MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN ... · BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA”...
Transcript of MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN ... · BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA”...
MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN
BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI
TINGKATAN 4
ANGELA BT. JOSEPH
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Saya / kami* akui bahawa saya telaj membaca karya ini dan pada pandangan
saya/kami*karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk
tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Biologi).
Tandatangan :
Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Mohd Nor bin Bakar
Tarikh : 14 hb Oktober 2004
* Potong yang tidak berkenaan
PSZ 19:16 (Pind 1/97)
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL : MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4.
SESI PENGAJIAN : 2004/2005
ANGELA BT. JOSEPH
(HURUF BESAR)
Saya :
Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut; 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia di benarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
PROF. MADYA DR. MOHD NOR BIN BAKAR
Nama Penyelia
Tarikh : 14 Hb Oktober 2004
Alamat Tetap: PETI SURAT 1224, 89808 BEAUFORT, SABAH. Tarikh : 14 Hb Oktober 2004
MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN
MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4
ANGELA BT. JOSEPH
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER, 2004
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : ANGELA BT. JOSEPH
Tarikh : 14 HB Oktober 2004
iii
Istimewa untuk Suami & Puteri tercinta;
Kapt. Robert Edward TUDM & Rosanne Hazel
Pemangkin semangat & harapan…
Kepada kedua Ibu & Bapa yang disanjung dan disayangi;
En. Joseph Gihod & Pn. Rufina Galantis
Terima kasih atas pengorbanan sejati mu…
Kepada Ibu & Bapa Mertua yang dihormati dan dikasihi;
En. Edward Ngayong ak Uja & Pn. Mary Noria @ Lidang ak Dana
Juga kepada semua ahli keluarga yang mendoakan kejayaan ini.
Tidak dilupakan kepada semua teman-teman dalam perlayanan GIFT, Skudai yang
banyak berkongsi suka-duka kehidupan kampus yang mencabar.
iv
PENGHARGAAN
Dalam kesempatan ini, penulis ingin mengabadikan perhargaan yang tidak
terhingga buat PM. DR. Mohd Nor bin Bakar selaku penyelia projek yang banyak
memberikan panduan, ,bimbingan dan kepercayaan untuk saya menyiapkan projek
sarjana muda ini.
Penghargaan istimewa untuk PM. DR Aziz bin Nordin iaitu Penasihat
akademik yang begitu dedikasi dalam membantu dan membimbing selama pengajian
di UTM..Ucapan terima kasih Kepada En. Rosli di unit audio dan video di Jabatan
Multimedia Fakulti Pendidikan yang sudi meluangkan masa membantu menyiapkan
pengambilan video ; Petugas-petugas di Makmal Kimia Fakulti Pendidikan yang
memberikan kerjasama semasa pengambilan video.
Seterusnya, penghargaan kepada Pihak sekolah Menengah Taman. Universiti
1; Unit Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan
Malaysia atas kerjasama yang diberikan untuk menjayakan projek ini.
Tidak dilupakan, kepada rakan-rakan seperjuangan , terutama sekali saudara
Raizal Dunggi yang banyak membantu semasa proses penilaian perisian ini. Buat
keluarga tercinta yang sentiasa memberikan sokongan moral sepanjang tempoh
penghasilan projek ini . Akhir sekali, penulis ingin merakamkan penghargaan kepada
semua pihak yang telah memberikan bantuan sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam merealisasikan Kertas Projek Sarjana Muda.
v
ABSTRAK
Kajian projek sarjana muda yang dilakukan oleh Leow Siew Hung (2003) dalam
tajuk pergerakan bahan merentas membran plasma ke atas pelajar tingkatan 4
menunjukkan terdapat salah konsep yang signifikan . untuk membantu mengatasi
masalah tersebut khusus dalam tajuk “ Pergerakan bahan merentas membran plasma”,
satu perisian dibina untuk kegunaan pelajar. Perisian ini di bina berdasarkan pendekatan
multimedia interaktif yang menggabungkan teks, grafik, audio, dan video untuk
menyumbangkan kepada suatu persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan dan
menarik. Matlamat pembinaan PBK untuk membantu pelajar dalam pembelajaran
kendiri khusus untuk menyampaikan konsep-konsep berkaitan dalam topik ini. PBK ini
menggunakan kaedah bercabang bagi tutorial dan kaedah rawak bagi soalan-soalan
latihan. PBK ini dibina menggunakan perisian utama ialah Marcomedia Authorware 6.5
dan perisian-perisian sokongan Ulead Cool 3D, Ulead Gif Animator 5, Macromedia
Flash MX, Sound Forge 6.0 dan Window Movie Maker. PBK ini menjalani dua proses
penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Hasil daripada penilaian sumatif
mendapati pengguna sasaran dapat menerima perisian ini.
