Laporan Pelaksanaan Internship Sinaran Pagi

10
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR : LIM SHUSHIAN PROGRAM : PISMP BC/PJ/PSK AMBILAN JANUARI 2011 NAMA SEKOLAH : SJK (C) LOK YUK LIKAS NAMA PROJEK / AKTIVITI : PROGRAM SINARAN PAGI BAHASA MELAYU (KELAS TAMBAHAN PAGI ) TEMPOH PELAKSANAAN : 15 JULAI - 7 OGOS 2014 ( HARI SELASA DAN KHAMIS) 07.00 PAGI – 07.30 PAGI TEMPAT PELAKSANAAN : KELAS 5Ai OBJEKTIF: Melalui Program Sinaran Pagi, murid boleh diberikan pendedahan tentang cara belajar. Murid didedahkan dengan seberapa banyak soalan berformat UPSR. Murid tahun lima akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun depan. Latihan berformat UPSR dapat membantu mereka membiasakan diri dengan cara menjawab soalan UPSR. Persediaan awal

description

internship

Transcript of Laporan Pelaksanaan Internship Sinaran Pagi

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : LIM SHUSHIANPROGRAM: PISMP BC/PJ/PSK AMBILAN JANUARI 2011NAMA SEKOLAH : SJK (C) LOK YUK LIKASNAMA PROJEK / AKTIVITI: PROGRAM SINARAN PAGI BAHASA MELAYU (KELAS TAMBAHAN PAGI )TEMPOH PELAKSANAAN: 15 JULAI - 7 OGOS 2014 ( HARI SELASA DAN KHAMIS) 07.00 PAGI 07.30 PAGITEMPAT PELAKSANAAN: KELAS 5Ai

OBJEKTIF:Melalui Program Sinaran Pagi, murid boleh diberikan pendedahan tentang cara belajar. Murid didedahkan dengan seberapa banyak soalan berformat UPSR. Murid tahun lima akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun depan. Latihan berformat UPSR dapat membantu mereka membiasakan diri dengan cara menjawab soalan UPSR. Persediaan awal diberikan kepada murid supaya mereka dapat menyediakan diri dan lebih berkeyakinan semasa menduduki peperiksaan.Selain itu, murid terdedah kepada ilmu pengetahuan yang berlebihan dan berlainan daripada buku teks semasa program sinaran pagi dijalankan. Murid diajar tentang banyak kata kerja, nilai atau peribahasa yang tidak terdapat dalam buku teks dan buku latihan sekolah. Hal ini dapat memupuk minat mereka terhadap Bahasa Melayu. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di negara kita. Setiap rakyat wajib menguasai bahasa ini dengan baik. Murid sekolah cina biasanya lebih lemah dalam bahasa lain jika berbanding dengan Bahasa Cina. Semasa Program Sinaran Pagi dijalankan, guru boleh memberikan peluang kepada murid untuk mengukuhkan Bahasa Melayu mereka dengan memberi latihan atau memberi peluang kepada murid untuk bertutur dalam Bahasa Melayu.Selain itu, murid juga boleh mengukuhkan ilmu yang pernah belajar melalui Program Sinaran Pagi. Selepas murid telah belajar suatu ilmu semasa kelas biasa, guru boleh memberi latihan untuk mengukuhkan konsep murid terhadap ilmu tersebut.

STRATEGI PELAKSANAANPada hari pertama Internship, kami melaporkan diri di SJK(C) Lok Yuk Likas. Kami telah berbincang dengan pihak pentadbir sekolah tentang aktiviti yang kami dapat laksanakan sepanjang internship. Akhirnya, kami telah diberikan beberapa tugasan. Salah satu projek yang akan kami laksanakan merupakan Program Sinaran Pagi. Program ini merupakan projek individu. Kami masing-masing melaksanakan Program Sinaran Pagi di kelas yang berlainan. Kelas yang saya kendali ialah 5Ai. Subjek yang saya ajar ialah Bahasa Melayu.Selepas mengetahui tugasan sendiri, saya telah berjumpa dengan guru berkenaan, iaitu Puan Pan Len Yin. Puan Pan Len Yin merupakan guru Bahasa Melayu bagi kelas 5Ai. Disebabkan beliau dikehendaki menjalankan kelas tambahan untuk murid tahun 6, oleh itu kami diminta menolong beliau menjalankan Program Sinaran Pagi. Setiap pagi, saya berbincang tentang topik yang hendak diajar. Saya juga meminta ajar daripada beliau tentang cara menyampaikan isi pengajaran.Ilmu pengetahuan utama yang hendak saya sampaikan kepada murid 5Ai selama empat minggu ialah kata kerja. Setiap murid mempunyai sebuah buku latihan kata kerja. Dalam buku latihan tersebut terdapat banyak perkataan kata kerja dan mengandungi penjelasan dalam Bahasa Cina. Penjelasan Bahasa Cina dapat membantu murid untuk memahami maksud perkataan tersebut.Pada minggu pertama saya masuk ke kelas 5Ai, topik yang disampaikan ialah kata kerja melibatkan mulut. Murid diminta menghafalkan maksud kata kerja. Selepas menghafal, setiap murid diminta menjawab soalan yang saya beri. Selepas itu, murid membina ayat menggunakan perkataan yang telah mereka hafal. Pada minggu kedua dan ketiga, isi pengajaran agak sama dengan minggu pertama, cuma kata kerja yang berlainan. Saya menukar cara menguji mereka. Murid harus melengkapkan latihan yang terdapat dalam buku kata kerja. Murid diminta mencari maksud setiap perkataan walaupun ia hanya salah satu pilihan jawapan soalan objektif. Mereka menggunakan kamus untuk mencari maksud perkataan. Selepas membincangkan jawapan latihan, saya telah menanya murid tentang maksud perkataan kata kerja lain.

