MASALAH PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN MEL ... hakikat ini, peringkat yang terbaik untuk merealisasikan...
Transcript of MASALAH PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN MEL ... hakikat ini, peringkat yang terbaik untuk merealisasikan...
i
MASALAH PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN MEL ELEKTRONIK
DALAM KALANGAN PELAJAR PASCA IJAZAH DI FAKULTI PENDIDIKAN
UTM SKUDAI
MUHASHAHRUL SHAZMIE BIN MOHAMED
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
DISEMBER 2010
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: MASALAH PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN MEL ELEKTRONIK DI
KALANGAN PELAJAR PASCA IJAZAH DI FAKULTI PENDIDIKAN,
UTM SKUDAI.
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
Saya: MUHASHAHRUL SHAZMIE BIN MOHAMED
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
______________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap:
NO.53 FELDA KERTEH 3,
23100 PAKA, DUNGUN,
TERENGGANU DARUL IMAN.
________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)
DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN
(Nama Penyelia)
Tarikh: ______________________ Tarikh: ________________________
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ...................................................................................
Nama Penulis : MUHASHAHRUL SHAZMIE BIN MOHAMED
Tarikh :....................................
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)”.
Tandatangan : ............................................................
Nama Penyelia : Dr. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN
Tarikh : ............................................................
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala pujian selayaknya kepada Allah SWT kerana telah
memberikan kekuatan kepada hambamu ini untuk meneruskan kajian bagi Projek
Sarjana Muda ini sehingga dapat diteruskan sehingga penghujungnya.
Ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan ditujukan khas kepada penyelia
projek yang begitu memberi sokongan, Dr. M. Al Muz-zammil di atas tunjuk ajar dan
perhatian yang diberikan sehingga saya dapat menyempurnakan kajian ini. Tidak
dilupakan kepada warga Fakulti Pendidikan, terutama pensyarah-pensyarah yang
sentiasa memberi tunjuk ajar dan dorongan untuk saya menjadi yang terbaaik. Terima
kasih kerana anda adalah individu terhebat disamping saya mendapat pengalaman ini.
Khas buat-buat respondan yang terlibat di Fakulti pendidikan, jutaan terima kasih
kepada anda atas segala kerjasama dan bantuan yang diberikan. Hanya Allah sahaja
yang mampu membalas jasa kalian.
Buat teman-teman, warga sahabat 4SPT dan lain-lain, semoga bantuan yang
telah anda berikan, memberikan sokongan moral dan bimbingan, semoga usaha kita
semua diberkati Allah. Buat keluarga tercinta, jika hari ini saya berjaya untuk
menyempurnakan kajian dan kejayaan ini, semua ini adalah untuk anda. Terima kasih
keluargaku.
Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang terlibat, samada secara langsung
ataupun tidak lansung. Semoga kajian ini memberi manfaat kepada semua.
Muhashahrul Shazmie Bin Mohamed
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah penggunaan laman web dan
mel elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar pasca ijazah
di Fakulti Pendidikan UTM. Seramai 30 orang respondan yang terdiri daripada pelajar
pasca ijazah pendidikan bidang dipilih sebagai sampel. Dimensi kajian adalah (1)
masalah kurang yakin terhadap kandungan laman web, (2) paparan laman web, (3)
penerimaan pelajar terhadap laman web dan (4) pengalaman terhadap laman web. Data
telah dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences versi 11.5 untuk
mendapatkan dapatan kajian. Hasil daripada kajian mendapati persepsi pelajar tersebut
adalah positif bagi tiga dimensi yang dikaji (kandungan laman web, pembangunan
laman web, penerimaan pelajar terhadap) manakala persepsi terhadap dimensi
pengalaman menggunakan laman web adalah neutral. Beberapa cadangan telah
diberikan oleh pengkaji untuk menangani situasi ini.
