Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Aktiviti Di Rumah - 3 Kelas: Prasekolah 2 Tema:...
Transcript of Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Aktiviti Di Rumah - 3 Kelas: Prasekolah 2 Tema:...
Mari
Belajar Bersama
Ibu dan Ayah
di rumah
(Kelas Prasekolah 2)
Aktiviti Di Rumah - 1
Kelas: Prasekolah 2
Tema: Pengenalan masa
Jangka Masa: 30 minit
Objektif:
1) Mengenal dan menyatakan waktu. 2) Mengenal pasti, menyebut dan membilang pengiraan masa dari angka 1 hingga 12.
Bahan-bahan yang diperlukan:
jam dinding
jam tangan
Penerangan dan cara-cara pelaksanaan aktiviti:
Aktiviti Pertama:
Mulakan aktiviti dengan sesi nyanyian (lirik dinyanyikan mengikut rentak dikir barat)
Ibu / Bapa : Hari ini hari apa?
Kanak-kanak : Hari ini hari ……..(contoh : Isnin)
Ibu / Bapa : Semalam hari apa?
Kanak-kanak : Semalam hari ……(contoh : Ahad)
Ibu / Bapa : Esok pula hari apa?
Kanak-kanak : Esok ialah hari …….(contoh : Selasa)
Ibu / Bapa : Apakah tarikh hari ini?
Kanak-kanak : Tarikh hari ini ialah…….(contoh : 20 haribulan April tahun 2020)
Aktiviti Kedua:
1) Memperkenalkan jam tangan dan jam dinding.
2) Meneroka jam tangan dan dinding.
3) Menyatakan tentang perbezaan atau persamaan antara jam dinding dan jam tangan.
4) Memperkenalkan bahagian-bahagian jam seperti muka jam, tali jam, jarum jam,
jarum panjang, jarum pendek, jam dan minit.
5) Belajar membaca waktu dengan menggunakan jam dinding atau lukisan jam.
(Sila rujuk pada lampiran 1A)
Contoh: Sekarang pukul 11.
Sekarang pukul 5.
Aktiviti Di Rumah - 2
Kelas: Prasekolah 2
Tema: Pengenalan masa
Jangka Masa: 30 minit
Objektif:
1) Mengecam dan menyatakan waktu. 2) Memahami arahan yang diberikan ketika menghasilkan muka jam.
Bahan-bahan yang diperlukan:
jam dinding
jam tangan
pinggan kertas pakai buang
kertas warna
pin
gunting
pensel warna
Penerangan dan cara-cara pelaksanaan aktiviti:
Aktiviti Pertama:
Mulakan aktiviti dengan sesi nyanyian (lirik dinyanyikan mengikut rentak dikir barat)
Ibu / Bapa : Hari ini hari apa?
Kanak-kanak : Hari ini hari ……..(contoh : Isnin)
Ibu / Bapa : Semalam hari apa?
Kanak-kanak : Semalam hari ……(contoh : Ahad)
Ibu / Bapa : Esok pula hari apa?
Kanak-kanak : Esok ialah hari …….(contoh : Selasa)
Ibu / Bapa : Apakah tarikh hari ini?
Kanak-kanak : Tarikh hari ini ialah…….(contoh : 20 haribulan April tahun 2020)
Aktiviti kedua:
1) Mengimbas kembali tentang:
a) fungsi jam tangan dan jam dinding.
b) bahagian-bahagian jam seperti muka jam, tali jam, jarum jam, jarum panjang, jarum
pendek, jam dan minit.
2) Aktiviti kraf:
a) menghasilkan muka jam (Sila rujuk pada lampiran 2A)
Aktiviti Di Rumah - 3
Kelas: Prasekolah 2
Tema: Pengenalan Masa
Jangka Masa: 30 minit
Objektif:
1) Mengenal pasti dan menyatakan waktu dalam sehari. 2) Mengecam dan menyebut kosa kata seperti pagi, tengah hari, petang dan malam. 3) Menyatakan aktiviti-aktiviti harian mengikut waktu.
