Meningkatkan Kemahiran Membaca Melalui Kad Bacaan
Transcript of Meningkatkan Kemahiran Membaca Melalui Kad Bacaan
1
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DENGAN MENGGUNAKAN
KAEDAH KAD BACAAN DALAM KALANGAN MURID PRASEKOLAH DI
SEBUAH SEKOLAH
BAB SATU : PENYATAAN MASALAH
1.1 Pendahuluan
Menurut Liew Phaik Guat Selina (1998), membaca bermaksud satu bentuk
aktiviti mentafsir simbol atau huruf ke dalam bentuk perkataan dan ayat yang memberi
makna kepada seseorang individu . Selain itu, See Bee Ean (2008) menyatakan bahawa
membaca ialah keupayaan pelajar mentafsir simbol dan perkataan dengan sebutan,
intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Berdasarkan makna tersebut jelaslah bahawa
betapa pentingnya kemahiran membaca kerana setiap yang dilihat hanya boleh
ditafsirkan maknanya apabila seseorang itu boleh membaca. Kebolehan membaca
merupakan kemahiran yang penting diperolehi walaupun kanak-kanak masih di
peringkat awal. Kanak-kanak yang sudah boleh membaca ayat-ayat mudah dengan
lancar dan menguasai sekumpulan pembendaharaan kata asas serta boleh mengeja
perkataan yang tidak dikenali sebelum memasuki peringkat seterusnya berada pada
kedudukan yag lebih selesa dan meyakinkan jika dibandingkan dengan kanak-kanak
yang masih belum boleh menguasai kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan asas
untuk murid-murid prasekolah untuk membaca. Oleh yang demikian, penguasaan
kemahiran membaca yang tepat dan berkesan harus bermula pada awal lagi jika tidak
mahu kanak-kanak ini kekal lemah sehingga tamat sekolah rendah.
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
2
Gambaran yang diketengahkan ini menegaskan bahawa betapa pentingnya
kebolehan membaca dalam kalangan kanak-kanak dan harus diberi perhatian
sewajarnya. Oleh yang demikian kajian ini telah memfokuskan kepada cara
meningkatkan kemahiran membaca menggunakan kaedah kad bacaan bagi murid
prasekolah.
1.2 Refleksi
Pada 14 Oktober 2002, Utusan Malaysia melaporkan bahawa terdapat 100,000
murid Tahun Dua hingga Tahun Enam tidak tahu membaca, menulis dan mengira.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2002) pula melaporkan
seramai 2400 murid Tingkatan Satu tidak boleh membaca.
Menyedari betapa kritikalnya masalah ini, maka pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia telah menubuhkan satu Mesyuarat Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, pada
22 November 2005 dan satu ketetapan telah dibuat supaya masalah kegagalan membaca
dan menulis dalam kalangan murid tahun satu ditangani segera. Kemahiran atau konsep
3M membaca, menulis dan mengira dengan digiat dilaksanakan di semua sekolah
seluruh Malaysia yang melibatkan penglibatan awal murid prasekolah.
Bertitik tolak dari situ, satu kesedaran mula timbul untuk menjalankan satu
kajian dalam mencari kaedah terbaik untuk membantu murid prasekolah menguasai
kemahiran kemahiran membaca dan menulis. Diharap dengan kaedah yang dijalankan
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
3
dapat membantu murid-murid ini lulus di dalam semua mata pelajaran yang dipelajari di
sekolah. Ini kerana membaca adalah kunci kejayaan seseorang individu.
Tinjauan awal dijalankan untuk memperolehi data awal melalui kaedah
temubual dan soal selidik yang dilakukan ke atas 10 orang murid( 5 lelaki dan 5
perempuan) , 5 orang murid yang lemah di dalam kelas dan 5 orang murid yang boleh
membaca serta 1 orang guru prasekolah di sebuah sekolah rendah di Bukit Mertajam.
Melalui temubual yang yang dilakukan secara terbuka, maklum balas daripada murid
berkenaan masalah dan punca mereka lemah dalam membaca dapat diketahui. Guru
yang ditemubual juga membantu dalam mencari punca masalah tersebut dalam
kalangan murid prasekolah.
Rata-rata mengakui bahawa kelambatan mengeja dan ayat yang panjang adalah
masalah bagi mereka. Selain itu, terlalu banyak perkataan di dalam bahan bacaan
menjadikan mereka keliru, buntu dan mula malas untuk mengeja dan membaca.
Hasil tinjauan awal ini telah memperlihat masalah sebenar murid prasekolah.
Oleh yang demikian satu kajian telah dijalankan untuk mencari kaedah terbaik dalam
mengatasi masalah tersebut.
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
4
1.3 Pernyataan Masalah
Membaca adalah satu perkara yang penting di dalam kehidupan kita seharian.
Sekiranya kita tidak boleh membaca, maka terputuslah perhubungan kita dengan dunia
luar. Begitu jugalah pentingnya kemahiran membaca untuk murid-murid sekolah.
Seawal sesi pembelajaran di prasekolah mereka telah diterapkan dengan kemahiran 3M
(membaca, menulis dan mengira )
Masalah membaca juga boleh mempengaruhi prestasi pelajar dalam komponen
lain selain komponen perkembangan bahasa. Bagi murid yang kurang cekap dalam
membaca akan ketinggalan dalam sesi pembelajaran dan akan mempengaruhi keputusan
mereka apabila masuk ke tahun satu.
Justeru itu, masalah membaca harus diatasi segera. Salah satu kaedah yang boleh
mencetus minat membaca, adalah dengan penggunaan kad bacaan dan kad ayat-ayat
pendek yang mudah difahami dengan harapan ia mampu menarik minat murid untuk
minat membaca.
Kaedah ini sebenarnya bukanlah satu kaedah baru. Menurut Nik Safiah Karim
dalam bukunya Pendekatan Pengajaran Bacaan Peringkat Sekolah Rendah (1998),
kaedah ini telah mula diperkenalkan oleh Smith (dalam Sofiah Hamid, 1983) yang
menerokai bidang penyelidikan tentang masalah membaca dalam kalangan kanak-kanak
bermula dari tahun 1891 hingga tahun 1966 di Eropah. Smith (dalam Sofiah Hamid,
1983) memperkenalkan kaedah ini sebagai kaedah ayat dan cerita pendek. Hasil
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
5
perkembangan semasa kaedah ini mula diubah suai menjadi satu kaedah baru yang
dikenali sebagai kaedah kad bacaan. Kaedah ini memerlukan guru menulis perkataan
yang mudah dalam satu kad bagi memudahkan murid membaca. Seterusnya perkataan
akan diganti dengan cerita pendek untuk peringkat seterusnya.
