MFHA MASMS NWNAW NIB NAAMZ - jakess.gov.my 2019/PENDAKWA SY…Enakmen Pentadbiran Agama Islam...
Transcript of MFHA MASMS NWNAW NIB NAAMZ - jakess.gov.my 2019/PENDAKWA SY…Enakmen Pentadbiran Agama Islam...
1 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Pendakwa Syarie
lwn.
MFHA
MASMS
NWNAW
NIB
NAAMZ
[Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Selangor. Kes Jenayah Bil : 10008-143-0004-
2019, 10008-143-0005-2019, 10008-143-0007-2019, 10008-143-0008-2019, 10008-143-
0009-2019 (Tuan Abdul Hadi Bin Umar, HMRS Gombak Barat)]
[14 Rejab 1440H bersamaan 21 Mac 2019M]
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 – Pertuduhan berdasarkan peruntukan
Seksyen 29 (1) (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 – Penerimaan
pengakuan salah Tertuduh – Iqrar sama ada Mahkamah mempunyai pilihan dalam
menjatuhkan hukuman selain daripada peruntukan Seksyen 29 (1) (a) dan (b) Enakmen
Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 – Pertimbangan Mahkamah dalam menjatuhkan
hukuman – Penggantian hukuman dengan pelaksanaan hukuman alternatif dengan
penahanan Tertuduh di Pusat Pemurniaan Akidah Baitul Iman (bagi Tertuduh Lelaki) dan
Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan (bagi Tertuduh Perempuan) selama enam bulan
Fakta Kes
[1] Lima orang Tertuduh telah dipertuduhkan di bawah Seksyen 29(1)(a) dan (b)
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 (selepas ini disebut EJSS 1995)
dan Tertuduh-Tertuduh tersebut telah membuat pengakuan salah atas pertuduhan
masing-masing setelah Tertuduh-Tertuduh tersebut memahami pertuduhan, faham
kesan pengakuan salah dan pengakuan dibuat tanpa wujud paksaan daripada mana-
mana pihak.
2 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[2] Mahkamah tidak mensabitkan Tertuduh-Tertuduh tersebut atas kesalahan yang telah
dipertuduhkan berdasarkan peruntukan Seksyen 97 (2) Enakmen Tatacara Jenayah
Syariah (Negeri Selangor) 2003 dan Tertuduh-Tertuduh tersebut telah diperintahkan
sebagai ganti hukuman ditahan di rumah kebajikan yang diluluskan [Pusat
Pemurniaan Akidah Baitul Iman (bagi Tertuduh Lelaki) dan Pusat Perlindungan
Wanita Baitul Ehsan (bagi Tertuduh Perempuan)] selama enam bulan.
Diputuskan
Setelah Mahkamah mendengar dan meneliti pertuduhan, fakta kes yang dibentangkan, alasan
rayuan Tertuduh-Tertuduh tersebut serta hujah Pendakwa Syarie DAN SETELAH
Mahkamah menimbangkan perkara tersebut, MAKA Mahkamah memerintahkan seperti
berikut:
1. Bagi kes 10008-143-0004-2019 dan 10008-143-0005-2019, Mahkamah memerintahkan
Tertuduh ditahan di Pusat Pemurniaan Akidah Baitul Iman selama enam bulan mulai hari
ini berdasarkan Seksyen 97 (2) (b) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor)
2003.
2. Bagi kes 10008-143-0007-2019, 10008-143-0008-2019, 10008-143-0009-2019
Mahkamah memerintahkan Tertuduh ditahan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan
selama enam bulan mulai hari ini berdasarkan Seksyen 97 (2) (b) Enakmen Tatacara
Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
Pendakwa Syarie dan Peguam Syarie
1. Pendakwa Syarie : Puan Khairunnisa Laila dari Jabatan Pendakwaan Syariah
Negeri Selangor.
2. Tertuduh-Tertuduh : Tertuduh-tertuduh tidak diwakili.
Surah al-Quran yang dirujuk
1. Surah al-Isra’: ayat 32.
3 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Kitab-kitab yang dirujuk
1. Shamsuddin Muhammad Bin Muhammad Al-Khatib As-Syarbini. 2006. Al-Mughni Al-
Muhtaj. Jilid Kedua.
2. Al Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah. 2000/1420H. Tafsir Fi Zilal al-Quran. Jilid 10.
Cetakan Pertama. Terj. Yusoff Zaky Haji Yacob. Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn.
Bhd.
Undang-undang yang dirujuk
1. Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 – s. 29 (1)(a).
2. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 – s. 62 (1) dan (2).
3. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 17 (2) dan s. 18.
