Mesyuarat disambung Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia ......
Transcript of Mesyuarat disambung Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia ......
PETANG HARI SABTU, 6 JAMADILAWAL 1435 / 8 MAC 2014 68
Mesyuarat disambung
pada pukul 2.30 petang
Yang Berhormat Yang Di-Pertua:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan selamat petang
Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita bersyukur
kerana dapat menyambung lagi
permesyuaratan yang ditangguhkan
tengah hari tadi. Usul Yang Telah
Diberi Notis telah kita bincangkan
iaitu usul bagi menyembahkan
menjunjung kasih Kehadapan Majlis
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni
Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali
Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam atas keberangkatan
Baginda ke Majlis Istiadat Pembukaan
Rasmi Majlis Mesyuarat Pertama Musim
Permesyuaratan Kesepuluh Majlis
Mesyuarat Negara yang telah
dikemukakan oleh Yang Berhormat
Menteri Pendidikan pagi tadi.
Pada persidangan pagi tadi seramai
3 orang Ahli Yang Berhormat telah
membahaskan usul itu. Di sini, saya
telah diberikan senarai sebanyak
7 orang Ahli-Ahli Yang Berhormat
yang ingin untuk bercakap mengenai
dengan usul ini. Sekarang saya
persilakan Yang Berhormat Pengiran
Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad
bin Pengiran Haji Abdul Rahman,
Menteri Hal Ehwal Ugama.
Maaf belum sampai ke sana. Saya
persilakan Yang Berhormat Pehin Orang
Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia
Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin
Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang
Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.
Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri
Kesihatan: Assalamu’alaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima
kasih Yang Berhormat Yang
Di-Pertua. Bismillahir Rahmanir
Rahim, Alhamdulillahi Rabbil’alameen,
Wassalaatu’ Wassalaamu ‘Ala Asyarafil
Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin,
Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua,
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dengan
hormatnya kaola terlebih dahulu
mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih atas
peluang yang diberikan untuk
menggabungkan diri saya bersama Ahli
Yang Berhormat ke atas usul yang
dicadangkan oleh Yang Berhormat
Menteri Pendidikan bagi menjunjung
kasih setinggi-tingginya Kehadapan
Majlis Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam atas Keberangkatan
Baginda Ke Istiadat Pembukaan
Rasmi Mesyuarat Pertama Musim
Permesyuaratan Yang Kesepuluh Majlis
Mesyuarat Negara bagi tahun 2014 dan
atas kurnia titah Baginda di Istiadat
Pembukaan Rasmi tersebut.
Sesungguhnya kurnia titah perasmian
Baginda itu adalah sangat bertepatan
dan amat signifikan kerana
berpandangan jauh dalam membawa
PETANG HARI SABTU, 6 JAMADILAWAL 1435 / 8 MAC 2014 69
Negara ini ke arah yang lebih
diredai oleh Allah Subhanahu
Wata’ala, lebih cemerlang, bukan
sahaja untuk meningkatkan pelaburan
asing akan tetapi yang lebih penting
usaha untuk melahirkan lebih ramai lagi
ahli perniagaan yang berjaya di
kalangan anak tempatan yang
setentunya akan turut menjurus ke arah
memantapkan lagi kualiti kehidupan,
kesejahteraan dan kemahuan rakyat
dan penduduk yang bernaung di Negara
ini.
Seharusnya kita menjunjung, menanai
dan bersama-sama bertanggungjawab
dan beperanan mengikut bidang kuasa
dan tugas masing-masing secara
bersepadu untuk merealisasikan hasrat
murni Baginda dengan memupuk
perpaduan mengikut calak kebruneian
dan seterusnya memelihara keamanan
dan kesejahteraan demi memantapkan
lagi pembangunan Negara agar dapat
berjalan dengan lancar, teratur dan
baik.
Di samping itu, Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam juga sangat menaruh
harapan yang tinggi ke atas Persidangan
Majlis Mesyuarat Negara yang akan
menjadi nilai tambah yang tinggi
nilainya dalam bersama-sama
menyumbang dan beperanan untuk
melakar fikiran yang bernas di samping
membahas dan seterusnya membuat
sokongan-sokongan yang menjurus
kepada faedah dan manfaat
pembangunan sosioekonomi yang
lebih mapan.
Isi kandungan titah Baginda hendaklah
juga kita jadikan sebagai panduan dan
peta jalan agar perbahasan kita akan
lebih terarah, lebih konkrit dalam
usaha kita merangkap pelan strategik
yang lebih komprehensif dan
bersistem yang membolehkan hasrat
dan harapan Baginda itu supaya
dicapai dan direalisasikan seperti
yang dititahkan antara lainnya seperti
yang berikut:
1. Memberi perhatian sewajarnya
terhadap kesejahteraan pekerja-
pekerja tempatan di sektor swasta
sebagai pendukung kepada
meningkatkan lagi perkembangan
produktiviti dan seterusnya
menyumbang kepada peningkatan
sosioekonomi Negara. Pada hemat
saya, sektor swasta berperanan
dalam menjana lebih banyak peluang
pekerjaan selain berupaya
menyumbang kepada peningkatan
aktiviti-aktiviti perekonomian Negara
yang sekali gus menjamin kepada
kualiti kehidupan, kesejahteraan
rakyat dan penduduk di Negara ini.
2. Para belia perlu meningkatkan
kemahiran dan ilmu pengetahuan
yang tinggi untuk menjadikan
mereka lebih kreatif, lebih mapan
dan mampu untuk berdaya saing
mengikut trend dalam arena
perniagaan dan perdagangan dunia
pada masa kini. Dalam konteks ini
saya berpendapat, apa yang lebih
penting ialah kemahiran dan
pengetahuan yang mampu
dikembangluaskan, dipasarkan dan
yang lebih penting adalah demand
PETANG HARI SABTU, 6 JAMADILAWAL 1435 / 8 MAC 2014 70
yang berterusan yang membolehkan
perniagaan dapat dikembangluaskan
viable dan sustainable. Dari itu belia-
belia hendaklah lebih kreatif, inovatif,
berkeyakinan, bersemangat juang
dalam menceburi setiap apa jua jenis
perniagaan dan perusahaan untuk
meraih kecemerlangan dan kejayaan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, dalam
pada itu, kita sebagai rakyat dan
penduduk di Negara ini juga sewajarnya
bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu
Wata’ala dan menjunjung kasih setinggi-
tingginya kerana kita sangat bertuah
dan beruntung dapat bernaung di
bawah kepimpinan, kewibawaan dan
kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam yang jelas membuktikan
Baginda berjiwa rakyat, sentiasa prihatin
dan memeduli bukan sahaja hal ehwal
kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan
penduduk Negara ini malahan juga
sehingga membolehkan kita semua
berterusan menikmati pelbagai
kemudahan, pembangunan, kemajuan,
kesejahteraan, keselamatan,
kemakmuran dan keamanan.
Keprihatinan tinggi Baginda atas
kesejahteraan rakyat dan penduduk
sangat jelas di mana semasa musim
banjir baru-baru ini pada bulan Januari
2014, Baginda sendiri telah berangkat
bercemar duli turun padang bersama
Paduka Anakanda Baginda, Duli Yang
Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran
Muda Mahkota Pengiran Muda Haji
Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan,
di Jabatan Perdana Menteri bagi
meninjau dan memerhatikan lebih
dekat lagi akan masalah dan situasi
banjir di Daerah Tutong diikuti dengan
kurnia titah Baginda dalam Istiadat
Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama
Musim Permesyuaratan Kesepuluh
Majlis Mesyuarat Negara pada tahun
2014 di Dewan yang mulia ini yang
mana Baginda telah memperkenankan
bagi satu tambahan harga Rancangan
Kemajuan Negara Ke-10 berjumlah
$1.65 bilion untuk membiayai projek-
projek baru yang dipohonkan oleh
kementerian dan jabatan.
Seterusnya, Baginda bertitah mengenai
tindakan spontan Kerajaan bagi
menyediakan peruntukan berjumlah
$68 juta khusus bagi projek-projek
mitigasi banjir di kawasan-kawasan
yang terjejas serta tambahan lagi
sebanyak $35 juta bagi projek-projek
membaik pulih prasarana awam dan
aset-aset Kerajaan yang rosak akibat
banjir dan tanah susur sebagai respons
terhadap kejadian banjir yang berlaku
yang menjejaskan sebahagian rakyat
dan penduduk Negara baru-baru ini.
Kita semua selaku rakyat dan penduduk
Negara ini hendaklah juga sentiasa
mengamalkan identiti kebruneian dan
mengukuhkan lagi dalam kita bersama-
sama mempertahankan konsep
Negara Melayu Islam Beraja yang
kita warisi turun-temurun, yang
terbukti mendatangkan kebaikan
dan kemanfaatan bagi survival bangsa
dan Negara yang sama-sama kita
cintai ini supaya akan lebih mantap
dan berkembang maju. Kita semua
sebagai rakyat dan penduduk yang
PETANG HARI SABTU, 6 JAMADILAWAL 1435 / 8 MAC 2014 71
sentiasa mengamalkan taat setia yang
tidak berbelah bahagi kepada raja
dan Negara adalah bersama-sama
bertanggungjawab dan berperanan
penting untuk menanai dan menjunjung
tinggi dalam menerapkan dan
menghayati perpaduan yang menjadi
benteng dan kekuatan semula jadi
seperti kurnia titah Baginda di Dewan
yang mulia ini, dan apatah lagi dalam
kita sama-sama mendukung
dan menyokong sepenuhnya serta
berganding bahu dalam merealisasikan
pelaksanaan sepenuhnya Perintah
Kanun Hukuman Jenayah Syariah di
Negara ini iaitu atas nama rakyat Brunei
Darussalam.
