MINGGU 11
-
Upload
jordan-hamilton -
Category
Documents
-
view
90 -
download
6
description
Transcript of MINGGU 11
1
HASIL PEMELAJARAN
• Pelajar dapat:
> merumuskan maksud morfologi> membandingkan morfologi dengan leksikografi,
etimologi, dan sintaksis> mengenal pasti cara mengenal morfem> menghuraikan morfem dan jenisnya> membedakan kata dengan morfem> mengenal pasti kategori makna gramatikal
2
3
MORFOLOGI
Morfologi berasal daripada bahasa Greek, iaitu :
morf = bentuklogos = ilmu
Ilmu yang mengkaji soal yang berhubung dengan :
- selok belok bentuk kata- kemungkinan adanya perubahan golongan kata ( fungsi gramatik )- kemungkinan perubahan makna kata akibat daripada
perubahan bentuk kata ( fungsi semantik )
4
MORFOLOGI DAN LEKSIKOLOGI
Morfologi( morphology)
Mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata dan makna yang wujud akibat peristiwa gramatis
Contoh :
runcing (KA)keruncingan (KN)meruncingi (KKT)meruncingkan (KKT)
Leksikologi( lexicology )
Mengkaji dan menganalisis kosa kata serta makna dan evolusinya
Contoh :
runcing : berhujung tajamkeruncingan : perihal runcingmeruncingi : merautmeruncingkan : membuat jadi runcing
5
Contoh lain
bermasak : yang sudah masakbermasak-masak : sedang memasak lauk-paukbermasakan / bermasak-masakkan : sedang masak ( buah-buahan )memasak / mempermasakkan : mengolah makanan supaya masakmemasak-masak : membuat pelabagai kuihmasak-memasak : hal / urusan memasak makananmemasakkan : memasak untuk orang lain atau
menjadi masakmasakan : apa-apa yang dimasakpemasak : orang yang memasakpemasakan : hal memasaksemasak : selama masa yang perlu
6
MORFOLOGI DAN ETIMOLOGI
MORFOLOGI ETIMILOGI
Menyelidik peristiwa / kejadian umum yang dapat dikatakan sebagai sistem bahasa
Contoh :
melupakan-dilupakanmelupai-dilupaimemberi-diberimemberikan-diberikankata-mengatakannyata-menyatakan
Mengkaji / menyelidik asal usuldan perkembangan sesuatu kata secara khusus
Contoh :
kena-berkenanlupa-alpalekuk-kelukcilik-kecilsaya-sahayapsikologiwisma
7
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS
MORFOLOGI SINTAKSIS
Mengkaji morfem dan kata
Contoh :Aminah akan mengadakan Perjalanan jauh
Aminah : satu morfemakan : satu morfemmengadakan : tiga morfem
meN- ada kan
perjalanan : dua morfem per….an
jalanjauh : satu morfem
unsur ke…an dengantidak adil, tidak mampu, tidak serasi…
Mengkaji frasa, klausa, ayatdan wacana
Contoh :Aminah akan mengadakanperjalanan jauh
Aminah : subjekakan mengadakan : predikatperjalanan jauh : frasa objek
Hubungan kata tidak dengan
adilmampuserasicukup
8
MORFOLOGI
FOKUS KAJIAN
STRUKTUR KATASusunan bunyi ujaran / tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna
BENTUK KATA Rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau terbitan daripada
proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan
PENGGOLONGAN KATAPenjenisan kata berasaskan persamaan bentuk / rupa dan fungsi /
peranan dengan anggota lain dalam golongan yang sama
9
MORFEM
Unit tatabahasa / bentuk yang paling kecil
Bentuk yang bermakna leksikal atau fungsian
Tiada bentuk lain sebagai unsurnya
ditendang
di + tendang ialah morfem kerana tiada lagi bentuk lain yang lebih kecil daripada bentuk di dan tendang
10
ALOMORF
meN +
baja membaja
tadbir mentadbir
asas mengasas
langgar melanggar
had mengehad
meN ialah morfem. Apabila meN ini hadir dengan bentuk lain (morfem bebas), maka perubahan bentuk terjadi akibat kehadiran fonem awal yang dilekatinya
11
Makna morfem ini tetap, walaupun bentuknya berubah, iaitu melakukan pekerjaan seperti makna kata dasar
