari Pejabat Pengarah Tanah & Galian Wilayah Kuala Lumpur
Lawatan yang berlangsung pada 5 Oktober 2018 ini telah menjadi satu pencapaian kepada Kementerian kerana Bahagian ini telah dijadikan penanda aras dalam program EKSA Pejabat Pengarah Tanah & Galian Wilayah Kuala Lumpur. BPSM komited dalam memastikan Program EKSA Kementerian mendapat penarafan cemerlang oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
Menyelaras Kontinjen Kementerian Pertahanan bagi Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 2018
Majlis Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018 berlangsung pada 10 September 2018 dengan tema Menyantuni Umat Membawa Rahmat telah disambut dengan jayanya di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis ini diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V, YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Timbalan-timbalan Menteri, dan ketua-ketua jabatan. Kementerian Pertahanan telah menghantar seramai 50 orang peserta bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut.
Menyelaras Kontinjen Kementerian Pertahanan bagi Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 2018
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M telah diadakan dengan jayanya pada 20 November 2018. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Redzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim telah perkenan berangkat menyempurnakan majlis tersebut. MinDef telah menghantar seramai 50 orang peserta bagi menghadiri majlis sambutan yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
B
C
D
E
Wakil Pejabat Pengarah Tanah & Galian Wilayah Kuala Lumpur menerima cenderahati dari Puan Wan Norhazlina, Timbalan
Setiausaha Bahagian (Perkhidmatan)
Kontinjen Kementerian Pertahanan bergambar bersama YBhg. Dato’ Halimi bin Abd Manaf, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan
91
PTJ TERBAIK PENGURUSAN KEWANGAN TAHUN 2018
PTJ Terbaik Pengurusan Kewangan Tahun 2018 - Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Anugerah disampaikan sempena Majlis Amanat YB Menteri Pertahanan Tahun 2019.
PENGAUDITAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN ACCOUNTABILITY INDEX MONITORING SYSTEM (AIMS)
PTJ BPSM juga telah berjaya memperoleh markah 100% dalam audit AIMS pada tahun 2018. Sijil penghargaan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Halimi bin Abd Manaf, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.
ANUGERAH
Anugerah Pekerja Contoh (Awam) Kementerian Pertahanan Tahun 2018 telah disampaikan oleh YB Menteri Pertahanan, Tuan Haji Mohammad bin Sabu kepada penerima pada Majlis Perutusan Khas Menteri Pertahanan pada 10 Januari 2019 di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.
S E K T O R P E N G U R U S A N
92 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
BahagianPengurusan Maklumat
FUNGSI BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT
Fungsi yang dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat adalah meliputi perkara berikut:
i. Merancang halatuju strategik ICT, memantau dan menyelaras projek-projek ICT Kementerian serta Agensi/Perkhidmatan ATM melalui tadbir urus yang berkesan.
ii. Melaksanakan dan membudayakan inisiatif digital Sektor Awam di Kementerian.
iii. Merancang, menyelaras dan memantau perkhidmatan infrastruktur dan infostruktur ICT yang selamat dan berterusan.
iv. Merancang, membangunkan dan menyelaras keupayaan kompetensi ICT bagi memperkukuhkan kepakaran ICT di Kementerian.
v. Membangun, menyelaras dan menguatkuasa dasar ICT berasaskan piawaian serta kawalan jaminan kualiti.
vi. Menyediakan perkhidmatan perundingan ICT kepada Agensi/Perkhidmatan ATM.
PERKHIDMATAN UTAMA
i. Memantau dan menyelaras pelaksanaan program ICT di bawah Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM).
ii. Membangun, melaksana, menyenggara, memperluaskan serta memperkukuhkan sistem aplikasi.
iii. Menyelaras dan menguruskan perkhidmatan pusat
data, sistem rangkaian, e-mel, portal dan produk multimedia.
iv. Menyediakan bantuan khidmat sokongan teknikal dan khidmat nasihat ICT.
PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSTM) KEMENTERIAN PERTAHANAN 2016-2020
PSTM telah menggariskan pelaksanaan lima teras strategik ICT dan 20 program serta 44 aktiviti. Status pelaksanaan PSTM pada tahun 2018 adalah 65.9% dan telah menyumbangkan 13.2% kepada pencapaian keseluruhan iaitu 52.7%.
Warga Bahagian Pengurusan Maklumat
93
JAWATANKUASA PEMANDU ICT
Pelaksanaan dan pemantauan projek ICT dijalankan melalui Jawatankuasa Pemandu (JPICT) Kementerian. Sebanyak 24 projek ICT dengan kos RM337,938,157.07 telah diluluskan oleh JPICT pada tahun 2018. Senarai dan kategori projek yang telah diluluskan adalah seperti berikut:
PELAKSANAAN DATA TERBUKA SEKTOR AWAM
Pelaksanaan Data Terbuka telah dijadikan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Ketua Setiausaha pada tahun 2018 dengan sasaran penerbitan 300 set data baharu ke dalam portal data.gov.my. Bahagian Pengurusan Maklumat selaku urus setia bagi pelaksanaan Data Terbuka Kementerian Pertahanan, telah berjaya mencapai sasaran KPI dengan jumlah penerbitan set data terkumpul adalah sebanyak 349 iaitu 116%, melebihi sasaran yang ditetapkan dan menduduki tangga ke-4 diantara semua Kementerian. Data ini boleh diakses
melalui portal data.gov.my dan digunakan secara bebas, dikongsikan serta digunakan semula oleh rakyat, agensi Kerajaan dan swasta.
PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN SISTEM APLIKASI
Selain menyediakan kemudahan ICT kepada warga Kementerian Pertahanan, Bahagian Pengurusan Maklumat juga turut membangunkan serta menyenggara aplikasi bagi mempertingkatkan keupayaan dan penggunaan ICT dari semasa ke semasa sebagai satu usaha menyokong Kementerian dalam penyampaian perkhidmatan kepada pelanggannya. Pada tahun 2018, Bahagian Pengurusan Maklumat telah membangunkan serta membuat penambahbaikan beberapa sistem aplikasi.
PORTAL INTRANET CONNECT2U
Portal Intranet (connect2u.mod.gov.my) merupakan medium komunikasi informatif yang disediakan kepada warga Kementerian Pertahanan untuk mendapatkan maklumat berkenaan informasi terkini serta capaian pantas aplikasi dalaman dan guna sama seperti aplikasi MyPortfolio, jadual latihan awam, koleksi teks ucapan, keratan akhbar dan foto aktiviti Kementerian. Portal ini juga berfungsi sebagai repositori maklumat dan pusat sehenti (one stop center) yang menyimpan pelbagai borang, pekeliling dan bahan taklimat supaya dapat dikongsi dan digunakan dengan lebih efektif oleh warga Kementerian Pertahanan.
SISTEM eRAKAM 2.0
Sistem eRakam 2.0 merupakan sebuah sistem pengurusan kehadiran yang memenuhi ciri-ciri inovatif dan mengikut keperluan agensi berdasarkan pekeliling dan peraturan semasa. Diantara ciri-ciri Sistem eRakam2.0 adalah: • Maklumat pergerakan pegawai diperolehi dengan
lebih cepat dan tepat• Kawalan keluar dan masuk staf ke pejabat lebih
S E K T O R P E N G U R U S A N
94 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
cepat dan berkesan• Maklumat pegawai lebih tepat melalui integrasi
HRMIS• Kes kehadiran tanpa cuti dapat dikesan lebih awal• Peningkatan keberkesanan pemantauan pergerakan
kakitangan• Pemantapan nilai etika kerja dan integriti• Memudahkan pihak pengurusan membuat analisis• Memaparkan visual maklumat melalui Dashboard
yang menarik dan informatif
AKTIVITI DAN PENGANJURAN
HARI KESEDARAN KESELAMATAN ICT MINDEF 2018
Hari Kesedaran Keselamatan ICT MinDef 2018 telah diadakan pada 4 hingga 5 Oktober 2018 di Wisma Pertahanan. Program adalah anjuran bersama oleh Bahagian Pengurusan Maklumat, Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) dan PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan. Selaras dengan Bulan Kesedaran Keselamatan Siber Sektor Awam pada setiap bulan Oktober, Hari Kesedaran Keselamatan ICT MinDef 2018 dianjurkan untuk memberi kesedaran dan
pengetahuan berkaitan keselamatan serta cabaran di alam siber kepada warga Kementerian Pertahanan. Pendedahan tentang ancaman dan risiko siber bertujuan untuk mendidik mereka menjadi pengguna media sosial yang lebih beretika dan bertanggungjawab.
MESYUARAT PENGURUS-PENGURUS ICT KEMENTERIAN PERTAHANAN 2018
Mesyuarat Pengurus ICT Kementerian Pertahanan 2018 telah diadakan pada 5 hingga 7 Ogos 2018 di Pangkalan TLDM Lumut. Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi membincangkan isu-isu berkaitan hala tuju ICT Kementerian Pertahanan. Seramai 18 orang pegawai hadir yang terdiri daripada Pengurus-Pengurus ICT Bahagian/Jabatan/Perkhidmatan dan Pengerusi-Pengerusi Teras PSTM 2016-2020.
BENGKEL, KURSUS, TAKLIMAT DAN LATIHAN PENGGUNA
i. Sepanjang tahun 2018, Bahagian Pengurusan Maklumat telah melaksanakan beberapa bengkel,
YB Mohamad bin Sabu telah merasmikan Hari Kesedaran Keselamatan ICT MinDef 2018 di Auditorium, Wisma Pertahanan.
95
kursus, serta taklimat dan latihan kepada warga Kementerian seperti berikut:
ii. Bengkel Pemurnian Dokumentasi Sistem Pengurusan Maklumat (ISMS) MS ISO/IEC 27001:2013 Kementerian Pertahanan
iii. Bengkel Server Hardening Kementerian Pertahanan Malaysia
iv. Kursus Pemantapan Portal Kementerian Pertahanan v. Taklimat dan latihan pengguna
• Sistem Pengurusan Aset • Sistem mySPATA • Sistem Pengurusan Verifikasi Stor • Sistem Tempahan Kenderaan
ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN
Anugerah Pengurusan Kewangan Berdasarkan Accountability Index Monitoring System (AIMS)
Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) telah berjaya mengekalkan prestasi cemerlang penarafan tertinggi 5 bintang dengan markah 100% dalam pengauditan AIMS tahun 2018.
Pensijilan MS ISO/IEC 27001:2013 ISMS
Pelaksanaan Audit Pemantauan (Surveillance) Tahun 2 bagi pensijilan MS ISO/IEC 27001:2013 ISMS di Kementerian Pertahanan telah dilaksanakan pada 13 hingga 15 Ogos 2018. Tarikh tamat pensijilan adalah sehingga 26 Jun 2019 serta skop pensijilan meliputi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat bagi Pengurusan dan Pengoperasian Pusat Data melibatkan empat agensi iaitu Bahagian Pengurusan Maklumat MinDef, JLKN, JHEV dan STRIDE. Perincian skop pensijilan adalah:
• Maklumat Card Issuance System (CIS), Visitor Management System (VMS) dan Sistem eRakam di BPM MinDef
• Maklumat Perkhidmatan Semakan Penempatan Pelatih Secara Online di BPM JLKN
• Maklumat Veteran Integrated Benefit System (VIBES) di BPM JHEV
• Maklumat Sistem Maklumat Status Spesifikasi (SisMaSS) untuk STRIDE
Mesyuarat Pengurus ICT Kementerian Pertahanan 2018 telah diadakan pada 5 hingga 7 Ogos 2018 di Pangkalan TLDM Lumut.
S E K T O R P E N G U R U S A N
96 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
BahagianAkaun
FUNGSI
Bahagian Akaun berfungsi sebagai Pejabat Perakaunan atau Jabatan Mengakaun Sendiri bagi Kementerian Pertahanan yang dipantau oleh Jabatan Akauntan Negara.
PERKHIDMATAN UTAMA
Perkhidmatan utama Bahagian Akaun adalah:
• Memastikan maklumat perakaunan kementerian disedia dengan tepat dan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan
• Menyediakan maklumat dan laporan perakaunan kepada pengurusan atasan sebagai makluman, rujukan dan sokongan dalam membuat keputusan yang berkaitan
• Memberi khidmat nasihat kepada pengguna mengenai pengurusan dan sistem perakaunan dan kewangan
• Memantau dan mengawasi pengurusan perakaunan dan kewangan kementerian bagi mengelakkan kehilangan kerana penipuan atau kecuaian
• Menguruskan hal ehwal berkaitan utiliti elektrik dan air di sel-sel berek
PRESTASI
MEMANTAPKAN PENGURUSAN BAYARAN Sepanjang tahun 2018, Bahagian Akaun telah membuat pembayaran sebanyak RM16,121,989,851.18 bagi pelbagai bayaran seperti gaji, potongan,utiliti dan lain-lain bayaran. Lain-lain pembayaran seperti bayaran kepada pembekal dan bayaran pukal mencatatkan perbelanjaan tertinggi iaitu sebanyak 57%, ini diikuti dengan gaji sebanyak 27%, potongan kepada agensi gaji sebanyak 14% dan bayaran utiliti sebanyak 2% yang mewakili bayaran air, elektrik dan bil Telekom Malaysia. Ringkasan pembayaran adalah seperti carta di bawah.
Pegawai dan kakitangan perakaunan bersama mantan Ketua Akauntan Encik G.S. Muniandy di ruang legar Wisma Pertahanan
97
Berdasarkan bilangan baucar, Bahagian Akaun telah memproses 135,345 Arahan Pembayaran (2017: 114,950 baucar bayaran) peningkatan sebanyak 15% dari tahun 2017 dan 99% (2017: 99%) telah diproses dalam tempoh tiga hari bekerja mengikut standard yang telah ditetapkan. Proses pembayaran yang mengikut tempoh dapat membantu penerima menguruskan kewangan mereka dengan teratur dan dapat membantu menjana ekonomi negara.
Jumlah Arahan Pembayaran Diproses Bagi Tahun 2018
MEMANTAPKAN PENGURUSAN TERIMAAN
Kementerian Pertahanan telah berjaya mengutip sebanyak 39% daripada Akaun Belum Terima (ABT) tahun semasa berjumlah RM16,087,778 manakala baki ABT sebelum tahun 2018 yang telah berjaya dikutip adalah sebanyak RM1,733,720. Langkah pencegahan dan penambahbaikan ABT perlu diteruskan bagi mengatasi dan mengurangkan ABT kementerian.
ABT & Kutipan ABT 2015 - 2018
MENINGKATKAN PRESTASI PENGURUSAN KEWANGAN
Sepanjang tahun 2018, naziran telah dijalankan ke atas Pusat Tanggungjawab (PTJ), Pejabat Panjar Unit (PPU) dan Pejabat Penasihat Pertahanan (PPP) bagi memastikan pematuhan kepada peraturan-peraturan kewangan dan mengelakkan daripada berlakunya kehilangan akibat penipuan atau kecurian. Di samping itu, naziran juga bertujuan memberi khidmat nasihat serta memastikan pematuhan panduan pengguna sistem iGFMAS dan peraturan-peraturan semasa yang berkuatkuasa. Selaras dengan Arahan Perbendaharaan 139, naziran perlu dilaksanakan ke atas dokumen kewangan bagi memastikan PTJ/PPU/PPP mematuhi peraturan-peraturan kewangan semasa yang berkuatkuasa. Laporan Naziran dikeluarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh exit meeting bagi membolehkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan diambil dengan serta merta oleh PTJ/PPU/PPP yang terlibat.
Jadual Sasaran dan Pencapaian Pelaksanaan Naziran Tahun 2018
Lokasi Sasaran Pencapaian
A. Pusat Tanggungjawab (PTJ)
18 20 112%*
B. Pejabat Panjar Unit (PPU)
12 12 100%
C. Pejabat Penasihat Pertahanan (PPP)
12 12 100%
D. Naziran Susulan 5 5 100%
Jumlah 47 49 100%* melebihi sasaran yang ditetapkan.
Pasukan naziran eSPKB diketuai oleh mantan Ketua Akauntan bersama Pegawai Pemerintah, pegawai dan kakitangan PTJ Markas
Medan Tentera Darat yang dinazir
S E K T O R P E N G U R U S A N
98 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Melaksanakan Perakaunan Akruan
Pelaksanaan Perakaunan Akruan dan Sistem iGFMAS adalah selaras dengan Dasar Transformasi Sektor Awam dalam Model Baru Ekonomi untuk memantapkan pengurusan fiskal berhemat serta mempertingkatkan pengurusan kewangan dan perakaunan Kerajaan Persekutuan. Bahagian Akaun telah mengadakan program/aktiviti berikut bagi memastikan pelaksanaan Perakaunan Akruan dan Sistem iGFMAS di peringkat kementerian:
a. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan Perakaunan Akruan (JKKPPA) yang dipengerusikan oleh Ketua Akauntan telah diadakan sebanyak dua kali bagi memantau kemajuan pelaksanaan perakaunan akruan di peringkat kementerian
b. Portal akruan iGFMAS diwujudkan bagi memudahkan hebahan maklumat kepada pengguna sistem iGFMAS. Portal tersebut dapat dicapai melalui domain https://connect2u.mod.gov.my/igfmas/Pages/default.aspx
c. Pelaksanaan empat siri kursus sistem iGFMAS melibatkan 59 PTJ Lembah Klang bagi tujuan refresher kepada pengguna di PTJ
d. “iGFMAS Care Centre” Bahagian Akaun dibuka bagi memudahkan sesi perkongsian ilmu dan khidmat nasihat secara langsung kepada pengguna berkaitan modul-modul sistem iGFMAS
e. Mengadakan Taklimat Penyerahan Peranan Terimaan Kepada PTJ Bukan Pejabat Pemungut melibatkan 39 PTJ Lembah Klang beserta pelaksanaan empat siri Kursus Terimaan Kepada PTJ Untuk Melaksanakan Peranan Sebagai Pejabat Pemungut
f. Pelaksanaan Kursus “Inter Entity” dan Carta Akaun Akruan (CAA) kepada pegawai-pegawai lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) bertujuan memberi pengetahuan berkenaan konsep inter entiti akruan bagi setiap transaksi pada sistem iGFMAS dan kod CAA
Kursus “Inter Entity” dan Carta Akaun Akruan (CAA) bertempat di Auditorium Kementerian Pertahanan yang diadakan pada 30 Oktober 2018
99
BahagianKewangan
Usaha penambahbaikan secara berterusan telah berjaya meningkatkan mutu kerja dan mengekalkan prestasi 100% MinDef. Antara tanggungjawab Bahagian Kewangan adalah:
• Merancang, melaksanakan dasar-dasar pengurusan belanjawan, mengkaji, menyediakan anggaran perbelanjaan mengurus, memantau serta mengawal peruntukan dan prestasi perbelanjaan mengurus
• Memproses dan meluluskan permohonan elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan, kelulusan kewangan menghadiri kursus/ latihan / eksesais/ seminar dalam dan luar Negara
• Menjalankan naziran ke atas PTJ di bawah MinDef bagi memastikan peraturan kewangan yang berkuat kuasa dipatuhi
PENGURUSAN BELANJAWAN TAHUN 2018
Bajet 2018 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 27 Oktober 2017 menyaksikan bahawa Kementerian Pertahanan telah diperuntukkan RM15,497,074,600 yang terdiri daripada RM12,565,774,500 di bawah Belanja Mengurus (Operating Expenditure, OE) dan RM3,297,000,000 di bawah Belanja Pembangunan (Development Expenditure, DE). Pecahan peruntukan Kementerian Pertahanan bagi tahun 2018 adalah seperti berikut:
Belanja Mengurus Tahun 2018
Belanja Pembangunan Tahun 2018
Pelaksanaan sistem Outcome Based Budgeting (OBB) dalam Bajet 2018 merupakan salah satu usaha Kerajaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan penyampaian sektor awam. OBB ini merupakan salah satu program transformasi Kerajaan yang bertujuan untuk mengukur prestasi agensi-agensi Kerajaan dalam pengurusan kewangan.
Justeru, bajet di MinDef diagihkan mengikut empat Program seperti berikut:
i. Program Kesiagaan dan Operasiii. Patriotisme dan Integrasi Nasionaliii. Kesejahteraan dan Kualiti Hidup Veteran ATMiv. Pengurusan Kementerian
Bagi Program Kesiagaan dan Operasi, peruntukan telah disediakan kepada Tentera Darat Malaysia (TDM) untuk melaksanakan perolehan aset baharu merangkumi enam Light Attack Helicopter (MD 530-G), meriam 155mm Self Propelled Howitzer, meriam 105mm Pack Howitzer dan peralatan khas bagi Gerup Gerak Khas (GGK). Perolehan aset-aset ini dan kelengkapan latihan GGK penting bagi meningkatkan kesiapsiagaan dalam menangani ancaman keselamatan semasa terutamanya ancaman militan Daesh.
Kementerian Pertahanan (MinDef) melalui pelbagai inisiatif Bahagian Kewangan sepanjang tahun 2018 berjaya mengekalkan prestasi perbelanjaan mengurus yang cemerlang di samping mengambil langkah penjimatan sejajar dengan aspirasi kerajaan mengikut konsep value for money.
S E K T O R P E N G U R U S A N
100 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Di samping itu, Bajet 2018 juga digunakan untuk memperkukuh tahap keselamatan di Sabah dan Sarawak. Sebanyak RM22 juta disalurkan bagi menaik taraf pos kawalan sedia ada serta membina pos kawalan baru di sempadan Sabah/Sarawak dengan Kalimantan.
Peruntukan juga telah disediakan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk perolehan enam kapal Littoral Combat Ship (LCS) dan empat kapal Littoral Mission Ship (LMS) yang masing-masing masih dalam proses pembinaan di bawah Program Transformasi 15 to 5. Bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pula, Kerajaan telah meluluskan perolehan empat unit pesawat Maritime Patrol Aircraft (MPA) yang akan digunakan untuk mengawasi Laut China Selatan dan Selat Melaka.
Bersandarkan kepada outcome meningkatkan semangat patriotisme dan integrasi nasional pula, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 2.0) telah diteruskan dengan bilangan pelatih seramai 20,000 orang setahun. Penekanan juga diberi kepada pemerkasaan Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) dan penglibatan
masyarakat (social engagement). Di bawah Program Kesejahteraan dan kualiti hidup veteran ATM, Bajet 2018 telah menyediakan peruntukan bagi membina sebuah hospital veteran, menaiktaraf lima hospital tentera serta membina empat poliklinik baharu.
Di bawah Program Kesejahteraan dan kualiti hidup veteran ATM, Bajet 2018 telah menyediakan peruntukan bagi membina sebuah hospital veteran, menaik taraf lima hospital tentera serta membina empat poliklinik baharu.