Ini termasuklah juga perpaduan kita
yang erat lagi kukuh dalam menangani
cabaran-cabaran dan tanggapan-
tanggapan negatif apatah lagi dalam
kita menegakkan hukum Allah dan
taat lagi patuh kepada perintah Allah
Subhanahu Wata’ala.
Dalam kesempatan ini, saya menyeru
bagi kita sebagai rakyat dan penduduk
di Negara ini apatah lagi selaku umat
Islam adalah sangat wajar menyambut
baik dan menjunjung tinggi titah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
dalam kita sama-sama mengangkat dan
menjadikan hukum syarak dalam
perundangan dan sistem kehakiman
negara, kerana dengan adanya undang-
undang ini bukan sahaja merupakan
kejayaan yang sangat signifikan dan
melakar satu sejarah bagi sistem
perundangan bahkan juga kepada Raja,
Negara dan Rakyat akan dirahmati oleh
Allah Subhanahu Wata’ala bukan sahaja
di dunia malahan di akhirat.
Seterusnya marilah kita sama-sama
berdoa ke hadrat Allah Subhanahu
Wata’ala semoga Negara kita, Negara
Brunei Darussalam yang dicintai ini akan
berterusan diberkati, dirahmati dan
mendapat maghfirah, dilindungi dan
diredai oleh Allah Subhanahu Wata’ala.
Sekian, sekali lagi saya mengucapkan
setinggi-tinggi terima kasih kepada
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
yang memberikan kesempatan kepada
saya.
Wabillahit Taufeq Walhidayah,
Wassalamu‘alaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua:
Terima kasih, Yang Berhormat.
Sekarang saya persilakan Yang
Berhormat Awang Haji Jumat bin Akim
untuk memberi ucapan. Silakan.
Yang Berhormat Awang Haji
Jumat bin Akim: Terima kasih Yang
Berhormat Yang Di-Pertua.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi
Ta’ala Wabarakatuh dan salam
sejahtera. Bismillahir Rahmanir
Rahim, Alhamdulillahi Rabbil’alameen,
Wassalaatu’ Wassalaamu ‘Ala Asyarafil
Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin,
Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Titah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
PETANG HARI SABTU, 6 JAMADILAWAL 1435 / 8 MAC 2014 72
Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-
Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien
Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
dari Musim Permesyuaratan Kesepuluh
Majlis Mesyuarat Negara yang
telah berlangsung dan telah selamat
disempurnakan oleh Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin
Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji
Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi
Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam pada hari
Khamis, 4 Jamadilawal 1435 Hijrah
bersamaan 6 Mac 2014 Masihi.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola bagi
mewakili rakan-rakan Ahli Majlis
Mesyuarat Negara Yang Dilantik dari
Daerah Brunei dan Muara, menyokong
usul yang telah disampaikan oleh Yang
Berhormat Menteri Pendidikan
dan menyembahkan setinggi-tinggi
menjunjung kasih atas keberangkatan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni
Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali
Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam dan juga atas
pengurniaan titah Baginda yang sangat
dijunjung tinggi.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Titah
Baginda itu umpama lautan yang luas
yang mengandungi khazanah yang
amat bernilai lagi berharga. Baginda
mempunyai pandangan yang sangat
tajam serta visi dan misi berdasarkan
keadaan semasa dan mengambil kira
keperluan masa depan Negara dan
dunia umumnya.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni
Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali
Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam dalam titah Baginda
menggariskan 10 perkara yang amat
penting untuk diteliti, difahami dan
seterusnya dilaksanakan secara holistik
dan penuh dedikasi mengikut
keutamaan dan keperluan.
Kewujudan Majlis Mesyuarat Negara
selama sepuluh tahun, sekurang-
kurangnya akan dapat mengubah
landskap, format dan peranan serta
tanggungjawab semua pihak bagi
agensi awam dan swasta serta sikap
rakyat jelata dan penduduk Negara ini
untuk memacu kejayaan berterusan.
Baginda juga menghargai sumbangan
sektor swasta dalam sama-sama
membangun bangsa dan Negara.
Baginda ingin melihat bahawa sektor
swasta ini akan diberikan perhatian
yang serius dengan memberikan
peluang kepada pengusaha kecil
dan sedarhana, bergiat aktif
membangun ekonomi Negara. Apa
yang diharapkan, peluang pengusaha
kecil, sederhana dan bumiputera
akan dapat sama-sama melaksanakan
projek berskala kecil dan besar. Pada
misalnya, mereka ini diberikan peluang
melaksanakan projek perumahan,
PETANG HARI SABTU, 6 JAMADILAWAL 1435 / 8 MAC 2014 73
pembinaan lebuh raya dengan
memberikan mereka peluang apa
yang mereka mampu laksanakan.
Hal ini sangat penting dalam
menjunjung titah Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam supaya perhatian
diberikan kepada para belia untuk
mendapatkan pengalaman supaya dapat
bersaing dengan pengusaha luar negeri
dan bergiat aktif di arena antarabangsa.
Dengan tambahan peruntukan
$1.65 bilion, berbagai-bagai projek telah
dapat dilaksanakan. Semua ini adalah
bagi meningkatkan kesejahteraan
rakyat dan penduduk Negara ini.
Adalah diharapkan jua dengan
tertubuhnya satu unit baru di Jabatan
Perdana Menteri, rakyat dan orang
ramai akan melihat tiada projek akan
tergendala dan terbengkalai.
Sikap prihatin Baginda dalam
menangani masalah rakyat, satu
peruntukan telah disediakan sebanyak
$68 juta. Ini akan memberikan
impak yang sangat penting kepada
masyarakat pedalaman yang sering
mengalami banjir. Kawasan yang
dilanda banjir, akan dapat dikurangkan
dengan pembesaran sungai-sungai,
pembinaan kumbahan air dan
seumpamanya.
Untuk memastikan kesejahteraan
pekerja tempatan, adalah dicadangkan
supaya apa kiranya sedikit kemudahan
yang terdapat di sektor awam itu
diberikan kepada sektor swasta seperti
elaun sara hidup dan yang berpatutan
agar mereka ini akan melihat bekerja
di sektor swasta itu menjamin masa
depan mereka seperti titah Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam. Insya-Allah
mereka akan lebih kreatif dan mampu
bersaing.
Demi menjunjung titah Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam iaitu untuk sama-
sama memikirkan isu-isu strategik
maka adalah perlu agensi yang
berkenaan merancang, menilai dan
membuat kajian mengenai dengan
beberapa kemudahan yang telah
dilaksanakan seperti Tabung Amanah
Pekerja (TAP) dan Skim Caruman
Pekerja (SCP) yang mana mempunyai
pelaburan yang besar daripada semua
pekerja sektor awam dan swasta agar
mencari mekanisme bagi meningkatkan
keuntungan daripada tabungan mereka
dengan menubuhkan berbagai-bagai
kegiatan ekonomi seperti menubuhkan
Bank Amanah Pekerja ataupun Bank
Rakyat serta lain-lain projek yang boleh
menambahkan pulangan untuk
kemudahan semua pihak pekerja sektor
awam dan swasta.
Dengan yang demikian, peserta-peserta
Tabung Amanah Pekerja (TAP) dan
Skim Caruman Persaraan (SCP) akan
dapat menjalankan kehidupan yang
lebih selesa selepas bersara. Seterusnya
Baginda bertitah usaha semua pihak
adalah sangat penting dalam
memastikan acuan yang telah dibentuk
PETANG HARI SABTU, 6 JAMADILAWAL 1435 / 8 MAC 2014 74
oleh Kementerian Pendidikan dan
agensi yang lain dalam menyediakan
literasi bisnes kepada para belia
dalam membangun ‘entrepreneurship’
rakyat dan penduduk Negara ini wajib
sama-sama menjunjung titah ini dan
diharapkan akan menjadi pemangkin
untuk mencapai kejayaan.
Dengan kedudukan keselamatan dan
kesejahteraan yang stabil, maka
menjadikan negara ini mempunyai
peluang terbaik untuk berkembang
melalui pelaburan dalam dan luar
negeri. Cuma apa yang penting selain
apa yang disebutkan di atas kemudahan
prasarana seperti kemudahan tenaga
elektrik, keperluan lokasi dan sikap
semua agensi, rakyat dan penduduk
Negara ini dalam mendukung keamanan
dan kesejahteraan berterusan. Untuk
lebih maju beberapa amalan telah
dijadikan panduan seperti cara
berfikir, bertindak dan melaksanakan
tanggungjawab hendaklah sekurang-
kurangnya berorientasikan business
oriented.
Baginda mengingatkan kepada kita
supaya tidak bergantung kepada
sumber asli yang terdapat di bumi
Brunei Darussalam iaitu minyak dan gas.
