Matlamat Dan Objektif Makmal Komputer Dan Pusat Akses SK Bertam Indah
description
Transcript of Matlamat Dan Objektif Makmal Komputer Dan Pusat Akses SK Bertam Indah
Matlamat Dan Objektif Makmal Komputer Dan Pusat Akses SK Bertam Indah
Matlamat
1. Mewujudkan kalangan murid yang celik komputer.
2. Meningkatkan pencapaian teknologi dikalangan murid –murid.
3. Melahir dan memupuk perasaan tanggungjawab terhadap pentingnya mempelajari bidang ICT supaya tidak ketinggalan zaman.
4. Membantu murid meningkatkan pengetahuan komputer dan memupuk sikap positif terhadap ICT dan perkomputeran.
Objektif
1. Mempertingkatkan tahap pengetahuan mueid-murid terhadap ICT dan komputer.
2. Memastikan murid-murid memahami asas komputer dan cara mengendalikannya dengan cara yang betul.
3. Memastikan murid mahir perisian-perisian asas yang dapat membantu murid dalam pembelajaran.
4. Mengaplikasikan pengetahuan perkomputeran dalam kaedah pembelajaran.
5. Membentuk sahsiah dan disiplin diri dalam proses membuat keputusan bijak dalam kehidupan.
PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH
Objektif Penubuhan Makmal dan Kelab Komputer Sekolah adalah untuk :
Meningkatkan literasi komputer di kalangan pelajar. Menggalakkan minat dan rasa ingin tahu mengenai komputer. Menyediakan peluang dan kemudahan mempelajari pengatucaraan komputer kepada
pelajar dan guru. Menggalakkan perkongsian idea, maklumat dan pengetahuan di kalangan pelajar antara
kelab dan individu dalam masyarakat. Menggalakkan penyertaan , kerjasama dan motivasi dalam proses pembelajaran Menggalakkan penggunaan komputer untuk membantu aktiviti sekolah dan masyarakat. Membantu pelajar berhadapan dengan kehidupan yang semakin berorientasikan
komputer. Memupuk sikap yang positif dan mengurangkan kekeliruan mengenai penggunaan
komputer dalam kehidupan.
Meningkatkan penglibatan pelajar dalam pendidikan komputer dengan menggalakkan penggunaan komputer secara positif.
Organisasi dan Jawatankuasa Pengurusan Makmal Komputer
Bagi melincinkan dan melancarkan pengurusan sesebuah makmal komputer dengan sempurna sebuah jawatankuasa perlu ditubuhkan bagi menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan makmal komputer. Jawatankuasa pengurusan makmal komputer boleh ditubuhkan berdasarkan kepentingan dan keadaan sesebuah makmal itu sendiri.
Penasihat
Penasihat Penasihat terdiri dari guru yang mengajar apa jua matapelajaran. Disamping minat yang mendalam dan motivasi yang tinggi, guru penasihat mestilah mempunyai dedikasi yang tinggi dan rasa penglibatan ikhtisas yang sepenuhnya.
Peranan Guru Penasihat.
Menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh pelajar-pelajar yang akan membantu dalam perancangan dan pengurusan makmal dan kelab komputer.
Membimbing jawatankuasa kelab dalam merancang dan menghasilkan aktiviti-aktiviti yang menarik dan memelihara minat pelajar yang berbeza-beza kebolehan dalam penggunaan komputer serta mempunyai keseimbangan dari segi nilai pengetahuan, nilai sosial dan nilai rekreasinya.
Mengatur jadual bagi penggunaan komputer oleh ahli-ahli dan pembahagian tugas penyeliaan oleh ahli jawatankuasa.
Menyertai semua perjumpaan formal yang diadakan oleh kelab. Mengadakan perhubungan dengan kelab komputer dari sekolah-sekolah lain dalam usaha
mendalami pengetahuannya dan pembahagian aktiviti kelab. Bilangan guru penasihat adalah bergantung kepada bilangan ahli kelab. Penasihat
makmal atau kelab komputer sebaik-baiknya mendapat pendedahan dalam penggunaan komputer dan mengikuti latihan dalam pengurusan kelab komputer sekolah. Kandungan latihan sekurang-kurangnya meliputi.
