Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah...
Transcript of Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah...
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Portable Smart Park Bike
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017 1
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah [email protected]
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Portable Smart Park Bike
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017 2
1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
1.1 Sejarah
Sejarah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah lahir bersama Bandar
Melaka, dari sebuah perkampungan nelayan sehingga menjadi
bandaraya yang dikenali di seluruh dunia. Berikut adalah merupakan
kronologi sejarah penubuhan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
(MBMB) :
1780 - Penubuhan Municipal of Town and Fort of Malacca di
bawah pentadbiran Syarikat Hindia Timor Belanda
(VOC: Verenigde Oostindische Compagnie) yang
ditadbir oleh “The Committee Of Assessors”. Keluasan
pentadbiran 1.1 batu persegi yang dikenali sebagai
Dutch City and Fort Of Malacca.
1824 - Municipal of Town and Fort of Malacca diambil alih
oleh Syarikat Hindia Timor Inggeris (British East India
Company) yang ditadbir secara “Municipal Committee”
menggantikan “The Committee Of Assessors”.
1848 - Dibawah Akta IV Hindia Timur, peruntukan bagi Negeri
Selat (termasuk P.Pinang & Singapura).
1856 - Di bawah Akta XXVII Hindia Timur, Pesuruhjaya
Perbandaran diasaskan.
1887 - Ordinan Perbandaran Negeri-Negeri Selat meluluskan
sempadan perbandaran kepada 1.46 batu persegi.
1930 - Sempadan perbandaran diluaskan kepada 4.2 batu
persegi.
1950 - Ordinan Perbandaran Pihak Berkuasa Tempatan
dikuatkuasakan dan memperuntukkan pilihanraya
kecil Majlis Perbandaran Melaka.
1957 - Municipal Council of Town and Fort of Malacca di tukar
nama sebagai Majlis Perbandaran Kota Melaka.
1976 - Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) telah diterima
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Portable Smart Park Bike
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017 3
pakai dan memansuhkan Ordinan Perbandaran Pihak
Berkuasa Tempatan.
1977 - Majlis Perbandaran Kota Melaka dicantumkan dengan
Majlis Daerah Luar Bandar Melaka Tengah dan
dikenali sebagai Majlis Perbandaran Melaka Tengah
(MPMT) dengan keluasan 115 batu persegi.
1987 - Majlis Perbandaran Melaka Tengah telah ditukar nama
kepada Majlis Perbandaran Melaka (MPM) pada 7
Oktober 1987.
1989 - Majlis Perbandaran Melaka telah ditukar nama kepada
Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah
(MPMBB) sempena pengiktirafan Bandar Melaka
sebagai Bandaraya Bersejarah dengan keluasan
pentadbiran 303 km persegi.
2003 - Pada 15 April, Kerajaan Persekutuan telah menaik
taraf Majlis Perbandaran kepada Majlis Bandaraya dan
dikenali sebagai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
(MBMB).
2008 - Pada 7 Julai 2008, Melaka telah diiktiraf sebagai tapak
warisan Dunia oleh UNESCO yang mana tapak
tersebut terletak didalam kawasan pentadbiran MBMB.
2010 - Pada 1 Januari 2010, Kerajaan Negeri telah
mewujudkan sebuah lagi Pihak Berkuasa Tempatan
iaitu Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan
keluasan kawasan MBMB kini adalah seluas 270.39
km persegi.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Portable Smart Park Bike
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017 4
1.2 Peta Kawasan Tadbir Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Rajah : peta kawasan pentadbiran MBMB yang terkini
1.3 Alamat Pentadbiran
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
No. 1, Graha Makmur
Jalan Tun Abdul Razak – Hang Tuah Jaya
75450 Melaka
Tel: 06-3333333 Faks:06-2325716
KELUASAN :
273.39 km2
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Portable Smart Park Bike
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017 5
1.4 Carta Organisasi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Portable Smart Park Bike
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017 6
1.4.2 Visi
MBMB ke arah bandaraya kosmopolitan bertaraf dunia.