Dengan peringatan serta pandangan
tajam Baginda, masa depan Negara
akan ditentukan oleh kita sendiri tanpa
mengharapkan ramalan yang belum
pasti berlaku dan diterjemahkan maksud
titah Baginda itu dengan jelas seperti
kata pepatah Melayu “Sebelum Hujan
Sediakan Payung”.
Demikian pandangan yang tajam dan
penuh komitmen Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam dalam menghadapkan masa
depan ekonomi global yang tidak
menentu. Baginda secara tegas
mengingatkan kita supaya lebih
berhemah dalam berbelanja dan
mengutamakan value for money dan
akauntabiliti. Adalah perlu dinilai
pemantauan dalam apa jua projek sama
ada berskala besar atau kecil
memerlukan komitmen dan rasa
tanggungjawab sama ada projek itu
benar-benar menguntungkan dalam
jangka masa pendek dan jangka
panjang. Demikian jua, subsidi yang
diberikan adakah benar-benar dinikmati
oleh rakyat dan penduduk Negara ini
sepenuhnya. Adakah kaedah lain dapat
dilakukan untuk menyalurkan subsidi
kepada rakyat yang benar-benar
memerlukan bantuan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua,
Baginda seterusnya jua ingin melihat
pelaksanaan projek dapat disiapkan
pada masa yang ditentukan dan jika
gagal hendaklah dicari puncanya. Untuk
mencapai kejayaan berterusan maka
banyakkan jawatan pengurus dan
kurangkan jawatan pentadbir. Ini
terbukti di kebanyakan Negara yang
membangun dan sedang membangun,
tanpa juga melupakan Tekad
Pemedulian Orang Ramai (TPOR) serta
mengurangkan birokrasi yang
melambatkan proses pengurusan.
Dalam menyokong titah Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri
PETANG HARI SABTU, 6 JAMADILAWAL 1435 / 8 MAC 2014 75
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum
Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul
Khairi Waddien, Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
tentang perpaduan adalah amat
penting sebagai teras pengukuhan
Negara.
Bercakap mengenai dengan Perintah
Kanun Hukuman Jenayah Syariah yang
akan dilaksanakan adalah dijunjung
tinggi. Perkara ini sudah banyak
dibangkitkan, orang yang mengatakan
mereka lebih bertamadun dan
ke hadapan hanyalah berpijak di atas
lautan salji yang apabila datang
cahaya matahari mereka akan hancur
dan akan tenggelam. Namun, kita akan
selamat meneruskan kehidupan di dunia
dan di akhirat dengan melaksanakan
hukum Allah Yang Maha Agung Lagi
Lurus.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, rakyat
dan penduduk Negara ini diseru agar
bangkit menentang apa jua anasir yang
jahat yang cuba menghalang
ketenteraman dan wawasan Negara
khususnya pelaksanaan Perintah Kanun
Hukuman Jenayah Syariah yang telah
dititahkan oleh Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam demi kesejahteraan umat
Islam dan rakyat serta penduduk
Negara Brunei Darussalam ini dan
marilah kita sama-sama berdoa agar
Negara kita di bawah kepimpinan
bijaksana Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam akan selama-lamanya
mendapat keredaan daripada Allah
Subhanahu Wata’ala. Sekian, Wabillahit
Taufeq Walhidayah, Wassalamu‘alaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima
kasih Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua:
Terima kasih Yang Berhormat,
Sekarang saya persilakan Yang
Berhormat Pengiran Dato Seri Setia
Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji
Abd Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal
Ugama: Assalamu’alaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Alhamdulillahi Rabbil’alameen, Wabihee
Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunyaa
Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu
‘Alaa Sayyidina Muhammadin Asyrafil
Anbiya’e Wal Mursalin, Wa’alaa Aalihee
Wasahbihee Ajma’een.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Ahli-
Ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu
kaola mengucapkan berbanyak-banyak
terima kasih kepada Yang Berhormat
Yang Di-Pertua memberi peluang untuk
bercakap sepatah dua dalam majlis ini.
Alhamdulillah, Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin
Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji
Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi
Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam telah pun
selamat menyempurnakan Istiadat
Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama
Musim Permesyuaratan Kesepuluh
PETANG HARI SABTU, 6 JAMADILAWAL 1435 / 8 MAC 2014 76
Majlis Mesyuarat Negara pada hari
Khamis, 4 Jamadilawal 1435 Hijrah
bersamaan 6 Mac 2014 Masihi yang lalu.
Titah Baginda di majlis tersebut pada
fahaman kaola menyentuh beberapa
perkara mengenai:-
1. Pentingnya pendidikan perniagaan
dan keusahawanan diberikan kepada
para belia kita untuk menyediakan
generasi yang akan turut
membangunkan ekonomi negara di
masa hadapan.
2. Adanya kelebihan Negara kita yang
bersuasana aman dan sejahtera
patut dijadikan sebagai satu tarikan
yang kuat untuk peniaga-peniaga
dan pelabur tempatan dan pelabur
dari luar negara supaya berniaga dan
melabur di Negara ini. Untuk itu,
suasana aman dan sejahtera itu
perlulah terus dipelihara.
3. Perlunya perkhidmatan awam
melipatgandakan usaha bagi
menjadikan Negara ini probisnes
terutama untuk membantu
perusahaan-perusahaan kecil dan
sederhana.
4. Sebagai respons spontan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu’izzaddin Waddaulah ibni
Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali
Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam telah pun
mengurniakan peruntukan $68 juta
khusus bagi projek-projek mitigasi
banjir di kawasan-kawasan yang
terjejas. Di samping itu, sejumlah
$35 juta disediakan bagi projek-
projek membaik pulih prasarana
awam dan aset-aset kerajaan yang
rosak akibat banjir dan tanah susur.
5. Adanya perkenan Baginda kepada
sokongan Jawatankuasa Tertinggi
Rancangan Kemajuan Negara Ke-10
bagi satu tambahan kepada harga
rancangan berjumlah $1.65 bilion.
Peruntukan tambahan ini adalah
untuk membiayai projek-projek baru
yang dipohonkan oleh kementerian-
kementerian dan jabatan-jabatan.
6. Penubuhan sebuah unit di Jabatan
Perdana Menteri yang akan mengenal
pasti bidang-bidang utama yang
perlu dilaksanakan oleh Kerajaan
melalui agensi-agensi tertentu.
7. Pelaksanaan Perintah Kanun
Hukuman Jenayah Syariah sebagai
salah satu projek utama Negara,
perlulah mendapat sokongan padu
dan mantap dari seluruh rakyat dan
warganegara ini tanpa mengira apa
jua suku kaum dan pegangan
masing-masing.
Perkara-perkara utama yang Baginda
sentuh di atas, bagi kaola sangat
menarik, bahkan juga menyentuh
perasaan melihatkan daya kepimpinan
Baginda yang dinamik dan harapan-
harapan Baginda yang sangat tinggi
supaya setiap projek itu berjalan dengan
lancar, dengan baik dan sempurna.
PETANG HARI SABTU, 6 JAMADILAWAL 1435 / 8 MAC 2014 77
Di samping itu, jua ianya
memperlihatkan keprihatinan Baginda
yang tebal dan mendalam terhadap
kehidupan dan kesusahan rakyat seperti
berlakunya keadaan banjir baru-baru ini
sehingga dengan spontan Baginda
mengurniakan sejumlah peruntukan
yang tertentu bagi mengatasi masalah
tersebut. Begitu juga dengan
pertimbangan Baginda yang halus dan
berpandangan jauh telah berkenan
memperuntukkan $1.65 bilion
tambahan bagi menjayakan projek-
projek baru dari kementerian dan
jabatan. Mudah-mudahan termasuk di
dalamnya nanti projek keagamaan,
insya Allah.
Mengenai perlunya anak-anak muda
atau para belia diberikan dan
didedahkan pengetahuan berniaga
menerusi skim pendidikan negara kita
yang ada pada hari ini. Kaola kira ini
adalah selari dengan ajaran Islam.
Kerana Islam mengatakan bahawa 90%
rezeki kita ada dalam perniagaan, malah
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam sendiri sebelum Baginda
diangkat oleh Allah Subhanahu Wata’ala
menjadi Rasul Allah, Baginda adalah
seorang peniaga yang handal dan
bijak yang diamanahkan oleh Saidatina
Khadijah untuk menjalankan
perniagaannya sehingga mendapat
keuntungan yang besar. Begitu juga
para sahabat seperti Saidina Abu Bakar,
Abdul Rahman bin Auf dan lain-lain
adalah peniaga-peniaga yang hebat.
Dalam kurikulum pendidikan agama,
kita juga sudah terdapat pengenalan
hal-ehwal berniaga yang mengenalkan
sebanyak sedikit ciri-ciri seorang
peniaga Islam yang jujur dan amanah
iaitu di bawah tajuk “Al-Muamalat”.
Keilmuan berniaga secara praktikal dan
mendalam, kaola kira sudah diajarkan
di bawah sistem pendidikan umum
di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam
dan luar negara. Cumanya, apabila
lulus dari pengajian mereka, kaola
difahamkan mereka ini tidak
mempunyai modal yang mencukupi
untuk menjalankan perniagaan kecuali
sebilangan kecil sahaja yang berjaya.