Oleh itu, bentuk me, men, mem, meng dan menge merupakan anggota meN. Anggota morfem seperti ini disebut alomorf, dan setiap unsur itu disebut morf
Alomorf (allomorph) ialah kelainan yang tidak distingtif yang merupakan anggota daripada satu morfem
Distingtif ialah sifat pembeda ciri sesuatu unit linguistik yang membedakan satu unit linguistik dengan unit linguistik yang lain
12
CARA MENGENAL MORFEM
Morfem dapat dikenali melalui prinsip tertentu
Salah satu prinsip yang popular ialah analisis konstituen terdekat, analisis unsur langsung atau IC ( Immediate Constituent ), iaitu :
unsur yang secara langsung dapat membentuk suatu bentuk yang lebih besar
13
Caranya, mencari bentuk yang satu tingkat lebih kecil daripada bentuk yang dianalisis, berasaskan penggunaannya oleh penutur jati bahasa itu
Misalnya bentuk kepanasan. Berasaskan paradigma, kita dapat
tentukan bahawa bentuk dasarnya ialah panas. Jika kita gunakan kaedah mencari, mungkin kita memperoleh bentuk satu tingkat lebih kecil, iaitu kepanas atau panasan
Oleh sebab bentuk ini tidak digunakan oleh penutur jati bahasa Melayu, maka bentuk ini sewajarnya ditolak. Bentuk yang lebih wajar ialah panas
14
Cara pembentukannya dapat digambarkan seperti berikut :
ke panas an
kepanasan
Bentuk kepanasan mengandung dua morfem, iaitu ke….an dan panas
Bentuk menjalankan mengandung dua morfem, iaitu men…kan dan jalan
menjalan
kan
menjalankan
15
JENIS MORFEM
Morfem Bebas
Morfem yang boleh berdiri sendiri sebagai satu kata, dan mempunyai makna yang tersendiri, serta berfungsi dalam ujaran. Bentuk ini tidak memerlukan kata lain. Contoh :
ikan, meja, baju, kertas, manusia, jalan
Morfem Terikat
Morfem yang tidak boleh berdiri sendiri sebagai kata, dan hanya wujudsebagai imbuhan yang digabungkan dengan morfem lain untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh :
ber + jalan = berjalantulis + kan = tuliskanke + tulang + an = ketulangan
16
Morfem Dasar
Morfem berfungsi sebagai dasar untuk membentuk morfem yang lebih besar, iaitu kata terbitan. Contoh:
ber + buru = berburuburu ialah morfem dasar untuk kata berburu
ke + adil + an = keadilan adil ialah morfem dasar untuk kata keadilan
Morfem Kecuali
Morfem yang kehadirannya tidak menjejaskan morfem dasar yang dilekatinya. Contoh:
mem + berangkat + kan berangkat + kan berangkat
Morfem mem dan kan ialah morfem kecuali
17
Morfem Wajib
Morfem yang perlu dilekatkan morfem lain untuk membolehkannya berfungsi dalam ujaran. Contoh :
juang daya juangberjuangmemperjuangkanperjuangan
temu temu dugajanji temutemu janjibertemumenemukanmenemui
kesejukan kesejuksejukan
ke dan an tidak berfungsi jika salah satunya tiada
18
Morfem Tidak Wajib
Morfem yang tanpa kehadirannya, morfem lain masih boleh berfungsi dalam ujaran. Contoh :
di dimakan
Morfem Tertutup
Morfem yang tidak menerima morfem lain untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh :
yangdanbahawaberkepemimpinanberkesudahan
19
Morfem Terbuka
Morfem yang masih memungkinkan morfem lain untuk melekat pada morfem itu, dan dapat menerbitkan makna lain. Contoh :
kesudahan > berkesudahan pemimpin > kepemimpinanbanyak > kebanyakan bersih > kebersihanindah > keindahan
> memperindah
Morfem Unik
Morfem yang kehadirannya terhad pada morfem tertentu sahaja. Contoh :
kering kontangpucat lesimerah menjahang hitam legam
Kontang, lesi, menjahang dan legam tidak dapat digabungkan denganunsur lain
20
Morfem Intonasi
Pola intonasi yang membedakan pelbagai jenis ujaran. Contohnya intonasi menaik dalam ayat tanya tanpa kata tanya. Contoh :
Sudah bertunang ?Anda hendak makan ?
