Medikolegal Dalam Psikiatri Akta Kesihatan Mental 2001- Perbincangan
-
Upload
jkjkksixty9 -
Category
Documents
-
view
560 -
download
26
description
Transcript of Medikolegal Dalam Psikiatri Akta Kesihatan Mental 2001- Perbincangan
PERBINCANGAN
AKTA KESIHATAN MENTAL 2001 & PERATURAN KESIHATAN MENTAL
2010
Akta Kesihatan Mental 2001 ialah suatu akta yang menggabungkan undang-
undang yang berkaitan dengan kecelaruan mental dan mengadakan peruntukan
undang-undang bagi kemasukan,penahanan,penginapan,penjagaan,pemulihan
dan perlindungan pesakit yang bercelaru mental serta perkara-perkara
berhubungan dengannya.Peraturan-Peraturan Kesihatan Mental 2010 pula
terbahagi kepada 9 bahagian dan mengandungi 53 peraturan serta 5 jadual.
BAHAGIAN 1
Akta Kesihatan Mental 2001 juga boleh dinamakan Peraturan-Peraturan
Kesihatan Mental 2010.Peraturan-peraturan ini mula berkuat kuasa pada 15
Jun 2010.Berikut adalah tafsiran bagi beberapa ungkapan yang digunakan di
dalam akta ini.Antaranya ialah:
1. Bilik atau kawasan pemulihan
mempunyai erti yang sama sebagaimana diberikan kepada ungkapan itu
dalam Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan
Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan
Swasta Lain) 2006 [P.U. (A) 138/2006];
2. Kemasukan
merujuk kepada pendaftaran seseorang sebagai pesakit dalam atau
pesakit luar dan yang untuknya satu rekod khidmat jagaan kesihatan
diadakan
3. kemudahan pesakit luar
ertinya mana-mana premis yang digunakan atau dimaksudkan untuk
digunakan oleh penjagaan kesihatan profesional untuk memberi khidmat
penjagaan kesihatan kepada individu sebagai pesakit luar dan termasuk
klinik perubatan atau klinik pesakit luar atau jabatan pesakit luar dalam
kemudahan penjagaan kesihatan
4. Kemudahan psikiatri termasuk mana-mana hospital psikiatri, rumah
jagaan kejururawatan psikiatri dan pusat kesihatan mental masyarakat
5. Kemudahan psikiatri yang diwartakan termasuk mana-mana hospital
psikiatri yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri yang
diwartakan atau pusat kesihatan mental masyarakat yang diwartakan
6. Khidmat pesakit luar adalah khidmat yang diberikan berasaskan pesakit
luar di kemudahan pesakit luar oleh ahli penjagaan kesihatan profesional
yang mempunyai kelayakan, latihan dan pengalaman serta kebolehan
untuk menjaga pesakit yang bercelaru mental.
7. Pesakit ertinya orang yang didaftarkan sebagai pesakit luar atau
dimasukkan ke hospital sebagai pesakit dalam atau dimasukkan ke
hospital di bawah perintah Pengarah Perubatan, pegawai perubatan,
pengamal perubatan berdaftar atau atas perintah Mahkamah di bawah
Akta ini.
8. Pelan penjagaan ertinya suatu rancangan yang mewujudkan matlamat
penjagaan dan program tindakan bersepadu untuk memenuhi keperluan
psikiatri, perubatan, pembedahan, jagaan kejururawatan, pemulihan,
psikososial dan keperluan rohani pesakit.
BAHAGIAN 2
Bahagian ini membincangkan mengenai tatacara
kemasukan,penahanan,pemeriksaan dan kajian semula pesakit dan pelepasan
atau pemindahan pesakit dari hospital psikiatri.
Kemasukan atau penahanan pesakit sukarela ke dalam hospital psikiatri
1. Permohonan bagi kemasukan sebagai pesakit sukarela ke dalam mana-
mana hospital psikiatri di bawah subseksyen 9(1) Akta hendaklah dibuat
dalam Borang 1.
2. Perintah bagi penahanan pesakit sukarela dalam hospital psikiatri oleh
pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar di bawah
subseksyen 9(5) Akta hendaklah dibuat dalam Borang 2.
Permohonan, saranan atau perintah bagi kemasukan atau penahanan
pesakit tidak sukarela ke dalam hospital psikiatri
1. Permohonan bagi kemasukan sebagai pesakit tidak sukarela ke dalam
hospital psikiatri oleh saudara orang yang disyaki bercelaru mental di
bawah perenggan 10(1)(a) Akta hendaklah dibuat dalam Borang 3.
2. Saudara pesakit yang dirujuk dalam subperaturan (1) yang memberikan
maklumat palsu dalam Borang 3 melakukan suatu kesalahan dan boleh,
apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau
penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
3. Saranan bagi kemasukan sebagai pesakit tidak sukarela ke dalam
hospital psikiatri oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan
berdaftar di bawah perenggan 10(1)(b) Akta hendaklah dibuat dalam
Borang 4.
