MAZLAN BIN HJ.MUHAMMAD - fp.utm.my filePerpustakaan Universiti Malaysia dibenarkan membuat salinan...
Transcript of MAZLAN BIN HJ.MUHAMMAD - fp.utm.my filePerpustakaan Universiti Malaysia dibenarkan membuat salinan...
PELAKSANAAN KAEDAH PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL
BAGI MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU
MAZLAN BIN HJ.MUHAMMAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
E O
UUUNNNIIIVVVEEERRRSSSIIITTTIII TTTEEKKKNNNOOOLLLOOGGGIII MMMAAALLLAAAYYYSSSIIIAAA
BBBOOORRRAAANNNGGG PPPEEENNNGGGEEESSSAAAHHHAAANNN SSSTTTAAATTTUUUSSS T
JJJUUUDDDUUULLL::: PELAKSANAAN KAEDAH PEMBELAJARAN SECA KONTEKSTUAL BAGI MATA PELAJARAN BAHAS
SSSEEESSSIII PPPEEENNNGGGAAAJJJIIIAAANNN::: 2008/2009
Saya MAZLAN BIN HJ.MUHAMMAD 800612-03-5403
Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di PerpustTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sa3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara insti pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√)
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamkepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dRAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah dorganisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan
√
TIDAK TERHAD
(TANDA
DR.LOKM
Tarikh:
( TANDA TANGAN PENYELIDIK) Alamat tetap:- F04-01, Kuarters Institusi Pendidikan Lukut, 71000 Lukut Port Dickson, N.Sembilan. Tarikh:
Catatan: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan sura
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebabini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dpenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursusatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
TTEEESSSIIISSS
RA A MELAYU
akaan Universiti
haja. tusi
atan atau alam AKTA
itentukan oleh )
Disahkan oleh
TANGAN PENYELIA)
AN BIN MOHD TAHIR
t daripada pihak dan tempoh tesis
an Sarjana secara dan penyelidikan
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya karya ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan :
Nama Penyelia : DR.LOKMAN BIN MOHD TAHIR Tarikh :
PELAKSANAAN KAEDAH PEMBELAJARAN SECARA
KONTEKSTUAL BAGI MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU
MAZLAN BIN HJ.MUHAMMAD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : MAZLAN BIN HJ.MUHAMMAD
Tarikh :
v
DEDIKASI
Diabadikan buat insan-insan yang ku cintai...
Buat ayahanda dan ibundaku yang kucintai Hj.Muhammad bin Ismail & Hjh.Maimunah bt.Md Daim
Tiada apa yang dapat kuucapkan hanya restumu mengiringi setiap detik perjalanan hidupku ini
Doa, jasa dan pengorbanan kalian mengiringi kehidupan anakandamu ini.
Buat ayahanda dan ibundaku mertuaku yang dirahmati Afandi bin Ismail & Dawiah Bt.Idris
Doa, jasa dan pengorbanan kalian mengiringi perjalanan kehidupanku.
Buat isteri ku Nor Sahada binti Afandi
Sokongan dan kasih sayangmu tidak berbelah bagi menjadi pembakar semangat Untukku mengharungi penghidupanku ini.
Buat pensyarah yang dihormati lagi disanjungi
Dr.Lokman bin Mohd Tahir Segala tunjuk ajar mu akan kekal sepanjang hayat ku
Tidakku mampu membalas jasa budimu Hanya Allah yang mampu menilai dan membalas segala kesabaranmu membimbingku
Buat rakan-akan seperjuangan-PKPG-
Segala dorongan dan keikhlasan bantuanmu tidak termampu kuungkapkan dengan kata-kata.
Hanya Allah s.w.t. sahaja yang maha mengetahui dan berhak menilainya.
Semoga kita diberkati Allah s.w.t. sentiasa.....
Amin...
vi
PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya
penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang telah
ditetapkan.
Di kesempatan ini, penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas buat
penyelia penyelidikan Dr.Lokman bin Mohd Tahir yang telah banyak membantu dengan
penuh komited dalam membimbing, menasihati, memberi dorongan serta tunjuk ajar
yang berguna di sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan. Penyelidik juga ingin
merakamkan sekalung budi buat pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia dan rakan-rakan yang turut membantu dalam penyiapan penyelidikan ini.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada isteri tercinta , ayahanda dan bonda
yang dikasihi serta keluarga yang banyak berkorban, sehingga penyelidik siap
menjalankan penyelidikan ini.