vi
ABSTRACT
The purpose of the study was to identify the problems of websites and electronic
mail usage in the teaching and learning among post graduate students in the Faculty of
Education UTM. About 30 respondents who were post graduate students in education
were selected as respondents. The dimensions studied were the (1) contents of the
website, (2) the display of the websites, (3) students’ acceptance towards websites and
(4) experience towards the website. The data was analyzed using the Statistical Package
for Social Sciences version 11.5 to reveal the finding. The results of the study revealed
that their perception were at the positive level in three of the dimensions studied (the
contents of the website, the development of the websites, students’ acceptance towards
websites), whereas their perception was neutral for the experience towards the website
dimension. Few suggestions were given by researcher based on the findings to rectify
the situation.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
viii
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi/Istilah 9
1.8.1 Laman Web 9
1.8.2 Mel Elektronik 10
1.8.3 Keyakinan 10
1.8.4 Pasca Ijazah 11
1.9 Penutup 11
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Penggunaan Laman Web dan Mel Elektronik 13
2.2.1 Penggunaan Mel Elektronik dan Laman Web
di Sekolah 14
2.2.2 Penggunaan Mel Elektronik dan Laman Web
di Dunia 16
2.3 Kepentingan Laman Web dan Mel Elektronik 17
2.4 Keselamatan Kandungan Laman Web
dan Mel Elektronik 18
2.5 Masalah Penggunaan Internet 19
BAB III METODOLOGI
3.1 Pengenalan 22
3.2 Reka Bentuk Kajian 22
ix
3.3 Populasi, Sampel Dan Tempat Kajian 23
3.4 Instrumen Kajian 23
3.5 Kajian Rintis 25
3.6 Prosedur Kajian 26
3.7 Kaedah Pengumpulan Data 26
3.8 Analisis Data 27
3.9 Penutup 29
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 30
4.2 Latar Belakang Responden 30
4.3 Masalah Penggunaan Laman Web
dan Mel Elektronik Dalam Kalangan
Pelajar Pasca Ijazah Di Fakulti Pendidkan
UTM Skudai 32
4.3.1 Persoalan Kajian 1: Sejauhmanakah
keyakinan terhadap kandungan
laman web dalam pengajaran dan
pembelajaran. 33
4.3.2 Persoalan Kajian 2: Sejauhmanakah
keyakinan terhadap paparan
laman web dalam pengajaran dan
pembelajaran 35
4.3.3 Persoalan Kajian 3: Sejauhmanakah
keyakinan terhadap penerimaan
pelajar terhadap laman web dalam
pengajaran dan pembelajaran 36
x
4.3.4 Persoalan Kajian 4: Sejauhmanakah
keyakinan terhadap pengalaman
menggunakan laman web dalam
pengajaran dan pembelajaran 38
4.4 Rumusan Dapatan Kajian 40
4.5 Penutup 41
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 42
5.2 Persoalan Kajian 1: Sejauhmanakah keyakinan
terhadap kandungan laman web
dalam pengajaran dan pembelajaran 43
5.3 Persoalan Kajian 2: Sejauhmanakah keyakinan
terhadap paparan laman web
dalam pengajaran dan pembelajaran 45
5.4 Persoalan Kajian 3: Sejauhmanakah keyakinan
terhadap penerimaan pelajar terhadap
laman web dalam pengajaran dan pembelajaran 46
5.5 Persoalan Kajian 4: Sejauhmanakah keyakinan
terhadap pengalaman menggunakan
laman web dalam pengajaran dan pembelajaran 47
5.6 Rumusan 49
5.7 Cadangan 50
5.8 Cadangan Kajian Lanjutan 51
5.9 Penutup 52
BIBLIOGRAFI 53
LAMPIRAN 59
1
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Aplikasi penggunaan mel elektronik telah hampir menjadi suatu kewajipan dan
kemestian kepada penduduk dunia hari ini. Bahkan penggunaan internet dan laman web
di lihat bergerak seiring dengan kemajuan bidang infomasi maklumat ini. Dalam konteks
pendidikan di Malaysia, bagi merealisasikan Wawasan 2020 kerajaan tidak mahu
ketinggalan dalam arus pembangunan Information of Communication and Technolgy
(ICT) (Zainudin et al, 2008). Sejajar dengan matlamat jangka panjang itu, maka banyak
usaha yang begitu teliti dirancang demi memastikan hasrat itu tercapai. Semua aspek
pembangunan di ambil kira merangkumi segenap inci kawasan, lapisan masyarakat serta
kepelbagaian keistimewaan yang terdapat di Malaysia ini. Tambahnya lagi, ICT menjadi
suatu keperluan kepada semua lapisan masyarakat dalam pelbagai bidang seperti
perniagaan, perdagangan, perindustrian, hiburan dan juga tidak terkecuali dalam bidang
pendidikan.
