MINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ DAN · PDF fileMINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN...
Transcript of MINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ DAN · PDF fileMINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN...
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: no. 2 (2017) page 67-78 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |
67
MINAT MURID YANG MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ DAN
BENTUK SOKONGAN YANG DITERIMA
(TAHFIZ STUDENTS’ INTEREST AND FORM OF SUPPORTS RECEIVED)
1Norlizah Che Hassan, 2Fathiyah Mohd Fakhruddin, 3Ahmad Fauzi Mohd Ayub,
4Lukman Abd Mutalib, 5Wan Marzuki Wan Jaafar
Abstrak
Pendidikan Aliran Tahfiz adalah antara aliran pendidikan yang semakin mendapat tempat
dalam kalangan rakyat Malaysia masa kini. Selaras dengan ini, maka kajian ini dijalankan
bertujuan untuk mengenal pasti profil murid yang mengikuti Tahfiz dengan meninjau minat
murid dan sistem sokongan yang diterima terutamanya daripada pihak ibu bapa, sekolah dan
guru. Seramai 411 orang murid Tahfiz dari empat buah sekolah menengah aliran tahfiz
terlibat sebagai sampel kajian. Antara profil murid yang ditinjau ialah jantina, jumlah juzuk
yang dihafal, pernah mengikuti ujian tilawah, minat terhadap Tahfiz dan bentuk sokongan.
Dapatan kajian mendapati terdapat beberapa bentuk sokongan yang diterima daripada ibu
bapa, sekolah dan guru. Kajian ini memberikan implikasi jelas bahawa pendidikan Tahfiz
bukanlah suatu aliran yang mudah dan memerlukan penglibatan ibu bapa, sekolah dan guru
yang boleh membantu murid-murid menghadapi pengajaran dan pembelajaran tahfiz mereka
dengan baik. Kajian ini juga diharap dapat memberikan maklumat yang berguna kepada
semua pihak yang berkaitan.
Kata kunci: Pendidikan Aliran Tahfiz, minat murid, sistem sokongan pendidikan.
1 Pensyarah, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang,
Selangor, Tel: +60123988410 Email: [email protected] 2 Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang,
Selangor, Tel: +60132425573 Email :[email protected] 3 Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang,
Selangor, Tel: +60196646575 Email: [email protected] 4 Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, USIM, 71800 Bandar Baru Nilai,
Negeri Sembilan, Tel: +60192116145 Email :[email protected] 5 Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang,
Selangor, Tel: +60136413270 Email :[email protected]
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: no. 2 (2017) page 67-78 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |
68
Abstract Tahfiz education streaming is gaining popularity among Malaysians today. In line with this,
this study was conducted purposely to identify the profile of Tahfiz students by surveying the
students' interest and support received mainly from their parents, schools and teachers. A total
of 411 students from four medium Tahfiz schools involved in the study. Among the students’
profile surveyed is gender, the number of constituents who memorized, frequent number of
exam recital, interest and form of supports. Findings of the study found there is some form of
support from parents, schools and teachers. The study provides the clear implication that
Tahfiz education is not a simple streaming and requires the involvement of parents, schools
and teachers that can help students cope with tahfiz learning and perform well in their teaching
and learning. This study also aims to provide useful information to all relevant parties.
Keywords: Tahfiz education streaming, students’ interest, education support system.
2017 JHLCB
Pengenalan
Kemunculan pendidikan tahfiz di Malaysia bermula seawal tahun 1966 dengan penubuhan
Maahad Tahfiz oleh Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.
Ketika itu, Syeikh al-Azhar Syeikh Mahmud Syaltut mencetuskan idea bagi menubuhkan
maahad Tahfiz ketika beliau berkunjung ke Malaysia semasa perasmian Masjid Negara.
