MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI mulia selepas nikmat iman. Antara pengajaran yang penting...
Transcript of MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI mulia selepas nikmat iman. Antara pengajaran yang penting...
1
“MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI”
13 Julai 2018/29 Syawal 1439 ___________________________________________________________________
رات، الحمد لله الذي وفق برحمته من شاء من عباده، ف عرف وا أقدار مواسم الخ ي هم القلوب وعمروها بالكثار من الطاعات، وخذل من شاء بحكمته، ف عميت من
.سم، ف باءوا بالخسائر والبصائر، وف رطوا في تلك المواار، وأشهد أن ه ل شريك له العزي ز الحكيم الق أشهد أن اهلل ل إله إل اهلل وحده
.محمدا عبده ورسوله أق وم الناس بطاعة ربه في الب واطن والظواهر
صحابه والتابعين لهم بإحسان وعلى آله وأ اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد ي وم الدين لى إ
فلحون. ف يا عباد اهلل. ات قوا اهلل، أوصيكم وإياي بت قوى اهلل وطاعته لعلكم ت أما ب عد، :كتابه الكريم قال اهلل تعالى في
﴾ڤ ڤ ڦ ڦٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ﴿
SIDANG JUMAAT YANG DI RAHMATI ALLAH,
Pada kesempatan hari Jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri
saya dan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah kita meningkatkan ketakwaan
kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala
perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita
memperoleh keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia
dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan membicarakan mengenai:
“Mencegah Lebih Baik daripada Mengubati”.
SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,
Islam telah meletakkan nikmat Islam sebagai nikmat yang paling besar
dan mulia selepas nikmat iman. Antara pengajaran yang penting daripada
2
penjagaan kesihatan dalam kehidupan keduniaan dan keagamaan ialah bahawa
kesihatan merupakan nikmat terbesar dan kurniaan teragung selepas nikmat
iman dari sudut kepentingannya dan ia terletak di puncak-puncak nikmat
keduniaan kerana kesihatan tubuh membolehkan seseorang itu belajar dan
beramal dengan baik, berkorban, berjuang dan berjihad untuk agama, maruah,
harta dan negaranya serta membolehkannya menunaikan kewajipan dunia dan
agamanya dengan cara yang paling sempurna.
Menghargai dan menjaga kesihatan adalah juga sebahagian daripada
prinsip Maqasid Syariah iaitu menjaga nyawa dan akal. Menunaikan hak
terhadap tubuh badan bererti menikmati tahap upaya badan yang benar-benar
baik dan selamat dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani secara optimum
sehingga berupaya mencapai potensi dan matlamat kehidupan yang dipandukan
agama. Mukmin yang kuat mempamerkan kekuatan agama berbanding dengan
mukmin yang lemah. Sabda Rasulullah SAW:
"المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف "Mafhumnya: “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai oleh Allah
dari mukmin yang lemah”
(Hadis riwayat Muslim)
Kita diingatkan betapa bernilainya harga kesihatan. Tiada gunanya harta
dan kekayaan yang melimpah ruah sedangkan ianya tidak dapat dinikmati
kerana keadaan diri yang tidak sihat akibat pelbagai penyakit. Kesihatan
merupakan anugerah Allah SWT yang sewajarnya disyukuri. Anugerah ini
mesti dipertahankan hingga ke akhir hayat tetapi jangan sampai melekakan.
Rasulullah SAW bersabda:
"نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس الصحة والفراغ "Mafhumnya: “Dua nikmat yang sering manusia lalai (tidak menyedari)
nilainya iaitu nikmat sihat dan waktu lapang”
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
3
Rasulullah SAW juga telah memberi peringatan kepada kita supaya merebut
peluang kesihatan dengan baik sebagaimana sabda baginda,
اغتنم خمسا قبل خمس شبابك قبل هرمك وصحتك قبل سقمك وغناك قبل فقرك " ."وفراغك قبل شغلك وحياتك قبل موتك
Mafhumnya: “Rebutlah lima perkara sebelum datang lima yang lain; masa
muda kamu sebelum datang masa tua, masa sihat kamu sebelum datang masa
sakit, masa kaya kamu sebelum datang masa faqir, masa lapang kamu sebelum
datang masa sibuk, dan masa hidup kamu sebelum datang masa matimu”
(Hadis riwayat al-Hakim)
Jangan sesekali berubat dengan benda yang diharamkan agama, Rasulullah
SAW telah bersabda:
"دواء، فتداووا ول تداووا بحرام داء لكل إن اهلل أنزل الداء والدواء، وجعل"
Bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan
dijadikan setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat
dengan benda-benda yang haram”.
