Lawatan labu sayong
-
Upload
ratnavell-muniandy -
Category
Documents
-
view
382 -
download
2
Transcript of Lawatan labu sayong
-
8/4/2019 Lawatan labu sayong
1/19
1.0 PENGENALAN
Pada 28 Oktober 2010 hingga 29 Oktober 2010, pelajar KPLI ambilan Jun
2010 telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Kuala Kangsar untuk melihat dan
memahami pembuatan Labu Sayong. Rombongan ini dijalankan di bawah naungan
Jabatan Seni, IPG KSAH. Pendidikan Seni Visual adalah mata pelajaran minor bagi
Kumpulan KPLI Sains. Seramai 19 pelajar KPLI, tiga pensyarah kanan, termasuk
pensyarah PSV KPLI, Encik Zakariah Bin Abdul Ghani bersama enam jurugambar
turut menyertai rombongan tersebut. Destinasi kami ialah Kampung Kepala
Bendang, Sayong, Kuala Kangsar, Perak.
Kampung Bendang merupakan tempat yang terkenal dengan sejarahnya
dalam pembuatan Labu Sayong. Setibanya di sana, kami disambut oleh Encik
Pareb, pembuat tembikar dan Puan Roslina dari Jabatan Kraf tangan Perak
bersama beberapa pegawai. Kami diberi taklimat oleh Pn. Roslina mengenai tempat
berkenaan dan dibawa sekitar tempat tersebut sambil diberi penjelasan mengenai
proses pembuatan tembikar. Sehabisnya sesi taklimat, kami dibahagikan kepada
tiga kumpulan dan diberi alatan serta tanah liat untuk memulakan proses pembuatan
tembikar. Seorang pegawai dari jabatan membuat demo bagaimana untuk membuat
tembikar menggunakan teknik lingkaran.
-
8/4/2019 Lawatan labu sayong
2/19
Kami menerima layanan yang baik Taklimat oleh Pn. Rosliza bt. Parit
Taklimat oleh Pn.Rosliza bt. Parit Taklimat oleh Encik Amir
Taklimat oleh Encik Amir Pemberian cenderahati kepada semua peserta
-
8/4/2019 Lawatan labu sayong
3/19
2.0 TEKNIK LINGKARAN
Teknik lingkaran merupakan antara teknik yang lazim digunakan dalam
pembuatan tembikar. Teknik ini merupakan teknik asas yang tidak menggunakan
sebarang bantuan alat mekanikal. Encik Pareb dan pegawai-pegawai lain telah
membimbing kumpulan kami sepanjang proses pembuatan tembikar berkenaan.
a) Pada mulanya tanah yang diproses diluli.
b) Ia kemudiannya diratakan dengan menggunakan alat penggelek.
c) Kemudian, tanah liat berkenaan dipicit untuk membuat lingkaran senipis
mungkin. Lingkaran tersebut digunakan untuk membuat tapak bagi tembikar.
d) Lingkaran tersebut disusun mengikut arah putaran jam atau bulatan.
e) Kemudian slip disapu diatas lingkaran tersebut.
f) Seterusnya, pembinaan tembikar dimulakan dengan setiap aras lingkaran
diletakkan atas setiap satu.
g) Setiap aras disapu dengan slip bagi menguatkan lekatan antara lingkaran.
h) Langkah terakhir ialah, alat penetak digunakan pada permukaan tembikar
untuk meratakannya.
Proses pembuatan tembikar dengan teknik lingkaran
Lingkaran dibuat untuk membuat tapak Tapak lingkaran dan kepingan
-
8/4/2019 Lawatan labu sayong
4/19
Setiap lingkaran diteruskan Lingkaran diteruskan sehingga
bentuk yang diperlukan dikehendaki
Antara tembikar yang dihasilkan Hasil kerja teknik lingkaran
melalui teknik lingkaran (anak panah)
-
8/4/2019 Lawatan labu sayong
5/19
3.0 TEKNIK PICIT CUBIT
Sehabisnya teknik lingkaran, kami diajar oleh En. Pareb untuk membuat Labu
Sayong. Menurut dia, ia dilakukan secara berperingkat-peringkat dengan
menaikkan setiap aras. Teknik ini dilakukan dengan menggunakan tanah liat diatas
sebuah pinggan plastik bagi memudahkan putaran.
a) Tanah liat diambil dan digulingkan untuk membuat gumpalan.
b) Gumpalan tersebut kemudiannya dipicit di tengah untuk membuat bahagian
dalam labu.
c) Tanah liat kemudian dipicit dari luar untuk menaikkannya menjadi labu.
d) Tanah liat ditambah bagi mengekalkan ketebalannya.
e) Apabila sampai separuh atau badan labu, tembikar tersebut diterbalikkan dan
pinggan tersebut diambil.
f) Permukaan labu terdedah dan tapak ditambahkan pada permukaan labu
tersebut dengan menutupnya.
g) Sekarang tapak berada dibawah, dan tanah liat ditambah bagi menaikkan
labu.
h) Tanah liat ditambah mengikut bentuk labu.
