Majalah AO Tribe Edisi Januari

36

description

Majalah AO Tribe Edisi Januari

Transcript of Majalah AO Tribe Edisi Januari

  • Penasihat PenerbitanDr. Azizan OsmanJerry Rizal

    Penulisan & Editor([email protected])Om Karini KareanNurzamir Zakaria

    Pemasaran DigitalAizzuan Mohamad AliMohd Iqbal Hazzard

    Pereka GrafikMohd Helmi Mamat

    ISIKANDUNGAN

    ROBIN SHARMA:THE MONK WHO SOLDHIS FERRARI

    60 TIP UNTUKHIDUP LUAR BIASAHEBAT

    RAHSIA SEBENARCOPY & PASTEKEJAYAAN

    PERSIAPANUNTUK PERSARAAN

    KALAU HARI INI HARITERAKHIR HIDUP ANDA

    1

    5

    11

    15

    KENAPAKITA PERLUBERSEDEKAH

    MALAM CINTA RASUL HIASI AMBANG 2015 - 200,000 HADIRPROGRAM SELAWAT DANGEGARKAN DATARAN MERDEKA

    MISI RICHWELL TURUN PADANGBANTU MANGSA BANJIR

    REIGN YOUR BUSINESSEXPENSES - JERRY RIZAL

    21

    27

    29

    31

    7

  • ROBINSHARMA

  • 1 AO Tribe

    ROBIN SHARMAThe Monk Who Sold His Ferrari

    Dilahirkan: 18 Mac 1965 (umur 49), Port Hawkesbury, KanadaKerjaya: Pakar KepimpinanWarganegara: Kanada, MauritiusPendidikan: Schulich School of LawPasangan: Alka SharmaIbu bapa: Shashi Sharma, Shiv Sharma

    Robin Sharma adalah seorangpenulis, penceramah motivasi,pakar kepimpinan dan seorang bekas peguam litigasi. Beliau adalahpengarang 12 buku terlaris di dunia, termasuk The Monk Who Sold His Ferrari dan The Leader Who Had No Title.

    Gaya kepimpinan beliau adalah sumber inspirasi untuk individu dan organisasi di seluruh duniakerana ia dapat mempengaruhimereka untuk hidup sebagaipemimpin dan merealisasikanpotensi sebenar mereka. Robin

    di Barat. Usaha untuk memperbaikidiri sendiri menjadikan RobinSharma salah satu penceramah yang paling banyak mendapat permintaandi dunia untuk berceramah. Beliausering berkongsi pentas yang sama dengan orang-orang terkenalseperti Bill Clinton, Jack Welch, Stephen Covey dan Deepak Chopra.

    Sharma mengajar bagaimana untuk menghadapi cabaran dan membuat keputusan yang lebih baik.

    Kepentingan ilmiah dalam peningkatan diri telah membawa beliau kepada usaha selama sepuluh tahun untuk mendalami falsafah agama-agama Timur dan pengajaran guru moden

  • AO Tribe 2

    KEHIDUPAN AWAL

    Robin Sharma dilahirkan di Kanadapada tahun 1965. Ibu bapanyaShashi Sharma dan Shiv Sharmamembesarkan beliau dengan nilai-nilai tradisional India. Beliaumemegang dua ijazah undang-undang dan salah satunya termasukSarjana Undang-undang dariDalhousie Law School.

    KERJAYA

    Selepas berhenti dari profesionguaman, beliau telah menerbitkan buku pertamanya sendiri. Ibunya merupakan editor buku ini. Buku kedua The Monk Who Sold His Ferrari juga adalah buku terbitanRobin sendiri. Buku ini adalahmengenai mewujudkan tempat kerjayang selamat di mana seorang pemimpin dapat hidup dan bekerja dengan nilai-nilai moral yang tinggidan tetap mencapai kecemerlangandi tempat kerja dan dalamkehidupan peribadi mereka.

    Dalam usaha untuk mengedarkanbukunya kepada khalayak yanglebih besar, Robin Sharma mendekati pemilik beberapakedai-kedai buku untukmembolehkannya mengadakan sesi menanda tangan buku. Pada satu majlis menandatangani itu, beliautelah dipelawa oleh Ed Carson yang merupakan Presiden syarikatpenerbitan Harper Collins.Buku ini kemudiannya diterbitkan pada tahun 1997 dan 3 juta salinan telah dijual di lebih 50 negara. Buku dan siri ini telah menjadi salah satu daripada francais penerbitan paling berjaya di dunia.

    Semua buku Robin Sharma telah diterbitkan di 60 buah negara dan dalam 70 bahasa. Ini menjadikan Robin salah seorang penulis yang tulisannya paling banyak dibaca di dunia. Buku-buku beliau sangat berjaya di Jepun, Sepanyol, England,

    Dubai, Mexico, Singapura, Turki, Puerto Rico dan di seluruh Amerika Selatan. Laman web beliau www.robinsharma.com adalah salah satu laman web yang paling popular untukrujukan pembangunan peribadi di Internet.

    Robin Sharma adalah Pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif dan Chief Visionary Officer di SharmaLeadership International Inc. (SLI)

    yang merupakan perunding globalyang membantu orang ramai daripelbagai organisasi untukmerealisasikan potensi mereka.Sebahagian besar pelanggannya terdiri dari syarikat-syarikat sepertiFORTUNE 500, Microsoft, GE, NIKE, FedEx dan IBM. Organisasiseperti NASA, Harvard Business School dan Yale University adalah pelanggan SLI.

  • 3 AO Tribe

    SUMBANGAN

    Dalam senarai pakar kepimpinan di dunia, Robin Sharma berada dikedudukan ke-2 dan merupakanPengasas kepada Robin SharmaFoundation for Children yangberhasrat untuk melahirkanpemimpin daripada kanak-kanakyang kurang bernasib baik.

    Sharma Leadership International Inc. (SLI) adalah sebuah organisasilatihan global yang memberitumpuan untuk membantu orangramai dari pelbagai organisasiuntuk Lead Without a Title. SLI menawarkan program-programlatihan, ceramah dan alatpembelajaran digital yang meningkatkanproduktiviti, menjana kreativiti dan membantu mencapai kejayaan yang sebenar. Robin Sharma jugasentiasa mendapat permintaan yang berterusan dari seluruh duniasebagai ahli penceramah untuk organisasi yang membangunkanpemimpin di semua peringkat.Beliau juga bekerja sebagai JurulatihEksekutif bagi orang-orang yang bercita-cita untuk mencapai tahap yang luar biasa dalam kerjaya dan

    kehidupan peribadi.

    SLI menjalankan Robin SharmaLife Coaching Program yang menunjukkan individu bagaimanauntuk mewujudkan kehidupan peribadi yang berjaya dan pada masa yang sama menjadi bintang di tempat kerja. Organisasi ini juga menawarkan program latihan bulanandi mana CD atau buku akan dihantarkepada individu yang mendaftar, sekali setiap tiga puluh hari.

    Robin juga merupakan Pengasasbersama 960vets.com yangmerupakan kemudahan sokongandalam talian untuk membantu veteran Amerika belajar semulabagaimana mengintegrasikankehidupan mereka dalammasyarakat.

  • AO Tribe 4

    BUKU-BUKU ROBIN SHARMA

    The Leader Who Had No Title The Greatness Guide The Greatness Guide Book 2: 101 Lessons For Success and Happiness The Monk Who Sold His Ferrari Leadership Wisdom From The Monk Who Sold His Ferrari Discover Your Destiny With The Monk Who Sold His Ferrari The Saint The Surfer And The CEO Daily Inspiration from The Monk Who Sold His Ferrari Who Will Cry When You Die? Family Wisdom From The Monk Who Sold His Ferrari The Lead Without A Title Manifesto

    ANUGERAH

    The Brand Laureate Brand Personality Award, 2009

  • 60 Tip UntukHidup Luar Biasa

    Hebat

    5 AO Tribe

    Robin Sharma berkongsi 60 tip untuk hidup yang luar biasa hebat. Ramai manusia hanya sedar yang mereka ketinggalan banyak perkara dalam hidup mereka selepas melalui lebih daripada separuh hidupnya di dunia ini dengan melakukan perkara yang sama bertahun-tahun lamanya. Untuk mengelakkan diri anda dari dibanjiri perasaan kesal dengan hidup yang biasa-biasa dan tanpa apa-apa perubahan atau kemajuan, aplikasikan tip-tip ini dan lihat hidup anda berubah menjadi luar biasa.