Akhir sekali, terima kasih disampaikan buat semua pelajar Program Khas
Pendidikan Guru Kemahiran Hidup dalam memberikan kerjasama yang tidak terhingga
dalam memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang
telah ditetapkan. Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam
penyelidikan ini secara langsung mahupun tidak langsung.
Sekian, terima kasih...
Wassalam...
vii
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji pelaksanaan pendekatan
pembelajaran secara kontekstual dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan di seluruh daerah Port Dickson. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap pemahaman, strategi pengajaran dan pembelajaran, pendedahan dan latihan dan masalah yang dihadapi oleh guru-guru Bahasa Melayu terhadap konsep pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Soal selidik diedarkan kepada 50 orang guru Bahasa Melayu dari seluruh sekolah kebangsaan di daerah Port Dickson. Data kajian diperolehi daripada set soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences version 15.0 for Windows dan juga secara manual. Analisis statistikal yang digunakan adalah kekerapan (frekuensi), min dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan pendekatan pembelajaran secara kontekstual dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu sangat tinggi dan hanya sebilangan guru sahaja yang kurang memahaminya. Hasil kajian diharapkan dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran, Pusat Perkembangan Kurikulum dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dalam meningkatkan lagi keberkesanan dalam pengajaran dengan menggunakan pendekatan pembelajaran secara kontekstual.
viii
ABSTRACT
The purpose for this research is to identify the implementation of contextual learning among the Malay Language teachers in primary schools in Port Dickson district. The main objective of this research is to identify level of understanding, learning strategy, exposure and training and problem faced by Malay Language teachers in implementing of contextual learning in Malay Language subject. The questionnaires were distributed to 50 Malay Language teachers in Sekolah Kebangsaan in Port Dickson district. Data gathered were analyzed by using Statistical Package For Social Science (SPSS Version 15.0) manually to indicate the frequency, min and percentage. The result shows that approach of contextual learning among Malay Language teachers were very high and only a few teachers have less understanding using this learning concept. The results also help Ministry of Education, Pusat Perkembangan Kurikulum and Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan in improving more effectiveness in lesson by using the approach of contextual learning.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGASAHAN PEMBIMBING ii
JUDUL iii
PENGAKUAN PENYELIDIK iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI JADUAL xv
SENARAI LAMPIRAN xvii BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Batasan Kajian 11
x
1.8 Definisi Istilah 11 1.8.1 Pelaksanaan 11
1.8.2 Kaedah 12
1.8.3 Pembelajaran Secara Kontekstual 12
1.8.4 Mata Pelajaran Bahasa Melayu 13
1.9 Penutup 13
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Pembelajaran Secara Kontekstual 15
2.3 Konsep Pendekatan Pembelajaran Secara
Kontekstual 17
2.4 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran 21
2.5 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
Secara Kontekstual 22
2.5.1 Menghubungkait ( Relating ) 22
2.5.2 Mengalami ( Experiencing ) 23
2.5.3 Mengaplikasi ( Applying ) 24
2.5.4 Bekerjasama ( Cooperating ) 24
2.5.5 Memindahkan ( Transferring ) 25
2.6 Pendedahan Dan Latihan Pendekatan
Pembelajaran Secara Kontekstual 25
2.7 Masalah Yang Dihadapi Semasa
Melaksanakan Pendekatan Pembelajaran
Secara Kontekstual 28
xi
2.7.1 Modul 28
2.7.2 Masa Dan Beban Tugas 30
2.7.3 Aspek Fizikal Dan Persekitaran Bilik
Darjah 31
2.7.4 Sikap 31
2.8 Kesimpulan 32
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 34
3.2 Reka Bentuk Kajian 34
3.3 Tempat Kajian 35
3.4 Populasi Kajian 36
3.5 Responden Kajian 37
3.6 Instrumen Kajian 38
Bahagian A 39
Bahagian B 39
3.7 Kajian Rintis 40
3.8 Kaedah Pengumpulan Data 41
3.9 Prosedur Kajian 42
3.10 Analisis Data 43
xii
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 46
4.2 Analisis Soal Selidik Bahagian A:
Latar Belakang Responden 47
4.2.1 Jantina 48
4.2.2 Bangsa 48
4.2.3 Umur 49
4.2.4 Kelulusan 49
4.2.5 Pengalaman Mengajar 50
4.2.6 Bilangan Kelas Tahun Enam
yang Diajar 50
4.3 Analisis Data Bahagian B:
Persoalan Kajian 51
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 53
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 57
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 61
4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 65
4.4 Penutup 69
xiii
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN
DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 70
5.2 Rumusan 70
5.3 Perbincangan 72
5.3.1 Tahap pemahaman guru-guru
Bahasa Melayu terhadap konsep
pendekatan pembelajaran
secara kontekstual. 73
5.3.2 Tahap pemahaman guru-guru
Bahasa Melayu terhadap strategi
pengajaran dan pembelajaran secara
kontekstual 74
5.3.3 Guru-guru Bahasa Melayu
mendapat pendedahan dan latihan dalam
melaksanakan pendekatan
pembelajaran secara kontekstual 75
5.3.4 Masalah yang dihadapi oleh guru-
guru Bahasa Melayu semasa
melaksanakan pendekatan
pembelajaran secara kontekstual 76
5.4 Cadangan 77
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 79
RUJUKAN 80
LAMPIRAN 87
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1 Perbezaan antara pembelajaran kontekstual
Dengan pembelajaran Tradisional 19
2 Data Sekolah 40
3 Prosedur Kajian 46
xv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pengelasan Skala Likert 43
3.2 Skala Pemeringkatan 43
3.3 Jumlah Item Dan Persoalan Kajian 44
3.4 Jadual Analisis Data 48
4.1 Item-Item Mengikut Persoalan Kajian 51
4.2 Peratusan dan Frenkuensi Taburan Responden
Mengikut Jantina 52
4.3 Peratusan dan Frenkuensi Taburan Bangsa
Responden 52
4.4 Taburan Umur Responden 53
4.5 Taburan Kelulusan Responden 53
4.6 Taburan Pengalaman Mengajar Responden 54
4.7 Taburan Bilangan Kelas Tahun Enam
yang Diajar 55
4.8 Skala Min 56
4.9 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min
responden Bagi bagi tahap pemahaman
guru-guru Bahasa Melayu terhadap konsep
pendekatan pembelajaran secara kontekstual
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu 56
xvi
4.10 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min
responden Bagi bagi tahap pemahaman
guru-guru Bahasa Melayu terhadap strategi
pengajaran dan pembelajaran secara
kontekstual dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu 60
4.11 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min
responden terhadap pendedahan dan latihan
dalam melaksanakan pendekatan
pembelajaran secara kontekstual dalam
Bahasa Melayu 65
4.12 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min
responden terhadap masalah yang dihadapi
untuk melaksanakan pendekatan pembelajaran
secara kontekstual dalam Bahasa Melayu 69
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA
A Borang Soal Selidik
B Surat Pengesahan Pelajar
C Surat Kelulusan Menjalankan Kajian (EPRD)
D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Jabatan
Pelajaran Negeri Sembilan
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi
menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang.
Penyemakan kurikulum bertujuan menyatupadukan elemen terkini dalam
pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan
murid untuk menghadapi cabaran pendidikan pada abad ke-21 (Abdul Rafie, 2003).
Kurikulum yang disemak semula dapat memberikan penekanan kepada nilai
murni dan semangat patriotik bagi sentiasa menyedarkan murid akan peranan dan
tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Melalui
kurikulum, murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, beretika tinggi,
bijaksana, serta menggunakan teknologi maklumat dan berkomunikasi secara
berkesan bagi melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala
rintangan serta cabaran dalam kehidupan.
Di Malaysia, Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa
pengantar utama, dan merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari di
peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Mata pelajaran ini bertujuan
melengkapkan diri murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras
dengan peranannya sebagai bahasa ilmu (Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah, Bahasa Melayu 2003).
Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan
menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
perpaduan rakyat Malaysia. Dalam konteks ini, Pendidikan Bahasa Melayu
berhasrat membina rasa bangga terhadap bangsa yang mencerminkan akal budi
pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan
tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan
Bahasa Melayu sekolah rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat
kewarganegaraan (Akta Pendidikan, 1996).
Di samping itu, mata pelajaran Bahasa Melayu juga berhasrat menyediakan
murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat
menggunakan tatabahasa secara tepat dan betul. Selain itu, murid mampu
mengungkap ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping
mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Dalam Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, tumpuan diberikan kepada kemahiran
bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan
Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan
Bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu
untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta
tujuan rekreasi (Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Bahasa
Melayu 2003).
