Laporan Program Home
description
Transcript of Laporan Program Home
Laporan Program Home-Based PPKI SK Raja Bahar, Kota Jembal, Kota Bharu,
Kelantan.
Tarikh: 9 & 10 September 2014
Hari: Selasa & Rabu (9.00 -11.00 pagi)
Pada 9 dan 10 September 2014, PPKI SK Raja Bahar telah mengadakan program Home-
Based ke rumah-rumah murid Pendidikan Khas (PK). Lawatan ini diadakan sempena
peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang berlangsung selama
tiga hari (9,10,11 September 2014). Murid-murid pendididkan khas diberikan cuti sempena
peperiksaan tersebut dan pada kesempatan tersebut program home-based ini dijalankan.
Antara tujuan program home-based ini adalah untuk mengenali murid-murid dengan lebih
dekat, mengenali tempat tinggal murid dan juga merapatkan hubungan sillaturahim dengan
ibu bapa murid.
Pada hari pertama, sebanyak lima buah rumah murid telah kami lawati iaitu:
1. Rosli bin Awang Rasul
2. Nur Fatihah binti Hasmadi
3. Muhammad Azlan bin Mat Junus
4. Muhamad Syakir bin Ab Rahman
5. Mohammad Fitri Akmal bin Mohd Ariff
Pada hari kedua pula, sebanyak empat buah rumah telah kami lawati iaitu:
6. Nur Amylia binti Mustaffa
7. Nur Shazwani binti Suhaimi
8. Nik Rabiatul Adawiah binti Zulkipli
9. Tengku Lokman Hakim bin Tengku Mohd Zabri
Program Home-Based tersebut telah berjaya meningkatkan kesedaran guru pelatih
mengenai kehidupan murid pendidikan khas sebenar. Disamping memupuk sikap
mendalami dan prihatin terhadap murid-murid pendidikan khas dan memberi kesedaran
mengenai peranan dan kepentingan gurukepada komuniti setempat. Antara aktiviti yang
dijalankan semasa program tersebut ialah berkenalan dan sesi temu bual bersama keluarga
murid, memberi khidmat nasihat kepada keluarga murid menjalankan aktiviti kepada murid
pendidikan khas di rumah. Namun begitu, aktiviti bersama dengan murid pendidikan khas yang
telah dirancang tidak dapat dilaksanakan semasa program, tersebut kerana masa yang singkat
ditambah dengan kelakuan murid pendidikan khas yang malu untuk berjumpa dengan guru-guru
semasa berada di rumah. Program sebegini pada pendapat saya wajar dilaksanakan di sekolah
apatah lagi kepada guru pelatih kerana melalui program seumpama ini, guru pelatih akan dapat
membina jati diri sebagai seorang guru pendidikan khas pada masa akan datang. Semoga
program ini akan terus dilakasanakan lagi dari semasa ke semasa.