Citra Islam Dalam Pembentukan Manusia Melayu Moden Di Malaysia
MANUSIA DAN MASYARAKAT-POLITEKNIK MALAYSIA
-
Upload
abudarwisy -
Category
Education
-
view
214 -
download
7
Transcript of MANUSIA DAN MASYARAKAT-POLITEKNIK MALAYSIA
A A301TAMADUN ISLAM
MANUSIA DAN MASYARAKAT
Dihasilkan oleh:Mohd Faizal B mat pesa
Pensyarah Jabatan Pengajian Am PMM
Subtopik: 2.1- Kejadian Manusia Menurut Pandangan al- Quran dan
Sains 2.2- Fitrah manusia 2.3- Manusia sebagai khalifah
Allah 2.4- Konsep kejiranan dalam Islam
2.1-Kejadian Manusia Menurut al-Quran & Sains
a) Pengertian manusia Menurut Al-Quran manusia diertikan sebagai:
i- Makhluk Mukallaf makhluk yang mempunyai tanggungjawab
dan dibebankan dengan kewajipan-kewajipan.
Firman Allah: Sesungguhnya kami (Allah) telah mengemukakan amanat- amanat kepada tujuh petala langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikullah amanat tersebut oleh manusia.Sesngguhya manusia itu amat zalim dan amat jahil. (al-Ahzab : 72)
ii- Insan / al-Nas ( Lupa ) Salah satu sifat manusia yang ada pada setiap
individu. Sifat yang pertama kalinya dimiliki Adam a.s
kerana beliau terlupa terhadap janji kepada Allah.
Firman Allah: Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa perintah itu dan kami tidak dapati padanya kemahuan yang kuat. ( Taha: 15 )
b) Kejadian Manusia Menurut al-Quran
i- Manusia daripada tanah. Firman Allah s.w.t: Yang membuat segala sesuatu
yang Dia menciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah.
( As-Sajadah :7)
ii- Daripada tulang rusuk lelaki. Firman Allah s.w.t: Hai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu( Allah) yang telah menciptakan kamu daripada seorang (Adam) dan daripadanya pula Allah menciptakan isterinya (Hawa) daripada keduanya Allah memperkembang-biakkan. (An Nisa :1)
Menurut Al-Quran manusia telah diciptakan dengan beberapa cara iaitu :
main menu
iii- Dari setitis air mani. Firman Allah s.w.t: Kemudian Kami jadikan saripati tanah itu nutfah yang tersimpan di dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian Kami jadikan ‘alaqah , dari itu Kami jadikan seketul Mudghah. Kemudian dijadikan tulang seterusnya Kami jadikan suatu bentuk lain (hidup dengan roh)
(Mukminun : 13-14)
Daripada surah al-Mukminun : 13-14 tersebut, proseskejadian manusia adalah seperti berikut:
1- NUTFAH
2-‘ALAQAH5- ORGAN +ROH
4- TULANG + DAGING
3- MUDGHAH
c) Kejadian Manusia Menurut Sains.
Hasil Pencantuman ovum dan sperma Menurut pandangan sains, kejadian manusia adalah seperti yang telah dihuraikan oleh al-Quran iaitu ia terhasil daripada percantuman sperma lelaki dan ovum wanita di dalam rahim .
Gambarajah: Kejadian manusia hasil pencantuman telur wanita dan telur lelaki.
Ovum Sperma
1 bulan 2 bulan
3 bulan
Gambarajah: Peringkat perkembangan janin manusia.
Teori manusia berasal daripada monyet. Ia telah diperkenalkan oleh ahli-ahli falsafah Greek ( Aristotle, Anazimander, Empidocles dll) pada abad ke 4-6 sm.
Teori yang bersifat ideologi ini terus dipopularkan oleh Jean Baptiste Come de Lamarck (1749-1829) dan Charles Darwin (1802-1889) sehingga ia mempengaruhi pemikiran umat Islam hingga hari ini.
Teori evolusi ini mula luntur apabila ahli falsafahGreek menyanggah akan kebenarannya kerana ia tiada bukti saintifik. Malahan mereka membuat kesimpulan bahawa Darwin dan pengikutnya sahaja yang berasal daripada monyet, sedangkan manusia lain datangnya dari Adam a.s.
Gambarajah: Lakaran manusia sebagaimana dakwaan Charles Darwin
Proses evolusi
2.2- Fitrah Manusia
FITRAH MANUSIA
KEJASMANIAN, KEBENDAAN,KEDUNIAAN
d) Wahyu
KEROHANIAN, KETUHANAN,KEAKHIRATAN
a) Akal & Pemikiran
b) Ilmu
c) Wujdan
1- Kejasmanian, Kebendaan, Keduniaan Manusia memerlukan 3 perkara asas untuk hidup. Makanan
diperlukan untuk tumbesaran tubuh, pakaian untuk menutup aurat, tempat tinggal untuk beristirehat dengan selesa.
Manusia sentiasa cenderung kepada kebendaan, keselesaan, keduniaan dan keseronokkan.