Morfem Terbahagi
ke + ada + an > keadaanmem + besar > membesarmem + besar + kan > membesarkanmem+ per + besar > memperbesarpe + pimpin > pemimpinke + pe + pimpin + an > kepemimpinanmeng + ubah > mengubahMeng + ubah + kan > mengubahkan me + tunjuk +kan > menunjukkan
21
Morfem Kosong
Morfem yang berubah fungsi tatabahasa dengan tidak mengubah bentuk.Contoh :
deer deer = rusasheep sheep = kambing biri-birisaudara saudara
Deer dan sheep tunggal atau jamak sama sahaja. Begitu juga saudara yang bermaksud tunggal dengan saudara yang bermaksud jamak
Morfem Tunggal: morfem yang terdiri daripada satu morfem. Contoh:
duduk, bangun, makan, minum, jatuh
Morfem Kompleks
Morfem yang terdiri daripada dua morfem atau lebih. Contoh :temu duga, perjalanan, ketua polis negara
22
IMBUHAN
Unit/unsur tertentu (morfem terikat) yang ditambah/dilekatkan pada unsur/bentuk lain, sama ada bentuk dasar atau bentuk akar kata untuk mewujudkan satu kata lain, yang berfungsi dalam ujaran, serta mengakibatkan perubahan makna ketatabahasaan kata baharu yang terhasil itu
Jenis imbuhan dapat diasaskan kepada tiga kriteria, iaitu: posisi, keproduktifan, asal
Berasaskan posisi, imbuhan dapat dibahagikan kepada lima, iaitu : awalan, akhiran, sisipan, apitan, dan gabungan
23
Awalan ialah imbuhan yang diletakkan pada awal kata akar atau kata dasar untuk membentuk kata
ber + tambah > bertambahter + senyum > tersenyummem + bantu > membantupe + laksana > pelaksanaper + sada > persada
Akhiran ialah imbuhan yang diletakkan pada akhir kata akar atau kata dasar untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh :
lari + an > lariangemar + i > gemarisejuk + kan > sejukkanbutir + an > butiranawas + i > awasimandi + kan > mandikan
24
Sisipan ialah imbuhan yang diletakkan pada tengah kata akar atau kata dasar (morfem dasar yang dimulai konsonan) untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh :
er + gigi > gerigiem + guruh > gemuruhel + gegar > gelegarin + sambung > berkesinambungan
Apitan ialah imbuhan yang terdiri daripada gabungan serentak awalan dan akhiran untuk mengiringi kata akar atau kata dasar (pengimbuhan serentak) untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh :
ke + aib + an > keaibanpe + laksana + an > pelaksanaanme + tunjuk + kan > menunjukkan me + wujud + kan > mewujudkanke + silap + an > kesilapan
25
Gabungan ialah imbuhan yang terdiri daripada dua atau lebih imbuhan yang tidak perlu hadir serentak untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh:
mem + per + lebar > memperlebarmem + per + indah > memperindahdi + per + luas > diperluas
Berasaskan keproduktifan, imbuhan dilihat dari sudut produktif dan nonproduktif. Imbuhan produktif ialah imbuhan yang mempunyai keupayaan untuk dilekatkan pada morfem lain untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran
meN me + ledak > meledak men + ternak > menternakmem + bawa > membawa meng + galas > menggalasmenge + ram > mengeram
di di + jual > dijual di + guna + kan > digunakan
an lapis + an > lapisan suku + an > sukuan
26
Imbuhan nonproduktif ialah imbuhan yang tidak berkeupayaan untuk dilekatkan pada morfem lain. Contoh :
el + tunjuk > telunjuk, em + gilang > gemilang, er + gigi > gerigi
Berdasarkan asalnya, imbuhan dapat dibahagikan kepada dua, iaitu imbuhan asli dan imbuhan pinjaman.