Kemudahan Fizikal
Bilik mestilah selesa dan keluasannya mencukupi untuk menampung bilangan komputer, ini pula bergantung kepada peruntukan yang diberi oleh Kementerian Pendidikan , Syarikat Swasta atau orang perseorangan.
Bilik komputer sesuai dan boleh dihubungkan secara "Local Area Networking" menggunakan Windos Nt untuk program pembelajaran berbantukan komputer boleh dijalankan.
Peralatan untuk pengajaran komputer seperti perisian, panel LCD, OHP dan skrin tayangan perlu diadakan.
Kemudahan perabut yang mencukupi termasuk meja, kerusi, almari, rak, papan tulis (white board) dan perkakasan lain seperti penyedut hampagas dan penyapu.
Sistem pendawaian elektrik pula mestilah selamat dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendawaian Jabatan Kerja Raya atau pengesahan dari pihak swasta yang bertauliah.
Alat bantuan kebakaran seharusnya disediakan sebagai langkah persediaan untuk kebakaran.
Lokasi makmal komputer sebaik-baiknya hendaklah berhampiran dengan bilik guru atau pejabat sekolah. Ini bersesuai kerana kerana dari segi keselamatan ia mudah dikawal selia juga memudahkan guru dan pelajar berulang-alik. Elakkan bilik komputer yang berjauhan dan terpencil, ini akan memudahkan berlakunya pecah masuk terutamanya pada masa cuti sekolah.
Keselamatan Makmal.
Bagi menjamin keselamatan makmal dan penggunanya juga perkakasannya beberapa ciri-ciri yang perlu diikuti seperti :
o Talian elektrik mesti dilindungi dari capaian pelajar .o kedua-dua pintu tidak boleh dikunci semasa kelas berjalan Pastikan pelan larian
kecemasan ditempatkan disekitar kawasan maklaml agar pelajar dapat mengetahui kearah mana mereka patut pergi jika berlaku kecemasan atau kebakaran.
o Sebaik-baiknya adakan latihan kebakaran secara berkala dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat atau guru-guru yang berpengalaman.
o Maklumat seperti soalan peperiksaan , maklumat pelajar dan guru perlu dijaga dan orang-orang tertentu sahaja yang boleh mendapatkannya.
o Simpan "backup" khasnya untuk data yang penting.o Adakan perisian Anti Virus yang terkini.
Peraturan Makmal Komputer
Semua pengguna dilarang membawa makanan atau minuman masuk ke dalam makmal komputer.
Beg dilarang sama sekali dibawa ke makmal komputer. Pengguna dilarang membawa masuk/keluar perisian atau diskett dari luar/ dalam ke
makmal komputer kecuali dengan izin guru komputer. Guru yang membawa pelajar ke makmal komputer perlu merekod terlebih dahulu nama
guru, tingkatan ,waktu dan nombor komputer yang digunakan ke dalam buku log /catatan sebelum memulakan operasi.
Pelajar dan pengguna lain tidak dibenarkan memakai kasut semasa di makmal komputer . Kemaskan makmal komputer sebelum meninggalkannya
Laporkan kepada guru pengawas dengan segera jika terdapat sebarang keadaan yang ganjil seperti bunyi, bau benda terbakar atau apa sahaja yang disyaki dan ganjil.
Penyenggaraan Komputer
Dalam pengurusan penyenggaraan dan baikpulih komputer beberapa borang/risalah perlu disediakan seperti borang-borang dan risalah di bawah:
o Risalah Panduano Jadual Perancangano Jadual Penggunaano Sistem computero Buku Logo Buku Stoko Rekod Kewangano Peraturan Makmalo Rekod Laporan Kerosakano Jadual Tugas Guru Komputero Rekod Pinjaman/ Pulangano Hak Cipta/ Etikao Organisasi jawatankuasao Keselamatan Makmalo Jenayah Komputero Keselamatan Viruso Rekod Stok/Inventorio Pengendalian dan Penggunaan Perisian – Cakera Start, Cakera Data, Cakera Luar dan
Perisian Asli.
