Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
-
Upload
kamektok2011 -
Category
Documents
-
view
1.039 -
download
1
Transcript of Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Pentaksiran dalamPembelajaran Sejarah
(SJH 3093E) - 3
Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)
Minggu 1 ( 12 - 16 Januari 2015)
1.0 Pengenalan kepada Pentaksiran
KonsepJenis-jenis Ujian Ciri-ciri Pengujian Penilaian dalam mata pelajaran SejarahMengukur pemahaman tentang idea, konsep fakta dan nilai dalam mata pelajaran Sejarah
2.0 Aplikasi Statistik dalam Pentaksiran
Pengenalan Statistik
- 4 jam
Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)
AKTIVITI 1:
Berdasarkan Artikel 1, baca dan isikan lembaran kerja 1 bagimembandingkan pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran.
Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)
Pengujian • Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkahlaku seseorang individu dengan
bantuan berskala nombor atau berkategori.
• pengujian dapat dianggap sebagai suatu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu.
• Maklumat yang diperolehi daripada ujian akan dijadikan asas untuk membuat penilaian atau pengadilan.
• pengujian boleh juga diertikan sebagai satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh pemerhatian yang sistematik
tentang sifat atau peribadi seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi
Pengukuran • Pengukuran boleh ditakrifkan sebagai satu proses untuk mendapatkan penjelasan secara angka tentang sebanyak mana seseorang pelajar
mempunyai ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu (Mokhtar Ismail, 2009).
• Aspek yang diukur bukanlah objek tetapi sifat objek. Contohnya, kita tidak mengukur meja tetapi panjang meja.
• Pengukuran juga tidak bersifat mutlak. Misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang lebih sukar untuk diukur berbanding berat. Seorang
pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap sebagai mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45.
Penilaian • Penilaian dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu
benda atau perkara.
• Stufflebeam (1971), penilaian bermaksud sebagai proses menentukan mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna dalam
mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan bagi pertimbangan selanjutnya.
• Dalam konteks pendidikan, penilaian ialah satu sistem yang melibatkan aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi
pembelajaran dan pengajaran untuk membuat pertimbangan bagi mengambil tindakan yang sewajarnya
Pentaksiran • Pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan mereka
• Noraini Idris (2008), pentaksiran dirancang dan dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran yang diharapkan dapat
memperbaiki proses pembelajaran pelajar.
• pentaksiran ialah proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar secara menyeluruh berasaskan matlamat
kurikulumTiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)
1.0 Pengenalan kepada Pentaksiran
1.1 Konsep
pentaksiran
penilaian
pengukuran
pengujian
ujian bukan satu konsep tetapi satu alat untuk pengukuran
pengukuran merupakan penentuan status atau tahap pelajar.
Penilaian dianggap sebagai proses membuat pertimbangan ataukeputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau hargabagi sesuatu benda atau perkara
Pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuanmereka.
Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)
KepentinganPenilaian
Guru boleh menggunakan maklumatyang diperolehi untuk meningkatkankeberkesanan pengajaran guru dan
pembelajaran pelajar.
Keputusan yang diperolehi daripadapenilaian dapat dijadikan asas
pemilihan strategi pembelajaran danpengajaran oleh guru
Keputusan ujian penilaian dapatdigunakan oleh guru untuk
mendapatkan maklumbalas tentangpenguasaan pelajar terhadap
pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar.
ini akan membantu guru mengubahsuai teknik pembelajaran
dan pengajaran supayabersesuaian dengan keperluan
pelajar. Melalui penilaian juga guru akan dapat mengenalpasti pelajar
yang lebih cepat/cerdas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan
juga pelajar yang lambat/lemahyang memerlukan pemulihan.
Penilaian di akhir tempoh pengajianpula bertujuan untuk memberikangred keseluruhan bagi seseorang
pelajar
Tujuan penilaian bagi peperiksaanseperti UPSR, PMR dan SPM adalah
untuk menunjukkan pencapaianpelajar mengikut gred standard piawaian bagi seluruh negara.
Penilaian juga amat berguna bagitujuan bimbingan dan kaunseling. Ini amat penting bagi membantumeningkatkan motivasi pelajar.
Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)
KepentinganPentaksiran
Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for
learning) - bertujuan supaya dapat membantu guru
mengenalpasti tahap pembelajaran pelajar dan
keberkesanan pengajaran guru. Oleh itu, ini akan
membantu guru mengubahsuai aktiviti
pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah
mengikut kesesuaian dan keperluan pelajar.
tujuan pentaksiran di sini ada kaitan dengan
tindakan susulan selepas pembelajaran sama ada
untuk guru sendiri mahupun bagi guru membantu
pelajar
Pentaksiran sebagai pembelajaran
(assessment as learning) - bertujuan memberi
ruang kepada pelajar untuk mengetahui tahap
pencapaian masing-masing. Pentaksiran
sebagai pembelajaran memberi fokus terhadap
peranan pelajar sebagai penghubung yang
kritikal di antara pentaksiran dan pembelajaran
.
di sini peranan guru amat penting sebagai
fasilitator dalam membimbing pelajar
menggunakan pentaksiran sebagai proses
penilaian pencapaian peranan pelajar.