Contoh labu sayong ditunjukkan Lingkaran 1 inci tebal dibuat
-
8/4/2019 Lawatan labu sayong
6/19
Lingkaran dipicit Tanah liat ditambah
Tanah liat dipicit dan dinaikkan menjadi labu Bahagian bawah labu telah dihasilkan
Bahagian atas labu dibentuk dengan menambahkan tanah liat sedikit demi sedikit
Pelbagai bentuk tembikar dihasilkan oleh paraguru pelatih
-
8/4/2019 Lawatan labu sayong
7/19
4.0 TEKNIK KEPINGAN
Teknik ini dilakukan menggunakan sebarang alat yang dapat membentuk sebarang
bentuk. En. Pareb menunjukkan contoh dengan membuat empat kepingan segi
empat.
a) Tanah liat diluli dan digelekkan supaya ia rata.
b) Setelah ia digelekkan, ia dipotong mengikut bentuk yang dikehendaki.
c) Mula-mula tapak dipotong, kemudian dinding dipotong.
d) Bahagia-bahagian yang dipotong kemudiannya dicantumkan dengan
menyapu slip di bucu-bucu.
e) Tanah liat yang dibentuk kemudiannya dikemaskan dan dihias mengikut
kesesuaian.
Proses pembuatan tembikar dengan menggunakan teknik kepingan
Tanah liat digelek dan dipotong Kepingan dicantumkan
-
8/4/2019 Lawatan labu sayong
8/19
Guru-guru pelatih menghasilkan tembikar dengan menggunakan teknik kepingan.
Tembikar-tembikar yang dihasilkan melalui teknik kepingan
-
8/4/2019 Lawatan labu sayong
9/19
5.0 TEKNIK PUTARAN
Sepanjang lawatan ini, kami juga berpeluang untuk mempelajari kaedah putaran
dalam pembuatan tembikar. Walaupun tidak semua yang berpeluang untuk
mengamati kaedah ini, namun demikian kami dapat memerhatikan kaedah putaran
dengan lebih dekat. Kaedah ini ditunjukkan oleh Encik Farid.
a. Seseorang memerlukan kemahiran menggunakan mesin pemutar dan
kemahiran ini diperoleh daripada latihan yang banyak.
b. Melalui teknik ini bentuk silinder atau bulat dapat dihasilkan.
c. Antara peralatan yang diperlukan adalah bekas air, span, dawai pemotong,
pengguris, rib kayu dan pembaris.
d. Pada mulanya, ketulan tanah liat diletakkan di tengah-tengah roda pemutar
supaya kerja-kerja membentuk dapat dilakukan. Peringkat ini dipanggil
pemusatan atau centering.
e. Seterusnya adalah peringkat pembukaan (membuat lubang) untuk
membentuk tembikar yang dikehendaki.
f. Kemudian proses membentuk diteruskan.
g. Akhirnya, produk yang disiap dipindahkan dan dibentuk.
-
8/4/2019 Lawatan labu sayong
10/19
Teknik Putaran: Peringkat pemusatan dan pembukaan
Peringkat pemusatan (centering) Peringkat pembukaan
Pengajaran teknik putaran Peringkat pembukaan dipelajari
-
8/4/2019 Lawatan labu sayong
11/19
6.0 TEKNIK ACUAN
Melalui pemerhatian di Pusat kraftangan Labu Sayong kami mendapati banyak hasil-
hasil tembikar yang telah dihasilkan dengan menggunakan teknik acuan. Secara
komersial kaedah ini amat sesuai diamalkan. Kami tidak ditunjukkan cara-cara
penghasilan tembikar dengan menggunakan acuan. Namun demikian, kami diberi
penjelasan yang ringkas tentang teknik acuan.
a. Slip atau tanah liat yang cair dimasukkan dalam acuan plaster.
b. Kemudian hiasan dibuat di atas permukaan tanah yang separuh kering.