Selari dengan perubahan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, Pusat
Perkembangan Kurikulum telah melaksanakan pendekatan pembelajaran secara
konstekstual iaitu salah satu komponen dalam Kemahiran Bernilai Tambah dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah seluruh negara termasuk Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Pendekatan
pembelajaran ini membolehkan murid menghubungkaitkan isi kandungan pelajaran
dengan kehidupan seharian, pengalaman individu, masyarakat serta
mengaplikasikan dalam alam pekerjaan. Pembelajaran konstekstual disampaikan
dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan
berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan
pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran
dengan kehidupan mereka (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).
Pendekatan pembelajaran ini juga bertujuan untuk melahirkan murid yang
berktrampilan dan berkemahiran tinggi. Sehubungan dengan itu kurikulum ini
mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri serta mampu menampilkan murid-
murid yang berakhlak mulia, berilmu, bertanggungjawab, seimbang dan harmoni di
samping mempunyai “generic compentencies” iaitu bukan sahaja mempunyai
kekuatan minda malahan berkemahiran dalam berkomunikasi, memanipulasi, sosial
dan mempunyai fikiran terbuka dan fleksibel (Abdul Malek Mohamed, 1999).
Pusat Perkembangan Kurikulum juga telah merancang pengisian kurikulum
bagi memantapkan lagi pengajaran yang disampaikan oleh guru dalam proses
membentuk melahirkan pelajar yang berkualiti. Terdapat beberapa elemen dalam
pengisian kurikulum iaitu daripada sudut ilmu, nilai kewarganegaraan, peraturan
sosiobudaya dan kemahiran nilai tambah. Di dalam aspek kemahiran nilai tambah
terkandung beberapa pendekatan berkaitan kemahiran berfikir, kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan serta
pembelajaran secara kontekstual (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).
Pendekatan pembelajaran secara konstekstual bertujuan untuk membina asas
yang kukuh kepada murid selain dari menarik minat pelajar dalam mata pelajaran
yang dipelajarinya (Abd.Aziz, 1998). Menurut Ishak et al. (1999) pula, pendekatan
pembelajaran secara kontekstual mempunyai garis panduan yang merangkumi aspek
pembelajaran melibatkan pemikiran dan perlakuan seperti:
i. Pembelajaran yang menghubungkan alam kehidupan
ii. Pembelajaran yang melibatkan interaksi sesama murid
iii. Pembelajaran dilaksanakan dalam situasi pekerjaan sebenar
Bagi Ee Ah Meng (2004), pembelajaran kontekstual membawa maksud
keadaan yang mana pembelajaran itu berlaku. Terdapat elemen-elemen penting
dalam pembelajaran secara kontekstual adalah seperti berikut:
i. Pengetahuan dibina oleh murid
ii. Setiap murid memiliki idea dan pengetahuan asas
iii. Proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial
iv. Guru dianggap sebagai fasilatator dalam proses pembinaan pengetahuan
murid
Konsep pendekatan pembelajaran secara kontekstual merupakan
pembelajaran yang menghubungkaitkan contoh-contoh yang berlaku daripada
pengalaman harian dengan suasana alam pekerjaan sebenar. Konsep pendekatan
pembelajaran ini juga dapat dipelajari melalui bahan pengajaran secara “hands-on”
yang melibatkan tayangan video berkaitan topik dan situasi dalam pengajaran.
Merujuk kepada falsafah dan strategi pendidikan pembelajaran secara
kontekstual adalah memusatkan murid untuk mencari makna kepada apa yang
sedang dipelajari. Secara tidak langsung, pendekatan pembelajaran ini dapat
membantu murid menghubungkan pengetahuan dengan apa yang dilakukan.
Pelaksanaan pembelajaran secara kontekstual dalam Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah ini telah membuktikan kesungguhan usaha dan tindakan
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membantu guru-guru mempelbagaikan
teknik, kaedah dan mencorakkan pengajaran dan pembelajaran yang telah sedia ada
(Pusat Perkembangan Kurilkulum, 2003).
1.2 Latar Belakang Masalah
Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan
menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa
bangga terhadap bangsa yang mencerminkan akal budi pemikiran rakyat, juga
berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi
bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu
sekolah rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan (Akta
Pendidikan, 1996).
