Laporan Situs Istana Damnah
-
Upload
sitti-khadeeja -
Category
Documents
-
view
257 -
download
9
description
Transcript of Laporan Situs Istana Damnah
Laporan Situs Istana Damnah
Situs bermaksud tapak manakala Damnah berasal daripada perkataan Damna iaitu
“dam” bermaksud jauh dan “na” bermaksud benar. Hal ini benar kerana kedudukan Istana
Damnah tersebut jauh benar dari perkampungan penduduk. Istana Damnah ini dibina pada
tahun 1860 iaitu semasa zaman Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah II. Istana Damnah ini
mempunyai keluasan 150m x 50m persegi ini merupakan tempat Sultan-sultan bersemayam
iaitu pada tahun 1860 – 1900. Antara sultan yang pernah bersemayam di istana ini ialah
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah II dan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah.
Di depan Istana Damnah ini iaitu di bahagian depan balairung seri terdapat beberapa
tangga kecil dan sebuah tangga utama di tengah-tengah tangga kecil tersebut. Setiap
tangga kecil tersebut dijaga oleh beberapa orang pengawal. Di bahagian tengah Istana
Damnah ini pula merupakan balai takhta manakala di bahagian belakang pula merupakan
dapur, tempat panas badan dan tandas sultan. Istana Damnah mempunyai keunikannya
yang tersendiri iaitu mempunyai sistem perparitan yang sistematik. Hal ini demikian kerana
sistem perparitan ini dikawal oleh sekeping papan yang diperbuat daripada kayu kapur atau
kayu merah. Papan ini terletak di antara celahan yang dibuat di hadapan tandas. Apabila
papan ini ditarik keluar, air akan mengalir masuk ke dalam lubang tandas untuk mengalirkan
bahan buangan ke sistem perparitan.
Di sebelah Istana Damnah ini terdapat bilik 44. Nama ini diberi berdasarkan bilangan
bilik yang terdapat di istana tersebut iaitu sebanyak 44 bilik. Bilik ini dibina semasa zaman
Sultan Mahmud Muzaffar Shah. Bilik 44 ini dibina bertujuan untuk mengumpul ahli keluarga
baginda yang ramai di samping untuk menyimpan hasil niaga dan barangan. Namun
pembinaan bilik ini tidak selesai kerana hanya 32 bilik sahaja yang sempat dibina.
Gurindam Situs Istana Damnah
Buah durian buah ceri,
Lagi sedap pisang berangan,
Istana Damnah nama diberi,
Tinggal tapak banyak kenangan.
Cantik menawan si kucing parsi,
Jadi rebutan sentiasa di ingini,
Daik dan lingga menjadi saksi,
Masih berkekalan ke hari ini.
Pelangi tersergam berwarna-warni,
Indah menghias Tasik Chini,
Banyak sejarah tertulis di sini,
Dilihat generasi hari ini.