vi
ABSTRACTS
Previous research conducted by Leow Siew Hung (2003) on “the movement of
substances through plasma membrane” shows that secondary student had significance
misconception. This project purpose is to develop multimedia software for the topic “the
movement of substances through plasma membrane” for secondary student. This
software based on interactive multimedia that integrates texts, graphic, audio, video and
animation to create interesting learning environment. The aim of this software is to help
student in self learning especially to understand the concepts in this topic. This software
built by using branching method for tutorial and random method for exercise questions.
The main application software to develop this software is Macromedia Authorware 6.5
and other software Ulead Cool 3D, Ulead Gif animator 5, Macromedia Flash MX and
Window Movie Maker. This project had two assessments; formative assessment and
sumatif assessment. Findings indicated that this software get positive respond from user.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Matlamat 4
1.5 Objektif 5
1.6 Skop Projek 5
Kepentingan Projek 6
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 7
2.2 Teori Pembelajaran 7
2.3 Pembelajaran kendiri menggunakan PBK 10
2.4 Multimedia Interaktif 11
2.5 Pembelajaran berbantu Komputer (PBK) 12
2.5.1 PBK di luar negara 12
2.5.2 PBK di Malaysia 13
2.6 Aspek Penting Pembinaan Perisian PBK 14
2.6.1 kandungan 14
2.6.2 Jenis perisian 15
2.6.3 Persembahan 16
2.6.4 Kaedah 17
2.6.5 Pedagogi 18
2.7 Kelebihan PBK dalam pembelajaran kendiri 19
2.7.1 Pelajar mendapat pengetahuan secara individu 19
viii
BAB PERKARA HALAMAN
2.7.2 Mencapai pembelajaran kognitif dari aras
rendah ke tinggi
20
2.7.3 Kawalan terhadap kelajuan pembelajaran 20
2.7.4 Mengekalkan minat dan motivasi pelajar 20
2.7.5 Bebas memilih pelajaran yang diminati 20
2.7.6 Penilaian dibuat oleh pelajar 21
2.7.7 Pelajar terlibat secara aktif 21
2.7.8 Meningkat penguasaan kandungan
pembelajaran
21
2.7.9 keboleh-ulangan pembelajaran 21
2.7.10 Memendekkan masa untuk menguasai
kandungan pelajaran
22
2.8 PBK dalam matapelajaran Biologi
22
3 REKABENTUK PERISIAN
3.1 Pengenalan 24
3.2 Rekabentuk am 24
3.3 Model Pembinaan Perisian 26
3.4 Struktur Perisian 28
3.4.1 Teks 29
3.4.2 Warna 29
3.5 Alat Pengarangan 30
3.6 Perkakasan 31
3.7 Perisian 31
3.8 Proses Penilaian 31
3.8.1 Penilaian Formatif 32
3.8.2 Penilaian Sumatif 32
3.8.3 Prosedur Penilaian Sumatif 32
3.9 Hasil Penilaian Sumatif 33
3.10 Carta Alir Perisian
34
ix
BAB PERKARA HALAMAN
4 BAHAGIAN SATU : PEMBINAAN PERISIAN
MULTIMEDIA PERGERAKAN BAHAN
MERENTAS MEMBRAN PLASMA
4.1 Pengenalan 38
4.2 Kaedah penggunaan perisian 38
4.3 Kandungan perisian 39
4.3.1 Bahagian pengenalan perisian 39
4.3.2 Bahagian menu utama 40
4.3.3 Paparan muka subtajuk 41
4.3.4 Struktur membran plasma 42
4.3.5 Resapan ringkas 43
4.3.6 Osmosis 43
4.3.7 Resapan berbantu 45
4.3.8 Pengangkutan aktif 45
4.3.9 Glosari 46
4.3.10 Kuiz 47
4.4 Komponen perisian 48
4.4.1 Teks 48
4.4.2 Grafik 48
4.4.3 Gambar 49
4.4.4 Audio 50
4.4.5 Animasi 50
4.5 Pendekatan perisian 50
BAHAGIAN DUA: PENILAIAN PERISIAN
4.6 Penilaian perisian 51
4.6.1 Penilaian formatif 51
4.6.2 Penilaian sumatif 51
4.6.2.1 Analisis penilaian pelajar
52
4.6.2.2 Analisis penilaian pakar 53
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 56
x
BAB PERKARA HALAMAN
5.2 Perbincangan 54
5.3 Rumusan 57
5.4 Cadangan kajian lanjutan 58
5.5 Cadangan am 59
RUJUKAN 60
