MAJLIS PERBANDARAN KLANG · Memetik kata-kata Kevin Lynch ... pengesahan dan serah kepada PP...
Transcript of MAJLIS PERBANDARAN KLANG · Memetik kata-kata Kevin Lynch ... pengesahan dan serah kepada PP...
MANUAL MPK BIL : 119 /2013
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
MANUAL :
PENGELUARAN NOTIS TINDAKAN
PEMBETULAN (NTC)
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 119 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengeluaran Notis Tindakan Pembetulan (Ntc) 2
KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4
1.0 TUJUAN MANUAL 5
2.0 LATAR BELAKANG 5
3.0 DEFINISI 5
4.0 CARTA BAHAGIAN 6
5.0 SUMBER KUASA 6
6.0 SKOP KERJA 6
7.0 PROSES KERJA 7
8.0 CARTA ALIR 8
9.0 PENUTUP 9
LAMPIRAN 10
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 119 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengeluaran Notis Tindakan Pembetulan (Ntc) 3
SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya
Terbilang diMalaysia menjelang 2015 maka menjadi
tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk
berusaha membuat penambahbaikan agar
penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,
berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum
tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.
Penghasilan Manual ini diharapkan dapat meningkatkan kecekapan
warga MPK dalam memberikan perkhidmatan penyelenggaraan
landskap yang berkualiti.. Manakala kepada warga Klang amnya ia
dapat meningkatkan komitmen mereka dalam bersama-sama Majlis
menjaga keindahan dan kebersihan Klang lebih-lebih lagi di dalam
mencapai objektif untuk menjadikan Klang sebagai “Bandar Dalam
Taman” demi untuk meningkatkan kesejahteraan dan taraf keselesaan
hidup penduduk Klang
Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto
yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita
berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam
semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya
status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar
bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya
memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat
memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat
umumnya.
“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih
Ehsan Mukri
Setiausaha MPK
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 119 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengeluaran Notis Tindakan Pembetulan (Ntc) 4
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN
Assalamualaikum wbt.
Alhamdullilah,syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi
restunya sehingga terhasilnya Manual ini. Secara dasarnya
landskap dapat dinikmati oleh semua melalui pandangan
(view), sentuh (touch), rasa (feel), bau (smell) dan
pengalaman (experience). Memetik kata-kata Kevin Lynch
pengarang buku “The Image of The City”, landskap
bandar (urban landscape) mempunyai peranan yang
banyak dan di antaranya ialah sesuatu yang dapat dilihat, yang akan diingati
dan yang mewujudkan suasana persekitaran yang menggembirakan. Justeru
melalui pembangunan landskap, ruang dapat dihasilkan dan ruang pula akan
menghasilkan pengalaman. Pengalaman inilah yang akan dirasai oleh
masyarakat apabila sesebuah landskap yang menarik dan bersesuaian di
hasilkan di sesebuah kawasan perbandaran. Namun begitu sesungguhnya
menguruskan aspek pelandskapan iaitu dari aspek penyelenggaraan dan
pembangunan di kawasan perbandaran kini adalah merupakan adalah satu
tugas yang mencabar. Oleh yang demikian untuk menghasilkan suatu
persekitaran yang menarik semua kakitangan yang terlibat perlu komited dan
sentiasa mengisi diri dengan ilmu pengetahuan yang terbaru berkaitan
landskap di samping bekerja dengan penuh komited, minat dan semangat.
Manual yang dihasilkan ini adalah merupakan dokumen mengenai kerja-kerja
rutin yang dilakukan oleh setiap unit di dalam Jabatan Taman dan Rekreasi.
Penghasilan Manual ini adalah merupakan satu usaha penambahbaikan
dalam bidang tugas masing-masing supaya dapat memberi hasil kerja dan
penyampaian perkhidmatan yang sangat memuaskan hati semua pelanggan
MPK atau “stakeholder” dan rakyat umumnya. Ia juga kearah untuk
mewujudkan persekitaran landskap Bandaraya Mampan Warisan Diraja.
Ucapan terimakasih kepada Setiausaha Majlis Perbandaran Klang, Tuan
Ehsan Mukri di atas sokongan,dorongan,sumbangan idea dan motivasi
kepada kami di Jabatan Taman dan Rekreasi di dalam menghasilkan Manual
ini. Tidak ketinggalan juga kepada semua kakitangan jabatan yang sama-
sama menghasilkan manual ini.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 119 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengeluaran Notis Tindakan Pembetulan (Ntc) 5
1.0 TUJUAN MANUAL
1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik
Holistik [PATH] MPK 2013.