2
Usaha secara menyeluruh dan kolaboratif ini tidak akan menjadi kenyataan jika
usaha-usaha ini tidak disokong oleh segenap lapisan masyarakat dan individu berwajib.
Antara salah satu aspek yang begitu penting dalam memenuhi hasrat tersebut ialah
pembangunan teknologi maklumat yang menyeluruh penggunaan dan aplikasinya pada
masyarakat Malaysia. Menyedari hakikat ini, peringkat yang terbaik untuk
merealisasikan saranan tersebut ialah pada peringkat persekolahan lagi.
Proses penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan memerlukan
perancangan yang rapi supaya tahap penguasaan ICT pada pelajar serta guru khususnya,
dan masyarakat Malaysia amnya dapat dikuasai sepenuhnya. Menurut Jamaludin &
Zaidatun (1999), pengajaran dan pembelajaran melalui sistem komputer telah berjaya
menarik minat dari golongan guru serta pelajar dan dijangkakan akan memberi kesan
yang lebih positif terhadap corak pendidikan pada masa akan datang.
Untuk mengurangkan masalah ini, pelaburan yang tinggi diperlukan supaya
usaha yang bakal dilakukan adalah menyeluruh dan tidak hanya bertumpukan kemajuan
ICT di kawasan bandar sahaja. Sebagai contoh, bagi sistem pembangunan pendidikan di
Amerika Syarikat, menurut Mohd Salleh (2007), dengan adanya pakar dan pelaburan
yang tinggi dalam bidang pendidikan untuk negeri di dalam Amerika Syarikat
menyebabkan masalah kelemahan dalam struktur pentadbiran di Amerika Syarikat tidak
begitu ketara atau menonjol seperti di negara-negara lain. Menyedari betapa pentingnya
usaha ini, perlu usaha menyeluruh terhadap sistem pendidikan negara serta aspek-aspek
yang terkandung di dalamnya. Untuk mewujudkan masyarakat yang mahir
menggunakan ICT ini, langkah pertama yang perlu diambil ialah memperkasakan tahap
pengetahuan ICT dalam kalangan guru-guru. Melalui proses perkongsian maklumat atau
proses pengajaran dan pembelajaran, pengetahuan tersebut dapat dipindahkan kepada
pelajar-pelajar dan seterusnya akan mewujudkan masyarakat yang berinformasi.
3
Menurut Zainudin lagi, “perlunya pendedahan tentang pengetahuan dan
kemahiran ICT dikalangan warga pendidik demi melahirkan masyarakat yang berfikiran
secara global. Sejajar dengan itu juga, perlu wujudnya suasana dan budaya IT yang
meluas di sekolah-sekolah serta insitusi-institusi pembelajaran”. Maka dengan usaha
berterusan ini, maka hasrat untuk mewujudkan masyarakat yang celik IT akan tercapai
dengan baiknya.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sebahagian daripada proses mewujudkan masyarakat berinformasi ini ialah
mendedahkan mereka dengan pelbagai aspek ICT. Pada hari ini, ada dalam kalangan
pelajar sekolah mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai ICT ini. Hal ini
kerana ada sesetengah daripada keluarga mereka mendedahkan aspek ICT kepada anak-
anak mereka sejak dari kecil lagi. Jadi, tidak hairanlah jika terdapat situasi di mana
pelajar lebih terkehadapan tahap pengetahuan mereka terhadap ICT berbanding guru-
guru.