Seterusnya di bawah Program Pengurusan Kementerian, Bajet 2018 adalah sejajar dengan usaha Kerajaan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang. Selain itu, industri pertahanan tempatan serta program penyelidikan dan pembangunan (R&D) ditingkatkan untuk menjadikan pertahanan Negara berdaya maju. Melalui Bajet 2018 juga, keupayaan syarikat industri pertahanan tempatan ditingkatkan melalui program pengukuhan yang meliputi offset, Program Pengukuhan Ekonomi (PPE), seminar, MoU, bilateral, pameran antarabangsa dan lain-lain.
PRESTASI PERBELANJAAN BELANJA MENGURUS
Bahagian Kewangan telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan peruntukan Belanja Mengurus di Kementerian Pertahanan. Sehubungan dengan itu, bagi tahun 2018, prestasi perbelanjaan keseluruhan peruntukan Belanja Mengurus Kementerian adalah sebanyak 100.89% dengan pecahan iaitu 101.49% di bawah Dasar Sedia Ada dan 84.06% di bawah Program Khusus.
Prestasi Perbelanjaan Belanja Mengurus tahun 2018 Bagi Program Khusus
101
ANUGERAH PTJ TERBAIK (PENGURUSAN KEWANGAN)
Bagi menghargai komitmen yang diberikan oleh setiap Pusat Tanggung Jawab (PTJ) dalam menguruskan pengurusan kewangan Kerajaan secara berhemah, Bahagian Kewangan telah membuat pemilihan PTJ Terbaik bagi tahun 2018. Anugerah ini adalah sebagai tanda penghargaan ke atas PTJ-PTJ di MinDef yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah pengurusan kewangan yang cemerlang.
Proses penilaian dan pemilihan adalah berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan seperti berikut:
i. Pengauditan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti (AIMS)
ii. Prestasi Perbelanjaan PTJ iii. Jumlah AP58 (a) iv. Jumlah Peruntukan v. Jumlah Bil vi. Kawalan Pengurusan Kewangan
Selain itu, kriteria tambahan seperti (i) tidak mempunyai kes AP59 yang didaftarkan pada tahun 2018 dan (ii) prestasi pembayaran bil tidak boleh melebihi 14 hari turut
diambil kira dalam pemilihan PTJ Terbaik Tahun 2018.
Berdasarkan penilaian dan justifikasi yang dilakukan, panel pemilihan PTJ Terbaik 2018 bersetuju untuk memilih lima PTJ terbaik mengikut Program seperti berikut:
Bil Program PTJ Terbaik
1 Pentadbiran Pertahanan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
2 Bantuan Bersama
Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP)
3 Pertahanan Darat 91 Depot Pusat Ordnans (91 DPO)
4 Pertahanan Maritim Markas Pemerintahan Kapal Selam
5 Pertahanan Ruang Udara Pangkalan Udara Gong Kedak
Bagi Anugerah PTJ Terbaik Keseluruhan Kementerian Pertahanan Tahun 2018, PTJ 91 Depot Pusat Ordnans (91 DPO) dipilih berdasarkan prestasi cemerlang yang ditunjukkan dalam semua kriteria yang dinilai.
S E K T O R P E N G U R U S A N
Prestasi Perbelanjaan Belanja Mengurus tahun 2018 Bagi Dasar Sedia Ada
102 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Bahagian Khidmat Pengurusan
Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) adalah salah satu bahagian di Kementerian Pertahanan dan mengandungi cawangan-cawangan seperti berikut:
1. Cawangan Logistik2. Cawangan Belanjawan dan Kewangan3. Cawangan Pengurusan Aset4. Cawangan Penyelenggaraan Bangunan5. Seksyen Pengurusan Rekod
BKP diterajui oleh YM Tengku Muhamad bin Tengku Abdullah selaku Setiausaha Bahagian dan dibantu oleh tiga orang Ketua Penolong Setiausaha, seorang Jurutera Kanan dan seorang Pegawai Arkib.
PRESTASI SEPANJANG TAHUN 2018
Sepanjang tahun 2018, antara pencapaian BKP yang melibatkan unit/cawangan adalah seperti berikut;
Jenis Majlis Jumlah
Peringkat Antarabangsa 1
Peringkat Kebangsaan 1
Peringkat Kementerian 20
Peringkat Bahagian 10
Jumlah Keseluruhan 32
Bilangan Majlis Kementerian Pertahanan yang melibatkan Unit Protokol dan Pengurusan Acara, Cawangan Logistik bagi Tempoh dari 1 Januari hingga 31 Disember 2018
103
Bil Perkara Jumlah Jumlah Keseluruhan
1 Pengurusan Fail
Fail Kementerian (MOD.100,200,300,400, 500) 2,420
33,540Fail Peribadi (Terhad) 15,000
Fail Peribadi (Terperingkat) 13,000
Fail Digital Dokumen Management System (DDMS) 3,120
2 Pengurusan Surat
Surat Masuk 16,78234,729
Surat Keluar 17,947
Bilangan Fail dan Surat Yang Diuruskan Oleh Seksyen Pengurusan Rekod bagi Tempoh dari 1 Januari hingga 31 Disember 2018
JumlahTahun
2017 2018
Pengguna Berdaftar 635 796
Pengguna Aktif 635 783
Bilangan Pengguna Digital Document Management System (DDMS) di Kementerian Pertahanan Bagi Tempoh dari 1 Januari hingga 31 Disember 2018
AKTIVITI BKP SEPANJANG TAHUN 2018
Melalui Kelab Kebajikan dan Sosial BKP (KKSBKP), pelbagai aktiviti yang melibatkan bukan sahaja warga BKP dan kementerian malahan termasuklah orang awam telah dianjurkan bagi memastikan keseimbangan bekerja dan riadah serta merapatkan hubungan dalam kalangan warga kerja BKP. Antara aktiviti tersebut adalah:
Bil Aktiviti/Program Tarikh
1 Program Riadah Warga Kelab KKSBKP di Bukit Dinding, Wangsa Melawati, Keramat Au2, Kuala Lumpur 20 Januari 2018
2 Pertandingan Badminton antara Regu Tertutup Kelab KKSBP untuk Warga BKP 23 & 24 Januari 2018
3 Majlis Perjumpaan Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan yang baru iaitu YM Tengku Muhamad Bin Tengku Abdullah Bersama Warga Bahagian Khidmat Pengurusan
29 Januari 2018
4 Program Lawatan Amal Kelab KKSBKP ke Kelantan 10 Februari 2018
5 Perlawanan Persahabatan Bola Sepak antara Warga Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Warga Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) 14 Mac 2018
6 Majlis Bacaan Yassin Dan Tahlil Bulanan Bahagian Khidmat Pengurusan Setiap Bulan pada tahun 2018
7 Majlis Perjumpaan SUB BKP Bersama Warga Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Bahagian Khidmat Pengurusan 2018 13 Julai 2018
8 Program Riadah Merdeka Bukit Dinding, Wangsa Melawati, Keramat AU2, Kuala Lumpur 8 September 2018
9 Program ”Fun Hike” Kementerian Pertahanan Bukit Dinding, Wangsa Melawati, Keramat AU2, Kuala Lumpur 20 Oktober 2018
10 Program ”Fun Hike” Bukit Dinding, Wangsa Melawati, Keramat AU2, Kuala Lumpur 8 Disember 2018
S E K T O R P E N G U R U S A N
Apabila saya dilantik sebagai Menteri Pertahanan, antara perkara utama yang
difokuskan adalah bagi meningkatkan prestasi pengurusan tadbir urus perolehan, pembangunan dan pengurusan kewangan
supaya tidak berlaku lagi sebarang ketirisan dan kelemahan
Perhimpunan Kementerian Pertahanan dan Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2018
28 Ogos 2018
AGENSI DI BAWAH
KEMENTERIAN
106 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE)
Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia. Fungsi utama STRIDE adalah melaksanakan program-program penyelidikan dan pembangunan, memberikan perkhidmatan teknikal serta khidmat nasihat pakar/konsultansi kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan industri pertahanan tempatan.
Kompleks Induk STRIDE Kajang Kompleks Persenjataan Batu Arang Kompleks Maritim Lumut
107
PENGURUSAN ORGANISASI
Pengurusan STRIDE diketuai oleh seorang Ketua Pengarah dan dibantu oleh seorang Timbalan Ketua Pengarah, seorang Pengarah Kanan dan 6 orang Pengarah Bahagian Teknologi. Pengurusan Pentadbiran diurus oleh Bahagian Khidmat Pengurusan manakala Pengurusan Strategik diurus oleh Unit Penyelidikan dan Halatuju Strategik.
PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D) PERTAHANAN
Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan dirancang, diurus dan dilaksanakan oleh STRIDE melalui dua pendekatan iaitu projek jangka panjang di bawah Rancangan Malaysia lima tahun atau kajian jangka pendek berbentuk penyelesaian masalah terhadap peralatan ATM.
Pada tahun 2018, sejumlah RM4 juta telah diluluskan di bawah peruntukan RMKE-11 Rolling Plan 3 (RP3) merangkumi dua projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan peralatan serta kelengkapan dalam Iklim Tropika serta R&D dalam pembangunan platform maritim dan kenderaan darat.
Tropical Testing Centre (TTC)
Tropical Testing Centre (TTC) yang pertama di rantau Asia Tenggara dengan mewujudkan keupayaan dan kepakaran dalam pelbagai kategori pengujian tropika bagi mengatasi masalah kegagalan aset pertahanan untuk berfungsi di dalam iklim Tropika.
Pada tahun 2018 sebanyak lapan Projek R&D telah dilaksanakan di bawah Program TTC iaitu:
1. Kajian Prestasi Transmisi Radio VHF/UHF dalam Persekitaran Tropika
2. Kajian Profil Suhu dan Humiditi di Makmal-makmal STRIDE
3. Kajian Profil Rintangan Bumi (Grounding) dalam Persekitaran Tropika
4. Kajian Keselesaan dan Ketahanan Pakaian Kombat dan Peralatan Webbing Terhadap Persekitaran Tropika
5. Kesan Persekitaran Terhadap Komponen Pesawat6. Pewujudan Pangkalan Data Pemantauan Kesihatan
dan Kesiapsiagaan Kapal Pertahanan dan Keselamatan Negara
7. Kajian Tentang Kesan Alam Sekitar Terhadap Prestasi Kenderaan Darat
8. The Effect of Tropical Environment on Small Arms Ammunitions Performance
Selain itu sebanyak empat Standard Operating Procedure (SOP)/TOP telah dibangunkan di bawah setiap kluster TTC seperti berikut:
• Kluster Human Performance – Flammability of Polymer Materials
• Kluster Vehicle Mobility – Rain Testing of Military Aircraft
• Kluster Equipment and System – Radar Absorption Test for Camouflage Net
• Kluster Weapon and Munitions – Performance of Small Ammunition by Firing Test
MOBILE VEHICLE SURVEILLANCE SYSTEM (MVSS)
Mobile Vehicle Surveillance System (MVSS) adalah merupakan satu sistem pengawasan pantai dan perairan negara bergerak yang dapat mengesan bot atau kapal yang masuk dan keluar di perairan negara. MVSS disasarkan dapat membantu pihak keselamatan untuk mengurangkan aktiviti penyeludupan, kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), pencerobohan pengganas dan aktiviti jenayah rentas sempadan. MVSS terdiri daripada pelbagai penderia (sensor) yang dipasang kepada kenderaan trak komersil.
Penderia Marine Radar yang dilengkapi dengan sistem AIS yang dipasang di dalam kenderaan MVSS berfungsi untuk mengesan bot dan kapal yang masuk dan keluar perairan. Manakala Penderia EOIR Camera mampu memaparkan imej bot dan kapal semasa pengawasan pada waktu siang dan malam. Peralatan Spectrum Analyser yang digunakan di dalam MVSS digunakan
1
2
Kunjungan Ketua Pengarah STRIDE ke Pejabat Menteri Pertahanan pada 12 Oktober 2018
A G E N S I D I B AWA H K E M E N T E R I A N
108 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
untuk mendengar perbualan melalui walkie-talkie yang disyaki kemungkinan pemberi maklumat kepada penjenayah. Penderia PTZ Thermal Camera berfungsi sebagai kamera sekuriti yang memberikan imej sekitar kenderaan MVSS.
MVSS merupakan sistem pengawasan bergerak yang mampu ditugaskan sebagai gap-filler kepada sistem pengawasan laut dan pantai sedia ada yang dipasang kepada menara pengawasan. Impak daripada pengunaan MVSS dijangka mampu mengurangkan aktiviti penyeludupan, mengurangkan kemasukan PATI, mengurangkan jenayah rentas sempadan dan mencegah pencerobohan pengganas.
PENCAPAIAN PROJEK MVSS
i. Menyertai pameran DSA 2018ii. Telah diujinilai oleh APMM pada 5 Jun 2018iii. Telah diujinilai oleh Jabatan Kastam pada 29 Oktober
2018iv. Johan KIK peringkat STRIDE 2018v. Tempat ketiga KIK peringkat MinDef 2018
PERKHIDMATAN TEKNIKAL
Perkhidmatan teknikal kepada MinDef, Angkatan Tentera Malaysia dan sektor keselamatan lain terus diberi keutamaan sepanjang 2018 dan pencapaian aktiviti -aktiviti ini adalah seperti berikut:
Aktiviti Pencapaian
Pengesahan Spesifikasi Perolehan Pertahanan
97 pengesahan spesifikasi
Ujian Makmal dan Medan 569 permohonan melibatkan 2,198 bilangan sampel dan 10,802 bilangan pengujian
Penilaian Teknikal 40 penilaian
Penyiasatan Kegagalan dan Kajian Kes
50 kes penyiasatan
Pencapaian Aktiviti Perkhidmatan Teknikal STRIDE 2018
AKTIVITI UJIAN, PENILAIAN, PENYIASATAN DAN KALIBRASI
Jumlah pengujian makmal dan medan, penilaian teknikal serta penyiasatan bertambah berbanding dengan tahun sebelumnya. Beberapa aktiviti tersebut dilaporkan di sini:
• Pengujian Water Quality di Perairan Lumut-Pangkor• PDI Kenderaan Perisai 8x8 Gempita Varian Armoured
Fighting Vehicle-Surveillance (AFV-SURV) di Kem Syed Sirajuddin,Gemas
• Kajian Terhadap Bahan Letupan Flare dari PUSPEKA • Pengujian cat dan net pada platform kenderaan
MCRS Tentera Darat
PRESTASI KEWANGAN 2018
BELANJA MENGURUS (OE)
Bagi tahun kewangan 2018, STRIDE diperuntukan Belanja Mengurus sejumlah RM4,409,799.15. Pencapaian perbelanjaan STRIDE pada tahun 2018 adalah sebanyak 93.60%, satu pencapaian prestasi perbelanjaan cemerlang bagi peruntukan Belanja Mengurus tahun 2018.
Prestasi Perbelanjaan Mengikut Objek Sebagai
Kajian Terhadap Bahan Letupan Flare dari PUSPEKA
109
BELANJA PEMBANGUNAN (DE)
Bagi tahun kewangan 2018, STRIDE telah diperuntukkan Belanja Pembangunan sejumlah RM12,199,400.00. Walau bagaimanapun, peruntukan ini telah dipinda menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM5,085,795.00. Pecahan peruntukan adalah seperti di Jadual 3 manakala Rajah 2 menunjukkan pencapaian perbelanjaan STRIDE sebanyak 99.38% berdasarkan jumlah peruntukan dipinda.
AKAUN AMANAH PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN (R&D) STRIDE 2018
Akaun Amanah Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) STRIDE ditubuhkan bertujuan untuk memperakaunkan sumbangan bagi membiayai aktiviti-aktiviti R&D, perkhidmatan, penganjuran seminar dan perundingan STRIDE. Pada tahun kewangan 2018, Akaun Amanah ini mencatatkan baki bawa ke hadapan sebanyak RM 1,698,577.40 manakala sejumlah RM 1,691,034.39 dicatatkan pada akhir tahun berakhir pada 31 Disember 2018. Maklumat terperinci adalah seperti jadual di bawah.
Baki 1 Januari (RM) 1,698,577.40
Jumlah terimaan (RM) 654,561.50
Faedah (RM) 10,429.59
Jumlah Kasar (RM) 2,363,568.49
Jumlah Perbelanjaan (RM) 672,534.10
Baki 31 Disember (RM) 1,691,034.39
Prestasi Perbelanjaan Mengikut Projek
5 Bintang di bawah Kategori Cemerlang bagi Sijil Penarafan Pengauditan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Accountability Index Monitoring System (AIMS) Tahun 2018
Bil ProjekJumlah
Peruntukan (RM)
Jumlah Peruntukan
Dipinda (RM)
Belanja(RM)
Baki(RM)
1 Penyelidikan/Pengujian Kesesuaian Peralatan/Kelengkapan dalam Iklim Tropika (TTC)
5,800,000.00 4,086,395.00 4,086,394.21 0.79
2 Pengujian Elektromagnetic Interference (EMI) Terhadap Peralatan/Kelengkapan Elektronik dan Komunikasi dengan Menggunakan Kebuk Electromagnetic Compatibility (EMC)
5,400,000.00 0.00 0.00 0.00*Nota
3 Projek Pembinaan Kompleks Makmal Bahagian Teknologi Maritim (PFI)
999,400.00 999,400.00 967,737.00 31,663.00
Jumlah Keseluruhan 12,199,400.00 5,085,795.00 5,054,131.21 31,663.79
Pecahan Peruntukan Mengikut Projek*Nota: Proses Perolehan dipinda ke Tender Terbuka berikut pertukaran arahan Kerajaan Baru
A G E N S I D I B AWA H K E M E N T E R I A N
110 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
PENGURUSAN INOVASI
Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) STRIDE menunjukkan prestasi yang membanggakan dengan penyertaan enam kumpulan KIK yang bertanding di Persada Inovasi Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Kementerian Pertahanan yang telah diadakan pada 19 dan 20 September 2018. Semasa Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Pertahanan Tahun 2018 pada 13 November 2018 bertempat di Auditorium, Wisma Pertahanan, STRIDE telah dinobatkan empat kemenangan iaitu :
• Kumpulan Catch-Up memenangi tempat pertama dalam bidang penyampaian perkhidmatan dan kategori penciptaan
• Kumpulan Victory memenangi tempat kedua dalam bidang sosial dan kategori penciptaan
• Kumpulan Magnificient 7 memenangi tempat kedua dalam bidang sosial dan kategori penciptaan dan penambahbaikan
• Kumpulan e-Novasi memenangi tempat ketiga dalam bidang penyampaian perkhidmatan dan kategori penciptaan
JALINAN KERJASAMA
STRIDE mewujudkan kerjasama teknikal dengan pelbagai negara bagi mengukuhkan dan meningkatkan keupayaan teknologi pertahanan melalui seminar, bengkel, mesyuarat, konsultansi dan latihan.
Bil Program/Aktiviti Tarikh
1 BRITE III Coordination Meeting 18 Januari 2018
2 Mesyuarat bersama Embassy of Sudan
9 Mac 2018
3 Pertukaran dokumen Perjanjian Penyelidikan di antara STRIDE dengan Syarikat Global Komited Sdn Bhd di DSA 2018
18 April 2018
4 Lawatan DA Vietnam ke galeri TTC STRIDE.
23 Julai 2018
5 Mesyuarat bilateral STRIDE dan Pakist
24 September 2018
Kumpulan Catch-Up memenangi tempat pertama dalam bidang penyampaian perkhidmatan dan kategori penciptaan
Pertukaran dokumen Perjanjian Penyelidikan di antara STRIDE dengan Syarikat Global Komited Sdn Bhd di DSA 2018
BRITE III Coordination Meeting
Kumpulan e-Novasi memenangi tempat ketiga dalam bidang penyampaian perkhidmatan dan kategori penciptaan
111
• Membantu dalam meningkatkan taraf sosioekonomi dan kebajikan Veteran ATM supaya mereka terus menjadi aset kepada negara dan masyarakat
• Menguruskan faedah-faedah persaraan kepada anggota tentera yang telah menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
• Mewujudkan komuniti Veteran yang sejahtera dan cintakan negara
• Memberi khidmat One Stop Centre yang cekap dan profesional kepada Veteran ATM
• Menggubal dasar hal-hal berkaitan Veteran ATM• Menguruskan dan memantau pembayaran pencen
serta kemudahan rawatan perubatan Veteran ATM dan tanggungan yang layak
• Merancang dan melaksanakan Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan JHEV
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM)
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) ditubuhkan di bawah Kementerian Pertahanan selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2000 sebagai pengiktirafan di atas pengorbanan mereka. Objektif utama JHEV ATM adalah untuk membantu para veteran ATM dalam meningkatkan taraf sosioekonomi setelah menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia. Di antara fungsi utama penubuhan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM adalah seperti berikut:
A G E N S I D I B AWA H K E M E N T E R I A N
Lawatan KSU Mindef ke JHEV
112 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
SKIM BANTUAN KEBAJIKAN JHEV ATM
Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan JHEV ATM diwujudkan bertujuan meringankan beban tanggungan sara hidup Veteran ATM serta keluarga berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Skim bantuan ini merupakan satu program bantuan kewangan bersifat sementara sahaja bagi menjaga kebajikan Veteran ATM dan tanggungan mereka yang memerlukannya supaya dapat memperbaiki dan menjalani kehidupan yang lebih selesa.
JENIS-JENIS SKIM BANTUAN
Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan JHEV ATM terbahagi kepada lima kategori iaitu :
Bilangan Penerima Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan Tahun 2018
PROGRAM PENEMPATAN KERJA UNTUK VETERAN
Program ini adalah bertujuan untuk menyediakan peluang pekerjaan kedua kepada Veteran ATM terutama kepada Veteran Tidak Berpencen. Ini melibatkan pelbagai sektor seperti kerajaan, pihak swasta dan syarikat berkaitan kerajaan. Antara syarikat berkaitan kerajaan dan swasta yang pernah terlibat adalah Cisco Security, Symphony Guardforce, Edra Power Sdn Bhd dan SWM Environment Sdn Bhd. Badan kerajaan lain yang pernah memberi peluang pekerjaan kepada Veteran ATM ialah Polis Diraja Malaysia dan Akademi Laut Malaysia (ALAM)
Tahun Daftar Padanan Latihan
2018 108 489 19
KURSUS SOSIOEKONOMI VETERAN ATM
Mengadakan kursus-kursus keusahawanan, pertanian mahupun perniagaan secara jangka pendek di samping menjalankan aktiviti-aktiviti dengan berkesan bertujuan untuk memberi kemahiran dan pendedahan kepada Veteran ATM untuk menaik taraf sosioekonomi Veteran ATM dan juga balu Veteran ATM. JHEV setiap negeri akan melaksanakan kursus berpandukan permohonan jenis kursus yang paling mendapat sambutan serta memberi banyak manfaat kepada Veteran.
