Memelihara Ikan Bukanlah Satu Perkara Yang Asing Bagi Peminat Setia Ikan

2
Memelihara ikan bukanlah satu perkara yang asing bagi peminat setia ikan. Pasti ada sahaja ikan yang akan diambil untuk dibuat perhiasan sebagai terapi menghilangkan tekanan. Akan tetapi, membela ikan juga seperti menjaga haiwan peliharaan lain, memerlukan beberapa perhatian penting. Jika tidak mahu ikan peliharaan anda 'terapung' selepas dua hari, boleh ikuti beberapa tip berguna ini. Jangan Hias Keterlaluan Seeloknya jangan letakkan perhiasan yang tidak diperlukan. Pastikan anda tahu bagaimana cara untuk membuatkan ikan anda sihat di dalam akuarium tersebut dan bukan membuatkan ia tersepit. Anda juga boleh dapatkan bantuan daripada pekedai yang menjual ikan dan barangan akuarium. Perlu diingat, spesis ikan berbeza memerlukan penjagaan yang berlainan. Penapis akuarium Beli penapis air akuarium yang terbaik yang mampu anda beli sesuai dengan bajet kerana ia akan memberikan penjimatan di masa hadapan. Ia berfungsi untuk menapis dan memastikan air akuarium sentiasa bersih. Ia juga memastikan tiada bakteria membiak seterusnya membahayakan ikan-ikan anda. Selengara akuarium Tahukah anda, lebih besar saiz akuarium, lebih mudah untuk ia diselenggara. Hal ini kerana jika kandungan bahan kotor seperti najis ikan akan menjadi tidak begitu ketara dengan kandungan air yang banyak. Elakkan meletak akuarium anda di kawasan yang boleh terkena pancaran matahari. Ini kerana algae akan mudah terbentuk dan menyebabkan suhu air meningkat dan ini akan membahayakan ikan di akuarium anda. Makanan Ha, bila tiba bab makan memang penting! Elak dari memberi makan berlebihan kepada ikan anda. Jika terdapat makanan berlebihan yang tidak dimakan oleh ikan, ia boleh mencemarkan air di dalam akuarium. Oleh itu, berilah makanan mengikut jadual sepatutnya. Seeloknya biarkan hanya seorang daripada ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang ditugaskan untuk memberi makan kepada ikan untuk mengelakkan makanan yang belebihan. Kebersihan air

description

Tip memelihara ikan

Transcript of Memelihara Ikan Bukanlah Satu Perkara Yang Asing Bagi Peminat Setia Ikan

Page 1: Memelihara Ikan Bukanlah Satu Perkara Yang Asing Bagi Peminat Setia Ikan

Memelihara ikan bukanlah satu perkara yang asing bagi peminat setia ikan. Pasti ada sahaja ikan yang akan diambil untuk dibuat perhiasan sebagai terapi menghilangkan tekanan. Akan tetapi, membela ikan juga seperti menjaga haiwan peliharaan lain, memerlukan beberapa perhatian penting. Jika tidak mahu ikan peliharaan anda 'terapung' selepas dua hari, boleh ikuti beberapa tip berguna ini. Jangan Hias KeterlaluanSeeloknya jangan letakkan perhiasan yang tidak diperlukan. Pastikan anda tahu bagaimana cara untuk membuatkan ikan anda sihat di dalam akuarium tersebut dan bukan membuatkan ia tersepit. Anda juga boleh dapatkan bantuan daripada pekedai yang menjual ikan dan barangan akuarium. Perlu diingat, spesis ikan berbeza memerlukan penjagaan yang berlainan. Penapis akuariumBeli penapis air akuarium yang terbaik yang mampu anda beli sesuai dengan bajet kerana ia akan memberikan penjimatan di masa hadapan. Ia berfungsi untuk menapis dan memastikan air akuarium sentiasa bersih. Ia juga memastikan tiada bakteria membiak seterusnya membahayakan ikan-ikan anda. Selengara akuariumTahukah anda, lebih besar saiz akuarium, lebih mudah untuk ia diselenggara. Hal ini kerana jika kandungan bahan kotor seperti najis ikan akan menjadi tidak begitu ketara dengan kandungan air yang banyak. Elakkan meletak akuarium anda di kawasan yang boleh terkena pancaran matahari. Ini kerana algae akan mudah terbentuk dan menyebabkan suhu air meningkat dan ini akan membahayakan ikan di akuarium anda. MakananHa, bila tiba bab makan memang penting! Elak dari memberi makan berlebihan kepada ikan anda. Jika terdapat makanan berlebihan yang tidak dimakan oleh ikan, ia boleh mencemarkan air di dalam akuarium. Oleh itu, berilah makanan mengikut jadual sepatutnya. Seeloknya biarkan hanya seorang daripada ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang ditugaskan untuk memberi makan kepada ikan untuk mengelakkan makanan yang belebihan. Kebersihan airBak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati. Konsep yang sama digunakan dalam hal ini. untuk mengelakkan ikan anda daripada sakit dijangkiti kuman atau apa-apa yang tidak sepatutnya. Pastikan air di dalam akuarium ditukar setiap 2 minggu. Pastikan segala alat perhiasan juga penapis dibersihkan dengan

Page 2: Memelihara Ikan Bukanlah Satu Perkara Yang Asing Bagi Peminat Setia Ikan

betul. Pastikan juga kualiti air sentiasa diuji agar anda tahu kondisi sebenar ikan kesayangan anda. Memang bukan mudah untuk memelihara ikan, namun tanggungjawab dan disiplin boleh membantu. Jangan panik jika terjadi apa-apa yang pelik kepada ikan anda. Sebaliknya dapatkanlah ubat dan penyelesaiannya. Mereka juga ingin hidup selesa dan sihat sepertimana kita.

ARTIKEL BERKAITANo Tasik Kenyir sudah tiada?o Pari & Ketuka Bukan Anak-Beranako Tip & Teknik Jerat Kerapu Di Tambak Berbatuo Selamatkah Jaket Keselamatan Anda?o Ikan Pun Boleh Lemas?