Memupuk Setiap Kanak-Kanak - camden.edu.sgcamden.edu.sg/edu-booklet-malay.pdf · Penghalusan Pada...
Transcript of Memupuk Setiap Kanak-Kanak - camden.edu.sgcamden.edu.sg/edu-booklet-malay.pdf · Penghalusan Pada...
Kementerian Pendidikan1 North Buona Vista Drive
Singapore 138675
Tel: 6872 2220
Email: [email protected]
www.moe.gov.sg
Memupuk Setiap Kanak-KanakFleksibiliti & Kepelbagaian di Sekolah-Sekolah Singapura
Gambaran Keseluruhan 02 Sekolah Rendah 11
© Kementerian Pendidikan, SingapuraKandungan berdasarkan maklumat yang sedia ada pada15 Februari 2006.
Kurikulum Sekolah Rendah 12
Perubahan Pada Pendidikan 13Sekolah Rendah
Saiz Kelas yang Lebih Kecil Bagi 13
Darjah 1 dan 2
Satu Sesi Separa 14
Penghalusan Pada Sistem Penyaluran 14
Sekolah Rendah
Program Bagi Kecemerlangan 14
Peringkat Sekolah
Kurikulum Bahasa Ibunda yang lebih 15
Responsif dan Melibatkan Pelajar
Dari Pendidikan Sekolah Rendah 17Ke Pendidikan Sekolah Menengah
Latihan Pilihan Selepas PTSR 17
Pengambilan Masuk ke Sekolah Menengah 18
Mengikut Budi Bicara
Lelaman Berguna 44
Landskap Di Muka SuratPendidikan Belakang
Sekolah Menengah 19 Pra-Universiti 35Kursus-kursus Sekolah Menengah 20
Kegiatan Ko-Kurikulum (CCA) 22
Program Khidmat Kemasyarakatan (CIP) 22& Belajar Berkhidmat
Sijil Tamat Sekolah 22
Kurikulum Kursus Khas/Ekspres 23
Program-program Lain 24Di Sekolah Menengah
Perubahan-perubahan yang Melibatkan 25Kursus Khas/Ekspres
Kawalan yang Lebih Atas GCE Peringkat ‘O’ 25
Subjek-subjek Baru GCE Peringkat ‘O’ 26
Penghalusan Pada Bahasa Ibunda (MTL) 26
Kurikulum Kursus Normal 29
Kurikulum Kursus Normal (Akademik) 29
Kurikulum Kursus Normal (Teknikal) 30
Perubahan-perubahan yang Melibatkan 31Kursus Normal
Perkembangan Dalam Kursus N(A) 31
Perkembangan Dalam Kursus N(T) 32
Dari Pendidikan Sekolah Menengah Ke 33Pendidikan Pos Menengah
Pilihan Pendidikan Pos Menengah 33
Pengambilan Masuk ke Maktab Rendah 34
Mengikut Budi Bicara
Rangka Bagi Kurikulum Baru 37GCE Peringkat ‘A’ Tahun 2006
Peringkat Pengajian yang Berbeza 37
Kemahiran Ilmu Pengetahuan 39
Subjek-subjek Peringkat ‘A’ 40
Dari Pendidikan Pra-Universiti ke 42Pendidikan Universiti
GAMBARAN KESELURUHAN
02: Gambaran Keseluruhan } Memupuk Setiap Kanak-kanak
> Berdasarkan kekuatan yang sedia ada, kita
akan menyediakan generasi rakyat
Singapura akan datang yang mampu
menghadapi cabaran masa depan. Masa
depan yang bakal ditempuhi dipenuhi
dengan peluang, terutama sekali di rantau
Asia, dan juga banyak perubahan yang
tidak dapat diduga. Tugas sekolah dan
institusi pengajian tinggi kita adalah
menyediakan peluang yang terbaik bagi
anak-anak kita membangunkan
kemahiran, watak dan nilai-nilai yang akan
membolehkan mereka terus berjaya dan
memajukan Singapura ke arah masa
hadapan yang telah digambarkan.
> Dalam tahun-tahun kebelakangan ini kita
telah bergerak ke arah sistem pendidikan
yang lebih fleksibel dan pelbagai.
Tujuannya untuk memberi murid-murid
lebih banyak pilihan untuk memenuhi
minat dan cara pembelajaran mereka yang
berbeza. Apabila mereka dapat memilih
apa dan bagaimana mereka belajar,
mereka akan terangsang untuk memiliki
proses dan hasil pembelajaran mereka.
Kita juga menyediakan dasar pendidikan
yang luas untuk memastikan agar murid-
murid dapat berkembang secara
menyeluruh di dalam dan di luar bilik
darjah.
> Pendekatan pendidikan sedemikian akan
membolehkan kita memupuk kemahiran
yang berbeza yang diperlukan pada anak-
anak kita untuk masa hadapan. Kita
berusaha supaya setiap kanak-kanak dapat
menemukan bakatnya, membesar dan
meninggalkan bangku sekolah dengan
berasa yakin akan kebolehan mereka. Kita
menggalakkan mereka mengejar minat
masing-masing dan mengasah bakat yang
berbeza – dalam bidang akademik,
kesenian dan sukan.
Kita mempunyai sistem pendidikan yang kukuh. Murid-murid Singapuramempunyai matlamat yang tinggi dan mampu mencapai keputusancemerlang. Ini diakui serata dunia. Kita mempunyai sekolah-sekolah yangbaik yang dikendalikan oleh para pemimpin sekolah serta guru-guru yangberkebolehan dan kemudahan-kemudahan yang boleh dianggap terbaik didunia.
Kementerian Pendidikan ingin membantu semua murid kita menemukandan menggunakan bakat mereka sendiri dengan sebaik-baiknya danmerealisasikan potensi mereka sepenuhnya serta mengembangkan minatmereka terhadap pembelajaran sepanjang hayat.
GA
MBA
RAN
KESELURU
HA
N
Memupuk Setiap Kanak-kanak { Gambaran Keseluruhan :03
MEMUPUK MURID-MURIDFLEKSIBILITI DAN KEPELBAGAIAN
Kita kini menyediakan lebih banyak pilihan dan fleksibiliti dalam pendidikan. Sekolah-sekolah jenis baru diperkenalkan untuk menggalakkan mereka yang mempunyai bakat-bakat khas mencapai sejauh mana yang mungkin. Sekolah-sekolah yang ada sekarangtelah diberi lebih autonomi dan sumber-sumber untuk mengembangkan keupayaandan bidang kecemerlangan masing-masing, sama ada dalam bidang pembelajaran ataupun dalam kegiatan-kegiatan ko-kurikulum dan pembangunan watak. Keperluan murid-murid yang berbeza akan dipenuhi jenis-jenis sekolah yang banyak dan programpendidikan yang lebih luas. Ini termasuk:
> Kita mahu membentuk rakyat muda
Singapura yang bersikap ingin tahu,
mencari jawapan serta sanggup berfikir,
menyelesaikan masalah dengan cara
baharu dan juga menjanakan peluang-
peluang baharu untuk masa hadapan.
Sama pentingnya, kita juga mahu
membantu anak-anak kita memiliki nilai-
nilai sihat supaya mereka berwatak teguh
dan mampu menangkis gangguan hidup
yang tidak dapat dielakkan tanpa berasa
putus asa, mereka juga harus bersedia
untuk bekerja keras supaya dapat
mencapai impian mereka.
> Julat kurikulum dan sekolah yang lebih
luas:
• Sekolah-sekolah akan dibenarkan
menawarkan subjek-subjek Peringkat
‘O’ yang baru serta modul-modul elektif.
Beberapa sekolah akan juga menawarkan
kurikulum dan peperiksaan yang berbeza,
seperti International Baccalaureate.
• Program-program baru di sekolah -
seperti Program Kecemerlangan
Peringkat Sekolah di sekolah-sekolah
rendah dan Program Bersepadu serta
Program Pengajian Dwi-budaya (Cina)
di sekolah-sekolah menengah dan
maktab rendah yang terpilih.
• Sekolah-sekolah bebas khusus - Sekolah
Sukan Singapura, Sekolah Tinggi NUS
bagi Matematik dan Sains, dan Sekolah
Kesenian yang dicadangkan.
• Dua sekolah menengah pembiayaan
swasta telah pun didirikan.
> Fleksibiliti yang lebih semasa penyaluran.
Di sekolah-sekolah menengah, murid-
murid aliran Normal (Akademik) dan
Normal (Teknikal) diberi fleksibiliti untuk
mengambil beberapa subjek di peringkat
yang lebih tinggi atau pada kadar yang
lebih cepat. Sekolah-sekolah juga
mempunyai fleksibiliti untuk memindahkan
murid-murid ke kursus lain jika mereka
dapat meraih faedah daripada pemindahan
tersebut. Sekolah-sekolah juga boleh
membenarkan murid-murid terbaik dalam
Normal (Akademik) naik ke Menengah 5
tanpa menduduki peperiksaan Peringkat
‘N’. Di peringkat sekolah rendah pula,
aliran-aliran EM1 dan EM2 telah
digabungkan, dan sekolah-sekolah rendah
diberi autonomi untuk menyerapkan
murid-murid EM3 mereka ke dalam kelas-
kelas lain bagi lain-lain mata pelajaran.
> Fleksibiliti yang lebih dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Ibunda (MTL)
untuk membantu murid-murid yang
berkebolehan berbeza melangkah sejauh
mana yang mungkin. Murid-murid boleh
memilih untuk mempelajari bahasa lain
yang bukan bahasa ibunda mereka
sebagai bahasa ketiga.
04: Gambaran Keseluruhan } Memupuk Setiap Kanak-kanak
GA
MBA
RAN
KESELURU
HA
N
Memupuk Setiap Kanak-kanak { Gambaran Keseluruhan :05
PENDIDIKAN BERDASAR LUAS YANG MENYELURUH
Sekolah-sekolah kita berusaha mendidik murid-murid dengan menyeluruh, tertumpukepada kedua-dua bidang akademik dan bukan-akademik. Kita ingin memberi murid-murid kita pengalaman yang luas supaya dapat membantu mereka memanfaatkanwaktu persekolahan mereka dengan sebaik mungkin, di mana mereka berinteraksisesama sendiri dan menjalin persahabatan yang kukuh sepanjang hayat. Sambil merekamembesar, kita ingin memberi mereka peluang untuk mengembangkan kemahiran dannilai-nilai yang diperlukan sepanjang hayat. Di samping menilai kelakonan murid-muridkita melalui peperiksaan, kita juga akan menilai sejauh mana mereka telah berjaya dalampendidikan dari segi pencapaian yang lebih luas dalam bidang lain.
> Sekolah-sekolah dan institusi pengajian
tinggi kini diberi fleksibiliti dalam
menentukan kriteria mereka tersendiri
untuk mengiktiraf merit yang berbeza
dalam murid-murid yang mereka ambil
masuk.
> Sijil-Sijil Tamat Sekolah akan diperkenalkan
pada 2008 untuk menggambarkan
pencapaian akademik serta bukan-
akademik setiap murid.
> Sukatan pelajaran akan dikurangkan
tanpa mengurangkan kesediaan murid-
murid untuk pendidikan tinggi. Ini akan
meluangkan lebih banyak masa untuk
murid-murid menumpukan perhatian
terhadap pengetahuan dan kemahiran
teras serta menyediakan ruang yang lebih
luas bagi guru dan pihak sekolah
menjalankan kegiatan-kegiatan sekolah
dalam kurikulum.