Kementerian Pelajaran adalah pihak yang bertanggungjawab dalam
melaksanakan cita-cita negara berlandaskan kepada Falsafah Pendididkan Negara
melalui pengajaran yang disampaikan di sekolah-sekolah yang menjadi pusat segala
perkembangan ilmu. Wawasan negara yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri
Malaysia Keempat yang bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara maju menjelang tahun 2020 iaitu:
“ Peranan pendidikan dalam proses pembinaan bangsa Malaysia perlu
diasaskan kepada Wawasan 2020, iaitu satu gagasan pembinaan masa depan
masyarakat Malaysia yang bertujuan mewujudkan masyarakat adil,
demokratik, penyayang(caring), progresif dan dinamik, masyarakat sains dan
teknologi secara tidak langsung ia melibatkan sistem pendidikan di negara
kita dengan menekankan mata pelajaran sains dan teknologi. Wawasan 2020
ini juga bermatlamat perubahan futuristik Malaysia untuk membangun dan
maju menjelang abad ke-21.”
Dalam konteks ini, mata pelajaran Bahasa Melayu berperanan menyediakan
murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan
tatabahasa secara tepat dan betul. Selain itu, murid mampu mengungkap ilmu
pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Antara objektif-objektif mata pelajaran
Bahasa Melayu yang digariskan dalam Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah adalah:
i. Mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti serta menghayatinya
dalam konteks perbualan harian dan situasi formal
ii. Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai
situasi
iii. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai
persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara
iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan bukan sastera dengan
menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperolehi
ilmu dan memproses maklumat secara kritis
v. Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya
pembelajaran yang berterusan
vi. Memperkembangkan kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan
penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis
vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur
pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang
sesuai dan betul
viii. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan
karya bukan sastera
ix. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat
patriotisme dan kewarganegaraan.
Melalui pelaksanaan pendekatan pembelajaran secara konstekstual dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu, secara tidak langsung ia dapat memberi panduan
kepada guru-guru Bahasa Melayu mencapai objektif pengajaran mereka dalam mata
pelajaran ini. Pelaksanaan pendekatan pembelajaran secara kontekstual juga dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu dilihat penting kerana mata pelajaran ini merupakan
asas bagi perkembangan minda dan selaras dengan kemajuan teknologi masa kini.
Pendekatan pembelajaran ini juga dapat mendedahkan pelajar kepada dunia luar,
lebih aktif dan kreatif. Selain itu, pendekatan pembelajaran ini juga dapat menarik
minat murid kepada keseronokan pembelajaran dengan mengaplikasikannya tajuk-
tajuk dengan pengalaman harian para murid (Mohd Najib Abdul Razak, 1999).
Di samping itu, Kadir Ismail (1999) pernah menyatakan bahawa pendekatan
pembelajaran secara kontekstual dapat membantu murid-murid memahami konsep-
konsep dengan lebih jelas dan mudah. Menurut beliau lagi, pengajaran guru yang
menghubungkaitkan pengajaran dengan kehidupan sebenar menjadikan pembelajaran
murid lebih bermakna dan relevan. Secara tidak langsung ia dapat menghapuskan
perasaan takut dalam proses pembelajaran dan menjadikan sesi pembelajaran sebagai
aktiviti yang menyeronokkan.
Dalam melaksanakan pendekatan pembelajaran secara kontekstual dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu, guru memainkan peranan utama untuk
memperjelaskan tanggapan tentang sesuatu konsep pada peringkat awal serta tujuan
apa yang dipelajari oleh murid (Choong Choe Hin, 1999). Dalam situasi ini, tugas
guru bukan sekadar membantu murid mengetahui objektif secara spesifik sesuatu
mata pelajaran malah perlu memahami proses pengajaran dan pembelajaran supaya
dapat menghubungkaitkan pembelajaran dengan kehidupan seharian. Dahulu,
peranan guru hanyalah sebagai penyampai ilmu pengetahuan kepada murid melalui
pengajarannya, tetapi sekarang peranan guru kini lebih kepada pemudah cara atau
fasilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah untuk
membantu perkembangan potensi pelajar yang maksimum (Mohd Hanafi , 2001).