4. Perintah bagi kemasukan sebagai pesakit tidak sukarela ke dalam
hospital psikiatri oleh seseorang pegawai perubatan atau pengamal
perubatan berdaftar di bawah seksyen 14 Akta hendaklah dibuat dalam
Borang 5
Perintah bagi penahanan dan perintah penahanan lanjut pesakit tidak
sukarela dalam hospital psikiatri oleh Pengarah Perubatan dan lain-lain
1. Perintah bagi penahanan pesakit tidak sukarela ke dalam hospital psikiatri
oleh Pengarah Perubatan hospital psikiatri di bawah subseksyen 10(5)
dan 14(4) hendaklah dibuat dalam Borang 6.
2. Perintah bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela dalam hospital
psikiatri oleh dua pegawai perubatan atau dua pengamal perubatan
berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah perenggan
10(8)(b) dan 14(7)(b) Akta hendaklah dibuat dalam Borang 7.
3. Perintah yang dirujuk dalam subperaturan (2) hendaklah ditandatangani
oleh dua pegawai perubatan atau dua pengamal perubatan berdaftar
dalam masa tiga hari bekerja di antara satu sama lain dan perintah itu
hendaklah bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga bulan dari tarikh
terkemudian di antara dua tandatangan itu.
Perintah bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela dalam hospital
psikiatri oleh Lembaga Pelawat
Perintah bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela ke dalam hospital psikiatri
oleh Pelawat di bawah perenggan 44(2)(b) Akta hendaklah dibuat dalam Borang
8.
Arahan bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela dalam hospital
psikiatri oleh Pelawat
Arahan bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela ke dalam hospital psikiatri
oleh Pelawat di bawah perenggan 45(2)(c), 4(c) dan subseksyen 45(5) Akta
hendaklah dibuat dalam Borang 9.
Permohonan bagi pelepasan pesakit tidak sukarela dari hospital psikiatri
1. Permohonan bagi pelepasan pesakit tidak sukarela dari hospital psikiatri
oleh pesakit tidak sukarela atau saudara pesakit tidak sukarela itu di
bawah seksyen 16 Akta hendaklah dibuat dalam Borang 10.
2. Pengarah Perubatan hendaklah memaklumkan keputusan permohonan
itu kepada pemohon yang dinyatakan dalam Borang 10 dalam masa
empat belas hari dari tarikh penerimaan permohonan itu.
Pemberitahuan berkenaan dengan pelepasan pesakit kepada Mahkamah
Pemberitahuan di bawah subseksyen 21 Akta oleh Pengarah Perubatan kepada
Mahkamah berkenaan dengan pelepasan pesakit yang ditahan menurut
subseksyen 55(1) atau seksyen 73 Akta hendaklah dibuat dalam Borang 11.
Pemindahan pesakit tidak sukarela
Perintah yang mengarahkan pemindahan pesakit tidak sukarela daripada
hospital psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang diwartakan ke
hospital psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang diwartakan yang
lain oleh Ketua Pengarah atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya di
bawah seksyen 19 Akta hendaklah dibuat dalam Borang 12.Pemegang lesen
dan orang yang bertanggungjawab ke atas hospital psikiatri swasta yang
diwartakan atau Pengarah Perubatan hospital psikiatri kerajaan hendaklah,
sebelum melaksanakan perintah dirujuk dalam subperaturan (1), memastikan
bahawa:
a) pengaturan dibuat terlebih dahulu dengan hospital psikiatri yang
menerima pesakit
b) ringkasan klinikal pesakit tidak sukarela itu disediakan dan
c) pesakit tidak sukarela itu dihantar dengan penjagaan yang sesuai.
Hospital psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang diwartakan yang
menerima pesakit hendaklah memastikan penerusan perintah penahanan yang
dibuat sebelum pemindahan pesakit tidak sukarela ke hospital psikiatri itu.
BAHAGIAN 3
Bahagian ini membincangkan mengenai penjagaan pesakit di kemudahan
psikiatri. Pengarah Perubatan, pemegang lesen atau orang yang
bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, ke atas kemudahan psikiatri
hendaklah memastikan bahawa:
a) pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar, sebaik-baiknya
ahli psikiatri, dilantik untuk menjaga pesakit;
b) khidmat pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar yang
berpengalaman dalam bidang psikiatri sentiasa tersedia pada setiap masa
diminta atau jika dikehendaki;
c) maklumat yang secukupnya diberikan untuk memudahkan kemasukan
dan pengurusan pesakit;
d) pesakit dimasukkan ke wad atau bilik yang bersesuaian di kemudahan
psikiatri menurut jantina dan umur; dan
e) pesakit wanita dan di bawah umur hendaklah ditemani semasa
pemeriksaan dan rawatan di kemudahan psikiatri.
Pengarah Perubatan, pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab,
mengikut yang berkenaan, ke atas kemudahan psikiatri tidak boleh
membenarkan mana-mana orang menziarahi pesakit jika pada pendapatnya,
orang itu bersikap kasar terhadap pesakit ataupun lawatan itu memudaratkan
rawatan atau pemulihan pesakit itu.
