survai tingkat kesegaran jasmani siswa kelas viii smp negeri 2 ...
Laporan Pemerhatian Terhadap Kelas Pendidikan Jasmani
-
Upload
fatimah-azaharah-mohamad -
Category
Documents
-
view
175 -
download
10
description
Transcript of Laporan Pemerhatian Terhadap Kelas Pendidikan Jasmani
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
08000 SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JANUARI
2012
KERJA KURSUS PENDEK
TUGASAN PROJEK
NAMA : FATIMAH AZAHARAH BINTI MOHAMAD
NO KAD PENGENALAN : 920706-02-5122
KUMPULAN / UNIT : PENGAJIAN MATEMATIK / P3D
SEMESTER : SEMESTER3
AMBILAN : JANUARI 2012
MATA PELAJARAN / KOD : PENDIDIKAN JASMANI /
PJM 3101
NAMA PENSYARAH : ENCIK ROSLI BIN HAMID
LAPORAN PEMERHATIAN
TERHADAP KELAS PENDIDIKAN JASMANI
(PBS)
Pemerhatian terhadap Kelas Pendidikan Jasmani
Sepanjang melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah di Sekolah
Kebangsaan Bohor, saya telah membuat pemerhatian terhadap salah satu kelas
Pendidikan Jasmani untuk mengumpulkan maklumat tentang perjalanan kelas
tersebut. Selain itu, saya juga telah mengadakan perbincangan dengan guru
tersebut serta merekodkan data-data yang diperlukan. Berikut merupakan
maklumat yang telah kami kumpulkan sepanjang pemerhatian :
Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Masa : 7.40 pagi – 8.15 pagi
Kelas : Tahun 1
Nama Guru : Cik Anita
Bilangan Murid : 22 orang
1.0Aktiviti Memanaskan Badan
Memanaskan badan merangkumi aktiviti kardiovaskular dan senaman ringan
seperti gerakan aerobik yang mudah. Ia biasanya membabitkan aktiviti yang
ingin anda lakukan tetapi pada kadar yang lebih perlahan. Sebagai contoh, jika
anda ingin berlari, panaskan badan dengan larian yang perlahan dan jika anda
ingin berenang, mulakan dengan renangan yang ringan. Aktiviti ini adalah
penting diadakan di awal kelas Pendidikan Jasmani bagi mengelakkan
berlakunya kekejangan otot di kalangan murid.
1.1. Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan ?
Memandangkan kelas Pendidikan Jasmani Cikgu Anita berlangsung pada waktu
pertama, jadi murid-murid telah bersedia dengan pakaian sukan masing.masing.
Cikgu Anita telah sedia menunggu murid-murid dengan peralatan yang tersusun
untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancang.
Sebelum melaksanakan aktiviti yang telah dirancang, Cikgu Anita
telah mnegadakan aktiviti memanaskan badan terlebih dahulu. Guru memulakan
aktiviti memanaskan badan dengan meminta murid untuk berlari setempat
secara perlahan dan kemudian menambah kelajuan larian. Kemudian, guru
meminta murid untuk berlari seperti burung layang-layang secara bebas. Aktiviti
seperti ini membantu memanskan badan supaya nadi murid dan menyediakan
murid untuk melaksanakan aktiviti yang lebih berat dilaksanakan.
Setelah selesai aktiviti memanaskan badan, aktiviti regangan pula
dilaksanakan. Murid-murid diminta untuk membuat bulatan yang besar. Guru
telah meletakkan dua orang murid di tengah-tengah bulatan sebagai ketua dalam
aktiviti regangan ini. Guru membimbing pelaksanaan aktiviti ini dari luar bulatan.
Aktiviti regangan yang dilakukan merangkumi semua anggota penting seperti
kepala, tangan, pinggang dan kaki. Selain itu, aktiviti regangan yang dilakukan
juga mengikut turutan yang betul iaitu dari kepala ke kaki. Melaui aktiviti
regangan yang telah dilakukan oleh Cikgu Anita, sifat kepimpinan mampu
terbentuk dalam diri murid-murid. Di samping itu, murid juga dilatih untuk
menguasai langkah-langkah melaksanakan aktiviti regangan. Setelah melakukan
aktiviti regangan dengan baik, murid-murid bersedia untuk melakukan aktiviti
yang telah dirancangkan oleh guru.
Gambar 1 : Guru menjalankan aktiviti 'warm up'
Gambar 2 : Guru membetulkan cara murid melaksanakan aktiviti ‘warm up’
1.2. Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan
badan dijalankan ?
Selesai sahaja aktiviti memanaskan badan, guru menekankan kepada murid
kepentingan melakukan aktiviti tersebut dengan cara yang betul dan baik.
Kepentingan aktiviti ini telah dijelaskan kepada murid bahawa aktiviti ini adalah
untuk mengelakkan berlakunya kecederaan semasa bermain atau melakukan
sebarang aktiviti. Penjelasan ini hanya dilakukan secara umum kerana
pendekatan ini lebih sesuai dengan murid Tahun Satu untuk memahaminya. Di
samping itu,penjelasan yang lebih terperinci lebih sesuai dijalankan di dalam
kelas dengan bantuan alat bantu mengajar agar murid lebih mudah
memahaminya dan mendapat gambaran yang lebih jelas.