Jika ini benar, apakah kiranya Negara
kita dapat membantu mereka dengan
menyediakan satu peruntukan yang
tertentu di mana mereka boleh
meminjam dengan bersistem dan
teratur dengan tidak dikenakan
sebarang pulangan yang selalunya
menjadi bebanan kepada usahawan-
usahawan yang baru muncul. Tetapi
hanya perlu memulangkan jumlah wang
yang dipinjam itu dalam tempoh yang
tertentu.
Kaola kira perkara ini akan menjadi satu
tarikan bagi para belia menceburi
bidang perniagaan dan akan cepat
menambahkan dan menggalakkan lagi
anak bumiputera dalam perniagaan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Perintah
Kanun Hukuman Jenayah Syariah, akan
menjadi satu sejarah besar bagi Negara
kita. Pelaksanaan Perintah Kanun
Hukuman Jenayah Syariah ini insya-
Allah akan melengkapkan lagi Negara
kita sebagai sebuah Negara Islam yang
tulen, yang sewajarnya kita bersyukur
ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala
PETANG HARI SABTU, 6 JAMADILAWAL 1435 / 8 MAC 2014 78
kerana di zaman ini kita dapat
menghayati sistem perundangan yang
akan membawa kebaikan dan
kesejahteraan untuk semua.
Ia adalah satu undang-undang yang
merahmati alam, merahmati semua
manusia, merahmati makhluk kerana ia
diciptakan berdasarkan keadilan, bukan
berdasarkan siapa yang kuat, bukan
berdasarkan keseronokan, bukan
berdasarkan emosional tetapi
di dalamnya ada pendidikan, ada
ihsan, ada keampunan, ada taubat,
ada pencegahan dan ada keselamatan.
Kita sewajarnya bersyukur mempunyai
raja-raja yang suka menegakkan
agama, mempunyai para pembesar
yang sejak dahulu sukakan agama,
mempunyai ulama-ulama yang
berwibawa, mempunyai rakyat yang
cintakan dan patuh kepada ajaran
Islam, mempunyai perlembagaan yang
membentengi ajaran Islam. Wajarlah
kita sekarang menerima undang-undang
ini sepenuh hati dan kita bersatu
padu di bawahnya.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala:
ينصرم يا أيها الذين آمنوا إن تنصروا للا
ويثبت أقدامك
Ertinya: “Jika kamu menolong Allah,
maka Allah akan menolong kamu dan
menetapkan pendirian kamu.”
Demikianlah Yang Berhormat Yang
Di-Pertua, dengan yang demikian kaola
turut menyokong cadangan yang
telah dikemukakan oleh Yang Berhormat
Menteri Pendidikan. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua:
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang
saya persilakan Yang Berhormat Awang
Haji Mohd. Yusof bin Haji Dulamin.
Yang Berhormat Awang Haji
Mohd. Yusof bin Haji Dulamin:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi
Ta’ala Wabarakatuh. Yang Berhormat
Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang
Berhormat. Kaola mewakili Ahli-Ahli
Yang Dilantik dari Daerah Belait
mengucapkan setinggi-tinggi terima
kasih atas peluang yang telah diberikan
kepada abis kaola untuk berucap di
dalam Dewan yang mulia ini dalam
menyokong usul, menyembah dan
menjunjung kasih oleh Yang Berhormat
Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri
Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin
Haji Apong, Menteri Pendidikan, yang
kaola rasa sungguh begitu padat dan
jelas sekali.
Dalam kesempatan ini, kaola sukacita
mengambil iktibar dari petikan titah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
dalam menghargai keprihatinan
Baginda terhadap kejadian banjir yang
juga berlaku di daerah pedalaman
di Daerah Belait pada bulan Januari
2014 yang lalu. Baginda telah
mengurniakan peruntukan sejumlah
$68 juta bagi mengatasi banjir
di kawasan yang terjejas dan
peruntukan tambahan $35 juta bagi
PETANG HARI SABTU, 6 JAMADILAWAL 1435 / 8 MAC 2014 79
membaik pulih aset-aset Kerajaan
yang rosak akibat banjir.
Selaku mewakili rakyat dan penduduk
di Daerah Belait yang terlibat
dalam bencana alam yang telah berlaku
itu, sukacita menyembahkan setinggi-
tinggi menjunjung kasih atas
keprihatinan Baginda kerana dengan
adanya bantuan yang telah, sedang dan
akan dihulurkan itu sekurang-kurangnya
dapat mengembalikan cara hidup yang
selesa seperti biasa dan disambut
dengan penuh rasa syukur dan berharap
apa jua bantuan yang bakal dan akan
disalurkan itu ianya akan dapat
dilaksanakan dengan secepatnya dan
sebaik mungkin.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Dikesempatan ini juga abis kaola
merasa bersyukur dan dengan penuh
ketaatan menyembahkan sokongan
serta dukungan yang tidak berbelah
bahagi Kehadapan Majlis Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam atas
pelaksanaan Perintah Kanun Hukuman
Jenayah Syariah 2013 yang bakal
dilaksanakan dalam sedikit masa lagi
seperti mana yang telah dititahkan
dan seterusnya diiringi dengan doa
semoga dengan adanya pelaksanaan
Perintah Kanun Hukuman Jenayah
Syariah 2013 itu akan bertambah-
tambah lagi kemakmuran, tahap
kehidupan dan keamanan rakyat Negara
Brunei Darussalam ini, Amin Ya Rabbal
Alamin. Sekian Yang Berhormat Yang
Di-Pertua, terima kasih.
Yang Berhormat Yang
Di-Pertua: Terima kasih Yang
Berhormat. Sekarang saya persilakan
Yang Berhormat Awang Haji Ramli
bin Haji Lahit
Yang Berhormat Awang Haji
Ramli bin Haji Lahit: Bismillahir
Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum
Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh dan
salam sejahtera. Yang Berhormat Yang
Di-Pertua dan Yang Berhormat Ahli-
Ahli Majlis Mesyuarat Negara. Kaola
mewakili Yang Berhormat Yang Dilantik
dari Daerah Tutong turut serta
menyokong penuh cadangan dari Yang
Berhormat Pehin Orang Kaya Seri
Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang
Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri
Pendidikan bagi usul menyembahkan
menjunjung kasih.
Maka dengan ini, kaola dan rakan
mengambil kesempatan menyembahkan
setinggi-tinggi menjunjung kasih
Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin
Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji
Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi
Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam atas
keberangkatan Baginda dan seterusnya
mengurniakan titah dalam Majlis Istiadat
Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama
Musim Permesyuaratan Kesepuluh pada
hari Khamis, 4 Jamadilawal, 1435 Hijrah
bersamaan dengan 6 Mac, 2014 Masihi.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan
Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis
Mesyuarat Negara. Kaola dan rakan
PETANG HARI SABTU, 6 JAMADILAWAL 1435 / 8 MAC 2014 80
dari Daerah Tutong, bersyukur
ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala
kerana dengan izin-Nya jua, pada tahun
ini dapat lagi menghadiri Majlis
Mesyuarat Negara. Kaola dari Daerah
Tutong akan cuba sedaya upaya untuk
menunaikan amanat dan hasrat
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan
Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis
Mesyuarat Negara. Saya dan rakan
mengimbas kembali titah Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam sempena Istiadat
Pembukaan Rasmi Persidangan Majlis
Mesyuarat Pertama Musim Keempat
Majlis Mesyuarat Negara pada 27 Safar,
1429 Hijrah bersamaan dengan 4 Mac,
2008 Masihi iaitu 6 tahun lalu, yang
dikaitkan dengan titah Baginda pada
Majlis Istiadat Perasmian Mesyuarat
Pertama Musim Permesyuaratan
Kesepuluh pada hari Khamis, 6 Mac
2014 Masihi.
Antara lain titah Baginda pada tahun
2008 itu:
“Majlis ini kita sifatkan sebagai syura
permuafakatan untuk melakar strategi-
strategi yang bermanfaat bagi
membantu Kerajaan beta pada
meneguhkan lagi sistem yang sedia ada,
yang sudah kita warisi turun-temurun”.
Titah Baginda lagi:
“Oleh itu diharapkan kepada Ahli-Ahli
supaya berpandangan jauh dalam
perbincangan dengan penjurusan
kepada isu-isu strategik yang
bermanfaat bagi rakyat, selaras dengan
hala tuju Negara dalam tahun-tahun
mendatang. Mutu perbincangan adalah
turut ditentukan oleh sifatnya yang
substantive, membina dan berasaskan
kepada kajian-kajian fakta yang teliti
dan tepat.”
Jadi jelaslah bahawa titah tahun 2008
itu ada kaitannya dengan titah Baginda
pada tahun ini supaya Ahl-Ahli Majlis
Mesyuarat Negara bermuafakat
membincangkan isu-isu yang boleh
membantu Kerajaan Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam ke arah kesejahteraan
rakyat, selaras dengan hala tuju negara
iaitu Wawasan 2035.
