LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI ... · literasi ict dalam kalangan pelajar...
Transcript of LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI ... · literasi ict dalam kalangan pelajar...
LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI
PENDIDIKAN UTM, SKUDAI, JOHOR.
NURUL ‘ALIYAH BT HASSAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis
ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
� Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,
atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ����
JUDUL: LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI
PENDIDIKAN UTM, SKUDAI, JOHOR.
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya NURUL ‘ALIYAH BT HASSAN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan (� )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
���� TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
__________________________ ____________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap:
LOT 201 JLN. ISTIMEWA ENCIK ABD. RAZAK BIN IDRIS
KG. BATU BELAH, 42100 Nama Penyelia
KLANG, SELANGOR.
Tarikh:30 APRIL 2008 Tarikh:___________________
“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)”
Tandatangan : ……………………………....
Nama Penyelia : Encik Abd. Razak bin Idris
Tarikh : ……………………………....
LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI
PENDIDIKAN UTM SKUDAI, JOHOR.
NURUL ‘ALIYAH BINTI HASSAN
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Matematik)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2009
ii
“Saya akui bahawa kajian bertajuk ‘Literasi ICT dalam kalangan pelajar tahun 4
Fakulti Pendidikan, UTM Skudai ’ ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………….............
Nama Pelajar : Nurul ‘Aliyah Bt. Hassan
Tarikh : …………………….............
iii
DEDIKASI
Buat Ayahanda Bonda tersayang,
Hassan bin Ngadi dan Fatimah Shafie
Terima kasih atas restu dan doa yang sentiasa mengiringi hidupku
Kalian inspirasi dan sumber kejayaanku.
Buat keluarga yang disayangi,
Sokongan moral kalian menguatkan azam dan tekadku
Untuk terus berusaha hingga berjaya.
Buat pensyarah-pensyarah
Terima kasih atas didikan, bimbingan dan teguran yang diberikan
Sepanjang saya menuntut ilmu di UTM
Jasa kalian amat bererti buat saya.
Buat yang tersayang
Sokongan dan dorongan amat dihargai
Rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi
Kenangan suka dan duka sentiasa dalam ingatan.
Terima kasih.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, selawat dan
salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarganya dan para sahabat.
Sekalung penghargaan untuk Encik Abdul Razak bin Idris selaku penyelia
projek ini di atas bimbingan, nasihat dan pandangan yang diberikan sepanjang proses
perlaksanaannya. Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan pengorbanan yang
telah dicurahkan.
Terima kasih dirakamkan kepada ibu bapa dan rakan seperjuangan yang
sentiasa memberi sokongan moral dan nasihat sepanjang penulis menyiapkan tesis
ini. Tidak lupa juga penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam memberikan kerjasama dalam menjayakan projek ini.Semoga
Allah akan memberi sebaik-baik ganjaran dan balasan di atas sumbangan yang tidak
ternilai.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat Literasi ICT dalam kalangan pelajar tahun 4
Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Empat aspek Literasi ICT pelajar dikaji iaitu dari
segi a) tahap Literasi ICT berdasar kemahiran teknikal, b) tahap Literasi ICT
berdasar kemahiran kognitif, c) tahap Literasi ICT pelajar dan d) faktor yang
mempengaruhi penggunaan ICT. Sampel kajian terdiri daripada 218 pelajar tahun
akhir Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Kajian berbentuk diskriptif ini menggunakan
instrumen soal selidik yang berasas Skala Likert. Nilai kebolehpercayan soal selidik
mengikut Alpha Cronbach adalah 0.91. Data yang diperoleh diproses dan dianalisis
menggunakan perisian SPSS versi 10.0 untuk mencari kekerapan, peratusan dan min.
Hasil kajian ini menunjukkan tahap Literasi ICT berada pada tahap ‘tinggi’ (min
3.73) di mana nilai min tahap Literasi ICT berdasar kemahiran teknikal dan
kemahiran kognitif masing-masing ialah 3.73 . Faktor utama yang mempengaruhi
penggunaan ICT ialah faktor persekitaran (min 3.96), diikuti faktor akademik (min
3.90) dan P&P dan yang terakhir faktor sikap (min 3.79). Penyelidik mengemukakan
beberapa cadangan bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam ICT.
vi
ABSTRACT
The aim of this research is to find out the Information and Communication
Technology (ICT) Literacy among the final year students of Faculty of Education in
UTM Skudai. Four aspects of students’ ICT Literacy were studied: a) the level of
ICT-related technical capabilities, b) the level of ICT-related cognitive capabilities,
c) the level of ICT literacy and d) factor that influence of using ICT. The participants
were 218 final year students of Faculty of Education in UTM Skudai. The instrument
of this study was Likert Scale questionnaire with reliability Cronbach’s Alpha 0.91.