KURANG PENGAJARAN, LEBIH PEMBELAJARAN
Kita menggalakkan murid-murid kita supaya lebih aktif dan kendiri dalam pembelajaranmereka. Kita mahu memupuk sifat ingin tahu yang melampaui kurikulum formal, danmenyemai semangat ingin belajar sepanjang hayat murid-murid kita.
06: Gambaran Keseluruhan } Memupuk Setiap Kanak-kanak
Kita perlu kurangkan pengajarankepada murid-murid kita supayamereka dapat lebihkanpembelajaran. Gred tetap penting– jangan lupa untuk luluspeperiksaan anda – tetapi gredbukanlah satu-satunya matlamatdalam hidup, banyak lagi perkaradalam hidup yang ingin kita pelajaridi sekolah.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong
22 Ogos 2004
> Kegiatan-kegiatan ko-kurikulum telah
diluaskan untuk mengiktiraf dan memberi
penghargaan terhadap kegiatan-kegiatan
yang dimulakan murid serta kegiatan-
kegiatan kemasyarakatan. Ini juga akan
menggalakkan murid-murid menyertai
kegiatan-kegiatan lasak sebagai kegiatan
ko-kurikulum kedua mereka.
> Sistem kedudukan sekolah berdasarkan
pencapaian telah juga disemak semula
untuk menggalakkan sekolah-sekolah
dalam usaha mereka menyediakan
pendidikan berdasar luas.
GA
MBA
RAN
KESELURU
HA
N
Memupuk Setiap Kanak-kanak { Gambaran Keseluruhan :07
> Sekolah-sekolah kini menyediakan lebih
banyak peluang bagi pembangunan
watak murid-murid dan bagi murid-
murid mengembangkan kemahiran
berinovasi.
> Pengajaran akan difokuskan kepada
mengembangkan kefahaman, berfikir
secara kritikal dan kebolehan bertanya
dan mendapatkan jawapan serta mencari
jalan penyelesaian.
> Kaedah peperiksaan dan penilaian akan
dikaji semula, untuk mengurangkan
penghafalan dan menggalakkan
pembelajaran kendiri yang bersifat kajian.
MEMBOLEHKAN GURU-GURUGuru-guru adalah elemen penting dalam segala apa yang kita lakukan dalam pendidikan.Kita akan berusaha sedaya upaya untuk menyokong guru-guru dalam usaha mereka untukmengguna cara baharu yang berkualiti dan inovatif di dalam bilik darjah dan sekolah. Kitajuga akan membantu mereka dalam membangunkan keupayaan mereka sebagai tenagapengajar yang profesional supaya mereka dapat membimbing murid-murid dalam tahun-tahun mereka membesar.
08: Gambaran Keseluruhan } Memupuk Setiap Kanak-kanak
> Sekolah-sekolah akan mempunyai lebih
ramai guru, kaunselor sepenuh masa,
geran sumber tenaga manusia yang
ditambah berserta lebih banyak
autonomi dalam beberapa tahun akan
datang ini.
• Ini membolehkan dasar saiz kelas yang
lebih kecil bagi Darjah 1 dan 2
dilaksanakan. Bertambahnya bilangan
guru-guru di setiap sekolah juga akan
membolehkan lebih banyak fleksibiliti
dalam pengajaran dan penyusunan
kelas bagi semua peringkat.
• Guru-guru akan mempunyai lebih
banyak waktu dan ruang untuk
berinteraksi dengan murid-murid,
untuk merenung tentang cara mereka
mengajar, berkongsi pengalaman
mengajar antara satu sama lain dan
menghasilkan pendekatan baharu
dalam pengajaran untuk
membangkitkan semangat dan
membimbing murid-murid mereka
dengan lebih baik.
> Guru-guru akan diberikan lebih banyak
peluang untuk meningkatkan diri
mereka secara profesional.
• MOE telah meningkatkan dan
menambahkan peluang bagi guru-
guru mengembangkan keupayaan
professional mereka. Selain daripada
meningkatkan kemahiran tentang
perubahan-perubahan pada
kandungan subjek dan pedagogi
guru-guru juga akan mendalami
kemahiran yang akan membolehkan
mereka menjadi lebih kreatif dan
inovatif dan mengajar murid-murid
mereka kemahiran ini. MOE juga telah
mendirikan sebuah Pusat
Kecemerlangan bagi Perkembangan
Profesional di setiap satu daripada
empat zon untuk membantu guru-
guru berkongsi kepakaran mereka
dengan lebih mudah lagi. MOE juga
telah bekerjasama dengan NIE untuk
memberi peluang kepada guru-guru
mencapai pensijilan profesional yang
lebih tinggi, termasuk ijazah siswazah
dan pos siswazah.
GA
MBA
RAN
KESELURU
HA
N
> Kita sedang membuat perubahan dan
memperhalus sistem pendidikan yang
sememangnya diakui kekukuhannya
supaya kita tidak ketinggalan zaman.
Kita menyajikan lebih banyak pilihan,
dalam sistem yang sememangnya
fleksibel untuk murid-murid kita. Kita
menggandakan penekanan terhadap
pendidikan berdasar luas yang
mengembangkan kemahiran-kemahiran
hidup yang kritikal dari usia yang muda.
Kita menyemai tabiat suka bertanya
sambil belajar, dan bersedia untuk belajar
secara kendiri dan berfikir dengan cara
baharu di kalangan murid-murid.
Guru-guru diberi sokongan sepenuhnya
untuk merenung dan mengembangkan
kemahiran mereka supaya mereka lebih
inovatif dalam pengajaran mereka.
PENUTUP
• Terdapat lebih banyak peluang
penempatan sementara guru-guru, di
sini dan juga di seberang laut, di
sekolah-sekolah atau agensi-agensi
perniagaan dan kemasyarakatan.
Murid-murid akan meraih faedah
daripada pandangan dan pengalaman
segar yang kelak dibawa pulang guru-
guru ini ke bilik darjah.
Memupuk Setiap Kanak-kanak { Gambaran Keseluruhan :09
10: Gambaran Keseluruhan } Memupuk Setiap Kanak-kanak
> Kita tahu bahawa tiada pendekatan atau
penyelesaian dalam pendidikan yang
baik bagi setiap zaman. Oleh itu kita
perlu terus membuka minda dalam hal
pendidikan untuk membangun dan
memenuhi keperluan masyarakat yang
berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar
bahawa kita perlu mengekalkan tahap
pendidikan Singapura yang mantap
yang disegani ramai.
> Dengan mengembang, menginspirasi
dan memaksimum potensi setiap rakyat
muda Singapura, kita boleh membina
masa depan Singapura yang cerah.
Dengan ‘membakar semangat’ anak-
anak kita, kita membentuk masa depan
negara kita.
Pendidikan boleh membukapintu bagi anak-anak kita,memberi mereka harapan danpeluang. Ia lebih daripadamengisi bekas dengan ilmu - iamembakar semangat rakyatmuda kita.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong12 Ogos 2004
* Yuran rampaian tahap kedua ditetapkan oleh pihak sekolah. Jumlah maksimum yang boleh dikenakan adalah 100% yuran rampaian
biasa. Murid-murid boleh menggunakan akaun Edusave mereka untuk membayar yuran rampaian tahap kedua ini.
Skim bantuan kewangan ada disediakan untuk membantu murid-murid yang memerlukan membayar yuran mereka. Ibubapa
yang ingin memohon bantuan kewangan boleh berhubung dengan sekolah anak mereka untuk mendapatkan borang permohonan.
1. Pendidikan wajib selama 6 tahun
2. Tidak dikenakan yuran sekolah
Yuran rampaian biasa: $5.50
Yuran rampaian tahap kedua*: $5.50
3. Peperiksaan nasional:Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah(PTSR)
4. Murid-murid digalakkan mengikutiKegiatan-kegiatan Ko-Kurikulum (CCA)dan Program Khidmat Kemasyarakatan(CIP)
FAKTASEGERA
Saiz kelas Darjah 1 dan 2 yang
lebih kecil telah membolehkan
anak saya mendapat tumpuan
individu yang lebih dari
gurunya, dan dia ghairah
mengikuti program-program
kecemerlangan yang
ditawarkan oleh sekolahnya.
“
”
PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
12: Sekolah Rendah } Memupuk Setiap Kanak-kanak
terdiri daripada tahap asas selama 4 tahun dari Darjah 1 hingga Darjah4 dan tahap orientasi selama 2 tahun dari Darjah 5 hingga Darjah 6.Matlamat pendidikan sekolah rendah pada keseluruhannya adalahuntuk meningkatkan pemahaman murid-murid dalam Bahasa Inggeris,Bahasa Ibunda dan Matematik.
KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
BAHASA
Bahasa InggerisBahasa Ibunda
MATEMATIK& SAINS
ILMUPENGETAHUAN& KESENIAN
KEMAHIRANHIDUP
CCA, CME,PCCG, NE, PE,
PendidikanKesihatan^
KEMAHIRANPENGETAHUAN
PW~Matematik
Sains*
# Bahasa Inggeris, Bahasa Ibunda dan Matematik akan diajar pada peringkat yang sesuai dengan kebolehan murid.
* Sains akan diajar bermula dari Darjah 3.
^ Bagi Darjah 1-4, Pendidikan Kesihatan tidak diajar sebagai subjek yang berasingan tetapi topik yang relevan akan dimuatkan
dalam pembelajaran Bahasa Inggeris.
~ Kerja Projek dijalankan pada waktu kurikulum tetapi tidak dinilai sebagai subjek peperiksaan.
Pengajian Sosial,Seni Lukis &
Kerjatangan, Muzik
SUBJEK-SUBJEK YANGDIUJI DALAM PTSR:Subjek-subjek arus utama:Bahasa Inggeris, BahasaIbunda, Matematik, Sains
Pilihan:Bahasa Ibunda Lanjutan
Subjek-subjek EM3 :Bahasa Inggeris Asas,Bahasa Ibunda Asas,Matematik Asas
LEGENDA
CCA Kegiatan
Ko-Kurikulum
CME Sivik & Pendidikan
Moral
PCCG Bimbingan Kebajikan
& Kerjaya Pelajar
NE Pendidikan Nasional
PE Pendidikan Jasmani
PW Kerja Projek
SEKOLA
HREN
DA
H
PERUBAHAN PADA PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAHSAIZ KELAS YANG LEBIH KECIL BAGI DARJAH 1 & 2Perubahan-perubahan penting bagi sekolah rendah pemerintah> 30 murid bagi setiap kelas Darjah 1 bermula dari 2005 dan Darjah 2 bermula dari 2006.
Mengapa kami lakukan ini?> Kita akui bahawa murid-murid mungkin mempunyai titik permulaan yang berbeza
apabila mereka pertama kali memasuki sekolah. Ini akan membolehkan guru memenuhi
keperluan murid yang berbeza dalam satu kelas.
> Bagi memberikan lebih tumpuan individu kepada murid-murid Darjah 1 dan 2 untuk
mengasah kebolehan mereka dalam membaca dan mengira.
> Bagi memudahkan peralihan dari peringkat pra-sekolah di mana saiz kelas biasanya
kurang daripada 30 murid.
Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Rendah :13
BULATAN DALAM memusat pada
kemahiran-kemahiran hidupmemastikan agar para pelajar
memperoleh nilai-nilai dan
kemahiran-kemahiran yang kukuh
yang membentuk mereka sebagai
orang dewasa yang
bertanggungjawab dan
warganegara yang aktif. Ianya
terdiri daripada kurikulum bukan
akademik.