1.4.3 Misi
i. Membangunkan bandaraya maju dan mampan
berteraskan teknologi hijau dengan pelan pembangunan
yang terancang, pengurusan projek yang sistematik dan
penyediaan infrastruktur yang efisen.
ii. Membudayakan sistem tadbir urus korporat yang cekap
dan berintegriti dengan pelaksanaan peraturan,
penggemblengan sumber secara efektif serta
pengamalan persekitaran yang kondusif.
iii. Memperkayakan budaya dan warisan dunia melalui
pelaksanaan kajian, dokumentasi, pemuliharaan, promosi
serta aktiviti pendidikan yang berterusan dan berkesan.
1.4.5 Fungsi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis
Bandaraya Melaka Bersejarah mempunyai peranan penting
di dalam memaju dan membangunkan kawasan
pentadbirannya. Di antara peranan terpenting Majlis ialah
seperti berikut :
i. Perancangan Bandar
ii. Pengurusan Projek Pembangunan dan Penguatkuasaan
Effluent
iii. Kawalan Pembangunan
iv. Pengindahan Bandar dan Kawal Selia Kebersihan Awam
v. Perkhidmatan Pelesenan dan Kesihatan Persekitaran
vi. Penilaian dan Pengurusan Harta
vii. Penyediaan dan Penyelenggaraan Infrastruktur
Kemudahan Awam
viii. Perundangan dan Penguatkuasaan
ix. Pengurusan Premis Perniagaan dan Perkhidmatan
Pelanggan
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Portable Smart Park Bike
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017 7
x. Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia
xi. Pengurusan Teknologi Maklumat dan Inovasi
xii. Pengurusan Kewangan
xiii. Perhubungan Awam dan Antrabangsa
1.4.5 Statistik Anggota
Sehingga 31 Mei 2017, Majlis mempunyai seramai 1138
orang anggota yang bertugas di 12 buah jabatan. Berikut
adalah pecahan anggota Majlis mengikut taraf perjawatan
dan kumpulan.
KUMPULAN WUJUD
TARAF PERJAWATAN
JUMLAH TETAP KONTRAK
SEMENTARA/ PINJAMAN
Jusa 1 0 1 0 1
Pengurusan & Profesional
76 59 1 0 60
Pelaksana 1090 925 53 1 979
Lantikan Kontrak
0 - 89 - 89
Pinjaman 0 0 0 3 3
Perlantikan KPKT
0 3 3 0 6
JUMLAH 1167 987 147 4 1138
Jadual : Statistik anggota mengikut kumpulan perjawatan
1.5 MAKLUMAT JABATAN
1.5.1 Latar Belakang Jabatan Infrastruktur Komuniti dan
Logistik
Jabatan Infrastruktur Komuniti dan Logistik merupakan
gabungan antara Jabatan Projek Masyarakat dan
Penyelenggaraan Rumah Pangsa dan Jabatan Logistik dan
Fasiliti.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Portable Smart Park Bike
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017 8
Jabatan ini ditubuhkan pada 1 Disember 2011 dengan
kekuatan anggota seramai 175 orang. Pejabat pentadbiran
bagi jabatan ini di Kompleks Logistik MBMB, Batu
Berendam, Melaka.
Carta Organisasi Jabatan Infrastruktur Komuniti dan Logistik
adalah seperti berikut:
1.5.2 Piagam pelanggan Jabatan Infrastruktur Komuniti &
Logistik
i. Menyelesaikan pelaksanaan kerja-kerja
penyelenggaraan dalam tempoh 70 hari bekerja dari
tarikh aduan / permohonan diterima
ii. Menyelesaikan pelaksanaan kerja-kerja tampalan jalan
dalam tempoh 4 hari bekerja dari tarikh aduan /
permohonan diterima
iii. Menyediakan peralatan logistik mengikut tempahan
yang diterima dari Jabatan Pembangunan Korporat dan
Antarabangsa MBMB (5 jam sebelum program).
iv. Memastikan loji rawatan kumbahan/ rumah pam/ tangki
septik beroperasi dengan baik setiap hari.
v. Menyelenggara dan membaiki kerosakan kenderaan,
jentera dan mesin mengikut standard yang ditetapkan
supaya ianya dapat digunakan dengan selamat.
vi. Memastikan cukai jalan diperbaharui 14 hari sebelum
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Portable Smart Park Bike
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017 9
tarikh tamat.
vii. Menguruskan perolehan kenderaan mengikut tatacara
perolehan yang ditetapkan
viii. Mengemaskini maklumat dalam Profil DUN 6 bulan
sekali.
ix. Menyediakan laporan lawatan kerja dalam tempoh 7
hari selepas lawatan diadakan dan diedarkan ke
jabatan atau agensi yang berkaitan untuk tindakan.
x. Menguruskan pembelian stok hardware mengikut
tatacara pengurusan stok.
xi. Membekalkan keperluan hardware mengikut
permohonan yang diterima.