1.4 Objektif kajian
i. Mengenal pasti punca masalah murid prasekolah yang lemah dalam bacaan
ii. Menggunakan kad bacaan dua suku kata dan ayat-ayat pendek mudah untuk
meningkatkan kemahiran membaca dengan menggunakan kad bacaan dua suku
kata dan ayat-ayat pendek yang mudah difahami serta menyalin ke dalam buku
tulis.
iii. Menilai keberkesanan tindakan dalam meningkatkan kemahiran membaca
dengan menggunakan kad bacaan dua suku kata dan ayat-ayat pendek mudah
difahami serta menyalin ke dalam buku tulis.
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
6
BAB DUA : TINJAUAN LITERATUR
2.1 Tinjauan Literatur yang Berkaitan Kemahiran Membaca
Kerajaan telah menggariskan beberapa matlamat dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP). Antaranya ialah pembangunan insan yang merujuk
kepada ilmu pengetahuan. Salah satu sumber untuk memperolehi ilmu pengetahuan pula
melalui membaca . Logiknya, individu tidak akan dapat membaca dan menulis sekiranya
mereka tidak menguasai asas membaca dan menulis. Hal ini ditegaskan oleh Smith
(dalam Sofiah Hamid, 1983) yang menyatakan bahawa murid perlu terlebih dahulu
menguasai kemahiran asas membaca sebelum menguasai kemahiran membaca.
Dewasa ini kelemahan membaca dalam kalangan murid sekolah sama ada
sekolah menengah atau sekolah rendah menjadi perhatian masyarakat. Mengikut
Statistik daripada Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1997)
menunjukkan bahawa seramai 85 377 orang murid sekolah rendah seluruh Malaysia
menghadapi masalah dalam membaca dan menulis iaitu tidak boleh menguasai
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
Selain itu, minat membaca masih belum menggalakkan. Di dalam satu kajian,
didapati hanya 42% yang telah membaca buku di dalam tempoh 6 bulan sebelum kajian
tersebut dijalankan. Itupun hanya separuh (20%) yang tidak dapat menyatakan tajuk
buku yang dibacanya (Atan Long. et. al. 1984). Manakala dari segi bilangan muka surat
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
7
yang dibaca didapati rakyat Malaysia hanya membaca secara purata satu muka surat
setahun, berbanding Jepun iaitu 200 muka surat setahun dan juga Amerika Syarikat.
Mengikut kajian yang dijalankan oleh Harison Othman (2005) yang
membincangkan tentang kaedah meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan
pelajar tahun dua, menyatakan bahawa setiap kanak-kanak perlu diajar membaca dengan
menggunakan kaedah yang mudah difahami serta memberi kesan yang mendalam
terhadap tahap ingatan kanak-kanak supaya masalah membaca tidak membelenggu
kehidupan mereka kelak.
Laporan dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (1999)
pula menyatakan bahawa terdapat seramai 24 000 dalam kelas peralihan tingkatan satu
masih tidak dapat membaca, menulis dan mengira. Laporan tersebut menunjukan
bahawa masalah membaca dalam kalangan murid sekolah adalah satu perkara yang perlu
diatasi segera.
Justeru itu Noriah (1999) telah menggariskan peranan pendidikan pemulihan
sebagai langkah khusus dalam menangani masalah membaca, menulis dan mengira ini
hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dikesan.
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
8
BAB TIGA : METODOLOGI KAJIAN
3.1 Sampel
Responden kajian ini adalah dalam kalangan murid-murid prasekolah di sebuah
sekolah di Bukit Mertajam. Daripada 20 orang murid, seramai 15 orang responden yang
terlibat dan perlu dipulihkan. Responden terdiri daripada 9 orang pelajar lelaki dan 6
orang pelajar perempuan. Kesemua responden berumur 6 tahun dan sedang belajar di
prasekolah yang sama. Kesemua responden mempunyai tahap pencapaian yang berbeza
dari segi minat, bakat dan gaya belajar. Ini mengakibatkan segolongan mereka lebih
lambat atau terkebelakang menguasai sesuatu kemahiran berbanding yang lain. Kesemua
responden adalah penduduk sekitar kawasan Sekolah Kebangsaan Juara, Cheruk To’kun,
Bukit Mertajam. Rata-rata mereka terdiri daripada keluarga golongan pertengahan.
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
9
3.2 Perancangan tindakan
Hasil daripada tinjauan awal kajian yang telah dijalankan, beberapa langkah
untuk memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti melalui pemerhatian pada sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas telah dirangka.(Rujuk Lampiran 3:
Persediaan Mengajar ). Dalam kajian ini kaedah Kad Bacaan digunakan untuk mengatasi
masalah murid lemah membaca.
Tindakan ini dijalankan pada waktu Pengajaran dan Pembelajaran. Apabila guru ke
kelas:
Langkah pertama:
Guru menunjukkan kad bacaan suku kata kepada kepada 15 orang murid berkenaan.
Guru memperkenalkan suku kata yang tertulis pada kad bacaan . Guru menyebut suku
kata berkenaan dan diikuti oleh murid. Setelah murid dapat mengenali suku kata
berkenaan, murid diminta secara individu menyebut suku kata pada kad bacaan yang
ditunjukkan oleh guru. Langkah berkenaan diulang sehingga kesemua murid berkenaan
dapat menyebut setiap suku kata yang terdapat pada kad bacaan.
Langkah ini dijalankan selama seminggu. Kad Bacaan yang mengandungi perkataan
berlainan digunakan untuk memastikan murid dapat meningkatkan kemahiran bacaan.
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
10
Untuk mengelakkan kebosanan berlaku pada murid , gambar berkaitan dengan suku kata
pada kad Bacaan di tunjukkan kepada murid.
Langkah kedua:
Setelah murid menguasai suku kata, guru memberikan kad bacaan ayat mudah kepada
murid. Setiap murid diedarkan kad bacaan ayat mudah yang mengandungi satu ayat
pendek yang mudah sebagai permulaan. Murid diberi masa beberapa minit untuk
mengenali dan membaca ayat berkenaan.