Imbuhan asli ( jati ) ialah imbuhan yang berasal daripada bahasa ibunda penutur. Contoh dalam bahasa Melayu ialah :
ber + rantai > berantaime + nanti > menantiter + cinta > tercintaper + tapa > pertapape + laris > pelarisdi + sunting > disuntinghangat + kan > hangatkanakhir + i > akhiried + gebuk > gedebukke + gelap + an > kegelapan
27
Imbuhan asing ialah imbuhan yang belum berupaya keluar daripada lingkungan bahasa imbuhan itu. Contoh :
hadir + in > hadirin, hadir + at > hadirat, muslim + in > muslimin,muslim + at > muslimat, ustaz + ah > ustazah
Imbuhan serapan ialah imbuhan yang berasal daripada bahasa lain (yang bukan bahasa penutur) tetapi imbuhan ini sudah dianggap sebati dengan bahasa penutur, iaitu imbuhan ini sudah berupaya keluar daripada lingkungan bahasa asal.
budaya + wan > budayawanseni + man > senimankarya + wan > karyawanseni + wati > seniwatiharta + wan > hartawan derma + wan > dermawan
28
KATA
Kata mempunyai ciri yang berikut:
Satuan bebas yang paling kecil Dua satuan bebas, iaitu satuan fonologi dan satuan gramatis Mempunyai makna lengkap Dapat berdiri sendiri dalam ayat
Satuan fonologi bermaksud kata terdiri daripada satu atau beberapa suku kata, dan suku kata itu sendiri terdiri daripada satu atau beberapa fonem yang wujud sebagai unsur atau konstituen dalam ayat. Contoh :
ber + ma + lam > 3 suku kataber > 3 fonem /b/, /e/, /r/ma > 2 fonem /m/, /a/lam > 3 fonem /i/, /a/, /m/bermalam > 8 fonem
29
Satuan gramatis bermaksud kata terdiri daripada satu atau beberapa morfem yang wujud sebagai unsur atau konstituen dalam ayat. Contoh :
bermalam > 2 morfember + malam
kemalaman > 2 morfemke…an + malam
berkepemimpinan > 4 morfem ber, ke….an, pe +
pimpin Satuan fonologi dan satuan gramatis ini menunjukkan bahawa definisi kata berdasarkan kriteria :
- makna- fonologi (tanda sebagai gabungan arbitrari antara representasi fonologi yang utuh dan distingtif dengan makna)- fungsi sebagai unsur minimum yang bebas
30
Pokok kata bermaksud satuan yang tidak dapat berdiri dalam ujaran biasa, dan secara gramatis tidak bersifat bebas
Satuan ini tidak termasuk dalam golongan imbuhan kerana satuan ini mempunyai sifat tersendiri, dan dapat dijadikan bentuk dasar. Contoh :
temu > bertemujuang > pejuang, berjuangtawa > ketawaambil > ambilan, mengambilmain > bermain, mainanjabat > jabatan, pejabatbaca > membaca, bacaansandar > penyandar, bersandaralir > aliran
31
Berikut ialah contoh kata satuan bebas :
kertas, baju, mentah, nasi, jagung, kenegaraan, warganegara,
tanggungjawab, tamadun, ketidakadilan, kebahagiaan, kesedihan, kesepakatan, berdarmawisata, sabun, dirgahayu, kesinambungan,
toksid, abstrak, tekal, lestari, matra, citra, matahari, bulan,bintang,
dewa, raja, menteri, sultan, sabut, indah, cantik, menawan, buku,
almari, berkelah, menghadap, bertanya, pintu, belakang, hadapan,
pagar, rumah, batu, anjung, bumbung, tangga, kereta api, alat tulis…
32
Berikut ialah contoh dua satuan bebas :
jatuh hati, masuk hantu, rampas kuasa, tumbuk rusuk, luar musim,racun serangga, luar negara, rumah sakit, rumah putih
Berikut ialah contoh kata yang bukan satuan bebas, tetapi bersifat satuan bebas. Oleh itu, dianggap satuan bebas :
