Mahabrata & Ramayana

3
Sastra Melayu adalah sastra yang hidup pada era melayu tradisional, yaitu masyarakat yang masih sederhana dan terikat oleh adat istiadat. Pada umunya, Sastra Melayu bersifat verbalisme, yakni ujaran dari mulut ke mulut. Hal ini berdampak pada pemaknaan penerima ujaran tersebut. Banyak versi yang lahir karena fenomena ini. Sastra Melayu terbagi atas dua jenis, yaitu sastra melayu klasik dan sastra melayu modern. Pembeda keduanya berasal dari segi bahasa yang dipergunakan. Sastra Melayu klasik masih menggunakan bahasa melayu pasar. Nama bahasa Melayu itu terbit dari bangsa yang bernama Melayu. Orang yang berbahasa Melayu itu menggunakan bahasanya yaitu bahasa yang termasuk dalam rumpun bahasa Austronesia. Sejarah perkembangan bahasa Melayu serta sastranya dapat dibagi mengikuti zaman politiknya, seperti zaman Sriwijaya, Majapahit, Malaka, dan sebagainya, mengikuti zaman perkembangan kebudayaannya seperti pengaruh Hindu, Islam, dan Barat. 2.A. Dua contoh karya sastera Melayu yang menerima pengaruh daripada epik Ramayana dan Mahabharata [4]. Hikayat Seri Rama dan hikayat Pendawa Lima. 2.B. Tiga faktor mengapa epik Ramayana dan Mahabharata mempengaruhi penulisan sastera Melayu zaman itu [9]. Teks Ramayana dan mahabharata adalah kitab suci bagi agama Hindu. Teks ini disebarkan sebagai kitab agama yang dianuti oleh orang Melayu ketika itu. Bagaimanapun teks ini hanya tersebar di kalangan elit, bangsawan istana. Orang melayu biasa tidak berminat menganut agama Hindu. Penyebaran teks Pendawa Lima dan Hikayat Seri Rama disokong oleh golongan istana kerana isi teks yang mengagongkan golongan raja-raja. Golongan raja dianggap sebagai penjelmaan dewa-dewi dalam agama Hindu. Raja-raja mesti ditaati, tidak boleh diderhakai. Teks Pendawa Lima dan Seri Rama memaparkan banyak peristiwa luarbiasa dan unsur-unsur seperti percintaan, pengembaraan, penyamaran dan peperangan. Tema-tema ini sememangnya mampu menarik hati ahli masyarakat yang mudah terpegun dengan kecantikan wirawati atau puteri- puteri raja dan kepahlawanan para wiranya. Penyebaran teks Seri Rama dan Pendawa Lima juga disebarkan menerusi genre sastera Panji dan Lipurlara. Cerita hikayat dan cerita Panji juga

description

pengaruh kitab mahabrata dan ramayana dalam tamadun melayu

Transcript of Mahabrata & Ramayana

Sastra Melayu adalah sastra yang hidup pada era melayu tradisional, yaitu masyarakat yang masih sederhana dan terikat oleh adat istiadat. Pada umunya, Sastra Melayu bersifat verbalisme, yakni ujaran dari mulut ke mulut. Hal ini berdampak pada pemaknaan penerima ujaran tersebut. Banyak versi yang lahir karena fenomena ini. Sastra Melayu terbagi atas dua jenis, yaitu sastra melayu klasik dan sastra melayu modern. Pembeda keduanya berasal dari segi bahasa yang dipergunakan. Sastra Melayu klasik masih menggunakan bahasa melayu pasar.Nama bahasa Melayu itu terbit dari bangsa yang bernama Melayu. Orang yang berbahasa Melayu itu menggunakan bahasanya yaitu bahasa yang termasuk dalam rumpun bahasa Austronesia. Sejarah perkembangan bahasa Melayu serta sastranya dapat dibagi mengikuti zaman politiknya, seperti zaman Sriwijaya, Majapahit, Malaka, dan sebagainya, mengikuti zaman perkembangan kebudayaannya seperti pengaruh Hindu, Islam, dan Barat.