    1. Bersenam setiap hari.2. Serius berkaitan kesyukuran.3. Lihat kerja anda sebagai suatu kemahiran (craft).4. Sentiasa mengharapkan yang terbaik dan bersedia untuk yang terburuk.5. Tulis dalam jurnal.6. Baca The Autobiography of Benjamin Franklin.7. Rancang jadual mingguan anda.8. Kenal pasti 5 keutamaan dalam hidup anda.9. Hindarkan gangguan.10. Minum banyak air.11. Tingkatkan kerja anda setiap hari.12. Dapatkan seorang mentor.13. Lantik seorang jurulatih.14. Bangun pukul 5 pagi setiap hari.15. Kurangkan pemakanan anda.16. Cari lebih ramai wira (heroes).17. Jadi seorang wira kepada seseorang.18. Senyum pada orang yang tidak dikenali.19. Jadikan diri anda sebagai seorang yang paling beretika yang pernah anda kenali.20. Jangan berpuas hati dengan apa-apa yang kurang dari cemerlang. 21. Nikmati keseronokan hidup yang mudah.22. Simpan 10% peratus daripada pendapatan bulanan anda.23. Luangkan masa di galeri seni.24. Berjalan dan beriadah di dalam hutan.

    25. Tulis surat terima kasih kepada mereka yang telah membantu anda.26. Maafkan orang-orang yang pernah melakukan kesalahan dan kesilapan terhadap anda.27. Ingat, kepimpinan adalah mengenai pengaruh dan keberkesanan anda, bukan gelaran dan penghormatan.28. Cipta detik-detik indah yang tidak dapat dilupakan dengan mereka yang anda sayang.29. Mempunyai 5 kawan-kawan yang hebat.30. Jadikan diri anda sangat bersopan-santun.31. Tanggalkan plug TV anda.32. Jual TV anda.33. Baca setiap hari.34. Elakkan berita.35. Berpuas hati dengan apa yang anda ada.36. Kejar impian anda.37. Jadi diri anda sendiri. (Be authentic)38. Hidup dengan penuh minat. (Be passionate)39. Minta maaf apabila anda perlu meminta maaf. 40. Jangan sekali-kali terlepas peluang untuk meraikan sesuatu detik untuk yang lain.41. Mempunyai wawasan untuk hidup anda.42. Ketahui kekuatan anda.43. Fokus minda anda pada yang baik berbanding fokus pada yang tiada.44. Bersabar.

    45. Jangan berputus asa.46. Selesaikan masalah-masalah anda.47. Gunakan perkataan yang sempurna.48. Lebihkan melancong.49. Baca As You Think.50. Hormati ibu bapa anda.51. Beri tip lebih kepada pemandu teksi.52. Jadi rakan sepasukan yang hebat.53. Jangan luangkan tenaga untuk pengkritik.54. Luangkan masa di pergunungan.55. Ketahui 5 nilai utama hidup anda.56. Beralih dari kesibukan kepada pencapaian results.57. Berinovasi dan buat semula.58. Kurang bercakap, lebih mendengar.59. Jadikan diri anda sebagai seorang yang terbaik yang pernah anda kenali.60. Jadikan hidup anda penuh bermakna.

  • 7 AO Tribe

    Rahsia SebenarCopy & Paste

    Kejayaan

    A.KITA PAKAR

    COPY & PASTE

    Anda masih teringat sewaktu di zaman persekolahan rendah. Cikgu mengajar bagaimana untuk menulisperbezaan antara huruf besar dan huruf kecil di dalam abjab Asehingga Z. Di dalam penjelasan, cikgumenerangkan bahawa betapa besar huruf a itu ditulis ia tetap dianggapsebagai huruf kecil kecuali jikaditulis begini A (huruf besar).

    Ketika itu anda masih tak faham apa yang cuba disampaikan oleh cikgu anda, kenapa huruf a dan A ini berbeza sedangkan bunyinya sama? Walaupun tidak memahaminya, apa yang anda mampu lakukan ketika itu hanyalah meniru sahaja secara bulat-bulat tanpa bantahan.

    Pada waktu yang sama, jika anda perhatikan rakan-rakan kelas yang lain juga membuat perkara yang sama seperti anda iaitu meniru.

    Melalui pengalaman ini, kita boleh merumuskan bahawa sejak kitadilahirkan sehingga ke hari ini, semuanya merupakan satu kehidupan yang berdasarkan COPY & PASTE kehidupan orang lain. Anda telah diajar untuk meniru cara makan, mandi, berpakaian, berjalan, duduk, bekerja dan banyak lagi. Walaupun kadang kala anda tidak memahami kenapa anda perlu lakukannya tanpa sebab yang kukuh, yang pasti anda masih tetap MENIRU!

  • AO Tribe 8

    B.BAKAT KITA

    Setiap manusia telah dianugerahkandengan bakat-bakat yang tertentu danbakat inilah yang menjadikan kitaindividu yang istimewa berbezadari orang lain.

    Ada individu yang mahir dalampermainan bola sepak sedangkan ada orang lain yang hanya berkaki bangku bila menyepak bola. Ada juga yang pandai menari pelbagai jenis tarian sedangkan ada orang lain yanghanya mampu menghentak kakisahaja bila kedengaran muzikdi telinga.

    Bila bakat menjadi pertaruhanhidup, mulalah ramai orangmerungut kerana tidak dianugerahkanbakat tertentu yang boleh mencetuskankejayaan hidup. Buang pemikiran kolot ini! Bakat sebenarnya bukan100% berpunca dari anugerahsemulajadi sahaja, bakat sebenarnyaboleh digilap dengan kegigihan,ilmu dan tindakan proaktif.

    Jangan risau, anda masih mempunyaisatu bakat yang amat hebatberbanding mana-mana bakat yangada di dunia ini iaitu BAKAT

    C.COPY & PASTE

    BERFUNGSI

    Semuanya bermula bila andadilahirkan di muka bumi ini.Sejak kecil lagi anda telah diajaroleh ibubapa untuk menirupercakapan pertama iaitu ayah ataupun ibu ada juga yangmenggunakan papa dan mama. Besar sedikit, anda diajar cara untukmakan dan minum menggunakan pinggan dan cawan.

    Masuk alam persekolah, andadiajar untuk memakai pakaianuniform sekolah sama sepertipelajar yang lain. Cikgu mengajar anda bagaimana hendak menulisdan membaca dengan hanyameniru bulat-bulat apa yang diajaroleh mereka.

    Alam dewasa, anda mula meluaskan pandangan dan pengalaman denganmeniru cara orang lain bekerja. Di tempat kerja, anda diajar olehpekerja senior bagaimana cara untuk melakukan kerja harian di pejabat.

    Pengalaman yang diajar olehpekerja senior ini merupakanpengalaman yang diperolehi olehbeliau melalui perkongsian ilmuoleh pekerja senior yang lainsewaktu beliau mula-mula masuk

    COPY & PASTE.

    Pernahkah anda terfikir betapahebatnya bakat copy & paste anda ini? Bakat ini merupakan bakat yang dimiliki oleh setiapindividu di dunia. Tidak kira lelakimahupun perempuan, kaya ataumiskin, bakat meniru ini merupakansatu-satunya kepakaran yang ada didalam diri setiap orang.

    Jadi, kenapa anda tidamenggunakan bakat HEBAT ini untukCOPY & PASTE cara membinaKEKAYAAN dan KEJAYAAN hidup?

  • 9 AO Tribe

    bekerja di pejabat ini. Danpengalaman yang sama telahdiajar kepada anda.

    Kesemua pengalaman bermuladari kecil sehinggalah ke alamdewasa ini telah melalui satu proses pengalaman yang bernama proses copy & paste.

    Anda akan meniru apa sahaja mengikut apa yang dikongsikan oleh orang lain. Meniru merupakan satu pengalaman yang diterima dari orang lain dan tidak semestinyaberpunca dari individu yang sama. Ia hasil dari penelitian terhadap orang berbeza yang mendekati diri anda.

    D.FIKIR

    SEBELUM COPY

    Seperti yang kita tahu, setiap perkarayang terjadi mempunyai kesanbaik dan buruk terhadapkehidupan diri dan orang lain.Begitu juga dengan teknik copy & paste ini. Tidak semestinyaperkara yang kita copy semuanya memberi keputusan yang positif.

    Saya teringat satu kisah lama yang masih menjadi pengalaman dan pengajaran kepada diri saya.Dahulu sewaktu memasak,kebiasaannya bila saya memotong lobak merah, saya akan memastikansaya memotong dan membuang bahagian pangkal dan hujunglobak merah tersebut. Carapemotongan lobak merah initelah ditiru oleh saya denganmemerhatikan bagaimana ibu saya memotong lobak merah selama ini.

    Bila difikirkan balik, bahagian pangkal lobak merah keras untuk dimakan jadi tidak mengapa untuk dibuang, tetapi bahagian hujungnya kenapa perlu dibuang? Lalu saya bertanyakan soalan ini kepada ibu saya, Kenapa bahagian hujung

    lobak merah dipotong dandibuang?