(Hadis riwayat Abu Dawud)
SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,
Allah SWT juga telah menyebutkan dalam al-Quran tentang kriteria-
kriteria orang yang baik untuk diambil bekerja. Firman Allah SWT dalam Surah
al-Qasas ayat 26:
﴾ ے ے ۓ ۓ ڭ ڭ ﴿Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik pekerja ialah yang kuat, lagi
amanah.”
Hal ini bukanlah bermaksud Islam memandang hina kepada orang-orang
yang lemah. Di sana terdapat juga konsep saling bertolongan antara satu sama
lain. Yang kuat dan sihat akan membantu yang lemah dan tidak berdaya, yang
kaya akan membantu yang miskin yang tidak berkemampuan. Begitulah
kesempurnaan Islam. Kelebihan yang dinyatakan untuk merujuk kepada anjuran
4
menjaga kesihatan dan menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh
menyebabkan seseorang itu termasuk dalam kebinasaan. Allah SWT juga
berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 195:
﴾ڻ ڻ ڻ ڻ ۀ ۀ ہ ہ ہ ہ ھ ھ ھ ھ ے ے ﴿
Maksudnya: “Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan
janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya
kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang
yang berusaha memperbaiki amalannya.”
SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI,
Dalam bulan Syawal ini, dengan kita masih lagi dalam suasana perayaan,
kita dihidangkan dengan pelbagai menu makanan. Hal itu bukanlah bermaksud
kita boleh makan dengan sesuka hati. Antara langkah penjagaan kesihatan yang
paling berkesan ialah dengan kaedah pencegahan. Dalam al-Quran sendiri pun
terdapat lebih banyak ayat-ayat berkaitan tindakan-tindakan pencegahan
berbanding tindakan-tindakan penyembuhan dan pengubatan walaupun ayat-
ayat tersebut tidak dijelaskan secara khusus.
Sesungguhnya benarlah bagai dikata bahawa mencegah itu lebih baik
daripada mengubati. Makanlah dan minumlah dengan berpada-pada.
Sesungguhnya Allah SWT telah mengingatkan kepada kita supaya tidak
berlebih-lebihan dalam makan dan minum. Firman Allah SWT dalam Surah al-
A’raaf ayat 31.
﴾ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ پ ڀ ڀ ڀ ڀ ٺ ٺ ٺ ٺ﴿Maksudnya: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah
berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (sembahyang), dan makanlah
dan minumlah, dan jangan kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak
suka akan orang yang melampaui batas.”
Mengakhiri khutbah pada hari ini, khatib ingin menekankan beberapa intipati
penting yang perlu diberi perhatian oleh Jemaah sekalian.
5
Pertama: Islam memandang penting persoalan kesihatan kerana ia
menyempurnakan ibadah dan pekerjaan umatnya.
Kedua: Islam juga memuliakan orang-orang yang sihat dan kuat dan dalam
masa yang sama memberi peluang kepada mereka membantu
golongan yang lemah.
Ketiga: Pencegahan merupakan langkah terbaik dalam usaha menjaga
kesihatan di samping mengamalkan pemakanan yang seimbang dan
mengamalkan gaya hidup yang sihat.
ڃ ڃ ڃ چ چ
ٱ ٻ ٻ ٻ
﴾ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ ڎ ڈ ڈ ژ ژ ڑ ڑ ک ک ﴿
Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu
pengajaran dari Tuhanmu, dan penawar bagi penyakit yang ada di dalam
dadamu, dan petunjuk, serta rahmat bagi orang yang beriman.”
(Surah Yunus ayat 57)
ات والذكر ي اكم بما فيه من األبارك اهلل لي ولكم بالقرءان العظيم ون فعني وإي وته إنه هو السميع العليم. أق ول ق ولي هذا منكم تل قبل مني و الحكيم وت
وأست غفر اهلل العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين حيم.والمؤمنات فاست غفروه إنه هو الغفور الر
6
KHUTBAH KEDUA
________________________________________________________________
7
Ya Allah, kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan Mu, negara
kami ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan.
Tanamkanlah rasa kasih sayang dan kekalkanlah perpaduan di kalangan kami.
Semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai, sejahtera dan selamat
sepanjang zaman.