1.2 Meningkatkan kualiti, kecekapan urustadbir unit penyelenggaraan
1.3 Meningkatkan kualiti landskap klang.
1.4 Meningkatkan kualiti penyelenggaraan landskap klang.
1.5 Memantau prestasi kerja kontraktor dengan rapi dan teperinci.
1.6 Tujuan manual ini sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga Klang.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Manual ini disediakan oleh Bahagian Penyelenggaraan
Landskap dalam melaksanakan dan memantau kerja-kerja
penyelenggaraan landskap bagi mencapai tahap kualiti landskap
yang bermutu.
2.2 Menambahbaik dan memberikan peringatan serta denda
terhadap kontraktor yang tidak menjalankan kerja dengan
sempurna, supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama pada
masa akan datang
3.0 DEFINISI
Notice to Correct (NTC)
Tindakan pembetulan kepada kerja-kerja yang tidak dilaksanakan mengikut spesifikasi kerja ditapak oleh kontraktor.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 119 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengeluaran Notis Tindakan Pembetulan (Ntc) 6
4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT
5.0 SUMBER KUASA
5.1 Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual adalah seperti berikut:
Undang-undang Kecil Taman MPK 2005
Garis Panduan Penyelenggaraan Landskap Majlis
Perbandaran Klang.
6.0 SKOP KERJA
6.1 Menangani ketidakpatuhan kerja-kerja ditapak oleh kontraktor.
6.2 Memantau prestasi kerja kontaktor mengikut garis panduan Jabatan.
6.3 Pemantauan dilaksanakan oleh PP kawasan secara berjadual
Pengarah
Taman dan Rekreasi
Penolong Pegawai
Pertanian
Pembantu Pertanian
Kanan
8 orang Pembantu
Pertanian
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 119 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengeluaran Notis Tindakan Pembetulan (Ntc) 7
7.0 PROSES KERJA
BIL PERKARA KETERANGAN
1 Terima Aduan Pemantauan oleh PP kawasan juga aduan diterima
melalui PTR/AL/PPP/PP(K)/AM/JKP
2 Laporan BergambarPP kawasan menyediakan laporan bergambar
berkaitan aduan yang diterima
3 UlasanPP kawasan serahkan laporan bergambar untuk
semakan/ ulasan PPP
4 Pengesahan NTCPPP serahkan laporan bergambar kepada PTR untuk
pengesahan dan serah kepada PP kawasan untuk
5 Keluar NTCPP kawasan keluarkan NTC dan serah kepada
kontraktok untuk tindakan dalam tempoh 7 hari
6 Tindakan Oleh kontraktor terlibat
7 Terima LaporanOleh PP kawasan dari kontraktor dan sahkan
tindakan telah diambil
8 Disahkan PTRPP serah laporan bergambar tindakan oleh kontraktor
kepada PTR untuk pengesahan dan tutup NTC serta rekod
9 Tutup / Rekod Serah kepada PT untuk direkod
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 119 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengeluaran Notis Tindakan Pembetulan (Ntc) 8
PTR-Pengarah Taman Rekreasi PPP-
Pembantu Pegawai Pertanian PP-
Pembantu Pertanian PT-Pembantu
Tadbir
8.0 CARTA ALIR
7 Hari
Ditolak
Pemantauan / Aduan
Laporan bergambar
(PP)
Ulasan (PPP)
Pengesahan (PTR)
Tindakan (PP/ NTC)
(Tindakan Kontraktor)
Laporan bergambar
dari kontraktor
(PP) terima laporan
Disahkan
Ulasan (PPP)
Pengesahan (PTR)
Tutup NTC / Rekod (PT)
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 119 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengeluaran Notis Tindakan Pembetulan (Ntc) 9
9.0 PENUTUP
Penyediaan manual ni diharapkan dapat meningkatkan sistem
penyampaian jabatan amnya dan perkhidmatan Majlis khasnya.
Ia juga diharap akan dapat meningkatkan kualiti landskap Klang serta
kemudahan fasiliti dan persekitaran taman-taman rekreasi selaras
dengan dasar dan strategi Jabatan Taman dan Rekreasi, Majlis
Perbandaran Klang.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 119 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengeluaran Notis Tindakan Pembetulan (Ntc) 10
LAMPIRAN
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 119 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengeluaran Notis Tindakan Pembetulan (Ntc) 11
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 119 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengeluaran Notis Tindakan Pembetulan (Ntc) 12