Murid kemudiannya diminta membaca kuat ayat berkenaan. Guru membetulkan jika
terdapat kesalahan pada bacaan murid. Setiap kad yang diberikan kepada murid adalah
berbeza antara satu sama lain. Jadi semua murid akan membaca kad bacaan masing-
masing untuk dibetulkan oleh guru.
Setelah semua murid selesai membaca guru akan menampal kad bacaan tersebut pada
papan tulis di hadapan bilik darjah. Murid diminta menyalin kesemua ayat mudah yang
terdapat pada kad bacaan yang dilekatkan pada papan tulis di hadapan kelas.
Langkah ini diulang selama seminggu untuk memahirkan murid membaca. Untuk
mengelak kebosanan , guru menyelitkan cerita berkaitan ayat yang diberi.
Langkah ketiga:
Pada langkah ini murid telah boleh menguasai ayat mudah. Guru akan memberi kad
bacaan cerita pendek kepada murid. Guru akan membetulkan bacaan murid. Murid
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
11
yang telah boleh membaca akan menyalin cerita pendek berkenaan didalam buku tulis
masing-masing.
Langkah ini diulang selama seminggu dengan kad cerita pendek yang berbeza.
Langkah keempat:
Setelah murid boleh membaca dengan baik, guru akan memberi pengukuhan kepada
murid. Guru akan menyediakan lembaran kerja untuk menguji tahap peningkatan dan
penguasaan murid terhadap kemahiran membaca. (rujukan : lembaran kerja)
Langkah kelima:
Ujian pos akan dijalankan untuk menilai tahap keberkesanan kaedah kad bacaan dalam
mempertingkatkan kemahiran membaca murid prasekolah Rafflessia.
3.3 Pengumpulan maklumat dan data
Kaedah kajian yang digunakan ialah gabungan kuantitatif dan kualitatif dengan
menggunakan kaedah temubual, pemerhatian, ujian pra, ujian pasca dan soal selidik
selepas tindakan.
3.3.1 Temu bual
Temu bual dijalankan secara terbuka bersama 15 orang murid berkenaan yang
perlu dipulihkan serta seorang guru prasekolah di sebuah sekolah. Walaupun ia
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
12
dijalankan secara terbuka, tetapi guru memilih murid yang berbeza untuk mendapatkan
tindak balas yang berbeza. Soalan berkisarkan perkara yang dikaji iaitu kelemahan
murid dalam membaca.
Contoh soalan yang diberikan :
i. Apakah yang kamu suka?
ii. Adakah kamu suka membaca?
iii. Mengapakah kamu tidak suka membaca?
iv. Apakah bahan bacaan yang kamu suka baca?
v. Adakah kamu suka jika kamu boleh membaca?
Soalan-soalan ini dibina dengan tujuan untuk mencungkil minat membaca dalam
kalangan mereka dan permasalahan yang akan mereka timbulkan lantaran kelemahan
mereka dalam bacaan.
3.3.2 Pemerhatian
Semasa tinjauan awal dibuat, kelemahan murid-murid telah dapat dilihat dengan
jelas. Kelemahan yang lebih ketara dapat dilihat apabila ujian pra dijalankan. Didapati
kesemua responden yang dipilih tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan
baik. Mereka tidak dapat membaca dan mengeja walaupun perkataan yang diberikan
adalah mudah. Oleh yang demikian, satu kajian tindakan perlu dilakukan demi
membantu murid-murid ini meningkatkan kemahiran membaca mereka.
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
13
3.3.3 Ujian Pra
Untuk mendapat data bagi ujian pra, dua kaedah digunakan iaitu kaedah secara
lisan dan bertulis. Untuk kaedah lisan, murid diminta membaca kuat satu petikan pendek
di hadapan guru (rujuk lampiran : Petikan Pendek Ujian Pra) . Guru membuat penilaian
terhadap bacaan murid (rujuk lampiran di bahagian analisis) .Untuk kaedah bertulis pula,
satu petikan pendek yang tidak lengkap diberikan kepada murid untuk dilengkapkan .
Hasil ujian pra yang pertama kali diadakan telah menunjukkan satu keputusan yang
tidak memberangsangkan, apabila 10 orang pelajar ini tidak boleh membaca, 5 orang
membaca dengan pelbagai kesalahan sebutan hanya 5 orang sahaja yang dapat membaca
daripada 20 orang pelajaran berkenaan. Jadi 15 orang pelajar berkenaan adalah
responden yang perlu diberi rawatan.
3.3.4 Ujian Pos
Dalam masa enam minggu rawatan diberikan, guru membuat sekali lagi ujian
bacaan lisan kepada murid. Didapati murid dapat membaca dengan lebih baik. 10 dari 15
orang pelajar berkenaan telah dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik.
Guru telah boleh menyerap mereka kembali menyertai kelas biasa untuk
menerima sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa.
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
14
3.3.5 Soal Selidik
Dalam tinjauan awal satu soal selidik telah dijalankan secara rawak. Persoalan
yang dikemukakan adalah ;
mengapakah murid-murid tidak suka membaca?
Jawapan murid ;
Malas hendak mengeja, lambat mengeja , ayat terlalu panjang, tidak tahu membunyi
suku kata dan pelbagai alasan lagi.
Hakikatnya, mereka lambat mengeja sehingga menyebabkan mereka tidak faham apa
yang mereka baca sebelumnya. Oleh yang demikian kelambatan ini menjadi punca
mereka terlupa sukukata lain sehingga mengganggu kemahiran membaca mereka.
Justeru itu, penggunaan kaedah kad bacaan seperti yang diterangkan di atas diharap
dapat membantu murid prasekolah Rafflessia 2 dalam meningkatkan kemahiran
membaca.
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
15
3.4 Pelaksanaan Tindakan.
Tindakan ini dilaksanakan semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran sedang
berlangsung.Tindakan tidak dibuat diluar waktu masa mengajar atau masa-masa lain
pada hari cuti. Ini untuk mengelakkan murid-murid terus berasa tertekan dan dikhuatiri
mereka berasa bosan ketika berada di dalam kelas.
Apabila mereka lambat membaca tetapi guru tetap memberi soalan yang susah,
ini akan menyebabkan mereka tidak menjawab soalan dengan tepat tetapi meniru orang
lain ataupun langsung tidak menjawab soalan tersebut.
