Sistem Kawalan Dalaman Dan Keberkesanan Audit Dalaman Di ...
Migrasi Dalaman Penduduk Di Bandar Tasik Selatan
-
Upload
muhamad-syukri-jalulidi -
Category
Documents
-
view
1.045 -
download
4
Transcript of Migrasi Dalaman Penduduk Di Bandar Tasik Selatan
SMK BANDAR TASIK SELATAN
KUALA LUMPUR
___________________________________
MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI BANDAR TASIK SELATAN
KUALA LUMPUR
NAMA: Muhammad Syukri Bin Jalulidin
TINGKATAN:3 Bestari
NAMA GURU:Encik.N.Kanesan
TARIKH HANTAR:
SENARAI KANDUNGAN
Bil Aspek M/S
PENGHARAGAAN
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera, saya Muhammad Syukri Bin Jalulidin berada di
tingkatan 3 Bestari,bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan izin- Nya,saya telah
Berjaya menyiapkan folia geografi ini.Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pihak-pihak yang banyak membantu saya semasa menjalankan kajian ini.Saya juga ingin
berterima kasih kepada guru mata pelajaran geografi iaitu Encik.N.Kanesan kerana telah banyak
member tunjuk ajar dalam menyiapkan folio ini,tidak lupa juga kepada Nur Syafiqah Binti
Jalulidin dan Mohd Fauzee Bin Jalulidin iaitu abang dan kakak saya kerana telah memberi
banyak sumbangan dari masa,tenaga dan wang ringgit.Akhir sekali saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada responden-responden iaitu Nurlisa Alias,Wan hazrul Wan
Suhaimy,Noorazita Mat Salleh kerana telah memberi banyak maklumat tentang Bandar Tasik
Selatan,Kuala Lumpur.
PENDAHULUAN
Tajuk kajian bagi folio geografi ini adalah Migrasi Dalaman Penduduk Bandar Tasik
Selatan,Kuala Lumpur.Saya telah memilih kawasan kajian ini adalah kerana banyak migrasi
dalaman yang telah berlaku di Bandar Tasik Selatan,migrasi ini terjadi kerana di pengaruhi oleh
infrastruktur yang kondusif.Kawasan kajian juga sedang membangun pesat dan menyebabkan
berlakunya migrasi dalaman.Tempoh masa yang telah di ambil semasa kajian di lakukan adalah
selama 1 bulan 15 hari.
OBJEKTIF KAJIAN
Berikut adalah Objektif-Objektif Kajian yang telah saya jalankan:
1) Konsep migrasi penduduk.
2) Pola migrasi penduduk.
3) Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk.
4) Kesan migrasi dalaman penduduk.
5) Cadangan mengatasi kesan migrasi.
6) Penerapan nilai atau unsur patriotisme terhadap penduduk Bandar Tasik Selatan
tentang Migrasi dalaman penduduk.
KAWASAN KAJIAN
Bandar Tasik Selatan adalah kawasan kajian yang telah diberi,Saya membuat kajian lokasi
Bandar Tasik Selatan merupakan sebuah perbandaran utama di selatan Kuala Lumpur, Malaysia.
Bandar ini ditubuhkan pada 1991. Perbandaran ini berdekatan dengan Bandar Tun Razak dan
Sungai Besi. Bandar Tasik Selatan ialah sebuah pertukaran yang dihubungi oleh pelbagai
rangkaian rel yang melalui pertukaran tersebut seperti KTM Komuter, KLIA Transit, KLIA
Ekspres dan Aliran Sri Petaling.Sejarah Bandar Tasik Selatan adalah merupakan sebuah bekas
lombong yang terbesar di Kuala Lumpur pada suatu ketika dahulu dan telah di tebus guna untuk
membina penempatan baharu.Bandar Tasik Selatan berdekatan dengan bandar-bandar besar yang
lain seperti Shah Alam,Klang,Kuala Lumpur dan Ampang,jarak antara Bandar tersebut dengan
Bandar Tasik Selatan tidak melebihi 20 kilometer.
PETA DAERAH /ZON/BAHAGIAN
PETA KAJIAN KAWASAN
KAEDAH KAJIAN
Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan
untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya
telah menggunakan 2 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah
yang telah digunakan :-
1) Temu Bual = seterusnya saya telah menemu bual 3 orang penduduk Bandar Tasik
Selatan untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka tentang Migrasi Dalaman
Penduduk. Temu bual dijalankan kepada penduduk Bandar Tasik Selatan yang telah
lama menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan
kawasan Bandar Tasik Selatan.
2) Soal Selidik = saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oleh
penduduk Bandar Tasik Selatan yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan
dilakukan.
DAPATAN KAJIAN
8.1 Konsep Migrasi Penduduk
Migrasi penduduk melibatkan perpindahan atau penghijrahan seseorang dari sesuatu tempat ke
tempat yang lain.Migrasi dalaman melibatkan perpindahan penduduk di antara kawasan-kawasan
dalam sesebuah negara.