LAMPIRAN A - J 64
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
1 Aliran kerja model ADDIE 26
2 Carta alir utama 34
3 Carta alir bahagian menu utama 35
4 Carta alir bahagian kuiz 36
5 Carta alir bahagian osmosis 37
6 Carta alir rangka utama perisian 41
7 Paparan muka subtajuk 42
8 Carta alir konsep larutan isotonik 44
9 Carta alir glosari 46
10 Carta alir kuiz 47
11 Carta alir pergerakan molekul merentas membran
plasma
50
xii
SENARAI SINGKATAN
ABM Alat Bantuan Mengajar
ADAM™ Animated Dissection Anatomy for Medicine
CAI Computer Assisted Instruction
CD Compact Disc
CLEs Constructivism learning environments
dpi dot per inch
GB Gigabyte
GUI Graphic User Interface
MB Megabyte
MSC Multimedia Super Coridor
PBK Pembelajaran Berbantukan Komputer
PKG Pusat Kegiatan Guru
PSPN Pusat Sumber Pendidikan Negeri
RAM Random Access Memory
TICCIT Time-shared Interactive
VGA Video Graphic Array
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Paparan masukan nama 64
B Paparan panduan pengguna 65
C Paparan menu utama 66
D Paparan melabel membran plasma 67
E Paparan Jawapan yang tepat bagi konsep isotonik 68
F Paparan sel haiwan di dalam larutan isotonik 69
G Paparan glosari 70
H Borang penilaian A: pelajar 71
I Borang penilaian B : pakar 75
J Surat kebenaran menjalankan kajian 79
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perubahan pendidikan tidak pernah berhenti dari zaman silam. Sering berubah
cara dan kaedah pengajaran seiring dengan pencapaian teknologi. Daripada kaedah
tradisional “chalk and talk” kepada penggunaan media pengajaran seperti radio dan
televisyen pendidikan pada zaman 70 an. Kini, dengan kecanggihan teknologi
komputer, pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menarik(Iza Sulaiman, 1986)
dengan kemampuan alat tersebut mengintegrasikan pelbagai media dalam satu pakej.
Di abab ke 21 ini, seiring dengan kepesatan pembangunan perkakasan dan
perisian komputer menjadi cabaran bagi para pendidik untuk maju seiring menghadapi
zaman ledakan maklumat. Para guru sebagai golongan yang berpengaruh ke atas
pelajar-pelajar di sekolah harus memulakan menggunakan teknologi sebagai satu
budaya profesional berasaskan maklumat dapat di semai di sekolah. Raja Maznah
Raja Hussain (1993b) menyatakan prasarana untuk kemajuan teknologi sudah
disediakan dan akan terus ditambah oleh pihak kerajaan, pembinaan Pusat Sumber
Pendidikan Negeri (PSPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) dibina sebagai pusat
logistik untuk guru mengadakan sesi perbincangan bagi membudayakan teknologi
pendidikan.
2
Menurut Zainudin Abu Bakar, 2000 Perkembangan pesat bidang teknologi
akan menjadi pemangkin kemajuan pendidikan di Malaysia. Lantas langkah awal
untuk menyokong perkembangan ini dengan pelancaran Perdana Koridor Raya
Multimedia (MSC) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 1 Hb Ogos
1996. Perdana MSC mengandungi 7 aplikasi dan salah satu ialah mewujudkan
sekolah bestari.
Konsep sekolah bestari dibina untuk membantu pelajar mencapai
pembangunan yang menyeluruh dan seimbang dalam semua aspek. Penggunaan
multimedia menjadi satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
untuk mewujudkan generasi yang celik teknologi komputer dan maklumat untuk
mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Menurut Menteri Pendidikan Dato’
Seri Najib Tun Haji Razak (1997) konsep sekolah bestari akan mewujudkan generasi
yang berfikiran kreatif dan inovatif selaras dengan falsafah Pendidikan Malaysia.