    Ibu menjawab, dia tidak tahumengapa ia perlu dibuang, ibuhanya meniru cara pemotonganlobak merah ini melalui pemerhatianibunya (nenek saya). Tanpamembuang masa, saya menelefonnenek dan bertanyakan soalan yang sama dan saya terkejut kerananenek saya memberi jawapan yang sama seperti ibu saya. Tanpamempunyai sebab yang kukuh,hujung lobak merah itu telahdibuang dan ini merupakan satu kerugian.

    Cerita ini telah mengambarkan kelemahan penggunaan teknik copy & paste di dalam kehidupan sebenar. Kelemahan ini terjadi jika anda tersalah dalam memilihperbuatan yang anda hendak tiru tanpa pemahaman yang sebenar.

    Perkara yang sama juga bolehterjadi jika anda ingin mengejar kejayaan hidup. Bayangkan anda meniru gaya kehidupan orang yang masih belum berjaya - sudah pasti keputusannya anda tidak berjaya.

    Tetapi jika anda meniru gayakehidupan orang yang telah

    terbukti berjaya anda pasti akan berjaya.

    Pemilihan tentang perkara yang hendak ditiru menentukan kesanpositif atau negatif terhadapkejayaan hidup anda. Buat pilihan dengan melakukan penyelidikan sama ada ia memberi keuntungan diri ataupun tidak. Jangan menirubulat-bulat tanpa sebab yangkukuh!

    Bayangkan anda meniru gaya kehidupan orang yang masih belum berjaya - sudah pasti keputusannya anda tidak berjaya.

    E.SIAPA ANDA PERLU

    COPY & PASTE

    Jangan pening kepala, anda hanya perlu cari seseorang yang terbuktitelah mencapai kejayaan dan kekayaan hidup, kemudian copy & paste mereka ini!

    Buat pilihan dengan melakukanpenyelidikan sama ada ia memberi

    keuntungan diri ataupun tidak. Jangan meniru bulat-bulat tanpa

    sebab yang kukuh!

  • AO Tribe 10

    F.KESIMPULAN

    Kejayaan, kekayaan, kebahagiaan, kesihatan dan kerberkatan bolehdicapai dengan segera jika anda tahu cara menggunakan bakatsemulajadi anda ini iaitu bakat copy & paste.

    Pastikan perkara yang hendak ditiru itu tidak memudaratkan kehidupan anda dan orang lain. Rajinkan diri, buat penyelidikan tentang perkara yang hendak ditiru.

    Cari seberapa banyak ilmu daripelbagai sumber seperti buku,majalah, internet, seminar, kursus dan sebagainya. Lagi bagus jika anda mempunyai seseorang yang terbukti berjaya untuk membantu anda dalam proses copy & paste kekayaan hidup.

    G.CADANGAN

    Majalah AO Tribe merupakan salah satu sumber perkongsian ilmutentang kejayaan & kekayaan hidup. Terdapat puluhan artikel yang bolehanda gunakan sebagai bahan untuk di copy & paste melalui majalah AO Tribe dari edisi #1 sehinggalah edisi #9.

    Ini hanyalah cadangan artikel yang agak menarik untuk dijadikansebagai eksperimen permulaan copy & paste kekayaan hidup anda.

    1. Urus Masa Ala Jutawan, AO Tribe Edisi #1 2. Kesihatan Adalah Kekayaan Jutawan, AO Tribe Edisi #2 3. Robert Kiyosaki Berkongsi 5 Kualiti Usahawan Berjaya, #3 4. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Bukti Kehebatan Bumiputra, AO Tribe Edisi #4 5. Jerry Rizal, Punctuality, AO Tribe Edisi #4 6. 29 Petua Bisnes Donald Trump, AO Tribe Edisi #5 7. 13 Nasihat Kehidupan, Anthony Robbins, AO Tribe Edisi #6 8. Dato Siti Nurhaliza, M.E.S.T.I. Kaya & Berjaya, AO Tribe Edisi #6 9. Bill Gates Sumbang USD38 Bilion Dari Hartanya, AO Tribe Edisi #7 10. 21 Rahsia Gaya Dan Pemikiran Jutawan, AO Tribe Edisi #8 11. Empayar Kekayaan Sir Richard Branson Setelah 48 Tahun Berniaga, AO Tribe Edisi #8

  • 11 AO Tribe

    PersiapanUntuk Persaraan

    Para ekonomi dan pengurus kewangan dapatmemberitahu bahawa seorang yang menjalanihidup yang sederhana tidak mempunyai wangsimpanan yang mencukupi untuk menghadapi dunia persaraan dalam keadaan selesa.

    Apabila anda mengambil kira faktor-faktor sepertikenaikan harga, cukai dan sebanyak mana seorangbiasa membelanjakan wang mereka, hanya sebahagian kecil sahaja wang yang ada untuk dibelanja apabila bersara.

    Perkara-Perkara Asas Dalam Merancang Persaraan

    Walau apa juga perancangan anda, anda hendaklah mengetahui kedudukan anda sekarang:

    1. Berapa banyak wang simpanan dan aset yang anda miliki sekarang? 2. Berapakah pendapatan bulanan anda? 3. Berapa peratus daripada gaji bulanan anda dicarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau sebarang dana persaraan? 4. Berapa peratuskah pulangan balik daripada pelaburan? 5. Berapa tahun yang anda ada sehingga mencapai usia persaraan untuk mengumpul wang?

    Selepas menganalisa aset dan tanggungan yang anda miliki sekarang, anggarkan berapa yang anda perlukan dan ubah suai berdasarkan kepada kadar inflasi sekarang. Kemudian anda perlu menetapkan usia persaraan anda 45, 55, 60, atau 65?

    Anda bolehlah mengira wang bulanan yang anda perlukan apabila persaraan nanti. Persiapan anda untuk bersara hendaklah meliputi pengurangan hutang, peruntukan perbelanjaan, pelbagaian pelaburan dan menjaga kesihatan tubuh badan dengan makanan yang seimbang serta aktiviti riadah.

    Pada usia yang tua, kesihatan amat penting. Kos perubatan merupakan perbelanjaan utama yang boleh mengikis wang persaraan anda. Walaupun anda mempunyai insurans perubatan dan hayat yang boleh melindungisebarang penyakit kritikal dan kecacatan, namun ia tidak meliputi sebarang proses dan preskripsi yang anda perlukan.

    Walaupun seseorang itu bekerja dalam tempoh yang lama untuk membayar hutang-hutang mereka,namun mereka terpaksa menyimpan sebahagiandaripada duit tersebut sebagai persiapan apabilabersara kelak.

    Apa yang membimbangkan ialah seseorang ituterpaksa hidup dalam keadaan serba kekuranganwalaupun tidak ada sebarang masalah dalamkehidupan mereka apabila mencapai usia tua.

  • AO Tribe 12

    Kadangkala hanya sesetengah penyakit sahaja yang dilindungi oleh insurans. Oleh itu persiapan persaraanyang mencukupi amat perlu bagi memastikan seseorang dapat hidup dengan sejahtera.

    Tempoh Persaraan

    1. Mendaftar dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada hari pertama anda bekerja. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh faktor inflasi, wang simpanan dalam KWSP mungkin tidak mencukupi untuk keperluan persaraan nanti. Wujudkan satu akaun simpanan persaraan di bank dan mulai menabung 10 peratus daripada gaji bulanan.

    2. Apabila usia anda semakin meningkat, tambah wang simpanan anda dalam tabung simpanan persaraan sebanyak beberapa peratus daripada gaji bulanan setiap tahun. Misalnya, sekiranya anda bekerja dalam usia 25 tahun dengan simpanan sebanyak 10 peratus dan anda menentukan untuk meningkatkan duit simpanan sebanyak satu peratus setiap tahun, pada usia 26 tahun, anda dapat menyimpan sebanyak 11 peratus daripada gaji dan pada usia 35 tahun, anda boleh menyimpan sehingga sehingga 20 peratus daripada pendapatan anda.

    3. Peruntukan setiap kenaikan gaji bulanan atau bonus tahunan ke dalam simpanan untuk persaraan. Pastikan anda memperuntukkan sejumlah wang dalam perbelanjaan bulanan untuk simpanan untuk persaraan nanti.

    4. Di samping menyimpan wang untuk persaraan, buat penilaian terhadap pelaburan anda setiap tahun untuk memastikan bahawa wang anda sedang berkembang mengikut pelan persaraan kelak.

    atau terlalu konservatif dengan pelaburan anda. Apabila melaburdengan terlalu berhati-hati, andamengalami risiko kekurangan duitapabila bersara nanti.

    b) Risiko kehilangan pokok pelaburan. Risiko tersebut disebabkanoleh perubahan atau kenaikan harga dalam tempoh tertentu.

    3.Rancang Untuk

    Keperluan JangkaPanjang

    Anda perlu merancang untukmenghadapi kerugian bukanpasaran, yang disebabkan olehfaktor seperti penjagaan kesihatandan penjagaan jangka panjang.