Sistem Fail
Surat Menyurat Minit Mesyuarat Kewangan Pekeliling Jadual Pengajaran Sukatan Pelajaran Biodata Guru Sumber Rujukan
Pengurusan Makmal Komputer
Dalam semua organisasi, aspek pengurusan perlu dititikberatkan. Pengurusan yang cekap dan cemerlang membolehkan organisasi itu berjalan dengan baik dan berkesan. Sehubungan dengan itu pengurusan makmal komputer seharusnya mempunyai ciri-ciri dan matlamat berikut:
o Makmal komputer boleh dijadikan sebagai satu tempat yang selesa sebagai gedung menimba ilmu juga tempat kajian dalam bidang pendidikan.
o Semestinya makmal komputer sentiasa berada dalam keadaan keselamatan yang terjamin kebersihannya, kekemasan perabot, perkakasan dan peralatan komputer yang sentiasa dijaga dan dibaikpulih dari semasa kesemasa.
o Diharapkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar tanpa gangguan dari komputer dan perkakasannya.
o Diharap makmal komputer dapat memberi keselesaan kepada pelajar dan guru dimana ianya sudah tentu dapat menyumbang kearah kecemerlangan dunia pendidikan masa kini.
Pengurusan Makmal Komputer (AM)
Garis panduan penggunaan makmal komputer perlu diselaraskan dan diikuti dengan betul oleh semua pihak. Ini perlu kerana keselamatan makmal dan penggunaannya semaksima yang boleh dapat digunakan oleh semua pihak.
Risalah , manual dan buku panduan seharusnya disediakan . Ini memudahkan pengguna mengendalikan semua alat dalam makmal komputer, dengan ini pembaziran masa dapat dikurangkan. Carta aliran , berita semasa dan papan kenyataan hendaklah diadakan supaya pengguna dapat mengetahui maklumat terkini.
Sistem fail dan inventori yang lengkap, kemas dan teratur dapat menolong urusan pentadbiran dilaksanakan dengan lebih tepat dan cepat.
Pihak pengurusan perlu menyediakan jadual tugasan yang lengkap supaya cara penggunaan makmal komputer dapat dijalankan secara teratur dan dengan sendiri dapat mengelak berlaku pertindanan penggunaan makmal komputer antara kelas dan pelajar.
Mengurus hal-hal berkaitan dengan penyenggaraan makmal seperti service aircond, cuci pemacu, mengemaskini direktori dsb.
Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran.
Merancang supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku mengikut sukatan pelajaran literasi komputer yang ditetapkan oleh pihak kementerian.
Merancang latihan guru dengan memberi latihan komputer kepada semua guru dan kakitangan sekolah supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk mempertingkatkan produktiviti seperti "kemahiran asas menggunakan perkakasan komputer, pengetahuan dan kemahiran asas penggunaan pemprosesan data, pengetahuan dan kemahiran asas penggunaan hamparan elektronik, pengetahuan asas pemgurusan makmal dan penggunaan perisian pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran".
Merancang belanjawan dengan menggunakan peruntukan yang diberi untuk mengemaskini bahan pembelajaran bagi perisian dan komponen perkakasan komputer.
Bertanggunjawab terhadap proses-proses penyenggaraan komputer jika berlaku kerosakkan.
Bertanggungjawab dalam mengurus dan mengawal inventori juga keselamatan makmal dalam proses pengajaran.
Bertanggungjawab menyelaras dalam membina soalan untuk matapelajaran literasi komputer.
Membantu dalam pengurusan makmal komputer dengan mengadakan sudut-sudut seperti sudut berita, sudut kajian dan sudut maklumat terkini.
Membuat perancangan aktiviti literasi komputer bagi pelajar.
Pengurusan Perkakasan.
Semua inventori pembelian dan penggunaan perkakasan atau perisian perlu dicatatkan kedalam buku stok. Ini bertujuan bagi kegunaan pihak Audit dan pihak sekolah bagi perancangan masa akan datang.
Rekod laporan kerosakkan atau baikpulih seharusnya diadakan supaya baik pulih dapat dilaksanakan dan memastikan makmal komputer sentiasa berada didalam keadaan yang baik.
Keselamatan Bilik Komputer
Sekolah yang berkemampuan boleh memasang gril pada tingkap dan pintu makmal. Disamping itu alat penghawa dingin seharusnya diadakan disetiap makmal komputer.
