MEMBUAT REKAAN DAN CORAK
-
Upload
sarmiah-ahmad -
Category
Documents
-
view
223 -
download
3
description
Transcript of MEMBUAT REKAAN DAN CORAK
Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013
PENDAHULUAN
Antara matlamat gagasan Wawasan 2020 adalah menekankan kepentingan
melahirkan warga Malaysia yang kreatif dan inovatif. Begitu juga dengan Falsafah
Pendidikan Negara yang memberikan penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai
individu yang kreatif dan inovatif bagi membangunkan Negara.
Usaha yang disarankan ini didapati sangat releven dengan aspirasi Pendidikan
Seni Visual keranan subjek ini dilihat sebagai satu cabang disiplin yang membolehkan
fikiran kreatif berkembang kerana sifatnya yang tidak konservatif. Menurut Hoffa (1964)
aktiviti dalam Pendidikan Seni adalah landasan terbaik bagi proses pembelajaran di
sekolah untuk mengembangkan kreativiti di kalangan murid. Melaluinya, murid bebas
dan berpeluang melakukan eksplorasi bagi menghasilkan sesuatu karya yang baik.
Dalam konteks ini, guru-guru Pendidikan Seni Visual perlu berperanan
memupuk, membimbing dan mengembangkan minat murid dalam mata pelajaran ini.
Guru-guru perlu menguasai kaedah-kaedah yang dapat merangsang minda ke arah
pembentukan individu kreatif.
Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013
BIDANG : REKAAN DAN CORAK
PENGENALAN
Corak dan rekaan merupakan salah satu bidang kegiatan dalam Pendidikan Seni
Visual di sekolah rendah. Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid
memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikan corak ini
menjadi suatu rekaan lain.
Secara asasnya, tanpa corak dan rekaan, hasil seni samada yang tradisional
mahupun yang mengikut zaman tidak akan terhasil. Dalam erti kata lain, corak dan
rekaan merupakan asas utama dalam menghasilkan sesuatu hasil karya seni.
DEFINISI
Corak ialah susunan motif sama ada secara terancang, teratur atau secara
bebas. Oleh itu, corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak
Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada Motif Tidak Bebas atau Corak
Tidak Terancang.
Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau
gubahan. Ia terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik. Corak
tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-
nama tertentu yang berunsur tradisi.
Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013
JENIS MOTIF DALAM CORAK DAN REKAAN
Motif-motif dalam corak dan rekaan terdiri daripada :
1. Alam semulajadi ciptaan Tuhan seperti bunga siput, buah mangga, daun Siti
Fatimah Bunga Teratai, kayu, serangga dan haiwan.
2. Rupa atau bentuk bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan
gunting.
3. Bentuk asas seperti bulat, segitiga dan segiempat dan geometri.
4. Rupa dan bentuk abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka.
5. Rupa atau bentu barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.
KEPENTINGAN CORAK DAN REKAAN
Murid dapat memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan
mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan yang lain. Corak dan rekaan tersebut
boleh juga dipadankan di dalam bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan
sebagainya.
Membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan
kehidupan seharian dan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan
rekaan corak tertentu.
Memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak
terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek aspresiasi
hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran.Kegiatan ini boleh
dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan
Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013
TUJUAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
1. Perilaku
Memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu.
Mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas.
Memilih dan mendapatkan benda-benda untuk dijadikan bahan bagi
menghasilkan gubahan seni.
Melukis mengikut sifat semulajadi sesuatu benda.
Membezakan jenis corak tertentu
Menggunakan beraneka jenis bahan dan alat untuk membuat corak.
Mengatur corak.
Mencipta sesuatu karya yang digemari.
Membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak.
Mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya koordinasi mata
dan tangan yang baik untuk menghasilkan karya seni.
Melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secara
terperinci terhadap ciptaan tersebut.
Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013
2. Persepsi
Prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan dan
kepelbagaian, kesatuan, dan kontras dalam penghasilan corak.
Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan.
Memahami dan menyedari corak pada alam sekitar.
Memahami konsep penyusunan motof dalam mencorak.
Memperkukuh cita rasa terhadap unsure-unsur seni dalam rekaan yang baik.
Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan.
Menyedari adanya pelbagai jalinan dalam membuat corak.
