Mini Kajian: Pelaksanaan Kurikulum J-QAF di Sekolah Rendah di Malaysia
-
Upload
hibatullah92 -
Category
Education
-
view
109 -
download
1
Transcript of Mini Kajian: Pelaksanaan Kurikulum J-QAF di Sekolah Rendah di Malaysia
Perancangan Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Hibatullah Zamri (P83423)
1
Prof. Madya Dr. Nik Rahimi Nik Yusoff
Dr. Harun Baharuddin
Mini Kajian: Pelaksanaan Kurikulum J-qaf Di Sekolah Rendah Di Malaysia
GGGC6583
Sabariah Bahrun (2009)Kajian Pelaksanaan Kurikulum j-QAF Oleh Guru Pelatih Institut
Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kent, Tuaran, Sabah.
Universiti Malaya
Pengenalan• Program j-QAF ialah program yang diperkenalkan dalam sistem
pendidikan sekolah rendah di Malaysia.
• Perkataan j-QAF ialah singkatan bagi Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain.
• Program ini mula dicetuskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Badawi yang telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003
Lima Buah Model
Model Pemulihan Jawi
Model Bahasa Arab Komunikasi
Model Bestari Solat
Model Tasmik
Model Khatam al-Quran Enam Bulan
2
Objektif Kajian
• Untuk meninjau sama ada kurikulum j-QAF ini penting dilaksanakan dalam kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah di Malaysia
• Untuk mengenal pasti sama ada guru j-QAF dan pihak sekolah memahami dan memberi komitmen yang baik terhadap pelaksanaan kurikulum j-QAF.
• Untuk meninjau sama ada guru j-QAF telah mempunyai cukup latihan melaksanakan kurikulum j-QAF, menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar (BBM) serta kaedah dan teknik mengajar j-QAF
Untuk mengesan sama ada murid-murid berminat, melibatkan diri dan menunjukkan pencapaian prestasi yang baik dalam model-model j-QAF.
4
31
2
3
Metodologi Kajian
Kuantitatif
Soal
Selidik:
Google forms
4
Populasi & Sampel
24
10 14
Kelantan
Sarawak Selangor
Wilayah Persekutuan
Terengganu Perak
Pahang
1
1
5
4
3
9
1
5
Bahagian A: Latar belakang Responden
Bahagian B: Kepentingan Program j-QAF
Bahagian C: Komitmen Guru j-QAF dan Pihak Sekolah
Pelaksanaan Model Pemulihan JawiBahagian D:
Bahagian E:
Bahagian F: Pelaksanaan Model Bahasa Arab Komunikasi
Pelaksanaan Model Bestari SolatBahagian G:
Instrumen KajianSkala Tahap
5 Sangat Setuju
4 Setuju
3 Tidak Pasti
2 Tidak Setuju
1 Sangat Tidak
Setuju
6
Pelaksanaan Model 6 Bulan Khatam al-Quran & Tasmik
• Dapatan menunjukkan bahawa guru-guru j-QAF berpendapat kurikulum j-QAF sememangnya penting dilaksanakan di sekolah.
• Keseluruhan item dalam pemboleh ubah berkaitan dengan kepentingan j-QAF ini menunjukkan skor min yang tinggi di antara 3.61 hingga 3.96.
• Guru j-QAF telah menunjukkan kata sepakat bahawa kurikulum j-QAF akan melahirkan generasi seimbang (min 3.82), dapat mengatasi buta al-Quran (min 3.70), dapat memulihkan jawi (min 3.65), meningkatkan BAK (min 3.61) dan dapat meningkatkan amalan solat murid (min 3.70).
Adakah kurikulum j-Qaf ini penting dilaksanakan dalam kurikulum Pendidikan
Islam sekolah rendah di Malaysia?D
a
p
a
t
a
n
K
a
j
i
a
n7
• Merujuk kepada komitmen sekolah dan guru-guru, dapatan kajian ini menunjukkan min sederhana tinggi di antara 2.61 hingga min 3.53 (tahap tinggi) terhadap item-item dalam pemboleh ubah ini.