Tahun Kursus Lokasi Veteran
2018 Gunting Rambut
Kluang - Johor
30
2018 Refleksologi Kluang - Johor
29
KAUNTER BERGERAK DAN KHIDMAT NASIHAT Koordinasi Kaunter Bergerak dan khidmat nasihat oleh JHEV ATM Pusat dan Cawangan Negeri di samping turut sama dalam penglibatan dalam pameran anjuran pelbagai kementerian/agensi luar. Pihak JHEV ATM membantu dalam memberi penerangan berkaitan pengurusan dan perancangan persaraan kepada bakal pesara ATM semasa Forum Khidmat Nasihat dan Kaunter bergerak di Markas Formasi/Unit ATM. Selain itu juga ia membantu dalam menyampaikan maklumat melalui pameran dan promosi.
113
Tahun Lokasi Veteran
2018 91 3333
FAEDAH-FAEDAH PERSARAAN
Bahagian Pencen, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) berperanan untuk mengurus dan memantau proses pembayaran faedah-faedah persaraan pegawai dan anggota ATM. Faedah Persaraan merangkumi faedah-faedah perkhidmatan, faedah kematian dan faedah hilang upaya. Selain itu, Bahagian Pencen juga melaksanakan pelarasan pencen dan kemudahan perubatan kepada veteran ATM.
Faedah Perkhidmatan dan Hilang Upaya
Bil Perkara Jumlah Penerima
Amaun Perbelanjaan
1 Pencen Perkhidmatan
3,938 RM10,376,348.44
2 Ganjaran Perkhidmatan
3,934 RM415,327,584.51
3 Ganjaran Tamat Perkhidmatan
139 RM25,293,811.97
4 Ganjaran Ihsan 11 RM1,796,883.79
5 Pencen Hilang Upaya
38 RM254,202.37
6 Ganjaran Hilang Upaya
136 RM320,439.00
7 Faedah Gantian Cuti Rehat (FGCR)
5,409 RM128,668,655.61
8 Ex-Gratia Bencana Kerja Bulanan
23 RM796,299.58
9 Ex-Gratia Bencana Kerja Pukal
157 RM4,370,185.15
10 Insurgensi 33 RM706,279.92
11 Elaun Pelajaran 157 RM182,510.00
12 Elaun Tamat Perkhidmatan Mobilisasi (ETPM)
102 RM1,611,553.06
Jumlah Penerima dan Perbelanjaan Faedah Perkhidmatan dan Hilang Upaya bagi Tahun 2018
Faedah Kematian
Bil Perkara Jumlah Penerima
Amaun Perbelanjaan
1 Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ)
1,833 RM5,499,000.00
2 Pencen Terbitan- Meninggal Dalam Perkhidmatan (MDP)
100 RM160,814.29
3 Pencen Terbitan - Meninggal Dalam Persaraan (MDS)
1,459 RM4,772,669.62
4 Ganjaran Terbitan 100 RM5,005,685.12
5 Faedah Gantian Cuti Rehat (FGCR)
98 RM1,427,741.76
6 Pencen Orang Tanggungan
8 RM155,247.33
7 Ganjaran Orang Tanggungan
0 0
8 Ex-Gratia Orang Tanggungan
14 RM528,334.35
9 Insurgensi Orang Tanggungan
2 RM38,194.86
Jumlah Penerima dan Perbelanjaan Faedah Kematian bagi tahun 2018
Penyelarasan Pencen
Bil Kes Kes Selesai Faedah Peruntukan
Terlibat
1 Ulang kaji - Gaji Akhir/Band
3,414 Pencen RM1,317,730.99
Ganjaran RM3,381,098.54
FGCR RM1,033,735.70
2 Kenaikan Tahunan
2,787 Pencen (Hilang Upaya/ + 2 %)
RM2,686,455.50
Jumlah Penerima dan Perbelanjaan Pelarasan Pencen tahun 2018
1
2
3
A G E N S I D I B AWA H K E M E N T E R I A N
114 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Kemudahan Perubatan
a. Tidak Berpencen
Bil Perkara Jumlah Penerima
Amaun Perbelanjaan
1 Haemodialisis 1,960 RM14,019,534.36
2 Alat Ortopedik & Implan
106 RM705,261.43
3 Alat Bantuan Pendengaran
35 RM184,084.07
4 Kanta Mata 179 RM139,228.40
5 Oksigen Concentrator
37 RM254,885.00
6 Institut Jantung Negara (IJN)
406 RM887,675.50
7 Kes Kecemasan 0 0
8 Tuntutan Perjalanan Rawatan
56 RM26,430.89
9 Pembelian Ubat 961 RM2,217,242.85
10 Rawatan Perubatan
56 RM102,739.65
11 Alat Rawatan Jantung
24 RM292,104.95
Jumlah 3,820 RM18,829,187.10
Jumlah Penerima dan Perbelanjaan Perubatan Tidak Berpencen 2018
b. Berpencen
Bil Perkara Jumlah Penerima
Amaun Perbelanjaan
1 Haemodialisis 4,239 RM42,311,459.87
2 Alat Ortopedik & Implan
244 RM1,797,491.12
3 Alat Bantuan Pendengaran
81 RM427,160.30
4 Kanta Mata 311 RM263,510.83
5 Oksigen Concentrator
114 RM891,791.80
6 Institut Jantung Negara (IJN)
0 -
7 Kes Kecemasan 0 -
8 Tuntutan Perjalanan Rawatan
251 RM119,249.19
9 Pembelian Ubat 5,211 RM9,266,657.01
10 Rawatan Perubatan
49 RM63,682.74
11 Alat Rawatan Jantung
27 RM227,195.85
Jumlah 10,527 RM55,368,198.71
Jumlah Penerima dan Perbelanjaan Perubatan Berpencen tahun 2018
4
Sumbangan Mesin Dialisis kepada Pusat Dialisis Veteran ATM Bukit Sentosa, Rawang gsaan
115
KAD VETERAN ATM
JHEV telah mengeluarkan Kad Veteran ATM bermula pada April 2016 selaras dengan Seksyen 12 Akta Veteran 2012. Kad Veteran merupakan satu pengenalan diri bagi veteran yang telah berdaftar sebagai seorang veteran di bawah Seksyen 11 Akta Veteran 2012. Kad sah diguna pakai oleh Veteran ATM dalam mendapatkan kemudahan-kemudahan yang disediakan antaranya kemudahan perubatan dan perkhidmatan pengangkutan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
PENGANUGERAHAN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM)
Kerajaan Malaysia telah mewujudkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) bagi mengenang jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh warga ATM dan juga anggota-anggota pengaman dari luar negara yang telah bertugas menegakkan keamanan dan kedaulatan negara sepanjang perkhidmatan tempoh darurat.
PJM adalah merupakan ‘Campaign Medal’ yang dianugerahkan kepada warga ATM dan anggota negara luar yang layak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan tanpa mengira sama ada sedang berkhidmat atau telah bersara/menamatkan perkhidmatan dan masih hidup atau telah meninggal dunia.
Statistik Jumlah Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia Bagi Tahun 2018
Bil Cawangan Jumlah Majlis
Jumlah Penerima
1 Cawangan Negeri Sarawak
2 156
2 Cawangan Negeri Perak 3 491
3 Cawangan Negeri Selangor Dan Wilayah Persekutuan
1 156
4 Cawangan Negeri Melaka Dan Negeri Sembilan
2 273
5 Cawangan Negeri Johor 3 744
6 Cawangan Negeri Pahang
1 141
7 Cawangan Negeri Kelantan Dan Terengganu
2 355
8 Cawangan Negeri Sabah 1 77
9 Cawangan Negeri Kedah, Perlis Dan Pulau Pinang
- -
Jumlah 15 2,393
Menteri Pertahanan Malaysia, YB Mohamad bin Sabu telah menyempurnakan Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 176 orang Veteran ATM termasuk 10 orang balu bagi Peringkat Negeri Terengganu di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu
A G E N S I D I B AWA H K E M E N T E R I A N
116 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
BANTUAN MENGURUS JENAZAH (BMJ)
Salah satu skim bantuan kebajikan Yayasan Veteran ATM ialah Bantuan Mengurus Jenazah bagi Veteran ATM yang tidak berpencen dan tanggungan (pasangan atau anak) yang telah meninggal dunia. Bantuan ini diberikan selaras dengan Bantuan Mengurus Jenazah Veteran ATM yang berpencen oleh JHEV ATM berkuat kuasa 10 Oktober 2010. Jumlah bantuan ini adalah RM3,000 (Veteran ATM Tidak Berpencen) dan RM1,500 (pasangan atau anak yang berumur dibawah 18 tahun atau 21 tahun bagi yang masih belajar dan anak di dalam kategori Orang Kelainan Upaya).
Pembayaran BMJ bagi tahun 2018
BANTUAN ZAKAT KEPADA ASNAF VETERAN ATM
Veteran ATM yang telah dikategorikan sebagai asnaf akan diberikan RM300 bagi mereka untuk dibelanjakan bagi keperluan sekolah. Bantuan ini adalah untuk meringankan beban Veteran ATM (asnaf) sebelum sesi persekolahan 2019. Bahagian Kebajikan JHEV (BK) telah memberikan 817 senarai penerima yag layak untuk program ini. Yayasan Veteran ATM telah membelanjakan RM245,100 untuk program ini dibiayai oleh Tabung Zakat.
Pembayaran Bantuan Zakat Bagi Tahun 2018
PENDAFTARAN PERSATUAN VETERAN
Akta Veteran 2012 digubal sebagai sebuah akta induk yang memperuntukkan hal-hal penstrukturan badan-badan yang berperanan mengendalikan hal ehwal Veteran ATM. Akta ini merupakan usaha pertama bagi memperundangkan hal ehwal Veteran ATM dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta ini telah berkuat kuasa mulai 15 Oktober 2015. Melalui Akta ini pendaftaran persatuan veteran dan Veteran ATM adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM). Sehingga 31 Disember 2018, sebanyak 141 persatuan induk dan 329 persatuan cawangan telah mendaftar di bawah JHEV ATM menjadikan jumlah sebanyak 470 persatuan berdaftar. Bermula tahun 2018, pembiayaan persatuan telah diluluskan sebanyak RM500,500.00.
PROGRAM DIALOG KETUA PENGARAH JHEV ATM BERSAMA PERSATUAN VETERAN ATM
Program Dialog Ketua Pengarah JHEV ATM Bersama Wakil-wakil Persatuan Veteran ATM telah dilaksanakan pada 26 dan 27 November 2018 di Hotel Vivatel, Kuala Lumpur. Seramai 184 perserta yang mewakili 69 persatuan telah menghadiri program dialog ini. Program ini adalah bertujuan untuk:
• Mendapatkan input daripada veteran ATM mengenai permasalahan yang timbul dalam menjaga kebajikan persatuan dan ahli dalam persatuan
• Memberi penerangan kepada semua persatuan veteran ATM berkaitan hala tuju JHEV ATM dalam menjaga kebajikan ahli dalam persatuan
INDUK
141
CAWANGAN
329
STATISTIK 2018
470PERSATUAN
117
• Membentuk jaringan kerjasama strategik antara persatuan dan Jabatan serta melahirkan persatuan Veteran yang dinamik
MESYUARAT MAJLIS VETERAN KEBANGSAAN (MVK)
Di bawah Akta Veteran 2012 telah diwujudkan Majlis Veteran Kebangsaan (MVK). Tujuan MVK ini diwujudkan adalah bagi merumus, menyelaras dan memantau dasar utama dan pelan tindakan yang berhubung dengan hal ehwal veteran ATM. Di samping itu, MVK juga berperanan menasihatkan dan membuat syor mengenai pembuatan undang-undang atau pindaan undang-undang sedia ada supaya dapat menjamin kebajikan dan kepentingan veteran ATM. Majlis juga bertindak sebagai badan pemantau semua Persatuan Veteran di Malaysia.
Mesyuarat Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) Bil. 1/2018 telah diadakan pada 24 Disember 2018 di Wisma Perwira ATM. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Menteri Pertahanan dan dihadiri oleh ahli-ahli yang telah dilantik selaras dengan Akta Veteran 2012. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat yang pertama kali diadakan sejak penubuhan MVK pada tahun 2015.
MAJLIS SERAH MENYERAH TUGAS KETUA PENGARAH JHEV ATM
Majlis serah menyerah tugas Ketua Pengarah Jabatah Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) diantara Mejar Jeneral dato' Mohamad Khir bin Abdullah dan Mejar Jeneral Dato' Dzulkarnain bin Ahmad selaku Ketua Pengarah yang baharu pada 30 Oktober 2018.
YAYASAN VETERAN ATM
Yayasan Veteran ATM ditubuhkan pada tahun 2004 dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai Syarikat Berhad dengan jaminan. Yayasan ditadbir oleh Lembaga Amanah yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan berdasarkan matlamat utamanya iaitu memantapkan program-program kebajikan yang sedang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM.
Mesyuarat Majlis Veteran Kebangsaan
Program dialog Ketua Pengarah JHEV ATM
A G E N S I D I B AWA H K E M E N T E R I A N
118 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
• Menjalankan dan menguruskan program latihan bagi personel akan bersara ATM dan personel bersara ATM
• Menawarkan kemudahan latihan dan mengawal selia pelaksanaan program latihan tersebut
Sejajar dengan Perintah LTAT dan PMAT di atas, tumpuan aktiviti operasi PERHEBAT adalah seperti berikut:
a) Melaksanakan program-program latihan dan pendidikan kepada personel akan bersara dan personel bersara ATM di dalam bidang kemahiran teknikal, vokasional dan keusahawanan yang dikenali sebagai Program Latihan Peralihan dan dilaksanakan dalam tiga kategori iaitu:
i. Pra Latihan Peralihan ii. Latihan Peralihaniii. Pasca Latihan Peralihan
b) Mewujud dan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang menyokong kepada usaha untuk melaksana program latihan yang merangkumi;
i. Memperkasakan kurikulum latihan selaras dengan keperluan pelanggan, pasaran kerja, kemajuan teknologi dan keperluan industri semasa (industry driven)
ii. Kepelbagaian pengiktirafan dalam dan luar negara
iii. Memperkasakan tenaga pengajariv. Meningkatkan prasarana latihan
PELAKSANAAN LATIHAN PERALIHAN
Program Latihan Peralihan merupakan satu program khas yang disediakan oleh Kerajaan kepada anggota ATM yang akan menamatkan perkhidmatan agar mereka memperolehi suatu kemahiran dan pengalaman supaya dapat menyesuaikan diri dengan corak penghidupan baru selepas tamat perkhidmatan.
PRA LATIHAN PERALIHAN (PRA LP)
Bagi tempoh Januari hingga Disember 2018 sebanyak 35 siri Kursus Pra LP dilaksanakan dan seramai 4,983 peserta telah mengikuti program Pra LP seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut:
Kursus/Lokasi Jumlah Kursus
JumlahBakal Pesara ATM
Kursus Motivasi
Kampus Induk Sg Buloh 23 4,002
PERHEBAT Sabah 3 386
PERHEBAT Sarawak 3 300
Kursus Persediaan Persaraan Pegawai
Kampus Induk Sg Buloh 4 235
Corporate Directors Training Programme (CDTP)
2 60
Jumlah Keseluruhan 35 4,983
Rumusan daripada analisa maklum balas, peserta-peserta kursus motivasi mendapati 98.5% berpuas hati dengan pelaksanaan kursus. Berikut adalah dapatan daripada analisa yang dilaksanakan:
• Pengisian/kandungan serta prestasi tenaga pengajar adalah pada tahap 98.5%
• Kesedaran peserta tentang pentingnya perancangan persaraan telah meningkat dari 45% kepada 85%
• Keyakinan peserta kursus terhadap bidang kemahiran dan keusahawanan yang ingin diceburi telah meningkat 85%
• Perancangan asal peserta yang sebelum ini cenderung kepada kategori Latihan Sambil Kerja (LSK) sebagai latihan peralihan dapat dikurangkan 45%
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT)
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) ditubuhkan melalui Perintah Lembaga Tabung Angkatan Tentera berkuat kuasa mulai 30 Ogos 1994 dengan fungsi (Pindaan Tahun 2005).
119
LATIHAN PERALIHAN (LP)
Latihan Peralihan adalah wajib bagi semua anggota ATM yang layak mengikut syarat-syarat seperti yang ditetapkan dalam PMAT Bil. 5 Tahun 2005. Pelaksanaan dan pengurusan LP adalah mengikut kategori seperti yang termaktub di dalam perintah tersebut:
i. Latihan di PERHEBATii. Latihan Sambil Kerjaiii. Latihan Teknikal dan Vokasionaliv. Latihan Pertanian dan Penternakanv. Latihan Bidang Pengurusanvi. Latihan Secara Persendirian
Untuk tahun 2018 seramai 4,748 orang personel akan bersara telah menjalani Latihan Peralihan yang meliputi semua kategori. Pecahan mengikut kategori latihan adalah seperti berikut:
Bil Kategori Latihan Jumlah Peserta
1 Latihan di PERHEBAT 1,960
2 Latihan Sambil Kerja 1,996
3 Latihan Teknikal Dan Vokasional 200
4 Latihan Pertanian Dan Penternakan 169
5 Latihan Bidang Pengurusan 420
6 Latihan Secara Persendirian 3
Jumlah Keseluruhan 4,748
PASCA LATIHAN PERALIHAN
Program Pasca LP dikhususkan kepada personel bersara ATM bertujuan untuk peningkatan dan tambah nilai pelbagai kemahiran yang sedia dimiliki oleh mereka. Pelaksanaan Program Pasca LP dilaksanakan di PERHEBAT dan di agensi luar secara tajaan bergantung kepada kemampuan kewangan PERHEBAT. Perinciannya adalah seperti berikut:
Bil Bidang Latihan Jumlah Peserta
1 Kadet Penyelia Ladang(Felda Global Ventures Holding)
23
2 Pelbagai Kursus Modular di Kampus Induk Sungai Buloh
6
3 Program PPSEV 1,687
Jumlah Keseluruhan 1,716
PROGRAM LATIHAN PENGARAH SYARIKAT (CORPORATE DIRECTORS TRAINING PROGRAM)
Corporate Directors Training Program adalah program khas yang dilaksana PERHEBAT untuk pegawai-pegawai kanan ATM. Program ini adalah kerjasama antara PERHEBAT dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Untuk tahun 2018, PERHEBAT telah mengadakan sebanyak dua siri program iaitu pada 18 hingga 19 Julai 2018 dan 28 hingga 29 November 2018 dengan kehadiran seramai 60 pegawai-pegawai kanan ATM.
MAJLIS KONVOKESYEN PERHEBAT
Konvokesyen PERHEBAT 2018 telah dilaksanakan sebanyak enam sesi melibatkan 2,595 graduan yang berjaya dianugerahkan Diploma Kemahiran Malaysia, Sijil Juruteknik Penerbangan Berlesen dan Sijil Kemahiran PERHEBAT.
Konvokesyen Tarikh/Lokasi Jumlah Graduan
Konvokesyen RPEL Anjuran bersama Kementerian Sumber Manusia / Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF)
2 Mac 2018Kota Kinabalu,
Sabah74
10 Mac 2018Kuching, Sarawak
110
15 Mac 2018Kuala Lumpur 340
Konvokesyen PERHEBAT ke-50 di Kompleks PERHEBAT
30 Mac 2018 297
Konvokesyen PERHEBAT ke-51 di Kompleks PERHEBAT
5 Julai 2018 711
Konvokesyen PERHEBAT ke-52 di Wisma Perwira ATM, Mindef
23 Dis 2018 1,063
Jumlah 6 Sesi 2,595
A G E N S I D I B AWA H K E M E N T E R I A N
120 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
KHIDMAT NASIHAT PERSARAAN
Sepanjang 2018, PERHEBAT melaksanakan Program Khidmat Nasihat Persaraan yang merangkumi Forum Khidmat Nasihat Latihan Peralihan, Bantuan Syarahan kepada Pentadbir Pasukan dan Perkhidmatan Kaunter.
PERHEBAT juga menjalankan kawal selia Latihan Peralihan (LP) ke atas anggota ATM yang mengikuti LP di agensi kerajaan dan syarikat swasta. Seramai 13,565 orang anggota tentera menghadiri sesi khidmat nasihat dan telah dikawal selia. Berikut adalah butirannya:
Bil Aktiviti Bilangan Siri/Tempoh Tempat/Lokasi Jumlah Peserta
1 Forum Khidmat Nasihat LP (Darat/Laut/Udara)
19 Seluruh Negeri 1,842
2 Taklimat Kursus ATM 5 Pusat Latihan ATM 316
3 Perkhidmatan Kaunter Sepanjang tahunKampus Induk PERHEBAT 2,740
Semua PERHEBAT Negeri 8,454
4 Kawal Selia Sepanjang tahun Seluruh Negeri 213
Jumlah Keseluruhan 13, 565 org
PENCAPAIAN KEBERKESANAN MOU/MOA BERSAMA AGENSI & SYARIKAT SWASTA
Pada tahun 2018, PERHEBAT telah memeterai 53 MoU/MoA dan Rakan Strategik bersama syarikat Industri Pertahanan, agensi awam dan IPTA.