2- Kerohanian, Ketuhanan, Keakhiratan Yang dimaksudkan dengan 3 perkara di atas ialah fitrah
manusia untuk beragama.
Sabda Rasullullah s.a.w: “Setiap anak yang dilahirkan itu, adalah di atas fitrah, ertinya atas agama Islam ( kerana islam itu adalah fitrah Allah yang difitrahkan ke atas kejadian manusia. Maka kedua ibubapanyalah yang meyahudikan atau memajusikannya”.
Ia dibuktikan dengan melihat 4 unsur yangsaling berkaitan: a) Akal dan Fikiran Akal berfungsi sebagai syarat kewajipan taklif, berfikir, insaf dan sedar tentang kebesaran dan keagungan Allah. Ini kerana batas akal itu terhad dalam alam realiti sahaja. Akal tidak mampu menjaugkau hakikat ketuhanan seperti perkara sam’iyat.
b) Ilmu Ilmu dapat mempertingkatkan pertumbuhan dan
kesuburan iman. Ia merupakan satu daya kekuatan yang menjadikan seseorang itu tahu, manakala mengetahui pula akan dicapai melalui tindakan belajar yang disengajakan.
c) Wujdan. Ia merupakan naluri cinta dan rindukan ketuhanan dalam hati kecil setiap individu kerana fenomena beragama adalah fitrah dan sunnatullah iaitu bersifat semulajadi manusia.
d) Wahyu Akal, ilmu dan kewujdanan sekadar menghantar seseorang ke hadapan pintu iman dan aqidah. Wahyulahlah yang membimbing manusia menjalani hidup beriman dan beraqidah dalam erti kata yang sebenar.
Kesimpulan:Fitrah manusia menurut al-quran dan Sunnah dibahagikan kepada 4 iaitu:
i- Fitrah semulajadi untuk beragama ii- Islam agama fitrah yang sesuai dengan manusiaiii- Islam serasi dengan fitrah manusia dan alamiv- Kesejahteraan manusia dari segi fitrahnya hanya ada pada Islam.
2.3- Manusia Sebagai Khalifah Allah
a) Pengertian Khalifah
Abul A’la al-Maududi: wakil tuhan untuk memimpin dunia.
Drs. Nasruddin Razak: Makhluk yang bertugas mengurus bumidengan seluruh isinya dan berkewajipanmemakmurkannya sebagai amanah dari Allah.
b) Sebab Manusia Dilantik sebagai Khalifah
Keperluan semulajadi manusia lebih menyeluruh berbanding makhluk lain.
Manusia dianugerahkan akal.
Manusia dibekalkan wahyu ( al-Quran & Sunnah)
c) Tanggungjawab Manusia Sebagai Khalifah.
Memimpin dunia mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Allah
Sebagai penterjemah sifat-sifat Allah dalam batas- batas kemanusiaan
2.4- Konsep Jiran dalam Islam.
a) Pengertian
Bahasa: Orang yang tinggal sebelah menyebelah/tetangga.
Istilah Syarak: Pengertian jiran merujuk surah
An- Nisa’:36 adalah seperti berikut:
Orang yang tinggal serumah dengan kita Orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita
Orang yang tinggal dalam lingkungan jarak 40 buah
rumah dari rumah kita dari segenap penjuru Orang yang tinggal senegeri dengan kita.
b) Pembahagian Jiran.
Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Jabir, jiranterbahagi kepada 3 :
a) Jiran 1 hak – orang musyrik (tiada sebaranghubungan kecuali hak jiran)
b) Jiran 2 hak - orang Islam ( hak Islam dan jiran)
c) Jiran 3 hak - orang Islam yang mempunyai hubungan kerabat (hak islam, jiran dan kerabat)
c) Hikmah Berjiran.
mengeratkan hubungan silaturrahim dan persaudaraan sesama umat Islam
melahirkan perpaduan di kalangan bukan Islam
memenuhi keperluan hidup manusia
d) Tanggungjawab Jiran
Memberi pertolongan jika diperlukan atau diminta
Menziarahi apabila sakit
Mengucapkan tahniah apabila gembira
Turut berdukacita apabila jiran ditimpa kemalangan
Memelihara kehormatan dan menutup aibnya
Memaafkan kesalahannya
Rujukan: al-Quran al-Karim
Mustafa Haji Daud, Tamadun Islam, UtusanPublication & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1994
Mohd Ali b Abu Bakar, Kejadian Manusia danPerjuangan Hidup, Pustaka Aman Sdn. Bhd., KotaBharu,1986
LATIHAN
• Terangkan kejadian manusia menurut sains dan al-quran
• Apakah yg dimaksudkan dengan fitrah?berikan contohnya sekali.
• Mengapakah teori darwin tentang kejadian manusia daripada monyet disangkal oleh tokoh ilmuan?
• 3 Tanggungjawab manusia sbg khalifah• Apakah pengertian jiran?apakah pula jiran 2 hak
dan 3 hak?
Daripada surah al-Mukminun : ayat 13-14 tersebut, proseskejadian manusia adalah seperti berikut: Sila Isikan X dan Y
X
2-‘ALAQAH5- ORGAN +ROH
4- TULANG + DAGING
Y