• Manakala dapatan berkaitan item-item lain iaitu kefahaman dan bantuan GPI (min 3.11), komitmen penuh sekolah (min 3.11), murid non muslim diberi peluang belajar Bahasa Arab (min 3.05), KBS dijalankan empat kali setahun (min 3.53) dan kefahaman pihak pentadbir (min 2.61).
• Penyelidik beranggapan perkara ini tidak mudah dilakukan jika tiada komitmen daripada guru dan semua pihak perlu memberi peluang dan ruang kepada guru-guru untuk terus meningkatkan profesionalisme perguruan mereka ke tahap yang lebih baik.
Adakah guru j-QAF dan pihak sekolah memahami dan memberi komitmen yang baik
terhadap pelaksanaan kurikulum j-QAF?D
a
p
a
t
a
n
K
a
j
i
a
n8
• Keseluruhannya aspek latihan, kemahiran dan profesionalisme keguruan guru j-QAF menunjukkan min yang tinggi.
• Analisis mendapati item tentang latihan perguruan mencukupi (min 3.31), peningkatan tahap profesionalisme (min 3.64), kemahiran Bahasa Arab guru meningkat melalui program j-QAF (min 3.34) dan j-QAF memberi banyak pengetahuan dan kemahiran guru (min 3.85).
• Berdasarkan dapatan kajian penggunaan BBM menunjukkan min tahap tinggi terhadap item-item pemboleh ubah ini.
• Item penggunaan pelbagai BBM jawi (min 3.39), BBM al-Quran (min 3.27), BBM Bahasa Arab (min 3.45) dan BBM amali solat (min 3.36).
Adakah guru j-QAF telah mempunyai latihan yang cukup untuk melaksanakan kurikulum j-QAF,
menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar (BBM) serta kaedah dan teknik mengajar j-QAF?D
a
p
a
t
a
n
K
a
j
i
a
n9
• Penyelidik mendapati min sederhana tinggi dan tinggi terhadap item-item pemboleh ubah minat dan perhatian murid. Jadual 4.7 menunjukkan minat murid membaca iqra’ (min 2.85), pelajar non muslim mengambil elektif Bahasa Arab (min 3.05), pelajar non muslim minat belajar Bahasa Arab (min 3.05), minat belajar jawi (min 2.96) dan minat belajar Bahasa Arab (min 3.22).
• Minat-murid banyak dipengaruhi oleh personaliti dan pendekatan seseorang guru. Kemahiran guru, profesionalisme guru, penggunaan BBM dan kaedah serta teknik banyak mempengaruhi sikap murid.
Adakah murid-murid berminat, melibatkan diri dan menunjukkan pencapaian prestasi yang baik
dalam model-model j-QAF?D
a
p
a
t
a
n
K
a
j
i
a
n10
• Secara keseluruhannya, dapatan mini kajian tentang pelaksanaan kurikulum j-QAF ini berada pada tahap min yang tinggi dan sederhana tinggi dalam semua pemboleh ubah yang dikaji.
• Justeru, pelaksanaan j-QAF di sekolah-sekolah boleh dipertingkatkan lagi dengan usaha yang bersungguh-sungguh daripada semua pihak.
• Program j-QAF yang merupakan usaha murni Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah memperkasakan Pendidikan Islam mula menampakkan putik kejayaan.
• Perkara penting yang perlu diberi perhatian sewajarnya ialah komitmen semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan kurikulum j-QAF.
• Komitmen KPM, pihak sekolah, para guru, guru j-QAF, murid-murid dan pelbagai lapisan masyarakat amat penting dalam meningkatkan prestasi murid dalam al-Quran, penulisan jawi, Bahasa Arab dan fardhu ain dengan satu hasrat melahirkan insan kamil yang seimbang dan menyeluruh yang memberi sumbangan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Kesimpulan
11
SekianTerima Kasih
12