Bilik komputer seharusnya tertutup suya tidak dimasuki habuk atau asap yang sentiasa terdapat di udara kita masa kini. Selain bilik yang tertutup komputer perlu ditutup dengan "penutup" komputer . Ini dapat menambah jangka hayat sesuatu komputer
TROUBLESHOOTING ASAS
PANDUAN MENYELESAIKAN MASALAH MUDAH
Ralat dalam perisian atau gangguan kepada perkakasan komputer kadang-kadang dapat diselesaikan tanpa memerlukan bantuan juruteknik ataupun pakar. Kebiasaannya apabila berlaku gangguan, sistem akan memaparkan mesej (error message) yang tertentu. Di bawah ini disenaraikan beberapa gangguan yang biasa berlaku dan cadangan penyelesaiannya.
MASALAH UMUM YANG BIASA TERJADI
1. Bunyi beep yang panjang dan diikuti bunyi beep yang pendek
Punca Gangguan
kad grafik rosak Setting motherboard yang tidak betul
Cadangan Penyelesaian
Keluarkan kaf grafik dari slot dan pasang semula
Setting semula CMOS Tambahkan kad grafik sekiranya menggunakan built-in VGA
2. Bunyi beep pendek dua kali yang berulang-ulang
Punca Gangguan
Slot RAM longgar RAM module tidak berfungsi Gabungan RAM module yang berbeza model dan kelajuan
Cadangan Penyelesaian
Keluarkan RAM dari slot dan pasang semula dengan sempurna Bersihkan tapak plat RAM menggunakan kain yang kering dan bersih Pastikan tapak plat RAM tidak berhabuk,berminyak dan tiada kesan terbakar Pastikan kelajuan RAM yang digunakan bersesuaian dengan motherboard Tukar RAM module
3.Tarikh dan masa yang salah dan keluar mesej Press F1 to continue or F2 to enter setup
Punca Gangguan
Internal battery lemah CMOS Chip rosak
Cadangan Penyelesaian
Tukar internal battery.Kebiasaannya menggunakan model CR2032 Tukar CMOS chip atau buat proses flush kepada chip tersebut Tukar motherboard
4.Mesej Non system disk, disk error, replace and strike any key when ready
Punca Gangguan
Terdapat disket dalam pemacu A Sistem operasi pada cakera keras hilang Trak 0 pada cakera keras rosak
Cadangan Penyelesaian
Periksa pemacu A dan pastikan tiada disket Periksa CMOS setting betul atau gunakan Load setup default Tukar cakera keras yang baru sekiranya cakera keras didapati rosak
5. Mesej Disk Write error
Punca Gangguan
Terdapat bad sector pada cakera keras atau disket
Partition table rosak
Cadangan Penyelesaian
Jalankan proses low level format terhadap cakera yang berkenaan Buat partition table baru Tukar cakera yang rosak dengan cakera yang baru
6.Mesej General failure reading drive x, Drive not ready atau Invalid drive specification
Punca Gangguan
Cakera yang tidak diformat Kapasiti format yang tidak sesuai dengan pemacu cakera Cakera keras rosak
Cadangan Penyelesaian
Format cakera keras berkenaan Tukar cakera keras yang rosak
7.Paparan mesej insufficient memory
Punca gangguan
RAM tidak mencukupi Applikasi yang dibuka terlalu banyak dalam satu masa (multi-tasking) Pengurusan memori yang tidak sempurna
Cadangan Penyelesaian
Tutup applikasi yang tidak digunakan Pengurusan memori dilakukan dengan pembahagian semula memori Tambahkan RAM module
8.Tiada respons dari sistem sama ada tiada paparan ataupun tiada bunyi beep
Punca gangguan
Processor tidak berfungsi dengan baik CMOS rosak Litar power supply rosak Motherboard rosak
Cadangan Penyelesaian
Gantikan perkakasan terbabit dengan yang baru Hubungi juruteknik jika perlu
9. Sistem tidak berfungsi dengan baik iaitu selalu hang semasa digunakan, hang bila mula log ke windows dan reboot semasa masuk atau pun hendak keluar dari windows
Punca gangguan
Setting CPU clock speed yang terlalu laju dan tidak tepat Suhu processor yang terlalu panas (over-heated) Processor rosak RAM module rosak Motherboard rosak Litar power supply rosak Sektor 0 cakera keras rosak
Cadangan Penyelesaian