Berikut adalah pencapaian dan penjimatan kepada pelaksanaan latihan yang berjaya dicatatkan oleh PERHEBAT melalui kolaborasi tersebut:
Skop Kerjasama
Bil Pelatih/Veteran(Orang)
Nilai Faedah Dari Tajaan
(RM)
Kursus Latihan Peralihan dan Peningkatan 1,665 339,000
Latihan Sambil Kerja (LSK) 2,749 -
Program Pembangunan Keusahawanan / Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)
2,114 22,950
Learning Factoryi. Food Truckii. Spa Kenderaaniii. Perkhidmatan Dobi
28 870,795
Penempatan Pekerjaan 578 -
Peningkatan Pengajar/Staf 53 90,000
Jumlah Manfaat Diperolehi 7,187 RM1,322,745
PENGIKTIRAFAN PERHEBAT SEBAGAI PUSAT LATIHAN
Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran
PERHEBAT telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai Pusat Bertauliah untuk pelaksanaan program Persijilan Kemahiran Malaysia. Pada tahun 2018, PERHEBAT telah memperbaharui 3 program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) seperti berikut:
• Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu – Tahap 1 & 2• Jurubina Bangunan – Tahap 1 & 2• Operasi Pembuatan Alas – Tahap 3
Jumlah program SKM PERHEBAT adalah sebanyak 28 program terdiri daripada:
• SKM Tahap 1 : 5 program• SKM Tahap 2 : 15 program • SKM Tahap 3 : 8 program
Pusat Latihan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)
PERHEBAT ditauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai Pusat Latihan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) bagi program berikut:
1
2
121
a) Penyediaan & Pembuatan Makanan : Tahap 3b) Automotif Servis Selepas Jualan : Tahap 2c) Pembuatan Pakaian Wanita : Tahap 2d) Operasi Pembuatan Perabot : Tahap 3 (Program
Baru)e) Peralatan Penyamanan Udara HVAC - Satu
Fasa (Pemasangan, Servis, Troubleshooting & Pembaikpulihan) : Tahap 2 (Program Baru)
Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor (PLBK-CIDB)
PERHEBAT memperbaharui pentauliahan sebagai Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi melaksanakan Program Latihan Pengurusan Kontraktor (Sijil Kecekapan Pengurusan) bagi enam program berikut:
a) Pengurusan Bisnesb) Masonry Works, Penerapan Bata dan Pelepaanc) Penjubinand) Sistem Penyaman Udara dan Pengedaran Udarae) Kerja Bangunan - Pengubahsuaianf) Kerja Cat
Penganjur Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia
Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) telah melantik PERHEBAT sebagai Penganjur Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia (KIPPKM) dan PERHEBAT dibenarkan untuk menganjur KIPPKM bagi kursus-kursus berikut:
a) Kursus Induksi Pegawai Penilai - Pegawai Pengesah Dalaman - Pengurus Pusat Bertauliah (PP-PPD-PPB)
b) Kursus Induksi Pegawai Penilai - Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT)
c) Kursus Induksi Pegawai Pengesah Luaran (PPL)
Penyelaras Kursus Keusahawanan Digital : Training of Trainer Digital Commerce anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
PERHEBAT telah diberi mandat oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk melaksanakan Kursus eUsahawan kepada pelatih PERHEBAT melalui Kursus Nilai Tambah Keusahawanan.
Sebagai persediaan pelaksanaan kursus tersebut, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Kompetensi telah bertindak sebagai Penyelaras Kursus Keusahawanan Digital : Training of Trainer Digital Commerce anjuran MDEC bagi melatih 41 orang tenaga pengajar supaya mereka lebih kompeten dalam pengajaran silibus eUsahawan. Seramai 15 orang daripada 41 orang Pengajar telah mengambil Peperiksaan Online Learning Resource Network (LRN) Unit 1 yang diktiraf oleh Ofqual (Office of Qualifications) di United Kingdom.
PROGRAM RECOGNITION PRIOR EXPERIENTAL LEARNING (RPEL) BAGI ANGGOTA/VETERAN ATM
Seramai 306 orang calon lulus penilaian dan dianugerahkan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dengan butiran seperti berikut:
a) Anggota ATM : 133 orang
Pecahan mengikut perkhidmatan : • Tentera Darat Malaysia 51 orang • Tentera Laut Diraja Malaysia 17 orang • Tentera Udara Diraja Malaysia 65 orang
b) Veteran : 173 orang
Seramai 67 calon tidak mencapai tahap yang ditetapkan Jabatan Pembangunan Kemahiran dan penilaian kedua akan dilaksanakan.
Calon dibimbing oleh Pegawai Pembimbing yang dilantik mengikut bidang kepakaran. Sesi penilaian dilakukan oleh Panel Penilai JPK dan panel industri melalui kaedah PPT-Pengiktirafan Khas, iaitu melalui pendekatan temuduga dan pembentangan kertas projek.
3
4
5
A G E N S I D I B AWA H K E M E N T E R I A N
122 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI VETERAN ATM (PPSEV)
PENCAPAIAN PELAKSANAAN PPSEV-ATM-TBP TAHUN 2018
Berikut adalah pencapaian pelaksanaan PPSEV 2.0 :
Sasaran/Tier Jumlah Peserta
Peratusan (%)
Sasaran (1)Lonjakan Usahawan 386 26.58
Sasaran (2)Usahawan Baru 779 44.30
Sasaran (3) Menarik Minat Menjadi Usahawan
162 12.60
Sasaran (4)Penempatan Pekerjaan 360 22.29
Pencapaian 1,687 100%
STATISTIK KURSUS PPSEV-ATM-TBP MENGIKUT NEGERI TAHUN 2018
OUTCOME PROGRAM PPSEV 2018
Sepanjang tahun 2018, seramai 1,687 Personel Bersara ATM telah mengikuti program PPSEV.
Hasil program tersebut, seramai 557 orang berjaya menjadi usahawan dengan menjalankan perniagaan dan butiran selanjutnya seperti berikut:
PENCAPAIAN JUMLAHVETERAN ATM PERATUSAN
Usahawan 557 33%
Makan Gaji 183 11%
Bekerja Sendiri 244 14%
Dalam Pemantauan 703 42%
Jumlah Peserta 1, 687 100%
LAPORAN BERGAMBAR KURSUS PPSEV
Kursus Tanaman Fertigasi bertempat di PPAH Johor pada 29 – 30 September 2018
123
Kursus Usahawan Produk Sejuk Beku dan Pembuatan Mee Kuning pada November 2018 bertempat di PPAH Johor
PELAKSANAAN SKIM PEMBIAYAAN MIKRO USAHAWAN VETERAN ATM (SPMUV)
STATUS PELAKSANAAN
Program ini adalah sejajar dengan pelaksanaan program PPSEV dan program keusahawanan dalam Latihan Peralihan yang dilaksanakan oleh PERHEBAT. Sehingga 31 Disember 2018, status pelaksanaan adalah seperti berikut:
PENGURUSAN PEMBIAYAAN
Tahun 2012 – 2018 Tahun 2018
Dana Diterima Pembiayaan Lulus Caj Pengurusan Pembiayaan Lulus Baki Peruntukan
RM38.5j RM37.33j RM4.48j RM3.22j Telah digunakan sepenuhnya
PEMINJAM
Sejak SPMUV dilaksanakan pada 2012 sehingga Ogos 2018, status skim adalah seperti berikut:
Tahun 2012 – 2018 Tahun 2018
Permohonan Diterima
Permohonan Lulus
Permohonan Ditolak
Permohonan Diterima
Permohonan Lulus
Permohonan Ditolak
2,360 pemohon 2,050 pemohon 310 pemohon 179 pemohon 143 pemohon 36 pemohon
Walau bagaimanapun, di atas kekangan kewangan Kerajaan, Skim ini telah ditamatkan berkuat kuasa Ogos 2018.
PENGURUSAN KUALITI & INOVASI
MS ISO 9001:2015Pada tahun 2018, Jawatankuasa MS ISO telah melaksanakan Bengkel Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 pada 31 Januari 2018 sehingga 2 Februari 2018. Sesi audit pemantauan pada 24 dan 25 Mei 2018, PERHEBAT telah berjaya menaik taraf Persijilan MS ISO 9001:2008 kepada versi baru iaitu Persijilan MS ISO 9001:2015.
Rumusannya, PERHEBAT berjaya dianugerahkan Persijilan MS ISO 9001:2015 oleh Lloyd Register Quality Assurance (LRQA) (pensijilan mulai 11 Disember 2018 – 11 Disember 2021).
A G E N S I D I B AWA H K E M E N T E R I A N
124 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Penubuhan MiDAS diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Disember 2010 dan mendapat kelulusan perjawatan dari Jabatan Perkhidmatan Awam pada 20 November 2012.
MiDAS ditubuhkan dengan dua pusat utama iaitu Comprehensive Defence and Security Research Centre (CDSRC) dan MiDAS Blue Ocean Strategy Centre (MBOS) yang kini dikenali sebagai Strategy and Civil Affairs Centre (SCAC) serta satu jabatan iaitu Administration and Development Department (A&DD).
MiDAS berhasrat untuk menjadi pusat kecemerlangan untuk penyelidikan dan perkongsian pengetahuan mengenai isu-isu berkaitan pertahanan dan keselamatan. Untuk mencapai matlamat ini, MiDAS akan:
a. Mengendalikan penyelidikan dan analisis mengenai dasar yang berkaitan dengan pertahanan dan keselamatan
b. Menjana pemikiran, perdebatan dan perkongsian pengetahuan melalui seminar pertahanan dan keselamatan sama ada peringkat kebangsaan atau antarabangsa dan dialog mengenai isu pertahanan dan keselamatan
c. Menyebarkan penemuan penyelidikan melalui The Journal of Defence and Security, majalah, monograf dan seminar
d. Mengumpul dan mengkaji penyelidikan daripada institusi penyelidikan yang lain dan pusat-pusat pengajian tinggi secara holistik melalui rangkaian dengan institusi tersebut
e. Membangunkan pusat sumber untuk Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan
f. Merintis bidang-bidang kajian baru dengan kerjasama institusi kajian lain di peringkat nasional dan antarabangsa
g. Menyelaras pelaksanaan konsep Kolaborasi Strategik di MINDEF dan ATM
STRUKTUR ORGANISASI
MiDAS dibahagikan kepada 3 cawangan utama iaitu:
• Comprehensive Defence And Security Research Centre (CDSRC)
• Strategy & Civil Affairs Centre (SCAC)• Administration & Development Department (A&DD)
COMPREHENSIVE DEFENCE AND SECURITY RESEARCH CENTRE (CDSRC)
RANGKAIAN INSTITUSI PERTAHANAN DAN KESELAMATAN ASEAN (NADI)
Penubuhan Rangkaian Track II iaitu Rangkaian Pertahanan dan Keselamatan Institusi ASEAN (NADI) pada bulan Ogos 2007 adalah untuk menyokong Mesyuarat Menteri – Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan untuk menyediakan ADMM dengan idea-idea segar dan cadangan dasar yang berkaitan. Ahli NADI diwakili oleh institusi teras NADI dari setiap negara ASEAN. MiDAS merupakan institusi teras NADI Malaysia. Pengerusi NADI adalah bersilih ganti mengikut pengerusi ASEAN. Pengerusi NADI akan menganjurkan Mesyuarat Tahunan dan Retreat NADI, manakala anggota NADI lain akan menganjurkan bengkel mengenai pelbagai topik secara sukarela.
Untuk tahun 2018, Singapura telah menganjurkan Mesyuarat Tahunan NADI ke-12 pada 2 hingga 5 April 2018 dan Bengkel NADI ke-2, manakala bengkel pertama dihoskan oleh Thailand dan bengkel ke-3 oleh Indonesia.
Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS)
Persekitaran keselamatan yang rumit dengan pelbagai isu dalaman dan luaran memerlukan Kementerian untuk memiliki institusi profesional yang boleh menjana perkongsian pengetahuan berdasarkan penyelidikan analitik dan kajian mengenai isu pertahanan dan keselamatan. Oleh itu, satu Bengkel Percambahan Fikiran Kementerian Pertahanan pada 7 Julai 2009 memutuskan keperluan Kementerian untuk menubuhkan institut profesional yang dinamakan Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS).
125
Mesyuarat Tahunan NADI(Singapura)
Mesyuarat Tahunan NADI ke-11 telah dianjurkan oleh Sekolah Pengajian Antarabangsa S.Rajaratnam (RSIS), Singapura di Marina Mandarin Hotel, Singapura dari 2 hingga 5 April 2018. Sebanyak 36 peserta, wakil dari semua negara anggota menghadiri pertemuan ini. Lt. Jen. Dato’ Suhaimi bin Hj Mohd Zuki, Ketua Eksekutif MiDAS dan Lt. Kol. Rosli Bahrun mewakili MiDAS dalam mesyuarat ini.
Bengkel NADI(Thailand)
Bengkel NADI mengenai “Kerjasama ASEAN dalam Pembangunan Kapasiti Siber” dianjurkan oleh Pusat Pengajian Strategik, Institut Pengajian Pertahanan Nasional, di Klasik Kameo Hotel & Serviced Apartments, Ayutthaya, Thailand dari 7 hingga 11 Mei 2018. MiDAS diwakili oleh Lt. Kol. Ir. Suthan Venkatachalam dan Lt. Kol. Suresh K.Vijayaratnam.
Bengkel NADI(Singapura)
Bengkel NADI dihoskan oleh S. Rajaratnam School of International Studies (RSIS), Singapura di Novotel Singapura dari 25 hingga 28 Jun 2018. Bengkel ini tertumpu pada isu Counter-Terrorism, Counter-Radicalization dan Cyber Security yang mempengaruhi keamanan dan kestabilan rantau ini. MiDAS diwakili oleh Kapten Rosli bin Abd Ghani TLDM yang berkongsi pengalaman Malaysia mengenai topik keselamatan siber.
Bengkel berlangsung dengan nada yang positif dan penglibatan aktif ahli NADI telah merancakkan perbincangan. Pada akhir bengkel, anggota NADI telah bersetuju untuk mengemukakan beberapa saranan kepada ADMM dalam menangani isu-isu yang diketengahkan.
1
2
3
A G E N S I D I B AWA H K E M E N T E R I A N
126 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Bengkel NADI(Indonesia)
Bengkel ini memberi tumpuan kepada mengukuhkan kerjasama pertahanan ASEAN dalam mengendalikan jenayah rentas sempadan di Asia Tenggara. Dianjurkan pada 27 hingga 30 Ogos 2018 oleh Universiti Pertahanan Indonesia (IDU) di Hotel Salak The Heritage, Bogor. MiDAS telah diwakili oleh Lt. Jen. Dato’ Suhaimi bin Hj Mohd Zuki dan Lt. Kol. Suresh K.Vijayaratnam TUDM.
4
MiDAS Dialogue
Siri Dialog Tajuk Tarikh Tempat Penceramah Jemputan
MiDAS Dialogue 1/2018
The Rohingyas: Isu Dalam Negeri Implikasi Antarabangsa
23 Februari 2018
Auditorium MiDAS • Prof. Ruhanas Harun Fakulti Pengajian dan
Pengurusan Pertahanan (UPNM)
• Prof. Dr Sufian Jusoh Timbalan Pengarah UKM
MiDAS Dialogue 2/2018
Sumbangan Tentera Australia ke Wilayah Rantau Asia Tenggara
26 April 2018
Auditorium MiDAS • Lt Jen Angus J. Campbell Panglima Tentera Darat
Australia
MiDAS Dialogue 3/2018
China Belt And Road Initiative From Japan’s Perspective
17 Julai 2018 Auditorium MiDAS • Encik Harada Yu Pegawai Penyelidik Institut Pengajian Pertahanan
Nasional (NIDS)
MiDAS Dialogue 4/2018
Tyranny of Intelligence Operation: Intelligence Defense in a Age Without Strategy
10 Ogos 2018
Auditorium MiDAS • Profesor Philip H.J Davies Pengarah Pusat Pengajian
Perisikan dan Keselamatan Brunel(BCISS),Brunel University London
MiDAS Dialogue 5/2018
Enhancing Regional Cooperation Through Military Involvement In HADR
25 September
2018
Auditorium MiDAS • Dr. Benjamin J
MiDAS Dialogue 6/2018
Dasar Luar Negara Malaysia: Kesinambungan Dan Perubahan Di Bawah Pentadbiran Mahathir Yang Kedua
10 Oktober 2018
Auditorium MiDAS • Prof K.S. Nathan Distinguished Fellow MiDAS,
UKM
MiDAS Dialogue 7/2018
Hubungan AS-China-Eropah: Kesan Kepada Keselamatan dan Keamanan Rantau
21 Disember 2018
Auditorium MiDAS • Prof. Klaus W. Larres University of North Carolina,
USA.
5
127
PENGLIBATAN MIDAS DALAM AKTIVITI LAIN
7th Malaysia – German Security Dialogue
Dialog Keselamatan Malaysia-Jerman ke-7 telah dianjurkan bersama oleh ISIS Malaysia dan Konrad-Adrenauer-Stiftung (KAS) di The Majestic Hotel Kuala Lumpur dari 29 hingga 30 Ogos 2018. Dialog dua hari ini menyediakan platform untuk wacana intelektual berkaitan keselamatan dari isu keselamatan dalaman dan luaran negara. MiDAS turut dijemput sebagai pemudahcara sesi ke-4 dalam dialog. MiDAS telah menghantar tiga orang pegawai sebagai peserta untuk menghadiri dialog tersebut.
Seminar Antarabangsa Countering Violent Extremist Narratives In The Global Context
Seminar antarabangsa dengan tema Countering Violent Extremist Narratives in The Global Context telah dianjurkan oleh Pusat Pengajian Strategik Angkatan Bersenjata Diraja Thai (CSS RTARF) pada 17-20 Julai 2018 di CSS RTARF, Bangsaen, Chonburi Provinence, Thailand.
Panel-panel terdiri daripada wakil AMS, Australia, Bangladesh, Belgium, China, Perancis, India, Jepun, Pakistan, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Lt. Jen. Dato’ Suhaimi bin Hj Mohd Zuki, Ketua Eksekutif MiDAS dan Lt. Kol. Rosli Bahrun, mewakili MiDAS dalam seminar ini.
The 4th EU-ASEAN Seminar on Security and Defence
Seminar ke-4 EU-ASEAN mengenai keselamatan dan pertahanan telah diadakan dari 26 hingga 28 November 2018 di Jakarta, Indonesia. Seminar ini dianjurkan bersama oleh European Union Security and Defense College (EUSDC) dan Universiti Pertahanan Indonesia (IDU). Seminar ini diadakan bagi meningkatkan peluang sedia ada dan meneroka peluang kerjasama baru melalui pengajaran yang telah dipelajari dari operasi yang pernah dilalui dan bertukar pandangan mengenai cabaran keselamatan yang dihadapi. Delegasi Malaysia diwakili oleh Kolonel Mohd Adzhar bin Abd Latiff, Kementerian Pertahanan Malaysia dan Cik Nor Aini binti Mohd Nordin, Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS). Semasa seminar ini, MiDAS telah dijemput sebagai penceramah dalam Sesi Tindak Balas Multinasional Terhadap Cabaran Keselamatan khususnya berkenaan ASEAN Military Ready Group on Humanitarian Assistance and Disaster Response (AMRG on HADR) dan penglibatan negara Malaysia dalam Operasi Pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu. Seminar ini telah membantu delegasi negara anggota ASEAN untuk memahami bahawa pihak EU berminat untuk meneroka peluang kerjasama terutama dalam bidang operasi pengaman dan maritim. Seminar ini juga telah membantu delegasi EU untuk memahami dengan lebih baik bahawa struktur mekanisme ASEAN tidak sama dengan EU. Secara keseluruhan, seminar ini telah membuka mata dan berakhir dengan nada positif bagi semua delegasi.
1
2
3
A G E N S I D I B AWA H K E M E N T E R I A N
128 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
STRATEGY CIVIL AFFAIRS CENTRE
Antara aktiviti/program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
• Lawatan Kerja ke Kem Bera Pahang pada 14 Januari 2018
• Pameran NBOS di Sembrong Johor Pada 14 Februari 2018
• Pameran NBOS @ Fiesta NBOS Jementah Pada 17 Mac 2018
• Intan Talk Series 1/2018 pada 30 Mac 2018• Lawatan NZDF Defence & Staff Collage Ke MiDAS
pada 24 dan 25 Oktober 2018• Kunjungan Hormat oleh Pengarah Institut Malaysia
& Kajian Antarabangsa (IKMAS) ke MiDAS pada 10 Oktober 2018
ADMINISTRATION AND DEVELOPMENT DEPARTMENT
KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN DARIPADA AGENSI LUAR
• Kunjungan hormat Col Manabu Mizokami Penasihat Pertahanan Jepun pada 10 Januari 2018
• Lawatan Delegasi Pakistan pada 23 Januari 2018• Lawatan PTD Lantikan Baru pada 1 Jun 2018• Kunjungan Hormat Prof. Dr. Jurgen Haacke,
Associate Professor in International Relations, The London School of Economics pada 6 September 2018
• Lawatan oleh Dr S Vasu Vaitla, Head of Countering Violent Extremist (CVE) United State of America pada 13 September 2018
• Kunjungan Hormat oleh Commodore Ibrar Ishaque
Penasihat Pertahanan Pakistan pada 30 Oktober 2018
AKTIVTI-AKTIVITI A&DD
• Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Kanan MBOSC pada 7 Febuari 2018
• Majlis Sambutan Ramadan pada 15 Mei 2018• Majlis Serah Terima Tugas Pengarah A&DD pada 6
Jun 2018• Majlis Khatam Al-Quran pada 8 Jun 2018• Serah Terima Tugas Pengarah Kanan SCAC pada
29 Oktober 2018• Taklimat Matawang Kripto (Crypto Currency) oleh
Bank Negara pada 1 November 2018• Retreat MiDAS di PDGCC pada 16 November 2018• Kejohanan Boling MiDAS 2018
Perbincangan berkaitan rancangan masa depan MiDAS bersama Prof. KS Nathan, Pengarah Institut Malaysia & Kajian Antarabangsa
(IKMAS)
Kunjungan Hormat oleh Commodore Ibrar Ishaque Penasihat Pertahanan Pakistan
Majlis Serah Terima Tugas Pengarah A&DD pada 6 Jun 2018
ANGKATAN TENTERA
MALAYSIA
130 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Organisasi ATM
MEMBUDAYA DAN MEMPERKASAKAN KUALITI DI SEMUA LAPISAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
MEWUJUDKAN DAN MEREALISASIKAN ANGKATAN TENTERA YANG SENTIASA SIAGA UNTUK MELINDUNGI KEDAULATAN DAN INTEGRITI NEGARA
MENJADI ANGKATAN
TENTERA YANG VERSATIL DI ABAD KE 21
DASARKUALITI
PERNYATAANWAWASAN
MISI
131
Pertukaran Pucuk Pimpinan
KAWALAN KEHORMATAN UTAMA SEMPENA KETIBAAN MENTERI PERTAHANAN DI WISMA PERTAHANAN
Perbarisan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama RAMD telah diadakan di perkarangan Wisma Pertahanan bagi menyambut ketibaan Menteri Pertahanan yang baharu, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu. Beliau menerima tabik hormat daripada Kawalan Kehormatan Utama sempena hari pertama memasuki Wisma Pertahanan dan disambut oleh PAT, KSU dan pegawai tertinggi tentera dan awam Kementerian Pertahanan pada 22 Mei 2018.