Titah Baginda dalam Majlis Istiadat
Perasmian Mesyuarat Pertama Musim
Mesyuarat Kesepuluh pada hari Khamis,
6 Mac 2014, antaranya supaya Ahli-Ahli
Majlis Mesyuarat Negara dapat
mengusulkan cadangan yang membantu
ke arah meningkatkan kesejahteraan
dan kepentingan para pegawai dan
kakitangan sektor swasta yang sedikit
sahaja disentuh dalam permesyuaratan-
permesyuaratan negara yang lalu.
Oleh itu, Baginda mengharapkan
supaya kesejahteraan pekerja-pekerja
tempatan di sektor swasta mendapat
perhatian sewajarnya.
Sehubungan dengan itu, kaola galakkan
dan cadangkan kepada pihak-pihak
PETANG HARI SABTU, 6 JAMADILAWAL 1435 / 8 MAC 2014 81
yang berkenaan dapat melaksanakan
apa juga kemudahan dan insentif yang
diberikan kepada pegawai-pegawai dan
kakitangan kerajaan diberi juga kepada
pegawai-pegawai dan kakitangan
di sektor swasta.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan
Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis
Mesyuarat Negara. Baginda juga
bertitah supaya para belia meningkatkan
diri dari segi kemahiran dan ilmu
pengetahuan. Perkara ini sering
disentuh oleh Baginda berulang-ulang
kali. Dalam hal ini memang jelas
bahawa Baginda bersungguh-sungguh
menekankan supaya para belia
diutamakan kerana para belialah yang
akan membentuk dan mencorakkan
keadaan Negara Brunei Darussalam
di masa akan datang.
Dengan adanya kemahiran melalui
sumber pengurusan manusia yang baik,
maka negara kita dapat melaksanakan
nilai tambah dari sumber-sumber yang
sedia ada. Kaola cadangkan supaya
Kementerian Pendidikan atau apa pun
juga agensi-agensi yang berkaitan
berganding bahu melakar program
pendidikan kemahiran yang menjana
ekonomi Negara. Umpamanya belia
yang terpilih untuk menjalani bidang
berteknologi tinggi dalam bidang
pembuatan sampai ke tahap maksimum
sehingga boleh menghasilkan produk.
Sehubungan dengan itu, peranan
proaktif dan inovatif Kementerian
Pendidikan menerusi SPN 21 yang
memasukkan kemahiran teknikal dan
vokasional serta kejuruteraan
di peringkat awal persekolahan
dan menerapkan unsur-unsur
‘entrepreneurships’ adalah amat sesuai
dan bertepatan. Di samping itu,
sokongan agensi-agensi yang lain dalam
menjurus kepada pembangunan insan
dan pembangunan negara serta tidak
ketinggalan menjangkau isu-isu
ekonomi global adalah amat penting.
Oleh itu, pembinaan Pusat Produk
Sekolah bagi menempatkan produk-
produk sekolah hasil senegara adalah
amat sesuai jika dilaksanakan.
Penambahan kurikulum pengurusan
kewangan perusahaan juga perlu
diadakan dari peringkat sekolah rendah.
Selain itu, dasar Kerajaan Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam untuk terus
meningkatkan aktiviti ekonomi dengan
menyediakan tapak untuk pelaburan
besar yang menyumbang kepada
penyertaan pelabur asing. Faktor ini
merupakan peluang para belia
mempraktikkan kemahiran mereka.
Oleh itu, tapak-tapak yang luas yang
telah diteroka tetapi terbiar di beberapa
kawasan di negara ini perlu dimajukan.
Misalnya di Mukim Rambai iaitu
di Kampung Penyatang dan kawasan
berpagar di Taman Rekreasi Pantai
Telisai.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan
Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis
Mesyuarat Negara, titah Baginda juga
menyentuh mengenai masalah sosial
terutama isu keselamatan berkaitan
PETANG HARI SABTU, 6 JAMADILAWAL 1435 / 8 MAC 2014 82
dengan Perintah Kanun Hukuman
Jenayah Syariah dalam perkara
pelaksanaan hukum jenayah syariah,
kaola dan rakan dari Daerah Tutong
tidak ragu-ragu menyokong penuh
perkara ini.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan
Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis
Mesyuarat Negara. Kaola dan rakan
mewakili penduduk-penduduk Daerah
Tutong yang terlibat dalam bencana
banjir sekali bagi menghadapkan
menjunjung kasih yang setinggi-
tingginya Kehadapan Majlis Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam atas
perkenan Baginda menyediakan
peruntukan sejumlah $68 juta khusus
untuk projek-projek mitigasi atau
pencegahan banjir dan sejumlah $35
juta bagi peruntukan membaik pulih
prasarana awam dan aset-aset Kerajaan
yang rosak.
Kebetulan, kaola kelmarin iaitu pada
hari Jumaat, 7 Mac 2014 berkesempatan
menghadiri Majlis Muzakarah dengan
penduduk Mukim Rambai yang terjejas
teruk oleh bencana banjir pada awal
tahun ini. Masalah banjir dan akibatnya
adalah salah satu isu yang hangat
disuarakan. Misalnya, bagaimana
mencegah atau mengurangkan banjir,
menjaga keselamatan, perhubungan
jalan raya yang terputus, perhubungan
telefon tidak ada, amaran awal tentang
banjir tidak kesampaian dan bantuan
yang sukar, kerosakan infrastruktur,
kerosakan harta benda, kerosakan
tanaman dan ternakan.
Sehubungan dengan ini, kaola dan
rakan mencadangkan agensi-agensi
Kerajaan dan bukan Kerajaan yang
berkenaan dapat memanfaatkan
peruntukan ini sebaik mungkin dengan
segera melaksanakan pembaikan dan
peningkatan infrastruktur seperti jalan
yang rosak dan menaikkan jalan yang
rendah bagi kawasan yang terlibat
banjir. Bagi mengelakkan kelambatan
melaksanakan kerja-kerja pembaikan
dan mitigasi serta peningkatan, kaola
dan rakan mencadangkan supaya
tender-tender tidak dilakukan secara
proses biasa yang mungkin memakan
masa yang lama. Kalau jalan terlalu
lama dibiarkan rosak, maka bukan saja
menjejaskan perhubungan melalui jalan,
tetapi juga keselamatan kepada
pengguna. Saranan juga dicadangkan
untuk peningkatan pancaran talian
telefon dan sistem amaran awal banjir
dipertingkatkan. Juga kolam tadahan
banjir dibina segera.
Akhirnya sebagai penutup, kaola dan
rakan ingin juga mengetahui apakah
langkah-langkah yang telah diambil oleh
pihak-pihak berkenaan dalam
melaksanakan perkara yang tersebut
di atas. Dan sebagai penutup, marilah
kita bersama-sama berdoa semoga
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bokiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni
Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali
Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam dan kerabat diraja
beroleh kesejahteraan dan rahmat serta
hidayah dari Allah Subhanahu Wata’ala
jua, Amin. Sekian, Wabillahit Taufeq
PETANG HARI SABTU, 6 JAMADILAWAL 1435 / 8 MAC 2014 83
Walhidayah, Wassalamu‘alaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima
kasih.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua:
Terima kasih Yang Berhormat.
Sekarang saya persilakan Yang
Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji
Ahad.
Yang Berhormat Awang Haji
Sulaiman bin Haji Ahad: Terima
kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Alhamdulillahi Rabbil’alameen,
Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil
Mursaleen, Sayyidina Muhammadin,
Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Yang
Berhormat Menteri-Menteri Kabinet dan
rakan-rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Alhamdulillah, kaola bersyukur ke hadrat
Allah Subhanahu Wata’ala, kerana
dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua,
maka kaola dapat berada dan berdiri di
Dewan Persidangan Majlis yang mulia ini
untuk menggabungkan diri kaola dalam
menyokong usul yang telah
dibentangkan oleh Yang Berhormat
Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri
Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin
Haji Apong, Menteri Pendidikan, Negara
Brunei Darussalam. Kaola dengan
hati yang penuh tulus ikhlas
untuk menyembahkan setinggi-tinggi
menjunjung kasih Kehadapan Majlis
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni
Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali
Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam di atas
Keberangkatan Baginda di Dewan Majlis
yang indah ini, pada hari Khamis, 4
Jamadilawal 1435 bersamaan 6 Mac
2014, Sempena Istiadat Pembukaan
Rasmi Mesyuarat Pertama Musim
Permesyuaratan Kesepuluh Majlis
Mesyuarat Negara dan seterusnya
Baginda mengurniakan titah.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua,
sukacita kaola dalam menyentuh kurnia
titah Baginda mengenai betapa perlunya
perpaduan dan bersatu padu dalam
mendukung dan menyokong
pelaksanaan Perintah Kanun Hukuman
Jenayah Syariah. Terlebih dahulu kaola
Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang
dilantik wakil Daerah Temburong, kaola
bagi mewakili kesemua penghulu dan
ketua kampong dan rakyat Daerah
Temburong, untuk menyatakan
sokongan penuh kami di Dewan yang
mulia ini, dan bersatu padunya kami
berdiri di belakang Baginda dalam
menjayakan pelaksanaan Perintah
Kanun Hukuman Jenayah Syariah.