Kepentingan pentaksiran kepada pembelajaran
(assessment to learning) - tujuan mengenal
pasti pengetahuan yang diperolehi, dilakukan
dan diterjemahkan dalam bentuk tingkahlaku
oleh pelajar. tujuan pentaksiran ini berkaitan
dengan matlamat dan hasil pembelajaran.
pentaksiran dalam pendidikan bersifatlebih menyeluruh kerana pentaksiran yang dilakukan melibatkan pelajar dan jugaorganisasi yang terlibat termasukkurikulum yang digunakan.
Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)
AKTIVITI 2: YANG MANA SATU?
Bandingkan penilaian sumatif dan formatif.
Pilih pernyataan yang mewakili penilaian formatif dan sumatif.
Penilaian formatif Penilaian sumatif
Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)
1.2 Jenis-jenis Penilaian
• Penilaian formatif ialah penilaian yang dibuat secara berterusan.• Ianya dibuat di sepanjang pembelajaran dan pengajaran.• penilaian formatif dibuat bagi menguji pencapaian pelajar mengikut
perkembangan topik-topik dalam sukatan pelajaran.• penilaian formatif boleh dibuat selepas guru selesai mengajar sesuatu topik bagi
menilai perkembangan pelajar terhadap topik-topik yang telah diajar. • Maklumat daripada penilaian formatif boleh digunakan untuk memperbaiki proses
pembelajaran dan pengajaran.
Penilaianformatif
Penilaiansumatif
• Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat di akhir pengajaran seperti ujianpenggal, ujian pertengahan tahun ataupun ujian akhir tahun
• Penilaian sumatif bertujuan untuk menilai pencapaian pelajar pada akhir penggal, pertengahan tahun ataupun akhir tahun
• Penilaian sumatif digunakan untuk membuat perbandingan dalam kalanganpelajar serta memberikan tahap tertentu kepada pelajar.
• Penilaian seperti UPSR dan PMR juga bertujuan untuk memberikan gred kepadapelajar.
• tujuan memberi pengiktirafan seperti sijil dan hadiah. Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)
Penilaianformatif
Penilaiansumatif
Beberapa prosedur perlu diambil kira bagi memastikan keberkesanan penilaian
Menentukan topik pengajaran
Menentukan aspek dan tahap penguasaan
Menghubung kaitkan elemen-elemen dalamtajuk
Membina soalan ujian
Mencadangkan tindakan susulan
Membentuk Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Membina soalan
Mengumpul soalan secara sistematik
Menguji soalan melalui kajian rintis
Menyiapkan skema pemarkahan
Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)
Klasifikasi ujian
Ujian rujukan norma Ujian rujukan kriteria Ujian rujukan standard
• untuk membandingkan pencapaian
antara pelajar ataupun kumpulan
pelajar.
• URN juga digunakan untuk
menentukan pencapaian sama ada
lulus, sederhana atau cemerlang.
• Ini akan memudahkan tujuan
pengiktirafan seperti penganugerahan
sijil dan hadiah.
• bagi memastikan tujuan ini tercapai,
tahap kesukaran soalan perlu dikawal.
• Cakupan kandungan pembelajaran
bagi tujuan URN lebih luas.
• Matlamat URK bukan untuk membandingkan
pencapaian pelajar dengan pelajar lain, tetapi
ditumpukan kepada membandingkan pencapaian pelajar
dengan kriteria tertentu, iaitu sama ada kriteria tersebut
dapat dikuasai pelajar atau tidak.
• matlamat URK ialah untuk penambahbaikan pengajaran
dan pembelajaran berdasarkan keputusan ujian
• ujian ini dibina berpandukan kepada kriteria atau
tingkahlaku yang ditetapkan.
• Ujian juga lebih terperinci dan meliputi kandungan
pelajaran tertentu sahaja. Kandungan atau kriteria
tersebut menjadi standard prestasi yang perlu dicapai
oleh pelajar dalam URK
• Berbeza dengan URN, URK menumpukan kepada tajuk-
tajuk yang lebih khusus. URK berbentuk tidak formal
• Ujian rujukan standard diwujudkan bagi tujuan
melaporkan prestasi murid dalam pembelajaran
dengan menerangkan tentang kemajuan murid
dalam pembelajaran dengan mrujuk standard.
• ujian rujukan standard memerlukan satu standard
prestasi yang boleh menjadi panduan kepada
semua pelaksana.