KKU MENYAMBUT KETIBAAN PAT KE-20 DI WISMA PERTAHANAN
Tarikh 26 Jun 2018 telah dilaksanakan perbarisan Kawalan Kehormatan Utama bagi menyambut ketibaan Panglima Angkatan Tentera (PAT) Ke-20 yang baharu iaitu Jen. Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin ke Wisma Pertahanan. Turut hadir semasa majlis adalah Ketua Setiausaha dan kepimpinan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Perkhidmatan. PAT mengambil alih tonggak pemerintahan ATM pada 20 Jun 2018 dari PAT Ke-19, Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor.
1
2
Memeriksa Perbarisan KKU Dari Batalion 1 RAMD
A N G K ATA N T E N T E R A M A L AY S I A
132 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
MAJLIS MENYAMBUT KETIBAAN PANGLIMA ANGKATAN TENTERA DI FOYER MINDEF
Pada 26 Jun 2018 telah berlangsung Kawalan Kehormatan Utama sempena hari pertama YBhg. Jen. Tan Sri Dato' Seri Panglima Hj. Zulkifli bin Hj. Zainal Abidin memulakan tugas sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang baharu.
Ketibaan Panglima Angkatan Tentera disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato' Halimi bin Abd Manaf, Panglima-panglima Perkhidmatan serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ATM .Pada hari yang sama juga PAT 20 telah melaksanakan Kunjungan Hormat kepada Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu.
Pada 27 Jun 2018, PAT 20 telah melaksanakan Sembah Mengadap kepada DYMM di-Pertuan Agong di Istana Negeri Kubang Kerian, Kelantan.
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA
Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Bersama antara Laksamana Madya Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany dengan pengganti beliau Laksamana Madya Dato' Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman telah berlangsung pada 10 Julai 2018 di Foyer Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM dan disaksikan oleh PAT. Laksamana Madya Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany menandatangani dan menyerahkan nota serah terima tugas serta tongkat kuasa Panglima Angkatan Bersama kepada Laksamana Madya Dato' Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman yang mengambil alih tugas beliau. PAT turut memakaikan Insignia Pemerintah kepada Panglima Angkatan Bersama yang baharu.Laksamana Madya Dato' Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman kini dilantik sebagai Panglima Angkatan Bersama Ke-11. Sebelum ini beliau menjawat jawatan Panglima Armada Timur.
3 4
Menandatangani serah terima tugas disaksikan oleh PAT
133
SERAH TERIMA TUGAS ASISTEN KETUA STAF PERANCANG PERTAHANAN (AKS PP)
Acara Serah Terima Tugas AKS PP telah dilaksanakan pada 18 Januari 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Nadim dan disaksikan oleh KS MK ATM. Acara serah terima tugas tersebut berlangsung di antara Mej. Jen. Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM kepada Mej. Jen. Dato’ Hj Roshaimi bin Zakaria TUDM.
SERAH TERIMA TUGAS ASISTEN KETUA STAF OPERASI DAN LATIHAN PERTAHANAN(AKS OLP)
Majlis serah terima tugas AKS OLP Ke-15 di antara Lt. Jen. Dato’ Hasagaya bin Abdullah dan Mej. Jen. Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim telah diadakan pada 30 November 2018 dan telah disaksikan oleh Lt. Jen. Dato’ Kamarulzaman bin Mohd Othman TUDM (KS MK ATM). Upacara ini berlangsung di Bilik Mesyuarat Sekretariat MK ATM dan majlis turut dihadiri oleh semua pegawai dan staf BOLP.
5
4
KS MK ATM menyaksikan majlis tandatangan dokumen serah tugas AKS PP
Penyerahan Keris Kuasa oleh Laksdya Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany kepada Laksdya Dato’ Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman
Proses menandatangani buku serah terima tugas AKS OLP
A N G K ATA N T E N T E R A M A L AY S I A
Penyerahan dokumen serah tugas AKS PP
134 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Pengurusan Dalam Negara
PENGURUSAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN KESIHATAN (BPK)
MAJLIS PELANCARAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN KESIHATAN ATM
Majlis Pelancaran Transformasi Perkhidmatan Kesihatan ATM telah dilancarkan pada 18 Januari 2018 di 94 HAT, Kem Terendak. Majlis telah dilancarkan oleh Mantan Menteri Pertahanan dan turut dihadiri Mantan Menteri Kesihatan, KSU Kementerian Pertahanan, KSU Kementerian Kesihatan, PAT, Panglima-panglima Perkhidmatan serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian dan ATM.
MISI HOSPITAL MEDAN MALAYSIA UNTUK PELARIAN ROHINGYA DI COX’s BAZAR, BANGLADESH
Operasi Malaysian Field Hospital (MFH) di Cox’s Bazar, Bangladesh bermula pada 7 Februari 2018 setelah Kabinet memutuskan untuk menyerahkan keseluruhan operasi kepada Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (PKAT) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Misi ini diberikan nama OP STARLIGHT-1. Mulai 23 Februari hingga 28 Ogos 2018, Brig. Jen. (Dr.) Adnan bin Abdullah menjadi Komander pertama. MFH merupakan Hospital Medan Tahap 3 yang juga berfungsi sebagai pusat rujukan akhir dan utama bagi empat Hospital Medan lain seperti Hospital Medan negara Turki, Medicine Sans Frontier (MSF). HOPE Hospital dan International Federation of Red Cross Hospital (IFRC). MFH telah menerima pesakit rujukan daripada 286 Pusat Kesihatan Primer yang diuruskan oleh NGO antarabangsa.
Seramai 29,346 pesakit telah dirawat di MFH serta telah melaksanakan 822 prosedur pembedahan kecemasan dan elektif. Pada 23 Ogos 2018 OP STARLIGHT-2, telah mengambil alih operasi di MFH dari OP STARLIGHT-1 dan Kol. (Dr.) Mohd Arshil bin Moideen dilantik sebagai Komander.
Melalui kerjasama pertahanan, MFH dilengkapi dengan empat buah kenderaan pacuan empat roda dan dua buah Ambulan sumbangan dari kerajaan UAE. Manakala kerajaan Arab Saudi turut menyumbangkan beberapa peralatan perubatan melalui King Salman Relief (KS Relief). Kekuatan keanggotaan MFH seramai 56 anggota
dengan tujuh pakar, enam pegawai perubatan dan 43 staf sokongan dengan pecahan seperti berikut:
Siri Jawatan Jumlah
1 Pakar (Termasuk Komander) 7
2 Pegawai Perubatan 7
3 Paramedik, Jururawat/ICU 25
4 Farmasi 2
5 Juruteknik Makmal Perubatan 2
6 Juruteknologi X-Ray 2
7 Kesihatan Pesekitaran 2
8 Pergigian 3
9 Logistik/Tugas Am 6
MAJLIS SUMBANGAN DAN PENJENAMAAN SEMULA WAD-WAD HOSPITAL ANGKATAN TENTERA TUANKU MIZAN (HATTM)
Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim mencemar duli ke Majlis Sumbangan dan Penjenamaan Semula Wad-wad Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 22 Mac 2018. DYMM Raja Permaisuri telah berkenan untuk merasmikan upacara penjenamaan semula wad HATTM dan membuat lawatan ke wad-wad dan poliklinik bagi menyampaikan sumbangan kepada pesakit-pesakit di setiap wad.
1
2
3
Pakar Perubatan melakukan prosedur pembedahan ke atas pesakit Rohingya di MFH
135
CHEMICAL, BIOLOGICAL, RADIOLOGICAL AND EXPLOSIVE DAN MILITARY MEDICINE CONFERENCE DI MITEC, KUALA LUMPUR
Bahagian Perkhidmatan Kesihatan dengan kerjasama Bavarian Nordic dan Defence Services Asia (DSA) 2018 pada 18 April 2018 menganjurkan satu persidangan bertempat di Malaysian International Trade Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur. Persidangan ini telah dirasmikan oleh Ketua Staf MK ATM dengan dihadiri oleh Pakar-pakar dan Pegawai Perubatan ATM serta dari agensi kerajaan dan NGO.
LAWATAN DELEGASI TENTERA PAKISTAN ARMY MEDICAL CORPS KE BPK
Seramai 20 orang delegasi dari tentera Pakistan Army Medical Corps telah membuat lawatan ke BPK pada 23 April 2018. Lawatan tersebut disambut oleh KPPK ATM iaitu Lt. Jen. Dato’ (Dr.) Hj Ya’akob bin Koming, Pengarah-pengarah dan pegawai yang bertugas di bahagian tersebut. Lawatan itu diketuai oleh Mej. Jen.
Syed Ammar Reza Hamdani iaitu Commandant Armed Forces Post Graduate Medical Institute.
LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN KE HAT TUANKU MIZAN
Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong telah mengadakan lawatan sambil kerja ke HAT Tuanku Mizan, Lumut pada 6 Ogos 2018. Beliau telah disambut oleh KPPK iaitu Lt. Jen. Dato’ (Dr.) Hj Ya’akob bin Koming dan Pegawai Memerintah HAT Tuanku Mizan, Brig. Jen. (Dr.) Nor Azam bin Jais serta pegawai-pegawai yang lain. Tujuan lawatan adalah untuk meninjau kemudahan-kemudahan yang terdapat di hospital serta melawat pesakit-pesakit ATM dan veteran ATM.
4
5
6
DYMM Raja Permaisuri melawat ke wad kanak-kanak
Ketua Staf MK ATM sedang merasmikan Majlis Pembukaan CBRNE Military Medicine Conference
Ketua delegasi tentera Pakistan Army Medical Corps menandatangani buku lawatan
Timbalan Menteri Pertahanan diberi taklimat peralatan yang terdapat di hospital
A N G K ATA N T E N T E R A M A L AY S I A
136 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
LAWATAN MENTERI PERTAHANAN KE MALAYSIAN FIELD HOSPITAL COX’s BAZAR BANGLADESH
Pada 12 Julai 2018, Menteri Pertahanan telah membuat lawatan ke Malaysian Field Hospital (MFH) Cox’s Bazar, Bangladesh. Pada lawatan tersebut Menteri Pertahanan dan rombongan dibawa melawat disekitar hospital untuk melihat dengan lebih dekat kemudahan yang terdapat di MFH dan melawat pesakit yang berada di wad.
LAWATAN KERJA TIMBALAN MENHAN KE 96 HAT LUMUT
Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong telah mengadakan lawatan kerja ke 96 HAT, Lumut pada 30 Oktober 2018. Beliau telah disambut oleh KPPK ATM iaitu Lt. Jen. Dato’ (Dr.) Hj. Ya’akob bin Koming dan Pegawai Memerintah 96 HAT, Brig. Jen. (Dr.) Faizal bin Baharuddin serta pegawai-pegawai yang lain. Tujuan lawatan adalah untuk meninjau kemudahan-kemudahan yang terdapat di hospital serta melawat pesakit-pesakit ATM dan veteran ATM.
LAWATAN ULUNG PAT KE HAT TUANKU MIZAN
23 November 2018, PAT mengadakan lawatan ulung ke HAT Tuanku Mizan. Ketibaan PAT disambut oleh KPPK ATM, Lt. Jen. Dato’ (Dr.) Hj. Ya’akob bin Koming dan Pegawai Memerintah HATTM, Brig. Jen. (Dr.) Nor Azam bin Jais serta pegawai-pegawai KKD. Pada lawatan ulung PAT juga diadakan sesi dialog bersama warga PKAT dan diakhiri dengan menandatangani buku pelawat.
LAWATAN KERJA MENTERI PERTAHANAN KE 96 HAT, LUMUT
Menteri Pertahanan, YB Tuan Hj. Mohamad bin Sabu mengadakan lawatan kerja ke 96 HAT, Lumut pada 24 November 2018. Beliau telah disambut oleh KPPK ATM, Lt. Jen. Dato’ (Dr.) Hj. Ya’akob bin Koming dan Pemangku Pegawai Memerintah 96 HAT serta pegawai-pegawai yang lain. Pada lawatan tersebut beliau dibawa melawat ke IPBAH dan bilik CT-Scan serta kemudahan-kemudahan yang terdapat di hospital ini untuk merawat pesakit. Setelah itu, beliau membuat lawatan ke Wad Pembedahan Lelaki untuk melawat pesakit-pesakit ATM dan veteran ATM.
7
8
9
10
Menteri Pertahanan melawat pesakit pelarian Rohingya di wad PAT mendengar taklimat dan melihat replika hospital
Menteri Pertahanan melawat pesakit di Wad Pembedahan Lelaki
Timbalan Menteri Pertahanan menandatangi Buku Lawatan
137
BAHAGIAN KOMUNIKASI DAN ELEKTRONIK PERTAHANAN (KOMLEK)
TENTERA DARAT MEMPAMERKAN KEUPAYAAN NCO ATM SEMASA DSA
Defence Services Asia (DSA) 2018 telah diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur pada 16 hingga 19 April 2018. Tentera Darat telah mempersembahkan keupayaan ketenteraannya melalui Army Pavillion dan NCO ATM digunakan sebagai tulang belakang bersama sistem P4 ATM. Tim NCO ATM bekerjasama dengan rakan strategik merangkumi SAPURA, SCS, TM Bhd., Niju Corp dan Celcom bagi membuktikan keupayaan kemampuan NCO ATM dalam merealisasikan Pelan Strategik Tranformasi ATM sekaligus membenarkan teori Program Pembangunan NCO ATM diteruskan ke fasa seterusnya pada masa hadapan.
KEBAJIKAN TERAS UTAMA KEPIMPINAN KOMLEK
AKS KOMLEK telah menyempurnakan upacara penyerahan kunci rumah keluarga sewaktu lawatan kerja beliau ke RPS pada 25 Mei 2018. Di atas keprihatinan AKS KOMLEK demi menjaga kebajikan dan keselesaan anggota yang menduduki rumah keluarga, empat buah rumah yang sedia ada telah dibaik pulih melibatkan dua buah rumah bagi pangkat Pegawai Waren 1 dan 2 serta dua buah rumah bagi pangkat SSjn dan Sjn. Di antara anggota penerima kunci rumah tersebut adalah PW 1 (YoS) Nasir dan PW 2 (YoS) Suhaimi.
EKSESAIS STRATCOM ENDEAVOR 1/2018
Eksesais STRATCOM ENDEAVOR 1/2018 telah dilaksanakan mulai 8 hingga 11 Oktober 2018 di sekitar kawasan Kem Sg. Buloh, Klang, Sepang dan Banting. Eksesais yang julung kali diadakan ini berkonsepkan atur gerak aset Komunikasi Strategik ATM dan melibatkan seramai 99 pegawai dan 48 anggota LLP daripada KOMLEK, RPS, 91 RSD, PLPE ATM dan PKS ATM. Eksesais ini bertujuan melatih dan meningkatkan pengetahuan warga KOMLEK terhadap pengendalian dan aspek teknikal peralatan komunikasi strategik, latihan integrasi dan keupayaan connectivity dan interoperability aset Komunikasi Strategik ATM.
1
2
3
Taklimat kepada Tetamu VIP dan Deligasi Luar Negara
Majlis Penyerahan Kunci Rumah semasa Lawatan AKS KOMLEK pada 25 Mei 18
Taklimat kepada Tetamu VIP dan Deligasi Luar Negara
A N G K ATA N T E N T E R A M A L AY S I A
138 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
MAJLIS PENYERAHAN TERMINAL SATELIT X-BAND ATM KEPADA PERKHIDMATAN
Majlis Penyerahan Terminal Satelit X-Band ATM kepada Perkhidmatan telah dilaksanakan pada 8 Mei 2018 di Kem Paya Jaras dan telah disempurnakan oleh Ketua Staf MK ATM, Lt. Jen. Dato' Abdul Halim bin Hj. Jalal. Majlis ini merupakan satu mercu tanda kejayaan ATM dalam menyediakan medium komunikasi strategik kepada sistem Network Centric Operation (NCO) dan lain-lain sistem yang terdapat dalam ATM.
BAHAGIAN PERANCANG PEMBANGUNAN
PERSEMBAHAN CADANGAN MEMBEKALKAN SENJATA API JENIS SUB MACHINE GUN, ASSAULT RIFLE, SNIPER RIFLE DAN PISTOL KEPADA PASUKAN-PASUKAN KHAS ATM
Syarikat Aegis Malinov Sdn. Bhd. telah mengadakan persembahan bagi memperkenalkan senjata api jenis
Sub Machine Gun, Assault Rifle, Sniper Rifle dan Pistol keluaran Ceska Zbrojovka (CZ), Republik Czech untuk kegunaan Pasukan-pasukan Khas ATM pada 17 April 2018 di Innotalks, Hall Level 3, MITEC sempena pameran DSA 2018. Persembahan tersebut dihadiri oleh wakil-wakil Bahagian Rancang dan Pembangunan daripada perkhidmatan, BLP dan STRIDE. Turut hadir bersama adalah Brig. Jen. Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM, Ketua Pengarah Perancang Pembangunan (KP PP).
PENYERAHAN SECARA RASMI KENDERAAN ARMOURED PERSONNEL CARRIER (APC) 4X4 GUARDIAN OLEH SYARIKAT GLOBAL KOMITED SDN. BHD. (GKSB) KEPADA KONTIJEN MALBAT 850-5
Sebanyak sembilan buah Kenderaan Armoured Personnel Carrier (APC) 4x4 Guardian telah diserah secara rasminya oleh Syarikat Pembekal, Global Komited Sdn. Bhd. (GKSB) kepada Kontinjen MALBATT 850-5 di Kem Ma’rakah, Lubnan pada 3 Julai 2018. Upacara serah terima telah diadakan bersempena dengan lawatan ulung Menteri Pertahanan ke Kontijen tersebut. Penerimaan APC ini adalah merupakan sebahagian dari Program Buy Back di dalam Perolehan VSHORAD ATM.
4
1
2
Perasmian Eksesais STRATCOM ENDEAVOR 1/2018 oleh AKS KOMLEK
KS MK ATM diberi penerangan mengenai peralatan yang terdapat di dalam kenderaan COTP
Ketua Pengarah Perancang Pembangunan, MK ATM-BPP mencuba Assault Rifle keluaran Ceska Zbrojovka (CZ), Republik Czech
139
PROGRAM NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)/KERJASAMA STRATEGIK
NBOS 2 - RONDAAN BERSAMA PIHAK TD DAN PDRM
Op Aman - Operasi ini dilancarkan pada 25 Julai 2011 di KLIA dengan mengaturgerakkan 10 Bgd Para. Rentetan kes ancaman pengganas pada masa kini, operasi ini dipanjangkan ke KLIA2. Konsep atur gerak adalah rondaan bersama pihak TD dan PDRM di Terminal Ketibaan dan Terminal Pelepasan. Pada 15 Januari 2017, Op Aman ini telah diperluaskan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Melalui pengarahan semasa, Op Aman ini telah ditamatkan berikutan ketiadaaan peruntukan kewangan bagi pelaksanaan operasi ini bagi tahun 2019. Sehubungan itu, Op Aman telah ditamatkan mulai 5 Jan 19.
NBOS 2 - PUSAT PEMULIHAN PEMASYARAKATAN (PPP)
Peneraju kepada program ini adalah Jabatan Penjara Malaysia (JPM) manakala ATM sebagai supporting agency dalam pelaksanaan program. Program ini telah diperkenalkan pada tahun 2010. Ia bertujuan membantu pihak penjara dalam mengurangkan kesesakan banduan di penjara dan menjadikan Orang Yang Diselia (ODS) menjadi warganegara yang berguna kepada masyarakat melalui kaedah pembelajaran dan kemahiran. Penglibatan dalam program ini adalah seramai 13 orang pegawai dan 337 anggota LLP terlibat daripada MK PMBTD dan PMTTD yang akan menjalankan tugas sebagai Pembantu Wadar di mana tempoh penugasan adalah setahun bagi pegawai manakala LLP selama enam bulan. Terdapat enam buah kem yang terlibat dalam pelaksanaan program ini. Bermula daripada 5 Januari 2019, keanggotaan di setiap PPP telah dikurangkan kepada seorang pegawai dan lima LLP.
Bil Penempatan 2017/4 2018/1 2018/2
1 Kem Sultan Abd Halim Mu’adzam Shah, Alor Star, Kedah
876 922
Tiad
a P
erub
ahan
2 Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu, Kelantan
1,107 1,158
3 Kem Batu 10, Kuantan, Pahang.
1,608 1,696
4 Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.
1,065 1,122
5 Kem Mahkota, Kluang, Johor.
997 1,043
6 Kem Paradise, Kota Belud, Sabah.
50 101
Keseluruhan 5,703 6,042
1
2
Komandan MALBATT 850-5 Menandatangi Dokumen Penerimaan Armoured Personnel Carrier (APC) 4x4 Guardian
Rondaan ATM/PDRM di kawasan am KLIA
Komandan MALBATT 850-5 Menandatangi Dokumen Penerimaan Armoured Personnel Carrier (APC) 4x4 Guardian
A N G K ATA N T E N T E R A M A L AY S I A
140 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
NBOS 8 - RONDAAN AWAM, POLIS DAN ANGKATAN TENTERA 1MALAYSIA (RAPAT 1M)
Program inisiatif ini dilancarkan pada 29 Oktober 2012 dengan objektif untuk meningkatkan tahap keselamatan kawasan kejiranan. Lead Agency adalah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) manakala Supporting Agency adalah ATM/PDRM. Inisiatif ini merupakan kerjasama kreatif di antara ATM dan PDRM untuk mengukuhkan tahap keselamatan kejiranan penduduk setempat di bawah Program NBOS di kawasan yang terpilih di bawah negeri-negeri NKRA iaitu Johor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur), Kedah, Perak, Kelantan, Pahang dan Selangor. Rondaan ini dilaksanakan pada waktu malam di kawasan kediaman dengan kerjasama ATM/PDRM dan KRT. Waktu rondaan adalah dari jam 11.59 malam sehingga 6.00 pagi keesokan harinya, dua kali seminggu dengan berjalan kaki dan tanpa membawa senjata.
HUBUNGAN DUA HALA
MESYUARAT MALAYSIA-UNITED KINGDOM MILITARY ACTIVITIES WORKING GROUP (MAWG)
Mesyuarat MAWG telah diadakan pada 11 Julai 2018 dan dipengerusikan secara bersama oleh Brig. Jen. Dato’ Khairil Asri bin Hj. Baharin (KP CLP) dan Colonel Stephen Hall (UK Defence Advisor). Mesyuarat ini telah diadakan di Pusat Peperangan Bersama (PESAMA), Kuala Lumpur.
MESYUARAT MALAYSIA-AUSTRALIA MILITARY COOPERATION WORKING GROUP (MCWG)
Mesyuarat Malaysia-Australia MCWG yang dipengerusikan secara bersama oleh Brig. Jen. Dato’ Khairil Asri bin Hj Baharin TUDM (KP CLP) dan Mr. Stephen Broadbent (Director Malaysia, Philippines and SEA CT International Policy Division) telah diadakan pada 3 Disember 2018. Mesyuarat ini telah dilaksanakan di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.