Akhirnya Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat beroperasi di Masjid Negara seramai lapan
orang pelajar pada permulaannya (Azmil Hashim, 2012). Pendidikan tahfiz pada masa kini
merupakan satu aliran pendidikan yang semakin mendapat tempat. Harapan yang besar
diletakkan bagi memastikan pendidikan tahfiz berupaya melahirkan generasi al-Quran yang
dapat membangunkan kesejahteraan negara. Namun, cabaran yang melingkari pendidikan
tahfiz tidak kurang hebatnya. Dalam usaha melahirkan golongan ilmuwan profesional yang
menguasai bacaan, hafazan dan ilmu al-Quran, terdapat pelbagai sokongan yang diperlukan
oleh murid-murid ini terutamanya sokongan daripada pihak ibu bapa, sekolah dan guru.
Kecemerlangan pelajar banyak dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya ialah sistem
sokongan dan penglibatan ibu bapa, sekolah, guru, rakan sebaya dan persekitaran. Namun
begitu, untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan, bukanlah satu perkara yang mudah,
terutamanya bagi murid-murid aliran tahfiz yang memerlukan masa dan sistem sokongan yang
mampan bagi membantu mereka menghafaz juzuk al Quran dengan baik. Emat (2005),
menyatakan pencapaian pelajar lebih bermakna apabila kaum keluarga mereka juga turut
berperanan dan melibatkan diri dalam membantu anak mereka mencapai kejayaan. Ibu bapa
mempunyai peranan yang amat penting dalam mencorakkan keperibadian anak menerusi
didikan yang sempurna dalam suasana yang harmoni sejak bayi lagi sehingga ke peringkat
mereka memasuki universiti. Manakala menurut Knollman dan Wild (2007) sokongan ibu bapa
adalah penting terutamanya dalam membantu mempertingkatkan keupayaan anak-anak mereka
dalam menunjukkan minat terhadap tugasan, mengatur masa belajar dan tempat belajar anak-
anak. Ibu bapa merupakan faktor utama dalam menggalak anak-anak mereka mencuba sesuatu
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: no. 2 (2017) page 67-78 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |
69
perkara, mengambil tahu cita-cita anak dan memberikan perangsang dan sokongan dalam
setiap perkara. Selain ibu bapa, pihak sekolah dan guru juga merupakan elemen terpenting
dalam memberikan sokongan dan dorongan kepada kejayaan murid-murid tahfiz ini.
Peningkatan standard profesionalisme Tenaga Pengajar Institusi Tahfiz tidak dapat dinafikan
dalam memperkatakan tentang kepentingan pendidikan, tenaga pengajar bukan sahaja
memainkan peranan utama sebagai penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada
pelajar, malah bertanggungjawab menyuburkan minat, memperkembangkan bakat dan
kebolehan mereka.
Sokongan Ibu Bapa, Sekolah dan Guru Kepada Anak Tahfiz
Kajian terdahulu banyak membincang dan meneliti aspek sokongan dan penglibatan ibu bapa
dalam konteks pendidikan anak di peringkat rendah, menengah dan kolej. Kajian lepas turut
melaporkan bahawa penglibatan dan sokongan langsung ibu bapa kepada anak lebih tertumpu
di peringkat awal persekolahan anak-anak. Ibu bapa didapati kurang melibatkan diri dalam
pendidikan anak apabila mereka berada di peringkat sekolah menengah dan ke atas (Abd Razak
dan Norani, 2011). Ini berlaku kerana ibu bapa berpendapat kurikulum pendidikan menengah
dan ke atas lebih sukar dan mencabar serta ibu bapa berharap anak mereka boleh menangani
sendiri pembelajaran mereka. Sementelah lagi anak-anak aliran tahfiz yang perlu sentiasa
memberi tumpuan kepada hafazan dan kurikulum mereka.
Selanjutnya, kajian oleh Zulkifli, Jamilah, Aminah dan Ismi (2011) juga mengesahkan
bahawa terdapat hubungan signifikan tahap tinggi antara penglibatan ibu bapa dengan
pencapaian akademik pelajar sekolah menengah di Selangor. Penglibatan ibu bapa yang diukur
dalam kajian tersebut merangkumi tiga aspek iaitu perbincangan, penjagaan dan komunikasi
tentang akademik anak. Dalam satu kajian berasingan yang dijalankan oleh Suresh (2013),
beliau telah mengukur strategi penglibatan ibu bapa etnik Melayu dalam pendidikan anak.