Bahan-bahan yang diperlukan:
carta lirik lagu ‘Bangun Pagi’
kad perkataan: pagi, tengah hari, petang dan ‘malam (Sila rujuk pada lampiran 3B)
kertas berukuran A4
alat tulis
pensel warna
Penerangan dan cara-cara pelaksanaan aktiviti:
Aktiviti pertama:
Mulakan aktiviti dengan sesi nyanyian
1) Menyanyikan lagu ‘Bangun Pagi’ bersama-sama. (Sila rujuk pada lampiran 3A)
Aktiviti kedua:
1) Memperkenalkan kosa kata seperti pagi, tengah hari, petang dan malam.
2) Berbincang mengenai kegiatan-kegiatan yang dilakukan pada waktu pagi, tengah hari,
petang dan malam.
3) Menghasilkan ‘Diari Kegiatan Harian Saya’ (Sila rujuk pada lampiran 1C)
Cara-cara membuat ‘Diari Kegiatan Harian Saya’
Lipat 2 helai kertas berukuran A4 menjadi dua bahagian.
Lukiskan kegiatan-kegiatan yang dilakukan seharian.
Tuliskan sepotong ayat ringkas tentang setiap kegiatan harian yang telah dilakukan.
Aktiviti Di Rumah - 4
Kelas: Prasekolah 2
Tema: Pengenalan Masa – Makanan Tradisional (Warisan Kita)
Jangka Masa: 30 minit
Objektif:
1) Mengenal pasti dan menyatakan waktu dalam sehari. 2) Mengecam dan menyebut kosa kata seperti pagi, tengah hari, petang dan malam. 3) Menyatakan aktiviti-aktiviti harian mengikut waktu. 4) Mengenal pasti dan menyatakan nama jenis-jenis makanan tradisional.
Bahan-bahan yang diperlukan:
carta lirik lagu (Sila rujuk pada lampiran 4F & 4G)
kad perkataan: pagi, tengah hari, petang dan malam (Sila rujuk pada lampiran 3B)
kad perkataan: jenis-jenis makanan tradisional (Sila rujuk lampiran 4D & 4E)
kad bergambar jenis-jenis makanan (Sila rujuk lampiran 4A – 4C)
Penerangan dan cara-cara pelaksanaan aktiviti:
Aktiviti pertama:
1) Memperkukuhkan kosa kata yang telah dipelajari seperti pagi, tengah hari, petang dan
malam.
2) Berbincang mengenai jenis-jenis makanan yang biasa dimakan pada waktu pagi, tengah
hari dan malam.
3) Memperkenalkan kosa kata seperti sarapan, makan tengah hari, makan malam
bersesuaian dengan waktunya dan jenis-jenis makanannya.
Contoh:
Sarapan pagi – nasi lemak, lontong, perata, roti bakar dan telur setengah masak
Makan tengah hari – nasi ambeng, nasi beriani, mi rebus
Makan malam – mi goreng, nasi beriani, nasi ambeng
4) Menyanyikan lagu ‘Makanan Tradisional’ (Sila rujuk pada lampiran 4F & 4G)
**Aktiviti lanjutan:
Sebut nama jenis-jenis makanan pada kad-kad perkataan dan kad-kad bergambar. Padankan kad-kad perkataan dengan kad-kad bergambar makanan yang betul.
Aktiviti Di Rumah - 5
Kelas: Prasekolah 2
Tema: Pengenalan Masa
Jangka Masa: 30 minit
Objektif:
1) Mengenal pasti dan menyatakan waktu dalam sehari. 2) Mengecam dan menyebut kosa kata seperti pagi, tengah hari, petang dan malam. 3) Mengenal pasti dan menyatakan nama jenis-jenis makanan tradisional.