Selain itu, guru-guru khususnya guru Bahasa Melayu haruslah mempunyai
kesedaran dan kesediaan untuk melengkapkan diri dan menambah ilmu pengetahuan
dan kemahiran dalam bidang pedagogi bagi mempertingkatkan keupayaan dan
prestasi dalam bidang pendidikan yang kian mencabar ini. Keupayaan murid dalam
menguasai kemahiran asas 3M merupakan tanggungjawab semua guru dalam
melahirkan generasi yang lebih berdaya saing pada masa akan datang. Sehubungan
dengan itu, perkembangan dan pembangunan kurikulum dalam Kementerian
Pelajaran telah merancang dan menggubal semula kurikulum yang diajar di sekolah-
sekolah bagi meningkatkan lagi tahap pembelajaran sedia ada.
Murid-murid yang pintar adalah murid yang dapat merancang aktiviti dengan
betul sama ada kegiatan akademik atau pun kokurikulum, di samping kemahiran
pembelajaran yang berkesan turut memainkan peranan yang penting bagi
mengelakkan pembaziran tenaga dan masa (Hassan,1996). Sikap dan minat terhadap
aktiviti pembelajaran perlu ditekankan dari peringkat awal sesuatu pembelajaran
kerana ia merupakan tunjang pada usaha yang dilakukan. Di samping itu, ransangan
atau dorongan ibubapa juga penting untuk menggerakkan seseorang bagi
meningkatkan pencapaian akademik mereka.
Dengan huraian yang diberikan di atas, penyelidik amat berminat untuk
mencari dan mengenalpasti punca sebenar masalah dalam melaksanakan pendekatan
pembelajaran secara kontekstual dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu
ini. Kelemahan pengajaran dan pembelajaran pada masa ini adalah berpunca dari
kegagalan dalam membantu murid mencari hubung kait di antara maklumat baru
dengan pengalaman sedia ada murid. Kedudukan dan perletakan sekolah juga
mempengaruhi pencapaian murid-murid dalam menentukan kejayaan seseorang
murid. Hubungan di antara sekolah dengan dunia luar banyak mempengaruhi tahap
kematangan pemikiran murid-murid. Banyak faktor yang mungkin dapat
mempengaruhi pencapaian pembelajaran pelajar iaitu faktor minat dan sikap murid,
dorongan ibu bapa dan pengajaran guru. Penyelidik akan merangka dan menilai
semua maklumat yang bakal dikutip di samping analisis yang mendalam untuk
mencari penyebab sebenar fenomena ini. Penyataan dan kesimpulan yang didapati
akan digunakan sebagai landasan bagi mengurangkan kelemahan ini dan seterusnya
mengambil tindakan susulan bagi membendung masalah ini di masa depan.
1.3 Pernyataan Masalah
Pengkaji ingin menyelidik sejauh manakah pelaksanaan kaedah pembelajaran
secara kontekstual bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah khususnya
Tahun 6 di sekolah rendah di daerah Port Dickson. Dalam pengamatan pengkaji, jika
prestasi rendah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ini berterusan, adalah dikhuatiri
Falsafah Pendidikan Kebangsaan sukar dicapai. Berasaskan fakta di atas,
penyelidik berhasrat untuk menjalankan kajian ke atas guru-guru Bahasa Melayu
terhadap tahap pemahaman, strategi dalam melaksanakan pendekatan pembelajaran
kontekstual, pendedahan latihan yang diperolehi dan masalah yang dihadapi
sepanjang melaksanakan pengajaran yang menggunakan pendekatan pembelajaran
secara kontekstual.
1.4 Objektif Kajian
Di dalam kajian ini penyelidik dapat:
i. Mengenal pasti tahap pemahaman guru-guru Bahasa Melayu terhadap
konsep pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu.
ii. Mengenal pasti tahap pemahaman guru-guru Melayu terhadap strategi
pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu.
iii. Mengenal pasti sama ada guru-guru Bahasa Melayu mendapat pendedahan
dan latihan untuk melaksanakan pendekatan pembelajaran secara kontekstual
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
iv. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru-guru Bahasa Melayu
semasa melaksanakan pendekatan pembelajaran secara kontekstual dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan masalah yang dinyatakan, persoalan-persoalan utama yang
menjadi kajian ini ialah:
i. Apakah tahap pemahaman guru-guru Bahasa Melayu terhadap konsep
pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu?
ii. Apakah tahap pemahaman guru-guru Bahasa Melayu terhadap strategi
pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu?
iii. Adakah guru-guru Bahasa Melayu mendapat pendedahan dan latihan bagi
melaksanakan pendekatan pembelajaran secara kontekstual dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu?
iv. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru-guru Bahasa Melayu semasa
melaksanakan pendekatan pembelajaran secara kontekstual dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu?