MAJLIS PERBANDARAN KLANG · RKK agar dapat dijadikan rujukan dan dilaksanakan oleh agensi-agensi...
Transcript of MAJLIS PERBANDARAN KLANG · RKK agar dapat dijadikan rujukan dan dilaksanakan oleh agensi-agensi...
MANUAL MPK BIL : 85 /2013
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
MANUAL :
GARIS PANDUAN RANCANGAN
KAWASAN KHAS
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 85 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang
2
KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA i
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN ii
1.0 TUJUAN MANUAL 5
2.0 LATAR BELAKANG 5
3.0 DEFINISI 6
4.0 CARTA BAHAGIAN 7
5.0 SUMBER KUASA 8
6.0 SKOP KERJA 8
7.0 PROSES KERJA 11
8.0 CARTA ALIR 12
9.0 PENUTUP 13
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 85 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang
3
SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya
Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka menjadi
tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk
berusaha membuat penambahbaikan agar
penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,
berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya
pengiktirafan status Bandaraya tersebut.
Rancangan Kawasan Khas (RKK) adalah satu rancangan pemajuan
yang disediakan dalam masa singkat untuk menangani isu-isu spesifik
sesuatu kawasan untuk tujuan pelaksanaan. Hasil kajian RKK ini
adalah dalam bentuk pelan tindakan pemuliharaan iaitu dalam bentuk
pelan pengurusan dan pelan susunatur.
Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto
yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita
berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam
semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya
status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar
bersedia dan mampu menggalas tanggungjawab yang berupaya
memberi hasil kerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat
memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat
umumnya.
“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih Mohd Ikhsan Bin Mukri Setiausaha Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 85 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang
4
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh
dan Salam Sejahtera.
Syukur Alhamdulillah S.W.T kerana dengan izinnya
Manual Rancangan Kawasan Khas Majlis
Perbandaran Klang ini telah dapat diterbitkan. Ucapan
syabas juga kepada semua yang terlibat dalam
menyumbang idea-idea dalam menghasilkan Manual
Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang bagi Edisi
Pertama ini. Buku "Manual Rancangan Kawasan Khas Majlis
Perbandaran Klang" merupakan garis panduan edisi pertama yang
diterbitkan bagi memantapkan lagi pelan cadangan pembangunan di
kawasan Majlis Perbandaran Klang. Tujuan garis panduan ini
diterbitkan adalah untuk memberi panduan kepada warga Majlis
Perbandaran Klang dan warga Klang. Manual Rancangan Kawasan
Khas Majlis Perbandaran Klang ini adalah tertakluk kepada peraturan
dan undang-undang serta pekeliling-pekeliling perbendaharaan yang
digunakan sebagai rujukan.
Di kesempatan ini juga, sekali lagi ucapan tahniah saya kepada semua
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
penghasilan Manual Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran
Klang. Adalah diharapkan agar apa yang dirancang akan menepati
matlamat penghasilan buku ini.
Wassalam. En. Zailani Bin Panot Timbalan Pengarah Perancang Bandar dan Desa, Majlis Perbandaran Klang.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 85 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang
5
1.0 TUJUAN MANUAL
1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik
Holistik [PATH] MPK 2013.
1.2 Sebagai rujukan dan panduan di dalam penyediaan kajian
Rancangan Kawasan Khas terutama kepada PBT (Majlis
Perbandaran Klang).
1.3 Menerangkan secara ringkas berhubung keperluan kajian dalam
mengikut Akta 172 dan pendekatan proses penyediaan
Rancangan Kawasan Khas.
1.4 Menerangkan secara ringkas berhubung kawasan Rancangan
Kawasan Khas, keperluan, bidang, program, pendekatan dan
aspek pengurusan kajian.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Penyediaan Rancangan Kawasan Khas oleh Pihak Berkuasa
Perancang Tempatan (Majlis Perbandaran Klang) adalah
diperlukan mengikut Subseksyen 16B(1), 16B(2) dan 16B(3)
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172.