Pelan penjagaan pesakit
1. Pengarah Perubatan, pemegang lesen atau orang yang
bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, ke atas kemudahan
psikiatri hendaklah memastikan bahawa setiap pesakit mempunyai pelan
penjagaan bagi pengurusan pesakit semasa rawatan dan selepas
pelepasan pesakit itu.
2. Pengarah Perubatan, pemegang lesen atau orang yang
bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, atas kemudahan psikiatri
hendaklah mempunyai garis panduan mengenai pelan penjagaan pesakit
sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.
Rawatan penjagaan kecemasan di rumah jagaan kejururawatan psikiatri
Orang yang bertanggungjawab ke atas rumah jagaan kejururawatan psikiatri
hendaklah memeriksa atau menyebabkan diperiksa mana-mana pesakit yang
menunjukkan tanda dan gejala kemerosotan mental dan boleh menjalankan atau
menyebabkan dijalankan rawatan kecemasan sebelum menyarankan supaya
pesakit dimasukkan ke dalam hospital psikiatri.
Penjagaan pesakit tidak sukarela yang dilepaskan dari hospital psikiatri
Pengarah Perubatan sesebuah hospital psikiatri boleh, apabila melepaskan
pesakit tidak sukarela di bawah seksyen 15 atau 16 Akta, memerintahkan
bahawa seseorang pesakit tidak sukarela itu dilepaskan kepada
a) jagaan saudara atau rakan
b) jagaan dirinya sendiri jika diluluskan oleh ahli psikiatri yang
bertanggungjawab atau
c) kemudahan jagaan kesihatan yang lain
Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu hendaklah, sebelum melepaskan tidak
pesakit tidak sukarela di bawah perenggan 1(a) atau (b), menyediakan pesakit
tersebut dengan:
a) ubat yang mencukupi; dan
b) notis secara bertulis tentang tarikh, masa dan nama hospital yang
menerima bagi temu janji susulan, bagi memastikan penerusan jagaan.
Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu hendaklah menyediakan hospital yang
menerima yang disebut dalam perenggan (2)(b) dengan ringkasan klinikal
pesakit tidak sukarela itu.
Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu hendaklah, sebelum melepaskan
pesakit tidak sukarela di bawah perenggan 1(c), menyediakan kemudahan
jagaan kesihatan yang menerima itu dengan ringkasan klinikal pesakit itu.
Bagi maksud peraturan-peraturan ini,kemudahan jagaan kesihatan ertinya mana-
mana premis yang mana salah satu atau lebih anggota masyarakat menerima
perkhidmatan jagaan kesihatan.
Pasukan kesihatan mental masyarakat
Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab,
mengikut yang berkenaan, ke atas hospital psikiatri atau pusat kesihatan mental
masyarakat hendaklah memastikan penubuhan suatu pasukan kesihatan mental
masyarakat bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan mental masyarakat.
Pasukan kesihatan mental masyarakat hendaklah terdiri daripada orang pelbagai
disiplin dan diketuai oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar
sebaik-baiknya ahli psikiatri.Pasukan kesihatan mental masyarakat hendaklah
memberi perkhidmatan kesihatan mental yang menyeluruh.Pengarah Perubatan
atau pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab, mengikut yang
berkenaan, ke atas hospital psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat
hendaklah mengekalkan daftar bagi pesakit di bawah jagaan pasukan kesihatan
mental masyarakat itu.
Kewajipan untuk memberitahu saudara pesakit berkenaan dengan
permohonan untuk pelepasan dari rumah jagaan kejururawatan psikiatri
Apabila pesakit memberikan notis kepada orang yang bertanggungjawab
memohon bagi pelepasan daripada rumah jagaan kejururawatan psikiatri di
bawah subseksyen 31(4) Akta, orang yang bertanggungjawab itu hendaklah,
dalam masa dua puluh empat jam dari penerimaan notis itu, memberitahu
saudara pesakit itu berkenaan notis itu.
Penjagaan orang yang di bawah umur dengan kecelaruan mental
Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab,
mengikut yang berkenaan, ke atas kemudahan psikiatri hendaklah memastikan
bahawa
a) semua orang yang di bawah umur dengan kecelaruan mental yang
dimasukkan atau ditahan di kemudahan psikiatri ditempatkan dalam
persekitaran yang sesuai mengikut jantina dan umur
b) semua langkah diambil untuk melindungi keselamatan emosi dan fizikal
orang yang di bawah umur dengan kecelaruan mental itu
c) langkah yang mencukupi dan sesuai disediakan agar tidak mengganggu
perkembangan fizikal, sosial dan akademik pesakit di bawah umur dengan
kecelaruan mental; dan
d) pelan penjagaan dibincangkan dengan ibu bapa atau penjaga.
Penjagaan geriatrik
Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab,
mengikut yang berkenaan, ke atas kemudahan psikiatri hendaklah memastikan
bahawa
a) mana-mana pesakit geriatrik yang dimasukkan ke dalam atau ditahan
dalam kemudahan psikiatri ditempatkan dalam persekitaran yang sesuai
mengikut jantina dan umur;
b) kemudahan berasingan dan persekitaran yang terpisah bagi pesakit
berkeperluan khusus dijadikan tersedia; dan
c) semua langkah diambil untuk melindungi keselamatan fizikal dan emosi
pesakit geriatrik.