4. Enakmen Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 97 (2).
Kes-kes yang dirujuk
1. Muhammad Ridhwan Bin Tokiri & Seorang Lagi lwn. Ketua Pendakwa Syarie, JH 34 (2).
Penghakiman Tuan Abdul Hadi Bin Umar, HMRS
[3] Kes ini merupakan kesalahan jenayah syariah berkaitan dengan kesalahan berkhalwat
berdasarkan Seksyen 29 (1) (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor)
1995. Tertuduh-Tertuduh tersebut dalam kes ini telah dituduh melakukan kesalahan
berkhalwat pada 25hb Mei 2018 jam lebih kurang 08.55 pagi di Bilik No. 225 Sky Hotel
Selayang beralamat di Lot T3-02 Tingkat 3, Selayang Capitol Complex, Selayang –
Kepong Expressway. Tertuduh dalam kes ini ialah MFHA (No. K/P: XXXXXX),
MASMS (No. K/P: XXXXXX), NWNAW (No. K/P: XXXXXX), NIB (No. K/P:
XXXXXX) dan NAAMZ (No. K/P: XXXXXX).
[4] Pertama sekali, bidangkuasa adalah menjadi sandaran penting dalam apa jua tindakan di
Mahkamah. Merujuk keseluruhan kes ini, Mahkamah berpuashati berkenaan dengan
4 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
kedudukan bidangkuasa adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 62(1) dan (2)
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (selepas ini disebut EPAIS
2003) yang juga dibaca bersama dengan Seksyen 29(1)(a) dan (b) EJSS 1995
sebagaimana berikut:
Seksyen 62(1) EPAIS 2003. Sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah
mempunyai bidangkuasa di seluruh Negeri Selangor dan hendaklah diketuai oleh
seorang Hakim Mahkamah Rendah.
(2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah:
(a) dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang
dilakukan oleh seseorang orang Islam di bawah Enakmen Jenayah Syariah
(Negeri Selangor) 1995 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang
menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang
baginya hukuman maksimum yang diperuntukan oleh Enakmen atau mana-
mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi riga ribu ringgit, atau
pemenjaraan selama tempoh 2 tahun atau kedua-duanya, dan boleh
mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukan bagi kesalahan itu.
Seksyen 29(1) EJSS 1995 mana-mana:
(a) Orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih
daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya;
(b) Orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih
daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya
Di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam
keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan
yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
5 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[5] Selanjutnya setelah Pendakwa dan Tertuduh bersedia, pertuduhan terhadapTertuduh
telah dibacakan pada 21 Mac 2019 sebagaimana berikut:
A. Bagi kes Jenayah No: 10008-143-0004-2019, Tertuduh MFHA
Bahawa kamu, pada 25HB MEI 2018 jam lebih kurang 08.55 pagi di BILIK
NO.225 SKY HOTEL SELAYANG beralamat LOT T3-02 TINGKAT 3,
SELAYANG CAPITOL COMPLEX, SELAYANG – KEPONG EXPRESSWAY
bersama dengan 3 orang perempuan bernama (1) NWNAW NO. K/P:
XXXXXX (2) NIB NO. K/P: XXXXXX (3) NAAMZ NO. K/P: XXXXXX
sedangkan mereka bukan isteri atau mahram kamu yang sah dalam keadaan
yang boleh menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak
bermoral. Maka dengan itu, kamu dituduh melakukan kesalahan berkhalwat
di bawah Seksyen 29 (1)(a) Enakmen Jenayah (Syariah) Selangor Tahun 1995
dan apabila disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi tiga
ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya di
bawah Seksyen dan Enakmen yang sama.
B. Bagi kes Jenayah No: 10008-143-0005-2019, Tertuduh MASMS (No. K/P:
XXXXXX):
Bahawa kamu, pada 25HB MEI 2018 jam lebih kurang 08.55 pagi di BILIK
NO.225 SKY HOTEL SELAYANG beralamat LOT T3-02 TINGKAT 3,
SELAYANG CAPITOL COMPLEX, SELAYANG – KEPONG EXPRESSWAY
bersama dengan 3 orang perempuan bernama (1) NWNAW NO. K/P:
XXXXXX (2) NIB NO. K/P: XXXXXX (3) NAAMZ NO. K/P: XXXXXX
sedangkan mereka bukan isteri atau mahram kamu yang sah dalam keadaan
yang boleh menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak
bermoral. Maka dengan itu, kamu dituduh melakukan kesalahan berkhalwat
dibawah Seksyen 29 (1) (a)Enakmen Jenayah (Syariah) Selangor Tahun 1995
dan apabila disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi tiga
6 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya di
bawah Seksyen dan Enakmen yang sama.
C. Bagi kes Jenayah No: 10008-143-0007-2019, Tertuduh NWNAW (No. K/P:
XXXXXX):
Bahawa kamu, pada 25HB MEI 2018 jam lebih kurang 08.55 pagi di BILIK
NO.225 SKY HOTEL SELAYANG beralamat LOT T3-02 TINGKAT 3,
SELAYANG CAPITOL COMPLEX, SELAYANG – KEPONG EXPRESSWAY
bersama dengan 3 orang lelaki bernama (1) MFHA NO. K/P: XXXXXX (2)
MASMS NO. K/P: XXXXXX (3) MFAZ NO. K/P: XXXXXX sedangkan mereka
bukan suami atau mahram kamu yang sah dalam keadaan yang boleh
menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Maka
dengan itu, kamu dituduh melakukan kesalahan berkhalwat di bawah Seksyen
29 (1) (b) Enakmen Jenayah (Syariah) Selangor Tahun 1995 dan apabila
disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi tiga ribu ringgit
atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya di bawah
Seksyen dan Enakmen yang sama.