Menyedari adanya perkaitan antara warna dan rekaan corak.
Merujuk alam semulajadi sebagai sumber idea.
Menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan
kaitannya dengan kehidupan mereka.
3. Pengetahuan Budaya
Mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah.
Mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraf
tradisional.
Mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsur tradisional pada
alat kegunaan harian.
Mengenal dan membuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf
tradisional.
Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013
PENGHASILAN CORAK
Terdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu :
a. Corak Terancang
b. Corak Tidak Terancang
a. Corak Terancang
Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun secara teratur dan
dalam ssusunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai
pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan
corak.
Antara corak terancang adalah seperti :
• lukisan
• catan
• cetakan
capan
resis
• kolaj
• lipatan dan guntingan
• Kaligrafi
Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013
b. Corak Tidak Terancang
Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu.
Antara corak tidak terancang adalah seperti berikut :
• Renjisan dan percikan
• Pualaman
• Ikatan dan celupan
• Titisan
• Tiupan
• lipatan
ALAT DAN BAHAN
Alat ditakrifkan sebagai barang yang diperlukan atau digunakan untuk
menghasilkan sesuatu dan merupakan satu kelengkapan untuk memenuhi
keperluan mengajar untuk mencapai sesuatu maksud atau matlamat dalam
pengajaran.
Bahan ditakrifkan sebagai sesuatu atau beberapa benda yang digunakan untuk
menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan yang dijadikan rujukan untuk
tujuan pembelajaran. Bahan juga didefinisikan sebagai bahan perantaraan yang
digunakan untuk menghasilkan karya seni dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013
AKTIVITI PILIHAN :
Melalui tugasan ini saya memilih atau memfokuskan kepada dua aktiviti iaitu:
i. Lukisanii. Resis
LUKISAN
Konsep
Lukisan merupakan bentuk seni halus yang tertua sekali. Lukisan adalah proses
melukis dengan menggunakan teknik lorekan ton, melakar garisan dan gosokan
menggunakan alat tulis yang kering ke atas sesuatu permukaan. Komponen alat dan
media yang digunakan ialah pensel, arang, pen, pensel warna, kertas dan kanvas.
Lukisan boleh dihasilkan menggunakan dua cara iaitu :
Lukisan Tanpa Warna
Lukisan Berwarna
Lukisan tanpa warna dihasilkan menggunakan alatan melukis seperti pensel,
arang, pen dan dakwat, pen teknikal dan sebagainya. Bagi lukisan berwarna, media
yang digunakan ialah pensel warna, krayon, pastel dan sebagainya. Lukisan boleh
dihasilkan menggunakan garisan, atau ton atau kedua-duanya sekali. Ton boleh
dihasilkan dengan menggunakan garisan-garisan, titik-titik, lorekan dan gosokan.
Lukisan siap menggunakan arang, pensel, pastel dank rayon biasanya disapu atau
disembur menggunakan pemati (fixative) supaya kesan lukisan tidak akan hilang
apabila disentuh. Antara jenis pemati yang digunakan ialah ‘spray clear’.
Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013
TEKNIK-TEKNIK MELUKIS
Terdapat beberapa teknik melukis dalam aktiviti ini seperti :
Teknik garisan silang - himpunan garisan-garisan yang bersilang
menghasilkan kesan ton.
Teknik Titik – hanya titik-titik sahaja digunakan untuk menghasilkan bentuk dan
ton.
Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013
Teknik Lorekan – teknik yang biasa digunakan dengan melorek kawasan objek
yang gelap untuk menunjukkan ton.
Teknik Gosokan – meletakkan kertas lukisan di atas permukaan yang
mempunyai jalinan yang diingini dan menggosoknya menggunakan alat melukis.
Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013
Teknik Campuran – lukisan dihasilkan dengan menggunakan campuran alat/
media melukis dan teknik-teknik yang berlainan.
Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013
ALAT, MEDIA DAN BAHAN
Berikut merupakan bahan yang sering digunakan bagi menghasilkan sesebuah lukisan :
Pensel Adalah sejenis pensel jenis keras.