BULATAN TENGAH mengenai
kemahiran-kemahiranpengetahuan yang bertujuan
untuk membangunkan
kemahiran-kemahiran berfikir,
memproses dan berkomunikasi
para pelajar. Ini membolehkan
para pelajar menganalisis dan
menggunakan maklumat dan
mampu mengetengahkan
pendapat dan idea-idea mereka
dengan jelas dan berkesan. Ianya
terdiri daripada subjek-subjek
berdasarkan kemahiran.
BULATAN LUAR meliputi disiplinsubjek-subjek berdasarkankandungan iaitu Bahasa, Ilmu
Kemanusiaan & Kesenian, dan
Matematik & Sains. Ianya
memastikan agar para pelajar
memperoleh asas yang mantap
dalam kandungan pelbagai
cabang ilmu.
14: Sekolah Rendah } Memupuk Setiap Kanak-kanak
SATU SESI SEPARAPerubahan-perubahan penting> Kebanyakan sekolah akan menganjurkan kelas rendah atas mereka (iaitu Darjah 3-6)
pada sesi pagi, dan kelas rendah bawah mereka (iaitu Darjah 1-2) pada sesi petang.
> Kebanyakan sekolah pemerintah akan beroperasi secara satu sesi separa menjelang 2014.
Mengapa kami lakukan ini?> Untuk membuka peluang bagi pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dengan
meluangkan lebih banyak masa dan ruang yang sedia ada. Sekolah-sekolah boleh
menganjurkan kegiatan CCA dan pengayaan yang lebih luas lagi dengan kemudahan
yang tidak digunakan pada sebelah petang.
PENGHALUSAN PADA SISTEM PENYALURAN SEKOLAH RENDAHPerubahan-perubahan penting> Aliran EM1 dan EM2 telah disatukan. Pihak sekolah akan
menasihatkan ibu bapa tentang sama ada anak mereka
layak mengambil Bahasa Ibunda Lanjutan.
> Pihak sekolah mempunyai fleksibiliti untuk mengadakan
peperiksaan akhir tahun Darjah 4 mereka sendiri untuk
mengenalpasti murid-murid yang akan meraih faedah
daripada kurikulum EM3 bagi Darjah 5-6. Pihak sekolah
akan menasihati, namun ibu bapa yang akan memberi
kata putus mengenai aliran bagi anak mereka di peringkat
Darjah 5.
> Pihak sekolah mempunyai fleksibiliti untuk
menggabungkan murid-murid EM3 dengan murid-murid dalam kelas lain.
Mengapa kami lakukan ini?> Untuk memberikan pihak sekolah fleksibiliti bagi mengatur dan menyalurkan murid-
murid mereka untuk mencapai hasil pendidikan yang terbaik.
PROGRAM BAGI KECEMERLANGAN DI PERINGKAT SEKOLAHPerubahan-perubahan penting> Sekolah-sekolah rendah boleh memohon untuk mendapatkan dana sehingga $100,000
daripada MOE untuk membangunkan bidang khas masing-masing.
Mengapa kami lakukan ini?> Untuk membolehkan pihak sekolah menonjolkan sekolah mereka melalui program
kecemerlangan yang kukuh bagi memanfaatkan murid-murid mereka dari segi pendidikan.
Latar belakang
Sebelum tahun 2005,
penyaluran dilakukan
pada akhir Darjah 4
untuk menempatkan
murid-murid ke aliran
yang sesuai mengikut
tahap pembelajaran
mereka. Ketiga-tiga
aliran itu adalah EM1,
EM2 dan EM3.
SEKOLA
HREN
DA
H
Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Rendah :15
KURIKULUM BAHASA IBUNDA YANG LEBIH RESPONSIF DAN MELIBATKANPELAJAR
Bahasa Cina (CL)*Perubahan-perubahan penting> Kelonggaran dalam sukatan pelajaran Bahasa Cina yang membolehkan pengajaran mengikut
kebolehan dan keperluan murid
• Kurikulum CL bermodul yang baru akan dilaksanakan di peringkat Darjah 1 dan 2
pada 2007, Darjah 3 dan 4 pada 2008, diikuti oleh Darjah 5 pada 2009 dan Darjah
6 pada 2010.
• Kesemua murid akan mengambil modul-modul Teras.
• Modul-modul Perantaraan dan Pengukuhan akan memenuhi keperluan murid-
murid yang memasuki sekolah dengan pengetahuan Bahasa Cina yang cetek atau
mereka yang memerlukan sokongan tambahan bagi modul-modul Teras.
• Murid-murid yang berkebolehan dan berminat akan digalakkan untuk mempelajari
bahasa ini di peringkat yang lebih tinggi melalui modul-modul Pengayaan.
• Peperiksaan Bahasa Cina PTSR akan ditetapkan pada tahap modul-modul Teras.
> Peningkatan pada kaedah pengajaran, kaedah penilaian dan bahan-bahan pengajaran
• Pada peringkat Rendah Bawah, pelajaran eksplisit mengenai strategi yang murid-
murid boleh gunakan untuk mengenali dan memahami huruf CL akan diajar.
• Lebih penekanan akan diberikan kepada pertuturan, pendengaran dan pembacaan.
Strategi seperti menyanyikan lagu-lagu, bacaan puisi dan berdeklamasi akan
digunakan dengan lebih meluas.
• Bahan-bahan pengajaran dan bacaan yang akan menarik minat murid-murid.
• Perubahan pada PTSR bermula dari 2006 untuk mengurangkan penekanan dalam
pembelajaran menghafal, menambah ujian mengikut konteks dan menambah
pertimbangan pada komponen pertuturan/pendengaran.
STRUKTUR MODUL-MODUL BAHASA CINA BAGIPROFIL-PROFIL PELAJAR YANG BERBEZA
Darjah 1 hingga 2 Darjah 3 hingga 4 Darjah 5 hingga 6
ModulPengayaan
ModulPengayaan
ModulPengayaan
Modul-modul Teras PTSR
ModulPerantaraan
ModulPengukuhan
16: Sekolah Rendah } Memupuk Setiap Kanak-kanak
• Penggunaan kamus elektronik bimbit Bahasa Cina yang diluluskan akan dibenarkan
untuk karangan semasa peperiksaan peringkat sekolah bermula dari 2006 dan
semasa PTSR bermula dari 2007.
> Lebih banyak peluang menggunakan Bahasa Cina di sekolah
• Sekolah-sekolah rendah SAP boleh menyediakan lebih banyak pendedahan kepada
Bahasa Cina dengan mengajar lebih banyak subjek dalam Bahasa Cina, terutamanya
pada peringkat rendah.
* Bahasa Cina Lanjutan akan terus ditawarkan di Sekolah Rendah.
Bahasa Melayu (ML)*
Perubahan-perubahan penting> Kurikulum ML yang fleksibel dan mengikut kebolehan
• Kumpulan berdasarkan kebolehan atau pengajaran yang dibezakan dalam sesebuah
kelas bagi peringkat Rendah bawah untuk memenuhi keperluan murid-murid
daripada latarbelakang bahasa rumah dan kebolehan yang berbeza.
> Peningkatan pada sukatan pelajaran, bahan pengajaran dan kaedah penilaian.
• Penekanan yang lebih pada pengembangan kemahiran bertutur, mendengar dan
membaca.
• Hasil pembelajaran yang nyata untuk menujukkan tahap pencapaian yang berbeza.
• Bahan-bahan pengajaran dan bacaan yang akan menarik minat murid-murid.
• Perubahan pada peperiksaan PTSR bermula dari tahun 2006 untuk mengurangkan
penekanan pada penghafalan, menambahkan ujian dalam konteks dan menambah
pertimbangan pada komponen pertuturan/pendengaran.
• Kurikulum ML yang baru ini akan dilaksanakan bagi Darjah 1-4 pada 2008, diikuti
dengan Darjah 5 pada 2009 dan Darjah 6 pada 2010.
* Bahasa Melayu Lanjutan akan terus ditawarkan di Sekolah Rendah.
Bahasa Tamil (TL)*Perubahan-perubahan penting> Kurikulum TL yang fleksibel dan mengikut kebolehan
• Kumpulan berdasarkan kebolehan atau pengajaran yang dibezakan dalam sesebuah
kelas untuk memenuhi keperluan murid-murid daripada latarbelakang bahasa
rumah dan kebolehan yang berbeza.
> Peningkatan pada sukatan pelajaran, bahan pengajaran dan kaedah penilaian.
• Penekanan yang lebih pada pengembangan kemahiran bertutur, mendengar dan
membaca.
SEKOLA
HREN
DA
H
Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Rendah :17
• Bahan-bahan pengajaran dan bacaan yang akan menarik minat murid-murid.
• Bermula dari tahun 2006, sukatan pelajaran TL akan mengajar bahasa pertuturan
Tamil dan bukan bahasa rasmi Tamil.
• Bahasa pertuturan Tamil dan bukan bahasa rasmi Tamil yang akan digunakan bagi
peperiksaan lisan PTSR bermula dari 2010.
• Perubahan pada peperiksaan PTSR bermula dari tahun 2006 untuk mengurangkan
penekanan pada penghafalan, menambahkan ujian dalam konteks dan menambah
pertimbangan pada komponen pertuturan/pendengaran.
• Kurikulum TL yang baru ini akan dilaksanakan bagi Darjah 1-4 pada 2008, Darjah 5
pada 2009 dan Darjah 6 pada 2010.
* Bahasa Tamil Lanjutan akan terus ditawarkan di Sekolah Rendah.
Mengapa kami lakukan ini?
• Untuk menjadikan Bahasa Ibunda sebagai bahasa yang “hidup” dan mengembangkan
di kalangan murid-murid minat yang berkekalan terhadap Bahasa Ibunda dan budaya
mereka.
• Untuk membentuk kurikulum supaya mengikut keperluan murid-murid yang berbeza
kebolehan dan minat.
DARI PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH KE PENDIDIKANSEKOLAH MENENGAH
LATIHAN PEMILIHAN SELEPAS PTSR> Semua murid yang menduduki PTSR (selain daripada mereka yang dipilih memasuki
sekolah menengah bagi pengambilan masuk mengikut budi bicara) akan menetapkan
pilihan sekolah-sekolah menengah yang diingini setelah keputusan PTSR diumumkan.
Keputusan PTSR diumumkan tidak lama selepas hari terakhir tahun persekolahan.
Selepas itu, para ibubapa dan murid boleh membuat pilihan mereka. Murid-murid
diberi 6 pilihan dan keputusan penempatan diumumkan sebelum 25 Disember.
> Penempatan di sekolah menengah berdasarkan pada merit dan pilihan. Ibubapa dan
murid mungkin harus pertimbangkan ciri-ciri sekolah yang dapat memenuhi keperluan
dan pembelajaran murid serta sekolah-sekolah yang berdekatan dengan rumah.
PENGAMBILAN MASUK KE SEKOLAH MENENGAH MENGIKUT BUDI BICARAPerubahan-perubahan penting> Sekolah menengah yang mempunyai Program
Bersepadu diberikan fleksibiliti sepenuhnya untuk
memilih murid-murid bagi Program Bersepadu
Menengah 1.