    Tip-Tip UntukBersara

    1.Mulai Dari Awal

    Lebih awal anda menyimpan duit, lebih banyak masa wang anda akan berkembang. Tetapkan masa yang diperlukan. Jadikan wang simpanan untuk persaraan sebagai keutamaan. Buat perancangan dan ikuti perancangan tersebut serta tetapkan matlamat untuk diri anda sendiri.

    2.Elak Daripada

    Mempunyai Risiko Yang Tinggi Terhadap Wang

    Persaraan

    Beberapa jenis risiko yang biasaterjadi terhadap wang persaraanialah:

    a) Defisit. Defisit boleh terjadi akibat tidak mempunyai tabungan yang mencukupi semasa bekerja

  • 13 AO Tribe

    bahawa penasihat kewangan andatidak membenarkan andameminjamkan wang.

    7.Anggarkan BerapaBanyak Wang Yang

    Boleh Anda Keluarkan

    Tetapkan kadar pengeluaran tahunanwang. Ini merupakan perkara pentingdalam perancangan kewanganpersaraan.

    Berhati-hati agar tidak mengeluarkanjumlah peratusan yang sama dengananggaran pulangan pelaburan.

    8.Rancang Kesan Cukai

    Dan Inflasi

    Inflasi boleh mengurangkan nilai pelaburan anda kerana cukai yang dikenakan terhadap pulanganpelaburan. Secara purata inflasi pada kadar 3 peratus setahun sejakbeberapa dekad. Ini mungkin tidakterlalu banyak, namun cuba bayangkanjika nilai RM100,000 pada hari ini hanya bernilai RM74,000 dalam tempoh 10 tahun pada kadar inflasi 3 peratus setahun.

    Dapatkan khidmat penasihatkewangan profesional atauperunding percukaian bagi mendapatkan nasihat yang khusus tentang kedudukan anda.

    4.Jangkaan Hayat Anda

    Perhatikan usia setiap orang yang meninggal dunia pada tempoh yang sewajarnya, tambahkan jumlahkeseluruhan dan bahagikan dengan jumlah orang. Dengan itu anda dapat mengira jangka hayat kehidupan.

    Pastikan keperluan anda akanmeliputi walaupun sekiranya usia anda lebih panjang daripada apa yang anda jangkakan, berdasarkan jadualjangka hayat dan faktor kesihatan anda sendiri.

    5.Belanjawan Dalam

    Persaraan Nanti

    Sesetengah perbelanjaan semasa persaraan mungkin lebih kurang daripada perbelanjaan sekarang. Cukai-cukai yang perlu dibayarseharusnya telah berkurangan.Pada umumnya, pinjaman dan gadaijanji telah dilangsaikan supaya bayaranpinjaman rumah berkurangan.

    Perbelanjaan berkaitan pekerjaan seperti pengangkutan, pakaian dan sebagainya juga telah berkurangan.

    Bayaran bil utiliti, makanan, hadiah,sumbangan, kereta dan insurans harta benda akan meningkat selarasdengan sebarang kenaikan yangberlaku.

    Perbelanjaan kesihatan dan insuranskesihatan akan meningkat. Kosuntuk membuat perjalanan, bercutidan berhibur akan meningkatkerana masa lapang yang banyak apabila bersara.

    6.Meminjamkan Wang

    Jangan mudah meminjamkan wangkepada rakan dan keluarga. Katakan

  • AO Tribe 14

    9.Cuba Halang Sebarang

    Percubaan UntukMengugat AkaunPersaraan Anda

    Menurut perancang kewangan, dua daripada perkara buruk yang berlakukepada perancangan persaraanadalah akses internet selama 24 jam kepada akaun dan harga harian.

    10.Nilai Pendapatan

    Bulanan PersaraanSecara Realistik

    Punca pendapatan semasa persaraanadalah pencen, simpanan KWSP, faedah simpanan tetap, dividen daripada saham syarikat (atau unit amanah) dan jumlah wang yang diterima daripada polisiinsurans yang telah matang.

    11.Peraturan PertamaTentang Simpanan

    Ialah Membayar UntukDiri Anda Sendiri

    Oleh itu apabila anda menerima gaji setiap bulan, masukkan sebahagian wang dalam tabung persaraan anda, sebelum wang tersebut digunakan untuk perbelanjaan yang lain.

    14.Bercadang Untuk

    Bekerja Selepas Bersara

    Sekiranya anda bercadang untuk bekerja selepas bersara, cuba buat hubungan dan mencari peluangketika masih bekerja.

    Artikel ini adalah terbitanFOMCA dan Consumer

    Research & Resource Center diwww.fomca.org.my

    12.Wujudkan Tabung

    Kecemasan

    Wujudkan tabung kecemasan yang tersedia wang di dalamnya, sekiranyaanda memerlukan wang dengan segera. Ini bagi mengelak daripada anda mengambil wang daripada dana persaraan apabila berlaku keperluan yang mendesak.

    13.Fikirkan Untuk

    Berpindah

    Fikirkan untuk berpindah ke rumah yang lebih kecil dan lebih rendahharganya, kerana anda tidakmemerlukan ruangan yang besar kerana anak-anak anda telah tidak tinggal bersama.

    Wang lebihan penjualan rumah lama dengan pembelian rumah yang baru ini boleh digunakanuntuk keperluan yang lain.

  • Kalau Hari Ini HariTerakhir Hidup Anda...Bayangkan kalau anda hanya tinggal satu hari sahajauntuk hidup. Apakah yang anda akan buat pada hari ini? Apakah yang bakal anda tinggalkan untukkeluarga anda? Apakah yang anda mahukan yangterbaik untuk anak-anak anda terus hidup tanpa anda di sisi mereka?

    Pejamkan mata dan bayangkan semua di atas. Tariknafas dalam-dalam. Fikir sejenak. Adakah kita sudahpuas hati dengan hidup kita hari ini dan esok kalau tak hidup lagi pun, kita akan tenang di sana nanti.Bila saya fikir balik, kenapa Rasul yang muliameletakkan status bijak kepada sesiapa yang selalu mengingatkan kematian, adalah supaya kita lebih bersedia dalam apa jua keadaan sekalipun. Persediaan amalan (utama untuk akhirat), persediaan ilmu (untukhidup), persediaan harta (untuk menyumbang),persediaan keluarga, persediaan apa yang terbaikuntuk kita tinggalkan andai nyawa kita tidak lagi diberi Tuhan keesokan hari.

    Oleh itu, firman Allah di dalam Surah Luqman, ayat 34, Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. SesungguhnyaAllah Maha Mengetahui, lagi Amat MeliputipengetahuanNya.

    Sebab itu semua orang sangat perlu bersedia. Bila kita bersedia dengan ilmu dan amalan yang mantap, Allah SWT itu amat mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Apa yang bakal ditinggalkan juga akan ringan bebanannya dan mudah perjalanan mereka walaupun kita tiada menemani. Persoalannya, adakah kita semua betul-betul bersedia? Adakah kita semua sudah tahu apa rancangan kita untuk menghadapi 2015 nanti?

    Selamat Datang Tahun Baru 2015. Tetapi sejauh manakah anda rasa ianya dialu-alukan di dalam hidup anda. Adakah anda betul-betul diterima. Tetamu ada yang datang dengan temujanji dan ada yang datang tanpa temujanji. Tapi, walaupun ada tetamu yang datang tanpa memberitahu lebih awal, kita tetap akanmenyambut kedatangannya disebabkan kita memang sentiasa bersedia.

    Tahun 2015 yang bakal menjadi tetamu kita esok,walaupun kita sedia maklum akan kedatangannya,sedia maklum apakah cabarannya, namun adakah kita masih sentiasa bersedia atau hanya menyerah padatakdir untuk berubah?

    Atau, apakah yang masih kurang dalam kehidupan anda. Ketahuilah, orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa bersedia tidak kira apa sahaja cabaran dan rintangannya. Mereka sangat peka dan sensitif pada setiap apa sahaja isu yang timbul.

    Sebelum itu, saya nak anda nilai dari 1 10 (1 paling kurang, 10 paling tinggi) tentang 10 aspek kehidupan berikut:-

    1. Hubungan dengan Tuhan2. Hubungan dengan ibu bapa dan keluarga3. Kerjaya4. Perniagaan5. Kewangan6. Kesihatan7. Kebahagiaan8. Kebebasan masa9. Menambah nilai dalam kehidupan orang lain10. Ilmu duniawi dan ukhrawi (akhirat)

    Syabas.

    Terima kasih kerana anda buat apa yang saya minta. Ada sesuatu yang bakal berlaku tak lama lagi mengikutberapa banyak nilaian yang telah anda berikan darisoalan 1 hingga ke 10 tadi.