Strategi penglibatan ibu bapa merujuk kepada aspek motivasi, mengenal pasti kerja sekolah,
mengenal pasti kerja rumah, mengenal pasti masalah akademik anak di sekolah, mengenal pasti
corak pembelajaran, berbincang tentang perancangan akan datang, berbincang tentang aktiviti
sekolah serta membantu kerja sekolah. Ini juga selaras dengan ajaran Islam, di mana Islam
menentukan bahawa sokongan tersebut sebagai satu bentuk tanggungjawab dalam mendidik
anak. Sokongan ibu bapa merujuk pelbagai bentuk peranan dan bantuan yang dapat membantu
anak bagi memilih, membuat keputusan dan mengambil tindakan dalam hidup secara lebih
berkesan.
Ibu bapa perlu memainkan peranan mereka sebagai guru di rumah dan berpendirian
positif terhadap anak-anak dan turut melibatkan diri dalam aktiviti kognitif anak-anak. Green
et al. (2007) berpendapat bahawa penglibatan ibu bapa di rumah perlu dikekalkan bukan sahaja
di awal persekolahan tetapi semasa di pertengahan persekolahan ketika anak-anak memerlukan
kekuatan untuk berdikari. Sikap mengambil berat oleh ibu bapa terhadap pendidikan anak dapat
dilihat daripada penglibatan ibu bapa dalam kerja rumah anak-anak mereka. Namun, bantuan
dan sokongan daripada ibu bapa dalam pelajaran anak-anak mestilah dilakukan secara
konsisten. Bagaimanapun menurut Lareau (2000), kekangan masa menyebabkan ibu bapa
kurang peka terhadap peranan mereka dalam pendidikan anak-anak dan membiarkan anak-
anak belajar tanpa pemantauan.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: no. 2 (2017) page 67-78 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |
70
Sekolah secara umumnya dan guru secara khususnya memainkan peranan penting dan
mempunyai pengaruh yang besar di dalam pendidikan anak-anak. Di sekolah, pelajar dididik
supaya berakhlak, bermoral dan mengamalkan budaya hidup yang murni. Abd Rahim (200I)
juga menjelaskan pendidikan dan persekolahan perlu memainkan peranan yang berkesan bagi
menyemai dan menanamkan nilai-nilai murni sebagai langkah membentuk dan melahirkan
masyarakat yang tinggi intelek dan moralnya. Tanggungjawab bagi mendidik murid-murid
tahfiz tidak boleh diambil ringan. Dalam menjayakan pendidikan tahfiz, guru merupakan orang
yang penting dalam melaksanakan strategi ini. Maka guru hendaklah terlebih dahulu
mengamal dan menghayati al Quran itu terlebih dahulu. Lickona (1991) menjelaskan tentang
tanggungjawab guru sebagai model penerapan nilai murni, iaitu guru perlu menjadi penjaga,
model dan mentor dan selain menjadikan ibu bapa sebagai rakan kongsi. Selain itu, cabaran
proses hafazan yang lama dan sukar menuntut penglibatan sekolah dan guru-guru tahfiz. Guru
tahfiz berperanan bagi menjaga keikhlasan hati, berlaku adil antara murid-murid, mengambil
kira perbezaan kemampuan murid serta kesabaran dan lemah lembut dengan murid (Ashraf
Ismail, Ab Halim Tamuri, Kamarulzaman Abd Ghani dan Nurul Hudaa Hassan, 2013).
Pihak sekolah juga perlu menyediakan segala bentuk kemudahan dan kelas-kelas
tambahan untuk memperbaiki tajwid dan hafazan murid-murid tahfiz ini. Persekitaran sekolah
yang menggalak dan menyokong dapat melahirkan kesan positif terhadap proses pembelajaran
dan hafazan murid tahfiz ini. Bagi aspek persekitaran dan budaya sekolah, apa yang dapat
dijelaskan ialah budaya sekolah merangkumi seluruh persekitaran diri pelajar di sekolah.