Situasi guru hari ini tidak boleh lagi dibandingkan dengan situasi guru-guru pada
abad lepas. Ini kerana, suasana pendidikan hari ini menyebabkan kaedah penyampaian
pengajaran perlu disesuaikan dengan gaya semasa. Kaedah tradisional hanya boleh
dijalankan dalam situasi-situasi tertentu sahaja. Penyampaian pengajaran melalui
komputer akan menghasilkan satu kaedah yang lebih segar dan mampu menarik minat
pelajar untuk belajar dengan lebih tumpuan.
4
Menurut Hamdan (2003) di dalam kajiannya terhadap penggunaan komputer dan
internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) oleh guru-guru di sekitar
negeri Kelantan mendapati bahawa penggunaan kemudahan ICT ini adalah rendah iaitu
sebanyak 38.75 % sahaja yang menggunakan internet di dalam proses P&P. Tambahnya
lagi, penggunaan laman web pula dalam proses menyampaikan bahan pengajaran kepada
pelajar adalah berada pada tahap sederhana rendah. Bahkan pada pengunaan emel pula,
hanya separuh daripada mereka menggunakan mel elektronik ini. Berkenaan masalah
penggunaan komputer dan internet dalam proses P&P, aspek kemahiran tidak menjadi
masalah utama terhadap penggunaan komputer. Ia adalah berkenaan dengan mutu
perkhidmatan internet yang mempunyai keupayaan yang agak terhad. Selain itu,
keyakinan guru-guru terhadap bahan dari internet adalah sederhana. Hamdan
menyatakan lagi bahawa keupayaan internet dan mel elektronik sebagai medium atau
saluran untuk menyampaikan maklumat masih diragui keberkesanannya di kalangan
mereka.
Selain itu, melalui kajian yang dilakukan oleh Nur Atikah (2007), mendapati
bahawa sebanyak 97.9% guru besar tahu untuk melayari laman web berbanding kajian
yang dilakukan sebelumnya oleh. Atikah juga menyatakan bahawa persepsi golongan ini
terhadap aplikasi mel elektronik dan laman web adalah tinggi dan respondan juga
bersetuju bahawa mereka harus tahu menggunakan mel elektronik dan laman web untuk
bersaing lebih baik pada masa kini. Walau bagaimanapun, penggunaan mel elektronik
dan laman web di kalangan mereka adalah masih rendah. Mereka tidak menggunakan
sepenuhnya aplikasi ICT ini. Menurut Atikah lagi, hal ini disebabkan kerana mereka
kurang percaya dengan penggunaan mel elektronik dan laman web sebagai penghubung
yang berkesan. Tambahnya lagi, masalah tersebut berlaku kepada kedua-dua golongan
guru lelaki dan guru wanita. Untuk mengatasi masalah tersebut, dicadangkan bahawa
guru besar perlu diberikan kelas khas berkenaan internet. Aktiviti-aktiviti seperti
menggalakkan pembinaan laman web sekolah perlu dijalankan.
5
Menurut Jasmine dan Ramayah (2006) di dalam artikel yang bertajuk, “The
Impact of Personal Computer Anxiety and Communication Apprehension on Computer
Mediated Communication Anxiety” menyatakan bahawa, Malaysia merupakan sebuah
negara membangun yang sangat berkembang pesat dalam arus teknologi, tetapi
penggunaan mel elektronik masih di tahap jauh dari sepatutnya. Dalam kajian yang
dilakukannya terhadap 244 pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia
mendapati bahawa, terdapat faktor kebimbangan atau kegusaran yang menyebabkan
mahasiswa tidak menggunakan emel sebagai alat komunikasi dan penyampaian
maklumat secara maksimum. Dalam artikelnya lagi, dikatakan terdapat dua sebab yang
munasabah yang menyumbang ke arah wujudnya masalah ini iaitu kebimbangan atau
buta komputer (computer anxiety) dan ketakutan berkomunikasi (communication
apprehension) iaitu samada komunikasi secara lisan atau tulisan. Hasil daripada kajian
tersebut menunjukkan bahawa individu yang mempunyai fobia pada komputer yang
tinggi, akan terdorong ke arah kelemahan dan kebimbangan dalam menggunakan mel
elektronik. Dalam menyelesaikan masalah tersebut, Jasmine & Ramayah (2006)
mencadangkan supaya pensyarah memainkan peranan dalam memberikan pendedahan
seawal pembelajaran mahasiswa di universiti seperti penggunaan laman web dalam
pembelajaran mereka.