Gambar 3 : Guru menerangkan kepada murid kepentingan melaksanakan aktiviti 'warm up'
1.3. Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberi
perhatian?
Semasa aktiviti memanaskan badan dan regangan dilakukan, beberapa otot-otot
besar untuk aktiviti yang telah dirancang diberikan lebih penekanan. Antara
penekanan yang diberikan ialah regangan pada otot kaki dan tangan apabila
murid diminta untuk berlari secara bebas sambil tangan berterbangan seperti
burung. Penekanan yang diberikan terhadap otot-otot tersebut mampu
membantu koordinasi badan murid semasa murid melaksanakan aktiviti yang
dirancang. Di samping itu, regangan terhadap otot-otot tersebut juga berupaya
untuk melatih pergerakan tangan dan kaki murid secara tidak langsung. Justeru,
guru tersebut telah berusaha memberi penekanan pada otot-otot yang akan
digunakan dalam aktiviti seterusnya untuk memudahkan murid menguasai
kemahiran yang akan diajar selain mengelakkan berlakunya kecederaan.
1.4. Adakah aktiviti yang diadakan semasa pengajaran dan pembelajaran
membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan ?
Sepanjang pemerhatian dilakukan terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran tersebut, tiada aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan yang didapati
membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan. Guru tersebut
sangat menekankan isu keselamatan di mana beliau memastikan aktiviti yang
dirancang dilaksanakan dengan cara yang betul. Elemen keselamatan ini penting
dalam melaksanakan aktiviti terutamanya bagi murid Tahun Satu kerana mereka
tidak mampu memikirkan bahaya sesuatu.
Justeru, guru tersebut telah merancang perjalanan kelas tersebut dengan
baik di mana aktiviti memanaskan badan dijalankan di awal kelas. Kemudian
guru tersebut melaksanakan sedikit latihan tentang kemahiran membaling
seterusnya permainan kecil yang melibatkan kemahiran tersebut. Aktiviti yang
dijalankan berlangsung dengan lancer. Malahan, kebanyakkan murid telah
berupaya menguasai kemahiran yang telah diajar guru.
Di samping langkah pengajaran yang diatur dengan baik, teknik
pengajaran yang digunakan oleh guru tersebut juga berkesan bagi mengelakkan
berlaku perkara-perkara yang membahayakan. Salah satu konsep yang telah
diterapkan dalam proses pengajarannya ialah konsep peniruan. Bagi
menunjukkan cara yang betul untuk membaling, guru telah menunjukkan
demonstrasi sambil murid-murid meniru gaya yang ditunjukkan oleh guru. Selain
itu, guru juga telah menerapkan konsep ansur maju dalam pengajaran tersebut
bagi mengukuhkan kemahiran yang telah dikuasai murid. Konsep ansur maju
telah dilaksanakan dalam permainan di mana jarak balingan yang harus dibuat
oleh murid ditambah dari masa ke masa. Melalui langkah pengajaran yang
tersusun dan gaya pengajran yang baik, kejadian yang membahayakan dapat
dielakkan.
2.0 Adakah aktiviti ‘warm down’ dijalankan dan diberi penjelasan kepada
murid-murid ?
Selesai sahaja melaksanakan aktiviti yang telah dirancang, murid-murid
melaksanakan aktiviti ‘warm down’ atau menyejukkan badan. Guru meminta
murid untuk membentuk satu bulatan besar dan guru berada di tengah-tengah
bulatan. Guru memimpin aktiviti ini dengan memulakan aktiviti tersebut dari
bawah ke atas iaitu dari kaki ke kepala. Kemudian, guru juga menerangkan
kepentingan melakukan aktiviti tersebut secara ringkas iaitu membolehkan kadar
degupan jantung kembali ke kadar berehat selepas melakukan aktiviti sukan
mahupun riadah.
Gambar 4 : Guru menjalankan aktiviti 'warm down'
3.0Adakah peralatan yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang
dijalankan ?
Semasa menjalankan pemerhatian, guru tersebut telah mengadakan aktiviti
berdasarkan kemahiran membaling. Dalam melaksanakan aktitviti yang
dirancang, guru perlulah menitikberatkan aspek keselamatan. Antara aspek
keselamatan yang perlu diambil kira ialah penggunaan peralatan yang sesuai
adan tidak membahayakan. Ini penting kerana kanak-kanak masih belum
mampu untuk memikirkan tentang bahaya sesuatu dan hanya ingin berseronok.
Justeru, guru perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi mngelakkan sebarang
kemalangan atau kecederaan berlaku semasa murid-murid melakukan aktiviti.
Setelah mempertimbangkan tentang aspek keselamtan, guru tersebut
telah memilih beberapa peralatan yang sesuai bagi menjalankan aktiviti yang
dirancang Antara peralatan yang digunakan ialah kon, bola getah, gegelung.
Kon digunakan untuk menandakan kedudukan murid untuk membaling bola.