Gambar 1 : Guru pelatih memantau kelas semasa membuat buku latihan.

Gambar 2 : Murid memeriksa maksud perkataan kata kerja dengan menggunanakan kamus elektrik.Selepas habis kelas program sinaran pagi, saya akan mengutip buku latihan untuk disemak. Ini adalah untuk memastikan setiap murid dapat melengkapkan buku latihan. Saya memesan murid untuk membuat pembetulan sekiranya terdapat kesalahan.

REFLEKSIBerdasarkan projek yang dijalankan, saya telah mengenalpasti beberapa kekuatan dan kelemahan yang terdapat di sepanjang tempoh saya terlibat dalam projek ini:Kekuatan :Saya dapat menghabiskan isi pengajaran yang ditentukan oleh Puan Pan. Sekiranya saya tidak dapat menghabiskan isi pengajaran mengikut perancangan Puan Pan, sukatan pelajaran kemungkinan tidak dapat dihabiskan. Dengan melaksanakan Program Sinaran Pagi, murid boleh mendapatkan bimbingan yang sewajarnya. Program Sinaran Pagi memberi peluang kepada murid dan guru untuk saling berbincang. Guru akan memberi bimbingan jika seseorang murid memerlukannya. Murid juga dapat mengulangkaji dengan sistematik. Mereka membuat latihan dan mengulangkaji mengikut topik yang telah ditetapkan oleh guru. Kadang kala mereka juga diberi peluang untuk menghabiskan kerja dalam kumpulan. Dengan latihan dan bimbingan yang diberi oleh guru, pelajar dapat membuat persediaan yang secukupnya untuk menghadapi peperiksaan.Kelemahan :Saya mendapati latihan yang diberi kepada murid lebih berfokus kepada akademik seperti penggunaan bahasa. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan semasa Program Sinaran Pagi lebih kepada menulis dan membaca. Murid kekurangan peluang untuk meningkatkan kemahiran mendengar dan bercakap. Untuk mengukuhkan ilmu pengetahuan murid, saya mendapati bahawa 30 minit adalah tidak berapa cukup untuk mencapai tujuan ini. Hasil pengukuhan akan terpengaruhi disebabkan masa tidak cukup untuk membuat pengukuhan.Cadangan Penambahbaikan :Justeru itu, beberapa cadangan penambahbaikan telah disenaraikan sebagai usaha untuk menambah baik kualiti pelaksanaan program sebegini pada masa-masa akan datang. Antaranya ialah:Aktiviti seperti mendengar dan bercakap boleh dimasukkan ke dalam silibus Program Sinaran Pagi. Contoh aktiviti ialah bercerita, berpidato, perbahasan atau berlakon. Walaupun kemahiran mendengar dan bercakap tidak termasuk dalam peperiksaan, tetapi kedua-dua kemahiran amat penting terhadap peningkatan kemahiran berfikir dan kemahiran berkomunikasi. Selain itu, guru juga boleh menggalakkan mereka membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis tempatan, karya tradisional dan karya sendiri. Peranan guru amat penting untuk membimbing mereka menghayati karya. Guru boleh menjelaskan keunikan dan cerita latar belakang karya tersebut . Masa untuk menjalankan Program Sinaran Pagi boleh dipanjangkan kepada 45 minit atau 60 minit. Aktiviti boleh dijalankan dengan lebih mendalam sekiranya diberi masa pelaksanaan yang mencukupi. Guru boleh memberi penilaian berdasarkan pencapaian murid.

KESIMPULANMelalui Program Sinaran Pagi ini, saya dapat lebih memahami peranan sebagai seorang guru. Guru berperanan memberikan pendedahan tentang ilmu pengetahuan yang berlebihan kepada murid supaya murid dapat meluaskan dan meningkatkan pemikiran mereka. Guru bukan sahaja mementingkan prestasi akademik murid sahaja, tetapi juga mementingkan pemikiran secara kritis dan kreatif di kalangan murid.

Disediakan oleh,

------------------------------------------( LIM SHUSHIAN )Guru Pelatih Program IntershipSJK ( C ) Lok Yuk Likas

Disahkan oleh,

----------------------------------------( OU SOOK LI )Guru Pembimbing Program IntershipSJK ( C ) Lok Yuk LikasDisahkan oleh,

----------------------------------------( YAP SUK LIN )Penolong Kanan Pentadbiran SJK ( C ) Lok Yuk Likas