Panggilan kami ini bukan saja terbit
selaku rakyat yang taat kepada rajanya
tetapi juga sebagai orang muslim yang
mahu hak masing-masing untuk diadili
dan dilindungi dengan hukum-hukum
Allah Subhanahu Wataala. Bagi
pengkritik-pengkritik dan golongan
tempatan yang tidak setuju dan masih
belum mahu faham-faham akan
keindahan hukum Allah ini, perlu
PETANG HARI SABTU, 6 JAMADILAWAL 1435 / 8 MAC 2014 84
muhasabah diri dan melihat kehidupan
kita bukan setakat duniawi semata-mata
tetapi apalah yang lebih penting ialah
kehidupan dan kebahagiaan di akhirat.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan
Ahli-Ahli Yang Berhormat, marilah kita
bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu
Wataala kerana penduduk Negara ini
yang majoritinya ialah umat Islam
begitu dilihat taat beragama. Kerajaan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni
Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali
Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam pula, memberi
kemudahan seluasnya bagi umat Islam
menyempurnakan amal ibadat dan
memelihara akidah mereka dengan
pendidikan dan panduan yang betul.
Juga kemudahan memelihara amalan
berawar galat dengan adat taat beraja
dan taat beragama, yang demikian itu
dapat kita rasa bila Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam mengisytiharkan
pengharaman jualan arak dan kini
Baginda mengisytiharkan pelaksanaan
Perintah Kanun Hukuman Jenayah
Syariah, penduduk mengalu-alukan dan
menyokong sebulatnya.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Pada
pandangan kaola, konteks perpaduan
dan bersatu padu bukan sahaja
tertumpu pada antara bilangan suku
kaum dan berlainan pegangan, tetapi
juga perpaduan dan bersatu padu
antara golongan dewasa dan golongan
muda terutamanya para belia.
Maknanya, sudah menjadi
tanggungjawab selaku golongan dewasa
supaya taat beragama, taat beraja dan
taat beradat, mestilah kita pastikan
untuk disalin kepada generasi pengganti
kita iaitu belia-belia.
Pertama yang utama ialah mereka mesti
dipastikan akan meneruskan sifat taat
kepada hukum Islam. Yang Berhormat
Yang Di-Pertua, kaola mengambil misal
iaitu Fatwa Mufti Kerajaan adalah
merupakan ketetapan hukum Islam.
Bagi isu-isu baru umat Islam di Negara
ini, ia perlu dihormati (diikut)
setentunya tidak kira ia telah digazet
atau belum penduduk Islam yang
disampaikan hukum yang ditetapkan
oleh fatwa itu perlu menghormati dan
mengikutinya kerana kiraan dosa pahala
sudah bermula atas mereka. Apabila
rokok dan merokok difatwakan haram,
pihak yang bertanya dan umat Islam
yang disampaikan maklumat hukum
tersebut mestilah menghormati dan
mengikuti hukum Islam berkenaan.
Tidak perlu menunggu fatwa digazetkan
dahulu untuk dikuatkuasakan.
Mengasuh generasi belia dengan sikap
menghormati hukum Islam adalah
sangat penting diutamakan sekarang
supaya bila mereka mengganti kita
kualiti taat akan hukum Islam itu, akan
tetap dimiliki mereka dan akan
selamatlah generasi mereka. Mereka
pula akan memastikan generasi yang
akan datang mengikut cara kita itu.
Dari itu berkesinambunganlah keluhuran
agama zaman-berzaman. Kita buat
semua ini adalah sebagai kesungguhan
kita dalam ikrar kebangsaan dan tidak
PETANG HARI SABTU, 6 JAMADILAWAL 1435 / 8 MAC 2014 85
retorik dan indah bahasa sahaja. Sekian
Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Wabillahit Taufiq Walhidayah,
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua:
Terima kasih Yang Berhormat.
Sekarang saya persilakan Yang
Berhormat Pehin Udana Khatib Dato
Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang
Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka
Haji Awang Othman.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal
Dalam Negeri: Terima kasih Yang
Berhormat Yang Di-Pertua. Bismillahir
Rahmanir Rahim. Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
Wassalamu ‘Ala Manit Taba’al Huda.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Alhamdullillah, untuk sekian kalinya
perbahasan di Dewan ini diserukan
untuk turut memikirkan isu-isu yang
strategik. Titah Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin
Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji
Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi
Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam sempena
Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat
Pertama Musim Permesyuaratan
Kesepuluh Majlis Mesyuarat Negara,
pada hari Khamis, 4 Jamadilawal 1435
bersamaan 6 Mac 2014 adalah padat
dengan isu-isu yang strategik itu.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua,
Baginda mengetengahkan isu
kesejahteraan para pekerja di sektor
swasta yang pada hemat Baginda
melalui pekembangan dan produktiviti di
sektor swasta itu akan dapat diharapkan
untuk menyumbang kepada
peningkatan sosioekonomi di Negara ini,
yang mana kerananya Kerajaan Baginda
sentiasa melaksanakan berbagai inisiatif
bagi memperbaiki lagi iklim pelaburan
dan perniagaan sambil mempastikan
kesejahteraan pekerja-pekerja tempatan
di sektor swasta adalah mendapat
perhatian yang sewajarnya.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, di
samping berbagai inisiatif dan langkah
yang Baginda nyatakan telah dibuat
oleh Kerajaan Baginda, kaola mohon izin
untuk menambahkan, pertama
mengenai isu kesejahteraan pekerja
tempatan, Kementerian Hal Ehwal
Dalam Negeri telah pun menyediakan
satu kertas yang mengandungi
cadangan - cadangan untuk
menyeimbangkan faedah-faedah gaji
dan layanan yang diberikan oleh
majikan kepada pekerja-pekerja
tempatan dengan yang diberikan
kepada pekerja-pekerja asing.
Kertas kerja yang berkenaan itu akan
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
rundingkan dengan majikan-majikan
dalam sektor swasta. Kementerian
dalam hal ini, Yang Berhormat Yang
Di-Pertua mengambil pendekatan yang
lembut maknanya berunding, yang
mana dengan keyakinan cadangan-
cadangan itu akan mendapat respons
yang positif dan kementerian sedia
terbuka untuk menerima cadangan-
cadangan balas yang munasabah
asalkan kita sama-sama dapat mencapai
PETANG HARI SABTU, 6 JAMADILAWAL 1435 / 8 MAC 2014 86
matlamat untuk memberikan
kesejahteraan kepada pekerja-pekerja
tempatan dalam sektor swasta demi
untuk menarik mereka bekerja dalam
sektor swasta itu, taat kepada
majikannya, komited kepada
tanggungjawabnya dan seterusnya.
Insya-Allah, perkara ini akan
dirundingakan sedikit masa lagi.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola
seterusnya ingin menyebutkan bahawa
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
dengan kerjasama Pejabat Peguam
Negara telah menyiapkan pindaan ke
atas kadar gaji yang melayakkan
seseorang pekerja tempatan mendapat
perlindungan undang-undang di bawah
Perintah Pekerjaan 2009, iaitu daripada
gaji maksima dalam peruntukan yang
ada pada masa ini sebanyak $1,600
kepada gaji maksimam $3,000, yang
mana dengan pindaan itu nanti akan
lebih ramai pekerja tempatan mendapat
perlindungan undang-undang sekiranya
terjadi masalah perburuhan atau
pertikaian perusahaan antara pekerja
dan majikan. Langkah ini, insya-Allah
akan juga turut menyumbang kepada
usaha memelihara kesejahteraan
pekerja-pekerja tempatan dalam sektor
swasta seperti yang dihasratkan oleh
titah Baginda itu.
Sementara dalam isu memudah cara
memulakan perniagaan yang mana
hal ini juga sangat penting
bagi memperbaiki lagi iklim
pelaburan dan perniagaan sambil
memastikan kesejahteraan pekerja-
pekerja tempatan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
kaola sukacita menyatakan bahawa
semenjak bulan April 2011 (hampir 3
tahun yang lalu sehingga sekarang ini)
tempoh menunggu lesen rampaian dan
tanda perniagaan dikeluarkan telah
dapat disingkatkan dengan cara
mengubah prosedur atau proses yang
mesti diikut sebelumnya iaitu daripada
sequential kepada parallel bagi
kesemua urusan yang berkaitan,
(apabila sahaja permohonan
mendapatkan lesen rampaian dan tanda
perniagaan dihadapkan lengkap
memenuhi syarat dan menepati
peraturan dan setelah ada pendaftaran
syarikat dan nama syarikat maka
sesuatu perniagaan boleh dimulakan
pada hari ke enam bagi perniagaan
kategori simplified approval dan pada
hari kesebelas bagi perniagaan kategori
biasa).
Seterusnya bagi memudah cara
memulakan perniagaan ini juga Yang
Berhormat Yang Di-Pertua ialah
menerusi Projek Flagship Business
Licensing System yang diusahakan
bersama dengan Kementerian
Perindustriaan dan Sumber-Sumber
Utama bagi membolehkan orang ramai
memohon perkhidmatan yang berkaitan
dengan memulakan perniagaan
menerusi talian online dan tidak payah
lagi pergi ke kaunter-kaunter.