> Sekolah-sekolah Berautonomi dan Sekolah-sekolah
Bebas boleh memperuntukkan 10% dan 20% tempat
kosong di sekolah masing-masing untuk kemasukan
mengikut budi bicara.
> Sekolah-sekolah yang mempunyai bidang
kecemerlangan yang diluluskan boleh memperuntukkan
5% tempat kosong di sekolah mereka untuk kemasukan
mengikut budi bicara.
> Murid-murid dipilih semasa Latihan Kemasukan Sekolah
secara Langsung berdasarkan kriteria sekolah sebelum
latihan penempatan utama.
Mengapa kami lakukan ini?> Untuk memberikan pihak sekolah lebih fleksibiliti
mengiktiraf pencapaian dan bakat yang berbeza. Dalam pada itu, kita ingin
menggalakkan murid-murid supaya memberikan tumpuan yang lebih terhadap
kegiatan dan bidang yang mereka minati atau mempunyai bakat.
UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUTBuku kecil mengenai Penempatan ke Menengah 1- keterangan umum bagipengambilan masuk
> http://www.moe.gov.sg/esp/schadm/sec1/pslemain.htm
Perkhidmatan Penerangan mengenai Sekolah - keterangan mengenai program-program dan kegiatan CCA yang ditawarkan oleh sekolah-sekolah
> http://www.moe.gov.sg/schdiv/sis
Pengambilan Masuk Mengikut Budi Bicara
Bagi keterangan UMUM, sila rujuk kepada
> http://www.moe.gov.sg
Bagi keterangan KHUSUS, sila rujuk kepada
> lelaman sekolah-sekolah berkenaan
Latar belakang
Pada tahun 2005, semua
sekolah menengah yang
menawarkan Program
Bersepadu, Sekolah-
sekolah Bebas, Sekolah-
sekolah Berautonomi dan
sekolah-sekolah yang
mempunyai bidang
kecemerlangan yang
diluluskan diberikan lebih
autonomi untuk
mengambil masuk
beberapa peratusan
tertentu murid-murid ke
dalam sekolah mereka
berdasarkan kriteria di
peringkat sekolah.
18: Sekolah Rendah } Memupuk Setiap Kanak-kanak
* Yuran rampaian tahap kedua ditetapkan oleh pihak sekolah. Jumlah maksima yang boleh dikenakan adalah 100% yuran rampaian
biasa. Para pelajar boleh menggunakan akaun Edusave mereka untuk membayar yuran rampaian tahap kedua ini.
~ Para pelajar boleh menggunakan akaun Edusave mereka untuk membayar yuran Sekolah Berautonomi.
^ Para pelajar boleh menggunakan akaun Edusave mereka untuk membayar sebahagian daripada yuran Sekolah Bebas yang berlebihan
daripada yuran sekolah dan yuran rampaian yang biasa bagi sekolah-sekolah menengah Pemerintah dan Bantuan Pemerintah.
Skim bantuan kewangan disediakan untuk membantu para pelajar yang memerlukannya untuk membayar yuran. Ibu bapa yang
ingin memohon bantuan kewangan boleh berhubung dengan sekolah anak mereka untuk mendapatkan borang permohonan.
1. Pendidikan selama 4-5 tahun
2. Yuran sekolah selepas subsidi: $5.00
Yuran rampaian biasa: $8.00
Yuran rampaian tahap kedua*: $8.00
Sekolah Berautonomi memungut Yuran SekolahBerautonomi antara $3 hingga $18 sebulan selaindaripada yuran rampaian tahap kedua~
Sekolah Bebas mengenakan skala yuran yangberasingan. Julat yuran sekolah bagi para pelajarsetempat (tidak termasuk yuran rampaian) padatahun 2006 adalah antara $150-$255 sebulan^
3. Peperiksaan nasional: GCE Peringkat ‘O’ (bagikursus Khas/Ekspres) atau GCE Peringkat ‘N’(bagi Kursus Normal)
4. Semua pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu CCA; kelakonan CCA diambilkira bagi pengambilan masuk ke MaktabRendah, Institusi Pusat, politeknik dan InstitutPendidikan Teknikal
FAKTASEGERA
Program-program yang
berbeza dan menarik yang
disediakan membolehkan saya
memanfaatkan pendidikan
menengah saya dengan sebaik-
baiknya supaya saya dapat
memburu minat saya dan
mengembangkan kebolehan
saya.
“
”
PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH
PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH
20: Sekolah Menengah } Memupuk Setiap Kanak-kanak
Para pelajar ditempatkan dalam Kursus Khas, Ekspres, Normal(Akademik) atau Normal (Teknikal) mengikut kelakonan mereka dalamPTSR. Tekanan berbeza pada kurikulum dirancang supaya sepadandengan kebolehan dan minat pembelajaran mereka.
KURSUS-KURSUS SEKOLAH MENENGAHKURSUS-KURSUS KHAS DAN EKSPRES:> Kursus 4 tahun yang mengarah ke peperiksaan GCE Peringkat ‘O’. Pelajar kursus Khas
menawarkan Bahasa Ibunda di peringkat lanjutan (Bahasa Cina Lanjutan/Bahasa
Melayu Lanjutan/Bahasa Tamil Lanjutan).
KURSUS NORMAL:> Para pelajar kursus Normal mengikuti sama ada kurikulum Normal (Akademik) [N(A)]
atau Normal (Teknikal) [N(T)].
> Program 4 tahun yang menjurus ke peperiksaan GCE Peringkat ‘N’.
> Tahun ke 5 yang menjurus ke peperiksaan GCE Peringkat ‘O’ disediakan bagi para
pelajar N(A) yang lulus peperiksaan GCE Peringkat ‘N’ mereka dengan cemerlang.
Para pelajar boleh berpindah dari satu kursus ke kursus yang lain berdasarkan kelakonan
mereka dan penilaian Pengetua dan guru-guru.
SEKOLA
HM
ENEN
GA
H
Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Menengah :21
FLEKSIBILITI DI ANTARA KURSUS
Peperiksaan GCEPeringkat ‘O’
Menengah 4Khas/Ekspres
Menengah 4N(A)
Menengah 4N(T)
Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah(PTSR)
Menengah 5N(A)
Peperiksaan GCEPeringkat ‘N’
Peperiksaan GCEPeringkat ‘N’
Menengah 3Khas/Ekspres
Menengah 3N(A)
Menengah 3N(T)
Menengah 2Khas/Ekspres
Menengah 2N(A)
Menengah 2N(T)
Menengah 1Khas/Ekspres
Menengah 1N(A)
Menengah 1N(T)
22: Sekolah Menengah } Memupuk Setiap Kanak-kanak
KEGIATAN-KEGIATAN KO-KURIKULUM (CCAs)CCA merupakan bahagian penting dalam memberi para pelajar kita pendidikan yang
menyeluruh. CCA dapat memupuk sifat-sifat seperti bersemangat waja, ketabahan, keyakinan
dan ketekunan, yang mempersiapkan mereka untuk menyesuaikan diri dan berjaya dalam
dunia yang pesat berubah.
Setiap pelajar sekolah menengah harus menyertai salah satu daripada CCA berikut:
> Sukan dan permainan > Kumpulan seni persembahan
> Pasukan berseragam > Kelab dan persatuan
Para pelajar boleh juga menyertai kegiatan kedua. Para pelajar yang tidak terlibat dalam
sukan saingan (umpamanya para pelajar yang menyertai CCA seperti seni persembahan
dan kelab-kelab) digalakkan supaya mengambil bahagian dalam sukan dan permainan
sebagai CCA mereka yang kedua.
Pilihan CCA lainPara pelajar yang berminat dalam sesuatu kegiatan yang tidak ditawarkan di sekolah boleh
mendapatkan keizinan pihak sekolah untuk memulakan kegiatan mereka sendiri. Ini memberi
peluang bagi para pelajar meneruskan minat atau idea yang khusus, dan meluaskan julat
kegiatan yang diadakan di sekolah. Para pelajar juga boleh menyertai kegiatan-kegiatan
kemasyarakatan, supaya dapat membantu memupuk semangat keusahawanan dan
mengeratkan silaturahim dengan masyarakat umum.
PROGRAM KHIDMAT KEMASYARAKATAN (CIP) & BELAJARBERKHIDMATCIP memupuk sikap tanggungjawab sosial dalam diri para pelajar dan menekankan komitmen
terhadap negara. Dengan melakukan kerja-kerja kemasyarakatan, para pelajar kita mempelajari
nilai berkhidmat serta nilai menjalin persahabatan yang berkekalan antara satu sama lain.
Belajar Berkhidmat merupakan satu pendekatan yang membolehkan para peserta CIP tidak
sahaja berkhidmat kepada masyarakat tetapi juga belajar mengenali keperluan masyarakat
dan merenung kembali tentang pengalaman mereka dalam menjalankan kerja-kerja
kemasyarakatan supaya mereka lebih memahami dan menghargainya.
SIJIL TAMAT SEKOLAHBermula dari tahun 2008, semua pelajar yang tamat pendidikan peringkat menengah dan
pra-universiti akan menerima surat perakuan sekolah yang komprehensif yang dinamakan
Sijil Tamat Sekolah daripada MOE. Ini termasuk penerangan pencapaian akademik dan luar
akademik serta sifat peribadi setiap pelajar.
SEKOLA
HM
ENEN
GA
H
Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Menengah :23
KURIKULUM KURSUS KHAS/EKSPRESS
Para pelajar kursus Khas danEkspres lazimnyamengambil 7-8 subjekdalam peperiksaan GCEperingkat ‘O’.
BAHASA
MATEMATIK& SAINS
ILMUKEMANUSIAAN
& KESENIANSubjek-subjek MenengahBawah: Geografi, Sejarah,Sastera dalam BahasaInggeris, Seni Tampak,Muzik
Subjek-subjek MenengahAtas: Ilmu KemanusiaanGabungan
KEMAHIRANPENGETAHUAN
PW~
Elektif Menengah Atas:Geografi, Sejarah, Sastera dalam
Bahasa Inggeris, Sastera dalamBahasa Cina, Sastera dalam Bahasa
Melayu, Sastera dalam BahasaTamil, Seni Lukis &
Rekabentuk, Muzik, SeniLukis Lanjutan,
Muzik Lanjutan
Subjek-subjek MenengahBawah: Matematik, Sains,Rekabentuk & Teknologi,Ekonomi Rumahtangga
Subjek-subjek MenengahAtas: Matematik, satusubjek Sains
Elektif Menengah Atas:Matematik Tambahan, Biologi,Kimia, Fizik, pilihan Sains Gabungan,Rekabentuk & Teknologi,Makanan & Pemakanan,Prinsip-prinsip Akaun
Bahasa InggerisBahasa Ibunda/Bahasa Ibunda Lanjutan/Bahasa Ibunda ‘B’ Bahasa Ketiga (pilihan – Bahasa Perancis, Bahasa Jerman,
Bahasa Jepun, Bahasa Melayu, Bahasa Cina)
KEMAHIRANHIDUP
CCA, CIP, CME,PCCG, NE, PE
LEGENDA
CCA Kegiatan
Ko-Kurikulum
CIP Program Khidmat
Kemasyarakatan
CME Sivik & Pendidikan
Moral
PCCG Bimbingan Kebajikan
& Kerjaya Pelajar
NE Pendidikan Nasional
PE Pendidikan Jasmani
PW Kerja Projek
BULATAN DALAM memusat pada
kemahiran-kemahiran hidupmemastikan agar para pelajar
memperoleh nilai-nilai dan
kemahiran-kemahiran yang kukuh
yang membentuk mereka sebagai
orang dewasa yang
bertanggungjawab dan
warganegara yang aktif. Ianya
terdiri daripada kurikulum bukan
akademik.