OPERASI DAN EKSESAIS-LATIHAN
PELAKSANAAN OPERASI TENTERA DARAT MALAYSIA 2018
Sepanjang tahun, Tentera Darat (TD) melaksanakan operasi (Op) bagi mengawal keseluruhan Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Op TD yang meliputi 1,040 km di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur meliputi jarak 2,486 km serta kawalan di perairan Timur Sabah dan perairan Pantai Barat di bawah kawalan Markas Angkatan Bersama (MK AB) dan TLDM. Op TD dibahagikan kepada beberapa jenis Op seperti berikut:
3
1
2
1
Sebahagian daripada aktiviti lawatan dan gotong royong yang dilaksanakan dalam program PPP
Pengerusi bertukar cenderahati selepas mesyuarat selesai
Ahli mesyuarat yang terlibat dalam mesyuarat MCWG.
141
PELAKSANAAN OPERASI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA 2018OPERASI TUNGGAL - OP PEJARAK
Op PEJARAK merupakan operasi yang dijalankan di perairan Selat Melaka bagi mengawal keselamatan Pulau Jarak dan Pulau Perak daripada segala bentuk ancaman. Kewujudan peta baharu Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) 2017 telah menjadi iktibar kepada Malaysia untuk lebih tegas dalam mempertahankan hak kedaulatan wilayahnya. NKRI 2017 turut memberi kesan terhadap Op PEJARAK berikutan terdapat kawasan pertindihan perairan yang terlibat di Selat Melaka. Inisiatif Bertanya Khabar (IBK) masih diteruskan dan diperkasa dengan lebih giat berikutan impaknya terhadap peningkatan tahap keyakinan komuniti maritim terhadap keupayaan TLDM memastikan kedaulatan dan keselamatan perairan terus terpelihara. Sepanjang Januari hingga Jun 2018, sejumlah 6,722 IBK telah berjaya dilaksanakan. Jumlah rondaan dalam operasi ini sepanjang tempoh tersebut adalah sebanyak 23 siri rondaan.
2
Rondaan Kumpulan Kecil dilaksanakan di sekitar kawasan am Kuala Nerang sempena Op Kota Sektor Bravo/ Charlie/ Delta - 6 Bgd.
Op MERPATI Sektor II - 7 Bgd. Anggota sedang melakukan pemerhatian di Pos Pemerhati
Latihan Semaphore KD KINABALU dan KD GANYANG di KOM OP PEJARAK
Rondaan di pagar keselamatan sektor Op Pagar III
A N G K ATA N T E N T E R A M A L AY S I A
OPERASI TDM
PENGLIBATAN 357 PEGAWAI DAN5,950 LAIN-LAIN PANGKAT
TERASDiterajui oleh TD sepenuhnya di
bawah kawalan dua buah wilayah pemerintahan iaitu
Pemerintahan Medan Barat TD
GABUNGANDiterajui oleh TD dan bergabung
dengan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat
(TNI-AD)
BERSAMADiterajui oleh MK ATM atau MK Armada yang melibatkan atur
gerak trup oleh TD
BERSEPADU/MOOTWDiterajui oleh Pihak Berkuasa
Awam (BPA) dan TD mengaturgerakkan bantuan trup
dan aset
13 OpTeras
3 OpGabungan
3 OpBersama
Sebuah OpBersepadu
Op LuarNegara/
Misi PBB
KOMPOSISIKOMPOSISIReview of Situation.
Pada setiap masa, Tentera Darat melaksanakan
13 buahbatalion (+)
(Infantri)
4 buahKompeni/
Bateri/Skuadron(BantuanTempur)
2 buah KompQuick Reaction
Force (QRF)daripada 10Bgd (Para))
3 buah kompMekanise
142 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
PELAKSANAAN OPERASI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA 2018OPERASI BERSAMA - OP PASIR
Operasi ini bertujuan menguatkuasakan undang-undang Malaysia dan memperagakan kehadiran aset di kawasan tuntutan bertindih di Laut Sulawesi. Isu tuntutan bertindih bukan hanya tertumpu di KOM Op PEJARAK, malah di perairan Laut Sulawesi juga terdapat isu yang sama yang menjurus kepada isu Peta Baharu NKRI 2017 dimana kedua-dua negara antara Malaysia dan Republik Indonesia masing-masing menunjukkan ketegasan yang nyata di dalam mempertahankan kedaulatan perairan masing-masing. Sama seperti operasi-operasi lain, kehadiran aset TLDM di KOM adalah bertujuan menguatkuasakan undang-undang di perairan maritim Malaysia disamping menjaga kepentingan komuniti maritim Malaysia terutamanya nelayan tempatan. Sejumlah 18 siri operasi dan 192 IBK telah dilaksanakan dengan jayanya sepanjang tempoh Januari hingga Jun 2018.
PELAKSANAAN OPERASI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA 2018GABUNGAN BILATERAL - OPERASI PEMANTAUAN COORDINATED PATROL AREA - JOINT DEVELOPMENT AREA (CPA - JDA)
Rondaan CPA adalah operasi maritim bilateral antara kapal-kapal TLDM, Tentera Laut Diraja Thailand, Polis Diraja Malaysia (Marin) dan Polis Diraja Thailand (Marin). Operasi ini diterajui oleh Malaysia Thailand Border Committee Office (MTBCO) di bawah naungan Regional Border Committee (RBC). Sejumlah enam siri pertemuan dan rondaan telah dilaksanakan sehingga Jun 2018. Kerjasama ini dilihat semakin meningkat saban tahun di antara kedua-dua angkatan laut.
PELAKSANAAN OPERASI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA 2018 - OP CURIGA
Op Curiga dilaksanakan bagi melindungi integriti, kedaulatan dan kepentingan ruang angkasa negara melalui Penguatkuasaan Ruang Angkasa. Misi Op Curiga adalah untuk menghalang semua aktiviti udara yang menyalahi undang-undang seperti operasi peninjauan udara, perang saraf dan mengumpul maklumat ke atas kawasan strategik negara. Kesemua pesawat asing yang tidak dikenali yang menceroboh atau menyimpang dari laluan sebenar tanpa kebenaran dari TUDM akan disiasat untuk dikenal pasti. Pemintasan oleh pesawat pejuang akan dilakukan jika keadaan memerlukan. Op Curiga mula diaktifkan pada 11 November 2008 melalui Airspace Policing dan berterusan hingga diberitahu kelak. Operasi Curiga diaktifkan sebanyak 22 kali di Wilayah Udara 1 dan Wilayah Udara 2 pada bulan Januari hingga Ogos 2018.
PELAKSANAAN OPERASI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA 2018 - OP SIERRA DEFENDER
Op ini adalah untuk memantau dan menguatkuasakan pengawasan ruang udara di Restricted Area WSR 31 di ruang udara Selatan Johor terhadap pencerobohan teknikal pesawat Tentera Udara Republik Singapura. Terdapat beberapa pencerobohan secara teknikal ke atas ruang udara WSR 31 telah dikenal pasti dan bantahan diplomatik ke atas pencerobohan teknikal telah dimajukan ke Bahagian Dasar, Kementerian Pertahanan. Jumlah pencerobohan dari Januari hingga Ogos 2018 adalah sebanyak 68 buah pesawat.
3
4
5
6
Latihan Semaphore KD BAUNG dan BRP GREGORIO DEL PILLARdi KOM OP PASIR
Pertemuan KD TERENGGANU dan HTMS PATTANI ketika Rondaan CPA-JDA
143
PELAKSANAAN OPERASI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA 2018 - OPS PALU
Pada 28 September 2018, gempa bumi dengan ukuran 7.4 pada skala richter telah melanda bahagian tengah Sulawesi yang mana telah menyebabkan kerosakan teruk di kawasan Palu dan Donggala, Sulawesi dan berlakunya Tsunami. Berikutan kejadian tersebut, pada 1 Oktober 2018, Presiden Indonesia telah memberi kebenaran menerima bantuan Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR). Bagi tujuan tersebut, TUDM telah menghantar 1 x pesawat A400M yang beroperasi dari Lanud Halim Perdanasuma, Jakarta dan 1 x pesawat C130 yang beroperasi dari Pangkalan Udara Labuan, Sabah.
MAWILUD 2 telah diarahkan untuk menyediakan 1 x pesawat C 130 bersama anak kapal No. 14 Skn yang berkelayakan serta 2 x EC 725AP dari No. 5 Skn bersama anak kapal yang berkelayakan bagi tujuan tersebut. MAWILUD 2 juga perlu mengkoordinasikan semua keperluan operasi pesawat dan anggota bersama MPOU-A4 dan melantik dua orang pegawai sebagai Air Liaision Officer (ALO) untuk berada di Balikpapan, Indonesia. Jumlah keseluruhan mangsa dan warganegara luar yang telah dibawa keluar dari Palu ke Balikpapan berjumlah 3,994 orang. Jumlah sebenar keseluruhan tidak diketahui disebabkan ada yang dihantar ke Jakarta, Malang, dan Makasar. Angka korban yang direkodkan ialah 1,755 orang.
7
Juruteknik pesawat TUDM membuat persediaan rapi dalam menentukan aspek keselamatan dipatuhi
Kerjasama erat antara TUDM dan Agensi-agensi Luar yang terlibat dalam misi PALU di Jakarta
Buat julung kalinya Jentera Berat Excavator diangkut oleh pesawat A400M
Antara kargo bantuan kemanusiaan yang dibawa oleh pesawat A400M
A N G K ATA N T E N T E R A M A L AY S I A
144 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
PELAKSANAAN EKSESAIS TENTERA DARAT MALAYSIA 2018 - EKSESAIS TUNGGAL
Sebanyak lima buah eksesais telah dilaksanakan pada tahun 2018. Pelaksanaan Eksesais Tunggal bagi tahun 2018 adalah seperti berikut:
Bil Eksesais Konsep Tarikh Tempat
1 PANAH JAGUH Menembak Senjata Pertahanan Udara 7 - 13 Mei 2018 Tg. Logok
2 LKT Menembak dari Pelbagai Aset 12 Julai 2018 Gemas
3 GERAK PANTAS FTX CW dari Briged Atur gerak Cepat Julai 2018 Terengganu
4 GADING BAKTI CPX Bantuan Logistik Pertahanan 8 – 15 Oktober 2018 Gemas
5 LEMBING SAKTI Menembak dari Aset Roket 9 – 15 Oktober 2018 Lumut
8
Menjadikan anggota TD yang siap siaga untuk melaksanakan tugasketenteraan di dalam pelbagai bidang semasa perang atau aman
LATIHANTD
PENGURUSANLATIHAN INDIVIDU
LATIHAN KOLEKTIF
Dilaksanakan seperti mana yang digariskan di dalam Direktif Latihan PTD 2014 - 2018 dan ia adalah rutin. Latihan-latihan yang dilaksanakan seperti berikut:
Ia menggabungkan kemahiran, pengetahuan serta kepakaran individu bagi memacu keupayaan formasi dan pasukan TD. Pendekatan learn, unlearn dan relearn menjadi panduan agar latihan dapat dilaksanakan dengan efektif dan efisyen. Latihan Kolektif terbahagi kepada keadaan seperti berikut:
12Kitaran
bulan
Ujian Kecergasan AsasUjian Kemahiran TempurUjian Kemahiran & Kecekapan IndividuUjian Jalan Laju (15km)
24Kitaran
bulan
Latihan MenembakIndividu & Tim
Tunggal Bilateral Multilateral Bersama
145
PELAKSANAAN EKSESAIS TENTERA DARAT MALAYSIA 2018 - EKSESAIS DUA HALA (BILATERAL)
Sebanyak 18 buah eksesais telah dilaksanakan bagi tahun 2018 seperti berikut:
Bil Eksesais Negara Konsep Tarikh Tempat
1 MANTIS Kanada FTX-CBRNE 7 Januari – 9 Mac Melaka
2 SOUTHERN TIGER Australia FTX - CW 12 – 23 Mac Australia
3 HARINGGAROO Australia FTX - CW 2 – 14 April P.Pinang
4 HARIMAU SHAKTI India FTX – CIW 14 – 27 Mei Mersing
5 HARIMAU SATYA Indonesia FTX-CIW 2 – 13 Julai Mersing
6 KERIS STRIKE USA CPX - HADR FTX - CW
23 Julai – 3 Ogos Seremban
7 BALANCE MINT USA FTX-OBUA 23 Julai – 3 Ogos Johor
8 NIGHT/DAWN TIGER Australia FTX - CT 6 - 18 Ogos Mersing/Aus
9 LAND MALPHI Filipina CPX/FTX - HADR 5 – 18 Ogos Kedah
10 LAND THAMAL Thailand FTX - CIW 2 – 15 September Thailand
11 TAIHA TOMBAK New Zealand FTX - CW 17 – 28 September Selangor
12 KEKAR MALINDO Indonesia FTX - CW 24 September – 5 Oktober
Kuching
13 TIGER GUARD UK FTX - CIW 8 – 30 Oktober Sarawak
14 SEMANGAT BERSATU Singapura FTX - CW 8 – 20 Oktober Johor
15 BRUMAL SETIA Brunei FTX - CW 15 – 26 Oktober Kuching
16 MERTAK BERSATU Brunei FTX -Mortar 15 – 26 Oktober Kota Belud
17 JOINT ADVENTURE TRAINING (JAT)
Singapura Aktiviti lasak 3 – 15 Disember Kuantan
9
Eksesais Southern Tiger (Malaysia - Australia)
A N G K ATA N T E N T E R A M A L AY S I A
146 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
PELAKSANAAN EKSESAIS TENTERA DARAT MALAYSIA 2018 - EKSESAIS PELBAGAI HALA (MULTILATERAL)
Sebanyak 18 buah eksesais telah dilaksanakan bagi tahun 2018 seperti berikut:
Bil Eksesais Negara Konsep Tarikh Tempat
1 GPO1 SHANTY DOT 4 Nepal CPX/FTX-PKO 26 Februari – 12 Mac Nepal
2 COBRA GOLD USA FTX-HADR 24 Januari – 22 Februari
Thailand
3 BERSAMA WARRIOR FPDA STAFFEX (CT) 16 – 23 Mac Kuala Lumpur
4 SUMAN WARRIOR FPDA STAFFEX 28 Mei – 8 Jun UK
10
Eksesais BALANCE MINT (Malaysia - Amerika Syarikat)
Eksesais BRUMAL SETIA (Malaysia - Brunei)
Para Pegawai Staf dari Negara-negara FPDA yang terlibat dengan Eksesais SUMAN WARRIOR di UK.
EKSESAIS BERSAMA
Bagi maksud Eksesais Bersama, TD bergantung kepada perancangan yang dikeluarkan oleh MK AB. Bagi tahun 2018, hanya sebuah eksesais sahaja yang dirancang dan telah dilaksanakan iaitu Eksesais Jerung Emas mulai 12 hingga 16 November 2018 di Sabah. Ia melibatkan 21 GGK bersama TUDM dan TLDM yang berkonsepkan CPX - CT.
147
PELAKSANAAN EKSESAIS TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA 2018 - EKSESAIS AIR THAMAL 28/2018
Eks Air Thamal 28/18 merupakan Eksesais Dua Hala tahunan melibatkan TUDM dan Royal Thai Airforce (RTAF). Eksesais tahun ini dianjurkan oleh TUDM dan telah dilaksanakan di PU Butterworth dari 2 hingga 13 Julai 2018 secara FTX. Eksesais ini dilaksanakan secara Single Sided FTX dan tertumpu kepada Tactical Air Operation di dalam situasi Asymmetric Warfare. Aset-aset TUDM yang terlibat adalah empat buah pesawat HAWK dan dua buah pesawat EC 725.
PELAKSANAAN EKSESAIS TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA 2018 - EKSESAIS BERSAMA WARRIOR 2018
Eksesais BW 18 adalah Eksesais Dua Hala ATM dan United States Pacific Command (USPACOM) yang diadakan secara tahunan sejak 2014. Eksesais ini dilaksanakan di Pusat Simulasi Olah Perang (PSOP) ATM, Kuala Lumpur pada 6 hingga 23 Mac 2018. Eks BW 18 berkonsepkan Counter Terrorism dan Maritime Security yang dilaksanakan secara Staff Exercise (STAFFEX). Concept of Operation (CONOP) yang dihasilkan akan digunakan dalam Command Post Exercise (CPX) semasa Eks BW 19 dan Field Training Exercise (FTX) eks KRIS STRIKE 19. Peserta eksesais terdiri daripada 80 orang pegawai dan 35 orang LLP.
PELAKSANAAN EKSESAIS TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA 2018 - EKSESAIS CARAT 2018
Eksesais CARAT 18 merupakan Eksesais Gabungan Dua Hala yang diterajui oleh Markas Angkatan Bersama (MK AB) mulai 6 hingga 21 Ogos 2018 bersama 3rd Marine Regiment, United States Marine Corps (USMC) di Kota Belud dan sekitar pantai Kg. Tanduo, Felda Sahabat Lahad Datu, Sabah. Eksesais ini melibatkan latihan menembak di Lapang Sasar Kota Belud dan serangan amfibi di pantai Kg. Tanduo, Lahad Datu. Aktiviti sampingan melibatkan Jungle Survival Training, Force Protection Training, Subject Matter Expert Exchange dan Community Relations. Eks CARAT 18 dilaksanakan secara FTX yang memberi tumpuan kepada Maritime Security (MARSEC) bagi operasi amfibi. Aset-aset TUDM yang terlibat adalah sebuah pesawat S61A-4.
11
12
13
Majlis Penutup Eksesais Air Thamal 28/2018
Eks BERSAMA WARRIOR 2018/2019 telah disempurnakan oleh Brig. Jen. Toh Choon Seang (Panglima 11 Briged Infantri) di Wisma
Perwira ATM
Perkongsian Latihan Tempur Tanpa Senjata oleh 22 RAMD dan USMC
A N G K ATA N T E N T E R A M A L AY S I A
148 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
PELAKSANAAN EKSESAIS TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA 2018 - EKSESAIS COPE TAUFAN 2018
Eks COPE TAUFAN 18 adalah merupakan Eksesais Gabungan Dua Hala di antara TUDM dengan USAF yang dilaksanakan setiap dua tahun. Eks CT 18 telah dilaksanakan di PU Subang dan PU Kuantan bermula dari 14 hingga 20 Julai 2018. Eks CT 18 dilaksanakan secara Field Training Excersice (FTX) yang memberi tumpuan kepada Combined Air Mobility and Helos Ops. Aset-aset TUDM yang terlibat adalah tiga buah pesawat C-130H, tiga buah pesawat CN 235 dan tiga buah pesawat EC 725.
14
Latihan serang hendap ke pangkalan musuh Pesawat EC-725 melakukan latihan Guguran Udara
Panglima Operasi Udara memerhati Eksesais yang dijalankan
149
PELAKSANAAN EKSESAIS TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA 2018 - EKSESAIS SAREX MALSING 1/18
Eks SAREX MALSING 1/18 bertujuan untuk mempertingkatkan interoperability mencari dan menyelamat (SAR) dua hala di antara negara Malaysia dan Singapura. Selain itu ia bertujuan menyediakan pelantar bagi pertukaran profesional dan mengeratkan hubungan kedua-dua pasukan mencari dan menyelamat. Eks SAREX ini dirancang untuk dijadikan sebagai satu aktiviti tahunan dan sebagai permulaan, TUDM bercadang melaksanakan SAREX di peringkat CPX pada tahun 2018 sebelum dipertingkatkan kepada FTX pada masa hadapan. Eksesais ini dilaksanakan di persempadanan maritim di kawasan Pulau Tioman pada 24 hingga 27 April 2018. Eks SAREX MALSING 1/18 berkonsepkan CPX yang mana ianya menguji Standard Operation Procedure (SOP) SAREX bersama dalam simulasi operasi carilamat antara TUDM dan TURS.
PELAKSANAAN EKSESAIS TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA 2018 - HOPPING EKSESAIS RMAF - IAF 2018
HOPPING EKSESAIS RMAF - Indian Air Force (IAF) 2018 dilaksanakan di PU Subang selama empat hari pada 20 hingga 23 Ogos 2018. Eksesais ini dianjurkan dengan mengambil peluang semasa delegasi dan aset IAF membuat Technical Stop di PU Subang ketika dalam perjalanan pulang dari Eks PB18 di Australia. Konsep eksesais adalah Subject Matter Expert Exchange (SMEE) dan aktiviti pertukaran juruterbang antara RMAF dan IAF. Aktiviti lain yang dirancang semasa eksesais ini adalah Community Relationship (COMREL). Aset-aset TUDM yang terlibat adalah dua buah SU 30MKM dan sebuah C130H.
1615
Mesyuarat Final Planning Conference (FPC) SAREX TUDM dan Tentera Udara Republik Singapura (TURS)
Sesi penerangan pesawat pejuang SU-30 India sempena program lawatan sekolah
Kerjasama di Antara pegawai TUDM dan TURS
Pameran Statik pesawat SU-30 India di PU Subang
A N G K ATA N T E N T E R A M A L AY S I A
150 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
CawanganIntegriti ATM
PENGURUSAN INTEGRITI ATM
MESYUARAT JAWATANKUASA INTEGRITI DAN TADBIR URUS (JITU)
Cawangan Integriti BIJ ATM telah melaksanakan 9 siri Mesyuarat JITU sepanjang 2018 bagi menyelesaikan masalah tadbir urus dan integriti ATM. Melalui mesyuarat tersebut, masalah, tindakan preventif, korektif, punitif dan pemulihan integriti dapat diketahui, dilapor dan dipantau oleh Pengurusan Tertinggi ATM bagi memartabatkan integriti dalam ATM. Semua isu yang diangkat telah diambil tindakan penyelesaian.
• 3 Siri Mesyuarat JKK JITU Markas ATM. JKK JITU MK ATM Siri 3/17 (11 Jan 18, Siri 1/18 (22 Mei 18) dan Siri 2/18 (2 Okt 18) di Bilik Mesyuarat BIJ ATM.
• 3 Siri Mesyuarat JKK JITU ATM. JKK JITU ATM Siri 3/17 (19 Feb 18), Siri 1/18 (27 Jun 18) dan Siri 2/18 (21 Nov 18) di Bilik Mesyuarat Sekretariat Makas ATM.
• 3 Siri Mesyuarat JITU ATM. JITU ATM Siri 3/2017 (27 Mac 18), Siri 1/2018 (6 Ogos 18) dan Siri 2/2018 (24 Dis 18) di Bilik Mesyuarat PAT.