Sehubungan dengan perkhidmatan
secara online ini, juga dalam aspek
permit kerja dan lesen pekerja, Jabatan
Buruh sedang dalam proses
menyediakannya. Maka apabila sistem
dan prasarananya siap, orang ramai
dalam sektor swasta akan mendapat
PETANG HARI SABTU, 6 JAMADILAWAL 1435 / 8 MAC 2014 87
kemudahan dalam menjalankan
perniagaan mereka yang berhubung kait
dengan urusan-urusan di Pejabat Buruh.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua,
di samping langkah-langkah memudah
cara memulakan perniagaan itu dalam
aspek pengeluaran lesen dan permit
kerja dan lesen pekerja, Kementerian
Hal Ehwal Dalam Negeri juga telah
mengambil inisiatif, akan mengeluarkan
pas kediamaan jangka panjang (long
term residential pass) kepada orang-
orang asing yang ingin membuka
perniagaan dalam sektor yang
mendatangkan faedah bagi
pertumbuhan dan perkembangan
ekonomi negara sambil membuka
peluang kerja kepada anak-anak
tempatan.
Langkah ini, Yang Berhormat Yang
Di-Pertua, dijangka akan menambah
baik lagi iklim pelaburan dan selaras
dengan apa yang dititahkan oleh
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
bahawa adalah menjadi dasar Kerajaan
Baginda untuk terus meningkatkan
aktiviti perekonomian di Negara ini
termasuk berusaha menarik pelaburan
langsung asing iaitu FDI.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
dalam titah Baginda itu ada
menyebutkan yang Negara kita
alhamdulillah, mempunyai advantage
yang sangat unik dalam bentuk
keamanan dan kesejahteraan yang
dikurniakan oleh Allah Subhanahu
Wataala kepada kita. Sesungguhnya
titah Baginda itu sangat tepat.
Pengalaman Kerajaan dan rakyat selama
hampir 65 tahun membangun Negara
kita Brunei yang kecil molek ini iaitu
semenjak pemerintahan arkiteknya
Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali
Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni
Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul
Alam dan dilanjutkan lagi ke zaman
pemerintahaan anakanda Baginda
sekarang, yang berhemah tinggi,
bijaksana lagi berwawasan iaitu
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni
Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali
Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam, sepanjang lebih
enam dekat itu, Brunei sangat bertuah
dapat mengatasi disadvantage sebagai
sebuah negeri kecil di tengah suasana
yang bergolak dalam masyarakat
serantau dan masyarakat antarabangsa
yang cepat berubah.
Semua itu adalah berkat adanya
keamanan di samping kurnia rezeki
Allah berupa hasil minyak dan gas yang
menjadikan Kerajaan mampu
membelanjai rancangan-rancangan
pembangunan fizikal dan pembangunan
sumber daya manusia (Human Capacity)
dan projek-projek bagi kesejahteraan
rakyat menerusi penyediaan kemudahan
pelajaran dan pendidikan serta
kemudahan kesihatan dan perubatan.
Keamanan itu wujud dengan berkat
rakyat yang taat kepada rajanya sambil
PETANG HARI SABTU, 6 JAMADILAWAL 1435 / 8 MAC 2014 88
taat beragama, bersikap positif, hidup
secara harmoni dalam kepelbagaian 7
puak rakyat jati dan kaum-kaum lain
yang diterima menjadi rakyat dan
penduduk Negara ini.
Itulah Yang Berhormat Yang Di-Pertua,
advantage Negara Brunei Darussalam.
Kita sekalian tidak disibukkan oleh
aspek-aspek perbezaan yang ada antara
kita, tetapi sebaliknya kita bersemangat
menerima dan mengembangkan aspek-
aspek persamaan dalam kebersamaan
itulah kita hidup berpemerintahan
beraja sebagai bangsa dan negara
moden yang progresif dalam sebuah
negara berdaulat di kalangan
masyarakat negara dan antarabangsa.
Antara kita, rakyat telah juga menyebut
tentang perpaduan. Itulah aset kita
yang sangat berharga dan kita berazam
untuk memelihara serta
mempertahankannya.
Oleh itu, Negara Brunei Darussalam dan
kita rakyatnya yang mencintai
keamanan ini tidak boleh bertolak ansur
terhadap sebarang percubaan
merosakkan keamanan dan keselamatan
negara, baik datangnya dari luar apatah
lagi sekiranya datang daripada kalangan
kita sendiri. Kerana itulah Yang
Berhormat Yang Di-Pertua, baru-baru ini
Kerajaan telah memutuskan untuk
mengenakan Perintah Tahanan
Keselamatan bagi tempoh 2 tahun
ke atas seorang warganegara asing
yang menurut penilaian keselamatan
adalah berpotensi untuk menjadi
fasilitator bagi bekas ahli-ahli sebuah
pertubuhan yang menyokong dan
menjalankan operasi pengganasan yang
ada di luar negeri untuk bertapak di
negara ini dan seterusnya dijangka akan
menjadikan Negara kita yang aman
tenteram ini ‘safeheaven’ bagi
kumpulannya dan seterusnya individu-
individu berkenaan juga berpotensi
menggunakan Negara Brunei
Darussalam sebagai sumber
pembiayaan dana kepada kumpulannya
di luar negeri.
Individu berkenaan juga dinilai oleh
pihak berkuasa keselamatan mampu
untuk mendatangkan risiko tinggi
kepada keselamatan Negara, selain
dinilai berkemampuan menimbulkan
ancaman keganasan yang boleh
menjejaskan ketenteraman awam dan
keselamatan Negara. Kes ini, Yang
Berhormat Yang Di-Pertua, sangat
relevan untuk mengingatkan diri kita
sendiri dan untuk kita sentiasa
berwaspada daripada terjebak akibat
lalai dan complacent, seterusnya kita
hendaklah menyokong serta
bekerjasama dengan pihak-pihak
berkuasa keselamatan dan
penguatkuasaan undang-undang yang
lainnya.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola
mohon izin untuk meneruskan ucapan
menyokong sembah junjung kasih ini
dengan menyentuh perkara yang
terakhir Baginda titahkan, iaitu
Pelaksanaan Perintah Kanun Hukuman
Jenayah Syariah 2013.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Sesungguhnya adalah sungguh tepat
Baginda menyifatkan pelaksanaan
undang-undang ini juga sebagai satu
PETANG HARI SABTU, 6 JAMADILAWAL 1435 / 8 MAC 2014 89
aspek kemajuan besar bagi kita di
Negara Brunei Darussalam kerana
sejauh ini mengikut hemat kaola, orang
lain yang belum mempunyai undang-
undang seumpamanya tidak dapat
mengangkatnya, tetapi kita, raja kita,
Negara Brunei Darussalam kita, dengan
kepimpinan kebijaksanaan lagi
berhemah tinggi dan berwawasan
rajanya dapat mengangkatnya.
Tapi entah bagaimana dan sejauh apa
keputusan kita untuk memperkenalkan
dan menguatkuasakan undang-undang
itu, tiba-tiba menjadi tengkarahan
umum, menjadi ‘public controversy’. Ia
diperkenalkan dan akan dikuatkuasakan
sebagai sebahagian daripada undang-
undang jenayah yang sudah ada dan
berkuat kuasa. Hal itu, dari awal lagi
sudah dijelaskan oleh Baginda dalam
titah pelancarannya semasa merasmikan
Majlis Ilmu dalam bulan November
tahun lepas. Bahawa undang-undang
yang bersifat takzir atau seakan-akan
takzir akan masih terpakai menurut
keperluannya. Maknanya, Perintah
Kanun Hukuman Jenayah Syariah
tidaklah diperkenalkan dan dilaksanakan
untuk menggantikan undang-undang
negara yang sedia ada.
Kedua-duanya iaitu Perintah Kanun
Hukuman Jenayah Syariah dan Undang-
Undang Sivil atau Common Law yang
telah sedia ada akan saling
melengkapkan, akan saling
mengkomplemen satu sama lain sebagai
undang-undang negara, sebagai ‘Law of
the Land’. Buktinya kira-kira seminggu
selepas bertitah melancarkannya itu,
Baginda juga telah melantik Judicial
Commissioner (Pesuruhjaya Kehakiman)
bagi Mahkamah Sivil.
Baru-baru ini, dalam satu taklimat
pemberigaan kepada kalangan wakil
diplomatik negara-negara sahabat
ditegaskan dengan sejelas-jelasnya oleh
seorang pegawai tinggi yang cukup
mengetahui kedudukan Perintah Kanun
Hukuman Jenayah Syariah 2013 sejak
mula ia digubal, dibahas dan dijadikan
rang untuk diluluskan dan diwartakan.
Pegawai berkenaan itu menyatakan
bahawa Perintah Kanun Hukuman
Jenayah Syariah is not meant to replace
the Panel Code yang sedia ada. Apakah
sebenarnya yang ditengkarahkan oleh
segelintir orang itu? Memanglah tidak
sahaja kerana belum cukup memahami
kedudukannya, bahkan ada antaranya
yang tidak mahu atau tidak bersedia
menerimanya. Mengapa? Sedangkan ia
sebahagian undang-undang negara ‘Law
of the Land’ yang sudah diwartakan
dan akan dikuatkuasakan secara
berperingkat.