BULATAN TENGAH mengenai
kemahiran-kemahiranpengetahuan yang bertujuan
untuk membangunkan
kemahiran-kemahiran berfikir,
memproses dan berkomunikasi
para pelajar. Ini membolehkan
para pelajar menganalisis dan
menggunakan maklumat dan
mampu mengetengahkan
pendapat dan idea-idea mereka
dengan jelas dan berkesan. Ianya
terdiri daripada subjek-subjek
berdasarkan kemahiran.
BULATAN LUAR meliputi disiplinsubjek-subjek berdasarkankandungan iaitu Bahasa, Ilmu
Kemanusiaan & Kesenian, dan
Matematik & Sains. Ianya
memastikan agar para pelajar
memperoleh asas yang mantap
dalam kandungan pelbagai
cabang ilmu.
~ Kerja Projek dijalankan pada waktu kurikulum tetapi tidak dinilai sebagai subjek peperiksaan.
24: Sekolah Menengah } Memupuk Setiap Kanak-kanak
PROGRAM-PROGRAM LAIN DI SEKOLAH MENENGAHPROGRAM-PROGRAM BERSEPADU (IP)> Menyediakan pendidikan yang tiada sekatan, yang membolehkan para pelajar sekolah
menengah terus ke peringkat pra-universiti tanpa menduduki peperiksaan GCE
Peringkat ‘O’.
> Ini baik bagi para pelajar yang lebih selesa mengikuti program yang lebih fleksibel
dan kurang berstruktur serta melibatkan diri dalam pengalaman pembelajaran yang
lebih luas.
> Sesetengah IP menawarkan kurikular dan peperiksaan alternatif seperti International
Baccalaureate.
PROGRAM PENGAJIAN DWI-BUDAYA (CINA) [BSP(C)] & BIASISWA RANCANGANBANTUAN KHAS (SAP)> Program 4 tahun dari Menengah 3 hingga ke Pra-U 2.
> Untuk mendidik para pelajar agar memahami dengan mendalam dan menghargai
dua budaya, supaya mereka dapat berinteraksi dengan lebih berkesan dengan negeri
Cina serta berhubungan dengan negara-negara Barat.
> Sebagai tambahan kepada Bahasa Cina Lanjutan, para pelajar boleh menawarkan
subjek elektif seperti Sejarah Cina dan Falsafah Cina.
> Biasiswa SAP ditawarkan kepada para pelajar cemerlang dalam BSP(C). Mereka
diberikan alaun biasiswa bernilai $1000, pembiayaan bagi program pengenalan
penyerapan seberang laut dan pengecualian daripada membayar yuran sekolah.
PROGRAM ELEKTIF BAHASA MELAYU BAGI SEKOLAH MENENGAH (EMAS)> Ditawarkan kepada para pelajar yang mengambil Bahasa Melayu Lanjutan.
> Untuk meningkatkan keupayaan berbahasa Melayu bagi para pelajar yang berbakat
supaya mereka dapat mencapai kecekapan dan pemahaman yang lebih tinggi dalam
bahasa, sastera dan budaya Melayu.
BAHASA MELAYU (PROGRAM KHAS)/BAHASA CINA (PROGRAM KHAS) [M(SP)/C(SP)]> Membolehkan para pelajar mempelajari Bahasa, seperti bahasa Melayu atau bahasa
Cina, yang bukan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa ketiga.
> Sebelum ini dibuka hanya kepada para pelajar dalam golongan 30% terbaik PTSR yang
memenuhi beberapa kriteria bahasa.
> Bermula dari tahun 2007, kriteria ini akan ditiadakan. Para pelajar Menengah 1 akan
dibenarkan mengambil satu lagi bahasa ibunda di samping Bahasa Ibunda mereka,
selagi mereka mempunyai minat dan kecenderungan.
SEKOLA
HM
ENEN
GA
H
PROGRAM BAHASA ASING> Bahasa asing yang disediakan ialah Bahasa Perancis, Bahasa Jerman dan Bahasa Jepun.
> Ditawarkan kepada para pelajar yang berada dalam golongan 10% terbaik PTSR dan
yang mempunyai kecenderungan mempelajari bahasa asing, di samping Bahasa
Inggeris dan Bahasa Ibunda.
PROGRAM ELEKTIF SENI LUKIS (AEP)> Kursus 4 tahun yang menyediakan pelajar menduduki peperiksaan Seni Lukis GCE
Peringkat ‘O’.
> Penekanan yang sama ke atas aspek-aspek praktikal dan teori Seni Lukis dan Rekabentuk,
dan ke atas pengajian visual dan kebudayaan.
PROGRAM ELEKTIF MUZIK (MEP)> Kursus 4 tahun yang menyediakan pelajar menduduki peperiksaan Muzik GCE
Peringkat ‘O’.
> Mengembangkan kemahiran persepsi para pelajar dalam mentafsirkan dan memahami
muzik. Kursus ini mendedahkan mereka kepada muzik klasik Barat dan muzik tradisional
luar Barat.
PERUBAHAN-PERUBAHAN YANG MELIBATKAN KURSUSKHAS/EKSPRES
KAWALAN YANG LEBIH KE ATAS GCE PERINGKAT ‘O’Perubahan-perubahan penting> Dari tahun 2006, MOE mula memikul lebih tanggungjawab dalam pembinaan sukatan
pelajaran dan format peperiksaan, penetapan mutu, dan pemberian gred.
> Walaupun kita mengambilalih sepenuhnya tugas pembinaan sukatan pelajaran, MOE
dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) akan terus bekerjasama
dengan Sindiket Peperiksaan Setempat Universiti Cambridge (UCLES) dalam
merekabentuk sukatan pelajaran dan menyerahkan kepada UCLES untuk menyiapkan
dan memeriksa skrip peperiksaan.
Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Menengah :25
26: Sekolah Menengah } Memupuk Setiap Kanak-kanak
Mengapa kami lakukan ini?> Supaya peperiksaan selaras dengan kurikulum. Langkah ini memastikan bahawa kita
dapat memenuhi keperluan pendidikan dan mengekalkan mutu tinggi yang dikenali
di Singapura.
SUBJEK-SUBJEK BARU GCE PERINGKAT ‘O’
Perubahan-perubahan penting> Beberapa sekolah menengah telah dibenarkan menawarkan subjek-subjek baru
Peringkat GCE ‘O’ sebagai tambahan atau untuk menggantikan subjek elektif. Mereka
boleh memilih daripada senarai subjek-subjek yang ditawarkan oleh kumpulan sukatan
pelajaran Peperiksaan Antarabangsa Cambridge untuk Peringkat ‘O’ (Cambridge
International Examination group of ‘O’ Level syllabuses). Beberapa subjek yang
kemungkinan disertakan ialah Ekonomi, Pengajian Komputer dan Drama.
> Lama-kelamaan, sekolah-sekolah dapat membina subjek-subjek baru dalam bidang-
bidang tukikan kurikulum mereka sendiri atau bergabung dengan institusi pos-
menengah yang telah diakui bagi membina subjek-subjek GCE Peringkat ‘O’ yang
baru.
Mengapa kami lakukan ini?> Untuk memberi para pelajar kita lebih banyak pilihan dalam apa yang mereka boleh
pelajari.
> Untuk membolehkan sekolah-sekolah mewujudkan tukikan kurikulum mereka sendiri.
PENGHALUSAN PADA BAHASA IBUNDA (MTL)
Kriteria kelayakan bagi Bahasa Ibunda Lanjutan (HMTL)
Perubahan-perubahan penting> Kriteria kelayakan formal bagi Bahasa
Ibunda Lanjutan telah dilonggarkan
seperti berikut:
• Golongan 10% terbaik kohort PTSR;
atau
• Golongan 11-30% terbaik kohort
PTSR yang mendapat A* bagi
Bahasa Ibunda di peringkat PTSR
atau Merit bagi Bahasa Ibunda
Latar belakang
Pendekatan mengikut kebolehan kumpulan
sasar diambil dalam pengajaran Bahasa Ibunda
supaya kita dapat memenuhi keperluan berbagai
kumpulan pelajar. Pendekatan ini membolehkan
Bahasa Ibunda diajar pada tahap dan kadar yang
sesuai bagi para pelajar yang mempunyai
latarbelakang bahasa dan kebolehan berbahasa
yang berbeza. Lima sukatan pelajaran Bahasa
Ibunda – Bahasa Ibunda Asas, Bahasa Ibunda ‘B’,
Bahasa Ibunda bagi kursus N(A), Bahasa Ibunda
dan Bahasa Ibunda Lanjutan – disediakan untuk
menggalakkan setiap rakyat Singapura
mempelajari Bahasa Ibundanya hingga ke
peringkat setinggi mana yang mungkin.
SEKOLA
HM
ENEN
GA
H
> Walaupun para pelajar tidak memenuhi kriteria kelayakan formal, pihak sekolah
mempunyai fleksibiliti untuk membenarkan mereka mengambil Bahasa Ibunda Lanjutan
jika mereka dinilai mempunyai kebolehan Bahasa Ibunda yang kukuh dan dapat
mengambil Bahasa Ibunda Lanjutan tanpa menjejas perkembangan akademik luas
mereka.
Mengapa kami lakukan ini?> Untuk membolehkan para pelajar mengambil Bahasa Ibunda Lanjutan jika mereka
mampu dan berminat. Ini akan menambah bilangan rakyat Singapura yang memahami
dengan lebih mendalam bahasa dan budaya kaum mereka.
Kriteria kelayakan bagi Bahasa Ibunda ‘B’
Perubahan-perubahan penting> Bahasa Ibunda ’B’ boleh ditawarkan dari Menengah 1.
Para pelajar yang memperolehi Gred C atau lebih
rendah dalam Bahasa Ibunda pada PTSR akan
dibenarkan mengambil Bahasa Ibunda ‘B’.
> Mereka yang mempunyai kurang keupayaan belajar,
seperti disleksia, ADHD, autisme dan cacat
pendengaran, akan dipertimbangkan juga. Para
pelajar yang mempunyai kecacatan yang teruk akan
dikecualikan sama sekali daripada keperluan Bahasa
Ibunda.
> Sekolah-sekolah menengah mempunyai fleksibiliti
untuk membenarkan para pelajar lain mengambil
Bahasa Ibunda ‘B’ setelah mempertimbangkan
kelakonan dan keupayaan berbahasa pelajar serta
tahap yang dapat dicapainya dengan usaha yang setimpal.
> Para pelajar yang memasuki semula sistem pendidikan kita (seperti para pelajar yang
kembali dari seberang laut) dan tidak mampu mengikuti sukatan pelajaran Bahasa
Ibunda juga akan dipertimbangkan untuk mengikuti sukatan pelajaran Bahasa
Ibunda ‘B’.
Mengapa kami lakukan ini?> Untuk membantu para pelajar yang terlalu lemah dalam Bahasa Ibunda supaya
pembangunan akademik mereka tidak akan terjejas kerana masa yang mereka
peruntukkan untuk mempelajari Bahasa Ibunda.
Latar belakang
Sukatan pelajaran Bahasa
Ibunda ‘B’ diperkenalkan untuk
membantu para pelajar yang
menghadapi kesukaran dalam
mempelajari Bahasa Ibunda.
Dengan penekanan ke atas
kemahiran perhubungan yang
praktikal, sukatan ini bertujuan
untuk menggalak para pelajar
supaya mempelajari Bahasa
Ibunda mereka ke tahap yang
realistik, dan mengekalkan
minat mereka dalam bahasa
dan budaya kaum mereka.
Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Menengah :27
Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Cina (CL)
Perubahan-perubahan penting> 10% ruang dalam kurikulum bagi pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah.
> Perubahan pada format peperiksaan Bahasa Cina GCE Peringkat ‘O’ bermula dari 2006
untuk mengurangkan penekanan pada penghafalan, meningkatkan ujian dalam
konteks dan menambah pertimbangan bagi komponen bertutur/mendengar.
> Penggunaan kamus elektronik bimbit bahasa Cina yang diluluskan semasa peperiksaan
karangan akan dibenarkan dalam penilaian peringkat sekolah bermula dari tahun
2006 dan dalam peperiksaan peringkat ‘O’ bermula dari 2007.
> Para pelajar Bahasa Cina dan Bahasa Cina Lanjutan boleh mengambil Sastera dalam
Bahasa Cina sebagai sebahagian daripada elektif Ilmu Kemanusiaan Gabungan bagi
GCE Peringkat ‘O’ bermula dari 2006.
Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu (ML)
Perubahan-perubahan penting> Hasil pembelajaran yang nyata menunjukkan tahap pencapaian yang berbeza.
> Bahan-bahan pengajaran dan bacaan yang akan menarik minat para pelajar.
> Perubahan pada format peperiksaan Bahasa Melayu GCE Peringkat ‘O’ bermula dari
2006 untuk mengurangkan penekanan pada penghafalan, meningkatkan ujian dalam
konteks dan menambah pertimbangan bagi komponen bertutur/mendengar.
Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Tamil (TL)
Perubahan-perubahan penting
> Bahasa pertuturan Tamil akan digunakan dalam semua perbualan antara guru dengan
pelajar dalam semua kelas Bahasa Tamil.
> Bahan-bahan pengajaran dan bacaan yang akan menarik minat para pelajar.
> Perubahan pada format peperiksaan Bahasa Tamil GCE Peringkat ‘O’ bermula dari 2006
untuk mengurangkan penekanan pada penghafalan, meningkatkan ujian dalam
konteks dan menambah pertimbangan bagi komponen bertutur/mendengar.
Mengapa kami lakukan ini?
> Untuk menjadikan Bahasa-bahasa Ibunda sebagai bahasa-bahasa “hidup” yang akan
digunakan oleh para pelajar dalam situasi harian dan menanam minat para pelajar
dalam Bahasa Ibunda dan budaya kaum mereka agar berkekalan sepanjang hayat.
28: Sekolah Menengah } Memupuk Setiap Kanak-kanak
SEKOLA
HM
ENEN
GA
H
KURIKULUM KURSUS NORMALPara pelajar kursus Normal mengikuti sama ada kurikulum Normal (Akademik) atau Normal
(Teknikal). Dalam kursus Normal (Akademik), para pelajar menawarkan 6 - 8 subjek bagi
peperiksaan GCE Peringkat ‘N’. Subjek-subjek wajib ialah Bahasa Inggeris, Bahasa Ibunda
dan Matematik. Bagi mereka yang berada dalam menengah atasan, Ilmu Kemanusiaan
Gabungan dan satu subjek Sains diwajibkan.
Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Menengah :29
KURIKULUM KURSUS NORMAL (AKADEMIK)
# hanya ditawarkan pada Men 4 & 5.
^ hanya ditawarkan pada Men 3 & 4.
~ Kerja Projek dijalankan pada waktu kurikulum tetapi tidak dinilai sebagai subjek peperiksaan.
BAHASA
MATEMATIK& SAINS
ILMUKEMANUSIAAN
& KESENIANSubjek-subjek MenengahBawah: Geografi, Sejarah,Sastera dalam BahasaInggeris, Seni Tampak,Muzik
Subjek-subjek MenengahAtas: Ilmu KemanusiaanGabungan
KEMAHIRANPENGETAHUAN
PW~
Elektif Menengah Atas:Geografi, Sejarah, Sastera dalam Bahasa
Inggeris, Sastera dalam Bahasa Cina,Seni Lukis & Rekabentuk, Muzik,
Seni Lukis Lanjutan, Muzik#,Unsur-unsur Pentadbiran
Pejabat^
Subjek-subjek MenengahAtas: Matematik, satusubjek Sains
Elektif Menengah Atas:Matematik Tambahan, pilihan SainsGabungan, Rekabentuk & Teknologi,Makanan & Pemakanan,Aplikasi Komputer^,Prinsip-prinsip Akaun
Bahasa InggerisBahasa Ibunda/Bahasa Ibunda Lanjutan/Bahasa Ibunda ‘B’ Bahasa Ketiga (pilihan – Bahasa Melayu, Bahasa Cina)
KEMAHIRANHIDUP
CCA, CIP, CME,PCCG, NE, PE
Subjek-subjek MenengahBawah: Matematik, Sains,Rekabentuk & Teknologi,Ekonomi Rumahtangga
LEGENDA
CCA Kegiatan
Ko-Kurikulum
CIP Program Khidmat
Kemasyarakatan
CME Sivik & Pendidikan
Moral
PCCG Bimbingan Kebajikan
& Kerjaya Pelajar
NE Pendidikan Nasional
PE Pendidikan Jasmani
PW Kerja Projek
30: Sekolah Menengah } Memupuk Setiap Kanak-kanak
Dalam kursus Normal (Teknikal), para pelajar menawarkan 5-7 subjek bagi peperiksaan GCE
Peringkat ‘N’. Kurikulum ini mempersiapkan mereka untuk pendidikan teknikal di Institut
Pendidikan Teknikal. Kurikulum ini bertujuan mempertingkatkan kemahiran para pelajar
dalam Bahasa Inggeris dan Matematik. Para pelajar mengambil Bahasa Inggeris, Matematik,
Bahasa Ibunda Asas dan Aplikasi Komputer sebagai subjek-subjek wajib.
KURIKULUM KURSUS NORMAL (TEKNIKAL)
KNOWLEDGESKILLS
~ Kerja Projek dijalankan pada waktu kurikulum tetapi tidak dinilai sebagai subjek peperiksaan.
BAHASA
MATEMATIK& SAINS
ILMUKEMANUSIAAN
& KESENIANSubjek-subjek MenengahBawah: Pengajian Sosial,Seni Tampak, Muzik
KEMAHIRANPENGETAHUAN
PW~Elektif Menengah Atas:Seni Lukis & Rekabentuk,Unsur-unsur PentadbiranPejabat
Subjek-subjek MenengahAtas: Matematik, AplikasiKomputer
Elektif Menengah Atas:Sains Gabungan, Pengajian Teknikal,Makanan & Pemakanan
Bahasa InggerisBahasa Ibunda Asas
KEMAHIRANHIDUP
CCA, CIP, CME,PCCG, NE, PE
Subjek-subjek MenengahBawah: Matematik, Sains,Aplikasi Komputer,Pengajian Teknikal,Ekonomi Rumahtangga
LEGENDA
CCA Kegiatan
Ko-Kurikulum
CIP Program Khidmat
Kemasyarakatan
CME Sivik & Pendidikan
Moral
PCCG Bimbingan Kebajikan
& Kerjaya Pelajar
NE Pendidikan Nasional
PE Pendidikan Jasmani
PW Kerja Projek
SEKOLA
HM
ENEN
GA
H
PERUBAHAN-PERUBAHAN YANG MELIBATKAN KURSUSNORMAL
PERKEMBANGAN DALAM KURSUS N(A)Perubahan-perubahan penting> Bermula dari tahun 2006, para pelajar N(A) yang terpilih boleh mengambil sebanyak
dua subjek peperiksaan GCE Peringkat ‘O’ dalam Menengah 4 N(A) daripada julat
subjek yang diluaskan (sila lihat jadual di bawah), dengan syarat sekolah mereka
menawarkan subjek-subjek ini. Sekolah-sekolah akan menilai para pelajar dan
mengenalpasti mereka yang layak untuk menawarkan subjek-subjek Peringkat ‘O’ ini.
> Sekolah-sekolah boleh memperkenalkan modul-moduk elektif bersama-sama dengan
institusi pendidikan pos-menengah atau agensi-agensi luar untuk mengembangkan
minat dan keupayaan para pelajar N(A) dalam bidang-bidang tertentu.
> Berdasarkan kelakonan mereka di peringkat sekolah pada akhir Menengah 2 atau
Menengah 3, pihak sekolah boleh membenarkan para pelajar N(A) mereka dinaikkan
ke Menengah 5 N(A) tanpa mengambil peperiksaan Peringkat ‘N’.
Mengapa kami lakukan ini?> Untuk memberikan para pelajar N(A) lebih banyak pilihan dalam julat subjek yang
dapat mereka tawarkan, mengikut minat dan keupayaan mereka.
> Untuk menyediakan peralihan yang tiada sekatan dari kurikulum Peringkat ‘N’ ke
Peringkat ‘O’ bagi para pelajar terbaik supaya mereka dapat menentukan pembelajaran
mereka dengan lebih baik lagi selama lima tahun dan menyertai pengalaman
pembelajaran yang lebih luas.
SUBJEK-SUBJEK PERINGKAT ‘O’
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina/Bahasa
Melayu/BahasaTamil
Bahasa Cina Lanjutan/
Bahasa Melayu Lanjutan/
BahasaTamil Lanjutan
Matematik
Matematik Tambahan
Makan & Pemakanan
Prinsip-prinsip Akaun
Rekabentuk & Teknologi
Lukisan & Rekabentuk
Muzik
Bahasa Cina (Program Khas)/
Bahasa Melayu (Program Khas)
Sains Gabungan
Ilmu Kemanusiaan Gabungan
Sastera dalam Bahasa Inggeris
Sejarah
Geografi
Sastera Cina
Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Menengah :31
32: Sekolah Menengah } Memupuk Setiap Kanak-kanak
PERKEMBANGAN DALAM KURSUS N(T)Perubahan-perubahan penting> Para pelajar N(T) boleh mengambil subjek N(A) bermula
dari tahun 2006
• Para pelajar N(T) yang terpilih, yang berupaya
menawarkan subjek-subjek di peringkat lebih tinggi
akan dibenarkan mengambil satu hingga dua subjek
N(A) dari julat penuh subjek-subjek N(A).
• Pihak sekolah akan menilai para pelajar dan
menawarkan subjek-subjek N(A) kepada mereka yang
layak.
> Kurikulum N(T) yang disemak bermula dari tahun 2007
• Akan memberikan lebih tumpuan terhadap
pembelajaran yang berorientasikan amali.
• Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh tertumpu kepada kerja berkumpulan,
persembahan lisan, daya kreatif dan banyak lagi kegiatan.
> Modul-modul Elektif (EM)
• Bertujuan untuk memperkayakan kurikulum bagi para pelajar N(T) menengah atasan.
• Modul-modul elektif selama 20 hingga 30 jam untuk mengembangkan minat dan
keupayaan para pelajar N(T) dalam bidang-bidang tertentu.
• Sekolah-sekolah boleh membangunkan modul-modul elektif bersama-sama dengan
institusi-institusi pendidikan pos-menengah atau agensi-agensi luar.
> Pemindahan dari kursus N(T) ke kursus N(A) bagi para pelajar terbaik N(T) (sila lihat
gambar rajah di muka surat 19)
• Laluan tambahan bagi pemindahan ke kursus N(A) seperti Menengah 2 N(T) ke
Menengah 2 N(A).
• Sekolah-sekolah menilai dan menawarkan pemindahan ke kursus N(A) bagi para
pelajar N(T) yang layak.
• Pemindahan semasa dari Menengah 1 N(T) ke Menengah 2 N(A) akan diteruskan.
Mengapa kami lakukan ini?> Untuk memberikan para pelajar N(T) lebih banyak pilihan untuk membantu mereka
memupuk minat dan mengembangkan bakat mereka, dan bagi mereka yang berupaya,
fleksibiliti untuk melanjutkan pembelajaran mereka dalam subjek tertentu.
> Untuk menumpukan kurikulum N(T) ke arah pembelajaran yang berorientasikan amali
supaya selaras dengan pendekatan para pelajar N(T) terhadap pembelajaran.
> Untuk menyediakan lebih banyak peluang peralihan lateral dari N(T) ke N(A) bagi
pemindahan antara kedua-dua kursus ini.
Latar belakang
Kursus N(T) memenuhi
keperluan para pelajar
yang lebih cenderung
dalam bidang teknikal.
Kursus ini memberikan
mereka peluang
menamatkan pendidikan
asas dalam masa 10 tahun
dan menyiapkan mereka
bagi pendidikan pos-
menengah di ITE.
SEKOLA
HM
ENEN
GA
H
Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Menengah :33
DARI PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH KE PENDIDIKANPOS MENENGAH
PILIHAN PENDIDIKAN POS MENENGAHMaktab Rendah (JC) dan Institut Pusat (CI)> Bagi para pelajar yang cenderung dalam bidang akademik dan mempunyai kelayakan
GCE Peringkat ‘O’ yang diperlukan. Maktab-maktab Rendah juga mengiktiraf bakat
istimewa dan kecenderungan melalui pengambilan masuk mengikut budi bicara (sila
lihat muka surat 34).
> Menawarkan kursus pra-universiti maktab rendah selama 2 tahun/institut pusat selama
3 tahun yang mengarah kepada peperiksaan GCE Peringkat ‘A’.
Politeknik> Bagi para pelajar yang ingin mendapatkan latihan berorientasikan gunaan dan amali
dan mempunyai kelayakan GCE Peringkat ‘O’ yang diperlukan. Bermula dari 2006,
politeknik-politeknik boleh mengambil masuk sehingga 5% pelajar mereka berdasarkan
bakat istimewa dan kecenderungan pelajar.
> Kursus 3 tahun merupakan suatu norma.
> Graduan lulusan politeknik dengan gred-gred yang baik berpeluang melanjutkan
pendidikan ke peringkat universiti.
Institut Pendidikan Teknikal (ITE)> Bagi para pelajar yang mempunyai sijil-sijil GCE Peringkat ‘O’ atau ‘N’.
> Menawarkan kursus-kursus teknikal atau vokasional dari 1 hingga 2 tahun.
> Para pelajar yang lulus dengan cemerlang boleh meneruskan pendidikan mereka ke
politeknik untuk mengikuti program-program diploma. Calon-calon yang layak juga
boleh mara ke universiti.
UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUTmengenai permohonan ke JC/CI, Politeknik dan ITE:
> http://www.moe.gov.sg/esp/schadm/jae
34: Sekolah Menengah } Memupuk Setiap Kanak-kanak
PENGAMBILAN MASUK KE MAKTAB RENDAH MENGIKUT BUDI BICARAPengambilan Masuk mengikut budi bicara membenarkan JC mengambil masuk peratusan
tertentu para pelajar dengan menggunakan kriteria pemilihan peringkat sekolah mereka.
Perubahan-perubahan penting> Bagi pengambilan masuk mengikut budi bicara ke JC 1, para pelajar dipilih semasa
Latihan Pengambilan Masuk ke Sekolah secara Langsung dengan menggunakan
kriteria peringkat sekolah, sebelum latihan pengambilan masuk pusat.
> Maktab Rendah Bebas mempunyai autonomi mengambil masuk sehingga 20% pelajar
mereka di JC 1 sebelum latihan pengambilan masuk pusat. Maktab-Maktab Rendah
lain mempunyai autonomi mengambil masuk sehingga 10% pelajar mereka di JC 1.
> Maktab Rendah dengan Program Bersepadu (IP) yang bermula dari Menengah 3 (iaitu
IP Tahun 1) mempunyai autonomi penuh untuk memilih semua pelajar IP Tahun 1
mereka dengan menggunakan kriteria peringkat sekolah.
Mengapa kami lakukan ini?> Untuk memberikan sekolah-sekolah kita lebih fleksibiliti mengiktiraf julat pencapaian
dan bakat yang lebih berbeza. Di samping itu, kita ingin menggalakkan para pelajar
supaya lebih berusaha dalam minat dan bakat mereka yang istimewa.
* Yuran rampaian tahap kedua ditetapkan oleh pihak sekolah. Jumlah maksima yang boleh dikenakan adalah 100% yuran rampaian
biasa. Para pelajar boleh menggunakan akaun Edusave mereka untuk membayar yuran rampaian tahap kedua ini.
^ Para pelajar boleh menggunakan akaun Edusave mereka untuk membayar sebahagian daripada yuran Sekolah Bebas yang berlebihan
daripada yuran sekolah dan yuran rampaian yang biasa bagi sekolah-sekolah menengah Pemerintah dan Bantuan Pemerintah.
Skim bantuan kewangan disediakan untuk membantu para pelajar yang memerlukannya untuk membayar yuran. Ibu bapa yang
ingin memohon bantuan kewangan boleh berhubung dengan sekolah anak mereka untuk mendapatkan borang permohonan.
FAKTASEGERA
Kerja projek telah membantu saya
dan rakan-rakan sedarjah saya
meningkatkan kemahiran kami
dalam bekerjasama, belajar secara
berdikari dan berkomunikasi.
“
”
PENDIDIKAN PRA-UNIVERSITI
1. Pendidikan selama 2-3 tahun
2. Yuran sekolah selepas subsidi: $6.00
Yuran Rampaian biasa: $11.00
Yuran Rampaian tahap kedua*: $11.00
Maktab Rendah Bebas mengenakan skala yuranyang berbeza. Julat yuran bagi para pelajartempatan (tidak termasuk yuran rampaian) padatahun 2006 adalah $225 - $400 sebulan^
3. Peperiksaan nasional: GCE Peringkat ‘A’
4. Semua pelajar mengambil sekurang-kurangnya satu CCA; kelakonan dalam CCAdiambil kira bagi penerimaan masuk keuniversiti
PENDIDIKAN PRA-UNIVERSITI
36: Pra-Universiti } Memupuk Setiap Kanak-kanak
menyediakan para pelajar bagi peperiksaan GCE Peringkat ‘A’ padaakhir kursus 2 tahun di maktab rendah atau 3 tahun di institut pusat.Para pelajar yang tamat pendidikan prauniversiti mereka akan menerimaSijil Tamat Sekolah (lihat muka surat 22).
KURIKULUM GCE PERINGKAT ‘A’
LEGENDA
CCA Kegiatan
Ko-Kurikulum
CDP Program
Pembangunan
Perwatakan
PCCG Bimbingan Kebajikan
& Kerjaya Pelajar
NE Pendidikan Nasional
PE Pendidikan Jasmani
GP Kertas Am
PW Kerja Projek
KI Pengetahuan &
KajianUntuk keterangan lanjut mengenai subjek-subjek Peringkat ‘A’,
sila rujuk pada muka surat 40 and 41.
LATAR BELAKANGBermula dari tahun 2006,kurikulum GCE Peringkat ‘A’yang lebih luas dan fleksibeltelah diperkenalkan bagiPra-U 1 untuk menggalakkanpendekatan baharu terhadappembelajaran danmembangunkan julatkemahiran yang lebih luasdalam diri para pelajar. Parapelajar akan dicabar supayaberfikir secara kritis dankreatif.
BAHASA
MATEMATIK& SAINS
ILMUKEMANUSIAAN
& KESENIANseperti Seni Lukis,Ekonomi, Geografi,Sejarah, Sastera dalamBahasa Inggeris,
Muzik, PengajianTeater & Drama
KEMAHIRANHIDUP
CCA, CDP, Civics,PCCG, NE, PE
KEMAHIRANPENGETAHUAN
KI
seperti Biologi,Kimia, Fizik,Matematik,KemahiranKomputer
PWGP
Bahasa IbundaBahasa Ketiga
RANGKA BAGI KURIKULUM BARU GCE PERINGKAT ‘A’TAHUN 2006
PRA-U
NIVERSITI
PERINGKAT PENGAJIAN YANG BERBEZAPerubahan-perubahan penting> Para pelajar boleh memilih subjek-subjek pada tiga peringkat pengajian yang berbeza:
Lanjutan 1 (H1), Lanjutan 2 (H2) dan Lanjutan 3 (H3).
Memupuk Setiap Kanak-kanak { Pra-Universiti :37
BULATAN DALAM memusat pada
kemahiran-kemahiran hidupmemastikan agar para pelajar
memperoleh nilai-nilai dan
kemahiran-kemahiran yang kukuh
yang membentuk mereka sebagai
orang dewasa yang
bertanggungjawab dan
warganegara yang aktif. Ianya
terdiri daripada kurikulum bukan
akademik.
BULATAN TENGAH mengenai
kemahiran-kemahiranpengetahuan yang bertujuan
untuk membangunkan
kemahiran-kemahiran berfikir,
memproses dan berkomunikasi
para pelajar. Ini membolehkan
para pelajar menganalisis dan
menggunakan maklumat dan
mampu mengetengahkan
pendapat dan idea-idea mereka
dengan jelas dan berkesan. Ianya
terdiri daripada subjek-subjek
berdasarkan kemahiran.
BULATAN LUAR meliputi disiplinsubjek-subjek berdasarkankandungan iaitu Bahasa, Ilmu
Kemanusiaan & Kesenian, dan
Matematik & Sains. Ianya
memastikan agar para pelajar
memperoleh asas yang mantap
dalam kandungan pelbagai
cabang ilmu.
38: Pra-Universiti } Memupuk Setiap Kanak-kanak
SEKILAS PANDANG
Semua pelajar akan menawarkan:
GP, PW dan MTL pada peringkat H1
3 subjek kandungan H2 ) sekurang-kurangnya 1
1 subjek kandungan H1 ) daripada disiplin berkontras
Jumlah bilangan subjek: 7 (3 H2 + 4 H1)
Contoh kombinasi subjek
Contoh A
H2 Fizik
H2 Kimia
H2 Matematik
H1 Lukisan (subjek berkontras)
MTL
GP
PW
Contoh B
H2 Ekonomi
H2 Sejarah
H2 Matematik (subjek berkontras)
H1 Pengajian Am dalam Bahasa Cina
MTL
GP
PW
> Di samping GP, PW, dan MTL* di peringkat H1, para pelajar dikehendaki menawarkan
tiga subjek H2 dan 1 subjek H1 yang berasaskan kandungan, dengan sekurang-
kurangnya satu daripada subjek yang dipilih daripada disiplin yang berkontras. Sebagai
contoh, seorang pelajar yang menawarkan tiga subjek daripada kumpulan Matematik
& Sains perlu menawarkan satu subjek daripada kumpulan Ilmu Kemanusiaan &
Kesenian, dan sebaliknya. Subjek yang berkontras boleh berada di tahap H1 atau H2.