BAHAGIAN 4
Tatacara bagi terapi elektrokonvulsif
Keputusan untuk memulakan terapi elektrokonvulsif dan bilangan sesi rawatan
pada mana-mana pesakit di mana-mana kemudahan psikiatri hendaklah dibuat
oleh ahli psikiatri.
Dewan bedah atau suite rawatan
Tertakluk kepada subperaturan (2), (3) dan (4), Pengarah Perubatan atau
pemegang lesen hospital psikiatri hendaklah memastikan bahawa semua terapi
elektrokonvulsif ke atas mana-mana pesakit dijalankan di bilik bedah atau suite
rawatan hospital psikiatri oleh ahli psikiatri atau pegawai perubatan atau
pengamal perubatan berdaftar di bawah pengawasan seorang ahli
psikiatri.Dewan bedah atau suite rawatan yang dirujuk dalam subperaturan (1)
hendaklah mempunyai bilik menunggu , rawatan dan bilik atau kawasan
pemulihan yang khusus.
Bilik yang dirujuk dalam subperaturan (2) hendaklah -
(a) dicahayakan dan diudarakan secara secukupnya; dan
(b) bersebelahan dan bercantum antara satu sama lain.
Dewan bedah dan suite rawatan itu hendaklah tidak digunakan sebagai laluan
trafik.
(5) Bilik rawatan sama ada di dalam dewan bedah atau suite rawatan itu
hendaklah mempunyai—
(a) ukuran minimum 16 meter persegi; dan
(b) ruang khusus untuk kelengkapan, bekalan dan rekod terapi elektrokonvulsif.
Pengarah Perubatan atau pemegang lesen hospital psikiatri hendaklah
memastikan bahawa bilik atau kawasan pemulihan, sama ada dalam bilik bedah
atau suite rawatan mempunyai kakitangan yang khusus dengan kelayakan,
latihan dan pengalaman yang berkaitan.
(7) Pengarah Perubatan atau pemegang lesen hospital psikiatri hendaklah
menyenggara daftar pesakit bagi dewan bedah atau suite rawatan.
Bekalan oksigen di bilik rawatan dan bilik atau kawasan pemulihan
22. Bekalan oksigen di bilik rawatan dan bilik atau kawasan pemulihan sesuatu
dewan bedah atau suite rawatan hendaklah dipantau dan direkodkan
secukupnya dalam suatu buku log.
Kelengkapan dan bekalan dalam bilik rawatan
23. Pengarah Perubatan atau pemegang lesen hospital psikiatri hendaklah
memastikan bilik rawatan di hospital psikiatri dilengkapi dengan kelengkapan dan
bekalan minimum sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
Alat terapi elektrokonvulsif, penyenggaraan dan buku log
24. (1) Pengarah Perubatan atau pemegang lesen hospital psikiatri hendaklah
memastikan alat terapi elektrokonvulsif yang digunakan untuk memberikan
rangsangan elektrik kepada seseorang pesakit mematuhi kehendak
sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Kedua.
(2) Alat elektrokonvulsif itu hendaklah mempunyai penyenggaraan berkala
menurut garis panduan pengeluar dan semua kegiatan penyenggaraan, hasil
ujian, kekurangan dan langkah pembetulan hendaklah didokumenkan dalam
buku log.
(3) Buku log itu hendaklah disimpan di dalam bilik rawatan dan tersedia
sepanjang masa bagi pemeriksaan.
BAHAGIAN 5
PENGEKANGAN ATAU PENGASINGAN
Petunjuk dan tatacara bagi pengekangan atau pengasingan
25. (1) Petunjuk dan tatacara bagi pengekangan atau pengasingan secara fizikal
atau kimia yang boleh digunakan ke atas pesakit di hospital psikiatri hendaklah
sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
(2) Tiada seorang pun pesakit di bawah umur dua belas boleh dikenakan
pengekangan atau pengasingan secara fizikal dalam mana-mana hospital
psikiatri.
(3) Privasi dan keselamatan pesakit hendaklah diperhatikan pada setiap masa
semasa tatacara pengekangan atau pengasingan.
(4) Tiada pengekangan atau pengasingan secara kimia atau fizikal boleh
digunakan ke atas pesakit dibenarkan di rumah jagaan kejururawatan psikiatri
atau pusat kesihatan mental masyarakat, melainkan jika semasa kecemasan dan
pesakit hendaklah dipindahkan selepas itu ke hospital psikiatri tanpa
kelengahan.
(5) Jika tempoh masa pengekangan fizikal seseorang pesakit melebihi lapan
jam, ahli psikiatri hendaklah menilai semula pesakit itu tentang keperluan
pengekangan lanjut.
(6) Tiada pengasingan boleh dijalankan ke atas seseorang pesakit bagi tempoh
lebih daripada lapan jam berturut-turut atau selama lebih daripada dua belas jam
berselang-seli melebihi tempoh empat puluh lapan jam, tanpa suatu penilaian
semula secara bebas oleh ahli psikiatri atau pengamal perubatan lain yang sama
kekananannya yang tidak terlibat secara langsung dalam penjagaan pesakit
pada masa kejadian yang membawa kepada pengasingan pesakit itu.
