membasmi kemiskinan

download membasmi kemiskinan

of 3

Transcript of membasmi kemiskinan

  • 7/30/2019 membasmi kemiskinan

    1/3

    Dasar Ekonomi Baru yang telah dilaksanakan oleh kerajaan selama dua puluh tahun yang

    berakhir pada tahun 1990 yang lalu telah menjana kemajuan dan perkembangan ekonomi negara

    yang membanggakan walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan masalah dalam usaha

    melaksanakan dasar tersebut. Negara Malaysia sekali lagi telah melaksanakan dasar yang

    memberikan tumpuan dari segi perpaduan negara ke arah negara maju menjelang tahun 2020

    setanding dengan negara maju lain di dunia. Dalam melaksanakan Rancangan Jangka Panjang

    Kedua (RRJP2), kerajaan telah mengadunkan kaedah terbaik dalam dasar yang dikenali sebagai

    Dasar Pembangunan Nasional yang berasaskan kepada perpaduan negara.

    Bagi mengekalkan kestabilan dan perkembangan ekonomi yang memberangsangkan

    untuk negara, adalah perlu untuk membentuk danmewujudkan masyarakat Malaysia bersatu

    padu untuk menjamin akan kestabilannegara. Dasar Pembangunan Nasional memulakan

    beberapa langkah permulaan yang akan memastikan semua aspek penting diambil kira bagi

    memberikan laluan kepada dasar ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan asal iaitu,

    keadilan sosial, kestabilan ekonomi dan politik, kualitihidup dan kecekapan serta kecemerlangan

    pentadbiran Kerajaan. Kerajaan telah memberi tumpuan ke arah membasmi kemiskinan di

    kalangan rakyat Malaysia sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan lagi, lanjutan dasar

    tersebut Dasar Pembangunan Negara (DPN) telah membuktikan kekuatan kerajaan dalam usaha

    membasmi kemiskinan.

    Merujuk kepada Dasar Pembangunan Nasional (DPN) teras utamany aadalah

    mewujudkan keseimbangan yang optimum, mengurang dan akhirnya menghapuskan

    ketidaksamaan dan ketidakseimbangan dari segi sosial, ekonomidan wilayah. Di samping

    mengekalkan strategi asas Dasar Ekonomi Baru, DPN juga telah memperkenalkan beberapa

    dimensi baru. Dimensi baru initermasuklah mengalihkan tumpuan strategi pembasmian

    kemiskinan ke arahmenangani masalah ketermiskinan.

    Program Pembasmian Kemiskinan sebahagian besarnya ditumpukan kesektor pertanianmemandangkan bahawa sebahagian besar golongan miskinberada di dalam sektor ini. Dengan

    adanya tumpuan ke arah ini ia bolehmenyeimbangkan perbezaan yang berlaku di peringkat ini.

    Berikut ialah antara

  • 7/30/2019 membasmi kemiskinan

    2/3

    Lima Program Pembasmian Kemiskinan yang dilaksanakan oleh kerajaan :

    1.Menempatkan semula golongan yang tidak mempunyai tanah dan merekayang memiliki saiz

    tanah yang tidak ekonomi ke dalam skim pembangunantanah baru. Peneroka telah disediakan

    sebuah rumah lengkap denganbekalan air paip dan elektrik.

    2.Menyatukan pembangunan pertanian di luar bandar dengan aktivitipemprosesan hiliran hasil

    pertanian dan menggalakkan industri kampungdan keusahawanan desa bagi menjana sumber

    pendapatan tambahan.Sebagai contoh; Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

    3.Memperbaiki peluang memperolehi pendidikan serta menyediakan bukuteks dan bantuan

    kewangan kepada kanak-kanak dari keluarga miskin.

    4.Meningkatkan akses yang lebih besar kepada infrastruktur dan kemudahansosial. Bagi

    penduduk di luar bandar, ia termasuklah penyediaan air bersihdan sistem pembetungan yang

    lebih sistematik, elektrik, jalan,perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang lebih konsisten serta

    sekolahyang lebih sempurna.

    5.Menyediakan skim perumahan kos rendah khas untuk golongan miskin. Dalam tempoh DPN,

    Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) telah membantu golongan tersebut untuk

    memperbaiki taraf yang lebihterjamin. Program ini mewujudkan daftar profil isi rumah

    kemiskinan tegar dan satu pakej projek yang disesuaikan dengan keperluan khusus mereka

    seperti meningkatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan dan pendapatan, menyediakan

    sistem perumahan yang lebih baik di bawah program perumahan PPRT dan makanan tambahan

    kepada kanak-kanak diperingkat sekolah rendah dan bantuan pendidikan.

    Bagi mencapai sasaran DPN tersebut Bumiputera telah diberikan kemahiran yang

    secukupnya agar dapat menguruskan perniagaan dengan lebihcekap dan cemerlang. DPN

    menggunakan agensi-agensi amanah dan perbadanan awam sebagai badan yang

    bertanggungjawab merancang dan menyelaras tindakan mereka dengan lebih berkesan dalam

    mengumpul harta-harta baru dan membeli kepentingan tertentu untuk pihak bumiputera.

    Diperingkat persekutuan diwujudkan Federal Land Development Authority (FELDA) dengan

    tujuan untuk membantu pemilik tanah membangunkan tanah milik mereka secara komersial. Di

  • 7/30/2019 membasmi kemiskinan

    3/3

    peringkat negeri telah diwujudkan agensi-agensiswasta yang membantu untuk merancakkan lagi

    proses pembangunan.

    Kerajaan juga telah melaksanakan konsep Kawasan Pertumbuhan Desa(Rural Growth

    Centre (RGC)) bagi merancakkan lagi pembangunan di luar bandar serta melaksanakan konsep

    Kawasan Pertumbuhan Desa Negara bagi merancakkan lagi pembangunan di luar bandar. Negara

    telah mencapai pertumbuhan yang pesat walaupun dilanda krisis kewangan pada tahun 1997

    hingga 1998. Ini telah diiringi oleh pertambahan yang ketara dalam tahap pendapatan dan

    peningkatan dalam kualiti hidup rakyat Malaysia dengan kemajuan yang nyata dalam

    pengurangan kadar kemiskinan.

    Agensi-agensi amanah dan perbadanan awam telah dipertanggungjawabkan untuk

    merancang dan menyelaras tindakan mereka dengan lebih berkesan terutamanya dengan

    mengumpul harta-harta baru dan membeli kepentingan tertentu bagi pihak Bumiputera. Dalam

    usaha mengembeling tabungan Bumiputera dan pembangunan usahawan fungsi danperanan

    Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah diperkukuhkan lagi. Amanah Saham Bumiputera

    (ASB) merupakan sebahagian daripada strategi PNB ke arah usaha mengembeling tabungan

    Bumiputera pada sepanjang tempoh DPN yang akan berakhir pada penghujung tahun 2000.