2.2 Penyediaan Rancangan Kawasan Khas adalah bertujuan
seperti berikut:
i. Melengkapkan sistem perancangan fizikal Negara yang
terdiri dari empat peringkat, iaitu Rancangan Fizikal Negara
(RFN), Rancangan Struktur Negeri (RSN), Rancangan
Tempatan (RT) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK)
supaya lebih sistematik dan berkesan.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 85 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang
6
ii. Menterjemahkan cadangan-cadangan RSN, RT, dan lain-
lain dokumen cadangan dengan lebih terperinci dalam
konteks kawasan RKK.
iii. Menentukan penyediaan kemudahan sosial, utiliti dan
infrastruktur yang seimbang dengan pembangunan yang
sedang dan akan berjalan.
iv. Mengenalpasti kawasan-kawasan yang sesuai untuk
dimajukan serta corak pembangunan ruang fizikal yang
optima serta menyediakan program pelaksanaan.
v. Menyediakan pelan tindakan pembangunan bagi kawasan
RKK agar dapat dijadikan rujukan dan dilaksanakan oleh
agensi-agensi kerajaan serta pihak swasta dalam
membangun dan menguruskan kawasan kajian.
3.0 DEFINISI
Rancangan Kawasan Khas (RKK) adalah satu rancangan pemajuan
yang disediakan dalam masa singkat untuk menangani isu-isu spesifik
sesuatu kawasan untuk tujuan pelaksanaan. Hasil utama RKK adalah
Pelan Tindakan Pembangunan yang disediakan samaada dalam
bentuk pelan pengurusan atau pelan susunatur yang disokong oleh
spesifikasi. Pelan tindakan pembangunan ini disokong oleh
pembangunan terperinci dan jadual tindakan pembangunan. RKK juga
menyediakan cadangan program pembangunan yang mengandungi
fasa, kos, agensi pelaksana dan pendekatan pelaksanaan.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 85 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang
7
4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT
Struktur Organisasi Kajian Rancangan Kawasan Khas
Juruteknik Perancang Bandar (J22)
PN NAFISAH BT ISMAIL
Juruteknik Perancang Bandar (J14)
EN ALI BIN MOHD NOOR
Timb. Pengarah Perancang Bandar
(J48)
EN. ZAILANI BIN PANOT
Pegawai Perancang Bandar (J41)
PUAN NORHAYATI BINTI MOHD LADZIM
Pen. Peg. Perancang Bandar (J29)
PN. IVANA MAS AYU BT MOHD ALI
Pembantu Tadbir (N17)
PN. AZIRA FAZLIANA BINTI MOHD SHAH
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 85 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang
8
5.0 SUMBER KUASA
Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan
manual adalah seperti berikut:
i. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
ii. Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)
iii. Pekeliling/Arahan daripada Yang Di Pertua/Setiausaha
6.0 SKOP KERJA
6.1 Pengarah Perancang Bandar
Membuat semakan ke atas kawasan kajian yang telah
dikenalpasti dan bersetuju untuk dilaksanakan kajian tersebut.
Menyelaras ke atas semua Mesyuarat yang rancang berkaitan
dengan Penyediaan Rancangan Kawasan Khas. Pengarah
Perancang Bandar juga bertanggungjawab untuk
membentangkan kertas kerja yang disediakan di peringkat
Majlis untuk kelulusan. Pengarah Perancang juga
bertanggungjawab untuk menyemak dan memastikan laporan
yang dihasilkan oleh perunding mengikut keperluan yang
ditetapkan dan akan mengesahkan laporan tersebut.
6.2 Pegawai Perancang Bandar
Mencadangkan kepada Pengarah Perancang Bandar
berkenaan kawasan kajian yang telah dikenalpasti mengikut
keperluan dan kepentingan berdasarkan kriteria yang telah
ditetapkan. Setelah cadangan dan kawasan kajian dipersetujui
di peringkat jabatan, Pegawai Perancang Bandar akan
menyediakan kertas kerja untuk dibentangkan kepada
Mesyuarat Pengurusan Majlis dan Mesyuarat bulanan Majlis
untuk kelulusan dan pengesahan. Selepas dari itu, Pegawai
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 85 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang
9
Perancang Bandar akan mengemukakan kertas kerja kepada
Jawatankuasa Perancang Negeri untuk kelulusan untuk
menyediakan kajian Rancangan Kawasan Khas. Pegawai
Perancang Bandar juga perlu mengadakan publisiti awal bagi
tujuan hebahan dan mendapat pandangan daripada orang
awam. Selepas daripada mengadakan publisiti awal tersebut,
Pegawai Perancang Bandar juga bertanggungjawab untuk
menyediakan Laporan Asas Rujukan untuk dibentangkan di
dalam Mesyuarat Bulanan Majlis dan Mesyuarat Jawatankuasa
Perancang Negeri untuk kelulusan. Setelah dipersetujui,
Pegawai Perancang akan membuat tawaran sebutharga kepada
mana-mana perunding yang berminat terlibat di dalam
penyediaan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang.
