MAKLUMAT TAMBAHAN PEMARKAHAN PAJSK …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/5714/PAJSK SM...
Transcript of MAKLUMAT TAMBAHAN PEMARKAHAN PAJSK …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/5714/PAJSK SM...
1
LAMPIRAN 2
MAKLUMAT TAMBAHAN PEMARKAHAN PAJSK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
HURAIAN PEMBERIAN MARKAH BERASASKAN AKTIVITI
Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan
1. Program-program Khas Kebangsaan, contoh:
i. Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia
ii. Pertandingan Menulis Surat kepada Perdana Menteri.
iii. Larian 1 Murid 1 Sukan (1M1S):
iv. Gotong Royong Kebangsaan.
v. Bulan Kecergasan Malaysia.
vi. Sambutan Hari Habitat Sedunia
vii. Perhimpunan Sejuta Belia .
viii. Minggu Alam Sekitar
ix. Hari Sukan Negara
x. Bulan Kecergasan Negara
Peringkat Pelaksanaan Markah Penyertaan
a. Sekolah Sekolah
b. Daerah Daerah
c. Bahagian Bahagian
d. Negeri Negeri
e. Kebangsaan Kebangsaan
Catatan: Pemberian markah penglibatan murid bergantung kepada jenis
Penglibatan (penglibatan 1, 2 atau 3)
2
Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan
2. Program-program Khas Negeri, contoh:
i. Perkhemahan Pengakap Daerah Jengka 30 tahun Peringkat Antarabangsa.
ii. Jambori Pengakap ”JOTA/JOTI”
iii. ”One Contemporary Art Competition” anjuran Kementerian Pelancongan.
iv. ”HHH Run” / Sunset Run
v. Pesta Tanglong Perdana (Perak)
vi. Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang
vii. Kuala Lumpur International Marathon
viii. Klang 10K Run
Peringkat Kelulusan/ Pengurusan (Rujuk takrif antarabangsa/kebangsaan)
Markah Penyertaan
a. Sekolah Sekolah
b. Daerah Daerah
c. Bahagian Bahagian
d. Negeri Negeri
e. Kebangsaan Kebangsaan
f. Antarabangsa Antarabangsa
Pengiktirafan penglibatan murid dalam larian-larian peringkat antarabangsa adalah seperti berikut:
i. Penyertaan individu/sekolah dikira penyertaan peringkat sekolah sahaja.
ii. Penyertaan melalui Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) dikira penyertaan peringkat Daerah
iii. Penyertaan melalui Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia – (MSSM) negeri berkenaan perlu disokong dengan surat dan dikira penyertaan peringkat negeri.
Kejayaan/Pencapaian murid diberikan markah mengikut tahap penyertaan.
3
Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan
3. Program-program berkembar sekolah Premier, sekolah kluster, Sekolah Prestasi Tinggi dan SBP
i. Program berkembar antara sekolah dengan universiti/kolej/sekolah luar negara
i. Lawatan keluar ke sekolah berkembar di luar negara diikhtiraf sebagai peringkat antarabangsa.
ii. Lawatan masuk diikhtiraf sebagai aktiviti peringkat sekolah
4. Pengujian secara terus (On-Line Assessment) bagi program Ko-Akademik
Penglibatan murid-murid dalam Kuiz Matematik dan seumpamanya, secara individu berbayar (Peringkat Antarabangsa)
Contoh:
i. International Competititions and Assessments for School), Penganjur: Educational Assessment Australia, The University of New South Wales, Sydney, Australia
ii. “Essay writing”/Penulisan sajak/pertandingan melukis /cipta laman blog
iii. Skor A
Aktiviti ini tidak diterima pakai dalam pengiraan penilaian markah kokurikulum, kerana:
i. Aktiviti tidak melalui dan mendapat kebenaran Bahagian Kokurikulum dan Kesenian/KPM.
ii. Kelebihan kepada individu yang berkemampuan dan mempunyai kemudahan IT.
iii. Sistem penilaian yang dijalankan dan pelaksanaanya tidak jelas dan tidak diketahui, keesahan dan kebolehpercayaan diragui.
iv. Tidak diketahui siapa penganjur di peringkat kebangsaan dan bertanggungjawab bagi sebarang perkara berbangkit.
v. Penyertaan secara terbuka tanpa apa-apa saringan dari segi pemilihan calon berbanding ”Aktiviti Olimpiad” Sains dan Matematik yang diuruskan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM.
5. Kejohanan Seni Bela Diri Jemputan
i. Kebangsaan
ii. Antarabangsa
i. Sebarang kelulusan aktiviti dan pengiktirafan perlu mendapat kelulusan BKK, KPM
ii. Pengiktirafan hanya akan diberi selepas sesuatu program itu selesai dijalankan dan laporan dihantar ke BKK, KPM
4
Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan
6. Pemarkahan Aktiviti Olimpiad / Kuiz seperti:
i. International Mathematics Olympiad (IMO)
ii. International Physics Olympiad (IPHO)
iii. International Junior Science Olympiad (IJSO)
iv. National Science Challenge
v. Kuiz Kimia Kebangsaan
vi. Kangaroo Maths
vii. Beaver Maths
i. Peringkat pertama yang dijalankan di sekolah dikira sebagai khidmat sumbangan peringkat sekolah (10 markah).
ii. Peringkat kedua, peserta dipanggil oleh BKK, KPM untuk menghadiri kem latihan peringkat kebangsaan layak mendapat markah penyertaan peringkat kebangsaan (17 markah) dan markah pencapaian sekiranya berjaya.
iii. Peserta yang terpilih untuk mewakili Negara ke peringkat antarabangsa layak untuk mendapat markah penyertaan peringkat antarabangsa (20 markah) dan markah pencapaian sekiranya berjaya.