KURSUS PENGURUSANINTEGRITI (IMC) ATM
Pelaksanaan 3 siri Kursus Pengurusan Integriti (IMC) ATM pada tahun 2018 secara anjuran bersama dengan Markas Perkhidmatan TD, TLDM dan TUDM. Objektif kursus adalah untuk memberi Pengetahuan dan Latihan Kemahiran Pengurusan Integriti ATM. Kursus disertai oleh pegawai berpangkat Lt. Kol. dan Mej. bagi penjawat jawatan hot spot/hot job, Pegawai Integriti ATM/Perkhidmatan/Formasi/Pasukan. Sehingga kini, ATM telah berjaya melatih seramai 329 orang pegawai ATM.
• Kursus Pengurusan Integriti (IMC) ATM Siri 1/2018 pada 26 Mac - 6 Apr 17 di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL).
• Kursus Pengurusan Integriti (IMC) ATM Siri 2/2018 pada 2 - 13 Jul 18 di KD Sultan Idris Shah (KDSI), Pangkalan TLDM Lumut, Perak.
• Kursus Pengurusan Integriti (IMC) ATM Siri 3/2018 pada 15 - 26 Okt 18 di Institut Latihan Pengurusan Material (INSMAT), TUDM Kinrara, Puchong.
KAJIAN PENGETAHUAN DAN AMALAN INTEGRITI ATM (KPAI ATM)
Cawangan Integriti BIJ ATM telah melaksanakan KPAI ATM secara atas talian (online) mulai 1 Jan - 31 Dis 18. Kajian ini menjadi projek Petunjuk Prestasi (Key
1
2
3
Kursus Pengurusan Integriti Siri 1/2018 di WTKL
Kursus Pengurusan Integriti Siri 1/2018 di KD Sultan Idris, TLDM Lumut, Perak
Kursus Pengurusan Integriti Siri 1/2018 di INSMAT, TUDM Kinrara, Kuala Lumpur
151
Performance Index-KPI) BIJ ATM. Objektif kajian adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan dan amalan integriti anggota dan organisasi ATM bagi merangka pelan tindakan bagi pemantapan integriti ATM.
PELAN INTERVENSI PENGUKUHAN INTEGRITI (PIPI) ATM
ATM telah melancarkan PIPI ATM berasaskan 4 strategi dan 9 tonggak program sebagai suatu usaha terancang dan sistematik bagi menangani isu rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan. PIPI ATM juga merupakan suatu pelan berterusan yang dipantau rapi keberkesanannya oleh Jawatankuasa JITU ATM. PIPI ATM telah pun diimplimentasi di seluruh Perkhidmatan ATM.
PROGRAM BIMBINGAN PENGURUSAN INTEGRITI ATM
Ceramah Pengurusan Integriti ATM di markas, formasi dan pasukan ATM telah dilaksanakan oleh BIJ ATM sepanjang 2018. Ceramah berrtujuan memberi kefahaman kepada pegawai dan anggota ATM mengenai Pengurusan Integriti ATM serta keperluan Audit Penarafan Bintang bagi Sub Komponen A1.5 (Pengurusan Integriti). Markas, formasi dan pasukan ATM yang terlibat ialah:
• Ceramah Proses Pemantapan Integriti ATM di Seminar Integriti KOMLEK di Wisma Perwira ATM pada 13 Sep 18.
• Ceramah Seminar Pengurusan Logistik (PTTK) Bahagian KOMLEK di Bilik Cyber, Wisma Pertahanan pada 9 Ogos 18.
• Ceramah Pengurusan Integriti ATM di Pusat Latihan Pengaman Malaysia 19 Jul 18.
• Ceramah Berkenaan Pengurusan Intetgriti bagi Seminar Tadbir Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat Siri 1/2018 di Markas Latihan TD pada 31 Jul 18.
PENYERTAAN PROGRAM BERSAMA UNIT INTEGRITI KEMENTAH
ATM juga telah menjalankan aktiviti bersama Unit Integriti KEMENTAH iaitu Program Wacana Patriot sempena Hari Kemerdekaan peringkat KEMENTAH pada 11 Oktober 2018. Jemputan panel Wacana melibatkan MENHAN, PAT dan Tan Sri Zulkifli mantan KSN. Wacana telah dihadiri oleh staf ATM dan awam KEMENTAH.
4
5
6
Barisan pegawai kanan yang menyertai Wacana Patriot
A N G K ATA N T E N T E R A M A L AY S I A
PELAN INTERVENSI PENGUKUHAN INTEGRITI (PIPI) ATMPunca Kuasa: Arahan PIPI ATM bth 6 Dis 17
STRATEGI 4P+9TP1 - PENGUKUHAN P2 - PENDIDIKAN
P3 - PENGUATKUASAAN P4 - PUNITIF
SISTEM DAN PROSEDUR/KAWALAN
DALAMANa. Audit Dalam/CRMb. Audit Tidak Terjangka (ATT)c. Kuatkuasa prosedur sedia
ada
PEMANTAPAN PEROLEHAN ATM
a. JKKPP Markas Pemerintahanb. Penglibatan Pegawai Integritic. Kajian prestasi kontraktor
PEMERKASAAN SALURAN ADUAN ATM
a. Mematuhi garis panduan aduan online
b. Aduan berhemah
SMART PARTNERSHIPa. MSPRM, IIM, INTAN dan
AKPKb. Agensi lain berkepentingan
DETERRENCE PUNITIVEa. Sistem Demerit Individub. Job Rotationc. Pangkalan Data Penilaian Kontraktord. Watchlist Anggota
KAWALAN DISIPLIN & PENYELIAAN STAF
a. Mentoringb. PIOc. Pengisytiharan Harta
DASAR PENERIMAAN & PEMBERIAN HADIAH ATM
a. Hebahan kepada warga ATM & Kontraktor ATM
b. CIP
POLISI PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT
a. Wujud PPPM ATMb. Galak & siasat aduan
LEARNING ORGANISATIONa. Subjek integriti di Kursus
Kerjaya/Fungsionalb. Bengkel Integriti
Peg/Anggotac. Penyuburan semula Kod
Etika Melalui SPR.d. Jerayawara
152 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
PROGRAM PEGAWAI INTEGRITI BERTAULIAH (CEIO)
Cawangan Integriti BIJ turut menjalinkan kerjasama dengan SPRM dengan menghantar Pegawai ATM mengikuti Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) anjuran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA). Ia merupakan program latihan bagi melatih Pegawai Awam termasuk ATM untuk melaksanakan tugas selaku Pegawai Integriti yang bertauliah di peringkat nasional. Seramai tiga orang pegawai ATM berpangkat Lt. Kol. dan Mej. telah mengikuti satu siri kursus ini iaitu Program CeIO Siri 20/18 pada 21 Januari hingga 17 April 2018 di MACA, Kuala Lumpur. Sehingga 2018, ATM telah memiliki 53 orang Pegawai Integriti Bertauliah yang telah dilantik bagi melaksanakan tugas berikut dalam memperkasa integriti ATM:
• Pegawai Integriti Markas, Formasi dan Pasukan setaraf. • Penyelaras SSR SK A1.5 (Pengurusan Integriti).• Fasilitator/Jurulatih Integriti.• Mentor Pengurusan Integriti Perkhidmatan.• Juruaudit Integriti.
7
Program CEIO Siri 20/18 di MACA Kuala Lumpur
Ahli panel Wacana Patriot
153
SEMINAR PELAN TINDAKAN INTEGRITI DAN ANTI RASUAH (PTIAR) DALAM KERANGKA HALA TUJU MALAYSIA BARU
Seminar PTIAR dianjurkan oleh Institut Pengurusan Integriti Negeri Melaka (INSPIM) bersama Institut Integriti Malaysia (IIM) pada 13 - 14 November 2018 di Hotel Muzaffar, Melaka untuk wakil agensi kerajaan dan korporat di Malaysia. Seminar tersebut telah dihadiri oleh IJ ATM dan Pegawai Staf Integriti Markas/Perkhidmatan. Ia bertujuan untuk memberikan panduan, kefahaman dalam menggubal Pelan Integriti Organisasi (PIO) selaras dengan kerangka hala tuju Malaysia Baru. Info seminar dapat membantu agensi merancang pelaksanaan pelan integriti masing-masing dengan lebih praktikal, sistematik dan berkesan.
8
Penyertaan pegawai ATM di Seminar Pelan Tindakan Integriti dan Anti Rasuah dalam Kerangka Hala Tuju Malaysia Baru
A N G K ATA N T E N T E R A M A L AY S I A
154 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Sukan ATM
PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN SUKAN ATM
PERINGKAT ANTARABANGSA
Persatuan Sukan ATM telah menghantar penyertaan sebagai atlet dan pegawai kejohanan di peringkat antarabangsa. Penglibatan dan pencapaian Persatuan Sukan ATM sepanjang 2018 seperti berikut:
Bil Kejohanan Tarikh/TempatPencapaian
Kategori Kedudukan
ANGKAT BERAT
1 Singapore National Open Weightlifting Championship
10 - 11 Mac 2018Singapura
Wanita 1 x Emas
BADMINTON
2 Celcom Axiata National Championship
26 Februari - 3 Mac 2018Kuala Lumpur
Perseorangan Lelaki
Johan
The Black Valley Cup International Challenge
2 - 5 November 2018China
Berpasukan Wanita
Johan
Badminton Asia Elite Tour 15 - 16 September 2018China
Berpasukan Naib Johan
Victor Chinese Cup 11 - 13 Mei 2018Hong Kong
Berpasukan Naib Johan
PingShan Open 6 - 8 Julai 2018China
Berpasukan Naib Johan
Kawasaki Badminton Championship 20 - 23 September 2018China
Berpasukan Johan
Kuwait International Invitation 18 - 23 September 2018Kuwait
Beregu Lelaki Johan
HOKI
3 Kejohanan Hoki Dewan Antarabangsa Universiti Antarabangsa Jakarta
25 - 30 Januari 2018 Jakarta, Indonesia
Lelaki Johan
JUDO
4 Fescom International Judo Championship 2018
1 - 2 Disember 2018Pulau Pinang
LelakiWanita
1 x Perak3 x Gangsa
KRIKET
5 Saudari Cup 9 - 12 Ogos 2018Kuala Lumpur
Perempuan Johan
Stan Nagaiah Trophy 17 - 25 Februari 2018Johor Bharu
Lelaki Johan
International Cricket Council (ICC) World Cricket League – Div 4
26 April - 6 Mei 2018Kuala Lumpur
Lelaki Ke 3
ICC T20 Cricket World Cup 2020 Qualifier-Eastern region Sub Qualifier
3 - 12 Oktober 2018Kuala Lumpur
Lelaki Ke 3
LUMBA BASIKAL
6 Le Tour de Langkawi 23 Mac 2018 Tapah, Perak
Lebuhraya 1 x Gangsa
Tour of Thailand 1 April 2018Thailand
Lelaki 1 x Emas
155
Bil Kejohanan Tarikh/TempatPencapaian
Kategori Kedudukan
Asia Cycling Championship Para 21 Februari 2018Negeri Sembilan
Lelaki 1 x Emas
Sukan Asia Para 8 Oktober 2018 Indonesia
Lelaki 2 x Perak
MEMANAH
7 Kejohanan 18th Asian Game Invitation Tournament
16 - 21 Februari 2018 Indonesia
Berpasukan Wanita
Gangsa
Kejohanan Memanah Thailand Princess Cup
22 - 29 Jun 2018Thailand
Wanita Gangsa
Kejohanan Memanah Asia Pacific Masters Games
7 - 15 September 2018 Malaysia
Lelaki Emas
PETANQUE
8 Kejohanan Petanque Krabi Thailand International Championship
26 Julai - 2 Ogos 2018 Thailand
Lelaki Naib Johan
PERAHU LAYAR
9 Royal Langkawi International Regatta 8 - 13 Januari 2018 Langkawi
Racing Class Naib Johan
Raja Muda Selangor International Regatta
17 - 24 November 2018 Class 6 Johan
SKUASY
10 OHANA-SRAM Squash League 2018 24 Januari - 1 Julai 18 Kuala Lumpur
Berpasukan JohanKe 3
40th Perak Squash Championship 2018
13 - 16 Disember 2018 Perak
Berpasukan 4 x Emas5 x Perak
1 x Gangsa
SUKAN LASAK
11 Aquathlon International Klebang 28 Januari 2018 Melaka
Lelaki 2 x Emas2 x Perak
2 x Gangsa
Malaysia Eco Sport Challenge Tampin 5 Februari 2018 Perak
Lelaki 2 x Emas1 x Perak
Educity Duathlon Nusa Jaya 10 Februari 2018 Johor
Lelaki 2 x Emas1 x Perak
2 x Gangsa
Klebang 113 Triathlon 15 April 2018 Melaka
Lelaki 2 x Emas1 x Perak
1 x Gangsa
Triathlon Port Dickson 14 Julai 2018 Negeri Sembilan
Lelaki 1 x Emas
Sepang Duathlon 5 Ogos 2018 Selangor
Lelaki 2 x Emas
Bukit Merah Lake Town International Triathlon
28 Oktober 2018Perak
Lelaki 1 x Emas1 x Gangsa
Semilajau Nature Challenge 3 November 2018 Sarawak
Lelaki 1 x Emas
A N G K ATA N T E N T E R A M A L AY S I A
156 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
MALAM ANUGERAH MAKSAK MALAYSIA 2017
Malam Anugerah MAKSAK Malaysia 2017 telah dilangsungkan pada 24 Julai 2018 bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam. Majlis ini diadakan bagi meraikan anggota-anggota kerajaan yang cemerlang di dalam bidang sukan pada tahun 2017. LK I PRL Hakimi bin Mansor dari sukan Olahraga ATM telah dinobatkan Anugerah Khas Lelaki 2017 di atas pencapaian beliau mendapat pingat emas serta memperbaharui Rekod Baru Malaysia dan Rekod Kejohanan Sukan SEA.
Selain itu, LK I PRL Jackie Wong Sie dari sukan Olahraga ATM telah dinobatkan sebagai Olahragawan MAKSAK Malaysia 2017 dan LKpl. Zaidatul Husniah Binti Zulkifli dari sukan Olahraga ATM juga telah dianugerahkan sebagai Olahragawati MAKSAK 2017.
KEJOHANAN ANTARA PERKHIDMATAN 2018
Pada tahun 2018 sebanyak 38 acara sukan telah dipertandingkan dan dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan. Keputusan terperinci Kejohanan Antara Perkhidmatan 2018 adalah seperti berikut:
Siri Sukan Tarikh Tempat Johan Kedua Ketiga Penganjur
1 Tenis
8 – 11 AprilLembah Klang
LAUT DARAT UDARA
TDM2 Bola Jaring LAUT UDARA DARAT
3 Lawn Bowls Klang LAUT UDARA DARAT
4 Skuasy (L)
9 – 13 Julai Lembah Klang
LAUT DARAT UDARA
TUDM5 Skuasy (W) LAUT DARAT UDARA
6 Futsal (L) UDARA LAUT DARAT
157
Siri Sukan Tarikh Tempat Johan Kedua Ketiga Penganjur
7 Futsal (W)9 – 13 Julai
Lembah Klang LAUT DARAT UDARATUDM
8 Ping Pong PU Subang UDARA LAUT DARAT
9 TenPin Bowling (L) 31 Julai – 1 Ogos Kuala Terengganu
LAUT DARAT UDARAPersatuan
10 TenPin Bowling (W) LAUT DARAT UDARA
11 Menembak (L)1 – 5 Ogos Subang
LAUT UDARA DARATPersatuan
12 Menembak (W) LAUT DARAT UDARA
13 Bola Keranjang13 – 17 Ogos Pulau Pinang
LAUT DARAT UDARA
TDM14 Tae Kwan Do DARAT LAUT UDARA
15 Bola Sepak DARAT UDARA LAUT
16 Kriket (L) 17 – 21 September Bayumas Oval
UDARA LAUT DARATPersatuan
17 Kriket (W) LAUT UDARA DARAT
18 Payung Terjun 21 – 30 September Kuantan UDARA DARAT LAUT Persatuan
19 Hoki Padang (L) 1 – 4 Oktober PU Subang
DARAT LAUT UDARAPersatuan
20 Hoki Padang (W) DARAT LAUT UDARA
21 Akuatik
1 – 5 Oktober TLDM Lumut
DARAT LAUT UDARA
TLDM
22 Polo Air DARAT LAUT UDARA
23 Petanque LAUT UDARA DARAT
24 Silat Olahraga DARAT LAUT UDARA
25 Sepak Takraw DARAT UDARA LAUT
26 Olahraga (L) LAUT DARAT UDARA
27 Olahraga (W) LAUT DARAT UDARA
28 Hoki Dewan (L) 8 – 11 Oktober Kem Sg Buloh DARAT LAUT UDARA Persatuan
29 Hoki Dewan (W) LAUT DARAT UDARA
30 Memanah
22 – 26 Oktober
Kolej Tentera Udara
LAUT UDARA DARAT
TUDM31 Bola Tampar (L) DARAT LAUT UDARA
32 Bola Tampar (W) LAUT DARAT UDARA
33 Badminton LAUT DARAT UDARA
34 Golf30
Oktober – 1 November
Klang DARAT LAUT UDARA
Persatuan
35 Lumba Basikal 7 – 9 November TLDM Lumut LAUT DARAT UDARA
36 Bina Badan 14 – 15 November PU Subang DARAT LAUT UDARA
37 Tinju 23 – 26 November Melaka DARAT UDARA LAUT
38 Ragbi 26 – 30 November TLDM Lumut DARAT UDARA LAUT
39 Triathlon 2 Disember Melaka DARAT LAUT UDARA
A N G K ATA N T E N T E R A M A L AY S I A
158 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
PUNGUTAN MATA DAN KEDUDUKAN KEJOHANAN ANTARA PERKHIDMATAN TAHUN 2018
Perkhidmatan Johan Naib Johan Ketiga Kedudukan
TENTERA DARAT MALAYSIA 16 15 9 2
TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA 20 15 5 1
TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA 4 10 26 3
MALAM ANUGERAH MAJLIS SUKAN ANGKATAN TENTERA 2017
Majlis telah dilaksanakan pada 9 Oktober 2018 bagi meraikan kejayaan-kejayaan yang dicapai pada tahun 2017. Pada majlis tersebut seramai 70 calon telah dianugerahkan mengikut pencapaian individu masing-masing yang diraih pada tahun 2017. LK I PRL Muhammad Ezuan bin Nasir Khan dari sukan Menembak telah dinobatkan sebagai Olahragawan ATM 2017 dan LKpl. Zaidatul Husniah Binti Zulkifli dari sukan Olahraga pula telah dinobatkan sebagai Olahragawati ATM 2017. Penyampaian ini telah disempurnakan oleh PAT selaku Penaung Majlis Sukan Angkatan Tentera.
Olahragawan dan Olahragawati ATM bergambar bersama PAT, PTU dan KS MK ATM
159
SUKAN ASIA JAKARTA PALEMBANG 2018 DAN SUKAN KOMANWEL GOLD COAST 2018
Seramai 12 anggota ATM telah terpilih bagi mewakili Kontinjen Malaysia menyahut cabaran di Sukan Komanwel Gold Coast 2018 yang diadakan di Australia. Antara sukan yang terlibat adalah angkat berat, skuasy, badminton, olahraga, menembak dan ping pong.
Seramai 21 anggota angkatan tentera yang berbeza perkhidmatan telah terpilih menyarung baju Malaysia untuk menghadapi Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 yang diadakan di Indonesia. Antara sukan yang terlibat ialah hoki, skuasy, badminton, tinju, memanah, olahraga, bola baling, kabaddi dan ping pong.
Pbt. Mohd Nafiizuan bin Adnan telah membantu pasukan skuasy Negara untuk memperolehi pingat emas dalam acara berpasukan
Sukan Asia 2018
Pbt Zaidatul Husniah bte Zulkifli telah menyertai acara 100m Wanita di Sukan Asia Jakarta Palembang 2018
Pbt. Muhammad Azroy Hazalwafie bin Izhar Ahmad sedang mencuba membuat angkatan dalam sukan Angkat Berat di
Kejohanan Sukan Komanwel Gold Coast 2018
A N G K ATA N T E N T E R A M A L AY S I A
160 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT)
Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATMPuan Sri Datin Seri Hajah Rusnah binti Haji A. Rahman
PenasihatMej Jen Dato’ Haji Azlan bin Abd Rahman
(AKS Perkhidmatan Anggota)
PS 1 BAKAT ATMLt Kol Hajah Zainon binti Haji Mohamed
PS 2 BAKAT ATMMej Farahaida binti Jaafar
PS 3 BAKAT ATMKapt Nor Farahana bte Mohd Basheer
Pengerusi Jemaah TertinggiBAKAT Darat
Datin Seri Noor Akmarbinti Yaacob
Pengerusi Jemaah TertinggiBAKAT Laut
Puan Sri Noor Azrinabinti Abdullah
Pengerusi Jemaah TertinggiBAKAT Udara
YAM Tengku PuteriSeri Teja Pahang
Puan Sri Hajah Tengku Muhainibinti Sultan Haji Ahmad Shah
Pengerusi BAKATGabungan MK ATM
Datin Zubaidah binti Abdullah
Pengerusi BAKATMK Angkatan Bersama
Datin Mariam Suribinti Ahamad
Pengerusi BAKAT BahagianStaf Perisikan PertahananDatin Rosmawar Fizawan
binti Wan Zainal
Pengerusi BAKAT BahagianPerkhidmatan Anggota
Datin Siti Fadzilahbinti Haji Ismail
161
MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT BAKAT ATM
Majlis telah dilaksanakan pada 12 Januari 2018 bertempat di Rumah Perkasa. Majlis ini diadakan sempena pembukaan aktiviti BAKAT ATM bagi tahun 2018. Acara dimulakan dengan dendangan selawat yang dipimpin oleh ustazah-ustazah dari Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). Majlis ini juga diisi dengan slot tazkirah ringkas dan dihadiri oleh 250 ahli BAKAT ATM. Mantan-mantan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM dan BAKAT Perkhidmatan turut dijemput hadir bagi mengimarahkan lagi majlis.