D. Bagi kes Jenayah No: 10008-143-0008-2019, Tertuduh NIB (No. K/P:
XXXXXX):
Bahawa kamu, pada 25HB MEI 2018 jam lebih kurang 08.55 pagi di BILIK
NO.225 SKY HOTEL SELAYANG beralamat LOT T3-02 TINGKAT 3,
SELAYANG CAPITOL COMPLEX, SELAYANG – KEPONG EXPRESSWAY
bersama dengan 3 orang lelaki bernama (1) MFHA NO. K/P: XXXXXX (2)
MASMS NO. K/P: XXXXXX (3) MFAZ NO. K/P: XXXXXX sedangkan mereka
bukan suami atau mahram kamu yang sah dalam keadaan yang boleh
menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Maka
dengan itu, kamu dituduh melakukan kesalahan berkhalwat di bawah Seksyen
29 (1) (b) Enakmen Jenayah (Syariah) Selangor Tahun 1995 dan apabila
disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi tiga ribu ringgit
7 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya di bawah
Seksyen dan Enakmen yang sama.
E. Bagi kes Jenayah No: 10008-143-0009-2019, Tertuduh NAAMZ (No. K/P:
XXXXXX):
Bahawa kamu, pada 25HB MEI 2018 jam lebih kurang 08.55 pagi di BILIK
NO.225 SKY HOTEL SELAYANG beralamat LOT T3-02 TINGKAT 3,
SELAYANG CAPITOL COMPLEX, SELAYANG – KEPONG EXPRESSWAY
bersama dengan 3 orang lelaki bernama (1) MFHA NO. K/P: XXXXXX (2)
MASMS NO. K/P: XXXXXX (3) MFAZ NO. K/P: XXXXXX sedangkan mereka
bukan suami atau mahram kamu yang sah dalam keadaan yang boleh
menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Maka
dengan itu, kamu dituduh melakukan kesalahan berkhalwat di bawah Seksyen
29 (1) (b) Enakmen Jenayah (Syariah) Selangor Tahun 1995 dan apabila
disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi tiga ribu ringgit
atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya di bawah
Seksyen dan Enakmen yang sama.
[6] Setelah disoal oleh Mahkamah, Tertuduh-Tertuduh tersebut mengaku dengar dan
faham pertuduhan tersebut dan mengaku salah terhadap pertuduhan tersebut. Bagi
memastikan pengakuan salah tersebut dinyatakan oleh Tertuduh-Tertuduh tersebut
atas kefahamannya terhadap pertuduhan tersebut, Mahkamah telah bertanya kepada
Tertuduh-Tertuduh tersebut sama ada faham atau tidak pertuduhan tersebut. Tertuduh-
Tertuduh tersebut telah menyatakan bahawa Tertuduh-Tertuduh tersebut memahami
pertuduhan tersebut dan mengaku bersalah. Tidak ada paksaan dari mana-mana pihak
atas pengakuan salah Tertuduh-Tertuduh tersebut.
[7] Tertuduh-Tertuduh tersebut juga mengekalkan pengakuan bersalah setelah memahami
kesan dan akibat pengakuan salah yang telah dinyatakan oleh Tertuduh tersebut.
8 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[8] Mahkamah berpuas hati terhadap pengakuan salah yang dinyatakan oleh Tertuduh-
Tertuduh tersebut dan Mahkamah telah mengarahkan Pendakwa Syarie untuk
membentangkan fakta kes ini. Pendakwa Syarie membentangkan fakta kes ini seperti
berikut:
No. Aduan:
Aj-gbk/554/2018
No. Report Balai Polis:
KES-GOMBAK/424/2018
Tarikh 25/05/2018
Jam 08.55 pagi
PENGENALAN
DIRI
LELAKI (1) PEREMPUAN (1)
Nama MFHA NWNAW
No. K/P XXXXXX XXXXXX
Status/Asal BUJANG / KUALA
LUMPUR
ANAK DARA / PAHANG
Tarikh
Lahir/Umur
17/06/1997
21 TAHUN
13/05/1999
19 TAHUN
Alamat Sekarang XXXXXX 68100 BATU
CAVES, SELANGOR
DARUL EHSAN
XXXXXX 68100 BATU CAVES,
SELANGOR DARUL EHSAN
Pekerjaan/Pendap
atan
BERNIAGA / RM 1000 TIDAK BEKERJA
Bangsa dan
Agama
MELAYU / ISLAM MELAYU / ISLAM
PENGENALAN
DIRI
LELAKI (2) PEREMPUAN (2)
Nama MASMS NIB
No. K/P XXXXXX XXXXXX
Status/Asal BUJANG / KUALA
LUMPUR
ANAK DARA / KUALA LUMPUR
Tarikh
Lahir/Umur
20/03/1996
22 TAHUN
26/11/1998
20 TAHUN
9 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Alamat Sekarang XXXXXX 68100 BATU
CAVES, SELANGOR
DARUL EHSAN
XXXXXX 51100 KUALA
LUMPUR (WP)
Pekerjaan/Pendap
atan
TIDAK BEKERJA TIDAK BEKERJA
Bangsa dan
Agama
MELAYU / ISLAM MELAYU / ISLAM
PENGENALAN
DIRI
LELAKI (3) PEREMPUAN (3)
Nama MFAZ NAAMZ
No. K/P XXXXXX XXXXXX
Status/Asal BUJANG / JOHOR ANAK DARA / SELANGOR
Tarikh
Lahir/Umur
20/02/1999
19 TAHUN
08/04/1997
21 TAHUN
Alamat Sekarang XXXXXX, 62300
PUTRAJAYA (WP)
XXXXXX, 25150 KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
Pekerjaan/Pendap
atan
TIDAK BEKERJA TIDAK BEKERJA
Bangsa dan
Agama
MELAYU / ISLAM MELAYU / ISLAM
Tempat Kejadian Di dalam BILIK NO.225 SKY HOTEL SELAYANG
beralamat LOT T3-02 TINGKAT 3, SELAYANG CAPITOL
COMPLEX, SELAYANG – KEPONG EXPRESSWAY, 68100
BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN
Jenis Kesalahan 29 (1) (a) & (b) ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (NEGERI
SELANGOR) NO. 9 TAHUN 1995
FAKTA KES Kesemua OKT ditahan oleh PPA JAIS yang bertindak hasil
aduan awam.