7. Penglibatan murid-murid dalam Program Kerajaan Negeri seperti:
i. Bandar Kembar Seremban – Bukit Tinggi, Sumatera, Indonesia
ii. Pulau Pinang – Medan, Indonesia iii. Ipoh – Fukuoka, Jepun
Penglibatan pelajar diiktiraf sebagai penglibatan ”antarabangsa”, pemilihan sesorang peserta melalui saringan dan pemilihan oleh jawatankuasa khas yang dilantik.
8. Penglibatan murid-murid dalam aktiviti yang berkaitan dengan Agensi Bukan Kerajaan (NGO), contoh aktiviti:
i. Khidmat Masyarakat – Highway Duty
ii. Perkhemahan
iii. Pertandingan Kawad Kaki
iv. Pertandingan Seni Bela Diri
Semua aktiviti mestilah mendapat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah terlebih dahulu (kelulusan mengikut peringkat penglibatan). Markah penglibatan tertakluk kepada peringkat kelulusan yang dipohon.
Peringkat penglibatan :
a. Kelulusan PPD – penglibatan peringkat daerah
b. Kelulusan JPN – penglibatan peringkat negeri
c. Kelulusan KPM – penglibatan peringkat kebangsaan
Sekiranya penglibatan tanpa kelulusan KPM/JPN/PPD – markah penglibatan dan pencapaian tidak dikira.
5
Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan
9. Penglibatan murid-murid dalam pertubuhan yang tidak terdapat/tidak berdaftar di sekolah
Sekiranya aktiviti yang dianjurkan mendapat kelulusan daripada KPM/JPN/PPD maka markah Penglibatan dan Pencapaian murid boleh diambil kira walaupun aktiviti tersebut tidak tersenarai di peringkat sekolah.
10.
Penglibatan murid dalam aktiviti yang berkaitan dengan Agensi Kerajaan (GO), contoh:
i. Sambutan Hari Kor Kadet Polis
ii. Festival Kebudayaan
iii. Hari Kebangsaan
iv. Hari Pahlawan
v. Hari Koperasi
vi. Larian Bomba
vii. Hari Belia Kebangsaan
Semua aktiviti mestilah mendapat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia / Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah terlebih dahulu (kelulusan mengikut peringkat penglibatan). Markah penglibatan tertakluk kepada peringkat kelulusan yang dipohon.
Peringkat penglibatan :
a. Kelulusan PPD – penglibatan peringkat daerah
b. Kelulusan JPN – penglibatan peringkat negeri
c. Kelulusan KPM – penglibatan peringkat kebangsaan
11. Aktiviti yang berkaitan dengan pihak Istana dan Kerajaan Negeri
Semua aktiviti yang melibatkan Institusi Raja dan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri dan dikira sebagai penglibatan peringkat negeri.
6
12. Merit Pasukan Tidak dikira sebagai pencapaian individu/Pasukan
Pertandingan Pancaragam Peringkat Antarabangsa
Contoh:
Pencapaian Pasukan Merit Pasukan
Johan: SMK Sultanah Asmah. Kedah
Gold Award/Merit (mencapai 85 markah ke atas):
1. SMK Sultahnah Asmah
2. SMJK Chung Hwa Wei Sin
3. SMJK Jit Sin
4. Victoria Institution
5. St. John Instititution
Naib Johan : SMJ Chung Hwa Wei Sin, Terengganu
Ketiga : SMJK Jit Sin Pulau Pinang
Pencapaian Pasukan Merit Pasukan
Johan:
Naib Johan:
Ketiga
Honourable Mention (pencapaian melebih aras tertentu yang ditetapkan oleh penganjur)
7
Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan
13. Aktiviti Khidmat Masyarakat (Ekstra Kurikulum)
i. Aktiviti Kejiranan/Komuniti
ii. Aktiviti Alam Sekitar
iii. Aktiviti Bencana Alam
iv. Aktiviti Khidmat Jabatan/Agensi
v. Aktiviti Kebudayaan/ Kesenian/Integrasi
vi. Aktiviti Kerohanian
vii. Aktiviti Insaniah
# Pengenalan Khidmat Masyarakat Sebagai Syarat Graduat Pendidkan Menengah
Sebagai kawalan pihak sekolah diminta membuat verifikasi dengan maklumat seperti berikut:
a. Nama aktiviti
b. Rekod kehadiran / penglibatan
c. Ulasan pencapaian / hasil
d. Pengesahan dan perakuan
# Aktiviti Khidmat Masyarakat yang dilaksanakan dalam aktiviti sedia ada seperti Perkhemahan Tahunan Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan tidak dikira sebagai Ekstra Kurikulum
Disediakan oleh: Urus setia PAJSK Aras 3, Blok B9, Presint 1 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Tel: 03-88721613