Faktor keadaan persekitaran sekolah boleh memberi kesan kepada pembentukan tingkah laku
(Rusni Mohd. Nor, 2005). Persekitaran ini bercorak fizikal dan bukan fizikal. Persekitaran yang
menggalakkan dan menyokong dapat melahirkan kesan positif terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran yang memberangsang.
Dalam mendepani cabaran, murid-murid tahfiz ini tentunya memerlukan sistem
sokongan yang mampan untuk membantu mereka berjaya dalam lapangan ini. Berdasarkan
pernyataan-pernyataan di atas jelas menunjukkan betapa pentingnya peranan ibu bapa, sekolah
dan guru dalam pendidikan tahfiz ini. Sekolah bukan setakat untuk mendapat kecemerlangan
akademik semata-mata dan guru bukan setakat untuk mengajar bagi meningkatkan pencapaian
akademik tetapi lebih daripada itu iaitu membina dan membangunkan potensi diri murid-murid
tahfiz ini.
Metodologi
Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif. Seramai 411 orang murid tingkatan
empat aliran tahfiz terlibat sebagai sampel kajian. Kaedah tinjauan survey telah digunakan
sebagai kaedah pengumpulan data bagi mendapatkan data berkaitan profil demografi murid-
murid tahfiz ini. Dapatan analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis data.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: no. 2 (2017) page 67-78 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |
71
Dapatan dan Perbincangan
Pelajar cemerlang merupakan pemangkin kepada kemajuan negara bukan hanya dalam bidang
ekonomi bahkan juga dalam bidang politik dan keselamatan negara (Tajul Ariffin & Nor’ Aini,
2002). Kecemerlangan pelajar banyak dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya ialah
penglibatan ibu bapa, guru, sekolah, rakan sebaya, dan persekitaran lainnya. Namun begitu,
untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, bukanlah satu perkara yang mudah,
terutamanya bagi murid-murid aliran tahfiz yang memerlukan masa dan sistem sokongan yang
mampan bagi membantu mereka menghafaz 30 juzuk al Quran dengan baik. Kertas kerja ini
membincangkan tentang analisis data dan hasil dapatan kajian yang dilakukan secara
deskriptif. Bahagian ini terdiri daripada maklumat berkaitan dengan latar belakang murid aliran
tahfiz. Dalam bahagian ini, murid dikehendaki memberikan maklumat berkaitan dengan
jantina, jumlah juzuk yang telah dihafal, khatam al Quran dan pernah mengikuti pertandingan
tilawah al Quran.
Jadual 1: Taburan Frekuensi dan Peratus Murid Tahfiz Mengikut Jantina dan umur
Jantina Frekuensi Peratus (%)
Lelaki 209 50.8
Perempuan 202 49.1
Jumlah 411 100
Jadual 1 di atas menunjukkan taburan frekuensi dan peratus murid mengikut jantina.
Kajian mendapati bahawa bilangan murid lelaki lebih ramai daripada murid perempuan. Murid
lelaki mencatatkan bilangan murid lebih ramai iaitu seramai 209 orang (50.8 %), manakala
bilangan murid perempuan ialah seramai 202 orang sahaja (49.1 %).
Jadual 2: Taburan Jumlah Juzuk yang dihafal
Juzuk Frekuensi Peratus (%)
3 2 .5
5 1 .2
6 1 .2
7
8
9
10
14
15
16
17
18
19
20
21
22
2
1
1
3
2
4
11
12
14
19
32
16
15
.5
.2
.2
.5
.5
.7
2.6
2.8
3.3
4.4
7.3
3.5
3.5
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: no. 2 (2017) page 67-78 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |
72
23
24
25
26
27
28
29
30
24
11
28
27
19
13
12
130
5.6
2.6
6.6
6.3
4.4
3.0
2.8
30.4
Jumlah 411 100
Jadual 2 di atas menunjukkan taburan frekuensi dan peratus jumlah juzuk yang dihafal
oleh murid tahfiz ini. Kajian mendapati bahawa majoriti murid seramai 130 orang (30.4%)
telah berjaya menghafaz sebanyak 30 juzuk al Quran. Manakala bilangan murid yang
menghafaz juzuk lima, enam, lapan dan sembilan adalah paling sedikit murid iaitu seorang bagi
setiap juzuk (.2%).