Bahan-bahan yang diperlukan:
carta lirik lagu (Sila rujuk pada lampiran 4F, 4G & 5A)
kad perkataan: pagi, tengah hari, petang dan malam (Sila rujuk pada lampiran 3B)
bahan maujud untuk aktiviti membuat jemput-jemput: tepung, pisang, gula, garam dan minyak masak
Penerangan dan cara-cara pelaksanaan aktiviti:
Aktiviti pertama:
Mulakan aktiviti dengan sesi nyanyian
1) Menyanyikan lagu-lagu jenis-jenis makanan tradisional bersama-sama. (Sila rujuk pada
lampiran 4F, 4G & 5A)
Aktiviti kedua:
1) Mengimbas kembali kosa kata seperti pagi, tengah hari, petang dan malam.
2) Mengimbas kembali nama jenis-jenis makanan tradisional.
3) Membuat jemput-jemput pisang untuk makan petang. (Sila rujuk pada lampiran 5B)
4) Menerangkan tentang bahan-bahan yang perlu digunakan untuk membuat adunan
jemput-jemput pisang.
5) Menerangkan dan menunjukkan cara-cara membuat jemput-jemput pisang.
6) Memberi peluang kepada anak anda untuk membuat adunan jemput-jemput pisang.
7) Menerangkan kepada anak anda tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu
diberi perhatian semasa menggoreng jemput-jemput pisang dengan menggunakan
minyak yang panas.
**Peringatan: Berhati-hati apabila menggoreng jemput-jemput pisang dengan
menggunakan minyak yang panas!
Aktiviti Di Rumah - 6
Kelas: Prasekolah 2
Tema: Fonik
Jangka Masa: 30 minit
Objektif:
1) Menyebut bunyi gabungan konsonan ‘l’ dan ‘r’ bersama vokal ‘a’, ‘i’ dan ‘u’. 2) Menyebut bunyi suku kata ‘la’, ‘li’, ‘lu’, ‘ra’, ‘ri’ dan ‘ru’. 3) Menggabungkan dan menyebut bunyi gabungan konsonan dan vokal.
4) Membentuk perkataan-perkataan yang bermula dengan menggunakan suku kata yang
diberikan.
Bahan-bahan yang diperlukan:
kertas berukuran A4
alat tulis
kad imbasan suku kata (Sila rujuk pada lampiran 6A)
Penerangan dan cara-cara pelaksanaan aktiviti:
Aktiviti pertama:
1) Membunyikan dan menyebut bunyi konsonan ‘l’ dan ‘r’ dan bunyi vokal ‘a’, ‘i’ dan ‘u’.
2) Menggabungkan bunyi konsonan dan vokal.
3) Menyebut bunyi gabungan konsonan dan vokal.
Aktiviti kedua:
1) Anak anda dikehendaki membentuk perkataan-perkataan yang bermula dengan suku kata ‘la’, ‘li’, ‘lu’, ‘ra’, ‘ri’ dan ‘ru’ (Contoh: la + bu = labu, li + pas = lipas, lu + bang = lubang, ra + sa = rasa, ri + but = ribut, ru + mah = rumah)
2) Catitkan perkataan-perkataan yang telah dibentuk dan disebut oleh anak anda pada kertas berukuran A4.
3) Ulang dan latih tubi sebutan perkataan-perkataan yang telah dibentuk oleh anak anda.
**Aktiviti lanjutan: Anak anda boleh cuba membina sepotong ayat secara lisan bagi setiap perkataan
yang telah dibentuk.
Aktiviti Di Rumah - 7
Kelas: Prasekolah 2
Tema: Fonik
Jangka Masa: 30 minit
Objektif:
1) Membunyikan dan menyebut bunyi gabungan konsonan ‘l’ dan ‘r’ bersama vokal ‘a’, ‘i’ dan ‘u’.
2) Menyebut bunyi suku kata ‘la’, ‘li’, ‘lu’, ‘ra’, ‘ri’ dan ‘ru’. 3) Menggabungkan dan menyebut bunyi gabungan konsonan dan vokal.