Jadi masa yang digunakan ialah masa komponen perkembangan bahasa iaitu 5
masa seminggu bersamaan 150 minit. Tindakan ini dijalankan selama empat minggu
bersamaan 20 hari persekolahan. Ujian pengesanan keberkesanan dijalankan pada
minggu keenam.
3.5 Jadual Pelaksanaan Kajian
Kajian ini telah dimulakan pada pertengahan bulan Mac hingga November 2008. Jadual
perlaksanaan pelan tindakan adalah seperti berikut :
bil Perkara Tarikh Catatan
1 Seminar Kajian berasaskan sekolah 17 Mac 2008 1 minggu
2 Pengalaman berasaskan sekolah
(tinjauan tajuk yang sesuai)
2 minggu
3 Penyediaan proposal Kajian 2 Mei 2008
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
16
4 Memperkemaskan proposal kajian 16 Jun 2008
5 Perancangan untuk membuat tinjauan
kajian
1 Julai 2008
6 Pembentukan ujian Pra 1 Ogos 2008
7 Perlaksanaan ujian Pra 14 Ogos 2008
8 Memproses data ujian Pra 17 Ogos 2008
9 Melaksanakan Pemerhatian Pengajaran 19 Ogos 2008
10 Memproses data pemerhatian
pengajaran
23 Ogos 2008
11 Perlaksanaan Kaedah Pengajaran 26 Ogos 2008 4 minggu
12 Pemerhatian perlaksanaan kaedah
pengajaran
23 September 2008
13 Perancangan dan perlaksanaan ujian
pos
25 September 2008
14 Memproses data ujian pos 7 Oktober 2008
15 Refleksi 14 Oktober 2008
16 Penulisan laporan 21 Oktober 2008
17 Penyemakan akhir 31 Oktober 2008
18 Hantar laporan. 4 November 2008
Jadual 1.1
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
17
3.6 LANGKAH PELAKSANAAN KAEDAH KAD BACAAN
Bil Tarikh Proses perlaksanaan catatan
1 Minggu
1
1. Murid akan didedahkan dengan kad bacaan
yang mempunyai suku kata yang mudah.
2. Guru akan membimbing murid untuk mengeja
suku kata pada kad bacaan berkenaan.
Contoh : baba, dada, dadu,
Kak,bab,dol
(rujuk contoh lain pada lampiran)
bunyi huruf
pola kv
pola kvkv
pola kvk
contoh RPH pada lampiran.
2 Minggu
2
1. Setelah boleh mengeja, murid didedahkan
dengan kad bacaan yang mengandungi ayat
pendek dan mudah.
2. Guru akan membimbing murid membaca ayat
pada kad bacaan berkenaan.
3. Ayat yang berlainan akan diberikan untuk
meningkatkan kemahiran membaca murid.
Contoh : Ibu pandai masak.
Datuk buka kotak.
(rujuk contoh pada lampiran)
Ayat pendek.
Sertakan gambar untuk
elakkan kebosanan
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
18
3 Minggu
3
1. Setelah menguasai kemahiran membaca ayat
pendek, guru memperkenalkan kad bacaan cerita
pendek.
2. Murid diminta membaca cerita pendek yang ada
pada kad bacaan yang disediakan oleh guru.
3. Guru membimbing murid dalam membaca cerita
pendek berkenaan.
Contoh : Mak Som tanam pokok bayam.
Mak Som tanam pokok bayam di tepi
kolam.
Pokok bayam Mak Som segar.
(rujuk contoh lain pada lampiran)
Cerita yang mudah
difahami.
4 Minggu
4
1. Setelah murid dapat membaca guru akan
memberikan latihan pengukuhan untuk
meningkatkan lagi tahap penguasaan murid.
2. Latihan diberi dalam bentuk lisan dan bertulis
3. Rujuk contoh latihan pada bahagian lampiran.
Latihan membaca buku
cerita dihadapan kelas.
Latihan melengkapkan
ayat.
Jadual 1.2
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
19
3.7 Pemantauan Tindakan
Sesi pertama dan kedua pengajaran dipantau oleh seorang rakan penyelidik
melalui kaedah pemerhatian. Ini bertujuan untuk memastikan segala yang dirancang oleh
penyelidik dapat dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seperti yang
dirancangkan.
Dalam konteks ini, tingkah laku pengkaji membuat penerangan tentang sebutan suku
kata melalui kaedah kad bacaan dinilai serta cuba melihat tahap pemahaman murid
terhadap kaedah yang digunakan.
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
20
BAB EMPAT : HASIL KAJIAN
4.1 Analisis Kajian.
Empat kaedah digunakan untuk mencungkil masalah daripada responden iaitu
temubual, pemerhatian, ujian pra dan ujian pos.
Analisis temu bual
Temu bual ini dilakukan secara terbuka. Soalan yang diajukan adalah berkisar minat
mereka untuk membaca. Ini bertujuan mengcungkil sejauh mana responden ingin
memdedahkan kelemahan mereka sendiri
Daripada 20 orang responden, 10 orang atau 50% mengatakan mereka tidak tahu atau
tidak faham setelah mengeja dengan lama sehingga terlupa ayat yang telah dieja. Situasi
ini menyebabkan mereka berasa bosan dan semangat untuk membaca menurun.
5 orang atau 25% lagi menyalahkan diri sendiri dengan menyatakan mereka malas
hendak membaca. Kelambatan mengeja menyebabkan masalah ini terjadi. 5 orang atau
25% selebihnya adalah boleh membaca tetapi menyatakan bahawa mereka tidak
mempunyai bahan bacaan yang menarik untuk dibaca.
Jadi secara keseluruhannya 75% daripada 20 orang murid prasekolah adalah tidak boleh
membaca.
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
21
Rajah 2.1
Analisis Pemerhatian.
Pemerhatian dilakukan sepanjang seminggu semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Komponen Bahasa dan Komunikasi. Hasil bantuan guru kelas ini kelemahan responden
dapat dilihat. Hasil pemerhatian ini diperkuatkan lagi apabila 10 orang atau 50%
daripada 20 orang murid kelas ini adalah murid yang telah dipilih mengikuti kelas
pemulihan khas yang diwujudkan di sekolah ini.
50%
25%
25%
Punca Masalah Membaca Prasekolah
Tidak tahu mengeja
Kelambatan Mengeja
Bahan Bacaan Yang tidak Menarik
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
22
Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian pra dijalankan sebelum rawatan diberikan untuk melihat tahap bacaan murid.