dari, daripada, sangat, amat, paling, nian, begitu, kepada, kerana oleh, sebagainya, juga, sungguhpun, sekalipun, namun, pada, paling,walau, bagaimana, dapat, boleh, ialah, adalah, maka, al-kisah, memang,biar, jika, jikalau
33
BENTUK KATA
Dari segi bentuknya, kata dapat dibahagikan kepada empat iaitu: kata dasar
kata berimbuhan kata berulang kata majmuk
Kata dasar ialah kata akar yang menjadi dasar kepada sesuatu kata. Kata dasar mungkin berupa :
kata,pokok kata,frasa,kata + katakata + pokok kata,pokok kata + pokok kata
34
Contoh bentuk kata dasar :
Bentuk akar / dasar
Bentuk dasar
pakai
sudah
oleh
tua
pakaian
kesudahan
peroleh
ketua
ke tepi
anak tiri
berpakaian
berkesudahan
pemerolehan
pengetua
mengetepikan
dianaktirikan
35
Kata berimbuhan ialah kata yang mengalami perubahan bentuk akibat kehadiran imbuhan pada awal, tengah, atau akhir sama ada secara gabungan atau apitan. Contoh :
me + tarik > menarikel + getar > geletarmasak + kan > masakkanke + asli + an > keaslianmasak + an > masakan
36
KATA DASAR YANG MENERIMAIMBUHAN
AKAR
TUNGGAL
TERBITAN
MAJMUK
RANGKAI KATA
pertapaan
daratanpengeposan
keberkesanankeberuntungan
berdaya serapkeibubapaan
ketidaksempurnaanketidakmampuan
37
KATA GANDA
Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang diulang atau digandakan sebahagian atau seluruhnya
Berdasarkan ini, kata ganda dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu :
Kata ganda seluruh (pengulangan dwilingga). Contoh :
pohon-pohonkuda-kudakejadian-kejadiankegiatan-kegiatanfikiran-fikiranmata-matarama-rama
38
Kata ganda separa (pengulangan dwipurwa) Contoh :
tangga tetanggatamu tetamuluhur leluhurtirah tetirah
Kata ganda berirama. Contoh :
gerak-geriksayur-mayurbatu-batanlauk-pauk
39
Kata ganda berimbuhan ( pengulangan dwilingga berimbuhan )
Contoh :
bermanja-manjatarik-menariktali-temalimelihat-lihat
40
MORFOFONEMIK
• Kajian tentang peristiwa perubahan fonem akibat pertemuan morfem dengan morfem yang menghasilkan kata, dan kata dengan kata yang menghasilkan frasa
• Morfofonemik dapat dibahagikan kepada dua, iaitu :
morfofonemik kata morfofonemik frasa
• Morfofonemik kata ialah perubahan fonem akibat pertemuan morfem yang mewujudkan kata. Contoh :
me + tari = menarime + tulis = menulisme + sayang = menyayangme + suci = menyuci
41
• Morfofonemik frasa ialah perubahan fonem akibat satu kata yang diikuti kata lain yang mewujudkan frasa
•Contoh :
putito = telurmohutodu = busukputitaa mohutodu = telur busuk
MORFEM DAN MAKNA GRAMATIKAL
• Jumlah: Banyak bahasa yang membedakan kategori tunggal dengan jamak (BI) dan kategori dualis (BA). Contohnya student (students), class (classes), muslimun (seorang muslim), muslima:ni (dua orang muslim), muslimu:na (orang-orang muslim)
• Jenis: Imbuhan pada kata nama atau kata adjektif menunjukkan kategori maskulin atau feminin. Contohnya (BA), kabi:run (besar)- maskulin, kabi:ratun (feminin), jadi:dun (baru) – maskulin, jadi:datun (feminin). (BS) la mujer buena (wanita itu baik), el hombre bueno (pria itu baik). (BP) le chapeau (topi) maskulin, la chapeau (topi) feminin, noir (hitam) maskulin, noire (hitam) feminin)
42
MORFEM DAN MAKNA GRAMATIKAL