Perlantikkan perunding selaras dengan peraturan dan undang-
undang yang telah ditetapkan.
Pegawai Perancang Bandar juga bertanggungjawab untuk
menyemak laporan awal, laporan teknikal, draf awal dan akhir
Rancangan Kawasan Khas. Pegawai Perancang Bandar juga
bertanggungjawab untuk mengadakan program publisiti dan
penyertaan awam untuk draf Rancangan Rancangan Kawasan
Khas dan mengadakan mesyuarat Penyiasatan dan
pendengaran awam. Pegawai Perancang Bandar juga
bertanggungjawab untuk memohon kelulusan Draf Rancangan
Kawasan Khas daripada Mesyuarat Bulanan Majlis dan Pihak
Berkuasa Negeri melalui Jawatankuasa Perancang Negeri.
Setelah mendapatkan kelulusan Draf Rancangan Kawasan
Khas daripada Pihak Berkuasa Negeri, Pegawai Perancang
Perlu memohon pewartaan Rancangan Kawasan Khas kepada
Penasihat Undang-Undang Negeri.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 85 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang
10
6.3 Penolong Pegawai Perancang Bandar
Penolong Pegawai Perancang Bandar membantu Pegawai
Perancang Bandar untuk mengenalpasti kawasan kajian bagi
tujuan menjalankan kajian Rancangan Kawasan Khas.
Penolong Pegawai Perancang Bandar membantu Pegawai
Perancang Bandar menyediakan maklumat bagi penyediaan
kertas–kertas kerja mesyuarat, laporan asas rujukan serta
membantu mengadakan program publisiti awal serta program
publisiti dan penyertaan awam untuk Draf Rancangan Kawasan
khas. Selain itu juga, ia berperanan untuk menyediakan draf
surat-surat jawapan kepada pembantah yang terlibat di dalam
mesyuarat penyiasatan dan Pendengaran Awam.
Penolong Pegawai Perancang Bandar juga bertanggungjawab
untuk membantu Pegawai Perancang untuk menyemak laporan
awal, laporan teknikal, draf awal dan akhir Rancangan Kawasan
Khas.
6.4 Juruteknik Perancang Bandar
Membantu Pegawai Perancang Bandar/ Penolong Pegawai
Perancang Bandar untuk menyediakan pelan-pelan berkaitan
dengan kajian Rancangan Kawasan Khas dan sekiranya perlu,
Juruteknik perlu membuat siasatan tapak. Di samping itu juga,
Juruteknik Perancang Bandar terlibat untuk membantu Pegawai
Perancang untuk menyemak pelan-pelan pengezonan, laporan
awal, laporan teknikal, draf awal dan akhir Rancangan Kawasan
Khas yang telah disediakan oleh pihak Perunding. Juruteknik
juga terlibat di dalam melaksanakan program publisiti awal dan
serta program publisiti Draf Rancangan Kawasan Khas dari segi
membantu Pegawai Perancang Bandar menyusun jadual
pameran awam.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 85 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang
11
6.5 Pembantu Tadbir
Menaip kertas kerja dan surat-surat berkaitan Rancangan
Kawasan Khas serta membantu melaksanakan kerja yang
diarahkan dari semasa ke semasa.
7.0 PROSES KERJA
Berikut merupakan proses kerja dalam penyediaan kajian Rancangan
Kawasan Khas:
a. Mengenalpasti Kawasan RKK
Pihak majlis perlu mengenalpasti kawasan yang hendak
dilaksanakan Rancangan Kawasan Khas.
b. Publisiti Awal
i. Pihak Majlis Perlu melaksanakan rundingan awal iaitu
publisiti awal (FGD) yang melibatkan beberapa pihak
yang berkaitan seperti agensi teknikal dan wakil daripada
pihak penduduk.
ii. Publisiti awal ini adalah bertujuan mengenalpasti tapak
cadangan telah memenuhi pra-syarat yang digariskan
dan sekaligus membentuk pasukan kerja serta
mendapatkan kelulusan peruntukan / bajet.