Jadual 3: Taburan Frekuensi Murid yang Mengikuti Pertandingan Tilawah al Quran
Mengikuti Tilawah Frekuensi Peratus (%)
Pernah 140 34.1
Tidak Pernah 271 65.9
Jumlah 411 100
Jadual 3 di atas menunjukkan taburan frekuensi dan peratus murid yang pernah
mengikuti pertandingan tilawah di sekolah. Kajian mendapati bahawa majoriti seramai 271
orang (65.9%) yang tidak pernah mengikuti pertandingan tilawah, manakala murid yang pernah
mengikuti pertandingan tilawah pula ialah seramai 140 orang (34.1%).
Jadual 4: Minat murid terhadap Aliran Tahfiz
Minat Min Sisihan Piawai
1. Saya seronok membaca al-
Quran.
5.5439
.67746
2. Saya suka menghafaz ayat al-
Quran
5.3878
.74555
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: no. 2 (2017) page 67-78 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |
73
3. Saya berasa puas setiap kali
dapat berjaya menghafaz ayat
al-Quran
5.7073
.73488
4. Saya berminat menghafaz al-
Quran kerana disuruh oleh guru.
2.2415 1.22234
5. Saya berminat untuk memasuki
pertandingan hafazan
4.2293 1.37960
6. Saya berminat menghafaz al-
Quran kerana melihat kejayaan
orang lain yang menghafaz al-
Quran.
4.9171 1.22043
Jadual 4 di atas menunjukkan taburan min dan sisihan piawai bagi minat murid terhadap
aliran tahfiz. Didapati item ke 6 “saya berminat menghafaz al Quran kerana melihat kejayaan
orang lain” menunjukkan skor min tertinggi 4.917 dan sisihan piawai 1.220, manakala bagi
min yang terendah pula ialah item ke 4 iaitu “saya berminat menghafaz al Quran kerana disuruh
oleh guru”.
Jadual 5: Taburan Min Sistem Sokongan kepada Murid Aliran Tahfiz
Sistem sokongan Min Sisihan Piawai
1.Ibu bapa saya sentiasa memberi
dorongan kepada saya untuk membaca
al-Quran.
5.5596 .75432
2. Ibu bapa saya memberi
penghargaan setiap kali saya dapat
menghafaz surah.
3.9027 1.47343
3. Ibu bapa saya memahami
kemampuan saya dalam menghafaz
surah.
4.9830 1.17793
4. Ibu bapa saya memperuntukkan
waktu untuk membaca al-Quran di
rumah.
4.3114 1.47841
5. Ibu bapa saya sentiasa menguji
surah yang telah saya hafaz.
3.4136 1.32304
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: no. 2 (2017) page 67-78 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |
74
6. Ibu bapa saya menggalakkan saya
untuk memasuki aliran tahfiz.
5.4842 .86764
7. Ibu bapa saya mengharapkan saya
dapat menghafaz al-Quran. 5.7956 .51993
8. Ibu bapa saya menghantar saya ke
kelas mengaji al-Quran. 4.7591 1.43404
9. Guru hafazan saya menyayangi
muri-muridnya. 5.3333 .93878
10. Guru hafazan saya tidak lokek
berkongsi tip hafazan. 5.1946 1.07344
11. Guru hafazan saya sentiasa
memberi galakan untuk menghafaz.
5.3163 1.00593
12. Guru hafazan saya sentiasa
memberi motivasi setiap kali saya
berputus asa untuk meneruskan
hafazan.
4.9416 1.30720
13. Guru hafazan saya memberi
penghargaan kepada saya setiap kali
berjaya menghafaz.
4.1046 1.46878
14. Guru hafazan sentiasa bersabar
dengan saya.
5.3066 .92575
15. Guru hafazan saya berkongsi
kejayaan mereka yang berjaya
menjadi hafiz/hafizah.
4.9100 1.28942
16. Guru hafazan saya sering
bertanyakan saya masalah yang
dihadapi.
4.3552 1.44504
17. Guru hafazan memaklumkan
kepada ibu bapa saya tentang
perkembangan hafazan saya.