Ketika pemeriksaan, pintu bilik bertutup serta berkunci dari
10 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
dalam. PPA telah mengetuk pintu serta memberi salam
beberapa kali dan beberapa minit kemudian pintu bilik dibuka
oleh OKT (P1) yang berbaju sweater hitam serta berseluar
pendek hitam tanpa bertudung.
Setelah mendapat keizinan PPA telah masuk ke dalam bilik
tersebut untuk melakukan pemeriksaan lanjut.
Hasil pemeriksaan PPA menemui OKT (L1) yang berbaju
sweater kelabu serta berseluar pendek gelap sedang tidur di
atas katil 1 bersebelahan bilik air.
Turut ditemui OKT (L2) yang berbaju t-shirt merah serta
berseluar kelabu sedang tidur di atas katil 2 bersama OKT (P2)
yang berbaju singlet putih serta berseluar panjang ketat hitam
putih tanpa bertudung.
Pemeriksaan lanjut turut menemui OKT (L3) yang berbaju t-
shirt hijau serta berseluar pendek gelap sedang tidur di atas
katil 3 bersama OKT (P3) yang berbaju singlet hitam kelabu
serta berseluar pendek merah paras peha tanpa bertudung.
Hasil siasatan kesemua OKT tiada hubungan suami isteri atau
mahram yang sah.
PEGAWAI YANG
MENANGKAP
NO K/P ALAMAT
PPA Abdul Rahman Lai Bin
Abdullah
770714-02-
5009
Unit Penguatkuasaan, Kompleks
Islam Daerah Gombak
PPA Farah Wahida Binti
Tajuddin
861126-56-
5862
Unit Penguatkuasaan, Kompleks
Islam Daerah Gombak
PPA Nafarulazian Bin Che
Nan
760624-09-
5071
Unit Penguatkuasaan, Kompleks
Islam Daerah Gombak
PPA Hirdayanti Binti Hairi 850502-14-
5260
Unit Penguatkuasaan, Kompleks
Islam Daerah Gombak
11 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[9] Mahkamah telah bertanya kepada Tertuduh-Tertuduh tersebut berkaitan fakta kes
yang dibentangkan oleh Pendakwa Syarie dan Tertuduh-Tertuduh tersebut
menyatakan dengar dan setuju dengan fakta kes tersebut. Oleh yang demikian,
Mahkamah berkeyakinan untuk menerima pengakuan bersalah Tertuduh-Tertuduh
tersebut.
[10] Sehingga peringkat ini, Mahkamah berpuas hati perkara-perkara seperti berikut:
a. bahawa Tertuduh-Tertuduh tersebut memahami pertuduhan yang dikenakan,
b. bahawa Tertuduh-Tertuduh tersebut memahami keadaan dan akibat pengakuan
salah yang diberikan,
c. bahawa pertuduhan terhadap Tertuduh-Tertuduh tersebut terdapat peruntukan di
sisi undang-undang;
d. bahawa fakta-fakta yang dikemukakan oleh Pendakwa Syarie yang mana telah
dipersetujui oleh Tertuduh-Tertuduh tersebut menunjukkan terdapat kesalahan
yang telah dilakukan oleh Tertuduh-Tertuduh tersebut.
[11] Mahkamah merekodkan pengakuan salah Tertuduh-Tertuduh tersebut. Pensabitan
kesalahan ini adalah berdasarkan iqrar (pengakuan salah) Tertuduh-Tertuduh tersebut
bahawa Tertuduh-Tertuduh tersebut telah melakukan kesalahan berkhalwat.