Hasil daripada teknik acuan Acuan yang terdapat di sana
Acuan yang terbuka
-
8/4/2019 Lawatan labu sayong
12/19
7.0 TEKNIK PEMBAKARAN TEMBIKAR
Terdapat dua jenis pembakaran tembikar. Menurut pegawai-pegawai di Pusat
Kraftangan Labu Sayong, Negeri Perak pembakaran tembikar bertujuan untuk
menjadikan tembikar keras dan tidak diserapi air.
7.1 Pembakaran biskut
Pembakaran biskut adalah bertujuan untuk menjadikan tembikar keras dan pejal
supaya tidak diserapi air. Antara pembakaran tradisional yang kami memerhati di
Pusat Kraftangan Labu Sayung ialah menghitamkan tembikar dalam habuk kayu.
Kami berpeluang untuk melihat pembakaran labu sayong.
a. Pada mulanya labu sayong dibakar pada suhu yang tinggi.
b. Kemudian labu sayong yang telah dibakar pada suhu tinggi akan ditutupi
dengan habuk kayu.
c. Tindak balas antara sekam padi dan tembikar pada suhu yang tinggi
menghasilkan labu sayong berwarna hitam.
Pembakaran Labu Sayong pada suhu tinggi Penutupan Labu Sayong dalam habuk kayu
-
8/4/2019 Lawatan labu sayong
13/19
Pengeluaran labu sayong keluar daripada habuk kayu
Labu sayong yang telah dikeluarkan kelihatan berwarna hitam
-
8/4/2019 Lawatan labu sayong
14/19
7.2 Pembakaran sepuh (glis)
Pembakaran sepuh adalah bertujuan untuk menghasilkan tembikar yang disaluti
dengan lapisan sepuh atau kaca yang licin, lut sinar dan tidak diserap air. Sepuh
ialah sejeis cecair kaca yang disapu ke atas permukaan tembikar. Setelah dibakar,
sepuh akan membentuk lapisan kaca pada permukaan tembikar. Suhu yang
diperlukan untuk pembakaran sepuh adalah lebih tinggi daripada pembakaran
biskut.
a. Tembikar yang telah dibakar dicelup dalam larutan sepuh (glis).
b. Tembikar yang telah dicelup dibakar dalam suhu yang tinggi daripada suhu
pembakaran tembikar.
c. Selepas 3 jam di dalam tanur, tembikar dikeluarkan dan ditutupi dengan serbuk
kayu.
d. Kemudian, tembikar dikeluarkan dan dicelup dalam air untuk mengurangkan
suhu.
Taklimat oleh pegawai pusat kraftangan Tembikar dicelup di dalam larutan berwarna
sepuh/glis
-
8/4/2019 Lawatan labu sayong
15/19
Tembikar dicelup di dalam larutan metallic Tembikar disimpan di dalam tanur elektrik
Tembikar dikeluarkan selepas 3 jam Tembikar yang panas ditutupi di dalam
serbuk kayu
Kemudian dicelup dalam air
-
8/4/2019 Lawatan labu sayong
16/19
8.0 LAWATAN KE PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA,
CAWANGAN PERAK
Selepas melalui satu pengalaman yang sungguh menakjubkan di Pusat Kraftangan
Labu Sayong, rombongan kami meneruskan perjalanan ke Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia, Cawangan Perak. Pelbagai jenis tembikar peninggalan
sejarah dari seluruh Malaysia telah dipamerkan di Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia, Cawangan Perak.
Para guru pelatih dapat melihat tembikar-tembikar dalam pelbagai bentuk seperti
periuk, belanga dan alat kukus yang telah diperhalus perbuatannya. Motif-motif
hiasan yang berunsurkan flora dan fauna, tulisan khat, abstrak serta geometrik
digubah menjadi hiasan menarik pada permukaan tembikar. Fungsi setiap jenis
tembikar telah dipamerkan di sebelah tembikar.
Selain pameran pelbagai jenis tembikar, pencipta-pencipta hasil seni tekat juga
menunjukkan penghasilan tekstil tekat. Seni tekat ini dipercayai diamalkan oleh
golongan istana. Penggunaan seni tekat masih terbatas untuk istiadat dan upacara-
upacara tertentu.
-
8/4/2019 Lawatan labu sayong
17/19
8.1 Gambar-gambar pameran seramik dan tembikar
-
8/4/2019 Lawatan labu sayong
18/19
-
8/4/2019 Lawatan labu sayong
19/19
8.2 Gambar-gambar seni tekat
8.3 Pemberian cenderahati kepada pegawai-pegawai