    15 AO Tribe

  • Di sini saya ingin kongsikan. Selama 7 tahun saya berada di dunia penganjuran program dan seminar,program yang saya mahu orang lain berubah, seminar yang saya mahu orang lain lebih bersedia tidak kira apaTahun pun yang akan datang, tidak kira apa cabaran pun yang akan menimpa, di program kami, kami menitik beratkan persoalan tersebut dan mahu setiap daripada pesertanya supaya menjadi khalifah yang lebih banyak memberi daripada duduk diam tanpa tindakan dan mencemuh diri sendiri kenapa hidup susah sedangkanTuhan yang Maha Penyayang itu menyeru supaya hamba-hambanya berubah. Alhamdulillah, sepanjang 7 tahun ini juga, kami berjaya menyentuh hidup lebih 600,000 orang yang hadir ke program kami.

    Bila saya mengajar tentang bagaimana membina kekayaan di dalam kelas-kelas seminar saya, saya tidakmengajar anak murid saya untuk hidup mengejar kekayaan wang semata-mata. Kekayaan yang sayamaksudkan adalah kekayaan jiwa. Jika mereka adalah anak murid saya di Intensif Magnet Kekayaan &Kejayaan (IMKK), saya bercakap mengenai kolam jiwa, magnet tarikan niat di hati serta tarikan pemikiran kita adalah menjadi seperti doa.

    Tidak ada salahnya menggunakan kekayaan untuk memberi manfaat kepada ramai orang lain sebagaimana Hadis Nabi saw menyebut, Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberikan manfaat kepada ramai orang lain.

    Tuhan mengikut sangkaan hambaNya. Apa yang kita sangka atau fikir itu menjadi satu doa.

    Bila saya bercakap tentang kekayaan, ada sesetengah puak yang kata saya mengajak orang kejar dunia. Tetapi sebenarnya mereka silap dan salah faham. Dunia adalah alat jika digunakan dengan baik untuk kita mencari redha Allah swt dan syurga Allah swt.

    Ada banyak cara untuk mencari redha Allah swt, untuk mendapatkan kasih sayangNya. Dan apa yang ramai orang tidak sedar atau tidak faham ialah, bila kita mencari redhaNya, bila kita berjalan kepadaNya, Allah swt berlari kepada kita, bila kita mendekatiNya, Dia lebih lagi hampir kepada kita sebagaimana Hadis yang bermaksud:-

    AO Tribe 16

  • 17 AO Tribe

    Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Saw bersabda: Allah berfirman:

    Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingat-Ku.Jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia

    mengingati-Ku dalam suatu kelompok, Aku mengingatinya dalam kelompok yang lebih baikdari kelompok mereka. Jika dia mendekati-Ku satu jengkal, maka Aku mendekatinya

    satu hasta. Jika dia mendekati-Ku satu hasta, maka Aku mendekatinya satu lengan. Jikadia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari.

    (Sahih al-Bukhari, Kitab: at-Tauhid, Bab: Qaul Allah Taala wa Yuhadzdzirukumullah Nafsah. Juz: 6, halaman: 2694, no: 6970. Penerbit: Dar Ibni Katsir. Al-Yamamah, Beirut, Lubnan. Cetakan ke-3, tahun:

    1407H/1987M)

    Dan cuba fikirkan dengan mudah, jika Tuhan kepadasekalian alam meredhai kita, mengasihi kita,bukankah hidup kita akan lebih mudah Insya Allah?

    Pokok pangkal segala perkara adalah kolam jiwa kita atau hati kita kerana di situlah penilaian utamadariNya. Ramai orang cuba mencari kekayaan harta,banyak wang atau cuba mencari rezeki denganbekerja atau berniaga, tetapi akhirnya tidak dapat apa yang diinginkan, duit yang ada semakin bocor, lagi dicari lagi hilang..... Kenapa?

    Wallahu Alam kenapa. Tetapi atas pengalaman saya sendiri, saya dapati bila hati kita tidak connected dengan Allah swt, tidak lakukan sesuatu untuk dapatkankasih sayangNya, saya dapati kehidupan saya dahulusangat susah walaupun nampak senang. Hati tidak tenang. Masalah tidak putus-putus. Duit makin dicari makin tiada.

    Tetapi, beberapa formula yang saya selalu kongsikandi dalam kelas-kelas seminar saya yang telah saya lakukan dengan izinNya, Alhamdulillah banyakmerubah hidup saya serta kemudiannya kewangan saya. Ada 2 perkara atau bahagian yang anda perlu tahu. Pertama, usaha dan ikhtiar luaran. Kedua, usaha dan ikhtiar dalaman. Usaha luaran tidak bergantung pada usaha kudrat

    empat kerat tetapi yang lebih penting adalah usahadengan bijak dengan ilmu. Ramai yang inginmemperbaiki hidup mereka tetapi tidak ada ilmu atau tidak mahu mencari ilmu. Sebab itu saya sangatpercaya dengan prinsip untuk berjaya dengan pantas kita perlu ada Mentor, Ilmu tentang Emosi (Elmu), Strategi yang terbukti berjaya, Tindakan luar biasa dan Impian yang jelas. (M.E.S.T.I).

    Usaha dalaman pula melibatkan usaha denganmemperbaiki hubungan hati kita kepadaNya dansesama makhluk terutamanya manusia lain. Peliknya ialah, untuk kita memperbaiki kehidupan dan kewangankita, lebih banyak kita buat perkara di bawah ini, Insya Allah kehidupan kita akan lebih tenang dan kita boleh rasai keberkatanNya serta kemurahan rezekiNya.

  • AO Tribe 18

    Niatkan buat apa sahaja kerana mahukan redhaAllah swt dan kasih sayangNya serta kasih sayang kekasihNya baginda Nabi saw.

    Sentiasa melihat keadaan kita, apa yang kita adasebagai lebih baik dari mereka yang lebih dahsyat ujianNya, maka kita biasakan bersyukur. Contohnya, kita mungkin belum hidup senang, tetapi kita masih dapat makan 3 kali sehari sedangkan ada ramai orang lain nak makan satu kali sehari pun susah. Jadi, kunci kata di sini adalah BERSYUKUR.

    Sabar kerana setiap perkara ada timingnya dan kita hanya perlu buat yang terbaik Insya Allah.

    Gembirakan makhluknya iaitu manusia lainnyadengan bersedekah. Dan jangan tunggu bila kononnyaada banyak duit nanti baru nak bersedekah. InsyaAllah pengalaman saya sendiri, susah anda akan dapat banyak rezeki dan barokah jika anda tidakbiasakan bersedekah sebagai agenda harian hidup anda walaupun bermula dengan amaun yang kecilhingga menjadi bertambah besar. Bila orang lainmenerima musibah, ia sebenarnya bukan hanya ujian Allah swt kepada mereka tetapi ia juga ujian Allah swt kepada kita untuk melihat di manakah tahap iman kita kerana dikatakan satu maksud hadis yang saya pernah baca, tidak dikatakan seseorang itu beriman sehingga dia lebih menyayangi saudara Islamnyalebih dari dia menyayangi dirinya sendiri. Erm, tapi hari ini ianya macam tidak berapa banyak berlaku. Wallahu Alam. Setiap hari orang Islam bertekaktentang perkara-perkara yang entah apa-apa.

    4 perkara di atas, adalah simpulan saya terhadapfirman Allah dari Surah At-Taubah ayat 105:

    Dan katakanlah (wahai Muhammad):Beramallah kamu (akan segala yang

    diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa

    yang kamu kerjakan dan kamu akandikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara- perkara yang ghaib dan yang nyata,

    kemudian Dia menerangkan kepada kamu apayang kamu telah kerjakan.

    Anda Nak Tahu Apa?

    #1

    #3

    #4

    #2

  • 19 AO Tribe

    Kenapa saya ajar anak didik saya untuk belajarmenjadi kaya dan berjaya? Kekayaan dari segikewangan juga penting kerana ia memudahkan kita untuk membantu dan memberi manfaat kepada ramai orang lain. Hari ini, banyak perkara perlukan wang dan bila kita ada wang, Insya Allah kita banyak pilihanuntuk menyumbang kepada kehidupan orang lain.

    Lihat ujian Allah swt kepada ramai di kawasanbencana banjir. Ujian mereka adalah apa yang berlakukepada mereka datangNya dari Allah swt dan ujian kita adalah adakah kita sanggup dan bersedia membantumereka dengan harta atau wang yang kita adasedangkan ianya datang dari Allah swt juga?

    Permulaan perubahan hidup saya dan ramai anak muridsaya adalah bila kita faham tentang formula kejayaan yang sebenar. Formula kejayaan yang sebenar didunia ini adalah bila kita beriman dengan Allah swt dan Rasul saw serta gunakan apa yang diberi pinjamanNyauntuk membantu orang lain, untuk menambah nilai hidup orang lain dan memberi manfaat kepada orang lain.

    Akhir kata, terima kasih kepada anak didik saya yang faham apa yang saya ajar dan membantu Richwell di dalam sumbangan wang, tenaga dan barangan atau makanan untuk dihantar kepada mangsa banjir.