• Milik: Milik dinyatakan dengan afiks. (BM) terdapat penanda milik ku, kau, mu, dan nya. Contohnya rumahku, kasutmu,
bukunya… Milik juga dinyatakan dalam bentuk yang lain seperti kasut emak, susu adik, bank negara…
• Kala: Waktu terjadinya suatu perbuatan, lampau atau akan datang. (BI) dinyatakan dengan afiks. Contohnya
walk/walks, walked, have walked, be walking; talk/talks, talked, have talked, be talking… (BJ) berjalan arukimasu (sekarang), arukimasita (lampau), pergi ikimasu (sekarang), ikimasita (lampau), datang kimasu (sekarang), kimasita (lampau), masuk hairimasu (sekarang), hairimasita (lampau)
43
MORFEM DAN MAKNA GRAMATIKAL
• Aspek: Kategori makna seperti kontinuatif (perbuatan terus berlangsung), progresif (perbuatan sedang berlangsung), inseptif (perbuatan baru bermula), sesatif (perbuatan sudah selesai), repetitif (perbuatan berulang-ulang). (BM) memukuli, mencubiti, menembaki, menciumi, berguguran…
• Diatesis: Hubungan antara pelaku dengan perbuatan. Aktif (jika subjek yang melakukan perbuatan), pasif (jika subjek menjadi tumpuan perbuatan), refleksif (jika subjek berbuat atas dirinya sendiri), resiprokal (jika subjek lebih daripada satu berbuat berbalasan), kausatif (jika pelaku menjadi penyebab perbuatan), transitif (jika perbuatan bertujuan), dan songsang (jika predikat atau bahagian predikat dipentingkan). Contohnya (BM) mencukur, memotong dicukur, dipotong, bercukur, berhias, berpelukan, memasuki, memasukkan…
44
MORFEM DAN MAKNA GRAMATIKAL
• Orang: Kategori makna seperti orang pertama (pembicara), orang kedua (lawan bicara atau pendengar), orang ketiga (yang dibicarakan). Contoh bahasa Swahili (Afrika Timur) menggunakan afiks, wamempiga (mereka telah memukulnya), tumempiga (kami telah memukulnya), nimempiga (saya telah memukulnya), umempiga (kamu telah memukulnya), amempiga (Ia telah memukulnya)
• Modus: Suasana psikologi suatu perbuatan seperti yang ditafsirkan oleh pembicara. Modus indikatif atau deklaratif (sikap objektif atau neutral), optatif (harapan), interogatif (pertanyaan), kondisional (persyaratan), dan imperatif (perintah). (BM) sila, jangan, usah… (bahasa Jawa) tulisen (tulislah), bakaren (bakarlah), simpenen (simpanlah), ajaren (ajarlah), sapunen (sapulah), jaganen ( jagalah), tatanen (aturlah), godhanen (godalah)…
45
KESIMPULAN
• Morfologi ialah ilmu yang mengkaji soal yang ada hubungannya dengan selok belok bentuk kata, fungsi gramatik dan fungsi semantik
• Morfologi berbeda dengan leksikografi, etimologi dan sintaksis• Morfem dapat dikenal pasti menerusi ciri tertentu• Antara jenis morfem ialah morfem bebas, terikat, dasar, wajib, tidak
wajib, terbuka, intonasi, dan kosong• Imbuhan terbahagi empat, iaitu awalan, sisipan, akhiran dan apitan• Dari segi bentuk, kata terdiri daripada kata dasar, kata berimbuhan,
berulang dan majmuk• Makna gramatikal bermacam-macam bergantung pada perbedaan
bahasa dan warna makna, pimilihan sarana atau alat pengungkap makna, dan lainnya
46
KATA BIJAK PANDAI
• TUBUH DAN FIKIRAN AKAN TETAP SIHAT, JIKA TIDAK DIPAKSA UNTUK MENYESALI MASA LALU DAN MENGKHUATIRKAN MASA HADAPAN. CUKUP HADAPI SAHAJA PERSOALAN HARI INI DENGAN BIJAK
47