1.5.3 Fungsi Utama Jabatan Infrastruktur Komuniti & Logistik
Pelaksanaan kerja-kerja segera penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan awam
Mengurus dan menyelenggara jalan
Mengurus, menyelenggara dan menyediakan peralatan logistik milik MBMB untuk kegunaan rasmi dan awam
Menyelenggara sistem rawatan kumbahan dan kolam renang
Mengurus pembelian dan menyelenggara kenderaan, jentera dan mesin MBMB dengan berkesan
Mengurus tadbir bekalan stok „hardware‟ MBMB yang selamat dan berkesan
Penyediaan laporan aduan awam dan maklumbalas tindakan
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Portable Smart Park Bike
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017 10
2.0 MAKLUMAT PROJEK
2.1 Tujuan
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sering menjalankan program-
program kayuhan basikal sempena sambutan perayaan selain
menyokong program amalan Hijau yang dilaksanakan oleh
Kerajaan Negeri Melaka seperti progam Car Free Zone. Selain itu
Majlis Bandaraya juga sering menganjurkan program berbasikal
bersama Ketua-ketua Agensi Kerajaan Negeri Melaka bersama
deligasi Antarabangsa semasa penganjuran program yang
melibatkan penyertaan Antarabangsa seperti Resilient Cities Asia-
Pacific (RCAP), Persidangan Asia Urban Youth Assembly (AUYA)
dan Persidangan Antarabangsa Bandaraya Asia Mencegah Dadah
(ASCAD).
Program berbasikal besar-besaran ini memerlukan jabatan
menyediakan basikal dalam kuantiti yang banyak. Basikal-basikal
ini perlu dibawa dari tempat penyimpanan atau tempat yang disewa
ke lokasi program. Basikal ini dipindahkan dari satu lokasi ke lokasi
yang lain dalam kuantiti yang banyak dan menggunakan lori.
Pelbagai masalah dihadapi oleh anggota semasa memindahkan
basikal dari lokasi asal ke tempat program dan sebaliknya seperti
berlaku kerosakan kepada basikal berikutan kaedah penyusunan di
dalam lori yang kurang sistematik dan tidak teratur. Anggota juga
mengalami kesukaran untuk mengeluarkan basikal tersebut dari
dalam lori kerana susunan yang tidak sistematik.
Bagi mengatasi masalah yang timbul semasa proses memindahkan
basikal tersebut, jabatan telah mengambil inisiatif menghasilkan
“portable Smart Park Bike”.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Portable Smart Park Bike
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017 11
2.2 Objektif Pelaksanaan
Portable Smart Park Bike ini dibangunkan sebagai salah satu
penyelesaian masalah yang timbul semasa proses pemindahan
basikal.
2.3 Proses pelaksanaan
Jabatan sering kali mengalami kesukaran untuk memindahkan
basikal dari satu lokasi ke lokasi lain. Sehubungan itu, anggota
terlibat telah mencadangkan pembuatan Smart Park Bike.
Membuat lakaran prototaip
Mendapatkan ukuran
Membina prototaip menggunakan bahan terpakai
yang terdapat di stor jabatan
Membuat ujian terhadap prototaip
Membuat model sebenar
Membuat ujian di lapangan
ISU DAN MASALAH
Risiko kerosakkan basikal
Kesukaran memindahkan
basikal dari satu lokasi ke lokasi
lain (pengangkutan)
Kesukaran proses pemindahan keluar
dan masuk lori
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Portable Smart Park Bike
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017 12
Bagi melaksanakan projek yang dicadangkan anggota terlibat telah
menterjemahkan idea mereka dengan membuat lakaran prototaip
mengikut imaginasi mereka. Anggota kemudiannya mendapatkan
barang-barang di stor JIKL untuk membuat prototaip. Anggota telah
membuat perbandingan antara beberapa jenis basikal yang sering
digunakan dalam program-program berbasikal bagi mendapatkan
saiz yang bersesuaian untuk pembuatan Smart Park Bike.