Manakala ujian pos pula dijalankan selepas rawatan diberikan untuk melihat tahap
keberkesanan kaedah dalam kajian tindakan yang dijalankan. Oleh yang demikian,
penggunaan bahan yang sama adalah lebih mudah bagi melihat perbezaan antara
sebelum rawatan dan selepas rawatan diberikan.
Dua kaedah digunakan untuk menguji responden, iaitu kaedah lisan dan kaedah bertulis.
Bagi kaedah lisan responden diminta membaca satu teks petikan pendek di hadapan
guru. Guru akan menilai bacaan murid.
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
23
Teks Petikan
Ujian Pos/ Ujian Lisan
Taman Bunga
Ini taman bunga. Taman bunga ini cantik dan bersih. Di sini terdapat pelbagai jenis
bunga-bungaan. Ada bunga raya, bunga kertas, bunga orkid, bunga tasbih dan lain-
lain. Udara disini juga segar dan nyaman.
Penilaian Bacaan Lisan Oleh Guru
Bil Nama Ujian Pra Ujian Pasca
Kenal &
sebut huruf
Mengeja Membaca
dgn baik
Kenal &
sebut huruf
Mengeja Membaca
dgn baik
1 R 1 / / / / /
2 R 2 / /
3 R 3 / / / / /
4 R 4 / / / /
5 R 5 / / / / /
6 R 6 / / / / /
7 R 7 / /
8 R 8 / / / / /
9 R 9 / /
10 R 10 / / / / /
11 R 11 / / / /
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
24
12 R 12 / /
13 R 13 / / / / /
14 R 14 / /
15 R 15 / / / / /
Jadual 1.3
Analisis Bacaan Lisan
Ujian Pra
Kategori Jumlah Pelajar Peratusan
Kenal & Sebut Huruf 10 orang 66.7%
Membaca 8 orang 53.3%
Mengeja dengan baik 0 0%
Ujian Pos
Kategori Jumlah Pelajar Peratusan
Kenal & Sebut Huruf 15 orang 100%
Membaca 15 orang 100%
Mengeja dengan baik 10 orang 66.7%
Jadual 1.4
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
25
Graf Ujian Bacaan Lisan Pra Dan Pos Kemahiran Membaca Prasekolah
Rajah 2.2
Ujian pra dan pos menggunakan teks petikan yang sama untuk memudahkan melihat
keberkesanan rawatan yang diberi. Hasil dapatan graf diatas menunjukan berlaku
peningkatan yang ketaraan dari ujian pra kepada ujian pos. Dalam ujian pra hanya 10
orang dapat mengenal dan menyebut huruf, setelah rawatan dilakukan peningkatan
dalam ujian pos di mana semua 15 orang responden telah boleh mengenal dan menyebut
huruf. Dari segi mengeja pula, semasa ujian pra hanya 8 orang boleh mengeja tetapi
dalam ujian pos semua responden telah boleh mengeja. Peningkatan yang mendadak
berlaku di mana semasa ujian pra tiada responden yang dapat membaca dengan baik
tetapi selepas rawatan diberikan 10 orang responden telah dapat membaca dengan baik.
PRA
POS0
5
10
15
Kenal & sebut Huruf Mengeja
Membaca dgn baik
PRA
POS
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
26
Manakala 5 orang lagi juga telah boleh membaca tetapi masih memerlukan bimbingan
guru.
Kaedah Kedua yang digunakan adalah Kaedah Bertulis dimana satu petikan pendek
yang tidak lengkap diberikan kepada responden. Responden perlu melengkapkan petikan
tersebut.
UJIAN UJIAN PRA/POS (UJIAN BERTULIS)
Lengkapkan cerita di bawah dengan jawapan yang sesuai.
Saya berumur _________ tahun. Saya belajar dalam Prasekolah ___________ .
Tiap-tiap pagi saya pergi ke ____________. Saya ke sekolah dengan ___________ .
Analisis jawapan responden.
Bil Nama Ujian Pra Ujian Pasca
Tidak
mengisi
jawapan
Jawapan
salah
Jawapan
betul
Tidak
mengisi
jawapan
Jawapan
salah
Jawapan
betul
1 R 1 / / /
2 R 2 / /
3 R 3 / /
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
27
4 R 4 / /
5 R 5 / /
6 R 6 / /
7 R 7 / /
8 R 8 / /
9 R 9 / /
10 R 10 / /
11 R 11 / /
12 R 12 / /
13 R 13 / /
14 R 14 / /
15 R 15 / /
Ujian Pra
Kategori Jumlah Pelajar Peratusan
Tidak Mengisi Jawapan 8 orang 53.3%
Jawapan Salah 3 orang 20.0%
Jawapan Betul 5 orang 33.3%
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
28
Ujian Pos
Kategori Jumlah Pelajar Peratusan
Tidak Mengisi Jawapan 0 orang 0%
Jawapan Salah 5 orang 33.3%
Jawapan Betul 10 orang 66.7%
Jadual 1.5
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
29
Analisa Jawapan Responden Ujian Bertulis Ujian Pra dan Pasca
Rajah 2.3
Berdasarkan carta di atas , jelas menunjukkan perbezaan yang berlaku dalam ujian pra
dan ujian pos. Telah berlaku peningkatan yang mendadak kepada bilangan responden
yang dapat mengisi tempat kosong dengan betul pada teks petikan yang diberi dalam
ujian pra dan pos. Peningkatan berlaku 100% dimana sebelum tindakan hanya 5 orang
dapat mengisi tempat kosong dengan betul tetapi selepas rawatan diberikan 10 orang
dapat mengisi tempat kosong dengan betul. Perubahan ini jelas menunjukan
keberkesanan rawatan yang diberikan kepada responden.
Berdasarkan semua dapatan daripada instrumen yang digunakan didapati peningkatan
berlaku antara ujian pra dan pasca yang telah dijalankan. 80 % responden dapat
menjawab setiap item yang diberikan secara keseluruhannya
PRA
POS0
2
4
6
8
10
Tidak mengisi jawapan Jawapan salah
Jawapan betul
PRA
POS
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
30
BAB LIMA : RUMUSAN
5.1 Refleksi Terhadap Dapatan Kajian.
Hasil daripada dapatan kajian tindakan yang dijalankan, secara keseluruhanya didapati
bahawa tindakan yang dilaksanakan dalam kajian ini telah berjaya meningkatkan
kemahiran membaca di kalangan murid prasekolah di sebuah sekolah di Bukit
Mertajam.