• Standard ialah suatu pernyataan tentang sesuatu
domain merujuk kepada tanda aras tertentu.
Standard juga merupakan pernyataan bersifat
generik tentang tahap pertumbuhan pembelajaran.
Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)
Standard prestasi yang menjadi rujukan dalam ujian rujukan standard ialah
seperti dalam Jadual 1.4.
Tahap
Pencapaian
Pernyataan Standard
6 Tahu, Faham, dan Boleh buat dengan beradap Mithali
5 Tahu, Faham, dan Boleh buat dengan beradap Terpuji
4 Tahu, Faham dan Boleh buat dengan beradap
3 Tahu, Faham dan Boleh buat
2 Tahu dan Faham
1 Tahu
Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)
Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)
JENIS-JENIS UJIAN
JENIS-JENIS
UJIANUjian
PencapaianUjian
Diagnostik
Ujian
Prestasi
Ujian
Kecerdasan
Ujian
Personaliti Ujian
Bakat
Cari maklumat tentang jenis-jenis ujian dan buat pameranround table
Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)
Ujian
Pencapaian
• Ujian pencapaian digunakan untuk mengukur tahap pengetahuan, kemahiran dan kecekapan semasa pelajar
• ujian pencapaian dibina oleh guru atau kumpulan guru bagi mengukur sejauh mana pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk
yang telah diajar oleh guru yang meliputi pengetahuan, kefahaman dan aplikasi
• Ujian ini juga digunakan bagi memastikan kesediaan pelajar untuk memulakan tajuk baru dan mengenalpasti masalah
yang dihadapi pelajar bagi tajuk-tajuk yang telah diuji.
Ujian
Kecerdasan
• mengukur perbezaan tingkah laku manusia secara sistematik.
• Kecerdasan didefinisikan sebagai kebolehan satu organisma menyesuaikan diri dengan persekitarannya (Mokhtar
Ismail, 2009)
• ujian kecerdasan ialah ujian yang mengukur kebolehan mental seseorang pelajar, contoh: ujian Binet
Ujian Prestasi • Ujian prestasi ialah ujian yang mengukur kecekapan pelajar melakukan sesuatu tugas yang melibatkan manipulasi
objek yang konkrit.
• Ujian prestasi menguji kemahiran pelajar menggunakan sesuatu alat yang konkrit seperti gambar dan radas, dan tidak
semata-mata tertumpu kepada aspek bahasa atau ujian pensel- kertas
• Misalnya seorang guru Pendidikan Jasmani ingin mengukur kebolehan pelajar menggunakan kayu hoki.
Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)
Ujian Diagnostik • Ujian diagnostik bertujuan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar, guru dan institusi agar program pemulihan dapat
dijalankan bagi menanganinya
• Ujian ini bertujuan untuk mengenalpasti kumpulan-kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan tajuk pengajaran yang tepat serta
sesuai dengan kumpulan-kumpulan tertentu
• Ujian diagnostik boleh dilaksanakan melalui ujian formal seperti ujian pensel-kertas ataupun secara soal jawab, inventori dan
pemerhatian tugasan dari masa ke semasa.
• ujian diagnostik ialah ujian ini tidak memberikan skor atau gred kepada pelajar
Ujian Bakat • Ujian bakat ialah ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki oleh pelajar.
• Ujian bakat bertujuan untuk memberi maklumat asas tentang telahan prestasi masa depan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang.
• Menurut Mokhtar Ismail (2009), terdapat dua cara ujian bakat dijalankan iaitu kaedah komposit dan kaedah penentu
• Misalnya Ujian Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (UKELP) bertujuan untuk mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu
mengikut kebolehannya.
Ujian Personaliti • ujian personaliti bagi mengenali pelajarnya dengan lebih dekat.
• Ini akan memudahkan guru membuat pilihan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut personaliti pelajar ataupun
melaksanakan tindakan pemulihan bagi pelajar tertentu.
• ujian personaliti ialah ujian yang digunakan untuk mengukur personaliti pelajar.
Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)
BENTUK-BENTUK UJIAN
Ujian individu Ujian berkumpulan
• Ujian individu
digolongkan
kepada ujian
tara
• ujian ini boleh
diambil secara
berseorangan
pada suatu
masa
• Tujuan ini
bertujuan menilai
pencapaian
secara individu
mahupun tahap
kecerdasan
pelajar.
• Ujian
berkumpulan pula
merupakan ujian
pensel dan kertas
yang memerlukan
calon membaca
soalan itu sendiri.
• Walaupun
dikenali sebagai
ujian
berkumpulan
namun pelajar
menjawab ujian
berdasarkan
kebolehan dan
keupayaan
secara individu.