Selain itu, bola getah yang digunakan juga lembut kerana angin di dalamnya
telah dikurangkan. Gegelung pula digunakan sewaktu menjalankan permainan
kecil di mana murid-murid perlu membaling bola kepada rakan menerusi
gegelung. Selain itu, guru tersebut telah menyusun peralatan yang digunakan
dengan susunan yang sesuai dan menggunakan jarak yang selamat.
Gambar 5 : Peralatan yang digunakan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran
Gambar 6 : Murid mengemas peralatan setelah
selesai proses pengajaran dan
pembelajaran
4.0Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti pendidikan
jasmani sesuai seperti yang dirancang ?
Pelaksanaan aktiviti dalam kelas Pendidikan Jasmani, pelbagai aspek perlu
dipertimbangkan bagi memastikan kelas tersebut berjalan dengan lancar dan
setiap aktiviti dijalankan mengikut perancangan. Aspek-aspek yang perlu
dipertimbangkan ialah dari segi pembahagian masa mengikut aktiviti daan
ketepatan masa.
Justeru, guru yang mengendalikan kelas semasa pemerhatian telah
membahagikan aktiviti di dalam kelas dengan pembahagian masa yang sesuai.
Guru tersebut memulakan kelasnya dengan aktiviti memanaskan badan selama
5 minit. Kemudian, kelas diteruskan dengan demonstrasi cara balingan yang
betul oleh guru sambil diikuti oleh murid-murid. Demonstrasi tersebut dijalankan
kira-kira 5 minit sehingga murid berjaya menguasai teknik balingan yang betul.
Setelah itu, murid bermain permainan kecil di mana murid perlu membaling bola
kepada rakan dan jarak balingan akan ditambah. Permainan kecil ini
berlangsung selama 15 minit dan murid berjaya menguasai kemahiran tersebut
pada aras yang tinggi. Guru itu juga mengambil masa 5 minit untuk melakukan
aktiviti menyejukkan badan serta membincangkan dengan murid pelajaran yang
telah diajar.
Selain itu, guru tersebut juga telah memastikan setiap aktiviti berjalan
mengikut masa yang ditetapkan. Meskipun terdapat murid yang mengeluh
kerana masa sesuatu aktiviti itu dijalankan terlalu pendek, namun guru tersebut
bijak menangani sikap murid-murid. Kedua dua aspek tersebut telah diberi
perhatian oleh guru tersebut telah berjaya memastikan kelas tersebut berjalan
dengan lancar.
5.0Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan dalam
pengajaran tersebut
Pemerhatian dari pelbagai aspek telah dilaksanakan di kelas tersebut.
Perancangan yang terperinci dan teratur oleh guru yang mengandalikan kelas
tersebut dilihat berhasil apabila murid-murid berjaya mencapai objektif
pembelajaran di akhir kelas. Murid berupaya untuk membuat balingan samada
dengan menggunakan kedua-dua belah tangan atau sebelah tangan dan
balingan jarak jauh serta dekat. Selain itu, murid juga mampu membetulkan
kesalahan yang dilakukan oleh rakan.
Namun, beberapa penambahbaikan boleh dibuat bagi menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran tersebut lebih berkesan. Salah satu saranan yang
boleh diberikan kepada guru tersebut ialah cuba melaksanakan permainan kecil
dalam bentuk pertandingan. Guru boleh membahagikan murid kepada dua
kumpulan dan membuat pertandingan kumpulan yang berjaya membuat balingan
paling banyak melalui gegelung dalam masa tertentu. Melalui pertandingan yang
dibuat itu, motivasi pelajar akan meningkat dan cuba menguasai kemahiran
tersebut dengan baik. Di samping itu, pertandingan ini juga mampu memupuk
semangat berdaya saing secara sihat dalam kalangan murid-murid.
Selain itu, guru tersebut juga harus bersikap lebih tegas dalam
mengendalikan kelasnya. Ini kerana semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung, terdapat segelintir murid yang enggan mendengar
arahan guru dan melakukan sesuka hati dengan peralatan. Sikap guru yang
lebih tegas dapat mendisiplinkan murid dan memastikan murid mengikut arahan
yang diberikan. Sikap guru yang lebih tegas juga dapat membentuk murid yang
lebih menghormati guru.
Kesimpulannya, proses pengajaran dan pembelajaran ini yang telah
dilaksanakan oleh guru tersebut sangat menarik dan telah mencapai objektif
yang ditetapkan. Di samping itu, pengajaran yang disampaikan dalam bentuk
yang santai dan menarik membuatkan murid seronok untuk belajar dan
meninggalkan kesan yang mendalam kepada murid-murid. Kelas yang telah
dikendalikan oleh guru tersebut juga telah memeberi peluang kepada saya untuk
mempelajari pelbagai teknik dan langkah pengajaran yang sesuai untuk
dipraktikkan di kelas. Semua perkara yang telah saya pelajari dan maklumat
yang telah saya kumpulkan akan gunakan sebaiknya di masa akan datang
dalam usaha saya menjadi seorang guru yang mampu melahirkan pelajar yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.