    Ujian ini adalah ujian untuk kita semua. Jika anda ada kekuatan untuk paling kurang buka online

    banking anda dan transfer RM100 atau RM1,000 atau RM10,000 sebagaimana yang telah ditransferkan ke akaun Richwell beberapa hari ini, bagi saya itu bukan mudah dan anda mempunyai hati yang kuat dan baik. Mudah-mudahan Allah swt balas dengan limpahan rahmat dan barokahNya. Amiin.

    Jika anda tidak pernah hadir ke kelas saya, elakkan prasangka dan hadir sendiri. Hadir kelas percuma cukuplah. Hadir ke Seminar Kuasai Potensi Diri 2015. Untuk jadual, pendaftaran atau info lanjut,layari www.SKPD2015.com. Wallahu Alam.

  • 21 AO Tribe

    KenapaKita PerluBersedekah?

    dan membantu. Sokongan moraldan sosial sangat-sangat merekaperlukan buat masa ini untukmembina balik hidup mereka. Bagi anda yang berkelapangan, saya seru untuk anda datang sendiri,membantu dan bagaimana keadaan mereka hari ini.

    Sambil memberi bantuan dan sokongan, tidak salah kiranya saya ingin berkongsi sedikit dengan

    Alhamdulillah, rombongan Richwellke Kelantan untuk membantumangsa banjir berjalan lancar.Bantuan kemanusiaan ini adalah hasil dari sumbangan orang ramaidan Alumni Dr Azizan. Kamisungguh tersentuh hati dengansegala sumbangan prihatin yangtelah diberikan oleh para penyumbang dan para penderma selama beberapahari ini yang datang tanpahenti-henti semata-mata untukcontribute pada Bencana Banjir ini.

    Ada juga penyumbang yang datang dari jauh dan dekat sehingga lewatmalam hanya untuk membantudan menghantar makanan danbarangan. Tidak ada perkataan yang mampu kami ungkapkan melainkanucapan seikhlas-ikhlas terima kasih atas segala sokongan dan bantuan yang diterima selama

    beberapa hari ini dan kami berdoa dan memohon daripada Yang Maha Esa untuk anda semua agar dibalassegala-galanya, diberi rahmat dan rezeki yang melimpah ruah.

    Rombongan kali kedua kami ke kawasan pendalaman Kelantan di Kampung Kajang Sebidang, Tumpat agar mencabar. Macam waterworld dah! Air dah surut sikit. Adventure gak jalannya.

    Kami berjumpa dengan mangsabanjir yang kehilangan sanak saudara, kehilangan tempat tinggal,kemusnahan harta benda danpelbagai lagi ujian yang melanda.Kini mereka kembali untukmemulakan hidup yang baru.Segala pujian bagi Allah, melihatbersama-sama dengan kami,sangat ramai yang menyumbang

  • AO Tribe 22

    anda untuk difikir-fikirkan. Bagaimana situasi musibah yang melanda Negara hari ini, betul-betul memanggil setiap daripada hambaNya untuk kembali insaf dan bertaubat. Betapa bersyukurnyabila berada di situasi memberi dan betapa rahmatnya mereka yangmenerima. Tampak masing-masing dengan kegirangan wajah walaupunjauh di sudut hati mereka, hanya Allah sahaja yang tahu.

    Di program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK), saya mendidik semua anak muridsaya tentang memberi untukmenerima dan ramai daripadamereka yang mempraktikkan ilmu ini telah dapat merubah hidupmereka, mencapai kejayaan, meningkatkan kewangan, sentiasa bahagia di sisi keluarga serta ramai anak murid saya kini menambah nilai dan membantu hidup ramai orang lain agar lebih sempurna dan berjaya.

    Bagi anda yang memiliki bisnes sendiri, anda mempunyaitanggungjawab sepenuhnya terhadapkelancaran keseluruhan operasinya. Percaya atau tidak, semakin banyakanda memberi semakin cepat dan mudah anda mencapai segalaimpian-impian anda. Tapi masih ada golongan di luar sana yangtidak yakin dengan idea ini. Malah, kebanyakan ahli bisnes masihhidup di kelilingi oleh mitos atau kepercayaan miskin sepanjang hidup mereka.

    Sebenarnya, mitos ini tidak betul sama sekali. Di sini saya ingin berkongsi dengananda 10 sebab kenapa kita semua perlu sangat memberi danmenyumbang dalam kehidupan kita. InsyaAllah segala rujukanadalah berpandukan daripada Al-Quran dan Hadis.

    Sebab 1:Ciri-Ciri Orang Yang

    Beriman Dan Bertaqwa

    Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 2-3: KitabAl-Quran ini, tidak ada sebarangsyak padanya (tentang datan-gnya dari Allah dan tentangsempurnanya); ia pula menjadipetunjuk bagi orang-orang yang(hendak) bertakwa. Iaitu orang-orang yang beriman kepada

    perkara-perkara yang ghaibdan mendirikan (mengerjakan)sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

    Siapalah kita untuk mendakwa rezeki yang kita miliki hari ini milik kita. Semuanya adalah milik Dia. Dia tidak mahukan rezeki kita, tapi Dia hanya mahu kita belanjakan untuk jalannya. Moga makin kita belanja, makin kuat keimanan dan ketaqwaan kita.

    Sebab 2:Cita-Cita Orang Sudah

    Mati Dunia Ingin Kembali Ke Dunia

    Allah berfirman di dalam Surah Al-Munafiquun ayat 10: Danbelanjakanlah (dermakanlah)sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelumseseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akanmerayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalauEngkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikitsahaja lagi, supaya aku dapatbersedekah dan dapat pula akumenjadi dari orang-orang yang soleh.

    Ya Allah, orang yang mati minta untuk kembali ke dunia untukbersedekah. Kenapa kami yangmasih hidup ini tak mahubersedekah? Astagfirullahal Azim.

  • 23 AO Tribe

    Sebab 3:Sedekah

    MenyucikanHati

    Allah berfirman di dalamAl-Quran: Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkaumembersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dariakhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnyadoamu itu menjadi ketenteramanbagi mereka dan (ingatlah)Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. [At-Taubah:103]

    Saya bukanlah pakar untukmenghukum setiap hati manusiasamada akhlaknya baik atauburuk. Tapi saya pasti bagi merekayang merasakan akhlak tidakberapa baik, suka fitnah sana sini, tiada sehari pun hidup melainkanuntuk mengeji manusia lain, saya cadangkan supaya andabersedekah. InsyaAllah, sayayakin dengan ayat ini,masing-masing boleh experience bagaimana dengan bersedekah, ia menyucikan hati. Hanya diri kita sahaja yang tahu akhlak kita baik atau buruk. Betul ke betul?

    Sebab 4:Mendapat Payungan

    Di Hari Tiada PayunganMelainkan PayunganNya

    Ketika kita semua di akhirat,matahari akan berada sejengkal di atas kepala. Masing-masing akan kepanasan sementara menunggu setiap amalan untuk dihisab. Tapi ada 7 kelompok manusia yang mendapat lindungan dan teduhan dari tuhan. Salah satunya mereka yang bersedekah dengan tangan kanan, dia menyembunyikann-ya sehingga tangan kirinya tidakmengetahui.

    Saya yakin anda semua pernahterbaca akan hadis lengkap tentang

    perkara tersebut. Tapi bersedekah adalah antara perkara yang sangat mudah untuk dibuat oleh semua orang. Bagaimana nak buat supaya tidak ingat-ingat atau berkira bila bersedekah? Sedekah banyak-banyak. InsyaAllah, anda tak akan ingat berapa banyak yang telah anda sumbangkan.

    Sebab 5:Sedekah Boleh

    Menghindarkan Diri DariBala & Bencana

    Allah berfirman di dalam surah An-Nisa ayat 39, Apakahkemudaratannya bagi mereka,kalau mereka beriman kepada Allah dan hari kemudian dan menafkahkansebahagian rezeki yang telah diberikanAllah kepada mereka? Dan adalah Allah Maha Mengetahui keadaan mereka.

