MINIT MESYUARAT PERTAMA

6
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL: 1 TAHUN 2014 SMKA (P) ALMASHOOR, PULAU PINANG MEDAN LIM CHENG TEIK,10250 PULAU PINANG Tarikh : 31 Disember 2013 Hari : Selasa Masa : 8.30 Pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Kehadiran : Puan Jalilah binti Shaik Abdullah (Ketua Panitia Bahasa Melayu) Puan Cik Siti binti Timbang Puan Nor Hafiza binti Mohd Noor Puan Norlianti binti Adali Puan Siti Faezah binti Hashim (Tidak Hadir Bersebab) Cik Fuziah binti Yusuf (Tidak Hadir Bersebab) Cik Marsyitah Salihah binti Mohd Ali (Tidak Hadir Bersebab) AGENDA MESYUARAT 1.0 Ucapan Aluan Pengerusi 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul kitab Al-Fatihah. Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru-guru dan mengucapkan ribuan terima kasih. 2.0 Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu 2.1 Puan Nor Hafiza mencadangkan agar mesyuarat Panitia Bahasa Malaysia kali ketiga disahkan dan disokong oleh Puan Cik Siti. 3.0 Perkara-perkara berbangkit 3.1 Pengerusi meminta guru-guru yang belum menyiapkan analisis dan laporan post-mortem tingkatan empat menyerahkan dokumen terbabit selewat-lewatnya pada minggu kedua persekolahan. Tindakan: Guru Tingkatan Empat 3.2 Pengerusi mengulas mengenai analisis keputusan PMR 2013 yang tidak mencapai sasaran sekolah kerana seorang pelajar telah mendapat gred B iaitu Shahrina Atylia Binti Shamsudin.

description

bm

Transcript of MINIT MESYUARAT PERTAMA

Page 1: MINIT MESYUARAT PERTAMA

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYUBIL: 1 TAHUN 2014

SMKA (P) ALMASHOOR, PULAU PINANGMEDAN LIM CHENG TEIK,10250 PULAU PINANG

Tarikh : 31 Disember 2013Hari : SelasaMasa : 8.30 PagiTempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran : Puan Jalilah binti Shaik Abdullah (Ketua Panitia Bahasa Melayu) Puan Cik Siti binti Timbang Puan Nor Hafiza binti Mohd Noor Puan Norlianti binti Adali

Puan Siti Faezah binti Hashim (Tidak Hadir Bersebab) Cik Fuziah binti Yusuf (Tidak Hadir Bersebab) Cik Marsyitah Salihah binti Mohd Ali (Tidak Hadir Bersebab)

AGENDA MESYUARAT

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul kitab Al-Fatihah. Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru-guru dan mengucapkan ribuan terima kasih.

2.0 Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu

2.1 Puan Nor Hafiza mencadangkan agar mesyuarat Panitia Bahasa Malaysia kali ketiga disahkan dan disokong oleh Puan Cik Siti.

3.0 Perkara-perkara berbangkit

3.1 Pengerusi meminta guru-guru yang belum menyiapkan analisis dan laporan post-mortem tingkatan empat menyerahkan dokumen terbabit selewat-lewatnya pada minggu kedua persekolahan.

Tindakan: Guru Tingkatan Empat

3.2 Pengerusi mengulas mengenai analisis keputusan PMR 2013 yang tidak mencapai sasaran sekolah kerana seorang pelajar telah mendapat gred B iaitu Shahrina Atylia Binti Shamsudin. Namun, pencapaian PMR bagi subjek Bahasa Malaysia masih berada pada tahap GPK tertinggi berbanding subjek lain di sekolah. Pencapaian GPK subjek Bahasa Malaysia ialah 1.01 pada tahun ini berbanding 1.00 pada tahun 2012.

Page 2: MINIT MESYUARAT PERTAMA

3.3 Berdasarkan pencapaian tersebut, pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua guru tingkatan tiga dan guru Bahasa Malaysia yang telah bertungkus-lumus menjayakan pelbagai program kecemerlangan dan diharapkan agar kecemerlangan panitia akan lebih baik. Pengerusi berharap subjek Bahasa Malaysia akan memperoleh 100% A seperti yang telah disasarkan oleh sekolah dan panitia.

