MATEMATIK TAHUN 1 - PKG Kalumpang | Peneraju · PDF file3) Guru meminta murid menyebut nombor...
Transcript of MATEMATIK TAHUN 1 - PKG Kalumpang | Peneraju · PDF file3) Guru meminta murid menyebut nombor...
MATEMATIK TAHUN 1
UNIT 1 :NOMBOR BULAT HINGGA 10
Menyebut nombor, mengenalpasti angkadan membilang objek
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Matematik Tahun 1
Tajuk : Nombor Bulat hingga 10
Kemahiran : 1.1 Menyebut nombor, 1 hingga 9
1.2 Mengenal pasti angka, 1 hingga 9
1.3 Membilang objek dalam kumpulan, 1 hingga 9
Objektif : 1) Menyebut nombor, 1 hingga 9
2) Mengenal pasti angka, 1 hingga 9
3) Membilang objek 1 hingga 9
Perkataan : 1) Nombor
2) Bilangan
3) Membilang
Aktiviti :
1) Guru menyanyi lagu “Kira Jari”bersama-sama murid sambil
menunjukkan bilangan jari mengikut senikata.
satu jari, satu jari, satu jari tap, tap, tap
tunjuk atas, tunjuk bawah
satu jari tap tap tap
2) Guru menayangkan slain powerpoint yang mengandungi nombor
bulat 1 hingga 9. Guru menyebut nombor yang ditayangkan diikuti
oleh murid-murid.
3) Guru meminta murid menyebut nombor yang ditayangkan dan
menyebut berulang-kali.
4) Guru menayangkan slaid powerpoint yang mengandungi nombor,
objek dan ejaan nombor kepada murid. Murid diminta untuk
menyebut nilai nombor dan mengira objek yang dipaparkan
bersama-sama guru. Aktiviti diulang sehingga nombor 9
5) Guru memberi latihan pengukuhan dengan menyoal murid
berdasarkan slain powerpoint yang dipaparkan. Murid perlu
menyebut dan membilang objek yang dipaparkan.
6) Guru merumuskan isi pengajaran pada hari ini dan menayangkan
klip lagu “Mari Mengira”.
Kira JariSatu jari, satu jari, satu jari tap tap tap
Tunjuk atas, tunjuk bawah, satu jari tap tap tap
Dua jari, dua jari, dua jari tap tap tap
Tunjuk atas, tunjuk bawah, dua jari tap tap tap
Tiga jari, tiga jari, tiga jari tap tap tap
Tunjuk atas, tunjuk bawah, tiga jari tap tap tap
Empat jari, empat jari, empat jari tap tap tap
Tunjuk atas, tunjuk bawah empat jari tap tap tap
Lima jari, lima jari, lima jari tap tap tap
Tunjuk atas, tunjuk bawah lima jari tap tap tap