Kawasan pengekangan
26. (1) Hendaklah ada tempat terhad yang ditetapkan dengan ruang pemerhati
yang khusus yang dikendalikan oleh kakitangan yang berkelayakan, terlatih dan
berpengalaman bagi maksud memantau pesakit.
(2) Kawasan yang dirujuk dalam subseksyen (1) hendaklah dicahayakan dan
diudarakan secukupnya.
Peralatan pengekangan
27. Peralatan yang dibenarkan atau dilarang digunakan sebagai pengekangan
fizikal seseorang pesakit hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual
Ketiga.
Pemakaian cara pengekangan fizikal
28. Cara pengekangan fizikal seseorang pesakit hendaklah–
(a) dijalankan atau diawasi oleh kakitangan yang berkelayakan, terlatih dan
berpengalaman; dan
(b) digunakan hanya pada anggota kaki dan tangan pesakit itu.
Bilik pengasingan
29. (1) Hendaklah ada bilik pengasingan perseorangan yang khusus yang
dikendalikan oleh kakitangan yang berkelayakan, terlatih dan berpengalaman
bagi maksud pengasingan seseorang pesakit.
Bilik pengasingan itu hendaklah -
(a) dicahayakan dan diudarakan secara secukupnya;
(b) terletak bagi mengekal privasi dan pemantauan pesakit;
(c) ukuran minimum 10 meter persegi;
(d) disediakan dengan sesekat yang kekal secara fizikal; dan
(e) dikalisbunyikan secara secukupnya.
Pintu bilik pengasingan itu hendaklah -
(a) merupakan satu daun pintu yang dibuka ke luar diperbuat daripada bahan
yang teguh; dan
(b) mempunyai panel pemerhatian yang diperbuat daripada kaca keselamatan.
Perabot dalam bilik pengasingan hendaklah diperbuat daripada bahan yang tidak
akan membahayakan pesakit.
(5) Bilik pengasingan boleh mempunyai televisyen pemantau litar tertutup
Sangkar, kotak kayu, palang besi, kekisi atau perangkap logam atau bekas atau
ruang lain yang menjatuhkan maruah tidak boleh digunakan sebagai cara
pengasingan di dalam bilik pengasingan.
Maklumat yang perlu dicatatkan dalam rekod
30. (1) Setiap kawasan pengekangan atau bilik pengasingan hendaklah
menyenggarakan rekod yang mengandungi maklumat sebagaimana yang
dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
(2) Rekod yang disimpan dalam kawasan pengekangan dan bilik pengasingan
hendaklah masing-masing disebut sebagai Rekod Pengekangan Fizikal dan
sebagai Rekod Pengasingan.
(3) Kedua-dua Rekod hendaklah disediakan sepanjang masa bagi maksud
pemeriksaan.
BAHAGIAN VI
PIAWAIAN BAGI HOSPITAL PSIKIATRI SWASTA, RUMAH JAGAAN
KEJURURAWATAN PSIKIATRI SWASTA DAN PUSAT KESIHATAN MENTAL
MASYARAKAT SWASTA DLL.
Pematuhan kehendak khusus
31. (1) Sesuatu hospital psikiatri swasta dan hospital psikiatri swasta yang
diwartakan hendaklah mempunyai pintu masuk utama, tempat menyambut
tetamu, lobi dan ruang menunggu sama ada yang dikhususkan atau secara
berkongsi.
(2) Sesuatu hospital psikiatri swasta dan hospital psikiatri swasta yang
diwartakan hendaklah mempunyai
(a) kawasan persendirian dan umum yang di tentukan dengan jelas;
(b) ruang untuk aktiviti rehabilitasi bagi individu atau kumpulan; dan
(c) kemudahan yang selamat dan mesra pengguna untuk pesakit, kakitangan
dan pengunjung.
Pintu
32. (1) Semua pintu di ruang penjagaan pesakit sesuatu hospital psikiatri swasta,
hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri
swasta, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan, pusat
kesihatan mental masyarakat swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat
swasta yang diwartakan hendaklah diperbuat daripada bahan yang selamat dan
tidak membahayakan.
(2) Pintu hendaklah boleh dikunci dan diakses oleh kakitangan dalam situasi
kecemasan.
Tingkap
33. Semua tingkap di kawasan penjagaan pesakit sesuatu hospital psikiatri
swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan
psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan,
pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan pusat kesihatan mental
masyarakat swasta yang diwartakan hendaklah
(a) mempunyai panel yang diperbuat daripada bahan yang selamat dan tidak
membahayakan;
(b) mempunyai darjah pembukaan yang terhad; dan
(c) menggunakan kekisi yang estetik dan tidak seperti penjara, jika perlu.
Keselamatan
34. Sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan,
rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan
psikiatri swasta yang diwartakan, pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan
pusat kesihatan mental masyarakat yang diwartakan hendaklah mempunyai
sistem keselamatan yang diadakan dalam bentuk yang tidak menghalang dan
mudah dikawal selia oleh kakitangan.