Dengan hakikat ini dan dalam perspektif
ini, sepatutnya tidak timbul ianya untuk
dibantah kecualilah mungkin sengaja
untuk menimbulkan apa yang disebut to
instigate a pro di kalangan umum. Jika
demikian niatnya dan terbukti
dilakukannya, maka itu akan menjadi
cerita lain yang akan diurus secara
undang-undang juga.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Soalnya kita dari mula tidak berniat
menjadikan keputusan kita
memperkenalkan dan melaksanakan
Perintah Kanun Hukuman Jenayah
PETANG HARI SABTU, 6 JAMADILAWAL 1435 / 8 MAC 2014 90
Syariah itu menjadi tengkarahan umum.
Ianya adalah pilihan kita di Negara
Brunei Darussalam dijadikan sebahagian
undang-undang negara kita di Negara
Brunei Darussalam. Kalau di dalamnya
terdapat ‘capital punishment’, undang-
undang sebelum ini yang masih akan
terus berkuat kuasa juga mengandungi
capital punishment. Oleh itu, kita di sini
di dalam Dewan ini dan rakyat serta
penduduk di luar Dewan ini adalah
wajar malah wajib menerimanya
sebagai undang-undang negara
mendukung pelaksanaannya,
menyokong usaha melicinkan
pelaksanaannya termasuk cadangan-
cadangan yang mungkin akan dibuat
atau telah pun dibuat sebagai
rancangan melengkapkan pelaksaannya
itu dalam jangka panjang yang berkesan
dengan penuh berhemah seperti
misalnya penstrukturan semula
mahkamah dan hakim-hakim dan
penyediaan pegamal-pengamal Undang-
Undang Jenayah Syariah itu, iaitu
menerusi Latihan Praktikal dan
Pengajian Akademik.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, pada
hemat kaola penjelasan dan jaminan
wajar diberikan kepada sesetengah
orang yang bukan Islam khasnya dari
kalangan saudara-saudara kita dalam
puak jati Brunei dan kaum lain yang
diterima kerakyatan di Negara Brunei
Darussalam ialah jaminan bahawa
Perintah Kanun Hukuman Jenayah
Syariah sama sekali tidak
mendiskriminasi mereka kerana yang
bertugas memberigakannya sekarang
mustahaklah berbuat sedemikian
misalnya dengan menyebutkan
beberapa peruntukan yang tidak
membezakan layanan keadilan antara
orang-orang Islam dan orang-orang
bukan Islam seperti peruntukan Bab
126(1).
Sebenarnya Yang Berhormat Yang
Di-Pertua, undang-undang ataupun
Perintah Kanun Hukuman Jenayah
Syariah telah pun dibentangkan
sebahagian daripada kertas yang
dibentangkan di atas meja iaitu dalam
Perkara VI Lampiran J, misalnya Bab
126(1), mengenai kesalahan membunuh
dengan sengaja. Tidak terdapat
perbezaan nilai nyawa orang bukan
Islam apabila dibunuh dengan sengaja
oleh orang Islam. Orang Islam yang
membunuh, yang bersalah kerana
membunuh orang bukan Islam akan
dikenakan hukuman bunuh ataupun diat
(ganti rugi nyawa) begitu juga
sebaliknya.
Malah Yang Berhormat Yang Di-Pertua,
saudara-saudara kita yang bukan Islam
wajar mengetahui bahawa undang-
undang Islam yang sudah berjalan
selama ini iaitu Akta Mahkamah Syariah
Bab 103(2) memperuntukkan seseorang
yang bukan Islam adalah layak
memberikan keterangan atau baiyinah
ke atas orang Islam dan bukan Islam
dan layak pula untuk memberikan
syahadah atau kesaksian (menjadi saksi
di Mahkamah Syariah) jika ia seorang
yang boleh dipercayai mengikut
agamanya (dipercayai sebagai seorang
yang adil) mengikut kriteria agamanya
bukan mengikut kriteria agama Islam.
PETANG HARI SABTU, 6 JAMADILAWAL 1435 / 8 MAC 2014 91
Pada hemat kaola, aspek seperti ini
wajarlah ditengahkan bagi mengelakkan
sebarang kekeliruan dan kekhuatiran
yang sekali gus dapat menolak
tohmahan yang tidak berasas daripada
segelintir orang yang cuba
mempengaruhi orang lain, memburuk-
burukkan bukan sahaja kanun ini,
bahkan individu yang berwenang-
wenang dalam pemerintahan dan juga
individu tertentu yang berwenang-
wenang mengenai hukum-hukum
agama.
Dalam konteks menerima pakai ajaran
dan hukum syariat Islam ini Yang
Berhormat Yang Di-Pertua, Brunei
sebenarnya telah memulakannya sejak
sebelum merdeka lagi. Dalam tahun
1979, Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin
Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji
Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi
Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam telah
menitahkan Majlis Ugama Islam untuk
melantik sebuah jawatankuasa yang
terdiri dari pegawai-pegawai agama dan
peguam-peguam dari Jabatan Peguam
Negara dan juga seorang yang mahir
mengenai dengan adat resam dan
kebudayaan Negara Brunei Darussalam.
Tugasnya ialah untuk menyemak
semua undang-undang Brunei dan
mensesuaikannya dengan kehendak
hukum syarak. Jawatankuasa berkenaan
yang seterusnya Majlis Ugama Islam
sendiri telah mendapati bahawa dari
sebanyak 150 Undang-Undang Brunei
yang disemak hanya sebanyak 25%
sahaja yang berkehendakkan atau perlu
pindaan itu pun pindaan-pindaan kecil.
Maknanya, Brunei sudah sedia
mempunyai undang-undang yang
sekalipun tidak disebut sebagai Undang-
Undang Islam tetapi ianya adalah
undang-undang yang patuh syariah
(syariah compliant). Maka pemerintahan
Brunei ini penting yang kaola ingin
tegaskan dan perlu diyakini bahawa
pemerintahan Brunei, Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
dan Kerajaan Baginda serta semua
lapisan yang berkhidmat dalam
pemerintahan Brunei sudah pun
menjalankan hukum Allah dalam
skopnya yang luas iaitu pemerintahan
yang adil, pemeliharaan kepimpinan
negara, Kerajaan dan kepentingan
rakyat sesuai dengan Maqasid Asy-
Syariah yang disebutkan dalam lima
perkara.
Kerana dalam prinsip ajaran
berpemerintahan menurut agama
Islam, raja atau apa juga gelaran
individu yang menjadi pemerintah
tertinggi bagi sesuatu umat hendaklah
menjalankan pemerintahannya dengan
adil sesuai dengan firman Allah yang
bermaksud ”Hendaklah Engkau hukum
atau perintah dengan adil.”
Oleh yang demikian Yang Berhormat
Yang Di-Pertua, seruan Baginda
untuk kita mempamerkan perpaduan
dalam melaksanakan Perintah Kanun
Hukuman Jenayah Syariah, tidak syak
lagi wajib disambut dengan sandaran
kepada ajaran Allah yang mewajibkan
umat Islam bersatu padu sesama
PETANG HARI SABTU, 6 JAMADILAWAL 1435 / 8 MAC 2014 92
mereka dan mengelakkan perpecahan
yang akan melemahkan kedudukan
serta pengaruh mereka untuk
menegakkan hukum Allah yang juga
kaola fahami untuk melaksanakan
keadilan, melaksanakan rancangan-
rancangan pembangunan dan
memelihara kepentingan hidup yang
selamat, sejahtera dan bermaruah
selaras dengan 5 matlamat utama
syariah atau Maqasid Asy-Syariah yang
mana pemerintahan kita selama ini
pemerintahan Brunei yang beraja
selama ini telah melakukannya dengan
baik dan dengan itulah kita telah
menetapkan Wawasan Negara 2035
yang dalam pencapaiannya kita
berazam akan taat kepada Raja,
memelihara nilai-nilai ajaran Islam dan
memelihara amalan tradisi berbaik-baik
di kalangan semua rakyat dan
penduduk.
Maka Yang Berhormat Yang Di-Pertua,
tidak ada sebab bagi kita semua, Islam
dan bukan Islam untuk mengorbankan
semangat perpaduan yang sedia ada.
Dalam semangat itulah kita seikhlas dan
setulusnya akan sentiasa mempamerkan
perpaduan mendukung kepimpinan
Baginda dalam melaksanakan Perintah
Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013
ini, Insya-Allah. Sekian, Wabillahit
Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh,
Wassalamu ‘Ala Manit Taba’al Huda
kaola sekali lagi mengucapkan terima
kasih.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua:
Terima kasih Yang Berhormat, sekarang
ada baiknya Usul yang telah
dikemukakan untuk menyembahkan
menjunjung kasih ini diundi. Ahli-Ahli
Yang Berhormat yang bersetuju sila
angkat tangan?
(Semua Ahli mengangkat tangan
bersetuju)
Terima kasih. Nampaknya Usul ini telah
dipersetujui sebulat suara oleh Ahli-Ahli
Yang Berhormat sekalian. Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan
Permesyuaratan Majlis ini ditangguhkan
dan insya-Allah kita akan bersidang
semula pada hari Isnin, 8 Jamadilawal
1435 bersamaan 10 Mac 2014 pukul
9.30 pagi. Terima kasih.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)