2.A. Dua contoh karya sastera Melayu yang menerima pengaruh daripada epik Ramayana dan Mahabharata [4].Hikayat Seri Rama dan hikayat Pendawa Lima.2.B. Tiga faktor mengapa epik Ramayana dan Mahabharata mempengaruhi penulisan sastera Melayu zaman itu [9].Teks Ramayana dan mahabharata adalah kitab suci bagi agama Hindu. Teks ini disebarkan sebagai kitab agama yang dianuti oleh orang Melayu ketika itu. Bagaimanapun teks ini hanya tersebar di kalangan elit, bangsawan istana. Orang melayu biasa tidak berminat menganut agama Hindu.Penyebaran teks Pendawa Lima dan Hikayat Seri Rama disokong oleh golongan istana kerana isi teks yang mengagongkan golongan raja-raja. Golongan raja dianggap sebagai penjelmaan dewa-dewi dalam agama Hindu. Raja-raja mesti ditaati, tidak boleh diderhakai.Teks Pendawa Lima dan Seri Rama memaparkan banyak peristiwa luarbiasa dan unsur-unsur seperti percintaan, pengembaraan, penyamaran dan peperangan. Tema-tema ini sememangnya mampu menarik hati ahli masyarakat yang mudah terpegun dengan kecantikan wirawati atau puteri-puteri raja dan kepahlawanan para wiranya.Penyebaran teks Seri Rama dan Pendawa Lima juga disebarkan menerusi genre sastera Panji dan Lipurlara. Cerita hikayat dan cerita Panji juga disebarkan menerusi permainan wayang kulit dan juga menora di kalangan masyarakat Melayu Jawa dan Kelantan. Dalam versi wayang kulit, penggunaan bahasa berirama dan kepandaian tukang cerita disamping penggunaan alat muzik telah mendorong menyebarluaskan cerita tersebut.2.C. Empat ciri karya sastera Melayu zaman pra-Islam berunsur Hindu [12].Tema dan persoalan dalam karya hikayat berunsur Hindu adalah mengenai kisah raja-raja yang terlibat dalam percintaan, pengembaraan, penyamaran dan peperangan. Banyak unsur-unsur luarbiasa dalam teks. Dalam teks Hikayat Pendawa Lima, watak wira iaitu Sang Bimanyu sangat bersedih kerana kekasihnya telah dilarikan orang. Dia mengembara untuk mencari kekasihnya itu. Dengan pertolongan Maharaja Gatotkaca dia berperangan dengan pasukan Mahajara Baladewa. Semasa peperangan masing-masing watak menggunakan kuasa kesaktian mereka. Mereka boleh bertukar menjadi api. Maharaja Gatotkaca dan Sang Bimanyu boleh merubah wajah menjadi Dewi Satya Sundari dan pengasuhnya.Latar tempat dalam cerita adalah berlaku di alam nyata dalam kerajaan yang mengamalkan agama Hindu. Terdapat juga latar di alam dewa-dewi di kayangan, alam kehidupan jin dan hantu.Watak-watak terdiri dari para raja-raja dan dewa-dewi, watak manusia dan juga bukan manusia. Watak raja adalah dari penjelmaan dewa-dewi. Mereka mempunyai sifat-sifat yang luarbiasa. Mereka boleh terbang di udara, boleh berubah menjadi api dan gergasi yang sangat besar serta mempunyai kegagahan dan kuasa kesaktian.Gaya bahasa dalam teks adalah dipengaruhi oleh bahasa sanskrit dan agama Hindu. Ini kerana teks hikayat adalah dipengaruhi oleh kitab suci agama Hindu iaiatu teks Ramayana dan Mahabharata. Contohnya terdapat nama-nama watak seperti Dewa Visynu, Siva, Brahman dan Krisyna.Plot cerita biasanya bersifat kronologi dengan bahagian pengenalan, perkembangan dan peleraian. Plot juga boleh dibahagikan kepada bahagian sebelum pengembaraan, semasa pengembaraan dan selepas pengembaraan. Dalam teks Hikayat Pendawa Lima, terdapat watak Sang Bimanyu yang keluar mengembara mencari kekasihnya iaitu Dewi Satya Sundari. Di akhir teks, Sang Bimanyu dengan bantuan Maharaja Gatotkaca telah berperang dengan Maharaja Baladewa dan berjaya merampas kekasihnya daripada dikahwinkan dengan Laksamana Kumara.