Mencontohi Kepatuhan Malaikat
Transcript of Mencontohi Kepatuhan Malaikat
Mencontohi Kepatuhan Malaikat1 Adioda
Disediakan oleh :
Alea Sabreena Bibi Nuralya Maisara Umi Hanisah Nur Ernie Arina Allyssa Natasya Siti Nurafrina
OBJEKTIF PELAJARAN
Menyatakan maksud ayat dengan ringkas
Menerangkan ketaatan malaikat dan kederhakaan iblis berdasarkan ayat
Menerangkan cara iblis memperdaya-kan manusia
Menyenaraikan cara menghindari tipu daya syaitan
Menerangkan dosa-dosa yang diampunkan oleh Allah dan sebaliknya
Menyatakan syarat taubat
Menjelaskan ciri-ciri orang yang taat perintah Allah
Menerangkan pengajaran ayat
Ketaatan Malaikat & Kederhakaan IblisDalam surah Al Baqarah : ayat 34 Allah menjelaskan tentang ketaatan malaikat
& keingkaran iblis
Ketaatan Malaikat Kederhakaan Iblis
• Apabila Allah memerintahkan mereka tunduk kepada Adam , mereka segera mentaati perintah tersebut
• Apabila Allah memerintahkan mereka tunduk kepada Adam, mereka dengan rasa angkuh dan takbur (sombong) enggan mematuhi perintah tersebut, kerana merasakan dirinya lebih mulia daripada Nabi Adam iaitu dicipta daripada api, berbanding Nabi Adam daripada tanah
CIRI - CIRI MALAIKAT
Daripada cahaya, tidak berjisim, tidak makan dan minum dan tidak berjantina
Sentiasa beribadat kepada Allah dan melakukan segala suruhan-Nya
Sentiasa patuh dan taat pada perintah Allah
Tidak pernah cuai dalam melaksanakan segala tugasnya
CARA-CARA GODAAN SYAITAN
• Membisikkan khayalan dan dan angan-angan yang indah kepada manusia
• Memperdayakan manusia dengan janji-janji kosong• Menghasut manusia supaya melakukan kejahatan• Memperdayakan manusia supaya tidak mengerjakan
ibadah kepada Allah• Menyesatkan manusia supaya melakukan perkara-
perkara yang boleh merosakkan iman• Mencampakkan ke dalam hati manusia perasaan waswas
CARA MENGHINDARI GODAAN IBLIS
Memperbanyakkan membaca al-Quran dan berzikir
Bersifat dengan sifat mahmudah
Sentiasa mengerjakan ibadah Sentiasa mengamalkan amar makruf dan nahi mungkar
Mengerjakan segala perintah Allah dengan ikhlas
Menjauhkan diri dari perkara mungkar dan maksiat
Menghadiri kelas-kelas pengajian agama
PENGERTIAN TAUBAT Kembali kepada Allah dengan menyesali dan berhenti daripada mel
akukan maksiat serta berazam tidak akan mengulanginya lagi
Syarat Taubat
• Benar-benar menyesal dengan kesalahan yang dilakukan
• Berhenti daripada melakukan dosa atau maksiat dengan segera
• Berazam tidak mengulangi dosa yang telah dilakukan
• Hendaklah meminta maaf dan memulangkan hak jika melakukan kesalahan dengan manusia
CARA-CARA BERTAUBAT
Mengerjakan solat taubat nasuha
Berazam tidak akan mengulangi perbuatan dosa
Menyesal dan berhenti melakukan dosa
Melakukan kebaikan dan kebajikan
Mempertingkatkan amal ibadah
Memohon maaf serta mengembalikan harta kepada tuanya , sekiranya kesalahan melibatkan orang lain
Beristighfar kepada Allah
Memohon keampunan dengan penuh ikhlas
CIRI-CIRI ORANG YANG TAAT DENGAN PERINTAH ALLAH
• Memelihara daripada perkara yang boleh merosakkan aqidah
• Mematuhi perintah Allah• Menghayati sifat-sifat mahmudah• Sentiasa bertaubat• Membaca al-Quran dan berzikir• Menambahkan ilmu pengetahuan• Memelihara maruah diri dan keluarga
PENGAJARAN AYAT
Malaikat merupakan makhluk yang taat dan patuh segala
perintah Allah
Semua kesalahan dan dosa diampun oleh Allah kecuali
perbuatan syirik
Kita hendaklah sentiasa memohon keampunan kepada Allah
Kita hendaklah sentiasa berusaha menjauhkan diri dari
perkara maksiat
Musuh utama manusia ialah iblis dan syaitan
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim". Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkan-nya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.
SEKIAN TERIMA KASIH
* Kami berharap ilmu yang dibentangkan sebentar tadi dapat
dimanfaatkan bersama *
Puan Nor'Aini