4.0827 1.42383
18. Pihak sekolah saya memberi
panduan menghafaz al-Quran.
5.1484 .91591
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: no. 2 (2017) page 67-78 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |
75
__________________________________________________________________________________________
19. Pihak sekolah menyediakan kelas
tajwid sebelum memulakan hafazan.
3.5791 1.46352
20. Pihak sekolah menetapkan jadual
hafazan dalam waktu persekolahan.
5.7007 .56782
21. Pihak sekolah menetapkan jadual
hafazan di luar waktu persekolahan.
4.5450 1.53012
22. Pihak sekolah memberi anugerah
kepada murid yang cemerlang
hafazan.
5.5888 .71824
23. Pihak sekolah sentiasa memantau
prestasi hafazan saya. 5.0633 1.11350
24. Pihak sekolah mengadakan kelas
hafazan tambahan untuk membantu
murid yang lemah.
4.5888 1.60753
25. Pihak sekolah mengadakan kem
hafazan semasa cuti sekolah bagi
membantu murid yang lemah.
4.6204 1.53400
26. Pihak sekolah menghantar murid
ke program hafazan.
4.7421 1.43022
27. Sekolah saya menyediakan
program hafazan.
5.3723 .96531
28.Sekolah saya mengadakan
pertandingan hafazan.
5.4501 .85215
29. Sekolah saya menggalakkan
murid membuat hafazan.
5.6156 .71099
30. Sekolah saya memberi hadiah
kepada murid yang berjaya dalam
hafazan.
5.6277 .69149
31. Sekolah saya menghantar murid
dalam pertandingan tilawah/hafazan. 5.8029 .50615
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: no. 2 (2017) page 67-78 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |
76
Jadual 5 di atas menunjukkan taburan min dan sisihan piawai bagi sistem sokongan
yang diterima oleh murid aliran tahfiz berdasarkan sokongan dari pihak ibu bapa, guru dan
sekolah. Min yang paling tinggi ialah 5.795 dan sisihan piawai .5199 untuk sokongan ibu bapa
ialah item ke 6 iaitu “Ibu bapa saya mengharapkan saya dapat menghafaz al-Quran”.
Manakala min paling rendah iaitu 3.4136 dan sisihan piawai 1.32304 ialah untuk item ke 4
iaitu “Ibu bapa saya sentiasa menguji surah yang telah saya hafaz. Bagi sokongan dari guru
pula, min yang paling tinggi ialah 5.333 dan sisihan piawai .93878 untuk item ke 8 iaitu “Guru
hafazan saya menyayangi murid-muridnya”. Manakala min paling rendah iaitu 4.0827 dan
sisihan piawai 1.42383 ialah untuk item ke 16 iaitu “Guru hafazan saya memaklumkan kepada
ibu bapa saya tentang perkembangan hafazan saya”. Sokongan dari pihak sekolah pula
menunjukkan, min yang paling tinggi ialah 5.8029 dan sisishan piawai .50615 untuk item ke
30 iaitu “Sekolah saya menghantar murid ke pertandingan tilawah”. Manakala min paling
rendah iaitu 3.5791 dan sisihan piawai 1.46352 ialah untuk item ke 18 iaitu “Pihak sekolah
menyediakan kelas tajwid sebelum memulakan hafazan”.
Kajian ini selaras dengan kajian Fathiyah, Ahmad Fauzi, Norlizah, Wan Marzuki dan
Lukman (2016), yang menyatakan apa yang dikongsikan oleh sampel kajian iaitu sokongan
fizikal, emosi dan kerohanian. Ini bertepatan dengan apa yang dikemukakan oleh Abd Razak
dan Norani (2011) iaitu apa juga bentuk penglibatan dan sokongan ibu bapa boleh membantu
pencapaian akademik anak di sekolah. Sokongan dalam bentuk menjaga pemakanan anak dan
mengajar anak ilmu tajwid membuktikan ibu bapa memahami keperluan anak mereka.