Set semula CPU clock speed dalam CMOS Periksa kipas processor dan pastikan berfungsi dengan baik Pastikan model dan kelajuan RAM sesuai dengan motherboard Jalankan proses low level format cakera keras Gantikan perkakasan yang terlibat dengan perkakasan baru
10. Windows selalu dimulakan dengan safe mode
Punca gangguan
Proses shutdown tidak sempurna dan tidak mengikut secara kebiasaannya Terdapat divice driver yang tidak berfungsi dengan baik Terdapat perkakasan yang tidak berfungsi dengan baik
Cadangan Penyelesaian
Updatedevice driver yang berkenaan Keluarkan kad-kad berkenaan dari slot, bersihkan dan pasang semula Tukar slot sekiranya masih ada slot yang kosong Ganti perkakasan yang terlibat dengan perkakasan baru
11. Paparan yang kabur umpama hujan lebat dan terganggu
Punca gangguan
Resolusi melebihi had jangkauan monitor Setting resolusi telah diubah
Cadangan Penyelesaian
Periksa setting resolusi Tukar resolusi kepada nilai yang yang lebih kecil contohnya 800 x 600
12. Paparan dalam bentuk titik-titik, berkotak-kotak atau simbol yang tidak difahami
Punca gangguan
Color depth melebihi had jangkauan kad grafik (VGA) Kerosakan pada kad grafik
Cadangan Penyelesaian
Ubah semula setting supaya ianya bersesuaian dengan kad grafik Gantikan kad grafik yang baru
13. Paparan mesej Track 0 Bad – Disk Unusable
Punca gangguan
Disket yang digunakan rosak Kapasiti format yang tidak selaras dengan density cakera yang berkenaan Trak 0 yang menyimpan maklumat berkenaan sistem fail rosak
Cadangan Penyelesaian
Format semula cakera berkenaan Tukar disket ataupun cakera keras yang terlibat dengan yang baru
14. Cakera keras mengeluarkan bunyi agak kuat, nyaring dan luar biasa disebabkan motor cakera keras tidak berputar dengan sekata
Punca gangguan
Motor pada cakera berkenaan rosak Head crash
Cadangan Penyelesaian
Gantikan disket atau cakera keras yang terlibat dengan yang baru
15. Paparan mesej Sector not found atau Invalid drive specification
Punca gangguan
Cakera rosak atau tidak diformat dengan sempurna Kapasiti pemacu dan disket yang tidak seragam
Cadangan Penyelesaian
Format semula cakera Periksa dan pastikan kapasiti pemacu dan disket adalah sama Tukarkan disket atau cakera yang terlibat dengan yang baru
16. Paparan mesej Disk is write protect
Punca gangguan
Kemungkinan tab disket pada kedudukan write protect Sektor pada cakera keras rosak
Cadangan Penyelesaian
Tukar tab disket pada kedudukan write enable Low level format cakera keras Kosongkan sector yang rosak menggunakan Disk Manager Bina semula partition table dan format semula cakera keras berkenaan
17. Paparan mesej File not found
Punca gangguan
Fail atau cakera yang hendak diakses rosak Fai tidak sepadan dengan applikasi yang digunakan Fail tiada dalam cakera keras
Cadangan Penyelesaian
Periksa dan pastikan disket dimasukkan kedalam pemacu dengan sempurna Periksa kedudukan sebenar lokasi fail yang hendak dibuka
MASALAH RANGKAIAN YANG BIASA TERJADI
1. Komputer tidak disenaraikan dalam network neighbourhood
Punca gangguan
o Installation windows yang tidak lengkapo Konfigurasi LAN yang tidak sempurna
o Pemacu kad rangkaian (network driver) tidak berfungsio Kad rangkaian (network card) tidak berfungsi
Cadangan Penyelesaian
o Pastikan kad rangkaian dipasang dengan sempurnao Pasang semula pemacu kad rangkaian(network driver)o Semak konfigurasi LAN anda dan uji semula dengan menaipkan ping localhost dalam
petak runo Pastikan protokol dipilih ialah TCP/IPo Semak IP address dan subnet mask komputer anda
2. LED pada network card atau hub tidak menyala
Punca gangguan
o Tiada sambungan LAN ataupun terputuso Hub rosako Kad rangkaian (network card) tidak berfungsi
Cadangan Penyelesaian
o Peiksa kabel rangkaian dan pastikan ianya bersambung dengan kad rangkaiano Periksa sambungan yg terputus ataupun longgar dan pastikan ianya disambung ke hubo Pastikan sumber elektrik dan suis hub dihidupkano Pastikan pin RJ-45 connector dipasang sempurna pada kabelo Ganti RJ-45 connector ,kad rangkaian atau hub yang baru jika perlu