4) Membentuk perkataan-perkataan yang bermula dengan menggunakan suku kata ‘la’, ‘li’, ‘lu’, ‘ra’, ‘ri’ dan ‘ru’.
Bahan-bahan yang diperlukan:
lembaran aktiviti (Sila rujuk pada lampiran 7A)
alat tulis
kad imbasan suku kata (Sila rujuk pada lampiran 6A)
Penerangan dan cara-cara pelaksanaan aktiviti:
Aktiviti pertama:
1) Mengulang kaji menyebut suku kata ‘la’, ‘li’, ‘lu’, ‘ra’, ‘ri’ dan ‘ru’. (Sila rujuk pada
lampiran 6A)
2) Mengimbas kembali menyebut perkataan-perkataan yang telah dibentuk bermula
dengan suku kata ‘la’, ‘li’, ‘lu’, ‘ra’, ‘ri’ dan ‘ru’.
Aktiviti utama:
1) Baca bersama dan terangkan tentang arahan yang diberikan pada lembaran aktiviti
yang disediakan. (Sila rujuk pada lampiran 7A) 2) Anak anda dikehendaki membuat latihan pada lembaran aktiviti yang disediakan secara
kendiri. 3) Semak bersama jawapan latihan pada lembaran aktiviti yang disediakan setelah anak
anda menyelesaikan tugasannya.
Aktiviti Di Rumah - 8
Kelas: Prasekolah 2
Tema: Fonik
Jangka Masa: 30 minit
Objektif:
1) Menyebut bunyi gabungan konsonan ‘h’ dan ‘j’ bersama vokal ‘a’, ‘i’ dan ‘u’ 2) Menyebut bunyi suku kata ‘ha’, ‘hi’, ‘hu’, ‘ja’, ‘ji’ dan ‘ju’ 3) Menggabungkan dan menyebut bunyi gabungan konsonan dan vokal.
4) Membentuk perkataan-perkataan yang bermula dengan menggunakan suku kata ‘ha’, ‘hi’, ‘hu’, ‘ja’, ‘ji’ dan ‘ju’.
Bahan-bahan yang diperlukan:
kertas berukuran A4
alat tulis
kad imbasan suku kata (Sila rujuk pada lampiran 8A)
Penerangan dan cara-cara pelaksanaan aktiviti:
Aktiviti pertama:
1) Membunyikan dan menyebut bunyi konsonan ‘h’ dan ‘j dan bunyi vokal ‘a’, ‘i’ dan ‘u’.
2) Menggabungkan bunyi konsonan dan vokal.
3) Menyebut bunyi gabungan konsonan dan vokal.
Aktiviti kedua:
1) Anak anda dikehendaki membentuk perkataan-perkataan yang bermula dengan suku kata ‘ha’, ‘hi’, ‘hu’, ‘ja’, ‘ji’ dan ‘ju’ (Contoh: ha + ri = hari, hi + dung = hidung, hu + jan = hujan, ja + lan = jalan , ji + ran = jiran, ju + al = jual)
2) Catitkan perkataan-perkataan yang telah dibentuk dan disebut oleh anak anda pada kertas berukuran A4.
3) Ulang dan latih tubi sebutan perkataan-perkataan yang telah dibentuk oleh anak anda.
**Aktiviti lanjutan: Anak anda boleh cuba membina sepotong ayat secara lisan bagi setiap perkataan
yang telah dibentuk.
Aktiviti Di Rumah - 9
Kelas: Prasekolah 2
Tema: Fonik
Jangka Masa: 30 minit
Objektif:
1) Membunyikan dan menyebut bunyi gabungan konsonan ‘h’ dan ‘j’ bersama vokal ‘a’, ‘i’ dan ‘u’
2) Menyebut bunyi suku kata ‘ha’, ‘hi’, ‘ha’, ‘ja’, ‘ji’ dan ‘ju’. 3) Menggabungkan dan menyebut bunyi gabungan konsonan dan vokal.