Kehendak bilik atau wad
35. Sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan,
rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan
psikiatri swasta, pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan pusat kesihatan
mental masyarakat yang diwartakan hendaklah tidak mempunyai lebih dari enam
buah katil dalam satu bilik atau wad.
Pencahayaan di kawasan penjagaan pesakit
36. Sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan,
rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan
psikiatri swasta, pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan pusat kesihatan
mental masyarakat yang diwartakan hendaklah menyediakan lampu reses dalam
semua kawasan penjagaan pesakit.
Kemudahan dan perkhidmatan jagaan kecemasan psikiatri
37. (1) Sesuatu hospital psikiatri swasta dan hospital psikiatri swasta yang
diwartakan hendaklah mengadakan kemudahan dan perkhidmatan jagaan
kecemasan psikiatri dua puluh empat jam yang hendaklah
(a) ditempatkan di tingkat bawah dan terpisah daripada kawasan pesakit dalam;
(b) mempunyai laluan yang bersesuaian bagi ambulans, kenderaan kecemasan
yang lain, kenderaan persendirian dan pesakit jumpa terus;
(c) mempunyai katil untuk pemerhatian dan rawatan kecemasan;
(d) mempunyai stesen kakitangan jururawat; dan
(e) mempunyai bilik untuk temubual dan kaunseling.
Walau apa pun subperaturan (1), kemudahan dan perkhidmatan kecemasan
boleh dikongsi dengan perkhidmatan dan kemudahan kecemasan penjagaan
kesihatan yang lain
Kawasan Penjagaan Rapi
38. Sesuatu hospital psikiatri swasta dan hospital psikiatri swasta yang
diwartakan hendaklah mengadakan kawasan penjagaan rapi bagi pesakit yang
mempunyai risiko tinggi untuk membahayakan diri atau orang lain yang
hendaklah –
(a) terletak di tengah-tengah berdekatan dengan stesen jururawat; dan
(b) mempunyai laluan terhad.
Kakitangan
39. (1) Hospital psikiatri swasta dan hospital psikiatri swasta yang diwartakan
hendaklah mengadakan satu pasukan pelbagai displin terdiri daripada sekurang-
kurangnya seorang ahli psikiatri atau pengamal perubatan berdaftar dengan
sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman dalam bidang psikiatri, seorang ahli
psikologi klinikal atau kaunselor, seorang jurupulih pekerjaan dan jururawat atau
pembantu perubatan untuk memenuhi keperluan rawatan dan rehabilitasi
psikososial pesakit.
(2) Rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan
psikiatri swasta yang diwartakan, pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan
pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang diwartakan hendaklah
menyediakan satu pasukan pelbagai displin yang terdiri dari sekurang-kurangnya
seorang ahli psikiatri atau pengamal perubatan berdaftar dengan sekurang-
kurangnya satu tahun pengalaman dalam bidang psikiatri, seorang ahli psikologi
klinikal pelawat atau kaunselor , seorang jurupulih pekerjaan pelawat, jururawat
atau pembantu perubatan untuk memenuhi keperluan rawatan dan rehabilitasi
psikososial pesakit.
(3) Kemudahan pskiatri swasta yang menyediakan perkhidmatan bagi pesakit
geriatrik hendaklah, sebagai tambahan kepada perkhidmatan yang disebut
dalam subperaturan (1) atau (2) sebagaimana yang terpakai, menyediakan
sekurang-kurangnya seorang ahli fisioterapi pelawat.
Penginapan seseorang dalam pusat kesihatan mental masyarakat swasta
40. (1) Seseorang yang mengalami kecelaruan mental dan didaftarkan dengan
sebuah kemudahan psikiatri boleh menginap di pusat kesihatan mental
masyarakat swasta atau pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang
diwartakan tidak lebih dua puluh empat jam.
(2) Walau apa pun subperaturan (1), seseorang yang mendatangkan bahaya
kepada dirinya atau keselamatan orang lain tidak boleh dibenarkan menginap.
(3) Persiapan hendaklah dibuat untuk merujuk orang itu menginap menurut
subperaturan ke sesuatu hospital psikiatri atau rumah jagaan kejururawatan
psikiatri, jika perlu, dalam masa dua puluh empat jam dari penginapan.
(4) Tiada cara pengekangan fizikal atau pengasingan boleh diguna ke atas orang
yang ditempatkan di bawah subperaturan (1).
(5) Butiran pesakit hendaklah direkodkan setelah penginapan di bawah
subperaturan (1).
Pengurusan kewangan pesakit
41. (1) Sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang
diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta dan rumah jagaan
kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan hendaklah mengadakan peluang
yang maksimum kepada setiap pesakit untuk menjalankan kebebasan
kewangannya mengikut tahap kompetensinya.
(2) Apabila seorang pesakit dianggap tidak dapat menjalankan kebebasan
kewangannya di bawah subperaturan (1), hospital psikiatri swasta, hospital
psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta
dan rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan hendaklah
mempunyai dasar bertulis mengenai pengurusan kewangan pesakit atas
amanah baginya
Barangan persendirian dan pakaian
42. (1) Sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang
diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan
kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan, pusat kesihatan mental
masyarakat swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat yang diwartakan
hendaklah menyediakan pesakit dengan ruang yang mencukupi untuk
menyimpan barangan persendiriannya.