Mahkamah berpuas hati bahawa iqrar Tertuduh-Tertuduh tersebut ini telah memenuhi
kehendak Seksyen 17 (2) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri
Selangor) 2003 iaitu:
17(2): Apa-apa iqrar hendaklah dibuat-
(a)di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau
di luar mahkamah, di hadapan dua orang saksi lelaki yang aqil, baligh
dan adil.
[12] Iqrar yang dibuat oleh Tertuduh-Tertuduh tersebut ini adalah satu iqrar yang mesti
diterima kerana tidak ada alasan yang membolehkan iqrar tersebut tidak boleh
diterima. Iqrar yang tidak boleh diterima menurut Hukum Syarak telah diperuntukkan
12 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
dalam undang-undang sebagaimana peruntukan Seksyen 18 Enakmen Keterangan
Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 iaitu:
18 (1) Iqrar yang berikut tidak boleh diterima:
(a) iqrar seseorang yang tidak aqil baligh;
(b) tertakluk kepada subseksyen (2), iqrar orang belum dewasa;
(c) iqrar orang gila atau orang terencat akal (ma’tuh);
(d) iqrar wali atau penjaga yang dibuat bagi pihak seseorang yang di bawah
jagaan atau tanggungjawabnya;
(e) iqrar yang tidak dibuat secara sukarela; atau
(f) iqrar seseorang yang dihalang di bawah mana-mana undang-undang
bertulis untuk mentadbirkan hartanya (Mahjur ‘alaih).
[13] Mahkamah juga berpuashati bahawa iqrar Tertuduh-Tertuduh tersebut telah
memenuhi setiap rukun iqrar sebagaimana dalam kitab Mughni al Muhtaj, jilid
kedua, muka surat 238 iaitu:
واركانه اربعة مقر ومقر له وصيغة ومقر به
Bermaksud:
Rukun iqrar itu ada empat perkara iaitu muqirrun (orang yang
melafazkan iqrar), muqarrun lahu (orang/pihak yang diberikan iqrar
untuknya oleh pembuat iqrar), sighah (ucapan atau kata-kata iqrar),
dan muqirrun bihi (hak atau kepentingan yang diiktiraf oleh orang
yang beriqrar)
[14] Semasa peringkat mitigasi, Tertuduh-Tertuduh tersebut telah mengemukakan rayuan
supaya hukuman terhadap mereka diringankan iaitu denda dikurangkan dan tidak
dipenjarakan kerana tiada pekerjaan.
13 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[15] Manakala semasa Pendakwa Syarie berhujah berkenaan dengan kesalahan yang
dilakukan oleh Tertuduh-Tertuduh tersebut, Pendakwa Syarie telah menyatakan
bahawa pengakuan salah Tertuduh-Tertuduh tersebut dibuat dalam keadaan Tertuduh-
Tertuduh tersebut sedar dan faham akan kesan dan akibat pengakuan salah yang
dibuat tersebut. Peluang mitigasi yang telah diberikan kepada Tertuduh-Tertuduh
tersebut tidak digunakan sebaiknya kerana kesalahan yang telah dilakukan merupakan
kesalahan yang serius. Tambahan pula dalam kes ini, enam orang atau tiga pasangan
lelaki dan perempuan ditangkap dalam satu premis yang sama dalam satu masa.
[16] Pendakwa Syarie juga menghujahkan bahawa kesalahan tersebut tidak sepatutnya
dibuat oleh Tertuduh-Tertuduh tersebut dan berdasarkan Surah al-Isra’ ayat 32, jelas
Allah melarang keras umatnya supaya tidak menghampiri zina. Hal ini sangat
bertepatan dengan pertuduhan dan kesalahan kes ini. Pendakwa Syarie juga
menyatakan kepada Mahkamah bahawa hukuman yang Mahkamah akan jatuhkan
kepada Tertuduh-Tertuduh tersebut menjadi pengajaran kepada mereka agar tidak
mengulangi kesalahan yang sama di masa akan datang. Pendakwa Syarie juga
menyarankan kepada Mahkamah bahawa oleh kerana umur Tertuduh-Tertuduh
tersebut masih muda dan masing-masing tiada pekerjaan yang tetap, Tertuduh-
Tertuduh tersebut dijatuhkan hukuman bon berkelakuan baik.
[17] Berdasarkan mitigasi Tertuduh-Tertuduh tersebut dan hujahan Pendakwa Syarie,
Mahkamah telah membuat beberapa pertimbangan dan penelitian dalam menjatuhkan
hukuman dalam kes ini. Mahkamah mengambilkira rayuan Tertuduh-Tertuduh
tersebut serta hujahan Pendakwa Syarie yang mencadangkan hukuman tersebut.
[18] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Pendakwa Syarie dan Mahkamah berpendapat
bahawa kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh-Tertuduh tersebut adalah sangat
serius dan Tertuduh-Tertuduh tersebut wajar dikenakan satu hukuman yang
sewajarnya dan berlandaskan undang-undang yang telah diperuntukan berdasarkan
keadaan Tertuduh-Tertuduh tersebut semasa tangkapan dibuat oleh Pegawai
Penguatkuasa Agama. Mahkamah berpendapat tidak wajar Tertuduh-Tertuduh
tersebut berada dalam premis hotel yang boleh mengundang perbuatan maksiat seperti
14 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
zina. Malahan, terdapat tiga pasangan berada dalam premis hotel yang sama dalam
satu masa semasa tangkapan dibuat.