    Bala dan bencana merupakan kemudaratan kepada manusia.Sebagai hambaNya yang dhaif, kita memang tidak mampu untukmenggunakan kudrat hanya sebagai manusia untuk menolak kemudaratanatau apa sahaja malapetaka yang menimpa. Akan tetapi, Allah yang Maha Pengasih itu mengatursesuatu aturan yang terbaik untukhambaNya. Melalui sedekah,InsyaAllah, kita yakin pada

    Sebab 6:Penyebab UntukMembanyakkan

    Lagi Harta

    Di dalam Al-Quran Allah ada menyebut, Katakanlah (wahaiMuhammad): SesungguhnyaTuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dia juga yang menyempitkan baginya;dan apa sahaja yang kamudermakan maka Allah akanmenggantikannya dan Dialah juasebaik-baik Pemberi rezeki.[Saba:39]

    Hanya kuasa Allah memewahkan dan menyempitkan sesiapapun di kalangan hambaNya. Namun Dia langsung tidak pernah menzalimi hambaNya. Maka diberikan rezekiuntuk setiap hambaNya. Dan Dia juga mahu tambahkan lagi rezekitersebut, tapi dengan syarathambaNya itu menderma. Bukan

    kalamullah, malapetaka akan dapat dielakkan. Terlalu banyak hadis dan athar dari sahabat tentang sedekah boleh menolak bala. Ketahuilah, sekalipun seseorang itu banyak dosanya dengan tuhannya, sedekah mampu menjadi penyebab turunnyarahmat Allah swt dan tertolaknya bencana Allah swt.

  • AO Tribe 24

    Sesungguhnya dia telah mencubapelbagai rawatan dan ubatannamun tiada satu pun yang berjaya danberhasil.

    Tabib-tabib juga sudah tidakbermanfaat lagi baginya. Maka Ibnu Mubarak berkata padanya, Pergilahkamu mencari kawasan yangmanusia perlukan air, aku berharappenyakit mu akan beransurpulih. Maka lelaki tersebut mengikutakan nasihat itu dan dia sembuh!

    Sebab 9:Mendapat PerhatianDaripada Malaikat

    Setiap pagi, akan datang duamalaikat yang mendoakan kita semua. Kata Nabi seperti mana yang pernah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Doa Malaikatsetiap pagi ialah: Ya Allah,Engkau berikanlah kepada penyumbang itu gantian, danEngkau berikanlah kepada orang yang kedekut itu kemusnahan.

    Alangkah istimewanya kehidupan para penyumbang. Mendapat doa

    Sebab 10:Ketenteraman Hati

    Syaitan itu menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu

    dengan kemiskinan dankepapaan (jika kamu

    bersedekah atau menderma)dan dia menyuruh kamu

    melakukan perbuatan yang keji(bersifat bakhil kedekut);sedang Allah menjanjikankamu (dengan) keampunandaripadaNya serta kelebihankurniaNya dan (ingatlah),Allah Maha Luas limpahrahmatNya, lagi sentiasa

    Meliputi PengetahuanNya.[Al-Baqarah: 268]

    Ramai yang takut miskin bilabersedekah. Tahukah anda yang menakutkan kita semua tentang kemiskinan itu adalah syaitan? Lebih keji dari itu, selain melarang manusia bersedekah, mengajak pula ke arah kejahatan dan menjadiseorang yang bakhil. Ingatlah, ketenteraman hati itu apabila kita sentiasa mengingati Allah.

    Sebab 8:Penyembuh Penyakit

    Kata Rasulullah saw, Sembuhkan penyakit kalian dengan bersedekah. Suatu hari seorang lelaki berjumpa dengan Ibnu Mubarak dan mengadu bahawa sudah 7 tahun dia menderita mengalami kesakitan di lututnya.

    yang bagus dari malaikat yang merupakan makhluk yangsentiasa bersama Allah. Tapiingat, orang yang bakhil pun adadoanya. Moga harta kita semuatidak dimusnahkan oleh Allahdisebabkan kebakhilan kita.

    saya yang cakap, tapi ini kata Tuhansendiri. Makin bersyukur, makinditambah. Tapi kalau kufur, pedihazabnya wahai sahabat.

    Sebab 7:Mendapat Kasih Sayang

    Allah SWT

    Kata Rasulullah saw, Sesungguhnyasedekah yang sembunyi dapatmemadamkan kemarahan Tuhan.

    Memang tidak dinafikan, apabilaseseorang itu menggembirakan makhlukNya yang lain, bukankah dia juga layak untuk mendapat kasih sayang dari Penciptanya. Makatidak perlu hairan kenapa sedekahmampu untuk menidakkankemarahan Allah. Dalam masa yang sama, bersedekahlah denganseikhlas hati, agar semuanyadiberkati.

  • 25 AO Tribe

    Oleh itu, saya tak perlu untuk memanjangkan bicara. Teruskan menyumbang dan kami mengalu-alukan lebih banyak bantuan dan sumbangan untuk membantumereka menghadapi pasca banjirsemampu kita Insya Allah.Bantu kami untuk bantu lebih ramai. Insya Allah ianya sampai terus ke tangan penerima. Tak kisahlah anda sumbang direct ke, atau melaluisesiapa pun, janji kita buat sesuatu.

    Bagi anda yang masih ingin menyumbang tenaga, makanan dan barangan keperluankepada mangsa banjir melaluisaluran kami, sila hubungi Team Richwell di 012-2696492. Bantuan kewangan Tabung Bencana Banjir masih boleh disalurkan ke Akaun Richwell: MAYBANK 5541 2951 7126 atau CIMB 8602 1515 90.

    Sempena Tahun Baru 2015 ini, saya juga telah melancarkanSeminar Kuasai Potensi Diri (SKPD). Sila daftar terlebihdahulu di www.skpd2015.com. Percuma jika daftar 3 orang. Hanyapeserta 21 tahun dan ke atassahaja yang dibenarkan untukmengikuti program ini.

    Salam hormat,

    Dr Hj Azizan OsmanJurulatih Kejayaan & PakarPemasaran No.1 Asia

    Saya pasti anda kenal seseorang yang memerlukan perubahan dalam hidupnya, seorang yang memerlukanpeningkatan kewangan, kebebasan masa, kebahagiaan, ketenangan jiwa dan yang inginkan hidup yang lebih baik. Jika anda kenal seseorang itu, sila bantu mereka dan pastikan mereka hadir ke SKPD ini.

    Ini mungkin salah satu cara anda boleh membantu merubah, menambahnilai dalam hidup seseorang dan menyelamatkan mereka daripada terjerumus dalam kehidupan yang susah dan sengsara. Pastikan anda datang berjemaah meramaikanmajlis ilmu ini di semua 10 lokasi untuk belajar menguasai potensi diri anda. Untuk makluman lanjut dan sebarang pertanyaan, hubungi 019 / 013-244 2244 atau 019-244 2400.

    InsyaAllah, ini semua adalahsebagai buah tangan dari sayasebagai pembuka Tahun Baru 2015 supaya anda menjadi Kaya danBerjaya, mencapai segala impian anda dan membahagiakan hidup keluarga dan orang di sekeliling anda.

  • 27 AO Tribe

    Malam Cinta Rasul Hiasi Ambang 2015

    200,000 Hadir Program SelawatDan Gegarkan Dataran Merdeka

    Ambang tahun baru 2015 di ibu negara dihiasi dengan gema yang berkumandang menerusi Malam Cinta Rasul. Lebih 200,000 umat Islam membanjiri Dataran Merdekayang diserikan dengan qasidah dan selawat ke atas junjungan NabiMuhammad SAW. Ia sekali gusmendoakan untuk mangsa yangterjejas dengan bencana banjir di beberapa negeri.

    Berbanding kelaziman programhiburan, Dataran Merdeka dipenuhiwarga kota sempena Malam CintaRasul anjuran Yayasan PendidikanCheras (YPC) yang berjayamengumpulkan RM325,000 bagi mangsa banjir di seluruh negara.

    YPC bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Agama Islam Wilayah

    Persekutuan (MAIWP), TVAlhijrah dan Pertubuhan Kebajikan dan Rekreasi Richworks Group Sdn Bhd (Richwell) dalam menganjurkanprogram ini.

    Pentas Kenali, Dekati dan CintaiRasul menampilkan pendakwahterkenal dari Indonesia, Habib SyechAbdul Qodir As Seggaf dan Habib Ali Zaenal Abidin. Program

  • AO Tribe 28

    pembaziran. Penganjur sangatyakin program sebegini akan dapat mengumpul dana yang banyakuntuk membantu mangsa banjir. Hasil kutipan yang diterima YPC terbukti melebihi kos penganjuran program dan bukan seperti yang dikritik.

    Tidak peduli dengan kritikanterhadap penganjuran programtersebut, Pengerusi Program DatukSyed Mehdar Syed Abdullahberkata, Islam itu indah, jadi kita galakkan program beginiuntuk mendoakan keselamatan negara supaya jauh daripadabencana. Segala musibah yangditerima rakyat Malaysia sepertibencana banjir yang amat dashyat itu berpunca daripada

    kemungkaran umat Islammenyimpang daripada ajaranIslam. Bala yang kita terima iniadalah peringatan daripada Allah,bukan kerana membenci namunsatu bentuk ingatan supayajanganlah kita mengingkariajarannya. Dan yang palingpenting, niat kita berjemaah adalahuntuk mendapat keredhaan Allah.