(2) Sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan,
rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan
psikiatri swasta yang diwartakan, pusat kesihatan mental masyarakat
swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat yang diwartakan hendaklah
membenarkan pesakit memakai pakaian pilihan mereka yang sesuai .
BAHAGIAN VII
HAK PESAKIT
Penyata hak pesakit
43. (1) Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang
bertanggungjawab, mengikut mana yang berkenaan, ke atas sesuatu
kemudahan psikiatri hendaklah mengadakan penyataan hak pesakit
sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.
(2) Penyataan hak pesakit hendaklah dalam bentuk dan bahasa yang boleh
difahami oleh saudara atau sahabat pesakit faham.
(3) Penyataan hak pesakit hendaklah sekurang-kurangnya mengandungi
peruntukan bagi hak pesakit kepada—
(a) sebab kemasukan dan penahanannya dan cara bagi pelepasan, kebenaran
bercuti atau pemindahan;
(b) rawatan, maklumat, kerahsiaan, pengenalan diri dan privasi;
(c) penginapan yang mencukupi;
(d) kegiatan riadah;
(e) pengamalan identiti jantina;
(f) pengamalan kepercayaan agama pilihannya;
(g) berkomunikasi dengan orang di luar;
(h) menerima pelawat;
(i) mempunyai peluang untuk pendapat ahli psikiatri kedua;
(j) mendapatkan pembelaan undang-undang; dan
(k) merayu kepada Pengarah Perubatan, Lembaga Pelawat atau Ketua
Pengarah untuk pelepasan.
Kewajipan untuk mengadakan penyataan hak pesakit
44. (1) Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang
bertanggungjawab, mengikut mana yang berkenaan, sesuatu kemudahan
psikiatri hendaklah mengadakan penyataan hak pesakit kepada setiap pesakit
dalam kemudahan psikiatri.
(2) Walau apa pun subperaturan (1), apabila pesakit tidak dapat memahami
makna penyataan hak pesakit itu oleh sebab keadaan akalnya, pernyataan hak
pesakit itu hendaklah diadakan kepada pesakit itu dengan sebaik sahaja pesakit
itu berupaya untuk memahami maknanya.
(3) Penyataan hak pesakit hendaklah disimpan di tempat yang mudah diperoleh
dan tersedia untuk semua saudara atau rakan pesakit dan kakitangan yang
terlibat dalam rawatan dan pengurusan pesakit di sesuatu kemudahan psikiatri.
Pernyataan hak pesakit hendaklah dipamerkan
45. Pernyataan hak pesakit hendaklah dipamerkan di bahagian yang mudah
dilihat dalam suatu kemudahan psikiatri.
Dokumen yang boleh didapati untuk rujukan
46. Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang
bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, ke atas sesuatu kemudahan
psikiatri hendaklah menjadikan tersedia dokumen sebagaimana yang dinyatakan
dalam Jadual Keempat untuk rujukan pesakit, atau saudara atau rakannya di
kemudahan psikiatri itu.
BAHAGIAN VIII
PERKARA MENGENAI KOMUNIKASI
Komunikasi oleh pesakit yang dimasukkan ke hospital psikiatri
47. (1) Surat yang ditulis kepada atau oleh pesakit yang dimasukkan atau
ditahan hendaklah disampaikan tanpa dibuka kepada orang yang surat itu
dialamatkan
(2) Sekurang-kurangnya satu telefon dan talian telefon hendaklah diadakan di
setiap tingkat sesuatu kemudahan psikiatri bagi kegunaan pesakit sama ada
untuk panggilan masuk atau panggilan keluar dan telefon itu hendaklah terletak
di suatu tempat yang—
(a) mudah didatangi oleh pesakit; dan
(b) menjamin privasi komunikasi pesakit itu.
(3) Bentuk komunikasi yang lain hendaklah disediakan sebagaimana yang boleh
diarahkan oleh Ketua Pengarah.
Komunikasi oleh orang yang ditahan atau dikurung di hospital psikiatri
yang diluluskan
48 (1) Tertakluk kepada subperaturan (2), mana-mana orang yang ditahan atau
dikurung di bawah seksyen 342, 344 atau 348 Kanun Tatacara Jenayah [Akta
593]
atau peruntukan yang bersamaan dalam mana-mana undang-undang bertulis
yang lain dalam hospital psikiatri yang diluluskan boleh mendapat akses kepada
komunikasi tanpa pemintasan.
(2) Pengarah Perubatan atau orang yang bertanggungjawab, mengikut mana-
mana yang berkenaan, ke atas sesuatu hospital psikiatri yang diluluskan boleh
jika dianggap perlu menyebabkan mana-mana surat yang ditulis oleh atau
kepada mana-mana orang yang ditahan atau dikurung di situ untuk pengawasan
rapi.