[19] Perbuatan Tertuduh-Tertuduh tersebut dilarang sama sekali oleh Allah s.w.t. seperti
Firman-Nya dalam Surah al-Isra’ ayat 32 iaitu:
شة ا وساىء سبيل ول ت قربوا ٱلز نى إنهۥ كان فح
Bermaksud:
Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah
satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa
kerosakan).
[20] Manakala dalam kitab Tafsir Fi Zilal al-Quran oleh al-Syahid Sayyid Qutb
Rahimahullah, terjemahan Yusoff Zaky Haji Yacob, terbitan Pustaka Aman Press
Sdn. Bhd., Kota Bharu, Kelantan, cetakan pertama 2000/1420H, Jilid 10 muka surat
190, menghuraikan ayat 32 Surah al-Isra’ antara lain menyebut:
“Justeru itulah Islam menyekat jalan zina dengan menjauhi sebab-
sebab yang mendorong ke arahnya untuk menjaga supaya seseorang
itu tidak terjerumus ke dalamnya. Islam melarang percampuran bebas
di antara lelaki dan perempuan yang tidak perlu, mengharamkan
khalwat dan perbuatan bersolek secara berlebih-lebihan.”
[21] Dalam kes ini Tertuduh-Tertuduh tersebut jelas tidak mematuhi larangan-larangan
Allah s.w.t. Tertuduh-Tertuduh tersebut juga langsung tidak berasa bersalah berada
dalam premis hotel yang sama dalam satu masa. Seolah-olah ada parti yang
berlangsung memandangkan tiga pasangan berada dalam premis hotel yang sama
dalam satu masa. Mahkamah berpendapat jika hukuman ringan dikenakan,
Mahkamah dianggap seolah-olah tidak memandang serius kes seperti ini dan
15 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Mahkamah takut untuk menjatuhkan hukuman sedangkan masyarakat sering
mengambil berat terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah.
Penghakiman Mahkamah Syariah selalu disensasikan dan menjadi polemik yang tidak
berkesudahan oleh masyarakat. Malah isu-isu di Mahkamah Syariah juga kerap
dijadikan bahan mainan oleh sesetengah pihak yang menggambarkan tentang
kelemahan Mahkamah Syariah seperti tidak efisen, hukuman yang dijatuhkan sangat
ringan dan Mahkamah kelas kedua.
[22] Selanjutnya, dalam isu rayuan peringanan dan pemberatan hukuman ini juga
Mahkamah tertarik sepertimana pernah diulas oleh YAA Tan Sri Ibrahim Lembut
pada kes Muhammad Ridhwan Bin Tokiri & Seorang Lagi lwn. Ketua Pendakwa
Syarie, (JH 34 (2) yang memberikan beberapa asas panduan hukuman dan
faktorfaktor yang berhak untuk diambilkira dalam menentukan hukuman iaitu:
i) Faktor Pesalah Muda dan Faktor Kesihatan Tertuduh
Kedua-dua faktor ini adalah tiada kaitan dalam kes ini secara khusus
memandangkan Tertuduh tidak lagi tertakluk pada seksyen 2 ETJSS
2003 (tafsiran Pesalah Muda) dan berkenaan dengan factor kesihatan,
tiada dibangkitkan perkara ini dalam keseluruhan kes di mana-mana
peringkat sekalipun.
ii) Faktor Perayu telah insaf dan bertaubat
Faktor ini jelas sepertimana yang telah diulas terdahulu oleh Mahkamah
bahawa tiada langsung penzahiran rasa keinsafan dan kekesalan
diterbitkan daripada diri Tertuduh sendiri ketikamana rayuan dibuat,
yang ada hanyalah sikap sambil lewa dan tiada rayuan langsung serta
tanpa apa-apa justifikasi.
iii) Faktor Kejahilan Tertuduh berkaitan Hukum Islam
Perkara ini tidak dibangkitkan sepanjang prosiding berlangsung samada
daripada pihak Tertuduh mahupun pihak Pendakwa. Maka jelas konsep
asas hukum fiqh adalah sepertimana kaedah:
16 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
“Iaitu kejahilan tidak akan mengubah Hukum”
[23] Walaupun kesalahan ini merupakan kesalahan pertama Tertuduh-Tertuduh tersebut,
perkara tersebut tidak boleh dijadikan alasan oleh Mahkamah untuk meringankan
hukuman ke atas Tertuduh-Tertuduh tersebut lebih lebih lagi Mahkamah mendapati
tiada tanda-tanda keinsafan daripada Tertuduh malah rayuan Tertuduh dibuat secara
bersahaja.