Dalam kajian yang dijalankan oleh Sam et. al (2005), dapatan kajian mendapati
ketakutan atau buta komputer dan sikap terhadap internet adalah di tahap sederhana.
Kajian tersebut menyatakan bahawa kebanyakan bakal-bakal guru menggunakan
internet untuk tujuan pembelajaran seperti melakukan kajian, muat turun sumber
elektronik dan lain-lain. Dalam soal selidik yang terdiri daripada 5 bahagian iaitu
demografi, penggunaan masa internet dalam seminggu serta tujuannya, ketakutan atau
fobia terhadap komputer, sikap terhadap internet dan kebolehpercayaan diri terhadap
komputer menunjukkan bahawa mempunyai pengalaman lepas terhadap penggunaan
komputer akan memberikan persepsi serta kepercayaan bahawa aplikasi komputer
adalah senang. Tambah mereka lagi, ketakutan atau fobia komputer dicirikan sebagai
maklumbalas yang memberi kesan terhadap kebimbangan emosi berhubung kesan
6
negatif yang bakal dihadapi seperti berlakunya kerosakan yang menyebabkan pengguna
kelihatan dungu. Selain itu, tambah mereka lagi, hasil kajian tersebut juga
memperlihatkan bahawa tiada hujah atau bukti yang dapat menyokong terhadap
perkaitan yang positif antara tahap penggunaan internet dan kebolehpercayaan diri
mahasiswa. Pengkaji juga berpendapat bahawa tidak semestinya mahasiswa yang kerap
menggunakan komputer akan merasa selesa dan senang dalam menggunakan komputer.
Jelas mereka, hal ini kerana terdapat faktor lain seperti jenis aplikasi yang digunakan
dan tujuan aplikasi tersebut boleh memberi kesan terhadap kebolehpercayaan diri dan
ketakutan pada komputer. Tambah mereka lagi, walaupun tahap penggunaan internet
tidak mempengaruhi kebolehpercayaan diri, tetapi tahap penggunaan internet yang
tinggi dilihat akan merendahkan tahap ketakutan pada komputer.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan sebelum ini, masalah utama
yang menyebabkan wujudnya kelemahan penggunaan mel elektronik dan laman web di
kalangan guru-guru di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah disebabkan kerana
kurang keyakinan atau wujud kebimbangan terhadap keberkesanan medium
penyampaian maklumat melalui laman web dan mel elektronik.
Untuk merungkai permasalahan ini, perlunya satu kajian lanjut untuk mengetahui
mengapa wujud perasaan kurang yakin dalam kalangan golongan guru-guru dalam
menggunakan aplikasi laman web dan mel elektronik dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka.
7
1.4 Objektif Kajian
Berasaskan kepada pernyataan di atas objektif kajian ini adalah seperti berikut:
i. Apakah tahap keyakinan terhadap kandungan laman web dalam
pengajaran dan pembelajaran, paparan laman web dalam pengajaran dan
pembelajaran, penerimaan pelajar terhadap laman web dalam pengajaran
dan pembelajaran dan pengalaman menggunakan laman web dalam
pengajaran dan pembelajaran.
1.5 Persoalan Kajian
Secara khusus kaji selidik ini bertujuan menjawab beberapa persoalan
berikut iaitu:
i. Sejauhmanakah keyakinan terhadap kandungan laman web dalam
pengajaran dan pembelajaran.
ii. Sejauhmanakah keyakinan terhadap paparan laman web dalam
pengajaran dan pembelajaran.
iii. Sejauhmanakah keyakinan terhadap penerimaan pelajar terhadap laman
web dalam pengajaran dan pembelajaran.
8
iv. Sejauhmanakah keyakinan terhadap pengalaman menggunakan laman
web dalam pengajaran dan pembelajaran.