MESYUARAT JEMAAH TERTINGGI BAKAT ATM 2018
Mesyuarat Jemaah Tertinggi BAKAT ATM 2018 telah dilaksanakan pada 18 Januari 2018 di Bilik Mesyuarat, Rumah BAKAT ATM. Mesyuarat ini merupakan aktiviti awal tahun bagi merancang hala tuju dan aktiviti-aktiviti BAKAT ATM bagi tahun 2018 dan turut membincangkan perkara-perkara ke arah penambahbaikan perjalanan BAKAT ATM. Aktiviti yang dirancang termasuk aspek-aspek kebajikan, keagamaan, pendidikan dan sosial. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Puan Sri Norlida binti Haji Abdul Mubin, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM serta di hadiri oleh Penasihat BAKAT ATM, Mej. Jen. Datuk Wira Zamrose bin Mohd Zain, Ahli-Ahli Jemaah Tertinggi BAKAT ATM dan Penasihat-Penasihat BAKAT Perkhidmatan.
TEAM BUILDING BAKAT ATM
Team Building BAKAT ATM ini telah diadakan pada 11 dan 12 Mei 2018 bertempat di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang. Team Building ini diadakan bertujuan memupuk kerjasama di kalangan ahli BAKAT, menjalinkan komunikasi yang baik serta menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan. Seramai 60 orang ahli BAKAT ATM menyertai program tersebut. Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Ahli-Ahli Jemaah Tertinggi BAKAT ATM serta ahli-ahli BAKAT ATM turut hadir menyertai program ini.
1
2 3
Majlis dimulakan dengan sesi tazkirah oleh KAGAT
Ahli-Ahli Jemaah Tertinggi BAKAT ATM Bersama Penasihat-Penasihat BAKAT Perkhidmatan
Mesyuarat Jemaah Tertinggi BAKAT ATM sedang berlangsung
Peserta Team Building BAKAT ATM mendengar taklimat oleh penceramah
A N G K ATA N T E N T E R A M A L AY S I A
162 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
PROGRAM JASMANI, EMOSI, ROHANI DAN INTELEKTUAL (JERI) BAKAT ATM
Program Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual BAKAT ATM telah diadakan pada 24 April 2018 bertempat di Dewan Bankuet, Rumah BAKAT ATM. Majlis ini merupakan anjuran bersama BAKAT Gabungan MK ATM dan KAGAT. Program ini merupakan program yang dirangka khas bertujuan melahirkan ahli BAKAT yang mampan serta digarap menerusi latihan bersepadu meliputi empat unsur fitrah kejadian manusia iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek yang seimbang. Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Ahli-Ahli Jemaah Tertinggi BAKAT ATM serta ahli-ahli BAKAT ATM turut hadir menyertai program ini.
AKTIVITI PEMBUNGKUSAN DAN PENGAGIHAN SUMBANGAN HARI RAYA BAKAT ATM
Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) - Sel Kebajikan telah melaksanakan Majlis Pembungkusan dan Pengagihan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2018. Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan seperti tahun-tahun sebelumnya yang mana bungkusan-bungkusan ini akan diagihkan kepada perajurit-perajurit ATM yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri. Majlis ini diadakan pada 15 Mei 2018 bertempat di Dewan Bankuet, Rumah BAKAT ATM. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Ahli-Ahli Jemaah Tertinggi BAKAT ATM dan 60 orang ahli BAKAT daripada ketiga-tiga perkhidmatan.
4 5
Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM bersama ahli-ahli BAKAT ATM
Emosi salah seorang peserta yang terlibat dalam Program JERI yang dilaksanakan
Penyampaian cenderahati kepada penceramah
Aktiviti pembungkusan barangan hari raya sedang dilaksanakan
163
MAJLIS QIYAM RAMADHAN BAKAT ATM
Majlis Qiyam Ramadhan peringkat BAKAT ATM telah diadakan pada 24 Mei 2018 di Masjid Khalid Al-Walid. Konsep majlis ini adalah solat sunat yang dipimpin oleh Pegawai Agama Wanita dari Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dan diikuti oleh ceramah dari penceramah jemputan, Ustaz Datuk Mohamad Kazim bin Elias. Majlis ini dihadiri Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM dan Ahli-ahli Jemaah Tertinggi BAKAT ATM serta 200 orang ahli BAKAT daripada ketiga-tiga perkhidmatan.
MAJLIS ‘SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH’ BAKAT ATM
Majlis ini diadakan pada 19 Jun 2018 di Dewan Bankuet, Rumah BAKAT ATM bertujuan bagi meraikan YBhg. Puan Sri Norlida binti Haji Abdul Mubin, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT yang akan bersara mengikuti Panglima Angkatan Tentera YM Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Mohamed Noor yang akan menamatkan perkhidmatan. Majlis ini turut menghargai sumbangan beliau sepanjang menjadi Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM. Majlis ini telah dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada ahli-ahli BAKAT Perkhidmatan.
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGERUSI JEMAAH TERTINGGI BAKAT ATM
Pada 20 Jun 2018, Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM telah diadakan diantara YBhg. Puan Sri Norlida binti Haji Abdul Mubin dan YBhg. Puan Sri Datin Seri Hajah Rusnah binti Haji A. Rahman. Majlis serah terima tugas ini disaksikan oleh Brig. Jen. Dato’ Abdul Manaf bin Mohd Zaid TUDM, Timbalan AKSPA mewakili Penasihat BAKAT ATM.
MAJLIS KESYUKURAN DAN SELAMAT DATANG PENGERUSI JEMAAH TERTINGGI BAKAT ATM
Pada 18 Julai 2018, BAKAT Udara telah menganjurkan majlis doa selamat dan kesyukuran Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM yang baru iaitu YBhg. Puan Sri Datin Seri Hajah Rusnah binti Haji A. Rahman. Seramai 150 orang ahli BAKAT dari setiap perkhidmatan hadir mengimarahkan majlis ini.
6
7
8
9
Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM Menyampaikan Cenderahati Kepada Penceramah Jemputan
Gambar kenangan bersama Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM
Persembahan dari ahli-ahli BAKAT Perkhidmatan
Penyerahan tugas di antara Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM lama kepada Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM yang baharu
A N G K ATA N T E N T E R A M A L AY S I A
164 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
MAJLIS ‘SULAMAN KASIH JALINAN MESRA’ BAKAT ATM
Majlis ini diadakan pada 6 September 2018 bagi suai kenal di antara YBhg. Puan Hajah Normah binti Alwi, Isteri Menteri Pertahanan Malaysia yang baru dan ahli-ahli BAKAT ATM. Seramai 250 ahli BAKAT ATM hadir memeriahkan majlis. Majlis ini telah dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada BAKAT-BAKAT Perkhidmatan.
LAWATAN BAKAT ATM KE HOSPITAL ANGKATAN TENTERA TUANKU MIZAN, KUALA LUMPUR SEMPENA HARI ATM KE - 85 TAHUN 2018
Pada 17 Oktober 2018, Jemaah Tertinggi BAKAT ATM telah membuat lawatan kebajikan ke Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan sempena Sambutan Hari ATM Ke-85. Lawatan ini telah dihadiri oleh YBhg. Puan Sri Datin Seri Hajah Rusnah binti Haji A. Rahman, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM bersama dengan Ahli-Ahli Jemaah Tertinggi BAKAT ATM. Lawatan dimulakan dengan melawat Wad Keluarga, Wad Bersalin, Wad Perubatan (Wanita), Wad Perubatan (Lelaki), Wad
Pembedahan dan Wad Kanak-kanak. Seramai 122 orang pesakit warga tentera dan keluarga serta pesakit awam telah menerima sumbangan ikhlas daripada BAKAT ATM yang telah disampaikan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM.
LAWATAN BAKAT ATM KE 96 HAT, PANGKALAN TLDM, LUMUT, PERAK SEMPENA HARI ATM KE-85 TAHUN 2018
Pada 1 November 2018, Jemaah Tertinggi BAKAT ATM telah membuat lawatan kebajikan ke 96 Hospital Angkatan Tentera (HAT) Pangkalan TLDM, Lumut, Perak sempena Sambutan Hari ATM Ke-85. Lawatan ini telah dihadiri oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM bersama dengan Ahli-ahli Jemaah Tertinggi BAKAT ATM. Selain program lawatan, turut diadakan lawatan ke Institut Perubatan Bawah Air Hiperbarik (IPBAH) dan Ceramah Kesihatan bertajuk Menangani Stress oleh Kol. (Dr.) Mohd Shah bin Esa, Pakar Psikiatri 96 HAT. Lawatan dimulakan dengan melawat Wad Keluarga, Wad Bersalin, Wad Perubatan (Wanita), Wad Perubatan (Lelaki), Wad Pembedahan dan Wad Kanak-kanak. Seramai 52 orang pesakit warga tentera dan keluarga serta pesakit awam telah menerima sumbangan ikhlas daripada BAKAT ATM yang disampaikan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM.
10
11
12
Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM memotong pulut kuning
Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM melawat warga emas
Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM melawat pesakit dan bayi di Wad Bersalin
YBhg. Puan Normah melihat hasil kraftangan yang telah dihasilkan oleh ahli-ahli BAKAT ATM
KELAB & PERSATUAN BERDAFTAR
166 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
LAPORAN AKTIVITI SEPANJANG 2018
Mesyuarat Agung PUSPANITA Kementerian Pertahanan Kali ke-35
Mesyuarat Agung PUSPANITA Kementerian Pertahanan Kali ke-35 telah diadakan pada 25 Januari 2018 di Auditorium Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. Mesyuarat adalah bertujuan untuk membentangkan laporan aktiviti, laporan kewangan dan perancangan program yang akan dilaksanakan. Selain itu kaunter keahlian, jualan kain uniform dan t-shirt PUSPANITA serta jualan food truck turut diadakan bagi memeriahkan Mesyuarat Agung tersebut.
1
PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan
Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Cawangan Kementerian Pertahanan telah menjalankan pelbagai aktiviti bagi merapatkan perhubungan muhibah dan menyatupadukan isteri-isteri dan anggota-anggota perkhidmatan awam di semua peringkat perkhidmatan. Di samping itu juga, persatuan ini amat menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli persatuan menerusi program kemajuan diri, ceramah, bengkel, seminar dan kursus yang dilaksanakan.
167
ProgramTetapan Minda
Program Tetapan Minda bersama YBhg. Dato’ Sri Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan telah dilaksanakan pada 12 April 2018 di Auditorium Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur. Program ini diadakan adalah untuk menerangkan hala tuju Kementerian Pertahanan bersama warga PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan. Seramai 400 ahli telah menghadiri program ini.
Persidangan PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan dan Kelab Kakitangan AwamKementerian Pertahanan (KAKEP)
Persidangan PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan dan Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP) telah dilaksanakan pada 17 dan 18 Julai 2018 di Dewan Seminar STRIDE Kajang. Seramai 80 orang telah menyertai persidangan ini. Tujuan seminar ini adalah:
1. Memperkasakan serta mengoptimumkan aktiviti PUSPANITA dan KAKEP berlandaskan NBOS
2. Memberi fokus dan menambahkan kesedaran kepada peserta untuk memahami objektif dan tanggungjawab serta komitmen dalam mencapai matlamat penubuhan PUSPANITA/KAKEP
3. Menyuntik dan meningkatkan kesedaran serta motivasi yang tinggi kepada peserta untuk bangkit bersama dalam merancang dan seterusnya menjayakan program/aktiviti
4. Merangka dan merancang program secara strategik yang bersesuaian dengan keperluan PUSPANITA dan KAKEP
23
K E L A B & P E R S AT U A N B E R DA F TA R
168 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP)
FUNGSI KAKEP KEPADA KEMENTERIAN PERTAHANAN
• Memajukan kegiatan-kegiatan sosial, kebudayaan dan sukan di antara kakitangan awam Kementerian Pertahanan Malaysia
• Memberi galakan kepada ahli-ahli supaya melawat tempat-tempat luar
• Memberi kepada ahli-ahli kemudahan sosial, saling bantu-membantu, meninggikan akhlak jasmani dan rohani serta hiburan.
PERANAN DAN FUNGSI
• Menguruskan pentadbiran KAKEP Induk kepada rumah-rumah sukan di bawah KAKEP iaitu rumah Merah, Biru, Oren dan Hijau
• Menyelaras segala bentuk aktiviti-aktiviti yang melibatkan KAKEP
• Menguruskan kebajikan ahli-ahli yang ditimpa musibah
LAPORAN AKTIVITI TAHUN 2018
JAWATANKUASA KECIL AGAMA KAKEP
Sepanjang tahun 2018, Jawatankuasa Kecil Agama KAKEP telah melaksanakan beberapa aktiviti yang melibatkan semua ahli KAKEP. Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2018:
Majlis Pengagihan ZakatMAIWP (Agihan ke 2)
Majlis Pengagihan Zakat MAIWP (Agihan ke 2) telah diadakan pada 8 Jun 2018 di Auditorium Wisma Pertahanan dan seramai 140 orang ahli KAKEP telah menerima bantuan zakat tersebut. Pengagihan zakat ini adalah sebagai bantuan Hari Raya Aidilfitri 1440H kepada ahli-ahli KAKEP kawasan Lembah Klang. Jumlah keseluruhan bagi bantuan tersebut adalah sebanyak RM14,200.00. Majlis telah dirasmikan oleh YB Menteri Pertahanan, Tuan Haji Mohamad bin Sabu dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan merangkap Presiden KAKEP, Dato’ Halimi bin Abd Manaf.
1
169
Program PengagihanBubur Lambuk
Program Pengagihan Bubur Lambuk juga telah dilakukan pada setiap hari Selasa dan Khamis sepanjang bulan Ramadan tahun 2018. Program ini telah dirasmikan pada 22 Mei 2018 oleh YB Menteri Pertahanan, Tuan Haji Mohamad bin Sabu dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan merangkap Presiden KAKEP, Dato’ Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi. Sepanjang program ini dijalankan, sebanyak 11,800 bungkus bubur lambuk telah diagihkan kepada semua staf di Wisma Pertahanan dan sekitarnya.
2
JAWATANKUASA SUKAN KAKEP TAHUN 2018
Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Sukan KAKEP pada tahun 2018. Aktiviti yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:
Bil Program Tarikh Tempat
1 Kejohanan Bola Tampar MAKSWIP 2018 3 – 4 Mac 2018 Dewan Tertutup dan Gelanggang Bola Tampar, Kompleks Sukan
Institut Penilaian Negara (INSPEN), Kajang, Selangor
2 Pertandingan Bola Tampar Pantai MAKSWIP 2018
14 – 16 Disember 2018 Gelanggang Bola Tampar Pantai, Kangar Perlis
3 Kejohanan Sukan Integrasi Bola Jaring 5 Sebelah
14 – 16 Disember 2018
4 Kejohanan Tenpin Bowling Individu MAKSWIP Tahun 2018
20 – 22 Julai 2018 KL Megalanes Bowling Endah Parade, Kuala Lumpur
5 Kejohanan Ping-Pong Lelaki Dan Wanita Berpasukan MAKSWIP 2018
20 – 23 Februari 2018 Stadium Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
6 Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah MAKSWIP 2018
31 Mac 2018 – 1 April 2018 Padang Bola Sepak Pusat Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM)
Sungai Buloh
7 Kejohanan Futsal (Lelaki & Wanita) MAKSWIP 2018
14 – 15 Julai 2018 KSL Sport Centre Setapak Kuala Lumpur
8 Karnival Fun Futsal KAKEP Mindef (Fun Sal) 2018
20 Oktober 2018 KSL Sport Centre Setapak Kuala Lumpur
9 Kejohanan Bola Sepak MAKSWIP Tahun 2018
13 – 16 Disember 2018 Kangar, Perlis
K E L A B & P E R S AT U A N B E R DA F TA R
170 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
SENARAI AKTIVITI JK PEMBANGUNAN DIRI, LATIHAN & KEBAJIKAN, KAKEP TAHUN 2018
Pembangunan Diri, Latihan dan Kebajikan KAKEP turut aktif melaksanakan pelbagai aktiviti antaranya adalah:
• Lawatan kebajikan ke rumah ahli KAKEP yang sakit• Program Ceramah Motivasi bertajuk ”Keseronokan
Bekerja”• Lawatan kebajikan Pegawai Awam Depot Bekalan
Armada Barat di HAT Mizan• Jualan Rakyat
• Program ”Pembentukan Imej dan Keterampilan Diri”• Jualan Best Buy• Kursus Pencarian Juru Acara Majlis• Lawatan kebajikan kakitangan awam STRIDE di
Institut Kanser Negara• Program Ceramah Pengurusan Stress
Lawatan kebajikan ke rumah CC Safariah yang mengidap kencing manis dan suami beliau yang terlantar sakit akibat stroke
Lawatan kebajikan AJK KAKEP – Puan Hayati di hospital PUSRAWI
Program Ceramah Motivasi Pengurusan Stress yang diadakan di Auditorium Wisma Pertahanan pada 25 Julai 2018
Lawatan kebajikan kakitangan awam – Encik Firdaus bin Nazir di Institut Kanser Negara
Lawatan kebajikan AJK KAKEP – Encik Johari di Hospital Kuala Lumpur
PENCAPAIAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
172 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
AnugerahKecemerlangan BPSM
PENYAMPAIAN SIJIL KECEMERLANGAN KPI HRMIS TAHUN 2017
Majlis telah diadakan pada 1 Oktober 2018 di Dewan Sri Siantan (1), Kompleks Perbadanan Putrajaya. Sijil telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Borhan Bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam kepada Dr. Karminder Singh Dillon, Timbalan Ketua Setiausaha (Pegurusan) Kementerian Pertahanan. Kementerian Pertahanan telah mencatatkan 98.97% bagi peratus pengemaskinian keseluruhan modul dan sub modul HRMIS yang menjadi KPI dan mengekalkan penarafan 5 Bintang yang diperolehi pada tahun-tahun sebelumnya.
1
173
Kecemerlangan dan Penganugerahan ATM
MAJLIS PENGANUGERAHAN PINGAT JASA MALAYSIA
Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia telah dilaksanakan di Dewan Perkasa Wisma Perwira ATM pada 21 Disember 2018. Tujuan penganugerahan adalah untuk menghargai keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan khidmat bakti yang cemerlang pegawai-pegawai dan anggota ATM dalam menjalankan kewajipan sepanjang perkhidmatan mereka bermula 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990 atau dikenali sebagai Perkhidmatan semasa darurat kedua atau tempoh yang terlibat di dalam memerangi pengganas komunis Malaya. Pingat ini telah dizahirkan melalui statutnya pada 3 Mac 2004 dan telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Majlis telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera. Seramai 179 orang telah menerima penganugerahan ini.
MAJLIS PENGANUGERAHAN DARJAH KEPAHLAWANAN ANGKATAN TENTERA (DKAT)
Majlis Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) telah diadakan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM pada 22 November 2018. Majlis telah disempurnakan oleh YB Menteri Pertahanan. Seramai 561 orang penerima DKAT terdiri dari dua penerima PGAT, 18 penerima PSAT, 62 penerima PAT, 229 penerima KAT dan 250 penerima BAT menerima pingat DKAT masing-masing.
1 2
P E N C A PA I A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N
174 L A P O R A N TA H U N A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N M A L AY S I A 2 0 1 8
PERSIJILAN MS ISO/IEC 27001:2013 INFORMATION SECURITY MANAGEMENT SYSTEM HRMIS ATM
Persijilan MS ISO/IEC 27001:2013 Information Security Management System (ISMS) diterima daripada Cyber Security Malaysia pada 2 April 2018. Dengan persijilan ini, ianya menunjukkan bahawa HRMIS ATM yang dibangunkan sejak tahun 2013 telah mematuhi piawaian antarabangsa di dalam pengurusan sistem, rangkaian, aset ICT, keselamatan maklumat dan peroperasian HRMIS ATM. Persijilan ini juga merupakan penanda aras yang tinggi dan amalan baik yang dicapai oleh ATM setanding dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta di seluruh dunia.
KEJAYAAN FILEM PASKAL
Filem PASKAL diarahkan oleh Adrian Teh dan diterbitkan oleh Asia Tropical Films, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw. Ia merupakan inspirasi daripada kisah benar Laksamana Pertama Anuar bin Alias yang mengetengahkan kejayaan Pasukan Khas Laut (PASKAL) dalam melaksanakan Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Angola pada tahun 1998 dan kejayaan PASKAL merampas kapal dagang MT Bunga Laurel dalam kejadian di Teluk Aden pada 2011.
Penggambaran yang dijalankan pada Mac 2018 di Kuala Lumpur dan berakhir pada Mei 2018, ditayangkan kepada umum pada 27 September 2018. PASKAL telah meraih kutipan tertinggi sebanyak RM30 juta sejak mula ditayangkan di pawagam seluruh negara dan menjadikannya sebagai salah satu filem dengan kutipan pecah panggung tertinggi di Malaysia.
Pada Disember 2018, akhbar tempatan Harian Metro menyenaraikan PASKAL sebagai salah satu dari 10 filem tempatan dengan kutipan tertinggi bagi tahun 2018. Kos pembikinan filem ini menelan belanja kira-kira RM10 juta.
Hairul Azreen yang memegang watak sebagai Arman Rahmat bin Anuar, Hairul berkata beliau menggalas tanggungjawab yang cukup besar kerana secara tidak langsung dia membawa imej pasukan elit tersebut kepada umum.
3
4
Sesi Penerangan HRMIS ATM oleh AKS KOMLEK
175P E N C A PA I A N K E M E N T E R I A N P E R TA H A N A N
PENGHARGAAN
Sekalung penghargaan kepada semua bahagian, jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertahanan
yang terlibat dalam penerbitan Buku Laporan Tahunan Kementerian
Pertahanan Tahun 2018 ini.
Terima Kasih.
SIDANG REDAKSI
PenasihatYBHG. DATO’ HALIMI BIN ABD MANAF
Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan
TIM PENERBITAN KORPORAT, KEMENTERIAN PERTAHANAN
Ketua EditorENCIK MOHD NAZRI BIN ABDULLAH
Ketua Komunikasi Strategik
EditorENCIK MOHAMMAD KAMAL BIN MAT NOOR
TImbalan Ketua Komunikasi Strategik
PUAN NORHAZLINAWATI BINTI MATPegawai Penerbitan Korporat
Penolong EditorMEJAR TUAN MOHD ZAIDI BIN TUAN COB
Ketua Tadbir
ENCIK MOHD TAHIRUDDIN BIN HAMZANIPembantu Penerbitan Korporat
CIK NOOR AZREEN BINTI MOHD ARRIFINPembantu Penerbitan Korporat
Tim JurufotoUnit Komunikasi StrategikKementerian Pertahanan
2018
LAP
OR
AN
TAH
UN
AN
2018 KE
ME
NTE
RIA
N P
ER
TAH
AN
AN
MA
LAYS
IA
KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIAJalan Padang Tembak,50634 Kuala Lumpur,MALAYSIA.
www.mod.gov.my
(603) 2059 8400
(603) 2691 1757
@KementerianPertahanan
@MINDEFMalaysia