c. Penyediaan Asas Rujukan
Asas rujukan meupakan dokumen yang dilengkapi dengan
keperluan kajian, skop, kos dan kawasan kajian. Dokumen ini
akan menjadi rujukan utama bagi memastikan cadangan
pembangunan tersebut mencapai matlamat dan objektif kajian
tersebut.
d. Pelantikan Perunding
Pelantikan perunding adalah secara sebut harga.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 85 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang
12
e. Laporan Pendekatan Kajian
i. Laporan Pendekatan kajian mengandungi skop kajian,
pendekatan serta metodologi dalam menjalankan kajian
dan menghasilkan output yang dikehendaki. Laporan ini
merangkumi hasil-hasil penemuan kajian serta isu-isu
utama yang dikenalpasti, maklumat / data yang
diperlukan, program kerja dan jangka masa kajian.
ii. Data-data serta maklumat yang diperlukan beserta
dengan sumberjayanya akan diperincikan dengan
penjelasan akan teknik analisis yang akan digunakan. Ia
juga akan menerangkan secara terperinci jangka masa
kajian yang akan diambil serta jadual tenaga kajian
terlibat.
f. Laporan Draf Rancangan Kawasan Khas
Laporan ini mengandungi:
i. Analisis kawasan kajian.
ii. Cadangan konsep dan strategi pembangunan
berdasarkan analisis.
iii. Pelan Tindakan Pembangunan yang merupakan pelan
susunatur dan pelan pengurusan.
iv. Pelan Susunatur mengandungi perkara-perkara berikut:
a. Kawasan pembangunan sediada yang akan
dikekalkan.
b. Aktiviti gunatanah yang komited.
c. Cadangan-cadangan aktiviti gunatanah.
d. Cadangan-cadangan bagi kawasan yang memerlukan
pertimbangan khas.
e. Kawasan-kawasan yang perlu disokong dengan
spesifikasi pembangunan terperinci.
v. Pelan Pengurusan mengandungi perkara-perkara
berikut:
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 85 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang
13
a. Pelan perkawasan bagi pembangunan, pemeliharaan
dan pemuliharaan.
b. Pelan gunatanah semasa dan kawasan sekitarnya
(termasuk gunatanah komited).
c. Inventori sediada mengikut spesis pokok atau ciri-ciri
keistimewaan warisan samada semulajadi atau
bangunan yang dikekalkan yang terdapat di kawasan
kajian RKK.
d. Penilaian analisis 'sustainability' seperti Penilaian
e. Kesan Sosial.
f. Cadangan pembangunan dan pemuliharaan di
kawasan kepentingan khusus.
g. Cadangan mekanisma penglibatan penduduk,
’stakeholders’ dan para ikhtisas untuk bekerjasama
dengan MPK dan lain-lain agensi awam dalam
menentukan kejayaan perlaksanaan pelan tindakan.
g. Publisiti Draf Rancangan Kawasan Khas
Publisiti adalah usaha dan langkah pemberitahuan kepada
orang awam oleh PBPT semasa menyediakan rancangan
pemajuan bagi meneliti cadangan-cadangan laporan dan
membuat perwakilan serta memberi pandangan / bantahan.
h. Pindaan Draf Rancangan Kawasan Khas
Draf RKK mengandungi draf awal RKK yang telah diluluskan
oleh Jawatankuasa Teknikal dan tambahan perkara-perkara
berikut:
i. Spesifikasi Pembangunan Terperinci yang merupakan
perincian pelaksanaan pembangunan yang akan dijalankan.
ii. Jadual Tindakan Pembangunan yang merupakan
pernyataan perincian aktiviti bagi setiap kategori kegunaan
tanah yang dicadangkan dalam Pelan Tindakan
Pembangunan.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 85 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang
14
iii. Program Pelaksanaan yang mengandungi perkara-perkara
berikut:
a. Fasa pembangunan dan keutamaan jenis pembangunan.
b. Projek/program pembangunan, kos perlaksanaan dan
agensi pelaksana.
c. Bentuk insentif pembangunan
d. Pendekatan/ kaedah pengurusan pelaksanaan RKK,
termasuk prosedur pengambilan balik tanah dan
pampasan jika ada
e. Peranan PBT, agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam
pelaksanaan RKK.
f. Peruntukkan-peruntukkan yang terdapat dalam akta –akta
dan peraturan sediada yang membantu dalam
perlaksanaan RKK
i. Kelulusan Pihak Berkuasa Negeri
Pihak majlis perlu mengemukan Draf RKK untuk mendapatkan
kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri.