4) Membentuk perkataan-perkataan yang bermula dengan menggunakan suku kata ‘ha’, ‘hi’, ‘ha’, ‘ja’, ‘ji’ dan ‘ju’.
Bahan-bahan yang diperlukan:
lembaran aktiviti (Sila rujuk pada lampiran 9A)
alat tulis
kad imbasan suku kata (Sila rujuk pada lampiran 8A)
Penerangan dan cara-cara pelaksanaan aktiviti:
Aktiviti pertama:
1) Mengulang kaji menyebut suku kata ‘ha’, ‘hi’, ‘hu’, ‘ja’, ‘ji’ dan ‘ju’.
(Sila rujuk pada lampiran 6A)
2) Melatih tubi menyebut perkataan-perkataan yang telah dibentuk bermula dengan suku
kata ‘ha’, ‘hi’, ‘hu’, ‘ja’, ‘ji’ dan ‘ju’.
Aktiviti kedua:
1) Baca bersama dan terangkan tentang arahan yang diberikan pada lembaran kerja yang
disediakan. (Sila rujuk pada lampiran 9A) 2) Anak anda dikehendaki membuat latihan pada lembaran aktiviti yang disediakan secara
kendiri. 3) Semak bersama jawapan latihan pada lembaran aktiviti yang disediakan setelah anak
anda menyelesaikan tugasannya.
Aktiviti Di Rumah - 10
Kelas: Prasekolah 2
Tema: Fonik
Jangka Masa: 30 minit
Objektif:
1) Mengecam kosa kata 2) Menyebut kosa kata dengan jelas 3) Memahami arahan yang diberi
Bahan-bahan yang diperlukan:
kad imbasan bergambar (Sila rujuk pada lampiran 10A-10C)
lembaran aktiviti (Sila rujuk pada lampiran 10D)
alat tulis
Penerangan dan cara-cara pelaksanaan aktiviti:
Aktiviti pertama:
1) Mengulang kaji menyebut suku kata ‘la’, ‘li’, ‘lu’, ‘ra’, ‘ri’ dan ‘ru’ ‘ha’, ‘hi’, ‘hu’, ‘ja’, ‘ji’ dan
‘ju’. (Sila rujuk pada lampiran 6A & 8A)
Aktiviti kedua:
1) Anak anda dikehendaki menyebut perkataan-perkataan yang tertera pada setiap kad
imbasan bergambar yang disediakan. (Sila rujuk pada lampiran 10A-10C) 2) Anak anda dikehendaki mengecam dan menyebut perkataan-perkataan yang terdapat di
dalam petak yang tertera pada lembaran aktiviti ‘Mencari Perkataan’. (Sila rujuk lampiran 10D)
3) Anak anda dikehendaki mencari dan membulatkan perkataan sama yang tertera pada silang kata ‘Mencari perkataan’ dengan perkataan yang terdapat dalam petak (Sila rujuk pada lampiran 10D)
**Aktiviti lanjutan:
Kad bergambar boleh dicetak sebanyak 2 keping setiap satu untuk digunakan dalam permainan ‘kad tepuk’ (‘Snap’).
Sebut nama gambar yang tertera pada kad bergambar ketika menepuk kad bergambar yang serupa.
Lampiran 1A
Lampiran 2A
(Carta Lirik Lagu)
Bangun Pagi ( https://youtube/SvLGAEEmmUE)
*******************
Bangun pagi
Gosok gigi
Terus mandi
Pakai baju
Makan roti
Minum susu
Pergi sekolah
Senang hati
Lampiran 3A
(Cetak dan gunting atau tulis di kertas)
pagi
tengah hari
petang
malam
Lampiran 3B
Saya pergi ke sekolah pada
waktu pagi.
Cara-cara membuat ‘Diari Kegiatan Harian Saya’
1) Lipat 2 helai kertas berukuran A4 menjadi dua bahagian.