1.6 Kepentingan Kajian
Hasil dari kajian ini nanti diharapkan dapat memberi maklumat mengenai
masalah penggunaan aplikasi mel elektronik dan laman web dalam kalangan guru-guru
pasca ijazah. Selain itu, maklumat yang bakal dibincangkan nanti diharapkan mampu
mendorong pihak sekolah khususnya dan pihak kementerian amnya untuk mengatasi
masalah penggunaan laman web dan mel elektronik. Bagi guru-guru pula, hasil daripada
kajian ini diharapkan mampu memberikan kesedaran mengenai pentingnya
memanfaatkan teknologi untuk proses pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan
hasrat kerajaan untuk menghasilkan dan mewujudkan masyarakat yang celik IT.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini hanya memfokuskan kepada guru-guru iaitu pelajar-pelajar pasca
ijazah di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai sebagai respondan. Hal ini disebabkan
kerana, pengkaji merasakan bahawa pelaja pasca ijazah ini terdiri daripada pelbagai latar
belakang profil perguruan mereka yang mewakili daripada pelbagai kawasan atau
sekolah. Selain itu, kumpulan respondan ini adalah kumpulan sasaran yang baik untuk
meneruskan serta mempertingkatkan pengunaan ICT amnya dan penggunaan laman web
9
dan mel elektronik khusunya di dalam sistem penyampaian pengajaran dan
pembelajaran dan dalam kehidupan seharian.
Selain itu, kajian ini hanya memfokuskan kepada dua komponen ICT sahaja iaitu
penggunaan aplikasi laman web dan mel elektronik sahaja. Di dalam kajian ini, pengkaji
tidak mengkaji mengenai tahap penggunaan komponen ICT yang lain seperti tahap
kemahiran menggunakan perkakasan komputer, LCD dan sebagainya.
Respondan yang dipilih oleh pengkaji juga tidak memfokuskan kepada guru-guru
mengikut mata pelajaran yang diajar di sekolah. Hal ini kerana, pengkaji merasakan
bahawa tidak perlu usaha memperkasakan penggunaan ICT ini ditekankan hanya kepada
golongan-golongan atau guru-guru yang mengajar mata pelajaran tertentu sahaja bahkan
penggunaannya haruslah menyeluruh.
1.8 Definisi Istilah
Istilah-istilah yang digunakan dalam penulisan ini membawa maksud yang
tersendiri. Definisi yang dibuat adalah untuk memudahkan pembaca memahami istilah
tersebut dan seterusnya membantu pengkaji dan pembaca memahami dengan lebih jelas
setiap isu yang dibincangkan di sini.
10
1.8.1 Laman web
Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4 (2005), laman web merujuk kepada dokumen
elektronik pada paparan skrin komputer (biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi
dan sebagainya) tentang suatu institusi, orgnisasi,persatuan, individu dan sebagainya
yang dapat dicapai melalui internet. “Web mengandungi suasana multimedia yang
menyediakan grafik berwarna, skrin animasi, fail audio, gambar foto, fail video dan
kebolehan mengakses melaui penyemak lewa (browser) seperti Netscape Communicator
atau Microssoft Internet Explore (Rozinah Jamaludin, 2003)”
1.8.2 Mel Elektronik
Mel elektronik merupakan sistem elektronik untuk menghantar dan menyimpan
mesej yang dapat diakses oleh penerima pada bila-bila masa. Pada hari ini, mel
elektronik ini merujuk kepada sistem penghantaran data seperti artikel, gambar, video
dan sebagainya. Ianya boleh di akses di mana-mana sahaja tempat yang mempunyai
akses internet.
1.8.3 Keyakinan
Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3 (2002), keyakinan membawa maksud sesuatu
yang yakin, kepercayaan yang bersungguh-sungguh dan kepastian. Dalam kajian ini, ia
juga merujuk kepada perasaan yang betul-betul percaya (tentang kebenaran) dan tidak
ragu-ragu mengenai penggunaan mel elektronik dan laman web dalam pengajaran dan
pembelajaran.