Makluman: Semua guru

4.0 Analisis PAT 2013 dan Tindakan Susulan

4.1 Puan Norlianti mengulas mengenai analisis pencapaian pelajar tingkatan satu menunjukkan perkembangan yang positif. Namun, pelajar tingkatan dua masih perlu ditingkatkan kerana sebanyak enam orang mendapat gred C. Pn. Cik Siti menyatakan bahawa kedua-dua kelas masih lemah dan usaha perlu dilipatgandakan dengan pelbagai program kecemerlangan untuk meningkatkan keputusan pencapaian pelajar. Kebanyakan pelajar lemah kerana menjawab karangan jenis cereka bagi soalan karangan umum. Puan Hafiza merumuskan bahawa masalah pengolahan idea karangan dan kebanyakan pelajar tidak memasukkan unsur peribahasa dalam karangan. Guru-guru tingkatan 1 dan 2 mencadangkan Kem Bahasa untuk tingkatan 1 dan 2 juga diadakan bagi memberi pendedahan awal kemahiran menulis karangan kepada pelajar dari peringkat awal lagi.

Tindakan: Guru mata pelajaran tingkatan 1 dan 2

4.2 Menurut Pn. Norlianti pelajar tingkatan satu dan tingkatan dua yang lemah ialah dalam kalangan pelajar asrama. Pelajar sering tertidur dalam kelas menyebabkan mereka hilang fokus dalam sesi pdp yang berlangsung. Faktor tersebut juga mendorong kepada kemerosotan keputusan pencapaian pelajar pada tahun ini. Pelajar yang pasif seperti Nur Qamarina binti Fudzeli perlu diberikan perhatian.

Tindakan: Guru mata pelajaran tingkatan 1 dan 2

4.3 Pengerusi meminta para guru mata pelajaran mengenal pasti pelajar yang mendapat gred C dalam tingkatan satu dan dua serta pelajar asrama yang bermasalah. Diharapkan agar guru-guru dapat menyenaraikan pelajar terbabit dan memberi perhatian supaya masalah pelajar tersebut tidak berterusan sehingga ke tingkatan tiga.

Tindakan: Guru mata pelajaran tingkatan 1 dan 2

5.0 KPI Perancangan Panitia

5.1 Pengerusi meminta ahli panitia agar peka dan faham akan KPI yang ditetapkan oleh pihak pentadbir bagi subjek ini agar visi dan misi ahli panitia juga selaras dengan visi dan misi sekolah. KPI Penilaian Kendalian Sekolah 2014 yang ditetapkan perlu diselaraskan dengan aktivti dan program yang akan dilaksanakan oleh panitia.

Page 3: MINIT MESYUARAT PERTAMA

Pengerusi menerangkan secara ringkas mengenai program-program yang akan dilaksanakan oleh semua guru bagi memastikan sasaran KPI yang telah ditetapkan dapat dicapai dengan jayanya. Beberapa program berkesan akan diteruskan seperti Kem Bahasa I, II, dan III (PMR dan SPM) , Projek Papan Putih serta program Karangan Dinamik. Selain itu, program baru akan ditambah seperti Progam Hidup Peribahasa dan Ruang Suara yang akan menjadi salah satu progran di bawah Dasar MBMMBI.

Tindakan: Semua guru

5.2 Selain itu, pengerusi mencadangkan untuk membeli beberapa papan putih lagi bagi menjayakan program papan putih bermaklumat. Para pelajar akan melengkapkan papan putih dengan pelbagai peribahasa berserta maksudnya.

Tindakan: Guru mata pelajaran tingkatan 2

5.4 Pengerusi juga meminta supaya guru-guru mengagihkan latihan mengikut tempoh dan tahap pelajar dengan betul. Bagi pelajar tingkatan satu, latihan karangan umum hanya perlu diberikan seminggu sekali begitu juga dengan karangan bahan ransangan dan ringkasan. Pada minggu pertama persekolahan, guru-guru boleh memberi penerangan yang jelas tentang kesemua aspek yang akan dipelajari selaras dengan perkembangan fasa ‘Taksonomi Bloom’ yang mengikut tahap demi tahap yang sesuai dengan perkembangan para pelajar. Guru boleh merujuk kepada Taksonomi Bloom dalam buku rekod masing-masing untuk dikongsi dengan para pelajar.