Ujian bertulis Ujian lisan
• Ujian bertulis
melibatkan
penggunaan
bahasa yang
gramatis dalam
bentuk ayat
• Ujian bertulis
memerlukan
penjawab soalan
meluahkan idea
pemikiran
berdasarkan
keperluan yang
dikehendaki oleh
soalan ujian bagi
menguji tahap
kognitif penjawab.
• Ujian lisan sesuai
dijalankan secara
individu terutama
bagi mata
pelajaran bahasa,
Agama Islam dan
Pendidikan Moral.
• Penilai yang
mahir dan cekap
diperlukan kerana
pemarkahan
bergantung
kepada penilai
walaupun ada
standard
pemarkahan yang
telah ditetapkan.
Ujian Objektif Ujian subjektif
• Ujian objektif ialah salah
satu jenis ujian pensel-
kertas
• Walaupun terdapat
pelbagai jenis item objektif
tetapi setiap item
mempunyai satu ciri yang
serupa iaitu jawaban
khusus dan terbatas.
• Ujian objektif dapat
dibahagikan kepada
beberapa jenis iaitu
soalan aneka pilihan,
soalan Memadankan,
soalan Betul – Salah dan
soalan menyudahkan
• Ujian subjektif pula
dikenali sebagai ujian
esei, boleh ditakrifkan
sebagai ujian yang
memerlukan calon
memberi jawaban dalam
bentuk perkataan atau
karangan sendiri
• Terdapat dua bentuk ujian
subjektif iaitu jenis respon
terhad dan jenis respon
lanjutan
Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)
PENILAIAN DALAM MATAPELAJARAN SEJARAH
(1) pemahaman tentangidea
(2) konsep fakta (3) nilai dalam matapelajaran Sejarah
• mengkaji idea di sebalik
kewujudan sesuatu
peristiwa
• pelajar harus diberi peluang
untuk memahami sesuatu
kejadian dalam sejarah.
Misalnya, mengapa
Singapura keluar daripada
Malaysia.
• aspek yang ditekankan
adalah pelajar memahami
proses, sebab dan akibat
mengapa Singapura keluar
dari Malaysia.
• Elemen konsep fakta memang
tidak dapat lari daripada mata
pelajaran Sejarah. Ini kerana
dalam mata pelajaran Sejarah
banyak fakta seperti tarikh,
individu, peristiwa yang telah
berlaku. Fakta- fakta dalam
Sejarah tidak boleh diubah.
• Nilai dalam sesuatu peristiwa
Sejarah juga perlu difahami oleh
pelajar
• Ini bermakna, di setiap sesuatu
peristiwa Sejarah, pelajar perlu
diberi ruang dan peluang untuk
mempelajari nilai di sebalik
peristiwa tersebut.
Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)
2.0 Aplikasi Statistik dalam Pentaksiran
Penganalisaan dan pentafsiran ujian perlu dilakukan melalui statistik asas yang akan melibatkan aktiviti pemungutan
dan menyusun skor murid, pengiraan dan membuat analisis atas data serta membuat interpretasi data yang
diperolehi.
Statistik asas merupakan satu teknik matematik untuk memproses, menyusun, menganalisis dan membuat
kesimpulan tentang data yang berbentuk kuantitatif.
Data-data yang diperolehi iaitu skor mentah biasanya dalam keadaan tidak tersusun dan untuk memudahkan kita
merujuk kepad data tersebut, ia perlu direkodkan secara teratur dan sistematik.
Dalam bidang pendidikan, statistik boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat dalam pelbagai situasi.
Contohnya jika statistik digunakan untuk menyampaikan maklumat awal tentang taburan pelajar mengikut pencapaian
maka ianya akan memberikan maklumat kepada penyelidik tentang apa-apa pemboleh ubah yang ingin dilihat oleh
penyelidik tersebut.
Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)
KEGUNAAN
STATISTIK
Tujuan statistik dibuat ialah bagi
menyampaikan maklumat dalam
pelbagai situasi. Misalnya, melalui
dapatan daripada pengiraan
statistik seperti ujian t dapat
membandingkan dapatan tertentu
rumusan dapatan dapat digunakan
untuk menunjukkan tahap
pencapaian pelajar serta
membandingkannya dengan
pelajar lain ataupun kumpulan
seperti jantina dan sebagainya.
tujuan statistik juga bagi
membolehkan penyelidik yang
ingin melihat hubungan di antara
dua pembolehubah.
statistik juga boleh digunakan
untuk menguji perbezaan antara
dua min atau lebih, iaitu dengan
menggunakan ujian t ataupun
ANOVA.
statistik juga boleh digunakan
oleh penyelidik bagi mereka
bentuk eksperimen, dan
menentukan kaedah analisis
yang sesuai dengan sesuatu
reka bentuk eksperimen.
Kaedah statistik juga boleh
digunakan untuk mengira
indeks kebolehpercayaan dan
kesahan.
Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)