CONTOH: Bahagian hadapan CONTOH: Di bahagian dalam
Lampiran 3C
Lampiran 4A
perata
nasi lemak
roti bakar
Lampiran 4B
lontong
mi rebus
nasi ambeng
mi goreng
Lampiran 4C
bubur
nasi beriani
perata
roti bakar
nasi lemak
lontong
Lampiran 4D
mi rebus
Lampiran 4E
nasi ambeng
nasi beriani
mi goreng
bubur
Nasi ambeng, nasi ambeng,
Mi rebus, mi rebus.
Lontong dan nasi lemak,
Lontong dan nasi lemak,
Sungguh enak.
Lampiran 4F
Nasi beriani, nasi beriani,
Roti perata, roti perata.
Tose dan capati,
Tose dan capati,
Senang hati, senang hati.
Lampiran 4G
]]
Saya suka makan jemput-jemput
Epok-epok dan goreng pisang
Sedap dimakan pada waktu petang
Bersama keluarga sungguh riang
Kuih, kuih keria
Bentuk bulat salut gula……
Kalau sudah dimakan
Hati rasa sungguh ceria.
(Dinyanyikan mengikut irama : Buih Sabun)
Lampiran 5A
Resipi Jemput-Jemput Pisang
*********************************
Bahan-bahannya :
7 biji pisang emas
3 sudu besar gula pasir
Secubit garam
Tepung gandum secukupnya
Cara-cara membuatnya :
1. Pisang dikupas kulitnya dan dilenyek hancur dengan
menggunakan garpu.
2. Kemudian, masukkan gula dan garam.
3. Seterusnya, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
(Jangan terlebih tepung gandum, nanti adunannya menjadi
keras.)
4. Selepas itu, panaskan minyak di kuali.
5. Selanjutnya, senduk adunan menggunakan sudu dan
masukkannya ke dalam kuali yang minyaknya telah pun
panas.
6. Goreng dengan api yang sederhana.
7. Apabila jemput-jemput pisang sudah menjadi kekuningan
barulah boleh dikeluarkan daripada kuali.
8. Akhir sekali, jemput-jemput pisang yang telah siap digoreng,
bolehlah dihidangkan bersama minuman teh atau kopi untuk
makan petang.
Nota:
Boleh juga letakkan sedikit serbuk penaik (baking powder) pada
adunan jemput-jemput pisang dan biarkan seketika sebelum
digoreng.
Selamat Mencuba
Lampiran 5B
Lampiran 6A
la li
lu ra
ru ri
Padankan suku kata yang betul. Kemudian, tuliskan perkataannya.
____ ____ ____ ____ ____
____ ____ ____ ____ ____
____ ____ ____ ____
____ ____ ____ ____
____ ____ ____ ____ ____
____ ____ ____ ____ ____
____ ____ ____ ____
____ ____ ____ ____
____ ____ ____ ____ ____
Lampiran 7A
ri ra li la ru ru
pas mah
da
ja tut
but
lu li la
bu sa
dah
ha hi
hu ja
ju ji
Lampiran 8A
Padankan suku kata yang betul. Kemudian, tuliskan perkataannya.
hu hu hi ju ji ja
tan
jan
bah ri
lat dung
Lampiran 9A
ribut
hidung lipas
rumah
jubah
labu
Lampiran 10A
hutan
lada rusa
raja
lidah jari
Lampiran 10B
jilat lutut
hujan
Lampiran 10C
j a l g h u j a n
u b a c i j i h p
b d d g d r l s a
a p a r u s a p h
h u t a n a t s r
s a e t g o j u i
e l i d a h a l b
b u l e t o l i u
o t e l a d i p t
r u d a p e p a s
a t e b i n o s j
j a r u m a h a a
a p i n d t s j r
m u h a r i n s i Lihat perkataan-perkataan yang disediakan di dalam petak.
Cari dan bulatkan perkataan yang sama yang tertera pada silang kata ‘Mencari perkataan’.
lipas rumah lada raja lutut
ribut labu rusa lidah jilat
hidung jubah hutan jari hujan
Lampiran 10D