Tindakan: Semua guru

6.0 Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)

6.1 Pengerusi mengulas mengenai perkembangan PBS yang akan berlangsung kepada para pelajar tingkatan tiga pada tahun 2014. Justeru, pengerusi telah menetapkan penyelaras PBS seperti berikut:

Tingkatan Penyelaras1 Puan Norlianti2 Puan Cik Siti3 Puan Nor Hafiza

Makluman: Semua guru

Page 4: MINIT MESYUARAT PERTAMA

6.2 Selain itu, pengerusi telah menetapkan guru-guru yang akan menyiapkan dokumen PBS seperti berikut:

Tingkatan Dokumen PBS 2014 Guru PBS1 Dokumen Standard Prestasi

Instrumen dan Rekod TransitRPT dan Sukatan Pelajaran

Puan Norlianti

2 Dokumen Standard PrestasiInstrumen dan Rekod TransitRPT dan Sukatan Pelajaran

Puan Cik Siti

3 Dokumen Standard PrestasiInstrumen dan Rekod TransitRPT dan Sukatan Pelajaran

Puan Nor Hafiza

Tindakan : Guru-guru PBS6.3 Bagi pelaksanaan penulisan evidens PBS 2014, pengerusi telah menetapkan

untuk menggunakan kertas kajang SMKA AlMashoor kerana lebih mudah dan sesuai dengan situasi penilaian sebenar. Oleh itu, guru-guru hanya perlu mengambil contoh soalan daripada instrumen yang telah disediakan dan meminta pelajar menulis evidens untuk dimasukkan ke dalam fail perkembangan murid.

Tindakan : Guru-guru PBS

7.0 Ko Akademik 2013

7.1 Pengerusi mengulas mengenai perkembangan koakademik panitia Bahasa Malaysia yang memainkan peranan penting di samping bidang akademik. Hal ini demikian kerana bidang koakademik mampu mencungkil kebolehan dan bakat para pelajar yang mampu melakukan yang terbaik untuk mengharumkan nama sekolah. Justeru, pengerusi berharap agar guru-guru pembimbing yang berikut lebih bersedia dan mampu mengesan kebolehan pelajar dari awal sesi persekolahan.

Bil. Pertandingan Guru Pembimbing KPI Sekolah/Panitia

1 Pantun Cik Fuziah Johan Daerah2 Teater KOMSAS Puan Cik Siti dan Puan Nor

HafizaJohan Daerah

3 Bicara Berirama Puan Jalilah dan Puan Norlianti

Johan Daerah

4 Forum Cik Marsyitah Johan Daerah5 Syarahan Puan Faizah Johan Daerah6 Perbahasan Cik Nurun Najah Johan Kebangsaan7 Esei Puan Jalilah Johan Negeri

Page 5: MINIT MESYUARAT PERTAMA

8.0 Kewangan Panitia

8.1 Pengerusi memaklumkan baki kewangan panitia pada tahun 2013 sebanyak RM197.77 dan jumlah yang boleh dibelanjakan ialah RM110.90. Oleh itu, baki tersebut akan dibawa ke tahun hadapan dan akan dibelanjakan secara berhemah dan perlu lebih meluas kepada pelajar-pelajar tingkatan 1,2 dan juga 4.

Makluman: Semua guru

9.0 Hal-hal lain

9.1 Pengerusi meminta guru-guru yang masih belum menghantar laporan program supaya bertindak sebelum hari akhir persekolahan terutamanya bagi pertandingan Teater KOMSAS.

Tindakan :Guru Pembimbing Teater KOMSAS

9.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang terlibat kerana telah memenangi pertandingan ‘Fotopan’. Dua orang pelajar telah terpilih dan telah menerima hadiah di USM.

Makluman: Semua guru

9.3 Pengerusi meminta agar semua guru menggunakan istilah ‘Bahasa Malaysia’ menggantikan ‘Bahasa Melayu’ untuk segala dokumen rasmi kerana perlu diselaraskan dengan pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Makluman: Semua guru

9.4 Pengerusi berharap agar guru-guru lebih berdedikasi dan lebih bersedia untuk mengajar pada tahun 2014 selaras dengan pelaksanaan PBSMR bagi pelajar tingkatan tiga. Pengerusi juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli panitia yang menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan semua program dan aktiviti sekolah sepanjang tahun 2013 dan berharap akan meneruskan iltizam masing-masing demi kejayaan gemilang pelajar-pelajar sekolah pada tahun hadapan.

Mesyuarat diakhiri dengan tasbih kafarah dan surah Al'Asr. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh: Disemakan oleh:

…………………………...….. …........…………………………..(NORLIANTI BINTI ADALI) (JALILAH SHAIK ABDULLAH)Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa MelayuSMKA (P) AlMashoor, Pulau Pinang SMKA (P) AlMashoor, Pulau Pinang