The data obtained had been processed and analyzed by using SPSS version 10.0 to
calculate frequency, percentage and mean. The finding indicated that the level of
student’s ICT Literacy is at ‘high’ level ( min 3.73 ) where mean of the level of ICT-
related technical capabilities and the level of ICT-related cognitive capabilities are
3.73 respectively. The highest factors that enfluence the students of using ICT is
environment factor (min 3.96), following by academic factor (min 3.90), and the
lowest factor is attitude factor (min 3.79). The researcher suggested some alternatives
to improve of students ICT capabilities.
vii
KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI LAMPIRAN xii
SENARAI SINGKATAN xiii
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Skop dan Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Operasional 11
viii
1.8.1 Literasi 11
1.8.2 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 12
1.8.3 Literasi ICT 12
1.9 Penutup 13
2 SOROTAN KAJIAN 14
2.1 Pengenalan 14
2.2 Perkembangan Literasi 15
2.2.1 Literasi Umum 15
2.2.2 Perkembangan Literasi Abad ke-21 15
2.3 Literasi teknologi 17
2.3.1 Literasi komputer 17
2.3.2 Literasi Maklumat 19
2.4 Literasi Teknologi dan Komunikasi ( ICT) 20
2.4.1 Komponen Literasi ICT 22
2.4.2 Dimensi Literasi ICT 29
2.5 Efikasi kendiri ( self efficacy) 30
2.6 Penutup 32
3 METODOLOGI KAJIAN 33
3.1 Pengenalan 33
3.2 Rekabentuk Kajian 33
3.3 Tempat Kajian 34
3.4 Populasi dan Persampelan 34
3.4.1 Populasi 34
3.4.2 Persampelan 36
3.5 Instrumen Kajian 37
3.6 Analisis Data 41
3.7 Kajian Rintis 42
3.8 Penutup 43
ix
4 DAPATAN KAJIAN 44
4.1 Pengenalan 44
4.2 Analisis Data 45
4.2.1 Analisis Bahagian I 45
4.2.2 Analisis Bahagian II 47
4.2.2.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 47
4.2.2.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 52
4.2.2.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 55
4.2.2.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 55
4.3 Penutup 59
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN 60
5.1 Pengenalan 60
5.2 Rumusan 61
5.2 Perbincangan 62
5.2.1 Tahap Literasi ICT Berdasar Kemahiran Teknikal 62
5.2.2 Tahap Literasi ICT Berdasar Kemahiran Kognitif 64
5.2.3 Faktor yang Mempengaruhi Penggunaan ICT 64
5.3 Implikasi Dapatan Kajian 65
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 66
5.5 Penutup 67
BIBLIOGRAFI 68
LAMPIRAN 75
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK
MUKA SURAT
2.1
2.2
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7
3.8
4.1
4.2
4.3
Komponen literasi ICT berdasar pandangan
ETS
Komponen Literasi ICT berdasarkan
pandangan L. Markauskite
Kursus untuk tahun 4 Fakulti Pendidikan,
UTM untuk sesi I 2008/2009
Jumlah responden mengikut sampel daripada
populasi
Pembahagian item soalan mengikut
komponen literasi ICT
Taburan item soalan soal selidik
Taburan Bentuk Soalan Mengikut Bahagian
Taburan Skor Mengikut Skala Likert Enam
Mata untuk Bahagian B dan C
Taburan Skor Mengikut Skala Likert Lima
Mata untuk Bahagian D
Pengelasan Tahap Literasi ICT Berdasarkan
Analisis Skor Min untuk bahagian B dan C
Taburan Bilangan Responden Mengikut
Jantina
Taburan Bilangan Responden Mengikut
Kursus.
Taburan responden yang pernah mengambil
22
23
35
36
38
39
40
40
41
42
45
46
46
xi
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
kursus ICT di UTM.
Tahap Literasi ICT Pelajar Berdasarkan
Kemahiran Teknikal.
Tahap Literasi ICT Pelajar Berdasarkan
Kemahiran Kognitif
Tahap Literasi ICT Responden.
Taburan Min dan Sisihan Piawai Mengikut
Pembahagian Faktor yang Mempengaruhi
Penggunaan ICT
Taburan Min dan Sisihan Piawai Faktor
Penggunaan ICT
50
54
55
57
58
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
MUKA SURAT
A Borang soal selidik 75
xiii
SENARAI SINGKATAN
ICT - Information and Communication Technology
ETS - Educational Testing Service
AASL - American Association of School Librarian
ACRL - Association of College & Research Libraries
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah memberi impak
positif dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) menjadi semakin penting dalam perkembangan pendidikan hari
ini. Selari dengan abad ke-21, perluasan literasi komputer menjadi agenda penting
pendidikan selaras dengan dasar ICT negara. Era teknologi maklumat memerlukan
institusi pendidikan menggubal matlamat utama pendidikan bagi membentuk
generasi muda yang celik dan mahir komputer. ICT dikatakan mampu menjadi
penggerak utama ke arah mewujudkan masyarakat yang bermaklumat sekaligus
meningkatkan daya saing dan prestasi ekonomi negara secara menyeluruh.
Sehubungan itu, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) digambarkan
sebagai pendorong masyarakat berilmu. ICT menyediakan cara baru untuk
menghantar dan mengakses maklumat dengan cepat, inovatif untuk komunikasi
dalam masa nyata, cara baru menjalankan peniagaan, dan juga menyediakan banyak
peluang pekerjaan. Di samping itu, penggunaan teknologi ini bukan saja
menjimatkan masa dan penggunaan tenaga, malah memudahkan capaian maklumat
2
kerana ia bergerak dan berlaku dalam ruang siber atau maya yang tiada lokasi dan
masa yang khusus. Dengan hanya menggunakan hujung jari, ICT membolehkan
seseorang mengakses, berkomunikasi, dan menganalisis sesuatu maklumat dengan
lebih cepat dan pantas (Mashkuri Yaacob et. al, 2002 ).
Teknologi secara dasarnya telah mengubah kehidupan seharian. Jika dahulu
takrif literasi dikhususkan kepada kebolehan seseorang dalam membaca dan menulis,
namun keadaan ini telah berubah. Pada abad ini, untuk berfungsi dengan baik dalam
masyarakat, kebolehan seseorang dalam membaca dan menulis adalah tidak
mencukupi. Dalam konteks itu, keadaan pada masa kini memerlukan tahap literasi
yang lebih tinggi. Selaras dengan abad ke-21 ini, definisi literasi telah berubah
seiring dengan perkembangan teknologi yang menjadi satu keperluan dalam
kehidupan pada masa kini. Teknologi maklumat dan komunikasi telah mengubah
cara hidup manusia berkomunikasi, bekerja serta menjalankan perniagaan. Cabaran
ini membawa kepada implikasi yang besar kepada P&P dalam bilik darjah dan juga
bidang penyelidikan. Prasarana telekomunikasi dan sistem maklumat berasaskan
multimedia membenarkan pelajar berinteraksi secara aktif dengan maklumat secara
sinkroni atau asinkroni. Peranti tambahan seperti CD Rom interaktif, teknologi video
dan digital telah menyediakan satu persekitaran media yang serba boleh untuk
keperluan guru dan pelajar (Ng Wai Kong, 1999).
Dalam dunia pendidikan di peringkat tinggi, setiap aspek daripada
menguruskan kajian kepada komunikasi idea, semuanya dipengaruhi oleh teknologi.
Keadaan ini bukan sahaja mengubah suasana pemelajaran di dalam kelas, tetapi
konsep ‘bilik darjah’ itu sendiri telah didefinisikan semula kesan daripada
perkembangan situasi pendidikan jarak jauh dan penggunaan e-pembelajaran yang
semakin meluas pada masa kini. Sehubungan itu, cara kita mengakses dan mengurus
maklumat serta komunikasi di antara satu sama lain dalam kehuidupan seharian
adalah bergantung kepada teknologi. Samada seseorang mendapatkan maklumat
mengenai calon politik menerusi internet, berkomunikasi dengan rakan melalui e-
mail, menguruskan kewangan peribadi, atau melihat senarai buku melalui katalog
berkomputer di perpustakaan, semuanya dipengaruhi oleh teknologi.
3
Oleh itu, dalam usaha melahirkan masyarakat bermaklumat, kerajaan telah
memperuntukkan sejumlah wang yang besar dalam usaha mengaplikasi teknologi
ICT dalam bidang pendidikan di negara kita. Menerusi Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010, kerajaan telah memperuntukan sejumlah besar perbelanjaan
pendidikan negara bagi menaik taraf infrastruktur dan prasarana di samping
meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan menerusi pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan. Di antara salah satu matlamat pelan adalah merapatkan jurang digital
dengan menyediakan kemudahan ICT antara lokasi dan meningkatkan kemahiran
ICT di kalangan guru dan pelajar (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010,
2006).
1.1 Latar Belakang Masalah
Pada abad ke- 21 ini, penggunaan teknologi menjadi sesuatu yang dominan
dan berkembang pesat dalam kehidupan. Seiring dengan peredaran semasa dan
perkembangan zaman, takrifan literasi kini bukan sekadar kemahiran seseorang
dalam membaca dan menulis. Tetapi definisi literasi kini semakin meluas dengan
menggabungkan kedua-dua kemahiran ini dalam suasana teknologi dan mengambil
kira kebolehan dalam menggunakan dan berkomunikasi dalam konteks teknologi.
Keadaan ini adalah relevan selari dengan dunia global pada masa kini yang kaya
dengan maklumat dan informasi.
Pelajar yang bakal menjadi graduan dan bakal memasuki alam pekerjaan
seharusnya mempunyai cukup kemahiran dan celik mengenai teknologi maklumat
dan komunikasi ( ICT). Ini berikutan keadaan pelajar yang telah melalui proses
pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) dalam suasana digital dan persekitaran
teknologi. Pada pendidikan peringkat tinggi, kebanyakannya dipengaruhi oleh
teknologi. Yang penting ialah kemudahan ICT telah membolehkan beberapa tahap
birokrasi dalam sektor pendidikan bukan sahaja menjadi paperless, tetapi juga lebih
4
pantas. Para pelajar di peringkat tinggi dilatih untuk membiasakan diri mencari
maklumat di laman web, menganalisis jurnal akademik, artikel suratkhabar dan
ucapan transkripsi. Penggunaan spreadsheet, plot graf, persembahan projek
multimedia menjadi suatu kelaziman. Di samping itu, sebahagian tugasaan perlu
diserahkan kepada pensyarah melalui talian internet dan e-mail. Pengunaan e-
pembelajaran dan pendidikan jarak jauh juga telah dipraktikkan secara meluas di
peringkat universiti serta mengubah definisi “bilik darjah” (Educational Testing
Service (ETS), 2003).
Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan graduan yang
lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan. Ini kerana apabila
meninggalkan institut pengajian tinggi dan berdepan dalam profesion pekerjaan,
semua kemahiran berkaitan ICT ini akan diaplikasikan dalam alam pekerjaan kelak.
Keadaan ini berikutan literasi ICT menjadi satu keperluan di sekolah pada masa kini.
Seperti yang diketahui, para guru sekarang telah didedahkan dengan penggunaan ICT
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran pelajar di sekolah. Literasi ICT
dikalangan pelajar perlu diterapkan berdasarkan kurikulum. Oleh itu, para guru perlu
membimbing pelajar dalam meningkatkan kebolehan pelajar berkaitan ICT dan
seharusnya tahap penguasaan ICT guru perlu konsisten dengan tahap literasi ICT
pelajar ( DEST, 2003 ).
Hasil daripada kajian Rosnani (2000) menunjukkan majoriti guru masih
belum mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas ICT yang kukuh. Keadaan ini
perlu diatasi bagi membantu guru-guru menangani perkembangan dalam ICT yang
berlaku dengan begitu pantas, di mana pengetahuan dan kemahiran baru sentiasa
muncul. Tanpa pengetahuan dan kemahiran ICT yang secukupnya, guru-guru tidak
dapat memaksimumkan potensi teknologi yang ada untuk meningkatkan kualiti serta
keberkesanan pengajaran mereka di sekolah. Senario pendidikan pada hari ini
memerlukan guru-guru yang berpengetahuan ICT yang meluas kerana P&P
menggunakan ICT adalah trend masa kini dan akan datang. Maka, guru-guru perlu
mengubah amalan pengajaran yang konvensional seperti pengajaran latih tubi,
hafalan dan “Chalk and Talk” sahaja. Kaedah “Chalk and Talk” telah lama
5
mendominasi strategi P&P dalam bilik darjah. Walaupun kaedah ini tidak akan
ditinggalkan namun, penekanan dalam ICT adalah perlu. Holmes (1999),
memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P memerlukan guru
yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran
harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan
komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi
dalam P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasikan teknologi ialah
pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.
Pelajar yang literasi ICT dapat menguasai sesuatu pengetahuan dengan lebih
cepat dan menjadi seorang yang lebih cekap dalam menyelesaikan sesuatu masalah
(AASL, 1998). Dalam melahirkan masyrakat yang berilmu dan berpengetahuan,
seseorang individu seharusya mempunyai penguasaan ICT yang baik. Tidak
dinafikan juga pada masa kini kebanyakan majikan mengharapkan pekerja mereka
mempunyai kemahiran dalam ICT (Herman, 2000). Hasilnya, kini kebanyakan pihak
pentadbiran di pengajian tinggi berusaha dan mengambil inisiatif yang sewajarnya
dalam meningkatkan kemahiran ICT para pelajar dalam melahirkan graduan yang
menguasai literasi ICT.
Namun demikian, terdapat beberapa cabaran dalam usaha menerapkan literasi
ICT kepada para pelajar secara efektif. Ini kerana, kebanyakan pelajar di institut
pengajian tinggi merasakan mereka adalah pengguna kompeten dan menguasai
dalam mencari maklumat kerana mereka sentiasa berinteraksi dengan internet
(Macklin, A. & Fosmire, M., 2003 ). Keadaan ini menyebabkan seseorang tidak
berminat untuk belajar meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan
pencarian maklumat di enjin pencarian maklumat dan pangkalan data elektronik.
Selain itu, penggunaan teknologi untuk tujuan akademik dan bukan akademik dalam
waktu yang sama boleh menyebabkan gangguan dalam aktiviti di dalam kelas.
Sebagai contohnya, dalam pembelajaran pelajar di dalam makmal komputer,
kerapkali terjadi masalah di mana pelajar bebas dan mengabaikan tugas yang diberi
dengan melakukan aktiviti bukan akademik seperti membaca dan menghantar e-mail
kepada rakan-rakan mereka, bermain games, ataupun melayari laman web yang
6
mereka sukai. Situasi ini menyebabkan kesukaran dalam menentukan literasi ICT
yang diperlukan seseorang pelajar meningkat atau tidak.
Dalam konteks itu, banyak kesan negatif yang akan berlaku sekiranya
seseorang itu kurang literasi ICT. Masalah ini bukan sahaja melibatkan individu
terbabit bahkan dalam kehidupan masyarakat.
Pada individu, dalam konteks pendidikan di pengajian tinggi individu yang
kurang literasi ICT tidak mendapat faedah yang sepenuhnya daripada peluang
pembelajaran di persekitarannya. Pelajar yang kurang kemahiran asas ICT menjadi
tidak efisien dalam menguruskan kerja menerusi internet. Ini kerana mereka tidak
mengetahui cara yang efektif dalam membuat kajian serta menghadapi masalah
dalam menganalisis dan mentafsir maklumat yang diperolehi. Sehubungan itu,
pelajar yang tiada kemahiran literasi ICT tidak mengetahui cara yang betul dalam
menilai kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu sumber maklumat yang diperolehi
daripada enjin carian di internet atau yang berkaitan dengannya. Mereka tidak mahir
untuk membanding maklumat yang didapati samada dari sumber yang sahih atau
sebaliknya. Hasil laporan daripada Association of College & Research Libraries,
ACRL (1998) menyatakan bahawa pelajar universiti selalu menggunakan teknologi,
namun mereka tidak berfikir secara kritikal semasa mencari maklumat, menilai dan
memproses sumber maklumat yang diperolehi.
Selain itu, risiko untuk graduan apabila meninggalkan universiti tanpa literasi
ICT adalah sangat besar. Berbanding dahulu, pada masa kini kemahiran dalam
membuat kajian dan komunikasi maklumat melalui teknologi adalah sebahagian
daripada permintaan masyarakat global. Individu yang mempunyai tahap literasi ICT
yang rendah mempunyai peluang yang amat sedikit untuk memajukan diri dan sukar
untuk bersaing dalam pasaran ekonomi global, (Educational Testing Service, 2003).
Dalam konteks itu, keadaan ini sekiranya tidak diatasi akan membawa kesan ketika
di alam pekerjaan. Laporan daripada Utusan Malaysia, 27 Februari 2002 menyatakan
bahawa pekerja-pekerja di abad ini memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam
7
bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan sebagainya bagi
meningkatkan tahap kemahiran dan membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan
fenomena perubahan teknologi. Menurut Ellis, C. (2001), walaupun tidak semua
pekerjaan memerlukan kemahiran ICT, namun The U.S. Department of Labor
melaporkan 8/10 peluang pekerjaan di negara tersebut memerlukan penguasaan
teknologi.
Dalam konteks itu, sejajar usaha Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk
menyediakan para siswazah UTM ke arah persaingan global, program akademik
direkabentuk dan dibangunkan berasaskan atribut yang telah ditetapkan oleh badan
profesional yang meliputi aspek teknikal dalam bidang pengkhususan dan kemahiran
generik berasaskan pengetahuan dan k-ekonomi (Universiti Teknologi Malaysia,
2005). Oleh itu, UTM telah menyenaraikan 7 atribut graduan UTM iaitu kemahiran
komunikasi, bekerja dalam kumpulan, penyelesaian masalah, fleksibel atau mampu
menyesuaikan diri, pembelajaran sepanjang hayat, keyakinan diri dan etika atau
moral. Menurut Luca (2003), kemahiran generik yang ditekankan dikatakan perlu
memenuhi kehendak pembelajaran sepanjang hayat dan juga keperluan di tempat
kerja.
Antara langkah yang dicadangkan oleh Universiti Teknologi Malaysia untuk
meningkatkan kebolehgunaan tenaga graduan adalah dengan memantapkan lagi
perlaksanaan penerapan kemahiran generik dalam pengajaran dan pembelajaran
(Buletin City Campus, 2005). Ini akan dilakukan dengan meningkatkan kesedaran
dan melatih lebih ramai pensyarah supaya mampu menerapkan kemahiran generik
kepada pelajar melalui mata pelajaran yang diajar.
8
1.2 Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah dan persoalan yang timbul, pengkaji
ingin mendapatkan maklumat mengenai tahap literasi ICT dikalangan pelajar UTM.
Justeru, pihak universiti boleh mengambil tindakan yang sewajarnya melalui hasil
dapatan daripada kajian yang dilakukan. Selain itu, kajian yang dibuat adalah untuk
meninjau dan mengenalpasti faktor yang mempengaruhi tahap literasi pelajar UTM.
1.4 Objektif Kajian
Secara khususnya kajian yang dibuat adalah untuk :
i. Mengenalpasti tahap literasi ICT berdasarkan kemahiran teknikal pelajar
tahun akhir Fakulti Pendidikan, UTM.
ii. Menganalisa tahap literasi ICT berdasarkan kemahiran kognitif dalam
kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, UTM.
iii. Mengenalpasti tahap literasi ICT dalam kalangan pelajar tahun akhir Fakulti
Pendidikan, UTM.
iv. Menentukan fakor yang mempengaruhi penggunaan ICT dalam kalangan
pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, UTM.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif, diharapkan kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan
berikut:
9
i. Apakah tahap literasi ICT berdasarkan kemahiran teknikal pelajar tahun akhir
Fakulti Pendidikan, UTM ?
ii. Apakah tahap literasi ICT berdasarkan kemahiran kognitif dalam kalangan
pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, UTM ?
iii. Apakah tahap literasi ICT dalam kalangan pelajar tahun akhir Fakulti
Pendidikan, UTM ?
iv. Apakah fakor yang mempengaruhi penggunaan ICT dalam kalangan pelajar
tahun akhir Fakulti Pendidikan, UTM?