8.2 Pola Migrasi Penduduk
Setelah kajian dijalankan, saya dapati terdapat 2 pola migrasi yang sering berlaku di Bandar Tasik Selatan. Berikut ialah pola migrasi yang wujud:
1) Luar Bandar Ke Bandar2) Bandar Ke Bandar
Migrasi Ini paling banyak berlaku di Bandar Tasik Selatan.Migrasi ini belaku kerana Melanjukan Pelajaran,Ikut Keluarga,Perkhawinan,Kemudahan Asas,Petempatan Baru
8.3 Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk Di Bandar Tasik Selatan
Migrasi dalaman yang berlaku di kawasan kampung saya ini disebabkan oleh 5 faktor. Antara
berikut adalah :-
IKUT KELUARGA
Migrasi berlaku kerana apabila penduduk di luar Bandar mingikut keluarga ke Bandar di atas
sebab-sebab yang tertentu.
MELANJUTKAN PELAJARAN
Migrasi di Bandar Tasik Selatan juga berlaku kerana melanjutkan pelajaran.terdapat sebuah
Universiti di Bandar Tasik Selatan iaitu Universiti Pertahanan Malaysia di Kem Sungai
Besi .Keadaan ini menyebabkan ramai orang dari luar datang ke Bandar Tasik Selatan.
PERKHAWINAN
Perkhawinan juga akan menyebabkan migrasi berlaku,kerana salah satu pasangan berasal dari
luar dan akan menambahkan pertambahan penduduk di kawasan Bandar Tasik Selatan.
KEMUDAHAN ASAS
Migrasi di Bandar Tasik Selatan juga berlaku kerana kemudahan asas.Bandar Tasik Selatan
mempunyai system rel bersepadu seperti Komuter,ERL,LRT,Perkhidmatan Rapid KL dan akan
datang ialah stesen bas domestic bagi selatan semenanjung Malaysia.
PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME
Saya sangat bersyukur kerana di kawasan Bandar Tasik Selatan mempunyai penduduk yang
hidup dalam keadaan aman.
8.4 KESAN MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI BANDAR TASIK SELATAN
Kegiatan migrasi yang berlaku di kawasan kampung saya sebenarnya telah memberi yang
positif dan negatif di kawasan kampung saya. Antara kesan yang dapat dilihat ialah :-
KESAN POSITIF
1) PENDUDUK BERTAMBAH
Migrasi dalaman yang berlaku ini telah menyebabkan bilangan penduduk di Bandar
Tasik Selatan telah meningkat walau pun terdapat penduduk yang telah berhijrah ke luar.
Ini diseimbangkan oleh kemasukan penduduk disebabkan oleh faktor ikut keluarga dan
perkahwinan.
2) MASYARAKAT MAJMUK
Migrasi yang berlaku ini menyebabkan pertambahan penduduk.Oleh kerana
itu,masyarakat di Bandar Tasik Selatan lebih majmuk.
KESAN NEGATIF
1) MASALAH SIOSIAL
Pertambahan penduduk juga telah menyebabkan masalah social seperti pecah
rumah,rompak dan pergaulan yang melampaui batas.
2) PERSAINGAN PEKERJAAN
Kemasukan terlalu ramai penduduk di kalangan penduduk kawasan sekitar dan warga
asing telah telah menyebabkan berlaku persaingan mendapatkan pekerjaan di kalangan
Bandar Tasik Selatan.
3) PENGANGGURAN
Masalah di atas akan menyebabkan berlakunya masalah pengangguran.
PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME
Saya sangat bersyukur kerana di kawasan Bandar Tasik Selatan saling bekerjasama untuk
memastikan keadaan kampung sentiasa selamat untuk dihuni. Perlu wujudkan rukun tetangga
untuk menjaga keselamatan kampung daripada sebarang masalah sosial daripada terus berlaku.
8.5 CADANGAN MENGATASI KESAN MIGRASI DALAMAN PENDUDUK
WUJUDKAN RUKUN TERTANGGA
Rukun tetangga ini perlu diwujudkan di kampung saya untuk memastikan kawasan
Bnadar Tasik Selatan sentiasa selamat daripada masalah sosial seperti pecah rumah.
Giliran bertugas dan jaga malam perlu di lakukan oleh penduduk kampung bagi
memastikan keadaan kampung sentiasa terkawal terutamanya pada waktu malam.
WUJUDKAN PELUANG PEKERJAAN
Bagi mengatasi masalah pengangguran pihak kerajaan perlu menyediakan lebih banyak
peluang pekerjaan kepada penduduk. Keadaan ini penting bagi mengatasi masalah sosial
yang diwujudkan oleh mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.
KUAT KUASA UNDANG-UNDANG
Kuat kuasa undang-undang perlu di jalankan untuk mengurang kan masalah sosial seperti
pecah umah rompakan dan lain-lain jenayah.
PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME
Sebagai penduduk saya berasa amat bangga kerana melalui langkah-langkah yang dilakukan ,
masalah dan kesan negatif lain dapat dikurangkan. Kita perlu sedar bahawa Bandar Tasik
Selatan ini merupakan tempat tinggal yang paling selamat.
BAHAN GRAFIK
RUMUSAN
Migrasi ini sememangnya merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Apa yang penting
migrasi ini perlu di kawal supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada penduduk. Sebagai
contoh, kemasukan warga asing yang keterlaluan boleh menyebabkan berlakunya masalah sosial
kepada penduduk kampung. Di samping itu, golongan belia digalakkan untuk tidak berpindah
kerana mereka merupakan aset yang amat berharga untuk membangunkan kawasan Bandar Tasik
Selatan.
LAMPIRAN
RUJUKAN