3. LED pada hub atau switch berkelip tidak berhenti-henti
Punca gangguan
o Port yang berkenaan pada hub atau switch rosak
Cadangan Penyelesaian
o Pindahkan kabel rangkaian ke port lain yang tidak rosako Gantikan hub yang baru
4. Network neighbourhood hanya memaparkan diri sendiri sahaja
Punca gangguan
o Rangkaian tidak disambung dengan computer yang laino Hub rosako Kad rangkaian (network card) tidak disambung dengan sempurna
Cadangan Penyelesaian
o Periksa dan pastikan kabel rangkaian disambung kepada hub dan komputer yang laino Pastikan hub berfungsi dengan baiko Pastikan workgroup sama dengan komputer yang lain
5. Terdapat beberapa computer tidak dipaparkan dalam network neighbourhood
Punca Gangguan
o Rangkaian untuk komputer yang berkenaan tidak berfungsi
Cadangan Penyelesaian
o Periksa network setting untuk komputer berkenaano Periksa kabel dan network connector disambung dengan sempurnao Pastikan kad rangkaian (network card) berfungsio Pastikan panjang kabel antara hub dan computer berkenaan tidak melebihi 100 metero Tambahkan hub atau pasang repeater jika panjang kabel melebihi 100 meter
6.Paparan mesej pertindihan alamat TCP/IP di mana beberapa buah pc hang secara tiba-tiba apabila rangkaian dikesan semasa proses login Windows
Punca gangguan
o Alamat TCI/IP yang digunakan bertindih (sama bagi beberapa buah pc)o Nama komputer(computer name) sama untuk beberapa buah komputer
Cadangan Penyelesaian
o Ubah alamat TCP/IP yang bertindiho Periksa dan pastikan tiada komputer yang sama nama
7. Paparan mesej No Domain Server
Punca Gangguan
o Login atau kata laluan yang tidak betulo Workgroup yang diwujudkan tidak merujuk workgroup dalam servero Rangkaian ke server tidak berfungsi
Cadangan Penyelesaian
o Pastikan workgroup client pc sama dengan workgroup yang dinyatakan di dalam servero Periksa kabel rangkaian dan port yang menyambungkan komputer kepada servero Periksa kad rangkaian pada server dan computer yang berkenaan
8. Sebahagian node (perkakasan yang dirangkai) tidak dapat di akses
Punca Gangguan
o Rangkaian yang menghubungkan node berkenaan tidak berfungsio Pertindihan alamat TCP/IP bagi node berkenaan dengan pc atau servero Akses kepada node dihalango Fail driver tidak berfungsi dengan baik
Cadangan Penyelesaian
o Pastikan semua sambungan rangkaian ke node berkenaan dalam keadaan sempurna.o Semak alamat TCI/IP. Ubah jika ada alamat yang sama
9. Semua konfigurasi rangkaian betul tetapi rangkaian dalaman(LAN) masih tidak berfungsi dengan baik atau tidak stabil
Punca Gangguan
o Sambungan rangkaian yang tidak baiko Kabel rangkaian terlalu panjango Masalah fail Windows
Cadangan Penyelesaian
o Pastikan semua sambungan kabel dan penyambung RJ-45 ketato Kaedah penyambungan kabel 100-T digunakano Jalankan proses installation semula windows
10. LED ADSL pada modem/router berkelip tidak berhenti-henti
Punca Gangguan
o Talian ADSL rosak, tidak disambung ataupun terputus
Cadangan Penyelesaian
o Pastikan kabel telefon/ADSL disambungkan kepada modemo Sekiranya lampu ADSL masih lagi berkelip tidak berhenti-henti, hubungi streamyx
technical center 1300889515 untuk membuat laporan kerosakan talian
11. Komputer client (student) tidak dapat melayari internet
Punca Gangguan
o Rangkaian tidak berfungsi
o Julat alamat TCP/IP melebihi had disokong oleh routero Konfigurasi internet browser computer yang berkenaan merujuk kepada connection yang
salah atau tidak wujudo Konfigurasi proxy salah ataupun tidak diperlukan
Cadangan Penyelesaian
o Pastikan rangkaian berfungsi dengan baiko Pastikan bilangan client tidak melebihi julat router pada satu-satu masa. Contohnya router