Perubahan positif yang terjadi hasil dari kajian ini membantu menguatkan semangat
untuk meneruskan lagi kajian ini pada masa akan datang. Pemilihan fokus kajian ini
amat bertepatan memandangkan responden yang berada di dalam prasekolah
sememangnya bermasalah dalam pembacaan. Ini membenarkan lagi andaian bahawa
Kaedah Kad bacaan yang dicetuskan pada asasnya oleh Smith dan diubah suai oleh
beberapa pengkaji terdahulu ini amat bersesuaian dengan responden yang dipilih.
Kaedah ini juga dikesan mampu menarik minat pelajar dalam mata pelajaran lain jika
digunakan. Contohnya dalam Komponen Kognitif, guru boleh menulis perkataan yang
ingin diajar di dalam kad-kad bacaan yang mudah dilihat, difahami dan menarik minat
pelajar untuk membaca perkataan berkenaan.
Walau bagaimanapun , pemerhatian terhadap responden perlu dilakukan dalam kajian
kedua untuk memastikan lima orang pelajaran yang masih kurang mahir membaca
tersebut dapat membaca dengan baik seterusnya dapat memantapkan lagi kemahiran
membaca pelajar lain. Pemerhatian terhadap kajian kedua juga boleh memantapkan lagi
kaedah pengumpulan data yang dibuat.
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
31
Pemerhatian yang dijalankan oleh rakan penyelidik terhadap tingkah laku guru
mengukuhkan lagi tindakan yang dibuat semasa pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Pemerhatian ini bertujuan memastikan setiap yang dirancang dilaksanakan
dengan berkesan.
Pada kajian pertama, kaedah pemerhatian terhadap tingkah laku pelajar tidak
dilaksanakan kerana pada masa itu pengkaji masih kabur dan ragu-ragu tentang cara
yang harus digunakan untuk membuat membuat pemerhatian tersebut. Pengkaji kabur
dalam memilih aspek apakah yang perlu diperhatikan dan dinilai sepanjang proses
perlaksanaan tindakan dijalankan.
Pada kajian kedua kelak, pengkaji akan membuat pemerhatian terhadap penglibatan
responden dalam sesi pengajaran dengan menggunakan senarai semak tingkah laku
pelajar atau rakaman video. Ini adalah untuk memudahkan lagi pengkaji membuat
analisis data secara menyeluruh, berkesan serta bahan bukti kajian yang kukuh.
Namun begitu dapatan kajian ujian pos, pemantauan tingkahlaku guru, dan temubual
hanya terbatas kepada kumpulan responden yang dikaji sahaja dan tidak boleh
digeneralisasikan kepada situasi di luar sekolah tersebut. Walaupun begitu, dapatan
kajian ini boleh dimanfaatkan jika situasi kelas itu sama dengan situasi kelas yang
terlibat dalam kajian ini.
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
32
5.2 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.
Selari dengan Teori Behaviour oleh B.F Skiner yang menyatakan bahawa sesuatu
perkara yang dilakukan mestilah berulang-ulang untuk memastikan kita mendapat hasil
yang diharapkan. Oleh itu, untuk memastikan keberkesanan kajian ini , kajian kedua dan
seterusnya harus dijalankan supaya masalah murid yang lemah dalam bacaan semakin
berkurangan.
Selepas kajian pertama, pengkaji bercadang akan melanjutkan kajian ini ke kajian kedua
dengan menggunakan fokus kajian yang sama, memandangkan tindakan yang
dilaksanakan dalam kajian pertama ini boleh ditambah baikan dengan menggunakan
elemen muzik dan permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran guru.
Melalui sesi pengajaran dalam kajian pertama pengalaman melaksanakan kajian,
didapati bahawa pencapaian responden dalam sesuatu bidang kemahiran itu bergantung
kepada amalan dan gaya pengajaran guru disamping bahan bantu mengajar serta senario
pengajaran dan pembelajaran yang diwujudkan.
Oleh yang demikian , kajian seterusnya harus dijalankan dengan lebih kreatif, praktikal
dan berkesan untuk memastikan masalah bacaan dikalangan murid bukanlah satu isu
besar lagi kerana jalan penyelesaiannya telah jelas. Situasi ini haruslah dijadikan
pengajaran supaya kita sebagai guru dapat mempertingkatkan lagi usaha agar murid-
murid yang lemah dalam bacaan tidak lagi terus dibelenggu masalah yang sama
sepanjang hayat.
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
33
5.3 Rumusan Refleksi
Sepanjang kajian, saya selaku pengkaji bagi kajian ini terpaksa menempuh pelbagai
bentuk cabaran bagi menyiapkan proposal, perancangan tindakan dan seterusnya laporan
kajian ini. Saya mengakui masih mentah dan kurang pengalaman untuk melaksanakan
sesuatu kajian seperti ini. Berdasarkan Kursus Kajian yang dijalankan selama seminggu
pelbagai input dan bahan rujukan telah diberikan oleh beberapa fasilitator yang
berpengalaman. Kursus ini memberi impak yang besar kepada saya dalam memulakan
dan menjalankan kajian ini. Dorongan dan semangat yang begitu berkobar-kobar oleh
Puan Noor Miza sebagai penyelaras kajian ini cukup memberi makna yang besar dalam
penyediaan kajian ini.
Pada peringkat awal penyediaan proposal , kajian ini sebenarnya dirancang dijalankan di
sekolah lain tetapi terpaksa ditukar selepas penyediaannya telah siap disebabkan
masalah penentuan sekolah untuk praktikum. Namun ini tidak mematahkan semangat
pengkaji untuk meneruskan kajian ini walaupun segalanya terpaksa disusun semula.
Pada akhir proses penulisan laporan ini, Puan Sharifah Amnah sebagai fasilitator telah
membantu dalam menyiapkan laporan kajian tindakan bagi kitaran satu untuk kajian
tindakan ini, walaupun mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan.
Dalam hasil kajian tindakan ini, mungkin terdapat banyak kelemahan dan kekurangan
data sokongan yang diperlukan untuk memantapkan lagi kesahihan dan ketepatan kajian
berkenaan beberapa perkara penting dalam kajian tindakan ini sebagai data yang
menyokong atau bukti ketepatan dan kesahihan kajian ini seperti pemerhatian terhadap
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
34
tingkah laku murid semasa proses perlaksanaan tindakan dan temubual yang lebih teliti
dengan responden.
Berdasarkan kajian yang diadakan, pengkaji mendapat begitu banyak pengajaran dari
pelbagai sumber. Antaranya ialah, sesuatu perkara yang dilakukan dengan penuh
dedikasi,yakin dan bersungguh-sungguh akan menghasilkan sesuatu yang
menggalakkan. Melalui kajian yang dijalankan ini membuktikan tiada masalah yang
tidak boleh diselesaikan, ianya perlukan pengorbanan.
Pemilihan isu membaca ini adalah sebagai melaksanakan tanggungjawab penyelidik
sebagai seorang bakal pendidik anak bangsa pada masa hadapan. Sebagai memikul
tanggungjawab ini , maka masalah seperti ini tidak boleh dipandang sepi. Jalan
penyelesaian harus dikaji dan penyelesaian harus dilakukan segera dengan pelbagai
kaedah yang difikirkan berkesan seperti kaedah ini.
Diharap pada masa hadapan , kaedah seperti ini akan terus dikaji dan digunakan sebagai
satu cara menyelesaikan masalah murid lemah membaca. Jika perlukan perubahan,
biarlah perubahan itu yang positif supaya memudahkan individu lain yang ingin
menggunakan kaedah ini terhadap responden mereka.
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
35
RUJUKAN
Abdul Aziz Abdul Talib.(1984) Psikolinguistik dan Pengajaran Bacaan Di Sekolah-
Sekolah Rendah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka..
Asplaila Ramli, Maslinda Mahmud. (2002) Meningkatkan Kemahiran Murid Membaca
Ayat-ayat yang mengandungi Perkataan Gabungan Dua Suku Kata Terbuka
Dan Tertutup KV + KVK. SK Sawah Dato’. Johor
Atan Long et. al. (1984). A Survey on the Reading Habits and Interests of Malaysian
people. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.
Harison Bt Othman(2005) Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Membaca
Dengan Menggunakan Kaedah Kad Bacaan. Perlis. Institut Perguruan Perlis
Juriah Long, et.al. (1992), Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur
Fajar Bakti
Liew Phaik Guat Selina (1998). The Effects of a Reading Program in Preschool
Education on the Reading Attitude among Children in Later Years. Jabatan
Pendidikan. Maktab Perguruan Sandakan.
Mashitah Arshad. 1997. Membina Budaya Membaca di Kalangan Guru-guru Pelatih
Maktab Perguruan Tuanku Bainun. Jabatan Ilmu Pendidikan. Pulau Pinang.
Mohd Israfi Sayati, Mad Isa Mamat Dan Dr Yasmin Hussain (2007) Penguasaan Awal
Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid Tahun Satu (KIA2M) Sekolah
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
36
Sekitar Bandar Melaka.Jabatan Ilmu Pendidikan. Institut Perguruan
Perempuan Melayu Melaka .
Norazelina binti Awang Man(2005) Kajian Tindakan:Meningkatkan Kemahiran
Menyebut Suku Kata Konsonan Vokal (KV) Terbuka Dengan Menggunakan
Kaedah Bacalah Sayang.Arau, Perlis. Institut Perguruan Perlis..
Sawpi Lawi (1998). Menguasai Kemahiran Membaca : Satu Keperluan Manusia.
Jabatan Bahasa. Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.
See Bee Ean. 2008. Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Membaca dalam Kalangan
Pelajar Tingkatan 2. SMK Tunku Kurshiah. Negeri Sembilan.
Siti Zaliha Binti Hasan (2005) Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Membaca
Ayat Tunggal Dalam Tajuk Jiran Saya Menggunakan Kaedah Kad Cantuman.
S K Ujong Batu. Institut Perguruan Perlis.
Sofiah Hamid(1983) Pendekatan Mengajar Bacaan Bahasa Malaysia Di Peringkat
Sekolah Rendah.Kuala Lumpur.Penerbitan Adabi.
Zainora binti Mohd @ Man.(2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid Tahun 5
Melalui Latih Tubi Bacaan Menggunakan Kad Suku Kata. Sekolah
Kebangsaan Merting. Pahang
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
37
www.jpnperak..gov.my
www.kajiantindakansekolahrendah.my
www.emoe.gov.my
http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article51.pdf
http://apps.emoe.gov.my/bppdp/kajian%20Tindakan%202007/Projek%20Kajian%20Tin
dakan%20Yang%20Baik/Kertas%20Siti%20Rosmah%20-%202005.pdf
http://www.arjpnj.com/ktindak/files/tingting.pdf
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
38
LAMPIRAN
Lampiran 1
Sekolah Kebangsaan Juara
Cheruk To’Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Ujian Pos/ Ujian Lisan
Taman Bunga
Ini taman bunga.
Taman bunga ini cantik dan bersih.
Di sini terdapat pelbagai jenis bunga-bungaan.
Ada bunga raya, bunga kertas, bunga orkid, bunga tasbih dan lain-lain.
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
39
Lampiran 2
Sekolah Kebangsaan Juara
Cheruk To’Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
UJIAN UJIAN PRA/POS (UJIAN BERTULIS)
Lengkapkan cerita di bawah dengan jawapan yang sesuai.
Saya berumur _________ tahun. Saya belajar dalam kelas___________ . Tiap-
tiap pagi saya pergi ke ____________. Saya ke sekolah dengan ___________ .
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
40
Lampiran 3(Rancangan Pengajaran Harian. Slot 1 (8.20-9.20 pagi)
Sekolah Kebangsaan JuaraCheruk To’Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Kelas Raflessia 2
Bilangan murid 25 orang Umur 5 dan 6 tahun
Tarikh 25 Ogos 2008
Komponen Perkembangan Bahasa dan Komunikasi
Aktiviti Menyebut perkataan dan membaca
Tema Hari Kemerdekaan
Fokus Kecerdasan
Pelbagai (MI)
Kecerdasan Linguistik
Hasil Pembelajaran Fokus Utama :
3.6.6 Membaca perkataan gabungan dua suku kata vokal
bergandingan dan konsonan bergandingan (KV+VK) dan
(VK+V).
3.7.1 Membaca perkataan dan rangkai kata yang bermakna
Fokus sampingan
i. Memupuk minat membaca
ii. Dapat menyebut perkataan dengan baik
Objektif pembelajaran Pada akhir pembelajaran ini, murid-murid akan dapat :
i. Sekurang-kurangnya 10 orang murid dapat
menyebut dan membaca ayat pendek.
Pengetahuan sedia ada i. Sudah kenal suku kata mudah
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
41
Langkah/
Masa
Isi Pelajaran Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
Catatan
Set
induksi
Bahan bantu
Mengajar
Radio
CD lagu
1. Guru mamasang lagu
Mari membaca.
2. Murid dan guru
menyanyi bersama.
3. Guru menceritakan
faedah membaca kepada
murid.
Nilai
Rasional
Kemahiran berfikir:
Menghubung kait
Menjana idea
kecerdasan pelbagai:
verbal-
linguistik(memberi
pendapat)
muzik
Kemahiran Berfikir Menjana idea. Menhubung kait
Penerapan Nilai Rajin, Patriotik, Rasional,Kerjasama, Hormat
Bahan Bantu Mengajar Kad bacaan suku kata, kad bacaan ayat pendek, kad bacaan
cerita pendek,radio dan CD lagu
Penggabungjalinan Interpersonal,Muzik, Intrapersonal
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
42
Langkah
1
Bahan bantu mengajar:
Papan tulis
Kad bacaan suku
kata :
Ba Bi Bu Bo
Ca Ci Cu Co
Da Di Du Do
1. Guru menampal kad
bacaan suku kata pada
papan tulis di hadapan
kelas.
2. Guru mengeja setiap
suku kata yang ada pada
kad bacaan.
Nilai
Kerjasama
hormat
Kemahiran bahasa:
Kemahiran membaca
Kecerdasan pelbagai:
verbal Linguistik
Langkah
2
Bahan Bantuan:
Kad bacaan suku
kata
1. Murid mengikut guru
mengeja suku kata pada
kad bacaan.
2. Murid secara individu
diminta membaca kad
bacaan tersebut di
hadapan kelas.
kemahiran Bahasa
kemahiran bertutur
kemahiran
mendengar
kemahiran
membaca
teknik
bacaan kuat
Kecerdasan
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
43
Pelbagai: verbal linguistik
Kajian masa depan:
Meramal kesudahan cerita
Nilai:
kerjasama
Langkah
3
Kad bacaan suku kata
Bu Ku
Ka Ki
Ku Ku
La Lu
Ci Ku
1. Setelah murid dapat
mengeja suku kata
tersebut, guru
memberikan kad bacaan
yang mengandungi suku
kata baru kepada murid.
2. Murid diminta membaca
kad suku kata tersebut
secara senyap selama
beberapa minit.
3. Seorang demi seorang
murid akan bangun
membaca kad bacaan
masing-masing secara
kuat.
Kemahiran Bahasa
kemahiran
mendengar
kemahiran bertutur
kemahiran
membaca
Nilai :
Tolong menolong
Langkah Kad bacaan suku kata 1. berdasarkan kad bacaan Kontekstual :
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
44
4 tersebut murid diminta
membina satu perkatan
baru dari kad suku kata
tersebut.
2. Siapa paling banyak
dapat membina perkataan
dari kad bacaan tersebut
akan diberi hadiah.
mengaitkan dengan
kehidupan dan amalan
harian
Kecerdasan Pelbagai :
intrapersonal
Penutup
Kognitif
Sosioemosi
1. Guru merumuskan isi
pelajaran dengan
mengaitkan kepentingan
membaca dalam
kehidupan.
2. Murid diminta sentiasa
belajar untuk membaca.
3. Murid sekali lagi
menyanyikan lagu “Mari
membaca” bersama guru.
Kecerdasan Pelbagai
Intrapersonal
muzik
Strategi:
Konseptual
Nilai:
Kerjasama
REFLEKSI
KEKUATAN :
_____________________________________________________
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
45
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_________________________________________
KELEMAHAN :
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
__________________________________________
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
46
CARA MENGATASI :
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
__________________________________________
ULASAN RAKAN PENYELIDIK :
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
47
Lampiran 4
Sekolah Kebangsaan Juara
Cheruk To’Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
CONTOH KAD BACAAN SUKU KATA
BUKU KACA CIKU SAYA PADI
BUBU KATA CICI SAPU DAKI
BUKA KAMI CUBA SAMA DAHI
BULU KUKU CUCU LAMA JARI
BOLA KUDA DUDU MAMA JAWI
BOBO KURA DADA RAMA TALI
BABA KOKO DODO LARI SARI
CONTOH KAD BACAAN AYAT PENDEK
IBU BELI BAJU TAMAN BUNGA CANTIK
BAJU ANI CANTIK BUNGA WARNA MERAH
RAJU ADA KUCING HARUN ADA KEBUN
KUCING RAJU CANTIK HARUN TANAM SAYUR
DATUK BUKA KOTAK RUMAH SITI BESAR
EMAK MASAK NASI JOHAR PERGI KE PASAR
ADIK MAIN BOLA BASIR BERJALAN KAKI
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)
48
CONTOH KAD BACAAN CERITA PENDEK
Johar pergi ke pasar malam. Johar membeli
buah manga di pasar malam.
Buah mangga itu manis.
Rumah Sarimah dii tepi sawah. Halaman
rumah Sarimah indah. Emak Sarimah
menanam pokok bunga di tepi rumah.
Pak Abas ada kebun nanas. Kebun
nanasnya luas. Anas cucu Pak Abas. Anas
suka makan nanas. Nanas itu sedap dan
manis.
Ayob suka membaca buku cerita. Ayob
ada banyak buku cerita di rumahnya. Ayah
Ayob selalu belikan Ayob buku cerita.
Pak Awang bela kambing dan burung. Pak
Awang buat kadang di tepi padang.Anjing
suka kejar kambing Pak Awang. Pak
Awang kejar anjing itu. Anjing itu lari
lintang-pukang
Harun suka makan ketupat. Harun makan
ketupat pada hari raya. Dia makan ketupat
dengan rending daging. Emak Harun
pandai memasak rendang daging.
Anuar suka bermain layang-layang. Dia
buat layang-layang sendiri. Layang-layang
diperbuat dari kertas surih. Layang-layang
Anuar cantik.
Ayah ada kereta baru. Kerta ayah
berwarna putih. Nama kereta ayah Proton
Perdana. Kereta ayah cantik. Ayah sangat
sayangkan kereta itu.
Create PDF files without this message by purchasing novaPDF printer (http://www.novapdf.com)