1. Membuat lakaran prototaip
2. Mendapatkan ukuran daripada
sampel basikal
3. Membuat prototaip dari pada
peralatan yang terdapat di stor
Logistik
Satu prototaip telah disediakan oleh anggota dengan menggunakan
pelbagai peralatan yang terdapat di stor. Antara peralatan yang
digunakan adalah seperti berikut :
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Portable Smart Park Bike
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017 13
Anggota membuat pemasangan prototaip mengikut ukuran yang
telah ditetapkan. Setelah kerja-kerja pemasangan siap, satu uji
cuba terhadap prototaip telah dibuat. Setelah mendapati prototaip
berfungsi mengikut perancangan dan saiz bersesuaian, pembuatan
model sebenar Smart Park Bike dilaksanakan.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Portable Smart Park Bike
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017 14
Smart Park Bike yang telah disiapkan disusun di dalam lori bagi
memastikan kestabilan dan kesesuaian kedudukan Smart Park
Bike di dalam lori.
Setelah kedudukan Smart Park Bike dipastikan berada dalan
keadaan stabil, basikal dimasukkan dan disusun mengikut
kesesuaian.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Portable Smart Park Bike
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017 15
3.0 IMPAK PELAKSANAAN PROJEK
3.1 Masa
- Pelaksanaan Smart Park Bike telah membantu mempercepatkan
proses memindahkan basikal dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain.
- Sebelum ini basikal yang dipindahkan tidak disusun dengan teratur jadi
menyukarkan proses memindahkan dari satu lokasi ke lokasi lain dan
ke dalam lori.
- Penggunaan Smart Park Bike ini juga telah dapat membantu
mempercepatkan proses penyusunan basikal di dalam lori untuk
proses pemindahan.
3.2 Kuantiti
- Sebanyak 25-28 unit basikal dapat dipindahkan secara teratur pada
satu-satu masa.
3.3 Kualiti
- Pelaksanaan Smart Park Bike secara tidak langsung dapat
mengurangkan risiko kerosakkan basikal yang disewa
- Pelaksanaan Smart Park Bike juga dapat mengurangkan risiko
kecederaan anggota bertugas. Ini adalah kerana sebelum ini, basikal
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Portable Smart Park Bike
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017 16
yang dipindahkan tidak disusun dengan teratur dan menyukarkan
kerja-kerja anggota untuk memindahkan basikal tersebut.
- Smart Park Bike ini juga boleh diaplikasikan di tempat lain seperti di
stor pusat dengan sedikit modifikasi.
3.4 Sumber manusia
- Pelaksanaan Smart Park Bike juga dapat mengurangkan penggunaan
tenaga manusia semasa proses pemindahan dilaksanakan. Ini
berikutan kerja-kerja memindahkan basikal menaiki lori dan dari lori ke
lokasi menjadi lebih mudah kerana basikal sedia tersusun dan tidak
memerlukan masa yang lama untuk mengeluarkannya dari lori.
4.0 PENAMBAHBAIKKAN
Jabatan masih mengkaji peluang-peluang penambahbaikkan yang boleh
dilaksanakan ke atas Smart Park Bike. Antara cadangan yang masih
dalam pertimbangan adalah seperti berikut:
a) Pemasangan plat bagi menjadikan Smart Park Bike lebih stabil
b) Menjadikan Smart Park Bike sebuah produk pasang siap bagi lebih
memudahkan pengendalian pada masa akan datang
5.0 RUMUSAN
Pengwujudan Smart Park Bike bukan sahaja memudahkan kerja-kerja
pemindahan basikal untuk sesuatu acara malah dapat menjimatkan masa
anggota yang terlibat. Smart Park Bike ini mudah alih dan boleh
diaplikasikan di tempat lain. Ini adalah kerana bahan yang digunakan
mudah didapati dari mana-mana kedai pertukangan. Kaedah pemindahan
basikal yang teratur juga dapat mengurangkan risiko kerosakan kepada
basikal yang disewa malah dapat mengurangkan risiko sakit belakang
anggota terlibat.