m 21 Pembungkusan Pokok Hiasan (Instant Tree
-
Upload
idrisabakar -
Category
Documents
-
view
147 -
download
0
Transcript of m 21 Pembungkusan Pokok Hiasan (Instant Tree
M 21 PEMBUNGKUSAN POKOK HIASAN (INSTANT TREE)OBJEKTIF MODUL : BUNGKUS POKOK HIASAN (INSTANT TREE) MENGGUNAKAN GUNI, BEG PLASTIK, SCATEURS DAN LABEL SUPAYA BAHAN DAN PERALATAN DISEDIAKAN, BEBOLA POKOK DIBUNGKUS, DISIMPAN DAN DLABEL MENGIKUT SPSEIFIKASI KERJA YANG TELAH DITENTUKAN
TUJUAN :
KERTAS PENERANGAN INI BERTUJUAN UNTUK MEMBERI KEFAHAMAN KEPADA PELATIH MENGENAI TUJUAN PEMBUNGKUSAN , JENIS PEMBUNGKUSAN, PEMILIHAN POKOK , KAEDAH PEMBUNGKUSAN DAN PERALATAN PEMBUNGKUSAN
Tujuan Pembungkusan bebola akar pokok Bahagian akar dan tanah yang telah dipotong
hendaklah dibalut atau dibungkus dengan menggunakan kain guni supaya tanah yang yang terdapat disekitar akar tidak tertanggal Dapat mengurangkan gangguan pertumbuhan pokok Untuk menggelakan root ball pecah dan mudah untuk dipindahkan
Jenis pembungkusan Bungkus dengan guni untuk kegunaan
kekal Bungkus dengan plastik untuk kegunaan sementara..
Pemilihan pokok Pokok hiasan mempunyai pelbagai jenis rupa
dan sifat yang berlainan. Berasaskan kelainan ini ia boleh kelompokkan seperti berikut:
Pokok jenis Palma : Pokok palma adalah pokok dari famili
Palmae. Biasanya ia mempunyai satu batang yang diakhiri oleh sejambak daun. Contuhnya Pinang Raja (Cyrtostachys lakka) dan pokok kelapa gading (Cocos nucifera) . Rujuk gambar 1 : Contohnya jenis palma
Pokok Renek Pokok yang mempunyai banyak batang ,
tumbuh dari pangkal hingga keatas. mempunyai ketinggian kurang daripada lima meter.
i. Pokok renek dibahagikan kepada 3 jenis
Pokok renek berdaun Pokok renek berbunga Pokok pagaran.
i. Pokok renek berdaun biasanya tidak mempunyai bunga yang
menarik tetapi mempunyai daun yang cantik contuhnya pokok akalipa kuning (Acalypha hispida) dan pokok puding (Codiaeum sp).
Contoh pokok renek berdaun
Pokok Puding (Codiaeum sp)
Akalipa Kuning (Acalypha hispida)
ii. Pokok renek berbunga biasanya mempunyai bunga-bunga yang
berwarna menarik atau berbau harum. ia boleh ditanam secara tunggal atau berkelompok. Contuhnya bunga raya (Hibiscus rosa sinensis) dan pokok bunga kertas (Bougainvillea sp).
Contoh Pokok Renek Berbunga Berbunga
Contuhnya bunga raya (Hibiscus rosa sinensis)
dan pokok bunga kertas (Bougainvillea sp).
iii. Pokok pagaran Pokok renek yang ditanam rapat-rapat di dalam barisan Dijadikan sebagai pemisah atau penanda kawasan
disamping sebagai penghias. Pertumbuhan daun dan rantingnya rapat dan membentuk seperti pagar. Pokok pagaran boleh dibiarkan tumbuh mengikut bentuk semula jadi atau boleh dipangkas mengikut bentuk topian. Boleh dibiakkan melalui biji benih, kerata batang atau cantuman. Kaedah penanaman tunggal adalah dengan menggali lubang berukuran 0.5 x 0.5 x 0.3 meter.
Kaedah penanaman pagaran saiz lubang
0.3m dalam x 0.5m lebar x panjang mengikut dikehendaki. Lubang di isi tanah campuran dan pokok renek tanam padanya.
Contuh pokok pagaran, pokok daun teh (Ehretia microphylla) dan pokok jejari hantu (Alternanthera elliptica). Rujuk gambar 5 : Contoh Pokok Pagaran
Pokok Daun Teh (Ehretia microphylla )
Jejari Hantu (Alternanthera )
Kaedah pembungkusan
Tentukan pokok yang hendak diubah. Buat tanda lingkaran disekeliling pangkal
pokok kira- kira 1 meter dari pangkal. Bahagikan lurah yang hendak digali kepada empat bahagian.
Gali bahagian lurah pertama menggunakan
cangkul dan penggali atau jentera pengorek sedalam kira-kira 1 meter mengikut kedalaman akar. Akar yang terpotong disapu wound dressing.
Kain guni diguna untuk membalut dan
menahan tanah dari bercerai dari akar. Tinggalkan lurah pertama yang telah di gali selama 7 hari, Siram pokok dengan air secukupnya. Setelah 7 hari Gali bahagian lurah kedua seperti di atas dan tinggalkan selama 7 hari.
Lakukan pada lurah ketiga dan keempat
berikutnya seperti di atas. Kemaskan tanah sekitar akar menggunakan kain guni dan diikat menggunakan tali supaya menjadi bebola. Bungkus bebola tanah dengan guni dan ikat dengan tali keseluruhannya dengan kemas Potong akar tunjang dan angkat pokok bersama bebola tanah menggunakan jentera atau manual. Operasi ini sebaiknya dilakukan tidak dalam keadaan kering
Peralatan pembungkusan
1. cangkul
2. Gergaji pangkas
3.Penggali
4.Label
5. Pita ukur
6. Kereta sorong
7. tali
8. Guni jut
9. scateurs
Jawab semua soalan dibawah: 1. Terangkan tujuan pembungkusan
______________________________________ ______________________________________ ______________________________________
______________________________________ ______________________________________ ______________________________________
2. Terangkan jenis pembungkusan
____________________________ ___________________________ ____________________________ ____________________________
3. Terangkan cara pokok
pemilihan
4.Terangkan kaedah pembungkusan bebola
pokok
4, Nyatakan peralatan dan bahan yang digunakan