Seterusnya sokongan emosi seperti pendedahan awal tentang tahfiz, galakan, pujukan,
pemantauan dan pemantapan hafazan adalah bukti ibu bapa berusaha melibatkan diri menerusi
aktiviti perbincangan, penjagaan dan komunikasi dengan anak (Zulkifli, Jamilah, Aminah dan
Ismi Arif, 2011). Sementara itu, sokongan dalam bentuk kerohanian iaitu doa ibubapa kepada
anak serta berusaha mewujudkan suasana Al-Quran di rumah adalah selari dengan apa yang
disarankan Islam untuk sentiasa menerapkan asas akidah kepada anak (Abd Rashid, 2008). Ibu
bapa dianjurkan untuk menanam prinsip akidah ke dalam jiwa anak bahawa kebergantungan
usaha adalah kepada Allah S.W.T.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa mesti mempunyai kesedaran untuk
mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran keibubapaan. Bahkan mereka juga perlu
memahami bahawa perkembangan emosi anak-anak mereka berada pada tahap kritikal di usia
remaja. Ibu bapa harus memberikan bimbingan kepada anak-anak untuk meningkatkan lagi
tahap minat dan hafazan mereka. Kajian ini juga adalah selaras dengan kajian yang dijalankan
oleh Fathiyah et al (2016) oleh yang memberi satu rumusan penting bahawa pembelajaran anak
tahfiz memerlukan sokongan daripada ibu bapa. Ibu bapa tidak boleh sewajarnya berlepas
tangan dan menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik hanya kepada guru dan pihak
sekolah. Ibu bapa perlu menyokong anak yang mengikuti aliran tahfiz dalam pelbagai bentuk
sokongan. Kajian ini menunjukkan bahawa pihak ibu bapa perlu memainkan peranan yang
betul dan berkesan bagi pembelajaran tahfiz anak. Kajian ini juga turut mengisyaratkan bahawa
mana-mana institusi, maahad atau sekolah tahfiz juga perlu menekankan sokongan ibu bapa
bagi membantu kejayaan murid tahfiz dalam pembelajaran mereka (Fathiyah et. al., 2016).
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: no. 2 (2017) page 67-78 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |
77
Penutup
Pembelajaran tahfiz bukan satu pembelajaran yang mudah. Tambahan pula dalam konteks
aliran tahfiz ditawarkan bersekali dengan kurikulum pendidikan kebangsaan. Oleh itu, murid
yang mengikuti aliran tahfiz perlu diberikan sokongan dan bantuan yang sewajarnya. Tanpa
sokongan atau dorongan yang sesuai dan mencukupi akan menyukarkan mereka yang
mengikuti aliran tahfiz untuk mencapai matlamat yang telah ditentukan. Dengan sokongan
semua, generasi muda yang berjaya dan holistik atau seimbang dapat dilahirkan untuk
kebaikan masyarakat dan negara. Kajian yang serba kekurangan ini diharap mampu membuka
ruang untuk kajian-kajian yang seterusnya bagi meneroka dan mendalami aspek-aspek
pembelajaran Tahfiz dalam kalangan remaja. Kerajaan juga boleh merangka pelbagai Dasar
Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) bagi mengembangkan pendidikan tahfiz al-Quran di
negara ini dengan juga mengambil kira pembabitan ibu bapa menerusi PIBG (Persatuan Ibu
bapa dan Guru) bagi memantau pembelajaran tahfiz anak-anak.
Seterusnya dapatan kajian ini diharap dapat memberikan nafas baru kepada semua
pihak yang berkaitan, bagi memberikan sokongan dan dorongan kepada murid-murid tahfiz
ini. Adalah dicadangkan untuk kajian akan datang, agar kajian kuantitatif seperti ini dapat
dijalankan bersama dengan kajian kualitatif secara bersama. Ini kerana setiap reka bentuk
kajian sama ada kuantitatif atau kualitatif mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-
masing. Dengan menjalankan kedua-dua kajian secara bersama, kelemahan setiap kajian
dapat ditampung oleh kelebihan kajian yang lain. Kajian ini juga diharap dapat memberikan
maklumat yang berguna kepada semua pihak yang berkaitan, terutamanya dalam memberikan
sokongan kepada murid-murid tahfiz menghafaz al Quran.