1.2 Latar Belakang Masalah
Hasrat negara untuk melahirkan masyarakat yang celik komputer agar negara
tidak ketinggalan dalam arus perdana dunia. Ia pernah disuarakan oleh Perdana
Menteri Malaysia dalam penulisan Sharifah Alwiwah Alsagof(1996) :
“Computer Literacy is a must if we want to progress and develop. No effort
must be spared in he creation of an information-rich Malaysian society”
Pelajar-pelajar di era baru sentiasa didedahkan kepada teknologi yang serba
canggih. Memandangkan mereka sering didedahkan kepada teknologi komunikasi dan
3
komputer di persekitaran mereka, pelajar lebih cenderung menggunakan alat dan
bahan terkini dalam proses pembelajaran mereka (Baharuddin dan Maizah
Hura,1995). Pandangan ini turut dinyatakan oleh Park & Hannafin (1993) dalam
penulisan Ester Gnanamalar Sorojini Daniel (1999) dan menyatakan pendekatan yang
mungkin berkesan adalah sekolah mula menggunakan alat zaman baru akan tetapi
penggunaan teknologi baru harus dirancang berasaskan teori pembelajaran.
Menurut kajian tinjauan yang dilakukan oleh Nik Nor Asiah Mahmud (2003)
menyatakan matapelajaran biologi dianggap mata pelajaran yang membosankan di
kalangan pelajar luar bandar. Kajian yang dilakukan oleh Komathi A/P Soma
Sundaran, (2003) pula menyimpulkan pembelajaran biologi secara tradisional
(menggunakan buku teks) menyebabkan pemahaman konsep kurang tepat dengan idea
saintifik, pelajar menjadi cenderung menghafal dengan cara mengambil istilah dan
perkataan penting daripada mempelajari dan memahami biologi.
Penyebaran penggunaan perisian pembelajaran di pasaran masih terhad, ini
disebabkan kos pembinaan perisian yang tinggi (Hamidah Baba,2000). Syarikat yang
berminat membangunkan perisian berkenaan juga amat sedikit dan harga perisian
pembelajaran tempatan yang berada di pasaran kini adalah tinggi.
1.3 Pernyataan masalah
Proses pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah amat penting dalam
usaha untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Namun, bagi memastikan semua pelajar
mendapat semua kandungan pelajaran di sampaikan dalam kelas adalah sukar.
Pembelajaran secara individu adalah penting untuk pemahaman individu.
Halangan seperti kebolehan pelajar yang berbeza tidak dapat dielakkan.
4
Bagi mengatasi kelemahan ini, kebanyakan pelajar memilih untuk mengulang-kaji
sendiri isi pelajaran tersebut dengan bantuan buku-buku rujukan yang dipercayai
pelajar dapat membantu mengatasi masalah mereka.
Pembelajaran biologi melibatkan konsep dan istilah, serta rajah yang abstrak.
Pembelajaran bagi tajuk yang melibatkan topik-topik berikut menggunakan buku teks
adalah tidak memadai kerana ia tidak dapat menunjukkan proses yang kompleks
seperti menggambarkan pergerakan sel merentas membran plasma.
Perkembangan teknologi komputer kini banyak membantu dalam proses
pembelajaran kendiri. Pelajar boleh menggunakan perisian pembelajaran berasaskan
komputer dan internet. Namun kini kebanyakan perisian pembelajaran terdapat di
pasaran dan web internet tidak berasaskan sukatan kurikulum kebangsaan. Ini
menjadikan pelajar harus selektif dan bijak dalam menentukan topik untuk di beri
penekanan.
1.4 Matlamat
Matlamat projek ini ialah untuk membina sebuah perisian yang dapat
membantu pelajar dalam proses pembelajaran kendiri berasaskan komputer. Isi
kandungan perisian ini menekankan pengajaran konsep dalam tajuk yang dipilih iaitu
“pergerakan bahan merentas membran plasma” mengikut sukatan pelajaran kurikulum
biologi tingkatan 4.
Tajuk ini dipilih kerana tajuk ini melibatkan beberapa konsep yang abstrak
seperti konsep resapan, osmosis dan konsep larutan isotonik, konsep larutan hipotonik
dan konsep hipertonik, konsep pengangkutan aktif. Konsep-konsep dalam tajuk ini
5
melibatkan proses yang dinamik dan melibatkan hubungan pergerakan-
pergerakan molekul dengan perbezaan kepekatan larutan. Melalui persembahan
multimedia diharap perisian yang dibina mampu menyampaikan dengan jelas konsep-
konsep yang perlu dikuasai oleh pelajar ini.
1.5 Objektif
Projek ini bertujuan untuk:
i. Membina sebuah perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK)
bagi tajuk “pergerakan bahan merentas membran plasma”.
ii. Menyampaikan pembelajaran konsep-konsep abstrak yang terdapat dalam
topik pergerakan bahan merentas membran plasma dalam bentuk yang
mudah dan sesuai bagi tahap pelajar tingkatan 4.
iii. Menilai penerimaan pelajar dan guru terhadap perisian pergerakan bahan
merentas membran plasma yang di bina.