jenis Allied Telesyn yang dibekalkan kepada makmal sekolah (projek SCHOOLNET) hanya membenarkan 62 node sahaja mengakses pada satu-satu masa
o Semak konfigurasi pelayar web dengan menggunakan option never dial a connection dalam Tools-Internet Option-Connections di mana kosongkan pada ruangan proxy (LAN settings)
12. Lampu (LED) ADSL pada modem/router stabil dan lampu PPP menyala tetapi lampu LAN tidak menyala
Punca Gangguan
o Rangkaian dalaman ke modem/router tidak berfungsi
Cadangan Penyelesaian
o Periksa kabel rangkaian dan penyambung RJ-45 dari modem/router ke hub switch dengan memastikan port yang berkenaan dalam keadaan yang baik
Peraturan Makmal Komputer
Berikut adalah beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna makmal komputer :
1.Setiap pengguna hendaklah merekodkan maklumat penggunaan dalam buku log/buku rekod penggunaan yang telah disediakan.
2. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru mengawas.
3.Dilarang membawa beg, makanan atau minuman masuk ke dalam makmal.
4.Dilarang membawa masuk sebarang cakera perisian dan disket dari luar ke dalam makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras Makmal Komputer.( Disket boleh dibeli dari Guru Penyelia Makmal Komputer atau guru yang bertugas ).
5.Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras Makmal Komputer.
6.Pelajar dilarang melaraskan alat penghawa dingin.
7.Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam makmal (bagi pelajar, pastikan tidak memakai stoking yang berbau).
8.Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik/mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.
9.Jika terdapat sebarang bunyi ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, sila laporkan dengan segera kepada guru yang bertugas.
10.Dilarang membuat bising di dalam makmal.
11.Dilarang mencetak bahan-bahan yang mengandungi unsur-unsur lucah, menghina atau memfitnah pihak tertentu, atau simbol seumpamanya yang kemudiannya ditampal dan disebarkan.
12.Dilarang membuat sebarang perubahan “settings” pada komputer tanpa kebenaran guru penyelia makmal komputer.( seperti bunyi, warna, screen saver, dan sebagainya) .
13.Dilarang menambah software dan hardware yang sedia ada.
14.Semua hasil kerja hendaklah disimpan (save) di dalam disket dan tidak boleh disimpan di dalam hard disk.
15.Peralatan seperti LCD Projektor, Skrin Projektor, Pencetak ( Printer) dan Pengimbas ( Scanner ) hanya boleh dikendalikan oleh guru.
16.Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar ke Makmal Komputer hendaklah menulis maklumat penggunaan dalam buku rekod penggunaan.
17.Pengguna hendaklah sentiasa berpakaian kemas semasa berada di dalam Makmal Komputer.
18.Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal Komputer.
19.Tidak dibenarkan menggunakan kemudahan dan peralatan Makmal Komputer untuk tujuan menyalin-rakam.
20.Tidak dibenarkan membuat perayauan ( surfing ) di mana-mana laman web yang mengandungi unsur-unsur negatif dan dan tidak sihat.
21.Tidak dibenarkan menganggu ketenteraman pengguna makmal komputer lain.
22.Tidak dibenarkan membawa liquid paper atau menconteng mana-mana tempat di Makmal Komputer.
23. Pelajar dibenar menggunakan kemudahan dan peralatan makmal komputer untuk tujuan berikut :
Menyiapkan tugasan / projek.Membuat perayauan ( surfing ) perisian yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.Melaksanakan kerja/tugasan yang berkaitan dengan arahan guru.
24.Pelajar atau pengguna tidak dibenar menggunakan kemudahan dan peralatan makmal komputer untuk tujuan yang berikut :
Bermain komputer yang tidak relevan dengan pengajaran dan pembelajaran. Menyalin-rakam program dan perisian komputer. Mencetak kad, surat, banner, poster, tanda dan sebagainya untuk kegunaan persendirian