Pensel B (2B – 8B) Adalah sejenis pensel lembut
Pensel Warna Terdiri daripada pelbagai jenis warna
Arang Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan
Pen dan dakwat Mempunyai kesan garisan yang lebih halus dan jelas
Soft Pastel Didapati dalam pelbagai warna dan mempunyai kesan
lembut
Krayon Juga lembut dan mempunyai kesan lilin
Pen Marker Menghasilkan kesan garisan yang tebal
Marker pelukisan
(rendering marker)
Untuk mewarna lukisan
Kapur Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal
Dua kategori peralatan melukis
Berikut adalah jenis-jenis kertas lukisan :
Alat, Media dan Bahan
Semulajadi
ArangBatuKapurTanah
Buatan Manusia
PenPen markerKomputerPastelKrayon
Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013
(i) Kertas lukisan biasa – mempunyai permukaan yang sesuai untuk pensel,
pen, arang dan krayon lembut.
(ii) Kertas cat air – terdapat dalam pelbagai gred kelicinan. Kertasnya tebal dan
bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan.
(iii) Bod Bristol – merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta
untuk pen.
(iv) Kertas Ledger Bond – kertas lukisan yang mempunyai beraneka jenis
permukaan iaitu licin, sederhana kasar dan kasar.
(v) Kertas Ingres – kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia
terdapat dalam pelbagai warna yang cerah seperti kelabu, merah jambu, biru
dan sebagainya. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel.
(vi) Lain-lain kertas seperti ‘brown paper’, kertas komputer, kertas arkitek, kertas
taip, kertas fotokopi, kertas surat khabar.
Melalui aktiviti lukisan yang dipilih, saya menggunakan teknik lorekan untuk
Hasil Karya Akhir bagi menghasilkan bentuk dan ton bagi menghasilkan rekaan
bercorak flora. Lorekan yang dihasilkan dapat menghasilkan rekaan flora yang
lebih jelas dan menarik.
Manakala bahan yang digunakan ialah kertas lukisan biasa iaitu mempunyai
permukaan yang sesuai untuk pensel bagi menghasilkan teknik lorekan. Tema
yang dipilih adalah alam flora.
RESIS
Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013
Konsep
Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan
bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat
minyak, cat air dan lilin dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses
penolakan warna.
Dalam teknik resis, penggunaan bahan-bahan adalah penting. Teknik
mencanting dalam batik adalah satu kaedah membuat corak resis. Bagi aktiviti yang
menggunakan krayon atau lilin, ia mestilah ditekan dengan kuat di atas permukaan
kertas supaya cat air tidak meresap apabila disapu di atasnya. Setelah dilakar dengan
krayon, sapukan warna dengan menggunakan berus ditempat yang sesuai. Bahagian
yang telah disapu krayon tidak akan diresapi warna. Selain daripada krayon, gam
polisterin atau kanji boleh juga digunakan sebagai bahan penolakan .
Tema
Antara tema yang boleh digunakan dalam aktiviti ini adalah :
Alam benda
Alam semulajadi
Alam Flora dan Fauna
Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013
1. Pensel
Pensel dicipta oleh Nicolas Jacques
Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013
LUKISAN
KONSEP Merakam idea secara visual dalam bentuk garisan.
Proses melukis dengan menggunakan teknik lorekan
ton, melakar garisan dan gosokan menggunakan
alat tulis yang kering ke atas sesuatu permukaan.
Alat seperti pensel, arang, pen, pensel warna, kertas
dan kanvas.
Lukisan terhasil melalui dua cara iaitu lukisan tanpa
warna dan lukisan berwarna.
Lukisan berwarna menggunakan pensel warna,
krayon, pensel dan sebagainya.
Lukisan menggunakan arang, pensel, pastel dan
krayon, pastel dan sebagainya.
Lukisan menggunakan arang, pensel, pastel dan
krayon disapu atau disembur dengan pemati
(fixative), spray kesan lukisan tidak akan hilang
apabila disentuh. Salah satu jenis pemati – “spray
Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013
clear”
TEMA Alam semulajadi
Alam benda
Landskap
Huruf
ALAT DAN BAHAN Alat : Pensel, pembaris
Bahan : Kertas lukisan, krayon, pastel, pensel arang.
TEKNIK Teknik garisan silang
Teknik titisan
Teknik gosokan
Teknik lorekan
Teknik campuran
Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013
PENGHARGAAN
Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013
Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013
Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013
Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013
Pendidikan Seni Visual (PSV3105) 2013