(3) Semua perhubungan melalui surat kepada dan daripada peguam, wakil yang
dilantik atau Pejabat Pemerintah orang yang ditahan atau dik(4) Pengarah
Perubatan atau orang yang bertanggungjawab, mengikut mana-mana yang
berkenaan, ke atas sesuatu hospital psikiatri yang diluluskan boleh mengenakan
apa-apa syarat keselamatan bagi penggunaan dan lokasi telefon ke atas mana-
mana orang yang ditahan atau dikurung dalam hospital psikiatri yang
diluluskan.urung di hospital psikiatri tidak boleh dipintas.
BAHAGIAN IX
TATACARA YANG MESTI DIIKUTI OLEH LEMBAGA PELAWAT
Notis mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat
49. Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang
bertanggungjawab, mengikut mana-mana yang berkenaan, dari satu hospital
psikiatri atau rumah jagaan kejururawatan psikiatri hendaklah mengeluarkan -
(a) notis mesyuarat atau lawatan yang dijadualkan sekurang-kurangnya dua
minggu sebelum tarikh mesyuarat atau lawatan yang dijadualkan Lembaga
Pelawat itu; atau
(b) notis mesyuarat atau lawatan segera yang diarahkan oleh Pengerusi
Lembaga Pelawat pada mana-mana masa yang munasabah untuk menyoal
siasat semua kematian atau peristiwa yang tidak diduga yang berlaku sejak
mesyuarat atau lawatan yang dijadualkan terakhir Lembaga Pelawat,
kepada anggota Lembaga Pelawat.
Pelantikan Pengerusi untuk mesyuarat atau lawatan
50. Pengerusi Lembaga Pelawat boleh melantik Pelawat yang lain untuk
mempengerusikan mesyuarat atau lawatan Lembaga semasa ketiadaan
Pengerusi.
Tatacara mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat
51. (1) Hendaklah ada sesuatu buku laporan pelawat bagi maksud mesyuarat
atau lawatan Lembaga Pelawat dan buku itu hendaklah mengandungi semua
maklumat sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kelima.
(2) Mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat hendaklah dijalankan dengan
memberi perhatian khusus kepada kerahsiaan dan maruah pesakit.
(3) Pesakit hendaklah diberi peluang untuk menyuarakan rasa tidak puas hatinya
tanpa rasa takut semasa mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat.
(4) Pelawat hendaklah menilai mana-mana pesakit sukarela di hospital psikiatri
yang penahanannya melebihi tiga bulan untuk membuat pertanyaan mengenai
hak dan kebajikannya.
(5) Pelawat hendaklah mengemukakan saranan, aduan atau ulasan jika perlu
dan hendaklah mencatatkan saranan, aduan atau ulasan, jika ada, dalam Buku
Laporan Pelawat.
(6) Saranan, aduan atau ulasan itu hendaklah diambil tindakan oleh orang yang
bertanggungjawab dan dilaporkan dalam mesyuarat Lembaga yang dijadualkan
selepas itu atau sebagaimana yang diarahkan.
(7) Pelawat boleh menimbangkan keputusan semasa ketiadaan orang yang
bertanggungjawab jika dianggap perlu.
(8) Pelawat boleh menghendaki mana-mana orang yang bekerja di hospital
psikiatri dan rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau mana-mana saudara atau
sahabat pesakit, yang mengetahui tentang kenyataan atau hal keadaan mana-
mana perkara dalam siasatan untuk ditemu bual oleh Pelawat dan hendaklah
memberikan maklumat sama ada secara lisan atau bertulis.
(9) Notis temu bual itu hendaklah disampaikan kepada orang yang
bertanggungjawab yang tugasnya hendaklah untuk memastikan kehadiran orang
yang disebut dalam subperaturan (8) pada tarikh dan masa mesyuarat
sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.
(10) Mana-mana orang, yang dikehendaki oleh Pelawat, hendaklah memberikan
apa-apa maklumat yang diketahuinya atau dipercayainya benar.
(11) Pelawat hendaklah melaporkan sebarang penemuan atau ketidakpatuhan
semasa temu bual dalam buku laporan pelawat.
(12) Format mesyuarat atau lawatan hendaklah diputuskan oleh Pelawat.
Pembatalan pelantikan Pelawat
51. (1) Pelantikan Pelawat boleh disarankan supaya dibatalkan jika dia—
(a) tidak menghadirkan diri dalam tiga mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat
berturut-turut tanpa sebab yang sah; atau
(b) melanggar mana-mana terma dan syarat pelantikannya
(2) Pelawat yang disarankan supaya ditamatkan pelantikannya hendaklah buat
sementara waktu tidak lagi menghadiri mesyuarat atau lawatan Lembaga
Pelawat yang dijadualkan sehingga mendapat keputusan Menteri.
(3) Setelah keputusan Menteri untuk membatalkan pelantikan itu, Pelawat itu
hendaklah diberitahu.
Peletakan jawatan Pelawat
52. (1) Pelawat yang ingin meletak jawatan hendaklah memberikan notis satu
bulan secara bertulis mengenai hasratnya itu kepada Pengerusi Lembaga
Pelawat, yang akan selepas itu menyampaikannya kepada Menteri.
(2) Setelah menerima peletakan jawatan itu, Menteri bolehlah melantik ahli baru
bagi Lembaga Pelawat.