j. Perwartaan
Pihak Majlis hendaklah mewartakan RKK melalui Warta Negeri
dan menyiarkan sekurang-kurangnya dalam dua (2) akhbar
tempatan satu daripadanya dalam Bahasa Malaysia, yang
menyatakan nama RKK itu dan tempat ianya boleh di periksa.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 85 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang
15
8.0 CARTA ALIR
Proses Penyediaan Kajian Rancangan Kawasan Khas
MENGENALPASTI KAWASAN RKK PBPT (SUBSEKSYEN 16B(1) )
PUBLISITI AWAL Rundingan awal FGD (bersama pihak berkaitan)-PBT)
Projek yang dikenalpasti memenuhi pra-syarat yang digariskan.
Pembentukan pasukan kerja serta kelulusan peruntukan / bajet.
PUBLISITI DRAF RKK
(5 minggu) Tindakan publisiti (Subseksyen 13(1),(2)&(3))
Pameran Awam, Taklimat Dan Sesi Dialog
Penglibatan Kumpulan Sasaran Mesyuarat Penyiasatan dan Pendengaran Awam (Subseksyen 14(1))
PINDAAN DRAF RKK (4 minggu) JPN Meluluskan Keseluruhan/ Sebahagian ( Subseksyen 15(1A))
Meluluskan Dengan Ubahsuaian (Sek.15(1A) & (1B)
Menolak (Subseksyen 15(1A)
Cadangan terperinci dan program pelaksanaan
Mengandungi perkara-perkara terperinci maksud (Subseksyen 16B(1) & (3))
Untuk pewartaan dan tindakan pelaksanaan
KELULUSAN PIHAK BERKUASA NEGERI (PBN)
( 1 minggu) JPN menyampaikan Draf RKK yang dilulus kepada Pihak Berkuasa Negeri
(Subseksyen 15 (1)(1c)
PEWARTAAN RKK Pengarah JPBD Negeri/PBPT Siarkan dalam Warta Negeri hakikat persetujuan Pihak
Berkuasa Negeri tentang Draf RKK (Subseksyen 15 (4))
PENYEDIAAN & KELULUSAN ASAS RUJUKAN Mengandungi keperluan kajian, skop, kos, pelan tapak, program kerja
Arah tuju pembangunan
Kelulusan Asas Rujukan
Pasukan Teras dan Pasukan Kajian
PELANTIKAN PERUNDING
LAPORAN PENDEKATAN KAJIAN (4 minggu)
LAPORAN PENEMUAN Maklumat-maklumat teknikal dan analisis dikumpulkan dalam satu
jilid/fail
LAPORAN DRAF RKK
(20 minggu)
DRAF RKK Mengandungi Rumusan penemuan, latar belakang projek (konsep dan
strategi), tindakan pembangunan, program perlaksanaan, sasaran, KPI, outcome, funding
Mengikut format digariskan
Peringkat Pra Kajian
Peringkat 1
Peringkat 3
Peringkat 2
PERLANTIKAN
PERBINCANGAN
AWAM
Perlantikan oleh JPN
(Peranggan 14 (2) (a) & (b)
Peringkat Penyediaan Draf
RKK (6 Bulan)
Peringkat 4
Peringkat 5
Peringkat 6
Nota: Tempoh penyediaan Draf RKK adalah 6 bulan tidak termasuk Peringkat kelulusan jawatankuasa
Peringkat 7
Penyiasatan Tempatan Atau Lain-Lain Perbincangan :
PBPT boleh mengarah diadakan (Subseksyen 14 (1))
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 85 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Majlis Perbandaran Klang
16
9.0 PENUTUP
Manual Rancangan Kawasan Khas ini dihasilkan supaya dapat
menjadi dokumen rujukan utama warga kerja Majlis Perbandaran
Klang di dalam menjalankan kajian Rancangan Kawasan Khas
mengikut kawasan-kawasan yang telah ditentukan mengikut kriteria
dan kepentingan kawasan dan sumbangan terhadap potensi
pembangunan di daerah Klang.
Manual Rancangan Kawasan Khas (RKK) ini juga disediakan untuk
memastikan pelan-pelan pembangunan yang dihasilkan mengikut
spasifikasi yang telah ditetapkan berdasarkan keperluan dan skop
kajian yang ditentukan.