Rujukan
Abdul Rahim Abd. Rashid (2001). Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:
Utusan Publications.
Abd. Razak Zakaria & Norani Mohd Salleh. (2011). Konteks Keluarga Dan Hubungannya
Dengan Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Anak-anak Ketika Di Sekolah
Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36(1).
Ashraf Ismail, Ab Halim Tamuri, Kamarulzaman Abd Ghani dan Nurul Hudaa Hassan (2013).
Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Tahfiz Al-Quran. Kertas kerja yang di bentang
di 3rd International Conference on Islamic Education (ICIED2013) di Pusat Latihan
KWSP, Kajang, Selangor pada 6-7 April 2013.
Azmil Hashim dan Ab. Halim Tamuri. (2012). Persepsi pelajar terhadap kaedah pembelajaran
tahfiz al-Quran di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education. 4(2), 1-10.
Azmil Hashim, Ab Halim Tamuri dan Misnan Jemali (2013). Latar belakang guru tahfiz dan
amalan kaedah pengajaran tahfiz al-Quran di Malaysia. The Online Journal of Islamic
Education. 1(1), 28-39.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: no. 2 (2017) page 67-78 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |
78
Azmil Hashim, Misnan Jemali, Ab Halim Tamuri dan Mohd Aderi Che Noh. (2014). Hubungan
antara adab-adab pembelajaran tahfiz dan pencapaian hafazan pelajar. The Online
Journal of Islamic Education. 2(2), 73-82.
Dudley, J.R. (2005). Research Methods for Social Work : Becoming Consumers and Producers
of Research. Boston : Allyn & Bacon.
Fathiyah Mohd Fakruddin, Ahmad Fauzi Mohd Ayub, Norlizah Che Hassan, Wan Marzuki
Wan Jaafar dan Lukman Abd Mutalib. (2016). Bentuk sokongan ibu bapa kepada anak
yang mengikuti aliran tahfiz. Kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan
Antarabangsa Islam 2016 (ICIED 2016) pada 5 – 7 Okt 2016 di Institusi Pendidikan
Guru Kampus Tun Abd Razak, Kota Samarahan, Sarawak.
Green, C. L., Walker, J. M. T., Hoover-Dempsey, K. V. & Sandler, H. M. (2007). Parents’
motivations for involvement in children’s education: An empirical test of a theoretical
model of parental involvement. Journal of Educational Psychology 99(3): 532-544.
Knollmann, M. & Wild, E. (2007). Quality of parental support and students’ emotions during
homework: Moderating effects of student motivational orientations. European Journal
of Psychology of Education, 22(1), 63-76.
Lareau, A. (2000). Home advantage: Social class and parental intervention in elementary
education, Lanham. MD: Roman & Littlefield.
Lickona, T. (1991). Educating for character: How our schools can teach respect and
responsibility. New York: Bantam Books.
Misnan Jemali dan Ahmad Sadadi Hafidz. (2003). Hubungan antara teknik menghafaz al-
Quran dengan pencapaian kursus Tahfiz wa al-Qiraat pelajar semester empat dan lima
di Maahad Tahfiz wal Qiraat di Perak. Prosiding Teknik pengajaran Tahfiz al-Quran
Peringkat kebangsaan. Kolej Universiti Islam Malaysia.
Suresh Kumar N Vellymalay. (2013). Relationship Between Malay Parents’ Socioeconomic
Status and Their Involvement in Their Children’s Education at Home. Journal of Social
Sciences and Humanities. 8(1), 98-108.
Tajul Ariffin Noordin & Nor’Aini Dan. 2002. Paradigma Pendidikan Bersepadu:
Perkembangan Dua Dekad. In. Pendidikan dan Pembangunan Manusia. Bangi : Fakulti
Pendidikan, UKM.
Zulkifli Abd Hamid, Jamilah Othman, Aminah Ahmad dan Ismi Arif Ismail. (2011). Hubungan
antara Penglibatan Ibubapa dan Pencapaian Akademik Pelajar Miskin di Negeri
Selangor. Journal of Islamic and Arabic Education. 3(2), 31-40.