[24] Walau bagaimanapun, wajarkah Mahkamah ini berpegang dan bergantung kepada
pilihan hukuman yang diperuntukkan di bawah Sekyen 29 (1) (a) dan (b) Enakmen
Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 semata-mata atau terdapat pilihan lain yang
diperuntukan dalam undang-undang semasa menjatuhkan hukuman? Adakah menjadi
keperluan Mahkamah membuat pilihan lain selain peruntukan Sekyen 29 (1) (a) dan
(b) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 sekiranya pilihan lain yang
ada lebih memberikan pengajaran, keinsafan dan kebaikan kepada Tertuduh pada
masa akan datang seperti yang telah disarankan oleh Pendakwa Syarie semasa
hujahannya? Peruntukan Sekyen 29 (1) (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah
(Negeri Selangor) 1995 adalah seperti berikut:
29(1) Mana-mana
(a) Orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih
daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya;
(b) Orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau
lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya, di
mana- mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik
dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang
melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu
17 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya.
[25] Berdasarkan peruntukan tersebut, Mahkamah berpendapat bahawa hukuman yang
diperuntukkan dalam seksyen tersebut tidak mengikat Mahkamah dengan hanya
bergantung kepada tiga jenis hukuman yang diperuntukkan tersebut sahaja. Akan
tetapi, perkataan “boleh dihukum” yang terdapat dalam seksyen tersebut
menunjukkan bahawa ruang dan peluang lain yang boleh menjadi pilihan Mahkamah
dalam membuat pertimbangan untuk menjatuhkan hukuman selain daripada hukuman
seperti peruntukan seksyen tersebut.
[26] Berdasarkan peruntukan undang-undang, Mahkamah mendapati bahawa terdapat
pilihan lain dalam menjatuhkan hukuman seperti peruntukan Seksyen 97 (2) (b)
Enakmen Tatacara Jenayah (Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan seperti
berikut:
“apabila mana-mana orang dipertuduh di hadapan Mahkamah atas suatu
kesalahan yang boleh dihukum oleh Mahkamah itu, dan Mahkamah
mendapati bahawa pertuduhan itu telah dibuktikan, tetapi berpendapat
dengan mengambil kira watak, latar belakang, umur, kesihatan atau keadaan
mental orang yang dipertuduh itu, atau kepada hakikat ringannya jenis
kesalahan itu, atau kepada hal keadaan peringan yang dalamnya kesalahan
itu telah dilakukan, adalah tak suaimanfaat untuk mengenakan apa-apa
hukuman selain daripada suatu hukuman nominal atau bahawa adalah
suaimanfaat melepaskan pesalah itu dalam cubaan akhlak, Mahkamah boleh
tanpa merekodkan suatu sabitan, membuat perintah-
(a) …………;
(b) memerintah pesalah itu ditahan di suatu rumah kebajikan yang diluluskan
oleh Majlis selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan
sebagaiman yang difikirkan patut oleh Mahkamah;
(c) ………….
18 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[27] Berdasarkan peruntukan Seksyen 97 (2) (b) Enakmen Tatacara Jenayah (Negeri
Selangor) 2003, Mahkamah boleh memerintahkan Tertuduh yang telah disabitkan
kesalahan untuk dikomitkan ke rumah kebajikan yang diluluskan selama tempoh tidak
melebihi 6 bulan. Namun begitu, sebelum peruntukan seksyen tersebut digunakan,
Mahkamah perlu mengambil kira perkara-perkara yang dinyatakan di dalam seksyen-
seksyen tersebut terlebih dahulu iaitu:
a. Watak, Latar Belakang dan Umur
i. Dalam kes ini, umur Tertuduh-Tertuduh tersebut ini ketika tangkapan
dibuat berusia antara 19 hingga 22 tahun. Walaupun Tertuduh telah
dikenakan taklif syarak terhadap dirinya, Mahkamah berpendapat bahawa
pada usia 19 hingga 22 tahun merupakan usia yang masih muda dan
mentah dalam membuat pertimbangan dalam menentukan hala tuju
kehidupannya. Tambahan pula sejak akhir-akhir ini gejala sosial semakin
membimbangkan dalam masyarakat dan kebanyakan golongan yang
terlibat adalah golongan yang terdiri dari belia yang berumur seusia
dengan Tertuduh-Tertuduh tersebut. Mahkamah mendapati golongan
tersebut sering mengambil kesempatan atas kebebasan yang telah
diberikan oleh keluarga. Hal ini menunjukkan bahawa golongan tersebut
masih belum dapat membuat pertimbangan yang wajar dan tindak tanduk
golongan tersebut berpaksikan kepada keseronokan semata-mata.
ii. Selain itu, Tertuduh-Tertuduh tersebut telah menyatakan kepada
Mahkamah bahawa Tertuduh tidak bekerja dan tidak mempunyai
pendapatan tetap semasa peringkat mitigasi. Bagaimana Tertuduh-
Tertuduh tersebut boleh membayar denda sekiranya tiada pendapatan?