H1: Setara dengan separuh
kandungan subjek H2 tetapi
setanding dari segi standard
akademik dengan subjek-
subjek H2.
Bagi tujuan perluasan, untuk
mendalami minat pelajar
dalam bidang yang tidak
diingini sebagai bidang
pengkhususan , atau
memperoleh pengetahuan
dan kemahiran asas dalam
subjek yang akan menyokong
pengajian mereka di universiti.
H2: Setara dengan standard
subjek-subjek Peringkat ‘A’
sebelum 2006.
H3: Subjek-subjek yang
mempunyai pelbagai peluang
pembelajaran (seperti
kandungan lanjutan, kertas
kajian, modul universiti).
Bagi membolehkan para
pelajar mengambil subjek di
mana mereka boleh mencapai
kecemerlangan pada
peringkat lebih tinggi. Para
pelajar yang ingin mengambil
subjek H3 perlu menawarkan
subjek sepadan di peringkat
H2.
Memupuk Setiap Kanak-kanak { Pra-Universiti :39
KERJA PROJEK (PW)
• Para pelajar akan menggabungkan
pengetahuan daripada pelbagai bidang
pembelajaran dan menggunakannya
dalam situasi hidup yang nyata.
• Menggalakkan kerjasama, pembelajaran
bebas dan kemahiran-kemahiran
berkomunikasi.
• Ditawarkan sebagai subjek H1.
• Diwajibkan bagi semua pelajar.
PENGETAHUAN & KAJIAN (KI)
• Para pelajar akan mengkaji sifat-sifat
dan pembentukan ilmu pengetahuan.
• Menggalakkan kerja-kerja penyelidikan
dan penilaian dalam bidang-bidang
sains, sains kemasyarakatan, matematik,
dan ilmu estetik.
• Membentuk kemahiran-kemahiran
berfikir secara kritis.
• Ditawarkan sebagai satu subjek H2
sebagai ganti kepada GP.
• Ditawarkan sebagai subjek H2 yang
keempat bagi para pelajar yang
berminat.
• Boleh digunakan sebagai subjek yang
berkontras.
> Para pelajar akan diuji dalam kesemua subjek pilihan mereka dalam satu pengambilan
pada akhir pendidikan prauniversiti mereka. Bagaimanapun, mereka boleh memilih
untuk mengambil satu subjek kandungan H1 (sebagai tambahan kepada Bahasa
Ibunda) setahun lebih awal.
> Para pelajar yang berminat untuk meluaskan julat subjek dan pengalaman intelek
mereka boleh menawarkan kurikulum yang diperluaskan:
• Mengambil satu lagi subjek tambahan H1 atau H2 atau
• Membuat pengkhususan lanjut dengan menawarkan sehingga 2 subjek H3.
KEMAHIRAN ILMU PENGETAHUANPerubahan-perubahan penting> Bidang baharu pelajaran yang menumpukan secara eksplisit terhadap membangunkan
kemahiran-kemahiran bertahap tinggi: pemikiran konsepsi, kemahiran-kemahiran
memproses pengetahuan lain dan kemahiran-kemahiran berkomunikasi.
> Subjek-subjek termasuk Kerja Projek (PW) dan Pengetahuan & Kajian (KI).
* Para pelajar dikecualikan daripada mengambil peperiksaan Bahasa Ibunda (H1 MTL) jika mereka mendapat gred D7 atau
lebih baik bagi Bahasa Ibunda Lanjutan (HMTL) dalam peperiksaan GCE Peringkat ‘O’ atas sebab mereka dikirakan sudah
memenuhi syarat kelulusan H1 MTL. H1 MTL tidak boleh digantikan dengan subjek lain kerana ia merupakan subjek yang
penting dalam kurikulum ‘A’ level.
PRA-U
NIVERSITI
40: Pra-Universiti } Memupuk Setiap Kanak-kanak
SUBJEK-SUBJEK PERINGKAT ‘A’ PADA TAHAP-TAHAP H1, H2 DAN H3 BAGIKURIKULUM TAHUN 2006
Sukatan pelajaran yang dibangunkan MOE
SUBJEK TAHAPH1 H2 H3
Seni Lukis
Biologi
Kimia
Bahasa Cina
Bahasa dan Sastera Cina
Kemahiran Komputer
Ekonomi
Bahasa Perancis
Kertas Am (GP)
Pengajian Am dalam Bahasa Cina
Geografi
Bahasa Jerman
Sejarah
Sejarah (Bahasa Cina)
Sejarah Sastera Cina
Bahasa Jepun
Pengetahuan & Kajian (KI)
Sastera dalam Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
Bahasa dan Sastera Melayu
Pengurus Perniagaan*
Matematik
Muzi
Fizik
Prinsip-Prinsip Akaun*
Kerja Projek (PW)
Bahasa Tamil
Bahasa & Sastera Tamil
Pengajian Teater dan Drama
*Hanya ditawarkan di Institut Millenia
Memupuk Setiap Kanak-kanak { Pra-Universiti :41
Ekonomi Pengurusan NUS, Goepolitik NUS: Geografi
Peperangan dan Kedamaian, Ekonomi dan Ruang NUS,
Penggunaan dan Pembangunan Tanah Bandar NUS,
Penghayatan dan Kritikan Sastera NUS, Program Penyelidikan
H3 Ilmu Kemanusiaan dan Sains Kemasyarakatan NUS
Genetik Molekular NUS, Biodiversiti NUS, Kimia Fisikal Asas
NUS, Fizik IV NUS, Dasar-Dasar Matematik NUS, Algebra
Linear I NUS, Program Penyelidikan H3 Sains NUS, Latihan
dan Penyelidikan Sains NJC (STaR), Penyelidikan Sains
NUS - A*STAR - VJC
Ilmu Kemanusiaan &
Kesenian
Matematik & Sains
PROGRAM-PROGRAM H3 OLEH RAKAN KONGSI MOE
Subjek-subjek H1/H2 dibawah kumpulan Matematik & Sains
Subjek-subjek H1/H2 dibawah kumpulan Ilmu Kemanusiaan & Kesenian
Subjek yang boleh digunakan sebagai subjek berkontras bagi kedua-dua kumpulan Matematik &
Sains dan kumpulan Ilmu Kemanusiaan & Kesenian
Subjek-subjek kemahiran proses dan kemahiran bahasa H1 yang tidak dianggap subjek-subjek
berteraskan kandungan
Subjek-subjek H3
CATITAN: Bahagian-bahagian yang tidak diwarnakan menandakan bahawa subjek itu tidak ditawarkan pada peringkat itu.
PRA-U
NIVERSITI
BAGI PARA PEMOHON PERINGKAT ‘A’
Pengambilan masuk bagi 2006-2007:
• Keputusan GCE Peringkat ‘A’ :
- Kriteria permohonan minima: Lulus
dalam sekurang-kurangnya 2 subjek
Peringkat ‘A’ serta Kertas Am (GP) dalam
satu pengambilan dan juga dalam
Bahasa Ibunda (MTL).
- Gred dalam subjek-subjek berikut akan
diambil kira bagi penerimaan masuk:
Kertas Am (GP) dan 3 subjek-subjek
peringkat ‘A’. Gred Bahasa Ibunda (MTL)
boleh disertakan untuk pertimbangan.
- Kemahiran Bahasa Ibunda (MTL) minima
yang diperlukan: D7 dalam MTL atau
lulus dalam MTL ‘B’ atau D7 dalam Bahasa
Ibunda Lanjutan GCE Peringkat ‘O’.
• Kerja Projek
• Prestasi dalam CCA (dipertimbangkan
secara kualitatif mulai 2007)
• Kriteria tambahan bagi memasuki fakulti
seperti temu duga atau ujian kebolehan
Pengambilan masuk bagi 2008:
• Keputusan GCE Peringkat ‘A’:
- Kriteria permohonan minima: Lulus
dalam 2 subjek H2, serta pengambilan
Kertas Am (GP) atau KI dalam satu
pengambilan, dan juga dalam
Bahasa Ibunda (MTL).
- Gred dalam subjek-subjek berikut akan
diambil kira bagi penerimaan masuk: 3
subjek H2 dan 1 subjek H1 berasaskan
kandungan (sekurang-kurangnya salah
satu daripada subjek tersebut mesti dari
bidang yang berkontras), Kertas Am (GP)
atau KI, PW. Gred Bahasa Ibunda (MTL)
boleh disertakan untuk dipertimbangkan.
- Kemahiran Bahasa Ibunda (MTL) minima
yang diperlukan: Gred ‘S’ dalam H1 MTL
atau lulus dalam MTL ‘B’ atau D7 dalam
Bahasa Ibunda Lanjutan GCE
Peringkat ‘O’.
• Prestasi dalam CCA (dipertimbangkan
secara kualitatif )
• Kriteria tambahan bagi memasuki fakulti
seperti temu duga atau ujian kebolehan
42: Pra-Universiti } Memupuk Setiap Kanak-kanak
BAGI LULUSAN POLITEKNIK
• Keputusan Politeknik
• Keputusan GCE Peringkat ‘O’
• Prestasi dalam CCA (dipertimbangkan secara kualitatif mulai 2007)
• Kriteria tambahan bagi memasuki fakulti seperti temu duga atau ujian kebolehan
DARI PENDIDIKAN PRA-UNIVERSITI KE PENDIDIKANUNIVERSITI
Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menjalankan
latihan kemasukan masing-masing di bawah kerangkaan kemasukan universiti yang luas
untuk para pelajar lepasan peringkat ‘A’ dan politeknik seperti berikut:
UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUTmengenai permohonan ke NUS, NTU dan SMU, sila rujuk kepada lelaman universiti-
universiti berkenaan:
> http://www.nus.edu.sg
> http://www.ntu.edu.sg
> http://www.smu.edu.sg
NUS dan NTU juga mempunyai autonomi untuk mengambil masuk sehingga 10% daripada
jumlah pelajar masing-masing berdasarkan kriteria bebas mereka sendiri.
Universiti Pengurusan Singapura (SMU) mempunyai autonomi untuk menentukan kriteria
penerimaan masuknya sendiri.
Memupuk Setiap Kanak-kanak { Pra-Universiti :43
PRA-U
NIVERSITI
44: Lelaman Berguna } Memupuk Setiap Kanak-kanak
UMUM> Lelaman Kementerian Pendidikan (MOE)
http://www.moe.gov.sg
> Perkhidmatan Penerangan mengenai Sekolah – keterangan mengenai program-
program dan kegiatan CCA yang ditawarkan oleh sekolah-sekolah
http://www.moe.gov.sg/schdiv/sis
PENDAFTARAN SEKOLAH
> Buku Kecil Penempatan Menengah 1– keterangan mengenai pengambilan masuk ke
sekolah menengah secara umum
http://www.moe.gov.sg/esp/schadm/sec1/pslemain.htmv
> Latihan Pengambilan Masuk Bersama – keterangan mengenai pengambilan masuk ke
JC/CI, politeknik dan ITE
http://www.moe.gov.sg/esp/schadm/jae
PEPERIKSAAN
> Lelaman Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapure (SEAB) – keterangan mengenai
sukatan pelajaran peperiksaan, pendaftaran dan yuran
http://www.seab.gov.sg
LELAMAN BERGUNA