    Sebagai rakyat Malaysiaterutamanya umat Islam, kita perlusama-sama bersatu, berjemaahuntuk memohon kepada Allah swt untuk keselamatan negara kita agar bebas dari segala bala bencana, sentiasa aman dan harmoni, kukuh ekonomi dengan kepimpinankerajaan yang baik dan agar rakyat Malaysia menjadi rakyat yangbergagasan, cemerlang danterbilang.

    diiringi kumpulan nasyid tempatan, In-Team dan Al-Mawlid.

    Alhamdullilah sambutan diterima dari orang ramai amat menggalakkan.Penerimaan orang ramai, terutama golongan muda dalam programtersebut juga amat mengejutkan.Yang paling mengejutkan dan menyentuh hati apabila golongan muda, mat-mat motor juga turut bersama di kalangan hadirin dan mengaminkan doa.

    Ini satu petunjuk baik penerimaan terhadap keagamaan dan sebenarnya masyarakat Malaysia boleh menerima tanpa adanya sambutan tahun baru dengan pertunjukan bunga api dan konsert.

    Penganjur program juga sangatprihatin dengan bencana banjir yang melanda Malaysia keranaselain doa dan selawat bagimengelakkan musibah, penganjurjuga turut melancarkan kutipan dermabagi tabung mangsa banjir pantaitimur. Ramai yang mendermadan memberi sumbangan untuk bantuan kemanusiaan meskipun tidak boleh mengerah tenaga untuk turun ke tempat bencana.

    Sebelum ini, penganjuran program Malam Cinta Rasul mencetuskan kontroversi apabila dikritik secara terbuka kerana melibatkan orang asing dan memakan kos daripada membelanjakannya untuk mangsabanjir. Tetapi penganjur telahmenganjurkan program ini dengan penuh kesederhanaan dan tanpa

  • 29 AO Tribe

    Misi RichwellTurun Padang

    Bantu Mangsa BanjirAtas kesedaran dan tanggungjawab untuk merasai kesusahan yangdialami mangsa banjir, Mentor Dr Azizan Osman melalui Pertubuhan Kebajikan dan Rekreasi Richworks Group Sdn Bhd (RICHWELL)bergabung dengan pelbagai pihakmengambil inisiatif menghulurkansumbangan dan bantuankemanusiaan kepada mangsa banjiryang terlibat terutamanya diKelantan semenjak bulanDisember 2014 yang lalu.

    KUALA KRAI ibarat diseranggaruda. Itulah yang dapatdigambarkan oleh sukarelawan,penduduk dan media tentang keadaan kemusnahan terukterutamanya di beberapa kampungdi jajahan Kuala Krai. Kemusnahan ini mengingatkan rakyat Malaysia tentang tragedi tsunami yang pernahberlaku di negara ini dan negarajiran.

    Misi Kemanusiaan Mangsa Banjir

    Richwell telah melibatkan semua staf warga Richworks dan keluarga mereka. Misi yang diterajui oleh Dr Azizan Osman dan Pn Sharina Nurzima, Yang Dipertua Richwell turut disertai oleh beberapa Alumni dari program Dr Azizan. Tiga Misi Richwell telah bertumpu di Kelantaniaitu kawasan-kawasan yang kritikaldilanda banjir bagi membantumeringankan beban mangsa banjirdi sana akibat saluran bantuanterputus.

    Tinjauan Richwell mendapatirumah-rumah kebanyakannya ditenggelami hingga melepasibumbung yang tidak pernah dialamipenduduk di situ sejak sekian lama. Kesan air banjir dapat dilihat hampirmencecah hujung pokok kelapa iaitumelepasi bumbung rumah dan premisdi situ. Ini membuktikan betapaseriusnya banjir di kawasan-kawasan itu.

    Beberapa rumah runtuh sama sekali

  • AO Tribe 30

    selepas banjir menenggelamkanperkampungan itu pada 23Disember lalu dan menyebabkan penduduk terpaksa menyelamatkan diri di atas pokok, bumbung rumah dan pusat pemindahan. Penduduk hanya mampu menangis melihat rumah dan harta benda mereka ditenggelami air hingga ke paras bumbung yang memusnahkan sama sekali rumah, perabot dan segala isi kandungnya.

    Ramai penduduk yang terperangkapterpaksa berlapar dan bergelap tanpasebarang bantuan untuk beberapahari. Mereka tidak dapat menerima sebarang bantuan atau makanan. Hubungan mereka terputusdisebabkan bateri telefon semakinlemah. Masalah besar mangsaadalah sumber air mentah untuk makan dan minum yang kehabisan dan mangsa terpaksa mengharapkankepada air hujan semata-mata.

    Bencana banjir kali ini amat luar biasa dan telah memberi impak besar kepada kita semua untuk menghulurkan bantuan. Sumbangan Richwell sehingga hari ini dianggarkan bernilai kira-kira RM180,000 dalam pelbagaibentuk yang telah diagihkan oleh kepada mangsa sendiri yang terlibatkhususnya di Pengkalan Kubur, Kg. Kijang, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kg. Chenulang dan Kg. Pasir, Gua Musang di Kuala Krai,Kelantan.

    Tiada siapa dapat menghalang kekuasaan Allah. Itu yang boleh dikatakan apabila melihat pelbagai musibah berlaku di negara baru-baru ini. Jika dahulu, kita hanya biasa diberitakan mengenai kejadian banjir dan ribut taufan yang berlaku di negara ini. Tetapi kini, ditambah lagi kejadian luar jangkaan antaranya peristiwa tsunami, musim hujan sehingga banjir,kemarau berpanjangan dan kejadian puting beliung menyebabkanbanyak rumah musnah.

    Persoalannya mengapa perkara seperti ini berlaku?

  • 31 AO Tribe

    Reign YourBusiness Expenses

    Track Every Nickel & Dime2015 is the year that youre going to do things a little differently.

    You are going to save some money, maintain your productivity and boost profitability. Without gazing at the past too much, recognize that that was how you used to conduct business. Thats when all your best strategies was focused on making your brand better with higher visibility and sales. You deserve a pat on the back.

    That said, the fastest way to boost profits is to start doing business precisely. Theres no magic answer, there is only effort and a willingness to change how you do things. Not only does it keep the competition at bay, but it also strengthens your entire business.

    So what can you do for your business this year?

    Keep business expenses under control.

    Managing business expenses is an essential partof being an entrepreneur. Whether your companysexpenses fall under production, marketing, rents oroffice supplies, those expenses can add up. But how do you ensure youre spending wisely? Track everynickel and dime? Well here its Ringgit and Sen.

    Did you know, your top three business expenses

    are usually your employees wages, inventoryand rent. Here are some useful tips to curbexpenses.

    #1 PAYROLLIf you want to keep your payroll taxes down, offer employees added benefits, instead of bonuses. You do not pay taxes on benefits. You can write them off your taxes as expenses.

  • AO Tribe 32

    #2 RENTIf you have a fixed lease that does not mean yourlandlord wont negotiate. Try negotiating to get alower rate if you extend your lease or take up additionalspace. Offer a win-win incentive.

    #3 UTILITIESChange your light bulbs to energy saving ones. Turn off the lights when youre not using them. Shut down your computers and switch off main switches in a room to avoid any electricity vampires like mobile phone chargers left unplugged. This will save money and cut down on your carbon footprint. Dont forget to save water too from leaking taps to efficient toilet flush systems.

    #4 REDUCE YOUR HARDWARE FOOTPRINTModern laptops and tablets use far less power than desktop computers. And laptops are cheaper, fasterand more compact than desktops. Once an old PC wears out, replace it with a laptop or tablet.

    #5 CUT DOWN ON PRINTING EXPENSESRecycle your ink toner. Consider a Read beforePrinting Policy to encourage employees to consider before printing on both sides of the sheet.

    #7 SEEK TAX-SAVING OPPORTUNITIESSpeak to your accountant about ways to maximize tax deductions or to reduce taxes, both on a business and personal level. Some personal expenses of a business owner can be structured a certain way that the businessowner can expense it. This could save up a lot dependingon the persons tax bracket.

    #8 COMPARE YOUR EXPENSESBe smart. Connect with members of your industry and compare your expenses. If other businesses in yourindustry are spending 15% in a particular category and youre spending 25% or more, that can indicate an area where you too may be able to reduce costs.

    But hold your horses, you may want to trim the fat here and there for your business, but dont be delusionalto cut costs in areas that shouldnt be cut in the first place. For example, you may get raw materials cheaperbut it could be a compromise on the quality which will affect your business later. If you are not sure, Ask For Help. Work with your accountants, internal team and investors for cost-saving ideas.

    Make every penny count by following these steps to keep your company growing. Remember, even small businesses can have big savings.To a great savings year!

    Just me,Jerry Rizal

    #6 PERFORM REGULAR MAINTENANCEAs the old saying goes, prevention is better than cure. Take care of what needs to be maintained regularly. It can be anything from company vehicles to computer equipment to machinery to staff policies and procedures.A small investment now can prevent large costs in the future.