Adakah wajar Mahkamah mengenakan hukuman penjara atas sebab
Tertuduh-Tertuduh tersebut tidak bekerja? Tentu tidak sama sekali.
iii. Oleh itu, pengajaran yang berguna seharusnya diberikan kepada Tertuduh-
Tertuduh tersebut khususnya dari aspek kefahaman berkenaan dengan
19 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
akhlak dan hukum hakam agama Islam agar dapat menjadi panduan
kepada Tertuduh-Tertuduh tersebut dalam melayari bahtera kehidupan
yang penuh ranjau, onak dan duri pada masa hadapan. Tertuduh-Tertuduh
tersebut masih mempunyai masa depan yang panjang dan cerah untuk
berbakti kepada keluarga dan masyarakat serta melakukan sesuatu yang
terbaik untuk kehidupannya. Maka sewajarnya Tertuduh-Tertuduh tersebut
perlu diberikan bimbingan dan panduan hidup yang sejajar dengan
kehidupan sebagai seorang muslim. Sekiranya pensabitan kesalahan ini
diambil kira dan Mahkamah menjatuhkan hukuman berdasarkan Sekyen
29 (1) (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, pasti
hukuman tersebut akan memberikan rekod buruk kepada Tertuduh-
Tertuduh tersebut dengan diklasifikasikan sebagai seorang yang telah
disabitkan dan dihukum kerana melakukan kesalahan jenayah yang sudah
pasti akan menimbulkan pelbagai kesukaran kepada Tertuduh-Tertuduh
tersebut sekiranya Tertuduh-Tertuduh tersebut berkehendak untuk
menyambung pelajaran dan menceburi alam pekerjaan kelak.
b. Apa-Apa Hal Keadaan Peringanan Kesalahan Yang Dilakukan
i. Kesalahan ini merupakan kesalahan pertama Tertuduh-Tertuduh tersebut
dan sebelum ini Tertuduh-Tertuduh tersebut tidak pernah disabitkan
dengan kesalahan jenayah. Mahkamah berpandangan bahawa faktor ini
perlu diambilkira sebagai pertimbangan dalam menjatuhkan hukuman
terhadap Tertuduh-Tertuduh tersebut. Begitu juga dengan pengakuan salah
yang dinyatakan oleh Tertuduh-Tertuduh tersebut ternyata menjimatkan
kos dan perbelanjaan kerajaan serta masa Mahkamah sekaligus
meringankan beban Pendakwa Syarie kerana tidak perlu menanggung
beban pembuktian yang berat dalam kes ini selain memberi ruang kepada
Pendakwa Syarie memberi tumpuan kepada kes-kes yang lain.
[28] Selain alasan-alasan di atas, Seksyen 97 (2) (b) Enakmen Tatacara Jenayah (Negeri
Selangor) 2003 juga menyatakan bahawa Mahkamah perlu mengambil kira kesihatan
20 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
atau keadaan mental Tertuduh-Tertuduh tersebut namun Mahkamah berpendapat
bahawa alasan tersebut tidak terpakai dalam kes ini.
[29] Berdasarkan Seksyen 97 (2) (b) Enakmen Tatacara Jenayah (Negeri Selangor) 2003,
Mahkamah diberi kuasa untuk tidak merekodkan pensabitan kesalahan yang
dilakukan oleh Tertuduh-Tertuduh tersebut sebelum peringanan hukuman diberikan
kepada Tertuduh-Tertuduh tersebut kerana sekiranya rekod pensabitan ini tidak
dibatalkan dalam rekod perbicaraan sudah tentu akan memberi kesan kepada
Tertuduh-Tertuduh tersebut walaupun setelah Tertuduh-Tertuduh tersebut selesai
menjalani perintah tahanan tersebut.
[30] Dalam kes ini, Tertuduh-Tertuduh tersebut tidak disabitkan dengan kesalahan yang
telah dipertuduhkan tersebut.
[31] Oleh itu, SETELAH Mahkamah menimbangkan dengan mendalam segala fakta dalam
kes ini, DAN SETELAH Mahkamah meneliti serta menimbangkan rayuan yang
dikemukakan oleh Tertuduh-Tertuduh tersebut, hujahan Pendakwa Syarie, peruntukan
undung-undang serta hukum syarak, MAKA Mahkamah berpendapat bahawa
keputusan kes ini adalah wajar dan munasabah.
21 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
KEPUTUSAN
Setelah Mahkamah mendengar dan meneliti pertuduhan, fakta kes yang dibentangkan, alasan
rayuan Tertuduh-Tertuduh tersebut serta hujah Pendakwa Syarie DAN SETELAH
Mahkamah menimbangkan perkara tersebut, MAKA Mahkamah memerintahkan seperti
berikut:
1. Bagi kes 10008-143-0004-2019 dan 10008-143-0005-2019, Mahkamah memerintahkan
Tertuduh ditahan di Pusat Pemurniaan Akidah Baitul Iman selama enam bulan mulai hari
ini berdasarkan Seksyen 97 (2) (b) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor)
2003.
2. Bagi kes 10008-143-0007-2019, 10008-143-0008-2019, 10008-143-0009-2019
Mahkamah memerintahkan Tertuduh ditahan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan
selama enam bulan mulai hari ini berdasarkan Seksyen 97 (2) (b) Enakmen Tatacara
Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.